Wednesday, July 30, 2008

Jokes

One of my friends sent this massage.. joke sangat... Tapi sapa-sapa yang berhati serius, takleh baca... hehe..

____________

Dari Berita Radio.....

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju manaikkan Elaun Sara Hidup (COLA)
tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas kakitangan awam kepada RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2008 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat. Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan 80 penutup botol Coca-Cola... .
Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja....

____________

Adoii.. nak pecah perut aku ketawa...

Fadzlina is in Melbourne now

Wahhh happynye baca kisah Fadzlina Lecturer Lawhttp://fadzlina1977.blogspot.com/.. dah sampai Melbourne dia.. boleh buka blognya untuk lihat betapa pengalamannya bagus untuk dijadikan panduan bagi mereka yang akan belajar di sana..

Selamat belajar dan selamat berjuang ye Na..
Nanti akak pergi sana, tunggu kat ariport yer..

Article By The Respected President

Artikel ini ditulis oleh Tuan Presiden PGSM berkenaan muzakarah antara parti politik di Malaysia. Tulisan ini sangat baik menggambarkan pemikirannya yang kritis, ilmiah dan semasa. Semoga Allah selalu menyelamatkan negara kita dan menjaga keharmonian dan kesejahteraan yang ada...amin.
____________________


Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian pada 30 Julai 2008

MUZAKARAH POLITIK
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berasa amat gembira apabila pelbagai pihak mula membincangkan mengenai muzakarah antara PAS dan UMNO baru-baru ini. Ini bermakna sesi percambahan fikiran sedang diadakan. Kebaikan dan keburukan perkara ini diperhalusi oleh semua pihak yang akhirnya akan membuahkan suatu keputusan yang jitu lagi padu di kedua belah pihak.

Selepas semua perbincangan diadakan, terserahlah kepada pihak PAS dan UMNO membuat keputusan sendiri berhubung dengan isu ini setelah mengambil kira semua pertimbangan dan faktor semasa.

Cakap-cakap politik mengenai perkara ini terus rancak berhubung dengan pertemuan PAS dan UMNO dalam rangka kerjasama demi menjaga kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.

Perkara ini terus diperkatakan sama ada di kedai-kedai kopi mahupun di peringkat pimpinan parti-parti politik PAS dan UMNO. Malah parti-parti siasah lain seperti PKR, MCA dan DAP juga turut memberi komentar masing-masing berhubung dengan perkara ini.

Dalam menangani isu politik negara, kita harus menerima hakikat bahawa kedudukan parti-parti politik di Parlimen ketika ini ialah tiada sebuah pun parti politik yang mempunyai kelebihan majoriti. Daripada 222 kerusi di Parlimen pembahagian kedudukan kerusi adalah seperti berikut: UMNO (79), PAS (22), PKR(31), DAP(28), MCA(15), MIC (3), PBB(14) dan seterusnya.



Jika diteliti sebaiknya, kedudukan kerusi ini memang wajar mendesak kedua pihak iaitu PAS dan UMNO untuk bersemuka bagi membincangkan kepentingan agama dan bangsa. Walau apa pun nama yang diberikan sama ada muzakarah (ingat mengingati), muqabalah (pertemuan), hiwar, musyawarah (bermesyuarat) ataupun muhadasah (perbincangan) namun tujuan utamanya adalah bagi membincangkan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Istilah ini tidaklah penting berbanding dengan pengisian yang ingin dicari melalui wadah yang dinyatakan tersebut.



Sudah tentu pemimpin pelbagai peringkat di kedua-dua buah parti akan berasa tidak selesa dan sedikit canggung dengan perkembangan terbaru ini kerana sejarah telah membuktikan betapa renggangnya hubungan antara kedua parti ini. Kita sering melihat kedua parti ini saling bercakaran antara satu sama lain, bahkan kadang-kadang sampai ke tahap yang agak membimbangkan.
Sering pula sesuatu strategi politik digarap bagi menjatuhkan parti yang satu lagi dan membiarkan parti lain yang tidak berteraskan Islam dan bangsa Melayu mempunyai ruang yang cukup mengatur percaturan politik mereka. Natijahnya orang Islam tidak bersatu dan saling bercakaran antara satu sama lain.



Melihat kepada senario kedudukan politik semasa, sebenarnya PAS mempunyai kata pemutus dalam banyak hal. Ini adalah kerana ke mana pun PAS berada, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk. Sebagaimana yang dimaklumi, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sekiranya PAS menyokong usul Kerajaan maka Kerajaan mungkin juga mempunyai kuasa yang lebih besar lagi. Sekiranya PAS tidak menyertainya maka undang-undang hanya membenarkan Kerajaan bertindak dalam fungsi yang terhad sahaja.



Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat, sekiranya terjadi pemindahan parti sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya PAS tidak menyertainya maka kerajaan Pakatan Rakyat mungkin tidak akan dapat dibentuk.

Walau apa pun kelebihan atau kekurangan, sepatutnya itu bukanlah itu faktor utama yang perlu diambil kira.

Apa yang lebih penting ialah berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagaimana dapat meletakkan Islam itu di tempat yang sebenar. Sudah tentulah pelbagai formula perlu digarap ke arah mencapai matlamat ini.

Walaupun sebelum PRU 12 perkara sebegini tidak pernah diperkatakan bahkan tidak terfikir di benak fikiran rakyat Malaysia, namun kemungkinan ini perlu diterokai semata-mata dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan Islam yang telah sekian lama pudar.

Beberapa minggu yang lepas ruangan ini telah menyiarkan beberapa pilihan yang ada bagi sebarang bentuk kerjasama, tetapi senarai pilihan tersebut tidaklah terhad kepada apa yang dinyatakan itu sahaja. Lebih banyak pilihan perlu dicari ke arah ini.

Reaksi yang diterima di kedua belah pihak adalah bercampur-campur. Ini dapatlah difahami kerana sejarah pertelingkahan antara kedua belah pihak sukar dilupakan oleh pihak pimpinan mahu pun pihak ahli kedua belah pihak.

Ketidakpuasan hati ini mungkin tidak dapat dipadamkan dari memori pemikiran mereka. Beberapa pemimpin NGO Islam seperti ABIM dan PKPIM juga telah menzahirkan sokongan mereka terhadap muzakarah ini. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga menyokong sebarang langkah bagi mengukuhkan kedudukan Islam di Malaysia. Tetapi kedengaran juga suara yang mempertikai dan menempelak sokongan ini kerana khuatir parti-parti politik ini apabila bekerjasama akan menjadi terlalu bersifat perkauman dan menindas agama lain.

Perkara ini perlu diteliti dengan mendalam agar tidak ada mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan ditindas hasil daripada kerjasama sebegini.

Sebenarnya kerjasama sebegini hendaklah diteraskan kepada semangat Islam. Jika teras Islam itu diterima oleh kedua belah pihak maka akan lebih mudahlah mendatangkan keadilan kepada semua pihak. Ini bermakna sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, rasuah, penindasan, kekejaman dan mencabul hak asasi hendaklah dibuang dan tidak diamalkan.

Malah orang bukan Islam juga tidak perlu khuatir kerana jika dilaksanakan Islam sebenarnya, hak-hak orang bukan Islam itu akan terus dijaga dan dipertahankan.

Oleh yang demikian sekiranya hanya melihat kepada rupa dan warna kulit sahaja, sudah tentu orang bukan Islam gusar dengan perkembangan ini. Namun Islam itu sebuah agama yang adil, ia adalah jaminan tidak akan berlaku penindasan kepada orang bukan Islam.

Berbalik kepada muzakarah antara PAS dan UMNO ini, penulis berpendapat sekiranya kedua-dua pihak ikhlas mahu mempertahankan Islam, maka ada baiknya setiap ruang di lihat bagi menilai sejauh mana kerjasama dapat dilakukan. Walaupun sekiranya kerajaan campuran tidak dibentuk, tetapi sekurang-kurang suatu tahap pemahaman dapat ditingkatkan antara kedua parti ini agar apa pun tindakan selepas ini ia semestinya berteraskan kepada Islam.

Pertelingkahan yang terlalu lama antara PAS dan UMNO tidak mudah dipadamkan dalam sekelip mata ataupun melalui beberapa siri pertemuan sahaja. Tetapi langkah pertama itu telah pun diambil bagi menuju ke arah ini. Oleh itu kedua pihak mesti lebih berhati-hati selepas ini di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun membuat sebarang tindakan agar ianya selaras dengan hasrat menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia.

Tanpa kesatuan aqidah ini yang disertai dengan keikhlasan hati tidak mungkin sebarang kerjasama dapat diadakan. Jika PAS dan UMNO menoleh ke belakang, sudah tentu tidak akan dapat dicapai kata sepakat. Tetapi lihatlah ke hadapan tentang masa depan Islam di Malaysia itu sendiri. Namun kedua belah pihak berhak berhati-hati dan berwaspada dalam semua tindakan mereka kerana mungkin terdapat pelbagai helah yang akan memakan diri sendiri dari sudut politiknya. Sudah sampai masanya orang Islam melihat sesuatu menjangkaui batasan siasah kepartian dan berusaha mempastikan Islam itu dipertahan.

Sebenarnya terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan untuk Islam sama ada di Malaysia ataupun di peringkat global. Orang Islam perlu mengorak langkah ke hadapan dan menjadi model kepada orang lain, bukan menjadi bahan cemuhan dan diperlekehkan setiap masa.

Namun begitu, sekiranya muzakarah ini tidak berjaya menghasilkan sesuatu dalam masa terdekat, kita semua tidak boleh berputus asa. Apa yang lebih penting ialah kesedaran tentang perpaduan umat Islam ini dapat disemai di kedua belah pihak sekarang. Mungkin masa belum sesuai lagi bagi merealisasikan impian ini tetapi usaha ke arah itu hendaklah dimulakan mulai saat ini.

Dalam membincangkan perkara ini, penulis berpendapat adalah lebih molek sekiranya PKR yang diterajui oleh orang Islam juga dijemput menyertai muzakarah ini. Dengan cara ini umat Islam akan bersatu, dengan izin Allah. Selaku sebuah badan Islam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah menjayakan muzakarah tersebut.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com/

Tuesday, July 29, 2008

Aisyah Went to Petrosains KLCC

Saturday 26 July was the happiest day for my darling Aisyah...

Why? What happend to Aisyah....

Actually on that day, Aisyah and all of her friends from ISSA went to Petrosains at KLCC...
Two three days before the event, she could not hide her feeling, Aisyah kept telling Umi and Abah that she could not wait for the visit... sampai mimpi mimpi... hehe..

It was the first journey for her to go to KLCC with her friends. Gembira betol untuk bersama Teacher Nida, Teacher Zuraini, Teacher Fari, Ustaz Faizal and others ..

Ap yang Aisyah belajar kat sana yer...?

Ini cerita Aisyah.....

' Aisyah tengok wayang Dinasour, ada yang besar ada yang kecik.. Dinasour yang kecik comel sangat tapi dia dah hilang mak dia..Dia tak ikut mak dia, last-last hilang.. Dinasour yang besar, namanya Tirus nak makan dinasour yang kecik tu.. tapi akhirnya yang besar tu kalah sebab ada goncang2 kat bumi, lepas tu dia jatuh dalam bumi.. dah tu mati.. Dinasour yang kecik tu selamat, kawannya selamatkan dia.. sama baya dengan dia.. lepas tu dia dapat jumpa mak dia.. '

Alhamdulillah.. Sebenarnya Umi, cerita tu nak begitau kita kalau mak kita hilang, kita kena bersabar.. lepas tu kalau ada orang yang kita kenal tu sama baya macam kita, kita boleh mintak tolong dengan dia. Kalau dia tak dapat tolong kita, kita pergi mintak tolong dengan orang besar yang kita kenal.. kita pegi kat dia mintak tolong, kalau dia pun tak dapat tolong, kita kena berdoa pada Allah.. doa lah macam ni..'Ya Allah.. tolonglah jumpakan ibu aku. Aku tidak mahu keseorangan. Tolonglah jumpakan.. amin..'
( moral of the story tu not from Umi, but from her....hehe..)
Lepas tu Aisyah pakai spek mata hitam. Bila pakai spek mata tu, dinasour tu macam betul-betul dekat, nganga mulut dia nak makan kita.. kita rasa takut sangat.

