Saturday, June 28, 2008

Aa balik dari Mesir

Alhamdulillah, pada hari Khamis, my younger sister Siti Khadijah aka Aa telah balik dari Cairo, Mesir, bersama suaminya Muez dan anak perempuannya Ulya. Alhamdulillah semuanya selamat dan mereka transit kat rumah my second sister di Pandan Indah. Esok, mereka akan balik ke Kelantan..

Muez dah habis Ijazah Usuluddin. Kak doakan agar Muez dapat result yang cemerlang dan dimurahkan rezeki mendapat kerja yang baik dan memuaskan. Insya Allah..

Aa dan Muez, Kak mintak maaf yer tak sempat nak gi airport ambik you all. Maaf banyak-banyak yer..Hope everything akan berjalan lancar dan sempurna.. amin

Promosi Seminar Agama

Jumaat jam 9.15-9.50 pagi, aku ke udara di radio IKIM menjadi tetamu Slot 'Saudara Baru' sekali gus mempromosikan program ini.

Tembual dikendalikan oleh Mazlina Ismail. Rasanya ok kot persembahanku dalam radio tadi.. Tapi tak tahu ler pendengar kata apa.. hehe .. harap-harap ok. Aku drafkan 4 soalan dan Maz hanya olah kembali dari soalan yang telah dirangka.
_______________

Radio IKIM pada 27 Jun 2008


Soalan:

1- Saudara baru selalunya dirujuk kepada orang bukan Islam yang masuk Islam sama ada semasa muda ataupun telah berumur. Bagaimana perkembangan di negara kita dari segi kemasukan saudara baru yang memilih Islam dan bagaimana Islam menilai kedudukan Saudara baru ini?


2- Apa sebenarnya faktor2 yang selalunya membawa kepada mereka memilih Islam? Kita selalu dengar kisah-kisah seperti mereka berdepan dengan pelbagai masalah apabila ingin menerima Islam, berdasarkan kes-kes yang berlaku apakah antara cabaran yang dihadapi oleh golongan Ini?


3- Kadang-kadang kita dapati drama TV dan cerita2 berkisar mengenai saudara baru ini agak streotype. Digambarkan saudara baru tidak diterima oleh ibu mertua dan keluarga pasangan jika berkahwin dengan orang yang asal Islam, diketepikan dan dipandang serong. Boleh puan jelaskan apakah peranan orang Islam, atau orang yang asal Islam terhadap saudara baru.


4- Pihak PGSM khabarnya akan mengadakan seminar khusus mengenai Saudara Baru. Apa objektif dan siapa penceramah terlibat. Siapa perlu hubungi.. Mungkin ramai yang berminat..

____________________


Sememangnya plot untuk temubual di radio dan di TV lebih kurang sama, untuk menyelamatkan keadaan dan menjadikan perbincangan lebih tersusun, kita perlu drafkan soalan supaya perbincangan tidak tersasar dan lari dari landasan.. Aku dapat sms dari IKIM untuk kirimkan draf soalan ini pada jam 10 pagi, dan aku ketika itu tengah bergegas untuk ke British Council. Jadi dalam 10 minit, aku draf dan emelkan pada penerbit rancangan iaitu kawanku Ustaz Zamri Zainal Abidin IKIM.

_______________

Sekadar pendapat, secara keseluruhan temubual tersebut berjaya mempromosikan Seminar ini, sehinggakan selepas habis slot tersebut, jumlah peserta dari 90 telah meningkat menjadi 130. Kira-kira jam 11 malam, aku minta Kak Puspa AJK Bahagian Peserta supaya tutup kedai dan tolak permohonan lagi. Penyertaan perlu disertakan dengan duit segera, sama ada dimasukkan dalam Bank Islam akaun JIM Petaling ataupun bawa cash kepada AJK dan kami akan serahkan kepada Kak Puspa. Tujuannya untuk memastikan kehadiran dan komitment peserta.

Bila telah dibayar, selalunya mereka akan pasti datang kecuali terdesak, berbeza dengan call dan daftar nama, tiada sebarang bayaran selalunya berakhir dengan peserta tidak datang. Itu yang kita takutkan..

_________________

Dan perkara yang paling gembira bagiku kerana Abah memberi maklum balas yang menyebabkan hatiku berbunga-bunga..

Apa katanya?


'Abah tak sempat nak tape sebab ada discussion tadi, tapi sempat dengar separuh..Umi cakap dalam radio tadi ok ler.. cool dan sampai target. Suara pun jelas. Kesimpulannya Umi berjaya ditemuramah dan menjawab soalan dengan sangat baik, Berjaya menguasai suasana.. Abah kasi Band 8.5'... hehe...


Dan satu lagi, setiap kali aku chair meeting, my husband akan bagi remark yang positif, tapi kalau salah, dia juga tukang kondem yang power gak tu....


'Ok Umi lead meeting, ceria.. semua orang seronok jer Abah tengok.. bagi idea sambil santai.. Boleh bincang-bincang.. Macam tu ler lead meeting.. Kalo serius sangat, nanti ngantuk.. orang malas bagi idea..Abah bagi Band 9.' hehe..


Thank you yer Bah atas sokongan..
I can't go this far without your support..
_______________________


Esok Sabtu jam 10 pagi, Aku, Hj Isa dan semua AJK akan turun ke Dewan Rinantanda MBSA untuk membuat persiapan terakhir: Apa agaknyer..


1) Pasang backdrop
2)Masukkan buku karangkraf, air kotak dan nota ceramah dalam pocket file
3)Pasang arrow dari parking lot ke Lif B Bangunan MBSA, arrow ke surau dll
4) Make sure PA dan notebook serta LCD ok
5)Make sure kerusi VIP dan semua
6) Double check makanan jam berapa, plastik sampah dan bagaimana nak kasi pada peserta
7)Pastikan pocket file siap diletak atas setiap kerusi
8) Pastikan meja pendaftaran ada dan bertanda
9)Pastikan meja jualan barang, dan semua penjual perlu hantar barang esok, bukannya hari Ahad nanti bertembung dengan peserta di lift.
10) Pastikan apa-apa yang lain agar majlis berjalan lancar



KepadaMu ya Allah kami serahkan.. Semoga semua ini diterima sebagai amalan soleh kami, setakat yang terdaya untuk membantu agamaMu.. amin

Thursday, June 26, 2008

Seminar Agama-Belakang Tabir

Dalam Blog PGSM aku menulis...

PGSM telah bekerjasama dengan JIM Petaling dan MBSA untuk menganjurkan Seminar Sehari 'Memahami Cabaran Saudara Baru dan Agama Dunia' pada Ahad 29 Jun 2008.

Makluman:

1- Pertukaran Penceramah Slot 4- Tuan Mohamad Naser Disa dari Jabatan Peguam Negara akan menggantikan Tuan Hanif Katri dari PEMBELA.

2-Oleh kerana pihak penganjur telah berjaya mendapat banyak sponsor, maka yuran Seminar telah diturunkan dari RM50 kepada RM25 sahaja.

3- Sehingga hari Rabu 25 Jun 08, jam 11 malam, peserta berdaftar yang telah membayar yuran berjumlah 80 orang. Kapasiti Dewan hanyalah 120 orang sahaja. Hanya tinggal 40 kerusi sahaja lagi.

4-Promosi berkenaan Seminar ini diadakan beberapa kali melalui 'Salam Masjid Radio IKIM' pada hari Khamis dan Jumaat jam 6.30 petang dan 'Slot Saudara Baru-Radio IKIM' pada Jumaat 27 Jun 08 jam 9.15-9.40 pagi nanti.

Sila mendaftar diri bagi yang berminat.

Moderator
______________________

Di belakang Tabir..

Selaku Moderator PGSM cum Pengarah Seminar.. banyak betul perkara perlu dibuat tetapi dengan kerjasama semua AJK, semua berubah menjadi sangat mudah dan tersusun. Aku sangat bersyukur dengan kesungguhan semua AJK..

Jumlah mesyuarat diadakan berhubung program ini adalah 6 kali kesemuanya bermula dari awal May sehinggalah akhir Jun, semua mesyuarat diadakan di rumahku bermula 9.30 malam dan habis jam 11.45 malam..Malam tadi Rabu 25 Jun adalah yang terakhir sebelum semua persediaan telah diusahakan. Kesemua mesyuarat juga dipengerusikan olehku atas kapasiti Pengarah Program, Ketua Biro Dakwah JIM Petaling dan juga Exco PGSM...

Keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan kesungguhan kesemua jawatankuasa seminar. Secara tulus, aku melihat kesemua mereka sangat menghormatiku, mendengar setiap cadanganku dan berbincang dengan baik sehingga keputusan berjaya dicapai dengan sempurna.

-Pengarah Bersama adalah aku dan Haji Isa. Aku di bawah nama PGSM dan Hj Isa di bawah JIM. Dia sangat bersungguh2.. kagum betul aku melihatnya..
Berusaha menghubungi JIM Media, berbincang dangan banyak pihak sehingga syarikat Hj Zukri akhirnya bersetuju untuk sponsor banner dan printing phamplet sebanyak 2000 copy.

-SU Br Zuraidi pun sama, sangat tepat menyiapkan surat menyurat dan minit mesyuarat. Menjaga bahagian protokol seminar.. Selalu menelefon dan bertanya pendapatku apabila menghadapi masalah berhubung Seminar ini. Dan selalunya apabila masalah tidak sempat dibincangkan kerana masa yang suntuk, mereka semua dengan senang hati memberi ruang untuk aku membuat keputusan.. Aku terasa diraikan..

