Saturday, October 31, 2009

Birthday Lady ...

Surprise...

Hari Rabu 28hb Oktober hari tu saya sebenarnya tak ada apa-apa plan untuk meraikan besday saya. Paginya saya sujud syukur sekali dan terus pegi opis. Sebabnya my hubby dok di Malaysia sekarang. Dia akan sampai 6 Nov.. Tak sabar nak tunggu 6 hb Nov.. Kalo ada Abah, saya buleh ler pergi makan kat Restoran Alamaro ker, Sophia ke mana-mana restoran, nanti dia yang bayar. So sebab boss saya takde, makanya takde ler nak celebrate apa. Aisyah pun sekolah.
Nanti bila Abah sampai, saya rasa nak ajak dia makan Ayam Tandoori Roti Nan kat kedai Halal kat Thomastown. Hari tu saya lalu, nampak gambar kat luar restoran tu macam sedap jer..

Petang saya ke tempat meeting VMPGA ke 4 yang dibuat di rumah Filah Kat Pasco vale. Semua Exco VMPGA hadir kecuali Adli. Jai yang baru dilantik juga turut hadir. Aisyah duduk rumah Jai, boleh main dengan Jannah dan Ain.

Saya pun chaired the meeting, sahkan minit, bincang nak buat tu, buat ni, program VMPG, keahlian dan kutipan yuran. Sampai kol 6pm kita berenti solat Asar.
Lepas solat, Filah pun kata, 'Kita makanlah siket yer..
Dia pun mula keluarkan juice, biskut, kueh mueh..

Dan last sekali..
Taraaaaaaaaaaaa....
Filah kata...'Kek untuk besday gurl'

Semua orang ketawa..
upsss... rupanya Filah beli cheese cake..
hehe...
sedapnya..
thank you yer Lah..

Yang lain pakat buat joke,'Jom kita nyanyi lagu P Ramlee Allah selamatkan kamu...' hehe..
Adoiii time kasih yer adik-adik semua...
Terharu le kita..

__________________

Surprise 2..

Sebelum saya ke tempat meeting, Hjh Niza antar mesej kata nak datang rumah kol 6 pm hari tu. Dia kata Kak Ram nak jalan-jalan lepas seminggu dah duduk rumah dia selepas Khafiz balik. Saya pun antar mesej balik kata, 'Alaa sorry sangat, kena pi meeting vmpga le, esok ye datang. Kol 6 pm kita makan nasi yer.. Nanti akak masak..'

29 Oktober jam 6pm
Saya dah masak tomyam, ikan bakar, daging goreng dan masak nasi...
Pastu bunyi orang bagi salam..

'Masuk masuk masuk... alaa sorry ler semalam.. '
'Tak pe takpe kak.. kita tau Presiden mesti sibuk.. memikirkan masalah negara dan ummah..' Niza yang kelakar tu macam biasa berjaya membuat saya ketawa terbahak-bahak. ha ha ha..

Kami pun besembang le dari satu bab ke satu bab..
Tetiba ada lagi bagi salam..

Saya kata, 'Aikk sapa lak datang sekali ni.. macam pakat-pakat je ni...'
Wan dan Kak Hada serta anak-anaknya..


Taraaaaaaaaaaaa...
Kek coklat datang.. uisyyyy adusss terharunya kita...

Semua datang rupanya nak menggembirakan saya..
Bersama meraikan besday saya..

Time kasih ye kawan-kawan..
Terharu sungguh kita.....

Wednesday, October 28, 2009

Birthday Girl..

Buleh ker?

Buleh ke panggil girl yer? Dah tua dah ni.. bukan girl.
dah tu nak panggil apa? Panggil lady kot..
Birthday Lady.. isyy tak penah dengar pun orang guna birthday lady.. hehhee..

Takpelah belasah saje ler..


cam girl jer saya dalam lukisan ni, bukan cam lady.. hehe..

Ni lukisan anak murid saya walaupun saya tak ajar dia kat UiTM, dia lukis dan email ke saya.. Meraikan Fadilah, saya uploadkan di sini..
Terima kasih ye Fadilah Ahmad Suffian. Saya suka lukisan awak..


Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Umi..
Happy Birthday To Myself..
_____________

Facebook..

Kat facebook saya penuh ucapan Happy Besday dari my beloved students dan juga kawan-kawan saya. Dengan doa dan ucapan. Saya terharu..

Terima kasih ye untuk semua...

Birthday

I am 40 ...

Oooo today I am 40? Oh No..... hehe....

Saya bersyukur pada Allah, Pemilik segala yang ada atas segala nikmat yang diberikan. Setiap langkahan kaki yang saya aturkan memberi saya secebis kenangan dan pengalaman. Ada kenangan manis dan banyak kenangan pahit. Saya banyak jatuh dan bangun kembali. Saya juga banyak rebah sehingga tidak bermaya. Saya juga banyak kali bangun dan berlari terus dan terus berlari...

Dan saya bernekad, hari ini dengan Izin Ilahi, saya masuk ke nombor 40.. semoga ALlah tidak jemu memayungi saya dengan cahaya dan rahmatNya.. memberi saya kekuatan untuk terus berlari....

Sepanjang larian ini, saya suka melihat sesuatu dengan positif walaupun saya selalu dibayangi perkara negatif. Saya melakukan sesuatu yang baik, ada yang disukai ramai. Dan ada ketika saya melakukan sesuatu dengan suci hati tetapi dipandang serong oleh ramai.

Sungguh benar...
Ada yang suka melihat kita rebah dari bangun
Ada yang suka melihat kita terus bangun dan berlari
Ada yang menunggu kita rebah
Dan ada pula yang segera membangunkan kita bila kita jatuh..

Saya ucapkan terima kasih..
Kepada seluruh keluarga yang menyayangi saya
Kepada sahabat yang positif yang mengelilingi saya.
Kepada semua yang selalu memberi saya kata-kata semangat..

Sungguh benar
Hidup adalah perjuangan
Orang hatinya besar akan terus berjuang
Dan saya ingin berada bersama mereka yang hatinya besar...

Amin....

Tuesday, October 27, 2009

Dera Bibik

Berita..

Saya baca berita majikan dera bibiknya sampai nyawa-nyawa ikan, kurung dalam tandas, tak bagi makan nasi, cukur rambut sampai botak.. hati saya rasa berdetup-detup.. Subhanallah nape lah sampai hati majikan buat macam tu.. sedihnya saya rasa...Ini bukan hamba. Orang tolong mudahkan urusan kita, kita dera dan buat tak selayaknya.. Ada lagi manusia begini!

Teringat sekali lagi pada Bibik Rinie saya dulu. Saya sayang pada dia. Saya rasa dia banyak bantu saya, memudahkan hidup saya, menyebabkan tension saya berkurangan. Urusan rumah setiap hari- basuh kain, jemur, lipat, gosok baju, sapu, buang sampah, basuh bilik air, mob, sapu sawang, tukar langsir, lap dapur, basuh pinggan, masak dan lain-lain boleh bawak tension pada saya bila bertembung dengan banyak kerja-kerja pejabat dan kelas. Bibik telah memudahkan banyak kerja saya. Saya tak pernah terlintas jalan-jalan untuk mengherdik dan mendera dia. Ada lah juga sesekali saya marah bila teruk sangat kerjanya.. Saya rasa sangat kesian dan sedih bagi pihak pembantu yang mati dan didera.. Mereka orang miskin, datang beribu batu meninggalkan suami dan anak-anak kerana ingin mencari duit dan mengirimnya kepada keluarga di indonesia. Bagaimana lah hati dan penerimaan keluarga mereka.. orang yang diharap mati kerana didera dan dipukul oleh majikan.. Subhanallah..

