Sunday, September 25, 2011

There She Is......Black Belt Holder

Black Belt Holder

Aisyah is a Black Belt Holder...

Yesterday (24 September 2011 at 5 - 7pm), we went to Netball Stadium for her grading..
After nearly 3 years, she's finally there..
My princess is a Teakwondo Black Belt Holder
Graduated formally on Monday 26 September 2011 at Hall Teakwondo Tullamarine, Melbounre..




Sepanjang balik dari grading, Aisyah tak habis-habis berceita..

'I'm speechless.. I could not explain how I feel.. oo i was so happy.. i managed to break the board. Umi.. I am speechless...'

I am very proud of you my darling..

Buku..

Buku-buku..

Masa mula-mula saya naik train dari Reservoir ke Melbourne City untuk ke University Melbourne, saya tak pernah dapat tahan dari mengantuk dan tidur.. Letih sungguh travel selama 45 mt - 1 jam pergi dan selama tu juga untuk balik ke rumah. Tapi lepas lama-lama, saya dah jadi lali. Orang tua kata mangli, satu benda susah, lama-lama sebab ulang buat terlalu banyak kali, jadi kita sudah tak rasa susah lagi.. Perumpamaan Bahasa Melayu adalah 'Alah bisa tegal dek biasa!.

Sepanjang naik train dan tram, saya akan baca buku. Saya dah buat banyak kali experiment dah..:-) Kalau saya baca buku berat-berat isi kandungannya, maka saya akan zzzzzzzzz (tidur) lagi cepat dari biasa..hehe.. tapi kalau saya baca benda ringan, saya akan mampu bertahan..[Maksud benda berat tu macam saya bawa nota mengenai kes mahkamah, artikel ilmiah dari journal, buku agama dan lain-lain..semuanya mata saya akan menjadi sangat berat...dan mula menutup tirai sepantas yang mungkin..::) Benda ringan maknaya buku novel, buku cerita, surat khabar, dan lain-lain yang saya tak perlu fikir berat2, sekadar baca terus nak tahu jalan cerita..]

Saya telah menghabiskan banyak novel dalam perjalanan dari rumah ke University dan balik dari univ.

Antara buku yang saya baca atas train adalah buku kegemaran saya.. saya ni agak berbeza siket dengan orang lain sebab buku kegemaran saya adalah Agatha Cristie, Sherlock Holmes, buku penyisatan..[agak saya sebab saya ni dari kecik cita-cita saya nak jadi polis..nak siasat dan tangkap orang jahat..hehe] jadi saya memang suka buku polis-polis ni..

Saya pinjam 6 siri Sherlock Holmes dari library Darebin dan saya habiskan atas train siket demi siket.. Tapi kalau buku bunuh-bunuh teruk saya tak baca.. saya juga tak baca buku-buku romance yang 'menakutkan', kerana saya percaya, sesuatu bahasa datang ke dalam diri kita melalui dua jalan yang besar (berdasarkan kajian orang terdahulu)
1) Kita baca dan baca dan baca dalam sesuatu bahasa, kita akan mendapat 'skil menulis'
2) Kita dengar dan dengar dan dengar sesuatu bahasa, kita akan mendapat 'skil bercakap'

Sebab itu budak-budak, dia dengar saja cerita TV, kartun, mak ayah bercakap.. lama-lama dia dapat bahasa itu sebagai bahasa pertuturannya.. Buku bacaan yang dibaca akan membaiki kemampuannya menulis ayat, karangan dan sebagainya..

Jadi, bacalah buku yang ada manfaat. buku yang bagus, bukan buku cerita lucah, bukan buku cerita artis-artis yang tak membina minda kita..Begitu juga, selalulah baca buku-buku dan dengar orang bercakap.. kita akan dapat bahasa tersebut- sama ada english, arabic, itali, urdu dan apa sahaja..

Opss... saya juga suka baca buku sastera.. sebab masa saya tingkatan 4 dan 5, saya masuk kelas sastera. Buku novel 'Seorang Tua di Kaki Langit' karja Azizi Abdullah adalah novel kegemaran saya. Saya rasa saya pandai prosa sajak.. hehe...(puji diri sendiri..hehhe..) sebab setiap kali saya prosa sajak, saya selalu dapat markah tinggi..:-).. (makna prosa adalah membaca sesuatu yang sukar difahami secara biasa seperti sajak, puisi, gurindam dana lain-lain kemudian kita terjemahkan, tafsirkan dan rungkaikan apakah yang dimaksudkan oleh sajak itu- itulah prosa)..

Habislah cerita buku novel-novel yang dibaca..
_______________

John Gray..

Terdapat banyak ilmu yang dikupas oleh John Gray. Bila saya baca dan baca, saya tidak dapat tidak bersetuju dengan beliau. Saya terpaksa tunduk dan mengaku bahawa apa yang dia kupaskan tentang bagaimana perempuan menangani stress dan bagaimana kita perlukan sokongan dari suami adalah hampir benar dengan apa yang saya lalui..

Subhanallah...

