Sunday, June 28, 2009

Perjalanan...

1- Santapan Rohani

Pada 25 June, majlis Santapan Rohani dilaksanakan di rumah baru kami. Malam tu hujan dan sejuk sangat. Macam hari-hari lain, sangat sejuk.. Tak ramai yang datang kali ni. Ada dalam 16 orang kaum bapa dan capur anak-anak dalam 10 orang.

Kali ni Ustaz Khairul lead dan dia sampaikan kuliah bertajuk taubat.



Kanak-kanak masa makan..

Ni pulak kaum bapa tengah makan.. Seronok saya tengok ramai-ramai makan kat meja tu..Semua makanan dibawa secara pot-luck. Malam tu saya masak tom yam dan dimakan dengan bihun.. uhhh sodapnyer..hehe.. buktinya Aisyah tambah 4 kali..[Aisyah ni memang penyokong Umi yang hebat.. bravo Aisyah..]

Ini pulak kaum bapa yang makan dengan Ustaz kat living room. Semua sofa ditolak ketepi dinding untuk mudahkan majlis ini dijalankan..

__________________________

2-BBQ sempena Winter

Saya sebenarnya baru join satu lagi yahoogroup iaitu Kgvicnorth. Sempena winter, mereka membuat perjumpaan makan-makan sambil ada beberapa pertandingan.. Saya sangat puji kesungguhan mereka. Aisyah pun happy sebab dapat jumpa ramai kawan baru. Saya pun happy jugak melihatkan ramainya orang-orang Malaysia tanah air tercinta yang ada di Melbourne ini. Ringkasnya usaha mereka sangat baik. Semua makanan dibawa secara pot-luck. Saya ambik jalan mudah je ler.. saya goreng keropok banyak-banyak dan bawa ke sana. Saya tengok keropok ni yang cepat sekali habis.. uhmm.. memang kopok adalah makanan asasi rakyat Mesia.. hehe..

Dalam ni saya jumpa ramai kawan-kawan baru. Jumpa Rasul, Roslan dan keluarga masing-masing.. begitu juga ramai yang lain. Saya seronok dengan pertambahan kawan-kawan baru. Tapi nak ingat nama semua serta muka-muka mereka tu makan masa sket kot..



Ni tengah bawak kopok tu.. baru sampai..gambar ni saya copy dari FB Rasul.. Dia lecturer UiTM Engine, Tok Penghulu kpvicnoth ni..

Ni tengah beratur nak ambik gambar ramai-ramai..


Ni nak mula, ada bacaan doa dari Ustaz Khairul

Acara tiup belon... meriah sangat..

Inilah Ghani.. Oang kuat surau Mawaddah kat perumahan kami di Seksyen 7. Abah bergambar dengan Ghani.. senyum yer...



Lepas makan, rupanya kaum Ibu ada talk pasal Kesihatan Wanita. Saya join sekali mendengarnya. Ceramah disampaikan oleh Dr Zura..

Solat kat padang zohor dan Asar.. huhhh tak tahu saya nak cakap, sejuk macam dok dalam peti sejuk. Tangan saya kebas, angin tiup punyalah sejuk... pengalaman betoi. Tapi itulah yang mahal, bukti kekuasaan Maha Pencipta.. musim sejuk yang memang sejuk..


Ini Abah tengah perkenalkan diri dan keluarganya.. iaitu Umi dan Aisyah.. saya pakai baju punya ler tebal. masih sejuk lagi.. hehe...

Friday, June 26, 2009

Study Circle

Muslimat..

Kat sini program dua minggu sekali kaum lelaki dipanggil Santapan Rohani manakala yang pompuan punya dipanggil study circle. Saya ler yang propose dipanggil study circle sebab saya suka istilah tu..

Pada 23 June, study circle pompuan dijalankan. Yang mengofferkan rumah menjadi tuan rumah atau venue adalah Jumi (isteri Asyraf). Terima kasih ye Jumi..Sekarang moderator study circle iaitu Umi Salwa balik Mesia untuk data collection. Jadi tempatnya sekarang diambik oleh Faleeq.

Malam tu hari hujan. Suasana mendung dan kelam...Hujan turun berderai-derai. Disusuli oleh ribut petir sambar menyambar....[hehe.. pernah tak dengar skrip cam tu?.. dulu-dulu masa saya kecik, saya adalah peminat drama radio. Saya suka mendengar dengan penuh perasaan sambil membayangkan susana yang dibaca oleh pembaca drama radio tu...ini selingan saje.. hehe..]

Sebenarnya malam tu hujan dan angin kuat. Sangat sejuk.. Saya sebenarnya rasa macam tak mau pergi study circle tu, sebab saya nak pergi airport. Tapi kawan-kawan saya semuanya tanak jadi pemberi tazkirah.

Pastu Sham siapa kata..'Ko datang ler sekajap. Lepas ko bagi talk, ko terus ler pi airpor.. bukan jauh pun..Aku tanak ganti tempat ko..'

'Pandai ler awak Sham..hehe...'

Saya gambarkan dalam kepala saya mesti ada siket ler kot, apatah lagi sekarang winter malam sangat awal dan susana sangat sejuk. Tetapi sebenarnya ramai sangat yang datang.. Saya rasa lebih dari 35 orang bercampur anak-anak..

Masing-masing ceria dan seronok. Alhamdulillah lepas saya lead solat Isya', terus mula tazkirah.
Kali ini saya sekali lagi memberi penghormatan kepada my Darling Aisyah to read surah Abasa yang dah dihafalnya. Sekarang dia sedang menghafal An-Naziat pula..

Kali ni saya discuss pasal ukhuwwah dalam Islam mengambil pendekatan tafsir 12 ayat pertama surah Abasa mengenai layanan Rasul kepada Abdullah Ibn Maktum yang buta. Saya mengingatkan diri saya dan semua yang lain, kita bina rasa saling memafkan, menjaga kerahsiaan dan bersangka baik dengan kawan-kawan. Jangan sebarkan keburukan kawan, sebab mana ada orang yang perfect. Orang ada salah, kita pun banyak salah.. Kalo silap siket maaf lah. Kalau ada orang kenakan kita, muga dia berubah dan bertaubat.

Prinsip saya, selagi tidak menyebabkan hak saya tercabar.. saya akan maaf jer apa-apa.. sub-sub suey kata kawan saya.. (macamana eja sub-sub suwy tu yer..hehe..? maknanya berlebih kurang sajeler.. saya salah awak salah.. 4 kali 10 jer kita...)

Semoga persahabatan semua orang di sini berjalan dengan baik dan tidak ada perbalahan dan kecik hati yang panjang. Saya bawakan contoh-contoh yang dilalui oleh Prof Kamil masa dia di UK buat PhD 10 years back. Kita jangan jadi orang yang kedekut ilmu, suka mengumpat, suka memburukkan orang..kita tak mau jadi orang yang gagal..Marilah kita berusaha menjadi orang yang berjaya.. dunia dan akhirat.

Dari segi aura, saya ceritakan orang yang suka melakukan keburukan dan memburukkan orang, orang yang suka dengki, kutuk orang lain, pendendam, suka burukkan orang (nauzubillah) sebenarnya dia menenggelamkan seluruh aura positif dalam diri dia dan menyebabkan aura negatif yang hitam akan memenuhi hati dan seluruh badannya..

Lepas saya selesai bagi bahagian saya, saya dan Aisyah terus keluar ke airport. Abah naik MAS sampai jam 7 mlm. Seterusnya bacaan yasin beramai-ramai dibawa oleh Sham dan Kak Hada..

