Sunday, July 31, 2011

Aisyah dan Master Chef

Aisyah

Tengok TV Master Chef Australia dengan Aisyah kadang-kadang buat kepala saya berpusing-pusing..:-) Kadang-kadang dia punya analisa buat saya terpikir panjang, kadang-kadang saya ketawa tak habis-habis..

Kemarin, kami tengok siri yang peserta ada lima orang bertanding masak.
Saya sambil teengok sambil buat kerja kat dapur, basuk pinggan dan lain-lain..
Saya kata kat Aisyah masa setiap orang dah masak dan bawak masakan yang dibuat.

'Umi rasa mesti yang lelaki tu kena eliminate, sebab dia punya presentation tak cantik ler..'

Aisyah jawab, ' Umi.... kita tak boleh tengok plating jer Umi.. kita dengar dulu comments hakim tu.. Kalau banyak yang tak best macam hakim tu kata..'However... But... Nevertheles...itu makanya tak best rasa dia.. orang tu kena eliminate tu....Umi perasan tak, kalau hakim dia muka tak ceria, bagi komen tak best, tu maknanya teruklah orang tu.. '

'Tak perasan ler..'

'Umi, if you realise, Dani tu kali ni dia buat tak best, hakim tu tak puji dia.. pastu muka hakim tu pun tak senyum.. kalau Kate masak, tengok hakim tu puji jer.. pastu hakim tu kata.. marvelous, it's a pleasure to eat your cake bla bla... tu maknanya Kate tak kena eliminate..'

'Ooooo gitu ker..'

'Pastukan Umi, kalau hakim tu puji, music pun bunyi ceria.. orang tu kira tak kena ler elimination..'

'Oooo.. ye ker..'

'Aisyahkan really like Kate, pandai sangat dia masak.. ye lah kan Umi.. dia Mum, mesti dia asyik masak jer kat anak-anak dia..'

'Ye ler kot.. kalau Kate tak kerja, diaa masak je ler untuk anak-anak dia..' hehe..

'Umi suka sapa jadi master Chef?'

'mphhhh Umi suka Dani..'

'Why? Aisyah nak Kate jadi Master Chef.'

'Sebab Dani tu ceria.. dia asyik ketawa.. bagusla Chef asyik ketawa, tak stress..hehe..'

Malam tu akhirnya Dani dengan Ally yang masuk elimination test. Dani ada immunity, pastu ada sorang lagi peserta nama Alana, dia lepas tapi kalau Dani guna immunity dia, Alana yang kena lawan Ally untuk elimination test.

Aisyah tengah bising.. macam-macam dia bercakap..

'Umi rasa Dani guna tak immunity dia?'

'Gunalah.. kalau Umi jadi Dani, i will use my immunity so that tak payah lawan Ally..'

'Kalau Aisyah jadi Dani, i will not use immunity tu, I will fight with Ally. I will make sure i win because of my talent and not because of the immunity...'

'humppp ye ker... hehehe...'

____________

Dalam tengah-tengah tengok Master Chef ada banyak iklan..

Ada satu iklan yang menarik hati saya..

Apa dia yer..

Iklan MasterFood..

Dia tulis, Why Cook, if you can Create!'

Saya kata kat Aisyah,

'Umi nak tukar siket ler Aisyah..'

'Umi nak buat jadi apa?'

Umi nak jadi...

'Why Cook, If you can Buy...'
hehe....

Friday, July 29, 2011

Menjadi Hakim

Hakim..

Saya menonton Master Chef punya program. Ia sangat menarik kerana mempunyai nilai-nilai penting pada pendapat saya. Bukan tentang cara-cara memasak sahaja, tetapi banyak lagi seperti cara peserta menangani stress dalam pertandingan dan lain-lain. Tetapi yang paling menarik pada saya adalah cara hakim mereka menilai.

Apabila seseorang mempersembahkan hasil masakan mereka, selepas hakim merasa, mereka akan memberi komen.

