Saturday, May 31, 2008

Aisyah and Abah

Aisyah sibuk mintak Umi uploadkan gambarnya dengan Abah..
Umi uploadkan yer sambil bercerita tentang anak dan Abah..

Hari Ahad 25hb May hari tu, kami bertiga pergi breakfast di PAK LI KOPITIAM dekat dengan Restoran HAKEEM.. Ramainya orang.. tapi teringin jugak nak masuk sebab ramai orang bercerita tentang Restoran ini. Kata Dr Dani, dia breakfast tiap pagi kat situ.. telor rebus dan roti bakar...uhyooooo tiap pagi.. kelakarnya.. Tak jemu ke Pak, makan kedai sama?
Kami pun orderlah makanan best jugak makanan dia.. Tapi yang paling best adalah air kopi original.. sedapnye...



Aisyah dan Abah dalam Kedai Pak Li

Mee Udang.. Rm4.50 tapi aku kasi markah 6/10 jer.. hehe.. udahler makan orang masak, bagi markah rendah pulak yer..
Nasi lemak sotong.. Haa yang ini dapat markah tinggi siket.. dalam 8/10.. Sampai Aisyah dan Abah berebut nak makan. Mee udang tadi tu Umi yang order..nasi lemak ni harganya dalam RM4.50-RM6.00
Air kopi original.. bestnya.. memang sedapler.. Yang ini dapat 8/10 jugak.. Kalau banding dengan kopi Ali Cafe, tak challenge ler..Ini sangat sedap banding dengan kopi Ali Cafe..Harganya dalam RM1.80-RM2.00


Aisyah and beloved Abah.. happynyer dua orang ni bagi V-- peace to all.. Islam is a religion of peace and harmony.. ehhh Umi baru perasan, kenapa Aisyah ada dua dagu yer.. dah bulat anak Umi ni.. hehe..

Friday, May 30, 2008

My Mum is Amazing

Sapa yang boleh buka you tube sebelah about this song..
here is the lyrics of that beutiful song..
(listen carefully with the heart and feeling, I feel like crying everytime I listen to this song...)
I got this from the blog of my beloved brother, Idi the dearest...who is with MERCY-somewhere in Sudan, may Allah be with him always..

This youtube also can be watched.. same song diferent colour


___________________

She wakes early in the morning with a smile
And she holds my head up high:
"Don't you ever let anybody put you down -
'Coz you are my little angel"

Then she makes something warm for me to drink -
'Coz it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school -
yes, I ain't no fool

I just think my mum is amazing

She makes me feel -
Like I can do anything
And when she's with me
There's nowhere else I'd rather be

After school, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait -
To get home to tell her how my day went
Eat the yummy food only my mum makes

Then I wind her up 'coz I don't want to bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my mum is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away -
Who one day became a princess
I'm so happy - I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I -
To have a mum that's so amazing

(Chorus)

Then I wake up in the morning -
she's not there
And I realise she never was
And I'm still here in this lonely orphanage -
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving:
How I wish I had a mum that's amazing

Would be amazing

Tugasan Baru

Hari Rabu 28 Mei 2008, Berita Harian telah menyiarkan sekali lagi artikel tulisanku bertajuk MEMPERCEPATKAN PENGGUBALAN AKTA GUAMAN SYARIE.. hari itu dah siarkan, ulang sekali lagi pulak.. kenapa yer??? Apakah kerana keperluan isi kandungannya yang penting, atau kerana tak ada artikel lain.. pelik ler rasa..sebabnya Timb Presiden dah hantar artikel bertajuk 'Nada Dering ayat Quran'.. nanti aku akan cek yer kenapa disiarkan sekali lagi..
_______________

Aisyah diberi tugasan baru oleh Abah..

Selepas Bibik tak ada, Aisyah diberi satu tanggungjawab baru oleh Abah.
Apa tugasannya tu?

Tugasannya adalah... Aisyah mesti beri makan ikan setiap hari dua kali- jam 9 pagi dan juga petang jam 7 malam..

'Ini mesti dibuat ye Aisyah.. sebab kalau Aisyah tak kasi ikan makan, nanti ikan lapar.. kalau dia lapar, nant dia mati.. kalau dia mati sebab lapar, sapa yang kena tanggungjawab?? Aisyah ler.. sebab tu Aisyah kena ingat tugasan ini yer...'
Ituler arahan Abah..

Setakat ni berjaya jugak dikerjakan..walaupun kadang-kadang Aisyah terlupa jugak nak tunaikan..

Nak tengok ikan-ikan Aisyah?
Nanti Umi uploadkan yer..



Inilah kolam ikan Aisyah.. yang hijau berlumut tu Abah kata memang saja biarkan supaya nampak real..



Zoom ikan-ikan Aisyah.. cantikkan....



Bunyi air mengalir ini amat menyenangkan... umppp macam dalam taman... bestnyer..

Tuesday, May 27, 2008

Aisyah the Solehah Girl

Aisyah di A-Famosa

Aisyahkan ikut Abah ke a-Famosa hari Rabu dan Khamis tu.. Tiap-tiap hari berstory pengalamannya..

'Umi... Umi nak tahu tak apa Aisyah belajar kat A-Famosa masa ikut Abah?'

"Apa Aisyah belajar?' Umi tanya minta huraian..

'Masa tu, Abah sebenarnya buat kursus Iwani untuk makcik-makcik nak belajar buat samosa.. yang halal lah.. Aisyah ikut jer Pakcik Chef tu ajar, Abah tak marah pun Aisyah duduk dekat dengan Pakcik tu.. Umi tahu tak, sebenarnya Samosa boleh letak daging dalam tu, kalau tak nak daging, kita letak potato saja. Sayur pun boleh.. Tapikan Samosa ni dia macam karipap, tapi bukan karipap..'

'Ye ker.. samosa bukan karipap? Karipap macamana pulak?'

'Kalau Umi nak buat karipap, kena beli mesin yang tutup karipap, isi dia sama dengan samosa tapi kena ada tutup karipap.. Itu yang susah tu..Kita tak ada mesin tu, macamna yer..'

'Susahnya buat samosa dengan karipap tu.. Aisyah dah pandai ker? Bagusnya anak Umi ni, nanti boleh lah buat samosa untuk Umi .. '

'Aisyah belajar jer Umi, tapi tak pandai nak buat betol-betol..'

Hehe..

Ada beberapa gambar Abah ambik Aisyah duduk di kelilingi makcik-makcik yang belajar buat kueh tu.. Nanti Umi uploadkan yer..

__________

Jaga Abah

'Umi tau tak..Masa Umi pergi Singapore, Aisyah yang jaga Abah.. Jadi Umi tak payahlah risau. Aisyah ada nak jaga Abah..'

'Ye ker.. bagusnya Aisyah ni.. Apa Aisyah buat?'

'Abah balik jer kerja, Abah ambik Aisyah kat nurserykan..
Lepas sampai rumah, Aisyah cakap..Abah.. pegi mandi yer..
lepas tu Abah nak air oren tak, Aisyah buatkan..

ye lah sebab Abah pegi cari rezeki yang halal..mestilah letihkan.. .
Lepas tu Aisyah cakap Abah.., makan ubat yer, jangan lupa makan ubat..
Bila dah masuk maghrib, Aisyah ikut Abah pergi surau..
Kat surau ramai makcik-makcik tanya, Umi mana?..
Pastu Aisyah ajak Abah pergi makan kat kedai..
Pastu Aisyah selalu ingatkan Abah.. Abah jangan sembahyang lambat yer...
Bila malam, Aisyah cakap kat Abah, Abah jangan takut yer,
Aisyah ada kat rumah, nanti Aisyah jaga Abah masa Abah tidur..
Itulah maksudnya Aisyah jaga Abah.. '

Hehe.. anak anak.. powernya dia jaga Abahnya..pastu bercakap tak berenti...adoii..
Tapi Umi mesti serius gak dengan Aisyah masa dia berstory ni..
kalo ketawa nanti dia merajuk..

Jadi Umi pun kata..
'Ye ker... macam tu Aisyah jaga Abah.. baiknya anak Umi ni.. Thank you yer '

Dan Aisyah telah menjawab dengan penuh bangga.. 'You are welcome..'

Aisyah.. anak Umi yang baik, penyejuk mata dan penyeri jiwa.. Semoga menjadi anak yang soleh sepanjang zaman..amin

Sunday, May 25, 2008

Temasik--- Singapura--- Singapore

Sambungan..

Kisah 5

Esoknya aku sakit perut, 'Ya Allah tolong ler aku..', turn aku dan Ita pagi ni.
My turn jam 9.00-9.15, followed by Ita jam 9.15-9.30pagi.
Setiap orang diberi 15 minit sahaja.

Akhirnya kami tertinggal bas yang menunggu di depan hotel jam 7.45pagi. Akhirnya juga, kami terpaksa naik taxi, murah jer dalam SD7.70 jer. Sampai sana, terus masuk bilik 2.2 dan majlis pembentangan sudah bermula.

Aku dan Ita terus mengambil tempat duduk presenters.. Lepas tu sampai turn aku..Sebelum mula, aku sempat say something... untuk mintak maaf sebenarnya sebab lambat sampai..

' We are sorry for being late. Actually I got stomach ache.. I think maybe because of the dinner last night, I ate too much.. very delicious food.. hehe..'
Dan semua orang ketawa.. ini untuk break the ice sebenarnya.. Pasal sakit perut tu, aku pun tak tahu sebenarnya sebab apa...mungkin bukan sebab dinner, maybe sebab maggy kot.. hehe...

Ita sedang bentang paper kami ..

Aku telah membentang tajukku.. 'Failure to Provide Maintenance: Justice for Wife in Syariah Court'..Prof yang jadi MC pulak yang tanya soalan.. lepas tu Ita pulak bentang tajuk, 'Sexual Harassment at Work Place..' Selepas tu Ina Khaled pulak bentang tajuk 'Rohingya in KL: To Assist or Not to Assist.' Akhirnya selesai kerja kami semua..
_______________

Kisah 6

Lepas Jumaat ada majlis penutup, tapi aku, ita dan ina dah lari dari majlis tersebut sebab kita orang nak merendek di Singapore..

Ina Khaled memang orang Singapore, lecturer Law Fac di UiTM Shah Alam. Dia berkahwin dengan seorang Doktor perubatan dari Trengganu dan sekarang menetap di Bukit Jelutong.

Ina bawa kami naik taxi keliling Bandar dan akhirnya ke Orchard Road.. Banyaknya kedai kat situ.. Kita orang masuk kedai-kedai kat sepanjang jalan tu, nak beli cenderahati dan lain-lain.

Ina berjalan sambil bercerita, Supermarket Tamagaya.. (apa entah...Tagayamasha ker Tamayagasha..cant remember nama Jepun.) Aku rasa macam Nagoya kat Shah Alam jer..

Katanya, orang kaya-kaya akan datang membeli belah di Supermarket tersebut.. termasuklah Tuanku Permaisuri Agung, Datok Datin dll.. Apatah lagi hari ini 23hb May, first day sale di Singapore.. Ramainya manusia.. pening kepala aku..


