Saturday, April 26, 2008

Kebahagiaanku

Tahun 2008 ini, Allah menganugerahkan aku dengan begitu banyak nikmat dan kegembiraan. Syukur tidak terhingga kupanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala naungan-Nya. Semoga kami menjadi hamba yang bersyukur..amin

Antara perkara yang paling menggembirakan aku sepanjang tahun ini adalah aku dan abah diterima masuk sebagai pelajar di Darus Syifa' mulai Jan 2008, berpeluang mempelajari ilmu perubatan Islam bersama Ustaz Harun Din adalah satu kejayaan terhadap cita-citaku semenjak dulu. Apatah lagi salah seorang kawanku yang baik juga telah lulus belajar di Darus Syifa' dan sekarang menjadi orang kuat di DS... Dialah yang telah memberikan aku borang pendaftaran DS dulu. Kesungguhannya menyuntikkan semangat pula untukku sama-sama belajar.. Syukur pada Allah atas peluang ini.

Setiap hari Isnin, kelas akan diadakan di Darus Syifa', Bangi. Aku dan Abah akan turun dari Shah Alam ke Bangi mulai jam 6 ptg dan balik rumah selepas 11.30 malam.. Kami perlu berada di sana sebelum maghrib, solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan yasin dan zikir, solat isya' berjemaah dan selepasnya, barulah pengajian bermula sehingga hampir jam 10.30 atau 10.45 malam.. Kadang-kadang aku lambat sebab habis kelas lambat di UiTM dan jalanpun jam di Puchong.. Selalunya kami akan menggunakan jalan ke KLIA dan masuk melalui Putrajaya keluar ke Kajang.. itu kira cepat sikit lah banding dengan laluan biasa depan HICOM, lalu Puchong dan Bukit Puchong yang jam memanjang tu..

Walaupun ianya terlalu letih kerana terkejar-kejar tapi aku sebenarnya berasa sangat teruja mempelajari ilmu ini, sangat rasa beruntung dan bertuah dapat belajar ilmu ini dan berasa sangat sedih kerana tidak sempat menamatkan pengajian nanti kerana melanjutkan pelajaran.

Di bawah ini adalah sebahagian gambar wanita di kelas Darus Syifa' setiap Isnin malam Selasa...

Ramai... lebih 400 pelajar termasuklah lelaki dan perempuan datang untuk berguru dan menambah ilmu di dada..



Atas ni adalah Ju dan Khairiah, dua orang adik beradik dari Raub pahang, yang datang setiap hari Isnin untuk mencari ilmu dari Us Harun Din.. Dan mereka ini adalah sebahagian kawan baikku di Darus Syifa'..Semangat mereka yang turun dan balik ke Raub sangat memberi impact dan aku sangat malu melihat kesungguhan mereka..Tahniah ye Dik atas kesungguhan yang begitu tinggi..



Ini adalah Cikgu Ani, seorang lagi kawan baikku di Darus Syifa', beliau adalah guru lepasan Masters Psychology. Dan kami selalu berlima iaitu dua adik beradik di atas, Cikgu Ani dan seorang lagi adalah pensyarah UKM, Dr Sal lepasan PhD Psychology Dakwah... Aku rasa majority yang belajar adalah golongan terpelajar, profesional sebenarnya...Peguam terkenal pun ada yang belajar dan dah jadi perawat pun..

Gambar ini diambil semasa semua orang kusyuk mendengar ceramah dari Ustaz Harun Din..
Semoga Allah memudahkan pencarianku dalam mencari ilmu-Nya setakat aku terdaya.. atas nama Allah atas segala pergerakanku di alam ini.. amin

Maklumat PhD

ILQAM
Jumaat 25 April, berakhirlah kursus Research Methodology PhD di ILQAM. . Haaah.. release tension seminggu... Semua orang teruja nak kembali kepada tugas harian, mengawas exam, marking paper dan menguruskan perkara-perkara terlibat mengenai sambung belajar.

Akhirnya aku telah merealisasikan perancangan membina yahoogroup dengan mennyebarkan salinan kertas dan menyatakan hasratku untuk membina support group bagi semua yang akan belajar sama adaa dalam atau luar negara. Aku nyatakan yahoogroup ini dipanggil sarjana_uitm 2008 yahoogroup.com Akhirnya hampir 100 orang telah menulis nama, fakulti di UiTM, proposed universiti nanti dan emel masing-masing. Ramai yang memuji dan mengatakan 'Memang yahoogroup ni penting ler.. Bagusnya usaha you nak buat yahoogroup ni..' ..Lepas ni aku akan minta RA (Reseach Assistantku) yang baik iaitu Eva untuk menaip semua data terseut dan aku akan jadi moderator nanti.. Semoga berjaya dan mendapat pahala.. amin

Beberapa maklumat penting bagi yang akan ke luar negara:

1- Semua sijil nikah dan surat beranak anak-anak perlu diterjemah ke dalam bahasa inggeris. Boleh dibuat di Jabatan Agama tempat didaftarkan nikah kita dan di JPN tempat pendaftaran surat beranak anak-anak. Jabatan Agama akan caj RM20 untuk satu terjemahan. Satu cara lagi adalah buat terjemahan semua sekali di Mahkamah Sesyen, interpreter Mahkamah, semua dicaj Rm80-100 sahaja.

2- Periksa IELTS kena cepat, sebab British Council dah penuh, yang kosong hanya pada 14 Jun nanti. agak lambat bagi yang nak fly bulan Julai. IDP ada kosong untuk 8 Mei. Kena cepat daftar dan bayar fee. Aku kena periksa sekali lagi, sebab British Council dah penuh, terpaksa ke IDP Subang jugak nampaknya..

3- Sapa nak cek gigi, buat tampalan, gigi berlubang, gigi berkarat ke (hehe..) baik buat segera di sini sebab semua urusan medical adalah mahal di luar negara. Ini maklumat dari mereka yang ada di sana.

4- Bagi mereka yang nak ke Melbourne atau RMIT atau mana-mana tempat, boleh cari tempat tinggal di beberapa tempat, average berdekatan Melbourne dalam AUD1200=1500 apartment 1 bilik. if jauh boleh dapat rumah yang lebih besar dan lebih murah. Ada emel address yang boleh dihubungi, nanti diletakkan kemudian.

5- Sapa yang plan nak kerja, (especially the spause), ada web yang boleh dihubungi dan submit Resume dari Malaysia lagi, dan dapat tempat kerja lebih awal. jadi bila sampai sana, dah boleh terus kerja selepas settle urusan penempatan. Nanti webnya akan dimasukkan kemudian.

6- Akhirnya kena banyak baca buku, itulah nasihat dari semua pembentang dalam Bengkel tersebut.. Your Success is subjected to... READ READ READ READ READ and READ...

7-Sebelum berakhir, kami sema kena bentangkan proposal kajian masing-masing dan dinilai serta diberi markah oleh penilai ILQAM. Aku masuk kumpulan 4 dinilai oleh Prof Madya Dr Sharif Omar.. Dr Sharif bagi teguran terutama mengenai skop dan methodology yang aku tulis dalam proposalku.. Thank you for the advice.. Tapi sebenarnya aku tak puas hati langsung with my presentation... tak best langsung... isy.. apesal aku present camtu.. tak puas hatiler.. Hope I can improve in the future.

Jam 5pm, bersurai.... dengan azam dan doa..
Wahai Allah mudahkanlah laluan pencarian ilmuku, janganlah uji aku dengan ujian yang berat.. amin ya rabbal alamin..

Thursday, April 24, 2008

Bercinta, Berkahwin dan Bercerai...

My article published in Berita Harian, 23 April 08
____________

Peguam Syarie Menulis:
Ibu bapa wajar bantu selamatkan perkahwinan anak
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim


MUTAKHIR ini, akhbar menyiarkan pelbagai kisah artis Malaysia berkahwin beberapa bulan, kemudian mengalami masalah rumah tangga dan bercerai. Kisah perkahwinan dan perceraian artis pula memang disukai ramai kerana mereka adalah golongan selebriti yang dikenali. Seorang penulis ada menyebut bahawa tahun ini adalah tahun artis berkahwin dan bercerai. Namun, beliau menyatakan berkahwin dan bercerai bukan saja berlaku kepada artis tetapi kepada orang biasa juga. Agak menarik untuk dikupas.

Perkahwinan sememangnya menyatukan dua insan berbeza latar belakang, datang daripada dua keluarga berlainan dan dibesarkan dengan pendekatan berbeza oleh ibu bapa mereka. Maka, sudah tentu wujud perbezaan antara mereka sama ada daripada segi cara berfikir, pembawaan diri, penilaian terhadap sesuatu perkara dan pendekatan diambil apabila berdepan masalah.

