Sunday, September 28, 2008

Ucapan Hari Raya

Assalammualaikum warahmatullahiwabarokatuh.....

Teristimewa buat semua orang yang pernah saya kenali ......dan yang kenal saya.. dan yang pernah masuk blog saya..

Dibulan yang mulia dan sempena SYAWAL yang bakal menjelma, Insya-Allah
saya dan keluarga dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf jika sekiranya...

ada salah silap, sengaja atau tak sengaja,
ada tersakitkan hati anda semua,
atas keterlanjuran kata,
yang mungkin mengguris hati
dan mengganggu emosi............


SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI
MINAL A'IDIN WAL FAIZIN
KULLU AAM WA ANTUM BI KHAIR

Semoga kita dapat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma dengan penuh kesyukuran, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,
INSYAALLAH. Semoga kita dapat bertemu Ramadhan yang Berkat ini di tahun-tahun akan datang..amin

BERAYA YER...

Akhir Ramadhan dan Menyambut Syawal

Hari ini adalah hari Sabtu, Ramadhan ke 27 dan malamnya adalah malam 28 Ramadhan 1429H. Cepatnya masa berlalu.. Bulan Ramadhan yang kita tunggu sebelum ini sudah akan menjatuhkan tirainya beberapa hari lagi.

Semalam, saya ke rumah sahabat saya. Katanya ramai yang mengatakan Lailatul Qadr pada hari 21 malam 22 yang lepas, iaitu Ahad malam Isnin. Malam tersebut saya solat di KUIS. Dan ada yang mengatakan 22 malam 23, malam tersebut saya solat sendirian terawih di rumah, kerana Aisyah tak sihat dan tidak boleh dibawa ke masjid. Ada yang mengatakan 24 malam 25, dan ada yang mengatakan hari 26 malam 27. Malam tersebut saya solat di Masjid SPAM dekat rumah.

Walau apapun saya sangat berharap agar saya termasuk dalam orang yang Allah kasihani dan memberi peluang untuk saya mendapat keberkatan bulan ini. Monolog saya sendirian, apakah saya telah berjaya mengisi hari-hari dan malamnya dengan sebaiknya? Itulah soalan yang selalu bermain dalam kepala saya..

Sebenarnya setiap kali datangnya bulan Ramadhan, jauh dalam hati saya, saya rasa takut.. Dalam hadith Nabi dan ceramah-ceramah tazkirah Ramadhan, disebut orang beriman menunggu-nunggu dengan penuh gembira kedatangan Ramadhan..Bulan penuh barakah dan digandakan doa.. Saya juga menunggu-nunggu tapi dalam hati rasa takut sebab hadith lain yang mengatakan,'celakalah bagi orang yang Ramadhan datang, dia tidak berbuat apa-apa dan tidak mendapat keampuan..'

Saya selalu berdoa agar Allah memberikan saya rezeki untuk berada dalam golongan yang Dia kasihi, kasihani dan orang-orang yang Dia beri rezeki dapat berjumpa dengan Lailatul Qadr, orang-orang yang Dia beri rezeki dapat mengisi bulan besar ini dengan baik dan dapat keampunan di sepanjang bulan yang barakah ini. Semoga saya dimasukkan dalam golongan yang tersebut...

Saya selalu berdoa , setiap kali dalam sujud saya supaya Allah tidak masukkan saya ke dalam kumpulan orang-orang yang Dia biarkan melalui bulan besar ini dengan sia-sia. Janganlah saya termasuk dalam kumpulan orang yang celaka, yang tidak mendapat keampunan dalam meniti keberkatan Ramadhan. Saya selalu berdoa agar saya tidak termasuk dalam golongan tersebut...

Doa saya ini saya selalu panjangkan untuk suami saya yang saya sayangi, untuk ibu bapa saya dan ibu bapa suami saya, untuk nenek datuk, datuk saudara, mak saudara, moyang saya yang telah meninggal, untuk anak saya, untuk adik beradik saya dan keluarga mereka, adik beradik suami saya dan keluarga mereka, untuk guru-guru saya dan juga untuk orang-orang yang saya sayangi dan orang-orang yang menyayangi saya..

Doa saya; 'Wahai Allah.. berikanlah kepada kami cahaya dalam meniti kehidupan ini. Pimpinlah tangan-tangan kami untuk terus teguh di atas landasan iman dan Islam. Janganlah biarkan kami menentukan hidup kami sendirian tanpa pimpinan-Mu. Bantulah kami untuk menjadi hamba yang baik, berilah kami bahagia dalam kehidupan di dunia ini dan berilah kami bahagia juga dalam kehidupan selepas kami mati.. Kasihanilah dan sayangilah ibu bapa kami sepertimana mereka menyayangi kami.. Dan berilah kami berjaya menjadi hambaMu yang baik, yang memberi tanpa berkira untuk keagungan agama-Mu.. Amin ya Rabbal A'alamin..'

Thursday, September 25, 2008

Tazkirah Ramadhan

_______________


DISEBALIK SEMUA NIKMAT


Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajud dan kini tenang menjamah makanan, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat beragama..…


Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggallah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat beragama…


Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!


Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan... .

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap `Bilal' penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...


Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Kebab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pita yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat beragama…!


Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat beragama ini, sebenarnya, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita, Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat beragama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...


Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..


Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak.

Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.


Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..


Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera Islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera Islam.


Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.


Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..


Memuji Nikmat Allah..


Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya.

Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang! .


Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?

Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu, Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .


Lantas Basyir bertanya:

Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.

Si Basyir lantas bergerak ke kanan Baginda dan terus bertanya:

"Mana ayah ku?".


Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi.


Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.

"Mana ayah ku?".

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

"Anak.., Ayah mu telah syahid."


Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....


Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..


Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..


Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus'ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian.


Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus'ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus'ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.


Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..


Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan menyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..


Tapi si ibu berkata: "janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!"


Dalam kerehatan kita bertarawih, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat beragama ini, sesungguhnya, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: "aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "


Dalam keseronokan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat beragama ini, sesungguhnya, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,


Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..


Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...


Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..


Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?


Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

"Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., "


Nabi menjawab (lebih kurang maksud)

"Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…"


Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat beragama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.


Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akil baligh dapat menikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta menutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua makhluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...


Sesungguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Selamat menyambut malam Lailatul Qadar, Laillatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..


dipetik dari,

Hamka

KeretaMayat.

(28 Ramadhan 1428H)

Makanan_Menakutkan!!

Suka Makan Tauhu Tak?

Tauhu ni sejenis makanan yang sesetengah orang minat sungguh. Saya tak berapa
makan tauhu. Tak suka sama ada tauhu sumbat, tauhu kering atau tauhu biasa
yang dibubuh dalam masakan.

Kalau ada yang minat, usahalah cari tauhu orang Islam buat sebab sungguh kotor
tauhu yang diserbu oleh pihak berwajib ini..

Kadang-kadang makanan halal yang kita beli di pasar malam dan di restoran tu, kadang-kadang saya rasa nak tanya jer.. bahan asas semua tu tukang masak tu beli kat mana yer??

Hati-hati yer pilih makanan.. Makanan halal buatan bumiputera Islam
lebih baik walaupun mahal siket berbanding yang bukan islam buat..Belilah yang tu.. Biarlah mahal sedikit asalkan ia halal, elok, bersih dan hati kita tenang..

Samalah seperti barang lain, jika ada jalan, dapatkanlah yang orang Islam buat atau yang confirm Halal JAKIM seperti halal gel, ubat gigi Mukmin, Iwani Froezen Food, Noraini cookies, Fatihah Frozen Food, Ramlee Burger dan lain-lain...