Saya recommend buku-buku ini dibaca..Carilah kat mana, ambik manfaat dari hasil kajian orang lain, untuk kebaikan diri kita dan sesama insan..

Lepas habis saya baca, saya mencari secara online buku-buku ini untuk saya sendiri simpan di library rumah saya, (kerana buku pinjam perlu dipulangkan di library Mill Park).Akhirnya dapat, saya order dengan harga AUD5.30 satu. saya beli 4 buah berlainan tajuk, semuanya tulisan John Gray.. Beberapa hari lepas, saya sudah terima buku-buku yang diorder tersebut..
Alhamdulillah...

Inilah rupa buku-buku tersebut..
Pergi pinjam ya..


Mengenali perbezaan..


Kegagalan untuk menghargai, mengiktiraf perbezaan dan gagal menangani perbezaan boleh membawa kepada perceraian dan perpisahan..


-------------

Selingan...

Yang bawah ni menyelit jer.. hehe..
takda kena mengena dengan sesiapa..
hanya kena mengena dengan saya jer..:-)

Ini loket saya beli secara online.. tempah nama di loket silver..harga biasa AUD70. Ada offer jadi AUD20.. saya pun order la..

beberapa hari lepas sampai ke rumah saya..

Tara....

Tuesday, September 20, 2011

Perjalanan

Kurang Sihat dan Buku John Gray.

Saya tak sihat hampir seminggu sepanjang minggu lepas. Bermula dengan rasa sejuk sejuk badan. sampai ke sakit tekak, demam dan dan badan rasa sakit-sakit. maknanya seminggu saya duduk di rumah dan tak pergi ke universiti. Makan panadol satu hari 8 bijik untuk 4 kali makan. Lepas tu minum air suam letak madu tiga sudu dan perah air lemon sebijik. lepas tu minum air masak banyak. tido jer sepanjang hari..
Alhamdulillah Allah bagi sihat kembali dan dapat meneruskan perjalanan hidup seperti baisa. alhamdulillah.

Sepanjang saya kurang sihat, Abah yang buat kerja rumah.. :-)
Terima kasih ya Bah..

Dalam demam-demam, saya berjaya menghabiskan dua buah buku tulisan John Gray; satunya Men are from Mars and Wome are from Venus dan lagi satu bertajuk Why mars and Venus Collide... Saya pinjam dari Library Mill Park. Jika ada jalan, saya sarankan semua orang baca buku ini.

Buku-buku ini sangat baik dan membuka minda saya mengenai banyak perkara..
tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan, cara berfikir, cara mengambil keputusan, cara menghadapi stress, dan menghilangkan stress dan banyak lagi.
Allahuakbar, semuanya hardwire dalam brain dan hati kita. Ia datang bersama kejadian insan.

Saya melihat kebesaran Allah dalam kajian John Gray tersebut. Benarlah kata Nabi Muhammad, 'man A'rifa nafsahu fa qad a'rifa rabbahu..' (Barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan kenal tuhannya..'

Kenal diri dalam banyak perkara,
Kenal diri dari persepektif ahli tasawuf yang membincangkan hati dan kejadian insan, nafsu amarah, nafu mutmainnaah. dan berbagai lagi..
Begitu juga kenal diri dari sudut pandangan sains, bagaimana dari seketul daging bertukar menjadi seorang insan. bagaimana darah dan laluannya yang sangat kecil memenuhi badan kita, bagaimana fikiran kita terbentuk dan membina.. bagaimana lapisan kulit yang berlapis-lapis menahan bahagian dalam badan kita, bagaimana penyakit cancer terbentuk.. kenal diri kita, kita kenal pencipta kita. Tidak ada sesuatu yang berlaku dengan tiba-tiba dan tidak ada yang berlaku secara sia-sia..
Begitu juga kenal diri bagaimana lelaki dan perempuan berfikir dan bertindak. Dari situ kita dapat memperbaiki hubungan kita sesama insan. Dengan pasangan suami isteri, dengan anak lelaki dan anak perempuan, dengan adik lelaki dan adik perempuan, dengan bos lelaki dan bos perempuan dan sebagainya...

Isinya sangat baik untuk saya praktikkan sendiri dan juga berkongsi dengan orang lain. Ia boleh menjadi bahan ceramah, bahan penulisan dan bahan perbicnangan. Ia menjadikan saya lebih memahami tentang hidup ini..

Perkara besar yang saya belajar dari John Gray adalah..

Lelaki/suami akan rasa suka bila setiap bantuannya dihargai. Apabila dihargai dan diucapkan terima kasih, dia akan memberi bantuan yang lebih untuk benda lain dengan hati yang tenang..
If you want to GET more, you have to ASK more.. in a nice way, brief and direct..
eg; 'Boleh tak abah jemur baju kat luar?' 'Would you please empty the trash?'- direct, nice and specific.. jangan perli dan jangan bagi ayat menikam..eg 'Baju dahla kita basuh, takda sapa ker nak jemur kat luar ni?' atau 'Sampah penuh jer.. abah buanglah sampah tu, busuk satu rumah..' -yang ini jangan buat. it will shut down orang lelaki ; dari nak tolong jadi tak nak tolong..


