Monday, May 31, 2010

Palestin Konvoi Keamanan

Flotilla Misi Keamanan

Saya dengan penuh rasa rendah diri, mengangkat rasa hormat yang tidak terhingga kepada Sukarelawan Malaysia dan negara-negara lain yang telah sanggup berkorban untuk berjuang sehingga ke Palestin. Saya doakan semoga Allah membantu umat islam, membantu rakyat Palestin yang teraniya, menjatuhkan Israel dan memberi kemenangan kepada Islam.

Israel telah melancarkan serangan ke atas Flotilla dan membunuh hampir 16 orang. Saya rasa sangat sedih. Saya doakan semoga Allah membantu sukarelawan2 ini..

Allahummansuril IslamawalMuslimin..
amin ya Rabbal a'lamin..

___________________
KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

___________


Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

May 31, 2010

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.


Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.


Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.


“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.


Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.


Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.


Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)



Source: http://haluanpalest in.haluan. org.my/?p= 3817#more- 3817


Freedom For Palestine!!!

Sunday, May 30, 2010

Ma dan Ayah

Telefon..

Baru lepas telefon Ma dan Ayah. Bercerita macam-macam perkara. semuanya 24 minit. AMula-mula sembang dengan Ma dulu. Cerita itu cerita ini.. Ma tanya macamana research saya. Dah pindah Univ ke belum lagi.. Ma cerita pasal adik beradik saya yang lain.. Cerita plan nak gi Mekah.. Seronoknya dengar suara Ma.


Lepas tu, saya kata kat Ma, 'Ma, nak dengar sora Ayah jap. Panggil ayah deh..'

Ayah saya mulakan dengan ketawa dulu..'hehee.. aaa adik.. macamna Australia?'
Saya jawab dengan riang..'Sehat sehat...Apa khabar Tuan Haji?' Dengar cite Haji nak gi Mekah yer..? hehe. Ayah saya ketawa riang...Ayah ceritakan apa yang berlaku di masjid. Ayah cerita Ustaz Nik Radzhi sangat baik dengan Ayah dan baru lepas bersembang lepas Ustaz bagi talk di masjid. Ayah cerita macam-macam.. Kegembiraan dan syukurnya atas limpah yang Allah berikan.

Saya buat joke..'Ayah.. duit banyak lo ni yah? hehe..' Ayah dengan ketawa riang, . 'Alhamdulillah duit banyak. anak-anak bagi.. Kat kedai kopi Ayah belanja saing-saing lo ni.. hehe..' Saya ketawa kegembiraan mendengar cerita Ayah.

Saya kata pada Ayah..'Yah, doa bagi adik siap PhD ye Yah..'
Ayah jawab..'Ayah doa setiap masa. tiap hari. Ma semaye hajat, ayah doa lepas semaye..Insya Allah buleh..'

Dengar suara Ma dan Ayah dalam telefon- ceria, gembira dan sangat bersemangat. Saya sangat bahagia.. release tension saya..Semoga Ma dan Ayah sihat selalu..amin

p/s Insya ALlah semoga rancangan Ma dan Ayah umrah sebulan berjalan lancar. Adik saya Ree dah buat jadual, semua adik beradik perlu contribute minimum Rm500 setiap seorang untuk menampung perbelanjaan yang kurang. Bagi yang ada lebih, bagi banyak lagi. Saya bagi lebih siket.. amin dan insyaAllah..

Friday, May 28, 2010

Abuya Arqam

Arqam..

'Abuya menyebabkan Tsunami. Abuya tak mati, hidup kembali memimpin dunia..' Apa jadi dengan pengikut al-Arqam ni. Kenapa sejauh itu mereka pergi sehingga tidak berpijak di bumi nyata.. Bila baca dalam surat khabar kisah Khadijah Am isteri Asyari, saya rasa sangat pelik. pelik bin ajaib.. Pelik sungguh bila saya fikirkan. Dengan akal yang biasa-biasa kita ada, kita boleh takkul sesuatu perkara. Logik atau tidak logik.. Saya rasa mereka semakin jauh dan jauh dari kebenaran..semakin jauh dan menyesatkan orang lain.

Dulu-dulu.. kenangan semasa saya di UIA. Awal 90an.

Saya mempunyai kisah sendiri dalam Arqam ini. Jika orang lain baca buku dan surat khabar, saya ada pengalaman peribadi bersama mereka yang 'hardcore ini'. Kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu saya pernah seketika dulu mengikut program Arqam masa di UIA dulu. Saya bukan orangArqam atau penggerak Arqam tapi saya ada mengikut program2 mereka. Saya ke Penchala beberapa kali sehingga saya melihat satu demi satu kepelikan demi kepelikan.. Tapi tidak sangka ia akan menjadi sejauh yang ada sekarang ini iaitu percaya Abuya hidup balik ada kuasa datangkan Tsunami segala..

Asalnya, saya adalah peminat majalah yang dikeluarkan oleh al-Arqam. Antaranya Mukminah, Qiyadah dan lain-lain bahan budak-budak seperti anak soleh dan sebagainya. Pada masa itu Rabbani adalah Kumpulan Nadamurni pengikut Arqam dan Nazri Raihan adalah kumpulan The Zikr dalam Arqam. Saya adalah peminat kepada semua perkara-perkara ini. Saya peminat Nora penulis sajak dalam majalah Mukminah. Saya minat Dini Juri dengan ilustrusinya dan dia juga pembaca sajak yang hebat. Sajak bertajuk 'Sakratul Maut' dibaca oleh Dini Juri dalam Majlis Kesenian Islam dan dikasetkan.

Saya masih ingat sebahagiannya..

Antaranya..

Sakratul maut datang..
'Mahu makan'.. geleng kepala..
'mahu lumba kuda.. geleng kepala..
'Mahu ke Genting Highland'... geleng kepala..

dan panjang lagi..

Perkumpulan Arqam memang agak kuat semasa saya di UIA. Mereka sangat rapat sesama mereka dan setiap hujung minggu ke Penchala untuk berada dalam kelompok khusus mereka. Ada beberapa orang di antara mereka yang rapat dengan saya dan sentiasa mengajak saya ke Penchala. Ajak demi ajak, akhirnya saya mengikut mereka ke Penchala..
Dan melihat dan melalui sendiri kehidupan mereka..

Saya berada dalam ceramah mereka.
Saya berada dalam perbincangan dengan Isteri-isteri Asyari.
Saya diperkenalkan dengan Khadijah Am, Ummi Nor isteri-isteri Abuya mereka..
Saya dibawa masuk bilik rakaman Nadamurni..
Saya dibawa melihat barangan ekonomi Arqam dan keluaran mereka.. kicap, beehun dan lain-lain..
Saya dibawa ke kelas tadika budak-budak Arqam..

Semakin lama saya bergaul dengan mereka, semakin saya pelik..

Apa yang saya jumpa dalam Arqam?

nanti saya cite kemudian..

Thursday, May 27, 2010

Banyaknya nak baca..

Buku

Meluahkan rasa hati yang kuncup..
Banyaknya buku kena baca..
Banyaknya benda kena buat..
Banyaknya bahan kena cari..
Dah cari banyaknya kena kupas..

Aduhh..

Masalahnya diserang mengantuk pulak..
Saya nak tidur dah ..
jam 11 malam waktu Ostolia..

Semoga esok dapat bangun awal jam 3 pagi..
Mencari sedikit kekuatan untuk solat tahajud dan hajat..
Mohon Allah mudahkan pencarian ilmuNya ini..
amin...

Learn Proverbs



Proverbs..


"There are no small parts, only small actors." (English proverb)


"Lose your temper and you lose a friend; lie and you lose yourself." (Native American proverb, Hopi)


"Visit rarely, and you will be more loved." (Arabic proverb)


"He who puts off something will lose it." (Corsican proverb)
[put off here maksudnya delay something until a later time]

Wednesday, May 26, 2010

Minat, Hobi dan Cinta

Minat..

Bila cakap pasal minat dan hobi, teringat saya kisah 'persembangan' {ada ke istilah ni ye? hehe..} antara saya dengan Jie isteri ustaz Razak hari tu. Masa tu kami bercerita tentang pengalaman mereka (Jie dan suaminya) duduk di Melbourne selama 4 tahun. Jie lepasan UIA, Ijazah dan Master. Saya sebut lebih kurang macam ni ler..'Jie, masa Ustaz gi Uni, Jie buleh buat artikel hantar ke majalah, surat khabar, buat buku novel ker?Nanti send kat malaysia dapat duit royalti. Ustaz dah banyak connection untuk publish tu..'

Then dia jawab lebih kurang..' Tak minat ler Jie.. duduk depan komputer lama-lama. Jie tak minat menulis. Tak tahu nak tulis apa, macamana nak tulis, apa benda nak tulis..Jie tak minat..'