-Kak Ram, Nurul, Kak Ezlinda, Yus, Suhaili yang telah sanggup turun naik ke sana sini mencari sponsor dari restoran2 untuk menaja makan pagi, makan tengahari dan minum petang untuk semua peserta.. Akhirnya Kak Ram berjaya mendapatkan Restoran Syed menaja mee untuk breakfast, Restoran Megah Seafood menaja makan tengahari untuk 180 orang termasuk AJK, Restoran Azira sponsor kueh dan Restoran Hidayah telah bermurah hati menderma cas Rm500. Sehingga budget untuk makanan peserta sebanyak hampir RM2500 berjaya ditiadakan. Kerana itu, mesyuarat bersetuju menurunkan yuran sebanyak 50%, dari RM50 kepada RM25 sahaja..

-Begitu juga dengan Nurul yang telah sanggup membuat banyak perkara untuk Seminar ini.. Dialah yang membuat design banner, phamplet dll yang melibatkan komputer kerana Nuurul ni computer savvy. Bagus betul.. Dan yang paling bagus, Nurul juga berjaya mendapatkan sponsor majalah-majalah dari Karangkraf untuk semua peserta.

-Begitu juga dengan suamiku Hj Fairuz...yang selalu di belakangku dalam semua usaha yang aku lakukan..

Abah dan Hj Isa telah membuat list semua bilangan masjid dan surau di setiap seksyen di Shah Alam, dan tugasan dibahagikan supaya makluman Seminar ini sampai kepada sasaran ie penduduk setempat.Mereka semua telah memberikan tangan dan tenaga sehinggakan semua berjaya diserahkan dengan teliti. Tugasan menghubungi individu dan masjid/surau diserahkan kepada JIM dan PGSM menghubungi NGO2 meminta wakil 3 bagi setiap NGO. Aku tengok kemas betul gerak kerja JIM, Hj isa secara peribadi memang sangat perihatin dengan perkara ini.

-Begitu juga wakil dari PGSM, Siti dan Mimi yang telah call kesemua NGO dan ahli PGSM ajak ke majlis tersebut..

-Begitu juga dengan En Yazid, Pegawai Korporat MBSA yang telah berusaha mendapat Dewan MBSA.. Dewannya sangat cantik, bukan seperti Dewan biasa, tapi Dewan hotel, bersebelahan dengan Bilik Mesyuarat Ahli Dewan MBSA... Aku sangat terharu kerana En Yazid berjaya mendapatkan Dewan ini untuk Seminar ini..

Sungguh .. Demi Allah aku sungguh kagum dengan kesungguhan dan semangat mereka - bergerak dalam kesibukan kerjaya penuh ikhlas tanpa bayaran.. Semoga Allah membalas kesungguhan mereka dan juga sumbangan yang aku mampu berikan..

Inilah sedikit sumbanganku di mana kakiku berada dalam PGSM dan JIM, sedaya upayaku sebelum aku tinggalkan JIM dan PGSM, ada sesuatu yang aku lakukan... Semoga Allah memberkati seluruh perjalanan hidupku..amin

_____________________

Tuesday, June 24, 2008

Perjalanan Hidup

Hari Sabtu, Aisyah menerima buku laporan untuk penggal satu...
Pastu Umi pulak bertembung dengan Program UiTM di INTEKMA dan juga ada satu program PGSM di Mahkamah Syariah KL. Abah pulak kerja hari Sabtu.. macamna yer??

Nanti kita ceritakan apakah yang berlaku hari tersebut..
jeng jeng...

_______________

Sebelum ini, Aisyah pernah tulis satu karangan dalam buku Bahasa Malaysia bertajuk
IBUKU..Umi telah membacanya dengan teliti sebab Aisyah dapat markah tinggi untuk karangannya itu..

Aisyah menulis..



IBUKU


Nama ibu saya Nurhidayah. Dia seorang yang sangat sibuk.
Dia adalah pensyarah UiTM. Dia juga orang PGSM.
Dia juga orang JIM. Tiap-tiap hari ibu saya sibuk..
Saya kesian ibu saya..Pagi-pagi pergi kerja, balik rumah bukak komputer.
Saya sangat sayang ibu saya. Ibu saya sangat baik, tapi kadang-kadang dia garang...



Terkedu jugak Umi baca tulisannya.. Ada dua pengertian:
1- Uminya sangat sibuk dan dia rasa sedih sebab kurang masa untuknya..
atau
2-Uminya sangat sibuk dan dia bangga ibunya sibuk..

Entahler yang mana satu..

Jadi untuk tidak mengecewakan hati kecil anakku sayang, Umi mengambil keputusan ke sekolah ISSA, berbincang dengan guru kelasnya dan berada bersama-samanya mengambil buku rekod...

Aisyah mendapat purata 87.7% -
-100% untuk Bahasa Malaysia
-93% untuk Bahasa Inggeris
nanti Umi akan uploadkan markah Aisyah lepas ni..

Umi telah mencium dan memeluknya sambil mengucapkan ..


'TAHNIAH YER AISYAH..
Anak Umi ni pandai sangat..
Nanti lain kali buat bagus-bagus lagi ye...'



Kesimpulannya.. Aisyah sangat gembira sebab Umi ke sekolahnya dan selepas mengambil resultnya, Aisyah telah mengikut Umi ke INTEKMA, duduk belakang sekali semasa dalam Bengkel sambil buat her colouring.. Dan lepas tu, join makan tengahari kat INTEKMA.. Banyak betul Aisyah makan spgahetti..

Disebabkan itu juga, Umi tidak hadir semasa program PGSM di Mahkamah Syariah KL..
Dan dilaporkan Program tersebut berjaya, hampir 40 Peguam hadir.. Alhamdulillah..

Kegembiraan anakku Aisyah adalah satu kegembiraan tertinggi untukku...

Wednesday, June 18, 2008

Martabatkan Peguam Syarie

Disiarkan dalam Berita Harian hari ini 18 Jun 2008
____________

Martabatkan Peguam Syarie: Konvensyen Peguam Syarie 14 Jun 2008
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Negara pada 14 Jun menyebut bahawa usaha ke arah mewujudkan Akta Guaman Syarie sedang dijalankan dan dijangka draf rang undang-undang berkaitan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada Ogos ini.

Beliau turut menambah bahawa dengan adanya akta tersebut, Majlis Peguam Syarie akan dibentuk yang bertanggungjawab mentadbir dan mengawal selia profesion guaman syarie di negara ini. Dengan adanya majlis tersebut, masalah Peguam Syarie seperti urusan penerimaan masuk sebagai Peguam, kaedah-kaedah dan urusan disiplin serta etika Peguam Syarie dapat dikawal selia.

Ucapan beliau sangat menarik dan ia merupakan cita-cita seluruh Peguam Syarie yang ada di negara ini. Kewujudan Akta Guaman Syarie serta Majlis Peguam Syarie secara tak langsung akan meninggikan kedudukan Peguam Syarie seperti mana rakan sejawat mereka di guaman sivil.

Konvensyen yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) buat julung kalinya boleh dianggap berjaya kerana mampu mengumpulkan lebih dari 700 orang Peguam Syarie dari seluruh negara termasuklah dari Sabah dan Serawak.

Antara objektif program ini adalah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peguam Syarie termasuklah peranan, hala tuju dan cabaran yang dihadapi oleh Peguam Syarie.

Dalam program tersebut, banyak tajuk dibentangkan dan ada beberapa isu diketengahkan. Antara yang menarik untuk dikupas adalah mengenai kedudukan Peguam Syarie berbanding Peguam Sivil.

Peguam Sivil tertakluk kepada Akta Profesyen Guaman 1976. Dalam Seksyen 3 dan 11 menyatakan bahawa orang berkelayakan yang boleh diterima sebagai Peguam bela dan Peguam cara antaranya adalah lepasan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya, Universiti Malaya di Singapura, Universiti Singapura atau Universiti Kebangsaan Singapura; seorang barrister-at-law England; atau orang yang mempunyai apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga melalui pemberitahuan dalam Warta, berumur 18 tahun ke atas, berkelakuan baik, tidak diisytiharkan bankrap dan lain-lain.

Ini menunjukkan Akta ini tidak mengiktiraf Peguam Syarie yang mendapat kelulusan Syariah dari mana-mana IPT untuk diterima sebagai Peguam bela dan Peguam Cara. Ini memberi kesan sehingga kepada Peguam Syarie tidak boleh diterima sebagai rakan kongsi dan tidak dianggap Peguam yang boleh diletak namanya di dalam ‘letter head’ firma guaman Peguam Sivil.

Perbezaan ketara ini menampakkan bagaimana secara langsung dan tidak langsung kedudukan Peguam Syarie yang tidak dianggap setara dengan rakan mereka Peguam Sivil. Terdapat dua keadaan berbeza di mana Peguam Syarie yang bukan lepasan undang-undang tidak boleh beramal di Mahkamah Sivil tetapi Peguam Sivil yang mempunyai lesen Peguam Syarie, boleh pula beramal di Mahkamah Syariah.

Namun begitu, untuk mencadangkan supaya Peguam Sivil ditolak dan tidak boleh diterima sebagai Peguam Syarie bukanlah satu cadangan yang bijak. Seharusnya semua Peguam terlibat perlu bersatu hati, saling lengkap melengkapi dan bersepakat untuk mendesak perubahan demi memartabatkan profesion guaman Syarie, bukan bertelingkah, bermusuh dan melihat antara keduanya sebagai lawan yang perlu ditentang.

Kita tidak boleh nafikan bahawa dewasa ini banyak berlaku kes-kes yang bersifat pertindihan Perlembagaan, melibatkan bidang kuasa Mahkamah Sivil tetapi membicarakan kan isu-isu Keislaman seperti isu perbankan Islam, permohonan murtad, ajaran sesat dan sebagainya.

Dengan kerjasama Peguam Syarie lepasan Syariah dengan Peguam Sivil yang juga adalah Peguam Syarie, maka hasil perjuangan akan menjadi lebih baik. Bahkan masing-masing boleh saling belajar untuk meningkatkan diri melalui pengalaman dan keilmuan yang berbeza.