Buatlah dengan suami, dengan anak lelaki, dengan abang, dengan adik lelaki..
Dengan orang bukan mahram, ubah suailah info dan ajaran tersebut dalam kaedah pergaulan dan tata susila yang dibenarkan..

Perempuan pula suka sekiranya suami mendengar saja kisah hidupnya, laluan hidup yang berat yang dilaluinya, tak payah bagi pandangan, tak perlu bagi penyelesaian.. dengar saja sudah cukup menurunkan stress levelnya..

eg; 'Saya letih betul hari ni, dari pagi hantar anak sekolah, balik basuh baju, sidai baju, nak masak lagi, tak sempat langsung nak rehat.. baby nangis jer dari pagi.. aduhh letih sangat..'-Suami tak perlu bagi solution. dengar saja.. dan kata siket-siket tambahan...eg 'Ye.. siannya Mama.. adik nagis kenapa.. ummmpp.. ' Itu sudah cukup untuk isteri yang stress.. apatah lagi kalau isteri suri rumah sepenuh masa.. suaminya saja tempat dia bercerita, maka suami-suami perlu memberi masa untuk mereka meluahkan hati...

wassalam..

Thursday, September 15, 2011

Subhanallah..

Maha Besar Allah..

Apabila kita bersedih, ingatlah bahawa semua laluan hidup ini cantik dan berseri jika kita selalu tabah dan bersemangat waja..
Jangan rasa diri kita tidak berharga..
kerana kita yang menjadikan ia berharga atau tidak..
Tabah, kuat semangat..
Selalu yakin diri,

Be Patient
Be Grateful
be Thankful
Be Strong
With Big Heart
We can conquer the world..

Mari kita tonton video ini..

Kenapa orang bukan islam begitu tabah dan kenapa harus kita yang islam tidak boleh tabah?

Masya Allah.. Subhanallah..

Monday, September 12, 2011

Sejarah tanah Melayu

Sejarah..

Ketika seluruh dunia bercakap mengenai september eleven (11/9), rakyat Malaysia duduk berbalah mengenai sejarah tanah melayu. saya tidak suka melihat perkembangan perbalahan ini. Saya membaca macam-macam artikel dan temu bual mengenai isu ini. Prof Zainal Kling membawa pendekatan bahawa Tanah Melayu tidak dijajah oleh british tetapi dijadikan negeri di bawah lindungan mereka, protectorate. Perkara ni boleh dibaca dalam buku catatan Roland Bradell. Saya dah dapat copy buku tersebut. bukunya disimpan di lib univ national singapore, dan hanya boleh dibaca secara online.

Apakah sejarah yang benar?
Apakah ada beza jika negara dilindungi atau dijajah?

pendapat saya adalah,
1-Memang masa British datang, dia masuk melalui perjanjian Pangkor dan Treaties yang lain-lain.. British mula mentadbir melalui kuasa residen. Ada dua peruntukan besar dalam semua yang berlaku iaitu, Tanah melayu adalah tanah orang melayu dan dilindungi oleh British (protectorate) kerana penjajahan atas tiindakan perang tidak berlaku di antara British dgn tanah melayu masa mereka nak masuk ke bumi kita. Clause kedua adalah residen tida akan mengganggu gugat kuasa raja melayu untuk mentadbir urusan Islam.

2-Secara fahaman literal, jika British menjajah secara penjajahan melalui perang, maka sudah tentu raja atau tanah melayu tidak berhak dan tidak akan diberi apa-apa peluang untuk minta apa2 clause, Brirish akan berkuasa punuh atas semua urusan negara, urusan agama atau tidak.

3-Tetapi apa yang bertulis tidak seperti apa yang terlaksana. British pandai dan mempunyai sepenuh daya, kebijaksanaan, kepandaiaan, kekuatan tentera, kekuatan minda, untuk memonupulasi dan lain-lain yang boleh menguasai orang melayu di tanah melayu. Keadaan pula (kalau baca buku Munshi Abdullah, buku lain-lain..) banyak berlaku masalah dalaman dalam tanah melayu maka secara tak langsung, bila kita berbalah, org lain akan memperkudakkan kita..


bersambung...

Sunday, September 11, 2011

Paper Presentation and Conference

Conference

Sepanjang membuat kajian PhD, pelajar digalakkan membeentang kertas kerja, sharing sebahagian dari hasil kajian dan dapatan research yang dibuat. Ada banyak conference yang dianjurkan, tapi kadang-kadang ada yang berkait dan ada yang tak berkait dengan research kita. Saya tak banyak terlibat dengan conference sebab masalah research Phd yang saya alami. Kajian saya tidak sepantas orang lain, apatah lagi lepas bertukar universiti, saya harus speed selaju mungkin.