______________

Keratan Akhbar KOSMO..

MENJIJIKKAN...

10 September 2008 - Sungguh menjijikkan!!! Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk ditujukan kepada sebuah kilang yang memproses tauhu kering di kawasan Kajang apabila kilang tersebut terletak berhampiran dengan kandang anjing. Kilang tersebut telah menjadi pengedar tauhu kering selama 4 tahun dan mengedar tauhu kering tesebut di kawasan Lembah Klang. Apa yang lebih menjijikkan lagi terdapat puluhan lalat yang menghurungi sebatian tauhu kering yang masih dalam pemprosesan den
gan keadaan bau yang sangat busuk dan meloyakan. Di samping itu juga, kilang tersebut menjadi laluan keluar masuk anjing-anjing yang dipelihara bersebelahan dengan kawasan kilang terbabit.

Serbuan tersebut telah dilakukan berdasarkan tinjauan pihak KOSMO! yang sebelum ini membuat siasatan terhadap kilang tersebut berdasarkan aduan yang diterima daripada para penduduk dan mendakwa kilang tersebut diproses berhampiran dengan kandang babi. Serbuan yang dilakukan pada jam 11.00 pagi itu turut disertai oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Unit Tindakan Khas, Per
satuan Pengguna Islam Malaysia(UTK PPIM). Apa yang lebih mengecewakan, sijil halal kilang tersebut telah tamat tempoh pada tahun 2003 tetapi masih lagi menggunakan logo halal tersebut di bungkusan tauhu kering itu untuk memperdayakan pengguna.

PPIM difahamkan bahawa terdapat sebuah kolam kumbahan yang digunakan oleh kilang tersebut untuk memproses tauhu kering tersebut. Apabila ditinjau keadaan kolam kumbahan itu amatlah kotor dan sungguh menjijikkan dengan keadaan air yang kelihatan kehitaman-hitaman.

Kilang tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1000 oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mereka diminta untuk menghentikan operasi selama 2 minggu untuk tujuan pembersihan dan pemberian suntikan kepada para pekerja. Kandang anjing yang berhampiran telah diarahkan untuk merobohkan premis terbabit kerana tidak mempunyai sebarang lesen dan dikenakan kompaun sebanyak RM 25,000.


__________________

Susu Dicampur Melamine

Ya ALlah.. apa nak jadi dengan makanan kita ni..

LAPORAN PENYITAAN DAN KEPUTUSAN MAKMAL TERCEMAR DENGAN MELAMINE TEPUNG FORMULA BAYI, SUSU DAN PRODUK SUSU SERTA KONFEKSI* DARI NEGARA CHINA YANG DISYAKI DARI NEGARA CHINA YANG DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMIN

1-Candy-Creamy Candy White Rabbit - dari Shanghai Guang Sheng Yuan
2-2 Lobster Peanut Crisps - Gula‐gula Lobster
3- Lollly Pops Twisty (KIKI) Lolly Pops KIKI
4- Lollly Pops Starry (KIKI) Lolly Pops KIKI
5-Lobster @ Gula Udang-Makanan Ringan
6- White Rabbbit Creamy-Candy
7-Golden Monkey Milk-Candy

Hati-hati yer.. semuanya merosakkan kita secara fizikal dan juga spritual..

2 Majlis Berbuka Puasa

Jumaat 19 September adalah hari Majlis Iftar Sekolah Aisyah, Islamic Integrated School Shah Alam (ISSA). Semua pelajar dikehendaki hadir. Jika nak hadir mesti datang dengan mak dan ayah. Jadi secara diplomasinya, sekolah ini berjaya menjadikan semua orang kena datang... pandai sungguh...hehe..

Aisyah sangat seronok dan teruja menunggu majlis tersebut. Katanya dia dah berbincang dengan Geng Al-Razi, baju apa nak pakai, tudung color apa.. Aisyah nak pakai baju kurung warna pink dengan tudung pink. Raudhah pun pink jugak. Khalidah nak pakai baju kurung dengan tudung pureh...Pandai ler budak2 sekarang ni.. darjah satu pun dah pandai berpakat nak pakai color apa segala.. isyyy..

Majlis diadakan di Muzium Kesenian Islam, sebelah Majsid Negeri. Dalam surat kata semua kena hadir jam 5.30pm. Jadi bukan main kuatler Aisyah dok push Umi dan Abah.. 'Cepatler Umi, dah pukul 5.30 ni.. Nanti Aisyah sorang yang lambat..' "Takpelah Aisyah.. lambat lagi nak berbuka.. kita pergi jam 6.30 pun ok apa...'

Akhirnya kita sampai 6.15pm. Teacher Fari as the founder of Little Caliph and ISSA sedang bagi talk. Diteruskan oleh Teacher Jamaliah, co-owner of ISSA. Mereka menceritakan plan ISSA untuk masa depan, ingin membeli tanah dan membuat bangunan sekolah untuk 300 pelajar.. Dan majlis untuk kutipan derma dilancarkan. Insya Allah semoga berjaya membangunkan sekolah seperti yang dicita-citakan..

Ustazah Maznah bagi tazkirah 15 minit. Bagus tazkirah yang diberi. Beliau mengingatkan kita semua jangan sampai berlalu Ramadhan tanpa apa-apa usaha dan amal ke arah meningkatkan diri kita. Nescaya kita akan menjadi orang rugi di sisi Allah jika Ramdhan berlalu begitu sahaja..

Lepas azan, makan kurma dan kueh dulu dan terus solat maghrib berjemaah. Lepas solat baru makan nasi. Alhamdulillah selamat semuanya. Kanak-kanak sekelas Aisyah sungguh gembira berjumpa dan berlari-lari sama sendiri.. Aisyah siap kata, 'Umi tengokler tudung pink Raudhah. Aisyah nak beli macam tu ler.. ada warna warni, ada renda, pastu boleh gulong-gulong'..Masing-masing puji baju masing-masing.. hehe.. Kelakar ler budak2 ni..

Lepas makan, Abah, Umi dan Aisyah pergi solat Isya' dan terawih di masjid negeri. Ramainya orang dan sungguh seronok solat kat masjid negeri.Khalidah dan ibu bapanya pun pergi solat di masjid negeri jugak. Aisyah dok belakang sekali dengan Khalidah. Umi rasa sungguh bahagia bila Khalidah dengan Aisyah bermain dan sudah menjadi kawan yang rapat antara satu sama lain.. (Dalam entry dulu-dulu, Umi ada cerita Aisyah dengan Khalidah yang selalu bergaduh...Dulu Khalidah tak suka Aisyah, sekarang dah suka dah.. alhamdulillah...)
_______________

Sabtu 20 September pula, majlis iftar CITU ( my office) dan dijalankan di dataran depan Pusat Islam, UiTM Shah Alam.. Ramai betul yang datang termasuklah 3 orang pelajar yang baru memeluk Islam. Hari ni juga sebenarnya bertembung dengan iftar Hidayah Centre untuk Saudara Baru.

Best betol makan kambing bakar.. adoii... tu memang my favourite yang tak boleh ditolak-tolak.. uhhh sedapnya.. Tahun lepas, CITU punya iftar kambing golek lagi.. adoiii sedapnya...

Lepas tu, kami solat Isya; dan terawih di masjid UiTM/Pusat Islam.. seronoknya berkumpul ramai-ramai..Jam 9.40 habis solat terawih.. Maka semua orang bersurai.

Semoga puasa kali ini diberkati Allah.. amin..

Monday, September 22, 2008

Aisyah dan Ramadhan

Petang semalam, Aisyah bersembang dengan Umi...