Makanan sangat ler banyak..
tapi kami tak sempat nak makan..
huhu.. sedihnye..hehe..
[Tapi sempat makan siket pulut kuning dengan rendang daging Jumi buat..sedap..]

p/s Saya memang suka pot luck..
Sebab ada beraneka makanan..
dan bahagian saya selalunya saya bawa cheese cake Sara Lee je..
Nak buat yang power-power mana ler sempat..(alasan bagai..hehe.. )
_____________

Ada yang tanya kenapa saya tak mintak tolong kawan-kawan lelaki jemput Abah..
Jawapannya banyak..
1- Saya segan nyusahkan orang, sebab ke airport jalannya dekat dan lurus ikut highway. Saya boleh buat insya Allah. Kalau jauh mungkin saya tak mampu nak pergi..
2-Sebab Abah terlalu kerap balik Mesia dan datang sini.. Kalo sekali sekala balik mungkin kurang siket rasa segan nak susahkan orang
3-Sebab Aisyah selalunya ada hadiah dan card untuk Abah, sama ada masa pergi atau masa balik. Dan dia selalunya nak lari dan peluk Abah kat airport. Jadi kena raikan feeling sicomel Umi tu..

Sebab tu, kami akan selalu ke airport..

Wednesday, June 24, 2009

Email v ym

YM

Apa ym tu?
yahoo mesenger ler..
sekarang kita selalu ber yahoo mesenger, email jadi kurang dah dan telepfon lagi ler kurang.
Kadang-kadang bila saya online jer, ramai kawan-kawan yang online sama-sama, maka kita boleh berym..
chatting ler..

Saya selalu buat invisible.. sebab selalunya bila saya online, ramai kawan-kawan yang akan menyapa saya. [cam tererkan.. hehe..] Ada sekali saya buat visible dalam ym, akhirnya berym dengan 7 orang sekali gus. Kawan-kawan dan adik beradik saya di Mesia.. sampai saya jadi terlupa apa saya tulis untuk orang ni yer..takut tersalah jawab soalan..hehe..

Kalau kita nak tahu orang yang online tapi dia macam offline, kita click jer kat nama dia, kalau dia online nanti tempat muka dia bernyala-nyala.. maknanya orang tu online ler tapi dia tulis invisible..hehe.. boleh ler kita ym dgn dia.

Saya memang suka baca joke..
ada satu joke pasal email dan internet ni..
Jom baca...
Belum baca lagi dah ketawa dulu.. hehehe...
___________________________


Jobless man applied for the position of 'office boy' at Microsoft.

The HR manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test.

'You are employed' he said. Give me your e-mail address and I'll send you the application to fill in, as well as date when you may start.

The man replied 'But I don't have a computer, neither an email'.

'I'm sorry', said the HR manager. If you don't have an email, that means you do not exist. And who doesn't exist, cannot have the job.'

The man left with no hope at all. He didn't know what to do, with only $10 in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg tomato crate.

He then sold the tomatoes in a door to door round. In less than two hours, he succeeded to double his capital. He repeated the operation three times, and returned home with $60.

The man realized that he can survive by this way, and started to go everyday earlier, and return late. Thus, his money doubled or tripled everyday.

Shortly, he bought a cart, then a truck, and then he had his own fleet of delivery vehicles.

5 years later, the man is one of the biggest food retailers in the US...

He started to plan his family's future, and decided to have a life insurance.

He called an insurance broker, and chose a protection plan.

When the conversation was concluded the broker asked him his email.

The man replied,'I don't have an email.'

The broker answered curiously, 'You don't have an email, and yet have succeeded to build an empire. Can you imagine what you could have been if you had an e mail?!!' The man thought for a while and replied, 'Yes, I'd be an office boy at Microsoft!'

Moral of the story

Moral 1
Internet is not the solution to your life.

Moral 2
If you don't have Internet, and work hard, you can be a millionaire.

Moral 3
If you received this message by email, you are closer to being a office boy/girl, than a millionaire. .........
hehehe......

Tuesday, June 23, 2009

Pindah Bilik

I am on the move..

Pindah bilik hari ni kita... Saya ke bilik 205 dari bilik 250, share bersama Fon dari Thailand dan Helena dari China. Bilik ni sangat menarik dan comfortable. Saya dapat duduk tepi tingkap... Saya rasa bilik ni lagi best dari bilik sebelumnya. Sekarang saya dapat turn on kan PC selepas orang IT datang betulkan. Nanti saya akan uploadkan gambar work station saya ni..

Hari ni saya dan Aisyah sangat gembira sebab petang ni kami akan ke airport jemput Abah. Abah balik Mesia hari tu dan balik sini semula hari ni. Dari rumah Jumi [hari ni Jumi jadi host study circle] kat Lalor, saya dengan Aisyah akan keluar awal dan terus menuju ke airport..

Aisyah dah siapkan satu kad yang cantik untuk Abah.
Dia tulis:

WELCOME BACK TO MELBOURNE ABAH..

Bila Abah ada, saya akan rasa release siket dan boleh concentrate study sebab Abah akan antar dan jemput Aisyah kat sekolah..pastu antar Aisyah ke kelas teakwondo. Saya boleh stay kat opis sampai kol 6 pm....

Merdeka ler saya.. yeaa...

Monday, June 22, 2009

English...

Percaya tak??

Entah ye entah tidak..
baca je ler... hehehe...
_________________


A few days ago, Prime Minister Mori was given some Basic English conversation training before he visits Washington and meets president Obama...

The instructor told Mori Prime Minister, "When you shake hand with President Obama, please say 'How are you?'. Then Mr. Obama should say, 'I am fine, and you?' Now, you should say 'Me too'. Afterwards we, translators, will do the work for you."

It looks quite simple, but the truth is...

When Mori met Obama , he mistakenly said 'Who are you?' (Instead of 'How are you?'.)

Mr. Obama was a bit shocked but still managed to react with humor: 'Well, I'm Michelle's husband, ha-ha...'

Then Mori replied 'Me too, ha-ha.. .'.

Then there was a long silence in the meeting room.
___________
hehehe...

Sunday, June 21, 2009

Madrasah

Madrasah ILIM

Ahad-21 Jan, seperti biasa Aisyah ke ILIM untuk sekolah agama Ahad dan saya pula ke kelas Tajwid untuk kaum Ibu. Hari ini hari terakhir untuk semester ini. Semua kanak-kanak dikumpulkan di Musalla untuk program kuiz. Aisyah sangat gembira sebab dia dapat jawab dua soalan dengan tepat dan Ustaz telah memberikan present iaitu dua biji coklat..[hadiah coklat tu besar maknanya pada kanak-kanak..]

Kelas tajwid hari ni hanya 7 orang tapi semuanya bersemangat waja. Saya tanya soalan dan semua menjawab dengan hebatnya. Sekarang kami sudah sampai hukum Ikhfa' Hakiki dan mereka saling menghafal ramai-ramai. Saya seronok melihat kesungguhan mereka semua.. menyalin dengan bersungguh-sungguh apa yang saya tulis kat white board. Dan yang paling seronok dia orang panggil saya 'Cikgu'.. [saya suka dapat gelaran cikgu.. sebab kat universiti takde sapa pun panggil saya cikgu...hehe..]

Cuti ni ada tugasan..
Saya bagi homework, semua orang kena cari hukum ikhfa' hakiki dan izhar halqi daripada setiap ayat yang dibaca dalam surah yasin. Lepas cuti ni cikgu nak tanya sorang-sorang tau... hehe..

Nanti saya uploadkan gambar 'anak-anak murid' saya ni..

Saturday, June 20, 2009

Compartmentalize

Can You Do that?

