Friday, October 31, 2008

Pengumuman Untuk Mereka Yang Ada Anak

Disertakan jemputan dari pihak JIM (JEMAAH ISLAH MALAYSIA) Cawangan Petaling (Shah Alam) yang akan menganjurkan program hari Ahad ini. Sesiapa yang mempunyai anak dalam lingkungan umur 5-12 tahun, dijemputlah hadir untuk sama-sama memeriahkan program ini. Ianya melibatkan pertandingan Kumpulan nasyid adalah dari sekolah-sekolah TADIKA di sekitar Shah Alam dan Klang...
Jemput Datang yer...

_________________

PROGRAM NASYID AULAD


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...


Dijemput semua muslimin bersama2 keluarga untuk menghadirkan diri dan memeriahkan lagi PROGRAM NASYID AULAD (KANAK-KANAK) yang julung2 kali diadakan di Shah Alam anjuran Biro Dakwah JIM Petaling.

Butir-butir program adalah seperti berikut:

PROGRAM NASYID AULAD- JIM 2008 PIALA YB RODZIAH ISMAIL

Tarikh : 2/11/2008 (Ahad)
Masa : 10.00 a.m - 115 p.m
Tempat : Kompleks PKNS, Shah Alam Selangor

Program ini merupakan program HI-IMPACT JIM PETALING yang mana melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bermula dari anak2 tadika, ibubapa, guru2, pendidik2, masyarakat sekeliling, ajk dan ahli JIM dan juga daripada YB sendiri.

Oleh yang demikian , kehadiran semua bersama keluarga
akan memeriahkan lagi program ini dan juga sedikit sebanyak
membantu usaha-usaha dakwah kita kearah pembentukkan insan-insan soleh wa musleh, inshaAllah. Jzkk.

' SETIAP ANAK YANG DILAHIRKAN DLM PUTIH BERSIH , TERPULANGLAH
PADA IBUBAPANYA UTK MENCORAKKAN SAMADA MENJADI YAHUDI , NASRANI
ATAUPUN MAJUSI.....'


BIRO DAKWAH JIM PETALING

Perlembagaan Malaysia

Artikel ni sangat bagus membincangkan mengenai Perlembagaan Persekutuan, telah disiarkan dalam Berita Harian pada 22okt 08. Artikel ini adalah hasil tulisan kawan saya Presiden PGSM, saya edit sebahagian daripadanya. Artikel ini telah disiarkan dalam web PGSM di http://peguamsyarie.org

_______________________-
Peguam Syarie Menulis: Perlembagaan Persekutuan manifestasi keharmonian rakyat
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


Undang-undang Islam masih berkuat kuasa jika berlaku darurat

KEBELAKANGAN ini kita melihat perkembangan positif apabila rakyat Malaysia mula mengambil berat dan peka terhadap hak diperuntukkan kepada mereka melalui undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Perkembangan itu adalah baik kerana rakyat celik undang-undang adalah aset kepada perkembangan negara di samping tidak mudah diperkotak-katik orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.

Tokoh perundangan negara, Prof Shad Saleem Faruqi, berkata hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Pertama, hak dianugerahkan kepada semua orang tanpa mengira sama ada warga negara atau tidak.

Umpamanya Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan asasi kepada semua orang dalam Persekutuan, begitu juga Perkara 6 yang memperuntukkan pemansuhan perhambaan dan buruh paksa, perkara 11 (kebebasan beragama) dan perkara 13 (hak terhadap harta).

Kedua, hak diberikan kepada warga negara saja seperti hak bersuara dan berhimpun iaitu dalam Perkara 10 dan hak mendapatkan pelajaran Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan. Hak itu hanya dinikmati oleh warga negara Malaysia.
Ketiga, hak yang tidak boleh dihakis pada masa biasa seperti Perkara 7, hak mendapat ganti rugi jika tanah diambil dan Perkara 13 hak kepada orang yang ditangkap diberitahu alasan penangkapan dan menghubungi peguam.

Dalam erti kata lain, hak yang termasuk dalam kategori itu boleh dihapuskan, digantung atau diketepikan ketika darurat dalam negara saja. Dalam situasi lain, perlembagaan menjamin hak itu dilindungi.

Keempat, hak dihadkan atas alasan tertentu seperti hak kebebasan bersuara dan berhimpun dibataskan selagi ia tidak menggugat ketenteraman awam, keselamatan negara, menggalakkan perlakuan jenayah dan sebagainya.

Oleh itu walaupun hak itu tersurat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, ia bukan bersifat tidak terbatas. Ia boleh dihadkan atas sebab tertentu yang digariskan oleh perlembagaan itu sendiri.
Kelima, hak yang dilindungi walaupun dalam darurat. Perkara 150 (6A) menegaskan ada enam hak tidak boleh digugat walaupun negara dalam keadaan darurat. Hak itu berkaitan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa.

Ruangan kali ini cuba mengupas kategori kelima iaitu kedudukan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa yang tidak akan terjejas walaupun negara dalam keadaan darurat dan tidak aman.

Secara tersirat, sudah tentu Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi undang-undang itu berbanding undang-undang lain. Undang-undang itu menikmati kedudukan lebih tinggi dan tidak boleh diganggu-gugat melalui cara yang tidak diperuntukkan perlembagaan.

Hal ini termasuk Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak, Undang-Undang Jenayah Syariah, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Tatacara dan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah. Oleh itu tiada sesiapapun boleh mempertikaikan undang-undang disebutkan diatas.

Tidak keterlaluan dikatakan undang-undang Islam adalah lebih tinggi dan mendahului undang-undang lain dari sudut keutamaannya. Natijah daripada kedudukan tinggi ini, sudah sewajarnyalah jika ada pertelingkahan antara undang-undang Islam dan undang-undang lain, maka tafsiran yang memihak undang-undang Islam (yang dari segi kedudukannya lebih tinggi dari undang-undang lain) hendaklah dipakai.

Kedudukan yang sah undang-undang Islam sejak kebelakangan ini sering dipertikai, diketepikan, diperlekeh atau tidak dihiraukan sepatutnya tidak menjadi fenomena yang mengukir pandangan perundangan negara kerana ia melupai sejarah perundangan negara dan juga kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang meletakkan undang-undang Islam di tempat tinggi.

Tafsiran secara tuntas bagi memberhentikan fenomena tidak normal yang mempertikaikan undang-undang Islam hendaklah dibuat segera bagi menamatkan cabaran terhadap undang-undang Islam di Malaysia.

Janganlah kita memaling muka terhadap undang-undang Islam tanpa mengkaji susur galur sejarah, kedudukan dan kehendak majoriti umat Islam di negara ini. Apa yang lebih penting ialah kita mengetepikan emosi dan mengkaji undang-undang Islam dengan hati ikhlas bagi mencari kebenaran. Sudah pasti jalan lurus akan ditemui.

Undang-undang Islam seharusnya menjadi penaung yang menambat undang-undang lain daripada dihakis. Ini kerana kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan hakikat bahawa walaupun dalam keadaan darurat undang-undang Islam tidak langsung terjejas.

Secara hipotesisnya, jika negara diisytiharkan darurat, semua undang-undang digantung pelaksanaannya, namun undang-undang Islam termasuk Undang-Undang Keluarga Islam masih berkuat kuasa.

Ini bermakna Mahkamah Syariah boleh beroperasi dan orang Islam masih boleh melaksanakan upacara akad nikah menurut Undang-Undang Keluarga Islam. Inilah keistimewaan diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada undang-undang Islam.

Sebenarnya keistimewaan ini bukan hanya diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, kedudukan Islam memang sudah gah di sisi masyarakat dan bukanlah perkara asing bagi penduduk negara ini.

Malah keistimewaan undang-undang Islam tidak pernah berganjak walaupun negara sudah dijajah beberapa penjajah selama ratusan tahun. Jika penjajah pun tidak berani menyentuh ketinggian undang-undang Islam takkan selepas lebih lima dasawarsa negara merdeka dan diperintah anak watan, keutuhan undang-undang Islam diperlekehkan.

Seharusnya pendekatan yang diambil meningkatkan lagi kedudukan undang-undang Islam bagi mencakupi segenap lapangan kehidupan umat Islam. Meletakkan Islam di tempat sewajarnya sejajar ketinggian agama Islam sebagai agama Persekutuan yang tersurat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Adalah penting bagi rakyat bukan saja mengetahui hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan, malah memahami falsafah serta semangat perlembagaan mengikut kerangka dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan bukanlah matlamat tetapi hanya alat bagi kita mencapai keadilan dan kesepakatan antara rakyat. Ia adalah garis panduan bagi memudahkan rakyat memakmurkan negara.

Negara kita bukan bermula tatkala Perlembagaan Persekutuan diwujudkan tetapi kehidupan dan kesepakatan itu sudah ada jauh lebih dulu sebelum perlembagaan wujud. Perlembagaan Persekutuan hanyalah mengesahkan susun atur yang disepakati antara rakyat negara ini.