Saya kadang-kadang fikir, saya perlu concentrate untuk siapkan tesis, dan tak payah fikir pasal nak bentang-bentang. Tapi Supervisor saya Pak lah dan Pak Tim suruh saya bentang dan hantar sebanyak mungkin abstarct dan paper untuk bentang dan publish sebelum saya tamat pengajian. Saya pun tak tahu saya sempat buat atau tidak.. Saya akan cuba..

Saya berbincang dengan rakan saya seorang Prof Madya yang telah bertugas sebagai pensyarah hampir 23 tahun lepas. Dia nasihatkan saya bahawa, ''sebagai ahli akademik, kita perlu ada rasa ingin bersaing secara positif dengan rakan-rakan penyelidik yang lain. Berdasarkan pengalaman beliau, orang kita, orang Melayu suka hasad dengki dan buruk sangka. Kalau penyakit itu  ada pada orang lain, biarlah...jangan ada pada kita.''

Belia berkata lagi:,''Bila ada rakan penyelidik dapat kelebihan, kita tak dapat, jangan ada hasad. Yang penting semua kita perlu ikhlas dan hati bersih. 'Awak lebih maka saya belajar dari awak. Saya lebih awak belajarlah dari saya..' itulah motto yang sepatutnya.. Kalau kita tahu ada conference mana-mana, sharelah dengan kawan..mungkin kawan2 kita nak bentang sama, tapi dia tak tahu di mana conference diadakan..''

Pencapaian orang lain adalah satu galakan untuk saya. Bila saya dengar ada kawan-kawan ke United Kingdom present paper, ke China, ke USA, ke Turki dll saya tumpang gembira untuk mereka.

Berbalik kepada keadaan saya, bulan lepas, Pak Lah dalam mesyuarat bulanan dengan supervisee nya, dia nasihatkan (plus arahkan) saya dan kawan-kawan hantar abstarct ke seminar di Univ Sydney, di malaysia dan mana-mana yang ada. Yang penting katanya adalah:
'Dapatkan pengalaman memberitahu orang lain tentang kajian apa yang kita buat. Kalau adaorang bagi pandangan, ambik secara positif. Improve research kita melalui pandangan orang lain..Bentang satu bahagian saja dari tesis kita. Contohnya perspective hakim tentang kes mahkamah di malaysia, itu sudah satu paper. Jangan buat kertas kerja yang baru, mesti buat apa yang sebenarnya dalam tesis kita. Ambik satu subtopic dari tesis dan bentang. '

Mengambil pandangan dan arahan Pak Lah, saya menghantar abstract ke Univ Sydney. Alhamdulillah ia diterima. Maka,  insya Allah saya akan ke University Sydney pada 27- 28 Oct untuk menghadiri Conference Postgrad anjuran Law Faculty, Univ of Sydney. Abstract kertas kerja saya bertajuk, 'Child maintenance after divorce in civil practice in Malaysia: a preliminary discussion' diterima untuk dibentangkan. Saya akan menyiapkan kertas kerjanya dan perlu menghantarnya sebelum 13 October nanti.

Dalam paper tersebut, saya akan bincang mengenai children's right for maintenance in United Nations Convention on Children's Rights (UNCRC) 1989 and what is the practice in Malaysian Court in child maintenance applications. Saya akan tengok beberapa kes mahkamah dan mengupas pendapat hakim sivil yang saya temubual hari tu, kenapa dia beri keputusan macam tu, dan apa pendapat dia tentang penghakiman dan cara pendekatan mahkamah civil. Ia adalah sebahagian dari tesis saya. Saya harap saya berjaya membuatnya. Pada masa sama, saya ingin sangat berjumpa dengan kawan saya di Univ Sydney iaitu Hidayah Abdullah dan juga Nasreen Nasrizal. Saya perlu mencari nombor contact mereka.

Pada tarikh itu, Abah balik ke Malaysia. maka saya perlu mancari jalan siapakah yang sudi menolong saya menjaga Aisyah ketika ssaya ke sana. umphhh Farizal dan hamdan akan balik ke Malasyia hujung September ini, Hana anaknya adalah kawan baik Aisyah. Jika mereka ada, mereka akan tolong jaga Aisyah.. Saya perlu mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini... Jika tidak ada aral, sampailah saya nanti ke Univ of Sydney.. insya Allah..

Saturday, September 10, 2011

Honour Killing


Pembunuhan Kerana Maruah (Honour Killing)
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Membaca laporan akhbar mengenai kes gadis Pakistan 17 tahun (Shafiela) yang hilang pada bulan September 2003 dan mayatnya dijumpai pada Februari 2004 sangat menyedihkan. Beliau dilaporkan hilang dari rumah di Britain selepas membuat aduan dipaksa berkahwin tanpa kerelaan dalam satu perkahwinan diatur (arrange marriage) oleh kedua ibubapanya Siasatan polis mendapati sebelum kehilangannya, gadis tersebut dibawa ke Pakistan atas alasan melawat keluarga, tetapi beliau dipaksa berkahwin tanpa persetujuannya. Beliau cuba membunuh diri dengan meminum racun pencuci (bleach) tetapi kemudiannya kembali ke UK untuk menamatkan pengajian. Beberapa minggu kemudian, beliau dilaporkan hilang. Selepas 8 tahun berlalu, kedua ibu bapa mangsa ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh anak mereka. Pembunuhan tersebut dipercayai bermotifkan maruah (honour killing).