Saya mula belajar meng-compartmentalize my mind dari my friend Dr Homoeopathy di Shah Alam. Apa makna compartmentalize? Maknanya adalah: to separate something into parts and not allow those parts to mix together.

Katanya, kita kena belajar membina compartment dalam otak dan hati kita supaya ia tak bercampur baur. Dan saya mempraktiknya dengan sedaya upaya. Tengah belajar lagi sampai sekarang ni..

Orang bijak mesti dapat membahagi otaknya kepada beberapa bahagian. Seumpama pasangan suami isteri yang bijaksana- bergaduh antara suami dan isteri dalam bilik.. Tapi bila berdepan dengan anak-anak dan orang lain, mereka dapat 'meletakkan masalah tersebut dalam compartment lain' dan tidak melempiaskan nafsu marah kepada orang lain. Orang yang gagal adalah sebaliknya. Bergaduh suami isteri, anak-anak dipukul tak tentu pasal, kat ofis pun mengamuk, kat students pun mengamuk.. itu orang tak bijak.. cam tu ler lebih kurang.

Saya pun tengah belajar ni..

Jadi..

Saya tak boleh buat life saya miserable oleh satu masalah.. Saya kena letak dalam satu compartment cerita pasal rumah dan Sam. Ia tak boleh mengganggu kerja dan hidup saya yang lain. Saya letakkan cerita pasal PhD dalam compartment yang lain- ia tidak boleh mengganggu keceriaan saya dengan keluarga dan kawan-kawan.


Petang semalam kol 3pm- Saya meluahkan geram saya (kat Sam tu ler...) pada Sham, my friend. Sian Sham..[Nama dah dekat sama tu - Sam and Sham.. hehe..]. Cik Puan Sham ni sebenarnya tengah kalut nak siapkan Proposal nak kena serahkan pada Supervisor dia. [Supervisor dia tu Supervisor saya gak ler.. orang yang sama..] Tapi dia kena bagi masa lak kat saya..

Saya tengah geram, jadi saya perlu cari orang untuk dengar cerita saya..'Sorry yer Sham, sian ko, kena lah dengar cite aku..hehe..' Tapi itu ler guna kawan.. dengar jer pun dah cukup. Lepas cite, saya ok ler..

So saya pun tutup compartment dalam otak saya pasal Sam dan rumah..
Saya pun jadi ok... hehe..
Bergaduh dengan Sam tu saya tepikan dulu.

___________

Teakwondo- Grading Aisyah

Jumaat 19 June -Aisyah naik Belt Biru. Alhamdulillah..
Sepatutnya perlu ke Stadium kat Meb City hari Sabtu 20 June- jam 6.30-7.30pm, ie hari ini. Tapi saya hantar surat mintak excuse so the Instructor buat test dalam kelas dan beri Aisyah markah sparring, dan lain-lain. Kena bayar AUD50 untuk grading dan AUD15 untuk Belt. Semua habis ler AUD70. So selesai ler kisah ceria Aisyah naik belt biru..

Tahniah yer Aisyah.. I'm very proud of you..


__________

Dinner ANZ

Malamnya, saya keluar makan dengan Nor. Saja menghabiskan masa, nak bersembang dengan Nor pulak. Jadi kami ke restoran ANZ makan tomyam sambil cite-cite pasal Sam lagi..(hehehe..) dan kata Nor yang memberi motivasi kat saya:

'Hidayah kena teruskan.. Mujur benda ni berlaku kat You yang ada Law background dan ada kawan-kawan kat Law School.. Entah-entah ada ramai lagi yang kena tapi diam jer sebab tak tahu nak dapatkan panduan dan Legal Aid kat sini. At least you can fight for your right and our right jugak..Hidayah teruskan, biar Sam tu tahu bukan semua international students dia boleh buli senang-senang. Jangan mengalah..'

'umpphh.....' hehhe..

Dah main api ni, kena pulak cari jalan macamana nak buat kalau api tu tetiba mati atau tetiba jadi lebih marak.. adoiii poning jugak kawan!

Lepas tu cite pasal our PhD pulak ler...

_____________

Usrah kat Clayton

Pagi Sabtu 20 June, tadi ler- jam 8.30 pagi, saya dan Aisyah naik kereta drive ke Clayton sebab memenuhi permintaan kaum Ibu kat Clayton untuk bagi tafsir kat Usrah mereka. Saya dah setuju jadi perlu hadir memenuhi janji. [Sam punya compartment, sudah ditutup. Minggu depan hari Rabu buka balik sebab ada appointment dengan Peggy, my free lawyer...]

Seronok juga menambah kawan2 baru.. ada dlm 13 org tadi kalau tak silap saya.. Sampai sana, terus mula Usrah.. Aisyah dengan penuh gembira membaca surah Abasa yang dia dah hafal sebagai memulakan tafsir. Saya memberi penghormatan pada my Darling Aisyah untuk membaca Surah Abasa yang telah berjaya dihafalnya sebelum mula perbincangan. Semoga Aisyah rasa lebih bersemangat untuk terus menghafal lagi apabila semua Makcik-makcik dok puji dan bagi semangat pada dia.. [Tak riyak yer Aisyah..]

Saya juga sentuh tentang kepentingan memberi makanan pada 3 compartments dalam diri kita iaitu Mental, Physical dan juga Spritual. Kita jangan lupa memberi hak kepada semua yang berhak. Jangan lupa baca Quran, ajar alquran dan solat pada semua anak-anak dan keluarga kita di samping memberi makan kepada mental dan physical kita.

Terapkan nilai yang baik pada anak-anak kita kerana kalau anak jadi kurang ajar, ibu bapalah yang disalahkan kerana telah 'mengkurangkan ajaran' kepada anak kita. Anak kita seumpama CPU kosong, kitalah yang install apa-apa yang kita nak. Jadi install ler apa-apa yang bagus dan disukai Allah..

Sama-samalah kita berusaha agar kita dapat melahirkan anak-anak dan generasi baru yang ada akhlak baik dan ada rasa cinta pada agama.. insya Allah.

Lepas tu, macam biasa...
Soru.. hehe.. kenyang
dan kami pun balik..
[Time kasih sebab sponsor minyak kete saya yer... hehe..]

Friday, June 19, 2009

Bermain Api..

Sukarnya...

Jangan bermain dengan api, nanti bahaya...

Itulah yang terjadi dengan saya sekarang.
Saya bermain api.. dah sekarang saya dah tak boleh undur, terpaksa terus bermain lagi dengan harapan janganlah api tersebut menjadi lebih marak..

Apa sebenarnya?
Saya bergaduh lagi dengan Agent cikai tu.
Isyy,.. apasal ler jadi macam ni?
Dapat rumah yang cantik dan sangat baik, tapi Agentnya pulak problema...

Rabu, 17 June saya menghantar surat menggunakan envelope University ke Agent tersebut dengan menyertakan Borang Notice to the Landlord for Non-Urgent Repairs. Borang tu saya download dari Victoria Consumer Affairs dan saya letakkan sekali 8 keping gambar perkara yang perlu direpair dan saya nyatakan mengikut Tenancies Act, repairs for non urgent matters should be done within 14 days. Kerosakan kecik saja, seperti tombol paip air tercabut, kunci garage rosak, tiles depan rumah pecah.. Dan
saya nyatakan semua damage tersebut telah ada semasa saya masuk dalam rumah ini.

Bila dia terima jer surat tersebut, terus Mamat Sam Ibrahim tu dari Rayne & Horne mengamuk dan call saya..
'Hidayah, why should you use that form? and why should you put all the photos?'
Saya cuma jawab,
'Why not? it's only a form. I was advised to use that form. The photos are the evidence..'

