Rabu, 7 Oktober 2026

 TIK TOK


Saya mula bersara pada 1/2/2025.


Cepat betul masa berlalu. Dah setahun lebih saya bersara.


Kadang-kadang timbul rasa rindu kepada kelas dan pelajar2 serta tugasan harian dahulu:-)


Selepas saya pencen, saya banyak menghabiskan masa saya membaca, balik kampong dengan lebih kerap dan lama kerana kedua-dua ibu bapa saya sudah semakin uzur. Antara sebab saya mengambil pencen awal adalah kerana ibu bapa saya. Kami bergilir2 balik kampung, adik lelaki saya duduk dengan my parents, jadi orang lain balik bergilir-gilir dan adik saya bolehlah rehat sekejap, balik ke rumah mertuanya atau lain-lain urusannya. 


Selepas saya bersara juga, saya rasa Batik  Air dah kaya sebab tiket saya:-)


Setiap kali balik, saya akan beli tiket Batik Air di Subang ke KB, pergi balik setiap bulan sekitar RM330-400. 


Dulu saya naik Firefly, tapi sekarang saya boikot sebab mahal sangat. 


Sekarang baru saya masuk cerita Tik Tok. atas tu mukadimah saja.:-)


Pada hujung bulan Julai 2025,  saya teman suami ke Perak, dia ada urusan Business. Sepanjang jalan, kita borak-borak sekejap, saya tidur sekejap, lepas tu bangun, lepas tu tidur dan main Tik Tok beli barang. 


Tiba-tiba suami saya kata, "Cuba Umi cari jalan share ilmu rumah tangga kepada orang ramai yang tak perlu bayar."


Saya jawab, "Share kat mana? Kalau orang jemput Umi pergi lah.."


Suami saya jawab lagi, "Orang jemput tu maknanya ada bayaran. Yang ni orang tak payah bayar.. simpan ilmu nanti kena tanya..Share lah kat Tik Tok ke dll"


Masa tu saya jawab, "Tik tok kan tempat orang beli barang. macamana nak share."


Tiba-tiba...

jeng jeng jeng


Tengah scroll Tik Tok beli barang, saya termasuk LIVE seorang anak muda nama Nuyou, dia sebut masa tu, "Kalau ada profesional yang nak share ilmu kat Tik Tok, nanti bolehla DM saya, nanti saya ajarkan cara buat LIVE.."


Terkejut betul saya.. 


Macam Allah tunjuk2 jer..


Saya pun terus DM dia.


Saya memang ada Tik Tok akaun, untuk beli barang.. ada lah saya letak sikti2 recording, main hentam ikut suka masa tu.. follower adalah dalam 200 :-)


Maka malamnya, saya pun join LIVE Nuyuo dan belajarlah cara tulis Bio, cara tekan button LIVE, mana button buat tajuk, mana button tukar back ground. Apa CG, apa Violation dan merit dll..


Maka lebih kurang pada 27 Julai 25, saya pun start la..


Semasa buat Tik Tok, saya terima banyak sangat soalan berkaitan isteri kena dera, suami avoidant,  isu-isu Narsisitik. Suami Narsis, isteri narsis, mak narsis.


Akhirnya saya mula terjun kepada satu ilmu baru iaitu mengenai Narsisisme dalam perkahwinan. 


Saya habiskan banyak masa saya membaca reserch, attend LIVE Prof dari  UK, US, Indonesia, cari artikel ilmiah berkenaan isu ini dan saya kaitkan dengan Rumah tangga Harmoni, Rumah tangga Toxic, 


Akhirnya terhasillah buku SIAPAKAH DIA? PANDUAN MEMAHAMI DAN MENGHADAPI PASANGAN NARSISITIK. 


Saya berbincang dengan Penerbit Firdaus Press untuk terbit dan cetak buku ini. Saya pulun siapkan buku ini daripada bulan  Ogos dan September. Kemudian saya serahkan kepada Penerbit untuk selesaikan Grafic design dan sebagainya. 


Akhirnya pada 15 November 2025 Cetakan pertama 1000 buah berjaya keluar. 

Harga RM38 satu dengan hadiah Free buku 9 Formula Rumah tangga bahagia.


















Saya pun mula belajar dengan Nuyuo macamana nak masukkan beg kuning dll dalam Tik Tok..


Alhamdulillah pandailah saya buka beg kuning.:-)


Daripada 15 Nov 2025 hingga September 2025, buku ini dah terjual 1000 buah, di Tik Tok, Shoppee dan juga dalam Ceramah dan juga bengkel2 yang saya kendalikan berkaitan rumah tangga.


 Pada September 2026, Firdaus Press buat  Cetakan Kedua untuk another 1000 copy. 


Sekarang Okt 2026,  cetakan kedua dah terjual dekat 200 buah dah. alhamdulillah 


Syukur..


Jemputlah bersahabat dengan saya di Tik Tok drhidayah01.


Alhamdulillah pada Allah, akaun Tik Tok saya daripada 200 orang dah naik kepada 44 ribu orang, syukur. Saya sedaya upaya cuba consistant membuat LIVE berkongsi ilmu setiap petang.