Sunday, March 28, 2010

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya..

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Jerung...

Apa punya tajuk.. hehe... Tak cun langsung.

Maksudnya, dalam laluan hidup yang biasa kita lalui, dan kita rasa selesa dengannya, jangan kita beranggapan kita tidak akan menemui sesuatu yang lain.

Ada.. cuma masanya sahaja yang tak pasti!

Air yang tenang, selesa dan mengalir lembut jangan kita juga terbuai sama.
Kita perlu bersedia dengan kemungkinan tidak terjangka!

Angin sepoi-sepoi bahasa yang kita rasai, hari demi hari boleh membuat kita terbuai..
Jangan..
Jangan kita terbuai sehingga tidak membuat persiapan menghadapi saat angin kuat.

Peribahasa ia boleh juga ditujukan pada keadaan, masa, manusia dan lain-lain..
Seperti orang yang kita sangka baik, nampak baik tapi rupa-rupanya boleh melakukan sesuatu yang kita tak jangka..
__________

Itu mukaddimah dulu..

Ceritanya begini...

Kami dah lama guna kereta hijau. Kereta ini bukan saya beli. Ia kereta Niza yang balik Mesia dan dia minta saya guna dan sekali gus jaga. Saya pun jagalah kereta ini. Pakai kereta ni pergi pejabat, hantar Aisyah ke sekolah dan lain-lain. Hantar service bila masanya, jaga enjin dan lain-lain.

Saya pulak memang dhaif bab technical ni. Yang jaga enjin sebenarnya Abah, not me.. Saya tak dapat nak tangkap bab enjin-enjin ni. Yang saya tahu adalah saya tulong bawak jer...

Berlalulah hidup kami seadanya dengan nikmat Allah yang diberikan melalui sahabat yang baik iaitu Niza. {Niza akan balik sini tengah tahun ini. Saya kena beli kereta lain sebelum Niza datang..Saya plan nak bayar juga some sort like hadiah sumbangan terima kasih pada Niza kerana sudi pinjamkan kereta ini pada kami sekeluarga. Terima kasih ya Niza}

Hujung tahun lepas, ada sekali tu, kete ni tak leh hidup kat depan sekolah teakwondo Aisyah. Masa tu Abah yang drive. Akhirnya selepas ding dong ding dong.. Abah mintak bantuan Cik Din, guna RACV Cik Din tow kereta ni ke Kedai Mekanik Ahmad. Terima kasih juga pada Cik Din.

Lepas tu kereta ni pun cun balik...
Kami pakai tanpa sebarang masalah..
smooth saja..

Masa Abah balik Mesia, dia risau kalau jadi apa-apa pada kete ni masa dia takda, jadi dia suruh saya pergi beli insuran third party dan juga RACV. RACV tu macam AAM kat Mesia. jadi saya pun baru lagi pergi ke Nothland bayar semua sekali AUD417 untuk dua perkara tu. Dalam hati saya rasa mahalnya..

Nak jadi cite, hari Jumaat 26 March, saya dan Aisyah keluar ke airport nak ambik Abah yang baru balik dari Mesia. Ok ler masa jalan tu..

Tetiba..

Lepas keluar dari airport dan dah nak masuk ke highway yang hala ke rumah kami, tetiba bunyi cam belt putus..
'Ihh... bunyi apa tu?'

Saya gabra dah...
'Nak buat camna ni Bah?'

Abah pun berentikan kereta, depan siket dari jambatan. Dia bukak tempat engin dan cuba tengok apa yang bunyi.. Tapi tak nampak sebab gelap.

Nak jadi cite, lampu suluh yang ada dalam kete bateri dah kong, so tak nyala..


Masa tu macam-macam keluar dalam kepala saya..
'Isyy kalau ler saya mintak Din (hubby Sham) jemput Abah, tak de jadi macam ni..'

Tapi lepas tu saya fikir sekali lagi..

Dan beri tazkirah pada diri sendiri..

'Ini Allah uji siket dah gabra..
kalau ler kete rosak kat highway on the way to airport.. adusss lagi saya panic kalau sendirian dengan Aisyah.. Ini mujur lepas jemput Abah, so Abah ada boleh uruskan..
Kalau ler rosak di highway yang kete punyalah banyak, mana nak duduk sementara tunggu bantuan .. '

Akhirnya saya kata sendiri..
'Ye lah.. mujur rosak kat sini.. dan mujur ada Abah, mujur dekat dengan lampu jalan, mujur before masuk highway... Alhamdulillah, ...


Abah pun call RACV..

Saya tak call kawan-kawan minta tolong sebab dah lewat malam sangat..

Akhirnya RACV datang dengan lori besar nak tow kereta kami. Pastu taxi datang untuk bawak kami balik ke rumah.. Luke, budak muda RACV yang datang ke tempat kami sangat ler baik dan peramah. Dia sembang macam-macam..

Last sekali, dia kata..'It's fortunate for you to have RACV. If not, at this hour, it will cost you more than $500..'

Akhirnya kami sampai ke rumah. Kerte di tow sampai depan rumah dan taxi sewanya $40 RACV bayarkan.

Hari isnin 29 March, paginya kami call RACV sekali lagi dan lori RACV pun datang dan tow lagi kete ke kedai Basham, Mekanik di Preston..

Habis cite...

Citenya tidaklah power sangat tapi moral of the story..
"Alangkah baiknya jika kita bersedia dengan kemungkinan yang terjangka dan tidak terjangka dalam mengharungi hidup ini.. Biarpun setiap sesuatu ada hikmahnya, tapi tawakal dan berserah harus datang dengan persiapan dan kesungguhan..Jadi kalau pakai kete baru, mungkin tak yah ler beli AAM or RACV tapi kalo pakai kete lama.. pergi ler beli... hehe.. "

upppss... Lagi satu,

Ada sorang kawan saya terlanggar kete orang dan tuan punya claim $800, ding dong ding dong.. dapat turun jadi $600. Dia tak beli insurance third party, Saya bagitau dia kemarin, 'Pergilah Northland bayar $300 untuk third party insurance.. harap2 kalau nak jadi sesuatu, kita ada insurance cover. .. Dan dia kata, dia nak gi beli ler lepas ni...
Kepada kawan saya yang kena tu, 'Sabar yer..'

Friday, March 26, 2010

Perjalanan..

Langkah demi langkah..

22 March Monday

Hari tu saya hanya hantar Aisyah ke pagar sekolah dan tak tunggu perhimpunan sekolah seperti biasa. Sekarang saya hanya letak Aisyah dan terus ke pejabat. Sebabnya, saya kena berebut untuk cari parking free di luar universiti. Disebabkan tak ada parking permit, maka terpaksalah berebut-rebut mencari parking kosong yang memakan masa 15-20 mt jalan kaki ke pejabat saya..
Kalau hari-hari saya berjalan macam ni pergi balik, mau kurus keding saya.. hehe...

Ok, cite Aisyah.. Masa perhimpunan, rupanya ada cabutan bertuah. Bertuah sungguh anak Umi hari ni rupanya.. Principalnya mencabut nama pelajar Aisyah. Miss Hinsley ambik dari envelope besar dan panggil nama Aisyah.. Aisyah dapat hadiah..Apa hadiahnya tu? AUD100.00 ..

Seronoknya... Aisyah cite, 'Umi, I was so surprised and could not believe that I was the one. I was so excited and when I walked to the stage, my legs were moving, shaking... hehe...'

Alhamdulillah rezeki Aisyah...

____________

Rabu 24 March 10

Jam 11.00 pagi, saya kena mengadap Supervisor saya. Alhamdulillah, kali ni saya berjaya menyakinkan dia bahawa apa yang saya buat adalah bersesuaian dengan focus saya.. Mudah-mudahan perjalanan PhD saya dimudahkan Allah...amin..

Petang, saya minta Aisyah balik sekolah dengan Zafira dan minta Mama Zafira tolong jaga Aisyah sebab saya nak ke Melbourne Uni. Law School menganjurkan CEDAW dialogue and women's right jam 4.00-6.00pm. Tajuk yang saya minat. Saya pun ke sana naik train dan tram. Saya ada tanya soalan pada pembentang about CEDAW Committee and honour killing. Pembentang adalah Christine, Pengarah CEDAW Australia and also Simone, a researcher for CEDAW. Habis jam 6.00pm, saya bersembang sekejap dengan Simone.

Lepas tu, pergi solat di surau. Lepas solat, saya dah tak dapat tahan dah, perut saya lapar sangat, berbunyi-bunyi sampai rasa nak muntah. Laparnya...

Nasib baik Norsiah Cafe masih buka, saya makan nasi dengan bersunguh-sungguh.. Alhamdulillah... kenyang.. Kena $6.50.

Saya balik, sampai rumah Zafira jam 8.10mlm, tak solat maghrib lagi so saya tumpang solat kat rumah dia, dan jam 9.00mlm, baru balik rumah.. Letihnya... lepas solat isyak terus tidur..