Ia adalah dokumen berharga dan manifestasi keharmonian rakyat. Perimeter digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihayati kerana tanpanya negara mungkin goyah.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.org

Thursday, October 30, 2008

Birthday

Takde ker sambut Birthday??

Ada ler siket-siket...

Aisyah dengan Abah beli kek coklat.. cantik dan sangat sedap..

Pastu ada ler gi makan kat Muara Seeafood Kelang..bestnyer.. hingga menjilat jari..

Ajak Kak Zah sekali, my beloved friend yang sama sambut birthday dengan saya.. 28 Okt 08...

Balik rumah jam 11.30 malam...

Alhamdulillah syukur puji pada Allah..







Wednesday, October 29, 2008

28 Oktober 2008

Hari Selasa 28 Oktober 2008 adalah hari penting dalam hidup saya..

Dengan sepenuh kerendahan hati, saya memanjatkan rasa syukur kepada ALlah yang telah memberi nikmat hidup yang penuh bahagia dan aman harmoni untuk saya lalui setakat ini. Saya bahagia dengan hidup saya, dengan keluarga yang sangat baik, kewangan yang baik, kesihatan yang baik, kehidupan yang penuh membahagiakan..Saya juga selalu berharap dan mendoakan agar hari-hari mendatang akan lebih baik dan ceria di bawah rahmat dan kurniaan Ilahi.

'Wahai Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Engkau kurniakan... Semoga saya sentiasa menjadi insan yang tahu bersyukur dan selalu berusaha mendekati-Mu.. amin..


I am 39 years old now......

Berkelah di Templer Park





























Hari Ahad, Jawatankuasa Dakwah JIM Petaling (Shah Alam) telah plan nak buat rehlah ke Templer Park. Kami satu keluarga hadir memberi sokongan walaupun sebenarnya saya mempunyai banyak kerja-kerja lain yang belum sempat dihabiskan.
Best jugak berkelah ramai-ramai ni yer..

Aisyah happy sakan sebab dia tahu ada air boleh berendam..
Kami sampai jam 9 pagi, yang ada Brother Morhalim dan keluarga serta Br Norli satu keluarga. AKhirnya dapat satu tempat yang strategik..

Mula-mula bentang tikar.. tu kira kita cop tempat ler tu.
Pastu buka api nak buat BBQ, uyooo sedapnya..
Lepas tu Bukak makanan.. ohhh sedapnya..

Yang hadir adalah Kak Ram, Su, Yus, Kak Fuziah sekeluarga, Hilmi. Campur anak-anak ramai jugak jadinya. Semua bawak makanan, kita orang jer bawak biskut raya siket..Bila semua bukak makanan, saya rasa terpegun... cantiknya persediaan mereka...Rupanya mereka dah berbincang sapa bawak apa, tapi tak bagitau saya pun.. hehe.. Agaknya memang depa plan supaya kita orang satu keluarga jadi tukang makan jer.. hehe..

Kak Ram bawak bihun goreng, siap bawak buah kelapa lagi.. dengan parang kontot.. hehe.. Kak Fuziah bawak air oren satu tong besar, Hj Norli dan isteri Ainul bawak nasi lemak, kuah BBQ, air masak. Bro Morhalim dengan anaknya siap bakar udang, ayam dll..

Abah ke kedai beli minyak sebab semua orang terlupa bawak minyak untuk di sapu-sapu pada ayam dan udang akar... Uihh pecah liur ler tengok udang bakar tu..

Kak Ram ni kawan baik saya dah sekian zaman.. Dari dulu, kini dan selamanya.. insyaAllah.. Kak Ram ada nursery, dulu masa Aisyah umur 2 tahun sampai umur 3 tahun duduk di nursery Kak Ram sebelum pindah ke Little Caliph.

Kak Ram ni memang special, dia panggil saya Prof.. hehe.. sampai saya naik malu depan orang ramai sebab dia address saya Prof, semanjak tahun 2005 lagi panggil saya camtu, sampai saya kata..'Jangan ler panggil Prof, nanti orang ingat saya betul2 Profesor..' Dan dia akan jawab..'Apa salahnya, memang Prof pun..' kawan-kawan saya ni macam-macam... hehe..

Hj ISa bagi tazkirah tentang iman dan bagaimana sahabat Rasulullah menjaga iman. Lepas tu depa suruh pulak saya bagi tazkirah.. tapi masa tu saya tak ready apa-apa.. kosong dalam kepala, maka saya dengan hormat mintak maaf dan kata, saya rasa tazkirah Hj Isa tu dah cukup mantap...

Aisyah mandi dengan anak-anak Ainul.. lepas mandi makan nasi lemak, lepas tu makan sandwich.. lepas tu mandi lagi.. bestnyer..

Tapi kami yang dewasa ni tak mandi pun sebab air dia tohor.. kureng best nak mandi, lagipun kecik sangat ruang tempat mandi..

Jam 1 tgh kami bersurai...ALhamdulillah..

Nanti kita uploadkan gambar-gambar yer..

p/s Sebelum masuk tempat tu, sampai saja tempat parking, saya dah mintak Aisyah baca fatihah, ayat qursi, salamun ala Sulaiman dan Siru Sulaiman.. Dengan doa agar tidak ada apa-apa unsur negative yang akan kacau kami dan semua ahli keluarga dan anak kecik yang hadir dalam kumpulan kami... Alhamdulillah..'

Sunday, October 26, 2008

Persekitaran Yang Merbahaya

Seminggu ini saya membaca surat khabar dengan macam-macam isu dan masalah yang memberi kesan kepada persekitaran kita. Sama ada persekitaran melibatkan percemaran udara, percemaran air, percemaran nilai kehidupan bermaruah, percemaran kepada urusan hidup dalam masyarakat beretika. Semuanya cemar dan mencemarkan.

Saya ke ke kedai buku dekat rumah saya, Aisyah panggil Kedai Pakcik Baik. Sebabnya penjual tu, tiap kali saya datang akan tegur, 'Assalamualaikum Hajah.. Mana Aisyah?..' Dia selalu ingat AIsyah sebab tu kedai tu saja diberi nama special, Kedai Pakcik Baik.

Saya beli satu dua bahan bacaan, selebihnya ada yang saya baca kat kedai tu jer.. Saya baca pasal Baby baru lahir dibuang dalam plastik hitam dan direbut oleh sekumpulan kambing di Kota Bharu. Betapa jahatnya masyarakat kita dan betapa kesiannya pada anak yang tidak berdosa.

Saya baca lagi pasal Melamin dalam makanan.. subhanallah habis makanan kita dan anak-anak yang tidak berdosa tercemar dan merbahaya. Saya baca pasal perebutan jawatan dalam UMNO, Ku Li tetap bertegas untuk bertanding walaupun takde sapa-sapa calonkan dia lagi. Mukhriz dapat tertinggi dan Khairy jugak menyusul.. Itu juga satu isu besar, apakah ia ada unsur ikhlas mencalonkan atau bagaimana..Saya baca kisah Keadilan yang menyebut Harapan Hanya Pada Anwar.. itu juga isu besar dalam negara yang memberi kesan kepada kestabilan politik dan ekonomi..

Saya baca lagi mengenai Remaja menjadi Sugar Baby kepada Sugar Dady, hidup mewah melayani nafsu seks lelaki kaya tanpa kahwin. Bagaimana begini kehidupan kita? Wanita jadi begitu kerana lelaki memberi tawaran. Adanya offer maka adalah acceptance. Jahat lelaki membawa kepada jahatnya perempuan, jahatnya perempuan membawa kepada jahatnya lelaki.. Takutnya melihat kebejatan iman umat ini..

Saya membaca lagi dan lagi...

Bagaimanakah dunia ini sedikit hari lagi..
Lelaki Perempuan bergandingan berpesta, hidup bebas tanpa rasa dosa pada ALlah dan tanpa malu pada manusia..
Bagaimana anak-anak kita semua dapat mmebesar dalam iman dan takwa apabila persekitarannya begitu rosak dan menakutkan..

Saya juga baca mengenai budak tingkatan dua yang menendang guru perempuannya. Kenapa jadi begitu biadap pelajar hari ini?? Tidak ada kah rasa takut, hormat dan segan kepada guru? Kenapa jadi begini? Bukankah guru orang berjasa menjadikan kita seorang orang??

Hormatilah guru-guru kita sama ada cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, semasa kita di Universiti dan sebagainya walau bagaimana kita tak suka dan boring dengan kaedah pengajarannya.. kerana ilmu kita bertambah (walaupun seinci) adalah hasil sumbangan ilmu yang ada dalam kepala mereka.. Kita tidak akan tahu 1 + 2 = 3 melainkan cikgu Ilmu Hisab mengajarnya kepada kita... Begitulah guru-guru yang lain..