Kemungkinan boleh dicadangkan agar peruntukan Akta Guaman 1976 tersebut disemak kembali demi keadilan kedua-dua pihak. Apatah lagi kita sememangnya Perlembagaan Persekutuan sendiri telah mengiktiraf kewujudan dua sistem undang-undang Syariah dan Sivil di Malaysia yang seharusnya pihak yang beramal dipandang setara kerana matlamat akhirnya adalah menyemarakkan institusi kepeguaman dan membawa keadilan kepada semua.

Prof Adjung Tuan Haji Sulaiman Abdullah dalam ceramahnya telah menyentuh mengenai isu-isu dalam kaedah dan peraturan Peguam Syarie negeri. Namun begitu, masalah terkini yang dihadapi Peguam Syarie seperti tiadanya ‘premium indemnity’, kes peguam diterima di satu negeri tetapi ditolak di negeri yang lain kurang disentuh dengan terperinci.

Tuan Haji Salleh Buang pula menyentuh mengenai peri pentingnya Peguam Syarie bersikap positif, mempunyai semangat untuk berjuang dan bersedia mengharungi cabaran di abad baru ini. Beliau menekankan Peguam Syarie perlu mempunyai etika kerja yang baik dan kukuh.

Ia sekali gus menguatkan tuntutan bahawa bagaimana etika tersebut dapat dipelihara dan yang terlibat dengan salah laku, tidak beretika dapat di bawa ke tengah jika tiada Majlis Peguam Syarie yang bersifat mengikat Peguam Syarie di bawahnya. Justeru, kewujudan Akta Guaman Syarie sememangnya satu keperluan besar dan memberi kuasa pula kepada penubuhan sebuah Majlis Peguam Syarie.

Konvensyen ini sebenarnya sangat baik dan wajar diteruskan serta dijadikan program tahunan sebagai tempat pertemuan dan perbincangan para Peguam Syarie di seluruh negara. Namun begitu, Konvensyen pada hari tersebut sangat padat dengan pembentangan yang banyak dan tiada ruang berbincang yang luas diberikan kepada peserta. Adalah lebih baik, jika ceramah dikurangkan tetapi lebih memberi ruang kepada diskusi dan perbincangan dua hala dengan baik dan terbuka.

Seperkara lagi adalah Konvensyen membincangkan hala tuju peguam sewajarnya difikirkan dan diketengahkan oleh para peguam kerana ia melibatkan profesion dan masa depan mereka. Mungkin untuk sesi tahun depan, adalah wajar program sebegini dijalankan oleh Persatuan Peguam dengan kerjasama Jabatan Kehakiman. Dengan cara itu, peguam akan menjadi lebih berdikari dalam membincangkan permasalahan yang mereka hadapi dalam profesion mereka sendiri.

Kesimpulannya, usaha pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengadakan Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Negara pada 14hb Jun 2008 bertempat di PICC, Putrajaya wajar dipuji dan semoga penambah baikan dapat dijalankan untuk tahun-tahun berikutnya. Kita juga berharap agar Akta Guaman Syarie seperti yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berjaya menjadi realiti dalam masa yang terdekat ini. Untuk itu, semua pencinta Syariah dan Peguam Syarie sama ada lepasan Syariah atau lepasan undang-undang sivil perlu sama-sama dokong mendukung ke arah memartabatkan profesion peguam syarie di Malaysia ini.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Keputusan Kuiz CELCOM

Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak

Hari tu, CELCOM lancarkan kuiz 100 hari 100 kereta. Aku telah mengirimkan bantahanku kepada Suruhanjaya Komunikasi dan pihak mereka membalas emelku.. Akhirnya pada hari ini JAKIM dengan perbincangan tenaga pakar telah mengisytiharkan bahawa KUIZ tersebut adalah HARAM dan ditolak.

Semoga ia menyedarkan orang Islam dan membina keprihatinan mereka terhadap sesuatu urusan dengan melihat dari kaca mata agama, bukan keuntungan duniawi semata-mata.
________________

Kenapa kita perlu memberikan pandangan dan usaha kita?

Suatu ketika dulu, semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud kerana mengajak manusia menyembah dan menyerah diri kepada Allah, terdapat seekor burung yang kecil terbang mundar mandir, ke hulu ke hilir mencari air. Akhirnya siburung berjumpa satu lopak air dan dia meneguk air dan meletaknya dalam paruh kecilnya. Lepas tu ia terbang kepada Nabi Ibrahim dan mencurahkan air yang ada dalam paruhnya.. Lepas itu, ia akan terbang semula ke lopak tersebut, berulang alik tanpa henti melakukan perkara yang sama..Sedangkan air yang dicurahnya tidak memberi siket perubahan pun pada api bakaran tersebut.

Akhirnya usaha siburung kecil ditanya dan ditegur oleh binatang yang lain..

'Tak payah ler buat, semua usaha engkau sia-sia saja... api pun bukannya berhenti.. bahkan makin marak ..Biarlah Allah saja yang menyelamatkan NabiNya..'

Tapi burung kecil tersebut menjawab,

'Memangler air dalam paruh ku sangat sedikit, aku pun tahu air ni tak akan beri sedikit kesan pun pada api tersebut, tapi aku akan terus buat macam ni.. Nanti depan Allah, aku ada jawapan, kalau aku ditanya, 'Apa engkau buat untuk membantu Nabi Allah Ibrahim?' 'Aku harap nama aku akan tertulis di sisi Allah yang maha perkasa, bahawa aku tetap mencuba semampu kudrat keciku, semoga nama aku ada di sisi Allah..'

Aku sangat terkesan...
Sebenarnya, nilaianku terhadap sesuatu perkara banyak berubah selepas membaca buku-buku agama, hadis Nabi dan kisah-kisah cerita agama...

Apabila ianya mengetuk hatiku, aku akan mengingatinya walaupun aku membacanya 20 tahun dahulu..
Bermula dari situ, aku mula berubah dalam melihat sesuatu isu..

Aku ingin mencontohi burung tersebut..
Aku ingin memegang prinsip seperti itu..

'Wahai Allah, apa sahaja yang aku mampu, dalam kesibukan yang begitu hebat, dalam kesihatan yang Engkau beri, aku akan cuba... semoga di sisiMu namaku tertulis sebagai salah seorang umat Nabi yang ingin membantu agamamu..'

Itulah prinsipku, memberi dan menerima, membantu dan menolong, menegur dan ditegur.. dan aku berdoa. semoga ia juga menjadi prinsip suamiku, anakku Aisyah dan semua orang Islam yang lain..

Redha Allah adalah matlamat hidup kita..amin..

Jika selepas ini dibetulkan kuiz ini menepati ciri2 Syariah, maka ramai-ramailah orang Islam masuk, biar semua hadiah dapat pada orang Islam..

______________________

KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan hari ini. Katanya, persidangan yang khusus membincangkan isu pertandingan itu sebulat suara menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.

Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian. Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor. “Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya. - Bernama

Sunday, June 15, 2008

Buku Baru dan Konvensyen Peguam

Buku Isu-isu Syariah

Hari Selasa 10 Jun, lepas balik dari Kursus BTN, aku sangat sibuk berurusan dengan Dr Ghafar UPENA, pergi ke Ampang Press bincang mengenai buku 'Isu-isu Syariah' yang mengikut perancangan akan dijual semasa Konvensyen Peguam 14 Jun hari Sabtu.

Aku perlu baca kali terakhir sebelum buku tersebut dianggap sempurna untuk masuk percetakan. Ini kali ke enam aku pruf-read buku ni, baca setiap perkataan, cari jika tersalah eja, tanda ayat, koma, titik, titik bertindih, kata seruan dan lain-lain.. sebab terlalu banyak kali baca, aku dah dapat hafal setiap ayat dan tajuknya...Nak terbit sebuah buku sebenarnya sangat letih dan memenatkan... Boleh jika nak buat cincai tapi nanti aku yang tak puas hati..I am not a perfectionist, tapi agak prihatin apabila membuat sesuatu perkara..

Contoh ada satu buku undang-undang yang aku baca, perkataan 'lacuna' ditulis lakunan.. Ini menunjukkan bahawa penulis tidak membacanya dengan tertib sebelum dicetak.. Aku tidak akan melakukan kesilapan sebegitu.. ia akan mengaibkan penulis.

Rupanya index buku tak dapat dibuat sebab pihak Ampang Press ingin menggunakan kaedah lain, jadi aku perlu pilih semula perkataan untuk dibuat index, jadi kena baca sekali lagi. Lepas tu BLUB belakang buku hilang, kulit buku belum decide lagi. Wahh tensionnya.. bila nak difilemkan, lepas tu nak print lagi.. adoii kecut perutnya takut tak siap on 14th Jun..

Tapi dengan izin Allah yang Maha Besar, dan kesungguhan Dr Ghafar UPENA yang sangat baik dan sabar begitu juga kesungguhan Kak Hjh Ros (Owner Ampang Press), akhirnya buku pertama PGSM hasil koleksi dan olahan semula artikel-artikelku dan Presiden berjaya diterbitkan...

Tajuknya adalah:


ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA:
KE ARAH MELETAKKAN HAK KEPADA YANG BERHAK
Zainul Rijal Abu Bakar
Nurhidayah Muhd Hashim

Kulit buku yang aku pilih sangat cantik pada nilaianku..

Syukur Alhamdulillah, puji syukur aku kembalikan kepada-Mu Ya Allah, semoga buku ini diterima sebagai amal soleh di sisi Mu..amin
____________________

Konvensyen Peguam Syarie 14 Jun 08

Pada 14hb Jun, Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Malaysia anjuran JKSM diadakan di PICC Putrajaya. Ramainya Peguam Syarie yang hadir, penuh melimpah dewan yang besar tersebut..