_______

25 March 10 Thursday

Pagi ini, saya tak buat kerja saya di opis. Tapi saya tolong Sham. Dia tengah sedih dan takut sebab dia rasa dia masih belum tepat dalam susunan proposal dan susunan Chapter 1 nya. Dia suruh saya baca yang dia dah tulis.

Saya kata, 'Ko tinggal ler dulu, karang aku baca..'
Tapi Sham tak percaya, Dia kata, 'Aku tak nak tinggal. Aku tahu ko tak baca kalo aku tinggal. Aku nak ko baca sekarang jugak...'

Dan Sham berjaya ... hehehe...
Saya memberinya 3 jam pagi tersebut dan akhirnya dia gembira dan tenang kembali..

Alhamdulillah ada kawan..
Kalo saya susah hati, Sham yang jadi mangsa.
Kalo dia susah hati, saya yang jadi mangsa.. Kami saling mangsa memangsai.. hihihi...

__________
26 March 10 Friday

Hari ni hari last sekolah penggal 1. Balik jam 1,30pm.

Hari ini juga petang jam 6.30pm, saya dan Aisyah ke rumah nani, ada study circle, discussion kali ini about kesihatan disampaikan oleh Dr Noriah. Ramai yang datang..

Hari ini juga, artikel saya disiarkan dalam Berita Harian bertajuk Rebut Anak.

Hari ini juga, Abah balik ke Melbourne. Aisyah sangat gembira. Dia dah siapkan satu kad untuk abah. Jap lagi, kami akan jemput Abah di airport. amin..

Sapa ni???

Sapa pulak tu??

Eii sapa tu??
Ooo Aisyah..

Aisyah buat apa tu??

Aisyah tengah menunjukkan bakat ni...

Inilah Aisyah masa umur 3 tahun 3 bulan...



Berebut Anak


Artikel disiarkan dalam Berita Harian 26 March 2010

____________

Utama kebajikan anak selepas berpisah
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

2010/03/26

Ibu bapa bercerai wajar patuhi perintah mahkamah berkaitan hak penjagaan, lawatan

KISAH perebutan hak penjagaan anak selalu menjadi isu besar antara pasangan yang bercerai. Apabila ibu diberikan hak jagaan ke atas anak, selalunya ayah mendapat hak lawatan. Begitulah sebaliknya.

Dalam amalan di mahkamah sama ada mahkamah syariah atau mahkamah biasa, apabila berlaku perceraian antara pasangan yang mempunyai anak, perkara besar yang diselesaikan adalah siapa mendapat hak jagaan ke atas anak-anak dan bagaimana urusan nafkah mereka selepas ini. Ada pasangan yang bercerai berjaya menyelesaikan dengan baik urusan jagaan anak-anak. Namun ada juga yang mengambil pendekatan keras, berebut, memburukkan pasangan di depan anak-anak, bergaduh dan ada yang melarikan anak-anak walaupun selepas diputuskan oleh mahkamah siapa berhak ke atas jagaan itu.

Ia sangat menyedihkan seolah-olah anak adalah barang yang tidak bernyawa dan tidak mempunyai perasaan. Sebenarnya dalam perebutan hak ke atas anak-anak, sama ada kita sedar atau tidak, anak-anak menjadi mangsa yang penuh konflik dalam jiwa mereka. Antara kasih kepada ayah dan kasih kepada ibu.

Walaupun salah seorang ibu bapa menang dalam pertikaian merebut hak jagaan, sebenarnya anak-anak terbabit menjadi mangsa dan kehilangan keindahan hidup seperti yang mereka gambarkan di bawah bumbung rumah tangga bahagia.

Kebajikan anak adalah faktor terpenting dan diiktiraf oleh semua mahkamah membabitkan urusan perceraian. Seksyen 86(2) Akta Undang-undang Keluarga Wilayah Persekutuan contohnya menyatakan, ‘untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang kanak-kanak patut diletakkan, pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu tertakluk kepada pertimbangan berkenaan, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kemahuan ibu bapa kanak-kanak dan kemahuan kanak-kanak itu jika dia sudah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri’.
Apabila pada pendapat mahkamah kebajikan anak akan lebih terjaga apabila berada bersama ibu, maka mahkamah akan memutuskan sedemikian. Namun jika anak sudah mencapai tahap umur mampu memberitahu isi hatinya dengan baik dengan siapa dia ingin tinggal, mahkamah akan meneliti perkara ini sebelum memutuskan siapakah yang mendapat hak jagaan itu.

Bukan hak siapa yang sepatutnya menjadi taruhan tetapi kebajikan anak adalah paling penting untuk diperhatikan. Kita seharusnya meletakkan kepercayaan dan mematuhi keputusan mahkamah sama ada keputusan Mahkamah Syariah bagi ibu bapa Muslim atau keputusan mahkamah biasa bagi yang bukan Muslim. Keputusan mahkamah sewajarnya diikuti kerana ia adalah pemutus kepada sebarang pertikaian.

Kes melarikan anak daripada tangan pihak yang mendapat hak jagaan juga bukan perkara baru dalam masyarakat kita. Ibu bapa yang bertikai seharusnya cuba menilai kebajikan anak mereka dan kesan negatif perebutan yang berlaku.

Dalam satu kajian di California oleh pakar psikologi, Judith Wallerstein selama 25 tahun terhadap 131 kanak-kanak yang menjadi mangsa cerai mendapati anak-anak ini mengalami tekanan jiwa yang hebat. Daripada 131 kanak-kanak yang diikuti sehingga mereka menjadi dewasa, sebilangan besar terbabit dengan arak, dadah, melakukan zina/seks bebas di awal usia kerana tekanan dialami.

Separuh daripadanya membesar dengan jiwa bermasalah dan berakhir dengan melakukan keganasan rumah tangga, bercerai dengan pasangan dan tidak mempunyai hala tuju hidup yang baik. Kesimpulan kajian itu, beliau mendapati kanak-kanak ini menghadapi masalah komunikasi dan berakhir dengan mereka sendiri melakukan pusingan sama, iaitu tidak bahagia dalam perkahwinan dan melalui hidup bercerai yang hampir sama dengan apa dilalui oleh ibu bapa mereka.

Bayangkanlah bagi anak-anak yang menjadi mangsa perebutan, dilarikan kerana perebutan hak jagaan yang tidak berkesudahan. Sudahlah ibu bapa bercerai, perebutan seolah-olah mereka adalah barang dagangan akan menyebabkan kesan dalam jiwa yang lebih besar kepada anak-anak.

Akhbar di Australia pada 24 Februari lalu, menyiarkan satu berita menggemparkan mengenai perebutan anak antara pasangan selepas cerai. Seorang ibu disabitkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di Brisbane kerana membunuh anak mereka berumur enam tahun dan 10 tahun.

Ini berikutan Mahkamah Keluarga mengeluarkan perintah bahawa anak-anak diberikan hak lawatan menyambut hari Krismas bersama ayah mereka. Tidak dapat menerima keputusan itu dan sebagai membalas dendam kepada bekas suami, si ibu mengambil tindakan nekad membunuh anak-anak mereka.

Kisah pembunuhan pada November 2002 itu menjadi tajuk hangat sehingga hakim kes terbabit menyebut: “Perbalahan hak jagaan ke atas anak tidak boleh menjadi alasan untuk mengambil dua nyawa yang masih muda. Tidak ada sebarang alasan untuk membenarkan sebarang serangan ke atas kanak-kanak, apatah lagi membunuh mereka.”

Berkaitan dengan melarikan anak daripada penjaga yang sah, mahkamah di Australia sekarang sudah menukar pendekatan apabila membenarkan gambar anak-anak yang dilarikan daripada ibu atau bapa yang diberikan hak jagaan disiarkan di dada akhbar dan laman web mahkamah.

Akhbar The Sunday Herald Sun pada 14 Mac lalu membuat laporan khusus mengenai kes sebegini menyatakan bahawa, ia adalah keputusan baru sebagai langkah terakhir mencari anak yang dilarikan terutama selepas berlaku perceraian. Alasan diberikan oleh pihak mahkamah dan juga polis adalah demi menjaga kebajikan anak.

Apakah pendekatan itu boleh dibawa ke Malaysia? Islam mengiktiraf bahawa hubungan perkahwinan yang tidak dapat diselamatkan boleh diakhiri dengan perceraian. Walaupun ia tidak disukai Allah tetapi tetap dibenarkan dalam situasi tertentu.

Apa yang penting adalah perceraian di antara ibu bapa janganlah menjadi alasan untuk menghancurkan jiwa anak-anak. Alangkah baik sekiranya hubungan ibu bapa berakhir tetapi anak-anak tetap merasai kasih sayang yang sama kerana urusan hak jagaan dan nafkah mereka diputuskan dengan baik di antara ibu dan bapa mereka.

Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, seharusnya jalan pintas bukan melarikan anak tetapi menggunakan saluran mahkamah juga untuk mendapat penghakiman yang lain.

Penulis ialah Prof Madya di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam, sedang melanjutkan PhD bidang Undang-undang Keluarga di Melbourne

Wednesday, March 24, 2010

Cite Joke Lagi..

