Friday, January 9, 2009

Program Muslimat

Program Pertama di sini..

Malam tadi adik-adik single diketuai oleh Umi Salwa telah menganjurkan majlis pengisian ilmu pertama untuk Muslimat bagi tahun 2009 ini. Majlis diadakan di rumahnya bermula jam 7.30 malam. Alhamdulillah ada dalam 10 orang kot yang hadir malam tadi. Saya diminta bagi tazkirah disamping lead bacaan yasin.

Program malam tadi bermula dengan bacaan yasin. Saya ada pesan pada Umi untuk bagitau sesiapa yang datang supaya bawaklah air dan letak masa baca yasin, mudah-mudahan dapat keberkatan buat air penawar.. ALhamdulillah banyak yang bawak termasuklah saya satu botol mineral..

Lepas baca yasin, sebenarnya saya ambik kesempatan untuk bertakruf dan bersembang saja dengan adik-adik ni.. Ramai dari USIM, ada dari KWSP, dari UiTM dan ada dari UM. Saya ambik kesempatan menceritakan mengenai kajian manuskrip melayu lama yang saya tengah buat ni..

(Research IRDC UiTM yang sampai sekarang saya masih berhutang... eiii kecut perut ingatkan research ni.. Saya tengah all out buat ni, susun dan cek apa yang dah dibuat oleh Kak Pah, Nurul dan Eva di Mesia sana. Buleh kata minggu ni asyik tidur lepas solat Subuh sebab dok pulun siapkan research ni..adoii.. Maknanya saya buat kerja terus dari jam 11 malam lepas solat Isyak, terus sampai jam 4 pagi then solat Subuh 4.05 pagi. Lepas baca Asas 10, baru saya tidur sampailah kol 9 pagi...Pelik dah life saya kat sini.. hehe..)


Saya menceritakan siapa Syeikh Daud al_Fatani, kitabnya dalam tulisan Jawi lama bertajuk Sullamul Muhtadi setebal 60 mukasurat.

Saya minta Ina baca.. hehe... Ina kata 'Bagi saya yang rumi ler.. yang jawi saya tak nampak..; hehe.. Pastu saya ceritakan dalam buku ni Syeikh Fatani sentuh mengenai pentingnya jaga akidah, saya relatekan dengan cerita Aisyah dalam kelasnya di sin..

(Dia asyik tanya kenapa orang puteh sambut Krismas, siapa Santa, Dia tu Nabi Isa ker? Kenapa orang Kristian sembah Jesus, tak sembah Allah, kenapa Santa datang pakai binatang terbang dan kasi hadiah pada budak-budak? Sebenarnya sapa Santa ni.. Dalam Islam ada Santa tak? payah gak saya nak jawab soalan PhD tu..)

Saya ceritakan mengenai ibadah yang disentuh oleh Syeikh Fatani dan macamna fiqh Ibadah Luar Negara berjalan... bla bla bl..


Malam tu juga saya ceritakan mengenai Aura dalam badan dan bercerita mengenai Darus Syifa'.. Sebenarnya saya tak plan untuk declare saya belajar di Darus Syifa' tapi terdeclare pulak malam tadi.. Kalau ikut Ustaz Harun Din, kita tak boleh menunjuk bahawa kita tahu, apabila ada orang minta tolong baru kita tolong.. Tapi saya dah terdeclare.. macamna yer.. Malam tadi saya terfikir-fikir sepanjang malam.. Saya tak bermaksud langsung untuk menunjuk bahawa saya pelajar Ustaz Harun tapi tak tahuler...Dah terlepas cakap..

Begitulah berakhirnya program pertama di sini. Semoga ada sedikit manfaat yang dapat dikongsi bersama... amin..