Aku, Siti, Mimi, Sufian, Arafah dan beberapa orang Exco PGSM yang lain sangat sibuk menguruskan meja PGSM, mengangkat buku-buku, menyusun ke meja dan menjualkan barang-barang berkaitan dengan PGSM sepanjang program tersebut.

Ada beberapa perkara yang ingin aku kupas mengenai Konvensyen, aku akan masukkan dalam artikel untuk Berita Harian Rabu 18hb Jun nanti..

Wahh.. ramai jugak insan-insan yang aku kenal hadir dalam program ini...
Terkejutnya aku dapat jumpa dengan Anilawati, Jusnidar, Sharifah, Jamrutbi dan lain-lain.. semuanya telah menjadi peguam handalan di negeri masing-masing.. Dengan penuh takzim, aku tabik spring pada semua sahabat lamaku yang telah berjaya mencapai cita-cita sebagai Peguam...

Yang kelakarnya, aku terserempak masa dalam tandas.. kah kah kah...
Masa tu aku keluar dari tandas (tandas kecik), lepas tu ke sink untuk basuh tangan dan nak bergegas keluar, tiba-tiba ada sorang tarik tangan ku..

'Heii ni Hidayah ker? heii awak jadi apa sekarang? ...'

Bila aku pusing, "Laaa Nila ker ni.. isyy.. lamanya tak jumpa.. Saya jadi orang ler.. hehe.. Apa kabar, wah ni sure dah jadi jutawan peguam terhebat abad ini...hehe.. "

'Awak ni hidayah, lamanya saya tak jumpa.. kurus macam dulu ler awak ni..'

Ada pulak kata aku kurus, kata ler slim ker.. baru bunyi glamer siket.. hehe..

Tengah sembang sembang, (dalam toilet ler ni.. depan sink.. )..Tiba-tiba ada sorang peluk aku dari belakang..

'Wei Hidayah.. awak ker ni...lamanya tak tengok.. Awak buat apa sekarang? Awak macam dulu ler...'

Aku pusing tengok, 'Weii Jus ker nie.. aisay... lamanya kitatak jumpa yer.. Jus kat mana firm? Buat sivil sekali ker, buat syariah saja..'

Kami pun bersembang dengan gamatnya.. (dalam tandas ler ni..)

Jusnidar dan Anilawati adalah rakan sekelas masa Matriks UIA tahun 88, pastu terus ke UIA PJ sampai tahun 92, lepas tu kita orang sambung lagi LL.S Syariah, grad tahun 93..Dan tak pernah jumpa lepas tu..

Jus dengan Nila kata.."Weii Dayah, kat luar tadi saya beli tu buku awak ker dayah.. Bestnyer awak dah jadi orang bijak pandai..dah ada buku, Saya kan tabik ler orang dah tulis buku ni..'

'Isyy jangan ler kata cam tu.. malu ler saya.. ' kuwa kuwa...

Lepas tu, Nila dengan Jus keluarkan handphone masing-masing..

"Weii tolong ambik gambar aku dengan Hidayah.. ni bukan senang nak jumpa kawan aku yang dah jadi penulis buku ni..'

'Apa ler korang ni.. takkan ler susah-susah jumpa penulis, ambik gambar dalam tandas, depan tempat tisu pulak tu.. buat malu jer..hehe..'

'Tak kira, nanti kalau awak dah kuar, susah nak cari lagi...Takper, tandas ni comel, bukan macam tandas biasa...'

Ada dalam 6 keping ambik gambar dalam tandas.. kelakar nyer.. tak pernah buat seumur hidup aku, ambik gambar dalam tandas..

Tapi takper ler kan.. tandas PICC ni cantik.. lagipun ni ler sejarah selepas kita kuar dari UIA tahun 92/93, kita jumpa balik tahun 2008, dan tempat jumpa di PICC, pastu dalam tandas.. kelakarnyer..

Lagi satu, apa yang yang paling menarik adalah pada jam 2pm, Staf Ampang Press datang menghantar buku 'Isu Syariah' ke PICC...

Dalam program tersebut, buku 'Fasakh' dan buku 'Isu-isu Syariah' banyak yang terjual, di samping buku-buku Dr Amin..

Dan petang tu, aku dan Presiden pun lenguk ler jugak menyain sebab ramai orang beli buku dan minta signature penulis... Kuwa kuwa kuwa...

Alhamdulillah..

Friday, June 13, 2008

Kisah BTN

Sekadar memusing rakaman sejarah kehadiranku di BTN Ulu Sepri..

Mulanya aku ditempatkan dalam kumpulan 8 bersama 12 orang yang lain. Kami kena duduk dalam dua barisan setiap masa dalam Dewan semasa mendengar ceramah, begitu juga mesti bersama-sama grup yang ada semasa makan..

Tapi selepas hari ketiga, dipecahkan masuk kumpulan 5 pulak untuk LDK. Dalam kumpulan ni ada 17 orang semuanya..

Muda-mudanya adik-adik dalam kupulan 5 ni.. Aku yang paling tua.. hehe..Udahler muda, comel-comel pulak tu.. Udahler comel, kelakar-kelakar pulak tu.. asyik gelak jer dibuatnya..

Ada 2 orang umur 24 tahun, 5-7 orang lagi umur 26-28 tahun, ada 2-3 orang umur 30-32 tahun.. 'Awatnyer you all muda-muda nak gi belajar ni?? isyy rasa tua sungguh diriku ini...'

Tapi aku sangat hormat kepada kesungguhan dan kepandaian serta keyakinan mereka untuk membuat PhD dalam usia semuda itu..

Seingat aku ler, masa aku umur 23 atau 24 tahun, keluar dari UIA, sepatah pun tak ada plan nak buat PhD. Aku rasa macam udah-udah ler belajar, letih sangat rasanya.. sekarang waktu cari duit, kerja dan bagi parents dan adik-adik duit..sebagai tanda kasih membalas budi terhadap kasih sayang dan sokongan mereka kepadaku..

Pastu kalau ada yang tanya, 'Kalau ada peluang nak fokus bab undang-undang bahagian apa untuk sambung belajar? ' ' Entah ler.. aku pun tak tahu apa aku belajar kat UIA tu...' kuwa kuwa ... Punya ler dulu aku ni sangat tak berwawasan tinggi...

Tapi adik-adik ni sungguh bersemangat... Bagus ler you all ni..

Ada sorang nama Ibrahim, pensyarah Engineering UTM Skudai, baru umur 28 thn, dia ni akan ke UK, orangnya kalau bertanya, sangat menyusun ayat dengan penuh tertib.. 'Boleh tak saya nak tanya soalan...' 'Boleh tak kalau saya tambah...'.. hehe.. dan si Qairul Izleen lecturer dari UMS, akan cakap.. 'tanya je ler.. benci ler dengar ayat sopan santun cam tu..' Aku jadi tukang ketawa jer tengok gelagat mereka...

Ada yang nampak diam jer, tapi kelakar amat.. Jasmi dari U apa yer dari Perlis, diam jer.. tapi bila bercakap pekatnya bunyi Utara, pastu asyik bagi teka teki jer.. kelakar sangat...Masa sembang dengan dia tanya berapa biasiswa dapat ke Perancis nanti, macamana gaji kat sini, nak buat apa sebab bujang lagi ni..? Dia kata, gajinya RM1000 dia akan kasi pada ibu bapanya, semoga selepas ini ibu bapanya tak perlu kerja lagi, dan dia akan di sana menggunakan duit biasiswa dan berusaha membantu keluarganya sebaik mungkin, menggembirakan ibu bapanya di kampung.. Baiknya.. Semoga Jasmi menjadi anak yang soleh dan mendapat isteri yang solehah..amin..

Asma Fadhil.. lecturer dari UMP, kelakar sangat..Bila dia terangkan pasal dirinya dan apa perkara yang tak boleh dilupai.. Jawabnya, 'Kisah pertemuan dengan bakal isterinya..' Rupanya dia jumpa isteri to be nya itu di Geneva.. jauhnya...Hehehe.. Semoga berbahagia nanti yer Asma.. (nama cam pompuan, tapi dia cam lelaki.. hehe..rupanya itu nama keluarganya..)

Don pulak orang PTD nak gi Korea, Winter Sonata ler karang Don...
Ada Zubaida yang sangat pro aktif dan banyak memberikan pandangan..
Ada Salwa dari UTM JB..
Seri dan Sakinah dari UKM yang umurnya 24 tahun,
Ada Wani pun UKM, ini pun muda..nak kahwin soon..
Ada Hazlina dari Penang..
Haliza dari Jabatan Kimia, PJ..
Ada Zai dari USIM..
Amir dari UMelaka..
Dan Anuar dari Celcom..

Bagus ler adik-adik ni semua..

Jangan lupa nanti di luar negara, selalu lah berusaha untuk mendalami ilmu yang bukan bidang kita seperti belajar agama, menghafal quran dan ayat-ayat tertentu.. jangan terlibat dengan maksiat walaupun ia di depan mata.. Mudah-mudahan ilmu yang kita dapat nanti, lebih menjadikan kita tunduk kepada Pencipta, mengenali kebesaran ALlah dan berakhlak tawadhuk dengan manusia..

Jumpa lagi yer semua...babai..

Thursday, June 12, 2008

Masalah Hidup

Saya ada masalah..
Dia ada masalah..
Orang tu ada masalah..
Aisah ada masalah..
Abah ada masalah..
Umi ada masalah..
Dan semua orang ada masalah...

Masalah adalah asam garam kehidupan.. Masalah bagiku mungkin bukan masalah bagi dia.. Masalah bagi dia mungkin bukan masalah bagiku..

Ada masalah berkaitan dengan kewangan, duit tak cukup setiap masa sedangkan benda nak dibeli selalu saja ada.. Ada yang berkaitan dengan kerjaya, ada yang bermasalah dengan kesihatan, ada yang bermasalah dengan pasangan hidup, ada pula yang bermasalah dengan ipar duai.. Ada yang bermasalah dengan akhlak.. Ada bermasalah dengan pelajaran.. Ada yang bermasalah dengan iman dalam hati.. Dan berjuta lagi masalah lain..

Artikel ini sangat menyentuh hatiku.. dikirim oleh somebody mengenai masalah dan kehidupan.. Dan yang pentingnya jadikan hati kita seperti danau toba yang besar.. bukan seperti gelas yang kecil....
_________________

Gelas v Danau

Seorang guru sufi melihat seorang muridnya selalu nampak murung dan sedih. "Kenapa kau selalu murung dan sedih nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" Si Guru bertanya.

"Tuan Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya" jawab si murid. Guru tersenyum, "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, bawalah kemari. Biar aku perbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia melaksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa segelas air dan dua genggam garam sebagaimana diminta.
"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam gelas air itu, setelah itu cuba kau minum airnya sedikit" kata Si Guru. Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air yang sangat masin.

"Bagaimana rasanya?" Tanya Si Guru."Masin, dan perut saya rasa sangat mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. Si Guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang meringis ke masinan.

"Sekarang kau ikut aku." Si Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka. "Ambil garam yang segenggam lagi, dan tebarkan ke dalam danau ini" Si murid melemparkan segenggam garam yang tersisa ke dalam danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya masih belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu.. Begitulah fikirnya.

"Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Si Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, bersebelahan pinggir danau. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air dari danau, da n membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tekaknya, Gurunya bertanya, "Bagaimana rasanya nak?" "Segar, segar sekali Tuan Guru" kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya.

"Tentu saja enak kerana danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan suda h pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau tersebut sampai sepuas-puasnya.

"Nak," kata Si Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam... Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap sebegitu, Sebegitu, sebegitulah ia, tidak berkurang, tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengar dengan teliti.

"Tapi anakku, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya 'qalbu' (hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak terasa menderita, berhentilah menjadi gelas. Jadikanlah qalbu dalam dadamu itu sebesar danau"...
_____________

Aku sungguh terkesan membaca kisah ini...

Bagi yang gagal mengatasi dan menguruskan masalah.. boleh jadi sakit jiwa..
Bagi yang pandai mengurus masalah.. dia akan menjadi lebih matang dan lebih dekat dengan Allah.. Aku ingin menjadi yang kedua, begitu juga Abah, Aisyah dan semua yang aku sayang.. Semoga hidup ini ceria dan bahagia.. masalah silih berganti seumpama angin berlalu pergi..

Berlapang dada, bersangka baik dengan Allah.. dan yakin diri bahawa rahmat Allah selalu mendepani kita adalah kaedah terbaik menangani masalah... Dan dengannya kita akan menjadi lebih kuat..hari demi hari.. Amin

Wednesday, June 11, 2008

Jokes

Baca ni kena kelakar siket..
Jangan serius sangat... joke-joke siket.. hehe..
___________

Kisah 1

Ada seorang student di panggil ke depan untuk tunjukkan macamana dia buat projek sains dalam lab..Kena terangkan dalam bahasa inggeris..

Kelam kabut ler dia..
Akhirnya dengan penuh semangat, mamat ni berjaya control macho dan berdiri depan semua ahli kelas menjelaskan kajiannya..

First, I take glass
Second, I put water
Then, I put salt
After that, I take spoon, then- I disturb disturb..

Semua orang terpegun... apatu..

Hehe..
(disturb disturb-dia nak jelaskan dia kacau ler air tu dengan sudu.. kuwa kuwa...) adoi sakit perut aku dengar joke ni..
_______________-

Kisah 2

Ada sorang Imam baca khutbah Jumaat dalam tulisan Jawi..
Tiba-tiba dia baca..'Semua orang Islam perlu bersatu, bersemangat waja menghadapi ujian hidup dan mesti kemetot..'

Apa tu.. Semua orang terkedu.. apatu...

Rupanya.. ejaan dalam tulisan jawi.. komited, dia baca kemetot..
kuwa kuwa kuwa...
hehehe.. adoii.. sakitnya perut aku..

__________

Kisah 3

Ada sorang peserta BTN dari IPT kat Perlis, namanya Jasmi bagi teka teki..

Ada dua orang, tersesat dan dihanyutkan sampai ke pulau. Kat pulau ada beberapa batang pokok kelapa dan banyak buah kelapa atas tu. Dua orang ni sangat haus dan lapar. Sorang tu tak ada dua tangan. Lepas tu yang sorang lagi tak ada dua kaki.. Cuba teka macamana dia nak ambil buah kelapa kat pulau tu?

Macamna yer??
Ada yang jawab..
Potong dengan gergaji...Salah, gergaji tak ada..
Panjat.... Salah, tak boleh panjat sebab tak ada tangan nak pegang pokok dan tak ada kaki nak pusing kat pokok tu...
Goncang pokok... Salah, sebab pokok tu kuat..

Lepas semua orang kata, tak tau ler jawapannya..

Apa jawapan dia Jasmi..

'Saya pun tak tau ..'

Hehehe.. kelakar betul budak-budak dalam grup aku masa BTN ni.. macam2 teka teki diberinye..


_________________

BTN di Ulu Sepri

Wah.. letih betul ikut BTN ni..

Pada 5-9hb Jun, aku diarahkan ikut kursus BTN di Ulu Sepri, Rembau..Pergi sendiri bawa kereta dan punyalah jauh ke dalam hutan.. kecut perut jugak dbuatnya..

Akhirnya sampai jugak di sana jam 10.45 pagi.. alhamdulillah..

Ramainya peserta.. semuanya adalah peserta PhD dan Masters ke luar negara seramai 135 orang.. Sampai saja, terus diarahkan memakai pakaian seragam sekolah iaitu baju kurung putih, kain hitam dan tudung, dengar ceramah demi ceramah.. pagi ke malam selama dua hari.. dan LDK pula selama 2 hari...
adoi.. aku rasa macam nak terbalik duduk atas kerusi dengar ceramah.. ngantuknya...

Jadual program BTN ni sangat ketat..

Bangun jam 5.13 pagi, bersiap ke surau untuk solat subuh berjemaah jam 5.40 pagi. Kehadiran di ambil di surau. Lepas solat terus ke Dewan, dengar ceramah sampai jam 7.00 pagi. Lepas tu balik bilik tukar baju senaman, turun semula ke padang kawad untuk senaman, kehadiran diambil lagi. Senaman sampai 7.40 dan lepas tu ke Dewan Makan untuk breakfast.

Lepas minum jam 8.oo balik bilik, bersiap dengan pakaian sekolah lagi, mesti ada dalam dewan jam 8.30 pagi.. Kehadiran diambil sebelum apa-apa program dijalankan... Takde can ler nak lari..

Dengar ceramah sampai 10.30 pagi, berhenti rehat dan pegi ke dewan makan untuk minum, jam 11 masuk Dewan lagi, dengar ceramah sampai 1.00 pm dan lepas tu pergi makan tengahari..

Jam 1.30 balik dorm (share 10-20 orang) untuk solat zuhor, disebabkan jarak ke Ulu Sepri 115 km, jadi aku buat jama' qasar. Lepas tu jam 2.00 pm kena ada di Dewan lagi, dengar ceramah sampai kol 4. Lepas tu pergi Dewan Makan untuk minum, lepas minum solat asar (bagi yang tak jama'), jam 5.30 ptg kena turun ke Padang kawad untuk senaman lagi sampai jam 6.30.

Lepas tu ke Dewan makan lagi, lepas tu balik ke dorm untuk readykan diri untuk solat maghrib di surau. Jam 7.20 ke surau untuk solat jemaah maghrib, kat surau kena ambik kehadiran jugak. Lepas solat maghrib, dengan telekong pergi ke dewan untuk tazkirah.. Lepas tu ke surau semula jam 8.30 untuk solat isyak.

Lepas tu balik bilik, pakai baju seragam lagi, pergi ke dewan jam 9 malam. Dengar ceramah lagi sampai 11 malam. Lepas tu ke dewan makan lagi untuk minum. Sampai ke dorm jam 11.50 malam.

Bersiap untuk tidur- ke tandas, basuh muka, berus gigi, ambik wudhuk dan terus duduk atas katil. Aku akan baca asas 10 setiap kali sebelum tidur kat sana, sebab dalam hutan, mesti berjaga-jaga..takott....

Letak jer kepala atas bantal.. aku terus tertidur... letihnyer hidup macam ni..
aku terkejar-kejar buat tu buat ni.. dengar ceramah demi ceramah..
aku rasa letihnya telinga dan letihnya menyalin..

Esok, jam 5.15 pagi, bangun lagi....

Tak sabar nak balik.... nak jumpa Aisyah dan Abah..

Thursday, June 5, 2008

Stand PGSM_CEDAW

Pihak Kementerian Wanita minta PGSM bagi feedback mengenai CEDAW. Di bawah ini adalah stand PGSM yang ditandatangani oleh Yang Berbahagia Tuan Presiden PGSM. Banyak lagi berkaitan CEDAW perlu didalami untuk memahaminya dengan baik, tetapi sekadar huraian sebahagiannya, stand dan penjelasan ini sudah cukup baik dan memadai. Aku adalah sikit sebanyak terlibat dalam memberi stand ini.. tapi yang banyaknya adalah Presiden sendiri, seorang ilmuan kontemporari yang berilmu.. Feedback tersebut diletakkan di sini untuk rujukan.
________________
THE RESERVATIONS AND DECLARATIONS ON THE CONVENTION ON THE ELIMINATION OF ALL FORMS OF DISCRIMINATION AGAINST WOMEN (CEDAW)
By
Persatuan Peguam Syarie Malaysia


FEEDBACKS

Article 5(a)

a) To modify the social and cultural patterns of conduct of men and women, with a view to achieving the elimination of prejudices and customary and all other practices which are based on the idea of the inferiority or the superiority of either of sexes or on stereotyped roles for men and women.

Declaration

With respect to Article 5(a) of the Convention, the Government of Malaysia declares that the provision is subject to the Syariah law on the division of inherited property.


PGSM Feedback:

Social and cultural patterns has been embedded in the society sometime. Some practices do not necessarily discriminate any gender but differentiate the role to be played by any segment of the society. This should not be viewed as discriminatory. Social and cultural patterns which rooted from religious command must enjoy certain privileges. It is the command from God Almighty and has its own philosophy.

The role of men in Islam is to ensure the maintenance and welfare of the family. It is responsibility of men which is subjected to accountability here and hereafter. It does not refer to the concept of authoritarian which is understood by many people that a man is superior and has absolute power over the wife but rather as religious responsibility to be fulfilled by the men.
In fact, law at the first place has compelling man to discharge his duty as the head of family such as providing monthly maintenance to the wife which is consistent with the warning given by the Prophet that among the greatest of responsibilities that had been placed upon man is that pertaining to the treatment of his wife.
Besides, one’s behavior towards one’s wife is the measure of the perfection of one’s belief as the Prophet said : “ The most complete of the believers in his belief is he who perfect his manners, and the best of you in manners are those who act best towards their wives.” We must view this from the lenses of Islam and not from other religion which do not propose the similar concept.

In Islam the relationship of men and women (husband and wife in a legal marriage relationship) is of complimentary in nature. Everybody has his or her rights, roles and responsibility which at the end of the day, both of them want to create a happy and harmony family. For instance, in Islam the utmost rights need to be performed well by wife is treating her husband nicely and caring for need of her husband which are considered as required considerations to gain that such monthly maintenance.

However, in such religious rules of inheritance, we should adhere to the Islamic ruling about the proportion of the wealth according to Islamic inheritance law. This is not customary or social patterns but rather religious rules; therefore we should not go against the Syariah law and highlights the idea of equality in proportion and division of the wealth.
In principle, both man and woman are equally entitled to inherit the property of the deceased relations, but the portions they get may vary due to the reasons why man gets more are firstly, a man is the person solely responsible for the complete maintenance of his wife, his family, and any other needy relations. Secondly, in contrast, woman has not financial responsibilities whatsoever.
She is financially secure and provided for. In what so ever ways, Syariah should be prevailed and the proportion of the division between male and female in Islamic inheritance law (faraid) should be accepted as ‘qatie’ (definite) provision in the Quran and shall not be questioned further.

Action suggested:

We need to change the paradigm shift of the society, to change the method of thinking and acting in order to see men and women (husbands and wives) are complementary to one another. The concept of responsibility of men to provide maintenance and good protection to the wives is accountable in the eye of God but not in whatsoever bring to the idea of superiority or having absolute power over women.

PGSM Recommendation:

This Article 5(b) shall be maintained to be reserved especially on the religious rules on the division of inheritance between men and women.

__________________________


Article 7(b)

State Parties shall take all appropriate measures to eliminate discrimination against women in the political and public life of the country and, in particular, shall ensure to women, on equal terms with men, the right:

b) To participate in the formulation of government policy and the implementation thereof and to half public office and perform all functions at all levels of government.

Declaration

With respect to Article 7(b) of the Convention, the Government of Malaysia declares that the application of said Article 7(b) shall not affect appointment to certain public offices like the Mufti, Syariah Court Judges, and the Imam which is in accordance with the provision of the Islamic Syariah law.

PGSM Feedback:

We agree to the declaration that with regards to the position as Mufti and Imam, the requirements shall in accordance with the Syariah law. However the position as the members in Islamic Legal Consultative Committee, Majlis Fatwa (Fatwa Council), Majlis Agama (Islamic Councils in every state), there should be no restriction to appoint women for that positions.

With regards to the appointment of women as Syariah Court Judges, the appointment is permissible provided in the matter of civil only and not in hudud cases. The previous scholars have different views among them where some of them approved and some disagreed on the appointment of women as judges. In support of this, the minority view produced out by Imam Abu Hanifah stated the approval of women to hold this position in all cases except hudud and qisas cases as such they have eligibility to be witnesses. There is no specific rules / law which prohibit the appointment of a woman to be Syariah Court Judge at present.

However we have to take note that there is no qatie nass (definitive text) on this matter, therefore it is speculative issue (zanni) or ijtihady matter which is considered open to a new ijtihad based on the changes of time and situation. Therefore, we should take into consideration on the matter of time, situation as well as the development of our society in making decision on this matter.

We also shall adhere to the fatwa made by the National Fatwa Council (Majlis Fatwa Kebangsaan) on 6th April 2006 when they decided that it is permissible for women to be Syariah Judges provided they have the qualification, credible and having wide experience in Syariah matters but not in hudud and qisas cases. There is a hope that the Syariah matters especially related to the marriage and family law could be settled smoothly in the future by their appointment.

Action suggested:

We need to encourage women who have qualification and wide knowledge on Syariah to apply for the positions. We also need to change the paradigm shift of the society as well as qualified women to accept and think positive about this post.

PGSM Recommendation:

This Article 7(b) shall be applied provided it shall not affect appointment of Imam and Mufti only.

_____________

Article 9(b)

b) State Parties shall grant women equal rights with men with respect to the nationality of their children.

Declaration

With respect to Article 9, paragraph 2 of the Convention, the Government of Malaysia declares that its reservation will be reviewed if the Government amends the relevant law.

PGSM Feedback:

We agree to the declaration since the provision is not contravenes with Hukum Syarak.
_____________

Article 16

1. State Parties shall take all appropriate measures to eliminate discrimination against women in all matters relating to marriage and family relations and in particular shall ensure, on a basis of equality of men and women.

a) The same rights to enter into marriage
c) The same rights and responsibilities during marriage and at its dissolution
f) The same rights and responsibilities with regard to guardianship, ward ship, trusteeship and adoption of children, or similar institutions where these concepts exist in national legislation, in all cases the interests of the children shall be paramount.
g) The same personal rights as husband and wife, including the right to choose a family name, a profession and n occupation;

2. The betrothal and the marriage of a child shall have no legal effect, and all necessary action, including legislation, shall be taken to specify a minimum age for marriage and to make the registration of marriages in an official registry compulsory.

Declaration

With respect to Article 16(1a) and paragraph 2, the Government of Malaysia declares that under Syariah law and the laws of Malaysia, the age limit for marriage for women is sixteen and the men is eighteen.


PGSM Feedback:

We are of the view that men and women play different roles in marriage. Both group have their own role to play and to equalize the role will result breaching up the family structure. Therefore, parties to marriage should not have equal rights as mentioned above.

Marriage in Islam is a sacred and holy relationship. Therefore it is guide by various principles in Islam. Islam differentiates the roles of husbands and wives. Parties to marriage cannot go beyond the ambit of Islamic law. Nevertheless, the differentiation actually does not result in discriminating any party to the marriage. It is to ensure the family institution will run smoothly.

PGSM Recommendation:

This Article shall be applied provided it shall not affect the provisions of Syariah regarding the rights and responsibilities under religious law including the rights of talaq, the maintenance, and the maintenance after divorce and the concept of custody in Islam.
Signed by
Hj Zainul Rijal Abu Bakar
President

Jawapan Komplen Kuiz CELCOM

Semalam aku Komplen kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi mengenai Kuiz CELCOM. Hari ini pihaknya telah menjawabnya.. Sebab itu kita semua kena prihatin, buat komplen, mudah-mudahan komplen kita menjadi bukti di sisi Allah bahawa kita telah mencuba menunjukkan tentangan kita terhadap perkara salah yang berlaku.. Semua Muslim perlu menzahirkan apa yang sepatutnya, semoga ia memberi kesan kepada kebaikan negara kita..

Semoga selepas ni, apa sahaja hasilnya kita tidak bertanggungjawab lagi..

__________________________

Aduan SKMM aduanskmm@cmc.gov.my
Wednesday, June 4, 2008 11:52:51 AM
To:puan hidayah
Cc:Siti Khadijah Hasnan

Ruj. Kami: SKMM (T) 09-CCB/160/0023/06/08
Tuan/Puan,

Terima kasih di atas emel anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

Pihak kami ambil maklum ke atas aduan berhubung "Tawaran Celcom 100 hari 100 kereta". Untuk makluman, perkara ini adalah dalam perhatian pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya.

Komen serta maklumbalas berhubung perkara di atas adalah amat dihargai.

Sila hubungi kami sekiranya pihak tuan/puan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor

Emel : aduanskmm@cmc.gov.my
Talian Aduan : 1-800-888-030
(8:30pagi – 5:30ptg, Isnin-Jumaat)
Faks : 603 8688 1880

Wednesday, June 4, 2008

CELCOM 100 hari 100 kereta-Judi

Apa yang CELCOM buat sebenarnya?
Kuiz 100 Camry Celcom mengenakan RM5 setiap SMS yang diterima.

Kita semua perlu membantah tindakan tidak sensitif Celcom, kita semua perlu menghantar komplen untuk menghentikan tindakan salah/mungkar ini.

Apakah caranya?

Mari kita hantar komlen dari setiap orang yang perihatin ke Consumer Complaints Bureau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di alamat: aduanskmm@cmc. gov.my

Kita boleh copy surat di bawah dan tambah komen tambahan jika mahu dan tulis nama kita di bahagian bawah emel tersebut. Saya akan membuatnya sekejap lagi selepas menulis blog ini.

_______________

Nurhidayah Muhd Hashim
Shah Alam
Tarikh: 03 Jun 08

Kepada:
Consumer Complaints Bureau
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)
alamat: aduanskmm@cmc. gov.my


PER: BANTAHAN TERHADAP KUIZ ANJURAN CELCOM YANG BERUNSUR JUDI IAITU KUIZ 100 HARI 100 KERETA

Sebagai Muslim perihatin, saya ingin membuat komplen secara rasmi dan membantah usaha dan tindakan CELCOM dalam menganjurkan Kuiz 100 HARI 100 KERETA bermula pada hari Isnin 2 Jun 2008. Adalah nyata kuiz ini adalah membelakangkan serta berlawanan dengan jelas terhadap fatwa Kebangsaan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini bahawa semua kuiz berunsur judi dan eksploitasi adalah haram dan ditolak. Adalah nyata Celcom telah cuai dari menjaga sensitiviti Islam dan meneruskan kuiz walaupun jelas ianya bersifat judi yang diharamkan Islam.

Selaku pengguna yang mempunyai hak untuk menegur dan menyatakan bantahan, saya memohon pihak bertanggungjawab memberhentikan kuiz tersebut serta merta dan menjaga sensitiviti Islam di negara ini.

Sekian, terima kasih.
Nurhidayah Muhd Hashim
____________
Bersama ini disertakan fatwa berkenaan untuk perhatian pihak tuan. Rujuk Utusan Online ARKIB : 28/07/2004..

27 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian. Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar-samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan. Selain itu, katanya, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan.

Menurut beliau, jika disebut judi, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.

Dalam konteks kuiz melalui SMS, katanya, orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.

``Dalam kuiz sedemikian banyak peserta dapat menjawab dengan baik, tetapi mereka kena bersaing dengan orang lain untuk menang. ``Umpamanya mata minimum adalah 200 dan dia kena belanja RM20 untuk SMS, kalau nak lebih daripada itu, dia kena keluar duit yang banyak untuk kirim SMS hingga beribu-ribu ringgit. ``Tetapi akhirnya dia tidak mendapat apa-apa pulangan dan perkara ini tidak diharuskan oleh agama kita,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan khusus untuk membincangkan mengenai berleluasanya penganjuran kuiz melalui SMS di negara ini sejak akhir-akhir ini termasuk promosi di media massa sehingga ada peserta tidak menyedari mereka kerugian beribu-ribu ringgit. Beberapa stesen televisyen swasta turut menganjurkan pelbagai Kuiz SMS yang menawarkan pelbagai hadiah antaranya Maxmillion, Malaysia Idol SMS Challenge dan SMS Game.

Menurut Ismail, fatwa mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS ini bukan bermakna agama Islam menolak kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (ICT). Sebaliknya, kata beliau, banyak kemudahan tersebut seperti e-mel dan Internet digunakan untuk kerja-kerja pendakwahan.

Bagaimanapun, katanya, dalam hal ini majlis tersebut tidak boleh membiarkan kemajuan teknologi digunakan bercanggah dengan hukum agama, oleh itu fatwa tersebut perlu dikeluarkan memandangkan ia merupakan satu perkara baru yang orang ramai masih tidak memahami hukumnya dari segi agama.

Malah, kata beliau, fatwa tersebut adalah selaras dengan garis panduan mengenai penganjuran peraduan bertujuan promosi komersial yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 April lalu bagi menentukan sama ada ia mengandungi unsur perjudian atau tidak. Menurutnya, Kementerian Kewangan telah mentakrifkan penganjuran atau penyertaan dalam acara cabutan bertuah atau permainan yang bergantung kepada nasib adalah termasuk di bawah gaming atau lottery mengikut Seksyen 2 Akta Rumah perjudian Terbuka 1953 dan tidak mengeluarkan permit bagi tujuan penganjurannya.

Ismail memberitahu, menurut garis panduan itu, sesuatu peraduan adalah merupakan perjudian atau loteri berdasarkan tiga fakta. Katanya, fakta tersebut ialah pembahagian hadiah; permainan atau perjalanannya secara cabutan atau nasib; dan wujudnya sumbangan secara langsung atau tidak langsung oleh peserta. ``Kalau perjudian dan loteri diharamkan oleh undang-undang sivil, maka ia perlulah diikuti oleh semua pihak termasuk syarikat yang menganjurkannya.

Beliau memberitahu, jika fatwa serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan diikuti, ia dapat dijadikan panduan yang amat baik dalam mengendalikan teknologi baru tersebut. ``Oleh itu orang Islam eloklah patuhi fatwa ini kerana kita sudah timbang dari semua sudut malah jika mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pihak syarikat yang menganjurkan peraduan yang bercirikan perjudian harus mengambil tindakan sendiri menghentikannya, '' ujarnya.

Ismail memberitahu, sebelum fatwa tersebut boleh dijadikan sebagai undang-undang, ia perlu diwartakan di peringkat negeri oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri memandangkan kuasa dari segi agama terletak di tangan raja-raja. Beliau seterusnya meminta setiap negeri segera mewartakan fatwa mengenai SMS tersebut memandangkan semua mufti telah bersetuju dengan keputusan untuk mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS itu.

``Semua mufti kena bawa perkara ini ke dalam Majlis Fatwa Negeri untuk diwartakan. Apabila diwartakan di negeri mereka, barulah ia menjadi undang-undang dan penguatkuasaannya pula adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, jika terdapat pihak yang melanggar fatwa tersebut selepas ia diwartakan, Jabatan Agama Islam Negeri akan menyiasat dan membuat dakwaan di Mahkamah Syariah yang akan menentukan hukuman mengikut peruntukkan sedia ada.

Tuesday, June 3, 2008

Isu Guna Kalimah Allah oleh Gereja

Presiden PGSM telah mengadakan Press Statement berkenaan isu Penggunaan Kalimah Allah oleh pihak Gereja..Sebagai Moderator blog PGSM, aku telah menulis pendahuluannya seperti di bawah dan memasukkannya dalam blog PGSM. (lepas ni web PGSM yang betol akan beroperasi, sekarang tengah dibina dan aku jugak jadi Moderatornya..)
______________

Isu Permohonan Pihak Geraja menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada God dalam tulisan berkaitan ajaran Kristian adalah isu besar dalam negara kita. Seluruh Muslim perlu mengetahui dan mengambil berat isu ini serta menunjukkan penentangan terhadap sebarang usaha untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka, begitu juga penggunaan Ka'bah merujuk kepada gereja dan solat merujuk kepada sembahyang di dalam gereja. Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi, firma Hj Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden PGSM telah dilantik sebagai Peguamcara kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Disertakan Kenyataan Akhbar Hj Zainul Rijal, Presiden PGSM berkenaan isu ini.

Moderator
__________________________

KENYATAAN AKHBAR/PRESS STATEMENTOLEH/BY: ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
TEMPAT/VENUE: BILIK AKHBAR, KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA
TARIKH/DATE : 03.06.08 3.00 petang
TAJUK/TITLE : PERMOHONAN MENCELAH (INTERVENE) TERHADAP KEPENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DI DALAM PENERBITAN ‘HERALD-THE CATHOLIC WEEKLY’
DALAM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR
NO R1-25-73-08 DAN R2-22-12-07

(English Version)

1. Majlis Agama Islam of the States of Perak and Wilayah Persekutuan had respectively filed applications for leave to intervene in the cases filed by the Titular Roman Catholic Church (“the Church”) for judicial review and declaration of rights among others as follows:

a) usage of the word ‘Allah’ in the Church’s publication ‘Herald-theCatholic Weekly’;
b) challenge Guidelines issued by the Malaysian government under thePrinting Presses and Publications Act prohibiting the use thewords ‘Allah’, and
c) the word ‘Allah’ is not exclusive for the religion of Islam.

2. The repercussion of the decision of the judicial review/declaration of rights may:-

(i) allow the Church to use the word ‘Allah’ in the Church’spublication ‘Herald-the Catholic Weekly’;
(ii) allow the Church to claim the right to use the words ‘Allah’,
(iii) cause confusion in religion affecting security, peace and harmony ofgeneral public and Muslim community.

3. The intervention by Majlis Agama Islam of States is essential to avoid confusion in religion caused by the usage of the words ‘Allah’, that may affect the security, peace and harmony of the general public and cause religious sensitivities.

4. Majlis Agama Islam of States are responsible to ensure the protection of the integrity of the word ‘Allah’ which is fundamental in the Muslim Belief. The concept of Allah as understood, embraced and practised by the Muslim community in Malaysia is totally distinct and separate from the concept as understood by the Church conceptually, culturally and theologically.

5. It is essential for Majlis Agama Islam of States to intervene when Muslims’ rights and interests are affected.

6. Thus, challenging the integrity of the word ‘Allah’ strikes at the very root of Muslim Belief and transcends the mere application of the word ‘Allah’ to refer to ‘God’ as perceived by the Church.

Zainul Rijal Abu Bakar
Messrs Zainul Rijal Talha & Amir
Solicitors for
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Perjalanan Hidup Aisyah Yang Menarik

Hari Sabtu 31 May
Hari ni birthday Amirah ke 7. Umi pagi tu ada kerja lain, jadi Abah hantar Aisyah ke Bukit Jelutong. Apa lagi, gembira sakan le Aisyah sebab dapat bermain saja..Majlis diadakan jam 3 petang tapi Umi takde jugak sebab petang tu ada kerja di Rawang. Abah saja yang ada, jadi gambar-gambar diambil untuk kenangan dimasukkan di sini..

Kek Harijadi Amirah..

Aisyah dan Amirah ni sangat rapat sebab sebaya. Abang Uji adalah Abang Sulong Abah, jadi Aisyah panggil Mama Haz dan Papa Uji.. jika ada sebarang masalah nursery, Bukit Jelutong ler tempat Umi dan Abah hantar Aisyah..Gambar ni Amirah dengan Mama Haz sedang potong kek birthday Amirah.

Ini gambar family sebelah Abah- Afiah, Irfan, Zuhair, Hanan, Emran, Abang Emir, Abang Ehsan, dan Kakak Atiqah
Ini Hanan, umur 3 tahun.. manja dan suka bercerita.. 'hari tu Hanan nampak hantu tau..warna dia oren.. ' hehe.. kelakar ler Hanan ni.. Gambar ni Hanan dengan Abah, tapi Aisyah kat mana yer?

Ooo ini dia.. Aisyah dan Amirah sedang melihat kek, semua dapat topeng dan peniup belon.. sukanyer..
Aisyah kasi hadiah pada Hanan, apa hadiahnyer...hadiahnya adalah mesin jahit yang kecil untuk kanak-kanak perempuan jahit baju.. Ini gambar semua kanak-kanak tengah tengok Amirah nak buka hadiah yang Aisyah kasi..
________________________
Hari Isnin 2 Jun 08
Setiap hari Isninkan adalah waktu Umi dan Abah ke Darus Syifa' . Macamana nak buat dengan Aisyah yer selepas Bibik tak ada.. Jawabnya kenalah Aisyah duduk dengan nenek di Bangi sekejap.


Dua minggu ni, Umi dan Abah bertolak awal ke Bangi, balik rumah nenek dulu dan kemudiannya baru ke Darus Syifa'.. Lepas kelas, balik semula ke rumah nenek untuk ambik Aisyah.. huii letih jugak rasanya..


Tapi Aisyah seronok sakan ke rumah nenek..

'Nenekkan suka sangat Aisyah datang. Nenek masak kek pisang untuk Aisyah, bercerita dengan Aisyah, lepas makan nasi, nenek dengan Aisyah tengok TV sampai ler Umi datang. Masa tengok TV tu Aisyah sembang macam-macam dengan nenek.. nenek asyik ketawa jer dengar cite Aisyah.. Yelah kan Umi, sebab rumah nenek besar, tapi nenek dengan atok jer ada.. sebab tu nenek suka sangat Aisyah datang..'


Memang ler waktu hari kerja rumah nenek sunyi, tapi hujung minggu selalunya ramai datang.. penuh ler rumahnya..


Rumah Nenek di Bangi..
Ada 7 bilik tapi guna 2 bilik saja.. Sebab tu anak-anak dan cucu-cucu kena selalu balik.. kesian pada nenek dan atok..


Demikianlah cerita Aisyah kali ini..


Yang benar,

Aisyah the solehah girl...

Sunday, June 1, 2008

Perjalanan Aisyah

Aisyah mintak Umi masukkan gambar-gambar aktiviti yang dilaluinya..


Ok Aisyah, sekarang Umi nak uploadkan gambar-gambar Aisyah yer..

Hari ini 1 Jun, Ahad- Aisyah, Umi dan Abah pergi jogging di Taman Tasik Shah Alam sebelah Masjid Negeri. Tempat tu cantik, dan selepas habis satu pusingan, Umi dan Aisyah dah tersadai.. tak larat dah.. Tapi Abah teruskan larian sampai dua pusingan tasik..Masa tengok Abah terus berlari, Aisyah kata, 'Umi, jangan jeles dengan Abah yer..memang ler orang lelaki dia dapat lari laju sebab orang lelaki ni lasak Umi.. macam kawan-kwan Aisyah kat sekolah, budak lelaki semuanya lasak dan ganas.. Jadi Umi biar jelah Abah lari laju dari kita yer.. sebab kita ni pompuan.. memang lambat siket..' Kelakar ler Aisyah ni.. Ada pulak sebab tu...

Lepas tu kita semua pergi beli breakfast kat kantin masjid negeri.. tempat biasa kita makan kalau datang ke Taman ni..best makan roti canai sardin, nasi lemak dan beehun sup.. Pakcik tuan punya kantin tu kawan Abah.. staf dia pun dah kenal Aisyah sekeluarga sebab kerap sangat breakfast kat situ..

Ye lahkann.. kalau hari Ahad dan Umi dan Abah free, kita datang exercise di sini, jadi mestilah lepas exercise nak makan, maka kita makanlah kat kantin masjid, kadang-kadang breakfast kat Kedai Kopi tepi tasik, kadang-kadang ke Hatinee di Seksyen 10, kadang-kadang ke Azira Sek 10.. Semua tempat tu okler..sedap dan murah makanannya.. umpp....


Anak Umi - sikecik Aisyah ni posing sakan..

Abah pun posing gak yer.. hehe.. Kalau jatuh dalam air, Umi taknak tolong tau.. sebab airnya kotor ler..

Aisyah bersama Abahnya..

Aisyah dengan Umi

Jam 10 pagi, berakhirlah jogging dan exercise Aisyah di taman tasik... Semoga kita semua menjadi sihat dan bertenaga selalu.. amin..

____________________


Ini masa Aisyah dapat 'ijazah' Tadika hari tu.. 11/11/07..Ihtifal hari tu, Aisyah dapat pelajar ketiga terbaik.. Alhamdulillah..Aisyah juga dipilih untuk baca surah Al-Dhuha dalam majlis tersebut sebab Aisyah dah berjaya hafal semua ayat lazim, dan sekarang dah sampai Iqra' Bayyinah, Wasyams.. Aisyah juga dah hafal selawat syifa' dan selawat tafrijiyyah..Yang tepi sekali tengah pegang mikrofon tu Aisyah ler..

___________________________

Aisyah masuk Run For Fun masa Astro buat di Stadium Shah Alam.. sibuk merengek-rengek nak pergi.. akhirnya pagi-pagi buta, lepas solat Subuh, Abah dan Umi terus ke Stadium.. meraikan semangat sukan sikecik Aisyah.. ramainya orang masa tu..

____________________________________

Ini adalah Aisyah dan kawan baiknya Sarah, dua-dua orang ini sangat rapat.. gambar ni diambik dalam bilik Aisyah ler ni..

________________

Ini Aisyah dengan adik Umairah anak Cek Ree.. cantikkan.. Cek Ree tu adik Umi, masa ni di rumah Cek Ree di Puchong Prima.. Cek Ree ada kolam di kondonya, jadi selaluler Aisyah ajak Umi ke sana untuk mandi dengan Adik Umairah...

______________________

Aisyah depan laut sebelah jeti di JB selepas hantar Bibik balik ke Batam pada 18hb Mei baru-baru ini..

Meeting PGSM 30 May 2008

Hari Jumaat 30 May 08, ada meeting Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia di Sekretariat PGSM di KL. Aku ke sana jam 2.40 pm dan sampai sana 3.05 pm. Siti my good devoted friend sudah datang dari Alor Star. Dia sangat bersemangat dalam kerjayanya sebagai Peguam dan juga dalam tugasannya sebagai salah seorang pimpinan PGSM. Aku tabik dengan semangatnya yang kuat..Presiden datang lambat siket dari aku dan lepas tu Setiausaha, kemudian seorang demi seorang sehinggalah akhirnya mesyuarat berjaya juga dijalankan..

Antara agenda penting adalah mengisytiharkan penambahbaikan PGSM untuk tahun 2008 ini dengan bidang tugas yang lebih diperjelaskan.. Dan sudah tentu yang penting juga adalah kedudukanku dalam pimpinan PGSM selepas ini. Aku tersepit antara sayangkan PGSM dan perjuangannya dengan konsentrasiku yang akan cuti belajar selepas ini. Apakah aku perlu bertahan dan bergerak secara maya dari Australia ataupun aku perlu menarik diri secara formal.. Sedangkan semua tugasanku yang lain dalam apa sahaja kerja berjawatan, aku telah menghantar surat meletak jawatan berkuatkuasa 30 Mei 2008. Semuanya berdasarkan plan asal bahawa aku akan mula bercuti mulai Julai 2008 dan kepalaku perlu dikosongkan untuk menyiapkan diri ke arah itu..

Di Pejabat pun, aku sudah berkecuali dalam banyak perkara dan tugasan.. Bos sudah bagi arahan bahawa dalam bulan Julai, paling lambat bulan Ogos, aku serta 4 yang lain yang mendapat biasiswa mesti tinggalkan UiTM dan mulakan hidup baru sebagai pelajar PhD, bergaul dengan buku dan makan tidur dengan nota-nota catatan melibatkan kajian..

Bahkan ramai yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan tentang life seorang pelajar PhD untuk membantuku membina persediaan minda. Pada masa yang sama, seorang kawan baikku yang telah berjaya mendapat Dr memberi nasihat, 'Apa yang membuatkan awak sibuk? Tugas hakiki dan NGO kan?? If PGSM membuatkan awak sibuk, so itu yang paling awal awak perlu resign..' 'Ye ker.. Tapi saya sayanglah dengan PGSM..Macamna yer..'

Akhirnya aku inform Presiden tentang hasratku untuk menarik diri dari PGSM...

Namun begitu, mesyuarat telah memutuskan kedudukanku.. Dan aku rasa sangat terharu dan rasa sangat diraikan.. Betul ke gitu?? Atau hanya perasaanku sahaja..

Presiden mengumumkan bahawa Biro Penerbitan akan dipegang oleh orang lain.. dan aku masih dikehendaki berada bersama-sama PGSM, sebagai Ketua Biro ICT yang hanya menjaga weblog PGSM dari jauh dan dikecualikan dari menghadiri mesyuarat Exco setiap bulan sehingga tamat penggal pimpinan sesi ini pada April 2009. Terkejutnya aku..What should I do??

To my respected Presiden.... I always pray may PGSM will become a great Persatuan in the future, upholding justice and strive harder to protect the dignity of Syariah in our country. May the Akta Guaman Syarie also shall be materialised soon. May Allah himself gives you strength for you to lead the way...
______________

Di bawah ni gambar mesyuarat EXCO di Sekretariat PGSM. Gambar ini bukan mesyuarat 30hb May tapi sebelum tu lagi..

Mesyuarat dipengerusikan oleh Mr President, sebelahnya SU Musa dan sebelahnya adalah Exco Tajuddin dan Badri

Semua sekali dalam 18 orang pimpinan PGSM..

Ini myself, Siti dan Marlina...