Mamat tu mengamuk ler..
macam2...
Sakit jiwa dibuatnya..

____________

Tadi, saya kena tukar bilik kat ofis. Dari bangunan sekarang ke Bangunan bersebelahan. Jadi terpaksalah kelam kabut kemas barang dan letak dalam kotak.
Saya akan bertukar bilik rupanya dengan Peggy, seorang lecturer law yang jaga Legal Clinic kat sini.

Jadi saya pun berstody ler dengan sakan-sakannya..
Akhirnya Peggy pun memberi jalan..
'Don't worry Hidayah. I'll be your solicitor. I will send a love letter to Sam, using our Uni' Legal Clinic. He will receive the letter soon. I will help you.. no worries...'

Haaaahhhh..
releasenya..
Amin..
Ya Allah.. Thank you for sending someone to solve this matter..

Alang-alang main api..
Redah ler sampai habis.
That's law yang aku belajar pun..

Semoga ALlah permudahkan...insya ALlah..

Wednesday, June 17, 2009

Sister in Islam

Are You?

'Are you Sister in Islam?'

'Yes, I am your sister in Islam. But I am not a member of Sisters in Islam..'

Saya ditanya oleh seorang peserta dari US dalam Konvensyen Hak Asasi dulu dan saya menjawab seperti jawapan di atas. Pelik?? Saya memang seorang saudara anda dalam Islam, tapi saya bukan ahli NGO Sisters in Islam (SIS) yang berpusat di PJ, Selangor.

Kenapa?
Bagi yang tak tahu apa dan siapa Sisters in Islam, memang pelik dengan soalan dan jawapan di atas.

SIS adalah sebuah NGO yang bekembang dengan pesat di Malaysia dan juga ke negara luar serantau. Ahli-ahlinya bersemangat waja dan saya mengkagumi kesungguhan mereka dalam hal ini. Sehingga hampir semua orang yang mengambil tahu berkenaan isu-isu gender dan Syariah akan mengetahui kewujudan mereka. Dengan kata lain, masyarakat tahu bahawa mereka wujud, dan mereka berjuang membawa kesamaan gender dan menentang apa-apa peruntukan dan amalan yang dilihat menentang kesamaan gender antara lelaki dan wanita.

Saya mempunyai hubungan yang agak baik juga dengan beberapa orang di kalangan pimpinan SIS. Dan saya tahu mereka sedar saya ada bersetuju dan ada tidak bersetuju dengan pandangan mereka. Saya pernah juga dijemput hadir dalam beberapa perbincangan mereka. Apabila perlu dan ada jalan, saya selalu bangun membantah dan menyuarakan pendapat saya.

Stand saya adalah: Saya tidak menerima feminisme dalam keadaan keterlaluan sehingga boleh membantah peruntukan agama seperti kedudukan wanita dan lelaki dengan peruntukan, hukum, tanggungjawab dan peranan berbeza yang termaktub dalam nas. Saya menekankan apa yang berada dalam nas qatie, kita tidak mempunyai hak untuk membantah. Itu adalah hak Allah untuk meletakkan hukum, wajib menutup aurat, wajib solat, wajib membahagikan pusaka begian begian dan semua peruntukan agama yang bersifat qatie. Tugas kita mematuhi sebagai hamba yang dicipta. Namun jika peruntukan bersifat zanni, ia terbuka kepada ijtihad dan pendapat baru dan berbeza.

Namun saya memang membantah perlakuan salah seperti lelaki melayan wanita secara kasar seperti wanita didera, dipukul dalam isu rumahtangga dan sebagainya. Saya juga membantah perlakuan lelaki yang sepatutnya menjaga kebajikan anak walian tetapi tidak memberi nafkah, hilang tanpa nafkah - meninggalkan anak sehingga anak terpaksa mencari ayah untuk mewalikan mereka untuk berkahwin (bagi yang perempuan) dan lain-lain lagi.

Saya membantah amalan tidak adil lelaki yang melakukan poligami. Namun saya tidak membantah keharusan poligami. Saya membantah semua perlakuan pelaku tersebut kerana ia membawa pandangan buruk dan menjatuhkan nama baik Islam.

Sebenarnya masa saya menulis untuk majalah semasa belajar di UIA dulu, [termasuklah yang menggunakan nama samaran 'Fathi Yakan Malaysia'], banyak tulisan saya yang disiarkan di majalah berkenaan isu-isu begini. Saya banyak menulis artikel menjawab tulisan 'mereka' tetapi untuk kesejahteraan diri, saya sembunyikan nama betul saya.

Tapi itu dah lama, berbelasan tahun yang lepas. Sekarang saya sudah agak berani meletakkan nama saya dalam semua tulisan saya. Saya bertanggungjawab atas apa yang saya tulis.

Baru-baru ini di Malaysia khabarnya isu SIS timbul selepas Parti PAS membawa usul supaya Majlis Fatwa menyiasat perjuangan mereka samada selari atau tidak dalam Islam dan mewartakan fatwa berkenaan pergerakan ini. Sebagai ahli akademik, saya tidak berpihak kepada kepartian, tetapi membawa isu SIS untuk bacaan kita.

Kawan saya Hj Zainul ada menulis pandangannya mengenai isu SIS dan usul tersebut.
Agak baik juga huraiannya untuk kita baca bersama..

Saya sertakan...
_________________

USUL PAS MEMINTA MAJLIS FATWA MENYIASAT AKTIVITI SISTER IN ISLAM (SIS)


Saya amat mengalu-alukan usul Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang diluluskan tanpa bahas yang menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan agar menyiasat aktiviti Sisters in Islam (SIS) dan jika mendapati ianya bertentangan dengan ajaran Islam mengharamkan pertubuhan tersebut. SIS adalah sebuah badan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.



Sebagai sebuah pertubuhan yang membawa nama Islam sudah seharusnya aktiviti SIS tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat perkara ini kerana Majlis tersebut adalah badan yang berotoriti mengkaji samada aktiviti SIS bertentangan dengan ajaran Islam atau tidak. SIS tidak perlu gusar sekiranya mereka berpendapat aktiviti mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam malah SIS hendaklah membantu Majlis Fatwa Kebangsaan dalam siasatan mereka dengan mengemukakan apa sahaja bukti yang diperlukan bagi mencapai keputusan yang adil. Janganlah tergopoh gapah membuat kesimpulan

Majlis Fatwa Kebangsaan akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada SIS.

Sayugia diingatkan orang bukan Islam khususnya Majlis Peguam agar tidak mencampuri urusan dalaman agama Islam (intrafaith) semata-mata atas nama hak asasi.

Perkara ini melibatkan hal ehwal dalaman agama Islam dan adalah tidak wajar orang bukan Islam mencampuri urusan ini sebagaimana orang Islam tidak pernah mencampuri urusan agama bukan Islam lain.

Sudah sewajarnya sebarang pertubuhan yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tertakluk kepada agama Islam itu sendiri. Piawaian yang digariskan Islam hendaklah dipatuhi dan diikuti dengan ketat agar tidak menimbulkan salah sangka atau representasi salah terhadap nama yang dibawa itu.

Adalah amat tidak masuk akal jika sebuah pertubuhan itu menggunakan nama Islam tetapi tidak memperjuangkan Islam. Perkara inilah sebenarnya yang harus disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Hal ehwal sesuatu agama hanya boleh ditadbir oleh golongan agama itu sahaja sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 11(3) Perlembangaan Persekutuan.