Darah...

Minggu lepas, Aisyah tanya, 'Umi, how do we know that we are baligh or not?'

humppp soalan PhD....

"Baligh tu bila Aisyah dah sampai umur, dah period.. baligh lah tu.. Masa tu you have to be a good and obedient Muslim, sebab kalau Aisyah solat, jaga aurat, Aisyah dapat pahala. If Aisyah malas solat, buat things that Allah doesn't like, nanti Aisyah dapat dosa.."

'I know.. tapi how to know Aisyah dah baligh..'

humpppp... kena cerita ler ni..

'Ok, like this.. once Aisyah dah besar, nanti Aisyah period. '

'Period tu macamana??'

'Umppp.. period tu maknanya Aisyah dah baligh lah..'

Berbelit-belit cikgu nak story.. hehe...

'Ok ok.. camni.. Nanti sampai masa Aisyah akan tengok darah keluar dari tempat wee wee Aisyah. Masa tu kena pakai pad. Itu maknanya Aisyah dah baligh lah tu..'

"Eiiiii takutnya... sakit tak Umi...eiii sakitnya kuar darah...Aisyah tak nak lah baligh..."

'Tak sakit.. macam Aisyah wee wee, sakit tak? Tu lah baligh namanya..'

'Ooo bila agaknya Aisyah nanti baligh ye Umi?..'

entah ler.. tengok la keadaan..

Ok habis cerita....
____________-

Sementara Abah balik Mesia, Aisyah tidur dengan Umi. Minggu lepas, dah habis pasal story about baligh-baligh ni..

Malam tu sepertimana biasa, Aisyah tidur dengan saya..
Dia ni tidur lasak.. Kadang-kadang kaki kat perut saya, kadang-kadang kepala kat kaki saya ler.. tah apa-apa..
Pagi tu, saya bangun kol 5 pg. terus pergi ke toilet ambik wudhuk, insya Allah harap-harap sempat dua rakaat tahajut. Lepas kuar dari toilet, saya masuk bilik dan bukak lampu.

Terkejut badak saya tengok ada darah kat atas tilam.

Terus saya panggil Aisyah..

'Aisyah... Aisyah bangun.. Aisyah dah baligh ker... Ya Allah, baru 8 tahun dah baligh ke anak Umi ni...'

Aisyah bukak mata..'Hahh apa Umi..'

'Aisyah.. cepat cepat bangun..Napa ada darah ni.. Aisyah dah baligh ker.. Saya pun pusing belakang Aisyah, tengok kat seluar dia.. aikkk takde darah pun kat seluar dia..Napa ada darah kat cadar ni???

Musykilnya...

Saya pun tak puas hati, suruh Aisyah bangun..

Aisyah pun pergi toilet..

Lepas tu dia masuk bilik..

'Umi... Umi...
Masa tidur tadikan, gigi Aisyah tercabut...'

Laaaa hehehe... darah gigi tercabut rupanya... kah kah kah...

Tuesday, March 23, 2010

Kenangan Silam

Sapa ni??

Sapa ni??
Ooo bagusnya..
Sapa ni??
Ooo Aisyah..

Aisyah tengah buat apa tu??
Aisyah tengah hafal ..
Hafal apa tu??
Ooo hafal quran..
Bagusnya...

Kenangan silam, masa ni Aisyah umur 3 tahun lebih..
ni video kegemaran saya ni...

Monday, March 22, 2010

Cite Lucu..

McGyver

Pagi tadi, berlaku satu cite kelakar.. macam real jer.. isy isy...

malam tadi, first time saya tidur tersangat awal iatu 9.20malam. Lepas solat isyak, Aisyah tidur so saya pun baring sebelah dia.. baca doa sekali dengan dia, dengar dia baca buku cite 2 mukasurat, then terus zzz....

Saya bangun kol 3.30 pagi. Alhamdulillah lepas solat , saya buat kerja, baca article sampai ke subuh. Subuh masuk 5.58pg. Lepas solat subuh, saya baca asas 10 dan kejut Aisyah.. tapi tak bangun-bangun.. tak tahu ler Aisyah ni, napa susah sangat nak bangun ni...

Jam 7.00 saya rasa sejuk le pulak.. suhu 17 degree..
Saya pun ambik selimut tebal tu dan baring sebelah Aisyah..

Tetiba saya mimpi...macam real...
Saya jadi PI.. Private investigator.. Entah dari mana datang, tetapi saya dapat motor, saya naik dengan sapa yer.. Lepas tu dalam masa menyiasat tu, saya kena kejar dengan musuh-mush saya ler.. hehe.. Bukan main..
Saya pun menggunakan segala kepandaian macam Mcgyver... bestnyer...
Aisyah saya tinggal kat mana yer? Tak ada pulak dalam mimpi tu..

Tetiba tersedar.. jam 7.30pg.. Isyyy macam real jer rasa baru naik motor, lompat-lompat, masuk lorong sebab kena kejar dengan orang jahat... hehe....

Aisyah.. oo Aisyah... tak solat subuh lagi? astaghfirullah... cepat bangun!..
Aisyah kerkalut-kalut pergi toilet ambik wudhu'..

The End...

moral of the story: jangan tidur lepas subuh

Friday, March 19, 2010

Good Story

Kisah Iktibar...

Saya suka membaca kisah sebegini, ia mempunyai nilai keinsafan yang tersendiri..
Nilainya yang boleh kita kutip adalah:
Bersyukur pada yang ada
Gembira dengan nikmat yang diberi
Memberi pada yang perlu
Berkongsi pada yang sudi...
______________

Tugasan Paling Berpahala adalah Menjadi Teacher

(yeaaa that is what I believe, yang lain berpahala juga, tapi guru paling banyak. Nabi said, 'Sebaik kamu yang membaca Quran dan mengajarinya..' Mengajari itu adalah peranan guru. Apatah lagi jika ajarannya mendekatkan pelajar kepada mengenali Allah. Quran dan agama sudah asasnya, walau apa bidang yang diajar.. Geografi, sejarah, medical, agama, quran, undang-undang, fizik, kimia dan segalanya.. Membawa Allah dalam setiap zarah ilmu yang diajar.. membuka minda pelajar bahawa semua penyakit, benua, isi bumi, ubat dll adalah dari Allah...)
______________

As she stood in front of her 5th grade class on the very first day of school, she told the children an untruth. Like most teachers, she looked at her students and said that she loved them all the same.

However, that was impossible, because there in the front row, slumped in his seat, was a little boy named Teddy Stoddard. Mrs. Thompson had watched Teddy the year before and noticed that he did not play well with the other children, that his clothes were messy and that he constantly needed a bath. In addition, Teddy could be unpleasant.. It got to the point where Mrs. Thompson would actually take delight in marking his papers with a broad red pen, making bold X's and then putting a big 'F' at the top of his papers.

At the school where Mrs. Thompson taught, she was required to review each child's past records and she put Teddy's off until last. However, when she reviewed his file, she was in for a surprise. Teddy's first grade teacher wrote, "Teddy is a bright child with a ready laugh. He does his work neatly and good manners .. he is a joy to be around."

His second grade teacher wrote, "Teddy is an excellent student, well liked by his classmates, but he is troubled because his mother has a terminal illness and life at home must be a struggle."

His third grade teacher wrote, "His mother's death has been hard on him. He tries to do his best, but his father doesn't show much interest, and his home life will soon affect him if some steps aren't taken."

Teddy's fourth grade teacher wrote, "Teddy is withdrawn and doesn't show much interest in school. He doesn't have many friends and he sometimes sleeps in class."

By now, Mrs Thompson realized the problem and she was ashamed of herself. She felt even worse when her students brought her Christmas presents, wrapped in beautiful ribbons and bright paper, except for Teddy's. His present was clumsily wrapped in the heavy, brown paper that he got from a grocery bag. Mrs. Thompson took pains to open it in the middle of the other presents. Some of the children started to laugh when she found a rhinestone bracelet with some of the stones missing, and a bottle that was one-quarter full of perfume. But she stifled the children's laughter when she exclaimed how pretty the bracelet was, putting it on, and dabbing some of the perfume on her wrist. Teddy Stoddard stayed after school that day just long enough to say, "Mrs. Thompson, today you smelled just like my Mom used to."

After the children left, she cried for at least an hour. On that very day, she quit teaching reading, writing and arithmetic. Instead, she began to teach children. Mrs Thompson paid particular attention to Teddy. As she worked with him, his mind seemed to come alive. The more she encouraged him, the faster he responded. By the end of the year, Teddy had become one of the smartest children in the class and, despite her lie that she would love all the children the same, Teddy became one of her "teacher's pets.."

A year later, she found a note under her door, from Teddy, telling her that she was the best teacher he ever had in his whole life. Six years went by before she got another note from Teddy. He then wrote that he had finished high school, third in his class, and she was still the best teacher he ever had..