Kes sebegini sudah banyak dilaporkan berlaku dalam kelompok orang Islam di beberapa buah negara terutama di Pakistan, India, Jordon, Moroko dan sebagainya.

Apakah sebenarnya yang dikatakan ‘honour killing’? Istilah ini digunakan merujuk kepada pembunuhan yang dilakukan oleh anggota lelaki dalam satu-satu keluarga sama ada suami, ayah, abang atau adik lelaki ke atas anggota wanita dalam keluarganya seperti isteri, ibu, kakak atau adik yang melakukan sesuatu tindakan dan dianggap mencalar maruah keluarga. Ada kalanya pembunuh bertindak sendirian seperti ayah membunuh anak perempuannya, dan ada kalanya berkumpulan seperti ayah melakukannya dengan bantuan ibu, abang dan sebagainya.

Dalam kajian Nesheiwat (2004), berdasarkan kes yang dilaporkan, terdapat beberapa sebab wanita dibunuh. Antaranya kerana enggan dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga, berkahwin dengan lelaki dari suku yang berbeza, bercakap dengan lelaki yang bukan suami, menuntut cerai walaupun atas alasan suami melakukan penderaan, berpakaian tidak menutup aurat, dan tidak pandai melakukan kerja rumah tangga. Ada kes mangsa dibunuh bukan kerana melakukan apa-apa kesalahan tetapi kerana beliau dirogol dan keluarganya berasa malu. Bahkan ada yang lebih menyedihkan apabila abang membunuh adik perempuan kerana ayah merogol adik tersebut (incest). Adik perempuan dianggap bersalah kerana kewujudannya menyebabkan ayah merogolnya. Kaedah pembunuhan pula ada yang dipukul sehingga mati, dibakar hidup-hidup, dipotong leher, ditikam, dilemaskan sehingga mati dan ada yang ditembak.

Asas pembunuhan adalah kerana pelakunya percaya bahawa maruah keluarganya telah tercemar kerana perbuatan anggota perempuan tersebut. Maruah tersebut pula tidak akan dapat diubah kecuali dengan darah perempuan tersebut. Ia juga disebut oleh Ruane (2000) iaitu ‘apabila maruah tercalar, darah mengalir. Apabila darah mengalir, maruah terbela’.

Pembunuhan sebegini yang dilakukan oleh orang Islam memberi nilai buruk kepada nama baik Islam. Orang bukan Islam contohnya Stillwell dalam bukunya 'Honor Killings: When the Ancient and the Modern Collide' (2008) menyebut oleh kerana ia kerap berlaku dalam masyarakat Islam, maka ia dikatakan berasal dari ajaran Islam atau paling tidak, ia  dibenarkan dalam Islam. Sekaligus baginya, menunjukkan Islam tidak menjaga kebajikan wanita dan masyarakat seolah-olah membenarkan pembunuhan ke atas wanita dilakukan dengan mudah.

Islam sebenarnya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana orang untuk membuat undang-undang sendiri, apatah lagi membunuh atas alasan apa sekali pun. Hukuman sama ada penjara, dibunuh dan sebagainya hanya boleh dijatuhkan oleh Mahkamah atas dasar undang-undang, selepas penyiasatan, pendakwaan, pembelaan dan pembuktian dipenuhi.  Syariah tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana orang sama ada suami, ayah atau abang  untuk membuat undang-undang sendiri. Sekiranya wujud perlakuan salah dilakukan oleh mana-mana ahli keluarga yang dianggap menjatuhkan maruah keluarga, membunuh mereka atas alasan maruah tidak boleh dilakukan.

Ini ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri dalam menghadapi ujian besar seperti dinyatakan dalam surah al-Nur. Tatkala isterinya Aisyah dituduh melakukan perkara sumbang,  Baginda tidak pernah mengambil tindakan keganasan terhadap Aisyah sehinggalah terbukti gossip tersebut adalah salah.  Baginda juga memuji suami yang berlaku lembut kepada isteri dan anak-anak dan melarang perlakuan ganas terhadap anak isteri. Sehinggakan Baginda bersabda, ‘Yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik dengan isterinya’ (Ibn Majah dan Tirmizi)

Islam juga sangat menekan konsep  mahram dalam sesebuah keluarga. Mahram sebenarnya memberi maksud bahawa suami dan anggota lelaki dalam keluarga adalah bertindak sebagai pelindung, pemberi didikan, pembela sehingga anggota perempuan dalam keluarga tersebut berasa selamat berada bersama mahram mereka. Oleh itu, apabila mahram yang sepatutnya melindungi, tetapi membunuh mereka atas alasan ‘honour killing’, maka ia adalah perlakuan yang bertentangan secara total kepada konsep mahram tersebut. Apabila anggota perempuan dalam sesebuah keluarga melakukan kesalahan, maka  tugas mahram adalah mendidik, menegur dan membetulkan mereka. Sekiranya tindakan salah anggota perempuan adalah kesalahan jenayah, maka ia hendaklah diketengahkan kepada pihak berwajib, biarlah Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal.