Malah telah termaktub di bawah Perlembagaan Perseketuan Artikel 11(4) pula, kedududukan orang Islam di bawah Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri di dalam Persekutuan boleh memulihara kepentingan Islam dan Muslim dengan memperuntukan undang-undang bagi memuliharanya dari anasir-anasir yang silap, salah dan menyeleweng saperti juga yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes-kes Sulaiman Takrib (pengikut Ayah Pin), Abdul Kahar (Rasul Melayu) dan Mamat bin Daud. Sayugia di ingatkan bahawa kepada mereka yang merujuk pada dasar Perlembagaan Perseketuan sebagai dasar polemik harus juga menghormati peruntukan yang ada yang telah di tafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut



Walaupun demikian saya akur perlunya diadakan dialog yang terurus dengan SIS ataupun mana-mana pertubuhan lain berkaitan dengan sesuatu isu ataupun pendirian. Ia bertujuan bagi memahami aspirasi dan objektif sesuatu perkara itu. Ruang dialog hendaklah tidak ditutup dan gunakanlah ruang ini bagi menyelesaikan segala permasalahan mengikut kehendak agama. Namun di dalam berdialog mencari kebenaran itu kedua dua belah pihak hendaklah mempunyai niat yang ikhlas dan suci bagi mencari penyelesaian yang tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.



Inilah pandangan peribadi saya setelah beberapa pihak bertanyakan kepada saya berhubung perkara ini.

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

#Zainul Rijal Abu Bakar adalah bekas Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, sekarang beliau adalah Setiausaha Peguam Pembela Islam (PPI) dan Penolong Setiausaha Agong Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Tuesday, June 16, 2009

Musim Salji...Huyooo

Sejuknyer..


Sekarang dah masuk winter, bahkan dah ada salji.. huyoooo bestnya main salji..[itu gimik jer.. saya tak pernah main salji lagi..hehe..]


Sekarang sangat sejuk . Setiap pagi masa hantar Aisyah ke sekolah, sejuk sehingga ke tulang hitam, bahkan bila bercakap keluar asap.... Macam hisap rokok..puuh keluar asap.. puuuhh keluar asap.. hehe..[Tapi saya tidak maksudkan suruh hidap rokok kerana rokok difatwakan haram oleh Fatwa Selangor walaupun ramai orang yang berilmu menghisap rokok. Saya menerima fatwa tersebut dan bagi saya haram dan berdosalah bagi sesiapa yang menghisap rokok....]



Kalau nak baca pasal main salji di Melbourne, silalah ke blog Salam Monash- link sebelah blog saya ni. Saya suka membaca tulisan penulis blog tersebut ie En Ropidi, sebab ia berbentuk penerangan (descriptive) dan senang difahami.


Ramai kawan-kawan saya telah ke Mount Buller main salji..
Kami plan nak ke sana jugak, tapi belum tahu bila dan bagaimana..
Mudah-mudahan ada rezeki sampai juga nanti..

Monday, June 15, 2009

Kata-Kata Hikmah

Sedikit Tapi Bermakna...

Apa yang dikatakan kata-kata hikmah?

Ia kata-kata yang pendek, sedap dibaca, siket sahaja pilihan perkataannya tetapi..mengandungi makna yang sangat mendalam, tajam, membuka minda, menyentuh hati dan membuka pandangan bagi orang yang mempunyai hati budi.

Saya suka membaca buku berkaitan kata-kata hikmah, tak kira dari sesiapa sahaja dan saya akan cuba memahami, menulis, menyimpan, menghafal dan menggunakannya bila berkenaan..

Saya membaca catatan dalam PDA saya semasa saya berkunjung ke Padang dua tahun lepas. Masa tu Ayah Lie masih lagi bersama kami dan menjadi ketua rombongan kami semua. Kata-kata hikmah yang keluar dari mulut Ayah Lie masa beliau memberi ucapan mewakili rombongan kami dari UiTM turut saya catat..Ada setengahnya telah saya masukkan dalam entry terdahulu berkenaan lawatan kami ke Padang.

Mari kita baca, renung dan mencari yang tersirat di sebalik yang tersurat.

_____________

Kata-kata hikmah di bawah saya catat semasa kami singgah minum air pinang muda. Ia tertulis dan ditampal di ruang restoran tersebut..

'Orang yang pesimis adalah mempermasalahkan peluang dari suatu kesempatan. Tapi orang yang optimis adalah menangkap peluang dari suatu kesempatan..'

Saya ingin jadi orang yang optimis!
_________________

Kata-kata di bawah saya catat dalam ucapan Penjaga Rumah Hamka yang memberi ucapan semasa kami berkunjung ke Rumah Buya Hamka ketika itu..

Hidup akan menjadi indah bagi orang yang ada cita-cita. Karnanya Orang yang ada cita-cita pastinya akan selalu bekerja keras dan berusaha'- HAMKA

Saya ingin hidup sebagai seorang yang bercita-cita besar dan melalui hidup yang indah!
_____________

Kata-kata yang cantik disebut oleh Ayah Lie atau Allahyarham Prof Madya Ustaz Ghazali Sulaiman

'Kami datang ke Padang ini menjejak tapak ulama'..
Karna kami tahu di sini bermulanya HAMKA.
Begitu juga di sini adanya jejak perjuangan Pak Naser...

Saya ingin menjadi pewaris kepada perjuangan para ilmuan Islam!

insya Allah...

Sunday, June 14, 2009

Innalillah..

Kehilangan Seorang Ulama Besar


Mungkin ramai dan mungkin juga tidak ramai yang mengenali nama Fathi Yakan. Saya mula mengenali nama Ulama' Besar ini semasa saya di tingkatan 4 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), PJ. Masa tu semua pelajar dikehendaki mengikuti usrah dan dalam Usrah tersebut, saya didedahkan dengan buku beliau bertajuk 'Ma za Ya'ni Intima' i lil Islam' [Apa Ertinya Saya Menganut Islam].

Dalam usrah tersebut, dikupas setiap minggu satu demi satu bab dalam buku tersebut. Dalam waktu saya masih kebudakan, saya mengenali nama-nama lain seperti Yusuf al-Qaradhawi, Hassan al-Banna, Naseh Ulwan, Syed Qutb dan lain-lain lagi..

Antara sedar dengan tidak... Saya mula sedikit demi sedikit terkesan dengan bahan bacaan saya.. [bercampur dengan perangai kebudakan saya bersama perkara lain yang saya alami...(seperti rumah terbakar masa saya di tingkatan lima dlll], sehinggalah satu demi satu pandangan saya terhadap alam, manusia, dakwah, dosa pahala, kebaikan dan kejahatan terbina dalam diri saya..Semuanya membina fikrah saya tanpa saya sedari bila dan bagaimana...

Saya pernah menulis artikel semasa saya di tahun satu UIA ke sebuah majalah dan ia disiarkan..Artikel tersebut mengenai isu aurat wanita. Demi mengelakkan identiti saya dikenali, saya menggunakan nama samaran 'Fathi Yakan Malaysia.' [hehe.. saya pun tak tahu kenapa saya guna nama tu dan saya pun dah tak ada simpanan artikel tersebut..].

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh al-marhum Fathi Yakan dan mengurniakan pahala yang besar di atas seluruh jasa dan perjuangan beliau..amin


>______________________

Islamic Leader Fathi Yakan Dies


http://www.naharnet.com/domino/tn/NewsDesk.nsf/936b14e5ec36bb79c22566f7004e4b46/86abed714134cacac22575d40052048e/Body/0.82?OpenElement&FieldElemFormat=jpgThe Islamic Action Front announced Saturday the death of its leader Fathi Yakan. He was 76 years old.