Minggu lepas, ada seorang ibu meminta saya mendoakan anaknya tingkatan 3, katanya terlalu keras hati dan selalu memberontak. Ayahnya tengking dia balas balik dan hentam pintu serta selalu sebut, 'Kakak nak lari dari rumah ni.. rumah ni boring,benci, semua orang memboringkan dan macam-macam lagi..'Katanya ada sekali si ibu berbincang dengan baik (setelah sekian lama berusaha mendekati anaknya..) kata si anak, kawan sekolahnya sama tingkatan 3, lari dari rumah ikut boy friend nya, lepas sebulan balik ke sekolah, muka pucat dan tidak bermaya, kemudia bercerita kepada kawan-kawannya kata dia mengandung 3 bulan, dan lepas ni tak tahu nak buang mana anak ni..Masalahnya si anak mengatakan best kwnnya itu kerana dapat ikut boy freind...

Adoii Takutnya saya mendengarnya.. Hanya ALlah yang mengetahui apakah isi hati anak itu..Dan apakah isi hati ibunya dan ayahnya..

Saya kata, ;'Kakak banyakkanlah sembahyang hajat, sebut nama dia dalam doa, dan qasadlah dalam hati mohon Allah lembutkan hati dia supaya nak bersembang dan dengar kata ibu ayah.. Masa dia tidur, kakak masuklah bilik dia, baca ayat Taha dan Alam Nasyrah, pastu tiuplah kat ubun-ubunnya.. Kalau tak boleh pergi dekat, kakak bayangkan muka dia, kakak tiuplah ke atas ubun2nya dalam bayangan mukanya itu..Mudah-mudahan ALlah mudahkan urusan kakak..Masa yang sama, kena tahu parenting, macamna nak dekat dengan anak remaja.. cuba jangan kasar sangat, ajak sembang2, mungkin byk lagi dia nak cerita pada kakak..Saya juga doakan untuk anak kakak tu..'

Bagaimana dapat kita pastikan anak kita suatu hari nanti di masa akan datang terselamat dari kebejatan iman dan akhlak yang sebegini teruk?????

PadaMu Allah, kami kembalikan segala urusan...

Saturday, October 25, 2008

Kisah Iktibar

Ada somebody sent me this story, bagus isinya mudah-mudahan ada iktibar yang boleh kita kutip bersama..

Hampir Gadai Sebuah Iman Dgn 20 Sen


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand
telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT -- AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Wednesday, October 22, 2008

Design Kulit Buku Soal Jawab Syariah Siri 1 dan DS

Isnin 20 hb, saya rasa letih sangat..ingat nak balik rumah tidur tengahari tu, tapi Penerbit buku Hadrat Sdn Bhd call kata pembetulan buku dah dibuat, dia nak saya cek isi kandungan untuk kali terakhir dan pilih kulit buku yang dah didesign oleh pihak mereka.

Jam 12.30 thg saya terus memandu ke Salak Selatan, pejabat penerbit tersebut. Saya tak tahu mana Salak Selatan, Salak Timur, Salak tu sendiri saya tak pernah sampai.. Buah salak selalu ler saya makan, tapi sebab fikirkan kesuntukan masa untuk mengesahkan penerbitan, maka saya redah jugakler.

Sulaiman ex UIA yang uruskan buku tersebut, kerjasama antara syarikat Hadrat dengan UPENA, UiTM untuk menerbitkan buku-buku UPENA. Buku Soal Jawab Syariah sebenarnya kalu ikut jadual perlu diterbitkan dalam bulan 8 lagi tapi kata Dr Ghafar, banyak masalah teknikal maka ditunda, dan dia minta persetujuan saya untuk diterbitkan tahun depan Januari 09.

'Oooo no no.. Tak boleh ler Sifu, sebab tu terlalu lambat sangat.. ' Dr Ghafar UPENA tu saya memang panggil dia Sifu, sebab dia banyak sangat ilmu mengenai Perbandingan Agama, dia hafal ayat Quran dan ayat dalam Bible, perbandingannya dengan begitu terperinci.. Kalau dengar dia berhujjah, sama seperti Ahmad Dedat.

Dr Ghafar ni seorang yang hebat dan merenda diri. Dari segi ilmu formalnya, dia lepasan Ekonomi tapi ilmu agamanya juga sangat hebat. Saya memang kagum dengan Dr Ghafar, sebab tu saya panggil dia Sifu dari awal saya kenal dia lagi... bertahun-tahun yang lepas.

Lagi satu, saya sangat suka berbincang tentang segala isi alam dan perjalanan hidup dengan Sifu, sebab dia selalu membuka jalan ke arah yang positif serta suka memudahkan urusan orang Contohnya saya pernah kata pada dia suatu hari dulu, 'Sifu, saya ni layak tak nak apply Prof Madya? Segan pulak nak mintak, rasa tak de apa-apa, karang buat malu jer..'
Jawapan dia..'Isyyy apa pulak.. you mintak you mintak.. Mana ada lagi pakar rujuk lain dari Hidayah. Saya sokong 200 peratus.. Mintak mintak mintak..'
Saya kata lagi, 'Kalu borang tu suruh letak Referee, saya letak Sifu yer..'
Dia jawab, 'It's a great pleasure.. jadi referee untuk Hidayah ni.. Masya Allah.. orang kata, tak dapat naik kapal terbang, tolong pegang beg pun jadilah.. ambik berkat..'
Dan saya akan ketawa dengar joke dia yang sentiasa ceria dan bersemangat waja...

Bila saya bincang pasal buku PGSM dulu, saya kata, 'Sifu, boleh tak UPENA terbitkan buku PGSM?'
Dia jawab, 'Ya Allah.. kecik tapak tangan, nyiru kita tadah.. Mana nak cari Peguam nak terbit buku dengan kita.. itu hebat sungguh tu..'

Saya suka berada dalam lingkungan orang-orang yang baik dan positif..


Balik ke cerita Salak Selatan. Staf opis nama Rizal, juga bekas UIA telefon saya memberi arahan macamna nak sampai ke opisnya.. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya..

Saya cek setiap mukasurat, tengok font, ejaan, ayat al-Quran, cek index, cek glossary, cek nama pengarang, dah settle baru sahkan dan serahkan semula pada Danial, staf lain yang incharge. Macam buku-buku sebelum ini, proses terbit buku banyak benda yang renyeh dan meletihkan.. Saya rasa ini kali kelima saya edit dan pruf read.. Bagi yang tak tahu prosesnya mungkin ingat serah bahan mentah, lepas tu tunggu penerbit publish.. Tidak sebenarnya...

Lepas tu Daniel tunjukkan beberapa design kulit buku, saya tengok satu satu..
'Ok Daniel, try kecikkan gambar corak tu, cuba kita tukar color merun pulak, ooo apa kata try color hijau, logo PGSM ada merah, kuning, hijau.. apa kata kita gabungkan color tu dalam theme yang sama dengan buku Isu Syariah..'

Akhirnya jam 3pm, saya baru selesai dan balik semula ke Shah Alam.

Jam 5.30 turun pula ke Bangi untuk kelas Darus Syifa'..

Letihnye, sepanjang jalan saya tidur saja, kesian Abah bawak kereta ke Bangi, tak der sembang-sembang.. Aisyah ikut dan stay sekejap di rumah Cikgu Ani main dengan Hanan. Thank you yer Ani tumpangkan Aisyah..

Ustaz Harun Din mengajar mengenai orang yang selalu mimpi ngeri dan ditimpa penyakit tak dapat tidur, mimpi kena kejar anjing, jatuh bangunan, kena tikam, rumah kena masuk pencuri, kena rogol dan sebagainya.. Jika kita merawat orang sakit sebegitu, kita kena bacakan beberapa ayat al-Quran untuknya, baca di air bagi dia minum dan jika perlu buat mandi...

Saya suka dengar kuliah Ustaz, seumpama mendengar nasihat yang panjang, seperti air mengalir menyirami tanah yang kering... Saya bahagia menjadi pelajar Darus Syifa'...
Keputusan Tasmi' Sabtu tu dah ditampal.. Nama saya ada.. keputusannya LULUS. Alhamdulillah...

Hari ni saya puasa, bawak roti untuk buka puasa dan kami semua pergi makan nasi lepas kelas di restoran BBQ, makan nasi goreng ikan masin...

Sampai rumah jam 12.30 thgmlm.. Letihnya... Nak tidur....zzzzzzzzzzzz...

Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Raya Lagi

Hari Ahad ada 9 rumah yang jemput, macamna nak buat yer..

Ahad pagi- Abah jadi AJK Program Dakwah Practical JIM di Pejabat JIM sampai kol 1pm. Saya tak nak join sebab plan nak buat kerja di rumah. Akhirnya saya dengan Aisyah keluar makan roti canai kol 10pagi, balik rumah basuh filter ikan, potong rumput, susun buku dalam bilik study.. Sampai jam 12.45th. Bermula perjalanan mencari rezeki.. hehe..