Bibik Rinie dulu seorang yang baik. Dia pakai tudung dalam rumah bila Bapak Ustaz ada. (dia panggil Abah Aisyah Bapak Ustaz..). Dia tidak akan naik ke tingkat atas bila Bapak ada di tingkat atas. Kami beri dia satu bilik di tingkat bawah. Ada katil, almari baju, almari barang, ada kipas dan bersambung dengan toilet. Toilet bawah dikunci dari depan dan hanya dapat access dari bilik dia saja supaya dia selesa. Dia selalu bangun tahajjud jam 4pg tetapi selepas solat subuh baru bermula tugasannya dan berakhir selepas kami makan malam. Dia boleh rehat dalam bilik dalam jam 10 malm kami tak kacau dah dia, dia nak tidur ke nak baca quran atau nak baca buku dll kecuali ada tetamu datang dan dia kena buat makanan dll.. dua bulan sekali kami kirimkan wang gajinya kepada suaminya di Indonesia. Itulah cara kami layan dia sebagai timbal balik sumbangannya membantu memudahkan urusan kami sekeluarga..

Bila baca maid kena dera dan sampai mati begini, saya rasa sangat sedih...
______________________________
Berita Harian 26 Okt 09

Pembantu rumah Indonesia didera meninggal dunia

KLANG: Pembantu rumah warga Indonesia yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa di sini meninggal dunia hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mantik Hani, 36, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu Selasa lalu.

Pengarah HTAR, Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata mangsa meninggal dunia selepas didapati tidak bertindak balas dengan rawatan yang diberikan sepasukan doktor pakar.

"Mangsa sepatutnya menjalani pembedahan tetapi ia tidak dapat diteruskan disebabkan keadaannya tidak mengizinkan," katanya ketika ditemui pemberita di HTAR di sini.

Dua pegawai wanita yang mewakili pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia turut berada di HTAR untuk melawat mangsa tetapi membatalkan rancangan itu selepas dimaklumkan wanita berkenaan telah meninggal dunia.

Pembantu rumah terbabit pada 20 Oktober lalu ditemui dalam keadaan "nyawa-nyawa ikan" dipercayai didera, dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Polis menyelamatkan pembantu rumah itu pada jam 7 petang hari sama selepas menerima laporan mengenai penderaan itu daripada seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek, dan terus menghantar wanita berkenaan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, polis menahan reman majikan pembantu rumah itu, yang bekerja sebagai peniaga pasar dan isterinya untuk membantu siasatan.

Lelaki itu menyerah diri kepada polis sehari selepas pembantu rumah itu ditemui dan direman sehingga 28 Oktober manakala isterinya direman sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dua suspek itu disiasat kini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya masih mencari saksi untuk membantu siasatan termasuk ibu majikan dan bekas majikan pembantu rumah itu.

Monday, October 26, 2009

Ahad 25 Okt

Perjalanan..

Aisyah ke sekolah agama di Dallas hari ni. Hari ni kelas quran untuk students saya iaitu kaum ibu singapore di ILIm takde, tapi saya berjaya mendapat sesuatu yang sangat bermakna..

Saya berbincang dengan beberapa orang dan ia memecahkan maklumat yang sangat saya ingin tahu. Saya menemuduga dua orang kaum ibu.. Satu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan seorang Jepun warga Australia, kahwin di sini 8 bulan lepas dan satu pasangan lagi warga mesia kahwin warga Oz dan kawin di malaysia. sangat menarik perbincangan kami.

Sekarang saya tahu macamna perlaksanan kawin secara agama dan didaftarkan secara civil jika berkahwin di sini. Saya tengah menulis dalam chapter saya mengenai Family law in Australia.. dan Allah mudahkan dapat direct dari pengamalnya.. alhamdulillah..

Saya berbincang tentang pelbagai perkara.. Jumpa Kak Min, seronoknya selepas hampir 1 bulan tak bertemu.. kak Min peluk sambil ucap tahniah tahniah tahniah.. kak min very happy for you.. Saya rasa macam duduk dengan kakak saya di mesia je.. dan kami bincang pasal birthday aisyah.. kak min siap nak sponsor epok-epok 200 bijik. Kak Sal nak sponsor hadiah games kanak-kanak.. dan macam-macam lagi..


---------

Petang pulak seperti biasa, rutin saya dan Aisyah ke kolam renang, bayar AUD6, bersembang dengan Lamya, sembang pasal ibunya dan berjumpa ibunya pula Khadijah di kolam.. Khadijah berenang memeluk saya dan mencium pipi saya sekuat hati kiri kanan.. pelik ler adat orang Morocco ni...seram saya.. hehe... Kami ketawa-ketawa sambil berendam. Saya berenang bertanding dengan Aisyah dengan begitu bersungguh-sungguh. Balik, saya rasa sakit seluruh badan.. agaknya sebab berenang ulang alik 4 kali di kolam tersebut.. Alhamdulillah rlease segala tension..

Dalam menghadapi banyak kekusutan hidup, saya serahkan pada Allah untuk memudahkan segala urusan. Kita berusaha dan biarlah Allah menentukan.. amin
Back to work!

Sunday, October 25, 2009

Meeting

Sabtu 24 Okt

Selalunya rutin kami pagi Sabtu adalah ke garage Sales, saja-saja pusing sambil beli apa-apa yang menarik dan murah. Tapi hari ni saya tak pergi. Jam 12.30 tgh saya dan Aisyah menuju ke train station untuk ke Melbourne City. Saya perlu hadir mesyuarat mewakili VMPG meeting bersama MASCA (Malaysian Students Council Asso) kat Melbourne University. Meeting ini untuk Presidents semua persatuan yang ada di Victoria.

Aisyah teruja sebab tak pernah naik train dan tram. Kami naik train (sebijik macam comuter Shah Alam ke KL Central)- yang ini dari Reservoir ke Melbourne Central. Naik tram pulak ke Melbourne City. [Sekarang saya dah confident siket pasal jalan-jalan raya. alhamdulillah..]

Masuk meeting, kuar solat zuhur kejap. Aisyah duduk tepi buat drawing. Sian Aisyah boring sakan dia menunggu Umi habis mesyuarat 4.30pm. Aisyah lapar, tak makan tengahari lagi, saya pun lapar. Lepas meeting, naik tram berenti kat State Library dan saya ke Restoran Esteller.. restoran halal indonesia- makan nasi Uduk, air avocado.. bestnyer... kena AUD15..

Sampai rumah jam 6.30pm..

-----------
Jumaat 23 Okt 09

Malam tadi ada study circle perama selepas bercuti lama bulan ramadhan dan syawal.. Lama betul berehat kita yer.. tak perasan rupanya dua bulan takde Study circle. Buat kat rumah Syidah, ramai yang datang. ALhamdulillah makan sedap dan akhirnya balik jam 10.30 malam.