Kat sana jugak Aisyah dah belajar macamana nak buat minyak..
Ada minyak hitam, ada tiga tempat.. yang kat atas tu minyaknya banyak.. Yang nombor dua, minyak dia sederhana sikit. Yang ketiga tu minyaknya sederhana.. Lepas tu, kita pergi main-main lah dulu, lepas tu datang balik tempat minyak tu.. sekarang yang atas dah turun sikit ke nombor dua.. lepas tu ke nombor tiga..Jadi yang nombor tiga dah banyak, Orang tu ambiklah minyak tu, masuk tempat lain, nak tengok cukup ke tak.. macam tu lah Umi..

Lepas tu Aisyah pergi tempat jual barang. Aisyah nak beli barang. Aisyah nak beli bola, kat dalam dia ada macam bintik2 cantik..key chain yang ada tulis nama Umi, Aisyah beli eraser yang pelik sikit ada tulis Petrosains. Pastu AIsyah beli eraser yang ketuk2, bila ketuk keluar lampu.. Itulah semua benda yang Aisyah nak beli. Tapi Kakak yang jual tu cakap harga dia RM27 tapi Aisyah cuma bawak RM15 saja.. Aisyah rasa sedih sebab tak cukup duit tapi takperlah, kalau ada rezeki lain kali, Aisyah pergi dengan Umi dengan Abah, Aisyah belilah benda yang Aisyah nak beli tu.. Aisyah boleh lah sabar....

Lepas tu Aisyah pegi makan kat A&W.. Ada Bear..best sangat..

Ituler pengalaman Aisyah.. Aisyah pergi jam 8.50 pagi dan balik rumah jam 4.30 petang..
Babai kawan-kawan.. (baca kena ikut gaya cakap ajuk Aisyah...hehe..)

Sunday, July 27, 2008

Tazkirah Power..

Tazkirah Ustazah Cilik

'Terima kasih Care Spriluna.. Lepas makan spriluna, kami semua menjadi sihat dan kuat...'

Tu bunyi iklan dalam radio IKIM masa Umi nak hantar Aisyah pergi sekolah hari tu.. Aisyah masa dengar tu.. terus bersuara..

'Umi.. Umi perasan tak tadi tu.. dia cakap.. Terima kasih Spriluna.. Sebab saya jadi sihat dan kuat..Mana boleh kita cakap camtu Umi..'

"Kenapa pulak tak boleh?' Umi tanya.. nak dengar budak bijak ni berhujah..

'Dia cakap terima kasih pada Spriluna.. Sebenarnya Spriluna tu tak boleh buat apa-apa pun.. sebenarnya Allah yang kasi spriluna tu jadi macam ubat.. Bila kita makan kita jadi sihat.. Bukan Spriluna tu yang kasi kita kuat.. Allah yang sebenarnya kasi kita sihat. .'

'Ye la Aisyah.. lagi..'

"Kalau Allah tak kasi Spriluna tu jadi ubat, kita makan banyak pun tak sihat jugak.. Orang tu patutnya kata Terima kasih Allah sebab bagi saya sihat.. Macam tu ler Umi.. Aisyah tak suka ler dia cakap macam tu..'

"Agaknya dia terlupa agaknya tu..'

'Pastukan Umi.. macam Aisyah batuk, Aisyah makan ubat yang Dr Alfi kasi. Bukan ubat tu yang kasi Aisyah sihat. Sebenarnya Allah yang kasi Doktor Alfi pandai buat ubat.. lepas tu dia pun buat ler ubat tu.. Tapi kita jadi sihat sebab Allah yang kasi kita sihat.. Umi paham tak ??'

'Paham.. pandai anak Umi ni..Jadi apa yang patut kita kata..'

"Kita kena kata, Thank you to Allah ler.. bukannya pada spriluna ker ubat ker..Dr Alfi pun tak boleh jadi Doktor kalau Allah tak kasi dia pandai...'

Huyooo Umi terkedu.. tingginya analisa anak Umi ini.. mana belajar ni buat analisa macam orang besar ni..adoiii..

Akhirnya Umi pun tambah ler sikit..
'Aisyah betul. Memang ALlah yang kasi semua jadi ubat. Allah yang kasi kita sihat. Tapi kita boleh juga ucap terima kasih pada Dr Alfi sebab Dr Alfi nak tolong Aisyah. Jadi Aisyah boleh kata terima kasih pada Dr Alfi dan cakap Alhamdulillah pada Allah yang kasi Aisyah sihat melalui ubat tu..'

"ooo macam tu ke Umi..tapi kalau kata terima kasih terus pada ubat spriluna tu memang tak bolehkan Umi.. Aisyah nak cakap ler pada orang dalam radio tu nanti kalo jumpa dia.'

Ituler tazkirah power oleh anakku sayang..
Aisyah yang bijak...semoga jadi nanti anak yang solehah sepanjang zaman.. amin..

Jokes v Teka Teki...

Aisyah sibuk dok main teka teki dengan Abah.. lepas dia dah dapat jawapan, sibuk pula dia tanya umi, macam-macam soalan teka teki... hehe.. ada yang umi tak leh jawab...
Apa teka teki Aisyah tu yer..Nak baca ni kena jiwa tenang dan kena joke.. kalo orang serius jangan baca...hehe..
____________

Teka teki 1

Umi, ada satu gua.. gua tu panjang sangat.. panjang sangat sampai kita tak leh kira panjang dia...
Apa nama gua tu?

Jawab Umi; Gua Musang..
Salah
Gua Senyum
Salah
Gua Hira'
Salah.. Gua hira' tu kecik ler umi
Ooo Umi tau.. jawabnya Gua Thur tempat Nabi dengan Abu Bakar dulu..
Salaaaahh.. Umi dah give up ker?
Okler.. Umi give up.. apa jawapan dia Aisyah..

Jawapannya adalah.. 'GUA TAK TAU....'
Hehehe.. kartun nya teka teki..


Teka teki 2

Umi, umi tahu tak ada satu lembaga tu.. dia ada satu kaki tapi ada tiga mata.. bila dia marah mata dia warna merah.. eii takut sangat.. semua orang diam jer takut.. Kadang-kadang dia baik, mata dia jadi hujau.. semua orang senyum jer sebab dia tak marah ler masa tu.. Kadang-kadang mata dia jadi kuning.. Apa tu Umi..

Ooo tu mata Incrediable Hulk..
Salah
Hantu
Salah
Orang Jahat
Salah..Umi dah give up tak?
Ok ler Umi give up.. asyik salah jer.. apa jawapannya?

Jawabnya jeng jeng jeng,....
Jawabnya.. Lampu isyarat.. Umi tengok bila dia warna mereah.. semua kereta berenti, takut.. Bila mata dia hijau, semua orang senyum terus jer jalan... kadang-kadang lampu tu jadi kuning.. Tu ler maknanya ada satu lembga tu, mata dia tiga.. bukannya hantu ler Umi.. Apaler Umi kata hantu..
Hehehe.. kelakarnya...
This is my article published in Berita Harian on 23rd July.. Actually it was a long article but has been cut short by the Editor of BH. For this blog purposes, I put the original one..
_______

Sejarah Perundangan Syariah di Malaysia
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim


Dalam keluaran terdahulu, ruangan ini pernah membawa pembaca menyusuri sejarah perundangan dengan melihat bagaimana undang-undang Inggeris bertapak dan membina kekuatan di Malaysia. Apakah yang telah berlaku kepada perundangan Syariah selepas negara merdeka dan bagaimana bentuk isi kod peruntukan undang-undang sebelum ini?

Apabila Inggeris menguatkuasakan kod undang-undang Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment Chapter 197 of Revised Law of Federated Malay States, 1935 ia lebih memusatkan kepada aspek-aspek pentadbiran seperti pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk serta sedikit hukum asas dalam perkahwinan. Pengkaji Barat, M.B. Hooker dalam tulisannya turut menyebut ia bertujuan memudahkan British mengawal selia urusan kekeluargaan masyarakat Islam di samping cuba mengekalkan polisi tidak mencampuri hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sekadar tidak menghina amalan sedia ada.

Bermula pada awal tahun 1950-an, tindakan pertama dijalankan dengan tergubalnya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, Selangor 1952 yang mengandungi urusan penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor yang membantu Sultan dalam mentadbir perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Hak dan kuasa Majlis, peraturan mesyuaratnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, pelantikan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa.

Penubuhan Mahkamah Kadi dan Kadi Besar, perlantikan Kadi Besar serta bidangkuasa Mahkamah dalam mendengar dan memutuskan kes-kes yang berlaku di antara orang Islam dinyatakan dalam seksyen 43 hingga seksyen 57. Manakala antara seksyen 58 hingga seksyen 93 pula diperuntukkan peraturan perbicaraan jenayah dan perbicaraan Mal yang perlu diikuti di mahkamah.

Enakmen Pentadbiran 1952 ini juga memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan urusan wakaf dan pengurusannya, nazar, zakat, fitrah, pungutan khairat, hal-ehwal wang amanah, pengurusan masjid dan pelantikan pegawai-pegawainya yang dinyatakan dalam seksyen 94 hingga seksyen 118.

Aspek-aspek kekeluargaan diperuntukkan tetapi tidak terperinci. Perkara yang dinyatakan meliputi urusan pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan, harta sepencarian, penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan isteri, anak sah taraf dan sebagainya. Ia diperuntukkan dalam 25 seksyen sahaja iaitu seksyen 119 hingga seksyen 144.

Kandungan Enakmen Pentadbiran 1952 ini sebenarnya lebih kepada menggabungkan berbagai-bagai undang-undang pentadbiran agama Islam. Dengan pewartaan Enakmen Pentadbiran 1952 ini maka ia telah menggantikan pemakaian kod Muhammadan Enactment yang dikuatkuasakan.

Penggubalan Undang-undang Pentadbiran ini telah dilaksanakan di negeri-negeri lain iaitu negeri Kelantan pada tahun 1953, Trengganu pada tahun 1955, Pahang pada tahun 1956, Pulau Pinang dan Melaka pada tahun 1959, Negeri Sembilan pada tahun 1960, Kedah pada tahun 1962, Perlis pada tahun 1963 dan akhirnya negeri Perak pada tahun 1965.

Jika dikaji, peruntukan mengenai urusan perkahwinan di dalam Enakmen Pentadbiran 1952 sebenarnya hampir sama dengan peruntukan yang ada di dalam Muhammadan Enactment. Penggunaan ayatnya sama kecuali perubahan kepada perkataan Pendaftar dan Kadi sahaja. Contohnya peruntukan fasakh dalam Seksyen 6 (i) Muhammadan Enactment memperuntukkan:

Any Registrar may receive from a married woman who has been resident for at least 4 months in the locality within which he is appointed an application for the divorce known in Muhammadan law as fasakh or for divorce known as cerai ta’alik.

Enakmen Pentadbiran 1952 juga memperuntukkan yang sama dalam Seksyen 128(1) iaitu:
Any Kathi having jurisdiction in this behalf may receive from a married woman an application for the divorce known in Muslim law as fasakh or for the divorce known as cerai ta’alik.

Kedua-dua peruntukan undang-undang ini tidak menjelaskan apa maksud fasakh dan alasan-alasan yang diterima oleh mahkamah untuk isteri menuntut fasakh. Menurut E. N. Taylor, oleh sebab kebanyakan penduduk Tanah Melayu adalah berpegang kepada mazhab Syafi‘i, maka dengan sendirinya prinsip dalam mazhab Syafi‘i bagi masalah ini akan terpakai. Ini bermakna berdasarkan kepada pendapat atau andaian Taylor, alasan-alasan yang dibincangkan dan dipersetujui oleh mazhab Syafi‘i sahajalah yang akan diterima oleh pihak mahkamah sebagai alasan menuntut fasakh.

Seksyen 6 (ii) Muhammadan Enactment pula menghuraikan mengenai tatacara yang perlu diikuti oleh Mahkamah selepas pengaduan isteri diterima. Ia memperuntukkan:
(ii) Upon receiving such application the Registrar shall immediately cause notice thereof to be served upon the husband of the woman.
(iii) If it is made to appear to the Registrar by sworn statement that the husband is not within the state and that in the circumstances of the case it is impossible to serve the notice on him the Registrar may order the notice to be served upon the husband’s nearest relative or if no relative is known to be in the state may dispense with the notice.

Seksyen 6 (iv) dan (v) Muhammadan Enactment pula menyebut tentang tatacara yang perlu dijalankan pada hari sebutan kes. Ia memperuntukkan:
(iv) If at the hearing of the application, the husband of the woman does not appear, the service of the notice shall unless the Registrar has dispensed with the notice under this section be proved by sworn statement.

Peruntukan yang sama disediakan di dalam Enakmen Pentadbiran 1952. Selepas permohonan didengar dan isteri mengangkat sumpah di hadapan saksi, maka pendaftar akan merekodkan perkara ini dan akan meluluskan permohonan fasakh atau taklik yang dituntut jika beliau yakin ia menepati undang-undang Islam.