Cuba perhatikan cara mereka memberi komen..

Pertama, mereka akan memuji peserta.
for example, 'Dani, your dish's wonderful. The meat was tender and soft, the cream was sweet. ..'
Dan peserta akan tersenyum gembira kerana menerima pujian dari Hakim.
Kerana apa? kerana setiap insan di dunia ini akan merasa dihargai apabila menerima pujian walaupun ianya kecil.

Kedua, kemudian mereka akan memberi komen negatif.
for example, 'However, the way you presented it was not as expected.. or however, the cream was a bit salty and it has affected the presentation..'
Dan peserta akan terdiam, hilang senyuman asal yang ada di bibir..
Kerana apa? kerana menerima komen negatif adalah suatu yang kurang menyenangkan bagi semua insan di dunia. Tetapi ianya adalah hakikat, dan peserta akan membaikinya selepas itu.

Apa yang saya ingin utarakan adalah kaedah memberi pujian dan memberi komen yang diamalkan oleh mereka sangat menarik dan berkesan. Begitulah ia boleh membina diri kita apabila setiap usaha kita dipuji dan kemudian adanya teguran selepas itu, ia mejadikan emosi balance terhadap apa sahaja yang kita lakukan.

Tetapi, dalam kalangan masyarakat Islam, ilmuan dan ibu bapa, sesama rakan, kadang-kadang apabila melihat dan memberi komen, yang berlaku adalah sebaliknya... Ianya sama ada negatif belaka atau pun bermula dengan negatif, bila orang yang ditegur sudah 'kecil hati' barulah diberi yang positif.

Ramai pensyarah begitu. Memberi komen yang negaatif sahaja pada kertas kerja pelajar mereka, atau pada presentation pelajar. Lagi brutal dirasakan lagilah dia hebat. Ada ibu bapa begitu, menegur yang negatif semua tetapi tidak memuji yang baik. Ada kawan sesama kawan juga begitu, menegur dan mengutuk yang negatif tetapi tidak memberi yang positif terlebih dahulu.

Saya ingin membawa kembali kepada kaedah Supervisor saya dalam semua usaha yang saya buat.

1-Pertama, apabila saya menghantar chapter yang saya draft, selepas seminggu dua, saya akan mengadapnya untuk mendengar komen yang diberi. Dia akan mulakan dengan 'You have done a good job.... bla bla...'

2-Lepas tu, baru dia akan beri komennya yang panjang...'However, there are a few things you need to improve... you have to ensure the coherence of the writing.. you did not do this.. you have to add this.. you failed to highlight this issue, you need to find how the scholars put their positions, you have to make sure your writing ...'

Saya memerhatikan dengan teliti kaedah pendekatannya kepada semua pelajar beliau. Dan ia sekata dan seimbang..

Berbalik kepada entry saya sebelum ini, saya melihat pendekatan beliau dalam memberi teguran. Beliau menghantar email mengatakan usaha saya berkongsi ilmu dengan pelajar master beliau adalah baik, penyampaian saya boleh diterima oleh pelajar..dan lain-lain... Ia bertujuan membina nilai positf dalam diri saya sebagai pelajarnya. Dalam kelas tersebut, ada peguam keluarga di Victoria, social workers, dan ramai lagi.. macam2 soalan hampir 20 soalan ditanyakan dalam sesi Q and A,