Perbezaan itu seharusnya ditangani dengan baik, hati terbuka dan berlapang dada di antara pasangan berkahwin. Islam menekankan supaya suami melayani isteri dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang, bukan secara kekasaran atau kekerasan. Kedua-dua belah pihak disaran supaya bergaul, menjalinkan hubungan dengan baik dan harmoni. Ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang makruf.” - (Surah al-Nisaa’, ayat 19)

Kadang-kala kita melihat ada suami melayan isteri dengan ganas, pantang tersilap akan dimarah dan diherdik dengan kata-kata kesat walaupun di hadapan orang ramai. Bahkan ada yang dipukul dan lain-lain perlakuan tidak wajar.

Ini sebenarnya berlawanan dengan ajaran Rasulullah SAW. Baginda berjaya menzahirkan hubungan kekeluargaan yang sangat tulus dengan semua isterinya dan dinyatakan dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli (keluarganya) dan aku di kalangan kamu adalah orang yang paling baik dengan ahliku.” - (Riwayat Ibn Majah)

Apabila berlaku perbezaan, Islam menyarankan supaya kita melihat perbezaan itu daripada sudut positif sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikan mereka). Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan apa yang kamu bencikan itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” - (Surah al-Nisaa, ayat19)

Jika isteri melakukan sesuatu perkara yang buruk dan berlawanan dengan syariah serta menderhaka kepada suaminya atau dipanggil nusyuz, maka apakah yang seharusnya dilakukan? Allah berfirman yang bermaksud: “Wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan diri daripada tempat tidur mereka, dan pukul mereka, kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya.” - (Surah al-Nisa', ayat 35)

Pentafsir seperti al-Tabari menyebut jika rumah tangga dibina menghadapi masalah dan ia berpunca daripada sikap nusyuz isteri, maka hendaklah isteri itu diberi peringatan supaya kembali taat kepada Allah dan melaksanakan hak suami ke atasnya. Jika isteri nusyuz dengan meninggalkan tempat tidur, maka hendaklah ditegur dengan kata-kata nasihat seperti, “Bertakwalah kamu kepada Allah dan kembalilah ke katilmu.”

Tindakan kedua, jika isteri masih berlaku nusyuz ialah suami meninggalkannya dan tidak melakukan persetubuhan bersama isterinya. Dalam keadaan ini, al-Tabari mentafsirkan bahawa ada dua cara dibolehkan iaitu suami masih tidur bersama isteri di atas katil yang sama tetapi tidak melakukan persetubuhan. Cara kedua ialah suami meninggalkan isterinya iaitu tidak tidur bersama tetapi masih berada dalam ruang lingkup rumah yang didiami oleh pasangan terbabit.

Jika selepas dua tindakan dilakukan tetapi isteri masih tetap berlaku nusyuz, maka tindakan seterusnya ialah suami boleh memukul isterinya dengan pukulan yang tidak mencederakannya sehingga isteri berubah dan kembali taat kepada Allah dan suaminya. Jika isteri sudah kembali taat maka suami tidak boleh lagi mengambil tindakan seperti dinyatakan di atas.

Peruntukan pukul dijadikan alasan oleh sesetengah pihak sebagai bukti Islam menindas wanita kerana membenarkan suami memukul isteri. Sebenarnya, peruntukan itu adalah satu alternatif penguatkuasaan disiplin diperuntukkan sebagai jalan terakhir membentuk salah laku isteri jika ada.

Ia bukan galakan kerana jika begitu, sudah tentu ada ditunjukkan Nabi SAW mengambil tindakan itu ke atas isterinya. Realitinya, Nabi SAW sendiri tidak pernah memukul isteri Baginda, bahkan Baginda mengutuk mana-mana lelaki yang memukul isteri pada waktu siang dan menidurinya pula di waktu malam. Ini menunjukkan Nabi sangat menekankan rahmah, hubungan mesra dijalankan dan bukannya hubungan tegang dengan hukuman dan deraan.

Bagaimana jika salah laku atau permasalahan berpunca daripada suami ataupun berpunca daripada kedua-dua belah pihak suami dan isteri? Apakah yang harus dilakukan untuk menyelesaikannya?

Menurut Ibn Kathir, ayat 34 surah al-Nisa' sebenarnya adalah berkait rapat dengan ayat 35 surah sama iaitu Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan jika kamu khuatirkan ada perbalahan antara keduanya, maka kirimlah dari keluarga lelaki dan dari keluarga perempuan. Jika keduanya bermaksud mengadakan pembaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu.”

Wajar atau tidak ibu bapa campur tangan apabila sesuatu pasangan bergaduh dan hubungan menjadi tegang? Jawapannya adalah wajar demi kesejahteraan dua pasangan terbabit. Kemungkinan dengan campur tangan daripada keluarga, hubungan pasangan bermasalah boleh diselesaikan dan bahtera perkahwinan mereka dapat diselamatkan daripada karam.

Ini jarang berlaku dalam masyarakat kita. Selalunya yang kita dengar adalah apabila berlaku perselisihan, ada ibu bapa mengambil sikap berkecuali dan hanya menyebut, “Pandai-pandailah kamu selesaikan masalah rumah tangga kamu.” Pendekatan ibu bapa seperti ini adalah silap dan ia tidak menepati apa yang Allah sarankan.

Dalam setiap urusan perkahwinan, ibu bapa dan keluarga adalah antara golongan paling sibuk meraikan pasangan, justeru, apabila berlaku masalah, wajar ibu bapa berusaha menolong bagi menyelesaikan secara baik.

Ibu bapa suami dan ibu bapa isteri perlu berbincang mengenai cara untuk menyelamatkan hubungan perkahwinan, bukannya menyalahkan pihak satu lagi. Bahkan, jika ibu bapa gagal berperanan, maka, abang, kakak, bapa saudara dan lain-lain juga wajar menghulurkan tangan, mengambil tahu serta berusaha untuk menyelamatkan sesebuah ikatan perkahwinan yang dibina.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Wednesday, April 23, 2008

Kursus Research Methodology PhD

ILQAM

Dari 21-26hb April, ada hampir 100 lebih lecturers UiTM yang dapat biasiswa sama ada dalam atau luar negeri hadir ke Kursus Research Methodology di ILQAM, UiTM Shah Alam..

Dalam perhimpuanan tersebut, aku dapat jumpa ramai dari induk dan juga dari cawangan. Ada yang dah dapat offer letter dari Universiti, ada lagi yang tak dapat macam aku.. ada juga yang tak buat apa-apa pun lagi...

Aku jumpa Kak Maftuhah, Ellen, Mr Farami yang akan ke Melbourne Uni atas split Program. Seronoknya jumpa mereka, mudah-mudahan kami dapat jadi kawan yang saling sokong menyokong perjuangan mencari ilmu kami nanti..

Rupanya Mr Farami pernah tanpa niat termasuk dalam blogku dalam membuat pencarian Melbourne Uni, (hehe..) Rasa terkejut jugak tapi sekurang-kurangnya blog ini boleh ler menjadi rujukan tak formal untuk mereka yang nak ke Melbourne U atau menyambung PhD di masa-masa akan datang.. Mr Farami ada memberi remark yang positive mengenai blogku... hehe..Thank you ye..

Aku jumpa Lila yang dapat split ke Melbourne Uni jugak tetapi dia tak dapat supervisor dari U tersebut yang pakar dalam bidangnya Civil Engin. Apabila dia merayu pada UiTM utuk tukar universiti, UiTM tak benarkan.. kesian dia.. sekarang dia tengah merayu lagi..

Aku jumpa Zahidah yang dah ready dan sudah siap semua perkara, BTN dah pergi, IELTS dah selesai, kursus ILQAM ni adalah yang last sekali mencukupkan pemergiannya ke Queensland. Universitinya cuma letak Band 6 sahaja untuk ke sana. seronoknya dia.. dan dia dah bersedia untuk berangkat pada hujung bulan Jun 08.

Aku jumpa ramai yang akan ke New Zealand dan ke UK. Ada dua orang yang aku jumpa akan ke USA tapi mereka tengah merayu untuk postpone biasiswa ke tahun 2009. Alasannya tiada tempat lagi sebab semua universiti di USA akan buka kemasukan pada Februari 2009 nanti. sekali setahun sahaja, tak seperti tempat lain. Kalau ikut surat tawaran UiTM, kami perlu pergi sebelum berakhir 31 Dis 2008.

Ramai yang aku jumpa yang akan ke UIA, UKM, USM dan UM dengan pelbagai jurusan. Kami saling bertukar no telefon dan emel address. Semalam aku berbincang dengan beberapa orang Doctors yang telah berjaya melepasi ujian pencarian ilmu mereka iaitu Dr Pisol, Dr Zaidi, Dr Hassan, Dr Zaki dan beberapa yang lain.. Bagus perbincangan tersebut dan mereka telah memberi nasihat tambahan yang sangat berguna untukku. Dr Zaidi menyebut, dia diuji dengan perubahan 8 orang supervisor sebelum akhirnya dia berjaya mendapat PhDnya, dan antara nasihat mereka, sesiapa yang belajar perlu mempunyai support group untuk saling nasihat menasihati. Bagusnya cadangan tersebut....