'Umi, kita kena syukur dengan Allah sebab kita ada kat Malaysia..Kita boleh puasa kat Malaysia.. '

'Napa pulak kena syukur kita kat Malaysia..kat tempat lain pun ok jugak..' Umi jawab..

'Tak Umi.. kat tempat lain tak ok.. Aisyah kadang-kadang teringat sangat dengan Fatin. Macamana ler Fatin sekarang. Umi ingat tak Fatin? Dia dulu satu sekolah Little Caliph dengan Aisyah. Tapi dia tak masuk sekolah ISSA. Dia ikut mama dia gi Jepun. Aisyah risau sangat dengan Fatin. Sebab kat Jepun tu ada mahkluk asing,. ada banyak... ada jer raksasa.. Aisyah takut Fatin mati kena makan dengan raksasa tu..' Panjang lebar explanation sicomel Umi ni..

'Raksasa mana pulak ada kat Jepun ni..'

'Raksasa yang ada dalam cerita ultraman tu.. Banyak sangat raksasa kat Jepun. . Aisyah takut Fatin mati sebab raksasa tu makan dia ker.. Sebab tu kita kena syukur duduk kat Malaysia.. takde pun raksasa...'

Hehehe.. adoii anak Umi ni..
'Itukan cerita Ultraman, bukannya betul ada raksasa.. ultraman tu pun tak de sebenarnya.. tu cerita kanak-kanak.. Aisyah ingat betul ker ada raksasa macam tu?'

'Ye ker Umi.. takde sebenarnya kat Jepun tu.. Alhamdulillah syukur pada Allah.. Kalau macam tu, Fatin mesti selamat..'

Kelakar ler Aisyah ni...hehe..Tapi dia tak habis lagi berceramah..

'Umi tengok tak Palestin.. Umi jangan pergi Palestin yer.. sebab Teacher Fari cerita orang Islam kat Palestin kena bunuh dengan Israel.. Kesian dengan orang Islam kat sana.. Kat Malaysia tak de pun orang Israel nak bunuh kita.. Sebab tu ler Aisyah kata tadi, Umi kena syukur sebab kita kat Malaysia..Aisyah benci betol dengan orang Israel tu..'

"Apa lagi teacher cerita?' Umi minta Aisyah cerita lagi..

'Kesian budak-budak kat Palestin, tak boleh nak puasa elok-elok. Kesiankan Umi.. Teacher kata, kita semua puasa boleh rasa orang miskin macamana dia lapar.. macamana orang Palestin rasa lapar sebab tak de duit..Tapikan Umi, teacher kata, kita puasa tapi ada duit nak beli makanan nak bukak puasa. Tapi orang miskin tak de duit nak beli makanan. Aisyah rasa sedih la Umi.. kat sekolah ada buat derma Palestin, kawan Teacher Fari datang, dia orang Palestin.. dia nak selamatkan Palestin dari Israel.. boleh tak Umi bagi derma banyak siket.. Aisyah nak kasi pada Palestin...'

'Ye ker.. Aisyah nak bagi derma berapa ringgit pada orang Palestin tu?

'Umi boleh tak kasi Aisyah seratus ringgit. Aisyah nak bagi teacher esok untuk Palestin..'eratus ringgit tu banyak ke siket Umi. Boleh tak tolong orang Palestin?'

'Seratus ringgit tu kalau kita nak derma, tak le banyak sangat. Kalau kita ada banyak duit, kita derma lagi.. banyak-banyak pun tak apa, sebab nanti Allah bagi kita banyak pahala.. Nanti esok Umi tulis surat pada Teacher dan letak duit seratus dalam envelope. Bila Abah hantar Aisyah pergi sekolah, sampai jer sekolah, terus kasi pada teacher yer..'

'Lagi satu Umi, Adrina kata kalau dia puasa penuh, ayah dia nak kasi lima puluh ringgit. Bestnye dia. .. Boleh tak Umi kasi Aisyah lima puluh ringgit sebab Aisyah tak tinggal puasa langsung tahun ni..'

'Nak buat apa lima puluh ringgit tu.. Kalau kita puasa sebab nak dapat duit, tak bagus, Nanti pahala kita sikit. Aisyah nak buat apa duit tu?'

'Aisyah nak kasi kat orang Palestin jugak duit tu..'

'Oo ye ker.. baiknya anak Umi ni.. Nanti Umi tanya Abah yer..'

---------------

Semalam kami semua balik Bangi rumah Nenek, Untie Jaja dan Uncle Sham baru balik dari umrah. Katanya ramai sangat orang puasa kat Mekah dan best sangat kat sana. Seronoknya kami dengar cerita mereka.. Aisyah sangat seronok bermain-main dengan Hanan, Amirah, Kakak Afiah..

Malamnya Umi dan Abah dengan Papa Uji dan lain-lain pergi solat terawih di Kolej Islam Antarabangsa (KUIS) di Bangi. .Best solat kat sana..Ramai jugak orang luar solat kat KUIS. Imamnya baca sedap, malam tadi dia baca surah al-Kahfi tapi banyak juga dia terlupa...sangkut sangkut siket ler..

Hari ini hari ke 22, setakat ini Aisyah tak tinggal lagi puasa dia. Semoga Aisyah akan terus kuat sampai cukup 30 hari tahun ni..insya Allah..Semoga Allah menerima semua ibadah kita dan memberikan kita rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr. Amin...

opss mengenai Ujian Tasmi' Darus Syifa'.. Hari tu Umi tak pergi on 13hb, sepatutnya hari Sabtu 20hb ada ujian siri 2.. tapi bila Umi tepon Darus Syifa', Ustaz yang jawab tu kata, lepas raya baru sambung ujian tasmi'.. lambat ler lagi..

Saturday, September 20, 2008

Perjalanan Mencari Tempat PhD Siri 2

Hari Selasa 16 Sept saya ke Pejabat Cyberlink di Pusat Damansara untuk menyerahkan by hand semua bahan-bahan berkaitan permohonan ke Uni La Trobe.

Soalan pertama dalam kepala saya adalah .. Uyoo macamna nak pergi ke sana yer??
Saya telah memujuk my husband untuk menjadi supir saya tapi dia tak nak. Katanya dia ada mesyuarat di KL jam 11 pagi, jadi Abah suruh saya ikut belakang kereta dia dan pergi sendiri..


Saya pun bawa kereta di belakang kereta Abah. Tapi bengang betul.. Suruh saya ikut tapi dia bawa kereta 110KM/h.. Saya baru nak speed, kereta lain dah potong lepas tu duduk tengah-tengah antara kereta saya dengan kereta abah..lepas tu saya dah tak nampak mana kereta abah.. kecut perut jugak..

Jadi adaler 5 kali saya asyik telepon jer tanya.. pastu pesan.. 'Janganler laju sangat, mana Umi sempat nak kejar.. karang hilang tersalah masuk jalan lain..'

Akhirnya berjaya juga masuk ke Pusat Bandar Damansara.. Kami berenti kereta tepi jalan, dia turun dan datang ke kereta saya untuk memberi penerangan..'Umi tengok sebelah kiri nanti ada Giant, lepas tu bayar parking, then turun ikut tempat parking tu, cari mana-mana kosong, lepas tu kena ingat ler kereta kat mana, then naik ke tingkat atas pakai tangga, cari ler Cyberlink tu.. Dia blok berapa? Ooo inilah blok dia.. ok Abah gi dulu..'