Nak jadi cerita pulak, kasut aku rosak, terpaksa ler beli yang baru..so kita ke Supermarket TANG. Aku ke kawasan kasut Clarks, tapi teringat dulu, my husband ada beli sepasang untukku masa dia ada urusan di England, tapi bila balik baru dia perasan ada 3 titik kulit babi.. beli mahal-mahal, tak boleh pakai.. Jadi aku pun pergi ke bahagian kasut yang murah siket..

Ini ler kasut coklat tu..

Aku tak terfikir langsung kemungkinan terambil kasut kulit babi masa kat tempat kasut di Tang.. Akhirnya aku beli sepasang warna coklat dan terus pakai yang baru.. Lepas tu, kami naik Duck Tour..hehe.. macam budak-budak jer rasanya..

Masa dia masuk dalam air, sorang staffnya bercerita macam-macam ler pasal Singapore, dari sejarah Temasik, nama Singapura, sejarah bangunannya sampailer kepada kisah Batu Putih.. tapi aku terlelap.. kelakarnya.. udahler dalam tu disebut.. 'Rules in the duck, no eating, no drinking and no yawning.. Aku takder yawn pun, terus terlelap.. ' hehe..Sekejap jer lelap, lepas tu aku dah bangun dengan segarnya.. alhamdulillah..

Lepas naik atas darat, kami lalu depan Raffle Hotel , sambil tu dia bercerita tentang Marina Square, Raffle Hotel dan macam-macam lagi.. Katanya Raffle Hotel tempat orang kaya-kaya, Micheal Jackson, Elton John dll duduk situ bila datang Singapore. Katanya harga suite di situ antara SD800 hingga SD3000 satu malam.. Fuyooo mahalnya..


Lepas tu kami pusing-pusing lagi keliling kota.. Marina Square dll..lepas tu naik MRT/ERT ke Little India, pusing-pusing lagi dan cari makan.. Lepas tu balik ke hotel jam 9.30malam. Tak boleh berjalan lagi sebab Ita sakit kepala.

Sampai di bilik, lepas mandi dan solat... kami semua perlu tidur..

Malamnya baru aku tahu, Batu Putih diberikan kepada Singapore. Penghakiman ICJ sangat diraikan di Singapore, temubual dengan banyak pihak dijalankan, Presiden, Timb Presiden, Pensyarah Undang-undang ditemubual dan semua berkata, 'We are happy and very pleased with the judgement..' Aku rasa sedih kerana Pulau tersebut adalah milik Malaysia tetapi kerana kesilapan tergadai ke tangan orang lain.. Aku rasa ada kaitan isu ini dengan concept of Syufa'ah in Islam. Nanti nak balik study lepas ni on this issue..

Dr Faridah dari Law School UKM sms aku dari Malaysia, dia tulis, 'Saya balik awal dari NUS, tak boleh tunggu sehingga diumumkan jdmt ICJ, sebab saya rasa sgt sedih dan tercabar. Pulau Batu Putih tu milik Malaysia, tapi sebab surat dari Johor, semuanya hilang. Saya rasa tercabar sangat..'

Dr Faridah present paper pada hari pertama. Sebelum tu kami dah jumpa masa aku mewakili PGSM ke MQA meeting. Tapi di NUS, kami jadi baik, selalu makan dan bersembang sama-sama.. Apatah lagi dia sangat prihatin tentang Mahkamah Syariah dan dia tahu aku adalah Exco PGSM. Macam-macam kami bercerita , daripada kisah Moorthy, Saravanan, kisah Fatimah Tan, dan macam-macam lagi..

Aku ber sms dgn Dr Faridah sekejap sebelum tidur..
Jam 11 aku tidur kerana sangat letih...
Esok nak balik ke Malaysia..
Bestnya balik rumah esok....

_____________

Kisah 7

Aku tinggalkan Singapore menaiki Air Asia jam 11.30 pagi dan sampai Malaysia tercinta jam 12.30.. Ita balik petang jam 2.30 petang. Selesai semua, aku tunggu di LCCT, wait for Abah dan Aisyah datang jemput. Sempat habis tiga round game dalam PDA aku..

Masuk jer kereta, aku berstory dan story.. dengar cerita Aisyah dan Abah.. cerita demi cerita sehingga masuk ke cerita beli kasut.. Abah terus kata, 'cuba bukak, kita cek...'

Abah lagi pakar bab cek kasut ni...
Alamak.... rupanya kasut yang aku beli dan aku pakai dua hari ini rupanya dibuat oleh kulit babi..

Aku tak terfikir langsung, dan Abah kata,
'Cuba tengok betul-betul ni.. Kan ada 3 titik ni. Umi tak tengok dulu ker bila beli..'
Adoiii..sedih campur geram aku rasa...

Kasut tersebut terus dibungkus dan akan dibuang esok..
______________

Pengajaran untukku , kasut kulit babi ni di mana-mana, kena perlu berhati-hati...Membazir jer duit aku..Sekarang aku tengah fikir, macamna aku nak buat, kena samak kaki aku atau tidak? Mengikut tulisan dalam kitab, kalau kering bertemu kering tak perlu samak. Tapi aku akan confirmkan dengan mereka yang lebih berilmu malam ini..

Itulah sepanjang perjalanan beberapa hari ini.


Secara keseluruhannya, Conference ASLI banyak memberi ilmu baru untukku. Banyak pembentangan yang sangat bermanfaat dan baru untukku dan aku sangat menghargainya..



Pihak NUS Law Faculty juga telah menunjukkan satu profesionalisme yang tinggi. Mereka berjaya menjalankan Seminar peringkat Asean ini dengan jaya dan tersusun. Sungguh pandai mereka menyusun sehinggakan semua perjalanan nampak terarah dan teratur dengan baik. Apa yang sangat menakjubkan juga adalah, hampir kesemua Sekretariat NUS yang terlibat adalah pelajar law tahun dua dan tiga..
Tahniah untuk law Faculty, NUS atas kejayaan menjayakan Seminar ini.

Akhirul kalam, aku telah balik ke tanah airku...

Singapura sangat bersih, kemas dan canggih, banyak lagi tempat yang tak sempat dilawati. Alangkah bestnya jika melawat dengan Aisyah dan Abah. Kalau berkesempatan, aku berhasrat untuk ke Singapore lagi melawat pelbagai tempat menarik lain di bumi Temasik..



Sebenarnya aku dan Abah dah pergi dulu melawat Singapore tapi dah lupa dah tempat mana yang kami dah pergi.. Melawat tempat baru dan negara orang adalah suatu yang menarik, dapat melihat negara orang, melihat budaya dan perbezaan kaum dan suasana kerja dan social. Di samping menyaksikan kebijaksaan Allah mencipta alam ini. Namun begitu, walaupun negara orang penuh dengan kemajuan, tetapi sudah tentu ia tidak boleh menandingi negara sendiri..


Hujan Emas di negeri orang


Hujan batu di negeri sendiri..


Lebih baik ler hujan air.. di negeri sendiri..di Shah Alam..hehe..

Negara tanah air tempat tumpah darahku..
bumi tercinta Malaysia...

Dalam hati kecilku, aku sangat cintakan negaraku.. Malaysia


Apatah lagi.. di dalamnya ada orang-orang yang aku sayang..
rumahku syurgaku...



opss... aku dah samak seluruh kaki dan tapak tanganku...dengan 7 kali aliran air di mana 1 darinya adalah bercampur tanah.. Semoga Allah memaafkan kecuaianku..amin

Temasik--- Singapura---Singapore



Kisah 2

'Aisyah.. Umi ada seminar kat Singapora, Abah kena pergi Melaka..Bibik kita pulak dah takde, so macamna nak buat yer?' Umi mintak pandangan Aisyah, seorang gadis cilik yang bijaksana..

Ibu Adrina dah call, suruh Aisyah duduk rumahnya saja masa Abah dengan Umi tak ada. Teacher Nida pun dah offer supaya Aisyah duduk di rumahnya juga..
Tapi pandangan Aisyah juga sangat penting untuk diambil kira..

Akhirnya Aisyah bagi pendapatnya...
'Aisyah rasa, Umi dengan Abah pilih satu jer. Satu, Aisyah ikut Umi gi Singapore. Dua, Aisyah ikut Abah gi Melaka.. Exam tu Aisyah boleh buat lain kali sebab hari tu, ada kawan Aisyah tak datangpun masa exam, tapi teacher kasi dia jawab hari lain..Pastukan Umi, mana buleh Mak dengan Ayah tinggalkan anak sorang-sorang. Aisyah taknak duduk rumah orang.. Umi dengan Abah takyah ler suruh Aisyah duduk rumah Adrina yer..'

Power sakan jawapan Aisyah..terkedu ler Umi dengan Abah..
Lepas Abah dengan Umi berbincang..
akhirnya Abah memberi final say..
'Oklah, Aisyah ikut Abah. Tapi Umi kena jumpa Teacher bincang about exam Aisyah yer.'

Akhirnya, petang Rabu, Abah dan Aisyah hantar Umi ke KLIA dan mereka berdua menuju ke A-Famosa kerana Abah ada Bengkel di sana...

Settle satu masalah.. hehe..

____________________

Kisah 3

Sampai di KLIA, flight SIA dah full untuk jam 6.30 pm, di bawah concept Shuttle Bus, gabungan kerjasama MAS dan SIA, tiket yang aku beli dibawak ke jam 7.30pm menaiki MAS, bukannya SIA.

Alhamdulillah aku sampai jam 8.45mlm. Pusing-pusing di Airport, bertemu kawan baru, seorang gadis cantik Singaporean, menaiki flight yang sama. Sambil berjalan ke tempat bagasi, aku bersembang-sembang dan dia sangat seronok bercerita tentang diri dan keluarganya serta kerjayanya yang mendesaknya ke Malaysia-Singapore dengan kerap. Canggihnya dia.. Pagi Rabu tu, jam 8pg dia naik MAS ke KL, ada mesyuarat di KL jam 11pagi, manakala jam 7.30mlm dia sudah balik ke Singapore.. dan dia selalu begitu.. Canggihnya.
Aku taknak kerja macam tu.. Letih!

Dan yang paling bestnya, rupanya adik Harleeni adalah lepasan School of Business Melbourne Uni, dah apabila aku bercerita plan pengajianku, dia terus mengambil nombor telefon dan emelku, katanya, 'If you really want to Melbourne, I can share with you a lot of stories.. ohoooo I love Melbourne. I stayed there for five years, till my Masters. If not because of my mum asked me to come back to Singapore, I would rather stay there...bestnya, I really love Melbourne..'

Seronoknya aku dengar ceritanya..

Aku naik shuttle bus dari Airport Cangi ke Hotel Royal di Newtone Road. Murahnya.. bayar SD9 sahaja. Nasib baik aku tak naik taxi, if not dah kena SD20..

Sampai hotel, aku terus ke bilik share dengan Ita. Ita dah sampai pagi tadi. Kami berdua makan burger McD yang aku beli di KLIA sebelum depart tadi.. Lepas tu bersembang-sembang sampai jam 3 pagi baru tidur..