Sekarang hari semakin berubah..Dua tiga hari ni suhu 20 degree. cerah dan tak sejuk. seronok saya bila tak sejuk ni. Sejuk-sejuk sebenarnya membekukan saya.. macam beruang, bila sejuk jadi tak berfungsi.. hibernate.. Saya pun lebih kurang tu ler jugak...hehe..


Subuh sekarang habis awal. 6.15 pg dah habis subuh. susah hati saya takut terbangun lambat. Subuh masuk 4.30 . Maghrib 7.50 malam dan isya' juga lambat 9.20pm lebih kurang.

Hari-hari mendatang..
Semoga ALlah mudahkan.. amin

Thursday, October 22, 2009

Kenangan Terindah...

Hafazan..

Ada yang tanya saya, macamna nak stimulate mind baby dia yang baru lahir.. Saya kata bacalah Quran kuat-kuat, kalau takleh baca, pasang kaset ngaji atau nasyid, buku cerita atau apa sahaja yang bermanfaat supaya dia dapat dengar.

Kalau ada masa, cari buku Glen Doman tajuknya 'How to Multiply my baby's inteligence'. Kemudian kalau ada masa lagi, buat kad dan tayang depan baby tu.. insya Allah dia dengar dan cepat dia belajar.

Pendapat saya: Apa yang Nabi pesan, 'Banyakkan baca Quran, cakap perkara yang elok-elok, dan selalu berpesan dengan ayat yang positif akan memberi kesan besar pada anak-anak. Dalam masa yang sama, kita hanya mampu usaha, sambil berdoa semoga ALlah selalu memberikan rahmat dan menjadikan anak kita anak yang soleh. amin

Saya buat juga dulu-dulu Setiap malam Aisyah tidur dengan ayat Quran Rashad Mashari, sampai sekarang. Mudah-mudahan hafalan dan tumbesaran Aisyah akan terus memberangsangkan dan menjadi anak yang soleh.. amin

Kat bawah ni Aisyah tengah baca hafazan yang dia buat masa umur 2 tahun lebih..

video

Wednesday, October 21, 2009

VMPG

VMPG

Saya sekarang sangat sibuk dengan kerja-kerja research. masa yang sama saya juga kena fikirkan mengenai VMPG. Hari ni saya akan selesaikan mana-mana yang belum settle dan bincang mengenai perancangan vmpg untuk mengadakan coffee table discussion and also Family Day.

Sekarang masa siang makin panjang berbanding malam. Subuh masuk 5pg dan 6.20 dah siang. Maghrib pulak masuk jam 7.30 mlm. Cuaca pun selalunya dah mula panas walaupun kadang-kadang ada hujan dan berangin. Saya suka keadaan sekarang. Semoga banyak yang dapat saya buat di waktu siang dan dapat tidur dengan baik di waktu malam.

Saya selalu mengambil masa driving dari rumah ke sekolah Aisyah dan kemudian ke pejabat untuk membaca 10 Asas Pertama yang ustaz Harun ajarkan (yang ni saya dah hafal). Jadi disamping memanfaatkan masa di jalanan, dapat dihabiskan bacaan zikir yang perlu dibaca. Walaupun sapatutnya Asas 10 tersebut perlu dibaca setiap hari, kadang-kadang saya terlalai juga.. dua-tiga hari sekali baca pun ada juga..

Tapi yang penting, kita kena selalu beramal, semoga Allah redha..

Monday, October 19, 2009

Berakhirnya Shawal..

Puasa..

Hari ni Isnin 30 Syawal... hari ke 6 saya berpuasa...Selesai lah walaupun sangat lambat berbanding kawan-kawan yang mula puasa sunat syawal di awal bulan Syawal. ALhamdulillah saya berjaya...

Hari ni saya ke opis, kak Ram duduk rumah. Kak Ram ni rajin masak, tadi dia masak untuk saya buka puasa iaitu ikan masak merah dan kari ayam.. Pastu Kak Ram tolong jemur baju saya dan juga sapu sampah.. Saya balik lepas jemput Aisyah, semuanya dah siap... Best sungguh pulak rasanya ada orang kat rumah... hihihi...

Teringat kat Bibik Rinie saya kat Shah Alam dulu..hehe...[Tapi bukanlah membayangkan Kak Ram jadi Bibik Rinie tau. Kak Ram ni Cikgu Sekolah tadika Aisyah dulu, datang sini sebenarnya atas jemputan Hjh Niza untuk tolong tengokkan anaknya selepas Khafiz balik Mesia Khamis ni. sementara Hj Khafiz masih belum balik Mesia, Kak Ram duduk rumah saya dulu..]

Kat Shah Alam dulu, rutin saya adalah saya pergi kerja, Abah pergi kerja dan hantar Aisyah sekolah. Bibik Rinie akan tinggal rumah sorang buat semua kerja rumah. Basuh kain, jemur kain, lipat kain, sapu sampah, mop rumah, masak tengahari.. Aisyah balik sekolah tengah hari, Bibik Rinie tunggu depan rumah. Aisyah makan nasi, solat dan main-main. Jam 6.30 saya dan ABah balik dari pejabat, Aisyah dok main basikal kat luar rumah dengan Sarah, Shasha dan kawan-kawannya. Lepas saya balik, Bibik kadang-kadang dah masak malam. Kadang-kadang dia tunggu saya nak makan apa, dia akan masak yang saya nak makan.. bestkan... hihihi..

Kadang-kadang saya akan masak kalo balik awal. Bibik tolong siapkan bahan dan basuh barang masak, hidang.. Lepas makan, saya boleh sambung kerja yang tak habis, solat, Aisyah mengaji dan buat kerja rumah, tengok TV dan tidur..

Sebelum tidur, selalunya Bibik akan tanya saya, 'Buk, esok nak masak apa yer?' Dan saya akan cakap, 'Umphhh esok Bik buat bakso bik, ada barang tak?' Best sungguh ada orang tolong memudahkan kerja-kerja kitakan? Memang sangat.. Dan saya sangat bersyukur di atas segala rahmat yang Allah berikan..dan berterima kasih kepada semua yang telah memudahkan urusan hidup saya.. termasuklah Bibik-bibik saya dulu..

Sunday, October 18, 2009

Release...

Sabtu 17 Okt 09

Tak jadi ler puasa Sabtu dan Ahad.. rasa nak makan kat open house.. hehe.. rasa tak best pulak tak meraikan kawan-kawan buat open house. Itu pun saya tak sempat pergi semua pun..

Kak Ram dah sampai hari Jumaat dan ada di rumah Hjh Niza. ALhamdulillah selamat perjalanan Kak Ram. Seronoknya saya dapat jumpa Kak Ram..

Sabtu, ke rumah Hjh Niza sekejap meraikan open house Hjh Niza dan Hj Khafiz. Lepas tu bawa Aisyah dan tinggalkan dia kat rumah Sham, dan saya lari ke Mesia Hall. Selesai mesyuarat dan join AGM MASCA sekejap, saya balik menuju open house Kak Sal kat Fawkner. Jalan jam dasyat sungguh. Nape ler saya pergi lalu Jalan St Kilda, masuk City.. saya lalu Flinder Station.. uhhh takjub jugak saya kepada kemampuan saya sendiri.. hahaha.. Dalam kelam kabut tu, akhirnya keluar dari City masuk Sydney Road dan ke rumah Kak Sal.. Jauhnya perjalanan.. Nasib baik ada GPS.. Alhamdulillah.Kalau tak de GPS, saya rasa harus saya dah sampai ke Bandaraya Sydney, bukan Sydney Road..