In a statement, the IAF said Yakan passed away at 4:45pm in Hotel Dieu Hospital, where he was admitted on Friday night.

Yakan's body will be moved to Tripoli on Sunday morning. The time and place of the funeral will be announced at a later time, the statement added.

The IAF earlier denied media reports of Yakan's death but said he was in critical condition.

Yakan was born in the northern port city of Tripoli in 1933. He became involved in Islamic work in Lebanon in the mid 1950s and was a pioneer in the establishment of the Islamic Movement. Yakan was elected a member of parliament in 1992.

Beirut, 13 Jun 09, 18:03

Saturday, June 13, 2009

Rumah Saya

Dalam rumah..

Inilah rumah kita orang..


Dari pintu masuk, boleh terus nampak ke pintu b elakang.
Designnye senang sangat tapi menarik..
Masuk pintu depan, ada pintu bilik sebelah kanan..
Pastu sebelah kiri living room..

Ini dapur...
Kecik, kemas dan sesuailer untuk saya..
Yang kurang masak tapi kuat makan... hehe...

Secara umumnya..
Saya suka rumah ini..

Friday, June 12, 2009

PhD

Buku PhD Kecil Tapi Signifikan

Buku tulisan Prof Kamil ni telah lama saya beli, tapi tertinggal kat Mesia dan saya tak pernah baca lagi cuma tengok isi kandungannya saja. Balik hari tu, saya ke rumah lama di Seksyen 7 [sian Kak Zah.. kena bongkar bilik study saya..], saya mencari buku ini dan akhirnya saya jumpa..

Saya bawak sini, tapi masih tak baca apa-apapun. Tak rasa nak baca..Tapi kemarin tetiba saya teringat buku ni dan terus mencari buku ni dari kotak-kotak yang banyak - lepas pindah hari tu..

Jumpa!
Saya baca, ulang dan baca bersungguh-sungguh...

Ia membuka minda saya dan saya rasa seronok membacanya. Walaupun saya dah tahu info dan ceritanya dari orang lain yang sudah membacanya tapi saya rasa cara Prof Kamil tulis memang memuaskan. Patutlah buku Travelog Haji dia pun berjaya mencapai tahap best- best seller di Malaysia.. semoga Allah memberi pahala yang baik pada beliau.

Apa yang menarik dalam buku tu?
Banyak jugak..
Pasal jenis-jenis manusia di dunia ini terutama orang melayu di luar negara .. itu sangat interesting.
Beliau menulis pengalamannya bahawa..
'Intelek Melayu di luar negara kadang-kadang ada yang tak buat selayaknya.. ada bergaduh pasal benda kecil-kecil, rumah sapa paling lawa, rumah sapa paling murah, tempat mana dah dilawati, pinggan sapa paling cantik.. ' umppp.. kelakar jugak..
Dia menyebut ada yang jadi kera sumbang... hidup dengan diri sendiri, tidak bergaul dengan orang lain... umpp.. menakutkan!

Saya tak mahu jadi orang macam tu..
Mohon dijauhkan Allah...
Saya tak mahu jadi orang yang busuk hati..
Saya tak mahu jadi orang yang dengki dengan kelebihan orang lain..
Saya tak mahu jadi orang yang kedekut ilmu..
Saya tak mahu jadi orang yang mengasingkan diri..
Saya tak mahu jadi orang yang hilang auranya..

Saya ingin jadi insan terpilih!
Yang baik, pemurah, penyayang, suka berkongsi ilmu, suka menolong dan melakukan islah [kebaikan] pada diri dan masyarakat..
Dan yang penting sekali...
saya ingin balik Mesia dengan PhD!.
Saya sangat risau dengan pembelajaran saya sekarang..

Ya Allah.. permudahkanlah laluan ilmu yang saya terokai ini.. amin

Thursday, June 11, 2009

Hari Ibu Sepanjang Tahun..

Selamat Hari Ibu..

Kita semua tak sebut dah pasal hari Ibu sebab dah lepaskan? yelah masa 10 Mei hari Ibu, sekarang orang bercerita pasal hari bapa le pulak.. Walaupun dah lepas, saya nak share jugak pasal cerita hari ibu walaupun ia telah berlalu sebulan yang lepas. Artikel ini BH tak siar sebab dah terlepas dari tema Hari Ibu, tapi itu tak jadi masalah pada saya..
Saya siarkan di sini..
dalam blog saya ..
kerana blog ini adalah Sekadar Pendapat Hidayah..
So no worries.....

____________________

To All Mums in the World....
by: Nurhidayah Muhd Hashim

‘Apakah anda telah memberi sekuntum bunga untuk Ibu anda? Jika belum, telefonlah ibu anda hari ini menyatakan kasih anda’. Nota kecil bertulis kata-kata di atas ditampal di semua muka hadapan surat khabar yang dijual di Melbourne pada 10 Mei sempena Hari Ibu yang lepas. Ayat tersebut mengingatkan pembeli dan pembaca akhbar agar mengingati ibu mereka sempena hari tersebut.

Kita semua telah melihat bagaimana seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia meraikan ibu masing-masing sempena Hari Ibu 10 Mei baru-baru ini. Ada yang memberikan ibu mereka hadiah berharga, membawa ibu makan besar di restoran mewah, membelikan bunga, rantai leher dan pelbagai cara untuk menzahirkan kasih sayang terhadap ibu sempena Hari Ibu.

Persoalan yang wajar diperhatikan adalah, bagaimana selepas sambutan Hari Ibu? Apakah semangat meraikan dan menghormati ibu sudah hilang atau masih hangat seperti mana hari tersebut?

Hari ibu sebenarnya disambut berbeza-beza mengikut Negara. Kebanyakan negara dunia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei yang kebetulannya jatuh pada 10 Mei bagi tahun ini. Ada yang menyambutnya pada bulan Februari, ada pula menyambutnya pada hari Ahad kedua bulan Mac dan sebagainya.

Terdapat beberapa perkara menarik sepanjang pemerhatian penulis berkenaan sambutan Hari Ibu di Australia. Sepanjang sambutan Hari Ibu, televisyen di Australia menayangkan pelbagai tayangan gambar menunjukkan pengorbanan ibu terhadap keluarga. Iklan harga runtuh bagi barangan seperti rantai emas, loket, barangan kesihatan dan bermacam-macam lagi yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu ditayang dengan kerap setiap hari. Mereka menjadikan Hari Ibu sebagai satu hari yang sangat penting dalam kalendar mereka.

Sekolah juga tidak terkecuali memainkan peranan mereka. Dalam dua minggu pertama bulan Mei, pihak sekolah akan menjadikan acara mereka cipta, melukis dan mewarna kad ucapan yang dibuat oleh pelajar untuk ibu masing-masing sebagai acara penting dalam bilik darjah. Semua pelajar diminta melukis dan meluahkan perasaan sayang kepada ibu dalam kad tersebut. Kad tersebut akan disimpan di sekolah sehinggalah hari terakhir sebelum tibanya Hari Ibu dan pelajar diminta menyerahkan pada ibu masing-masing pada hari Ahad sempena Hari Ibu tersebut.

Pihak sekolah juga menulis surat kepada ibu bapa supaya dapat memberi anak-anak sejumlah wang seperti $3-$5 untuk membeli hadiah untuk ibu masing-masing yang dijual oleh pihak sekolah. Antara hadiah yang sekolah sediakan seperti lampu meja, buku, lampu kristal berbentuk hati dan macam-macam lagi. Tujuannya supaya setiap anak mempunyai satu hadiah dan satu kad untuk ibu mereka pada hari tersebut.