Four years after that, she got another letter, saying that while things had been tough at times, he'd stayed in school, had stuck with it, and would soon graduate from college with the highest of honors. He again assured Mrs. Thompson that she was still the best and most favourite teacher he had ever had in his whole life.

Then four more years passed and yet another letter came explaining he had got his bachelor's degree. Now his name was a little longer...... .the letter was signed, Theodore F. Stoddard, MD.

The story does not end there. You see, there was yet another letter that spring. Teddy said he had met this girl and was going to be married. He explained that his father had died a couple of years ago and he was wondering if Mrs Thompson might agree to sit at the wedding in the place that was usually reserved for the mother of the groom. Of course, Mrs. Thompson did.

And guess what? She wore that bracelet, the one with several rhinestones missing. Moreover, she made sure she was wearing the perfume that Teddy remembered his mother wearing on their last Christmas together.

They hugged each other, and Dr. Stoddard whispered in Mrs. Thompson's ear, 'Thank you Mrs. Thompson for believing in me. Thank you so much for making me feel important and showing me that I could make a difference.'

Mrs. Thompson, with tears in her eyes, whispered back. She said, "Teddy, you have it all wrong. You were the one who taught me that I could make a difference. I didn't know how to teach until I met you."

(For you that don't know, Teddy Stoddard is the Dr. at Iowa Methodist in Des Moines, Iowa, that has the Stoddard Cancer Wing.

Jadilah guru yang baik.. insya Allah

Letihnye..

Minda yang letih..

Saya tengah siapkan bahagian saya untuk kertas kerja di Singapore, yang ini saya buat dengan Ina Nawi. She will present the paper entitled: Child Custody and Maintenance Decisions: A Case Study of High Court Judgments of Divorce Petitions in Malaysia From 1998-2008. Kami download dalam 60 cases nak study pattern of judgments. Tapi masalahnya saya baca kes-kes ni rasa macam berpinar-pinar mata... adoii letihnya kepala saya baca judgments panjang berjela ni..

But I tell you, it was so interesting to read what and how the judges decide. I admire them.. The same like i admire lawyers in presenting their case.

Ahh... baru baca siket, dah letih..
adoiii.. camna nak habiskan arguements ni??

So conclusionnya; Ina will be presenting our paper at National University of Singapore, 'Workshop on Marital Dissolution in Asia' - 6-7 May 2010 and Sham will be presenting another paper entitled 'Honour Killing' at IIUM on 24-26 May 2010.

And me... humppp still in Melbounre.. waiting for the result... I've called the staff in charge, he said wait for another two more weeks. Uhhhhh lamanyer....

Back to presenting papers:

I believe in the principle of 'Work smart less hard' which means- two heads work together to write a paper and one head will think on how to present it on stage.. As I always believe- the more the merrier. Two heads are better compare to one. So work tegether, don't be stingy with our knowledge.. The more we share, the more Allah will support us.

And it is always be my principle in life!

Wednesday, March 17, 2010

Language oo language..

Joke bahasa..

Saya biasa dengar cam ni..
Kat KL, manyak ma...hehe...
awak pernah dengar tak? hehe....
___________________

British English vs. Malaysian English

Who says MalayEnglish is teruk?
Just read below - Ours is simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

Malaysians: 124 No stock.

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?

Malaysians: Hello, who call?

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?

Malaysians: (pointing at the door) Can ah?


WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind.

Malaysians: Don't want lah.


WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for sometime. Do I know you?

Malaysians: See what, see what?


WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?

Malaysians: What happened ah? Why like that one lah?


WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you.

Malaysians: Like that also don't know how to do!


So which would you prefer?
I prefer Aussie one ma... hehehe....

Tuesday, March 16, 2010

Forum Maulidur Rasul 13 March

Draf Jawapan Maulidur Rasul 13 March 2010

Forum tersebut dipengerusikan oleh Hanif. Saya sediakan draf jawapan tapi sebab masa agak suntuk, jadi Hanif tanya dua soalan saja. Saya memang selalu buat draf jawapan, kadang-kadang dalam bentuk point pendek, ada kala bentuk mind map, tengok mana yang sempat. Tapi bila saya bercakap, saya hanya sebut setakat mana saya teringat saja, sambil tengok sepintas lalu kertas catatan.. Banyak yang saya draf tapi saya sendiri tak explain sebab tak teringat. Selalunya saya draf kalau ada ceramah besar, tapi kalau usrah, saya tak sempat nak draf apa-apa, saya terus baca kitab masa usrah atau study circle tersebut. Bila saya rajin, isi draf ceramah saya tulis ayat lengkap menjadi artikel untuk dihantar ke majalah. Saya tengah menulis beberapa artikel sekarang ini. Salah satu berkaitan dengan sambutan maulid Nabi.insya allah harap-harap sempat menulis dalam kesibukan yang ada..

Semoga apa yang dibincangkan hari tersebut ada manfaatnya..
amin..
_________________

Soalan Puan Hidayah:
Setelah meninjau bagaimana suri teladan Rasulullah saw dari aspek diri, bagaimanakah kita selaku umat baginda saw boleh mencontohi baginda dari aspek kekeluargaan – kita sebagai anak-anak, kita sebagai ibu dan ayah dan kita sebagai seorang suami dan isteri?Contoh-contoh sirah yang utama dan praktikal dari aspek berkenaan yang boleh kita ambil pengajaran untuk diamalkan?

Jawapan:
Ada yang minat Awie.. minat Siti Norhaliza.. Angie Brad...beli URTV, beli majalah hiburan, tengok cara mereka pakai, tahu bila lahir, suka makan apa, sakit apa, show kat mana.. bergaduh ke dah cerai ker... Kita hayati kisah hidup dan melihat mereka dengan pandangan mulia.. Kita marah bila orang kutuk mereka dll- Itu tandanya kita sangat kasih dan mengidolakan mereka walaupun mereka tidak tahu pun kewujudan kita.

Macamna antara kita dengan Nabi Muhammad? Ada artikel saya baca mengenai pandangan yang cuba menolak supaya jangan lebih2 sangat cintakan Nabi sebab Nabi adalah insan. tumpuan patut diberikan pada al-Quran dan bukan diri Nabi SAW. Mukjizat yang berkaitan dengan diri Nabi SAW cuba dikecilkan.

Antara alasan mereka- seumpama posman dengan surat. Kita baca surat je, posman tu kita ucap terima kasih cukuplah sebab itu memang kerjanya hantar surat..Boleh kah kita umpamakan sebegitu?
Tidak..

Posman tak tahu apa isi surat kita. Dia hantar dan balik. Dia tidak mencintai kita sedangkan Nabi Muhammad menghayati, berusaha sepanjang umur menyampaikan islam, membawa umat menyembah Allah dan membawa jalan ke syurga..
Tapi perlu dibezakan antara mencintai dan mencontohi dengan memuja sehingga ke tahap menjadikan seperti anak Tuhan dan lain-lain seperti Jesus.

Dalam ilmu Usul Fiqh, peranan Sunnah/Hadis adalah:
-menghuraikan al-Quran
-melimitkan hukum dalam Quran
-membawa hukum baru yang tidak dinyatakan Quran
-membawa contoh tauladan untuk umat

* Nabi jadi contoh untuk kita dalam semua perkara sebagai insan.. Bila kita kasihkan nabi, kita mestilah tahu siapa Rasulullah SAW, kita baca mengenainya, cuba beramaldan berkelakuan seperti baginda dan berusaha melaksanakan seluruh pesanan dan ajaran baginda dalam semua aspek kehidupan.

'Dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).(al-Hashr 59:)

Sejarah tunjukkan Nabi tidak sempat merasai kasih sayang seorang Ibu atau Ayah.. mencari kasih dari datuk, bapak saudara dan akhirnya kepada isteri. Sebagai anak, Nabi tak sempat berbakti kepada ibu bapanya, jadi mana ada contoh sebagai anak sebab ibu bapa Nabi dah meninggal awal?. Jawapan- Ada yang kita contohi dari amalan nabi sebagai insan terpilih secara umum- spt cara Baginda tidur, makan, bergaul. Ada melalui teguran Baginda kepada orang lain dan juga melalui ajaran dan perintah Nabi. -Sebagai anak- Nabi pesan, ‘Uq liwalidaini…’ Menghormati ibu bapa, ‘Al-jannatu tahta aqdamu ummuka’. Anak lelaki mesti menjaga kebajikan ibu bila ayahnya tiada. Tidak melebih-lebihkan isteri sehingga meninggalkan ibu bapa sendiriaan.’ Rasul dan seluruh kehidupannya adalah contoh. Banyak contoh dari kita sebagai anak-anak, kita sebagai ibu dan ayah dan kita sebagai seorang suami dan isteri.

_________________ Panel Ketiga : Puan Hidayah

Rasulullah saw seorang yang cukup syumuliyy sebagaimana Islam yang syumul – selain daripada aspek diri dan keluarga, bagaimanakah kita selaku umat baginda saw boleh mencontohi baginda dari aspek “terjun ke dalam masyarakat?” sedangkan dunia pada hari ini melihatkan trend masyarakat muda terutamanya semakin individualistik dan materialistik?