Lepas tu ke rumah Sham.. dok sana sampai ler jam 8.30 mlm.. balik rumah letihnyer..Tapi sembang dengan kak Ram sampai jam 12 malam baru tidur.

___________

Ahad 18 Okt 09..

Pagi, bawak Kak Ram ke Savers.. membeli belah baju sejuk untuk Kak Ram.. akhirnya bukan Kak Ram saja dapat hadiah, saya pun beli baju, aisyah pun beli baju. Dan yang paling seronok saya dapat beli periuk kecil comel sangat dengan harga AUD 2. Canik sangat, comel dan cute. Saya memang mencari-cari periuk kecik cam tu..

Petang, saya dan Aisyah ke kolam renang. Release saya rasa dapa berenang dan main air... Aisyah dah pandai berenang macam-macam gaya. Sekarang kat sekolahnya ada kelas berenang, bayar AUD75 untuk 10 sesi. Mahal jugak tapi semua kawan sekelasnya masuk, jadi daftarlah jugak Aisyah berenang.

Hari ni jumpa kawan baru.. I always feel happy to meet new friends here. Sister Khadijah from Morocco and Sister Zubaidah from Lubnan.. Mereka dah duduk sini 20 tahun lebih.. Lamanya..Kami bersembang sambil berendam dalam kolam yang panas tu. Saya tanya soalan pengalaman mereka di Australia, macamna mereka boleh sampai ke Australia 20 tahun lepas, ada pengalaman kes racism di Australia or not .. Macam-macam mereka cerita...

Sister Khadijah berstory dengan ceria tentang anak-anak mereka. Rupanya Lamya yang menguruskan pool setiap Ahad untuk muslim women adalah anak Sulung dia.. Dan yang paling saya seronok, anak perempuannya ada yang jadi peguam di Melb City. Saya terus teruja, maybe ini adalah jalan yang Allah buka untuk saya dapatkan beberapa data tentang research saya dari peguam Muslim ini.. Khadijah menceritakan dia berminat tengok orang Melayu pakai very long hijab white colour during prayer- telekung sembahyang kita tu...Dia nak order 4 helai, mintak saya tolong belikan. Saya ketawa melihat kesungguhannya. Next week, kami berjanji akan berjumpa kat kolam lagi sekali.. insya Allah..

Saturday, October 17, 2009

Perjuangan

Pejuang...

Tak jadi lah saya puasa esok hari Sabtu 17 Oktober..
Ada beberapa sebab mengurangkan semangat saya:

1-Esok ada 3 open houses
2-Esok juga ada dua mesyuarat di Mesia Hall..

Akhirnya saya hanya mampu puasa Isnin-Jumaat sahaja sebanyak 5 hari.
Hari Ahad dan Isnin mesti kena puasa sebab Isnin hari terakhir Syawal..

Sepanjang minggu ini saya berada di pejabat dari pagi sampai petang. Banyak kena baca sampai saya rasa macam makin dibaca saya rasa makin takut.. Ohhhh saya hampir masuk 1 tahun pengajian. 3 Dis 08 - 3 Dis nanti cukup setahun..
Takutnye melihatkan kemampuan saya setakat ini.. kurang memberangsangkan...

Ya Allah, bagilah saya nampak apa yang saya cari..
amin ... amin

Thursday, October 15, 2009

Beli belah

Preston Market..

Empat hari ni saya puasa.. dari hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan harapnya nak terus Jumaat dan Sabtu. Tapi tengok macamna dulu. Syawal pun dah nak habis, risau sangat takut tak sempat puasa. Asyik makan dan makan dan makan dan makan....hehe.. rezeki open houses..

Hari ni saya ke Preston market dengan Wan, dia baru balik selepas balik buat pilot study 3 bulan di Malaysia. Wan is my neighbour. Dia tengah berusaha keras menguatkan dirinya bila dia datang sini sorang dan suami dan anak-anak akan terus di Malaysia. Sabar ye Wan..

Tadi kami berdua ke Preston market, beli belah lauk-pauk sambil pusing-pusing kat sana. Masa kat Preston Market saya terpandang sesuatu.. Terus saya pergi tempat tu...

'Ahhh dah lama saya rindukan awak.. kat sini ada rupanya ye....bestnya...'

Saya terus sambar dan inilah yang saya cari-cari selama ini..

Taraaaa.....


Inilah buah kegemaran saya ...
Buah Betik... nyum nyum.. hehe..

Prof Madya 3

Sahabat Yang Positif..

Saya percaya yang banyak membantu saya adalah sahabat-sahabat yang positif yang berada di sekeliling saya. Mereka percaya saya mampu dan memberi saya peluang untuk membuktikan kemampuan saya. Jika saya tidak bertemu mereka, saya rasa saya tidak berdaya untuk berada di tahap ini.

Tanpa menafikan bantuan yang hakiki adalah pertolongan Ilahi dan juga sokongan suami saya, saya sangat terhutang budi pada sahabat-sahabat ini..

Dr Ghafar dan Salehuddin SSS yang bertugas di UPENA, beliau memberi saya peluang untuk membawa masuk hasil tesis Masters untuk diterbitkan oleh UPENA. Walaupun dengan melalui banyak kesukaran yang menyebabkan saya rasa hampir give up bahawa buktu tersebut tidak dapat diterbitkan, tetapi akhirnya ia berjaya direalisasikan. [banyak masalah timbul di mana soft copy hilang, ayat Quran tidak dapat dibaca oleh pihak UPENA, marging lari, nota kaki tak selari, indexs dan macam-macam lagi..]

Dari situ saya dikenalkan dengan PM Dr Syireen, Pengarah UPENA yang sangat baik dengan saya. Saya memanggilnya Dr Syireen tapi beliau berkali-kali meminta saya memanggilnya Kak Syireen dan saya akur. Saya dijemput melalui bantuan Yadman untuk berada sebagai Researcher dalam projek kerjasama UiTM dengan Kementerian Kesihatan mengenai Child Abuse yang diketuai oleh Dr Syireen. Saya banyak belajar melalui research ini.

Saya menyatakan kepada PM Asmak bahawa saya ingin membentang kertas kerja tapi saya tak yakin diri. Beliau membantu saya dengan menghantar kertas kerja ke satu seminar antarabangsa dengan meletakkan dua nama, saya diminta mencari data dan menulis kertas kerja dan dia akan menokok tambah, membetulkan isi kandungan dan menghantar ke seminar tersebut. Kertas kerja diterima dan bermula perjalanan saya membuat kertas kerja satu demi satu untuk dibentangkan di seminar berkaitan undang-undang dan ada yang mengenai pendidikan islam.

PM Baha sebagai ketua unit research banyak membantu saya mengisi borang IRDC, mendapat geran penyelidikan dan saya diminta menjadi ketua kepada tiga kumpulan penyelidikan. Alhamdulillah saya berjaya di samping menjadi ahli kepada tiga lagi kumpulan research.

