Wednesday, January 30, 2008

Takziah Atas Pemergian Bekas Mufti Selangor

Hari ini, 30 Januari 2008, kita kehilangan seorang insan yang sangat banyak berjasa kepada agama dan negara iaitu Bekas Mufti Selangor yang terdahulu, Dato' Ishak Baharom. Allahyarham semasa menjadi Mufti Selangor sangat tegas dengan pendiriannya walaupun kadang-kadang tidak disenangi banyak pihak terutama yang tidak sependapat dengannya.

Aku masih ingat suatu ketika dahulu, timbul kes penguatkuasaan dan serbuan yang dijalankan oleh Pihak Penguatkuasaan Agama JAIS ke atas tempat hiburan di mana anak gadis Melayu Islam yang bekerja sebagai GRO dengan pakaian yang sangat menjolok mata, melayan lelaki minum minuman keras ditahan. Maka ramai orang besar, pejuang hak asasi, persatuan wanita yang bertunjangkan barat membantah dan menyelar tindakan tersebut. Tetapi Allahyarham sangat berani mempertahankan dan menyokong usaha tersebut demi mempertahankan nama baik Islam.


Begitu juga ketika timbul pertanya demi pertanyaan tentang hukum Amanah Saham Bumiputera (ASN/ASB), beliau antara yang kuat menyatakan perndiriannya.

Pendapat beliau pula sering didengar dan kesungguhan beliau sering diperhatikan oleh masyarakat ramai. Begitu juga keberanian Allahyarham dalam menyatakan pendiriannya juga menarik perhatian masyarakat untuk terus mendengar dengan penuh minat. Cara percakapannya yang tenang, sederhana dan bersahaja memang sangat menarik hatiku.



Manusia mati meninggalkan jasa dan nama.. Begitulah dengan al-marhum yang telah meninggalkan banyak jasa dengan mengorbankan masa dan tenaganya untuk menyebarkan ajaran Islam. Jasa al-marhum sangat banyak dalam menegakkan Islam di Malaysia dan khususnya di Selangor.

Pada 1997, timbul masalah apabila ramai wanita Islam masuk pertandingan ratu cantik dengan memakai baju mandi, pakaian seksi dan sebagainya, beliau dengan tegas menyatakan bahawa haram hukumnya terlibat mempromosikan aurat diri dan dengan sengaja dan sedar memakai pakaian tersebut serta memperagakan badan di hadapan orang. Ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau diuji dengan hebat sehingga membawa kepada kedudukannya sebagai mufti telah hilang darinya..

Pemergian al-marhum merupakan kehilangan yang sangat besar ertinya bagi orang-orang yang mencintai Islam. Kita semua berasa sangat sedih atas kehilangan seorang ulama' dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Al-marhum Dato' Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor atas pemergian Allahyarham.

Semoga Allah mengurniakan sebesar-besar ganjaran serta meletakkan al-marhum bersama-sama golongan mereka yang soleh dan diberkati. Amin.. Al-Fatihah


Sunday, January 27, 2008

Balik Rumah- Home Sweet Home

Aaahhhh... seronoknya Bengkel dah habis..


Alhamdulillah bengkel telah selesai, sempurna dijalankan dengan majlis penutup pada jam 1 pm tadi. Sepanjang bengkel, walaupun letih tapi semuanya berjalan dengan sangat lancar penuh keriangan..

Aku paling banyak ketawa sebab duduk dalam kumpulan bersama Ustaz Ezani, pakar Ekonomi yang sangat kelakar, Prof Madya Ghazali yang kami semua panggil Ayah Li pun kelakar tapi bersahaja memberi nasihat seumpama seorang ayah. Semuanya sangat kelakar dengan gaya masing-masing, Dr Dani, Dr Azam, Dr Fisol, Dr Hassan, Dr Asiah, PM Asma', Kak Zu, Kak Baterah dll... semuanya suka buat joke dan aku adalah tukang ketawa.. kukik kukik ketawa... adoii.. sakit perut2 ketawa.. Tapi bagus bangat kerana tugasan membuat plan strategic yang sangat berat menjadi sangat mudah dan tidak tension...

Akhirnya selepas selesai semua kami akan balik semula ke Shah Alam... Wahhh tak sabarnya nak balik......Lepas pergi lunch, semua naik ke bilik untuk solat zuhur dan kami semua telah keluar meninggalkan Bayu Beach Resort pada jam 2.20pm.

Pemandu bas UiTM yang bawa kami ni sangat efficient..Terer betol..
Bayangkanlah, kita bertolak dari PD jam 2.25pm, sebab letih sangat semua orang takde sembang dalam bas, semua tertidur keletihan termasuklah aku sendiri.. Sedar-sedar bas dah masuk tol Batu 3..Bila aku tengok jam, baru jam 3.00 pm... 'Betul ker jam aku ni? takkan 40 minit dah sampai Shah Alam?' Rupanya betul...semua orang terkejut... hehe..
Bagusnya Pakcik bas ni bawak laju, Alhamdulillah semuanya selamat sampai dengan sejahtera dan gembira..

Abah dan Aisyah dah siap tunggu Umi depan Kolej Seroja.. Aisyah begitu gembira Umi dah balik.. Umi juga rasa sangat seronok dapat jumpa Aisyah dan Abah...

Esok kerja?????
Oh no... letih belum lagi habis...
tapi tugasan demi tugasan menanti di hadapan..


Doaku; Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadaku, sihat tubuh badan, fizikal yang sihat dan minda serta spritual yang kuat untuk meneruskan tugas-tugas yang mulia ini..Semoga semua urusanku dipermudahkan Allah...amin..

Saturday, January 26, 2008

Umi di Port Dickson

Alangkah letihnya my mind and my body...

For four days I have to be here, in Bayu Beach Resort, Port Dickson with 20 of my colleagues from the same department. We have to settle two things ie The OBE (Outcome Base Education) and also Strategic Plan for 2008.

We arrived on Thursday 24 Jan around 1 pm and I was assigned to be under group 6 and stayed with Kak Fisha, kak Asma' and Kak Zu in the same apartment. After 2pm, the taklimat was conducted and we should start the bengkel right after..

The time table was so tight. Started at 2pm up to 11 pm. Everyday we have to be in the seminar room as early as 8.30 am and the discussion will continue up to 11 pm at night..

Today is Friday, the second day of my bengkel. My mind has already too occupied and I do feel very tired and exhausted... I feel like weweng...

And the most important matter for me is my darling Aisyah...She called yesterday during the bengkel and I did not hear the call in.. She rang for more than 4 times... kesiannya my darling Umi.. After I realised, I called her back at home... and she kept crying.. uhu...uhu... Kesian betul...

'Kenapa Umi tak angkat Aisyah telefon? Tadi Aisyah yang call, Aisyah pakai telefon Bibik Umi tak angkat. Aisyah pakai telefon rumah pun Umi tak angkat.. Umi pergi mana? Aisyah rasa sedih sangat..'

'Umi mintak maaf yer sayang sebab tadi Umi tak angkat sebab Umi tengah meeting.. Umi tak dengar Aisyah telefon, nanti lain kali kalau Aisyah call, Umi cepat-cepat angkat yer.. Jangan sedih lagi ye..' Then she stopped crying..

Just now at 8.30 pm, Aisyah called and said how she misses Umi very much.. Abah also...(hehehe..) And I have to do my PR with this young clever girl.. So before she started to explain sad sad thing, I have to change her mood...

'Aisyah... Umi kan letih betul duduk kat sini. Pagi meeting, petang meeting, malam meeting, Umi rasa letihnyaa macam nak pengsan.. Aisyah kesian tak kat Umi?

My darling Aisyah terus bertukar tunenya..

'Umi letih kesiannya Umi.. Kalau Aisyah ada, boleh Aisyah tolong massage Umi kat kaki, kat kepala, kat bahu,... tak per Umi jangan sedih, Aisyah tahu Umi pergi sana sebab ada mesyuarat. Abah dah bagitau Aisyah Umi kerja sebab Umi nak cari rezeki yang halal kan...Nanti Umi balik Aisyah urut Umi yer.. kesian Umi..Umi tahu tak, Aisyah ada banyak cerita nak bagitau Umi, nanti Umi balik cepat yer, sebab Aisyah rasa nak sembang-sembang dengan Umi... Umi , kalau letih Umi bagitau la Boss Umi tu, Umi cakapler 'Saya letih la Boss, saya nak rehat..' Umi bagitau macam tu yer..'

"Ya lah.. kalau ada Aisyah mesti best boleh urut Umi.. nanti kita jumpa hari Ahad, Aisyah urut Umi sambil kita sembang-sembang yer...Aisyah duduk rumah kena dengar cakap Abah.. Lepas ni solat Isya' dulu baru tidur ye sayang.. Aisyah kasi telefon kat Abah pulak, Umi nak sembang dengan Abah pulak ye....'

Sebelum letak telefon, Aisyah said, 'Umi.. Umi buat kerja Boss Umi suruh eleok-elok ye.. Babai Umi, I love you very much...'


Mission accomplished! hehe.. Aisyah telah tidak jadi mengadu dan cerita dengan sedih-sedih tapi akhirnya telah bercakap dengan ceria dan memberi Umi luahan kata-kata yang mulia dan indah yang datang dari hatinya..

Bagus anak Umi ni..

Boringnye nak tunggu hari Ahad..

Thursday, January 24, 2008

Jokes

Ada someone send to me.. kelakar bangat.. hehehe...

Teacher: History is a very interesting subject. It tells you about what
had happened in the past.
Student: Please teacher, I don't think I want to study history.
Teacher: Why?
Student: There is no future in it.
............ ........


Teacher: Ted, if your father has $10 and you ask him for $6, how much
would your father still have?
Ted: $10.
Teacher: You don't know maths.
Ted: You don't know my father!
............ .......

Mother: David, come here.
David: Yes, mum?
Mother: You really disappoint me. Your results are getting worse.
David: But I will only get my report book tomorrow.
Mother: I know that. But I am going to Hong Kong tomorrow, so I am
scolding you now
............ . .......

Father: Why did you fail your mathematics test?
Son: On Monday, teacher said 3+5=8
Father : So?
Son: On Tuesday, she said 4+4=8
And on Wednesday, she said 6+2=8. If she can't make up her mind,
how do I know the right answer?
............ ......... .

