Tuesday, January 27, 2009

Urusan Kerja

UiTM dihatiku...

Saya telah menerima email dari Pendaftar CITU (Centre for Islamic Thought & Understanding) UiTM Induk, tempat saya kerja berkenaan pertukaran skim cuti tahunan kaki tangan kerajaan. Kita perlu mengisi borang persetujuan sama ada terus berada dalam skim lama atau ingin menerima skim baru. Ia melibatkan beberapa perkara seperti jumlah cuti tahunan, cuti sepanjang bekerja dan sebagainya. Saya sudah isi dan tandantangan bahagian 'kekal berada dalam skim asal.' Borang tersebut saya scan dan emailkan kepada Timbalan Pendaftar CITU dan mengirimkan yang hardcopy kemudiannya. Ia perlu diserahkan kepada Pendaftar UiTM untuk tindakan seterusnya.

Saya juga menerima email berkenaan jumlah cuti dari tahun 2008 untuk di bawa ke tahun 2009 dan ke pencen. Sebenarnya saya masih ada cuti yang banyak sepanjang tahun 2008..lebih kurang dalam 26 hari dan hanya 15 hari sahaja yang boleh dibawa ke pencen, selebihnya akan burn kerana saya cuti belajar. Tetapi kita tak boleh mengisi borang online dari sini melalui laman web UiTM, jadi saya telah meminta bantuan AR untuk menolong saya dari sana, menguruskan apa yang patut untuk saya.

Pada masa yang sama, saya juga meminta kerjasama AR dan Staf di CITU untuk selalu meng-email saya jika ada apa-apa perkara penting melibatkan kerja saya di UiTM. Ini bertujuan supaya saya tidak tertinggal apa-apa yang perlu saya tahu..

Terima kasih kepada Cik Adlin AR CITU dan Cik Haz, EO dan juga kawan-kawan yang lain..