Tahun 2004, saya mengisi borang membuat DLSA sebagai pelajar kumpulan pertama program diadakan di UiTM. Dalam kelas tersebut, saya bertemu beberapa sahabat lama dan baru dan akhirnya membawa saya ke dalam Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Kawan saya Zainul Rijal ketika itu Presiden PGSM dan pimpinan PGSM yang lain memberi saya kepercayaan sebagai Exco Penerbitan PGSM. Saya mula menulis di Berita Harian atas nama PGSM dan menjaga ruangan tersebut. Melalui PGSM, saya semakin kedepan dan networking saya bertambah dengan begitu cepat sekali. Dr Syireen dan Dr Ghafar pula menyokong 100 % usaha membukukan hasil penulisan kami di Berita Harian di bawah penerbitan UPENA.

Saya sangat terhutang budi pada Boss saya, PM Dr Rahimi yang memberi saya peluang demi peluang. Saya selalu diberi pelepasan untuk membentangkan kertas kerja di luar UiTM sama ada atas nama CITU, UiTM atau atas nama Exco PGSM. Permohonan saya untuk mendapat biasiswa juga disokong, bahkan beliau sudi membawa kes saya sehingga ke peringkat Senat untuk membolehkan saya ke Australia. Sehingga akhirnya saya ke Australia dan permohonan DM 54 saya turut disokong.

Saya terhutang budi pada ramai lagi yang saya tak tulis di sini, semua sahabat yang positif yang mengelilingi hidup saya.

Pendapat saya : Sepertimana sabda Nabi, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan mendapat tempias bau wanginya, berkawan dengan tukang besi, kita akan terasa bahang pansnya.. Bersahabat dengan sahabat yang baik, kita akan mendapat percikan kebaikannya.. Mereka melihat kita dengan positif dan memberi kita peluang untuk kita sendiri melihat diri kita dengan lebih positif!

Tuesday, October 13, 2009

Ahad

Ahad 11 Oct

Pagi Aisyah ke sekolah Agama dan Iman pun saya suruh pergi sekali. Sementara tunggu, saya bersembang sambil ucapkan selamat hari raya pada kawan-kawan Singapore yang ada di sana. jam 12.30 tgh, kami balik awal dan terus tuju ke rumah Nani Syed- menghadiri open house dan doa selamat di rumah barunya.

Makan lagi...
dan sedap sangat...

Best sungguh.. sama BBQ kambing, ayam dan udang plus nasi beriani, bihun goreng, roti jala dan macam2 lagi.. Lepas makan dan bersembang-sembang dengan kawan-kawan-Sham, Zura, Miza, Sheri, Kak Hada dll- terpecah rahsia.. masing-masing tak tau tahun lahir, so orang ni ingat orang tu lagi muda dan address diri kakak ler macam-macam.. Rupa-rupanya Sheri Abuya, Sham Din Hogan, Nana Dr Hatta, Zura Rizal dan saya rupanya kami sebaya... hahaha.. semuanya lahir 1969... Oooo sebaya yer....

Dalam jam 4 petang baru kami balik ke rumah. Terima kasih banyak-banyak pada nani atas jamuan yang diberi.

Petangnya- saya tolong Aisyah menyempurnakan hajat dihati yang lama terpendam. Dia nak sangat ada blog, nak isi gambar masa dia kecik-kecik dan berstory apa yang dia rasa best.. Jadi kami berdua pun duduk depan komputer buat blog aisyah.. akhirnya...
Taraaaaaa... jadilah blog aisyah di http://aisyahfairuz.blogspot.com/

Aisyah gembira melompat-lompat.. hehe..

Monday, October 12, 2009

Prof Madya 2

Prof Madya Ustaz Kadir..

Saya ni sebenarnya bukanlah jenis yang bersemangat waja.. Saya selalu tarik diri kalau kena buat apa-apa depan orang. Malu, segan, tak confident dan macam-macam yang negatif..

Saya ambik Masters di Univ Malaya, di bawah Jabatan Syariah & Undang-undang Akademi Islam. Saya pilih Akademi Islam sebab saya nak buat perkhususan Undang-undang Islam so saya tak ler mintak buat LLM di Fakulti Undang-undang. Tesis Masters saya di bawah Prof Madya Dr Raihanah Abdullah. Terima kasih pada beliau sebab banyak bantu saya selesaikan tesis tersebut.

Then, who is PM Kadir? Actually he taught me Islamic Family Law masa Semester 1 di UM tu. Dia orang Kelantan. Orangnya kurus jer.. Saya selalu sembang dengan dia dan kadang-kadang kami ramai-ramai masuk bilik dia - pinjam buku atau saja sembang-sembang dengar cerita pasal kerja dia, kertas kerja dia buat, keluarga dia dan lain-lain. Dia baik orangnya..Lepas saya grad, dia pun pencen..

Masa saya sembang dengan dia, banyak dia bukak minda saya.. Saya pula selalu bercakap tak tentu arah.. Dan dia selalu tegur saya... hehe... Saya banyak juga argue kertas kerja yang dia buat.. [cam bagus lak saya tapi dia tak marah saya komplen...hehe]

Antaranya dia cerita pasal nak dapat Prof Madya..

Dia baru dapat beberapa tahun sebelum saya belajar dengan dia. Yang saya ingat saya ada kata kat dia , 'Macamna Ustaz dapat Prof Madya tu Ustaz? Saya rasa pelik orang dapat Prof Madya ni, Professor penuh tu lagi ler saya pelik.. cam mustahil jer untuk saya dapat gelaran tu..'

Dan dia akan tegur saya.. 'Mana boleh awak cakap macam tu.. Kalau kita pensyarah, mesti kena dapat sebab nama tu penting. Kalau kita ada PM dan ada Dr depan nama kita, dan kita bercakap bidang kita nanti senang orang percaya. Saya tak sempat dapat Dr, jadi saya tak de Dr depan nama saya. Awak kena set dalam kepala, tahun berapa awak nak dapat Dr, tahun berapa awak nak dapat Prof Madya.. Hidayah umur berapa sekarang?'

Saya jawab masa tu saya umur 31. Dia kata..'Ok Hidayah, awak target umur 42 awak mesti dapat Prof Madya. Bila awak target, nanti awak buatlah apa saja nak cukupkan syarat-syarat dia nak.. Saya dulu set, sebelum saya pencen, saya mesti dapat Prof Madya.. Ni pun kira saya lambat sangat ni banding dengan orang lain..Awak target jugak umur berapa awak nak buat PhD..Sekarang awak ingat saya bagi awak sampai umur 42 mesti dapat Prof Madya...'


'Saya ni pensyarah kecik jer Ustaz.. Master pun belum lepas dan tak tahu apa-apa research selain nak buat research Masters tu.. Rasa jauh sangat le Ustaz..boleh ker? PhD pun entah buat entah tidak.. Macam mustahil jer.. tak nampak jalan.. '

Kata-kata beliau yang memberi saya satu semangat walaupun saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa tentang cabaran PM Ustaz Kadir tersebut..


Tapi sebenarnya.. selepas itu satu demi satu jalan hidup saya berubah.. Allah bukakan satu demi satu pintu demi pintu sehingga saya banyak berjumpa perkara baru hari demi hari… Maha besar Allah yang memberikan sesuatu kepada saya, hamba yang lemah ini...

bersambung....

Prof Madya 1

Soalan ditanya..