_____________________

Kisah 4

Esoknya, jam 8pagi, bas NUS sudah menunggu di depan hotel dengan memegang kertas, 'SEMINAR ASLI NUS'. Ada hampir 10 orang menunggu di depan Hotel Royal.

Cantiklah National University of Singapore (NUS) ni, simple jer bangunannya..kami lalu Library Lee Kwan Yew dan terus ke Bangunan Law Faculty. Pendaftaran bermula 8.30pg. Hampir 200 peserta dengan 150 kertas kerja akan dibentangkan sepanjang 2 hari seminar ini.

Sebanyak 5 bilik kuliah dijadikan tempat pembentangan based on parallel session. Kami dibawa ke Dewan Besar Law Fac, Dekannya beri ucapan alu-aluan dan beberapa orang Prof lain dari NUS dan Asian Law Institute (ASLI). Lepas break, jam 10 pagi bermula sesi pembentangan...Sampai jam 6.30 petang.

Aku rasa ngantuk dan letih sangat mendengar pembentangan demi pembentangan, udahler malam tadi tidur lambat.. adoiii ngantuknya...

Lepas 6.30 petang, bas menunggu kami di depan Law Fac untuk di bawa ke tempat Dinner at The Legends' Grand Marquee@ Fort Canning Park.. Makanan halal untuk yang Muslim dan non-halal untuk non-muslim. Macam-macam makanannya tapi aku tak berapa buleh masuk... tak der lebih sedap dari makanan asasiku.. iaitu nasi, aku nak makan nasi ... tapi nasi tak ada.. alahai.. kalau dapat nasi kerabu lagi best.. Balik dinner jam 11 malam.
Ina dan Ita semasa Dinner di Fort Canning

With my friend Narizan, lecturer UM, dia ni kawan sekelas UIA

Malamnya aku lapar lagi, jam 2 pagi aku makan maggy yang dibawa khas dari Malaysia.. hehe.. tak canggih langsung!
_________

Saturday, May 24, 2008

5th ASLI Conference NUS Singapore

Temasik---- Singapura....

Kisah 1

Aku sepatutnya naik Air Asia ke Singapore pada 21hb jam 9.50 pagi untuk tujuan Conference ASLI..tapi petang sehari sebelum bertolak iaitu pada 20hb May 2008, aku menerima surat dari JPbSM UiTM bahawa permohonanku ditolak dan aku tidak dibenarkan ke Singapore.. isyy dasyat giler..

Apa lagi, aku terus berjumpa AR dan terus ke Boss, semua orang terkejut kenapa permohonanku ditolak? Apa alasannya? Sejauh mana ianya memuas hati?
Secara peribadi, aku terasa sangat terkesan, rasa demoralised.. Bagaimana mungkin aku menghantar dua paper, satu diterima untuk dibentangkan sedangkan satu lagi ditolak langsung...How come...isyyyy..

Bosku yang perihatin dengan kebajikan staffnya telah menghubungi banyak pihak, telefom Penolong Vice Chanselor-Prof Mus, kemudian berbincang dengan Penasihat CITU-Prof Abu Bakar Majid. Last sekali Boss menghubungi Datok VC sendiri..

At last Datok telah mengatakan..'Jumpa saya esok pagi, saya baca paper tu dan saya akan buat keputusan!' Kemudia Boss hubungiku malam tersebut..'Esok you have to be here at 8 am, in my office then both of us will see Datok VC. I will defend you..' Aku sangat terharu dengan usaha my respected Boss.

Malamnya aku print keseluruhan surat berkaitan, jemputan dari NUS, penerimaan abstract dan full paperku, jadual paralel session di mana namaku telah ada pada hari kedua iaitu 23th May jam 9.30 pagi dan tiket Air Asia yang telah dibayar...

Esoknya jam 8.30am, aku mengekori Boss ke Tingkat 3 Bangunan Chanseleri untuk mengadap Datok VC...Kisahku ini adalah peristiwa pertama JPbSM menolak permohonan pembentangan kertas kerja hasil dari remark pihak Fakulti Undang-undang.. dan ia akan menjadi satu sejarah baru untuk CITU.

Boss telah memulakan perbincangan, menerangkan siapa dan apa gerangan paperku dan Datok VC telah glance tru paperku, dan minta aku menerangkan beberapa perkara.. Apa kelebihan paperku? Apa kesannya pada negara dan UiTM dll..
Aku telah menjawabnya dengan tertib dan sesekali Boss menolong menghuraikan jawapanku...

Datok VC memanggil Ketua JPbSM ke officenya dan meminta penjelasan kenapa permohonanku ditolak.. Dan akhirnya Datok membuat remark terakhir..'I cant see anything wrong with this paper.. Hidayah, is it true that you have to fly this morning? Ok you buy another ticket and I put my note here that UiTM will pay for the ticket..'

Thank you Datok....

Yeaaa!!! Seronoknya... aku berjaya..

On the way back to our office CITU, aku ucapkan terima kasih pada my Boss.

'Bos, thank you for the support.. it is a great help for me, it help to boost my spirit again. If not, I do feel demoralised..'

His answer impressed me a lot. 'If I see you deserve it, I will defend you.. If not, I won't do anything..'

'Thank you Boss.'

Then aku terus balik rumah, dan beli tiket SIA jam 6.30ptg..

By the way, if Umi has to go to Singapore for 4 days, what happen to our beloved Umi ni?
Ohhh darling Umi pulak ada exam sepanjang minggu ni..
Bibik dah tak ada..
Abah pula ada Bengkel Iwani di Melaka selama 2 hari..

Umi pergi hari Rabu hingga Sabtu.
Abah pula Rabu hingga Khamis petang

Apa jadi dengan Aisyah???

Kisah 2 menyusul...
_______

Wednesday, May 21, 2008

Patah Sebelah Tangan

Bibik..

Selepas hampir 4 tahun bersantai, akhirnya hari Isnin 19hb May 2008 bermula episod baru dalam hidup kami sekeluarga..
Apa yang berlaku yer?

Pembantu rumahku yang baik telah balik ke Indonesia pada hari Ahad 18 May.. balik ke sana for good.. Kerana permitnya akan tamat pada 22 May 08 dan dia juga ingin balik mencari kerja lain di sana atau masuk semula ke Malaysia lepas ni.. tak tau ler apa perancangannya..Sebenarnya ia berkait rapat dengan perancanganku untuk cuti sambung belajar, jadi khidmat pembantu perlu ditamatkan...

Dan aku seperti seorang insan yang patah sebelah tangan.. Aku tidak boleh berselindung, mengaku ajelah kelemahan diri...kelam kabutnya urusan rumahku kerana selama ini, Bibik yang buat- basuh kain, jemur kain, lipat kain, gosok kain, basuh pinggan, kemas rumah, mop rumah, vacum rumah, bagi ikan makan setiap hari pagi dan petang, sapu di laman depan dan belakang, buang sampah, lap tingkap, siapkan baju sekolah Aisyah, buat air pagi-pagi bekal untuk aku dan Aisyah, siapkan breakfast, masak bila perlu, siapkan rempah ratus yang aku plan nak masak.. ohhh... banyaknya Bibik tolong..

Dan akhirnya aku mati kutu.. macamna ni Aisyah...

Anakku sayang memberi input yang sangat penting..
"Umi, Aisyah risau sangat, sapa lagi nak tolong Umi yer.. Umi nak pergi mesyuarat UiTM, mesyuarat PGSM, nak pegi ceramah, kelas Ustaz Harun Din lagi.. kesiannya Umi..."

Tapi yeaa... tough gets going.. perjalanan diteruskan jugak, kurang sana sini tu kita maaf lah sama sendiri..

Mulai hari ini, seorang kakak yang tinggal di apartment depan telah sudi bekerja di rumahku, setiap hari 2 jam dia akan datang untuk uruskan kain terutama lipat dan gosok, serta vacum 2 kali seminggu..

cukuplah tu...
yang lain aku, abah dan aisyah akan uruskan...

Hidup perlu diteruskan
Rumahtangga mesti diuruskan sebaik mungkin
Rumah perlu kemas kerana ia sunnah Nabi
Perjuangan membantu masyarakat perlu diteruskan kerana ianya pahala sesudah mati
Social responsibility juga tidak boleh dilepaskan begitu sahaja..

Semoga Allah Yang maha Pengasih akan mempermudahkan semua urusanku...amin

Untuk Bibikku yang banyak berjasa, ribuan terima kasih ye Bik kerana banyak bantu Ibu di sini.. Semoga Allah memberi Bibik pahala yang banyak kerana memudahkan urusan Ibu.. Ada rezeki kita jumpa lagi...

29 Feb dulu

Dinner meraikan persaraan Datuk Syeikh, mantan Ketua Hakim Syarie Malaysia (JKSM).

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) di bawah kendalian Ustaz Walid telah mengadakan dinner dulu pada hujung bulan Februari bagi meraikan Datuk Syeikh yang bersara wajib. Pada malam tersebut, PGSM diwakili oleh 10 orang pimpinannya.. Masing-masing bergaya pakai baju batik sebab dikehendaki berbaju batik malam tersebut. Penuhlah dewan di Pan Pacific KLIA tu..

Tengah dok tengok-tengok gambar-gambar PGSM..Why not kita uploadkan gambar-gambar orang-orang hansome dan comel-comel ni...

Mari kita tengok gambar sapa yang ada yer..

Wah.. Halim apa cite ketawa tu.. sebelahnya Presiden PGSM,
ketawa juga tapi dihujung tu Musa SU PGSM, seriusnya...


2 orang yang bergaya tu adalah Isa, Timbalan Presiden dan Nazib, Penolong Setiausaha PGSM

Ini adalah Afshah, bendahari, sebelahnya Marlina, orang kuat Biro Wanita dan dihujungnya tu sapa yer... hehe..

Presiden tengah tunjuk terer guna chopstick.. 'tengok dapat pun.. takyah guna sudu pun..' Musa dan Najmi tengah tengok dengan penuh perasaan..hehe..


Inilah saya dan Fizah.. sebelah belakang tu meja pegawai Mahkamah Syariah Selangor..
Pada malam tersebut, Datuk Syeikh memberi syarahan bertajuk 'Perjalanan Perundangan Syariah di Malaysia selepas kemerdekaan'.. Saya mencatitnya dengan penuh bersungguh-sungguh.. Banyak isi kandungan ceramahnya.
Doa kita semua , semoga perundangan Syariah akan dimartabatkan di bumi Malaysia .. hari demi hari semoga lebih baik dan bukan sebaliknya..
Marilah kita sama-sama berjuang ke arah itu...
Dinner tersebut tamat jam 11.50 mlam..

Tuesday, May 20, 2008

Aisyah lagi

Banyaknya gambar Aisyah...
Ini kat mana yer? Umi pun tak ingat dah..
rasanya kat Pangsun kot.. bestnyer Aisyah mandi...

Aisyah tengah main kuda-kuda ni..


Ini kat PD masa family Day Iwani..
Aisyah asyik berenang dengan Amirah saja.. bestnyer..



Sicantik Aisyah ...

Aisyah dengan Wani, kawan baiknya semasa hari sukan Little Caliph.. tutup mulut ler makcik bila menguap.. hehe..