Hampir keseluruhan peruntukan adalah bersifat umum dan longgar. Oleh kerana kekurangan yang ada di dalam kod undang-undang sebelumnya tidak diperbaharui dengan baik oleh Enakmen Pentadbiran 1952, maka tindakan dan usaha lain ke arah melahirkan peruntukan undang-undang yang lebih baik sangat diperlukan. Menurut Profesor Ahmad Ibrahim, permasalahan dan kedudukan pentadbiran Undang-undang Syariah yang kurang memuaskan itu disedari oleh kerajaan dan orang-orang Islam di Malaysia. Akhirnya diwujudkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Syed Nasir Ismail dan dianggotai oleh pakar-pakar Undang-undang Syariah ditubuhkan untuk menimbang kedudukan Undang-undang Syariah, kuasa dan status Mahkamah Syariah dan hakim-hakim Mahkamah Syariah di negara ini.

Perkembangan seterusnya membawa kepada penggubalan dan pewartaan Enakmen Undang-undang sekitar tahun 1980-an dan yang terakhir adalah kod undang-undang sekitar 2003 seperti dilaksanakan di Selangor, Kelantan dan beberapa negeri yang lain. Usaha-usaha lebih agresif dan tersusun masih perlu digiatkan lagi dan kita semua perlu menyokong untuk memartabatkan lagi perundangan Syariah di tanah air tercinta ini.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Kahwin Lari

Jawapan Hak Muslim ini diisiarkan dalam Berita Harian 17 Julai 08 dan dijawab oleh Setiausaha PGSM, Musa Awang.
__________________

Wanita tiada sijil nikah selepas dua bulan kahwin

Soalan

SAYA berkahwin pada Mei lalu. Ketika nikah, saya diwalikan seorang ustaz berasal dari negara seberang. Ustaz itu mendakwa dia adalah wali hakim di negara itu. Pernikahan juga disaksikan dua saksi tidak saya kenali. Saya diperkenalkan kepada ustaz itu oleh seorang kenalan suami. Ketika itu, ayah saya masih hidup, tetapi saya tidak tahu di mana dia berada, kerana selepas bercerai dengan ibu, ayah terus menghilangkan diri. Ustaz itu meminta bayaran RM400, sebagai kos nikah dan bayaran kepada saksi. Masalahnya, sehingga hari ini saya tidak memiliki sijil nikah. Apabila merujuk kepada kenalan suami, dia meminta tambahan RM300 untuk mendapatkan sijil nikah tetapi hingga hari ini, saya tidak diberikan sijil nikah. Saya juga sudah terputus hubungan dengan ustaz berkenaan. Adakah pernikahan yang berlaku sah atau tidak menurut hukum syarak?
PUAN NUR,
Seri Kembangan.

Jawapan:

SEKSYEN 11 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, memperuntukkan: "Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut hukum syarak, untuk menjadikannya sah."

Untuk menentukan sama ada nikah itu sah atau tidak menurut hukum syarak perlu disiasat rukun dan syarat nikah yang menjadikan sesuatu sesuatu perkahwinan itu sah. Rukun nikah ialah sighah, isteri, suami, wali dan dua orang saksi. Dalam kes puan, wali (bapa) tidak hadir sewaktu majlis akad nikah dijalankan.

Juga tidak ada bukti menunjukkan wali mewakilkan wali akad nikah kepada imam jurunikah. Sedangkan puan menyatakan bahawa wali puan ghaib, tidak diketahui di mana berada. Dalam kes di mana wali ghaib, kebenaran Mahkamah Syariah perlu diperoleh. bagi membenarkan puan bernikah secara wali hakim.

Ustaz yang menikahkan puan mendakwa dia adalah wali hakim berasal dari negara seberang. Persoalannya, adakah wali hakim yang diiktiraf kerajaan negara lain juga diiktiraf sebagai wali hakim di Malaysia. Puan perlu merujuk kepada Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) Daerah, sama ada nama ustaz itu dalam senarai wali hakim yang diberi tauliah. untuk menikahkan perempuan yang tidak mempunyai wali.

Keadaan ini menimbulkan keraguan atau syubhah dalam majlis pernikahan puan. Jika seseorang perempuan tidak mempunyai wali, maka wali yang dilantik oleh pemerintah (wali Sultan) adalah walinya. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sultan menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali."

Begitu juga jika wali dekat (wali akrab) tidak ada dalam jarak dua marhalah, maka hak perwalian akan berpindah kepada wali Sultan.

Pernikahan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, hendaklah dijalankan oleh wali hakim yang diiktiraf, di mana perempuan itu hendaklah terlebih dulu memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berwalikan hakim.

Seksyen 18 (1) (c) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: Seksyen 18 (1) dalam mana-mana kes berikut, iaitu (c) jika perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut hukum syarak, maka Pendaftar hendaklah sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin."

Keraguan paling jelas ialah apabila puan menyatakan bahawa imam jurunikah memperkenalkan diri sebagai imam jurunikah dari negara jiran. Dalil wajib dua saksi dalam akad nikah ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada perkahwinan tanpa wali dan dua orang saksi yang adil. Perkahwinan selain daripada itu adalah batal."

Syarat dua orang saksi seperti mana firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman." – (Surah an-Nisa', ayat 141) Pada pandangan saya, syarat perwalian tidak sempurna menurut hukum syarak, di mana nikah dijalankan wali diragui kewujudannya dan kuasa diberikan oleh kerajaan.

Saya menasihatkan puan panjangkan perkara ini kepada Mahkamah Syariah untuk tujuan pengesahan nikah.

Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang

Tuesday, July 22, 2008

Jalan-jalan Cari Buku

Beberapa hari lepas, kami ke Jaya Jusco Klang, pusing-pusing Supermarket dan kemudian ke MPH. Lepas tu pegi makan di Mc D.. Mulanya nak makan KFC tapi ramai sangat orang, jadi pegi ler makan di Mc D.. Nak makan Nando nando tak minat pulak, tak kena dengan selera..

kami ke MPH, mencari buku-buku untuk dibeli. Abah membeli buku Adobe Photoshop, buku PC kegemarannya.. Abah memang savvy komputer, semua benda melibatkan komputer dan device2 ni tanya dia.. insya Allah selesai masalah..

Aku memang mencari novel sambungan siri 2 tulisan Al-Syirazi dari Indonesia. Hari tu aku dah baca Siri 1 jadi aku mesti dapatkan siri 2 untuk mengetahui jawapan dan sambungan kepada kisah-kisah yang dinukilkan dalam Siri 1. Novel 'Ketika Cinta Bertasbih' akhirnya aku jumpa juga.. Harganya dalam RM29 sebuah.



Aku sangat suka baca novel.. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, aku membesar dengan novel kegemaran iaitu Buku bersiri 'Sekolah Sri Inai', 'Hardy Boys', dan macam-macam novel yang menarik semasa zaman kanak-kanakku.. Novel kegemaranku juga adalah siri penyiasatan Agatha Christie..



Namun sekarang, hobi membaca novel sudah tidak begitu mampu aku lakukan kerana sangat sibuk dengan pelbagai tugasan . Tugasan hakiki dan tidak hakiki menghalang aku dari duduk-duduk membaca novel-novel sebegini..



Ulasanku terhadap novel 'Ketika Cinta Bertasbih'



Novel 'Ketika Cinta Bertasbih' bagiku tidak menyamai taraf buku pertama tulisan Al-Syirazi bertajuk 'Ayat-ayat Cinta'. Buku "Ketika Cinta Bertasbih melibatkan seorang lelaki (selalunya ada seorang karaktor terkuat dalam setiap novel), namanya Khairul Azam.. Ia melibatkan perasaan dan perebutan cinta dan kasih sayang yang bertembung antara pelbagai segi..

Muncul pelbagai karaktor lain sepanjang kehidupan Azam di Al-Azhar iaitu kawan-kawan serumahnya, kehidupannya sebagai pelajar dan penjual bakso, seorang lelaki lain sebagai pesaingnya mendapatkan wanita idaman.. Kemudian wujudnya kisah Mosaid sebagai penyabar AIDS.. Ayat-ayat dalam percakapan novel ini juga sudah menjadi agak 'kelam kabut' (caca marba) antara ayat dalam bahasan Indonesia dan Bahasa Malaysia. Mungkin untuk menangani pembaca dari Malaysia, penulis telah menggunakan pendekatan tersebut seperti ayah dipanggil Abah sedangkan wanita tersebut adalah orang Jakarta..



Aku tidak mampu menulis sepanjang itu, dan tidak mampu membina plot cerita sesusah itu- teapi aku berpendapat plotnya tidak begitu logik, tanpa menafikan usaha penulis, aku berpendapat cerita ini akan menjadi lebih canggih jika plotnya diberi nafas yang lebih logik lagi..



Sebelum ni aku ada membaca bukunya 'Ayat-ayat Cinta' pemberian hadiah kawanku yang baik, Siti Razasah yang telah menghadiahkan buku tersebut kepadaku.. Novel ini melibatkan satu karaktor lelaki yang hebat bernama Fahri dengan latar belakang Universiti Azhar dan Mesir secara umum. Menurut kawanku, seorang pensyarah yang pernah belajar selama 6 tahun di Univ Al-Azhar, ,penceritaan kisah ini mengenai jalanraya, pasar dan keseluruhan situasi Mesir sangat mengesankan kerana membuatkan kita mengimbau kembali tempat tersebut. Bagi yang tidak pernah ke sana sepertiku, kita juga boleh membayangkan tempat tersebut seolah-olah juga kita benar-benar berada di sana.

Kisah ini bagiku lebih menyentuh hati dan lebih berjaya membawa pembaca menghayati konsep cinta sejati yang bernaung di bawah kata kunci mencari kerdehaan Allah dan tidak melakukan maksiat sebelum wujudnya akad nikah. Tahniah kepada al-Syirazi atas usaha penulisannya yang hebat sehingga berjaya menjadi box office.. mungkin jutaan naskhah telah terjual...
Woww sesuatu yang sangat hebat..


________

Aku juga telah membeli dua buah buku lain iaitu buku berkenaan angkasawan negara Sheikh Muszafa hasil tulisan adiknya yang telah meninggal bertajuak MENGGAPAI BINTANG.



Aku betul-betul terkesan sehingga mengalir air mataku tanpa sedar membaca buku ini. Malam tersebut juga aku habis membaca buku Menggapai Awan 2 kali ulang dan sebahagian dari novel Bila Cinta Bertasbih..

Ulasanku mengenai Buku Menggapai Bintang

Buku ini sangat berkesan dan memberi satu input baru sehingga membuatku berfikir dan berfikir tentang satu nilai yang cukup tinggi.. iaitu nilai kasih sayang antara adik beradik. Penulis buku ini adalah adik kepada Dr Syeikh Angkasawan yang sangat menyayangi dan menanjungi abangnya. Sehinggakan sebelum apa-apa terjadi, beliau (arwah penulis) telah memberi satu keyakinan kepada semua bahawa abangnya bakal terpilih sebagai angkasawan kerana kelebihan diri dari segenap segi yang ada pada diri abangnya..

Aku menjumpai satu nilai dalam buku tersebut iaitu betapa dalamnya ikatan adik beradik mereka. Sesuatu yang sukar aku temui, bahkan aku sendiri berpendapat kekuatan sebegitu hebat juga tidak ada dalam adik beradikku yang ramai ini. Kami saling menyayangi, tetapi aku rasa tidak sehebat mereka... Tahniah kepada ibu bapa mereka yang berjaya membina bond segitu kental di antara anak-anak mereka.

Apa yang begitu kuat menjunam dalam hatiku adalah bagaimana dicatatkan dalam tulisan tersebut, mereka adik beradik sering berbincang isu-isu yang serius, saling memberi pendapat ke arah suatu perbincangan yang terarah. Contohnya dinyatakan bagaimana mereka sering berbincang tentang golongan muda yang makin hilang adab, jati diri dan bagaimana ia perlu diatasi.. Bagiku ianya sangat bagus.. Kerana dalam keluargaku kami sering bersembang perkara mudah-mudah dan common di kalangan kami. Paling seriuspun mengenai politik apabila dekat pilihanraya, dan yang selalu menjadi topik adalah urusan ibu bapa kami, urusan adik beradik dan perjalanan kehidupan kami sendiri, jarang menjurus kepada urusan berat-berat...

Membaca buku tersebut membawa aku menyelami hati mereka, bagaimana adik beradik tersebut telah merasa kehilangan- hilang sebahagian dari diri masing-masing dengan kehilangan arwah si penulis. Catatan Dr Syeikh begitu berkesan apabila beliau menyebut betapa beliau dan seluruh keluarga bertembung antara dua situasi bertentangan iaitu 'Kegembiraan menjadi angkasawan dan kehilangan sebahagian dari kehidupan..'

Buku ini berjaya menunjukkan satu nilai setia adik beradik yang sangat tinggi untuk perhatian dan contoh kepada pembaca yang lain.. Secara tulus, aku mengagumi keluarga Angkasawan Syeikh Muzafar Syukur ini...
______________

Buku satu lagi adalah buku motivasi bertajuk;




Ini adalah buku termahal yang aku beli pada hari tersebut berharga RM60. Sangat bagus dan berkesan.. Ia menceritakan bagaimana kita patut bercakap, bagaimana wajar kita bertanya kepada orang yang lebih tua, lebih tinggi pangkatnya dan apa PR yang teruk dan tidak wajar diamalkan..



Isi kandungan buku ini sebenarnya adalah isi pengajian 'akhlak' dalam Islam, tetapi dengan persembahan yang baik, contoh dan penyampaian yang canggih, ia menjadi buku motivasi best seller. Kenapa buku-buku akhlak dalam Islam tidak boleh menjadi best seller.. Kenapa kita tidak mengutarakan nas Quran dan Sunnah serta contoh-contoh akhlak yang baik dengan canggih seperti ini.. Kita wajar membina pendekatan baru dalam penyampaian dan penulisan berkenaan akhlak supaya berjaya menarik minat anak-anak kita.. terutama generasi muda..

Ye..ini satu cabaran untuk kita semua.. sebagai pencinta dakwah Ilahiyyah..

______________

Aisyah juga dapat dua buah buku, satu buku cerita "Ferry Tales' dan juga buku kreativiti kanak-kanak.. Origami..

____________

Prinsipku..

Jika kita boleh tulis, kita mesti tulis..
Jika kita tidak boleh tulis, kita perlu beli (jika mampu)sebagai sokongan terhadap hasil tulisan orang lain..
Jika tidak mampu beli, kita wajar tolong jualkan hasil tulisan orang lain (jika ada jalan).
Jika itu semua tidak boleh, jangan kita menjadi orang yang mengutuk tulisan orang lain...



(Penjelasan: kritikan membina adalah suatu yang ilmiah.. berbeza dengan kutukan membunuh...)

Semoga kita semua menjadi pencinta buku

Saturday, July 19, 2008

Nikah luar negara

Ini adalah jawapan Hak Muslim di bawah PGSM yang disiarkan pada 17 Julai 08, dijawab oleh Setiausaha PGSM iaitu Tuan Musa Awang..

_____________-

Hak Muslim: Wanita tiada sijil nikah selepas dua bulan kahwin

Soalan

SAYA berkahwin pada Mei lalu. Ketika nikah, saya diwalikan seorang ustaz berasal dari negara seberang. Ustaz itu mendakwa dia adalah wali hakim di negara itu. Pernikahan juga disaksikan dua saksi tidak saya kenali. Saya diperkenalkan kepada ustaz itu oleh seorang kenalan suami. Ketika itu, ayah saya masih hidup, tetapi saya tidak tahu di mana dia berada, kerana selepas bercerai dengan ibu, ayah terus menghilangkan diri. Ustaz itu meminta bayaran RM400, sebagai kos nikah dan bayaran kepada saksi. Masalahnya, sehingga hari ini saya tidak memiliki sijil nikah. Apabila merujuk kepada kenalan suami, dia meminta tambahan RM300 untuk mendapatkan sijil nikah tetapi hingga hari ini, saya tidak diberikan sijil nikah. Saya juga sudah terputus hubungan dengan ustaz berkenaan. Adakah pernikahan yang berlaku sah atau tidak menurut hukum syarak?
PUAN NUR,
Seri Kembangan.


Jawapan:

SEKSYEN 11 Enakmen Undang-Undang Keluarga Is lam Selangor 2003, memperuntukkan: "Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut hukum syarak, untuk menjadikannya sah."

Untuk menentukan sama ada nikah itu sah atau tidak menurut hukum syarak perlu disiasat rukun dan syarat nikah yang menjadikan sesuatu sesuatu perkahwinan itu sah.

Rukun nikah ialah sighah, isteri, suami, wali dan dua orang saksi. Dalam kes puan, wali (bapa) tidak hadir sewaktu majlis akad nikah dijalankan. Juga tidak ada bukti menunjukkan wali mewakilkan wali akad nikah kepada imam jurunikah. Sedangkan puan menyatakan bahawa wali puan ghaib, tidak diketahui di mana berada. Dalam kes di mana wali ghaib, kebenaran Mahkamah Syariah perlu diperoleh. bagi membenarkan puan bernikah secara wali hakim.

Ustaz yang menikahkan puan mendakwa dia adalah wali hakim berasal dari negara seberang. Persoalannya, adakah wali hakim yang diiktiraf kerajaan negara lain juga diiktiraf sebagai wali hakim di Malaysia. Puan perlu merujuk kepada Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) Daerah, sama ada nama ustaz itu dalam senarai wali hakim yang diberi tauliah. untuk menikahkan perempuan yang tidak mempunyai wali.

Keadaan ini menimbulkan keraguan atau syubhah dalam majlis pernikahan puan. Jika seseorang perempuan tidak mempunyai wali, maka wali yang dilantik oleh pemerintah (wali Sultan) adalah walinya. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sultan menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali."

Begitu juga jika wali dekat (wali akrab) tidak ada dalam jarak dua marhalah, maka hak perwalian akan berpindah kepada wali Sultan.
Pernikahan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, hendaklah dijalankan oleh wali hakim yang diiktiraf, di mana perempuan itu hendaklah terlebih dulu memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berwalikan hakim.

Seksyen 18 (1) (c) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: Seksyen 18 (1) dalam mana-mana kes berikut, iaitu (c) jika perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut hukum syarak, maka Pendaftar hendaklah sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin."

Keraguan paling jelas ialah apabila puan menyatakan bahawa imam jurunikah memperkenalkan diri sebagai imam jurunikah dari negara jiran. Dalil wajib dua saksi dalam akad nikah ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada perkahwinan tanpa wali dan dua orang saksi yang adil. Perkahwinan selain daripada itu adalah batal." Syarat dua orang saksi seperti mana firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman." – (Surah an-Nisa', ayat 141)

Pada pandangan saya, syarat perwalian tidak sempurna menurut hukum syarak, di mana nikah dijalankan wali diragui kewujudannya dan kuasa diberikan oleh kerajaan. Saya menasihatkan puan panjangkan perkara ini kepada Mahkamah Syariah untuk tujuan pengesahan nikah.

Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang

Menjaga Kesejahteraan Ummah

Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian slot PGSM, Peguam Syarie Menulis pada 16 Julai 08
tulisan my respected President. Aku yang edit tapi Berita Harian tak siarkan sepenuhnya, dipotong sebahagian darinya terutama para terakhir. Aku masukkan di sini yang tidak dipotong supaya semua orang boleh membacanya...


________________

MENJAGA KESEJAHTERAAN UMMAH
Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar

Bagi golongan yang prihatin, kita pasti sedar bahawa akhir-akhir ini negara berdepan dengan pelbagai situasi begitu asing dan tidak pernah berlaku sebelum Pilihanraya Umum ke 12. Walaupun PRU 12 telah menzahirkan pilihan rakyat namun kesannya masih dirasai oleh rakyat Malaysia. Ahli-ahli politik sama ada yang menang atau yang kalah sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat kemenangan atau kekalahan mereka. Lantaran meletakkan politik kepartian mengatasi kepentingan rakyat.

Seharian masih sering diperkatakan tentang kesan PRU 12 ini serta natijah daripada keputusan tersebut. Malah terdapat segelincir pihak yang seolah tidak dapat menerima keputusan itu dan mencari pelbagai jalan atau helah bagi menjayakan cita-cita politik mereka.

PRU 12 sebenarnya memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya orang Islam. Kestabilan politik seperti dahulu tidak lagi jelas malah ahli-ahli politik diuji dengan pelbagai ujian bagi menegakkan prinsip masing-masing.

Apa yang menyedihkan ialah risikonya terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila ahli-ahli politik saling tuduh menuduh, salah menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain samada di dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen. Rakyat sekarang ini adalah lebih bijak dan berinformasi berbanding dengan 30 tahun yang lalu di dalam menilai keberkesanan dan khidmat yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat.

Orang Islam yang merupakan tunjang masyarakat Malaysia amat khuatir dengan apa yang berlaku dewasa ini. Apatah lagi sekiranya ia memberi kesan terhadap kedudukan agama Islam dan budaya Melayu. Ini adalah kerana kita dapat melihat sebahagian ahli-ahli politik Melayu Islam meletakkan politik kepartian melampaui kepentingan agama dan bangsa.

Seharusnya ahli-ahli politik Islam meletakkan Islam di tempat yang teratas di dalam menggarap tindakan ataupun keputusan mereka. Dengan cara ini kepentingan agama dan bangsa akan terjaga.

Yang lebih menghairankan, kadang-kadang kita lebih mempercayai orang lain berbanding dengan saudara seagama kita. Kita lebih meredai perbuatan orang lain dan apabila perkara itu dilakukan oleh saudara seagama yang nampak hanyalah kesilapan sahaja. Perkara ini amatlah menyedihkan.

Seringkali kita membaca di dalam akhbar-akhbar, media elektronik dan sebagainya, ahli politik Islam ini bercakaran antara satu sama lain dan alpa terhadap amanah sebenar yang diberikan iaitu untuk mempertahankan kepentingan Islam sebagai jatidiri negara. Ia dilakukan semata-mata bagi menjaga parti politik tanpa mengambilkira kepentingan agama.

Kita menyeru kepada semua ahli politik tanpa mengira parti politik yang diwakili agar berbalik kepada perjuangan yang sebenar. Apalah guna kita menjadi popular tetapi menggadaikan agama dan bangsa kita. Penulis mengajak ahli-ahli parti siasah Islam agar bersatu dalam membela kepentingan Islam kerana ini adalah perkara dasar.

Namun sebagai seorang yang tidak terlibat secara langsung dalam politik, idea ini dilontarkan supaya dikupas dengan terperinci dan semoga idea ini dapat difikirkan dengan minda terbuka dan meletakkan Islam sebagai asas keputusan.

Sudah tentu tidak dalam semua keadaan kesatuan fikiran boleh dimanifestasikan seperti dalam hal ehwal lain yang lebih bersifat furu’ atau cabangan. Adalah normal untuk ahli politik tidak bersependapat di dalam perkara tersebut, tetapi sepatutnya ia tidak berlaku dalam mempertahankan kedudukan Islam.

Namun penulis akur bahawa bersatu dalam konteks politik Malaysia ketika ini mungkinlah tidak bersifat bersatu dalam ertikata mengujudkan sebuah parti siasah Islam sahaja kerana ia amatlah sukar atau hampir mustahil untuk direalisasikan ketika ini. Kaedah ini mungkin sangat ideal tetapi terlalu sukar untuk dicapai.

Namun begitu, adalah tidak mustahil beberapa alternatif lain boleh dicari dalam melaksanakan bentuk kerjasama antara parti siasah Islam.Antaranya kerajaan campuran boleh dibentuk diantara parti-parti politik Melayu/Islam. Alternatif ini sebenarnya juga amat sukar untuk dicapai sekiranya semua pihak menoleh ke belakang.

Ini adalah kerana sejarah telah tercatat betapa renggangnya parti-parti politik tersebut suatu ketika dulu. Walau bagaimanapun sekiranya mereka melihat ke hadapan, mungkin terdapat sedikit harapan untuk membicarakan ke arah ini. Kerajaan sementara berteraskan Islam ini sudah tentu dapat memartabatkan Islam dan meletakkannya di tetap yang sepatutnya.

Jikapun kerajaan campuran tidak dapat dibentuk, mungkin juga persefahaman dapat dicapai di mana walaupun tidak menyertai kerajaan, pihak yang tidak membentuk kerajaan ini boleh bersifat anjal. Mereka boleh menyokong rang undang-undang dan dasar kerajaan jika ianya bersesuaian dengan Islam dan dalam keadaan yang lain menentang sesuatu rang undang-undang dan dasar kerajaan sekiranya ia tidak adil dan bertentangan dengan Islam. Dengan cara ini kepentingan rakyat dan islam akan sentiasa terjamin. Banyak negara lain telahpun mengadakan kerajaan sebegini dan ianya bukan lagi asing.

Setelah limapuluh tahun merdeka, mungkin lakaran politik Malaysia terpaksa dilakar semula dengan corak yang berbeza. Namun dalam menentukan corak mana yang akan dilakarkan itu, jatidiri negara iaitu Islam sebagai agama Persekutuan hendaklah sentiasa disematkan di dalam diri kita. Identiti negara ini perlu dipertahan dan diperjelas disamping menolak sebarang usaha menggugat atau mempersoal jatidiri ini.

Tiga kaedah yang disebut di atas mungkin boleh difikirkan oleh kepimpinan parti siasah Islam demi menjaga kedudukan Islam di Malaysia. Namun begitu ia tidaklah bermakna orang Islam akan memencilkan orang bukan Islam di Malaysia. Sumbangan orang bukan Islam di Malaysia memang tidak boleh dinafikan dan agama Islam sebenarnya mengiktiraf kedudukan ini. Dalam hal yang demikian sekiranya Islam dapat ditegakkan maka sudah tentu orang bukan Islam akan lebih terjamin dari sudut peribadatan mereka, keperluan dan juga kebajikan.

Sesiapa yang membaca nukilan-nukilan berhubung dengan negara Islam sudah tentu memahami betapa Islam menjaga golongan minoriti bukan Islam dalam negara Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu khuatir apabila Islam dilaksanakan.

Sudah sampai masanya cerdik pandai politikus Melayu/Islam mencari jalan memelihara kepentingan Islam ini agar tidak diperlekeh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak termasuk orang Islam sendiri. Percakaran di antara sesama orang Islam ini amatlah memalukan. Ia berlaku kerana kurangnya kesedaran di kalangan sebahagian ahli politik untuk berbalik kepada Islam sebagai jalan penyelesaian.

Parti-parti yang mengakui memperjuangkan Islam hendaklah menterjemahkan motto atau objektif mereka ini kepada reality dan tidak hanya menjadi bahan kosmetik untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja.

Demi Islam, lupakanlah masalah silam dan perbaharui tekad dan usaha untuk memartabatkan Islam dalam segala ruang yang ada. Janji Allah pasti benar. Allah telah berjanji sesiapa yang menolong agamaNya sudah pasti Allah akan menolong mereka pula. Oleh demikian sekiranya kita meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, sudah pasti terdapat ruang yang luas untuk bergerak demi Islam.

Penulis tidak berhasrat menceburi bidang politik, sekadar memberi pendapat dan melontarkan idea supaya perkara ini dapat difikirkan bersama. Sebagai salah seorang pemimpin NGO Islam arus perdana penulis merasa terpanggil meluahkan pandangan ini kerana keanjalan politik ketika ini cukup membimbangkan orang Islam. Ahli politik Melayu/Islam adalah pejuang kepada keagungan Islam di Malaysia, tanpa mereka sudah tentu Islam akan tidak terbela. Memang banyak jasa mereka dan sewajarnya peranan ini terus dimainkan mereka dengan lebih berkesan lagi.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Tuesday, July 15, 2008

Kenangan Silam

Ada somebody sent this email to me.. aku rasa dia tujukan pada kawan-kawan sekelasnya .. tapi kesan membaca email ini membawa aku mengingati kisah silamku.. aku rasa macam tape recorder berpusing ke belakang berpuluh tahun yang lalu.... Aku masih ingat rupanya kisah masa sekolah rendah tapi kisah sekolah menengah tak berapa ingat pulak...

Mari kita baca email yang dihantar tu.. pastu aku akan ceritakan kisahku yang penuh nostalgia.. hehe...
_____________

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1985..
MESTI KORANG INGAT NI...

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi (nurse) kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal...

Ni sure korang igt....program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mihun sup ke 50 sen jek kat kantin.

Korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa....

Internet? email? Menda alah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Bila kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'.

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa....
kalu kat kampung main tembak2 guna buluh. taruk buah gatal tembak kawan2.. main lestik burung, buah...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.hmm...

Budak2 skarang dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpahandphone... .

Masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita sekarang???
________________

Kisahku...

Baca email tu buat aku jadi teringat kisah silam... teringat masa aku kecik.. aku tak lahir tahun 73 macam emel tu, aku lahir 69.. Tahun 76 aku masuk darjah satu.. Cikgu Abd Rahman, kat sana kita panggil Cikgu Drame.. dia cikgu kelas aku, kalo mengajar garang sangat.

Cerita yang aku tak leh lupa adalah.. ada satu hari tu, mata aku masuk habuk, jadi aku buka ler besar-besar kat kawan sebelah mintak dia tiup.. Dalam kelas tak boleh buat kerja lain, mesti dengar jer cikgu ngajar. Sapa tidur pun Cikgu Drame akan baling kapur pada sapa yang tido.. huii garang betoi..Masa aku dok toleh sebelah mintak tiup mata aku, rupanya cikgu Drame datang dari sisi aku, dia ingat aku bermain dalam kelas...terus disapunya pipi aku dengan pemadam papan hitam.. habis kapur kat muka aku... Malunya.... tapi ituler kenangan teragung dalam hidup aku..Satu kelas nak pecah perut ketawakan aku.. weiiii jangan ketawa ler..

Masa darjah 1 tu aku dapat nombor mula dari 3, penggal satu dapat no 3, penggal dua dapat no 2, penggal tiga dapat no 1.. yeaaa.. happynya sebab lepas tu Cikgu Drame sangat sayang pada aku.. Kalao ayah aku tak ambik dari sekolah, cikgu Drame lah akan hantar aku balik rumah..

Darjah 2, aku masuk kelas Cikgu Nab.. masa ni aku mula naik teksi.. hehehe.. teksi kat kelate tu adalah beca roda tiga.. Tapi aku selalu kena tinggal, jadi Cikgu Drame ler yang tolong..

Ada satu kenangan masa aku darjah dua, kelas bahasa inggeris cikgunya garang sangat2.. namanya dah tak ingat,..

Kalo tertinggal buku tulis, kena berdiri atas meja... hari tu adalah sejarah hidup aku, sebab malam tu aku buat homework english, tertinggal atas meja buku latihan.. Masa rehat aku dok menangis tepi longkang sebab lepas rehat tu kelas English, aku dah terbayang kena berdiri atas meja.. Tapi cikgu Drame telah terlihat betapa kuatnya aku nenangis.. dia datang tanya.. jadi akupun cerita.. dan dan tu dia kata, "Mari ckgu antar.. terus aku naik kereta dia, balik rumah ambik buku english.. Ma masa tu tengah masak, terkejut badak my mother.. pasal apa balik ni?? Ooo Ya Allah baiknya cikgu Drame ni..
Masa darjah dua aku bantai no 2 tiga-tiga penggal.. yeaaa... terernya aku...

Masa darjah 3, aku jadi kurang bijak, tak tahu pasal apa.. periksa penggal satu aku dapat no 5, lepas tu no 7, penggal tiga aku kena campak.. Bila habis jer campak terus exam, jadi dapat no 8.. Ayah marah, marah sangat sampai tak nak sign buku rekod aku.. Aku nangis dan Ma jadi penyelamat.. Ma tak pernah sign apa-apa surat sekolah, hanya ayah jer sign.. Tapi hari tu Ma yang sign.. yeaa hari ini dalam sejarah.. Ma yang sign buku rekod aku... hehe..

Darjah 4, aku berjanji akan ambik balik tempat no 1.. akhirnya aku dapat no 1 untuk tiga-tiga penggal...penggal 1, penggal 2 dan penggal 3...Masa tu aku asyik bertanding dengan orang yang sama.. Rukemi dan Suriati.. ini ler musuh ketat aku masa exam.. hehe..

Ada kenangan pahit aku masa darjah 4..Masa ni aku bergaduh dengan sorang budak lelaki nama dia Salman.. Salman kat mana awak sekarang yer.. Dia ni benci betul dengan aku.. kata aku manja ler, bodek cikgu ler... Kalo balik sekolah , mesti dia akan cari jalan nak belasah aku sampai baling botol plastik air yang dia bawak gi sekolah..

Aku pun tak tahu macamna nak buat.. dahler masa tu tak tahu silat.. teakwando lagi ler tak tahu.. Jadi aku main politik, tiap kali nak balik sekolah, aku akan balik dengan Rozi.. oo Rozi, awak kat mana sekarang? Rozi ler akan jadi penyelamat aku, dia akan bawak basikal dia belakang basikal aku sampai ler ke rumah.. Baiknye awak Rozi..

Darjah 5, Aku dapat jadi Pengawas Pustakaan.. hehe.. sebagai ulat buku, aku memang suka baca buku, cerita kanak-kanak, novel-novel.. semua aku baca.. Dulu ada buku komik Bujal dan Salina... tiap-tiap bulan, aku akan beli.. takde duit aku akan pergi baca rumah jiran yang beli.. Tapi Bujal tu memang favourite aku.. Rambut kerinting, ada jerawat kat pipi dan selalu buat aktiviti yang best.. Aku ingat satu darinya Bujal kutip taik lembu untuk buat baja tanaman ayah dia.. bagusler Bujal ni... Kawan saya Rijal pun bagus, agaknya sapa nama Jal kat belakang.. memang bagus orangnya kot.. hehe..

Darjah 5 aku jadi kesayangan Guru Besar.. huyooo powernya... Tapi ada masalah apa yer, aku cuma dapat Penilaian Darjah 5 sebanyak 2A 2B 1 C.. Cikgu Besar dan cikgu kelas ku masa tu, Cikgu Sulaiman betul2 sedih sebab aku adalah harapan sekolah untuk dapat 5A. Aku telah kecewakan ramai orang... Ma dan Ayah memang sangat-sangat kecewa.. Cikgu Drame pun sangat kecewa.. Aku sendiri sampai sekarang masih pelik, terasa kekecewaannya sebab tak percaya kenapa aku dapat banyak tu sedangkan trial, periksa penggal semua aku dapat 5A, koman2 pun 4A 1 B.. Kuat betul effect sampai sekarang aku masih teringat, kenapa yer aku tak dapat good result dalam Periksa Penilaian tu...Tapi apa nak buat... dah takdir ..

Darjah 6 berlalu seperti biasa.. walaupun kecewa dengan Penilaian Darjah 5, aku masih dapat nombor 1 untuk tiga2 penggal.. Dan yang bestnya, masa darjah 6, aku wakil sekolah sampai peringkat negeri, Pidato Bahasa Malaysia.. tapi sebenarnya aku hafal apa yang cikgu tulis.. Kenapa aku gagal mewakili negeri masa tu? Sebabnya aku terlupa ayat dan hadis mengenai kepentingan ilmu yang ada dalam text.. langsung tergagap dan terus tutup pidato tu.. Aisay man.. malu betul masa tu.. itu ler bahana menghapal tapi tak leh buat ayat sendiri.. hehe..


Masa sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 6, cita-cita aku tetap sama.. Nak jadi Polis, kalau tak dapat polis, nak jadi doktor, kalau tak dapat doktor nak jadi cikgu... hehe.. Mujurlah Allah tak benarkan aku jadi polis, kalau tidak agaknya sekarang aku jadi polis traffic kot.. hehe..

Kenapa yer aku nak jadi polis? Sedangkan cerita 'Gerak Khas' tak ada lagi masa tu.. Sebenarnya aku sangat suka menonton cerita 'The Chips' mengenai dua orang polis meronda di jalan raya.. bestnye cite tu.. Pastu aku suka tengok cite 'Six Million Dollar Man'.."The Bionic Woman' dan juga 'Battle Star Galactica'... Bestnyer cite-cite tu semua.. Aku sangat miss cerita2 tersebut..
Menjaga kesejahteraan alam, menolong orang baik dan melawan orng jahat adalah mesej cite2 tu semua... sebab tu aku nak jadi polis.. nak tangkap orang jahat.
___________

Tingkatan 1 aku ke sebuah Sekolah Mengah Agama dan mula belajar duduk asrama, tapi tiap hari Jumaat ayah akan datang jumpa aku bawa makanan.. Kadang-kadang Ma ikut, tapi selalunya Ayah sorang... Dan tiap kali ayah datang, pengawas buat pengumuman dan aku akan berlari dan peluk ayah aku... hehe..my beloved ayah dan ma..

Masa kat Sekolah inilah aku mula kenal mengenai agama Islam dan kekuatan orang yang beramal. Aku duduk satu dorm dengan seorang pelajar bernama Busyra.. Busyra, awak kat mana yer...Dia anak seorang ulama', orangnya sangat baik, pandai berhujah dan selalu menenangkan orang.. Masa tingkatan 3, dia sakit dan aku ditugaskan sebagai kawan untuk menjaga dia.. Masa tu dia mintak aku ambikkan air sembahyang untuknya, dia terbaring tak bergerak, tak boleh bangun tapi boleh bercakap dan berfikir dengan sangat cemerlang..

Itu ler first time dalam hidup aku, aku tengok orang solat juga walaupun sakit terbaring.. kuatnya iman dia.. Dia solat pakai mata atas katil. Lepas solat, aku diminta bacakan buku2 untuk SRP, buku Geografi, Sejarah, Sains dll.. Opppss.. masa Tingkatan 1-3, aku pelajar terbaik Mathematics.. hehe .. terer jugak yer.. Dalam tak pegi kelas dan hanya berdasarkan dengar aku dan kawan2 lain bacakan buku untuk exam SRP, Busyra dapat 12 Agg dan aku dapat 8 Agg... alhamdulillah dan bermulalah penghijrahanku ke Sekolah Menengah di bandar Kuala Lumpur..
Dari Busyra aku belajar mengenal erti iman dan Islam.. Terima kasih yer Busyra...

Di sekolah di bandaraya ni, aku tidak terserlah langsung.. sebab tak ada kawan... Sebenarnya aku tak nak datang tapi semua Cikgu-cikgu suruh datang, jadi aku pun ikutler...

Da akhirnya aku dapat 8A SPM.. dan dapat tawaran ke Texas di bawah KPP.. tapi semua kakak-kakakku tak kasi pergi.. Pelik betul, apasal tak kasi aku pergi? Sedangkan mereka semua belajar kat oversea.. Kakakku yang sulong, aku panggil dia Kak Nik adalah yang paling kuat membantah.. sedangkan masa tu dia baru habis buat Degree dan Masters kat Illinois, USA..Dia kuat sungguh membantah, tak kasi aku pergi, dia yang uruskan aku masuk UIA, telepon sana sini.. dan aku pun ikut je ler.. sebab masa tu, tak de cite2 dah.. sebab nak jadi polis tak dapat, nak jadi doktor pun tak dapat... hehe..

Akhirnya aku masuklah kelas Law di UIA, mulanya aku memang tak suka tapi lama2 aku jadi suka ler dan lepas ler exam... day by day.. aku mula belajar menilai hidup ini. Apa yang terbaik di sisi Allah maka itulah yang berlaku..

Dan aku sangat bahagia dengan kurniaan Allah yang terlalu banyak ini.. amin

Saturday, July 12, 2008

Perjalanan Hidup

Kawan-kawan Dah Fly..

Wah.. ramai yang dapat biasiswa telah pun belayar ke luar negeri.. Tahniah banyak-banyak yer untuk Jaizah, Hamizah, Fadhlina dan yang lain-lain.

Hari tu, pada 4 Julai, Hamizah dah berangkat ke Melbourne bersama seluruh ahli keluarganya.. Suaminya Ghani dan 3 anaknya termasuklah si bongsunya Anis berumur 9 tahun. Mereka bertolak dari Shah Alam dan merupakan jiran tetanggaku di sini. Kami ke rumahnya malam sebelum berangkat, dan orang-orang surau juga penuh dalam rumahnya.. mengiringi mereka dengan doa agar semuanya berjalan lancar. Suaminya Ghani dan my husband, Abah Fairuz adalah AJK Surau Platinum/Kristal. Jadi mereka agak rapat dan sering bersama-sama di surau.. Aisyah sibuk dok tanya, 'Umi.. kalau kita pergi sana, kakak Anis ada lagi tak? Kalau ada, boleh lah Aisyah kawan dengan Kakak Anis..'..Jawab Umi..'Ada.. insya Allah..Aisyah akan dapat ramai kawan baru insya Allah..'

Pada 3 Julai juga, aku diberitahu Jaizah dan Asmadi, pensyarah Islamic Banking beserta 3 anak mereka berangkat ke Durham, UK.. Seronoknya dengar..

Pada 26hb Julai ini, Fadhlina pensyarah undang-undang Kedah pula akan berangkat ke Melbourne..Dia akan ke sana bersama suaminya dan anak-anaknya.. Seronok mendengar kisah dan membaca tulisannya dalam blognya..

Semua orang pergi dulu.. Aku ni bila pulak yer...

Takperlah.... Abah kata...
Bagus sebenarnya semua kawan-kawan pergi dulu, jadi bila kita nak pergi, dah tentu kita boleh paksarela kawan-kawan kita tunggu kat airport.. hehe.. koman-koman pun kita dah ada tempat nak tuju jika terdesak.. Bijak bijak.. hehe..Sebenarnya kita juga boleh tanya pendapat mereka, apa yang perlu dibuat dan dielakkan.. itu yang paling bagus..

Sebenarnya surat conditional offer letter aku dah terima, jadi aggreement, surat2 biasiswa dah boleh diteruskan, aku sedang berurusan dgn Jabatan Biasiswa sekarang ni.. Menurut my respected Boss, dia benarkan aku ke sana bulan Oktober nanti.. tidak lah boleh lambat dari itu.. Thank you Boss..

Aku ada banyak perkara lagi dalam kepala ni sebelum boleh meninggalkan UiTM ini..

Antaranya:

1-IELTS ku.. perlu dapat Band 7.. belum dapat lagi ni..
2-Aku ada 1 lagi research FRSG belum selesai, ada dalam 20% lagi nak habis
3-Aku ada 2 buku lagi pending dengan UPENA, satu buku adalah gabungan with my respected Presiden PGSM dan Timbalannya berkenaan Soal Jawab perundangan Syariah dan satu lagi mengenai manuskrip Melayu lama yang aku tukarkan aksara ke Melayu baru beserta kajian biodata penulisnya, seorang ulama Melayu Islam yang sangat solih Hj Abd Karim dari Trengganu, bukunya bertajuk Tarhib wa Targhib dan Riba Dalam Muamalat ditulis pada tahun 1910.. Aku sangat teruja dan bersyukur atas kedua-dua buku tersebut..
Keduanya akan diterbitkan dalam masa terdekat ni..
jadi aku perlu baca juga untuk kali terakhir sebelum publish.
4-Aku nak habiskan belajar perubatan Islam dari Ustaz Harun Din di Darus Syifa'.
5-Aku juga sedang belajar satu lagi teknik perubatan iaitu Aura Syifa' dan penggunaan Aura dalam hidup...
6- Itu je ler aku nak buat..

________________

My parents

Ma dan Ayah sibuk tanya, bila nak balik kampung dan bila nak fly.. Sebab nak buat solat hajat dan doa selamat..orang kampung nak jumpa aku... hehe.. macam ler terer anak Ayah Sin ni...

Ma dan Ayah ada nama glamer di kampung. Ayah aku di kampung di panggil Ayah Sin dan Ma dipanggil Kak Cek..Orang tua, orang muda, budak-budak, kakak-kakak semua panggil cam tu.

Nanti ler Ma dan Ayah yer, kalau dah dapat tarikh tepat-
bila nak buat majlis solat hajat, kita set
kemudian yer..
Bulan 8 ni kami satu keluarga akan balik ke kampung yer..
Insya Allah..
_______________

Jadual Kerja

opppsssss.. Aku dah dapat jadual.. kena mengajar 14 jam tapi jumlah loading 16 jam..
Banyak tu tapi boleh ler.. apa nak kata...

8 jam Islamic Banking
4 jam Hubungan Etnik
2 jam Family Law DLSA
2 jam lagi untuk reseach
Total ATA- 16 jam

Sekarang aku sedang sibuk membuat soalan exam... tension jugak banyak-banyak soalan ni.. weweng rasanya mencari apa yer yang aku nak tanya students ni...
______________

Anakku Sayang kena Campak

Lupanya Umi nak tulis.. anak Umi sayang kena campak..

Cream Calamain dari doktor ada tapi guna sekali dua kali sahaja..
Dengan penuh tawakkal, Abah bacakan ayat-ayat ubati campak seperti dipelajari dari Darus Syifa' dan Umi juga bacakan serta menggabungkan dengan perubatan Aura.. Atok mengambil daun mambu di Bangi untuk Aisyah mandi. Umi dah mandikan Aisyah dengan rebusan daun mambu serta kunyit hidup yang ditumbuk siket... Gabungan perubatan untuk anakku sayang..
Alhamdulillah Aisyah dah sihat dan Isnin ni akan ke sekolah seperti biasa...

Hidupku berjalan terus.. dari Allah dan untuk Allah.. amin

Thursday, July 10, 2008

Birthday Abah

Birthday Abah ke 40 pada 9/7/08
Aisyah sangat happy untuk menyambut birthday Abah pada 9 Julai 2008.. Dua hari sebelumnya, dia sibuk sangat nak beli kad birthday, dan yang paling takjubnya, dia tulis siap-siap kad untuk Abah, umi pun dia tak tunjuk apa yang ditulisnya.. Bahkan Aisyah siap-siap glue sampai umi tak sempat nak sign sekali dalam kad tu.. Kelakar betol anak Umi ni..

Dia juga sangat sibuk ingatkan Umi beli kek birthday untuk Abah..
Ikut ajelah hasrat sicomel ni...

Macamna rupa kad birthday untuk Abah yer...
Inilah rupanya..
Inilah gambar kad birthday Aisyah pilih untuk Abah..

Aisyah tulis dalam kad tu
..
Apa yang Aisyah tulis yer..
Happy Birthday Abah
Aisyah sayang kat Abah
Abah dah belikan Aisyah susu sebab ada hadiah dekat susu tu.
Lagi Abah belikan Aisyah baju, seluar dan jugak mainan
Aisyah doakan insya Allah Abah selamat di dunia dan di akhirat
Semoga Tuhan berkati Abah

Ini kek untuk Abah...

Akhirnya Aisyah yang tiupkan lilin dan potong kek..
Jadi rupanya ni birthday sapa yer.. cam birthday Aisyah jer Umi tengok.. hehe..
To Abah Dearest...
Happy birthday..Semoga Allah berkati hidup Abah di dunia dan di akhirat..amin..

Jokes and Lessons...

My friend Kak Siti sent this jokes.. kelakar and informative gak..
kalo nak baca ni kena joke siket.. orang serius-serius tak leh baca...hehe..
_____________________

Lesson 1:

A sales rep, an administration clerk, and the manager are walking to lunch when they find an antique oil lamp. They rub it and a Genie comes out. The Genie says, 'I'll give each of you just one wish.' 'Me first! Me first!' says the admin clerk. 'I want to be in the Bahamas, driving a speedboat, without a care in the world.' Puff! She's gone. 'Me next! Me next!' says the sales rep. 'I want to be in Hawaii , relaxing on the beach with my personal masseuse, an endless supply of Pina Coladas and the love of my life.' Puff! He's gone. 'OK, you're up,' the Genie says to the manager. The manager says, 'I want those two back in the office after lunch.'

Moral of the story:

Always let your boss have the first say.
________________-

Lesson 2

An eagle was sitting on a tree resting, doing nothing. A small rabbit saw the eagle and asked him, 'Can I also sit like you and do nothing?' The eagle answered: 'Sure, why not.'So, the rabbit sat on the ground below the eagle and rested. All of a sudden, a fox appeared, jumped on the rabbit and ate it.

Moral of the story:

To be sitting and doing nothing, you must be sitting very, very high up.
_______________

Lesson 3

A turkey was chatting with a bull. 'I would love to be able to get to the top of that tree' sighed the turkey, 'but I haven't got the energy.' 'Well, why don't you nibble on some of my droppings?' replied the bull. They're packed with nutrients.' The turkey pecked at a lump of dung, and found it actually gave him enough strength to reach the lowest branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he reached the second branch. Finally after a fourth night, the turkey was proudly perched at the top of the tree. He was promptly spotted by a farmer, who shot him out of the tree.

Moral of the story:

Bull Shit might get you to the top, but it won't keep you there..

_______________

Lesson 4

A little bird was flying south for the winter. It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field. While he was lying there, a cow came by and dropped some dung on him. As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was. The dung was actually thawing him out! He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy. A passing cat heard the bird singing and came to investigate.Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him.

Morals of the story:

(1) Not everyone who shits on you is your enemy.
(2) Not everyone who gets you out of shit is your friend.
(3) And when you're in deep shit, it's best to keep your mouth shut!
___________________

THUS ENDS THE FIVE MINUTE MANAGEMENT COURSE
And send this to five bright people who have enough sense of humour to take it.

Sejarah Tanah Melayu

My Article published in Berita Harian 9th July under PGSM's slot entitled:

Kedudukan Undang-undang Islam di Tanah Melayu
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim


Masyarakat kita semakin celik dengan isu perundangan di negara ini. Salah satu isu penting yang kita wajar ketahui adalah kedudukan undang-undang Islam dalam negara kita. Beberapa persoalan yang perlu dibincangkan adalah bagaimanakah Undang-undang Islam mula dilaksanakan di Malaysia? Bagaimana pula Undang-undang Inggeris bertapak di negara kita dan apakah Mahkamah Syariah yang ada sekarang ini merupakan Mahkamah yang baru ditubuhkan?

Usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat perlu digiatkan supaya masyarakat lebih jelas tentang sejarah dan perkembangannya. Walaupun mengetahui sejarah ini mungkin dianggap sesetengah orang sebagai kurang penting kerana ia hanyalah sejarah silam negara ini, tetapi hakikatnya, sejarah sangat penting dalam hidup kita. Dengan mengetahui sejarah, kita akan tahu bagaimana sesuatu perkara itu bermula. Dengan mengetahui sejarah juga, barulah kita akan menghargai susah payah pejuang terdahulu berhempas-pulas untuk kesejahteraan hari ini. Sudah pasti membawa kita menghargai nikmat dirasai pada hari ini.

Sebelum kedatangan penjajah, negara ini yang dipanggil Tanah Melayu telah melaksanakan Undang-undang Islam dalam urusan kehidupan seharian. Mereka mengadili kes di hadapan Sultan, pemerintah kawasan dan sebagainya berdasarkan undang-undang Islam dalam semua urusan termasuklah hal-ehwal kekeluargaan, muamalat dan juga jenayah. Catatan bertulis berkenaan hukum dan peraturan Islam dalam beberapa tulisan seperti Undang-undang 99 Perak, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain menjadi bukti bahawa wujudnya peruntukan undang-undang Islam yang dijalankan di Tanah Melayu.

Apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu, mereka telah mengetahui dan menyedari bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang yang diterima pakai dan dilaksanakan di sini. Jika kita merujuk kepada kes-kes yang berlaku dan diputuskan di Mahkamah, Hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu tidak menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan. Contohnya dalam satu kes iaitu kes Rahmah v. Laton yang diputuskan pada tahun 1927. Kes ini melibatkan pertikaian antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas suami meninggal. Dalam penghakimannya, mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

Selepas Inggeris masuk ke Tanah Melayu, pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu telah memeterai beberapa perjanjian atau dipanggil triti. Dalam triti tersebut, diletakkan syarat bahawa Residen Inggeris dibenarkan datang dan memberi bantuan kepakaran dalam mentadbir urusan negara kepada pihak Sultan. Namun begitu residen tidak akan mencampuri urusan pentadbiran agama serta perlaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu.

Pada ketika itu urusan undang-undang mula dibahagikan kepada zon-zon yang terpisah. Undang-undang muamalat atau transaksi dianggap urusan keduniaan yang tidak berkait dengan Islam. Begitu juga urusan undang-undang jenayah dan sebagainya. Akhirnya yang dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah orang Islam dan juga urusan perkahwinan yang dipanggil ‘personal law’ serta beberapa kesalahan yang melibatkan hukum agama yang khusus seperti tidak berpuasa dan sebagainya.

Dalam tulisan seorang pengkaji Barat iatu MB Hooker, beliau menulis selepas menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786, Inggeris telah berusaha bersungguh-sungguh membawa undang-undang mereka ke sini. Mereka menubuhkan mahkamah dan melantik hakim-hakim yang mahir dengan Undang-undang Inggeris untuk bertugas dan mengadili kes-kes di Tanah Melayu. Perkara yang sama berlaku di Singapura dan di negeri Melaka (yang dipanggil ketika itu sebagai Negeri-negeri Selat).

Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam yang dipanggil Charters of Justice (Piagam Keadilan Pertama) pada tahun 1807, (Piagam Keadilan Kedua) pada tahun 1826 dan (Piagam Keadilan Ketiga) pada tahun 1885. Semua ini bertujuan untuk mengangkat taraf Undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan Undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undang tempatan.

Campur tangan secara langsung terhadap urusan kekeluargaan orang Islam di Tanah Melayu juga telah berlaku pada tahun 1880. Inggeris telah memperkenalkan satu Ordinan yang dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880). Ordinan ini digubal dengan tujuan untuk menetapkan sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf oleh mahkamah.

Dengan terlaksananya Ordinan ini juga, maka cita-cita dan usaha British untuk memisahkan di antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang telah dirancang semenjak kedatangannya ke Tanah Melayu telah mula terzahir dengan begitu jelas. Apa yang berlaku menunjukkan Inggeris telah campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan juga adat-istiadat Melayu.

Dalam Ordinan ini, perkara mengenai pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang Islam, pengiktirafan kepada kedudukan Kadi dan peraturan terhadap harta perempuan yang berkahwin telah diperuntukkan. Ordinan tersebut telah mengalami beberapa pindaan pada tahun 1894, 1902, 1908, 1909 dan juga pada tahun 1917. Dalam pindaan tersebut, British telah membuat peruntukan yang menyentuh secara terbuka tentang Undang-undang Keluarga Islam. Ordinan ini dan pindaannya telah digubal kembali dan disebut Ordinan No. 26 tahun 1920 dan seterusnya dipinda lagi pada tahun 1923 dan 1934 sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam Chapter 57 of the Revised Laws of the Straits Settlement, 1936.

Begitu juga bagi Negeri-negeri Tidak Bersekutu pula iaitu negeri Kedah, Johor dan Kelantan, diperkenalkan kod undang-undang yang dipanggil Kedah, Mohammedan Marriages (Separation) Enactment 1913, 1932, atau dikenali sebagai Undang-undang Syiqaq 1332H (1913M) dan juga Syariah Court Enactment No. 109/1934.. Manakala bagi penduduk Kelantan pula dikuatkuasakan satu kod undang-undang yang dipanggil Notis Fasal Orang Islam Berkehendakkan Berbini Dua, Tiga dan Empat 1914 yang kemudiannya ditambah dengan kod The Notice On Matters Relating to Marriage, Divorce, Recohabition and Ta’lik 1915. Kod lain turut diperkenalkan pada tahun 1919 iaitu Muhammadan Division of Property between Husband and Wife of 1919.

Dengan tergubal dan terlaksananya undang-undang tersebut, kita melihat bagaimana sistem perundangan di negara kita berkembang. Melihat kepada kedudukan perundangan Syariah pula, pejuang-pejuang Syariah telah mula mengorak langkah untuk memartabatkan perundangan Islam dan usaha itu masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Justeru, kita semua wajar menyokong usaha murni ini agar perundangan Syariah di Malaysia akan lebih mantap hari demi hari.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Saturday, July 5, 2008

Suami Zalim

Kesiankan bila dengar ada orang selalu kena dera dengan suaminya.. Rumah yang paling selamat menjadi tempat yang menakutkan dan sangat tidak selamat. Keadaan yang sama berlaku bagi anak-anak yang menjadi mangsa dera.

Bagi wanita yang teraniaya, mereka sealunya menjadi sangat takut, fobia, trauma, hilang jati diri, rendah esteem dan merasakan dunia ini sudah terlalu sempit untuk mereka. Kadang-kadang ketakutan pada si suami menjadi tidak terkawal.. Kesiankan...

Bagi yang tidak melaluinya, jangan lupa bersyukur pada Allah atas kehidupan indah yang dilalui. Jika ada saudara mara kita yang berdepan dengan masalah sebegini, kita mesti menolong mereka, bantu dengan menguatkan jiwa mereka, beri nasihat yang benar dan berusaha membawa mereka berjumpa kaunselor atau peguam untuk memperkasakan jiwa mereka...

Jika anda berdepan dengan penderaan dari suami, bacalah artikel ini..
Jika anda tidak berdepan dengan perkara ini, berusahalah membantu mereka yang tidak bernasib baik...bacalah juga artikel ini...
________________

Jawapanku yang disiarkan dalam Berita Harian pada 3 Julai 08

Suami Zalim

Soalan :

Saya bersuamikan seorang lelaki yang cepat panas baran. Dia kerap memukul, menampar dan menendang saya lebih-lebih lagi jika kami kehabisan wang. Pernah saya cuba untuk melaporkan perbuatannya kepada polis atau mendapat laporan perubatan tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana dihalang oleh suami. Malah tidak ada saksi yang melihat kejadian itu kecuali anak berumur 7 tahun. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, dia mengurung saya dalam rumah. Saya seolah-olah terpenjara dalam rumah sendiri. Dia mengurung saya berminggu-minggu hingga kesan luka serta lebam di badan saya hilang. Dia juga pernah mengugut untuk menghalau saya pada suatu malam selepas membogelkan saya. Saya juga pernah mengalami penderitaan seks ketika masih dalam pantang. Apa yang patut saya lakukan.

Isteri mangsa kezaliman
Selangor


Jawapan

Saya sangat bersimpati dengan nasib puan. Apa yang puan lalui adalah satu pengalaman yang menyakitkan dan saya berharap puan bersabar dan berusaha mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan membawa kes ke muka pengadilan.

Suami puan telah melakukan tindakan tidak wajar yang berlawanan dengan ajaran Islam. Rasulullah menyatakan bahawa, ‘Sebaik-baik kamu adalah mereka yang baik dengan isterinya. Dan aku adalah yang terbaik di antara kamu’ Ini menunjukkan Rasulullah menyuruh suami berlaku lembut dan melayan isteri dengan baik dan tidak melakukan keganasan terhadap isteri. Baginda sendiri tidak pernah menyakiti isteri-isterinya walau apa alasan yang ada. Semoga Allah memberi petunjuk kepada suami puan untuk berubah dan bertaubat atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Sebenarnya keganasan rumah tangga sama ada dilakukan suami atau isteri adalah salah satu daripada perlakuan tidak sihat yang berlaku dalam masyarakat. Ini sudah tentu membawa kepada ketidakselesaan dan menggugat kebahagiaan dan keharmonian hidup berkeluarga.

Mengikut kajian juga, kejadian suami mendera isteri, sama ada secara fizikal atau mental sudah lama berlaku dan berterusan hingga hari ini. Statistik menunjukkan keganasan rumah tangga banyak berlaku dan ada sesetengah isteri hanya berdiam diri dan mengalah atas apa yang dilaluinya. Perkara ini wajar diubah bersama.

Hakikatnya, atas tangan isteri untuk mengambil tindakan ke atas keganasan yang dilakukan suami atau membiarkan keganasan itu berterusan tanpa membuat tindakan segera untuk mengelakkan berlakunya keganasan.

Keganasan atau kezaliman suami ke atas isteri seharusnya dihentikan segera dan isteri yang menghadapi keadaan sedemikian perlu berani untuk bertindak bagi menghalang perbuatan tersebut berterusan. Inilah antara perkara besar dalam rangka memperkasakan jiwa wanita yang teruji dengan masalah sebegini.

Puan seharusnya melakukan sesuatu dan mengambil tindakan segera jika mahu menyelamatkan rumah tangga dan memberhentikan tindakan zalim terhadap diri dan anak-anaknya. Pada pandangan saya, apabila kita membiarkan dan menyembunyikan keganasan yang dilakukan suami, ia boleh disifatkan sebagai penyumbang kepada keganasan suami yang pasti melakukan kezaliman lebih besar. Sedangkan Rasulullah memberi nasihat supaya jangan melakukan kemudaratan ke atas orang lain dan jangan membiarkan orang melakukan kemudaratan ke atas kita.

Saya mencadangkan agar puan berusaha mendapatkan bantuan moral dari keluarga terdekat atau pun jiran-jiran yang ada. Kemungkinan dengan campur tangan ibu bapa kedua-dua belah pihak, hubungan rumah tangga puan dapat diperbaiki. Pada masa yang sama, suka saya nasihatkan bahawa walaupun tiada saksi ketika puan dipukul, puan masih boleh mendapatkan bantuan kerana mungkin jiran-jiran mendengar pergaduhan dan melihat kesan lebam yang ada di badan puan. Orang-orang terdekat yang mengetahui hubungan dan layanan buruk dibuat ke atas puan boleh memberi keterangan di Mahkamah sekiranya perlu. Ia akan menguatkan permohonan puan jika di bawa ke mahkamah.

Antara perkara yang puan perlu ambil sekiranya berlaku deraan adalah, bersegera melaporkan penderaan itu kepada polis. Pihak polis akan merekodkan aduan itu dan mereka akan membuat laporan rasmi yang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Puan juga wajar mendapatkan rawatan dari doktor perubatan, laporan doktor adalah perlu untuk dijadikan bahan bukti (qarinah) di Mahkamah sekiranya perlu. Dalam kes sekiranya puan dikurung dan sebagainya, puan boleh berusaha mendapatkan rawatan sebaik sahaja puan berjaya mencari jalan keluar. Adalah nyata suami puan tidak menaruh belas ihsan kepada puan dan melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama.

Perlakuan buruk seperti inilah yang sangat kita khuatiri kerana ia boleh memburukkan nama baik agama di kalangan orang luar. Kadang-kadang perlakuan segelintir golongan tersasar ini dijadikan hujah bahawa Islam yang mengajar umatnya melayan isteri dengan keras dan kasar.

Puan boleh merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor di mana dalam Seksyen 53, ada diperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang suami itu disifatkan sebagai melakukan kekejaman dan kezaliman kepada isterinya jika dia lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita berpunca daripada perbuatan aniaya termasuk suami berkawan dengan wanita jahat atau berperangai keji pada pandangan syarak.

Suami juga dianggap kejam jika memaksa isterinya hidup secara lucah dan ia amat bertentangan dengan syarak dan Undang-undang Keluarga Islam. Selain itu, suami kejam dan zalim jika melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu. Malah suami juga dianggap zalim jika menghalang isterinya dari menjalankan kewajipan terhadap agama.

Suami yang mencederakan isterinya seperti memukul, menampar dan menendang adalah melakukan kezaliman dan ia adalah alasan yang kukuh untuk menuntut fasakh. Di samping itu, suami juga boleh diambil tindakan jika dengan sengaja menyebabkan cedera atau dengan sengaja menyebabkan cedera, dengan jalan menggunakan senjata atau lain benda yang berbahaya yang berkaitan dengan peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah tangga dan juga Kanun Keseksaan.

Puan boleh menghubungi mana-mana Peguam Syarie yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat terperinci tentang hak puan. Sekiranya puan tidak bekerja atau mempunyai tahap pendapatan tertentu, puan boleh menggunakan khidmat Peguam Biro Bantuan Guaman (BBG) yang berdekatan dengan tempat puan. Saya doakan puan berjaya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan anak-anak puan.

Jawapan disediakan Puan Nurhidayah Muhd Hashim, Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Wednesday, July 2, 2008

Buku Isu-isu Syariah

BUKU ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA

Alhamdulillah, akhirnya buku hasil koleksi tulisanku dan Presiden PGSM iaitu Hj Zainul yang telah disiarkan dalam Berita Harian sepanjang 2005 sehingga 2007 telah berjaya diterbitkan. Sebahagian keuntungan jualannya akan disalurkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Buku ini telah selamat diterbitkan pada 14 Jun yang lepas oleh pihak UPENA (Pusat Penerbitan UiTM) dan majlis pertama jualannya adalah semasa Konvensyen Peguam Syarie pada 14 Jun lepas.


muka depan buku


muka belakang buku



Sebahagian dari isi kandungan buku

Buku ini dipasarkan oleh pihak UPENA dengan harga RM46.00 dengan 215 mukasurat.



Sepanjang bulan Julai ini dan dengan tujuan promosi, bagi sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya di Sekretariat PGSM di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan harga RM 37.00 sahaja.



Jika ada yang nak beli secara online boleh ke:

http://jualbukuonline.blogspot.com/

atau email to me- puan_hidayah@yahoo.com



Bagi yang membeli daripadaku, aku akan memberi sedikit kata-kata dan menurunkan tandatangan sebagai penulis di buku tersebut sebagai penghargaan atas sokongan dan belian tersebut...



Selalunya aku akan menulis,

'All the best..' atau 'Selamat berjuang..' atau 'Semoga selalu kuat dalam berjuang membantu agama Allah..' dan bagi isteri yang bermasalah dan membeli bukuku, aku akan menulis kata-kata pemberi semangat seperti...'Semoga tabah selalu menghadapi ujian hidup...' atau 'Jangan beralah, teruskan perjuangan..' atau ' Semoga Allah selalu memberi kekuatan...' Dan selepas itu aku akan turunkan tandatanganku...

__________

Semoga buku ini berguna untuk umat Islam yang ingin mengetahui mengenai isu-isu Syariah di negara ini..dan menjadi amal solehku yang aku hadiahkan pahalanya untuk Ayahku sayang Hj Hashim, ibuku sayang Hajah Che Gayah, suamiku sayang Hj Fairuz, anakku sayang Aisyah, adik beradikku sayang dan semua guru-guru yang berjasa mendidikku sehingga aku menjadi seperti aku sekarang ini.. Dan aku juga mengucapkan terima kasih pada Mr President yang sudi berkongsi artikel dan sama-sama menerbitkan buku tersebut bersamaku..

Semoga Allah memberkati seluruh perjalanan hidupku..

Tuesday, July 1, 2008

Seminar Agama Cabaran Saudara Baru 29 Jun

29 Jun 2009 Ahad ...
SEMINAR AGAMA: CABARAN SAUDARA BARU DAN MENGENALI AGAMA DUNIA


Akhirnya program yang dirancangkan berlangsung juga akhirnya...

Jam 7.30 pagi, beberapa orang AJK telah sampai untuk membuat persiapan..
Siti, Pyan dan Mimi, Hj Isa, Bro Zuraidi, Nurul, Su, Kak Ram, Ani, Jun, Kak Puspa, Kak Normah telah sampai awal. Jam 8 pagi sudah ada peserta yang ingin mendaftar, K Puspa tak sempat nak letakkan alas meja pendaftaran, orang dah mula berpusu-pusu... Meja pendaftaran dijaga oleh K Puspa dan Pyan (adik Siti, wakil PGSM).

Siti, Mar dan Mimi mula menyusun meja jualan barang-barang PGSM, begitu juga meja jualan yang lain. Peserta semakin ramai dan semua yang datang diberikan sebungkus mee untuk breakfast sebelum majlis dimulakan jam 9 pagi..

Selaku Pengarah, aku ke sana ke sini, tengok sana sini.. Hj Isa dan Zuraidi pun sama.. semua orang sibuk dan berusaha melengkapkan mana-mana yang kurang..Aku sungguh kagum dengan kesungguhan mereka...
____________

Oppss lupa.. malam tadi kami balik dari Dewan MBSA untuk membuat persiapan terakhir, memastikan arrow tanda arah dan sebagainya berakhir yang 12 malam.. Aisyah my darling pun sama-sama letih, menolong kakak-kakak meletakkan kertas kerja dalam file, meletakkan pen, memotong tanda arah, menolong menampal tanda nama di kerusi dan macam-macam lagi...Balik jam 12 tengah malam, Isyak belum solat lagi.. adoii letihnya..
______________

Jam 9 pagi.. Hj Redhuan Tee sampai, abah call aku dan suruh aku bersegera menyambut Hj Redhuan Tee. Aku terus ke depan bersama-sama Hj Isa menyambut Ustaz Redhuan di tingkat bawah dan menegurnya... ‘Ustaz, apa khabar? Saya ler Hidayah yang call dan berurusan dengan Ustaz hari tu.. Kak Noris tak ikut ker?’ Jawabnya..’Kak Noris tak dapat.. Saya ni pun baru balik dari Taiping.. Tak sempat nak ajak dia, lepas mandi, terus turun ke sini..’
Isterinya nama Norisah, kawan sekelasku masa di UIA..


Aku membawanya ke Dewan, peserta sudah hampir 2/3 penuh.. Keseluruhan peserta berdaftar hampir 150 orang. Alhamdulillah..

Mengambil tempat- Amizi selaku MC telah memulakan majlis, membuka dengan pujia-pujian pada Allah dan menyerahkan majlis perbincangan kepadaku sebagai Moderator untuk Slot 1. Aku memperkenalkan Ustaz Redhuan, latar belakangnya serba sedikit dan menyerahkan majlis kepadanya untuk memulakan syarahannya bertajuk ‘Saudara Baru: Cabaran Berdakwah Kepada Bukan Islam’.

Ramainya dan semua sungguh berminat mendengar ceramah Ustaz Redhuan Tee..


Ustaz Redhuan memang pandai bagi ceramah.. Selamba dan sungguh menarik..

Ustaz ni selamba jer, pandai betul berceramah, isunya banyak dan ada juga agak tersasar siket dari tajuk tapi beliau berjaya menguasai majlis.. Peserta ketawa saja bila mendengar jokenya yang bersahaja.. Tapi yang kelakarnya, banyak kali dia asyik sebut aku nak buat PhD di UK.. isyy buat malu betul Ustaz ni, ramai ler yang tanya aku lepas tu, ‘Puan nak pergi belajar bila, kat mana, ambik apa..’

Selepas slot tersebut, majlis perasmian dijalankan secara ringkas.. Hj Zaid Kamaruddin Presiden JIM merasmikan dengan disaksikan oleh Presiden PGSM, Hj Zainul, wakil MBSA En Yazid dan aku sendiri, sebagai Pengarah..

En Yazid, Hj Zainul, Hj Zaid and myself semasa majlis perasmian...

Hj Zaid sedang menyampaikan ucapan perasmian..


Lepas tu, cenderahati disampaikan oleh Pengarah lagi satu iaitu Hj Isa.. Semasa dia menyampaikan cenderahati tersebut, kami ketawa sebab disebut..Pengarah bagi hadiah pada Pengarah.. hehe.. Sebenarnya aku minta YDP Dr Fauzi ke depan mewakili JIM Petaling tetapi atas beberapa sebab, dia memintaku ke depan.. dan akhirnya aku ke depan...

Selepas majlis perasmian, Hj Nicholas mengambil tempat. Sungguh detail dan tersusun power point dan isi-isi ceramahnya.. Siti jadi moderator untuk slot 2..

Semasa Hj Nicholas ber ceramah, aku tidak sempat untuk menegurnya dan mengalu-alukan kehadirannya sebab aku perlu bertolak ke KL.. untuk menghadiri Pre-Departure Prog bersama International Unit Melbourne Uni di Novotel Hydro Majestic Hotel di KL, betul-betul dekat KLCC. Aku terpaksa meninggalkan seminar ini dengan hati yang berbelah bagi sebab sebagai Pengarah, rasa tak betul untuk aku tinggalkan majlis tetapi program Melb Uni ini juga penting, jam 1-5pm.
________________

Oppss.. mana anak Umi?? Pagi tadi Umi datang dengan kereta lain-lain, Abah bawa Aisyah jam 7.30 pagi ke Dewan sebab Abah bertugas memasang Komputer dan LCD, Umi terus ke Dewan.. Jadi Aisyah ikut Abah dengan tujuan selepas selesai memasang benda2 tu, Abah akan menghantar Aisyah ke Bukit Jelutung rumah Mama Haz.. Tetapi Aisyah asyik merengek, nak duduk bersama-sama.. katanya, “Aisyah janji tak kacau Umi dan Abah, Aisyah akan berdikari dan tolong kakak-kakak tu buat kerja untuk seminar..Aisyah janji, Aisyah akan behave dan tak kacau orang ..” Akhirnya Abah benarkan dan Aisyah betul-betul berdikari... Ke sana ke sini sendirian, tolong angkat buku, tolong ambik air mineral.. tolong macam-macam.. Bagusnya anak Umi sayang ni...
____________________

Wakil PGSM yang datang adalah our respected President, Hj Zainul.. Bahkan dia jadi penyoal pulak dalam slot 1, siap bagi 3 soalan untuk Ustaz, langsung orang lain tak de peluang nak tanya... hehe.. Yang lain adalah Musa Setiausaha dan juga Tajuddin.


Banyaknya Hj Zainul tanya.. 3 soalan sekali gus.. Bagus betul..

Aku balik semula ke Dewan jam 5.00 petang dan slot Us Walid pun dah habis.. Sedih betul tak dapat bersama-sama mereka.. Lepas tu aku hantar Siti dan Mimi ke Komuter.. Bila nak balik semula ke Dewan, Abah call kata semua dah habis dibersihkan dan semua orang dah turun ke kereta masing-masing, tak payah datang.. Jadi aku terus balik ke rumah, Asar pun belum solat lagi masa tu...

Terkilan juga kerana aku tinggalkan majlis tersebut dan tidak ada semasa semua orang balik, tetapi kata Abah, semua sudah double check, kebersihan, barang-barang semua telah sempurna dibersihkan.. Aku sungguh terhutang budi atas kebaikan semua AJK..

Kesimpulannya semua berjalan lancar dan syukur pada Allah atas kejayaan majlis ini.. Terima kasih kepada semua AJK yang sangat bersungguh2 dan sangat kuat semangat..Semoga Allah memberi ganjaran yang banyak untuk kita...amin..

Jangan lupa 3 Julai, Rabu malam ni, ada perjumpaan semua AJK, untuk menyelaraskan kewangan dan post mortem keseluruhan akan diadakan minggu depan..