Itu yang masuk kisah minat memasak. Jie cerita punya minat dia pada masakan, dia mula masak kari masa camping pengakap darjah 5 di sekolah sampai semua cikgu-cikgu terperanjat dia dapat masak kari untuk ramai orang. Terpegun saya..

Minat setiap orang tidak sama. Dan kita mesti menghormatinya. Minat boleh datang dari kecil. Apabila banyak didedahkan kepada sesuatu, ia akan melekat dan duduk dengan baik dalam hati kita. Ia juga boleh dibina selepas kita besar.

Masuk kisah saya, saya pulak minat duduk depan komputer. Bagi saya komputer sebijik, cukuplah... saya buleh duduk dari 8 pagi sampai 12 malam dengan komputer.. Saya ada banyak plan dalam kepala, tapi banyak plan saya tidak kesampaian kerana saya tidak berkesempatan fokus untuk plan tersebut. Minat saya tidak jatuh pada memasak. [Tapi jatuh pada aktiviti memakan.. hehe..]


Minat saya pada membaca dan meenulis. Saya ada banyak plan penulisan. Saya plan untuk menulis novel cinta Islam yang baik seperti 'Ayat-ayat Cinta', saya plan nak menulis kisah ulama' dan ilmuan Islam dalam bentuk novel seperti dibuat oleh penulis PTS. Saya plan untuk menulis skrip drama Islam. Saya plan untuk menulis buku kanak-kanak. Saya plan untuk menulis buku undang-undang. Saya plan untuk menulis untk Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, surat khabar, majalah untuk wanita tentang hak wanita dalam islam..

Plan ada dalam kepala tapi semuanya saya tak sempat buat.

Semua orang tidak sama. Kecintaan saya kepada penulisan. Dan saya sangat menghormati orang yang mempunyai minat dan melayan minatnya dengan bersungguh-sungguh. tak kiralah apa, seperti memasak, menjahit, menulis, melukis dan lain-lain. Sehingga ia menjadi satu skil yang semakin hari semakin baik. Skil itu pula sampai ke satu tahap boleh menjadi sumber pendapatan.

Orang-orang seperti ini adalah orang-orang yang 'special' dalam nilaian saya. Mengenali dan berbincang dengan mereka yang mempunyai minat, hobi dan kecintaan sehingga menjadi skill (walaupun tidak sama dengan saya) adalah sesuatu yang menggembirakan saya.

Berbalik kepada minat penulisan yang ada dalam diri saya..
serta plan penulisan yang saya ada..
Semoga suatu hari nanti saya berjaya merealisasinya..
Kalau tidak semua, dapat sebahagian pun sudah cukup baik!

Tuesday, May 25, 2010

Cerita Rumah


Inilah rumah kami- rumah tumpangan sementara bermusafir di bumi Kanggaroo ini.. (Dalam gambar adalah Kak Yah dan kami berdua..)


Syukur


Masalah rumah kami dah selesai dengan rasminya. Syukur pada Allah. Tadi saya terima surat dari Syarikat Agent baru yang ditulis, 'We have been instructed by the landlord to manage this property...'

Alhamdulillah.. Saya sangat gembira.

Balik dari sekolah tadi, saya ceritakan pada Aisyah,

'Aisyah, Umi ada a good news.'

'What?'

'You know, we don't have to deal with Sam anymore..'

'What?? Why Umi.. '

'The landlord that we met last time, they have changed the Agent. So no more Sam..Bestnye.. we don't have to deal with Sam anymore..'

'Is it? I don't expect it to be that fast. Aisyah thought maybe by September baru Landlord change the Agent. Oo bestnya... '

'Umi, do you think the Landlord said something to Sam?'

'Such as?'

' Aisyah rasa Landlord should advice Sam, like Sam, you don't do like this to other people. It's not good. Baru la Sam dapat pengajaran..'

'Entahler.. I don't know..'

'Tapi takpa Umi, the best thing is, Sam is gone.. yes!..'

Alhamdulillah.. syukur pada ALlah
____________

Tadi, saya kirimkan email pada adik-adik cum sahabat-sahabat yang telah sudi bersama-sama saya masa pindah dulu dan sudi buat affidavit sokongan terhadap defect dalam rumah ini untuk saya lawan Sam, jika ditakdirkan perlu ke VCAT Tribunal (Like TribunalN pengguna di Mesia)..


ini email saya,

Assalamualaikum semua rakan-rakan,

Harap masih ingat bahawa masa semua rakan-rakan tolong kami pindah tahun lepas (28 may 2009) .

Masa tu, ada beberapa masalah dengan rumah ini dari segi heater, broken tiles, blind rosak dll.

Akak juga hadapi masalah dengan Agennya di mana Agen tersebut put the blame pada akak kata semua defect tu berlaku masa kami masuk and we have to pay for the repair. Masa tu akak deal with Legal Aid Officer dan beliau sudah draft Statutory Declaration untuk kawan-kawan semua sign, bagi tujuan ke VCAT (Tribunal).

ALhamdulillah, bulan lepas jiran sebelah datang bawa alamat Landlord, jadi kami ke rumah tuan rumah bincang. Akhirnya Tuan Rumah telah baca semua dokumen yang Legal Aid siapkan dan ambik keputusan,percaya pada kami dan terminate Sam.

Jadi hari ini bermula perkembangan baru iaitu:
1-Agen baru adalah dari XXX dan Landlord sudah terminate Sam
2-Akak dah batalkan kes dengan Legal Aid dan pihak Legal Aid dah tutup kes tersebut.

Alhamdulillah. Akak ucapkan ribuan terima kasih atas semua bantuan kawan-kawna semua masa akak pindah tahun lepas, dan juga kerana sudi untuk memberi affidavit atas masalah yang kami hadapi.

Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang tinggi untuk sahabat2 semua. amin..

yang benar,
Kak Hidayah & Haji Fairuz

Monday, May 24, 2010

Makanan..

Makan & Makanan..

Makanan adalah keperluan asasi kita. Kadang-kadang saya selalu pelik, terutama bila berfikir bab makanan.. 'Kenapa kita asyik makan je.. dah makan lapar balik.. pastu makan.. pastu lapar.. pastu makan.. pastu lapar..' Pelik kan??

Kat sini, saya sangat suka masakan yang ustaz Nushi dan isterinya Hilal (dipanggil Ila) masak. Yang paling best adalah roti jala dan kuah kari. Banyak kali dah saya order dari dia. Baru-baru ni Ila kasi resipi roti jala dan kuah kari dia. Time kasih ye Ila.

Jadi dua hari lepas, saya try buat. Memang sedap kuah kari resipi Ila.. Sedap sangat!.. hehe..
Bila sampai bab roti jala, saya fail.. hehe..

Saya buat beberapa bijik lepas tu saya dah tak tahan.
'Alaa lecehnya, buat macam ni.. tak laratnya nak buat...guna alat roti jala, masuk tepung, curah atas kuali, mencecer-cecer tumpah.. pastu kena lipat lagi..'

Ia mencabar kesabaran saya..

Akhirnya saya buat ciptaan sendiri..

Instead of jadi roti berjala-jala, saya buat terus tanpa lubang dan saya gulung instead of lipat... cepat siket!

Tapi tak lawa ler.. instead of roti jala, dia jadi macam pancake yang digulung-gulung.
Takpa.. janji sedap!

Saya tak ada passion tu..
Dulu, masa sembang dengan Jie, isteri Ustaz Razak (salah sorang kawan saya yang pandai masak dan sangat suka duduk di dapur). Jie bagitau saya that dia memang minat masak, suka duduk di dapur. Dari pagi ke petang masak satu lepas satu adalah sesuatu yang menyeronokkan..

Saya tak boleh.. aduiii tak tahan.. tak mampu!

Saya bagitau Aisyah..'Aisyah. Umi buat ciptaan baru. Instead of rupa dia macam roti jala, sekarang rupa dia macam pancake. takpe ke Aisyah?'

Aisyah dengan cerianya..
'Sedapnya Umi... sedap sungguh.. Pandainya Umi masak. Takpa Umi.. macam pancake pun tak pa sebab kalau Umi buat macam roti jala tu, bila Aisyah campur kuah kari, roti jala tu dah tak macam roti jala lagi.. Kita makan jer..Tak kisah Umi.. Janji sedap!'

Bila saya bagitau Abah..Jawapannya adalah..

"Yeaaa Umi berjaya.. Itu dinamakan New Invention'..

hehe...

Saturday, May 22, 2010

ASLI Conference

ASLI in Kuala Lumpur

Sham is going back to KL tonight. She will be presenting our JV working paper entitled Violence against Women: Any Honour in Honour Killing- A Query.

Good luck Sham








Friday, May 21, 2010

Salah Cakap..

Pernah tak?