Rumah 1- ke rumah Maizatul, dia masak kuzi kambing dengan nasi briyani.. aduiii sedapnya..

Rumah 2-Lepas tu ke rumah Dr Amin, ramainya lecturer law penuh dalam rumahnya.. Dekan Law pun ada gak, Fizah, Suzaini, Aisyah Chua dll.. Makan mee jawa.. Malam tadi kol 9.30 malam, dah jumpa lecturer law ni semua dalam open house Dekan Law, Prof Madya Saodah.. Kak Odah tu jiran rumah saya, jadi saya pergi ler satu family. Pastu my husband pulak kawan baik Anas, adik Kak Odah ni.. Kat situ dah makan satu meja dengan Dr Amin ni..

Dr Amin / Ustaz Amin adalah lecturer DLSA saya dulu.. Masa jumpa Dr Amin kat kelas DLSA hari Sabtu, dia kata,
'Aku dah tepon engkaukan?'
Lepas tu saya jawab, 'Mana ada.. Orang jauh kat Puchong pun Ustaz call, saya kat sebelah rumah tak call pun..'
'Eii aku dah call ler.. aku ingat betul-betul dah call.. Kau mesti datang tau..'
Saya jawab.. 'Ye lah.. kalo sedap saya datang ler.. kalo tak sedap saya tanak pegi..'
'Isyyy ...'

Hehee.. tu ler Prof Madya Dr Amin al-Jarumi.. Dengan saya selalu cakap aku engkau, tapi dengan anak murid kesayangan dia di Puchong tu.. cakap lembut saja...

Minggu lepas Dr Amin tepon suruh saya baca -pruf read buku baru dia.. Saya tanak.. Macamna nak cakap yer..Saya kata, 'Tanak ler Ustaz, saya tak sempat, sekarang ni tengah baca satu buku UPENA, jadi editor content.. tu pun tak siap-siap.. Research IRDC ada satu lagi tak siap ni.. Pastu kena buat OBE Undang-undang Keluarga lagi, pastu kena buat Islamic Banking lagi.. macamana le saya nak pegi belajar.. macam2 benda suruh saya buat..'

'Ahh sudahler. kau tu memang tanak baca buku aku..'

'Aiik.. jangan ler kecik ati Ustaz.. Saya suruh orang Puchong baca, boleh tak?'

'Takyah..'

Abis cite Dr Amin.. kalo sempat saya kena jadi jugak pruf reader buku baru Yang Mulia Dr Amin ni...
_____________-

Rumah 3- Pergi rumah Niza di Seksyen 18. Sembang-sembang pasal cuti belajar, dia ni semangat kuat ni, tukar dari Sweden ke Australia... Perut saya dah sakit dah.. banyak sangat makan..

Rumah 4- Pergi rumah Liza Faezi..- sedapnya Liza masaka nasi beriyani dengan mee sup... Banyaknya makan..

Rumah 5- Pergi rumah kawan Abah..

Rumah-rumah lain tak sempat pergi- rumah Kerul Anwar, rumah Fizah, rumah Saiful, ruma Imam Sarafi dan rumah Paksu... MIntak maaf banyak-banyak... semua tak sempat sebab dah gelap, hujan dan kami semua pun dah terlalu letih, tersadai keletihan..Mintak maaf yer..

Adoii.. banyaknya makan..
Alangkah pemurahnya rakyat Malaysia dan betapa Maha Pemurahnya Allah taala atas segala kurniaan-Nya kepada kita semua.. Dalam sedar atau tidak, banyaknya Allah kasi kita nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung. Marilah kita semua menjadi orang yang bersyukur..
Alhamdulillah Nahmaduhu wa nastainuh

p/s saya dapat banyak mesej, tanya apa cite perkembangan belajar ke Ostolia... nanti ler saya cite kemudian.. panjang sangat.. time kasih pada semua yang concern.. terutama kawan saya Fadzlina di Melbourne tu..

Monday, October 20, 2008

Tasmi' Darus Syifa' dan Jamuan Raya

Sebenarnya tarikh test pada 13 Sept, tapi hari tu saya tak pergi, jadi minggu lepas punya kelas di Darus Syifa' 13 Okt (Isnin), Ustaz Zul Dahlan (Ketua Bahagian Tasmi' ) buat pengumuman. Katanya ada 83 orang lagi pelajar Kumpulan 20 yang tak datang tasmi' hari tu (salah sorangnya saya ler tu..), jadi kena datang 18 hb Okt hari Sabtu mulai jam 8.30 pagi.. Lepas tu dia kata masa pengumuman tu.. Sapa-sapa yang tak datang 18hb Okt, tak de dah tarikh lain, tanggung ler sendiri, buat tasmi' tahun depan ler.. Garangnye...

Jadi 18hb saya pun datangler ke Darus Syifa', bawak Aisyah sekali sebab Abah kerja hari Sabtu, tak de sapa-sapa boleh jaga. Ingat nak pergi beraya selepas tasmi'. Saya sampai jam 9.45 pagi. rupanya saya dah no 72. Nanti saya uploadkan borang tasmi' tu. Kita diberi borang kosong, kena tulis nama, nombor pelajar dan no IC. Tepi kotak tu ada untuk markah, Ustaz/Ustazah yang cek kita akan tanda dalam ruangan tu, ada tiga perkataan yang dikosongkan, tertulis, LULUS, GAGAL, ULANG LAGI...

Masa saya tengah tunggu turn depan sorang Ustazah (namanya saya pun tak tahu, nak tanya takut..), rupanya ada pelajar lelaki dah habis ditasmi', jadi ada sorang Ustaz penemuduga panggil saya ke depan dia... Ustaz tu baik jugak, siap tanya saya orang mana? Bila saya kata orang Kelantan, dia kata anak sedaranya baru kahwin, dengan orang Tanah Merah.. Lepas tu dia cite2 pasal Tanah Merah.. hilang siket ler gabra saya..

Lepas tu, baru suruh saya mula.. Saya pun baca Bismillah.. dengan doa dalam hati..'Ya Allah, bagilah saya dapat baca dengan lancar, bagilah saya ingat semua asas 10 ikut turutan dengan baik..' Alhamdulillah Ustaz tu tak tegur satu pun, dia menyandar jer dengar pastu dia kata, 'Ok dah ler tu..' Alhamdulillah..

Masa saya tu ada dua orang kakak (agak berumur dalam akhir 40an).. Dia tak dapat nak baca, tersalah ayat Law anzalna, lepas tu Ustazah tu suruh ulang tahun depan.. adoii kesiannya.. Then ada sorang lagi kakak tu, depan Ustazah tu jugak terlupa selawat tafrijiyyah..
Aisyah ada sebelah, Aisyah kata,
'Umi, boleh tak Aisyah tolong Makcik tu? '
'Heee tak boleh ler sayang oi..walaupun Aisyah dah hapal selawat tajrijiyyah, dalam test mana buleh tolong- tolong orang..'

Lepas habis tu, saya turun bawah ruangan rawatan dengan salah seorang kakak yang test sekali.. Teruknya saya terlupa nak tanya nama apa kakak tu, bersembang banyak dah, nama lupa nak tanya.. isy..

Rupanya ramai orang sedang menunggu untuk berjumpa dengan perawat. Saya tengok ada dalam 30 orang menunggu, dalam buku log ada lebih dari nombor 50 nama.. Ramai jugak hari Sabtu yer.. Kalau hari Selasa, nak jumpa Ustaz Harun Din sendiri kena datang awal pagi. Ada kawan saya datang jam 6 pagi, dah dapat nombor lebih 200. Minggu selepasnya, dia datang jam 4 pagi, dah ada orang dah katanya.. Ustaz cuma jumpa pesakit N0 1-200 sahaja. Lain dari tu, anak murid Ustaz yang kendalikan..

Lepas tu, saya plan nak pergi beraya ke rumah kawan saya Fir, Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, dia pun belajar di Darus Syifa' jugak..rumahnya sebelah UNITEN. Tapi kartun sungguh, saya tertinggal alamat rumahnya, nombor tepon pun tertinggal jugak.. Macamna yer..Tak dapat ler nak pegi...

Lepas tu saya ingat nak pergi rumah Marlina di Puchong. Bila dah sampai Puchong, baru saya buka mesej Mar, katanya mula kol 5pm.. Aisay.. tak jadiler.. Last-last pergi beraya rumah jiran, makan nasi beriyani.. Sedapnya...

Kol 3-5 saya kena pergi kelas DLSA di UiTM hari ni berjalan seperti biasa. Students ramai yang hadir, selalunya separuh jer yang wujud, yang lain ghaib missing in action.. Rupanya ramai sebab Dr Amin buat test Jenayah lepas kelas saya.. Ooo semua kelabu asap jer sebab tak habis baca ler tu...Hari ni kelas last, next week Saturday, saya dah bebas dah.. hehe.. Good luck untuk students saya yer..