A mother and son were doing dishes while the father and daughter were
watching TV in the living room. Suddenly, there was a loud crash of
breaking plates, then complete silence. The daughter turned to look at
her father.
Daughter: It's mummy!
Father: How do you know?
Daughter: She didn't say anything.
...........

Man: How old is your father?
Boy: As old as me
Man: How can that be?
Boy: He became a father only when I was born
-----------

Teacher: Simon, your composition on "My Dog" is exactly
the same as your brother's. Did u copy his?
Simon: No, teacher, it's the same dog!
------------ -

Teacher: "Where were u born?"
Student: " Singapore , Sir."
Teacher: "Which part?"
Student: "All of me, Sir."
------------ ---------

A teacher was asking her class: "What is the difference between
'unlawful' and 'illegal'?" Only one hand shot up.
"Ok, answer, Joan" said the teacher.
"'unlawful' is when u do something the law doesn't allow
and 'illegal' is a sick eagle."
------------ --------- --------- --------- --------- --

Teacher: "How come you do not comb your hair?"
Ah Kow: "No comb, Sir."
Teacher: "Use your dad's then."
Ah Kow: "No hair, Sir."

------------ --------- --------- --------- --------- ----

Kelakar jugak jokes ni... hehehe..

Tuesday, January 22, 2008

Tazkirah Ustazah Cilik

Semalam masa tengah buat kerja di internet, Umi plan nak hantar satu artikel pada salah seorang kawan.. Tapi entah la tak tahu macamna buleh jadi, Umi tersilap hantar isi yang salah kepadanya. Ingat nak tekan benda lain tapi tertekan send.. isyyy..
Masa tu Umi ada dengan Aisyah dalam bilik. Aisyah tengah buat 'colouring' dan Umi tengah guna internet.

Bila dah tersalah, Umi terus kata..'Alamak..Ya ALlah Aisyah..'

'Ada apa Umi..' terkejut makcik tu.. (makcik comel nama Aisyah ler..hehe..)

'Umi tersilap hantar emel pada kawan Umi la Aisyah...Sepatutnya Umi hantar isi lain tapi Umi tersilap klik send... Ya Allah .. habisla Umi..mesti kawan Umi marah..' Umi mengadu pada sicantik Umi.

Dengan penuh tenang, Aisyah terus bertindak memberi tazkirah yang sangat bernas.. hehe.. kelakar bangat tapi Umi tak boleh ketawa.. mesti serius kalau dengar nasihatnya..Itu prerequisite condition..

'Takpa Umi, Umi jangan sedih.. Umi sabar yer..Umi tersilapkann..
jadi Umi tak salahlah.. Umi jangan sedih tau..'
Umi angguk je sambil senyum (tapi tak boleh ketawa...)

'Tapi Umi dah tersalah hantar emel ni..mestilah Umi rasa sedih dan geram..' Bantah Umi.. (saja nak nyakat Aisyah ni..hehe)

Ustazah cilik telah bercakap dengan penuh yakin , 'Umi.. Umi tau tak, kita kan manusia.. Allah yang create kita.. bukannya orang lain yang cipta..Maksud Aisyah, kalau kita tersalah Allah tak marah sebab kitakan manusia..'

Hehehe anak anak...

'Camtu ke Aisyah..Lagi...' Umi mintak Aisyah bagi tazkirah lagi..

'Umi kena ingat, kalau manusia, kita kan selalu macam taknak buat tapi kita buat.. Maksud Aisyah kita mula-mula tak nak buat tapi kita buat lepas tu sebab kita tersalah.. Itu lah maksud Aisyah.. Macam Aisyahkan Umi, masa Aisyah 6 tahun, Aisyah tak nak lagi kencing atas katil, tapi Umi ingat tak, hari tu Aisyah terkencing atas katil..Itu sebenarnya Aisyah tersalah la tu.. bukannya sengaja..'

'Ooo camtu, tapi emel ni salah Umi kirim, mesti kawan Umi marah..' saja nak ngadu..
Best tau mengadu dengan Aisyah..hehe..

'Takk..mesti dia tak marah.. Umi telefon la dia, Umi bagitau..'Saya tersalah tadi masa hantar emel..Awak jangan marah yer..nanti saya hantar yang lain, yang betul punya..' Umi cakap je lah macam tu ye Umi.. Umi call kawan Umi yer.. Jadi Umi tak payah rasa sedih lagi..'

'Cam tu ke Aisyah.. Pandailah anak Umi ni....nanti Umi call dia bagitau..'

'Sekarang Umi boleh sambung buat kerja Umi.. jangan sedih ye Umi sebab Umi kena ingat dalam hati dan kepala Umi, kita semua manusia..mesti tersalah..Allah tak marah kalau kita tersalah..Umi ingat yer...' Ustazah Cilik menutup tazkirahnya.

Akhirnya Ustazah Cilik rasa sangat gembira, sebab Umi nya telah mendengar nasihatnya.. Nasihat apa tu yer.. nasihat undang-undang ke nasihat kaunseling?
Umi ketawa betul bila ingat nasihat anak Umi yang comel ini...

Terima kasih ye Aisyah...

'

Kisah Perempuan didakwa masuk Islam

Berita Harian
18 Jan 2008
Pengurus dibenar tuntut mayat isteri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam, membenarkan seorang pengurus pusat snuker menuntut mayat isterinya, yang didakwa menganut agama Islam sebelum kematiannya pada 30 Disember tahun lalu.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyatakan pihaknya tidak akan mengambil tindakan lanjut dan melepaskan segala hak terhadap mayat Wong Sau Lan, 53, kepada warisnya untuk disempurnakan mengikut agama dianutinya sebelum ini.

Mahkamah sepatutnya ditetapkan untuk mendengar permohonan perintah injunksi interim sementara bagi menghalang MAIWP menuntut mayat Wong, semalam. Peguam Karpal Singh yang mewakili suaminya, Ngiam Tee Kong, 52, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata MAIWP menyerahkan surat bertarikh 16 Januari lalu kepada beliau menyatakan pemelukan Islam oleh Wong adalah tidak sah mengikut kehendak Hukum Syarak dan Seksyen 85 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993.

Karpal berkata, Ngiam akan menuntut mayat isterinya daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berharap MAIWP lebih berhati-hati berkaitan isu agama pada masa depan.

Sementara itu, peguam Zulkifli Che Yong, yang mewakili MAIWP berkata sudah menjadi tugas MAIWP untuk menyiasat status keislaman Wong selepas timbul dakwaan beliau sudah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.

Zulkifli berkata, keputusan untuk melepaskan mayat itu juga dibuat selepas mengambil kira pandangan Mufti dan hasil siasatan berhubung keterangan seorang saksi iaitu pengamal perubatan tradisional, Siti Aishah Ismail, yang pernah mengubati Wong.

Zulkifli berkata, MAIWP mendapati ucapan kalimah syahadah (perakuan sebagai Islam) Wong adalah tidak lengkap, selain syarat pemelukan Islam beliau yang tidak sempurna. Dalam permohonannya pada 2 Januari lalu, Ngiam meminta perintah injunksi bagi menghalang mayat isterinya itu diuruskan mengikut Islam sebelum kesahihan dakwaan Pengarah HUKM dan MAIWP (defendan) diputuskan di mahkamah. Ngiam memohon injunksi bagi menghalang HUKM dan MAIWP daripada mengambil atau menuntut milikan terhadap mayat Wong.

_______________________________

Man granted right to claim wife's body

Ngiam Tee Kong, 52, and his youngest daughter leaving the High Court after their hearing.

KUALA LUMPUR: It was a traumatic three-week ordeal for an entertainment outlet manager after he was refused permission by a hospital to claim his wife's body. She had allegedly converted to Islam.But yesterday, Ngiam Tee Kong, 53, could finally heave a sigh of relief after the High Court (Appeals and Special Powers Division) ordered Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM) to release the body to him, after granting him rights over her remains. "I will be claiming it today (yesterday) and hold a wake before cremating her."

He said this after judge Lau Been Lan delivered her decision in chambers following a letter from the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP), saying it did not want to pursue the matter.The letter, dated Jan 16, stated that Wong's conversion was not in accordance with the Syariah Law and Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993.The court was supposed to hear Ngiam's interim application to prevent MAIWP from claiming his wife's body. Counsel Karpal Singh, who represented Ngiam, said they would file a civil suit against MAIWP and HUKM for negligence."

MAIWP should not make mistakes like this and they have to be more careful." Lawyer Zulkifli Che Yong, who represented MAIWP, said it was the council's responsibility to investigate Wong's religion following claims that she had converted to Islam.The decision to release Wong's body was made after considering the views of the mufti and testimony from a witness, traditional healer Siti Aishah Ismail, who used to treat Wong.
____________________

Kesimpulannya;

Wanita tersebut didakwa memeluk Islam di hadapan seorang wanita pengamal perubatan yang pernah merawat wanita terbabit. Tetapi dengan kekurangan pembuktian, pendaftaran masuk Islam juga tidak kuat ketrangannya, apa tah lagi tidak ada apa yang boleh menguatkan dakwaan dan menyokong bahawa dia sudah masuk Islam.. Kerana itu, keputusan memihak kepada keluarga si mati..

Wallahua'lam.. Sekiranya simati memang pernah mengucap dua kalimah syahadah, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membuat penilaian dengan sebaiknya..Kita berasa sangat sedih sekiranya perkara ini berlaku...Tetapi cuba kita perhatikan reaksi Karpal mewakili bukan Islam bahawa dia akan mengambil tindakan seterusnya memfailkan saman kecuaian dan sebagainya terhadap MAIWP... Sebenarnya inilah tindakan mereka yang sebenarnya sangat tertutup dan tidak mahu bertimbang rasa serta sangat tidak menghormati Mahkamah Syariah... Peguam Nyonya Tahir kes Seremban dulu, sangat berbeza nasihatnya yang menghormati Mahkamah Syariah dan menunggu dengan sabar apa keputusan Mahkamah Syariah tetapi keadaannya sangat berbeza dalam kes Reyappan, kes ini pun sama... Alangkah sedihnya....

Semalam, surat khabar membawa kes yang hampir sama...
Seorang lelaki China berumur lebih dari 70 tahun meninggal dan anaknya yang Islam mendakwa ayahnya telah masuk Islam... Macamna pula keputusan mahkamah dalam kes ini? Mudah2an Allah membantu semua urusan kita..