Jelas sekali bahawa perbuatan membunuh kerana maruah tidak boleh sama sekali dianggap berdasarkan ajaran Islam kerana tidak ada sebarang dasar membenarkan perbuatan tersebut. Semoga usaha menghentikan amalan salah ‘honour killing’ ini dapat tercapai melalui perjuangan berterusan untuk menjaga kebajikan wanita dan perubahan  paradign dalam diri anggota lelaki sebagai mahram dalam menilai tugas dan peranan mahram dalam sesebuah keluarga. Begitu juga melalui usaha pihak berwajib dalam menangani perkara ini. Kita sangat bersyukur kerana amalan ‘honor killing’ tidak berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.  


 Penulis adalah Pensyarah UiTM Shah Alam, sedang menyambung pelajaran di Melbourne, Australia



Thursday, September 8, 2011

Nasyid Keinsafan

Kegemaran Saya..

Nasyid yang saya letakkan di sebelah adalah nasyid kegemaran saya.
Dengarkanlah ya..
Saya akan dengar nasyid ini setiap hari.. almost setiap hari..
saya sangat suka mendengarnya...

Liriknya sangat sastera
Nasyid ini sangat menusuk jiwa saya
Dengan kata-kata yang tajam
Suara penyanyi yang bagus..
Mendayu-dayu..


Mari kita kupas sedikit isinya.

Sepi benar senja ini
bayunya semilir menganak ombak kecik
jalur ufuk pula mengemas terang
kapal dan layar terkapar..

mengapa nantikan senja
barukan terdetik pulang ke  pengkalan..
gusar malam menghampiri
ku tewas di lautan..

____________

Sepi sungguh hati ini
kosong sungguh hati ini..
kadang-kadang dilanda badai, kadang-kadang mati begitu sahaja..
Sepi...
Masa yang sama, bermacam-macam perkara boleh hadir mengisi ruangan hati
dugaan, laluan hidup yang pelbagai
semuanya memberi kesan kepada hati kita
kadang-kadang hati ini sepi, gusar, hilang hala tuju..

Kenapa kita selalu lupa diri
bila sudah dekat dengan masa mati
baru kita sedar
kita selalu lupa
bila senang lupa Allah
bila susah baru ingat Allah
bila dah tua, sakit-sakit, ada masalah besar baru terfikir ingin kembali kepada ALlah
baru rasa nak menjadi hambaNya yang baik..
Itulah maksud nasyid ini..

kenapa nantikan senja
baru terdetik untuk pulang ke pangkal jalan..

_____________-..

semoga kita, saya dan anda adalah insan yang baik.. baik dan soleh semasa muda
semasa kuat anggota, panjang akal dan langkah, kita cintakan Allah
takut melakukan dosa yang Allah larang
bila tua kita menjadi semakin baik dan lebih soleh
Semoga tiap masa dan ketika,
kita adalah hambaNya yang taat.. kini dan selamanya..
insya ALlah..

Tuesday, September 6, 2011

Artikel Raya di Melboure

Artikel saya ..

Disiarkan oleh berita harian tapi diedit  oleh pihak Editor Berita Harian. Perkara begini selalu berlaku sebab pihak Editor Surat Khabar or Majalah mempunyai hak untuk mengedit, yang kadang-kadang ada jugak lari dari tulisan asal. Dalam artikel ni, perenggan mengenai kehadiran Konsulat ada sedikit kekeliruaan selepas dipendekkan. Saya harap tidak menimbulkan sebarang masalah. wallahua'lam

(p/s thank you to Adli tolong scan dan email dari mesia)
______________


Solat sunat di padang terbuka


Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

bhnews@bharian.com.my

2011/09/06






WARGA Malaysia di Melbourne menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran atas kejayaan melaksanakan puasa sebulan Ramadan. Umumnya rakyat Malaysia di Melbourne menyambut hari raya pada 31 Ogos walaupun segelintir masyarakat Islam lain menyambutnya pada 30 Ogos.

Perbezaan sambutan 1 Syawal menimbulkan sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam. Keadaan di sini agak berbeza kerana tidak ada badan rasmi yang menjaga pengisytiharan tarikh berpuasa dan hari raya seperti di Malaysia. Kami berpandukan kepada organisasi Islam iaitu Islamic Council of Australia (ICV) dan Badan Imam (Board of Imams) yang mengisytiharkan melalui internet, e-mel, pengisytiharan di masjid serta bangunan ICV. Bagi mereka yang tidak menerima autoriti badan ini, ada yang membuat keputusan berbeza dengan apa diputuskan.

Menurut kajian Dr Zaharudin Sani (2011), ada 5,000 rakyat Malaysia di Melbourne dengan jumlah pelajar paling ramai berbanding negeri lain di Australia. Oleh kerana tempat yang agak jauh dengan bilangan yang besar, ada tiga tempat perkumpulan yang besar didiami pelajar Malaysia di sini.