Dalam rasa gembira, saya sebenarnya segan jugak... Saya tak de niat nak menunjuk, tapi saya nak share saja, supaya rasa gembira saya bersambut dengan baik dan dikongsi bersama rakan-rakan. Ramai yang tahu saya dapat result temuduga. Ada yang saya sendiri maklumkan terutama pada kawan-kawan dan adik-adik yang baik dengan saya. Yang buat solat hajat masa saya nak balik Mesia interview dulu dan ada yang tahu dari orang lain. Semua ucapkan tahniah pada saya.. Ada yang buat joke, 'Lepas ni kenduri kambing golek ler kita.. ' Ada yang kata, 'Ayam percik yer..kenduri besar kita ni..satu victoria kena jamu ni... vmpg punya presiden buat kenduri ni....' hehe.. Saya ucapkan terima kasih pada semua.

Orang pertama saya bagitau lepas saya dapat jawapan dari Pendaftar adalah my husband then Ma dan Ayah. Saya call ke Mesia cakap dengan Ma. Dan saya dapat rasai betapa gembiranya Ma dan Ayah.. Gembira sangat-sangat kerana anaknya mendapat sesuatu yang menggembirakan mereka.. Mak Bangi juga bernazar puasa sunat kalau saya dapat PM.
Saya terharu...
--------------------

Saya suka sangat ke dapat PM? Sebenarnya saya memang suka... Tapi saya bukan berbangga2 sebab saya sendiri tak suka orang bangga-bangga lebih-lebih dengan kelebihan mereka. Saya punya pendapat adalah jika saya dapat sesuatu... itu adalah rezeki dari ALlah. Jika ada yang saya boleh tolong kawan-kawan lain dapat yang sama, saya sangat suka...

Saya selalu mengingatkan diri tentang kisah ketam dan aura yang saya ceritakan dalam entry terdahulu. [Nanti saya cari kat entry bila.] Ketam yang suka berdengki, saling tarik menarik kawan yang naik ke atas sehingga akhirnya semuanya jatuh ke bawah. Saya tak suka orang yang hasad dan saya selalu berdoa supaya janganlah saya ada sifat negatif berhasad dengki dengan orang.

Saya suka belajar dari orang yang lebih tinggi dari saya dan membantu sesiapa yang lebih rendah dari saya. Saya ingin semua orang merasai nikmat atas apa yang Allah anugerahkan. ..

Zai tanya saya dengan tulus..'Kak, saya nak belajar ler dari akak... Ceritalah perjalanan hidup akak dari keluar UIA sampai sekarang. Mana tau saya dapat contohi akak...' Saya suka pertanyaan begitu sebab saya juga tanya macam tu pada orang lain yang terdahulu dari saya.

Sekiranya kisah saya boleh jadi motivasi, saya memang sangat suka berkongsi..

bersambung...

Sunday, October 11, 2009

Cerita Hari Sabtu..

Sabtu..

Hari ni ada tiga perkara menarik..

1-Azni punya kenduri. Besar betul.. Kenduri plus open house plus akikah anak Hamzah- dua ekor kambing. Saya terkejut sebab banyaknya menu.. tak tahu nak ambik sebab kelabu mata.. Ada nasi beriayani ayam merah, sup kambing makan dengan nasi himpit, ada kambing masak merah [first time saya jumpa seumur saya, kambing buat masak merah.. takjub!], ayam BBQ, kambing BBQ, cekodok marinara, air cendul dan banyak lagi... Bestnyer...

Hari ni panas. Selama ni sejuk manjang... hari pertama saya tak payah pakai baju sejuk.. enjoynyer dan hari pertama saya minum air batu cendul.. ahhh nikmatnye... hehe..

2-Orang Kg Dandy (Dandenong) datang dua kereta ke kenduri Azni. Cik Pidi sekeluarga dan juga Cik Lajiman satu family. Lepas kenduri, Cik Din bawak mereka beraya di rumah kami..Saya masak siket-siket.. Lepas solat zuhur, makan dan sembang-sembang.. Kak Laily bawak hadiah untuk kami iaitu Dendeng dan dodoi home made.. Thank you yer.. Gie bawak pulut kuning. Thank you yer.. Kemudian rumah terbuka saya yang kecik hari ni dihadiri juga oleh Cik Puan Fazdlina sekeluarga yang baru balik dari Mesia dan juga Zida sekeluarga... Dalam jam 4.45 pm mereka balik. Terima kasih pada semua kerana sudi datang rumah saya.


3- Hari ni Iman ikut saya balik dari rumah Azni dan Ibunya Makcik Sham benarkan dia sleepover kat sini dengan Aisyah.. Gembira sakan-sakan princesses dua orang tu. Lepas solat Isyak, baca Quran. Lepas tu saya benarkan mereka tengok movie, Barbie. Kelakarnya sebab dalam cite tu hero dita tak cun. Masa tengok tu, bila keluar jer gambar hero Prince tu, terus Iman kata, 'Ni ke prince. tak cantiknye....' Aisyah pun sampuk, 'Aa ler.. tak cantik le macamna jadi Prince..' hehe..

Saya ketawa dengar dengar budak comel ni dok bersembang.. Maknanya nak jadi Prince mesti handsome. Kalau tak handsome tak boleh jadi Prince.. humpp...

Hari tu Aisyah tengok Merlin dengan saya.. Tetiba dia buat statement:
'Merlin tu kan Umi, dia baik, tapi muka dia tak sesuai jadi Prince. Sebab tu dia kena jadi orang yang kerja dengan Prince.. Kalau Prince Arthur tu, muka dia memang sesuai jadi Prince...'

Saya ketawa sambil tanya, 'Macamana Aisyah tahu muka orang tu buleh jadi Prince ke tak?..

Dia jawab..'Kita tengok pun kita buleh tahu Umi.. orang tu buleh jadi Prince ke tak buleh.. Tak tahu lah macamana tapi Aisyah tau ler muka Prince dengan tak Prince..

Isyy peliknya..mahalnya muka nak jadi Prince and Princesskan....
Apakah muka kita buleh jadi Prince and Princess?
Yeah.. boleh saja.. Prince and Princess in our own heart..
Beauty lies in the eyes of the beholder!

Friday, October 9, 2009

Gembira dan Syukur..

Berita Gembira...

Tadi saya terima e-mail dari Pejabat Pendaftar mengatakan keputusan temuduga sudah diterima. Berdebar-debar saya nak habiskan ayat terakhir yang dikirim..

Saya lepas..ahhhh sukanya rasa....
Dengan syukur dan rendah diri, saya lepas temuduga DM 54 Profesor Madya. Puan Hanim memaklumkan bahawa surat keputusan sudah dihantar ke Melbourne dan ia berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2009. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Allah berikan.

Alhamdulillah berkat doa Ma dan Ayah, keluarga dan sahabat-sahabat semua.
Terima kasih atas doa yang diberi.

Bila saya bagitau Aisyah..
Dia sangat gembira..

'Alhamdulillah Allah kabulkan doa Aisyah.. Tiap kali Aisyah solat Aisyah doa.. "Ya Allah, bagilah Umi dapat Profesor Madya.. kabulkanlah doa Aisyah ini.Allah dah kabulkan doa Aisyah le Umi...'