Pernah tak tersalah cakap? Tercakap benda yang kita tak patut cakap..
Lepas dah cakap, rasa laaa nape ler aku cakap camtu...

Saya kadang-kadang ada jugak macam tu..

Rasa saya banyak kali sepanjang hidup saya..
Bila saya duduk sorang-sorang, teringat kisah-kisah silam..
Saya selalu tersalah cakap..
Nak buat macamana dah tersalah cakap..

Apa yang patut dibuat kalau tersalah cakap?
Kalau yang tersalah cakap tu benda dosa.. kena mintak maaf ler.
Kalau tersalah cakap rahsia hati yang tak patut kita cakap, nak buat camna..

Manusia macam tu la..
selalu tersilap.

Antara kenangan salah cakap saya adalah masa saya bentang kertas kerja kat UKM tahun 2006 dulu, pengerusi tu introduce saya ,'Kita jemput Dr Nurhidayah..' Saya terus terkejut, terpinar.. orang ramai, tak kan nak buat joke, 'Upssi saya belum Dr lagi.. isy isy apa ler pengerusi ni.. teruus saya tersalah cakap masa tu.. terlupa nak buat aluan, terima kasih segala...'
hahaha malunyer saya...

Satu kes lagi, masa saya kena jadi moderator kat ILKAP. Masa tu ahli forumnya Datuk Asri, Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Putrajaya, Pegawai Ustaz JKSM (alaaa lupa nama dia), then sorang lagi kawan saya Zainul Rijal.

Saya pun tak tahu gabra apa masa tu..
Lepas introduce Datuk Asri ...
Saya sepatutnya kata, 'Dipersilakan Yang Amat Arif..'
Tetapi saya tersalah cakap..
'Saya kata, 'Dipersilakan Ustaz..'

Dalam bahasa inggeris kita panggil gaffe..
It was a real gaffe and i was mortified by that..

Lepas majlis saya kena marah dengan Zainul. hehe...
'Apa le awak ni.. Ada pulak panggil Ustaz. Panggil le Yang Amat Arif..'
'Uppppssi...Tersilap....'


Malu sungguh saya tersilap panggil...
Dah ler dalam majlis peguam-peguam, pegawai kehakiman pulak tu...
jadilah saya macam kawan kita di bawah ni..




ooo malunyer...

Thursday, May 20, 2010

Aisyah Selsema

Selsema..

Bila musim bertukar, ramai kena selsema. Kali ni Aisyah kena agak teruk, hidung berair sepanjang hari, hidung tersumbat, batuk, sakit tekak, badan nak demam dan asyik nak muntah. Kesian saya tengok. Jadi hari ni Aisyah ada di rumah, tak pergi sekolah. Kesan dari sakit dia, saya juga berada di rumah. Kena jaga Aisyah..


Aisyah makan ubat batuk. malam tadi makan panadol kanak-kanak. Petang tadi saya usahakan untuk dia kaedah yang saya belajar di Darus Syifa'. Mudah-mudahan mujarab. Nampak malam ni dia reda dan harap esok dapat gi sekolah. Kalau dia gi sekolah, buler la saya pergi ofis.

Ubat selesama yang Ustaz Harun Din ajar adalah:

1- Baca fatihah
2-Selawat Syifa'
3-Doa hindar syaitan Auzu bii'zzatillah...
4-Doa Hindari gangguan- Ummu Mildam ...

Lepas tu, saya ambik air panas letak dalam baldi, letak minyak cap kapak dalam air, baca doa kat air, pastu suruh Aisyah duduk depan air dan bernafas supaya wap tu masuk dalam hidung dia. Pastu tutup ler kepala dengan tuala- teruslah bernafas dalam tu selama 5-10 mt. Dia nak muntah pun muntahlah dalam baldi tu. nak kuar hingus pun takpa, biar jer kuar dalam tu. Saya suruh Aisyah baca fatihah dan ayat qursi dalam hati masa dia dok hirup wap ubat tu.. Masa hirup wap tu, kita baca doa yang ada di atas sambil tepuk belakang. Boleh tambah yang lain kalau ingat seperti Law anzalna. Qul na ya rukuni bardan dan banyak lagi.

Dah sudah, bukalak tuala dan buanglah air tu.

Nampak Aisyah semakin kuat, mudah-mudahan Aisyah sihat segera.. amin

Lagu...

Magu Motivasi..

kawan saya kirim lagu untuk saya..
Masalahnya saya tak tau nak nyanyi, lagu apa ni yer...hehe..
______________


Dia tulis,
Ini ada lagu utk akak.....


Hidup ini satu perjuangan
perlukan pengorbanan
Jangan kesal bila kau kecundang
Anggap itu bukan penghalang
Bila jaya usah engkau lupa
Bila gagal usah kau kecewa
Berjaya bukan tanda bahagia
Gagal tidak erti derita......

Thank you yek...

Wednesday, May 19, 2010

Perjalanan

Laluan saya...

Sebenarnya saya rasa gembira bila saya berjaya membuat satu keputusan yang besar ini. I feel like.. I have done something very big and indeed, it is very important. To have the gut to make a decision is a big decision!.

Saya dah jumpa Supervisor saya semalam.. eggghh sebenarnya saya takut juga sebab saya tak pernah cakap dan tunjuk apa-apa pada dia bahawa saya nak pindah. Tapi semalam jam 10.30pg, saya ke pejabat sebab dia email saya a day before; 'Please come and see me tomorrow at 10.30am. Don't forget to bring the draft of your thesis..'

Macamna nak buat yer..

Saya baca doa dulu sebelum masuk bilik Supervisor saya..
Saya berdebar-debar masa tu..'apa nak cakap yer..'

Saya masuk bilik dia, and then she asked, 'Ok Hidayah, what's going on?'

Saya pun terus cakap...bla bla bla bla...
bla bla bla bla...
Dan lepas tu, saya pun mintak izin keluar dari bilik dia..

Alhamdulillah...
panjang cite dia, tapi saya skip ler.. he he..
______________

Melbourne Uni

Saya ke Melbourne Uni tadi, serahkan transcript dari Universiti sekarang. Mudah-mudahan semua berjalan lancar.

Kol 1 pm saya attend seminar Dina Arianti, pelajar PhD di Law School bentang hasil kajiannya bertajuk Muslim Women's NGO in Acheh.

Interesting..

Saya tak tahu apa saya akan tempoh selepas saya berpindah secara rasmi, tapi saya rasa selesa dan seronok. Tadi saya rasa happy seolah-olah saya berada dalam kelompok saya. Majlis ilmiah, diskusi, bagi pendapat, positive critism. yang pentingnya saya rasa happy. Tadi ada hampir 30 orang pensyarah, professor dll yang hadir, dan mereka bertanya soalan dengan cara yang menarik.

Lepas majlis, saya sembang dengan pembentang, dengan pelajar2 dari Indonesia dan Singapore yang buat kajian tentang Islam, politik Islam, Gender in islam, movement in Indonesia dan lain-lain.. Saya suka majlis diskusi. Dan saya seronok apabila diberitahu, nanti jika saya pindah ke Melb Uni, saya perlu bentang 3 kali seminar. W/pun ia berat, tapi saya suka keadaan tersebut. And I am looking forward to a new dimension of my research in Melbourne.

Mungkin berat dan saya rasa pun ia berat.
tapi saya akan cuba.
Moga Allah mudahkan..
insya Allah..

________

Segan..

Ada yang tanya saya, kenapa blog saya tak ada tempat komen, nak tinggalkan jejak untuk saya, macam tempat chatting gitu. Saya sebenarnya segan. hehe.. Lebih baik saya tak tahu siapa yang baca cerita saya, visit blog saya. Jika ada komen dan tinggalkan jejak, saya rasa segan.. nanti saya tak jadi nak tulis lagi lepas tu.. hehe..

Facebook? Saya dah delete facebook saya. Sebab apa? sebab saya segan. hehe.. tak mencabar langsung jawapan saya ni. Sebenarnya ada yang tanya mana pergi facebook saya. jawapannya saya dah delete. Saya segan bila saya diadd dalam facebook kawan saya dari UIA. Pastu ramai sangat sangat kawan-kawan UIA yang lain link dan link dan link dan add. Aduhh saya ni penyegan. Malu alah!
Jadi saya ambik keputusan delete ler. hehe..
Nanti bila saya tak segan, saya sign up lagi kot.

Artikel Agama

Kali ni kita baca artikel kawan saya yang lain pulak iaitu Musa Awang. Sebelum ni saya masukkan artikel kawan saya Zainul Rijal.. Saya rasa artikel kali ni pasal Mahkamah Syariah bagus untuk kita fahami bersama..

Walaupun ada beberapa perkara yang saya terfikir dan wajar dibincang lebih banyak berbangkit dari tulissan ini, tapi biar dulu lah.. Apa pun Tahniah Musa!