Aisyah dan Abah... bestnya abah bawak camtu... ni kat KLCC rasanya..

SMS Pelik, Karut bin Ajaib

Ada somebody passkan sms seperti ini kepada saya..

“KPD SUME KWN² YG DIKASIHI. JIKALAU ANDA MENDPT PGGILN TELEFON YG BERNOMBOR PANJANG cnth: +62852731520946 DAN NOMBOR ITU BERWARNA MERAH, DIHARAP² SGT JGN DIANGKAT DAN DIJAWAB PANGGILAN ITU. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YANG MENJAWAB PANGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN MATI SLPS ITU. DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MALAM TADI DIPUCHONG 2 ORG MATI. INI BNR² TERJADI. TOLONG SEBARKAN SMS INI“.


Apa benda tu??
Katanya sms orang Indonesia nak uji ilmu sihirnya dan sapa-sapa buka nanti kena sakitnya, mati pulak tu?? Betul ker? Wah scarynye..Tapi ada ker yang percaya? Aku tak percaya langsung tapi ramai pulak yang tanya sejauh mana boleh dipercayai...


Soalan berbangkit, jika betul ler ada kumpulan ilmu hitam di indonesia buat macam tu, boleh ker tersebar melalui e-telefon sebagai medium penyebarannya??
Cukup bagus untuk dianalisa..


Malam tadi, semasa kelas di Darus Syifa', ada yang bertanya soalan ini pada Ustaz Harun Din. Jawapan beliau sangat muda, singkat dan padat.. dan saya sangat suka jawapan sebegitu..

Katanya:

'Jika ianya sihir, ia tidak terbuka, kerana sifat sihir adalah tersembunyi dan diam-diam. Jika ia betul-betul wujud hasil 'test power' kumpulan sihir di Indonesia, apa kena mengena dan apa manfaat mereka dapat dengan menyihir orang Malaysia. Jika ada yang mati lepas baca, mungkin sebab sakit jantung terkejut.. Jika ia betul sihir, tidak pernah setakat ini sihir tersebar melalui e-telephone. Jika ia betul dan boleh jadi, sudah tentu yang paling bagus kita buat adalah hantar pada orang Israel.. buat apa nak hantar ke orang malaysia..'


Fullstop! Jawapannya ada unsur joke, ada unsur serius, ada unsur perli dan ada unsur keilmuan yang tinggi....Paham-pahamlah hendaknya semua umat Islam yang ada.
Dan saya sangat suka dengan jawapan ini.

Terjawab sebuah masalah yang sebenarnya bukan masalah tapi perkara remeh yang digembar gemburkan sehingga perkara besar pun tertutup...


Apa perkara besar tu??
Banyak sangat...
-Seperti orang Islam murtad, orang muallaf murtad?? Apa langkah-langkah drastik menyelesaikan masalah ini..
-Seperti kehakiman sivil yang caca marba dengan unsur-unsur ghaib hasil pengumuman Suruhanjaya Lingamgate..
-Seperti isu bagaimana menaikkan perundangan Syariah di Malaysia.
-Seperti isu Akta Guaman Syarie, martabatkan kehakiman Syariah..
-Seperti isu-isu sejagat di Palestin, di China, di Libya dan negara-negara lain..
-Seperti isu Dr Mahadhir keluar UMNO??? Apa kesannya kepada kesatuan orang-orang Melayu.. ia isu besar walaupun melibatkan orang UMNO dan seorang lelaki bernama Dr Mahadhir...
-Seperti isu orang lelaki Tganu nak kahwin 4, Hakim pelik sebab semua isteri yang ada bersungguh-sungguh merayu pada hakim supaya benarkan.. Adoii...pelik pelik..hehe..


Dunia oo dunia.. apa jadi dengan engkau sekarang ni ???
Pelik sungguh.. Heran bin ajaib...

Saturday, May 17, 2008

My Blog

The Bloggers...

Response given by my respected friends;

'Dayah, dah bukak blog. it's vry diversified areas.
Many things posted therein.
Cadangan- buat specific discipline...'

Ini sms dari one of my very respected friends from Perlis, ustaz Idris..

Aku balas:

'Blog sy tu memang caca marba sket Ustaz.. hehe..'

____________

Hari tu Dr Pisol pun said similar tone like that,

'Hidayah, why don't you have two different blogs for
different matters, one for family matters,
story about family and anor one for the ilmiah issue,
about law etc Then you link both two blogs..'
_________

Another friend of mine, Dr Azam pulak kata,

'Why should't.. saya rasa ok jer satu blog combine semua,
senang nak baca.. ada macam-macam...

_________

Aku pun tak tahu mana satu lebih tepat.. Tapi buat masa ni, my blog ni memang caca marba, ia adalah diary saya secara maya.. Semua benda saya isi dalam tu, sekadar mendokumenkan apa-apa yang ada dan berlaku sepanjang laluan hidup yang diberi Allah..

Saya sangat suka tulis mengenai family dan anak saya.. kecintaan saya kepada bidang undang-undang juga setara, jadi saya pun selambakkan lah dalam blog yang ada. Pastu apa-apa berlaku mengenai PhD juga saya sumbatkan sekali... Sebab itu ramai yang termasuk blog ini secara 'tak sengaja, nak cari benda lain, tetiba sampai ke blog saya.. hehe..'

Sebab blogspot ni tak boleh buat pages asing.. Maybe lepas ni saya akan tukar ke wordpress. rasanya cantik sikit kot presentationnya nanti, boleh dipisahkan cerita personal dalam page lain, tapi masih dalam blog yang sama..

Itu ler sedikit cerita hari ini...

Friday, May 16, 2008

Murtad

Semua yang prihatin sangat resah dengan kisah Seorang Muallaf yang telah kembali semula ke agama asalnya Budha.. Apa yang terjadi sebenarnya dan bagaimana pandangan kita seharusnya...
Mari kita baca tulisan seorang ilmuan Islam contemporary iaitu my respected President PGSM berkenaan isu ini..
____________________

Artikel ini telah disiarkan dalam slot PGSM di Berita Harian pada 14 May 08

Peguam Syarie Menulis:

Ambil iktibar kes Siti Fatimah Tan keluar Islam
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

JUMAAT lalu akhbar melaporkan seorang mualaf bernama Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39, diisytiharkan sebagai keluar Islam kerana tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk Islam. Mahkamah Syariah memerintahkan sijil pemelukan Islam Siti Fatimah dibatalkan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mestilah dihormati semua pihak kerana ia dikeluarkan oleh mahkamah yang sah dan mempunyai bidang kuasa mengeluarkannya. Jika ada pihak tidak berpuas-hati dengan keputusan itu, hendaklah membuat tindakan menurut undang-undang seperti rayuan ataupun semakan.

Selagi keputusan itu tidak diketepikan oleh mahkamah lebih tinggi, ia adalah keputusan yang sah dan berkuat kuasa.

Berbeza dengan apa yang dilaporkan, sebenarnya perbicaraan permohonan keluar Islam itu bukan perbicaraan pertama membabitkan orang masih hidup. Sudah ada perbicaraan dan keputusan diberikan di negeri lain tetapi tidak mendapat publisiti meluas seperti kes Siti Fatimah Tan.

Apa yang ingin ditekankan di ruangan ini bukanlah mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi ialah kekesalan hakim berkenaan kerana suami Siti Fatimah Tan dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) gagal membimbing serta menjaga kebajikan Siti Fatimah Tan sehingga mendorong beliau meninggalkan Islam.

Malah hakim berkenaan dilaporkan berkata, MAIPP tidak menunjukkan minat terhadap kes itu dengan tidak hadir pada prosiding awal walaupun saman sudah diserahkan kepada mereka. Maipp dikatakan hanya mengemukakan hujah pembelaan di hujung perbicaraan saja.

Kekesalan ini mempunyai asas yang kuat. Ia menggambarkan orang Islam dan Majlis Agama seolah-olah tidak membimbing saudara baru serta prihatin atas kebajikan mereka. Majlis Agama setiap negeri bertanggungjawab terhadap kehidupan sosial, ekonomi dan kebajikan orang Islam.

Majlis Agama perlu bertindak bagi menjaga kebajikan orang Islam tanpa mengira mereka itu lahir Islam ataupun baru memeluk Islam. Majlis Agama bukanlah satu badan untuk bermegah-megah kerana amanah yang dipikul bagi menjaga nama agama adalah terlalu berat.

Jawatan dalam Majlis Agama bukanlah untuk direbutkan tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan. Penulis mengakui tidak mengetahui apakah sebabnya Maipp begitu lewat menyertai perbicaraan yang dijalankan itu. Adalah tidak masuk akal jika Maipp tidak mengetahui prosiding kes sedangkan saman sudah diserahkan dan kes berkenaan mendapat publisiti meluas.

Majlis Agama di negeri lain seperti Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIDAMP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) juga banyak menerima saman berhubung permohonan keluar Islam tetapi mereka amat profesional dan bekerjasama dengan Mahkamah Syariah.

Oleh demikian mahkamah dapat mengeluarkan keputusan yang adil dan tepat menurut hukum syarak. Ambillah iktibar dan pengalaman dari negeri lain dalam menangani isu keluar Islam ini.

Disamping itu juga, di mana pula suami Siti Fatimah Tan? Adakah sebarang usaha menjejaki beliau walaupun di Iran (negara asal beliau). Bagaimana pula status perkahwinan mereka?

Penulis kecewa dengan sikap orang Islam berkahwin dengan mualaf tetapi tidak membimbing mualaf itu mengikut lunas Islam. Malah, ada juga dalam beberapa kes, pasangan mualaf itu lebih mengamalkan Islam berbanding pasangan yang lahir Islam.

Orang Islam sendiri gagal menjadi contoh yang baik kepada mualaf dan orang bukan Islam bahawa mereka adalah teladan yang baik perlu diikuti. Inilah kelemahan orang Islam. Kita mesti mengakui hakikat ini dan hendaklah memperbaikinya dengan segera.

Penulis mengesyorkan satu undang-undang dibuat supaya orang Islam yang mendorong secara langsung atau tidak langsung kepada mualaf untuk keluar daripada Islam hendaklah didakwa di Mahkamah Syariah dan boleh dihukum.

Ini bagi menjadi pengajaran kepada orang Islam dan mengelakkan tohmahan orang bukan Islam yang mengatakan kita hanya ingin menghukum orang bukan Islam atau orang yang ingin meninggalkan Islam saja. Dengan cara kita menghukum orang Islam terlebih dulu kritikan berat sebelah dan sebagainya akan dapat dikurangkan.

Peranan Majlis Agama Islam juga penting, bukan sekadar mengeluarkan sijil perakuan memeluk Islam saja, malah aspek pengajaran, kebajikan dan kepentingan mualaf juga perlu dititikberatkan. Sudah sampai masanya satu kaedah pendaftaran, pengajaran, penjagaan dan kebajikan mualaf digubal bagi membantu mualaf dalam kehidupan seharian mereka. Jangan hanya tatkala mereka mengucap dua kalimah syahadah saja mualaf diraikan, hari seterusnya mereka ditinggalkan terkapai-kapai memahami ajaran Islam.