Lepas Abah balik opis, kami pergi beraya lagi di rumah kawan-kawan sampai Malam. Pergi rumah Ustaz Taki makan nasi dagang.. bestnye.. Kat Shah Alam hujan lebat betul petang Sabtu tu, jadi saya tak dapat ke rumah Mar, akhirnya pergi rumah open house kawan-kawan di Shah Alam sahaja..

Mintak maaf yer pada semua yang telah menjemput saya tapi saya tak dapat pergi.. Saya sangat menghargai setiap jemputan yang dibuat, tapi kadang-kadang saya terpaksa ikut jadual my husband.. ada yang terlepas dan tak dapat pergi..

Rumah terbuka ni bagus ler.. banyak makanan yang best-best..Tapi kalau perut sensitif, kena makan berhati-hati, takut kena cirit birit pulak..

Malamnya, hampir 2 jam saya surf internet, masuk blog my friend Zalina di Manchester, lepas tu blog Fazlina di Melbourne, pergi ke blog kawan2 Fazlina, sampai pulak ke blog Prof Kamil, Pengarah UiTM Johor, penulis Travelog Haji yang Best seller di PTS.. Masya Allah.. Tahniah pada Prof yang berjaya mencapai tahap setinggi ini. Kemudia sampai pula ke blog Ustz Nawawi Johor, lepas tu masuk blog sapa-sapa entah.. Tapi semuanya informative dan menarik.. Saya suka membaca pengalaman orang lain, mudah2an ada iktibar dan panduan untuk saya..

Friday, October 17, 2008

Cerita Aisyah ..

Hari Jumaat, Umi jemput Aisyah jam 4 petang di Sekolah ISSA. Masa sampai kat depan musalla, budak-budak yang sama-sama di Kristal tengah tunggu Uncle Sam iaitu Ardani, Amirah, Adila, Sundus dan lain-lain. Bila Umi sampai dekat jer, budak-budak tu jerit, 'Aisyah, your mother'.. Then semua datang dan salam cium tangan Umi.

Ardani mula dulu cakap, 'Auntie, auntie do you know your friend Siti Fatahiah?'
'Yes, why? (Saja jer saya jawab cam tu..hehe.. Saya tahu ler Dani ni anak tunggal pompuan my friend Mat Nor dan Suri..)

Jawab Ardani, 'She is my mother.. Siti Fatahiah is my mother, she just come back from Mesir, now she sleep, cant go to work..''
'Is it..oo she is your mother..now I know that..'

'Ok all of you come here.. Auntie wants to ask you what had happened between you and Aisyah? Anybody wants to tell Auntie?'

Then Ardani story, Amirah story, Sundus pun story.. Last sekali Aisyah datang, then saya kata.. 'Ok all of you listen to Auntie ok..we have to be good friend,. can't do bad to our friends ok.. Allah loves if you help each other.. Can you be friend to Aisyah and do not treat her like that again? You are solehah girls.. all of you anak soleh.. Amirah as muslehah, please look after everybody ok'

Then semua salam dan peluk Aisyah.. .. Lepas tu semua naik van Uncle Sam, dan Aisyah ikut Umi balik..

Sampai rumah Aisyah kata..

"Umi, Aisyah rasa semua orang dah kawan dengan Aisyah ler.. boleh tak Aisyah nak duduk Kristal balik?'

Kanak-kanak ni kelakar ler.. walaupun nampak kelakar sebenarnya budak-budak ni hatinya jernih, suci dan murni. Tak macam orang tua suka simpan, berselisih faham sekali, kadang2 ada yang suka ingat sampai mati.. Alangkah baiknya jika semua orang tua hatinya murni dan senang dibentuk macam kanak-kanak..

Ok.. Next monday balik Kristal yer.. Selesai masalah...

p/s Saya memang takjub dengan kanak-kanak sekolah ISSA, semuanya boleh bercakap in english.. broken sana sini tu kira allright ler.. Yang powernya semua berani bercakap in english dan menegur semua orang in English..Lagi satu, saya sangat takjub dengan silabus sekolah ISSA ini.. Darjah 1 dah tahu banyak sangat perkara.. Nanti Umi akan uploadkan beberapa pelajaran Aisyah dalam blog ni.. Kalau tengok buku-buku dan test Aisyah, Abah selalu jer kata..'Ni buku darjah satu ke darjah empat ni..power sangat Aisyah belajar ni..'..

Tahniah kepada semua cikgu-cikgu yang telah berjaya mendidik mereka.. Semoga Allah memberi pahala yang besar untuk cikgu-cikgu semua..Teacher Fari, Teacher Nida, Teacher Tini, Teacher Zuraini, Ustaz Faizal dan semua yang ada di ISSA.. Anda semua adalah the excellent teachers for my darling daughter.. Thank you very much for teaching Aisyah.. the genius Muslim girl.. Insya Allah..

Cerita lagi..

Tukar Tempat

Aisyah dah mula tunggu Umi di sekolah lepas habis kelas, mula dari hari Selasa lagi, katanya dia happy tunggu kat sekolah. Tapi rasanya tak berapa bagus jugak sebab kadang-kadang Umi terpaksa keluar lambat dari opis, macam petang tadi Umi kena jumpa Boss kol 4.30pm, Aisyah belum difetch lagi dari sekolah.

Nasib baik Abah balik awal sebab ada meeting dengan MARA di Shah Alam, jadi Abah yang fetch Aisyah. Nampak gaya kena cari jalan lain ni..

Teacher Fari proposed a new alternative.. She said it's better for Aisyah to stay at her house, at least she can take her bath, change the uniform and play with Ehsan, Umairah and few others.. This is a good idea but need to think about the transport.. Tomorrow is Friday, I will discuss further with Teacher Fari... insya Allah

___________________

Test

16 and 17th October Aisyah ada test subject diniyah- Akidah, Akhlak, Fiqh, Sirah dll. Jadi malamnya Umi duduk baca buku dan soal jawab.. latih tubi untuk Aisyah..

'Ok Aisyah, tell Umi pillars of Iman..'

'Ok Umi..First, believe in Allah
Second believe in Malaikah
Third believe in Rasul
Believe in Kitab
Believe in yaumul qiamah
and believe in qadha and qadr..'

'Aisyah, Who is a Muslim?'

'Those who believe in Allah as the God and obey Allah and Prophet Muhamad...'

'Aisyah, give Umi three attributes of Allah..'

'Ar-Rahman- The MOst Gracious
ar-Rahim- The Most Merciful
al-Qawiyy- The Most Powerful..'

'Ok good darling Umi...'

Nanti sambung lagi cerita Aisyah...
_______________

Tasmi' Darus Syifa'

Saya akan menjalani tasmi' ujian hafalan Asas 10 Darus Syifa; hari Sabtu 18hb Oktober 08.. Saya kena ada di sana jam 8.30 pg..

Eiii takutnyer kena tasmi'....
Mudah-mudahan saya berjaya.. insya Allah

Wednesday, October 15, 2008

Aisyah

'Umi.. Aisyah takder pun buat salah dengan budak-budak tu, tapi pasal apa budak-budak tu suka buat Aisyah..' Menangis ler anak Umi ni...

'Sapa buat Aisyah? Cite kat Umi.. '

'Adila, dia koyak mainan Aisyah, tu Amin yang buat, letih jer Aisyah color, pastu Aisyah tulis warna red, awak orang soleh, warna brown, awak orang cerdik, warna green, awak pakai baju cantik... semua tu dah takder.. Adila koyakkan.. dia koyak kecik-sampai Aisyah nak kutip dalam dustbin pun dah tak boleh... Bila Aisyah tanya, Adila kata, 'Biarlah...kita tak suka..'.. Umi buatkan Aisyah benda tu boleh tak..' Nangis lagi, adoiii..

'Aisyah datang kat Umi ., peluk Umi yer... Aisyah sedih sangat ler ni sebab Adila koyakkan Aisyah punya permainan.. Ok ok... Umi tau Aisyah sedih sangat ni.. Takpe nanti kita buat balik benda tu yer..'

Aisyah nangis sampai dekat 30 minit .. lamanya.. mestu dia tereffect sangat ni.. Sebenarnya sehari dua ni Aisyah dok main dengan mainan teka color , lepas tu baca apa yang tertulis belakang color tu.. Umi tau ler main tu tapi tak tau nak buat camna...Siannya Aisyah..

'Aisyah tak tau apa Aisyah buat salah. Bila Aisyah nangis, Sundus jer yang pujuk Aisyah, budak-budak lain tak pujuk pun.. Tapi kalo budak lain nangis, Aisyah selalu pujuk dia orang.. Aisyah tak tau kenapa dia orang buat Aisyah macam ni. Dahla hari tu , Ardani tolak Aisyah masa nak naik Van Uncle Sam, sampai koyak seluar Aisyah kat lutut.. Bila Aisyah bangun naik van, Aisyah jadi orang yang last sekali. Pastu semua orang marah Aisyah.. Amirah tu Muslehah, sepatutnya dia kena tanya kenapa Aisyah lambat naik Van, ni dia pun marah Aisyah.. '

"Dia kata apa kat Aisyah?'