Akhirnya selepas berfikir malamnya, aku sendiri meyakinkan diriku, "yea why not.. orang lain tak memulakan, mari kita mulakan... Teringat tulisanku mengenai Padang Sumatera..'Kami telah memulakan sebelum orang lain memikirkannya...' Dr Zaidi telah memikirkannya, jadi baiklah aku merealisasikannya...

Malamnya, aku telah membuat keputusan untuk membuka yahoogroup (aku menjadi moderatornya) untuk kami semua sebagai jalan bertukar pendapat, tolong menolong memberi input berguna dan juga senang nanti jika nak berjalan-jalan ke tempat mereka nanti.. Manalah tahukan, rezeki Allah..who knows.. Boleh ke New Zealand, ke Perth, Brisbane, Queenland dll nanti..

Dari pagi Isnin, jam 8.30 pagi, ceramah demi ceramah diberikan. Bermula dengan apa itu Literature Review, Theoritical Framework, Research Problem, Research Question, Qualitative dan Quantitative Approach, Data Analysis, dan macam-macam lagi..Letihnya duduk atas kerusi dengan aircond yang sangat kuat dari jam 8.30 pagi sampai 4.30 petang...

Lagi banyak aku dengar, aku rasa makin kelabu asap pandanganku.. Aku tanya Peah, peah pun kata macam tu.. Kak Maftuhah pun kata camtu, Sila pun jawab camtu... Sudah! Apa nak jadi dengan kita ni... hehe..

Aku tanya ramai juga, ada jugak yang macam kita orang, lagi banyak dengar, lagi confuse.. proposal kita tak betuller.. kita punya model apa yer... apa reseach problem kita yer.. nak analisa pakai teknik apa yer...adoi.. poning poning..

Tapi keseluruhannya, sebenarnya penceramah telah membuka mata-mata kami betapa panjang dan sukar perjalanan mencari ilmu dan menggenggam PhD.. Semoga Allah membantu dan memudahkan laluan perjalananku, dan semua sahabat-sahabat dan rakan seperjuanganku.. amin..

Nanti kita sambung lagi cite PhD ini..

Monday, April 21, 2008

Joke lagi..

One of UiTM lecturers (my friend)
ada blog dan dia masukkan
kisah ini dalam blognya..
Ia sangat joke sekali sampai rasa nak pecah
perut aku baca.. hehe..adoii...
Baca yer...

_________________
She wrote;

'I always request my students to give me their biodata which included information related to their father's job.Before the first class end, I will call my students name and glance through their biodata. Sometimes, I will ask few questions to clarify my queries. such as..so you are the only child in the family or ..if he(she) is from Sabah or Sarawak, I'll ask them whether they like this palace or not.

At one time one of my students wrote that his father works as a prisoner. I was shocked and at the same time respect her for her bravery and sincerity. So, I asked her personally in the next class to confirm my anxiety. First I asked her if her father is working as a warden in the prison. She answered "no" with an innocent face.
I asked again "is your father facing punishment?". Again, she answered no.
"So,what is your father's doing now?"




Bapa saya tak kerja puan, pesara kerajaan...she answered spontaneously....ohhhhh your father is a pensioner!!!
-----------------

hehehe... kelakar giler.
adoiiiii...
sakitnye perut aku..

Thursday, April 17, 2008

Kisah Aisyah

'Umi, masa umi kecik besar Aisyah, ada tak budak-budak yang taknak kawan dengan Umi?'
Aisyah bertanya soalan yang agaknya sangat besar memenuhi ruang fikirannya..

"Ada jugak.. itu biasalah sebab bila budak-budak nak jadi orang besar, dia akan berkawan, lepas tu bergaduh, lepas tu kawan balik..kenapanye?

Tapi Aisyah tak jawab, sebaliknya terus tanya Abah soalan yang sama.
'Abah, abah masa abah kecik besar Aisyah, ada tak orang tak nak kawan abah?'

'Ada jugak... tapi biasalah kan budak-budak memang macam tu, abah tak kisahpun orang tak nak kawan dengan abah, abah kawan dengan orang yang nak kawan dengan abah jer..'

Apa sebenarnya yang terjadi??
Selepas Umi selongkar, panggil Aisyah untuk slow talk, barulah dia ceritakan dengan penuh perasaan isi hati dan kesedihan yang memenuhi ruang hatinya..

Rupanya ada seorang budak perempuan dalam kelasnya, namanya Khalidah yang telah mengatakan ayat-ayat yang menyentuh hati Aisyah.
Aisyah bercerita, 'Umi, Umi cuba bayangkan hati Aisyah.. Khalidah kata, 'Saya taknak kawan dengan Aisyah. Saya benci tengok Aisyah.. Beg sekolah Aisyah buruk, Aisyah ingat beg dia cantik tapi sebenarnya beg dia buruk..' Aisyah rasa sedih sangat Umi..Apa salah Aisyah sampai Khalidah kata macam tu.."
Umi terkejut , berdetub jantung.. apasal Khalidah layan Aisyah macam tu...??

Peliknye..
Umi tanya Aisyah, 'Ada tak Aisyah say something yang Khalidah marah? or maybe Aisyah ada did something showing Aisyah action ker.. atau kata apa-apa not nice to her?'
Jawabnya 'Mana ada Umi.. Aisyah takut sangat dengan Khalidah. Sebab bila dia kata macam tu, budak perempuan yang lain pun tak nak kawan dengan Aisyah. Aisyah dah pergi kat Khalidah, Aisyah kata, "Saya ada buat salah ker? Saya mintak maaf kalau saya salah.' tapi dia tetap tak nak kawan Aisyah..' Meleleh air mata di pipi anakku sayang..
Kesiannya Aisyah.. Umi peluk Aisyah.. sambil beri semangat..Abah pula kata, 'Apa kata kalau Khalidah kata taknak kawan dengan Aisyah, so Aisyah tak yahler kawan dengan dia, kawan ler dengan orang lain..'
'Taknak.. Aisyah nak kawan dengan semua orang.. Aisyah nak kawan dengan Khalidah, dengan Raudhah, dengan semua orang..'
Kesiannya anakku yang comel ini..
Selepas pujuk dan beri semangat, dan bagitau nanti Umi bincang dengan teacher..akhirnya Aisyah reda dan katanya, 'Tak perlah Umi, esok Aisyah cuba lagi berkawan dengan Khalidah..'
Umi dan Abah rasa ada personal matters antara budak dua orang ni.. tapi apa yer..
Esoknya, Umi ke sekolah bersembang dengan guru kelas Aisyah..
Rupanya, Khalidah memang agak dominan di kelas tersebut dan semua budak perempuan takut pada dia.. Teachernya berjanji untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik.. Mudah-mudahan berjaya..
Ceritanya belum habis, tapi tunggu sampai teachernya berjaya atau tidak selesaikan perkara ini..
______


Kesimpulannya::
Payahnya jadi budak..
Jadi orang tua pun payah...
Dahtu nak jadi sapa yer....

Monday, April 14, 2008

Balik Kampung

Alhamdulillah ayah dah semakin sihat dan sudah dapat meneruskan rutin kehidupannya- ke masjid lima kali sehari..dan juga dah boleh pergi ke kedai kopi... hehe..(itu takleh tinggal ler tu..)

Umi balik sorang, Aisyah dan Abah hantar Umi ke Subang, flight jam 8.30mlm dan sampai di Kota Bharu 1 jam selepasnya..Ayah datang dengan my sister (Tie) with her sons , Absya dan Akil (baby twin)..Sampai rumah jam 10 malam.. My mother, My grandmother, we call her Wea.. (from the word Wan) ada di rumah, alhamdulillah semua orang sihat walafiat.

Ini first time naik firefly ke KB, hari tu aku naik ke Kuala Trengganu.. Naik firefly ni ok sebenarnya walaupun kapal terbangnya kecil.. takde pun gegar, ok jer bila fly, bahkan rasa macam naik personal flight jer sebab orang tak ramai.. (hehe.. maka tak payahler beli personal flight, beli tiket firefly jer ..hehe..)

Selepas Firefly beroperasi ke KB, maka ia adalah pilihanku selepas ini, takyah lagi pergi ke LCCT untuk Air Asia atau KLIA untuk MAS yang jauh di hujung dunia tu.. jauh bangat..

Sampai je rumah, aku keluarkan air penawar bacaan surah yasin dari Darus Syifa' yang aku bawak balik. Semua orang minum segelas serorang dengan doa semoga ALlah memberi kesembuhan yang sebaik-baiknya kepada kami semua. Amin..Bersembang-sembang dengan Ayah dan Ma malamnya sehingga jam 2 pagi, barulah aku masuk tidur..