Begitu juga halnya dengan wang zakat. Sebagaimana kita tahu, mualaf adalah salah satu daripada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Oleh demikian, gunakanlah wang bagi asnaf ini untuk membantu mualaf dalam kehidupan mereka.

Walaupun mualaf ini terdiri daripada golongan berada, mereka juga sebenarnya layak menerima zakat. Dengan cara ini mereka berasa dihargai oleh saudara seagama. Begitu juga tafsiran mualaf, tidak perlu disempitkan semata-mata kepada orang yang sudah memeluk Islam saja.

Mualaf bererti seorang yang berjinak-jinak dengan agama Islam. Oleh itu, orang yang masih belum Islam tetapi hatinya sudah hampir dengan Islam pun boleh menerima peruntukan zakat. Namun cara dan pendekatannya mungkin sedikit berbeza.

Kita mungkin tidak perlu memberikan wang kepada golongan ini tetapi cukuplah dengan membuat program untuk membuka hati mereka menerima Islam sebagai suatu cara hidup. Dana untuk program ini bolehlah diambil daripada hak asnaf ini.

Dalam masyarakat agak kompleks dewasa ini dan kemajuan yang begitu pesat, kaedah serta cara berdakwah juga perlu disesuaikan dengan peredaran masa. Kaedah yang ketinggalan zaman hendaklah diganti dengan kaedah baru yang digarap sesuai golongan sasar. Dengan cara ini saja dakwah Islam akan berjaya dilaksanakan.

Berbalik kepada kes Siti Fatimah Tan, setiap pihak khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang perlu mengambil pengajaran daripada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. Perbaikilah segala kelemahan supaya insiden sama tidak berulang. Jangan kita hanya menumpukan kepada jawatan saja tanpa memenuhi tuntutan jawatan itu.

Perubahan kaedah dan cara dakwah juga perlu dilakukan serta merta. Penulis yakin ada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di luar sana yang sanggup membantu Majlis Agama Islam menegakkan syiar Islam serta dakwah kepada orang bukan Islam serta di kalangan orang Islam. Sama-samalah kita berganding bahu demi untuk memartabatkan Islam di bumi bertuah bernama Malaysia.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
_______

Komentarku..
Mualaf sewajarnya dijaga kebajikan mereka oleh semua orang Islam setempat. Zakat semestinya diperuntukkan sebahagian untuk mereka.. Kesian saudara baru yang terancam imannya.. Tetapi dalam kes seperti perempuan ini, perkahwinannya dengan lelaki Iran adalah faktor kemasukkannya ke dalam Islam. Memang di zaman Rasulullah pun, perkahwinan adalah antara faktor dan kaedah bagaimana Islam berkembang. Tetapi aku sangat sedih dan kesal dengan tindakan lelaki atau sesetengah kes lain perempuan yang born muslim yang telah membawa golongan muallaf ini ke dalam Islam tetapi tidak dilayan dengan sebaiknya... Apakah yang ada dalam pandangan muallaf ini berkenaan Islam jika diperlakukan sebegitu? Dan apakah pandangan bukan Islam terhadap orang Islam..
Alangkah sedihnya...

Thursday, May 15, 2008

Hari Ibu

Ma...
Selamat Hari Ibu
Semoga Allah selamatkan Ma dan Ayah
Sihatkan Ma dan Ayah
Panjangkan Umur Ma dan Ayah
Bahagia di dunia dan akhirat
Salam sayang



My Mum is amazing...
My Father is also amazing....
_____________

Ini adalah sms yang kuhantar pada My Mother.. on 10th Mei
dan Ma sangat gembira....

Semoga Allah menyayangi Ibu dan ayahku..amin
________________

Aku juga hantar ucapan Hari Ibu pada adik-beradik dan kawan-kawan rapatku...
Ucapannya siti  joke sikit ler...

Apa aku ucapkan??


Selamat Hari Ibu
Semoga dapat pahala menjaga urusan rumahtangga
Ingat yer.. bila masak kurangkan ajinomoto.. hehe..

Dan aku mendapat balasannya..

'Wei kak, bukan kurang ajinomoto.. buang terus ler...'

Brutalnya jawapan..hehe..

___________________

Macamna dengan Umi sendiri?
Ada tak dapat ucapan hari Ibu dari sicantik Aisyah?
Jawapannya adalah...
Adaa... Cantik sangat designnyer..
Sapa yang design tu?
Sapa lagi kalau bukan sicantik manis Aisyah tu..

Nanti kita masukkan lepas ni sebab Abah belum scan lagi kad ucapan yang cun hasil ciptaan Aisyah tu..
_____________

Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu-ibu di Malaysia, Bruni, Singapura, Indonesia dan seluruh alam ini.. Semoga berpahala dalam setiap pergerakan.. amin

Sunday, May 11, 2008

Gambar Aisyah Kecik-kecik


'Umi, boleh tak kita masukkan gambar Aisyah masa kecik-kecik dalam blog kita? Aisyah nak tengok la..'

'Boleh, nanti Umi masukkan yer.. Gambar masa Aisyah kecik sampai gambar Aisyah dah besar sekarang .. '
______________
Inilah beloved Umi.... Aisyah the solehah girl... insya Allah

Aisyah umur 2 tahun, naik Air Asia visit Tok Ma dan Tok Ayah



Tiap kali Abah balik kerja, Aisyah akan main-main dengan Abah dan perkara penting Aisyah buat adalah cubit pipi Abah..'adoiii sakitnyer...' Inipun umur 2 tahun jugak

Aisyah tengah main kat kapalterbang mainan di KLIA dengan Abang Firdaus dan Kakak Nadia...


Kurusnya Aisyahkann.. masa ni 2 tahun, Aisyah ikut Umi dan Abah ke Taman tasik Shah Alam.. Aisyah berbalut jari telunjuk sebab baru lepas kena jahit kat SMC, jari Aisyah terputus separuh kena tutup tin ikan sardin..'adoiiii sakitnye..'
----------------

Ini Aisyah berdiri depan rumah..cantiknya dia pakai baju kurung dan bertopi.. ini betul-betul lepas celebrate birthday 2 tahun..
-------


Ini Aisyah umur dah masuk 2 tahun 3 bulan.. ini kat rumah Tok Ma..bulatkan muka Aisyah..


Dua gambar ini Aisyah dengan Umi, masa ni dalam umur 2 tahun lebih gak ler..satu kat pantai main kuda dan satu lagi kat rumah....

Perasan tak Aisyah bulat sakan.... gambar bawah ini sicomel Umi dah masuk 3 tahun 2 bulan.. bulatnye muka dia...

Wanita Keluar Negara_Edar Dadah

Wanita kita keluar negara mencari rezeki dan ditangkap membawa dadah..

Macamna tu?? Makin meruncing kes-kes sebegini.. Saya sendiri pelik macamana seorang perempuan atau lelaki dengan mudah untuk menerima pelawaan/ajakan/tawaran atau apa nama sekalipun untuk ke luar negeri dan kemudian menerima arahan menukar beg bagasi yang dibawa.. Mudahnya modus operandi dan mudahnya memperdayakan manusia..

Pandanganku- apakah ada perasaan takut sebelum menerima tawaran dalam diri mereka? Dan bukankah keluar mencari rezeki di luar negara adalah tindakan terakhir yang wajar dilakukan? Apatah lagi ruang bekerja di negara ini terbuka luas sebenarnya. Macam-macam kerja buleh buat sebenarnya, walaupun mungkin bayaran gaji dan upah tidak begitu tinggi...
Secara analogy; 'aku sendiri sangat takut untuk ke luar negeri sendirian untuk belajar walaupun ada janji kewangan dari kerajaan malaysia... Kerana itu, syarat pertamaku adalah, keluarga mesti ikut bersama, saya tidak akan pergi sendirian..'
Sungguh gusar melihat begitu ramai yang terlibat dan akhirnya, masa depan hilang begitu sahaja..Nauzubillahiminzalik
_______
Artikel di bawah ditulis oleh Presiden PGSM, disiarkan dalam Berita Harian 7 Mei 07

Boleh baca pandangannya walaupun mungkin tidak begitu dipersetujui ramai...

WANITA BERMUSAFIR PERLU PERAKUAN KELUARGA
OLEH: ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

Minggu lepas, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilaporkan sebagai berkata wanita Malaysia yang ingin keluar negara berseorangan mungkin disyaratkan mendapat perakuan majikan atau keluarga bagi mengelakkan mereka diperangkap menjadi penghantar dadah oleh sindiket antarabangsa yang berpangkalan di luar negara. Perakuan itu bagi memastikan tujuan sebenar mereka ke luar negara sama ada untuk berkursus, berniaga atau belajar.

Rais berkata tindakan tersebut berikutan peningkatan kes wanita diperangkap sindiket dadah antarabangsa. Menurutnya setakat ini terdapat 119 kes membabitkan warga negara ini ditangkap berikutan dadah, 90 peratus daripada mereka adalah wanita berusia antara 21 hingga 27 tahun.

Menariknya, apabila terdapat permasalahan sebegini Menteri telah mengambil sikap mencari jalan penyelesaiannya dengan bebalik kepada agama. Dalam Islam memang disyaratkan bagi wanita Islam yang bermusafir lebih dua marhalah hendaklah ditemani oleh mahramnya. Marhalah adalah kadar ukuran jauh bagi masyarakat Arab. Satu marhalah adalah satu perjalanan unta tanpa perlu berhenti rehat ataupun minum. Dua marhalah dianggarkan lebih kurang 90 kilometer bagi ukuran metrik.

Hatta dalam mengerjakan ibadatpun syarat ini tidak dilupuskan. Itulah sebabnya kita sering juga mendengar Kerajaan Arab Saudi tidak memberikan visa perjalanan umrah atau haji kepada wanita yang tidak ditemani oleh mahram mereka atau sekurang-kurangnya ditemani oleh wanita yang dipercayai sepanjang mengerjakan ibadah tersebut.

Tujuan syarat ini dikenakan kepada wanita bukanlah untuk menyekat pergerakan wanita Islam, malah ia adalah satu jaminan keselamatan kepada wanita Islam. Ia tidak harus dilihat sebagai diskriminasi terhadap wanita tetapi sebagai suatu cara melindungi wanita Islam. Ada juga suara yang menyatakan wanita sekarang tidak perlu dilindungi lagi, mereka lebih lincah, lebih bijak dan lebih bekerjaya dari lelaki zaman ini. Oleh hal yang demikian sebarang usaha yang dikatakan mahu melindungi wanita adalah semata-mata kerana memandang rendah kredibiliti dan kebolehan wanita.

Memang tidak dinafikan wanita alaf ini memang hebat dan telah memberi sumbangan besar kepada negara, namun jika dilihat dari angka yang dikeluarkan oleh Rais di atas sebenarnya memang masih perlu perlindungan diberikan kepada wanita dalam hal perjalanan ke luar negara ini. Begitu juga dalam hal keganasan rumahtangga, hubungan kekeluargaan, jenayah dan sebagainya di mana wanita perlu diberi keistimewaan bagi melindungi kepentingan dan sifat semulajadi mereka.