On the other note, orang bukan Islam boleh tak jadi Peguam Syarie?
Berat juga keadaan sekarang di Malaysia.. bertembung lagi!
___________________________

Peguam Syarie Menulis: Memartabatkan imej Mahkamah Syariah
Oleh Tuan Musa Awang

2010/05/19

Pengumuman naik taraf perjawatan Hakim Syarie disambut baik

PENGUMUMAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, untuk menaik taraf Mahkamah Syariah, mewujudkan perjawatan secara berpusat dan menaik taraf hakim Mahkamah Syariah adalah langkah yang disambut baik dan amat ditunggu-tunggu.

Pengumuman ketika merasmikan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Jumaat lalu, pastinya memberi nafas baru bagi perundangan Islam di negara ini.

Langkah itu sesuai dengan situasi sekarang yang mana Mahkamah Syariah menjadi tempat rujukan orang Islam selain adanya usaha ke arah memartabatkan undang-undang Islam supaya setaraf dengan Mahkamah Sivil.

Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada Mahkamah Sivil. Pindaan itu menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan Mahkamah Sivil sekali gus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Namun, selepas 20 tahun, kedudukan Mahkamah Syariah pada hakikatnya masih pada taraf rendah berbanding Mahkamah Sivil daripada sudut hieraki, perjawatan, jaminan perjawatan, keselarasan dan penyeragaman undang-undang serta penghakiman.

Begitu juga persepsi masyarakat, lambang dan prestij, infrastruktur, prasarana, latihan kepada pegawai, undang-undang dan penguatkuasaan, skim dan gred penggajian kakitangan, bidang kuasa perundangan, perlantikan hakim dan banyak lagi.
Pada masa kini, hanya ada tiga tingkatan Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Berbanding empat tingkatan di Mahkamah Sivil iaitu Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret.

Maka dengan cadangan terbaru berkenaan, tingkatan Mahkamah Syariah akan dinaik taraf kepada Majlis Rayuan Syariah (Syariah Privy Council), Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Tengah Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

Peningkatan taraf Mahkamah Syariah ini harus sejajar peningkatan taraf perjawatan hakim dan pegawai. Kini, hakim Mahkamah Syariah adalah penjawat awam pada peringkat negeri, kecuali bagi negeri menerima skim perkhidmatan guna sama di bawah penyeliaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada peringkat pusat.

Berbeza hakim di Mahkamah Sivil, hakim Mahkamah Tinggi dan ke atas adalah anggota Badan Kehakiman Negara yang dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) pada peringkat persekutuan.

Jaminan perjawatan hakim di Mahkamah Syariah tertakluk kepada prosedur perkhidmatan awam, berbanding jaminan perjawatan hakim di Mahkamah Sivil yang tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45).

Gaji hakim di Mahkamah Syariah jauh lebih rendah berbanding di Mahkamah Sivil. Contoh, gaji hakim Mahkamah Rayuan Sivil adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding gaji hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Ini tidak termasuk elaun lain.

Sehingga kini, belum ada akademi latihan khusus bagi meningkatkan tahap profesionalisme kehakiman dan perundangan syariah seperti fungsi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) yang menjadi pusat latihan kepada hakim serta pegawai Mahkamah Sivil. Akademi latihan seumpama ini boleh dijadikan pusat meningkatkan profesionalisme peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah.

Ketidakseragaman undang-undang berhubung penubuhan Mahkamah Syariah serta undang-undang syariah antara negeri masih menjadi masalah yang rencam.

Keadaan ini berbeza di Mahkamah Sivil yang mempunyai undang-undang seragam di seluruh negara yang diterima pakai semua Mahkamah Sivil seperti Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Prinsip duluan mengikat yang diterima pakai di Mahkamah Sivil tidak terpakai di Mahkamah Syariah. Akibatnya, keputusan hakim di satu negeri boleh berbeza dengan keputusan hakim di negeri lain, walaupun fakta persoalannya adalah sama.

Daripada sudut positif, ia membuka ruang kepada hakim untuk berijtihad. Namun negatifnya, masyarakat melihat keputusan berbeza itu dalam isu atau persoalan sama, sepatutnya tidak berlaku kerana negara berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah, terutama pandangan ulama Mazhab Syafie.

Mengambil contoh kes kontroversi Kartika Sari Dewi Sukarno. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mengenakan hukuman enam sebatan terhadap Kartika dipertikaikan pelbagai pihak sehingga ke peringkat asas hukuman itu sendiri.

Sedangkan, hakim hanya melaksanakan undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri. Berbeza penghakiman Mahkamah Sivil, keputusan hakim tidak disanggah malah diiktiraf pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Di Mahkamah Sivil ada lambang dan adat kebesaran mahkamah seperti cokmar dan pakaian rasmi yang menggambarkan prestij serta imej mahkamah selaras di seluruh negara. Namun lambang dan pakaian rasmi Mahkamah Syariah berbeza antara satu sama lain. Sepatutnya lambang dan kebesaran Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam diserlahkan dan diseragamkan di Mahkamah Syariah seluruh negara.

Menaik taraf Mahkamah Syariah bukan bermakna ingin merampas kuasa Mahkamah Sivil, tetapi sebenarnya hanya mahu mengembalikan martabat dan fungsi Mahkamah Syariah suatu masa dulu sebelum Inggeris bertapak dan memperkenalkan sistem perundangan barat di negara ini.

Tuesday, May 18, 2010

Focus and focus..

Focus

Apa makna focus?
Makna fokus atau focus adalah beri tumpuan terhadap sesuatu yang sedang dibuat. Jangan buat caca marba banyak benda. Biar satu satu, fokus dan buat sebaik mungkin..

Tangga Kejayaan Adalah Fokus dan fokus....
dan fokus dan fokus...
dan fokus...


Saya sendiri selalu tak fokus bila buat kerja..
Saya sedang belajar untuk lebih fokus..

Saya belajar dari kucing ni..
Terima kasih kucing!




Perjalanan..

Setahun berlalu..

Heater saya rosak hari ahad 16 Mei 2010. Masa saya masuk rumah ni tahun lepas, heater dia rosak dalam bulan Mei jugak. 28 Mei 2009 saya masuk rumah ni. Sekejap masa berlalu. Rupanya lease saya dah nak habis 2 minggu lagi.

Ingat tak saya ada masalah dengan Agent rumah ni? Sapa nama Agent tu?
Yeaa tepat sekali. Agen ni namanya Sam. Sangat mean, cengil, not a good guy. Saya cerita dalam entry Mei tahun 2009 betapa peningnya saya menghadapi karenah Sam. Lepas bergaduh sampai masuk ke Legal Aid, akhirul kalam, Alah permudahkan jalan untuk saya.. Hujung bulan lepas sebelum Abah balik Mesia, jiran sebelah saya datang, she told me suaminya baru terjumpa alamat Landlord rumah saya. Allahuakbar.. Maha Besaar Allah..

Kami pun pergi cari rumah landlord. Diizinkan ALlah dapt jumpa.. Landlord betul adalah maknya, tinggal di Adelaide. Yang ada di alamat kami pergi tu, anaknya dua orang lelaki. Kami pun ceritalah semua perkara.. bla bla bla bla bala bla bla bla bla....

Lepas tu anaknya yang sulong terus call Maknya di Adelaide. Lepas tu bagitau kami, 'Don't worry, you can stay as long as you want. We will terminate the Agent..'

Saya harap Sam dapat belajar sesuatu dari peristiwa ini.. NIlai menghargai orang lain, walaupun orang tersebut bukan Aussie.


Bila aircond rosak semalam, saya call Landlord terus. Dan landlord yang uruskan sampai ada yang datang betulkan tadi..

Syukur puji pada Allah..
Heater dah ok.
Surat offer letter dah dapat.

Semoga laluan saya dipermudahkan lagi oleh Allah..
Tuhan Pemilik alam ini..

Monday, May 17, 2010

Autumn.. Sejuknyer...

Sejuknyer...

Ramai kawan-kawan kami yang pergi Bright. Tapi saya tak pernah sampai lagi. Sekarang waktu Autum, musim luruh. Daun-daun luruh berwarna merah, oren, coklat.. Sungguh cantik sekali. Subhanallah.

Saya tengok yang ada dalam kawasan Universiti saja. Ada banyak pokok-pokok yyang dah luruh daunnya dan masih ada yang masih hijau di dahan. Sekarang pulak siangnya sangat pendek. Jam 5.30 petang dah gelap. Sampai sekarang saya tak faham pergerakan waktu..Pelik sangat pada saya..

Sejuk.. Itu yang paling menakutkan saya. Sejuk.. Walaupun belum winter, saya sudah rasa macam musim sejuk. Pagi -pagi saya kena pakai sarung tangan. Pagi tadi keluar asap masa hantar Aisyah sekolah. Sejuknya.. Menggigil..

