Sunday, December 27, 2009

Perjalanan Hidup..


Demi Masa...


Hari tu, Aisyah belajar buat sushi kat kelasnya.. balik dari sekolah sibuk dia berstory tak cukup gigi..[hehe..] tentang tatacara dari A samai Z macamna nak buat sushi.. 'Umi, halal ni.. boleh makan Miss Jap kata semua barang halal.. Senang jer Umi nak buat sushi.. Mula-mula we have to wash the rice and cook, then cut the carrot, then take the seaweed then we have to put the rice and the vegetable nicely, then kita masak.. senang jer umi... sedap pulak tu.. Malam ni Umi tak payah cook for dinner, we eat sushi yang AIsyah buat je.. bla bla bla....'
Tapi sushi yang dibawak balik ada 3 ketul jer.. camna nak buat dinner.. hehe...





Aisyah dengan sushinya... Siap buat case dan tulis ingredient segala...



Saya ikuti kelas Ustaz Tirmizi PISANG kat Mesia Hall baru ni...banyak saya sembang dengan UStaz Tirmizi lepas kelas dan esoknya kat rumah Kak Nab, sebagai tambahan untuk saya, disamping yang saya dah belajar di Darus Syifa' dan Aura SYifa' yang saya belajar dulu.

Makan apa pulak tu Aisyah?? isyy bestnyer...
Ini ler GOZLEME, roti tradisi orang Turki.. sedap sangat... harganya AUD8 sebijik besar dalamnya ada ayam dan daun-daunan... yummy yummy...
Habis....
___________

Geelong 25 Dec 2009

Gambar kat bawah pulak ni adalah gambar kita keluar jalan-jalan melihat kebesaran Allah menguna pakai peluang dapat tiket naik train free.. sampai ke Geelong dan pusing-pusing, pastu makan, bagi aisyah main-main dan akhirnya balik semula ke rumah..
Pergi jam 8.00pagi dan sampai rumah pulak jam 8.00 malam... letih terpe'et...malamnya terus zzzzzzzzz......
geelong Law Court
Aisyah bergambar depan gian Christmas Tree... duduk atas palang ambik gambar jer..
Geelong.. cantik cam Putrajaya


Ni atas train... satu gerabak semua orang Melayu.. ramai betul..
Sebabnya??
Sebab semua orang puteh beraya Christmas kat rumah, jadi train dikuasai oleh orang tak puteh ler.... hehehe....

Friday, December 25, 2009

Email Aisyah To Abah

Aisyah..

Saya tak tahu Aisyah pandai tulis cam ni.. hehe.. Rupanya dia tulis email kat Abah dan cc pada Umi. Dia nak bagitau Abah baliklah cepat sebab Umi takde kawan nak berstory hal ehwal orang besar-besar. Aisyah tak boleh nak jadi pendengar yang baik sebab Aisyah masih belum besar lagi... hehe..
_________________


salam Abah,



Abah what are you doing.we miss you so much. When are you coming back. I'm having lots of fun here.But if you were here it would be more fun.Abah come back quickly ok.
Because umi doesn't have someone to talk to.About grown up though. If is not about grown up she can talk to me. So please come back as quickly as you can ok.Bye


LOVE FROM
AISYAH,UMI

Thursday, December 24, 2009

Forum Maal Hijrah

Ahli panel..

Ustaz Nushi telefon saya minta saya jadi ahli panel forum Maal Hijrah yang akan diadakan di KgVic. Semasa berbincang dengan Ustaz Nushi, akhirnya dipersetujui saya akan menyentuh mengenai hijrah, iktibar dan pengajaran berkenaan urusan wanita dan kekeluargaan. Saya sendiri sedang berhijrah fizikal dan spritual.. berhijrah dari Mesia ke Australia, berhijrah dari kelemahan kepada kekuatan.. minda dan spritual..dengan izin Allah

Insya ALlah jumpa Sabtu nanti..
Saya akan cuba setakat yang mampu. amin..
______________

Iklan telah disiarkan dalam KgVic yahoogroup oleh moderatornya..


Assalamualaikum tuan, puan serta keluarga,

InsyaAllah Forum Maal Hijrah 1431H KgVicNorth akan diadakan pada hari Sabtu pada jam 5 petang bertempat di Masjid An-Nour Devon Rd. Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Khairul Anuar Mohd Al-Hafiz, Ustaz Azizee Rohim Jopri dan Ustazah Norhidayah Mohd Hashim. Moderator forum ini pula ialah Ustaz Nushi Mahfodz.

Agenda program adalah seperti berikut.
1) Solat Asar berjemaah 5.00 - 5.30pm
2) Forum Maal Hijrah 5.30 - 7.30pm
3) Potluck ringkas 7.30 - 8.15pm

Tuan, puan dan keluarga adalah dijemput hadir untuk menyertai forum ini.

Wassalam dan terima kasih,
shafriza,
Alif Lam Min

Email Aisyah To Abah

Salam Abah,
Abah tengah buat apa.Semalam kan
abah kata ym rosak so kita ym
m
alam ni lah. Tapi dont forget to
open your computer
tonight ok.We are very excited
waiting for you to come back.
So please come
back as fast as you can.

Bye

WE LOVE YOU SO MUCH
FROM YOUR
DAUGHTER AISYAH

Tuesday, December 22, 2009

Palestine oo palestine

Shocking news..
21 Dec 2009

May one day Allah save Palestine and the people...amin
Laknat Allah atas kejahatan Yahudi Israel.
______________

Israel Admits Stealing Palestinian Organs
By Khalid Amayreh, IOL Correspondent

"If such is what they are willing to admit, imagine how much they are concealing," Knesset member Teibi told IOL.OCCUPIED JERUSALEM --

For the first time, Israel has tacitly admitted stealing Palestinian body parts for transplant in Jewish patients, vindicating accusations leveled by Palestinians and rights groups over the past years. "We started to harvest corneas…whatever was done was highly informal. No permission was asked from the family," pathologist Yehuda Hiss, the former head of the Abu Akbar Center, also known as the L. Greenberg Institute for Forensic Medicine, told Nancy Sheppard-

Hughes, now a professor of Anthropology at the University of California-Berkeley , in a documentary aired by the Israeli Channel Two.The documentary revealed that in the 1990s, forensic specialists harvested corneas, heart valves and bones from the bodies of Israeli soldiers, Israeli citizens, Palestinians and foreign workers, often without permission from relatives.

Israel Steals Body Parts: Palestinians Hiss said his doctors often sought to mask the removal of corneas from bodies. "We’d glue the eyelid shut. We wouldn’t take corneas from families we knew would open the eyelids." Other body parts believed to have been harvested from deceased Palestinians and others included heart arteries, bones and corneal tissues.

"The skins were taken from the bodies and transmitted to Hadasah hospital in West Jerusalem on the request of the Israeli army to be transplanted to wounded soldiers and in case of disaster," said Hiss.

Hiss revealed that in the early 1990s, military surgeons began removing a thin layer of skin from bodies to treat burn victims, which he said was done without family consent.Hughes reportedly decided to publish the interview, recorded in 2000 as part of her studies at the Israeli forensic institute, after a leading Swedish daily reported in August that Israeli soldiers killed Palestinians to trade in their organs.

A Swedish journalist revealed earlier this year that Israeli doctors at the Abu Akbar forensic institute had been harvesting organs from Palestinians killed by the Israeli army.The Aftonbladet report, written by Donald Bostrom, cited an incident of Palestinian organ harvesting by Israel in 1992 during the first Intifada.

Incriminating Ahmed Teibi, a member of the Israeli Knesset and head of the Arab nationalist Party, insists that the new evidence incriminates the Israeli army and government."If such is what they are willing to admit, imagine how much they are concealing," he told IslamOnline. net.

Teibi says the revelations amounted to irrefutable evidence proving that Israeli doctors at the Abu Akbar institute harvested appendages and corneas from bodies of slain Palestinians in the 1990s.He says the latest revelations underscored the "inherent racism plaguing the Israeli Jewish society."Teibi was the first to raise questions about the issue of Palestinian organ harvesting by Israeli doctors.

In January, 2002, then Israeli Health Minister Nessim Dahan said in response to a question by Teibi that he couldn’t deny or confirm that organs of Palestinian youths and children killed by the Israeli army were taken out for transplants or scientific research."I couldn’t say for sure that something like that didn’t happen."

At that time, Teibi said he had received credible evidence proving that Israeli doctors at the forensic institute of Abu Akbar extracted such vital organs as the heart, kidneys and liver from the bodies of Palestinian youth and children killed by the Israeli army in Gaza and the West Bank.The Israeli military confirmed to the Channel Two documentary that the practice of harvest Palestinian organs took place in the 1990ss."This activity ended a decade ago and does not happen any longer."

Palestinians, however, insist that the Israeli army continued to harvest Palestinian organs for transplant or for sale in the black market.Earlier this year, relatives of several Palestinians killed by the Israeli army during Al-Aqsa uprising told IOL that their beloved ones were returned to them shortly after they were killed without their vital organs and with a huge cut from the stomach to the neck stitched up.

Saturday, December 19, 2009

High Comm

Program..

Malam tadi, Jumaat 18hb, study circle wanita dibuat di rumah kami. Ramai yang balik Mesia cuti sekolah 2 bulan ni. Yang hadir kali ini dalam 25 orang saya rasa, campur 8 orang lagi kanak-kanak. Alhamdulillah.. Aisyah bukan main suka bermain dengan kawan-kawannya..
Rumah kembali sunyi pada jam 11 malam, lepas solat isyak, saya pun tidur...

Sabtu 19hb, High Commision Malaysia Canberra menghantar wakilnya ke Mesia Hall untuk membantu those who need to renew their passposts. My first action was-- sent Aisyah to Lalor at 8.00 am.. (Thank you ye Sham dan Din), then i continued my journey to Mesia Hall..

Immigration Attache namanya Cik Azura, dia datang bersama dua staffnya iaitu Zam dan Zul. Kami tolong apa yang patut sebab VMPGA yang meminta mereka hadir ke Melbourne supaya pelajar2 kat Melbourne supaya tak perlu ke Canberra. Ada dalam 20 orang yang datang. Kira ok ler tu..

CIk Azura ni kelakar orangnya. Rupanya dia Junior saya di UIA. Bila dah sembang-sembang, saya tanya dia, 'Nak kena tanya ni, saya nak panggil Cik Azura ke apa yer..' Dia ketawa..'Kak ni, panggil saya Zura sudah ler.. Kalo dalam mesyuarat dengan Datok High Comm baru panggil saya Cik Azura.. hehe.. ' Zura ni sepupu Hanif sebenanarnya. usaha meminta Attache dan staff High Comm bermula masa kepimpinan Hanif, saya teruskan saja..

Sembang punya sembang, saya dah dapat tempat tidur kalau saya pergi Canberra.. hehe...
Zura kata, 'Kak Dayah, kalau pergi Canberra, tidur rumah saya jer.. tak yah pegi hotal-hotel...' hehehe... bagus jugak ni.. Bila kita nak pergi Canberra yer...

Friday, December 18, 2009

Perjalanan Sepi...

Sedih dan Sepi..

Saya sekarang berasa agak longlai dan sedih. Perkembangan research saya yang kurang memuaskan hati Supervisor saya. Kerja yang saya hantar tidak cukup baik, tidak critical enough, tidak mencapai tahap dikehendaki... sedihnya saya rasa..Saya rasa nak balik Mesia, nak tukar Supervisor, macam-macam...

Kata-kata nasihat datang bersilih ganti..
'Ni baru lagi.. ada lagi dua tahun to go.. a lot of hings can happen within these two years..'
'Teruknya Supervisor awak.. kalau saya kat tempat awak, saya pun sedih jugak...[ni kata-kata nasihat ker?? musykil saya...]
'Take positive... jangan lemah. lembek sangat ler apa ni....'
'La yukallifulla hu nafsan illa wusaha, laha ma kasabat waalaika maktasabat..'
'Maybe sekarang kena tolak, lain kali tak kena dah..'
'Itulah yang dilalui oleh orang-orang berilmu sebelum ni.. chapter dicampak, buat baru, tukar lagi dan lagi.. be profesional, nape lemah sangat ni..'
'Dah.. dah... jangan sedih, itu kecik jer.. Supervisor tak puas hati, buat lagi sekali...'


Ya ALlah kuatkanlah saya yang lemah ini..

Dr Naem pernah email saya, dia kata 'Hidayah.. selamat mengembara di laluan PhD, satu perjalanan yang sunyi dan sepi.. kita sendirian sebenarnya..'

Ye.. saya sendirian sebenarnya..

Wednesday, December 16, 2009

Prof Madya To Be...

Good Luck

Hari ini my kakak and my abang ipar dua-dua interview untuk Prof Madya di UTM Skudai..
Good Luck Kak Za..
Good Luck Abe Lie..

Kami doakan dari Melbourne, semoga ada rezeki..
Insya Allah dapat yer...amin

Tuesday, December 15, 2009

My Beloved

My handsome Brother..

Akhirnya saya dapat gambar my adik yang kawin hari tu, saya dapat dari facebook kawan dia Arman.. Janji nak email gambar sampai sudah tak email.. Apara..hehe.. Nasib baik saya dapat selepas menggodek-godek facebook kawan dia..

My adik ni nama dia Muhammad Fitri. Lahir hari raya aidil fitri 28 tahun lepas. Tapi kita orang panggil dia Idie.. Agaknya sebab idil fitri agaknya, so pendek lagi jadi Die..

Masa Aisyah kecik, saya selalu pasang CD zikir Akil Hayy. Masa Aisyah umur 3 tahun dia tengok Ayah Die pakai jubah putih dan kain serban (macam ayah saya tu tapi letak atas kepala cam tudung..Aisyah kata ..'Ayah Die ni macam Ustaz Akil Hayy ler , tapi Ayah Die lagi comel ler...'

My beloved Idie. Disebelahnya my beloved Ayah..




Ni pengantin perempuannyer.. Namanya Siti...

Cantiknya dua-dua orang...

Kita orang di Melbourne tak sempat kenal...

Kepada Idi dan Siti..

Semoga bahagia selalu, semoga menjadi pasangan yang soleh dan solehah dan semoga dapat membina rumah tangga yang bahagia dan aman sejahtera, di dunia dan di akhirat. amin

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Monday, December 14, 2009

Urusan

Life Goes On....

Hari Selasa 8 Dis- jam 4pm, saya ke sekolah Aisyah sebab ada majlis perjumpaan ibu bapa dengan bakal guru kelas di tahun akan datang. Saya suka cara sebegini... Kita boleh ceritakan apa yang kita ingin guru kelas Grade 3/4 akan datang tau pasal anak kita. Saya jumpa Maria Bruce.. Dia ceritakan apa plan pengajaran untuk Grade akan datang, math dan kokurikulum apa nanti dll. Ini adalah satu tindakan yang bagus sebagai persediaan untuk anak, ibu bapa dan guru tahun depan berbincang dan memberi cadangan..

Jumaat 11 Dis -9 pagi... saya didatangi tetamu hebat di pejabat.. Muda belia orangnya, segak bergaya... hehe... Sapa tu? Orangnya adalah Mr Fareed, Presiden Postgrad Asso Perth. Datang ke Melbourne dan sudi datang ke pejabat saya berbincang tentang Persatuan, apa program yang dapat kami sama-sama buat untuk menjaga kebajikan Postgrad students di sini dan di perth.. Bagus sungguh perbincangan kami.. Saya bawak spaghetty dan kami makan di bilik. Sham dan Fendi turut sama hadir.. VMPGA akan melaksanakan sebahagian yang baik, mengikut contoh dari Perth dan mereka akan mengikut beberapa perkara baik yang kami buat di sini..
Saya seronok dengan pertemuan ini..

Sabtu 12 Dis- Mesyurat Exco VMPGA sepatutnya di Mesia Hall ditukar ke rumah saya. Aisyah saya export ke rumah Sham.. [Nasib baik ada Sham di sini dan saya sangat terhutang budi pada kebaikan mereka sekeluarga.. Ada apa-apa Aisyah akan diexport ke sana, bermain dengan Iman dan lain-lain. Hari ni Din Hogan aka Ayahchik buat kelas Agama jam 2.30pm, so lamalah Aisyah akan berada di sana.. Thank you ye Sham dan Din..]

Saya membawa hasil perbincangan dengan Fareed ke dalam mesyuarat Excos kali ini.. Kami akan membuat memorandum dan rayuan kepada KPT berkenaan elaun dan kenaikan sara hidup yang sangat mendadak di melbourne dan perth.. Semua sepakat.. insya Allah selepas ini beberapa kejutan untuk ahli2 VMPGA akan diwawarkan.. semoga ada kebaikan bersama.. amin..
Tunggguuuu... [hehehe..]

Hari ini Filah berada di rumah kami kerana suaminya Ustaz Zul ke Mesia Hall. Selepas mesyuarat, makan tengahari, solat dll, kami Excos bersembang lagi mengenai VMPGA. Selepas tu, saya berbincang dengan Filah mengenai research dan perkembangan Undang2 Syariah di Mesia. I was so happy dengan perbincangan tersebut. Lagi serius berbincang tentang Undang-undang, minda saya rasa lagi segar dan ia merupakan kecintaan saya selama ini. Terima kasih Filah. Selepas ini saya plan nak mengumpulkan semua calon PhD yang buat Law di melbourne untuk bertukar2 fikiran dan memanjangkan networking.. Filah yang cadangkan dan saya menyokong seratus peratus.


Jam 5.20 pm selepas Ustaz Zul datang menjemput Filah, saya ke Padang di Marriland melihat pertandingan netball kaum ibu Bundoora melawan Dandy Clayton... Menarik sungguh.. Tahniah kepada semua.. [Boleh baca dalam blog kawan blogger saya Mr Pidi & Kak Laili]

Hari Ahad 13 Dis, jam 9.30 pg kami ke State Hockey Stadium untuk grading Aisyah. Alhamdulillah sampai tepat masanya dan Aisyah sekarang berjaya mendapat Blue Belt 3. Grading akan datang Aisyah akan naik Red Belt. Cepat sungguh grading kat sini..
Balik dari grading, kami ke rumah Hana.. mereka pindah hari ini.. Dan selepas makan-makan, Hana ikut kami balik.. Aisyah dan Hana melonjak kegembiraan sebab dapat sleep over bersama-sama...

Malamnya dua orang princesses itu menonton cerita BRATZ selepas mengaji dan solat isyak.. sampailah tertidur jam 10.50 malam..

Sunday, December 13, 2009

Isteri...

Patah Kaki...

Saya selalu melihat kesukaran yang dihadapi oleh ibu tunggal-sama ada suami hilang, suami menghilang dan isteri seolah-olah digantung tak bertali, suami mati atau kerana bercerai hidup. Ibu-ibu ini sama ada suka atau tidak, mereka perlu kuat dan memaksa diri menjadi kuat. Memegang dua jawatan dalam satu masa adalah satu tugasan yang maha berat. Menjadi ibu yang penyayang dan masa yang sama perlu menjadi ayah sebagai pelindung anak-anak.
Sukar...
Sangat sukar...

Saya selalu mendengar luahan hati mereka. Menceritakan bagaimana susahnya mencari duit bekerja sesungguh hati dan diri yang sama perlu memasak menjaga kebajikan anak-anak. Jika anak membesar dengan pandangan yang jernih, mereka mungkin menghargai kesusahan ibu dan akan menjadi pelindung pula kepada si ibu setelah siibu tua..

Tapi ada anak yang tidak dapat melihat dengan baik. Mereka memberontak kerana tiada ayah di sisi. Mereka bukan menghargai ibu tapi menyalahkan si ibu. Mereka bukan bertindak menjadi penyejuk mata tapi menjadi penyebab air mata ibu tumpah ke bumi. Nauzubillah..
Saya mendengar banyak kisah sedih ibu tunggal berbanding kisah suka yang mereka lalui..

Saya selalu melihat betapa sukarnya mereka dan saya bila saya meletakkan diri saya di situ, saya rasa gundah, sedih, sangat takut dan sangat lemah...

Apa kaitan dengan saya??
Tidaklah sama, tapi saya merasainya...

Apabila Abah balik Mesia, saya rasa patah kaki saya..
Saya rasa banyaknya kerja saya kena buat dan badan saya tidak mampu melakukannya..

Bila di jalan raya, saya takut sesat sebab bila Abah ada, dia yang drive dan saya duduk sebelah saja..[selalunya saya asyik tertidur jer atas jalan sepanjang jalan...hehe..]
Bila saya drive di highway, saya takut kereta rosak dan saya tak tau nak repair..
Saya takut tayar pecah, saya takut engine mati.. macam-macam..

Bila berada dalam situasi sebegini, saya sangat bersyukur dengan nikmat Allah..
Semoga ALlah menjaga rumah tangga kami dan memberi kami sinar bahagia sepanjang hayat dikandung badan.. Semoga Allah memberi kami kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Syukur pada ALlah atas segala nikmat yang diberikan..amin ya rabbal alamin

Thursday, December 10, 2009

Darus Syifa'

Teringat..

Saya dapat tahu Darus Syifa' akan buat majlis penganugerahan tauliah atau ayat lain adalah diijazahkan ilmu perubatan Islam yang dipelajari dari Tuan Guru Ustaz Haron Din pada 27 Disember ini. Saya tak sempat attend lagi sekali. Takde pilihan sebab saya tak berkemampuan untuk balik Mesia dalam masa terdekat ini. Terkilan jugak rasanya...tapi apa nak buat!

Belajar dengan Ustaz Haron Din bagi saya satu nikmat yang besar dan saya selalu bersyukur atas nikmat tersebut. Kenangan betul belajar di Darus Syifa' Bangi selama hampir 1 tahun. ' Pengalaman yang tak dapat dijual beli... Walaupun saya sangat enjoy belajar di Darus Syifa;tapi saya selalu mengantuk dalam kelas.. sebab duduk bersila saja selama 3 jam... aduss sakitnya belikat saya.. Lagi satu, saya sangat takut dengan AJK-AJK Darus Syifa' .. sangat ler strict.

Tahun 2008 saya dan Abah masuk mendaftar, dan setiap hari Isnin, petangnya berkejar ke Bangi untuk berada di sana sebelum masuk maghrib, kadang sempat makan, kadang tak sempat makan. Ada kala makan roti saja atas kereta on the way to Bangi. Masa ada Bibik, Aisyah tinggal kat rumah dengan Bibik. Kalau tidak Aisyah ikut dan kita akan ke rumah nenek dulu hantar Aisyah dan lepas kelas, pergi rumah nenek semula ambik Aisyah..

Kami berangkat ke Melbourne pada 28 Nov 08 dan majlis tauliah Darus Syifa; diadakan pada 12 Dis 08. Pegawai di Pejabat Darus Syifa' cuma maklumkan, 'Nanti tahun depan balik tauliah sekali dengan pelajar kumpulan 21lah..' Kami kumpulan 20 dulu... Nampak gaya tak sempat nak join dengan mereka.. tahun depan nama saya ada lagi ke tak yer...

Ada satu kali on the way ke Darus Syifa', kami bawak Aisyah kerana nak tinggalkan dia kat rumah Nenek di Bangi..
Aisyah kata..'Umi, bila Umi dan Abah dah tua, boleh tak Umi dengan Abah duduk rumah kat Bangi..'
Saya jawap, 'Nape lak nak duduk kat Bangi, rumah kita kan kat Shah Alam..'
My darling Aisyah teruskan lagi..'Maksud Aisyah, kalau Umi dengan Abah dah tua dan duduk kat Bangi, masa tu Aisyah bolehlah tinggalkan anak Aisyah kat Umi dan Abah sebab Aisyah pun nak belajar dengan Ustaz Haron Din tu...Boleh tak Umi..'
Saya terdiam.. 'Umphhhh tinggi jugak idea AIsyah ni. Tapi saya cuma jawab, 'nanti kita tengok yer camna..'

Lagi satu kenangan indah adalah.. tiap hari Isnin petang masa nak keluar dari rumah, kami akan bawak 2 atau 3 botol air mineral untuk letak masa baca yasin dengan Tuan Guru. Selalunya anak-anak jiran akan datang ke kereta kami dan selalu menegur ..'Umi, Umi nak pergi mana? Kenapa Umi bawak air banyak tu?' Sebelum saya sempat jawab, Aisyah yang akan jawab dulu..'Air tu air ubat, Umi dengan Abah nak pergi Darus Syifa'. Sebab Umikan belajar dengan Ustaz Haron Din..'

Saya cakap.. 'Aisyah janganlah jawap kuat-kuat.. cakap jer Umi nak pergi Bangi..
Tapi Aisyah dengan penuh semangat menjawab, 'Nape pulak Umi, kan Umi nak pergi kelas Ustaz Haron Din... Takpelah cakap.. Ustaz Haron Dn tu kan orang baik..'

Aisyah Aisyah....macam-macam...

Tuan Guru Ustaz Haron Din..
Apakah masa Aisyah dah besar nanti, beliau masih ada dan dapat berkongsi ilmunya yang banyak tentang perubatan Islam? Saya sendiri tiada jawapannya.. Hanya Allah yang Maha Tahu. Semoga ALlah berikan pahala yang besar pada Ustaz Haron Din atas segala ilmu yang dicurahkan..

Wednesday, December 9, 2009

Masalah..

Letih..

Kadang-kadang saya rasa sangat letih dengan masalah yang dihadapi..

'Hidup kan ujian... bila nama ujian adalah masalah.. bila ada masalah, baru ada usaha menyelesaikannya.. bila ada usaha disitulah wujud perjuangan...Ingat tu.. paham tak hidayah??'

Saya cuba memujuk diri sendiri..

Tapi saya manusia biasa..
Punya hati dan rasa...

Kadang gembira, kadang berduka..
Kadang ceria, kadang moyok...
Kadang kuat, kadang longlai...
Ada kalanya..
Letih dan keletihan..
Bosan dan kebosanan..
Boring dan keboringan..
Malas dan kemalasan..
Meluat dan kemeluatan..

Ahhh... boringnya....
Aduiii apa saya patut buat..
Letihnya saya rasa...

p/s Ini luahan hati saya, sesiapa yang baca sure tak paham..
Tak paham tak apalah... Sebab itulah masalah...{hehe...}

Tuesday, December 8, 2009

Enjoy

Sabtu Hari tu..

Dari chrries-picking, then ke blackberry picking, then ke lavender farm..
pastu pi Silvan Park, makan-makan dan solat..
















Monday, December 7, 2009

White Ribbon


No to Violence

25/11 /09 hari tu, kami sekeluarga join White Ribbon Say No To Violence Against Women bersama penduduk Darebin dan Ahli Council Darebin yang berada bersama-sama. Majlis bermula dengan menulis oath/petition support the campaign, that we won't do any act of violence against women and we will report if any violent happens around us. Jalan beramai-ramai dan jerit NOOOO to Violence. Semua benda tersebut direkod untuk dimasukkan dalam White Ribbon Report to the Parliment.



Sign NO TO VIOLENCE AGAINST WOMEN

Bersembang dengan AJKnya sambil berjalan ke tempat dengar talk MP dan say NO...



Tengah dengar...

Lepas tu jerit NOOOOO sekuat hati dan jeritan tersebut direkodkan..

Umphhh saya pelik.. Ada jugak macam tu punya campaign.. Jerit jer..
I kept wondering tentang effect campaign tersebut..
Kat Mesia macamana pulak??

Sunday, December 6, 2009

Cherries

Picking ..

Saya memang suka buah cheri. Suka sangat sangat.. Selain durian dan pulasan dan betik ler..
Sekarang musim cherries..
Hari Sabtu 5 Dec kami bergerombolan ke Dendenong ke tempat ladang Cherries. Nama ladangnya Chappies, dalam 50 mt driving. Memang teruja sebab dah lama saya bercita-cita nak pick cherries ni. Sementara Abah ada, boleh kami berjalan jauh siket.

Pakcik jual sedang bagi taklimat nak petik buah camana dll..

Comel betul buah dia...



Semangat... kutip jangan tak kutip...


Ko punya berapa kilo?? hehe... Sham tengah kira tawar menawar lepas kutip buah...


Sham dan saya bergambar kenangan dengan buah cherries..

Lepas dari kutip cherries, kita gi kutip rasberry, blackberyy..
Lepas tu pergi makan potluck di taman Silvan Park..
Saya, Aisyah dan Abah solat jemaah Zuhur bawah pokok kat taman tu..

Sangat enjoy, alhamdulillah atas kurniaan Allah.

Friday, December 4, 2009

Raya Haji di Melbourne

Solat Raya...

Patutnya saya ceritakan Raya dulu tapi terlupa...
Hari jumaat 27 Nov adalah Hari Raya Haji kali kedua untuk kami di Melbourne. Tahun lepas kami beraya di Mesia Hall, lepas solat raya, kami pergi Yarra River kat Melb City.
Tahun ni, saya sekeluarga solat Raya di Preston Mosque. Kami sampai hampir 8 pagi dan Imam dah nak angkat takbir, sampai jer terus bukak tikar dan solat atas jalan besar.. Pengalaman baru dan menarik..

Lepas solat semua orang berpeluk2 ucap eid mubarak..
Jumpa ramai jugak pelajar2 Mesia di sini. Lepas solat, balik rumah dan petangnya baru pergi open house rumah Pak Tam/Nor dan kemudiannya rumah Asra/Wadi. Sedap mereka masak dan kami kekenyangan.. alhamdulillah..
Selamat Eid Mubarak dan Mohon Maaf Atas Salah Silap..


Orang ramai sedang menunggu nak bangun mula solat...

Solat berbagai bangsa atas jalan raya... Kat belakang tempat orang perempuan tu ler saya dan Aisyah solat.. Nampak tak? Yang pakai baju jacket hitam tu... Saya le tu!

Dah habis solat.. Saya berjalan menuju ke Abah dan Aisyah...
__________________

Esoknya...

Makan-makan untuk ahli qaryah pulak..
Jam 8 pagi kami berkumpul, potluck dengan anak-anak dan kawan-kawan..
Sangat emriah dan makanan punyalah banyak, sampai saya tak tersempat nak rasa semuanya..
Rugi gak.. hehe..

Park Norris Bank..

Bersembang dengan kawan-kawan..

Anak-anak apa lagi... bersukaria ler..

Anak Umi...
Ni hasil tangan Azizi, salah seorang cameraman yang terer kat qaryah kami..
Saya suka tengok gambar orang terer-terer ni.. gambarnya ada nilai tersendiri.. cun kan cara dia ambik gambar tu..subject terang tapi background samar-samar.. canggih.

Wednesday, December 2, 2009

Nyummy nyummy

Ayam BBQ..


Sedapnyer....

Nape letak gambar ayam BBQ kat blog?
Saja jer... hehe..

Nak tahu macamna ramuan dia?
Pertama; Beli ayam, kat Halal Meat, 1 kg wings hanya AUD2.50
Kedua; Pergi Tip Top kat Jalan Mahoney's beli rempah BBQ nama dia Souvlaki Seasoning
Ketiga; Balik rumah basuh ayam, nak elak bau hanyir basuh dengan gandum atau air asam jawa
Keempat; Campur rempah BBQ Tip top tu, add black pepper siket, buh garam siket
Kelima; Takyah campur bawang ke halia segala.. takyah tu semua.. sempoi jer
Keenam; Simpan le dalam peti sejuk satu hari ke 3 jam ker- pastu bakarlah. Kalau takde set BBQ, bubuh dalam Oven, bakar 30 mt guna 200 darjah..

Ketujuh: Angkat... humpppp nyap.. nyummy... yea...