'Amirah sepatutnya marahler Ardani sebab Ardani yang tolak Aisyah, tapi dia marah Aisyah.. Dia kata, 'Kenapa Aisyah ni lambat sangat naik Van.?" Bila Aisyah kata 'Kita jatuh, Ardani tolak'.. Amirah jawab..'Alah awak tu memang.. Banyakler...'

'Ye ker.. tak patut ler Amirah cakap macam tu.. Prefect kena tanya elok-elok sebab apa, baru namanya prefect atau muslehah..'

'Umi tahu, kalo sampai kat Kristal, semua orang berebut nak mandi, dia orang selalu tak kasi Aisyah awal, sebab tu Aisyah jadi orang paling last mandi. Aisyah kata, 'Sundus, awak tunggu kita yer...' 'Tapi Ardani tak kasi Sundus tunggu.. 'Dia kata, biar jer Aisyah tu. Jangan tunggu dia, Jom kita turun bawah..' Tinggal Aisyah sorang jer...Aisyah tak suka dia orang buat Aisyah macam tu..'

'Umi tahu.. Lepas mandi, dia orang semua turun nak minum apa-apa kat bawah, Ardani selalu cakap.. 'jom kita semua makan habis, biar jer Aisyah tu..'

'Laa... apasal budak-budak tu buat macam tu? Tu kan akhlak tak soleh..'

'Aisyah tak nak pergi Kristal lagi ler Umi.. Umi ambik ler Aisyah lepas sekolah kol 3.30, biar Aisyah tunggu dalam opis Umi..' Menangis terisak-isak sicantik rupawan Umi ni... ayooo kena buli ler ni...

'Napa Aisyah tak lawan budak-budak tu.. Dia orang tu kan sama kanak-kanak. Aisyah tanya balik, 'Ardani, napa awak suka buat saya? Adila, napa awak koyakkan mainan saya.. Marah dia orang balik.. Boleh tak?'

"Tak boleh.. sebab dia orang darjah 2 dan 3. Aisyah hairan sangat sebab kat sekolah ISSA, teacher Nida lantik Aisyah jadi Asistant Monitor, tapi kat nursery Kristal, semua orang tak nak hormat Aisyah .. Napa entah.... Boleh tak Aisyah pegi opis Umi pukol 4 lepas Umi fetch Aisyah??'

'Tak boleh sayang. Nanti Bos Umi marah.. Kalo Umi ada kelas, mana Aisyah nak duduk..Nanti Bos Umi kata, 'Hidayah, apasal bawak anak datang opis? Kalo nak kerja, buat kerja betul2. Kalo nak jaga anak, tak payah kerje lah..duduk rumah.' Cuba Aisyah pikir, kalo Bos Umi marah macam tu, kita nak jawab apa?.. Susah tu, nanti dia suruh Umi berenti kerja.. macamna ler Umi nak dapat duit nak bayar sekolah ISSA.. Sebab tu Aisyah tak boleh ikut Umi pegi opis.. Nanti Umi pikir yer.. macamna nak buat..'


Akhirnya Umi call Teacher Yan di sekolah ISSA, tanya ada tak budak-budak tunggu kat sekolah sampai Mak Ayah jemput. Katanya ada..

'Oklah, mulai hari ni, Aisyah tak payah naik van lagi, tak payah pergi Kristal yer.. Tunggu Umi kat sekolah ISSA, main dengan kawan-kawan, nanti tak ada sapa nak buli Aisyah lagi yer..Nanti Umi jumpa Adila, Ardani, Umi bagi nasihat yer..Aisyah toksah sedih lagi yer..'

Maka bermula ler episod baru... Selesailah cerita Aisyah kena buli.. hehe.. Harap janganler kena buli lagi lepas ni....

Monday, October 13, 2008

Cerita- cerita

Beberapa perkara berlaku dalam beberapa hari ni..
  1. Cuti kali ni, memang lama betul kami berada di rumah tok Ma, 7 hari sampai semua baju dah habis dipakai, kira betul-betul mencapai piawaian. Baju Aisyah pun habis.. bawak baju bersih 15 helai, bawak balik baju kotor ke Shah Alam pun 15 helai..Kami balik ke Shah ALam pada hari Ahad, 7 Oktber, turun dari rumah awal pagi sebab nak elak jam, jam 3 pagi kami dah turun dari rumah, dua kereta bersama Kak Nik sekeluarga...jalan jam di Kuala Krai ke Gua Musang, rupanya ada kemalangan.. Alhamdulillah perjalanan dimudahkan Allah. Kali ni saya bawak separuh perjalanan, bagi ruang Abah tidur, lepas dua jam, Abah ambik semula sampailah ke Shah Alam. Berenti lunch kat Burger King dan aKhirnya sampai rumah jam 3ptg.. fuuuw 12 jam, majoriti kawan-kawan kat opis pun kena 10-15 jam perjalanan balik ke KL..
  2. Kenapalah Kerajaan tak buat high way yang bagus dari KL ke Kelate? Sedangkan semua rakyat di dunia ni tahu bahawa orang Kelate ler yang paling ramai menduduki bandaraya Kuala Lumpur ni.. hehe.. Betul ker? Rasa macam betul.. sebab orang kelate bijak-bijak, jadi lepas belajar letih-letih, kerja ler kat Bandaraya metropolitan ni..Betul ker bijak? Rasanya macam betul.. Tapi kawan saya punya pendapat, dari pemerhatiannya sebagai orang bukan Kelte,.. Katanya orang Kelate ada 2 jenis, satu yang bijak dan bagus , yang Islamic dan polite.. Itu satu grup. Satu grup lagi Kelate yang teruk-teruk, pakai macam rock, pakai rantai, tak sembahyang, samseng, kaki pukul, mudah kata dia teruk ler.. Jadi ada dua extreme-- sama ada ke grup baik, atau ke grup tak baik..Ye ker tu??? Entah ler.. betol kot...
  3. Kelas berjalan macam biasa, tengah sibuk habiskan silabus budak-budak... Presentation pelajar mesti kasi siap..Pelajar LAW present paper Hubungan Etnik memang power2 betul, tajuk presentation berkaitan dengan perkembangan Malaysia hari ini, inter relation among races, masalah semasa dalam perlembagaan, Artikel 153 hak keistimewaan Melayu, Art 3 Kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan sebagainya. Semuanya kreative dengan macam-macam gambar dan vidoe dari youtube ditayangkan. Best presentation budak-budak ni..
  4. Kami semua kena pergi beraya di rumah sedara mara sebelah Abah pulak di Bangi dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.....SemalamAhad, 14 hb, kami dah pergi 4 rumah, jam 12 tgh ke open house JIM Shah Alam, lepas tu open house my second cousin, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Lepas tu balik ke Bangi, Nenek dah call banyak kali tanya Aisyah bila nak balik Bangi. Sampai Bangi, terus ke rumah Nenek my husband (Aisyah panggik Nyang..), Lepas tu kena pergi rumah Pak Long Baharuddin, Pak Long Jalal. Nanti minggu depan kena pergi rumah Pak Su Mat Noor di Bangsar dll... Banyaknyer rumah kena pergi...
  5. My younger brother, Aa dah balik semula ke Acheh , AINS di Bandar Salam, Acheh pada Sabtu 11 Okt 3pm..Idi pulak beberapa hari lepas ni.. bila yer?
  6. Aisyah ke sekolah seperti biasa, sekarang ni Aisyah ada masalah pulak, dia tak suka ke nursery selepas habis sekolah..Selalunya dia akan balik dari Sekolah ISSA jam 4 petang, sampai ke nursery untuk transit, mandi dan minm petang sampai Umi datang jemput jam 6-6.30ptg. Katanya budak-budak darjah 2 dan 3 di nursery tu selalu buli dia.. Nangis-nangis tak nak pergi nursery...Macamna nak buat yer...Aiyooo ada lagi masalah...
Nanti kita sambung cite Aisyah..
Siapakah pembuli tu??
Kenapa Aisyah kena buli??
Takkan Aisyah tak boleh Buli Balik??
Aisyah ni penakut sangat ker??
Takde ker orang lain boleh tolong Aisyah???
Nanti yer.. kita cite lain kali...

Thursday, October 9, 2008

My Article in Berita harian 8 Okt 08

Peguam Syarie Menulis: Ambil iktibar daripada peristiwa pada Aidilfitri

Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

Nahas jalan raya terus berlaku, jemputan hari terbuka utama orang luar daripada jiran

KITA baru saja sempurna mengerjakan ibadat puasa sebulan Ramadan dan Aidilfitri 1429 Hijrah disambut sudah seminggu. Semua umat Islam menzahirkan kegembiraan atas kejayaan itu dengan keluar beramai-ramai mengerjakan solat sunat Aidilfitri dengan mengenakan pakaian baru.