Jawapan:
Perkembangan masyarakat muda: Hedonisme, jahil kepada agama sendiri. Agama tak ceria, tak cool.. tak happening.. tu tak boleh , ni tak boleh..
Tapi sebenarnya.. Islam agama mudah.. Kaedah fiqh kata: ‘Al-Masyaqqah tajlibu taysir..’ Dari seribu yang halal, ada satu dua tak halal.

Macamana kita nak sedar siapa kita?

Baca dan dengar.. buka minda berfikir tentang sesuatu.. Why Nabi ke Gua Hira’? berfikir dan mencari jalan berubah dan mengubah. ”Kami tidak jadikan kamu sia-sia…’/ ’Apakah kamu ke syurga sedangkan kamu belum diuji?’

-Sekarang, kita ada istilah Prostaz.. Professional Ustaz- Masyarakat menunggu2 orang lepasa Medic, Engin dll tapi membawa Islam dalam hidup. Jadi contoh dan memberi ajaran melalui profesyennya. Mengubat dan mengaitkan dengan Allah. Engineer yang islamic.

Tapi kita perlu ada pendidiran yang benar dari ilmu islam yang benar..Antara aliran pemikiran yang ada; Wahabi, Salafi, dan aliran modernism feminisme, freethinker, pejuang hak kebebasan . dll..

Sebab tu, antara kesibukan yang melalaikan ilmuan islam; apabila bergaduh sesama ilmuan agama- seperti kenapa raikan maulis nabi, Nabi takde buat birthday pun. Kenapa rai hijrah.. takde keperluan. Kenapa baca doa lepas solat, tahlil tak sampai ke orang mati. Tak payah baca doa hujung tahun.. Sedangkan di sebelah sana .. anak-anak muda tak tahu solat. Tak pandai dan tak minat baca quran. Berzina dan lahir anak zina, buang anak, minum arak, buka baju, hilang malu .. Manusia jadi seolah2 bukan manusia berakal..

-Untuk menolak yang buruk, kita perlu tahu apa yang buruk tersebut..Kita perlu jelas tentang Islam, supaya apa2 ajaran yang menyesatkan berjaya kita tangkis. Jika tidak, kita mungkin terpengaruh dengannya..

_____________

Panel Ketiga : Puan Hidayah

Rasulullah saw seorang lelaki. Bagaimanakah seorang perempuan boleh mencontohi keperibadian dan sunnah Rasulullah saw yang merupakan seorang lelaki?

Jawapan:
Kita perempuan, anak, isteri .. Nabi lelaki jadi macamna perempuan nak ikut contohnya?

Kita tengok dari segi bahasa; ‘Bila merujuk muzakkar, ia merangkumi muannath. Pesan Nabi dalam mengharungi hidup: Tunkahul marah diarba’..Pilih yang beragama.. itu pun untuk wanita juga untuk memilih pasangan.

Talbal Ilm faridatan—untuk wanita jugak..

Ada melalui ajarannya pada isteri dan disampaikan pada wanita lain. Ada wanita buat kelas belajar dengan nabi. Wanita Madinah lebih suka bertanya dan berfikir berbanding wanita Mekah. Apa contohnya.. Kelas agama khusus untuk wanita Madinah, mereka menghantar wakil tanya solan pasal haid, pasal jihad dll..

Mematuhi ajaran Baginda adalah bukti keaatan pada Allah dan rasul.

Nabi ajar : MENANAM NILAI!

'Asma’, wanita baligh.. kena tutup begini begini kecuali ini..- menanam nilai kepatuhan pada Allah, bukan ikut orang.
'Aisyah, Abdullah Maktum tu buta , dia tak nampak awak, tapi awak nampak dia..
'Hassan, Hussin, ‘Jangan makan kurma zakat. Keluarga muhammad tak buleh terima zakat..-nilai kepatuhan pada Allah

- Didik anakmu solat. Takdibkan anak2.. bari nafaqah pada anak-anak.. Beri makan apa yang kamu makan..

-Nabi angkat martabat wanita- Sejarah- tanam anak perempuan, kemudian wanita diangkat dan diberi hak satu demi satu.

-Hak dilayan dengan baik dalam rumah tangga. Boleh keluar dari perkahwinan jika mudarat.
-Hak bersuara, hak mendapat harta dan lain-lain..
-Hak bertindak, bekerja dan membuat keputusan

Asas kita... RUANG LINGKUP ISLAM kita jaga..
Membangunlah tapi jangan langgar walls of Islam. Tapi mana kita tahu kita langgar ke tidak kalau kita tak tahu apa walls tu…Maka kita perlu belajar, mencari kerana Syafei menyebut: Fa qidus syai' la Yu'thi...(Sesiapa yang tidak mempunyai, dia tidak dapat memberi.)

Wallahua'lam bissawab

Monday, March 15, 2010

Keluarga..

Atok tak sihat..

Saya dan Aisyah rasa sangat sedih apabila mendapat berita Atok tak berapa sihat sekembali dari Melbourne baru-baru ini. Rupanya semasa majlis Ulangtahun perkahwinan Atok dan Nenek di bangi, Atok sudah mula kurang sihat. Dan yang terbaru, Atok terpaksa menjalani thorough medical check-up di hospital pakar.

Kami di sini selalu mendoakan semoga Allah menguniakan kesihatan yang baik kepada semua yang kami kasihi di Malaysia sana. Semoga Atok, nenek, Tok Ma, Tok Ayah dan semua sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan dapat beramal dengan selamat.

Saya mengajar doa yang sama pada Aisyah..
'Ya Allah, berilah kesembuhan pada Atok, Nenek, Tok Ma dan Tok Ayah. Sihatkanlah mereka supaya panjang umur, murah rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat..'
amin ya Rabbal A'lamin

Saturday, March 13, 2010

Perjalanan..

Jumaat 12 March

Masa Aisyah pergi camping, sebenarnya saya tak berani nak tidur sorang..hehe...
So dua malam tu saya takde kat rumah, saya pergi sleepover kat rumah Kak Som, kawan Singapore yang tinggal di Plenty Road. Saya ke pejabat pagi jam 8.30pg dan balik ke rumah kak Som jam 8mlm. Kira balik tidur je la.. Terima kasih ye Kak Som.

Petang Jumaat jam 3.30 pm, saya ke sekolah nak fetch Aisyah dari camping. Ramai Mak ayah tengah tunggu anak masing-masing kat tepi pagar sekolah. Jam 3.45 pm, bas sampai.. buhhhh semua parents pakat serbu nak tengok anak masing-masing.. isy isyy ... sabar sabar....

Aisyah balik... muka letih jer... terus tertidur dalam kereta. hehe...

Lepas bangun tidur... bla bla bla..... banyak betul Aisyah berstory..
Dia kata tak cukup tidur sebab tu letih sangat... hehe..

Aisyah kata nanti dia nak tulis pengalamannya dalam her own blog.. Kita tunggu yer...

_______________

13 March Sabtu..

Aisyah bangun lambat. SOlat subuh jam 7pg. Tak dapat bukak mata.. Saya kesian jugak tengok dia, jadi saya biar jer dia tidur sampai waktu kecederaan... Subuh habis 7.15pg, so pukul 7 saya kejut dia... Punyalah susah nak bangkit! macam balas dendam tak dapat tidur kat camp.. hehe..

Jam 10.15pg, kami bertolak ke Mesia Hall untuk majlis Maulidurrasul anjuran EHSAN. Umi salwa pergi sekali dangan kami. Ramai jugak yang hadir, Saya rasa boleh capai 100 orang. Alhamdulillah saya seronok dengan program sebegini, dengar Ustaz Nushi dan Ustaz Khairul punya pandangan memang best.

Sebenarnya Zaem Presiden EHSAN dah kasi soalan apa nak ditanya, tapi sebab saya sangat-sangat sibuk nak siapkan bahan yang saya janji nak emailkan pada Dr Zaha, jadi saya tak sempat baca apa-apa sebelumnya untuk program pagi tersebut. Alhamdulillah lepas Subuh pagi tadi sampai jam 9pg, saya sempat draf jawapan untuk 3 soalan yang diberikan..

nanti saya akan isikan soalan dan jawapan esok kat sini.

Lepas program Maulid, saya perlu hadir pula mesyuarat MASCA di Mesia Hall juga. Aisyah duduk di belakang, did her colouring, main komputer, bukak blog dia dan lain-lain. Tapi lepas sejam, Aisyah sudah tak tertanggung lagi keboringannya.. Sekejap sekejap tanya..
'Umi.. bila nak balik..
Umi bila nak balik...
Umi bila nak balik....'
Akhirnya saya minta diri keluar masa meeting tengah berjalan..

Kadang-kadang saya kesian juga tengok aisyah, tapi sebenarnya, bagus juga Aisyah ikut saya ke sana ke sini. Dengan cara itu, saya harap Aisyah akan memahami perjalanan hidup saya, perjuangan, dakwah, kesungguhan, kepayahan, keletihan, kesedihan dan segalanya yang terkandung dalam erti hidup sebuah perjuangan..insya Allah.