Saya tak tahan sejuk sebenarnya. Dulu sebelum saya nak datang sini, saya pernah plan nak tarik diri, tak nak pergi Australia sebab takutkan sejuk. Saya rasa saya buleh mati dalam kesejukkan. eiii sejuknya.. Kat Mesia, kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu bahawa saya ni penyejuk. Tak tahan sejuk. Aircond bukak 18 degree saya dah menggigil dari hujung kaki ke hujung kepala.


Saya memang tak tahan sejuk. Kaki dan tangan saya jadi beku rasanya. Badan saya akan menggigil. Tapi saya sampai juga ke bumi Australia ini. Dan dengan izin Allah saya dapat lepas juga musim autumn dan winter tahun lepas.

Insya Allah saya mampu..
mudah-mudahan bila saya balik nanti, saya jadi lagi tahan sejuk. Insya Allah..

Kat rumah saya sekarang, ducted heater rosak pulak semalam. Adoii napa ler rosak tengah-tengah sejuk ni. Saya dah complaint tadi. Harap esok ada yang datang repair. Sekarang malam-mnalam capai 7 degree. selalunya 10-13 degree. (itu yang saya cek dalam tepon saya).

Sekarang saya rasa sangat sejuk...

Sekarang jam 8.30 malam. Semua urusan pertukaran saya dah email pada UiTM petang tadi. Sekarang saya tengah tulis bab ketiga mengenai Islamic Law.
Sekarang saya pakai sarung tangan, pakai jaket tebal, seluar panjang tebal, sarung kaki tebal.
Sekarang saya tengah pakai heater letrik yang kecik betul-betul saya letak depan saya sekarang, tepi notebook saya..


Sekarang, saya rasa Sejuknye... eiieiiiii...

Artikel Agama

Politik kepartian tak wajar masuk masjid
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

2010/05/17 Berita Harian

Larangan berkempen dalam rumah ibadat untuk elak umat Islam berpecah-belah

PERBAHASAN mengenai penggunaan masjid dan surau sebagai medan berpolitik masih panas dibincangkan masyarakat. Walaupun pada mulanya saya tidak berminat membicarakan isu ini kerana beranggapan ia adalah isu perbezaan politik, namun apa yang berlaku itu menambat hati saya untuk memberikan pandangan. Ada sebahagian golongan yang menyatakan bahawa politik harus dijauhkan dari masjid dan surau bagi memberi peluang kepada pengunjung masjid dan surau beribadat dan tempat ibadat itu sepatutnya menjadi tapak kesatuan umat Islam bukan perpecahan. Ada sebahagian golongan yang lain pula berpandangan bahawa politik adalah sebahagian dari Islam dan tidak boleh dipisahkan dari masjid dan surau. Ini adalah kerana terdapat banyak isu politik yang terbit dari agama seperti fiqh al daulah (feqah kenegaraan) dan sebagainya. Golongan ini mahukan Islam diamalkan sepenuhnya sebagai sebuah tatacara hidup yang sempurna.

Perbahasan yang panas ini mencetuskan ketegangan kerana ia membabitkan Sultan, institusi agama dan juga ahli politik. Pada pandangan peribadi penulis, Islam itu adalah agama yang syumul. Islam juga mencakupi bidang politik yang menjadi elemen penting dalam menegakkan hukum agama. Tanpa politik mungkin agama tidak dapat dimartabatkan. Kepentingan berpolitik di Malaysia amat besar apatah lagi dalam menjaga kedudukan Islam di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Malah penulis tidak pernah meragui politik dan agama tidak boleh diasingkan kerana politik adalah sebahagian daripada agama. Namun persoalannya kenapakah masih ada sebahagian golongan yang mahu politik diletakkan di luar pintu pagar masjid dan surau? Penulis cuba menyelami hasrat dan tujuan yang diutarakan itu.

Penulis percaya titah Sultan Selangor mengarahkan persoalan politik itu tidak dibicarakan dalam masjid dan surau mempunyai niat yang baik iaitu untuk mengelakkan perpecahan dan penyalahgunaan masjid dan surau. Sebagai ketua agama sudah pasti Sultan Selangor mahu rakyatnya tidak berpecah-belah dan berpegang kepada agama. Namun bagi penulis, politik kepartian itulah yang harus dikekang daripada diperdebatkan dalam masjid dan surau, bukannya politik secara umum untuk menegakkan syiar Islam.
Politik adalah sebahagian daripada Islam. Mungkin itu sebabnya Sultan Selangor menitahkan masjid dan surau tidak boleh menjadi medan berpolitik, lebih-lebih lagi larangan itu dibuat ketika musim pilihan raya kecil. Hakikatnya agak sukar untuk membuat garisan pemisah antara perbincangan politik dalam Islam dan perbincangan politik kepartian.

Umpamanya, isu merotan pelajar. Apabila pakar perubatan memperkatakan isu ini, sudah tentu ia menjadi isu perubatan. Begitu juga apabila ahli akademik bercakap mengenai isu merotan pelajar, ia akan menjadi isu akademik. Manakala jika ahli perundangan pula yang bercakap isu yang sama ia akan menjadi isu undang-undang. Sudah tentu apabila ahli politik bercakap mengenai isu yang sama ia akan menjadi isu politik. Jadi di manakah garisan pemisah untuk membezakan isu politik kepartian atau tidak?

Memang agak sukar membezakan sesuatu isu itu kerana ia banyak bergantung kepada siapa dan cara bagaimana ia disampaikan.

Berbalik kepada isu berpolitik dalam masjid dan surau, penulis berpendapat ia boleh dibahaskan di tempat ibadat bagaimanapun hendaklah setakat politik untuk menegakkan syiar Islam. Namun berkempen untuk parti politik ataupun membuat sesuatu demi kepentingan politik kepartian haruslah dijauhi dari masjid dan surau kerana ia akan menggalakkan seseorang itu bermasam muka dengan saudara seagamanya sendiri.

Namun ia tidak bermakna memungkiri titah Sultan Selangor. Keprihatinan baginda dalam menitahkan larangan itu akibat kekhuatiran baginda bahawa masyarakat Islam akan berpecah-belah jika rakyat dibenarkan berpolitik dalam masjid dan surau. Politik sempit yang diamalkan oleh sebahagian daripada kita perlulah dihindari.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

______


p/s Kawan saya ni tulisannya makin lama makin baik .


Tahniah yer!

Sunday, May 16, 2010

Surat Aisyah

Email..

Tadi saya hantar Aisyah ke sekolah agama di ILIM, Dallas jam 10.00 pagi. Lepas sembang-sembang dengan kawan-kawan Singapore, saya kena mintak balik cepat sebab ada meeting VMPGA kat rumah saya jam 11 pagi. Kak Min, Jun, Nor, Kak Hana, Dilla dan ramai lagi kawan-kawan Singapore yang saya baik semuanya kata..'Mana menghilang, lamanya tak nampak Dayah, rindu ler...' hehe.. baik sungguh mereka ini. Saya gembira mengenali mereka. Beberapa minggu Ahad ni, berkebutulan dengan saya sangat sibuk dengan urusan nak transfer Universiti, saya tak pergi ILIM, beberapa kali Aisyah pergi ikut orang lain dan ada beberapa kali Aisyah tak pergi sekolah. Jadi saya pun rasa rindu jugak lama tak jumpa dengan mereka semua.. Tapi saya kena balik cepat.. so saya pun balik.

Sebelum tu saya bagitau Aisyah supaya dapat tumpang sapa-sapa masa balik, tapi dia nak saya ambik juga. Ok ler..

Sebab meeeting tu banyak sangat agenda, meeting terakhir sebelum saya lepaskan jawatan Presiden VMPGA tak lama lagi...nak decide laporan, bila AGM, macamna nak nominate calon bla bla...[release bebanan saya tak lama lagi.. alhamdulillah]. Saya keluar sekejap jam 1.15pm nak ambik Aisyah. Tapi lambat pulak keluar, bila Aisyah keluar jer, saya terus panggil dan terus balik. Laju jugak ler saya bawak kete..

Masa dalam kete, saya marah Aisyah.. [sepatutnya saya tak payah marah, tapi nak marah jugak sebab banyak songel...hehe..] Aisyah pun diam jer.. sampai rumah dia masuk bilik dan diam..

Aisyah satu perangai dia kalau saya marah, dia akan rasa sangat sedih. Dan menangis sungguh-sungguh. Kalau Abah marah dia tak pulak memberi kesan macam tu.. Saya pun pelik.

Lepas meeting, makan nasi sama-sama (lauk pauk saya order orang lain masak), rakan-rakan Exco VMPGA balik jam 4pm dari rumah saya. Lepas mereka balik, Aisyah datang dekat dan bisik kat telinga saya, 'Umi, Aisyah hantar email kat Umi sebab Aisyah rasa very sad Umi marah. Umi bukak yer.'

Bila saya bukak,
Ini rupanya email Aisyah..







Dear Umi,
Thank you for being a
nice mum.

Umi, you are the best
mum in

the whole wide world.
Thank you

for taking care of me.

BYE


FROM YOUR
DAUGHTER AISYAH!!









_____________
Sian pulak saya baca..
Saya pun balas ler email Aisyah..





Aisyah Darling Umi,

Umi loves Aisyah very very much..
Don't feel sad. Sometimes
Umi got angry and scold you
because Umi wants Aisyah to
be anak solehah and to change
for a better person.
You are the best daughter in the world.

Umi and Abah love Aisyah forever
and ever..
Bye..


Umi

Lepas tu Aisyah pun happy balik, datang peluk saya dan cium pipi saya kiri kanan.

"Umi, Aisyah loves Umi very very much...'

Itu ler cite Aisyah..

Friday, May 14, 2010

Consultant

My Consultant

Petang tadi, email yang saya tunggu sudah sampai. Pdf conditional offer letter to Melbourne Uni (transfer) telah selamat saya terima. Alhamdulillah. Dan semua tindakan berikutnya akan saya buat pagi isnin nanti. Saya tengah berusaha, semoga ia berhasil. Saya berdoa dan berdoa semoga hijrah ini adalah tindakan yang paling baik untuk saya. Setiap kali saya berfikir, saya akan bertanya soalan yang sama, 'Betul ker apa saya buat ni?' 'Entahler... tapi sekali melangkah, tidak boleh undur lagi..'

Ingat nasyid kat TV Mesia masa hijrah..
Hijrah itu kekuatan..
Hijrah itu kejayaan..
Hijrah itu kedamaian..
Hijrah..
Hijrah
Hijrah....

Semoga saya berhasil..
amin

Bila saya bagitau Consultant saya that saya dah dapat surat. Dia terus peluk saya..
Dia kata..'ALhamdulillah alhamdulillah... '

Sapa Consultant saya tu?? hehe.. sapa lagi kalo bukan Prof Emeritus Aisyah ..


Ini Consultant saya masa dia umur 4 tahun...

Petang tadi, dia said something yang saya terpegun..
'Umi... Alhamdulillah Umi dah dapat surat. Umi ingat yer.. Don't look at your back, look for the future..'

Saya tengok je Aisyah..

Anak anak... hehe...

Thursday, May 13, 2010

Cerita Aisyah..

Soalan ..

Dua tiga hari lepas, Aisyah tanya solan pasal kubur. Saya pun tak tahu kenapa dia tanya soalan tu.
'Umi, kalau kita dalam kubur, kita rasa takut tak Umi? Like are we alone and lonely?'

Saya jawab, 'Ya, memang kita alone dalam kubur. Kita tak da kawan, sebab masa tu kita dah mati dah.'

'Why Aisyah tanya?'

Dia jawab, 'Sebab Aisyah keep thinking, kita dalam kubur, kita takut tak Umi? Aisyah rasa takut ler Umi kalau kita dalam kubur alone, tak da kawan, takda Umi, kain yang balut kita tu boleh kita bukak tak?'

"Mana boleh bukak. Kitakan dah mati. '

'Kalau ada orang mati, lepas tu malaikat tiup sangkakala tu kan, jadi orang tu dalam kubur sekejap je lah kan Umi? Kalau macam sekejap, dia tak sempat rasa lonely dengan takut le kan Umi?'

'uhmppp napa pulak. Semua orang mesti duduk alam kubur sebab masa tu Malaikat Mungkar Nakir nak tanya siapa kita, kita ikut tak agama Islam, kita ikut tak Nabi Muhammad.. walaupun dah dekat sangkakala kedua, orang tu tetap kena tanya jugak'.

'Aisyah rasa takut la Umi. Kalau kubur kita gelap. Aisyah tak suka tidur kalau bilik gelap. Macamna nak buat Umi?'

'Sebab tu kita baca Quran. Sebab sapa baca Quran, nanti dalam kubur dia, Allah bagi light. terang nanti penuh light. '

'Oooo Aisyah nak baca Quran le Umi.. Nanti Umi remind Aisyah yer kalau Aisyah lupa..'

insya Allah...

p/s sekarang Aisyah dah hafal surah al-Muthaffifin. Saya tengah suruh dia ngingat balik surah An-Naba' sekarang. Tapi Aisyah baca Quran belum le pandai lagi. Tajwid masih banyak salah-salah..Kadang2 lepas solat Maghrib Aisyah ngaji Quran. Tapi kadang-kadang tak baca langsung. Aisyah selalunya baca 2-5 ayat jer. Sekarang dia tengah baca Al-Baqarah ayat 140.
_____________

Survivor..

Hari tu saya dengan Aisyah tengok Survivor dalam TV. Dalam tu ada dua kumpulan; Heroes V Villains. Masa tu lawan untuk ambik satu barang dalam pasir. Kumpulan yang dapat bawa barang tu sampai ke garisan dianggap menang. Masa tu yang lelaki perempuan semua pakai pakaian mandi.

Tapi sebab saya nak tengok juga, saya kata dengan Aisyah,

'Aisyah, kita tengok game saja tau. Pakaian dia tak baik. Dress like that tak boleh in our religion ye. Aisyah ingat yer..'

'Ok Umi, I will always ingat, wearing like that is haram.'

Masa tengok cite tu, pemain tu saling tarik tangan, tarik kaki macam-macam.. tiba-tiba ada sorang pompuan yang pakai baju mandi, [bra dan panties], dapat barang tu dan nak lari ke garisan, tetiba ada yang lain tarik bra dia dan tercabut. TV buat blur gambar masa tu sebab filem tersebut dikira filem untuk siaran umum. Pompuan tu terus lari ke garisan tanpa bra. Akhirnya kumpulannya menjerit-jerit selepas diisytiharkan menang.

Kita orang yang tengok ni pun terkejut..Masa tu saya kata kat Aisyah,
'Ya Allah apa benda game macam ni.. teruk sungguh. Tak bagus langsung game ni. Pompuan lelaki campur, pastu pakai macam ni.. main entah apa-apa pulak tu...teruknya kan Aisyah?'

Aisyah jawab,

'Aisyah pun pelik. Dia tak malu ke Umi? kalau Aisyah jadi that woman, the first thing that I do is to cari penutup aurat dulu. bukannya bawak barang tu sebab nak win the game. Penutup aurat tu yang kena cari dulu.. '

'Tapi kan Umi.. the first thing la kan, kalau Aisyah, Aisyah tak nak le masuk game ni. tak best campur-campur..'

'Aa ye Aisyah. Toksah masuk lah game macam ni. Nanti asyah jaga aurat yer bila besar..'


Penutup aurat!. Rasanya tak pernah lagi saya guna word penutup aurat. Selalunya guna menutup aurat.....
Semoga Aisyah bila besar akan jadi Muslimah yang menutup aurat dengan ikhlas, tertib dan dengan penuh kesungguhan dan iman yang teguh. amin

Wednesday, May 12, 2010

Perjalanan..

Menapak dan berlari..

Dalam hidup kita, ada banyak perkara yang kita lalui. Ada yang menarik, kita seronok mengingatnya, hati berbunga bila memikirkannya. Ia dianggap sebagai kenangan manis. Ada yang memeritkan, kita tak suka, menyakitkan hati, menyesakkan jiwa dan kita anggap ia adalah pengalaman yang pahit.

Sebagai manusia yang lemah. Itulah perjalanan kita.

Tapi, sebagai insan beriman, kita mesti berusaha untuk menjadi kelompok yang Nabi maksudkan dalam hadith Baginda..

"Ajaib sungguh seorang mukmin. Apabila mendapat nikmat, disyukuri, apabila diuji, disabari..'
Dengan cara itu, yang baik diterima dengan lapang dada, mengucap syukur pada Allah dan Allah memberinya ganjaran pahala yang baik. Apabila diuji, disabari dengan tabah, maka Allah berikan untuknya pahala berganda..

Dengan itu, apa sahaja yang Allah beri, semuanya baik untuk orang beriman!

Apatah lagi, dalam melihat hidup ini, kita perlu berbeza dengan mereka yang tidak beriman.
'Apakah sama mereka yang beriman dengan yang tidak beriman? Mereka tidak sama' (Al-Quran)

Kita perlu melihat alam ini dengan positif. Allah tidak cipta kita untuk mendiami alam dengan saja-saja. Kita tidak dicipta untuk berseronok sepanjang masa. Kita adalah Khalifah Allah. Ada tanggungjawab dan peranan. Kita perlu lihat alam ini dengan positif. Ia adalah untuk kita terokai. hari demi hari. Dalam meneroka alam, melihat keindahan kejadian Allah, tautkan hati kita dengan Allah. Walau setinggi mana kita pergi, kita tetap hamba yang hina. Jangan takabbur dan ujub pada kelebihan diri. Masa yang sama, kita jangan melihat orang lain dengan hina. Jangan mengutuk orang kerana boleh jadi orang yang dihina lebih baik di sisi Allah daripada kita.

Justeru...

Setiap hari yang kita lalui..
ia adalah pemberian Allah..
Mari kita laluinya dengan sebaik mungkin..







Kata-kata hikmah ini juga sangat menarik..
Marilah sama-sama kita renungi..

Setiap yang kita lalui adalah kenangan terindah yang tidak dapat diulang lagi..


p/s Saya baru lepas berym dengan kawan yang menghadapi masalah rumahtangga. Saya doakan dia tabah, sabar, jangan mengalah dan jangan lemah semangat. Mesti ada penyelesaiannya, saya akan titipkan doa untuknya setiap kali lepas solat. semoga Allah membantunya..amin..

Monday, May 10, 2010

Umi Dapat Hadiah

Hadiah Hari Ibu..

Aisyah kasi hadiah banyak betul untuk Umi sempena hari ibu.
I feel so honoured and blessed.

My Darling Aisyah,
Thank you yer...
Creativenya anak Umi..
Semua hadiah buat sendiri.. jimat duit.. hahaha

But the thought that counts, not the price..


Inilah hadiah Aisyah kasi Umi...
1- Green Card Happy Mother's Day
2- pink Card Happy Mother's Day
3-Box for Umi
4-Door hanger for Umi
5-Flowers.
6-Another box for Umi
7-Painting- the Great Ocean..

Mari kita lihat..



Pink card
Flowers...

Door Hanger..



Aisyah, thank you so much, you are such a wonderful daughter.
I am very very proud of you..
May Allah bless you always and make you anak solehah..amin
________

Untuk Ma di Kota Bharu..

Saya hantar mesej jer.. Saya call tak angkat jadi saya text macam ni,[Sekarang Ma ada di KL rumah Adik saya. Rupa-rupanya baru saya tahu Adik-adik saya bawak Ma gi Port Dickson duduk 2 hari di resort dan belanja Ma makan besar sempena hari ibu.. yeaa bestnya...Tapi yang kurang bestnya Ayah tak ikut. Ayah di Kota Bharu..

Mesej saya untuk Ma sempenaa Hari Ibu.

'Ma yang sangat dikasihi, Selamat hari Ibu ye.
Semoga Allah selalu menjaga Ma dan Ayah,
panjangkan umur, murah rezeki dan sihat selalu dan
dapat pergi umrah tak lama lagi..amin'

Ma dan Ayah berhasrat nak pergi umrah sebulan dan balik selepas Raya. Saya doakan semoga Allah menjemput ibu bapa saya ke rumahNya yang indah. Saya berdoa semoga Ma dan Ayah sihat dan dapat ke Mekah sebelum Ramadhan ini. Dan balik ke Malaysia selepas Syawal ini. Semoga ada rezeki..
amin ya rabbal alamin

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari IBU..

Ibu Ratu Hati..

9 Mei 2010..
SELAMAT HARI IBU KEPADA
SEMUA IBU-IBU DI MALAYSIA
DAN DI MANA SAJA BERADA....


Lihatlah video ini.. dan ingatlah ibu kita...






p/s saya tak setuju bila dalam surat tu Mak dia minta maaf pada anak-anak.. Mak tak berdosa, anak-anak yang bersalah dengan Mak...Kalau saya jadi proofreader skrip ni, bahagian akhir saya akan edit.. Instead of 'Jika Mak berdosa besarkan kamu, ampunkan Mak' which is totally wrong.. lebih baik kalau dibuat, 'Walaupun anak-anak Mak bersalah, mak selalu ampunkan semua anak-anak Mak'. Atau kalau nak bagi pengajaran pada anak tersebut, toksah kata Mak ampunkan tapi kata 'Anak-anak Mak, ingatlah pesan nabi, syurga di bawah tapak kaki ibu'. Anyway, video ini sangat baik dan mengesankan.. Tahniah untuk pembikinnya..)

Saturday, May 8, 2010

Raja..

Raja Kawe..

Sebagai rakyat Kelate, saya rasa sedih bila baca perkembangan raja Kalate. Raja Mael di rawat di HUSM, isteri dan Tg Fakri nak bawa ke Singapore. Tg Faris tahan dan masukkan ke HUSM. Apa yang berlaku? Nampak tidak sekata dan memberi kesan yang tidak baik pada nama baik kesultanan kelate. Apa yang berlaku sebenarnya?

Saya tak tahu. Kepada yang tahu, sila ler bagitau saya. Saya sangat nak tahu..

Sharing and Caring..

Talk

Petang ni saya nak pergi Malaysia Hall, share sedikit pengalaman dengan man-mana yang berminat. Speaker utama adalah Br Anuar Shah. Bahagian saya sekadar add siket-siket jer. Saya cuma berhasrat nak share, macamna nak buat CV yang baik, SKT lengkap, nak plan kertas kerja dan publication supaya dalam CV nampak cantik dan consistent seepanjang tahun dan lain-lain. saya cuma nak story dalam 10-15 mt jer.


Malam tadi, saya ke rumah Puan Rahmah di Greenvale usrah kaum ibu KgVic. jauh betul rumahnya, dan hujan pulak tu.. Tak ramai sangat yang dapat hadir, tapi alhamdulillah majlis berjalan baik. Mereka seronok saya cite tentang aura, macamana nak absorb aura dan macam-macam... Berkongsi adalah satu yang menarik. Makanan punya best, ada nasi kerabu, mee kari, popia goreng, manisan Arab, macam-macam.. Rahmah kahwin dengan orang Arab, rumahnya macam istana.. masya Allah besar sangat.. dan dia pun sangat baik orangnya. alhamdulillah

Malam yang sama ada study circle bundoora tempat saya tinggal, tapi saya tak pergi. Ummi Salwa ada, ada ramai yang boleh ganti. Program kaum Ibu di Bundoora sudah kukuh dan saya memang sangat seronok melihatnya. Program tersusun dan kehadiran sangat memberangsangkan, kadang-kadang sampai 35 orang. Sebab study circle bundoora dah strong, saya tolong KgVic pulak setakat saya mampu, bantu Filah. Bila saya semakin sibuk, saya terpaksa tinggalkan kesemuanya dan focus padda penulisan saya. insya Allah..

Thursday, May 6, 2010

Kesamaan gender

Siaran..

Artikel ini panjang melebihi ruang disediakan. Sebuah artikel di surat khabar seperti Berita Harian, Utusan, Harian Metro dan lain-lain, yang paling cantik adalah 750 patah perkataan. Saya tulis panjang sangat, dalam 820 perkataan. Editornya potong 1/3 darinya..




Artikel yang lengkap ada disiarkan dalam entry sebelum ini.

Tajuk Artikel disiarkan hari ini, Berita Harian Ruangan Agama ditulis sebagai:

Bantahan terbuka layanan buruk terhadap wanita
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

2010/05/06

Perjuangan kesamaan gender di Barat tidak ambil kira nilai ditetapkan agama Islam

Good Luck Ina

Presentation


Ina is in SIngapore now (6-7 may 2010), attending Asia Conference on Marital Dissolution in Asia Conference & Workshop organized by the Asia Research Institute, National University of Singapore, Bukit Timah Campus, SINGAPORE. She will be pressenting our JV paper entitled 'Child Custody and Maintenance Decisions:
A Case Study of Selected High Court Judgments in Malaysia from 1998-2008'.

Good Luck Ina aka Fadz Nawi.
Selalunya Workshop pasal mariage and divorce banyak membawa idea feminisme. Jawab bagus-bagus ye Ina soalan yang dibincangkan ya... BRAVO!

Wednesday, May 5, 2010

Royalti

UiTM di Hatiku...

Itu lagu tema UiTM.
Saya baru lepas buka penyata bank gaji saya iaitu Maybank2U.
Sangat terkejut sebab di di dalamnya tertulis...
27/04 KEPADA PENULIS BUKU TETUAN U BYRN R 948.41+

Bestnyer....
UPENA keluarkan bayaran royalti buku. Ini untuk buku yang mana yer? Maybe buku Fasakh? Or buku Isu Syariah 1 or buku Isu Syariah 2..
Saya kena cek ni, sebab kalau buku Syariah 1, saya share percentage dengan kawan saya Hj Zainul. kalau buku Isu Syariah 2, saya share percentage dengan tiga orang iaitu Hj Zainul, En Isa dan saya.. Tapi kalau buku Fasakh, maknanya royalti untuk saya sorang...

Alhamdulillah....Syukur pada Allah.
Terima kasih UiTM di hatiku...


Doctor and Ustaz to be..

Tasnim

Saya baru tahu.. anak sedara saya, namanya Tasnim Razali, umur 18 tahun, anak kakak saya Kak Za, yang jadi lecturer UTM Skudai dapat result SPM hari tu. Sorang lagi Zuhri Rushdi, anak kakak saya yang sulung, yang jadi lecturer di UTM KL juga ambik SPM. Saya terlupa dua orang anak sedara periksa SPM.. isyyy dasyat sungguh.

Semalam saya call Ma.. sembang dengan Ayah dan Ma. Seronok mendengar suara Ma dan Ayah. Buah hati kami sekeluarga. Saya khabarkan saya dah dapat keputusan dari Univ baru, lepas ni kena buat beberapa lagi tindakan. tapi insya ALlah saya dapat pindah Univ nanti, dan mereka mengucap syukur yang panjang. Terima kasih Ma dan Ayah atas doa yang diberi untuk saya di sini.

Masa sembang-sembang dapat tahu perkembangan Tasnim dan Zuhri.

Sekarang saya nak cite pasal Tasnim..
Dia sekolah Agama Al-Hidayah Johor. Sangat rajin baca buku. English dia jangan cakap, excellent. She was an excellent english debater representing her school in the national debate competition . Englishnya sangat terer lepas ikut Mak dan Ayahnya sambung Master dan PhD di England. Dia ambik SPM dapat 14A iaitu 8A1, 6A2.. takutnyer saya dengar... Tahniah yer Tasnim.. Dan sekarang dia sedang berada di PPP, buat program 3 bulan untuk ke Jordon, tajaan JPA untuk membuat Ijazah Kedoktoran...

My Mum was so happy.. At last, cita-cita Ma dan Ayah untuk ada seorang doktor dalam keluarga kami akan tercapai..Anak-anaknya tak dapat jadi doktor. Jadi cucunya dapat jadi doktor, kira syukur alhamdulilah..

Tapi Mak saya buat joke..
'Tapi Ma ada dua orang dah doktor iaitu Kak Za dan Abe Lie. Lepas ni adik pulak...'
dan Ma ketawa ... hehe...

insya Allah Ma.. [upss saya masih dipanggil Adik oleh Ma dan Ayah walaupun saya sudah hampir nak tua dah]... hehe...
Berkat doa ibuku dan ayah tersayang, saya akan berusaha sehabis daya mencapai cita-cita yang ada.. insya Allah..

Tahniah to my beloved Tasnim. We are very proud of you..
_________

Zuhri pulak..

My beloved anak sedara ini cenderung nak jadi Ustaz. Saya sangat kagum dengan Zuhri. Malam Jumaat dia dan kawan-kawan akan tidur di Masjid dekat rumah dan bangun tahajjud beramai-ramai. Masa Ramadhan juga dia selalu tidur di Masjid. Solat Maghrib dan Isyak dia sangat perihatin, mesti berjemaah di Masjid. My darling Zuhri. Zuhri dapat 3A, (tapi detailnya Ma tak cerita pulak kat saya) . Zuhri insya Allah akan ke Mesir untuk buat Syariah di Azhar.

Saya akan kirimkan hadiah saguhati RM100 seorang lepas ni..

Tahniah to my beloved Zuhri... We are very prod of you too...

Perjalanan

Pindah..

Saya sedang berusaha untuk membuat semua perkara yang membolehkan saya pindah dari Universiti yang ada berada sekarang ini. Semalam saya email Staff terlibat dan tanya bila agaknya saya akan dapat offer letter dari Univ baru? Saya dapat jawapan, kena tunggu dalam 2 minggu lagi.. Lama sungguh prosesnya. Saya tak jangka ia akan jadi begitu lama.
Penantian adalah satu penyiksaan..
benar sungguh.

Apa sebenarnya yang saya buat setakat ini?
Saya tetap menulis, bab demi bab tapi lompang sana sini ler. Tak complete lagi. Semalam saya jumpa Staff ELS LAS sekali lagi. Namanya Suzanne, dia pakar bahasa dan dia banyak membantu saya mencadangkan pemilihan perkataan yang lebih intelect, ubah ayat dan lain-lain. Thank you Suzanne.

Back to the process to transfer university.. it's still not completed yet. There're many other things to do. Briefly, if we want to transfer, we need to send to our Univ in Malaysia the relevant documents : the offer letter from the new University, proposal, chapters that I have completed (so far), letter fromthe new pottential Supervisor, the support letter by our Dean/Head of Department in Malaysia, the written arguements why we want to transfer.. It's better if we can provide a support letter from our current Supervisor. (ini yang agak susah ni..)

Saya tengah menyediakan semua perkara ini..
Semoga by the end of May saya dapat pindah dengan baik.

If we have problems with our supervisor or with our research,
to stay or not to stay is our choice..
in my case, I choose to transfer...

It's a difficult decision, but I have made my decision!
May ALlah help me.

Monday, May 3, 2010

Perjalanan

Perjalanan dan Penghujung..

Kak Sal dan Suaminya Allahyarham Yusuf Theo (ada yang call him Abang Theo, ada call Uncle Theo.. )

Sebelum ini saya dan Abah pernah pergi ke Hospital Austin melawat suaminya yang sakit. Saya tulis ketika itu dalam blog ini.

Tadi saya di pejabat jam 1 pm. Hilal isteri ustaz Nushi call inform suami Kak Sal sedang nazak dan Dr hanya memberi masa 3 jam. Terkejut saya. Subhanallah. Selepas jemput Aisyah dari sekolah, kami ke Hospital Northen di Epping. Saya tak pernah sampai ke Epping jadi tersesat, kena tanya orang kat mana Hospital tu.

Saya naik ke Bahagian ICU dalam jam 4.30pm. Masa tu ada beberapa orang sahabat-sahabat dari KgVic, ada Azah dan Martin, Ratna dan Amrallah dan beberapa yang lain. Saya masuk dalam bilik tempat Abang Theo dan lihat semua keluarga berada di sisi beliau. Kak Sal dan anak lelakinya sedang membaca Lailahaillah tak putus-putus di telinga beliau. Saya ambil yasin dan sempat berdiri belakang Nabila anak sulung kak Sal, semua orang menangis dan mengalirkan air mata. Saya sempat baca 5 ayat saja. Dan kemudian saya pergi dekat dengan katil beliau. Saya baca ayat Qursi, dan beberapa ayat2 lain. Saya nampak Kak Sal mengurut-ngurut pipi suaminya dengan lembut sambil baca Lailahaillah. Lidah suaminya bergerak-gerak sehinggalah akhirnya Kak Sal melalukan tangannya ke atas mata suaminya dan ucap Innalillahiwaiinailaihi rajiun.. Saya rasa sayu dan hampir menitis air mata..

Nurse datang dan menyebut, 'We're sorry. he's not breathing any more. Please wait for the Doctor to declare'. Semua menangis terutama Amani dan Aisyah anak Kak Sal yang sekolah rendah.

Dr datang dan putuskan at what hour jenazah meninggal. Kemudian mereka meminta semua keluar selain family. Saya keluar dan menghabiskan yasin yang dibaca. Sebelum saya balik, saya peluk Kak Sal dan dia peluk saya dengan kuat. Macam-macam saya ucapkan pada Kak Sal dan dia memeluk saya sambil meminta agar dapat doakan untuk arwah dan dia sekeluarga. Sebelum kami balik, saya peluk Amani dan kata macam-macam pada dia.. Air matanya mengalir laju.. 'Be strong Amani. We pray for you and your family..' Dan dia semakin kuat menangis teresak-esak sambil mengambil tisu untuk lap matanya. Saya juga menitik air mata.. Apatah lagi melihat anak bongsunya berumur 3 tahun, tidak tahu apa-apa.. saya menciumnya sebelum keluar dari hospital. Ketika itu semakin ramai kawan-kawan Singapore, KgVic dan lain-lain datang ke hospital.

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun..
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali..
Semoga Allah mengampuni Arwah, memberikan balasan yang baik untuk beliau dan menguatkan seluruh keluarganya yang tinggal. Amin..

Dalam perjalanan balik, saya berdoa untuk arwah, dan saya terkenangkan ibu bapa di kampung. Sambil drive, saya berdoa untuk kami sekeluarga.
Semoga ALlah panjangkan umur Ma da Ayah saya, Abah dan Mak di Bangi dan semua yang saya sayangi. Panjangkanlah umur kami dalam iman dan amal. Sekiranya penghujung umur kami sudah sampai, matikanlah kami dalam iman dan takwa..
Hanya padaMu tempat kami serahkan semua urusan...
amin ya Rabbal alamin..