'Yelah Aisyah... Aisyah doa, Allah kabulkan sebab Aisyah anak yang baik..tq ye..'

Tapi tak habis lagi...

'Tapi Umi, sebenarnya Profesor Madya tu apa Umi? Kalau Umi dapat Profesor Madya, lepas tu, kita dapat apa? Aisyah dapat hadiah ke kalau Umi dapat Profesor Madya?'

hehe.. joke ler Aisyah ni..

'Nanti lah Umi cerita soon...ok'

Semoga semua nikmat akan mendekatkan saya sekeluarga kepadaNya..
Sekali lagi.. puji syukur untuk Allah Tuhan seru sekelian alam...

Thursday, October 8, 2009

Anak

Anak-anak zaman sekarang

Aisyah tak suka makan sayur..
Aisyah pun tak suka minum air masak..
Dia cuma suka makan pisang dengan kiwi je..

Malam tadi, saya suruh dia minum air masak..

'Aisyah, you have to drink plain water.. '

'Nape Umi..'

'Minum air masak nanti kulit Aisyah jadi cantik. Lagi satu Aisyah senang poo poo..'

'Tapi Aisyah kan senang poo poo..Tiap-tiap hari Aisyah poo poo.. '


'Hari tu Umi bagitau Aisyah Umi sakit perut kan..
Agaknya sebab Umi tak boleh poo poo..
Aisyah rasa Umi kena minum air masak banyak ler Umi.
Umi minum ye Umi..nanti senang Umi nak poo poo..'

Aik.. terbalik kot.. sapa nasihat sapa ni?? hehe....

Wednesday, October 7, 2009

Sara Hidup..

Sara Hidup dan Cabaran di Melbourne..
Berita Harian 30 Sept 09..


Rupanya ada gambar saya kat atas artikel.. ..
Plus alamat email lagi..

Patutler saya kept wondering, nape ramai yang email saya dari Mesia pasal artikel saya, ada yang dah nak bertolak ke Melbourne, baru fikir nak datang Melbourne dan macam-macam soalan lain.. mana dia orang dapat alamat email saya.. Rupanya ada dalam tu.. hehe..




Poligami

Poligami 1..

Kawan baik saya memaklumkan dia akan berkahwin dengan suami orang, menjadi isteri kedua selepas hampir tiga tahun bercerai dengan bekas suaminya bersama empat anak.

Saya terkejut dan terkedu seketika.., 'Ye ker? Isteri dia tahu tak? Dia setuju ker?.. dan macam-macam lagi...
Dan dia menjawab dengan penuh ceria..'Ye.. isterinya setuju.. saya dah jumpa isteri dia.. lelaki tu baik, anak-anak saya suka dengan dia.. '
Humppp..

Saya tanya lagi..'Bila kenal? macamna boleh setuju? Dia duduk mana? Anak dia berapa orang..Dia kerja apa?...' dan macam-macam lagi... Dan dia menjawab dengan ceria..'Saya dah sembahyang istikharah... Isterinya setuju, dah jumpa dah.. Dia kerja ni.. tapi tak kisah, saya pun ada gaji...'
Humpm....

Saya tanya lagi..'Betul ke dah certain ni?.. saya tanya macam-macam lagi.. Dan dia dengan gembiranya..'Ye kak. Dah decide, baru bagitau akak.. Dah tetap hari dah. Lepas raya ni kahwin..'
'Ye ker.. dah decide?..Apa saya nak kata lagi Humpm...

Saya teringat kat kawan saya seorang ini.. dia telah melalui hidup getir yang sukar dalam pandangan saya.. Mungkin selepas ini kehidupannya menjadi lebih cerah..Mudah-mudahan dengan izin Allah..Jika dia gembira, saya tumpang gembira..

Saya hanya mampu berikan sedikit doa..
'Semoga telah membuat keputusan yang betul. Sabarlah dan semoga berbahagia dan ceria selalu..'
_____________

Poligami 2

Hari tu ada student saya email bertanyakan soalan, 'Boleh tak saya nak kawin dengan suami orang? Semua orang tak setuju. Dia ada anak 6, umur 40 tahun lebih. Saya belum bagitau mak saya, saya bagitau lelaki tu, saya nak solat istikharah dulu, belum decide. Dia kata bila saya setuju jer, dia nak terus datang ke rumah saya. Saya tanya Puan sebab saya tahu Puan pernah keluar dalam Utusan temuramah pasal poligami. Puan setuju tak saya nak jadi isteri kedua?'

Saya tanya macam-macam soalan.. Tanya soalan macam seperti saya tanya kawan saya di atas. 'Isterinya setuju tak? dah jumpa isterinya ker? macam-macam saya tanya..kemudia dia ber ym dengan saya hampir 1 jam. Saya jawab apa yang saya tahu..

Kalau ibu dan ayah tak setuju- jangan teruskan kerana kalau restu mereka adalah kemestian. Kalau jadi apa-apa pada perkahwinan kita, kita akan balik pada orang yang menyayangi kita.. itulah mak dan ayah. Lihat baik buruk dengan mata hati dan mata kasar..

Dia kemudiannya membuat remark; 'Saya sangat hormati Puan. Tapi kenapa dalam Utusan puan macam positive terhadap poligami, tapi bila advice saya macam negative pulak..'
Humpm....


Sebenarnya saya sangat sukar nak bagi pandangan pasal kawin lebih ni.. baik kepada suami atau pun kepada isteri... Sukar, payah dan tak reti sebenarnya.. Sebab ia bukan saja berkait dengan undang-undang, tapi dia sangat berkait dengan perasaan.. ia bukan saja melibatkan kemampuan duit nak tanggung dua orang dan dua keluarga tapi juga melibatkan jiwa, kasih sayang, menguasai, berebut kasih, cemburu, dengki, pasrah, menyerah, tolak ansur, memberi dan menerima..

Saya bagitau dia..
'Pandangan saya adalah poligami tu harus. Bila perlu ia merupakan jalan penyelesaian kepada beberapa masalah. Tapi bukan sunat atau digalakkan dan bukan diharamkan. Dalam Utusan Malaysian tu, saya lawan Sister in Islam yang bawak filem Indonesia 'Berbagi Suami' dan jadikan filem tu sebagai bukti keburukan poligami yang Allah haruskan dalam Islam. Dalam Utusan tu, saya tak de kata saya suruh suami poligami.. Saya juga tak kata pada isteri supaya setuju atau suruh suami kawin lain atau lawan suami habis-habisan kalau dia nak berpoligami.. Saya kata sesuatu yang harus Allah tentukan ada kebaikannya, tapi kalau salah guna, bukan pelogami yang salah tetapi pelaku dan pengamalnya yang salah. Saya memang tak setuju bila suami menzalimi isteri sama ada isteri pertama atau isteri kedua.. Tinggalkan begitu saja tanpa nafkah, tidak berlaku adil dan lain-lain.. Kaedah fiqh kata, 'Antara dua mudarat, pilih yang lebih rendah. Jika melakukan sesuatu, mudaratnya besar, jangan buat. Jika bertembung ada manfaat dan ada mudarat, kalau mudarat lebih banyak dari manfaat, jangan masuk dalam perkara ni. Bukan untuk perempuan sahaja, untuk lelaki pun sama. kena fikir dengan baik. Tapi kalau semua tak de masalah dan rasa dah certain, takleh kata apa lagi....'