Apabila saya bentangkan slide kedua tentang 'Islam tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina..' seorang pelajar lelaki bangun dengan kasar dan terus mengambil air dan bukunya keluar dari kelas. Saya rasa dia gay.. Lepas tu saya ditanya apa ayat dari Quran yang kata perkahwinan hanya antara lelaki dan perempuan? Dia nak saya baca ayat dalam tu.. saya baca ayat Rum 21. ada yang tanya, apa kerajaan buat bagi wanita yang kena domestic violence di kampung-kampung, apa kerajaan melalui Kementerian wanita buat? kenapa wanita Islam selalu dipandang kena tindas, kenapa pendekatan di malaysia tak sama dengan pendekatan terhadap wanita di negara arab, pakistan dan lain-lain. apa beza wife battering and peruntukan suami boleh pukul isteri yang nusyuz.. kenapa malaysia kena ada dua sistem undang-undang civil dan syariah, kenapa hak wanita islam di malaysia tidak terbela sampai sekarang? kenapa islam benarkan pukul isteri, apa peruntukan Domestic Violence Act dan kaitan dengan wanita Islam kena dera.. kenapa itu.. kenapa ini....banyak sangat.. [sepanjang majlis tu, saya berdoa ya Allah, bagilah saya dapat jawab terutama yang melibatkan kedudukan Islam..]


Kemudian semasa saya berjumpa dengan beliau, maka teguran negatif membina akan diberikan lagi seperti, 'you have to be more confident.. when we deliver a talk, do not talk too fast, one slide should be like this and bla bla...You have to improve this and that... you can improve this and that....'

Dan saya menghargai kaedah seperti ini. Ia selari sebenarnya dengan kaedah pendekatan Rasulullah... 'Mula-mula Bagainda memberi peringatan syurga, buat ni bagus, dapat pahala, akhlak mulai orang suka, ibu bapa gembira...selepas itu datangnya yang negatif, tapi kalau buat begini, nanti masuk neraka, azab Allah pedih, ia menakutkan...' Yang baik datang dulu, yang sedih, menakutkan, teguran negatif datang kemudian...

[Sebenarnya Supervisor saya selalu memanggil wakil beberapa NGO untuk berkongsi pendapat di Fakulti Undang-undang (kadang-kadang dengan kelas beliau juga).. pendekatan selalunya negatif seperti, poligami menindas wanita, wanita islam tidak dilindungi hak mereka, mereka dipukul oleh suami tetapi tiada tindakan dibuat. Saya berusaha menukar pendapat itu, saya rasa ia unfair.. banyak yang kerajaan dah buat, pindaan undang-undang islam 2003 dah improve banyak benda, penghakiman juga sudah improve banding dengan dulu, hakim mahkamah syariah walaupun ada yang belum sampai tahap professionalisme, tetapi ada usaha ke arah itu, memang banyak lelaki melaksanakan poligami tetapi tidak adil kepada isteri mereka, tetapi itu salah pelaku, bukan salah peruntukan poligami. Fasakh ada membantu wanita tetapi jika wanita tidak diberi maklum hak mereka, mereka tidak tahu nak kemana.. ]

Pendekatan negatif seolah-olah perlaksanaan perundangan islam di malaysia tidak langsung membantu wanita..

saya selalu berfikir tentang ini..

Monday, July 25, 2011

Perjalanan...

Perjalanan hidup..

Perjalanan hidup kita sebenarnya adalah satu rangkaian peritiwa yang menarik. Ia akan jadi lebih menarik jika kita dpt ingat dan rekodkan dengan baik.. Itulah yang dijadikan dasar penulisan penulis hebat abad ini iaitu Prof Kamil dengan Travelog Hajinya dan Travelognya yang lain. Dengan bentuk penulisan yang menarik dan mendasar, ia mampu menarik jutaan hati manusia lain mengikuti dan mempelajari iktibar dari laluan cerita beliau. Saya memang mengkagumi kebolehan beliau..

Tapi saya takda travelog..
mungkin satu hari nanti, who knows..

____________

Lepas sekolah buka, 18 July..macam-macam peristiwa saya dan aisyah lalui..

Rutin saya, hantar aisyah sekolah dan saya ke university.
Hari Isnin, Rabu dan Jumaat, aisyah balik dari sekolah dengan hana dan saya dapat berada lama sehinngga 6 pm di office. hari selasa dan khamis, saya jemput aisyah balik sekolah, sebab jam 5pm aisyah ada kelas teakwondo.