Wanita-wanita seperti Umi Azlim Mohamad Lazim, Dayang Sakeinah Mat Lazim, Norfaizura Azura Md Lias dan ramai lagi yang sedang ditahan di luar negara akibat kesalahan berkaitan dadah amatlah menyedihkan kita. Apatah lagi apabila mengetahui bahawa sebahagian besar mereka adalah graduan universiti yang bijak yang sepatutnya boleh membantu pembangunan negara. Alangkah ruginya negara kehilangan bakat dan intelek seperti mereka ini.

Berbalik kepada saranan Menteri Luar di atas, penulis ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Rais atas syornya itu. Malah dalam banyak keadaan lainpun sebenarnya agama telahpun menyediakan panduan bagaimana menangani setiap permasalahan. Penulis menyokong sebarang usaha yang meletakkan agama sebagai suatu cara hidup, bukan dipilih-pilih bila ketikanya mahu mengikut agama dan bila waktunya meminggirkan agama. Keindahan agama Islam hanya akan dikecapi dan dinikmati bersama sekiranya kita mengambil agama secara keseluruhannya.

Sudah sampai masanya setiap polisi yang ingin digarap oleh kerajaan kita menoleh kembali apa yang disajikan oleh agama. Sajian agama ini memberikan santapan yang mantap bagi memelihara diri dan keluarga. Mungkin suatu ketika dahulu sebahagian umat Islam melihat agama sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Ia sebenarnya adalah tersasar dari landasan yang sebenarnya. Ia adalah hasil dari kecetekan kefahaman Islam itu sendiri. Dari aspek sains dan teknologi juga telah dibuktikan bahawa agama Islam telah mendahului zamannya dan bukan ketinggalan.

Institusi kekeluargaan ini perlu diperkukuhkan dengan sokongan padu dari pihak kerajaan dan masyarakat setempat. Dengan dilaksanakan syor ini sudah tentulah majikan dan keluarga yang memberi perakuan kepada wanita mengetahui tujuan sebenar wanita ini ke luar negara dan ini akan mengelakkan wanita yang ke luar negara ini diperangkap oleh sindiket dadah antarabangsa.

Bukan itu sahaja, jaringan kekeluargaan antara keluarga juga perlu dipereratkan, pihak keluarga perlu mengetahui ke mana pergi anak gadis mereka, apa yang mereka lakukan dan apakah pekerjaan sebenar mereka. Bukan sekadar melepaskan mereka ke alam pekerjaan sahaja tanpa memantau aktiviti mereka.

Pendekatan yang diambil oleh Rais ini adalah pendekatan yang terbaik yang harus dicontohi oleh menteri-menteri lain. Insya Allah suatu masa nanti kita akan mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan melalui pendekatan agama. Pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik yang telah dijamin oleh Allah. Sebagai orang Islam sentiasalah kita melihat sesuatu isu atau perkara itu dari lensa Islam. Kacamata agama ini akan memberikan kehidupan terbaik kepada kita di dunia dan akhirat.

Sudah sampai masanya kita mendasari setiap tindakan serta perancangan kita dengan berpaksikan kepada agama. Agama, khususnya Islam sudah lama sebati dalam jatidiri orang Melayu dan merupakan alternatif terbaik bagi setiap permasalahan. Tidak guna kita tercari-cari penyelesaian di dalam budaya lain sedangkan kita tidak melihat ke dalam diri kita sendiri. Islam adalah sebuah kehidupan yang amat cantik susunaturnya, oleh itu susunan tersebut tidak harus dirungkaikan kerana akan punah masyarakat jika kita tidak menggunakan panduan yang telah digariskan itu.
_____________

KWSP dan Cerai

Bercerai, ada hak tak untuk KWSP?
Baca ni, jawapan Hak Muslim dijawab oleh Siti, disiarkan dalam slot PGSM pada 8 Mei 08
_____________________

Isteri bercerai putus hak wang KWSP suami
Oleh: Siti Razasah Abd Razak


Soalan:

SAYA bercerai secara fasakh di Perlis. Setahun selepas bercerai, bekas suami meninggal dunia. Kami mempunyai empat anak dan semuanya dipelihara oleh ibu bapa mentua. Arwah meninggalkan tiga rumah semuanya berada di Selangor yang dibeli ketika dalam tempoh perkahwinan, sebuah kereta dan wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ibu bapa mentua sudah mendapatkan sijil faraid dan dalam proses pembahagian harta pusaka. Saya menerima sejumlah wang daripada KWSP kerana arwah menamakan saya sebagai penama. Baru-baru ini ibu bapa mentua meminta semua wang KWSP yang saya terima dengan alasan saya tidak berhak menerima wang KWSP. Saya ingin tahu hak saya dan anak terhadap wang KWSP dan harta lain kerana saya tidak sempat menuntut semua itu sebelum arwah meninggal dunia. Jika boleh menuntut, di manakah sewajarnya saya menuntut, sama ada di Perlis atau Selangor?

Bekas Isteri,
Perlis Indera Kayangan



Jawapan:
SEMOGA puan dan anak sentiasa dalam rahmat dan reda Allah melalui hari mendatang. Mengikut fatwa dan amalan semasa, wang simpanan si mati dalam KWSP adalah harta pusaka dan bukannya harta sepencarian. Ia mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Ia jelas melalui Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 iaitu wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP maka wang itu adalah milik si mati. Oleh itu, wang milik si mati adalah harta pusaka.

Walaupun puan dinamakan sebagai penama untuk mengeluarkan dan menerima wang itu, wang yang diterima hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid. Fatwa Kebangsaan juga memutuskan penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraid.

Keputusan fatwa juga menetapkan Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.

KWSP turut memberikan peringatan kepada penerima seperti berikut: “Bagi ahli yang beragama Islam, penerima waran ini adalah sebagai wasi atau pentadbir dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut undang-undang Islam (faraid).”

Pelantikan penama hanyalah sebagai amalan biasa dalam KWSP mahupun mana-mana institusi kewangan seperti Tabung Haji dan bank. Majlis Raja-Raja kali ke-96 pada September 1973 memberikan pendapat yang dikeluarkan sebagai fatwa seperti berikut: “Penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati daripada sumber itu untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.”

Persoalan sama ada penama berhak kepada harta atau wang simpanan menurut hukum syarak atau sebaliknya dan sama ada harta atau wang simpanan itu dianggap sebagai harta pusaka si mati atau tidak timbul dalam kes Re Ismail bin Rentah (si mati) (1939) FMSLR 230.

Dalam kes itu si mati menjadi ahli Syarikat Koperatif Pegawai Melayu, perkhidmatan awam dan menamakan anak perempuannya sebagai penama untuk menerima saham dan faedahnya dalam syarikat itu apabila beliau meninggal dunia. Ketika kematiannya, si mati meninggalkan waris iaitu balu, ibu, anak perempuan, saudara lelaki dan saudara perempuan.

Penolong Pendaftar memerintahkan saham dan faedah si mati daripada syarikat dibahagikan kepada waris dan bukan hanya kepada penama seorang. Penama membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dan diperintahkan bahawa rayuan ditolak.

Yang Arif Hakim Raja Musa dalam keputusannya memutuskan: “Dalam pendapat saya, surat penama dalam kes ini tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup oleh kerana tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaiknya dia boleh dianggap sebagai hibah dalam masa mard al mawt, akan tetapi hibah dalam masa sedemikian dianggap sebagai tertakluk kepada undang-undang wasiat. Oleh kerana itu mengikut undang-undang Islam, jumlah itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris.”

Walaupun puan dilantik sebagai penama KWSP tetapi puan tidak termasuk sebagai waris pusaka si mati untuk mewarisi wang KWSP kerana pertalian di antara puan dengannya sebagai waris pusaka sudah terputus disebabkan perceraian antara puan dengannya sebelum arwah meninggal dunia.

Namun, terpulanglah kepada peguam puan untuk berhujah menyatakan puan masih berhak ke atas 1/3 wang KWSP menggunakan undang-undang wasiat atau hibah semasa mard al-mawt seperti dinyatakan kes di atas. Bagaimanapun, puan masih berhak untuk menuntut harta sepencarian terhadap rumah dan kereta arwah.

Ia kerana tiada had masa untuk seseorang menuntut harta sepencarian selepas perceraian. Arahan Amalan No 5 tahun 2003 bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan sama ada semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian atau selepas kematian mana-mana pihak.

Oleh itu, puan masih boleh menuntut harta sepencarian terhadap rumah dan kereta arwah dengan membuktikan sumbangan puan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pemerolehan harta berkenaan.

Berkaitan di mana puan perlu memfailkan kes tuntutan harta sepencarian, walaupun ia masih dipertikaikan oleh khalayak namun menurut Arahan Amalan No 6 tahun 2003, penentuan mahkamah yang berbidang kuasa membicarakan kes harta sepencarian adalah mahkamah di mana perintah perceraian atau pengesahan perceraian dikeluarkan. Jika perintah perceraian fasakh puan dikeluarkan oleh mahkamah di Perlis, maka puan perlu memfailkan tuntutan itu di Perlis walaupun harta semuanya berada di Selangor.

Berkaitan hak anak puan, mereka adalah waris yang sah dan berhak menerima pusaka arwah selepas hutang dan harta sepencarian ditolak daripada pusaka arwah. Berbincanglah dengan mentua untuk menyelesaikan kes tuntutan harta sepencarian dan faraid secara baik.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.

Friday, May 9, 2008

Kesibukan Mendesak

Sepanjang minggu ini laluan hidupku sangat padat dan mendesak.. Pening sungguh dibuatnya..


1- Isnin 5 Mei 08, jam 4.30-7 pm, umi ke Bangi sebab perlu hadir mesyuarat PGSM. Baikler Abah sebab hampir 1 jam dia duduk dalam kereta tunggu umi habis mesyuarat, tapi dia tak bising pulak.. hehe.. Sebab apa Abah tak bising?? Sebabnya Umi dah inform awal-awal lagi..'Kita bawak kereta asinglah yer Bah,' 'ooo tak nak tak nak..' 'Jadi kalo tak nak, kena ler tahan menunggu yer...' hehe.. I win the case!

Tapi sebenarnya dia tak bising sebab masa menunggu tu Abah sibuk menghafal ayat-ayat Asas 10 yang Ustaz Harun ajarkan. Lepas mesyuarat, kita terus ke Darus Syifa' sampai jam 11.30 malam. Lepas kelas, malam tu, kita pakat makan nasi Pkabau di Restoran kat Simpang ke Darus Syifa' . Ani pun makan sekali sebab kita orang jemput dia sebelum ke kelas Ustaz Harun Din. Sedapnyer nasi P'kabau ni.. apasal letak nama Pkabau yer?? Macau Pakacau dalam Gerak-geri Gasing jer..hehe..

Aisyah pulak asyik call saja, ada dekat 8 kali miss call umi sepanjang kelas di Darus Syifa'.. hehe..Malam ni kami jumpa Ustazah Siti, salah seorang perawat Darus Syifa', aku bersembang membina net-working dan inform kat Ustazah bahawa aku dan Ani nak beli ubat resdung yang telah disiapkan. Murah jer dalam RM6 sahaja.