Friday, January 18, 2008

Gambar Majlis Tauliah

Gambar-gambar semasa Majlis Pentauliahan Peguam Wilayah Persekutuan pada 17hb Januari 2008


Majlis pentauliahan diadakan di Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan :

1-Yang Amat Arif Dato' Ibrahim Lembut
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
2-Yang Amat Arif Tuan Haji Husain Ahamad
Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan
3-Yang Amat Arif Dato' Asri
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM










Gambar-gambar ini menunjukkan sebahagian Peguam Syarie yang baru telah mengambil tempat dalam Dewan, majlis formal belum bermula...

Gambar-gambar yang ada dalam entry ni sebahagian yang diambil, sebab banyak lagi dalam kamera Siti Razasah.




Presiden Hj Zainul bersama 3 orang Exco yang mendapat tauliah iaitu Tajuddin (Exco Tugas-tugas Khas), Myself (Exco Penerbitan dan ICT) dan di tepi sekali adalah Fahda (Exco Penyelidikan).

Dalam majlis tersebut Fahda memberi ketas soal selidik kepada Peguam Syarie yang baru mengenai beberapa isu yang perlu dijawab seperti Bayaran diterima semasa chambering, apa yang ahli perlukan daripada Persatuan, pencapaian PGSm dll.. Nanti lepas ni Fahda kan bentang dalam meeting Exco hasil penyelidiannya tersebut.



Barisan Exco PGSM.. Dari kiri Tajuddin, Abdullah Anuar (Exco Rekreasi), Presiden Hj Zainul, Timb Presiden Isa, sebelahnya myself, Fahda dan Siti Razasah.
(Gambar lagi satu, sebelah Siti Razasah adalah peguam baru bernama Arafah yang sekarang bertugas sepenuh masa di Sekretariat PGSM dan di hujung kanan adalah Faiz (Exco Khidmat Guaman Syarie).

Sazira, seorang Peguam Syarie/Peguam Sivil dari Muar, peguam muda bersemangat tinggi dan aktif dalam JIM.. Kami akan bersama-sama di bawah Unit Syariah JIM selepas ini..


Siti Razasah, Exco Modul Dakwah, seorang Peguam Syarie yang sangat bersemangat dan selalu ke depan memberi tenaga dan masa untuk PGSM. Semoga Allah memberi balasan yang baik untuknya.. begitu juga kepada staffnya yang juga bersemangat iaitu Mimi Sazila .. Menjaga Meja PGSM bersama staf Fizah dan staff Rusydan... Terima kasih atas bentuan diberikan. Banyak juga barang-barang PGSm terjual dan ramai ahli baru yang mendaftar pada hari tersebut.




ini semua gambar barisan Peguam baru...dan gambar orang kuat di belakang majlis tersebut..

















Banyak gambar-gambar kenangan yang menunjukkan myself bersama my best-friend, (Pensyarah kanan di UiTM) iaitu Puan Syarifah Zahrah atau Kak Pah.. Ada gambar dengan Tajuddin dan Fahda dan lain-lain adalah barisan pimpinan PGSM...
Sebahagian gambar dan penerangannya telah diupload ke dalam blog Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) di alamat http://peguamsyarie.blogspot.com/
My life would be very busy after this.. After this pentauliahan, I have to replace Prof Madya Noor as the Head of Unit Guaman Syarie UiTM and have to teach DLSA also, to replace him as well.. At the same time, as Exco PGSM and also Head of Biro Dakwah NGO JIM Petaling and at the same time as the Penasihat Jawatankuasa Muslimat Surau qaryahku....
I pray may Allah memudahkan semua urusanku..amin
Regarding this pentauliahan...I do feel very-very happy for being accepted as Peguam Syarie bertauliah untuk Wilayah Persekutuan...
Thank you Allah for all the nikmat that you have bestowed upon me.....

Tauliah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan


Hari ini sangat bermakna untuk aku...


Pada 17hb Januari 2008 telah berlangsung majlis pentauliahan Peguam Syarie yang baru untuk Wilayah Persekutuan. Seramai hampir 150 Peguam Syarie telah berjaya memperolehi pentauliahan dan diiktiraf untuk beramal di Wilayah Persekutuan dan diraikan dalam majlis ini.

Dalam majlis yang sama, 3 orang daripada Exco PGSM yang belum mendapat tauliah Wilayah Persekutuan telah berjaya memperolehinya iaitu aku sendiri, Puan Nurhidayah Muhd Hashim (Exco Penerbitan), Puan Fahda Nur (Exco Penyelidikan) dan En Tajuddin (Exco Tugas-tugas Khas). Majlis ini juga diraikan oleh hampir 10 orang daripada Exco PGSM yang lain. Dalam majlis tersebut juga, Presiden PGSM iaitu Tn Hj Zainul Rijal Abu Bakar telah diberi penghormatan untuk mengalu-alukan Peguam Syarie yang baru.


_________________________________


Ucapan Presiden PGSM diletakkan dalam blog ini untuk bacaan semua. (Ucapan ini aku yang draf dan edit untuk My President..)

Terima kasih Pengerusi Majlis,YAA Datuk Ibrahim bin Lembut,
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSMYAA Tuan Hj Hussin Ahamad Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan
Yang Arif Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah MSWPKL
Yg Bijaksana Ketua Pendakwa Syarie Wilayah PersekutuanKetua Pendaftar,
Pegawai Sulh dan Pegawai-pegawai MSWPKL
Pimpinan PGSM dan ahli-ahli PGSM
Ahli Jawatankuasa Penganjur Program
Dan Yang Diraikan Semua Peguam Syarie yang akan menerima sijil pentauliahan pada hari ini.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke hadrat Rasulullah saw. Selaku Presiden PGSM, saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya sehingga Majlis Pentauliahan ini berjaya dilaksanakan pada hari ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak YAA dan juga seluruh Pegawai MSWPKL yang telah memberi ruang kepada PGSM untuk bersama-sama meraikan majlis ini. Saya berasa sangat gembira melihat jumlah Peguam Syarie yang agak ramai yang akan mendapat pentauliahan pada hari ini. Ia sekali gus menunjukkan kesungguhan dan minat mendalam di kalangan Peguam Syarie yang baru untuk bersama-sama memartabatkan perjuangan Syariah di negara kita.

Pada hari ini, kita meraikan hari yang bermakna bagi Peguam Syarie yang baru, kerana mereka telah berjaya melepasi ujian dan temu duga sehingga berjaya ditauliahkan sebagai Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan. PGSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anda semua dan selamat datang ke alam guaman syarie.

Secara umumnya, profesyen guaman sebenarnya berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri. Seseorang peguam hendaklah membina dan mempunyai kualiti tertentu yang sangat penting dalam profesion ini. Antara sikap penting tersebut adalah integriti, sabar, suka mencari ilmu dan meluangkan masa, tenaga dan kepakaran untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan.

Ia bukan semata-mata melibatkan wang sebagai ganjaran yang menjadi matlamat tetapi peluang untuk berkhidmat dan membantu pihak yang teraniaya adalah menjadi keutamaan.Pada hari ini, akhbar sering melaporkan isu-isu mahkamah sama ada mahkamah syariah atau mahkamah sivil. Secara tidak langsung ia turut melibatkan peguam yang beramal.

Kerana itu, para peguam sama ada sedar atau tidak akan turut menjadi tumpuan dan menjadi tempat rujukan masyarakat. Justeru itu, Peguam-peguam perlu mengambil kira beberapa kualiti yang perlu disemai agar ia subur dalam diri kita.

Pertama, seseorang peguam mesti mempunyai sikap positif dalam menjalankan tugasannya. Peguam wajib menjalankan tugasan dengan penuh integriti yang memerlukan mereka bersikap jujur, amanah terhadap klien, menjalankan profesion dengan penuh kesungguhan tanpa menolak nila-nilai profesional tinggi seorang peguam. Seseorang peguam mesti bertindak dengan penuh keyakinan, menghormati orang lain sama ada klien, peguam yang lain dan juga kepada pihak Mahkamah dalam menegakkan keadilan. Kita perlu sentiasa melihat sesuatu isu itu dari aspek yang makro berbanding dengan mikro.

Kedua, Mengambil berat dan sabar dalam berurusan- Sikap ini menghendaki kita supaya sentiasa menghormati dan memerhati kehormatan semua orang. Untuk itu, seseorang peguam perlu melayan semua pihak sama ada pihak lawan dan peguam-peguam mereka dengan adil, baik dan sewajarnya serta menjauhi dari bertindak tidak adil dan prejudis terhadap mana-mana pihak di sepanjang proses undang-undang yang dilaksanakan. Ini bermakna, walaupun seseorang peguam mewakili kliennya tetapi masa yang sama, peguam di pihak lawan tetap dianggap kawan dan boleh berbincang dengan sebaiknya demi kesejahteraan kes dan pihak yang diwakili.

Ketiga, Cintakan Ilmu dan Sentiasa Berusaha menambah ilmu. Peguam perlu sentiasa berusaha menambah ilmu yang ada dengan menggunakan pelbagai kaedah sama ada dengan menghadiri seminar undang-undang, membaca buku atau pun bertanya kepada Peguam-peguam Senior apa-apa perkara yang mungkin belum difahami. Dengan bekerjasama, kita akan lebih cepat memahami dan menyelesaikan sesuatu kekusutan yang belum kita ketahui.

Keempat, Bersikap Baik dan Mengambil Berat (Civility)- Seorang peguam yang mengambil berat profesion ini akan mengambil pendekatan baik dan mengambil berat serta menghormati bukan sahaja kepada Mahkamah dan rakan sekerja tetapi juga kepada seluruh manusia yang digaulinya. Menghormati mereka memerlukan kita menepati setiap mesyuarat yang diputuskan, temu janji yang dibuat, mengambil berat kepada jadual tugasan dan memberi komitmen yang sangat tinggi kepada apa yang perlu dilaksanakan. Seseorang peguam mesti mewakili klien dengan penuh kesetiaan dan kesungguhan serta komited dalam tugasannya serta menghormati kepercayaan yang diberikan oleh klien terhadapnya. Pada masa yang sama, kesungguhan dan kesetiaan kepada kliennya tidak pula menyebabkan dia melakukan tindakan yang tidak benar, kasar dan biadab apatah lagi menzalimi lawannya. Setiap peguam perlu menjadi contoh kepada kebaikan, kepatuhan kepada undang-undang dan menjaga sistem keadilan Syariah yang kita perjuangkan.

Kelima, Bersungguh dan Teliti- Seseorang peguam perlu sanggup berkorban masa, tenaga dan kepakaran untuk memahami dan menguasai setiap fakta kes dan peruntukan undang-undang yang dibentangkan di hadapannya. Dengan menguasai fakta dan undang-undang dengan teliti, ia akan membantu peguam dalam menjalankan tugasan dan mencari hujah yang perlu, bersesuaian dan mendalam untuk kebaikan kliennya.

Keenam, Suka untuk memberi khidmat dengan hati yang luhur dan ikhlas- Seseorang peguam mesti membantu dan melibatkan diri dalam urusan-urusan yang memberi kebajikan kepada masyarakat, membantu mereka yang memerlukan sama ada melibatkan perundangan, pendidikan, khidmat sosial, kebajikan dan sebaginya.Dalam berurusan dengan pihak lawan, peguam-peguam mereka, pegawai Mahkamah dan mana-mana pihak yang terlibat dalam sistem perundangan negara, seseorang peguam mesti berusaha untuk menjadikan sistem keadilan kita dapat berfungsi dengan baik dan cemerlang.

Seseorang peguam perlu mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan buruk, menjatuhkan nama baik Mahkamah Syariah dan sistem perundangan Syariah atau menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap perundangan Syariah terhakis.

Apa yang menjadi matlamat adalah untuk mencari kebenaran, menamatkan perselisihan secara baik dan memberi hak kepada yang berhak dengan penuh keadilan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Hukum Syarak.Sebelum memilih untuk membawa kes ke muka pengadilan dan meneruskan perbicaraan, seseorang peguam wajar mencari jalan dan mencadangkan kepada klien alternatif-alternatif untuk menyelesaikan pertelingkahan dan masalah mereka seperti menggunakan kaedah sulh, mediasi dan sebagainya.

Seseorang peguam juga mesti meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan penulisan sama ada dalam bahasa Malaysia, Bahasa Arab atau pun bahasa Inggeris. Semua kertas perundangan juga perlu menggunakan bahasa yang senang difahami dan tepat kepada maksud yang dikehendaki. Peguam juga mesti sentiasa memerhatikan kes kliennya dan memberi nasihat yang tepat dan bersesuaian.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud “ Hakim-hakim itu ada tiga jenis. Satu di dalam syurga dan dua lagi akan ke neraka....” Hadith ini sebenarnya bukan sahaja ditujukan kepada hakim sahaja malah kepada peguam juga kerana kedua hakim yang akan ke neraka itu sudah pasti akan mengheret peguam-peguam yang berhujah secara palsu di hadapannya dulu bersama-sama mereka. Oleh itu para peguam hendaklah menjadi pembantu kepada kebenaran bukan kepada kebatilan.

Sebagai sebuah Badan yang ingin memartabatkan perundangan Syariah dan sekali gus menjaga kebajikan Peguam Syarie di Malaysia, PGSM sentiasa berusaha untuk memberi input positif terutama melibatkan perundangan Syariah. Kita juga sangat berharap agar semua Peguam Syarie yang beramal nanti akan turut sama berada di bawah PGSM dan sama-sama bekerjasama menghidupkan serta memajukan PGSM demi kebaikan semua.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali kali kepada pihak YAA kerana memberi peluang kepada PGSM untuk turut sama meraikan Peguam Syarie yang baru pada hari ini. Mewakili PGSM, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Peguam Syarie yang berjaya mendapat pentauliahan pada hari ini. Sekian Terima kasih.

Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
17 hb Januari 2008.

(edited by Nurhidayah Muhd Hashim)

Thursday, January 17, 2008

Continuation....

Let's continue with the two guys from Indonesia... hehe..

I received a message asking me to continue the story of two Indonesian Scholars that I met at ISTAC... I need to fulfil the request.. it's very important for me. hehe.. Thank you for the interest to know who were the respected two Muslim Scholars...

Actually, I did feel very happy to meet them, without any plan and any intention, Allah has allowed me to gain some benefit and received valueable advice from some scholars that I met in that seminars and other places....

The first one was Prof Dr Mulyadi Kartanegara and another one was Bapak Husain Heriyanto M. Hum. Both came from Jakarta Selatan, Indonesia.

I was so impressed to know the background of Prof Dr Mulyadi.. He sat beside me during the tea, and I tried to start the discussion in a very polite way as possible.. Dont forget that I was the only female there.....Soon after, few other women came in and join the tea but all of them sat quite far from me..

I said, 'Assalamualaikum, I'm Hidayah from Shah Alam, where are you from Sir? Indonesia?'
"Yes... , I'm from Indonesia.. My name is Mulyadi.. Is it ok for me to sit here?'
'Yes, please..' 'How many of you from Indonesia Sir?'
'Two of us, this is Mr Husain. We come for this Seminar. How about you?Are you one of the presenters?'
"No.. I'm here represent my Boss from UiTM..'

Then he started to ask about UiTM, Shah Alam, Malaysia and I answered nicely as possible.. I guest very clear one......hehe..

After few seconds, I started to ask about Indonesia and he also answered all questions very nicely. I told him I went to Acheh, Indonesia last two years to send kurban Idil Adha for the people, my plan to visit Padang next month for my academic journey with few other researchers and I also mentioned the name of Ibu Aliya, the Syariah Judge of Jakarta that I met before..

He talked in a very nice way and always smiling.. He said, how happy to know that some Malaysians become good samaritans to help the poor and needy in Indon. When I mentioned about Ibu Aliya, he then explained a lot about the Syariah Courts in Indonesia and asked me to visit Jakarta to study about this matter.

Then the discussion become more serious but very friendly when I asked about his CIPSI or Centre for Islamic Philosophical Studies and Information. Curently, he is the Director for CIPSI.. Here, I got the first important point that impressed me a lot..He explained that he struggled very hard to establish this Centre which was later approved by the Government. After few years strugling, he managed to see the existance of CIPSI. He said it was a long journey and we have to do that for the sake of our religion..( First point that I grabed and put in my mind..)

I asked about his work in Jakarta.. He then axplained that currently he is a lecturer and have to teach few institutions under 'Visiting Professor of Usuluddin and Thought'..
When I mentioned something about books, he said, 'I just finished a book about the way we think and Islamic approach on that.'
Then I asked, 'How many book have you published Prof? and all of them about Islam?'

His answer impressed me a lot more when he said, "No, I wrote on Islamic issue, Islamic theology, on mindsetting, motivational book etc.. So far, I have completed 20 books...' (20 books?? Oh my God...Second point that I grabed and put in my mind..)


'Aaaa..... Is it Prof? How long you spent for a book? This surprised me alot. If you can give some advice to me, I would feel very happy Sir...'
He answered, 'If we can share... I dont mind to share.. Normally I can finish a book less than a month. Normally within 26 days I manage to write one complete book and after that I'll find the foodnetes and reference in detail. So far I dont have any problems for that..' (Within one month-one book??? Oh my God.... Third point that I grabed and put in my mind)

Then I said, 'Wah.. For sure you a e a very busy man, have to deliver talks to few universities, doing research and writing book in 26 days... How you manage to do that.? Then after you finish your writing, do you have any difficulty to find a publisher..I feel like wowww...'

He said very nicely and always maintain his smile.. 'So far, every month different publishers come to me and asking for manuscript.. Normally I choose al-Mizan Pulisher..They need manuscripts to be published. That's why we have no choice unless write and write for the benefit of the society....' ( Yes, we need to write for the benefit of our nation..Fourth point that I grabed and put in my mind)

"If you want to follow, I always sleep at 10-11pm, and wake up at 3 am every morning. I will start writing after that, normally for two hours before Subh I can have 1 or 2 chapters..You can try if possible, then start do your writing.. It's good for our ummah..' (Oh my God, Fifth point that I grabed and put in my mind..)

I have received a lot of unforgetable and so valuable advice from this guy. Before I went back to my UiTM, he gave me his card and said, 'Nice to discuss with you. Hope if you have time to go to Jakarta Selatan.. Please contact me, and drop by at our Centre...'

'For sure Sir, I will call you if I happened to go to Jakarta.. And thank you very much for sharing so wonderful advice.. I wish to follow that for the sake of our religion and society..Insya Allah.. Nice meeting you Prof..'

After that, my mind works so hard..
keep working to digest all the advice given....
I also need to do that.. sonner or later..
the sooner the better....
Insya Allah... God Willing...


Thank you Prof Mulyadi...
Director
Centre for Islamic Philosophical Studies and Information
Wijaya Graha Puri Blok B-5
J1 Wijaya II, Kebayoran Baru
Jakarta Selatan 12060
021-9963 7642
0815 7961 506
http://www.philosophia-cipsi.com/
mulyadhi_kartanegara@yahoo.com

Tuesday, January 15, 2008

Two Muslim Scholars From Indonesia

On 9th Jan when I went to ISTAC for the opening ceremony of the 'Seminar Islam and Science,' I met two Muslim scholars from Indonesia. Through the discussion made, I got some important and valuable advice and for sure I will try to follow the advice given..

What actually happened on that day?

As I alrealy explained in the previous entry, I reached there around 9.15am, I felt a bit guilty for being late when the session had already started at 9am. Actually I was asked to go there, as the only representative from UiTM, which was actually under the name of Vice Chanselor.. hehe..gempak gak..

So when I reached there, I informed the staff incharged that I was the representative of my Big Boss, and she ushered me to the great hall. I thought I could sit at any place as I wished but she asked me to sit on the second chair infront others which stated VVIP.. Oh ohoo and I was the only female... segannye..

Beside me was the Ambassador of Saudi, and on my right was Datok Firdaus, Director of Dewan Bahasa & Pustaka.. What I did was 'kept smiling and addressed them with Assalamualaikum..' hehe... After a few second, the Syeikh from Saudi asked me questions about ISTAC, what ISTAC is stand for, about UiTM etc.. And I also talked a bit with Datok Firdaus. He came because he involved in launching the book entitled "Islam and Science' by one of ISTAC members ie Prof Baharuddin...

After the session ended around 10.30am, the staff ushered us to the VVIP room for breakfast. Then here I met two learned figures from Indonesia...

Plus the two guys, I now have three new friends from Indonesia...

First, Ibu Aliya the Syariah Judge from Jakarta that I met during the discussion on position of women organised by United Nation and Ministry of Women last November 07...
And now add with these two respected figures ...

Jeng jeng jeng ... who were the two guys?

To be continued later...

Saturday, January 12, 2008

1 Muharam 1429H

Hari pertama 1 Muharam bersamaan 10 Januari 2008. Hari ini hari Khamis dan seluruh Malaysia bercuti, pejabat tutup cuti am dan kuliah di universiti juga tak ada.

Subuh Abah ke masjid, lepas subuh ada ceramah, jadi Abah stay di masjid sehingga habis ceramah. Umi solat di rumah sahaja. Lepas solat Subuh, Umi baca Quran dan lepas tu berehat sekejap.

Lepas breakfast, Umi, Abah dan Aisyah mula menjalankan tugasan keluarga. Abah mengemas pokok-pokok di halaman, potong daun-daun dan bunga yang berjuntaian.. Aisyah dengan Bibik dikehendaki mencabut batu-batu yang ada dan susun semula cantik-cantik atas rumput carpet yang ada dan basuh kolam ikan depan rumah bagi bersih..

Umi pulak jadi pemerhati politik saja, puji sapa-sapa yang buat kerja dengan rajin.. hehe..

Lepas tu, kita keluar pergi ke nursery untuk beli bunga nak tanam depan rumah. Kemudian pergi ke supermarket, balik dari supermarket pergi ke rumah Abang Uji sekejap..

Sampai rumah semua orang buat kerja masing-masing di komputer masing-masing.. Aisyah pula sibuk kemaskan buku sekolah dan tunjuk pada Umi dan Abah apa yang telah dipelajari.. Darling Umi, Aisyah yang comel sangat suka sekolahnya. Katanya dia dah ada 2 kawan baik dan Cikgu -cikgunya juga baik-baik.

Tiap pagi, Aisyah pergi sekolah dengan Abah dan balik dari sekolah Aisyah akan naik Bas Sekolah kepunyaan Untie Kok..

Hari pertama Aisyah ada berbisik pada Umi kegusaran hatinya, 'Umi, Umi suruh Aisyah balik dari sekolah naik bas Untie Kok. Untie Kok tu orang bukan Islam, Aisyah takut nanti dia bawak lari Aisyah, macamna ye Umi...'

Umi telah memenangkan Aisyah, 'Untie Kok tu memang orang bukan Islam, Aisyah doalah pada ALlah mudah-mudahan satu hari nanti Allah bagi petunjuk Untie Kok jadi orang Islam. insya Allah.. Tapi walaupun dia bukan Islam tapi Aisyah boleh percaya Untie Kok sebab Teacher Fari dah kenal Untie tu, Umi pun dah jumpa. Umi dah ambik nombor telefon Untie Kok. Aisyah jangan naik kereta sapa-sapa kecuali bas Untie Kok yer.. Sekarang ni ramai budak-budak kena culik, Aisyah ingat yer pesan Umi ni...'

'Insya Allah Aisyah janji Aisyah tak nak tidur dalam Bas, jadi kalau ada apa-apa terjadi, Aisyah akan sedar lepas tu Aisyah akan ingat jalan balik rumah kita.. ye Umi.. Mudah-mudahan Untie Kok jadi orang Islam lepas ni kan Umi..'

'Insya Allah..' Jawab Umi.

Lepas 4 hari naik bas, Aisyah kata dia dengan 2 kawan yang baik tu dah isytihar diri sebagai 'Geng Bas Sekolah' - tak boleh bergaduh tetapi mesti tolong menolong... hehe..

'Geng Bas Sekolah' tu apa bendanyer...

Malam tersebut, malam Jumaat Umi dan Aisyah ikut Abah solat jemaah di masjid.. Lepas balik dari masjid, kita menonton Ehwal Perdana di RTM. Malam tadi, Umi siapkan dua sbstract kertas kerja untuk di hantar ke Seminar Antarabangsa untuk bulan April nanti.. Mudah-mudahan abstract Umi diterima at least satu. Insya Allah..Prinsipku, 'Try is no harm..' Try saja hantar abstact ke seminar, hantar artikel ke akhbar ke, majalah ke, mintak apa-apa yang kita nak.. Try is no harm.. kalau tak try pasti kita tak dapat.. Jadi baik try!

Dah malam, maka habislah hari pertama awal tahun 1429H.

Doa Umi, Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..insya Allah dan amin..

Wednesday, January 9, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429 Hijriah

Hari ini 9 Januari 2008 adalah hari akhir untuk tahun 1428 Hijriah dan esok kita akan memasuki tahun baru mengikut kalendar Islam iaitu Awal Hijrah 1429 Hijriah. Begitu cepat masa berlalu, meninggalkan semua perkara menjadi kenangan. Semoga hari esok menjanjikan cahaya yang berkilauan dan bercahaya untukku, untuk seluruh keluargaku dan orang yang aku sayang dan juga untuk seluruh umat Islam semua.

Hari ini agak letih.. dari pagi jam 7.30pagi, aku ke ISTAC mewakili Pengarah sempena perasmian Seminar Islam and Science anjuran ISTAC IIU di Damansara. Kereta UiTM telah menunggu jam 7.30 pagi, driver baru tak tahu jalan ke ISTAC. Aku pun tak tahu macamna nak ke sana, akhirnya driver tersebut telah tersesat sehingga keluar dekat dengan One Utama, Supermarket di Damansara... Macammana ni? Dah lewat sepatutnya sampai 8.20pagi tapi jam 8.50 duduk di atas jalan raya lagi.. Aku telefon beberapa orang pensyarah yang tahu dan akhirnya kami sampai ke ISTAC jam 9.10pagi. Alhamdulillah..

Petang aku ada kelas dari jam 2-6 petang. Habis kelas aku ke usrah. Aku sempat membaca doa akhir tahun dalam kereta...

Presiden PGSM telah membuat ucapan ringkas sempena menyambut tahun baru 1429 Hijriah ini yang aku telah mengeditnya dan meletakkan di sini, untuk renungan bersama..
__________________________

Ucapan Ringkas Menyambut Tahun Baru Hijriah oleh Presiden PGSM

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekelian alam, salam dan selawat buat junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta salam buat ahli keluarga Baginda, para sahabat dan seluruh pejuang yang berusaha menegakkan dakwah Islam di muka bumi ini.

Mewakili Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah tahun 1429 Hijriyah kepada semua umat Islam dan khususnya kepada semua ahli-ahli PGSM.

Setahun yang berlalu amat bermakna bagi PGSM kerana terdapat banyak aktiviti yang telah kita lakukan bersama di samping tidak tersasar dari objektif ingin meletakkan Syariah di tempat dan kedudukannya yang sebenar. Namun begitu, perjalanan ini tidak terhenti dengan tahun baru ini malah ianya perlulah dilipatgandakan lagi.

Kita baru sahaja menyambut awal tahun baru 2008 dan pada hari ini, 9 Januari 2008, kita mula menapak ke tahun baru berdasarkan kalendar Islam iaitu tahun 1429 Hijriah. Dengan kedatangan tahun baru ini, tentulah lebih banyak cabaran dan rintangan yang pasti akan datang yang menguji keimanan, kesabaran dan keutuhan aqidah kita. Saya doakan kita akan berjaya menempuh segala cabaran dan dugaan tersebut.

Walaupun saban tahun berganti dan kita masih belum dapat meletakkan Syariah di kedudukan sebenarnya, janganlah kita berasa sedih atas apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah tidak akan bertanya kenapa kita gagal mencapai apa yang ingin kita hajati, tetapi apa yang akan dipersoalkan ialah apakah usaha yang telah kita lakukan ke arah mencapai objektif tersebut.

Semoga tahun baru ini membawa sinar baru kepada umat Islam dan PGSM akan bertambah maju dalam usaha menegakkan syiar Islam di negara ini.

Sekali lagi saya mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1429H.

Sekian. Wassalam.

Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PGSM
__________________________


Ada yang bergaduh sama ada wajar atau tidak kita baca doa akhir dan awal tahun? Kenapa perlu bergaduh? Perkara ini bukannya perkara qatie.. Bacalah semoga ia mengingatkan kita bahawa kita akan meningkat umur ke tahun yang baru, kita mohon dan berharap agar kita akan dapat memulakan dan meneruskan sepanjang tahun mendatang dengan baik dan dengan penuh kejayaan..


Doaku,

'Wahai Allah, apa sahaja yang kami lakukan sepanjang tahun ini semoga ianya baik dalam pandangan-Mu. Apa sahaja yang baik dan berguna, kurniakanlah kami keredhaan dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah kami keberkatan atas segala apa yang kami lalui. Berkatilah rumah tangga kami, luaskanlah rezeki kami. Permudahkanlah semua urusan kami, sama ada urusan dunia dan akhirat..

Wahai Allah, apa sahaja yang jahat dan buruk yang kami lakukan sepanjang tahun ini, ampunilah kami, maafkanlah kesilapan dan kelemahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami menguruskan hidup kami sendirian tanpa pimpinan-Mu. Bantulah kami di sepanjang laluan hidup kami. Bahagiakanlah kami di dunia dan bahagiakanlah kami di akhirat.

Semoga tahun baru yang akan datang akan membawa sinar bahagia dan kekuatan untuk kami supaya lebih tabah berjuang dan redha menerima ujian yang ada...
Wahai Allah, pimpinlah kami untuk terus teguh berada di atas landasan-Mu...amin..'


'

Jawapan Guna Kalimah Allah


Persoalannya boleh ke tidak orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan mereka? Jawapannya TIDAK BOLEH.
Kenapa? Kerana ia membawa kepada perlanggaran kepada syahadah yang kita baca iaitu 'Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah'.

Jika dibenarkan kita sangat bimbang ia memberi kesan negatif kepada orang Islam yang kurang ilmu terutama anak-anak muda kita akan hairan dan boleh membuatkan mereka terfikir bahawa 'Apa bezanya Islam dengan agama lain? Semuanya sembah Allah, tuhan yang sama, jadi semua agama setaraf dan sama sahajalah..' Sedangkan Tiada Tuhan Selain Allah dan tiada agama yang diiktiraf oleh Allah selain Islam.

Sama-sama kita baca apakah sebenarnya yang berlaku dalam tulisan di bawah ini. Tulisan ini ditulis oleh Mr Presiden dan diedit oleh aku. Semoga Islam akan terus kuat dengan semangat pejuang-pejuang yang ada.. Semoga Tahhun Baru 1429 Hijriah dan juga 2008 ini membawa cahaya kepada perjuangan memartabatkan Syariah di bumi Malaysia ini...amin
______________

Bukan Islam Tidak Boleh Guna Nama Allah
Zainul Rijal Abu Bakar

Masyarakat Islam menarik nafas lega dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah apabila membaca pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Mohd Zain yang menafikan kerajaan membenarkan penerbitan akhbar Herald- The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah walaupun Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memperbaharui permitnya yang tamat baru-baru ini.

Keputusan Kabinet mengekalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam adalah tepat kerana penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam apabila merujuk tuhan mereka boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan umat Islam. Malah ianya juga tidak bersesuaian dengan budaya dan adat yang telah lama diamalkan di negara ini.

Keputusan tersebut dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-wilayah Persekutuan menggubal dan meluluskan undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Ini bermakna walaupun rakyat bebas menganuti, mengamalkan dan mengembangkan agamanya; kebebasan tersebut bukanlah suatu yang mutlak. Kebebasan bersifat mutlak hanya akan mendatangkan kemudaratan sahaja.

Dalam konteks ini Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan telah pun mengehadkan kebebasan tersebut.

Sehubungan dengan itu semua negeri di Malaysia kecuali Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak telah menggubal dan meluluskan undang-undang yang mengawal dan menyekat pengembangan agama-agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah menggesa keempat-empat negeri tersebut di atas berbuat sedemikian dan ianya telah pun dipersetujui oleh negeri-negeri berkenaan.

Namun perkara tersebut masih lagi belum menjadi realiti. Tiada penjelasan langsung tentang kelewatan ini. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa keempat-empat negeri tersebut menunaikan janji yang telah mereka buat.Bagi negeri-negeri yang telah pun mempunyai undang-undang tersebut, terdapat peruntukan yang menyatakan bahawa menjadi suatu kesalahan menggunakan istilah-istilahtertentu (termasuklah menggunakan perkataan 'Allah', ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat” ) bagi kegunaan agama selain agama Islam. Namun pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang ini amatlah mengecewakan. Hampir tiada rekod menunjukkan undang-undang ini pernah dilaksanakan.

Walaupun begitu adalah elok untuk kita melihat salah satu undang-undang yang telah diluluskan itu bagi memahami maksud larangan kabinet itu. Umpamanya Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 yang diperkenankan pada 11 Februari 1992.

Enakmen ini bertujuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Enakmen sebanyak lima belas seksyen ini antara lain memperuntukkan jenis-jenis kesalahan dan penguatkuasaan terhadap kesalahan tersebut.

Antara kesalahan-kesalahan yang termaktub di dalam Enakmen tersebut ialah:-
a) Memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut, atau anggota suatu agama bukan Islam;
b) Mendedahkan seorang yang beragama Islam di bawah umur lapan belas tahun kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan Islam;
c) Mendekati seorang yang beragama Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, atau pertunjukan apa-apa perkara mengenai suatu agama bukan Islam;
d) Menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang yang beragama Islam;
e) Membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan Islam kepada orang yang beragama Islam;
f) Menggunakan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumberkan Islam.

Namun jumlah denda dan tempoh pemenjaraan antara satu negeri dengan negeri yang lain adalah berbeza. Pada tahun 2007 Kerajaan Negeri Kelantan telah meminda Enakmen mereka dan ini menjadikan negeri Kelantan mengenakan kadar denda yang tertinggi dan pemenjaraan yang paling lama antara negeri-negeri di Malaysia.

Walaupun dari sudut penggunaan Bahasa Arab perkataan Allah itu merujukkepada Yang Maha Pencipta, tetapi apabila ia disekutukan dengan perkara-perkara syirik, umat Islam di Malaysia tidak dapat menerimanya. Apatah lagi, umat Melayu/Islam sudah pun berada dalam keadaan keliru tentang agama mereka atas pelbagai faktor, dan sekiranya perkara ini dibenarkan maka umat Melayu/Islam akan bertambah-tambah keliru.

Perkataan "Allah" adalah berasal dari bahasa Arab. Sekiranya pihak Gerejaingin mengajar kanak-kanak Kristian yang berbahasa Malaysia, kenapa merekatidak menggunakan perkataan Bahasa Malaysia iaitu Tuhan. Kenapakah untukistilah ini diambil dalam Bahasa Arab. Sedangkan di Malaysia perkataan itutelah sebati bermaksud Allah azzawajalla. Begitu juga beberapa perkataan lain yang rata-ratanya difahami membawa maksud berteraskan Islam seperti ‘Baitullah’, ‘Kaabah’ dan ‘Solat’ juga hendak digunakan bagi merujuk kepada agama Kristian.

Untuk lebih terperinci, selain dari perkataan dinyatakan di atas, sebenarnya terdapat beberapa perkataan lain yang tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam. Antaranya ‘firman Allah, ulama, hadis, ibadah, solat, kadi, Ilahi, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, nabi, tabligh, iman, syeikh, akhirat, azan, al-quran, al-sunah, auliya’, qaramah, syahadah dan juga masjid.’

Dari segi lafaz zikir, beberapa istilah dan perbahasan tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam seperti ‘Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahuakbar, insyaAllah, Astaghfirullah, Tabarakallah, masya allah, La hawla wala, assalamualaikum, Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan auzubillah.’

Kita berasa sangat musykil akan objektif kenapa mereka beria-ia ingin menggunakan istilah-istilah bersumberkan Islam itu. Dalam hal yang demikian, keputusan kabinet itu adalah betul walaupun setelah didesak oleh beberapa NGO Islam seperti Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Persatuan Ulama Malaysia, TERAS dan beberapa pertubuhan yang lain. Diharapkan dengan keputusan ini, isu tersebut tidak akan dibangkitkan lagi. Keharmonian di antara kaum amatlah penting bagi mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan keamanan serta kemakmuran akan dapat dikecapi oleh setiap rakyat. Oleh itu janganlah diusik sensitiviti kaum dan agama kerana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang hendaklah dipertahankan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Semua komentar boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

Boleh tak suruh suami buat kerja rumah?

Ada keluarga yang bekerjasama antara suami isteri dalam menjayakan urusan rumah tangga. Ada suami yang membuat urusan pembayaran sewa rumah dan kereta dan isteri menyelesaikan urusan sekolah, yuran nursery anak dan membeli barang dapur.
Ada keluarga yang bekerjasama dengan baik dan ada yang sangat berbeza. Suami hanya menjadi 'pemerhati politik' dan semua urusan rumah tangga di buat oleh isteri. Alangkah kesiannya pada isteri yang perlu membuat semua perkara dan suami tidak mahu membantu.
Persoalannya boleh tak kita suruh suami buat kerja rumah?? Payahkan nak jawab...
Sebenarnya setiap orang yang berkahwin adalah orang yang ingin mencari pasangan hidup, ingin mempunyai seseorang yang boleh berkongsi cerita sedih, duka dan gembira, mencari tempat menumpahkan kasih sayang serta menerima kasih sayang.
Maka segala urusan yang berkaitan wajar dibuat bersama, musyawarahlah dengan baik dan buatlah dengan ikhlas pembahagian tugasan tersebut. Kita bukannya membuat syarikat kerjasama di bawah ROC tetapi membina hubungan sepanjang hayat.
Mari kita baca soal jawab di bawah yang dijawab oleh Siti dan diedit oleh aku sendiri.
_______________________

Disiarkan pada 3 Januari 2008
Hak Muslim: Isteri kerap suruh suami buat kerja rumah


Soalan

SAYA berkahwin empat tahun lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Tahun lalu, isteri saya berhenti kerja kerana majikannya berpindah ke luar negara. Secara kasar, dengan pendapatan yang ada, saya masih mampu menampung keperluan rumah tangga serta membayar ansuran rumah, kereta dan motosikal. Isteri hanya menjaga anak bongsu kerana anak sulung dijaga ibu saya sejak kecil. Masalahnya, isteri saya belum dapat menyesuaikan diri menjadi suri rumah sepenuh masa dan selalu menyuruh saya membuat kerja rumah yang boleh dilakukannya hanya kerana dia berasa bosan. Apabila saya enggan melakukannya, beliau akan bercakap secara kasar hingga bilik tidur. Saya tahu kerja suri rumah tiada hentinya, tetapi wajarkah isteri menyuruh saya? Ia mendatangkan tekanan kepada saya yang mengharapkan kebahagiaan dalam perkahwinan. Saya berusaha meringankan bebannya dengan menguruskan makan pakai sendiri dan membelikan keperluan dapur. Saya tidak faham apa yang disibukkan isteri kerana rumah kami kecil saja. Kami selalu bertengkar dan saya selalu mengingatkan isteri supaya bercakap lembut dengan suami. Saya tidak pernah memukulnya dan tidak pernah mengadukan hal ini kepada sesiapa demi menjaga maruahnya. Namun, saya takut akan hilang sabar suatu hari nanti. Apa yang harus saya lakukan.
Suami Makan Hati,
Kuala Lumpur.

Jawapan

Terima kasih atas soalan saudara dan semoga ia menjadi iktibar untuk semua pasangan lain. Kami berpendapat, saudara sebagai suami mesti berbual dan berbincang dengan isteri berkaitan masalah ini dari hati ke hati.

Niat anda mengharapkan kebahagiaan adalah suatu yang baik. Secara jujur, isteri yang pernah berkerja dan kemudian berhenti untuk menjadi suri rumah sepenuh masa akan mudah berasa bosan apabila melakukan kerja sama setiap hari. Apatah lagi jika suami pulang dari kerja, tiada langsung bertanyakan khabarnya. Saudara wajar memahami keadaan itu.

Sebenarnya, cara berkomunikasi penting dalam sesebuah perkahwinan. Masalah yang sering berlaku dalam rumah tangga hari ini ialah pasangan gagal berkomunikasi. Suami pula selalu beranggapan isteri tinggal di rumah hanya membuat kerja rumah senang, wajar duduk diam dan tidak boleh bersuara. Pandangan sebegini perlu diubah.

Apabila perkahwinan masuk tahun keempat, kebiasaannya kasih sayang yang tidak disuburkan akan semakin pudar dan mula mencari kesilapan satu sama lain. Perasaan kasih sayang seharusnya dibina setiap hari, walaupun sekadar ucapan terima kasih atas apa yang isteri lakukan. Isteri yang tidak bekerja jarang mengharapkan hadiah mahal, tetapi ucapan terima kasih dan ucapan selamat sudah cukup mengubat kepenatan seharian menguruskan rumah tangga.

Suami perlu kerap bertanyakan khabar, bercerita dan membiarkan isteri meluahkan perasaannya. Cubalah bawa isteri bersiar-siar di tempat yang disukainya atau menghadiahkan sesuatu supaya isteri sentiasa rasa dihargai. Amalkan bersolat secara berjemaah, membaca al-Quran dan makan bersama isteri dan anak. Kadang kala ada isteri yang ingin suaminya turut sama memasak, mengemas rumah dan bermain dengan anak apabila suami ada di rumah.

Layan kemahuannya sekadar yang munasabah. Saudara juga wajar memberi jalan dan menggalakkan isteri ke majlis ilmu seperti kuliah agama hujung minggu untuk wanita di masjid tempat tinggal anda. Ia akan meluaskan pandangannya di samping menambah ilmu dan kawan baru. Semua ini dapat mengurangkan tekanan yang dihadapinya.

Amalan solat berjemaah dan bersama-sama melakukan sesuatu aktiviti amat digalakkan dalam Islam kerana boleh menanamkan rasa hormat dan kasih sayang antara suami isteri. Rumah tangga dibina bukan demi memenuhi tuntutan nafsu dan kasih sayang semata-mata, tetapi sebagai satu ibadat untuk mendidik isteri ke jalan Allah.

Isteri yang berasa dihargai dan selamat dalam naungan suaminya tidak akan bercakap kasar tanpa sebab munasabah kerana suami itu sendiri sudah menanamkan keimanan yang teguh di dalam hati isteri. Sebagai teladan, Rasulullah SAW sangat sabar dan lembut dalam bergaul bersama isteri Baginda. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna adalah mukmin yang baik akhlaknya dan paling lembut terhadap keluarganya."

Baginda sentiasa berpekerti sopan, berbudi bahasa mulia dan menghormati wanita seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Tidaklah orang yang memuliakan wanita kecuali orang yang mulia, tidaklah orang yang menghinakannya (wanita) kecuali orang yang hina." Walaupun Baginda SAW adalah pemimpin agung umat Islam, baginda turut membantu isteri membuat kerja rumah seperti pergi ke pasar, menjahit pakaian sendiri dan turut beriadah seperti berlumba lari dengan isteri Baginda.

Saidina Umar yang terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah SAW yang tegas dan garang juga tidak memberi maklum balas negatif atau mengherdik isterinya walaupun isterinya berleter dan meninggikan suara kerana beliau memahami tekanan serta psikologi isteri yang kepenatan seharian dengan urusan rumah tangga.

Jika semua cadangan di atas sudah anda lakukan, tetapi isteri masih tidak berubah, tegur dan nasihatkan isteri dengan berhikmah, bukan dimarahi dengan kasar di samping sentiasa berdoa untuk kebaikan bersama. Asingkan tempat tidur dan jika sudah melampaui batas, pukul setakat untuk mengajarnya dengan menggunakan benda lembut untuk menginsafkannya. Bersabar dan berlembut dalam mendidik isteri kerana ia adalah amanah yang anda terima ketika menikahinya.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang persoalan boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

Tuesday, January 8, 2008

My Anniversary dan Tahun 1429 Hijrah

Masa sangat cepat berlalu.. Beberapa hari lepas, kita berganjak ke tahun 2008 dan esok lusa kita akan memasuki tahun baru 1429Hijrah pula.





Pada 1 Januari 2008, adalah hari besar untuk Umi dan Abah dan Aisyah...
Hari Anniversary perkahwinan kami..



Happy Anniversary To Umi & Abah





Sepanjang 13 tahun ini Allah telah memberikan kami kehidupan yang sangat baik dan bahagia. Ada ler sekali sekala bergaduh tapi kecik kecik sahaja...

Lagi kan lidah dengan gigi pun bergaduh, inikan pulak orang kan... hehe..





Doa Umi pada Allah Yang Maha Berkuasa..



"Wahai Allah, Semoga Engkau akan terus memberkati rumah tangga kami berdua, kurniakan kami cahaya kehidupan yang penuh barakah. Mudahkanlah laluan hidup yang kami lalui dan limpahilah kehidupan kami dengan rezeki yang melimpah dengan penuh barakah...Berilah kami menjadi contoh untuk umat Islam yang lain dan jadikanlah kami hidup bersama di dunia dan bersama di akhirat di bawah lembayung kasih sayang-Mu..."



Aisyah adalah orang paling gembira dengan kek yang dipotongnya... hehe..



Sunday, January 6, 2008

Lagi Kes Menyentuh Hati

Hari ini, akhbar menyiarkan satu lagi kes seorang Malaysia yang meninggal dan didakwa masuk Islam sebelum kematiannya. Kes ini hampir sama seperti yang berlaku dalam kes Moorthy dan Reyyapan. Kita tidak pasti bagaimana kes ini sebenarnya. Aku akan cuba hubungi Presiden Persatuan Peguam Syarie bertanya kes ini. Apa sebenarnya yang terjadi.. Kesiannya dan sangat sedih atas apa yang terjadi kerana berlaku lagi kes seperti Moorthy dan Reyyapan...

Ya Allah, tolonglah kami semua..

_________________________

Diambil daripada Berita Harian 5 Jan 2008

Mahkamah benar injunksi halang MAIWP tuntut mayat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, di sini, semalam membenarkan permohonan injunksi interim seorang pengurus pusat snuker, bagi menghalang jenazah isterinya diuruskan secara Islam oleh Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar permohonan ex-parte (sebelah pihak) oleh peguam Karpal Singh yang mewakili plaintif, Ngiam Tee Kong, 52.Beliau turut membenarkan permohonan Ngiam untuk menghalang Pengarah HUKM, ejen atau kakitangannya daripada menyerahkan mayat isterinya, Wong Sau Lan, 53, kepada MAIWP kerana mendakwa Wong masih beragama Kristian ketika meninggal dunia, Ahad lalu.

Lau menetapkan 18 Januari ini untuk mendengar permohonan inter-parte (kedua-dua pihak).Ngiam memfailkan saman itu Rabu lalu, bagi mengelak jenazah isterinya itu diuruskan mengikut agama Islam sebelum kesahihan dakwaan defendan itu diputuskan di mahkamah.Beliau memohon injunksi bagi menghalang HUKM dan MAIWP daripada mengambil atau menuntut milikan terhadap mayat isterinya.

Ngiam juga memohon injunksi bagi mengelak kedua-dua defendan itu daripada menghalang penyerahan jenazah Wong kepadanya untuk diuruskan mengikut agama Kristian.Dalam afidavit menyokong permohonannya, Ngiam berkata, beliau dimaklumkan isterinya sudah memeluk Islam ketika hendak menuntut jenazahnya sejurus selepas kematiannya, Ahad lalu.

Ngiam dimaklumkan jenazah Wong hanya akan diserahkan kepadanya jika beliau mengesahkan isterinya itu seorang Kristian ketika meninggal dunia, bagi membolehkan upacara mengikut agama Kristian.

Bagaimanapun, mayat itu perlu diserahkan semula kepada MAIWP untuk dikebumikan mengikut agama Islam.Sehubungan itu, Ngiam berkata, beliau menerima surat bertajuk Perakuan Masuk Islam bertarikh 31 Disember tahun lalu daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, menyatakan Wong memeluk Islam di sebuah rumah di Flat Sri Melaka, Cheras pada 24 Disember tahun sama.

Ngiam mendakwa proses pengislaman Wong adalah tidak sah kerana tidak mengikut peruntukan Undang-undang Pentadbiran Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1992, manakala pendaftarannya sebagai seorang mualaf selepas kematiannya juga tidak menepati peruntukan akta itu.

Selain itu, beliau mendakwa surat berkenaan juga tidak sah kerana tidak menyatakan nama Islam si mati.Pasangan itu berkahwin secara sivil pada 1979.

Semester Baru dan Vetting Final Exam

Semester baru untuk sesi Dis 07 - April 08 telah bermula pada 31 Disember 2007. Aku dah dapat jadual baru untuk semester ini sebanyak 16 jam dengan 2 kod berbeza. Pada masa yang sama juga perlu supervice 4 orang pelajar Islamic Banking untuk project paper dia orang.

Apabila bermula semester, kepalaku selalu pusing, ala..... hilang sudah kesunyian kampus dan penuh lah parking kereta. Kampus akan bising kembali dan di mana-mana akan ada orang... Jalan di kampus akan dipenuhi pelajar dan kereta-kerata pelajar...Ramainya orang...

Aku dah masuk kelas minggu pertama, ada la separuh pelajar yang hadir..

_________________

Vetting untuk final telah dibuat 3-5 Jan 08. Ramai yang hadir dari seluruh cawangan untuk sama-sama vetting, lebih kurang dalam 50 orang keseluruhannya...

Letihnya....

Saturday, January 5, 2008

Jawapan Kabinet Penggunaan Kalimah Allah

Alhamdulillah, isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja Kristian dalam majalah mereka yang boleh mengelirukan umat Islam terutama anak-anak remaja Islam telah diputuskan. Surat terbuka PGSM boleh dirujuk untuk memahami isu ini. Disedut dari Utusan 4 Jan 2008.
_______________

Kabinet benarkan Islam sahaja guna kalimah Allah

PUTRAJAYA 3 Jan. – Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing- masing bagi mengelakkan wujud suasana tidak harmoni.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, keputusan itu dibuat kerana penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, adalah tidak wajar larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain dijadikan perbahasan umum yang menggambarkan seolah-olah tiada kebebasan beragama di negara ini.‘‘

Semalam, Kabinet memutuskan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuaratnya pada 18 Oktober dan 1 November 2006.‘‘

Lagipun, mengikut amalan sejak sekian lama di negara ini, kalimah ‘Allah’ hanya merujuk kepada Tuhan penganut agama Islam sahaja,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429/2008 yang akan disambut pada 10 Januari ini di sini hari ini.

Acara tahunan kali ini yang bertemakan ‘Menjana Ummah Gemilang’ itu akan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Pada 31 Disember lalu, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah ‘Allah’.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Timbalan Menteri KKDN, Datuk Johari Baharum menegaskan, sekali pun permit akhbar itu diperbaharui, larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal.

Sehubungan itu, Abdullah memberitahu, pihaknya akan memaklumkan secara rasmi kepada KKDN berhubung keputusan tersebut secepat mungkin.Beliau berkata, selain kalimah ‘Allah’, kalimah solat, Kaabah dan Baitullah adalah dilarang penggunaannya dalam penerbitan agama lain.‘‘Ia berdasarkan keputusan Kabinet pada 31 Julai 2002,” katanya.

________________

Disedut daripada the STAR

Herald can’t use ‘Allah’ in its publications

By MAZWIN NIK ANISPUTRAJAYA: The Herald - The Catholic Weekly publication is not allowed to use the word “Allah” in its publications, the Cabinet decided. The restrictions on the use of the word “Allah” was still enforceable and shall be upheld as decided by the Cabinet in two of its meetings – on Oct 18 and Nov 1, 2006, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Abdullah Mohd Zin said.

Abdullah, who said the Prime Minister had instructed him to clarify the matter so the public would not be confused, told a press conference on Thursday: “One of the reasons given to uphold the restriction is because that it has long been the practice of this country that the world Allah refers to God according to the Muslim faith.”

It was only proper for other religions to use the word "God" and not "Allah" when referring to their God in respective beliefs, Abdullah said, adding that the use of the word “Allah” shall not be made a public debate that may give the impression as if there is no freedom of religion in the country.

“The use of the word 'Allah' by non-Muslims may arouse sensitivity and create confusion among Muslims in the country,” he said. On Dec 31, the publication’s editor Father Lawrence Andrew said the weekly was allowed to continue printing its Bahasa Malaysia section with no restriction on the use of the word “Allah” for God.

He said a representative from the Internal Security Ministry delivered a letter dated Dec 28 with the permit to print the newspaper and that according to him, the letter did not place any restrictions whatsoever. The newspaper carries reports in English, Bahasa Malaysia, Tamil and Chinese, about the Catholic community.

It has a circulation of 12,000The ministry had earlier issued directives to the publisher to cease the use of the word “Allah” in the weekly, failing which its permit would either be suspended or revoked. On Dec 5, the publisher filed a writ of summons in the Kuala Lumpur High Court to seek declarations of use of Allah. When contacted later, Abdullah said that the Cabinet in the two meetings had decided that Herald - The Catholic Weekly should not use the word “Allah” in its publications.

“I would also like to remind the public that apart from the word 'Allah', three other words - Solat, Kaabah and Baitullah – are also prohibited and cannot be used in other religions’ publications,” he said.

Friday, January 4, 2008

Darfur dan Ayah Die



Pagi tadi, sebelum ke tempat kerja, aku sempat buka internet dan adikku Idi ada.....Sempat aku chatting dengannya...



Dalam gambar ni, Idi dgn kawan2 termasuk org MHI, TV3 namanya sapa yer yg buat report on Darfur





----- Our chat on Fri, 1/4/08 7:32 AM -----
puan (7:19 AM): assalamualaikum die...idi (7:20 AM): walaikumsalam kak... apo khobar? sihat ke?

puan (7:20 AM): baik.. Die baik ker..?
idi (7:20 AM): sederhana... hihihi.. Kak duduk mana tu? opis?
puan (7:20 AM): kak tengah bersiap nak pergi kerja, sini kol 7.20pagi ni..
idi (7:21 AM): ooo....kak amik blog ni
idi (7:21 AM): http://www.onlyallahinmyheart.multiply.com/
idi (7:22 AM): ni blog die baru buat kemarin

puan (7:21 AM): Kak dah tengok MHI, story pasal darfur ada ler.. tapi takde gambar die dalam MHI pun..
idi (7:21 AM): takpelah..memang die selalu lari2 dari camera man, takut tak ikhlas pulak buat kerja.. hihihi..

puan (7:22 AM): Die, semester ni, ada ex-student IPB masuk Islamic Banking, semuanya kata anak murid Die dulu, dalam 9 orang kak ajar.. semuanya terkejut, Puan ni kakak ustaz fitri yer..hehe..
idi (7:22 AM): ye ke??
idi (7:23 AM): sapa nama dia??
puan (7:28 AM): tak ingat dah nama dia...idi (7:28 AM): ooo...ok

puan (7:29 AM): Die, kak nak gi sekolah dah.. Die happy ke duduk sana tu? telepon la Ma kat kampung sebulan sekali ke yer
idi (7:29 AM): so far Alhamdulillah.... suka gak sebab boleh banyak experience disamping dapat belajar bahasa arab....
idi (7:30 AM): nanti insyAllah die call rumoh...
idi (7:30 AM): ok kak....sehingga jumpa lagi
idi (7:30 AM): kirim salam peluk cium kat asiyah yer dari ayah die..


puan (7:31 AM): kak dah bukak dah blog die tu... banyak gambar die yer.. ansome..hik hik.. jgn khawin dgn org sudan yer..
idi (7:31 AM): okies...u can count on me...insyaALLAH

puan (7:32 AM): babai.. nanti kita chatting lagi yer,,idi (7:32 AM): ok....see u next


puan (7:32 AM): selalu2 lah masuk blog aisyah yer , lepas ni nanti kak bubuh emel Die yang baru ni dan alamat blog Die dalam yahoogrop family kita..babai
idi (7:32 AM): miss u soo much




Idi di hadapan pejabat Dewan Pemuda Masjid di Darfur..
Semoga Allah memudahkan semua urusan my beloved brother Idi / Ayah Die/Fitri di Darfur, Sudan..

Thursday, January 3, 2008

Aisyah Masuk Darjah Satu

Tarikh Sejarah 2hb Januari 2008

Tarikh 2hb Januari 2008 adalah hari paling bersejarah untuk Aisyah beloved daughter Umi dan Abah..Darling Umi masuk darjah satu pada tarikh ini di sebuah sekolah swasta iaitu Integrated Islamic School Shah Alam atau dipendekkan dipanggil ISSA.

Sekolah ini adalah kesinambungan pembelajaran Aisyah di Sekolah Tadika Little Caliph selama 3 tahun kepunyaan Sister Faridah Jamaluddin.

Perjalanan persekolahan Aisyah agak awal...


  • Dalam umur 2 tahun, Aisyah mula masuk Tadika Alam Bestari cum Nursery kepunyaan kawan baik Umi iaitu Kak Ram di Seksyen 18. Di sana, Aisyah mula belajar mendengar kisah-kisah Nabi dan kenal ABC serta belajar berkongsi dan berkawan..
  • Selepas masuk umur 3 1/2 tahun, Aisyah mula masuk ke Sekolah Little Caliph di Seksyen 7 kepunyaan Kak Fari (kawan Umi yang baik juga). Bersempena dengan kami sekeluarga pun pindah ke Seksyen 7.
  • Pendekatan di Little Caliph bersifat santai, bermain sambil belajar, bercerita kisah-kisah agama dan dididik dengan pendekatan Islam yang luhur. Bahasa pengantara di sini lebih kepada Bahasa Inggeris.
  • Ketika umur sekitar 4 tahun (tepatnya 3 tahun 8 bulan), Aisyah mula baca buku 'Bacalah Anakku...' Dan kerjanya hari-hari adalah membaca apa-apa tulisan yang besar-besar.
  • Ketika umur sekitar 4 1/2 tahun, Aisyah mula baca buku Bahasa Inggeris 'Read Easy' dan buku English yang mudah-mudah..
  • Umur 5 tahun, Aisyah masuk Kelas KG Comel dan lepas tu naik setingkat ke KG2. Kelas KG maksudnya kelas khusus untuk tadika, sebelum-sebelum ni bukan dipanggil kelas khusus tadika, tapi lebih kepada bermain, berkawan, bercerita sambil belajar . Yang ini betul-betul mengikut jadual...
  • Umur 6 tahun, Aisyah masuk kelas Pra Tahfiz khusus belajar hafazan di sekolah yang sama...Pengajiannya lebih kepada subjek Diniyyah, Bahasa Inggeris, Mathematic dengan pengkhususan hafazan al-Quran. Sehingga akhir tahun baru ni, Aisyah dah hafal a-Dhuha, al-Nasyrah, al-fiil dan semua ayat-ayat lazim yang lain. Di kelas Pra Tahfiz, Aisyah diasuh oleh Ustazah Noha. Terima kasih Noha dan K Fari. Di rumah pula, Aisyah belajar menghafal surah Ammayatasa dan Yasin dengan Umi dan Abah...
Ikrar
Semasa di Little Caliph, Aisyah dan kawan-kawannya akan berikrar setiap pagi sebelum belajar. Ikrarnya berbunyi;
Aku Anak Soleh
Rajin Solat, Rajin Ngaji
Ibu Bapa di taati
Guru di hormati
Cinta Islam Sampai Mati
Laila ha illallah, Muhammadur Rasulullah.. Yes!'
Aisyah juga ada ikrar lain yang berbunyi;
I am Khalifah of Allah
First, make myself good
Second, make others become good
Third, make physical wolrd good, clean and beautiful
Sambungan program Little Caliph, Aisyah ke ISSA dengan harapan semoga kelebihan dan kecemerlangan yang Allah kurniakan kepadanya dapat disambung dan digarap dengan sebaiknya.. Insya Allah..
Umi dan Abah dengan penuh tulus mengucapkan jutaan terima kasih kepada Teacher Ram dan cikgu-cikgu yang mengajar Tadika Seri Alam. Begitu juga jutaan terima kasih kepada Teacher Fari, Ustazah Noha dan lain-lain di Little Caliph..
Jazakumullahu khairan kathira atas segala jasa yang dicurahkan dalam mendidik anak kesayangan Umi dan Abah. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepada cikgu-cikgu sekelian.. amin
Aisyah sangat teruja dengan buku-buku dan segala persiapan sekolah darjah satu.. Nanti Umi akan masukkan gambar Aisyah ke ISSA...
"Semoga Allah memberi kefahaman yang baik dan kebijaksanaan kepada anak Umi. Semoga Aisyah akan menjadi anak yang solehah dan akan menjadi penyambung dakwah Islam untuk generasi akan datang.. Amin ya Rabbal Alamin"