Esok pagi, dengan Naza Sutera ayah, aku ke Balai Islam, Jabatan Agama Negeri Kelantan untuk menguruskan terjemahan sijil nikah ke dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan visa ke Australia nanti. Untuk tujuan translation, Sijil kahwin dalam bahasa inggeris perlu dibayar RM20 setiap satu permohonan. Tetapi Jabatan Agama Kelantan tak dapat siapkan kerana semua komputer down, jadi mereka akan poskan dengan kadar segera selepas ia disempurnakan.

Sepanjang hari aku bergerak menyempurnakan beberapa urusan, ke KB Mall, lunch dengan kebab Kyroz, lepas tu ke Panji dan akhirnya balik semula ke rumahku selepas membeli 8 keping roti canai dengan kari kepala lutut di Kubang Kerian... wuhhh sedapnya..

Twin Cik Tie tu sangat cantik, sorang lelaki dan sorang pompuan.. Akil yang lelaki macam muka anak Cik Aa manakala yang pompuan namanya Haninah, sebijik muka Aisyah masa kecik..
Ini Haninah

Ini Akil



Tajuk perbincangan di rumah adalah menengai pemergianku nanti ke Australia dan juga kisah adikku Fitri@Idi@Ayah Die di Sudan. Sekarang dia bekerja dengan MERCY dan managernya adalah Kak Ros. Dua tiga hari lepas, Sudan berperang lagi dan Idi serta seorang lagi sukarelawan MERCY iaitu Syed segera diterbangkan ke Khartoum. Alhamdulillah selamat semuanya.

Kak Ros call aku masa di opis untuk maklumkan Idi dan kawan2nya sihat dan selamat dari kawasan perang. Masa Kak Ros call aku di opis, aku terus call Ma dan Ayah di KB tapi tak angkat, malam tu dah terlupa nak inform sampai Idi sendiri call my parents dan inform Ma dan ayah mengenai dirinya dan tanyakan sama ada orang MERCY ada call atau tidak...

Untuk Idi, this is my apology: 'Sorry yer die... sebenarnya Kak Ros manager tu inform kak, tapi kak terlambat nak convey the message to our parents..sorry yer'

Aku sangat kagum dengan profesionalisme MERCY, semuanya tersusun dan dijaga dengan sebaiknya... Baguslah Idi dah tukar menjadi Sukarelawan di bawah MERCY. Aku rasa banyak yang dia boleh pelajari dan lebih besar pengalamannya bergaul dengan Doktor-doktor sukarelawan MERCY seluruh dunia..

Malamnya, Tie sekeluarga hantar Umi ke airport untuk balik semula ke KL menggunakan Air Asia. Hari Ahad, Abah dan Aisyah balik rumah nenek di Bangi dan dari Bangi terus ke LCCT untuk jemput Umi...Gembiranya Aisyah tengok Umi balik.. Macam-macam nak bercerita dan salah satunya cerita sensasi yang berlaku ke atas dirinya..

Nanti entry akan disambung dengan cerita sensasi tersebut.... apa tu???
Kisahnya Aisyah telah diuji kesabarannya serta jatidirinya di sekolah ISSA..
tunggu....

Saturday, April 12, 2008

Urusan ke Melbourne

Rasanya banyak sangat lagi process yang belum dibuat, kena pergi bengkel Research Method 5 hari, kena pergi BTN 14 hari, kena buat medical check up, kena renew passport, kena cari tempat nak duduk di Melbourne dan macam-macam lagi.. Memang tak sempat betul, dengan kerja hakiki, mana nak marking budak2 punya kerja, test, assignments, lepas tu ada 5 orang pelajar Islamic Banking tahun akhir yang buat project paper kena present sebelum final. Kesian betul dgn 5 orang students yang aku supervice, nak jumpa aku punya susah.. sorry yer..

Itu belum lagi students DLSA, carry mark budak-budak ni kena submit pada office Law dan Business sebelum exam... adoii. poning eden!

Itu belum lagi kertas kerja yang dah janji nak present dalam ASLI di Singapore, pastu paper mengenai Islamic education untuk Lampeter UK.. alhamdulillah yang ke Singapore ASLI dah dihantar, kertas kerja aku tak power pun tapi dalam proses belajar kira ok jer kot..

Yang ASLI ada dua paper: boleh lawati http://law.nus.edu.sg/asli/conference/asli_conf2008/index.htm

Sexual Harassment- Aku dengan Puan Rozita, Dah dihantar di bawah Law School, yang tu Ita akan pergi present.
Failure to provide Maintenance- Aku hantar dan Boss dah sign setuju.. Alhamdulillah..

Semalam Bos panggil untuk discuss mengenai paper ke Lemperter tu, aku dah conteng2 dan ubah suai mana-mana patut.. Malam tadi aku emel abstract ke sana bersama CV kami tiga orang iaitu:
My respected Boss as the presenter
Myself
Siti Khadijah

Pagi ini, dah dapat balasan dari Pengarah Program di Lemperter kata absract diterima dan surat offer telah diemelkan. Cepat betul..
Untuk mengetahui perkembangan seminar tersebut, boleh lawati http://www.lamp.ac.uk/mysalam/

Malam tadi aku hantar emel ke Registra Melbourne U, inform aku tak dapat lagi offer letter dari sana, dan buat rayuan boleh tak Melbourne U terima result IELTS aku Band 6.5 tu, so aku takyah resit sekali lagi. If not, melayang RM550 lagi, dengan masa yang sangat suntuk, aku kena study semula cara jawab IELTS dan sebagainya.. Tetapi depa belum reply lagi...

Tindakan seterusnya adalah:

1- Malam ni 12hb April aku balik kampung sekejap, visit my parents naik Fireflyz . Aku bawak balik air yasin dari kelas Ustaz Harun. Balik ini sekaligus dgn nak uruskan terjemahan surat nikah di Jabatan Agama Kota Bharu ke dalam Bahasa Inggeris- itu rupanya antara keperluan untuk bawa keluarga ke Melbourne. Tanpa benda tu visa tak lepas.. Esok balik sini naik Airasia..

2- Isnin - Rabu 14-16hb April pulak kena attend Bengkel OBE sekali lagi, wajib!

3-Khamis 17 hb- ada presentation 5 orang pelajar yang aku supervice.. Depa perlu present hasil kajian..

4- Sabtu 19hb- AGM Persatuan Peguam, aku jadi Exco Penerbitan dan ICT- kena siapkan penerangan Multimedia semasa AGM dan juga pastikan Buletin 3 tahun 2007 disebarkan. Alhamdulillah selepas berpenat lelah, buletin PGSM sangat cantik aku siapkan dengan bantuan Eva...

5-Isnin - Khamis 21-26 hb April, kena attend Bengkel Research Methodology di ILQAM, UiTM, wajib.

6- 2 minggu awal dalam bulan Mei, kena attend BTN di Rembau..

6- 20hb Mei - 24 Mei- aku ke Singapore untu present paper di ASLI..

Ya Allah, bagilah aku selalu sihat dan bertenaga supaya semua perkara dapat disempurnakan dengan baik..amin

Thursday, April 10, 2008

Nak daftar Nikah Lagi?

Hak Muslim ini dijawab oleh Siti dan disiarkan dalam Berita Harian hari ini pada 10 April 2008..

Hak Muslim:
Isteri kedua tunggu panggilan mahkamah syariah
Oleh: Siti Razasah Abd Razak


Soalan:

MERUJUK artikel Hak Muslim mengenai isteri kedua yang menghadapi masalah daftar kelahiran, saya juga melalui pengalaman sama. Saya bernikah dengan suami di Gopeng, Perak, berwalikan bapa saya. Selepas kelahiran anak, kami ingin mendaftarkan kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara dan terkejut mendapati sijil nikah kami tidak sah. Kami merujuk perkara itu ke Pejabat Agama Islam Selangor, daerah tempat tinggal pada April 2007. Selepas disoal siasat Bahagian Undang-undang dan Pegawai Penguatkuasa, didapati perkahwinan kami sah mengikut hukum syarak. Cuma, kami masih menunggu dipanggil Mahkamah Syariah daerah untuk penalti kesalahan berkahwin poligami tanpa kebenaran dan jurunikah itu sudah tamat tempoh lesen juru nikahnya. Selepas membaca artikel itu, saya terkilan dengan pejabat agama kerana hingga kini masalah kami masih tidak dapat diselesaikan dan masih menunggu dipanggil pihak mahkamah. Sudah berkali-kali kami bertanyakan kelewatan yang bagaikan tidak diterima akal. Kenapa tiada seorang pun pegawai pejabat agama memberitahu kami untuk meminta pengakuan pihak mahkamah terlebih dulu tanpa menunggu selesainya keputusan penalti berkenaan. Saya berharap pihak tuan dapat memberitahu cara membuat permohonan pengakuan mahkamah. Adakah saya masih perlu pergi ke Pejabat Agama Islam Selangor untuk permohonan atau terus ke Mahkamah Syariah.
Isteri kedua,
Kuang, Selangor.