Kerana dakwah perlu berjalan terus..
Semoga dalam kesusahan, Allah memberikan saya kemudahan..

Thursday, March 11, 2010

My Name Is Muhammad..

My name is Muhammad and I am Your Prophet...

Badan Kebajikan Pelajar Muslim Victoria (EHSAN) akan mengadakan sambutan Maulidur rasul Sabtu nanti. Forum diadakan jam 11am-1pm.

Ahli forum adalah Ustaz Nushi, Ustaz Khairul dan saya. Manakala moderatornya Hanif CLayton..

Jemput datang bagi yang berkelapangan..
Ada BBQ, makanan-makan dan ada nasyid dan forum..

Ssaya akan hadir dengan Aisyah.. insya Allah.
Click atas gambar di bawah.. Nanti dia akan jadi besar dan clear..


p/s Kelakar pulak tengok poster ni..
Semua orang lain ada tulisan PhD Undang-undang islam, PhD Tajwid.. Tapi sampai bab saya di tulsi PhD Bundoora.. apa lak cam tu.. Bundoora tu bukan bidang kajian saya.. tu tempat saya duduk sekarang... hehe... kelakar sungguh!

Camping 2

Aisyah..

Sebelum bertolak, malamnya saya mengajar Aisyah beberapa perkara terutama mencari kiblat dan solat jama' qasar. Aisyah biasa buat jama' qasar sebab kami selalu bermusafir terutama bila balik kampung. Malamnya saya dok ajar Aisyah untuk mencari arah kiblat.

'Ok Aisyah.. This is a compass. You have to put it on the floor and you have to pusing-pusing a bit, until the needle shows to number 80 like this.. ok then if you see it turns to 80, this arrow shows you the kiblat for you to perform solat ok.. can you see the arrow... Ok now, Umi nak Aisyah try to find the kiblat on your own....bla bla..bla..'

Aisyah teruja sebab dia pun tak pernah tau cara guna compass sebelum ni...
'Oooo like this ye Umi.. so kalau pergi new place, we have to bring compass ler Umi yer. kalau tidak, how do we know mana kiblat... So before this, kalau umi nak solat, Umi cari like this le yer... bagusnya Umi ni...' hehe..

Saya bekalkan Aisyah kompas dalam begnya..


Wahhh bergaya sakan anak Umi yer...
Aisyah dengan beg, sleeping bag and her handbag..power!



Mak Ayah dok tolong masukkan barang anak-anak dalam bas.


Aisyah, Iffah, Zafira, Hana dan Alifa..

Have a fun trip ye girls... bye..

Wednesday, March 10, 2010

Camping

"If you're a kid umi, you can imagine how excited I am..."

Aisyah sangat teruja..
Ye lah... nak pergi camping for 2 days 3 nights sama kawan-kawannya..
Bertolak pagi tadi jam 9.15am.

Jam 8.30am, Aisyah dah sibuk..'Umi..Umi faster faster.. I don't want to be late.. Nanti Aisyah kena tinggal bas..'

'Ala.. mana ada kena tinggal. Makan dulu.. make your tummy full, lepas tu baru le best pergi jalan..'

Aisyah makan nasi pagi tadi. Makan nasi dengan ayam percik.. Malam tadi saya pecah rekod, masak ayam percik for the first time...
isy isyy macam tak percaya pada kebolehan sendiri..haha..

Dan Aisyah adalah judge yang sangat baik hati..
'I dont believe it Umi can be like a master chef. Sedap sangat ni Umi... Boleh tak Aisyah nak tambah dua kali...'

'Tambah jangan tak tambah...' hehe...

Bila saya tanya Aisyah bagi berapa markah like on TV 'My Kitchen Rule"
Aisyah jawab.. 'I give 13..'

Saya jawab..'13 jer.. over berapa?'

Aisyah dengan cerianya..'Over 10... hehehe.. 13/10...'

____________

Back to cerita Aisyah nak pergi camp..

Aisyah kata..'I feel very happy. Umi thank you yer.. Umi paid for the camp. eiyyy I can't wait to be in the camp.'

Saya menyakat..'Biasa je Aisyah.. apanya yang best sangat nak pegi camping.. Biasa jer Umi rasa..'

Aisyah said..'This is my first time Umi.. ohhhh If you're a kid Umi, you can imagine how excited I am..'

Dan saya ketawa melihat kesungguhan Aisyah...
Aisyah.. Aisyah...

Sunday, March 7, 2010

Blogger and blogging

Buang masa atau ambil masa..

'Kenapa blog awak tak macam blog Ustaz Saifulislam.com or Ustaz Zaharuddin ker.. banyak tazkirah ..' Tanya kawan saya dulu sambil ketawa..

'Blog saya macamana? Blog dia orang macammana lak?' Tanya saya balik..(ketawa jugak..)

'Blog awak cerita jer.. Blog Ustaz Zaharuddin ada banyak info pasal ekonomi islam. blog saifulislam pun banyak cerita kisah-kisah tauladan, kisah nabi ..Ada soal jawab agama..Blog agama ler.'

'Uhmmmppp.. .. sebabnya blog saya tu memang dari awal saya tak niat nak buat blog agama or soal jawab agama. Sebab dah banyak blog atau website kita boleh cari kalau nak tahu soal jawab agama. Saya pun suka pergi blog dia oranng.. Blog saya ini untuk saya cerita apa sahaja yang saya lalui. Lagipun dia orang tu orang hebat, terkenal seantero mesia, saya ni terkenal kat mana.. hehe...Kalau ada sedikit manfaat pada pembaca, itu pun sangat baik. Kalau tak dapat apa-apa, kira macam baca laluan hidup saya saja ler....hehe...'

Sebenarnya blog ada banyak kegunaan. Ia boleh jadi medan dakwah. Ia juga boleh jadi tempat menyebar yang baik atau menyebar yang buruk. Ia boleh digunakan untuk mendapat pahala, dan ia juga boleh digunaakan untuk membuat dosa. Pendakwah moden yang pandai IT tidaklah ramai sangat.. sebab itu saya sangat takjub dan hormat pada Ustaz Zaharuddin melalui zaharuddin.net, Ustaz Hasrizal mellaui saifulislam.com dan juga yang lain-lain..

Dalam kes saya..
Blog saya memang caca marba..
Isi segala perkara...

Being a blogger and keep blogging adalah kegemaran saya...

Namun ada kebaikan pada blog saya ini..
Masa saya dah ada di Melbourne, saya tinggalkan semua fail peribadi di rumah Shah Alam. tetiba masa bulan June 2009, Pendaftar UiTM hantar email mintak saya emailkan kepada mereka CV terkini bermula dari saya dapat Pensyarah Kanan tahun 2005 sehingga Mei 2009 dalam masa 4 hari untuk pendaftar kirimkan pada 3 Professor yang menilai kenaikan pangkat saya ke Prof Madya. terkejut badak saya....[hehe..]

[CV softcopy yang basic memang ada dalam komputer saya, yang tahun 2005 ke 2007 tak berapa lengkap jadi saya terpaksa isi dengan sangat terperinci tahun-tahun akhir dari 2007-09..]

Alhamdulillah saya ada blog ni.. Jadi saya tengok dari awal entry sampai ke hari entry. Disebabkan saya mencatat semua seminar yang saya hadir sama ada sebagai pembentang atau sebagai peserta, tulisan saya dalam Berita Harian, buku yang diterbitkan, bila saya dapat tauliah sebagai Peguam Syarie Selangor dan Wilayah dan apa sahaja perjalanan hidup saya yang relevan dengan CV terkini, maka saya berjaya mengisi dengan tepat, tarikh dan tempat dan saya berjaya menghantar email kepada Pendaftar dalam tempoh 2 hari sahaja. Cuba bayangkan kalau saya tak ada blog ini.. Kan terkial-kial saya nak cari apa saya buat dalam tempoh tersebut... Uhh sakit!

Lagi satu, ada kawan saya yang ceritakan dia terfikirkan apa contribution bulanan dia pada keluarga bila dia baca tentang Dana keluarga saya. Dia terfikirkan kerjasama adik beradiknya berbanding adik beradik saya dalam menjaga kebajikan mak dan ayah. Mungkin ada yang melaksanakan jauh lebih baik dari saya. Tapi bagi yang tidak memberi sumbangan bulanan untuk wang saku sebagai membuktikan penghargaan kita kepada ibu ayah, maka mudah2an dengan membaca laluan hidup saya, ia dapat membuka mindanya dan mengambil tindakan yang sama atau lebih baik lagi.. Ada bagus juga cerita saya ni kan??
____________

Sekarang back to cerita perjalanan hidup saya..

Pada hari Ahad 7 March saya hantar Aisyah ke sekolah agama di ILIM, Dallas jam 9.30pg. Lepas sembang-sembang dengan kawan-kawan Singapore, cikgu-cikgunya, saya pun balik rumah buat kerja. Saya tengah tulis literature review sekarang dan tengah menyusun chapters yang saya plan untuk keseluruhan thesis saya. Selepas berbincang dengan Dr Zahar dan Ustaz Razak, saya rasa pencarian saya semakin nampak hala tujunya.. Insya Allah..

