Saturday, July 24, 2010

Munajat

Munajat

Saya ditimpa ujian yang tidak saya sangka. Sebagai insan dhaif, saya rasa sangat sedih dan air mata saya mengalir dengan sendiri. Terutama apabila saya solat hajat, sujud saya yang panjang..diselangi doa dan air mata yang mengalir laju..

Pada Allah, saya serahkan semua urusan hidup.
Semoga Allah sudi mempermudahkan laluan yang berliku.
Amin ya Rabbal A'alamin


Sunday, July 11, 2010

Ujian..

Ujian..

Saya tidak tahu apakah hikmah di sebalik perkara ini.

Saya membuat permohonan bertukar universiti dan permohonan saya dibawa ke mesyuarat pada 6 Julai 2010. Saya menaruh harapan agar kelulusan dari UiTM akan membawa kemudahan kepada kelulusan dari KPT.

Tetapi yang berlaku adalah disebaliknya..
Sesuatu yang saya tidak pernah jangka sama sekali..

Pada 9 Julai saya menerima email dari Penolong Pendaftar, Puan Umairah dari JPbSM mengatakan permohonan bertukar univeristi saya TIDAK DILULUSKAN..

Bersabit dengan itu, saya dikehendaki:

1- Balik ke Malaysia sebelum 1 Ogos 2010.

2- Biasiswa ditahan serta merta dan bersambung selepas saya menyambung PhD di mana-mana univeristi tempatan di Malaysia.

Ya Allah.. terduduk saya..

Kenapa jadi macam ni ....



Ya Allah.. hanya padaMu saya berserah diri..