Tindakan pihak sekolah ini pada pendapat penulis adalah suatu yang positif bagi membina semangat dan kesungguhan pelajar dalam menghargai ibu mereka. Wajar juga amalan tersebut digalakkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi menanam semangat cintakan ibu di kalangan para pelajar.

Usaha akhbar di sini yang meletakkan nota kecil di muka hadapan akhbar bagi mengingatkan pembeli dan pembaca akhbar terhadap ibu masing-masing juga adalah usaha yang baik dan wajar dicontohi di Malaysia.

Namun begitu, kita tidak bersetuju jika ibu diraikan hanya pada hari tersebut sahaja. Ibu dan bapa adalah insan mulia yang wajib dihormati dan diraikan sepanjang hayat sama ada mereka adalah Muslim ataupun bukan Islam sekali pun.

Dalam meraikan sambutan Hari Ibu, para ilmuan Islam sebenarnya berbeza pendapat. Ada setengah ulama' berpendapat menyambutnya adalah haram atas dasar ia menyerupai amalan orang bukan Islam dan orang Islam meniru membuta tuli tanpa menyelidik apakah yang ada di sebalik sambutan tersebut. Apatah lagi tindakan mengambil satu hari dan dinamakan Hari Ibu tidak diamalkan semenjak zaman Rasulullah atau pun para sahabat terdahulu.

Pendapat kedua mengatakan ianya harus dan dibolehkan dengan syarat si anak menunjukkan penghormatan dan menjaga kebajikan ibu bukan dihadkan pada hari tersebut sahaja, tetapi meraikan ibunya sepanjang masa. Cumanya mungkin pada hari tersebut, dilebihkan penzahiran kasih sayang dan penghormatan yang diberikan berbanding hari-hari lain.

Pendapat Sheikh Faysal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) yang disiarkan dalam islamonline sangat menarik untuk diperhatikan. Beliau menyebut bahawa, pertamanya, semua Muslim wajib menghormati ibu dan bapa masing-masing, terutamanya ibu. Apa yang Islam tidak benarkan adalah kita meniru orang bukan Islam dengan meletakkan satu hari sebagai hari meraikan ibu, seolah-olah hari lain ibu tidak diraikan. Sekiranya kita ingin menjadikan seluruh hari dalam setahun adalah Hari Ibu, maka Islam sangat meraikannya dan tidak ada sebarang bangkangan dalam pandangan Islam.

Apa yang berlaku dalam segelintir kehidupan orang barat adalah terdapat anak-anak yang meninggalkan dan tidak menjaga kebajikan ibu mereka, tetapi kembali ke rumah ibu bapa bertanya khabar hanya pada Hari Ibu dan menunjukkan penghargaan kepada ibu mereka pada hari tersebut sahaja. Selepas hari ibu, keadaan akan kembali kepada biasa. Hidup terpisah seperti sebelumnya.

Umat Islam sewajarnya mempunyai pendirian yang jelas dalam isu ini. Kita mesti menghormati, meraikan dan menzahirkan kasih sayang dan menjaga kebajikan ibu dan juga bapa sepanjang mereka masih hidup. Mengambil tahu kebajikan mereka, melawat mereka di kampung dan memberi sumbangan kewangan setiap bulan bagi memastikan kehidupan mereka tidak terabai. Bahkan meneruskan berbuat baik dan menghadiahkan pahala dan doa untuk mereka selepas mereka meninggal dunia.

Apa yang boleh diterima adalah pada Hari Ibu, mungkin lebih penekanan boleh diberikan kepada si anak agar dapat meraikan dan menunjukkan penghargaan yang lebih lagi kepada ibu mereka, selari dengan arahan al-Quran supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Namun dalam meraikan ibu tersebut, kita jangan sama sekali terbabas dengan melakukan sesuatu yang dilarang Allah, tetapi meraikan mengikut adab-adab dalam Islam. Dengan cara itu, kita tidak mengikut dengan membuta tuli apa sahaja sambutan yang dibuat oleh barat kecuali kita tahu apakah rahsia, kaedah dan prinsip di sebalik sambutan tersebut.

_________

[Nanti saya akan uploadkan gambar lampu meja yang Aisyah belikan dan hadiahkan untuk Umi...sempena hari Ibu]

Tuesday, June 9, 2009

Asas 10

Asas 10 Ajaran Ustaz Haron Din

Atas permintaan, saya uploadkan kembali bacaan Asas 10 terutama yang bertanya tentang bacaan tersebut. Buleh juga dibaca entry saya terdahulu mengenai Bacaan Asas 10.









Terjemahannya..




klik atas ayat di atas, ia akan jadi besar, pastu boleh lah print kalo nak baca

_________

p/s

1- Aisyah dah sihat 80%, ALhamdulillah.. insya Allah esok Selasa 10 Jun baru pergi sekolah selepas bercuti kerana selesema dan demam beberapa hari..

2- Terima kasih pada semua yang telah bermurah hati memberi saya alat-alatan keperluan rumah, rumah saya hampir lengkap dah.. Alhamdulillah.. Saya masuk yahoogroup freecyclemelbourne, bagus betul dalam tu, saya dapat 1 tilam King Koil dari Simon di Preston dan satu tilam single dari Ruby Lee untuk Aisyah.. Fonn my roomate kat Law School kasi sofa satu set, Che Din kasi sofa 2 seaters, saya dapat dari La Trobe Trash & treasure meja Tv dan meja letak bunga, pastu Filah dan Us Zul datang kasi meja study.. Hamzah dan Fiza kasi tilam double satu.. Subhanallah lengkap dah.. Thank you semua..Thank you juga pada Khafiz, Zafiri, Kak Hada yang tolong angkat dalam kenderaan mereka.. Semoga Allah beri pahala yang banyak untuk semua.. amin

2-Sabtu 6 June, kerana aisyah demam dan saya pulak sibuk mengangkat barang-barang yang kawan-kawan kasi/hadiah/donate jadi tak sempat nak ke kenduri kawin anak Kak Ros, tokey Rest Lazzat [Kak Ros, sorry yer, next Ahad kita jumpa kat ILIM ye..], pastu saya juga tak sempat nak memberi sokongan moral pertandingan Futsal Dendeenong v Bundoora..[Nak baca boleh ke blog salam monash En Ropidi]

Sunday, June 7, 2009

Perjalanan

Kisah-kisah Manis dan Kurang Manis..

1- Ke Rumah Hamizah -Ghani

Ahad minggu lepas, saya ke rumah Mizah Ghani. Dia buat kenduri kesyukuran meraikan beberapa perkara baik yang diterima olehnya dan keluarganya. Antaranya Mizah berjaya dpat DM52 dan dah lepas candidature PhD di RMIT..ALhamdulillah.. Mizah dan Ghani ni jiran saya di Shah Alam.
Tahniah ye Mizah...

Ramai sungguh yang datang... Ramainya kawan-kawan Mizah dan Ghani... Dalam 10 orang, saya hanya kenal 2-3 orang.. Saya memang tak kenal ramai orang. Segan pulak rasanya..

Namun begitu, saya seronok melihat ramainya Malaysian Muslims yang ada di kawasan Coburg dan kawasan sekitar..

Ada yang kata, masa orang Melayu di Melbourne sikit, hubungan mereka sangat rapat seperti adik beradik. Bila dah ramai ni, jadi berkelompok-kelompok, dah tak rapat lagi dah.. Betul ker? Wallahua'lam, saya ni low profile, jadi saya memang expect orang tak kenal saya.. Tapi saya suka kenal ramai orang..