Saya pun turun ler ke bawah, tingkat 4 dan saya terus mencari tempat parking. Akhirnya dapat satu. Saya telah menulis dengan detail tempat tu, nombor petak 285, depan dengan tempat kabel, pastu ada tangga dekatnya.. Sambil tengok kiri kanan, saya terus berjalan ke tangga dengan laju.. Sampai tingkat atas, saya tulis lagi tangga sebalah McD, depannya ada Kedai Makan Mamak.. Ahh puas hati sampai..

Sebenarnya saya takut sangat parking kat basement semenjak kes Canny Ong dulu. Ditambah dengan saya selalu tak jumpa cari kereta, maka dua kali ler saya jadi takut..

Lepas tanya orang kat situ, saya pun jumpa Cyberlink..

Saya buka jer pintu, saya say Good Morning dan Assalamualaikum. Then ada sorang staff perempuan pakai tudung terus datang to me dan kata, 'Ni Nurhidayah ker.. Dr Dollah dah inform that you are coming..'

Wahh saya rasa sekali lagi kagum dengan treatment syarikat ni.. Sungguh-sungguh beza dengan IDP.

Then staff tersebut, namanya Eliza telah terangkan satu-satu, bagi buku ni, buku tu.. mintak saya tunggu untuk dia scan dan xerox mana-mana document yang perlu.. Then Dato' Dollah pun call saya, mintak maaf sebab tak sempat nak dtg nak entertain saya... katanya Eliza will entertain me on behalf of him..

Cantik ler treatment Dato' Dollah ni. Saya memang suggestlah dengan punuh ikhlas kepada mana-mana candidate untuk belajar ke luar negeri sama ada Australia atau ke UK, gunalah Dato' Dollah ni sebab dia Muslim, Malay pastu dia entertain dengan penuh hormat dan berhemah..

Alamatnya adalah:
Dato' Dr Abdullah hj Amad
Senior Advisor, Business Development
Cyberlinx International Sdn Bhd
Tingkat 2, Blok E (North)
Pusat Bandar Damansara
Tel: 03-20953322
014-3225001
emeilnya; drabha@tm.net.com.my

Jadi saya telah menyerahkan semua dokumen dan mengisi dua borang permohonan iaitu Uni La Trobe dan Uni Deakin sekali. Mudah-mudahan saya dapat salah satu darinya dan saya akan dapat ke sana sebelum 2008 berakhir.

Saya tak nak ke Sydney, Adelaide, QL dll kerana yuran sekolah anak banyak kena bayar. Setiap tahun kena bayar hampir RM12,ooo atau AUD 4K untuk satu kepala. Maknanya kalau 4 tahun berjumlah RM48K. Banyak tu.. Baik saya guna duit sebanyak tu untuk perkara lain seperti simpan untuk beli kereta nanti ker, atau bagi pada my parents untuk pergi haji ker.. (saya memang ada hajat tu sebab Ma dan Ayah selalu sebut nak buat haji sekali lagi..).. atau buat apa-apa yang lain lagi..

Berbalik kepada My Boss... Boss masih suruh saya appeal dan nak bawak saya jumpa TNC Akademik supaya saya dilepaskan juga ke Melb Uni. Dengan pengecualian2 yang lain dari orang lain.. Sebabnya ada seorang lecturer UIA buat Undang-undang di Melb Uni, dia pergi sana tanpa IELTS pun dan ambik exam semasa dalam pengajian. Dia juga dapat offer Master leading to PhD dan UIA lepaskan dan KPT pun lepaskan. Sekarang dia dah masuk tahun dua di sana.. Jadi Boss nak gunakan alasan itu untuk saya. Tapi selepas saya cerita pro and cons, hasil perbincangan dengan Dato' Dollah. Saya kata..'Takperlah Boss. Saya rasa ok kalau dapat La Trobe, ada Fadzlina lecturer Law, saya boleh kawan dengan dia...'. akhirnya Boss kata, 'If you dah decide ok lah.. Tapi yang penting mesti fly before end of Dis.' Alhamdulillah settle satu perkara!

Ituler Siri 2 perjalanan saya.. Moral of the story..

1-Bagi yang dapat offer sambung belajar bulan Mac, jangan buat macam saya..Perlu cepat-cepat buat permohonan mencari Uni di sana.
2-Jangan berharap kepada satu Uni sahaja, seperti saya... Perlu minta paling kurang 3 Uni.
3-Jangan guna Agent yang tidak membantu, seperti saya... Gunalah Dato' Dollah..

Secara ikhlas, saya promote dia sebagai membalas budi dia membantu saya dengan begitu bersungguh-sungguh. Dan saya dah bagitau dia..'Dato', I wish to say thank you for your help.. I promise to promote your service and your office to my friends and I will put it in my blog. If other candidates out there who face the same problem like me, they will surf in the internet... and if it happen they come to my blog, they will get to know about you and your service..This is also one way how I pay you.. hehe..'

Sekian dulu.. Saya selalu doakan semoga saya akan dapat offer letter secepat mungkin... berkat bulan mulia Ramadhan ini. Semoga Allah memberi keberkatan untuk saya, semoga Allah mengkabulkan doa-doa saya dan memberikan saya kekuatan untuk beramal di sepanjang bulan ini. Dan saya panjangkan doa itu untuk anda di luar sana.. yang membaca blog saya. May Allah bless you always..

Thursday, September 18, 2008

Perjalanan Mencari Tempat PhD

Ahad- 10 pagi, 14 Sept saya ke Nilai dengan Abah dan Aisyah.. ke rumah Dato' Dr Abdullah Agent Cyberlink untuk berbincang lebih terperinci mengenai penempatan saya di Australia. Secara peribadi, saya takjub dengan kesungguhan beliau. Saya tahu setiap pelajar Malaysia yang dia berjaya dapatkan tempat di mana-mana Universiti di Australia, maka adalah sejumlah wang yang akan dibayar oleh Universiti tersebut kepada syarikatnya. Saya sedar IDP pun dapat bayaran yang sama... Tapi treatment IDP kepada saya berbanding treatment Dato' Dollah ni seperti langit dan bumi..

Usaha dan kesungguhan Dato' Abdullah sungguh diluar jangkaan saya...Beliau meminta saya ke rumahnya membawa kesemua sijil, bahan research dan semua dokumen berkaitan kerana katanya malam tersebut juga dia akan deal direct dengan Head of International Dept di beberapa buah Universiti untuk saya. Beliau juga risaukan sekiranya saya terlambat dari tempoh valid tawaran biasiswa tersebut ie Sebelum Dis 08.

Saya sampai jer di rumahnya, saya terkejut lagi sebab beliau mempunyai 11 ekor kucing dan semua kucingnya berasal dari kucing yang dibuang. Beliau dan anak-anaknya kasihan dan terus menyediakan rumah, makanan dan memelihara kucing2 tersebut.. Moralnya, orang yang baik pada kucing dan makhluk lain selalunya baik juga dengan manusia lain..Pada nilaian saya, kesungguhannya membantu saya dan semua candidate yang lain dapat saya paham kerana perasaannya yang baik terhadap sesama makhluk..(ini selingan siapa Dato' Dollah ni..)

Saya masih memohon jasa baiknya untuk deal dengan Melb Uni untuk saya.. Tapi selepas berbincang dengan lebih terperinci dan melihat satu demi satu pro and cons, maka saya rasa oklah.. tukarlah ke Uni lain..

Berdasarkan perbincangan dengan beliau, antara kelemahan yang saya dapat detect berkenaan permohonan saya ke Melb Uni adalah..

