Thursday, June 30, 2011

Jadi Hakim..

Hakim Yang Arif...

Saya baca buku kisah-kisah ceria lagi, ada satu joke kisah hakim yang arif.. lucu gak..hehe...
bukan senang nak jadi hakim.

Seorang hakim telah dilantik untuk mengadili satu kes.
Selepas pendakwa yg begitu petah bercakap selesai membentangkan hujahnya,
tuan hakim itu terus berkata, "I think you're right!"
Mendengar kata-kata hakim tersebut, pembantu hakim berkata, "Yang Arif, tolong jangan buat sebarang komen lagi kerana pihak pembela belum membentang hujahnya."
Pihak pembela juga merupakan seorang peguam yang handal berhujah sehingga tuan hakim menangis teresak-esak mendengar hujahnya. Tatkala peguam pembela habis berhujah, tuan hakim terus berkata, "I think you're right!"

Mendengar kata-kata haim itu, pembantunya berkata, "Yang Arif, they can't both be right."
Hakim terus menyampuk, "I think you're right!"

______
hehehe... payah nak jadi hakim ni.. hehe..

Kelas Bapak Tim

Saya dah selesai membentangkan dua tajuk dalam kelas Master Supervisor saya pada 27 June 2011 (isnin jam 20.00 sampai 12.30thg). Terharu saya bila Prof Tim memperkenalkan saya kepada 20 orang pelajarnya dengan menceritakan latar belakang saya yang dia ambik dari borang peribadi saya..

Dia kata, 'Let me intoduce our speaker. She is a knowledgeable person for both syariah and conventional law, she completed her degree in LLB with Hon in 92, then she pursued for another degree in syariah....bla bla.. She is also a writer, a very active and prolific writer.. she has written 5 books and she is very kind to give me two of her books.. she also involved in several associations. I could not imagine how lucky we are to have her today... to share her knowledge and experience in syariah matters in Malaysia... Now she is a PhD candidate at the Melbourne University.......and I am very happy to be her Supervisor ....'

terkedu saya bila dengar dia introduce saya camtu...



Tuesday, June 28, 2011

Glamernya...

Wah glamernya orang MCKK...


MCKK buat gathering.. 'berkumpullah kalangan anak didiknya yang buat A-Level tahun 1986-88 sebelum semua berangkat ke UK.. Masuk surat khabar lagi..

Ada sorang orang glamer dalam tu..

Sapa tu??

Oooo abah rupanya... hehe..





Gambar atas sebelah kiri, yang kedua dari kiri tu.. hehe..
Namanya Mohd Fairuz, tuan punya kedai yang menjual barangan untuk food processing, Reliance Composition kat Baru Cave. Sila klik di sini.

Sunday, June 26, 2011

Aisyah

Alam Kubur..

Tadi saya bacaan buku majalah ASUH pada AiIsyah masa dia nak tidur sambil tambah-tambah dengan cerita mengenai adab masuk masjid, hafal doa masuk masjid, hafal niat iktikaf dan lain-lain. Then saya baca artikel dalam majalah ASUH emngenai 'solat tiang agama.. dan juga azab dalam kubur kalau orang tak solat di dunia..'

Saya kata ..
'Aisyah, you have to remember in your mind and in your heart ya.. that Aisyah has to perform prayer 5 times a day. NO Matter how big problems you gave, cold or hot, can't disobey ALlah.. mesti solat ya sayang.. Then ALlah will love Aisyah, when ALlah loves Aisyah, ALlah will give Aisyah lots and lots of pahala. bila Allah loves us, He will give us syurga after we die..'

Tiba-tiba Aisyah tanya,
'Umi, I have something to ask you..'

'If one person dies in a family, can the rest of the family when they bury him, they put a video cam or a camera under his arm? the camera with pen that can see from afar.. then bury the camera with him?'

Saya tanya, 'Why should they put a camera in the grave? Orang tu tak nak pakai dah camera.. kalau kita dah mati, tak da nak ambik gambar lagi dah kita..'

'No no n.. what I mean is, can the family members put the camera and they can see whether orang tu kena azab ke tidak.. mungkin masa tu ada ular lilit orang tak solat like what Abah story me. Jadi the family members boleh tengok from the pen or video cam yang pasang kat TV tu.. boleh tak Umi.. then bolehlah his family members datang tolong ke..'

Saya terdiam.. Tak pernah saya terpikir cam Aisyah pikir..


Saya jawab, 'Tak boleh.. sbb yang Nabi cakap kena azab tu other people can't see and we can't hear anything. kalau we put camera pun, camera tu tak dapat nampak apa2 selain dari tanah je .. because it will be surrounded by tanahkan. Sebab tu alam kubur tu is a belief.. .'

'Tapi Umi, kita jangan letak camera tu dalam tanah, put under his arm. jadi camera tu boleh tak tangkap gambar dia Umi..'