Perkumpulan di utara Melbourne yang dipanggil Kampong Vic, di selatan dikenali sebagai South Eastern Family dan kawasan Bundoora dipanggil desa Bundoora. Pelbagai aktiviti dan upacara dirancangkan perkumpulan pelajar setempat termasuk ibadah tarawih ketika Ramadan, solat sunat Aidilfitri dan jamuan raya.


Bagi memudahkan pelajar dan keluarga mengerjakan solat sunat hari raya di tempat mereka, perkumpulan pelajar menganjurkannya di beberapa tempat. Solat sunat hari raya masyarakat desa Bundoora dijalankan di dewan Universiti La Trobe manakala di Kampung Vic, dilaksanakan di padang terbuka.Pihak ICV juga melaksanakan solat sunat hari raya di padang terbuka Flagstaf Garden, di tengah bandar Melbourne. Ini pengalaman menarik terutama bagi pelajar yang baru sampai di Melbourne.



Kali ini kami menunaikan solat sunat hari raya bersama pelajar di Kampong Vic di padang terbuka di Jack Ropert Reserve, utara Melbourne. Cuaca hari itu sangat baik dan tidak begitu sejuk. Dengan berpakaian baju kurung pelbagai warna dan corak, baju Melayu bersamping serta bersongkok, sambutan hari raya begitu meriah dan berseri. Mendengar khutbah dan bertakbir raya di dataran terbuka adalah pengalaman cukup menarik.


Kumpulan ibu membawa makanan untuk dinikmati bersama jemaah. Anak-anak bermain sesama mereka dan kami berpelukan mengucapkan selamat hari raya serta mohon maaf atas sebarang silap yang berlaku.


Perhimpunan ini turut dimeriahkan masyarakat Melayu Singapura yang tinggal berdekatan. Di sini, ungkapan yang meniti dari mulut ke mulut setiap kali berjumpa adalah ‘Eid Mubarak’ dan juga ‘maaf zahir batin’.


Seperti amalan di tanah air, rakyat Malaysia di Melbourne turut menganjurkan rumah terbuka. Ziarah menziarahi diteruskan dari rumah ke rumah. Begitu juga gotong-royong masih menjadi amalan terutama dalam menyediakan juadah sambutan raya di perkampungan setempat.


Pada 3 September lalu, sambutan Aidilfitri dianjurkan pelajar di desa Bundoora yang menghidangkan pelbagai juadah lazat seperti ketupat, nasi impit, kuah kacang, nasi dagang, sup dan biskut raya. Suasana meriah seperti berada di Malaysia rasanya.


Jamuan raya yang besar diadakan di Dewan Malaysia Melbourne pada 4 September dihadiri semua lapisan pelajar, tanpa mengira agama dan bangsa. Hadir sama, Konsulat Jeneral Melbourne, Dr Mohamad Rameez Yahaya.


Sambutan hari raya di Melbourne sangat meriah dan menzahirkan silaturahim sesama rakyat Malaysia. Semoga semangat 1Malaysia, bersatu hati, cintakan agama dan negara serta amalan positif tidak lekang dari budaya kita semua walau di mana kita berada.





Penulis ialah Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sedang menyambung pengajian di Melbourne, Australia

Sunday, September 4, 2011

Hari Raya di Melbourne

Menyambut Hari Raya di Melbourne 2011
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Sepertimana umat Islam di Malaysia, rakyat Malaysia di Melbourne menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran atas kejayaan melaksanakan puasa sebulan Ramadhan. Perasaan gembira diraikan dengan sambutan hari raya Idil fitri atas dasar silaturrrahim sesama rakyat Malaysia di luar negara. Umumnya rakyat Malaysia di Melbourne menyambut hari raya pada hari Rabu 31 Ogos walaupun segelintir masyarakat Islam lain menyambutnya pada hari Selasa 30 Ogos.

Perbezaan hari sambutan raya menimbulkan sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam. Keadaan di sini agak berbeza kerana tidak ada badan rasmi kerajaan yang menjaga pengisytiharan tarikh berpuasa dan berhari raya sepertimana di Malaysia. Kami berpandukan kepada organisasi Islam iaitu Islamic Council of Australia (ICV) dan juga Badan Imam (Board of Imams) yang mengisytiharkan melalui internet, email, pengisytiharan di masjid dan juga di bangunan ICV. Bagi mereka yang tidak menerima autoriti badan-badan ini,  ada yang  membuat keputusan berbeza dengan apa yang diputuskan.

Menurut kajian Dr Zaharudin Sani (2011), terdapat lebih 5,000 rakyat Malaysia di Melbourne dengan jumlah pelajar yang paling ramai berbanding negeri lain di Australia. Oleh kerana tempat yang agak jauh dengan bilangan yang besar, terdapat 3 tempat perkumpulan yang besar didiami oleh pelajar Malaysia di sini. Perkumpulan di utara Melbourne yang dipanggil KampongVic, di selatan Melbourne yang dipanggil South Eastern Family dan juga di kawasan Bundoora yang dipanggil DesaBundoora. Terdapat pelbagai aktiviti dan upacara dirancangkan oleh perkumpulan pelajar setempat termasuklah ibadah terawih semasa bulan Ramadhan, ibadah solat sunat hari raya dan juga jamuan raya.