Jawapan:
TERIMA kasih atas maklum balas puan terhadap artikel berkenaan. Jika puan teliti semula, artikel itu ada dinyatakan mengenai prosedur pengesahan dan pendaftaran pernikahan adalah berbeza menurut negeri.

Isu berkaitan agama Islam adalah di bawah Akta/Enakmen Pentadbiran negeri termasuk prosedur pengesahan dan pendaftaran pernikahan. Artikel itu merujuk kepada persoalan permohonan pengesahan dan pendaftaran nikah di Wilayah Persekutuan. Prosedur yang puan nyatakan dan lalui adalah prosedur diguna pakai di Selangor pada masa ini dan ia berbeza dengan prosedur di Wilayah Persekutuan. Bahagian Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama Islam daerah tempat tinggal puan adalah rujukan pertama berkaitan pengesahan pernikahan. Di bahagian itu, puan, suami, wali dan saksi pernikahan akan disoal siasat Pendaftar Nikah berkaitan rukun nikah.

Kemudian, bahagian itu akan mengeluarkan laporan sama ada pernikahan puan sah atau tidak. Ia berbeza di Wilayah Persekutuan kerana setiap pernikahan mesti disahkan oleh Hakim Syarie melalui perbicaraan di Mahkamah Syariah. Di Selangor, apabila laporan dikeluarkan menyatakan pernikahan puan adalah sah, kes puan akan dipanjangkan ke Bahagian Penguatkuasaan Syariah di jabatan agama Islam daerah yang sama dengan Bahagian Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk tadi.

Bahagian Penguatkuasaan Syariah biasanya sekali lagi akan menyoalsiasat serta mengambil segala keterangan dan dokumen berkaitan pernikahan. Selepas itu, Bahagian Penguatkuasaan Syariah akan menyediakan kertas siasatan dan laporan siasatan untuk dipanjangkan ke Bahagian Pendakwaan Syariah. Bahagian Pendakwaan Syariah jabatan agama Islam daerah sama akan menyediakan kertas pertuduhan untuk mendakwa pihak pernikahan itu mengikut kesalahan jenayah syariah. Dalam kes puan, kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan bernikah menggunakan jurunikah sudah tamat lesen.

Melalui kertas pertuduhan, barulah Bahagian Pendakwaan Syariah melalui Ketua Pendakwa Syarienya memfailkan kertas pertuduhan ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa suami dan isteri yang dikenali sebagai orang kena tuduh. Apabila Bahagian Pendakwaan Syariah sudah memfailkan kertas pertuduhan di Mahkamah Syariah, pada hari sama, Mahkamah Syariah akan mengeluarkan saman untuk memanggil pihak hadir ke Mahkamah Syariah biasanya dalam tempoh sebulan daripada tarikh kertas pertuduhan difailkan.

Oleh itu, Mahkamah Syariah tidak akan mengeluarkan saman atau memanggil mana-mana pihak ke Mahkamah Syariah sehinggalah kertas pertuduhan difailkan oleh Bahagian Pendakwaan Syariah. Amalan di Selangor pada masa kini, pihak perlu disabitkan dengan kes jenayah syariah terlebih dulu selepas laporan pengesahan pernikahan dikeluarkan Pendaftar Nikah. Selepas sama ada pihak dikenakan penalti/denda, penjara atau kedua-duanya sekali, barulah pihak boleh membuat permohonan pendaftaran pernikahan di Mahkamah Syariah, bukannya permohonan pengesahan pernikahan kerana pernikahan itu sudah disahkan melalui laporan Pendaftar Nikah.

Walaupun ada pendapat menyatakan hanya Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa untuk mensabitkan sama ada sesuatu pernikahan sah atau tidak selepas mendengar keterangan pihak serta saksi dan dokumen yang menyokong pernikahan itu. Berkaitan permasalahan puan, adalah dinasihatkan supaya berhubung semula dengan pihak berkenaan iaitu Bahagian Pendakwaan Syariah di jabatan agama Islam tempat puan mendapat laporan pengesahan pernikahan.

Jika masih tidak berpuas hati, puan boleh merujuk kepada Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Negeri Selangor sama ada kertas pertuduhan terhadap puan sudah difailkan ke Mahkamah Syariah.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo. com. Layari http://peguamsyarie. blogspot.com

Fitna

My article published in Berita Harian 9 April 2008
____________

Peguam Syarie Menulis:

Penerbit Fitna putar belitkan ayat al-Quran
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

PENYIARAN filem pendek Fitna yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dan mengajar keganasan dibantah seluruh umat Islam di dunia. Hasil kerja seorang ahli parlimen Belanda, Gert Wilders atas nama kebebasan bersuara membawa satu agenda jahat memburukkan Islam dan menimbulkan keresahan dalam perhubungan antara agama. Bagi yang prihatin, keharmonian antara penganut agama adalah suatu yang suci dan perlu dijaga.

Justeru, umat Islam di beberapa negara menunjukkan bantahan terhadap penyiaran itu dengan pelbagai cara menzahirkan penentangan serta rasa tidak setuju terhadap penyiaran filem pendek itu. Kita tidak menghalang kebebasan bersuara tetapi kita menentang penyalahgunaan kebebasan itu sehingga memburukkan agama lain termasuklah Islam. Sesetengah negara Islam menunjukkan bantahan terhadap kebiadaban itu dengan tindakan memboikot barang dihasilkan dari Belanda.

Kita bersetuju dengan pemboikotan, semoga ia memberi kesan halus kepada mana-mana pihak bahawa keharmonian antara agama di seluruh dunia perlu dipertahankan. Usaha memburukkan Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam mempertahankan diri apabila diperangi dijadikan dasar bahawa Islam menyuruh penganutnya berlaku ganas. Ia akhirnya boleh membawa kepada perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam dan merebak sehingga menghasilkan perasaan benci pula kepada umat Islam.

Jika diperhatikan, bermula dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York sehinggalah pengeboman 7 Julai 2005 di London, kemudian di Mesir, Turki, diikuti beberapa insiden di seluruh dunia, meninggalkan titik hitam kepada sejarah tamadun moden manusia. Simptom 'Islam-phobia' atau ketakutan kepada Islam dan umatnya disebarkan dan Muslim terus dipersalahkan serta terus dikaitkan dengan keganasan yang berlaku. Penyiaran filem pendek Fitna adalah kesinambungan menyalahkan umat Islam atas keganasan yang berlaku dan dasar analisis mereka adalah Islam mengajar umatnya berbuat begitu.

Selama bertahun lamanya, media Barat menunjukkan imej negatif mengenai orang Islam sebagai pengganas dan masyarakat belum bertamadun. Bahkan, atas alasan menangani keganasan jugalah Amerika masuk dan menyerang Afghanistan serta Iraq. Adakah benar Islam mengajar keganasan? Apakah benar umat Islam orang yang keras dan ganas kerana agama mendidiknya begitu? Apakah Islam mengamalkan sikap tertutup sehinggakan umatnya tidak boleh duduk semeja untuk berbincang atau berdialog dengan lain-lain agama?

Islam adalah agama mengajak kepada perdamaian dan hidup secara harmoni. Bukan saja kepada sesama pengikutnya bahkan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Perkataan Islam itu sendiri datangnya daripada kalimah 'salama' yang bermaksud aman, sejahtera, patuh dan penyerahan diri. Perasaan toleransi sesama manusia juga menjadi tumpuan penting dalam ajaran Islam. Islam tidak menganjurkan keganasan dan tidak mengajar umatnya membenci penganut agama lain sebagaimana digambarkan media barat dan filem Fitna itu.

Bahkan, umat Islam diminta untuk berurusan secara harmoni dengan bukan Islam dan melayani mereka dengan baik. Islam turut menyentuh umatnya beramal dengan sifat lemah lembut, berbincang dan berdialog dengan baik, waras dan tersusun. Islam turut menekankan konsep persaudaraan dan ukhuwah yang baik.

Allah sendiri bersifat dengan sifat mutlak yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani terhadap hamba-Nya. Allah tidak menyuruh umat Islam melakukan keganasan, begitu juga al-Quran mengajar setiap kita mempunyai maruah, harga diri dan kesabaran kita juga ada tahapnya. Apabila agama dan maruah umat Islam dicerobohi dan diperangi, kita berhak mempertahankan diri.

Apakah mungkin apabila harta benda kita dirompak, kita hanya berdiam diri dan melihat saja? Apakah mungkin apabila anak perempuan kita dirogol, kita melihatnya dengan pandangan sayu tanpa bangun mempertahankan hak? Adalah suatu yang tabii bagi insan untuk bertindak apabila hak dan harga dirinya dicabuli.