Saya tidak meletakkan sebarang sample research project dan semua berkaitan research yang pernah saya buat, kerana itu Melb Uni terus meletakkan saya di bawah Master leading to PhD instead of direct PhD. Ini kerana CV yang paanjang kadang-kadang tak dibaca dengan terperinci terutama melibatkan setakat mana penglibatan kita dalam research activity. Pegawai IDP yang menjadi Agent uruskan saya pula langsung tidak memberi idea membantu calon-calon seperti saya.


Secara tepatnya, background research saya boleh tahan ler jugak.. (bukan nak action... sekadar cerita saja... hehe..) Saya telah membuat research semasa Master di UM (mendapat kepujian Examiner Kedua dalam laporannya), dan mempunyai 5 research di UiTM di mana 3 darinya saya adalah Head of the Project. Satu dari research yang besar adalah dengan Asso Prof Dr Shereen, Naib Timb Chancelor (Dr Shereen jadi Ketua bersama 5 ahli kumpulan yang lain bertajuk "Child Abuse in Malaysia' . Ia melibatkan gran Ministry of Health dan UiTM sebnyak Rm79K. Walaupun saya tak ler banyak sangat atau canggih sangat tapi back ground research tu adaler jugak....

Dato’ Dollah menyuruh saya print out semua research tersebut, dalam 10 m/surat awal dan 10 m/s terakhir. Begitu juga dengan komposisi semasa master antara course work dan research project-- wajar ditablekan dengan terperinci..


Justeru, bagi mana-mana candidate yang baru dan sedang dalam proses atau akan datang, maka perlu mengambil tindakan sewajarnya membuktikan kita pernah atau biasa dengan research sama ada melalui bukti bahan bercetak, potostate sebahagian dari research report ataupun proposal yang ada, ataupun sijil dan anugerah yang pernah kita perolehi berkaitan research. Semua itu sangat penting untuk mendapat tempat direct PhD terutama dari Uni ranking 5 terbaik di sana. Itu baru cerita tentang mendapat tempat. Belum lagi cerita Supervisor dan faktor-faktor kejayaan dan kegagalan belajar, Itu cerita lain...


Selepas berbincang, ada beberapa lagi tindakan yang perlu saya buat dan beberapa bahan-bahan yang perlu saya print dan bawa kepada pihak Cyberlink untuk urusan seterusnya.


Esoknya, jam 8 pagi Dato’ Dollah telefon saya dan katanya, malam tadi dia dah call direct ke Australia dan berusaha untuk mendapat dua tempat untuk saya, dan katanya respons sangat positif dari Uni La Trobe dan Monash.

Saya telah menyebut nama Pensyarah La Trobe iaiatu Prof Kerry Peterson kepada Dato' Dollah, seperti yang diberikan oleh my friend Fadzlina. Dalam jam 12 tgh, Dato’ Dollah telah menalipon saya sekali lagi dan memaklumkan Ketua International Dept La Trobe telah menghubungi Dekan Law dan terus hubungi Prof Kerry Peterson dan Prof Kerry telah menyatakan kesediaannya menjadi Supervisor Pertama saya. Cepatnya....


Saya pula ke bilik Boss tengah hari tersebut memaklumkan perkembangan bahawa saya akan ke Uni lain dan proses ke Uni Melb terpaksa saya tutup. Kira tutup kes ler... Seperti saya sebut dalam entry terdahulu, saya rasa tidak ada Boss yang lebih prihatin berbanding dengan my Boss berkenaan perkembangan staffnya..(saya ler dalam kes ni..) Inilah remarks saya setakat saya dok berbincang dengan kawan2 yang dapat biasiswa..


My Boss kata, petang ni dia ada meeting Senate, dia nak tanya dalam meeting tu mengenai saya, dia masih nak saya ke Melb Uni dan masih nak cari jalan untuk appeal lagi... 'Isyyy tak yah ler Boss.. segan ler saya jadi isu penting pulak.. Dahler IELTS tak dapat 7... Malunya...'


Saya pun tablekan perjalanan saya satu demi satu, meminta 'restu' my Boss supaya benarkan saya ke Uni La Trobe. Akhirnya dia kata, nanti dia nak sembang dengan Puan Hamidah, Timb Pendaftar Biasiswa.. Lepas ni dia akan bagitau saya perkembangannya..


Maka ceritanya belum berakhir....

--Kisah bersambung nanti..

---Esoknya saya ke Cyber Link Office di Pusat Bandar Damansara pada hari Selasa 15 Sept....

Tuesday, September 16, 2008

Soal Jawab Mengenai Tudung Wanita


Saya tak buka web Raja Petra dan tak tahupun dia ada tulis arguement liberalnya mengenai tudung wanita...Bila sebenarnya artikel tu disiarkan dan apa kandungan terperinci.. nanti saya akan usaha masuk webnya selepas ini. Tapi ada seseorang emailkan saya jawapan terhadap tulisannya dijawab oleh Ustaz Zaharuddin. Siapa berminat sila layari web zaharuddin.net. Beliau memang seorang ilmuan yang banyak ilmu.. kadang-kadang saya akan layari webnya untuk membaca tulisannya yang terbaru.. Saya kenal dia tapi yang pastinya dia tak kenal saya.. hehe..

Sebenarnya ramai yang mempunyai pandangan liberal tentang Islam, sehingga bercanggah dengan Islam yang sebenar. Dulu saya selalu (tiap-tiap malam 1-2 jam), saya akan masuk dalam sangkancil.net atau beberapa netting yang berbahas tentang keburukan agama dan dibahaskan oleh orang Islam sendiri. Melihat ajaran agama sebagai semuanya susah dan ortodoks. Dalam perbincangan tersebut, ada beberapa orang yang selalu memberi pandangan yang membenarkan agama, salah seorang adalah saya. Tetapi saya menggunakan nama samaran (demi keselamatan diri..). Tetapi disebabkan kesibukan yang makin kuat, saya terpaksa keluar dan delete semua netting2 yang saya subscribe..

Bagi yang ingin mengenai, mari kita sama-sama baca pakah yang ada dalam jawapan Ustaz Zaharuddin terhadap Raja Petra ini..
_______________________
Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday
(versi bahasa malaysia)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
(Artikel asal saya tulis di dalam bahasa inggeris, sila rujuk rujuk ruangan english, ini adlah versi terjemahan yang diusahakan oleh Pak Usu, namun begitu saya telah mengubah suai dan menambah beberapa perkara lagi agar lebih mudah difahami)

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber

RAKAN RAJA PETRA MENULIS:
Di dalam artikel tersebut ada ayat yg mengatakan: "Nampaknya, tudung hanyalah di "kurniakan" kepada isteri-isteri Nabi dan bukan ke atas semua wanita..." Jadi saya telah melihat ke dalam Al-Quran dan menjumpai beberapa benda.
1) "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
Komen: Pertamanya, lihat maksud ayat "supaya mereka boleh dikenali dan tidak diganggu". Ini bermakna sekurang-kurangnya, bahagian muka mesti boleh dilihat. Adalah menjadi kesalahan utk mengatakan kaum perempuan lain di masa itu (bukan Arab, Yahudi, Kristian) tidak memakai tudung. Sebenarnya, kaum perempuan Yahudi dan Kristian memakai tudung yg lebih konservatif drpd wanita-wanita Muslim.
Menutup badan juga adalah kemestian bagi kaum lelaki dan wanita yg tinggal di padang pasir. Ia tidak ada kaitan dgn mana-mana agama. Jadi apabila ayat tersebut menyatakan "supaya mereka boleh dikenali" ia sebenarnya bermaksud kaum wanita tidak perlu menutup muka atau kepala mereka sehingga tidak boleh dibezakan mereka dgn kaum perempuan Kristian dan Yahudi yg juga memakai tudung. Ini bermakna, tidak ada langsung perkara memakai tudung untuk menutup kepala dan muka.
Terjemahan Surah Al-Ahzab ayat ke 59 secara umum:
Ya ayyuhan nabi : Wahai Nabi
qul li-azwajika wabanaatika : beritahulah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
wa nisaa i mu'mineena : dan wanita-wanita yang beriman
yudneena : untuk memanjangkan
Alayhinna : ke atasnya
min jalabeebihinna : daripada pakaian/tudung.