Lepas ambik Aisyah, solat zuhur di ILIM, petang dalam jam 4.30pm, kami berdua ke Brunswick West, tengok Program Warisan Melayu, Anjuran Persatuan Melayu Victoria. . Saya pergi bagi meraikan jemputan PMV hari tu.

Saya dan Aisyah pusing-pusing gerai, berjumpa dengan kawan-kawan Singapore, tegur sekejap dengan Pengerusi Persatuan Melayu Victoria dan sempat beli air cendul dan nasi ayam. Lepas dalam 20 minit kat sana, saya mintak diri ler nak balik. Sebaabnya, saya tengok langit dah mula nak gelap, saya cepat-cepat ke kereta dan drive home. Sampai ke rumah saja, masuk dalam rumah... bruuuuu hujan turun dengan lebatnya..

'Alhamdulillah Aisyah yer.. kita sempat sampai rumah. Kalau tidak, Umi takut nak drive hujan-hujan. ' kata saya le pada Aisyah...

Aisyah iyakan jer.. Dia gembira sebab air cendul kegemarannya sempat dibeli. Habis satu gelas besar diminumnya...

Melbourne semalam hujan lebat sampai banjir. Hujan air batu dan bandaraya Melbourne kandas kerana kerosakan yang agak teruk. Untuk seminggu dua ini, lebih baik elakkan diri dari ke bandar Melbourne.

Apa pendapat saya mengenai Program Warisan Melayu tersebut?

Ia program yang baik. Tapi pengisiannya masih banyak perlu dibaiki. Itu sajal ler yang boleh saya kata.. Apa pun tahniah pada PMV yang berusaha menjayakan majlis tersebut.

Saturday, March 6, 2010

Perjalanan..

Berjalan, berlari, bertrain, Bertram...

Hari Rabu 3/3saya ke Asia Institute, Mebourne Uni, naik train dan tram dari jam 9.30pagi dan baik rumah jam 5pm. Berbincang mengenai thesis saya dengan Dr Zahar dan Ust Razak. Makan nasi di Norsiah Cafe.. Terima kasih atas perbincangan yang sangat membantu saya ini. Aisyah balik dari sekolah dengan Hana.

Hari Khamis 4/3, saya buat kerja di rumah sebab parking permit dah tamat tempoh di Univ. Takde parking permit ($240 setahun), kena bayar parking $5 setiap hari. Nak jimat, maka saya buat kerja kat rumah.. Tapi bila duduk rumah, saya tercarried away dengan urusan rumah pulak, iaitu kejap2 saya gi dapur nak makan dan siapkan makan... Tapi saya buat kerja ler jugak..

Petang, Aisyah ke teakwondo, sementara tunggu Aisyah habis kelasnya, saya baca buku kat kerusi luar tekawondo centre. Petang berangin dan tak panas, jadi selesa untuk duduk-duduk di situ. Saya beli satu buku dan sekarang tengah nak habiskan baca.. sangat menarik dan helpful bertajuk, 'How to write a good thesis' oleh penulis yang dah berpengalaman jadi Supervisor selama 25 tahun. Saya tengah mengguna pakai kaedah yang diajarkan. Insya Allah..

Jumaat 5/3, lepas hantar Aisyah sekolah, saya buat kerja di rumah. Edit satu kertas kerja kawan saya. Dalam jam 1.50pg, Filah dan Amirah datang rumah sekejap, settlekan urusan keahlian VMPGA dan duit bayaran yuran yang Filah tak berapa pasti. Filah adalah bendahari VMPGA dan Amirah adalah isteri Ustaz Edil.

Lepas ambik Aisyah sekolah, Aisyah nak sleepover kat rumah Hana. So saya pergi hantar ke rumah Hana jam 6pm. Jadi tinggal ler saya sendirian berhad untuk satu hari.. Tapi alhamdulillah takde apa-apa berlaku.

Sabtu 6 /3 , saya ke Preston Market beli barang dapur. Aisyah masih di rumah hana. Sekarang ni, saya tulis entry ini selepas baru balik dari Preston market ler ni.. Saya beli ayam, udang, ikan, daging, buah nectarin, epal, pisang, plum, tomato, jagung, salad, serai, lada.. Habislah dalam AUD80.. Ini untuk stock selama 3 minggu ni..

Lepas zuhur ini, saya nak ke Universiti. Hari Sabtu parking free, jadi saya akan memanfaatkan hari ini sementara Aisyah bermain-main dengan hana dan pergi kelas agama Ayah Cik dengan Hana sekeluarga. Semoga Aisyah gembira dengan sleepover tersebutt. terima kasih pada Hana sekeluarga sebab jemput Aisyah sleepover ..

Umi jemput Aisyah kol 6pm ni yer...

Friday, March 5, 2010

Dana..

Kelate mari...

Mula-mula saya kena luahkan rasa ketawa saya kakakaka....
atas email adik saya yang brutal ini.. joke sungguh..
Email ni dia tulis dalam egroup adik beradik saya..
egroup ni pulak sekejap senyap , pastu hidup, pastu senyap, pastu hidup...

Sekarang ni hidup siket..


Sebelum tu, saya nak cite, Ma dengan Ayah saya di Kota Bharu, dipanggil Kak Cek dan Ayah Sin oleh orang kampung.. Jadi kadang2 adik2 saya ni brutal tulis kak cek dgn ayah sin dalam email... kakaka...
Sekarang kat Kelate tengah kalut sebab nak buat kenduri (bekwah in Kelate language.. hehe..) adik saya kahwin pada 14 March ni. Akad nikah dah, ni nak buat makan-makan ler..

Ayah saya ni pulak, kalau dia kata dia ajak 40 orang, maknanya yang datang 150 orang.. kalau dia kata dia ajak 100 orang, maknanya yang datang 300 orang.. Jadi Mak saya ler yang kena pandai-pandai budget... hehe...



Ree tulis..

Assalamualaikum anok2 branok semo,
Best gok dok berhubung melalui cyber ni.
Banyok gok nok buat untuk bekwoh idi ni.
Mujur kito ado cikgu CT hok kejo dipedalame kelate tu utk monitor perjalane rumohtanggo. Kalu ma ngan ayah sore tu, reboh blebing kakcek & ayah sin.

OK. Laporan seterusnya:

Deposit masuk
1) AAA 205
2) BBB 500
3) CCC 500
4) DDD 100
5) XXX 100
6) YYY 100
7) ZZZ - assume byk belanja nok nikoh, tok bagi dana
8) ABC 50

TOTAL RM 1555


Expenses Melor:
1) Ma 400
2) Ayah 300
3) Naza 401
4) Api 150
5) Astro 67
6) Hafis 50
7) muet 500 - (Course MUET Hafiz)
8) utk support Bekwah- 50

TOTAL RM 1918
W/pun budget March 2010 menunjukkan defisit tp kerna perbelanjaan berhemah utk tahun2 sblm ni, dana masih dpt cover. So adik kakok, sat gobar deh.

kakaka...p/s Untuk bekwah ni, adik beradik bagi peruntukan lain.. Saya bagi Rm250 jer.. hehe.. Kakak-kakak saya bagi beribu-ribu lemon plus orang yang nak buat kenduri, dia kena ler keluar belanja 1/2 dari tu..Die, wahhh kenduri besar-besaran yek..
-

Thursday, March 4, 2010

Pasangan Hidup

Janji ..

Kadang-kadang pasangan ni bergaduh. Itu perkara biasa sebab mana boleh tak berselisih faham, nama lagi dua orang yang berbeza.. Sorang lelaki, sorang perempuan... mestilah ada kadang-kadang selisih faham, kecik hati, nak gaduh-gaduh..

Tapi gaduh-gaduh kecik-kecik tu perkara biasa..

Jangan jadi macam orang di bawah ni.. hehe..



Pengakuan seorang suami:

"Setelah mendengar ceramah 'bagaimana menjaga rumah tangga anda'
tiga hari lepas, saya dan isteri saya berjanji untuk ikut nasihat penceramah. Kami memegang janji untuk tidak akan pergi tidur kalau masih ada rasa marah-marah dan bergaduh sesama kami. Tapi mungkin kami harus membatalkan
perjanjian itu kerana sudah tiga hari tiga malam kami tidak tidur....."

hehe...

Wednesday, March 3, 2010

Kebahagiaan..

Pasangan Hidup..

Humpppp..

Artikel yang dikeluarkan dalam Telegraph.co.uk agak interesting..
Dalam Islam orang yang berkahwin diutamakan jadi imam berbanding dengan belum kahwin. Pesalah zina belum kahwin dihukum berbeza dengan pesalah zina yang sudah kahwin. Islam galakkan sesiapa yang mempu untuk berkahwin. Kenapa yer...