Dalam hal ini, apabila Islam diperangi, maruah agama dicemari, maka Islam meletakkan peruntukan bahawa umat Islam boleh bangun bertindak apabila agama dan maruah diri dicabul. Namun begitu, kita dilarang mengikut emosi membabi buta dan melampaui batasan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan perangilah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Kerana Allah menyukai orang yang tidak melampaui batas." - (Surah al-Baqarah, ayat 190) Ini menunjukkan ayat al-Quran yang dipetik dalam filem Fitna sebenarnya menyentuh mengenai peruntukan mempertahankan diri selepas kita diperangi.

Penerbit filem itu silap kerana menjadikan ayat ini sebagai dasar hujahnya bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya memerangi dan melakukan keganasan. Jika dirujuk kepada sejarah silam, Rasulullah SAW menekankan konsep bermaafan, lemah lembut, menjaga akhlak dan tingkah laku hatta ketika berada di medan perang.

Apabila Baginda SAW menghantar tentera mempertahankan maruah agama, Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: "Janganlah kamu membunuh orang tua yang uzur dan jangan kamu membunuh kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah melampaui batas. Kumpulkanlah harta perang, buatlah kebaikan, berlaku ihsanlah sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan." - (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam adalah ajaran yang positif, bersifat terbuka dan menggalakkan perdamaian serta kemaafan. Keterbukaan Islam ditunjukkan apabila Islam bukan saja menganggap semua Muslim sebagai saudara, bahkan Islam turut bersedia menerima orang bukan Islam yang tidak membenci dan memerangi Islam sebagai umat yang satu dan hidup bersama secara harmoni.

Islam juga melarang sama sekali umatnya memburukkan agama lain dan menghina tuhan agama lain kerana ia boleh membawa tindakan balas sehingga Allah pula dihina oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina Jesus yang dimuliakan orang Kristian, begitu juga Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina Gautama Buddha, menghina mana-mana agama tetapi mengajak perbincangan ke arah keharmonian hidup sesama insan.

Apa yang diketengahkan adalah perbincangan, dialog perbandingan agama dengan mengemukakan hujah dan keterangan mengenai kebenaran Islam tanpa menghina mana-mana agama. Oleh itu, adalah silap mana-mana pihak menganggap Islam ajaran mengajak kepada keganasan dan kekerasan, sedangkan Islam menganjurkan perdamaian, ketulusan hati, kemaafan, toleransi dan lemah lembut dalam melayani sesama manusia.

Penulis adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Tuesday, April 8, 2008

Suami Poyo

Kelakar bangat bila aku dapat emel ni.... baca yer..
jangan serius sangat..
joke-joke jer..
hehe..
_________________________


Before marriage....

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!


After marriage....

Simply read from bottom to top.
hehehe.. how it looks like???


She: Darling!
He: Yes.
She: Can I trust you?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Will you hit me?
He: Every chance I get.
She: Will you kiss me?
He: No! Why are you even asking?
She: Have you ever cheated on me?
He: Of course! Over and over!
She: Do you love me?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you want me to leave?
He: Yes. At last. It was so hard to wait.

Hehe..

Tauliah Peguam Selangor


7 April 2008- Pentauliahan diterima masuk JAKESS
Selepas menghadapi pelbagai cabaran dan terpaksa melalui dua kali temuduga.. (itu yang mahal tu.. hehe..) Aku dan Kak Pah telah berjaya memperolehi apa yang kami kehendaki.. iaitu pentauliahan diterima masuk sebagai Peguam Syarie bagi negeri Selangor.. Alhamdulillah syukur pada ALlah.

With Kak Pah yang sangat saya sayang macam my own sister.. hehe..

Pada 7 April, seramai 36 orang Peguam baru telah ditauliahkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Dewan 3 di hadapan Yang Arif Tuan Abu Bakar Daud..


Gambar ini masa majlis belum bermula, masing-masing tengah tulis biodata diri untuk dibaca oleh Mover masing-masing..

Dan di antara ramai-ramai itu ada aku dan kak pah..Mover kami adalah Cik Hapipah dari Tetuan Isa & Asso. .. .. Sapa Peguam-peguam yang cun ni??? Dari kiri adalah Liza (Staff Mr Presiden PGSM), Linda (staff Puan Kamar Ainiah), Kak Pah yang paling bahagia sebab dapat tauliah (hehe..), Sebelah tu yang senyum penuh makna tu adalah Cik Pah yang menjadi mover kita orang dan akhir sekali adalah myself ler..

Gambar ini, myself bersama Haziana (staff Presiden PGSM jugak)
Sementara tunggu lif nak terbuka, kami ambik gambar ler dulu depan papan tanda JAKESS.. Lepas ni tak ambik dah.. once in life time...


Tapi perasaan kami tidak sama seperti semasa tauliah Peguam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.. Di Kuala Lumpur, disiapkan majlis yang sangat sempurna pada pandanganku, ada jemputan yang dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie JKSM, Ketua Hakim WP, Wakil AG, Ketua Pendaftar, Ketua Pendakwa WP, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi WP.. semua ada dan meraikan kami semua..Dalam majlis tersebut, PGSM diraikan dan Presiden PGSM diberi peluang berucap meraikan peguam baru. Selepas upacara ada jamuan makan tengahari dan kami diambil gambar oleh Badan Kebajikan Mahkamah WP..

Tetapi suasananya sangat jauh berbeza di JAKESS. Pelik betul.. seolah-olah JAKESS tidak melihat hari pentauliahan Peguam Syarie Selangor sebagai hari besar.. ia hanya hari biasa, dan tiada keraian, tidak diraikan oleh Ketua Hakim dan yang paling pelik lagi, tiada jamuan makan sedikitpun..

Namun begitu, apa-apapun, Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana semua berjalan dengan baik..

Saturday, April 5, 2008

Resolusi Seminar Semakan Korpus Undang-undang IKIM

Resolusi Seminar tersebut telah mendapat liputan dan bangkangan dari banyak pihak termasuklah Persatuan Bukan Islam, Sister in Islam, Bar Council dan lain-lain terutama melibatkan cadangan mendakwa orang bukan Islam yang bersubahat melakukan jenayah syaraiah bersama yang Islam. Presiden PGSM telah mengeluarkan Kenyataan Media dan aku bagi pihaknya telah menghantar hampir ke semua media termasuklah Bernama, TV3, NST,Star, Berita Harian, Utusan, Harian Metro, dan webs juga iaiatu Malaysiakini dan sebagainya..

Dibawah ini adalah suratku sebagai cover letter kepada semua media tersebut..
_______________

Salam,
Isu Resolusi Seminar Semakan Semula Korpus Undang-undang Islam di Malaysia telah dibahaskan dengan panjang lebar dan dibantah oleh pelbagai pihak bukan Islam. Demi memberi penerangan yang benar dan membawa pendirian Pengamal Undang-undang Syariah, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengeluarkan kenyataan media ini untuk tindakan pihak tuan sebagai media massa yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat negara ini.

Justeru, kami berharap agar pihak media tuan dapat menyiarkan kenyataan media kami untuk perhatian dan rujukan semua. Disertakan di bawah ini Kenyataan Media Presiden PGSM.
Kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Yang benar,
Puan Nurhidayah Muhd Hashim
EXCO PGSM
b/p Presiden PGSM


_________________________

Kenyataan Media Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Berkenaan Resolusi Seminar Semakan Korpus Undang-undang Syariah
Oleh:
Hj Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PGSM


Resolusi yang dikeluarkan hasil Seminar Semakan Semula Korpus Undang-Undang Islam Di Malaysia: Keperluan Dan Cabaran antara lain telah mengutarakan cadangan supaya penglibatan secara bersama antara orang Islam dan bukan Islam dalam sesuatu kesalahan atau jenayah syariah hendaklah dihukum dengan hukuman yang setimpal. Cadangan ini jika dilaksanakan akan memberi kesan umpamanya dalam kes khalwat di mana salah seorang pasangannya adalah bukan Islam, maka dia juga hendaklah didakwa dan dijatuhi hukuman sekiranya disabitkan bersalah. Namun seminar berpandangan pendakwaan tersebut hendaklah dilakukan di mahkamah sivil.

Golongan bukan Islam seperti Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Toaism serta beberapa NGO lain menentang keras cadangan ini dengan mengatakan undang-undang syariah tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan menafikan hak orang bukan Islam itu sendiri.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya resolusi yang dibincangkan oleh pakar-pakar perundangan dan syariah tanah air. Pakar-pakar yang mahir dalam bidang masing-masing ini sudah tentulah mengambil kira semua sensitiviti dan kedudukan undang-undang sebelum menggarapnya sebagai cadangan.

Sebenarnya tidak timbul isu mengenakan atau menguatkuasakan undang-undang syariah ke atas orang bukan Islam kerana pendakwaan akan dibuat di mahkamah sivil. Bukankan salah satu teras negara yang termaktub di dalam Rukun Negara ialah Kesopanan dan Kesusilaan? Oleh yang demikian undang-undang moral boleh digubal bagi menangani masalah moral masyarakat.