Masalahnya saya ni, dulu masa saya mula-mula jadi pensyarah, saya akan kenal muka dan nama pelajar-pelajar sekejap saja. Dua kali masuk kelas, saya dah ingat semua nama dan muka, bahkan saya akan jadi rapat dengan mereka.. Bila dah tua ni, [baca bila dah berumur..hehe..], saya tak berapa senang nak ingat nama dan muka orang, jadi kadang-kadang saya selalu tersalah panggil nama.. Harap maaf ler pada semua yang terlibat....

Kalo students saya, saya main belasah jer.. Yang pompuan saya panggil 'You, Kak Long..' Yang lelaki, saya selalu panggil, 'Mat...' hehe..

Ni belakanag rumah Mizah.. ramainya tetamu tengah menjamu selera...


2- Bundoora Steadhome Art

Hari tu kita pusing-pusing kat dalam Bundoora Park, terjumpa bangunan cantik, rupa-rupanya dia adalah rumah Tuan punya Asal Sir.... yang mempunyai Bundoora Park. Rumah tersebut ditiru sebijik daripada rumahnya di London. Rumahnya besar sangat.. mepunyai berpuluh bilik dan kemudiannya selepas dia mati, rumahnya dijadikan hospital dan akhirnya dijadikan pusat galeri seni.. Memang cantik, saya suka sangat melawatnya..





3- Dinner di ANZ Kitchen

Fiza dan Hamzah bawak kami mengenali restoran Anz ni, chefnya nama Kak Nor. Orangnya sangat peramah dan makanannya sangat sedap. Tempatnya sekitar High Street, nanti saya cari alamat betulnya. Semua makanannya sedap sangat.. Saya kasi 8/10..
Malam tu saya makan nasi goreng, tomyam dan nasi puteh.. Sdap sangat sampai Aisyah bertambah dua pinggan..

Kak Nor orang Singapore. Jadi bila kawan saya Norzaida mama Tariq jumpa orang SIngapore, apa lagi.. rancak ler bersembang..

Siap bergambar lagi.. hehe..
Yang tengah tudung puteh tu ler Chefnya iaiatu Chef Nor..
Terima kasih Hamzah dan Fizah sebab introduce restoran ni..
Memang menepati cita rasa saya..

Before saya balik, saya salam dengan Kak Nor, saya kata..
'Kak Nor, you will see my face again and again..' hehe.. Dia ketawa sakan..

Macamana saya nak simpan duit? Asyik makan kat restoran jer.. hehe..
[Kawan saya Sham pakar jimat menjimat.. dia pun pening tengok cara saya berbelanja..
Sham, macamna ni???] hehe...



4- Join Malahang Festival

Hari tu, kami satu keluarga join festival kawasan perumahan Malahang. Best jugak, Aisyah masuk kandang bagi kambing dan itik makan, pastu main buaian besar dan yang paling powernya Aisyah dengan Abah main panjat dinding.. apa namanye tu yer..Saya pun tak tahu orang panggil apa..

Dalam ni ler Aisyah bagi binatang tu makan..



"Apa dia Aisyah?'
' Aisyah nak panjat tu, tapi Umi dah nak balik.. Buleh ler Umi...'..
'Ok ...pergilah...'

Baju pink tu Aisyah, baju hitam tu Abah...
'Yeaa... Abah berjaya menggapai bintang...'

5- Rumah saya..

Saya mengalami masalah dengan Agent, tapi buat masa ni, Alhamdulillah settle dah. Saya berdoa semoga lepas ni tak ada apa-apa rosak pada rumah ni supaya saya tidak perlu berhubung dengan Agent yang teruk tu..
Mujur Keith campur tangan, ia sesuatu yang bagus pada Sam dan orang-orang sewaktu dengannya. Dia ingat depa buleh buli Asian/international/students dengan buat sesuka hati.. Semoga ia menjadi pengajaran berguna untuk orang-orang tersebut..
Thank you Keith..

Thursday, June 4, 2009

Perjalanan

Kisahku..

Banyak sangat perkara yang berlaku sehingga saya tidak berkesempatan untuk duduk menulis entry dlm blog ini.

Namun begitu, ringkasan hidup terbaru adalah..

1-Selepas macam-macam dibuat, laporan dan email tentang heater tak berfungsi termasuklah report teguran tentang layanan Sam dibuat ke HQ oleh Keith, akhirnya ducted heater baru direpair semalam 3 June 5pm. Kesimpulannya Sam adalah Agen yang teruk, Keith my lecturer kat law school yang kata selepas dia campur tangan barulah Sam tu buat kerja.. . Jadi kesimpulannya saya sangat sukakan rumah ini, tapi saya sangat tak suka dengan Agen yang uruskan rumah ini.. Jadi kalau sapa-sapa di Melbourne ni terbaca entry saya ni, janganlah berurusan dengan mamat ni.. tak meriah langsung!

2- Aisyah pulak demam dan selsema teruk sehingga terpaksa berehat dirumah dan ambik anti biotik dari klinik..Sia sungguh tengok Aisyah.. Semoga Allah sihatkan my beloved princess Aisyah cepat-cepat.. amin..I miss my talkative darling yg selalu bising telling me her story of her life kat sekolah..Sekarang dia terbaring tidur. Saya tak dapat attend kelas Keith malam ni.. Saya nak sgt join kelas ni, tapi apa nak buat..

Sekarang kehidupan perlu diteruskan dengan jiwa yang kuat..
Semoga Allah memudahkan semua urusan kami.. amin

Monday, June 1, 2009

Lebih-lebih..

Exaggerate



Saya ni kadang-kadang suka exaggerate.. sebenarnya rumah saya tak ler macam hotel.. macam rumah biasa jer..hehe...Saya masuk semalam, ducted heaternya pula kong, saya terpaksa guna dua moveable heater.. ujian betui..




Saya guna Agent Sam Ibrahim dari Reine & Horne, bila saya telefon nak complaint, receptionist dia pulak yang lebih-lebih. Cakap kata ‘It needs a couple of day, you have to wait..’ Bila saya kata nak bercakap dengan Sam, dia kata “Sam is very busy. If you can talk to him, you will get the same answer..’ 'Once we gave you the keys, that is your responsibility..'
Cikai betul Agent ni..


Hari ni saya rasa geram siket..
tapi sabar je lah..
Kita tengok 24 jam, kalau tak ada apa-apa tindakan, saya nak main brutal siket ler.. Saya nak buat surat rasmi ke Victoria Tenant Union
betoi ker saya ni? Humpp.. entahler..

Kita tengok pula esok camna yer..
‘Ya Allah yassir wala tu‘assir..amin..’
‘Ya Allah please make things easy for me.. please do not make things difficult. You are the only problem solver that always be beside me..amin..’


p/s Semalam kelas Tajwid kat ILIM belum start belajar tajwid, sebab saya kena ulang pasal aura, ada pulak yang mintak ulang tajuk tu sebab ada orang baru join the group. Saya ulang-ulang siket ler.. Kiranya saya ada dua tuan guru. Satu Darus Syifa’ dan satu lagi Ilmu Aura. Saya lebih rapat dengan yang ajar saya aura. Kalau ada apa-apa, saya akan telefon dan rujuk pada dia. Pastu lepas kelas Tajwid semalam, saya dapat carpet sehelai, dua carpet kecik depan tandas, pinggan 12 biji, pastu ada lagi nak kasi meja makan, meja study, bantal, sofa minggu depan.. wahh banyaknyer.. malu gak saya rasa.. tapi itulah namanya ukhuwwah... orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.. time kasih pada semua yer, semoga Allah beri pahala yang banyak pada semua yang bermurah hati membantu saya.. amin..