Ya benar.. Kahwin itu satu nikmat yang Allah anugerahkan. Ada yang tidak berkahwin kerana banyak perkara. Justeru sesiapa yang diberi nikmat berkahwin dan berbahagia dengan pasangan dan keluarga maka bersyukurlah pada Allah atas nikmat tersebut dan pertahankanlah rumah tangga yang dibina..

Artikel di bawah berkait dengan askar israel. Walaupun kita benci israel, tapi kita boleh ambik result kajian tersebut..
______________________

Happily married men 'much less likely to suffer stroke' than single or unhappily married friends

Happily married men are much less likely to suffer a stroke than their single or unhappily married friends, according to new research.

Scientists say an unhappy marriage or being left on the shelf was as big a risk to your chances of having a stroke as having diabetes. Single men and those in unsuccessful marriages were 64 per cent more likely to have a stroke than men in successful marriages.

Scientists say an unhappy marriage or being left on the shelf was as big a risk to your chances of having a stroke as having diabetes.

The findings even shocked scientists, who said they did not expect to see that a happy home life had such an impact on a man's health.

The study did not look at how at whether women's chance of stroke was reduced if they had a happy marriage, but researchers are keen to test out the theory on them too.

The study followed 10,059 civil servants and council workers who completed the Israeli Ischemic Heart Disease Study in 1963. They followed the men through death records and other public registers to 1997 to check their cause of death.

In 1965, two years after the first study, the participants were asked to rate their marriages as successful or unsuccessful or if they never married at all.

Dr Uri Goldbourt, of Tel Aviv University, said the study was a sign of how important good relationships are to men.

"An analysis of the 3.6 percent of men who had reported dissatisfaction in their marriage found the adjusted risk of a fatal stroke was also 64 percent higher, compared with men who considered their marriages very successful," he said.

"I had not expected that unsuccessful marriage would be of this statistical importance." Dr Goldbourt said the risk of stroke was just as high for single men as it was for those stuck in dead end marriages. He said: "Considering age at death and adjusting for socioeconomic status, obesity, blood pressure, smoking habits and family size, as well as existing diabetes and heart disease at the time of the earlier survey, single men had a 64 percent higher risk of fatal stroke than did married men.

"That figure is comparable to the risk of fatal stroke faced by men with diabetes." Dr Goldbourt said the new research had several limitations. "There was a lack of data on nonfatal versus fatal strokes and on participants' medical treatment after the first five years of the initial study. Women also weren't included. "While the effects of marital status and success may be similar in women there are still differences, and research on women is clearly needed."

Tuesday, March 2, 2010

Menunggu-nunggu...

Sabar... Sabar...

Saya rasa, minggu ini insya Allah saya akan dapat keputusan yang sangat besar..
berkaitan dengan pengajian saya..

Saya menunggu-nunggu...
Tak sabar rasanya...
Tak sabar nak dapat result..

Keputusan yang akan memberi kesan pada hidup saya di Melbourne..
Memberi kesan kepada PhD saya..
Memberi kesan pada banyak perkara..


Lama betul masa yang diberikan..
submit 3hb
dapat balasan diproses 16hb
Akan dapat result betul selepas 4-6 minggu


Ya Allah...
Mudah-mudahan ianya baik untuk saya..
amin ya Rabbal A'laim..

Monday, March 1, 2010

Anniversary...

Bukan Saya Punya...
Tapi Atok dan Nenek Bangi punya Anniversary ke 50..


Pada hari Jumaat Maulidurrasul, di rumah Atok dan Nenek di Bangi diadakan majlis tahlil, doa selamat dan kenduri sempena anniversary Atok dan Nenek ke 50. Ramai yang datang. Semoga dengan berkat doa dari seluruh anak-cucu dan saudara mara serta saudara mara, semoga Allah memberikan sihat selalu pada Atok dan Nenek, bahagia dan sejahtera selalu. Selamat di dunia dan di akhirat..


Anak cucu keliling melihat hadiah yang diberi untuk Atok dan nenek.. Sesi buka hadiah...
Atok dan Nenek.. Atok potong reben apa tu?

Semua orang sedang tengok apa tu?

Hadiah Atok dan Nenek..

Siap bukak khemah lagi depan rumah... bestnyer...

Kaum Ibu baca yasin dan tahlil di dapur sebab tak muat kat ruang tamu...

Kaum Bapa baca yasin dan tahlil di ruang tamu...

Depan rumah.. Yang duduk sorang tu Tok Long Baharuddin..

Atok dan Nenek sedang melihat sesuatu...

Apa lambat sangat tu Abah?? tengah repair apa tu? hehe...Semua orang tengah tunggu....


Wahhh Abah... Jadi penceramah yer... Abah sedang menceritakan sejarah Atok dan Nenek, semua orang mendengar dengan bersungguh-sungguh dan bersedia dengan persembahannya yang menarik...

taraaaa....
Slide show dan kisah Atok dan Nenek semasa muda, berkahwin, mempunyai anak kecil, berpindah randah kerana kerjaya, berjalan keliling beberapa negara...Atok adalah Ketua Kastam dulu.. dah pencen tahun berapa yer...

Kambing golek... bestnyer...

Atok dan Nenek memotong kek...

Kami di Melbourne tengok gambar saja, tak dapat sama-sama memeriahkan kenduri tapi kami tetap selalu mendoakan kesejahteraan semua di Malaysia. Atok dan Nenek, begitu juga Tok Ma dan Tok Ayah di Kelantan. Agar semuanya sihat sejahtera, jangan sakit-sakit, dan semoga semuanya dapat pergi masjid beramal setiap hari.. amin..

p/s Abah tu refer tu Abah Aisyah iaitu my husband
Atok dan Nenek tu refer to Atok dan Nenek Aisyah iaitu ibubapa Abah..(buleh paham tak? hehe..)

Study Circle

Rumah Asra-Wadi

Hari Jumaat masa Maulidurrasul hari tu, 26 Feb 2010, dibuat Study Circle kat rumah Asra-Wadi di St Vegeon St. Ramai yang datang, lebih kurang 25-30 orang kalau tak silap saya. Makanan pun bukan main banyak.. Alhamdulillah...

Majlis bermula jam 7 mlm. Kami baca yasin sama-sama. Kemudian, saya bawa tazkirah bertajuk Tafsir Surah Yasin dan kemudian dikaitkan dengan kisah Nabi sempena Maulid.

Perkara yang saya highlight dari surah yasin adalah mengenai kisah lelaki yang beriman sedangkan kaumnya menolak Nabi-Nabi dan akhirnya lelaki tersebut masuk syurga dan berkata, 'Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui'. Kaumnya yang menolak Nabi dengan kata-kata mereka bahawa teguran dan ajaran nabi membawa musibah dan malang pada mereka.

Saya katakan, dalam kehidupan kita, akan ada orang baik dan akan ada orang yang tidak mahu jadi baik. Ditegur dan diberi ingatan seperti mencurah air di daun keladi. Bodoh sombong kata orang tua-tua.. tak tahu tapi marah dan membantah bila ada orang memberitahu. Semoga kita jauh dari sifat sebegitu.

Pastu saya ceritakan tentang ayat motivasi yang Allah terangkan bila orang rami menuduh nabi penyair, orang gila dan lain-lain. Allah kata, 'jangan kamu sedih...' Saya highlightkan bahawa, dalam hidup kita, kalau ada apa-apa yang menyebabkan kita sedih, jauh hati kerana dihina, difitnah sedangkan kita berada di jalan yang benar, maka kita jangan mundur ke belakang. Perlu terus bergerak ke depan, ingat pujukan Allah..'Jangan kamu susah hati ...' Allah mengetahui semua perkara.

Dan akhirnya ayat akhir 'kun fayakun'. Allah yang mencipta matahari dan bulan, malam dan siang, bumi dan langit, angin dan air.. KepunyaanNya semua di langit dan dibumi.. Allah adalah Tuhan seru sekelian alam, Maha mencipta dan Maha memberi.. Bila Dia berkehandak, Dia hanya berkata 'Kun' fa yakun..'

Justeru, kita kena ingat selalu, siapalah kita dibandingkan Maha Besar Ilahi..Kalau kita ada masalah dalam hidup, sakit atau apa sahaja yang kita alami, kita kena berusaha berikhitar menyelesaikannya. Tapi jangan lupa Allah Maha berkuasa, dia boleh memberi sekelip mata, menarik juga dengan sekelip mata. Dia hanya berkata kun fa yakun.
jadi maka jadilah... Jadi, jangan lupa berharap dan berdoa kepada Allah. Patuh pada apa yang Allah suka, dan jauhkan diri dari apa yang Allah tak suka.. Itulah namanya Mukmin.

Penutup tazkirah malam itu, saya highlightkan sedikit sejarah Nabi. Bahawa Rasulullah berjuang sehabis umur menegakkan agama dan mengajar umat menjadi baik, maka kita juga perlu berusaha menjadi umatnya yang baik.

Kasih sayang nabi pada umatnya perlu selalu menjadi ingatan dalam hati kita..

Jika orang sayangkan kita, apakah balasan kita untuknya?