Apakah kita lupa bahawa membina masyarakat bermoral dan berakhlak mulia merupakan prinsip asas kenegaraan ini? Lantaran jika kita ingin menghapuskan undang-undang moral maka prinsip kelima Rukun Negara ini pun hendaklah ditiadakan.

Jika kita menelusuri sejarah dan hakikat undang-undang jenayah pun kita akan dapati bahawa undang-undang jenayah ini sebenarnya berakar-umbi dari undang-undang mora. Undang-Undang sebenarnya bersandarkan moral manakala moral pula bersandarkan kepada agama. Umpamanya kesalahan membunuh secara tidak sah, sebelum ia memperundangkan atau ditaqninkan menjadi undang-undang jenayah, ia adalah kesalahan moral yang amat dibenci oleh masyarakat.

Secara hipotetikal pula, sekiranya undang-undang moral ini dihapuskan, apa yang akan berlaku jika terdapat orang yang melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan mata kita atau keluarga kita? Biarkan sahaja mereka dengan hak asasi mereka? Biarkan sahaja anak-anak kita menonton aksi tidak bermoral itu? Apa yang hendak kita lakukan dalam keadaan kita tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencegahnya?
Jika ia merujuk kepada isu hak asasi pelaku tersebut, bagaimana pula dengan hak asasi kita yang jijik terhadap perbuatan tersebut. Apakah hak kita untuk hidup dalam tenang tanpa melihat perbuatan seperti itu?

Jika kita bercakap tentang hak orang bukan Islam untuk melakukan khalwat, berzina dan sebagainya, adakah mereka ini mempunyai hak untuk melanggar undang-undang syariah? Sekiranya salah seorang pasangan adalah bukan Islam, maka adakah mereka mempunyai hak untuk berzina sehingga melahirkan anak-anak luar nikah tanpa didakwa? Malah dalam beberapa agama selain Islam juga telah meletakkan perzinaan adalah suatu kesalahan yang berat.

Kenapa pula kita sering mengamalkan ‘double standard’ terhadap Islam? Apabila ia tidak berkaitan dengan Islam, kita amat mudah menerimanya tetapi tatkala nama Islam muncul maka kita resah, menentang dan menyangkal tanpa memberikan justifikasi yang adil terhadap Islam.

Umpamanya, sekiranya seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung pergi ke Sabah atau Sarawak dan di sana beliau telah melakukan suatu kesalahan yang melanggar undang-undang adat peribumi Sabah dan Sarawak. Orang ini akan tetap dihukum melalui undang-undang adat tersebut walaupun beliau berasal dari Semenanjung. Ini tidak bermakna kita menjadikan beliau sebagai peribumi Sabah dan Sarawak. Begitu juga perbandingannya bagi undang-undang Islam dalam aspek yang terlalu sedikit ini, tidak bermakna menjadikan mereka orang Islam.

Pengenaan tindakan terhadap orang bukan Islam dalam hal yang berkaitan dengan orang Islam adalah kena pada masanya bagi mengelakkan keresahan di kalangan orang Islam sendiri. Ia sebenarnya tidak langsung memaksa orang bukan Islam menganut agama Islam. Malah ia selari dengan Rukun Negara menekankan peri pentingnya kesopanan dan kesusilaan disemat di dalam diri setiap warganegara Malaysia. Ia adalah jati diri rakyat Malaysia.

Cadangan seminar ini juga tidak berkaitan dengan persoalan Perlembagaan kerana orang bukan Islam ini hanya akan didakwa di mahkamah sivil bukannya di mahkamah syariah.

PGSM mendesak agar semua pihak berlaku adil dalam memberi pendapat dan tidak membuat serangan melulu tanpa justifikasi yang wajar terhadap Resolusi Seminar Penyemakan Korpus Undang-undang Islam yang telah diisytiharkan itu.

Sekian
Hj Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PGSM
4 April 2008

Thursday, April 3, 2008

Seminar Penyemakan Korpus Undang-undang IKIM

Pada 1 hb dan 2 hb, IKIM menganjurkan Seminar Penyemakan Korpus Undang-undang Syariah di Malaysia.. Ramai yang hadir dan aku adalah sebahagian dari mereka..

Dalam kumpulan perbincangan tenaga pakar, aku masuk kumpulan 1 yang membincangkan penyemakan dan penambah baikan untuk Undang-undang Keluarga Islam..

Banyak cadangan yang dibuat dan pada akhir perbincangan, aku telah menolong petugas IKIM dalam mengharmonikan ayat-ayat untuk dijadikan resolusi Seminar bagi Kumpulan 1.. Alhamdulillah semua berjaya..

Semoga hasrat dan usaha kita dibantu Allah..

Perjuangan Perlu diteruskan.. Dalam apa jua situasi dan kondisi, Penegakan Syariah diteruskan, sedikit demi sedikit.. Semoga Allah redha.. amin

Siapa Jadi Menteri Besar?

Artikel ini adalah pendapat Presiden PGSM berkenaan isu terkini pemilihan Menteri Besar dan Aku edit dan tambah sebahagiannya.. Tulisan ini sepatutnya disiarkan dalam Berita Harian pada 2 April 2008 tetapi tidak disiarkan. Justeru ia diletakkan di sini untuk rujukan..

___________

Kemelut Perundangan: Kuasa Siapa Melantik Menteri Besar
Oleh: Zainul Rijal Abu Bakar


Negara kita menyaksikan beberapa insiden kemelut perundangan yang melanda selepas Pilihan raya Umum ke 12 baru-baru ini. Ia termasuklah mengenai urusan pelantikan Menteri Besar di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Walaupun ia telah dapat diselesaikan, kesan dari apa yang berlaku ini akan terus diperkatakan oleh rakyat jelata, ahli akademik dan juga pengamal undang-undang. Ia juga akan sentiasa diingati oleh parti-parti siasah pada pilihan raya yang akan datang.

Di negeri Perlis, walaupun Barisan Nasional menang besar namun calonnya untuk jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan daripada Raja. Perkara yang sama juga berlaku di Negeri Terengganu. Akhirnya perkenan Raja Perlis dan Majlis Pemangku Raja Terengganu dituruti.

Manakala di negeri Perak pula, Pemangku Raja, Raja Dr Nazrin enggan menggunakan budi bicara baginda melepaskan syarat bahawa seorang Menteri Besar hendaklah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Walaupun selepas daripada itu terdapat ‘pergeseran’ calon Menteri Besar antara PAS dan PKR, namun baginda telah menitahkan kesemua ADUN dari Barisan Rakyat untuk menulis persetujuan melantik Menteri Besar dari kalangan ADUN PAS. Oleh yang demikian Menteri Besar dapat dilantik walaupun bukan dari kalangan parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Tiada pelantikan jawatan Timbalan Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu sebagaimana yang diuar-uarkan.

Pada masa sama di negeri Selangor, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia juga melalui Setiausaha Sulit Baginda menegaskan pelantikan Timbalan Menteri Besar juga hendaklah dari kalangan ADUN yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Akibatnya sehingga kini masih belum dilantik Timbalan Menteri Besar Selangor walaupun DAP dikatakan beria-ia inginkan kerusi tersebut.

Negeri Pulau Pinang pula menyaksikan ADUN dari DAP telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan dua orang Timbalan Ketua Menteri telah dilantik masing-masing seorang Melayu dan seorang berketurunan India. Negeri yang tidak mempunyai Raja Melayu ini dapat melantik Ketua Menterinya dengan kadar yang agak cepat kerana Yang Di-Pertuan Negeri tidak mempunyai peranan yang banyak dalam memilih Ketua Menteri sebagaimana yang dimiliki oleh Raja-Raja Melayu.

Melihat kepada apa yang berlaku, timbul persoalan tentang bagaimana sebenarnya kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu. Apakah Raja-Raja Melayu hanya bertindak atas nasihat sahaja dan benarkah had kuasa baginda dikongkong setakat upacara keagamaan dan adat Melayu sahaja. Tindakan Raja-Raja Melayu di atas dikatakan manifestasi kepada campur tangan Raja-Raja Melayu dalam urusan pentadbiran termasuklah pelantikan Menteri Besar.

Dari sudut perundangan, Menteri Besar adalah jawatan amat penting bagi mentadbir sesebuah negeri kerana beliau juga merupakan ‘Ketua Pegawai Eksekutif’ sesebuah negeri. Bertitik tolak dari isu ini, timbul satu lagi persoalan sama ada campur tangan ini mempunyai asas perundangan ataupun sebaliknya.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Tubuh kebanyakan negeri Yang Di Pertuan Agong dan Sultan boleh melantik Perdana Menteri/ Menteri Besar yang pada pertimbangan baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri. Dalam hal yang demikian, kuasa melantik Perdana Menteri/Menteri Besar sebenarnya terletak di tangan Yang Di Pertuan Agong/Sultan. Perlu juga kita ambil perhatian bahawa Duli-Duli Yang Maha Mulia ini tidak boleh di bawa ke mana-mana mahkamah dalam menjalankan tugas rasmi baginda.