Aidilfitri disambut meriah oleh segenap masyarakat Malaysia tanpa mengira umur dan tempat, termasuklah mereka yang bukan beragama Islam. Tiada salahnya orang bukan Islam ingin memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri dengan syarat tidak melanggar batasan ditetapkan syarak. Keunikan rakyat Malaysia ini sukar dicari di negara lain.

Namun begitu, kegembiraan menyambut hari raya ada kalanya tercalar dengan pelbagai peristiwa sedih. Laporan akhbar dan statistik dikeluarkan pihak polis menunjukkan kes kemalangan jalan raya dan kematian maut sepanjang cuti hari raya meningkat hari demi hari.
Ada juga kes pergaduhan sehingga membawa perceraian hanya kerana berselisih faham memutuskan tempat beraya sama ada di kampung isteri atau suami. Tidak kurang juga kes anak mangsa perceraian menjadi orang paling sedih kerana ibu bapa saling berkelahi untuk membawa mereka beraya bersama.

Seharusnya kita mengambil iktibar atas perkara yang berlaku supaya hari raya yang suci dan mulia seharusnya dilalui dengan gembira serta kembali kepada fitrah murni sesama insan.

Sebulan ini juga ramai yang akan mengadakan rumah terbuka meraikan saudara serta sahabat handai. Rumah terbuka sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia seolah-olah perayaan tidak akan lengkap tanpanya. Jika diperhatikan, perubahan budaya itu terutama di bandar secara tidak langsung menyebabkan satu kesan baru di mana tetamu hanya datang ketika rumah terbuka diadakan.

Ia berbeza dengan budaya silam. Namun, perubahan itu seolah-olah diterima ramai dan sebati dalam hidup kita. Kita tidak membantah pelaksanaan rumah terbuka tetapi konsepnya hendaklah tidak meminggirkan apa yang biasa diamalkan terdahulu dalam masyarakat Melayu Islam.

Apatah lagi keadaan ekonomi yang agak ketat memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita. Penting untuk direnung adalah berusaha mengeluarkan perbelanjaan sewajarnya dan jangan keterlaluan sehingga boleh membawa kepada pembaziran.

Semasa mengadakan rumah terbuka ini juga jangan kita lupa golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah seperti kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Kadang-kadang ada berlaku rumah terbuka diadakan tetapi jiran tetangga dan orang miskin berdekatan tidak dijemput sama. Ia adalah suatu yang tidak wajar dan perlu dielakkan. Raikanlah mereka juga kerana mereka ini adalah saudara seagama dan orang yang hampir dengan kita.

Tanggalkanlah pakaian adat yang kita pakai dalam meraikan Aidilfitri dan kenakanlah busana Islam ketika menyambut hari kemenangan itu. Lihatlah perspektif Aidilfitri ini dari kaca mata Islam yang sebenar. Aidilfitri adalah hari kebesaran Islam yang berbeza dari perayaan lain yang semata-mata untuk kemeriahan tanpa menyelitkan sebarang unsur agama di dalamnya.
Selepas berhari raya, ramai juga di antara kita yang memulakan ibadat puasa enam. Beruntunglah mereka yang tidak ketinggalan melakukan ibadah puasa enam ini kerana Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang menyempurnakan puasa Ramadan dan diikuti dengan puasa selama enam hari pada Syawal. Jangan pula disebabkan terlalu banyak rumah terbuka kita tidak berkesempatan berpuasa enam.

Sebagaimana hari raya sebelum ini, Aidilfitri ini pasti ceria di kalangan kanak-kanak. Tentulah yang paling menyeronokkan tatkala menerima duit raya. Mereka berlumba-lumba menziarahi rumah ke rumah semata-mata untuk mendapatkan duit raya tersebut. Itulah sifat kanak-kanak yang mana kita sebagai orang dewasa tidak patut menyalahkan mereka. Namun sebagai ibu bapa, kita boleh memberi panduan dan menanam semangat menabung hasil wang kutipan duit raya.

Semailah sifat berjimat cermat ini sewaktu mereka masih di awal usia. Begitu juga janganlah mengajar mereka membazir dalam kehidupan seharian kita.

Tentu juga ada sebahagian kita yang meninggalkan kampung halaman untuk kembali semula ke bandar kerana tuntutan kerja di ibu kota. Kedua orang tua akan kembali kesepian mengenangkan anak cucu mereka di kota yang pulang hanya sekali setahun. Jenguk-jenguklah kedua orang tua kita sementara mereka masih ada. Jika kita harap anak kita nanti akan menziarahi dan memuliakan kita, maka tunjukkanlah teladan yang baik dengan memuliakan ibu bapa kita sementara mereka masih ada.

Sempena hari raya ini juga, rapatkan hubungan sesama adik-beradik, maaf bermaafan dan raikan saudara mara yang sudah tua. Menziarahi datuk, nenek dan lain-lain wajar diutamakan. Santunilah semua orang keliling kita dengan cara terbaik kerana ia adalah sebahagian tuntutan agama.

Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat kita ambil sempena Aidilfitri ini. Bukalah mata, bukalah minda kita bagi menerima pengajaran ini dengan penuh ketulusan hati. Dengan cara itu kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu dalam keadaan suci bersih daripada noda dan dosa.

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan baik dan menjadi titik tolak perubahan kita ke arah mencapai keredaan Allah. Moga kita tidak akan mengulangi kesilapan kita yang lalu dan mengambil pengajaran daripada apa yang telah kita lalui.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.org

Cik Na kawin Siri 2

Nak Tengok Gambar Pengantin?

Sebelum kita tengok gambar pengantin, ini adalah gambar orang VVIP tengah makan kat tingkat bawah selepas majlis akad nikah, iaitu Imam Mie (jurunikah), pembantu jurunikah dan saksi-saksi penting termasuklah kawan baik ayah yang tengah menopang dagu tu, iaitu Hj Fauzi Orang Kaya tu..


Atas permintaan ramai, 'Mananya gambar pengantin baru tu? Tak nampakpun...'

"Nak tengok ker gambar pengantin tu.."

"Okayler..kita tunjuk ler sebab ramai nak tengok..."

Jeng-jeng-jeng..


Inilah gambar pengantin terhebat abad ini... hehe..


Adik Afif dan Kakak Aisyah... hehehe...


Inilah pengantin sebenar, yang atas tu tak ori, yang ni ori...
Pengantin bergambar bersama my family, tapi ada sebahagian tak de dalam gambar sebab tengah sibuk melayan tetamu di tingkat bawah, termasuklah Tok Ayah dan lain-lain...



Inilah Pengantin baru...
NORELIANA DAN HAFIZI,

dua-dua lepasan UIA, Na bekerja sebagai HR di EON dan Fizi adalah Pegawai PTD di Kementerian Pelajaran Putrajaya..

SELAMAT PENGANTIN BARU..
KAMI DOAKAN SEMOGA BAHAGIA SELALU
LAYARILAH HIDUP BERKELUARGA DENGAN AMAN DAN DAMAI..Amin..

Wednesday, October 8, 2008

Raya dan Cik Na Kawin

Raya 1 Syawal 1429H bersamaan 1 Oktober 2008


Raya ni sangat meriah sebab semua balik berhari raya dengan Tok ma dan Tok Ayah dan bersama pula meraikan perkahwinan my darling younger sister Cik Na.
Idi balik dari Sudan, Aa balik dari Jambi dan semua orang bersama-sama di rumah Tok Ma dan Tok Ayah.

Sibuk sungguh ler seluruh isi rumah, Hari raya tak dapat nak pegi beraya sebab sibuk nak potong bawang, kemas rumah dan lain-lain.. Letihnyer... Hari raya pertama kita gi rumah Wea saja, (my grandmother belah Ma), lepas tu pergi rumah Makcik Dah, Ayah Chik dan PakSu (adik-beradik Ma) sebab dekat dengan rumah kami. Itu saja rumah yang dapat pergi. Yang lain tak sempat pergi.. Family belah Ayah di Pasir Tumbuh tak sempat pun pergi, tapi alhamdulillah semua keluarga ayah datang masa kenduri kawin.


Pagi 1 Syawal, semua pergi masjid solat sunat hariraya dan rumah pun dikunci. Lepas balik, ayah terus tukar jubahnya, jadi bila anak cucu nak bersalam dengan Ayah, dia dah tukar baju dah (kelakar sangat.. terus pakai baju pagoda jer pagi-pagi raya..)



Aisyah tengah bersalam dengan Tok Ayah dan Tok Ma


Kanak-kanak yang bergumbira sakan kat kampung adalah...jeng jeng...