"Umphh Umi rasa tak boleh. tapi nanti Umi cek ya..

Tingginya soalan .. pening saya nak menjawabnya....



Inilah sicomel buah hati saya, Aisyah dengan tali pinggan merah calit 2.
Minggu lepas, Aisyah test lepas untuk calit 3.

On 2 July, Aisyah ada grading lagi satu, ke tali pinggang merah hitam.. di sini dipanggil
Cho dan Bo Belt.. sebelum ke black belt.

Well done Aisyah...

Saturday, June 25, 2011

Pain & Gain

Food for thought
We must hurt in order to grow, fail in order to know, & lose in order to gain. Because some lessons in life, are best learnt through pain.

Friday, June 24, 2011

Aisyah's Poem 2

THE TEACHER GETS A+

Mr Tyas

I look forward to your class
When I come to school.
You're an awesome teacher;
I think you're very cool.

You're smart and fair and friendly;
You're helping all of us.
And if I got to grade you,
From me you'd get A+!

-By Aisyah Fairuz


_______


BRAVO AISYAH.....WELL DONE!

Thursday, June 23, 2011

Kerja...

Kerja Saya..

Sekarang saya tengah buat power point untuk present dalam kelas Master Supervisor saya hari Isnin 26 June nanti. Saya buat dua presentation untuk 2 jam.
1-The right of muslim women to seek dissolution of marriage in syariah court.
2-maintenance for children in syariah court.

Kena serahkan esok pada PA Supervisor saya.
Ada sikit lagi nak siap..

Saya juga tengah menulis bab dua, betulkan literature review, tambah lagi mengenai children's rights dan kena selesai secepat mungkin untuk serahkan pada Supervisor. Lepas tu betulkan bab 3 bahagian undang2 di Malaysia.. Lepas tu saya akan masuk bab 4 bahagian analisa kes mahkamah. Banyaknya saya nak tulis tapi rasa masa tak cukup-cukup....

Wahai ALlah permudahkanlah sebab saya kena speed up...

Speed and speed...

insya allah.. semoga ALlah permudahkan

Aisyah's Poem

Aisyah...

She wrote a poem for her teacher, Mr Tyas..

Saya printkan dan dia sekarang tengah decorate

supaya cantik, macam sajak dalam bentuk scroll watikah..

Well Done Aisyah..

Sangat bagus!
__________


Number 1 Teacher!

Mr Tyas

I'm happy that you're my teacher;
I enjoy each lesson you teach.
As my role model you inspire me
To dream and to work and to reach.

With your kindness you get my attention;
Every day you are planting a seed
Of curiosity and motivation
To know and to grow and succeed.

You help me fulfill my potential;
I'm thankful for all that you've done.
I admire you each day, and I just want to say,
As a teacher, you're number one

-Aisyah Fairuz-




Wednesday, June 22, 2011

Aiyaa...

Joke..


Oo Apek ...


I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass…

"Encik ah... tanya sikit ah... itu Chimpeng mana ah...?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng... saya sudah tanya itu guard ah... dia ckaap sini ada satu Chimpeng..."

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh... Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah... itu Chimpeng balu punya... Saya mau pigi angkat wang la..."

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa? Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma... lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng... itu balu punya Peng..."

Adoi... benggap punya apek... buat aku pening je... dia actually cari CIMB Bank...

hehehehe

_______


Ini joke, ada org kirim ke email saya.. Kelakar sangat..hehe..
Ini kisah benar katanya.. bila bangsa lain nak pandai bahasa kebangsaan kita.....
dari satu sudut, saya sedih orang cina dan india tak pandai2 bahasa kebangsaan..saya harap anak-anak bangsa lain akan menghormati dan belajar bahasa malaysia/melayu macam ex Menteri perumahan dulu, BMnya sangat bagus..

Artikel kasih sayang

Artikel

Saya kirimkan artikel ni bulan lepas, tapi saya pun tak tahu dah disiarkan.. :-)

Saya dapat tahu bila cek dikirimkan ke rumah Bangi tadi, baru saya tahu.. oo rupanya dah disairkan ya.. ..saya pun google.. ada rupanya..

Semoga sedikit perkongsian ada manfaat kepada pembaca..
Terima kasih Berita Harian..

___________________

Agama

Kasih sayang antara anak berbeza sukarkan usaha mendidik
Oleh Prof Madya Nurhidayah Muhd Hashim

2011/05/03

SEBUAH drama keluarga yang ditayangkan baru-baru ini membawa tema kasih sayang ibu bapa kepada anak. Kisah menggambarkan bagaimana seorang ayah sangat menyayangi anak pertama telah menunjukkan kasih sayang yang tinggi kepada anak itu.

Layanan berbeza diberikan kepada anak kedua sehingga ayah menolak kebaikan si adik. Hasil penzahiran kasih sayang menyebabkan tekanan dalaman yang kronik kepada si adik.
Dalam kisah itu, si ayah memberi satu set ‘walkie talkie’ untuk si abang dan mereka berdua bermain. Adik yang melihat bertanya apakah ayahnya ada membelikan hadiah sama untuknya.
Dengan bersahaja ayah menjawab dia tidak membelikan kerana adik tidak tahu menghargainya. Selepas beberapa ketika, adik mengambil ‘walkie talkie’ itu dan bermain sendirian seolah-olah sedang bercakap dengan ayahnya.

Apabila abang menceritakan adiknya mencuri hadiah itu, ayah memukul dan memarahinya: “Jangan tinggal di rumah ini lagi kalau nak jadi pencuri. Ayah benci anak yang jahat.”

Kata-kata tajam yang menghiris hati seorang anak yang masih belum faham erti kehidupan. Kisah seumpama ini selalu juga berlaku dalam masyarakat kita di mana kasih sayang kerap dibeza-bezakan antara adik-beradik sama ada secara sedar atau tidak.

Mereka dapat merasakan wujud perbezaan kasih sayang ibu bapa terhadap dirinya dan adik-beradik lain. Apa yang bermain dalam fikiran seorang anak apabila dia dilayan seperti seorang yang tidak dikehendaki, tidak disayangi dan tidak dipedulikan?
Dalam urusan memberi kasih sayang kepada anak, ada beberapa panduan wajar diambil berat ibu bapa berdasarkan nasihat ilmuwan Islam dan pakar psikologi kanak-kanak.

Pertama, ibu bapa jangan menzahirkan dengan ketara rasa kasih kepada seseorang anak dan meninggalkan anak yang lain. Walau pun ada salah seorang anak lebih disayangi, tetapi perasaan kasih itu jangan keterlaluan dizahirkan.

Mengambil iktibar dari teguran Allah kepada suami berpoligami di mana Allah memberi nasihat supaya mereka jangan menunjukkan kasih sayang kepada seorang isteri melebihi isteri yang lain. Ia akan menyebabkan isteri ditinggalkan merasa tidak ketahuan, terbuang dan tidak disayangi.

Kedua, beri ganjaran dan teguran dengan adil antara semua anak-anak. Jika anak melakukan yang baik, bagi perangsang dan pujian atau hadiah. Jika membuat kesilapan, perlu ditegur dengan baik.

Apabila anak yang disayangi membuat silap tetapi dimarahi adalah anak lain, ia menunjukkan ibu bapa tidak bijak menangani urusan keadilan. Jika dibelikan hadiah kepada seorang anak, belikan untuk kesemuanya.

Walaupun murah, setiap anak sangat mengharapkan ingatan daripada ibu bapanya. Namun begitu, pengecualian mungkin diberi semasa hari lahir anak tertentu atau kejayaan dalam peperiksaan.

Ketiga, ibu bapa tidak wajar sama sekali menggunakan ayat menghiris hati kecil anak. Ia boleh menimbulkan kebencian anak terhadap ibu bapanya dan kepada dirinya sendiri. Perbezaan layanan daripada bapa atau ibu akan menimbulkan pelbagai soalan dalam diri anak.

Keempat, penggunaan kuasa diktator terhadap anak tidak membantu menjadikan anak seorang yang bijak, mampu berdikari dan pandai menyelesaikan masalah secara sendiri.

Anak mungkin patuh di depan tetapi bertindak sebaliknya di belakang ibu bapa.
Penggunaan ayat sindiran kepada anak yang tidak disayangi juga perlu dielakkan. Anak tidak dapat menangkap maksud di sebalik sindiran itu. Jelaskan kepada mereka apa yang perlu dilakukan dengan baik dan betulkan kesilapan tanpa membezakan antara adik-beradik.

Ibu dan ayah juga perlu selalu menyebut perkataan baik berbentuk positif dan mengingatkan anak peranannya dalam usaha membentuk kekuatan jiwa anak.

Rasulullah SAW menyebut anak seumpama kain putih yang diberi warna oleh ibu dan bapa. Ibu dan bapa yang mencorakkan, memberi nilai baik, mendidik mereka menjadi anak soleh dan solehah. Menghadapi anak dengan kasih sayang berbeza-beza akan menyukarkan usaha mendidik mereka.

Monday, June 20, 2011

Kerja

Kerja..

Saya sekarang bekerja sekeras yang terdaya.
Hampir 12-14 jam sehari saya berada di depan komputer, menulis ayat demi ayat..
dengan doa semoga ALlah izinkan saya siapkan dalam tempohnya. ..

Saya buat kerja di pejabat, sambung buat di rumah,
malam buat lagi, bangun solat subuh sambung lagi..
Alangkah berat perjuangan ini, namun saya akan tetap akan berusaha menamatkan larian ini..

Saya sudah deactivatekan facebook saya mulai hari Jumaat 17 Jun yang lepas. Saya rasa saya tak dapat kontrol dari membaca facebook dan membaca update orang lain. Saya juga rasa saya sukar untuk tidak memberi komen atas status kawan-kawan.. Kadang-kadang saya boleh jadi melalut dan banyak sangat joke ketika memberi comment kepada facebook kawan-kawan.. sehingga kadang-kadang saya rasa malu atas comment lucu yang saya tuliskan..Justeru, saya mengambil keputusan ini. Dengan rasminya saya sudah deactivatekan account facebook saya dan berazam akan mengactivatekan dia kembali hanya selepas saya berjaya menyerahkan tesis PhD ini kepada Universiti Melbourne..

Bila agaknya?? Tidak berapa lama lagi..
insya Allah.. ..

Saya menyerahkan diri kepada Allah yang Maha Kaya. Mohon bantuanNya dalam setiap laluan ini. Saya solat hajat setiap kali lepas solat wajib. Kecuali lepas solat subuh dan asar. Hajat saya yang amat banyak yang saya pohon agar Allah perkenankan..

Saya mohon Allah mudahkanlah perjalanan hidup saya, bagi saya dapat siapkan PhD ini, dapat kembali ke Malaysia dengan hati yang lapang kerana berjaya menyelesaikan perjuangan ini. Saya tidak mahu berjuang keparuh jalan. Saya mohon Allah bagi kesejahteraan pada kesihatan saya, suami saya, anak saya, ibu bapa saya dan keluarga saya semua. Saya mohon Allah selalu memimpin kami supaya teguh berada di atas jalan dakwah. Saya mohon agar Allah selalu memberkati rumah tangga kami sehingga ke syurga.. amin..

Saya mohon Allah mudahkan semua urusan hidup saya.
Dan saya sangat yakin pada janji Allah..

Faiza a'zamta fatawakal alaAllah..
Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepadaNya..

------------

Saturday, June 18, 2011

Sifir Melayu..

Karipap...

Saya baca lagi buku 'Kisah2 Ceria' Dr Ghafar ni...
terjumpa joke ini, kelakar sungguh..
sakit perut saya ketawa... hehehe...


Dlm satu kelas, cikgu math tengah ajar sifir kat budak darjah 3.
'Jika sebiji karipap harganya 40 sen. Berapa harga untuk 3 biji?'
'RM 1 Cikgu'. jawab anak muridnya dengan yakin.
'Salah tu'..tegur cikgu dengan penuh kasih sayang..
'Mungkin Amir tak paham soalan saya.. dengar betul-betul ya..cikgu ulang soalan.
Kalau sebiji karipap harganya 40 sen, berapakah harganya untuk 3 biji?'
Amir dengan tegas menjawab, 'RM1 cikgu'.
''Salah tu Amir.. macamna awak kira jadi RM 1..'

Amir menjawab dengan confidentnya..
'Tapi cikgu.. tiap-tiap pagi bila saya beli karipap kat warung berhampiran rumah saya, pakcik yang jual tu kata, 'Kueh sebiji 40 sen, tiga seringgit..'

_______
hehehe... math oo math..
moral of the joke... ajar anak kira mengira betul-betul ya.. :-)

Friday, June 17, 2011

Ajar Anak

Ahli Kubur..

Ini bukanlah kisah serius, saya membaca buku 'Kisah-kisah ceria' tulisan kawan saya yang sangat saya hormati iaitu Prof Madya Dr Ghafarullah.. ada satu kisah ceria yg dia letak dalam tu, ia sebahagian joke yang ada moral..
saya dengan Aisyah ketawa sungguh-sungguh masa baca tu..


'Seorang ayah ajar anaknya adab ke kubur. Katanya, 'kalau masuk kubur kena baca assalamualaikum ya ahli kubur'. Esoknya ayah tu bawa anak ke kubur arwah atok neneknya.. Masa masuk kawasan kubur ada ramai orang, siayah bertemu dengan seorang kawannya. Anak tu pun pergi salam dengan kawan ayahnya dan kata, 'Asssalamualaikum ya ahli kubur'..

_____________---________---

hehe... saya bacakan kisah ni sebelum aisyah tidur tadi..
joke sungguh..
lepas tu saya bagitau moral kisah ni adalah:
kena ajar betul-betul anak-anak kita.. kadang-kadang lucu tindakan budak2 ni tapi mereka perlu diberi penjelasan, diterangkan dengan jelas supaya kefahaman mereka betul dan tepat...
apatah lagi kalau melibatkan ilmu berkaitan agama, adab, akhlak, ibadah dan sebagainya...Jangan berhenti mendidik anak-anak kita...

Anak-anak..

Didikan..

Saya berpendapat anak-anak hari ini sangat advance ke depan dan kadang-kadang mendepani ibu bapa mereka. Saya juga berpendapat bahawa ibu bapa perlu mengetahui dan menghayati apa2 perkembangan dunia supaya mereka dapat berbincang dengan anak-anak mereka dengan baik. Contohnya ibu atau bapa perlu menonton TV (bila terdaya) dengan anak-anak walaupun ceritanya mungkin kisah anak-anak.. eg Putera Shazlan, Cinderella etc dan bagi tarbiyah serta input-input Islamiyah semasa mengulas kisah yang ditonton. Dengan cara itu, anak-anak akan tahu yang mana betul dan yang mana salah.

Itulah yang saya cuba usahakan dengan Aisyah..

Saya juga melihat Aisyah akan lebih berfikir dan lebih seronok bila saya menjawab apa luahan hatinya melalui cara yang dia tanya.. Contohnya seperti email di bawah..


Bila dia luahkan isi hatinya dengan email, saya akan jawab dengan email.
Kalau dia tulis kad, saya akan balas dengan tulis kad.
Kalau dia cerita berdepan, maka reaksi saya spontan memberi ulasan berdepan..
Dan ia berkesan.. (setakat ini dalam pemerhatian saya ler)


Cuma yang saya sangat perasan sekarang, Aisyah akan cepat tersinggung dan sedih sampai menangis teresak-esak kalau saya ceritakan kelemahannya kepada orang lain.. seperti dia fail ujian teakwondo untuk tali pinggang merah calit 3 untuk naik ke tali pinggang hitam minggu lepas....saya ceritakan pada Wan Satirah (kawan dari Adelaide yang tidur di rumah kami semalam).. Aisyah malu katanya... [sian Aisyah..]

Kesimpulannya... kanak-kanak semakin besar semakin advance orangnya...
Maka ibu bapa perlu juga kedepan...

Tapi next week Aisyah akan ujian sekali lagi untuk tamatkan level red belt ini..
Semoga berjaya..

Wednesday, June 15, 2011

Darling Aisyah


Jawapan untuk Aisyah...






From: puan hidayah
To: Aisyah Fairuz <aisyahfairuz@yahoo.com>
Sent: Tue, June 14, 2011 7:49:17 PM
Subject: Re: sorry


dear my darling aisyah

it's ok, because you did not intend to do that.. but next time
you have to take extra careful and have to tell umi if anything
happens ok.


umi forgive kakak, but be careful next time ok dear.



Tuesday, June 14, 2011

Darling Aisyah

Email Aisyah...

Saya saya ke Golo, supermarket yang akan ditutup kerana tak laku (agak saya ler). Semua barangnya dijual lelong less30%. Saya pun belilah macam2 barang2barang seperti sabun, mainan, colour pencils dll.. [sapa belum tahu, boleh gi Golo kat Summerhill, semua branch Golo nak ditutup..]

Saya beli dompet kecik tadi kat Golo, harganya AUD1.50 ja. On the way back, air sabun yg saya beli sekali dengan dompet tu tumpah, so habis basah dompet kecik tu. Saya pun basuh siket buang sabun dan letak atas kertas surat khabar. Aisyah excited nak bukak dompet tu tapi ....rupanya terputus. Dia diam je.. lepas tu Aisyah gi kelas teakwondo dengan Abah.

Balik dari teakwondo dia tulis email ni kat saya..

Aisyah aisyah.. macam-macam... :-)

Ini adalah email Aisyah...


Tue, June 14, 2011 7:34:35 PM
sorry
Photo for Aisyah Fairuz
From:
Aisyah Fairuz
To:umi




Dear Umi,
I did something wrong. You know the zip of the dompet when it was wet i wanted to open it but it was kind of stuck so i pulled and pulled an then it putus. I am REALLY REALLY REALLY! SORRY for not telling you and for breaking it.
Please for give me

From your clumsy daughter
Aisyah



Monday, June 13, 2011

Salji

Salji: Bukti Kebesaran Allah.


Sabtu 11 Jun, kami ke Mount Buller, konvoi dengan Fiza yang membawa saudara-maranya untuk main salji. Hari sabtu adalah hari pembukaan opening season sempena musim salji tahun ini... Kami berjalan sejauh +200km dari rumah untuk melihat kebesaran Allah dan menikmati kecantikan alam ciptaanNya..


Subhanallah...

Cantiknya...

Saya tunduk kepada kebesaran Allah..

Kami bertolak jam 7.30 pagi dan sampai di sana jam 10 pagi. Perjalan semua berjln lancar. alhamdulillah...Excitednya untuk melihat salji ciptaan ALlah..Bila lihat bukit yang disaluti salji.. Kami ucapkan zikir dan pujian pada ALlah..
Subhanallah.. maha besar ALlah.. cantiknya..





Sambil tu, saya bersembang dengan Aisyah oasa kebesaran Allah, tentang jenis air mutlak yang dia belajar, tentang salji dan macamna nak ambil wodhu nanti menggunakan salji (if takda air biasa), dan macam2 lagi.




Sampai di kaki bukit...kami ke kedai untuk sewa seluar, kasut yang bersesuaian untuk main salji dan juga toboggan untuk main. Harganya agak mahal berbanding dgn Lake Mountain yang kami pergi tahun lepas. Seluar untuk adult AUD23, kanak-kanak AUD17, kasut AUD 16 seorang dan toboggan AUD10. Semuanya berjumlah AUD104.

Selepas selesai, kami naik ke atas hampir 1 jam lagi perjalanan.

Parking kete, kena naik bas dalam 10mt ke atas..

ramainya orang.. agaknya semua ingin meraikan hari pertama pembukaan kawsan salji musim ini..

Orang ramai di depan tempat nak beli tiket dan naik ski lift.

Kami pun apa lagi...

Angkat barang dan main toboggan...
Bestnyer..

Toboggan time...



Ambik gamabr dengan snowman bersama keluarga Pijah...



Lepas main toboggan, kami naik ke atas siket untuk makan nasi tengahari.. lepas tu solat jama' zuhur dan asar dalam bangunan tepat public rest. Kami solat tepi meja di ruang makan, sebagai pngabdian kepada ALlah tanpa mengira tempat dan masa.. Orang puteh tengok jer.. (tapi takda gambar kami solat, yg ada gambarr kami makan jer..:-)


Lepas solat, kami buat program lain.. Pijoh dan sedara2nya sambung main toboggan. Kami satu keluarga explore ski lift.. mencari-cari apakah ada peluang unttuk naik ke atas..
Alhamdulillah ada... dengan harga tiket AUD23 seorang, aisyah AUD14, berjumlah AUD 80 semuanya, kami naik ke atas.. SIGHT SEER ticket..


beratur nak naik lift..



Bestnyer.... SUbhanllah..


Tengok orang kat bawah tengah ski..



Bila turun ke bawah, dapat tengok seluruh kawasan salji.. bukit2 di sekeliling.. Maha Besar ALlah..
Aisyah happynyer.............. yeaaaaaaaaaa saya tak takut dok kat atas lift ni...

Lagi atas, lagi putih saljinya dan lagi gebu, lembut dan sangat cantik.. Subhanallah.

Hanya puji syukur saya aturkan untuk ALlah.. apabila berada di atas bukti.. Be on top of the world... bukit-bukit di belakang saya dapat dilihat dengan jelas..
subhanallah atas kesempatan memberikan kami izin untuk sampai ke sini..

Apabila naik lift ke atas, kita turun ke bawah dengan berjalan kaki.. dapat explore tempat2 menarik di atas sana.. tengoklah di belakang saya.. subhanallah..



Thursday, June 9, 2011

Please.. Open our eyes..

Saya terkesima...


Sambil makan tengahari di meja di opis di Melbourne U,
saya buka youtube mancari maher zain..
masya allah...
saya terkesima menonton nasyid ini...

mari kita buka mata hati dan akal kita
tiada ayat menzahirkan betapa syukur kita dilahirkan sebagai seorang Muslim
tugas seterusnya adalah berusaha memperkuat iman, dan menjaga amal soleh agar terus teguh di atas landasan Allah..
selagi hayat dikandung badan..

Open Our Eyes to see the greatness of Allah..


Wednesday, June 8, 2011

Tax Number

Tax No: TFN (Tax File Number)

Australian Taxation Office.

Saya hari tu tolong Supervisor saya Prof Tim jadi proofreader manuscript dia. Nanti saya akan dapat gaji.. seronoknya.. saya dengar mungkin dalam AUD1400.. alhamdulillah..


In order untuk gaji saya diproses, saya dikehendaki untuk memohon nombor tax dari Imigresen Australia. Saya dah isi semua paper worknya, sekarang nak dapatkan no,bor tax..


Bila saya isi semuanya, dapatlah reply yang ini...

MRS Nurhidayah Muhammad Hashim

You have successfully submitted an application for a Tax File Number with the Australian Taxation Office. Your receipt for this application is DIAC1003105840. Please make a note of this receipt number for any inquiries you may have about the status of your TFN application. If you have not received your tax file number within 28 days of this application, please phone 132861.It is not compulsory to quote your tax file number to anyone. However, if you do not supply your tax file number to your payer within 28 days of commencing a new job, your payer must withhold 46.5% if you are a resident and 45% if you are a non-resident from any payments made to you after this period. A letter advising you of your TFN will be sent to the postal address you have provided.

Tuesday, June 7, 2011

Jalan Yang Lurrus...

Jalan Lurus..

Jalan lurus adalah doa kita setiap hari..
ihdinassiratal mustaqim...
ya ALlah tunjukkanlah aku jalan yang lurus..

Iaitu jalan yang membawa kepada cinta ALlah, jalan hidup yang kita mohon agar sentiasa dibuka untuk kita. Agar setiap yang kita lalui dan kerjakan di dunia ini sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Ilahi..

Itu jalan lurus kehidupan insan di muka bumi sebagai hamba ALlah yang baik.
_____________


Di bawah ini pula adalah jalan yang lurus..
Lurus tanpa bengkang bengkok...


Jalan terlurus paling panjang di dunia..
ia berada di Western Australia menuju ke South Australia..
dan kami berada di jalan tersebut...

Lurusss sangat...
sejauh mata memandang..
ia lurus ke depan..
dari tpt kita drive, atas bukit siket,
dan kita akan dapat tengok betapa lurusnya jaalan tersebut..
turun naik tapi ianya lurus..

Ia dipanggil The Longest Straight Highway in the World!!



Highway from perth to Adelaide...merentasi gurun di sepanjang Western Australia yang gersang itu.. Kereta tak ada, lampu jalan tak ada, stesen minyak tak ada, GPS akan tunjukkan berapa km lagi ada satu stesen minyak.. dlam 85km baru ada satu setesen minyak, line tepon takda.. kete kita je satu-satunya.. pengalaman berharga betul...

Monday, June 6, 2011

Why Can't We Share???

Kenapa tidak?

mari kita share apa-apa yang baik..
share lah demi kebaikan semua...

Sunday, June 5, 2011

Adil Menangani Anak-anak

Anak-anak..


kadang-kadang, ibu bapa tak sedar dia sebenarnya pilih kasih antara anak-anak mereka. Pilih kasih yang biasa-biasa mungkin tak berat sangat, tapi kalau sangat ketara, memang tak boleh. ANak-anak sengsara dan ibu bpa tersebut perlu betulkan pendekatan mereka.. Pilih kasih tidak boleh diamalkan kerana anak-anak berhak mendpaat kasih sayang yang benar dan ikhlas dari ibu bapa masaing-masing.


Sekadar pendapat saya..

Adil Dalam Menyayangi Anak-anak

Sebuah drama keluarga yang ditayangkan baru-baru ini membawa tema kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Kisah menggambarkan bagaimana seorang ayah sangat menyayangi anak pertama telah menunjukkan kasih sayang yang tinggi kepada anak tersebut. Sedangkan layanan berbeza diberikan kepada anak kedua sehinggakan si ayah menolak segala kebaikan yang datang daripada si adik. Hasil penzahiran kasih sayang yang begitu ketara menyebabkan tekanan dan kronik dalaman kepada si adik.

Dalam kisah tersebut, si ayah telah memberi satu set walkie talkie yang mahal untuk si abang dan mereka berdua telah bermain, saling bercakap menggunakan walkie talkie tersebut dengan begitu gembira. Adik yang melihat dengan sedih telah bertanyakan apakah ayahnya ada membelikan hadiah yang sama untuknya. Dengan nada bersahaja si ayah menjawab bahawa dia tidak membelikan sebarang hadiah kerana si adik tidak tahu menghargainya. Selepas beberapa ketika, si adik telah mengambil walkie talkie tersebut, melarikannya serta bermain sendirian berlagak bahawa dia sedang bercakap dengan ayahnya. Apabila abang menceritakan kepada ayahnya bahawa adiknya mencuri hadiah tersebut daripadanya, si ayah telah manangkap, menengking, memukul si adik, memarahi dan mengulang-ulang kata-kata ugutan seperti ”Jangan tinggal di rumah ini lagi kalau nak jadi pencuri”, ”Ayah benci anak yang jahat” dan kata-kata tajam yang menghiris hati seorang anak yang masih belum faham tentang erti kehidupan.

Kisah seumpama ini selalu juga berlaku dalam masyarakat kita di mana kasih sayang kerap dibeza-bezakan antara adik beradik sama ada secara sedar atau tidak.. Ada ibu bapa melebihkan anak bongsu, ada yang terlalu memanjakan anak kedua, anak sulong, anak lelaki dan sebagainya. Anak-anak yang merasakan dirinya tidak disayangi akan cuba membuat satu penilaian terhadap kasih sayang ibu bapa kepadanya. Mereka dapat merasakan bahawa wujud perbezaan kasih sayang ibu bapa terhadap dirinya dan adik beradik yang lain.

Apa yang bermain dalam fikiran seorang anak apabila dia dilayan seperti seorang yang tidak dikehendaki, tidak disayangi dan tidak dipedulikan?. Siapakah yang akan dia pergi jika ingin meluahkan kekecewaannya terhadap kehidupannya. Di manakah tempat yang mungkin akan menggembirakannya setelah dia berjaya melangkah lebih jauh daripada rumah tersebut. Mungkin semasa kecil, dia tidak terdaya untuk berfikir jika lari dari rumah, tapi bagaimana jika dia telah besar dan mempunyai kenalan di merata tempat. Cuba kita bayangkan apakah anak tersebut setelah membesar dapat mengubah persepsi yang dipegangnya semenjak kecil.

Dalam urusan memberi kasih sayang kepada anak-anak, terdapat beberapa panduan yang wajar diambil berat oleh ibu bapa berdasarkan nasihat ilmuan Islam dan pakar psikologi kanak-kanak.

Pertama, ibu bapa jangan menzahirkan dengan ketara rasa kasih kepada seseorang anak dan meninggalkan anak-anak yang lain. Walau pun mungkin ada salah seorang anak lebih disayangi, tetapi perasaan kasih itu jangan keterlaluan dizahirkan. Mengambil iktibar dari teguran Allah kepada suami-suami yang berpoligami di mana Allah memberi nasihat supaya mereka jangan menunjukkan kasih sayang kepada seorang isteri melebihi isteri yang lain. Ia akan menyebabkan isteri yang ditinggalkan merasa tidak ketahuan, rasa terbuang dan tidak disayangi. Walaupun ia merujuk kepada isu poligami, tetapi yang penting ia melibatkan perasaan sebagai seorang insan. Anak-anak juga begitu. Jangan melebihkan anak bongsu contohnya dengan keterlaluan sehingga anak-anak lain dibiarkan.

Kedua, beri ganjaran dan teguran dengan adil di antara semua anak-anak. Jika anak melakukan yang baik, bagi perangsang dan pujian atau hadiah. Jika membuat kesilapan, perlu ditegur dengan sebaiknya. Apabila anak yang disayangi membuat silap tetapi yang dimarahi adalah anak-anak yang lain, ia menunjukkan ibu bapa tidak bijak menangani urusan keadilan dalam pendidikan anak-anak. Jika dibelikan hadiah kepada seorang nak, belikanlah untuk kesemuanya. Walaupun murah, setiap anak sangat mengharapkan ingatan daripada ibu bapanya. Namun begitu, pengecualian mungkin diberi semasa hari lahir anak-anak tertentu atau kejayaan dalam peperiksaan dan sebagainya.

Ketiga, ibu bapa tidak wajar sama sekali menggunakan ayat-ayat yang menghiris hati kecil anak seperti, ”Ayah atau ibu benci pada kamu”. ”Kalau nak jadi jahat, jangan jadi anak ibu lagi”. ”Keluar dari rumah, ibu benci tengok muka kamu” atau apa-apa yang memberi kesan penolakan kepada anak. Ia boleh menimbulkan kebencian si anak terhadap ibu bapanya dan juga kepada dirinya sendiri. Perbezaan layanan daripada bapa atau ibu akan menimbulkan pelbagai soalan dalam diri si anak . Contohnya, ”Saya ni siapa dalam rumah ini?” ”Kenapa ayah benci sangat dengan saya?”, ”Kenapa semua saya buat salah belaka?”, ”Apakah saya ni anak orang lain?”, ”Apa patut saya buat supaya ibu atau ayah sayang saya.”

Keempat, penggunaan kuasa autoritarian atau diktator terhadap anak tidak membantu secara mutlak untuk menjadikan anak seorang yang bijak, mampu berdikari dan pandai menyelesaikan masalah secara sendiri. Anak-anak mungkin patuh di hadapan tapi bertindak sebaliknya di belakang ibu bapa. Penggunaan ayat-ayat sindiran, perlian dengan sinis kepada anak yang tidak disayangi juga perlu dielakkan. Anak-anak tidak dapat menangkap maksud di sebalik sindiran tersebut. Jelaskan kepada mereka apa yang perlu dilakukan dengan baik dan betulkan kesilapan mereka tanpa membezakan antara antara adik beradik yang ada. Ibu dan ayah juga perlu selalu menyebut perkataan baik berbentuk positif dan mengingatkan anak-anak tentang peranannya dalam usaha membentuk kekuatan jiwa anak-anak mereka.

Rasulullah (SAW) menyebut bahawa anak-anak seumpama kain putih yang diberi warna oleh ibu dan bapa. Ibu dan bapa yang mencorakkan warna dikanvas tersebut, memberi nilai yang baik, mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Menghadapi anak-anak dengan kasih sayang yang terpilih dan berbeza-beza akan menyukarkan usaha mendidik mereka. Justeru, ibu bapa perlu adil dalam memberi kasih sayang dan didikan sertaperlu selalu menambah ilmu keibupaan agar usaha mendidik anak-anak akan lebih berjaya.

Nurhidayah Hashim

Friday, June 3, 2011

Aisyah

Sembang..

Semalam Aisyah tanya saya,

'Umi..kalau ada orang Islam dia tak nak tutup aurat, dia masuk neraka ke Umi? Neraka orang Islam yang tak tutup aurat tu sama tak dengan neraka orang yang tak believe in Allah? Lagi satu Umi, kalau orang islam dalam neraka tu kan, dia boleh tak tengok kalau ada orang islam dalam syurga? Aisyah tak dapat la nak pikir...'


Umppppppp tingginya soalan ilmu kalam Aisyah..