Malam tu kami belajar mengenai penyakit Barah, kencing manis dan lain-lain. Salah satu perkara penting Ustaz Harun pesan adalah, pokok buluh gading, pokok ciku dan pokok kelapa gading tak elok ditanam dalam kawasan rumah kita sebab ia mengundang makhluk halus menumpang.. Ooo patutler dulu depan pagar rumah kami ada pokok buluh gading, lepas tu ada sorang kawan Ma (my mum) datang rumah, bila dia tengok pokok buluh tu, dia suruh buang pokok tu, katanya tak elok... Rupanya malam ni baru ler jawapannya diperolehi.. Pokok buluh gading ni warna kuning, cantik untuk perhiasan, ada sorang India yang ambil upah buat gardening dulu yang tanamkan dua batang pokok tu depan pagar, jadi lepas ditegur, Abah terus cabut pokok tu dan buang terus. Rupanya ada sebab Makcik tu tegur... Time kasih yer Makcik sebab suruh kami buang pokok tu dulu...

2- Hari Selasa 6hb, the whole day dihabiskan untuk marking paper.. Alhamdulillah siap..

3- Hari Rabu 7hb pagi kami semua diminta mendengar taklimat mengenai Research Taman Negara di Dewan dan melihat bagaimana CITU boleh membuat kajian melibatkan orang Asli di Taman Negara dari sudut pegangan agama, amalan agama, cara hidup, animisme, tatacara orang asli dan sebagainya. Bagus juga program ini.

Petangnya jam 4-7pm, Umi ke mesyuarat PGSM sekali lagi di KL. Berbincang mengenai profesion guaman syarie dan isu-isu akta guaman syarie... Sampai rumah dah maghrib.

4- Hari Khamis 8hb, pagi, umi pergi meeting e-fatwa di UITM Puncak Perdana. I was appointed as one of AJK dan akan berada di sana pada 29hb nanti. Bengkel e-fatwa akan dikendalikan oleh Pensyarah Information Studies untuk wakil pejabat mufti seluruh negara.. Bengkel akan bermula 25-29hb.

Petangnya sebab ter'carried away', Umi terlupa nak jemput Aisyah dan Adrina lebih awal. Hari ni hari 'swimming lesson' untuk ISSA. Aisyah dan Adrina perlu dijemput sebab kelas berenang habis jam 4.30 ptg sedangkan Untie Kock hanya boleh tunggu sampai jam 4 ptg..

Jadi bila Umi sampai jam 5.30pm, Aisyah dengan Adrina dah bising-bising..

'Umi.. kenapa Umi datang lambat? Aisyah dengan Adrina dah rungsing sangat... Aisyah kata kat Adrina, Mak kita ni dah terlupa ker nak jemput kita ni.. semua orang lain dah balik, risau sangat Aisyah ni..'

Adrina pulak menambah..'Yelah kan.. Aisyah.. kita rungsingkan.. lepas tu.. kita lapar.. after swimming mesti laparkan...'

''Risau apanya.. duduk dalam pagar sekolah, cikgu pun ada lagi 3 orang tunggu... Oklah.. jom kita pergi beli air dan roti, makan dalam kereta.. Toksah bising lagi yer..'
Itu kira hadiah ke rasuah???' hehe.. Jawabnya hadiah.....

Aisyah dan Adrina dah pandai berenang. .. Hari Sabtu lepas, Aisyah ikut Adrina dan Ibunya ke kolam renang Akuatik kat Seksyen 11.. Bagus jugak pandai berenang.. Ianya sunnah dan lagi menyihatkan badan..

Malamnya, ada kuliah untuk kaum ibu di Seksyen 19. Dan penceramahnya adalah myself bertajuk 'Hak Isteri untuk Fasakh' berdasarkan bukuku yang diterbitkan. Tujuan program ini adalah untuk memberi ilmu undang-undang, memperkasakan kaum wanita dan memberi panduan bagaimana nasihat yang betul jika ada orang lain datang mengadu hal..Ceramah bermula jam 8.50mlm... banyaknya soalan.. kaum ibu yang profesional ni memang banyak betul soalan-soalan.. Bagus sungguh.

Aku dah nak berenti masa tu.. lebih kurang jam 10 malam. Tetiba tanpa disangka-sangka... ada tetamu yang telah masuk ke tempat ceramah dan duduk di belakang .. Opsssss sapa tu...

Rupanya YB Rodziah Exco Wanita Selangor datang melihat dan duduk dalam majlis tersebut.. Segannya... Aku telah meraikan kehadirannya dan menyebut..'Wah terkejutnya saya.. penceramah jadi gabra ni sebab YB datang pantau.. .. hehe.. Kita raikan kehadiran YB. Sebenarnya YB, kuliah ni saya tengah bincangkan mengenai Hak isteri dan Fasakh dalam mahkamah Syariah..'.. Lepas tu aku sambung sikit lagi sehingga 10.30mlm.

Lepas kuliah tu, YB telah membeli buku Fasakh tulisanku dan memintaku menulis sesuatu untuknya dalam buku tersebut..

Dan aku menulis..

'Kepada YB Ogy
Semoga selalu dapat memartabatkan Islam
dan best wishes...'
From Hidayah...


5- Hari ini Jumaat 9hb, aku mengambil cuti kerana terlalu banyak perkara perlu diselesaikan. Aku duduk di rumah menyiapkan beberapa tugasan untuk meeting PGSM petangnya.. jam 3-7pm di KL...Perbincangan berlangsung dengan baik walaupun hangat dengan pelbagai isu termasuklah Post Mortem AGM dan juga penambah baikan PGSM untuk satu tahun sehingga April 09.

Aku akan berundur tidak lama lagi.. sebelum berangkat ke Australia..
Sudah pasti aku perlu tinggalkan PGSM yang aku sayangi, serta barisan pimpinannya...
Semoga PGSM akan terus maju, gemilang dan terbilang nanti walaupun aku bukan lagi salah seorang Exconya..

Opsss... ada dua perkara berlaku ...

1- Artikelku bertajuk Cerai SMS disiarkan dalam Harian Metro hari ini 8 Mei 08. Ketua Editor Harian Metro, aku panggil Che Din jer selalu sms mintak kirimkan artikel, tak sampai hati betul nak ketepikan begitu sahaja. Jadi aku ubah suai sedikit, tukar ayat dan contoh tetapi content masih sama, beberapa artikelku yang pernah disiarkan dalam Berita Harian sebelum ini. Aku yakin sasaran pembacanya adalah berbeza walaupun kedua-dua media NSTP. Jadi pembaca Harian Metro selalunya tidak membaca Berita Harian, jadi ilmu dalam BH tidak sampai kepada mereka. Jadi ubah suai, baiki dan upgrade artikel yang ada adalah suatu yang munasabah pada pandanganku..

2-Permohonanku untuk mendapat budget UiTM ke Singapore ASLI pada 21hb nanti tidak disokong oleh Dekan Undang-undang.. Aku forward dua paper, Satu paper bertajuk Sexual Harassment akan dibentangkan oleh Ita, yang itu lepas pulak.
Dekan sokong tapi paper 'Failure to provide Maintenance' tak sokong pulak.. Pelik betul..

Isnin ni 12 hb, jam 3pm, aku telah membuat temujanji dengan PA Dekan, aku akan berjumpa Dekan Law untuk berbincang dan dapatkan penjelasan.. Jika tidak dapat biaya, aku akan hadir juga ke ASLI kerana slot untukku telah ada, tetapi terpaksa bayar sendiri yuran dan flight. Semuanya lebih kurang RM800. Hotel boleh selamat sebab dapat guna peruntukan Ita.. Apa agaknya alasannya menolak paperku?? Apakah kerana contentnya? atau kerana Englishnya? atau kerana tidak cukup tinggi standardnya?? Apa yer... sangat ingin aku tahu reasonsnye...

Wednesday, May 7, 2008

Geng 1 al-Razi ISSA

Geng al-Razi

Umi.. Aisyah suka la baca cerita yang Umi tulis dalam blog kita tu..'

'Cerita yang mana?'

'Alaa.. cerita Aisyah dengan Geng Ar-Razi lah.. dengan Khalidah tu.. betul sangat cerita Umi tulis tu.. pandailer Umi ni...' hehe..
'Kelakar ler Aisyah ni.. mestilah tepat sebab Aisyah cerita mcam tu, camtu ler Umi tulis... ' hehe..

'Umi.. umi tau tak..hari ni Geng Ar-Razi hilang satu ahli tau..'

'Ye ker.. sapa tu?'

'Sabrina.. Mama dan ayah dia nak pindah ke Bangi.. semalam dia tulis surat pada Aisyah dan Geng Ar-Razi.. dia tulis , 'Ina dah kena pindah sebab Mama ada perancangan lain. Lepas ni Ina tak dapat sekolah ISSA lagi sebab masuk sekolah baru..Ina tak kenal pun sapa-sapa kat sekolah baru di Bangi..'

'Ye ker.. apa yang Aisyah dengan Geng Ar-Razi nak kasi hadiah pada Sabrina? Kasilah hadiah, itu maknanya satu kumpulan.. Sapa pindah, kita kasi hadiah, kasi surat ucapan, tu baru best jadi Geng al-Razi..' Umi bagi pendapat..

Akkhirnya Aisyah telah mengambil komik 'Raihan Rangers Siri 2' dan buku cerita dia bertajuk 'Toys in our house' dari bilik study...

'Inilah Aisyah nak kasi hadiah pada Sabrina, dan semua Geng ar-Razi akan tulis surat ucapan berpisah pada Sabrina hari ni.. Terima kasih ye Umi sebab tolong Aisyah macamna nak selesaikan masalah ni..'

masalah ke tu?? hehe..

Sabrina tu anak Raja Mazian, orang TV3, dia duduk somewhere kat Shah Alam jugak dan Aisyah dengan Sabrina naik Bas Untie Kock tiap hari balik dari Isa..
Kesian Aisyah hilang sorang kawan..
Mudah-mudahan Geng Ar-Razi akan selalu bersatu hati..

Tuesday, May 6, 2008

Aisyah dan Khalidah

Masalah Aisyah
Sebelum kita tahu apa kesudahan masalah Aisyah dengan Khalidah, kita tengok dulu gambar Aisyah yer...

Aisyah tengah butangkan baju sekolahnya..

Inilah pakaian seragam sekolah Aisyah...
Dan inilah Aisyah yang comel.. Puteri kebanggaan Umi dan Abah..
____
Akhirnya.....

Akhirnya selepas beberapa hari silih berganti, beberapa minggu berlalu, masalah Aisyah telah berjaya diatasi dengan jayanya. Bagusnya Teacher Jasmin dan Teacher Nida, mereka berdua telah memanggil semua budak perempuan di kelas Darjah 1 Al-Razi seramai 9 orang kecuali Khalidah. Dia dikehendaki menunggu dalam bilik lain.

Kemudian Teacher Jasmin buat muhasabah diri, 'Sapa yang suka kawan dengan Khalidah angkat tangan...' takde yang angkat. 'Sapa yang kurang suka kawan dengan Khalidah?' ramai angkat tangan..

'Ok Raudhah, why you don't like to friend with Khalidah? '
'She always scold me..'