Itulah kisah hidup antara ribuan insan di alam ini..

Saya selalu panjatkan doa. 'Wahai Allah.. berilah yang terbaik kepada kami semua.. mudahkan urusan kami.. supaya kami berjaya di dunia, dan berjaya pula di akhirat. '

Monday, October 5, 2009

Siapa Kita...

Siapa Kita...

Apa yang anda nampak?
Yer betul...

Ada tiga bayang..
Sesuatu yang magic..
Dari mana datangnya bayang..
Bayang itu adalah kita..
Kita berjalan dia berjalan..
Kita berlari dia berlari..

Bayang ...
Ada seketika..
Kemudian hilang..

Bayang..
Sesuatu yang mahal..
Bayang adalah kita..
Dan kita adalah bayang..


Bayang kami sekeluarga...

_______________

Daripada museum, kami ke park di sebelahnya..
Ada taman permainan
Ada tempat duduk
Ada padang

Sangat menarik

Abah dan Aisyah...Peace!

Aisyah melompat tinggi.. mengejar cita-cita..

Makan tengahari..di taman.. bestnyer..

p/s Museum Melbourne banyak yang boleh diziarahi. Datanglah sini dan ada ImAX, ada banyak lagi boleh kita pergi. Back to Mesia, Museum Negara- saya dah lama tak pergi. Kali akhir saya pergi masa pameran cawat besi (not sure tahun berapa..) Saya ingat museum kita lebih kepada bahan sejarah.. Museum sebenarnya menyimpan banyak khazanah ilmu. Visit-visitlah museum kita selalu sambil mengajar anak-anak ilmu-ilmu yang ada..

One Day in Pompeii

Museum Melbourne 29 Sep 09

Pagi Rabu kami ke Melbourne City untuk mencari tanda kebesaran Pencipta di sebalik kisah Pompeii dan kehancurannya. Sampai di city, cari parking agak susah sebab ramai sangat datang untuk ke pameran Pompeii tersebut.

Naik ke bangunan museum, ramai betul orang beratur untuk beli tiket. Kami pun beratur jugak. Kena AUD 46 hari tu. Pompeii hanya dibuka jam 1.30 pm jadi sementara tunggu, kami melihat pameran lain dulu iaitu Pameran Dinosaur. Ada banyak gambar-gambar ditunjukkan.

Menarik di sini sebab dalam museum kita dibenarkan ambik gambar. Kita boleh ambik apa-apa gambar kecuali tempat yang tak dibenarkan mengenai human and the body serta dalam pameran Pompeii.


Aisyah.. apa belakang Aisyah tu... heii takutnye..

Relax je Aisyah.. tak takut ker? hehe...

Otak manusia... sungguh complicated.. tanda Maha Besar Pencipta yang menjadikan otak dan memberikannya berfungsi berada dalam kepala kita semua.. Subhanallah..

Abah dan Aisyah tengah baca salasilah dinosaur tu..


Aisyah.. tu apa belakang Aisyah tu.. lariiii.... wooo shark.. takutnyer..

Sapa tu belakang Aisyah tu? Ituler Darwin dengan hujahnya bahawa manusia berasal dari monyet.. Islam menolak kepercayaan dan pemikiran Darwin. Kita tak berasal dari monyet, cimpanzi atau apa-apa sewaktu dengannya. Kita berasal dari Adam yang dicipta dari tanah.


___________


Lepas tengok-tengok, jam 1.25pm kami pun masuk ke pameran Pompeii..





Dalam pameran Pompeii, banyak yang kami lihat tetapipegawainya tak benarkan ambik gambar. Kisah Pompeii merupakan suatu peristiwa besar, trajis, kematian yang hebat.. kehilangan sebuah bandar bertamadun tinggi di era 70AD. Gunung berapi dengan api, keruntuhan dan asap yang hebat... membanjiri sehingga membunuh hampir keseluruhan ahli bandarnya. Lambang besarnya kuasa Allah mengatasi kemampuan dan kebijaksanaan ALlah..

Melihat kehancuran di Padang, saya teringat Pompeii... Bila ALlah mengatakan 'kun..fayakun..' Jadilah maka jadilah ia.. Dengan sekelip mata, hancur suatu kehidupan. Maha besar Pencipta..

Lepas tengok Pompeii, kami pun turun ke bawah bangunan Museum, ambik tempat di tepi kerusi dan tunaikan solat Zuhur.
Lepas tu, ke park makan tengahari...

Friday, October 2, 2009

Padang..

Donation Human Appeal..


Tadi saya terima email dari Human Appeal stated:
Dear Donor,
With at least 1100 people confirmed dead, and more than 300 seriously injured, the 7.6-magnitude earthquake has devastasted the inhabitants of Padang in Indonesia. This figure is sure to rise and we must act quickly to help all those affected.

The island of Sumatra was hit by a 7.6-magnitude quake on Wednesdayand by a second earthquake on Thursday with magnitude 6.9. Over 500 buildings have collapsed, burying people under the rubble.

Thousands of people have gone missing. Tens of thousands of people had been made homeless, one third of them children. We need your support to quickly assist these victims.

Human Appeal International Australia is seeking your urgent assistance to help fund supply of temporary housing, food and drinking water supplies, medicines, and provide bare necessities to these helpless victims.

Human Appeal International Australiahas partners already on the ground and has allocated $50,000 to aid these victims.
-----------------
Padang..

Saya pernah sampai ke Padang awal tahun 2008. Pengalaman menarik ke sana saya telah simpan dalam blog ini dalam entry terdahulu. Padang sangat cantik dengan pelbagai tempat menarik dan penduduknya yang ramai, baik dan peramah.

Saya teringat saya ke Tasik malinjau, RUmah HAMKA, pergi ke Universitas, Kolej Agama dan Madrasah Agama di sana, melawat bandarnya, Jam Besar, Membeli belah di bandarnya, pusing-pusing kota makan nasi Padang. Pergi ke hotel, restoran, kedai, Lubang Jepang dan macam-macam lagi. Saya teringat banner besar di tengah kota yang tertulis, 'Bayarlah Zakat Untuk Membersihkan Harta Anda' dan macam-macam banner lain yang menarik.

Mendengar Padang dilanda gempa bumi dan bencana alam yang besar. Bangunan runtuh dan kematian yang mencapai ribuan ribu orang. Hati saya rasa sedih dan terharu. Teringat kesempatan yang Allah izinkan untuk sampai ke sana...Mungkin banyak tempat yang pernah saya sampai dulu sudah hilang dan runtuh.

Saya teringat Pompeii- dalam tayangan gambar yang saya tengok di Museum Melbourne minggu lepas- One Day at Pompeii. Dalam tempoh satu hari sahaja, semua bangunan runtuh dan hilang dari pandangan kerana gunung berapi dan bencana diterima dan seluruh bandar yang tamadun tinggi di abad tersebut 70 AD di sebuah tempat bernama Pompeii lenyap begitu sahaja dengan kematian yang sangat besar, tertimbus di bawah runtuhan..

Semoga Allah membantu dan memudahkan urusan semua penduduk Padang yang tinggal dan mencucuri rahmat ke atas Muslimin yang tertimbus dan mati dalam bencana yang besar di Padang ini. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun..