Sunday, February 28, 2010

Surat Cinta

Bukan Saya punya...

Ini surat cinta Aisyah pada Abah di Mesia, dia nak pergi Camp 10-12 March nanti. Saya dah jumpa Pengetua sekolah dan dah tulis surat tentang keperluan kepada Halal Food, prayer times dan things to be monitored untuk Aisyah dan kengkawannya yang Muslim. Saya bagitau Pengetua, this year Aisyah mula belajar pakai tudung sebagai asuhan nilai untuk patuh pada agama Islam. Pengetuanya sangat cooperative.

Masa bincang dengan Aisyah, Aisyah tanya boleh tak dia bukak tudong masa nak tidur atau kalau ada main yang susah-susah macam flying fox, jungle tracking dll, saya kata ' Aisyah tengah belajar pakai tudung. Kena cuba pakai dulu, kecuali darurat baru boleh bukak tudong.. Tapi nanti tanya Abah boleh tak Aisyah bukak tudung masa mandi kat pantai dan lain-lain.. sebab Aisyah tengah proses belajar, belum baligh lagi.. Cuba tanya Abah...'

Dan inilah hasilnya Surat Cinta Aisyah kepada Abah...

Taraaa.......






Dear Abah,
Aisyah tak kan lupa kan sembahyang atau pakai tudung.Tapi umi cakap kalau
nak tidur takpa bukak tudung atau kalau
nak pergi mana mana yang ada banyak....
pokok ker atau nak pergi atas flying fox ker boleh bukak tudung sebab takut Aisyah punya tudung koyak ker apa ker tapi masa masa lain kena pakai .boleh? Abah setuju tak?
Bye.
yoUr DaUghtEr AisYah



PLEASE COME BACK SOON!!!!!!!!!!








Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul 12 R/Awwal 1431H

Maulid

Semoga saya dan anda semua akan berusaha menjadi umat Nabi yang baik..
amin dan insya Allah..










Rasulullah...

Salam dan selawat untukmu junjungan besar Nabi Muhammad SAW...

Life is a struggle

Life..

Last week, saya tengok TV kisahnya about Susan Boyle. Selepas dia berjaya sehingga ke US dan albumnya terjual dengan begitu banyak sekali. Peminatnya ramai sungguh. Bila DJ tanya soalan kat salah seorang peminat dia, 'What is so special about Susan Boyle?' The man replied..'Susan represents some extraordinary missions in life. Nobody can stop you from achieving what you want. So start dreaming and go for it..'

Itu Susan Boyle...

Sekarang kita dengan hidup kita.
Dalam melalui hidup, ada naik turun, panas hujan, atas bawah, hitam putih..

Kita perlu selalu berpesan pada diri sendiri..
Jangan lemah semangat, jangan undur, jangan jatuh terus tapi jatuh dan mesti bangun kembali..
Berazam, berusaha dan pasrah pada Allah..
Semoga our dreams akan tercapai..
Jangan putus asa..
Usaha dan terus usaha..




Heal the past
Live the present
Dream the future...


Don't count the days
Make the days count..


The key to happiness is having dreams
The key to success is making dreams come true..


Good times become good memories.
Bad times becomes good lessons..


Don't fear pressure
for pressure is what turns rough stones into diamonds..

Our greatest glory is not in never falling
But in rising every time we fall..

Live your life to the fullest!
Hidup adalah Perjuangan..
Allah tidak akan tanya apakah kita berjaya..
Tetapi sejauh mana kita berusaha mengejar kejayaan..


Tuesday, February 23, 2010

Tidur

Nikmat Tidak Terbeli..

Siang untuk bekerja dan malam untuk tidur mengumpul tenaga.. merehat badan mencari kekuatan untuk meneruskan kerja di esok hari. Bila saya hafal surah-surah akhir dari juzuk 30, saya akan hafal erti dia dulu, lepas tu baru pergi ke ayatnya. Banyak ayat Allah menyebut mengenai tidur dan bangun, demi siang dan malam, demi matahari dan bintang dan sebagainya.. Tidur adalah lambang kelemahan insan dan lambang kebesaran Ilahi. Manusia yang lemah perlukan tidur untuk berehat sedangkan Allah, sepicing pun tidak dihinggap rasa mengantuk. Ayat qursi yang kita baca selalu menceritakan Maha besarnya Allah.. Tuhan seru sekelian alam..

Alhammdulillah saya termasuk dalam kelompok orang senang tidur. Memanglah saya suka tidur tapi bukanlah tidur sepanjang masa. Bila malam, saya letak saja kepala di bantal, baca doa dan terus tidur...zzzz... Ada kawan saya terkebil-kebil sejam dua baru terlelap.. Bukankah tidur itu nikmat tidak terbeli?

Saya mempunyai ramai kawan yang mempunyai patern tidur yang berbagai-bagai. Ada yang hanya tidur 3 jam sehari. Ada yang tidur 4 jam sehari. Saya baca blog Prof Kamel, dia juga tidur 3 jam sahaja.. Saya baca biodata Kevin Rudd, dia pun tidur 3 jam sahaja. Saya baca banyak cerita orang hebat-hebat, semuanya tidur 3 jam sehari.. Saya tak mampu, badan saya masih belum sampai ke tahap sekuat itu.. Koman-koman, saya perlukan 5 jam sehari..

Saya juga ada seorang kawan, orang besar di UiTM, dia menjadi Supervisor kepada beberapa pelajar PhD. Dia tidur lepas sembahyang Isya' dalam jam 9.45mlm dan bangun jam 1-2pg. Terus buat kerja, baca tesis pelajar sampailah subuh dan siapkan anak-anak terus ke pajabat. Itulah jadual dia setiap hari.. Itu juga diluar kemampuan saya.

Saya juga ada seorang kawan lain, yang tidur jam 10 mlm. Tak kira apa terjadi, dia akan balik tidur jam 10 mlm dan bangun 4 pagi buat kerja rumah, kerja pejabat sampailah ke pejabat. Kalau saya call jam 11 malam, dia sudah dibuai mimpi ke mana-mana dah...

Ada pula kawan saya, dia loyer pompuan yang sibuk, nasib baik suaminya memahami kerjayanya. Bila kena buat submission kat mahkamah, dia tak tidur berhari-hari.. Lepas kes, esoknya tidur terus...hehe...

Entahler yer..

Masing-masing mempunyai cara tersendiri..
Saya baru menukar patern tidur saya..

Masalah saya adalah.. kepala saya berfikir dengan sangat laju bila semua orang tidur. Saya akan laju menulis, membaca atau buat apa-apa yang saya suka dalam jam 12-3pagi.. Tapi saya akan mengganggu waktu Subuh dan saya akan sukar untuk qiyam. Masa subuh masuk jam 4pagi di Melbourne ini, saya akan solat subuh dulu, dah selesai baru saya nak tidur.. Itu tak baik sebenarnya tapi masalahnya otak saya bekerja jam 1pagi, 2 pagi, 3 pagi..

Saya sekarang sedang menukar patern kerja saya..
Seminggu ini, saya tidur jam 10.30 lepas solat Isya' dan bangun jam 3.30 pagi. Saya solat tahajut, hajat dan terus buat kerja sampai ke subuh. Saya rasa agak pelik kerana saya tak biasa tidur awal.. Tapi saya perlu melakukan sesuatu...
Memberi masa untuk badan saya berehat dan mencari masa untuk saya qiyamullail dan mencari masa untuk saya buat research saya..

Saya perlu buat yang terbaik..
insya Allah..

Menggembirakan..

Slip Gaji..

Hehe.. apa kena saya letak slip gaji kat sini?
Tak de apa sebenarnya...

Saya hanya nak release ketensionan yang saya alami..
Kesedihan dan kesusahan buat PhD..

Kemarin saya terima surat dari UiTM, Zaini 'Pegawai Pemasaran' kat opis saya di UiTM..Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU)..hehe..

kenapa saya panggil Zaini pegawai Pemasaran..
Sebab dia mempunyai PR yang sangat baik pada nialaian saya..
Dia bertugas sebagai PAR cum Kerani di CITU..
Selalu senyum, senang menolong orang keperluan dan peramah sangat..
Saya sangat suka minta tolong dengan dia..

Zaini atau dipanggil sebagai Wak Zaini masih muda belia..
Tahun lepas khabarnya ber'cinta' dengan anak murid saya.. isy isy... Jadik ke Wak?

Zaini minggu lepas mengirim semua surat-surat saya dari UiTM ke Melbourne.
Surat penting termasuklah slip gaji..
Terima kasih ye Wak Zaini..

Taraaaaa....
Inilah first time saya tengok slip gaji akhir-akhir ini..

Ia sangat menggembirakan saya..
First time saya tengok di slip gaji saya ditulis PM..hehe..



Monday, February 22, 2010

RESPECT

Aisyah's creativity..

Saya terkejut tengok Aisyat buat poem. Dia kata it's like a poem even though not a real poem.

She designed:

R= Respect
E= Everybody
S=So
P=People always play safely with
E=Each other so they
C=Cooperate and remember
T=Teamwork..

Aisyah had to do something that could represent her thought. She was asked to do it in the class and submitted to Miss Bruce within 30 mt. She told me that Miss Bruce said ..'Well done Aisyah.."
When she came home, she explained to me and wrote a new one (since the original copy was with Miss Bruce)..

I was impressed...
You've done a good job Aisyah..
I'm proud of you...
BRAVO...

Bashed and Tragic

Shocking News..

http://au.news.yahoo.com/a/-/latest/6834590/man-bashed-and-stabbed-to-death/



22-feb -Chased down, ferociously bashed with a hammer and stabbed outside his Sydney home, a Malaysian-born murder victim was a humble man who didn't get involved in fights, a colleague says. The 43-year-old Australian citizen died just after midnight (AEDT) on Monday after arriving at his Marion Street home at Leichhardt, in Sydney's inner west.

The man, whose name is yet to be released, worked as a driver for the Malaysian consulate and is believed to have lived in Sydney for some years. Detectives are seeking two men, both of whom fled the scene in a black sedan, as investigators look at whether road rage sparked the attack.

"We believe the victim had just returned home - we don't know where he had been beforehand - and as he got out of the car he was approached by these two males," acting Superintendent Shayne Woolbank told reporters at the scene on Monday morning. It was a ferocious attack, there's no doubt about that."

Police arrived at the scene and performed CPR but the man died. Anyone with information about the murder is urged to contact police by calling Crime Stoppers on 1800 333 000.

Consul of Malaysia Dr Mohd Nasir Abu Hassan joined the appeal for information into the death of a "very dear colleague". "I couldn't accept how it has happened to him. It is so tragic," Dr Hassan told reporters. The victim's body will be sent to his Malaysian hometown as requested by his family. Dr Hassan said the man lived alone and did not have family in Australia.

Asked if the man was the type of person to get involved in fights, Dr Hassan said: "No. He is a very nice person. He doesn't talk too much. He was very, very composed and generally... humble." The attackers are described as two men, both wearing dark clothing, one with dark curly hair. They were last seen leaving the scene along nearby Cromwell Street in a black sedan.

_____________

Saya sangat terkejut dengan berita tersebut dan sangat takut dengan keselamatan diri sendiri. Saya tidak berani berada di jalanan waktu malam, takut dengan orang-orang jahat yang ada di sekeliling. Pada masa yang sama, saya bertawakal pada Ilahi. Semoga Allah selamatkan saya dan seluruh keluarga saya di bumi yang jauh ini. Untuk arwah yang dibunuh, kami doakan Allah mengampuni semua dosa-dosa allahyarham dan penjenayah yang jahat dan tidak berperikemanusiaan dapat dihukum.
_________________

Mewakili VMPGA, saya mengirimkan email kepada Pengarah MSD dan juga Pegawai Attache di Sydney

Assalamualaikum,

Kepada Dr Nasir dan pihak MSDA,

VMPGA dan seluruh pelajar postgrad di Victoria sangat terkejut dengan berita kematian arwah pemandu Konsulat dalam kejadian yang mendukacitakan tersebut. Kejadian tersebut sangat memberi kesan dan 'menakutkan' kita semua tentang tahap keselamatan di sini. Pemergian beliau pada masa yang sama mudah-mudahan memberi iktibar kepada semua terutama kami yang belajar bersama keluarga dan anak kecil di Australia ini untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.

Mewakili VMPGA dan pelajar-pelajar postgrad di Victoria, saya mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dan juga seluruh keluarga MSDA di atas kehilangan tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampuni arwah dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang terpuji. amin.

Nurhidayah Hashim

Presiden VMPGA 09/10

Sunday, February 21, 2010

Seminar Legal Theory

Melbourne Uni

Pada 18 dan 19 Februari 2010, saya dan sham ke melbourne uni- attending a conference on legal theory untuk phd students. Tajuk panjang conference tersebut adalah; 'Melbourne Forum on Doctoral Legal Research: Knowing, Acting, Creating'. Saya rasa malu pada diri saya sendiri.. rasa macam takde ilmunya saya ni, semua yang dibentangkan oleh pelajar PhD menunjukkann banyaknya mereka membaca dan menguasai ilmu dan research meereka. Saya rasa kecik jer.. Ini merupakan cabaran untuk saya. Saya perlu lebih keras berusaha.. insya Allah

Saturday, February 20, 2010

Tetamu Hebat..

Lawatan Tidak Formal ke Rumah Pelajar..

Atas inisiatif Dr Nasir MSDA, rumah saya menjadi tumpuan untuk KSN datang melawat macamana pelajar di Melbourne tinggal, rumah, suburb, barangan, harga sewaan dan kelengkapan rumah pada 17 Februari 2010, 7.30 malam - 11 malam. Tan Sri dan Dr Nasir masuk ke bilik study saya dan bertanyakan soala-ssoalan seperti bila study di rumah, bila ke pejabat, macamana beli kelengkapan almari, rak buku, meja dan lain-lain. Mereka juga menjenguk bilik Aisyah.. [Nasib baik semuanya cantik tersusun..]

Mereka sekeluarga yang terdiri dari KSN, Tan Sri Sidek Hassan, Puan Seri dan dua anak mereka (Liza mendaftar di RMIT) diiringi Dr Nasir, Pengarah MSDA sudi datang ke teratak saya, menjamu selera dan kemudian mendengar apa yang saya utarakan sebagai Presiden VMPGA di Melbourne. Beberapa kawan yang lain turun sama menemani saya melayan tetamu pada malam tersebut.

Saya mengambil peluang meminta beberap perkara;

1-Rayuan keperluan Attache di Melbourne
2-Rayuan bil ubat pelajar di sini tidak ditanggung insuran dan harap dapat diclaim kerana ia membebankan.
3-Peningkatan sewa rumah yang tinggi dan kedudukan bantuan biasiwa pelajar
4-Perbezaan pekeliling tutor dengan PhD mendapat Gred 51 automatik.

KSN mendengar dengan baik dan memberi peluang saya utarakan semuanya dengan detail. Disokong oleh Dr Nasir Pengarah MSD Sydney.. Insya Allah Tan Sri takes seriously dan berjanji akan mengambil tindakan sebaiknya sekembali ke Malaysia nanti.






Saya bersama Puan Seri dan Niza..
Di ruang tamu...

Tuesday, February 16, 2010

ASLI Conference

Asian Law Institute (ASLI) Conference..

Saya hantar dua abstract. Satu saja diterima. Yang satu lagi saya pun tak tahu kenapa ASLI tak terima. Paper yang saya hantar diterima bertajuk 'VIOLENCE AGAINST WOMEN: ANY HONOUR IN HONOUR KILLING? – A QUERY', saya buat dua nama dengan Sham.


Manakala yang tak diterima tu saya buat dua nama jugak, tapi dengan kawan yang lain bertajuk 'WELFARE OF A NON MUSLIM CHILD WHEN ONE PARENT EMBRACES ISLAM: COMPARATIVE APPROACH BETWEEN SYARIAH AND THE MALAYSIAN FEDERAL CONSTITUTION'. Saya rasa pelik kenapa tak diterima yer? Agaknya sebab yang kedua saya submit lambat, due date 8 jan, petang hari tu baru saya submit sebab ada sedikit masalah teknikal masa tu, sedangkan yang diterima tu saya submit 7hb Jan, sehari sebelumnya.


Insya Allah ASLI kali ini dibuat di UIA. Tahun lepas dibuat di Hong Kong (saya tak pergi masa di Hong Kong) tapi tahun sebelumnya dibuat di National Univ, Singapore which saya pergi dan presented a paper mengenai Maintenance for Wives in Syariah court.

Kali ini, paper yang diterima akan dibentangkan oleh Sham. So Sham sure akan balik ke Mesia pada 24-26 Mei nanti. Dia tengah apply dapatkan fund dari La Trobe Univ. Saya pulak tak tahu macamna...

Mungkin balik, mungkin tidak..

Tahniah to the New Assoc Profs

Tahniah....

Tahniah kepada dua orang my respected figures- my kakak and my abang ipar yang telah berjaya mendapat keputusan temuduga Prof Madya minggu lepas..

Tahniah Kak...
Tahniah Abe Lie...


Prof Madya Dr Siti Zaiton Hashim
and her hubby Prof Madya Dr Razali Ngah

Tahniah orang UTM Skudai...

Sunday, February 14, 2010

Memory Lane Atok dan Nenek di Melbourne

Atok dan Nenek... 3-13 February 2010

Nenek dan Atok di airport.. 13 Feb 2010 11 malam..




Atok dan Nenek..


Depan rumah, nak bertolak ke airport



Rendang nenek buat..


Nenek tengah keringkan rendang.. jam 10 malam 13 Feb 2010

Makan malam sebelum turun ke airport.. jam 9 malam 13hb Februari 2010


Atok di ruang tamu tengok TV- pembukaan sukan olimpik musim sejuk.. jam 8.30 13 feb 2010


Barang-barang Atok, Nenek dan Abah..


Ini hari pertama selepas sampai, keluar dari rumah ke kereta nak ke Preston Market

Hari sabtu 13 Feb 2010, depan rumah hantar Kak Min dan abang man sekeluarga balik..


kak Min dan abang Man visit rumah kami, Sabtu 13 Feb jam 2pm

Hajar, Hanis, Uaa dan Aisyah main kat luar rumah..



St Kilda..

Beranginnya di St Kilda..



Tengok kanggaroo di Wallan- dekat rumah kak Min Abang Man


Di Hidden Valley...

Berkelah di Park..dekat dengan Wittlesea


Abah dan Atok ... kami tengah perjalanan ke King Lake


Kesan terbakar bush fire sudah agak hilang dengan tumbuhan baru menghijau..


Kami ke sini ler.. pusing-pusing dan berkelah..


On the way ke King Lake, Atok nak beli cheese home made, kami singgak di factory cheese tapi semuanya tak halal..


Cheese yang macam-macam jenis...

Semoga lawatan Atok dan Nenek ke Melbourne menjadi kenangan manis untuk nenek dan atok. Atok (75 tahun) dan Nenek (71 tahun) akan menyambut anniversary ke 51 pada 27 Februari 2010 nanti. Kenduri akan diadakan di Bangi. Aisyah dan Umi di sini mendoakan semoga Allah selalu memberikan kesihatan yang baik untuk nenek dan atok..amin..


Rasa Sunyi dan Sedih

Sekejapnya...

Malam ni Atok, Nenek dan Abah balik ke Malaysia..

Balik dari hantar semua orang yang saya sayangi di airport, saya diselubungi rasa sunyi yang teramat. Rasa sedih dan sayu dan air mata saya tetiba bercucuran mengalir membasahi pipi.
Bila saya parking kereta, berjalan ke pintu rumah dengan Aisyah, membuka pintu rumah dan masuk dalam rumah, saya rasa rumah saya sangat sunyi dan sepi..


Rumah saya yang bising, meriah selama dua minggu pertama apabila Abah balik, dan kemudian bertambah meriah dengan kedatangan Atok dan nenek selama dua minggu tetiba hilang. Saya dan Aisyah rasa sangat sunyi.. Rasa terdengar-dengar suara Nenek, Atok dan Abah bercakap-cakap.. Atok menonton TV dan Nenek di dapur...

Sunyinya..................

Thursday, February 11, 2010

Berjalan

Buaian dan terbuai..

I am not a good passenger.. Really! not a good person along the ride..

Dari dulu lagi kalau saya duduk sebelah atau duduk belakang.. saya rasa macam duduk atas buaian.. terbuai-buai-buai dan seterusnya saya akan tidur dengan penuh nyenyak..




Kalau nak saya tak tertidur, kena bagi saya yang bawak kereta..

Barulah mata saya bukak..



Oleh sebab ianya berlaku terlalu kerap sehingga tak terhitung, maka saya dah dapat tahu patternnya..
Saya cuma mampu tahan dalam 15-30 minit saja... lepas tu saya akan terlelap..
(10 minit teruk sangatkan....)

Tadi, kami bawak nenek dan atok pusing-pusing ke King Lake tempat bush fire sebab Atok nak tengok kesan terbakar. Sepanjang jalan, saya tidur jer.. hehe...

Ada lagi satu cara kalo nak saya tak terlelap; kena sembang jangan berenti dgn saya. Kalo brenti jer, mata saya akan kuyu.. hehe..

Tuesday, February 9, 2010

Nenek & Atok

Pusing-pusing Melbourne..

Nenek dan Atok tak berapa kuat untuk duduk atas kereta lebih dari satu jam. jadi semua perjalanan yang makan masa terpaksa dibatalkan. Philiph Island ker, Great Ocean ker, apa-apa yang lama kita tak pergi.

So pilihan yang tinggal adalah pusing-pusing dalam masa yang sekejap. Duduk dalam perjalanan sekejap, duduk di luar sekejap dan kemudian balik rumah. Kalau kuat, petangnya keluar jalan-jalan lagi..

Saya pulak sangat sibuk, masa yang sama saya ni menantu yang baik (hem hem..), jadi saya bersembang-sembang sambil menceritakan betapa kalut keadaan saya sekarang. Saya mintak maaf banyak-banyak tak dapat menemani mereka ke sana sini sebab saya perlu pergi pejabat macam biasa.

Mak @ Nenak ni sangat suka duduk dapur. Kami pergi Preston market beli apa yang Mak nak, then duduk rumah masak. Saya tolong siket dan Ma buat yang banyaknya..

Aisyah memang sangat-sangat seronok sebab rumah kami meriaah macam di Bangi. Malam makan nasi lauk banyak di meja, lepas tu Atok duduk tengok TV dan baca paper. Aisyah duduk bercerita dan bersembang dengan Nenek. best sangat..
Saya akan pasti rindukan kemeriahan ni bila semua balik mesia Sabtu ni.

Sepanjang Mak @Nenek ada di rumah kami, saya rasa sebijik macam dok di Bangi .. Mak masak rendang, kuah mee udang, buat cekodok, kari, kurma dan macam-macam lagi.. Dahtu siap bekalkan saya nak makan kat opis.. u laa...laa....buat malu saya sungguh.. tapi alhamdulilah..hehe..

Saya sekarang memang tengah kalut giler-giler.. tak mampu saya nak ikut pegi sana sini.. Isnin kena jumpa Supervisor -Makcik Kerry. Weakend saya ikut tapi berjalan2 masa weakdays saya tak pergi ler.. my husband yang banyak temankan mereka jalan-jalan..

-Visit Fadzlina dan babynya (Mak dgn Abah kenal Ina)
-Ke Garage Sale
-ke Trash & treasure
-ke Melbourne City
-ke Wallan
-Ke La Trobe Univ
-ke tempat2 bersejarah..
-Dan lain-lain






ke Wallan.. ke rumah Kak Min dan Abang man yang baik hati...

Mak membeli sakan kat Garage Sale.. toys untuk cucu-cucunya di Mesia..
hari tu mereka ke Victoria Market.. beli carpet bulu kambing tu..Beli lime helai untuk setiap anak mereka.. jadi kami pun dapat ler jugak sehelai.. hehe... Time kasih ye Mak dan Abah
Mak berkenan gelas antik tapi Atok kata.. takyah.. susah nak bawak balik mesia


Depan rumah kami.. Atok tengah nak angkat sebakul besar barang-barang diborong di garage Sale
Ini tengah berjalan ke Tugu Pahlaman mereka di Bandar Melbourne





Ni kat La Trobe Univ.. depan building saya duduk sekarang

Yang ini pulak jalan-jalan keliling La Trobe University
Dalam bilik saya... Saya ke opis sama keluar dengan Aisyah ke sekolah. Lepas hantar saya, my husband akan bawak Atok dan nenek jalan-jalan, pusing-pusing.. Petang jam 7.30pm, mereka semua datang ke bilik saya jemput saya balik.. Begitulah hidup sengsara seorang pelajar..
Alangkah susahnya jadi pelajar.. tapi no turning back. Saya perlu redahkan sampai habis..
Insya Allah..

Semoga Atok dan Nenek gembira datang ke Melbourne...