Oleh itu dari sudut perundangan, adalah jelas bahawa tiada sesiapapun boleh mempersoal, memperkecil ataupun melanggar titah perintah Duli-Duli Yang Maha Mulia ini dari sudut keabsahan dan kedudukannya.

Ketika isu ini diperbahaskan, ada suara yang mengatakan bahawa undang-undang ini adalah undang-undang lapuk dan perlu dipinda. Ia dipelopori oleh sebahagian orang yang tidak berpuas hati tentang kedudukan perundangan pada masa ini. Sebenarnya tidak timbul isu bahawa undang-undang ini adalah undang-undang lapuk atau ketinggalan zaman, Penulis melihat keadaan ini menzahirkan pandangan jauh golongan nenek moyang kita terdahulu, seolah-olah mereka telah dapat meneka apa yang akan terjadi pada suatu masa kelak.

Campur tangan Raja-Raja adalah amat perlu dalam banyak perkara bagi melindungi dan memelihara agama Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini. Ini sejajar dengan sumpah Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki tahta baginda yang bersumpah dengan nama Allah akan mempertahan dan memelihara Islam di Malaysia.

Pada masa dahulu ahli masyarat mungkin terlepas pandang terhadap undang-undang ini kerana negara tidak diharungi oleh tsunami politik sebagaimana melanda pada 8 Mac 2008 lalu. Pada masa tersebut langsung tidak ada isu tentang calon Menteri Besar di sesebuah negeri, kalau adapun ia dapat diselesaikan secara dalaman tanpa perlu merujuk dan mengkaji kedudukan undang-undang.

Hakikatnya, tidak boleh diterima akal bagaimana seorang Menteri Besar yang tidak diperkenan oleh Sultan dapat mengatur pembangunan negeri dan memelihara kedudukan Islam. Sultan dan Menteri Besar adalah dua komponen penting yang berperanan besar dalam memajukan sesebuah negeri.

Malahan adalah tidak adil juga sekiranya Menteri Besar bukan seorang Melayu Islam kerana jawatan tersebut banyak melibatkan hal ehwal pentadbiran agama Islam dan adat Melayu di negeri terlibat. Majlis-Majlis Agama juga akan terkesan dalam situasi ini apabila Menteri Besarnya adalah dari kalangan bukan Islam.

Peruntukan Undang-undang yang sedia ada harus diperkukuhkan bagi menentukan kepentingan orang Melayu/Islam sentiasa dilindungi berdasarkan sejarah tanah air.
Raja-Raja Melayu sebenarnya adalah benteng terakhir bagi kemuliaan Islam dan kedudukan orang Melayu. Walaupun Raja-Raja Melayu tidak mencampuri urusan politik kepartian, baginda perlu dalam semua keadaan meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya sejajar dengan sumpah baginda mempertahan dan memelihara Islam.

Menelusuri sejarah Raja-Raja Melayu pula, adalah jelas rakyat jelata mentaati Raja-Raja Melayu tanpa berbelah bahagi. Baginda Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa yang amat luas sebelum kedatangan penjajah. Sedikit demi sedikit penjajah telah menghakis kuasa Raja-Raja Melayu. Walaupun begitu peranan Raja-Raja Melayu tidaklah boleh dinafikan. Dalam hal ehwal Islam, Raja-Raja Melayu adalah ketua agama bagi negeri mereka.

Raja-Raja Melayu pula mendapat nasihat daripada Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab menasihati Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan agama Islam. Di sini peranan Majlis Agama Islam adalah penting bagi memberi nasihat kepada baginda dan Majlis Agama Islam mestilah benar-benar bebas, profesional dan betul dalam menggarap dan memberi nasihat kepada baginda.

Penulis tidak berhasrat untuk berpihak kepada mana-mana kepartian, tetapi apa yang penting adalah kedudukan undang-undang diperjelaskan dan yang paling penting ialah ketinggian Islam dapat diperkukuhkan dalam apa jua cara yang dibenarkan oleh Undang-Undang.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com/.

Tuesday, April 1, 2008

Kisah Anak Genius Malaysia

Membaca kisah Sufiah dalam akhbar hari ini benar-benar menyentak hati nuraniku.. Apakah benar kehidupan seorang insan yang dikurniakan kepandaian luar biasa semasa kecil melebihi anak-anak setara dengannya bertukar menjadi begini dasyat dan menyedihkan..

Dulu, semasa kisah Sufiah ditunjukkan dalam TV bersama ayah dan ibunya, serta konsep belajar di rumah yang diamalkan, ia merupakan satu berita baru dan perkembangan pengajaran yang tidak diamalkan di negara ini. Semua orang teruja melihat kehidupan mereka, reporters menemubual ibu bapanya dan bertanya bagaimana mereka mengasuh anak-anak mereka. Aku masih ingat bagaimana ibunya rakyat malaysia bercerita betapa bangganya dia dengan anak-anaknya, kehidupan di London yang bersikap terbuka, kehidupannya berkahwin dengan warga asing dan mempunyai anak-anak yang cerdas, bijak dan sangat cemerlang. Istilah 'home school' disentuh bahawa di negara ini tiada perkembangan seperti ini, belajar di rumah dan terus bersedia untuk peperiksaan A-Level dan sebagainya...

Semakin lama, masyarakat semakin lupa kisah-kisah insan kecil yang cemerlang ini.. Sehinggalah tiba-tiba keluar cerita hari ini mengatakan Sufiah, gadis yang akalnya cemerlang dari segi memengira dan membaca, melalui hari-hari yang tidak menggembirakan..Apakah yang telah terjadi kepadanya?? Hatiku menangis membaca kisahnya..

_________________

Dulu, pertengahan tahun 2007, aku dijemput berceramah di sebuah sekolah di KL, untuk ibu bapa berkenaan ibu bapa cemerlang melahirkan anak gemilang.. Slotku selepas slot Adi Putra yang dijemput khusus untuk memberi ucapan membina semangat kepada budak-budak sekolah tersebut.

Selepas slotnya, aku dipanggil ke pentas utama untuk memberikan ceramah tersebut.. Dalam ceramah tersebut, banyak yang aku ceritakan, menggunakan multi-media kesan pendidikan ibu bapa ke atas anak-anak, ada 3 youtube yang aku gunakan dalam ceramah tersebut..

Apa yang paling penting adalah, aku menyentuh bahawa Allah mempunyai kuasa untuk memberi apa-apa yang Dia kehendaki, sama ada perkara yang diberikan itu dapat kita faham dan tanggapi dgn akal yang ada ataupun mungkin kita tidak dapat menanggapinya dengan baik..

Contohnya Adi Putra, aku menyebut namanya dengan jelas, Allah bisa saja memberi akal seorang berumur 20 tahun kepada seorang anak berumur 6 tahun. Dan ALlah bisa juga mengambil kebijaksanaan yang Dia berikan dari sesiapa yang Dia kehendaki. Apa yang berlaku pada Adi adalah bukti betapa maha powernya Allah si pencipta, jadi kita perlu menghargainya, menjaganya dengan baik, saling dokong mendokong dan tidak membiarkannya begitu sahaja. Adi dan mana-mana insan cemerlang boleh menjadi asset kepada umat Islam jika disusun dengan sebaiknya. Pada masa sama, Adi Putra dan keluarga perlu berbincang dengan mereka yang pakar cara-cara menangani diri Adi, perkembangan yang sangat cemerlang yang tidak boleh ditanggap dgn akal biasa.. Pada masa sama, jangan sama sekali riyak dan takabbur timbul dengan apa yang ada, kerana semuanya adalah hak Allah.

Justeru, aku memanjatkan doa kepada Allah agar Adi Putra dan mana-mana insan cilek yang dikurniakan Allah kepandaian melepasi zamannya akan terus dipelihara Allah, disuburkan lagi kecemerlangan tersebut demi kebajikan dan ketinggian Islam dan umatnya di amsa akan datang.

Kerana aku melihat dalam diri Adi ada kelebihan yang nyata, dan aku juga melihat dalam diri Aisyah anakku sayang, ada kecemerlangan yang hakiki.. Semoga ALlah menjaga mereka semua supaya menjadi insan cemerlang dalam kehidupan dunia, mempunyai ilmu akademik yang tinggi, di samping penghayatan kepada pegangan agama yang kuat dan berakhlak mulia sehingga mampu memberi manfaat kepada dunia.. Dan juga berbahagia dalam kehidupan di akhirat.. Amin..

Bacalah kisah Sufiah di bawah ini, semoga Allah menyelamatkannya dan memberinya jalan keluar yang baik.. amin..
________________________________


Tragedi hidup Sufiah : Jadi PelacurDilulus
Oleh:wahdah Monday, March 31 @ 08:31:35 MYT

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’

“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.
Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri. Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan. Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.
Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun.