Thursday, January 1, 2009

1 Januari 2009

1 JANUARI 2009

Hari ini hari Khamis, 1 Jan 2009 bersamaan 4 Muharram 1430H, seluruh dunia meraikan sambutan tahun baru. Dari negeri miskin ke negeri kaya dan negeri terkaya, hampir semuanya menyambut tahun baru dengan 'fireworks'.. Dalam TV menunjukkan Federation Square di Melboure City penuh dengan insan-insan yang menunggu untuk mengira saat menuju ke tahun baru dan melihat buang api.. Sungguh meriah!

Tapi saya sampai sekarang tidak dapat mencari jawapan, kenapa setiap kali hari besar kena sambut dengan 'fireworks'? Tak puas-puas ker tengok bunga api yer..Hari raya buang api, hari merdeka bunga api, hari tahun baru buang api, hari apa-apa lah semuanya nak guna bunga api.. Pelik sungguh...

Dalam semua bersorak berseronok, jangan kita lupa pada Palestin. Israel dengan penuh jahat menjalankan segala usaha gilanya ke atas Palestin... Saya menyeru semua supaya jangan lupa doakan untuk saudara kita di sana, dan jangan lupa memberilah setakat kita mampu ke dalam akaun derma Palestin.

_________

Pada masa yang sama, hari ini juga iaitu 1 Januari adalah hari ulang tahun perkahwinan kami...

Masalahnya semua kedai makan kat sini tutup. Jadi tak dapat lah kita orang nak meraikannya kat restoran.. Akhirnya saya pun buatlah lamb masak kari, ayam halia sos tiram dan fish fillet goreng.. Bestnyer.. Pastu makan kes cheese cake Sara Lee.. hehe.. jadiler tu..

(Kat sini kek Sara Lee dapat Halal Cert dari Austalia Halal Board. Gemukler saya asyik makan kek Makcik Sara Lee jer.. hehe..)

Aisyah tanya,
'Kenapa dengan hari ni Umi..
Hari ni Umi kawin yer... oooo..'
hehe..

To myself and my hubby...

'Happy anniversary to both of us. May Allah always shower us with blessing and give us 'keberkatan' in this life. In this world we are together and hope we are also together in the life after death. amin ya rabbal a'lamin...'