Bagi tujuan memudahkan seramai mungkin pelajar dan keluarga mengerjakan ibadah solat sunat hari raya di tempat yang didiami, perkumpulan pelajar menganjurkan solat sunat hari raya di beberapa buah tempat. Solat sunat hari raya masyarakat DesaBundoora dijalankan di dewan Universiti La Trobe manakala di KampungVic, ia dilaksanakan di padang terbuka. Pihak ICV juga melaksanakan solat sunat  hari raya di padang terbuka Flagstaf Garden, di tengah-tengah bandar Melbourne. Ini merupakan pengalaman menarik terutama bagi pelajar yang baru sampai di Melbourne.

Penulis berkesempatan bersama-sama perkumpulan pelajar di KampongVic melaksananya di Jack Ropert Reserve, sebuah padang terbuka di utara Melbourne. Cuaca pada hari tersebut sangat baik dan tidak begitu sejuk. Dengan berpakaian baju kurung berbagai warna dan corak serta baju Melayu bersamping dan bersongkok, sambutan hari raya begitu  meriah dan berseri. Mendengar khutbah dan bertakbir raya di dataran terbuka adalah pengalaman yang sangat menarik. Kaum ibu pula membawa makanan secara ‘potluck’ untuk dimakan bersama-sama para jemaah yang hadir. Anak-anak bermain sesama mereka dan kami berpelukan mengucapkan selamat hari raya dan mohon maaf di atas sebarang silap yang berlaku. Perhimpunan ini turut dimeriahkan oleh masyarakat Melayu Singapura yang tinggal berdekatan. Di sini, ungkapan yang meniti dari mulut ke mulut setiap kali berjumpa adalah ‘Eid Mubarak’ dan juga ‘Maaf zahir batin’.

Sepertimana amalan di Malaysia, rakyat Malaysia di Melbourne juga turut meriah dengan amalan rumah terbuka. Ziarah menziarahi diteruskan dari rumah ke rumah. Begitu juga  amalan gotong royong masih menjadi amalan terutama dalam menyediakan juadah hari raya sambutan raya perkampungan setempat.

Pada 3 September pula, penulis berkesempatan meraikan jamuan raya bersama perkumpulan pelajar di DesaBundoora. Dengan pelbagai juadah lazat seperti ketupat, nasi himpit, kuah kacang, nasi dagang, sup dan biskut raya, keadaannya sungguh meriah seumpama berada di negara sendiri, Malaysia. Jamuan raya yang besar turut diadakan di Dewan Malaysia Melbourne pada  4 September 2011. Dengan pelbagai juadah yang lazat, ia dihadiri oleh semua lapisan pelajar, tanpa mengira agama dan bangsa.


Apa yang menarik, sambutan hari raya di kalangan rakyat Malaysia di Melbourne ini dimeriahkan dengan kehadiran Konsulat Jeneral Melbourne. Penubuhan  rasmi pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne baru-baru ini banyak memudahkan rakyat Malaysia di Melbourne. Konsulat Jeneral, Dr Mohamad Rameez Yahaya turut hadir dalam banyak aktiviti pelajar yang diadakan di sini dan turut memberi sepatah dua kata nasihat untuk kami semua.

Sambutan hari raya di Melbourne di kalangan pelajar sangat meriah dan menzahirkan silaturrahim sesama rakyat Malaysia. Semoga semangat 1Malaysia, bersatu hati, cintakan agama dan negara serta amalan positif tidak lekang dari budaya kita semua walau di mana kita berada.

(p/s baru dikirimkan ke Berita Harian tadi.)

Friday, September 2, 2011

Eid Mubarak


Selamat Hari Raya Idil Fitri 2011/ 1432H

Kami di Melbourne berpuasa cukup 30 hari, dari 1 Ogos ke 30 Ogos 2011. Kami berhari raya pada hari Rabu 31 Ogos 2011.
Kepada semua sahabat, rakan taulan, saudara mara, rakan taulan dan juga kepada pembaca blog yang saya hormati walaupun saya tidak kenal siapa yang mengikuti blog kisah kami sekeluarga ini...
Semua anda adalah orang yang penting..

Selamat Menyambut Hari Raya
Eid Mubarak
Mohon Maaf Zahir Batin..

Solat eid atas jalan raya di Masjid Preston..
Bersama Kak Sal, Kak Syidah dan Auntie Zura di Jack Ropert .. selepas solat di Preston, kami join perhimpunan solat eid pelajar Mesia plus Singaporeans pula..

Bersama Niza, Rizal dan keluarga selepas solat eid di Masjid Preston

Bersama Nora, Intan dan Sham..

Di bawah adalah Aisyah dan kawan-kawannya...