KOMEN UZAR (Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)
Malangnya, anda telah tersalah-tafsir ayat di atas dan memahaminya di luar konteks sebenar, saya kira ia adalah kerana anda tidak meneliti seluruh struktur ayat tersebut.
Realitinya, sebagai hamba Allah SWT dan pengikut Rasulullah SAW, kita diajar untuk selalu kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith untuk mendapatkan kepastian terhadap hukum sesuatu perkara. Berkenaan topik ini, Allah SWT Berfirman:-
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Ulama telah bersepakat bahaya setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W juga adalah ditujukan kepada setiap Muslim melainkan jika berlainan disampaikan oleh Baginda S.A.W melalui Hadith atau ayat-ayat Quran yang lain. Contohnya: Nabi mempunyai lebih dari 4 orang isteri dalam satu-satu masa, ianya dipanggil "Khususiyat Anbiya" yang tidak dibenarkan untuk diikut oleh umat Muhammad kerana atas ketentuan khusus oleh Allah SWT untuk Nabi beserta dengan sebab-sebab yang lain.

TIDAK TERHAD KEPADA ISTERI NABI SAHAJA
Dari itu, dalam perkara ini, menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher dan dada adalah satu perintah yang bukan hanya terhad kepada isteri-isteri Nabi, tetapi juga kepada seluruh kaum wanita Muslim. Ianya bukanlah hanya budaya bangsa Arab yang tinggal di padang pasir yang berdebu, tetapi adalah suatu perintah agama yang khusus. Malah kita dapat melihat bagaimana Allah swt mengarahkan Nabi untuk menyampaikan arahan menutup aurat ini kepada seluruh wanita yang beriman sebagaimana firman Allah :-
وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ
Yang bermaksud: "Wanita-wanita yang beriman"
Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku Muslim lagi mukmin, wajiblah mereka tunduk dan patuh serta mentaati perintah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat tadi.
Definisi jilbab yang disebut di dalam ayat tadi adalah pakaian yang dipakai oleh kaum wanita (sama seperti baju kurung) untuk menutup badan mereka. Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi menerangkan bahawa di zaman Jahiliyah, apabila segelintir wanita keluar dari rumah, mereka gemar menunjuk-nunjuk sebahagian kecantikan mereka seperti dada, leher dan rambut sehingga mereka diganggu oleh lelaki-lelaki yang gemar melakukan zina.

Kemudian, ayat di atas diturunkan memerintahkan wanita-wanita Muslim untuk memanjangkan (beerti dari bahagian atas ke bahagian dada dan bukannya hanya di bahagian dada sahaja) jilbab mereka supaya menutup bahagian-bahagian badan yang boleh mendatangkan fitnah. Dengan cara ini, mereka akan dikenali sebagai wanita suci, mulia dan bersih (‘afifah) dan menepati ciri wanita Muslim sebenar. Jadi, dengan demikian mereka akan dikenali sebagai bukan kumpulan wanita murahan yang boleh dipermain dan diganggu maruahnya.


tudung



Ayat di atas menunjukkan bahawa menutup aurat itu adalah lambang atau tanda seorang Muslim. Allah SWT juga Berfirman:
وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati." (Al-Haj : 32)
Oleh itu, sebab utama (‘illah) untuk perintah di atas adalah untuk mencegah wanita-wanita Muslim daripada diganggu lelaki-lelaki jahat. Pakaian-pakaian yang mendedahkan kecantikan wanita atau cara jalan atau percakapan yang menggoda sudah tentu akan menaikkan nafsu syahwat kaum lelaki. Kelakuan begini akan mengundang kaum lelaki untuk berfikiran jahat dan mencabul. (Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit olahan)

WANITA YAHUDI DAN KRISTIAN BERTUDUNG, MAKA MUSLIMAH PERLU BUKA TUDUNG ?
Adalah SALAH juga untuk mendakwa bahawa kononnya erti dari ayat iaitu "supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, " membawa erti bahawa bahagian kepala, rambut dan muka mesti didedahkan bagi memperbezakan antara wanita Islam dan wanita kristian dan Yahudi yang juga kononnya bertudung (sebagaimana dakwa rakan Raja Petra dan dipersetujuinya) .
Saya mengatakannya salah adalah kerana sebab berikut :-

Pertama: Adakah logik untuk mengatakan kita hanya boleh mengenali seseorang wanita dengan melihat wajahnya dan rambutnya? Sudah tentu tidak, kita boleh mengenali mereka dengan pelbagai cara, sama ada dengan mendengar suaranya atau perkara-perkara lain selain dari wajahnya.
Kedua: Sebenarnya kebanyakan wanita-wanita Jahiliyah TIDAK BERGAMA KRISTIAN MAHUPUN YAHUDI, mereka tidak memakai tudung sama sekali dan sebahagian mereka memakai tudung berpandu kepada hawa nafsu dan kesukaan mereka, ini menjadikan tudung mereka sama sekali tidak menyerupai tudung wanita Islam. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3/285).

WANITA JAHILIYYAH TIDAK BERTUDUNG!
Perihal keadaan wanita Jahilyyah disebut sifat mereka di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Aby Hurairah dimana Rasulullah SAW bersada:
"Dua golongan penghuni neraka yang tidak aku nampak: (1) manusia yang mengibaskan tali cemeti seperti ekor kerbau pada mereka dan mereka akan memukul manusia yang lain (pemerintah yang zalim); (2) perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong (pada kejahatan) dan menarik orang lain condong kepadanya. Kepala mereka akan jadi seperti bonggol unta ‘bukhtun' yang condong kepada suatu arah. Mereka tidak akan masuk Syurga dan mereka tidak akan cium bau Syurga sedangkan bau Syurga itu boleh dihidu daripada jarak-jarak yang tertentu" (Riwayat Muslim, Sohih).

Wanita-wanita JAHILIYAH dikatakan memakai pakaian tetapi masih berbogel kerana mereka memakai baju tetapi tidak menutup aurat kerana baju tersebut adalah nipis (boleh ditembusi pandangan) dan mendedahkan tubuh mereka; seperti banyaknya pakaian wanita hari ini. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qardawi)
‘Bukhtun' di dalam hadith di atas adalah sejenis unta yang mempunyai bonggol yang besar. Rambut wanita menyerupai bonggol unta tersebut apabila diikat dan disanggul di atas kepala.
Semua sabdaan Nabi ini membuktikan perempuan-perempuan Jahiliyah tidak menutup kepala dan rambut mereka. Manakala wanita Kristian dan Yahudi yang didakwa memakai tudung seperti tudung Islam oleh rakan Raja Petra itu, saya kira adalah lebih dibawakan bukti dari kitab Injil atau Taurat.
Selain itu, apakah yang membuatkan anda terlalu pasti bahawa bertudung pakaian sebenar perempuan Kristian di Makkah dan Madinah di waktu itu? Golongan Yahudi pula terlalu sedikit di Madinah untuk diambil kira dan kita juga tidak tahu secara sohih jenis tudung mereka.
Ada segolongan manusia yang cuba menyokong idea mereka dengan membawakan gambar-gambar ‘tudung' Yahudi dan Kristian, yang diambil dari wikipedia dan sumber-sumber yang lain.

Saya katakan, tunjukkanlah pada kami ayat di dalam Injil dan Taurat yang mendefinasikan ‘tudung' Kristian dan Yahudi, yang tanpanya, gambar-gambar yang anda bawakan adalah tidak mencukupi sama sekali, sia-sia dan tidak boleh dirujuk langsung. Sekali lagi, tunjukkan ayat-ayat Injil dan Taurah yang sebenar.
Sekalipun jika anda mampu membawakan perintah-perintah menutup kepala bagi wanita Kritsian dan Yahudi di dalam kitab Injil dan Taurat ( yang hakikatnya sudah dipesong habis oleh paderi sejak zaman Nabi lagi), tidak kiralah apa jenis tudung mereka sekalipun, wanita-wanita Muslim tetap mempunyai tugas untuk dilaksanakan, iaitu memakai tudung mengikut satu garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Selain itu, jika benar pun ‘tudung' bagi wanita Kristian dan Yahudi adalah seperti tudung wanita Muslim, maka apakah masalahnya jika sama dalam perkara yang baik dan suci? Smaa seperti Islam mendokong keadilan dan demikian juga agama lain.
Kita mesti fahami dan menyedari bahawa agama asal An-Nasara dan Al-Yahudi (sebelum diubah sepertimana sekarang ini) adalah juga agama samawi iaitu suatu ajaran yang diturun oleh Allah melalui Nabi Isa dan Nabi Musa a.s kepada kaum mereka ahli Kitab. Oleh itu, persamaan dalam beberapa aspek adalah normal dan boleh diterima.

KRISTIAN HANYA BERTUDUNG TATKALA SEMBAHYANG
Walaubagaimanapun, realitinya, tunjukkan berapa ramai Kristian dan Yahudi yang memakai ‘tudung' secara terbuka? Anda patut sedar bahawa sifat tudung kristian adalah Berebza DIMANA MEREKA HANYA UNTUK menutup kepalanya hanya setiap kali mereka ingin bersembahyang, sama ada di gereja atau di rumah. Ini bermakna jika dia tidak bersembahyang di rumah, kepalanya akan terdedah di kalangan tetamu lelaki yang tidak ada kaitan keluarga dengannya; atau jika dia bersembahyang di rumah, kepalanya ditutup walau kepada suaminya dan keluarganya sendiri.
Kesimpulannya, jika perempuan Kristian hanya memakai ‘tudung' semasa bersembahyang, maka tiada persamaan yang perlu diambil kira sebagaimana dakwaan rakan Raja Petra. Malah perkataan "untuk dikenali" di dalam ayat tadi juga sebeanrnya telah disalahtafsirkan oleh Raja Petra dan rakan-rakannya.

RAKAN RAJA PETRA MENULIS :
2) "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhias yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." Surah An-Nur (24), ayat 31.

Raja Petra's friend Comment : Sekali lagi tiada disebut langsung pasal kepala (ru'usa) di dalam ayat ini atau muka (wujuh/wajh) . Sila perhatikan perkataan ‘menarik pakaian luarannya ke atas dada mereka'. Terjemahan bahasa Arabnya adalah seperti berikut:
walyadribna : dan tutuplah
bi khumurihinna : dengan pakaian luarannya
Ala : ke atas
juyoobihinna : dada mereka
Wanita diperintahkan untuk menutup dada mereka. Itu sahaja. Ini sama dengan petikan Surah Al-Ahzab ayat 59 di atas di mana kaum wanita diperintahkan untuk melabuhkan pakaian mereka. Tiada langsung disebut kepala (ru'usa), muka (wujuh) atau rambut.

KOMEN UZAR UNTUK NOMBOR 1 & 2 :
Allah Yang Maha Perkasa telah Berfirman:-
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
Maksudnya: Dan katakan pada wanita-wanita beriman: "Hendaklah mereka melabuhkan kain-kain penutup kepala (tudung) sehingag bahagian dada mereka janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. ."
Saudara Raja Pete atau rakan anda, mengapakah kamu atau dia hanya bertumpu sekitar beberapa perkataan di dalam ayat tersebut dan tidak memberikan perhatian kepada yang lainnya.?

FAHAMI ERTI 'KHUMUR'
Raja Petra dan rakannya telah menafsirkan ‘Al-Khumur' secara tidak tepat, ini berpunca dari kaedah terjemahan dan kefahaman yang dibuat secara harfiah (perkataan demi perkataan) , kaedah terjemahan dan pemahaman sedemikian tidak akan dapat membantu anda memahami perkataan tersebut dengan betul.
Jika anda mampu memahami perkataan "al-Khumur' dengan sebenar, ia akan memberikan anda jawapan kepada soalan yang anda sendiri reka dan menjawab andaian-andaian salah yang anda cipta iaitu apabila anda berkata : "Tiada LANGSUNG disebut tentang kepala atau rambut".
Maksud sebenar khumur (tudung) adalah apa sahaja yang digunakan untuk menutup kepala. Manakala ‘juyub' (kata ganda bagi jaibun) adalah bentuk dada yang tidak ditutup dengan kain. Oleh itu, setiap wanita mestilah menutup tidak hanya kepala mereka tetapi juga dada termasuklah leher, telinga dan segala bahagian badan yang boleh membuatkan kaum lelaki menjadi tertarik.

Untuk memahami teks Quran dengan betul, seseorang mestilah menyelami dan mencari penggunaan istilah secara tepat di dalam bahasa Arab. Dia juga harus tahu bagaimana cara istilah atau perkataan itu digunakan di dalam masyarakat Arab kerana Quran diturunkan didalam bahasa Arab kepada masyarakat Arab di waktu itu.
Displinnya adalah mudah sahaja dan ia terpakai untuk semua jenis bahasa di tempat masing-masing. Sebagai contoh jika anda berada di United Kingdom, apabila orang tempatan berkata "It cost the earth" maka secara semulajadi akan difahami ertinya iaitu 'terlalu mahal dan apabila disebut "I hit the roof" beerti sudah marah. Perkataan ‘Motorway' beerti highway dan lain-lain. Tentunya, mereka yang biasa sahaja akan dapat memahami dengan tepat.
Demikian juga penggunaan perkataan tertentu untuk maksud tertentu yang sudah amat difahami oleh orang setempat seperti perkataan ‘rumah' yang termasuk dalam takrifannya adalah tanahnya, dapur dan tandasnya.
Sama juga halnya dengan bahasa daerah di Malaysia, seperti 'nate' bermaskud binatang dan penghinaan dan lain-lain.

Sama seperti kes dalam ayat ini, apabila Allah menggunakan kalimah "khumur", ia sudah difahami oleh Nabi dan para sahabat setempat ia bermaskud kain yang menutupi kepala. Ia dijelaskan sendiri oleh pakar tafsir di kalangan sahabat iaitu Ibn Abbas r.a.
Justeru, ia sebenarnya tidak termasuk dalam kes takwil perkataan tertentu dalam ayat dan sepertinya. Malah ia termasuk dalam ilmu Usul Fiqh dalam perbincangan Ibaratun Nas, Dalalah an-Nas, Isyaratun Nas dan lain-lain. Sebab itulah ilmu Usul Fiqh wajib dikuasai bagi mereka yang ingin pergi dalam dalam memahami Al-Quran. Tanpanya, anda perlu merujuk ulama yang pakar sama ada dari tafsir-tafsir ulama silam, kontemporari dan sebagainya.
Dari itu, adalah baik untuk mendapat pengetahuan tentang cara hidup masyarakat Arab yang silam (terutamanya pada masa Nabi S.A.W) sebelum seseorang boleh memahami maksud sebenar sesuatu ayat. Bagi memenuhi kehendak ini, merujuk kepada buku-buku tafseer daripada Imam-Imam Tafseer adalah amat penting bagi mengelakkan diri kita dari tersalah-tafsir dan tersalah faham.

Malah sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami Islam dengan serius mereka disarankan untuk menziarahi negara-negara Arab untuk merasakan suasana dan membiasakan diri dengan penggunaan perkataan-perkataan tertentu dalam perbualan masyarakat Arab dewasa ini. Ini sudah tentu dapat membantu lagi dalam memahami bahasa Arab di dalam Quran.
Bila Allah SWT menyebut "Khumurihinna", apa yang mesti kita fahami pertamanya,
Apakah yang dimaksudkan dengan "khumur"?.
Jawapannya ialah tudung yang menutupi kepala, rambut, telinga dan sebagainya. Apabila seseorang menyebut "khumur" di depan seseorang lain yang arif tentang bahasa Arab, apakah yang dia akan faham? Sudah tentulah, tudung juga. Fakta ini telah banyak dibahaskan oleh Ulama Islam yang hebat seperti Imam At-Tabarii (wafat 301Hijriah) di dalam tafseernya yang terkenal, Jami al-Bayan dan juga Imam Ibn Katheer (Tafseer At-Tabari, 18/120; Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 3/285)

SATU LAGI DALIL PERLU BERTUDUNG SEMPURNA
Selain dari khumur iaitu kain tudung yang menutup kepala wanita, dan juyub yang menutup leher dan dada kaum wanita, ayat tersebut juga menekankan satu lagi aspek yang secara putus termasuk rambut, kepala dan leher iaitu firman Allah SWT:
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
Maksud: "dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. ."
Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan "perhiasannya" di dalam ayat ini?

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi, perhiasan yang dimaksudkan di atas merujuk kepada apa sahaja yang dipakai untuk mencantikkan diri seseorang; sama ada yang diKurniakan Allah seperti wajah, rambut dan bentuk tubuh; atau kecantikan yang dibuat manusia seperti baju, barang kemas, make-up dan lain-lain.
Di dalam ayat di atas, Allah Memerintahkan wanita untuk menyembunyikan perhiasan diri mereka tanpa pengecualian. Walaubagaimanapun, pengecualian hanyalah pada "yang (biasa) nampak daripadanya". Para Ulama mempunyai perselisihan pendapat tentang apakah maksudnya dan batas-batas "perhiasan, kecuali yang (biasa) nampak" tetapi kesemuanya bersetuju bahawa tiada pengecualian untuk rambut dan kepala.
Ini adalah berdasarkan hadith berikut:-

Saidatina Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa saudara perempuannya Asma' binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi S.A.W memakai pakaian yang nipis dan jarang sehinggakan menampakkan bentuk tubuhnya. Nabi S.A.W lalu memalingkan muka Baginda daripada Asma' dan berkata:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya apabila seseorang wanita telah mencapai umur baligh, dia tidak boleh mendedahkan badannya kecuali ini dan ini - sambil menunjukkan muka dan kedua tapak tangan (kedua-dua tangan)." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun ada perbincangan tentang perawi hadith ini, ianya dikuatkan dengan banyak lagi hadith yang membenarkan mendedahkan muka dan tangan jika ianya tidak membawa mudharat (fitnah). (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
Hadith ini juga menyokong pendapat bahawa kepala dan rambut wanita adalah ‘aurat dan mesti ditutup oleh wanita Muslim, kecuali muka dan tapak tangan atau tangan yang boleh dilihat oleh masyarakat umum.

Memang benar, terdapat perbincangan tentang apakah yang dimaksudkan dengan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" iaitu bahagian yang dibolehkan terdedah sebagaimana yang dinyatakan di dalam AL-Quran tadi. Namun, sepakat ulama 4 mazhab dan Ijma' ia BUKANLAH rambut, leher, telinga dan kepala.
Ibnu Abbas R.A., salah seorang sahabat terulung Nabi S.A.W. menafsirkan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" adalah celak mata dan cincin. Anas Bin Malik R.A juga sependapat dengan beliau.
Oleh itu, bahagian badan yang mempunyai celak mata dan di mana cincin dipakai (iaitu muka dan tangan) adalah dikira sebagai "yang (biasa) nampak". Ini juga merupakan pendapat Tabi'in seperti Said bin Jubair, ‘Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun, Ummul Mukminin Aisyah R.A., Qatadah dan beberapa yang lain berpendapat gelang sebagai "yang (biasa) nampak". Oleh itu, pergelangan tangan (di mana gelang dipakai) juga dikira sebagai "yang (biasa) nampak" jika ianya tidak menimbulkan fitnah. Berkenaan batas pergelangan tangan ke siku, ianya masih dibincangkan di kalangan Ulama; dari itu adalah lebih baik untuk menutupi bahagian antara pergelangan tangan dan siku.

RAKAN RAJA PETRA menyatakan:
3) Untuk menterjemah Quran, kita perlu pergi kepada ahlinya. Dalam keadaan apa ayat itu diturunkan, dll. Tapi bukan semua Ulama tahu perkara ini.
Komen: Kita TIDAK menterjemah Quran. Boleh saya cadangkan suatu yang lebih mudah? Kenapa tidak hanya membacanya? Jika kita baca Quran dalam bahasa Arab dan kemudian melihat terjemahannya baik-baik, kita akan dapat memahaminya. Anda TAK PERLU TAHU bahasa Arab pun. Contohnya, perkataan arab untuk KEPALA, tidak pernah disebut di dalam mana-mana ayat di atas. Begitu juga dengan muka dan rambut. Jadi bagaimana penterjemah memasukkan kepala, muka dan rambut? Seseorang mesti terangkan perkara ini.

KOMEN UZAR
Saya telah menjawab kenyataan salah ini dan tidak perlu lagi disentuh perkara ini.
Apakah anda fikir Allah hanya akan menggunakan ru'asa untuk memberi erti kepala dan sya'run kepada rambut? Anda benar-benar keliru Encik Raja Pet dan rakan. Apabila Allah SWT melarang kita walau berkata ‘Ah' kepada kedua orang tua kita sebagaimana yag disebut di dalam surah Luqman. Jadi adakah boleh kita menyebut ‘Uh' dan bodoh dan sebagainya kepada kedua orang tua kita hanya kerana ianya tidak disebut dalam Quran dengan jelas?

Sebenarnya, apabila Allah melarang perkataan ‘Ah' kepada ibubapa, ini beerti Allah swt juga melarang segala macam ucapan yang mempunyai kesan buruk yang sama, malah bukan hanya perkataan-perkataan keji sahaja, tetapi juga perangai dan kelakuan yang tidak baik terhadap kedua ibubapa. Di dalam ilmu Usul Fiqh ia dipanggil Qiyas al-Awla atau boleh juga dikategorikan sebagai ‘umum al-lafz' yang membawa semua perkataan di bawah maksud yang sama.
Jadi, kepala dan rambut wanita termasuk di dalam perkataan "al-khumur" di dalam ayat tersebut. Semudah itu.
Tentang bahagian akhir artikel Raja Petra, sebahagian hadith telah disalah rujuk jadi saya tidak perlu memberi respon padanya.

MITOS 'DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER'
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?
Terima kasih atas masa anda.
Yang benar,
Untuk rujukan lanjut:
1) Women Aurah , What Has Happened?
2) Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi?

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
10 Sept 2008
10 Ramadhan 1429 H
Wales,UK