Dari tepi, Tasnim (anak dara tingkatan 5 ni anak my sister Kak Za dari Johor, ini jangan main2 dgn dia sebab Englishnye berabuk.. Tasnim ni English Debater Sekolah Hidayah di Johor Bharu.. canggih...) Sebelahnya Aisyah, Fahmi, Adik Afif, Shahmi dan Firdaus.


Ini adalah my two handsome younger brothers, Idi dan yang baju kuning tu Hafiz,
the youngest in my family


Hari raya kedua, malamnya ada majlis akad nikah.. Perkahwinan my younger sister Cik Na dengan Pakcik Pizi. Nama penuh mereka adalah Noreliana dan Hafizi. Na dan Fizi nak bergambar depan keluarga maka mereka menempah pelamin.. Tingkat atas dibuat tempat akad nikah depan keluarga kedua belah pihak dan semua tetamu makan di di tingkat bawah.


Lepas akad nikah, Na dan Fizi bersalam dengan Ayah dan Ma mohon restu dan doa.. Semoga dengan doa dan restu ibu bapa dari kedua belah pihak, rumah tangga dibina diberkati dan diredhaai Allah..

Fizi bersalam dengan Ma

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA NA DAN FIZI.
SEMOGA MENJADI PASANGAN YANG BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT



Ini adalah gambar orang-orang rujukan dalam majlis kawin, tepi sekali adalah Ayah, sebelahnya Pak Su, sebelahnya Ayah Chik dan yang sedang minum air tu Pak Ngah

Ini sapa pulak...

Oooo anak Umi rupanya.. letihnya dia sampai tertido dengan dua orang 'babynya'.. zzzzzzzzzzzz

Sunday, October 5, 2008

Hari Raya 1429H

Ucapan Raya melalui SMS

Saya banyak menerima ucapan hari raya melalu SMS.. .. Rasanya banyak sangat dan ada yang saya pun tak tahu sapa yang kirim. Kalau yang kirim SMS menulis namanya di akhir mesej tersebut, maka tahulah saya siapa yang kirim. Tapi kalau tak ada nama sedangkan nombor telefonnya tak ada dalam save saya, maka saya pun tak tahu ler sapa yang kirim. Saya memang takde save nombor-nombor kecuali sahabat baik dan orang yang selalu saya berurusan. Apatah lagi nombor students yang ramai-ramai tu kecuali mereka adalah Ketua Kelas.

Banyak yang saya terima dari sahabat-sahabat dalam JIM, PGSM dan sahabat handai yang lain. Macam-macam mesej ucapan yang dikirim. Ada berbentuk madah pujangga yang sangat panjang. Ada yang berbentuk pantun, ada mengirim doa dan sebagainya. Antara yang paling saya terkejut adalah mesej ucapan hari raya dari Prof Madya Dr Anisah Ghani dan Ustaz Alias Othman. Mereka adalah pakar rujuk JIM dan pensyarah saya semasa saya buat Master di UM. Saya rasa terharu apabila mereka menghantar mesej kepada saya. Terima kasih banyak-banyak.

Sedaya upaya saya akan membalas semua mesej walaupuan saya tak tahu siapa yang hantar. Namun ada juga yang saya tertinggal, apatah lagi mesej yang hilang dari PDA saya selepas PDA saya crash pada hari raya tersebut. Semua yang saya balas dengan ayat yang sama kerana saya tak sempat nak membalas dengan ayat yang canggih-canggih.

Semuanya yang mengirim ucapan hari raya kepada saya, saya membalasnya..

'Terima kasih atas ucapan. Saya juga ucapkan selamat hari raya dan mendoakan agar anda bahagia selalu di dunia dan di akhirat. amin. -puan hidayah'

Kepada yang menghantar mesej ucapan raya tetapi saya tidak membalasnya, saya minta maaf banyak-banyak. Akhirnya, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan kepada saya, terutama kepada pelajar-pelajar yang saya kasihi semua..

_______________

Raya

Raya kali ini kami satu keluarga balik ke Kelantan.. rumah Tok Ma dan Tok Ayah.
Aisyah sangat ceria dan selalu kata.. 'Tak sabarnye Aisyah nak main dengan adik Absya, Adik Afif dan budak-budak lain.. bestnye balik rumah Tok Ma...'

Sebenarnya raya kali ini turn Bangi. Dari awal perkahwinan, berbelas tahun yang lepas, kami telah berjanji bergilir untuk raya puasa. Kalau tahun ni raya di Bangi, raya depan di Kota Bharu, Kelantan atau Kelate..Semua pasangan pada pandapat saya mesti buat perjanjian dan patuh pada perjanjian demi kesejahteraan kedua pihak. Kedua ibu bapa perlu dilayani dengan sebaiknya dan adil.

Saya tak setuju jika salah satu ibu bapa diraikan sedangkan yang lagi satu asyik mengalah sepanjang tahun. Contohnya setiap raya di rumah suami, bagaimana dengan isterinya? Si isteri juga ada ibu bapa. Bagaimana kita melayani kedua ibu bapa kita adalah contoh teladan kepada anak-anak. Lainler kalau kawin dengan anak yatim, atau kawin dengan jiran sebelah rumah macam cite P Ramlee tu.. tu tak kisahler..

Kalau raya balik ke Kelate, maka setiap hujung minggu kami akan berbuka di Bangi, compensate raya tak ada nanti. Kalau raya di Bangi, kami balik juga berbuka di Bangi tapi kadang-kadang saja. Begitulah berlalu selama ini dengan penuh ceria dan bahagia.

Tapi tahun ini, kami tukar program dan balik beraya di Kelate atas beberapa sebab, antaranya adalah kerana my dear sister Na akan berkahwin pada 2 Syawal dan sebagai kakak yang baikkan (hehe..) kenalah kita balik awal, nak tolong kemas rumah, buat apa-apa patut..

Letihnya sepanjang raya ini.. Macam nak pengsan buat kenduri kahwin masa raya..

Kami balik raya hari Isnin jam 6.30pagi lepas solat Subuh dan sampai ke rumah Tok Ma jam 3 petang. Sepanjang jalan, Abah bawak sorang, Umi dan Aisyah tido jer... hehe sorry ye Bah. Selalunya separuh jalan, kita tukar driver tapi kali ini tak tukar sebab Umi ngantuk sangat-sangat...

Kalau nak balik Kelate, Abah selalu buat joke tanya Aisyah teka-teki yang kelakar ..

'Aisyah, Abah ada soalan, Aisyah jawab yer..
Kita bertolak pagi, sampai petang
Kita pegi siang, sampai malam.. tu nak gi mana tu...'

"Nak gi Kelate...' jawab Aisyah

'Soalan lain...
Kita bertolak pagi, sampai pagi

Kita pegi malam, sampai malam..tu nak gi mana pulak tu..

'Nak gi Bangiii...' jawab Aisyah

'Jadi Aisyah suka yang mana? Bangi lah bestkan Aisyah.. tak letih, jom kita balik Bangi..' ... ooo nak rasuah Aisyah yer..

'Aisyah suka dua-dua...' jawab sicomel Umi.

Dan Umi akan bagi remarks kat Aisyah.. Bagus, Aisyah memang bijak.. hehe..
__________________

Adik beradik berkumpul

Semua balik ke Kelate raya ni. My eldest Kak Nik balik satu keluarga hari Isnin bersama dengan 4 orang anaknya, Zuhri, Nadia, Shahmi dan Adik Afif. Kak Za dari Johor satu keluarga dengan anak-anaknya Tasnim, Firdaus dan Fahmi. Siti dengan heronya Adik Absya dan twin Akil dan Azra. Zura dengan Syifa;, Syafi', Syafinaz dan Shafiqah...Ramainya kanak-kanak... semua bermain dengan penuh gembira..

Ayah suka cerita.. katanya dia happy sangat penuh rumahnya dengan cucu-cucu.. rasa demam pun hilang sebab seronok.. Aisyah apa lagi.. main macam-macam dengan kanak-kanak yang lain..sekajap main patung-patung, sapa bergerak dia kena.. Lepas tu main sembunyi-sembunyi..Lepas tu main Sumo..(sebab ada cite Sumolah lagi dalam TV)..Sekejap main mak-mak, sekejap bergaduh, sekejap nagis, lepas tu main lagi...

Saya saja nak nyakat budak-budak tu...Saya kata, 'Apasal ler budak-budak ni asyik main jer.. cubaler pergi buat kerja ker.. ni main jer..'

Aisyah jawab, 'Memang budak-budak kerjanya main Umi.. Umi nak suruh budak-budak buat apa lagi..'

'Pergiler masak ayam percik ker, ayam masak merah ker.. tak pun pergi buat research ker, tulis artikel ker..'.. hehe...

Aisyah dengan budak-budak tu semo terkejut.. 'buat apa tu.. Jom kita main lagi...'

Habis bersepah rumah Tok Ma...