'You Sabrina, why?'
'Dia selalu suruh saya dengar cakap dia..kalau saya tak dengar, dia marah..'

'Ok Aisyah, kenapa Aisyah tak suka Khalidah?'
'Dia suruh saya ajar Mathemathic, dia jawab salah.. Bila saya cakap, that is wrong, the answer like this... Dia kata, ok saya tukar tapi kalau salah, siap Aisyah..Saya rasa pelik, dia yang tak tahu, suruh saya ajar, lepas tu nak pukul saya kalau saya bagi jawapan salah..Itu lah masalahnya teacher... '

Teacher Jasmin dan Teacher Nida berbincang dengan semua pelajar perempuan dari hati ke hati dan akhirnya semua bersepakat untuk berusaha menolong Khalidah dengan cara memberi dia pengajaran supaya akhlaknya dapat diubah..

Teacher Nida yang bijak itu memberi satu idea yang sangat bernas, 'You are from the same class, all of you have to be united. Ok now, Teacher call you Geng Al-Razi...ok..Without Khalidah ..all of you are Geng al-Razi..'

'Yeaaaa.. we are Geng ar-Razi..'

Pandailer teachers ni...terer..hehe..

Semua budak perempuan dilarang bercakap dengan Khalidah sepanjang satu minggu. Biar dia duduk sorang dalam kelas, meja belakang sekali, jangan tegur dia kat kantin, kat musalla sehingga dia berjumpa dan minta maaf dengan Geng Ar Razi..Dan Aisyah adalah Penolong Ketua Kelas merangkap Ketua Geng ar-Razi.. hehe..

Akhirnya selepas tak sampai pun satu minggu, Khalidah menangis dan berjumpa Aisyah, katanya..'Aisyah, saya mintak maaf apa saya buat pada awak, boleh tak saya nak kawan dengan semua orang..'

Aisyah telah memanggil semua kumpulan geng al-Razi dan membuat perbincangan..
'Khalidah dah baik la kawan-kawan, dia nak kawan dengan Geng Ar-Razi, saya rasa kita kena terima dia.. apa pendapat semua?'

Ada yang cakap tak nak, ada yang kata oklah...

Dan akhirnya....

Khalidah diterima dan sampai sekarang Aisyah sudah bahagia dan seronok berada dalam persekitarannya yang ada...

______

Masa dia story pada Umi, katanya..

'Umi.. kita kena kuat semangat. Kalau Umi bagi idea, orang tak terima, Umi jangan sedih.. Umi kena berani dan bagitau semua orang idea Umi tu..jangan sedih kalau orang macam taknak terima idea Umi tu..'

Jawab Umi..'Apa yang Aisyah nak bagitau ni sebenarnya..'

'Maksud Aisyah, hari tu, Aisyah bagitau pada semua Geng ar-Razi, boleh tak Khalidah masuk kumpulan kita? Ramai tak nak tapi Aisyah tak sedih, Aisyah cakap lagi, cakap lagi sampai semua orang setuju.. itulah maksudnya kita kena kuat semangat..'

hehe.. pandailer makcik comel oii..

Lepas tu Umi saja nak nyakat, 'Kan Khalidah yang buat tak elok apda Aisyah, kenapa Aisyah pulak yang pujuk Geng aA-Razi terima Khalidah? Tak paham ler Umi..'

'Alaaa Umi ni.. bila Khalidah dah bertaubat, kita kena ler maafkan dia..'

Bertaubat... hehe.. anak anak...
Budak kecik bergaduh pun dia kata bertaubat..
Tinggi bangat bahasanya..Darjah 1 ke Darjah 6 ni? hehe..

Maka selesailah masalah Aisyah yang berat tu..

Sekian berita untuk hari ini.. hehe..Anakku sayang, semoga menjadi anak yang soleh dan bahagia dunia akhirat. amin

Thursday, May 1, 2008

Akta Guaman Syarie

Dalam sibuk yang sangat mendesak, Mr Presiden inform bahawa ada usaha terdekat untuk menggubal Akta Guaman Syarie dan dia meminta aku menulis untuk Berita Harian. Malam tu, sampai kol 2.30 pagi, aku menulis artikel ini. Letihnya..

Artkel ini merupakan sebahagian usaha satu desakan halus untuk Kerajaan mempercepatkan penggubalan Akta ini.. Semoga ALlah mudahkan dan semoga usaha kami di Persatuan Peguam Syarie Malaysia ke arah mendesak penggubalan Akta ini dikabulkan ALlah..

_____________

Peguam Syarie Menulis: Disiarkan dalam Berita Harian pada 30 April 08

Syor gubal akta martabat profesion peguam syarie
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

BANYAK pihak membicarakan mengenai keperluan akta yang mengawal selia dan memantau peguam syarie di negara ini yang dipanggil Akta Profesion Guaman Syarie. Umum mengetahui peguam syarie mempunyai peranan besar pembantu mahkamah menegakkan keadilan.

Walaupun pihak yang bertikai boleh membawa kes mereka sendiri tetapi dengan pengetahuan yang kurang mengenai prosedur undang-undang, ada kalanya sesuatu permohonan tidak menepati kehendak sewajarnya. Oleh itu, peguam syarie adalah orang penting bagi membantu anak guam mengetengahkan tuntutan supaya sesuatu kes dibicarakan menepati prosiding ditetapkan undang-undang.

Buat masa ini setiap peguam syarie yang ingin beramal dan diterima masuk di mana-mana negeri di negara ini tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri yang ada. Kaedah itu pula berbeza-beza dan tidak seragam di antara negeri di Malaysia. Ada negeri meletakkan syarat yang ketat dan ada negeri lebih longgar syaratnya.

Sebelum ini, kita juga membaca di media, keluhan bakal peguam syarie mengenai kesukaran dihadapi dalam proses melengkapkan diri untuk diterima sebagai peguam syarie. Contohnya, pengalaman pahit seorang bakal peguam memohon menjadi peguam syarie di Selangor gagal kerana tiada latihan dalam kamar sedangkan dia lepasan syariah dan dikehendaki membuat penampalan di Mahkamah Syariah di seluruh negeri itu.

Begitu juga kesusahan bakal peguam syarie yang sudah menghabiskan masa hampir lima tahun belajar syariah, tetapi masih diwajibkan mempunyai Diploma Lanjutan Amalan Syariah. Sedangkan pelajar lepasan undang-undang sivil mempunyai pengetahuan syariah yang sedikit juga dikehendaki mengambil diploma sama.

Kepeguaman syarie dewasa ini sudah berkembang dengan baik. Kita dapati bilangan peguam syarie ditauliahkan semakin ramai. Begitu juga kes dibicarakan juga semakin banyak dengan fakta kes semakin rumit membabitkan tuntutan harta sepencarian serta mutaah mencecah jutaan ringgit.

Semua ini memerlukan khidmat peguam syarie untuk membantu pihak terbabit. Justeru, sudah tiba masanya kerajaan mempercepatkan penggubalan dan seterusnya mewartakan Akta Profesion Guaman Syarie itu.

Antara rasional perlu dipercepatkan akta itu adalah:

l Kedudukan dan martabat peguam syarie dapat ditingkatkan sebagai pihak yang penting dalam melicinkan perjalanan proses keadilan di mahkamah. Taraf profesion peguam syarie juga akan lebih dimuliakan setanding kedudukan peguam cara dan peguam bela di Mahkamah Sivil yang dikawal selia di bawah Akta Profesion Undang-undang 1952.

l Apabila wujudnya dan dikuatkuasakan akta itu, maka Majlis Peguam Syarie boleh ditubuhkan yang bertujuan mengawal selia pengeluaran sijil amalan untuk setiap negeri, menjaga rekod peguam syarie, memastikan penerimaan masuk peguam syarie yang selaras serta dapat menjaga kebajikan ahli seperti sahabat mereka peguam sivil.

l Buat masa ini, jika ada peguam syarie terbabit dengan salah laku dan membuat sesuatu perkara yang tidak wajar seperti menipu anak guam, membawa pembuktian palsu, mengenakan caj tidak munasabah dan sebagainya, tidak ada badan tertentu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

Dengan adanya Majlis Guaman Syarie yang diberi mandat oleh akta itu, nescaya ia membantu pelanggan membawa kes salah laku peguam syarie kerana badan ini akan mempunyai kuasa mengambil tindakan disiplin terhadap peguam terbabit. Badan itu juga berkuasa di sisi undang-undang untuk menarik kembali sijil beramal peguam syarie yang disabitkan dengan salah laku seperti berlaku terhadap peguam sivil di bawah seliaan Majlis Peguam mereka.

l Kaedah pemilihan dan terima masuk peguam syarie boleh diselaraskan dan diseragamkan supaya tidak bersifat menganiaya bakal peguam syarie di negara ini.
Contohnya: – Negeri Selangor di bawah Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri Selangor 1991 meletakkan syarat pemohon yang ditemuduga sudah mendapat latihan profesional yang diiktiraf majlis dalam kehakiman Islam. Ini bermakna pemohon perlu menghadiri latihan amalan guaman di firma guaman syarie dan sebagainya. Namun begitu, tempoh masa latihan tidak dinyatakan. Pemohon juga perlu mempunyai Diploma Lanjutan Syariah yang berkaitan seperti Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ), Diploma Syariah dan Amalan Undang-undang (DLSP), Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA) dan lain-lain selain mempunyai ijazah asas dalam bidang Syariah (LLB.S) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB). Pemohon juga perlu membuat tampalan di seluruh mahkamah di Selangor terlebih dulu sebelum majlis temu duga berlangsung.

– Negeri Kedah di bawah Peraturan-peraturan Peguam Syarie 1983 meletakkan hanya peguam bela dan peguam cara lepasan LLB saja yang layak memohon sebagai peguam syarie. Ini bermakna lepasan Syariah tidak dinyatakan di situ. - Wilayah Persekutuan hanya meletakkan Ijazah LLB atau LLB.S dan yang selayaknya berhak memohon dan tidak diwajibkan mempunyai Diploma Lanjutan Guaman Syarie.

– Ada negeri perlu menjalani peperiksaan khas dan selepas lulus peperiksaan, perlu lulus temu duga pula. Ada negeri yang memberi tauliah peguam syarie setiap tahun tetapi ada pula negeri sudah bertahun tidak mentauliahkan peguam syarie.

Keselarasan syarat dan kelayakan untuk diterima masuk sebagai peguam syarie adalah satu keperluan supaya tidak menjadi bahan ketawa di negara ini. Melalui akta ini, tatacara yang selaras boleh diterima pakai di seluruh negara. Contohnya jika diperlukan Latihan Amalan, apakah yang dimaksudkan latihan itu, apakah syarat firma yang boleh menerima pelajar dalam kamar (chambering), berapa lama tempohnya dan apakah master (majikan) perlu membuat laporan kepada Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri atau sebagainya. Jika menepati tempoh sembilan bulan seperti peguam sivil, apakah perlu ditemuduga lagi atau bagaimana? Semua akan dapat diselaraskan dan kebajikan bakal peguam syarie terutama mempunyai ijazah syariah tanpa LLB akan terbela.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com.