Setiap kali aisyah tekawondo, saya akan solat maghrib kat kedai Pakcik Sudan sebelah kelas teakwondo, sebab maghrib masuk 5.30pm.

Minggu lepas, isterinya pun ada jugak sama dengan dia jaga kedai..
Saya masuk, pastu saya tegur dia,

'Assalamualaikum sister, how are you sister? can i perform my maghrib here?'

'yes.. of course.. you don't have to ask sister, you can just go to the solat area. when you solat at my shop, it is 'ajr', reward for us..' suaminya menjawab.. baik sungguh mereka..

Saya solat dengan wife dan anak perempuannya. Masa nak solat, isterinya suruh saya jadi iman. Yang menariknya, dia tanya saya dulu, 'Sister, is that ok we perform together? are you a sunni or syi'e? '

Saya senyum sambil menjawab..
'Ooo I am a sunni, ahli sunnah wal jamaah. I'm from malaysia and we follow Syafie mazhab.'

'Oo please go sister, you be the imam.. If you are syi'e, Syi'e wo'nt pray together with us.. please sister, be the imam..'

Saya menolak dengan span.. 'I don't think I should be the imam sister.. this is your place, you be the imam, i'll be the makmum..'

Tapi dia asyik tolak saya jer.. Saya pun jadi ler imam..
lepas solat kami bersembang siket..

Saya membalas kebaikan Pakcik dan makcik Sudan ini dengan membeli apa sahaja yang saya dapat dari kedai mereka selepas saya solat. Hari ni beli spaghetty, hari lain beli air kotak, hari lain beli coklat, hari lain beli gula dan gandum... kadang-kadang saya beli coklat jer AUD3.. saya niat menyokong usaha mereka memjual barang runcit, di samping mengucapkan terima kasih kerana benarkan saya solat kat kedai mereka.

__________

Hari Jumaat, saya ke uni. siapkan beberapa perkara termasuklah print out beberapa journal articles yang baru saya dapat secara online. Saya jenis orang yang baca hard copy, saya tak suka baca dalam bentuk PDF di komputer.. tak boleh concentrate. Jadi semua artikel penting saya akan print dan masukkan dalam file. Saya buat file mengenai articles di rumah, dan saya buat Excel dan ada link dengan End Notes untuk tesis saya. Jadi saya tahu nombor apa sesuatu artikel dan dalam file nombor berapa saya simpan. Ni kakak saya yang UTM tu yang ajar, so saya ikut nasihat dia. Senang nak cari katanya..

Malamnya saya ke rumah Hada, ada study circle dan gathering sebelum masuk Ramadhan. balik rumah jam 10.30mlm. Ada pembahagian kumpulan untuk baca quran ramai2 msesama muslimat sepanjang ramadhan nanti.

Hari Sabtu, ada ceramah Sambutan Ramadhan di KgVic dari jam 10-2pm. Dr Rameez Konsulat General yang baru di Melbourne juga turut hadir. Ada forum 3 ahli panel.
___________

Tetamu...

Kami menerima tetamu dari Adelaide, Sayuti, Wan Satirah sekeluarga pada hari Khamis malamnya, .. mereka bercuti di melbourne dan nak ke Mount Buller main salji dengan family Dr Rizman dr Adelaide juga. Mereka tidur di rumah saya sekejap dan kemudian tidur di rumah sewa di Glenroy. Semasa forum KgVic, Sayuti dan Dr Rizman sekeluarga juga turut sama hadir sekejap bertemu dengan kawan-kawan Melbourne, dan kemudian mereka ke city, round-round bandar.

Wan dan Sayuti bersama anak-anak mereka mengajak Aisyah ke Mt Buller, Aisyah suka sangta nak beermain bersama-sama anak-anak mereka termasuklah anak Dr Rizman yang juga bernama Aisyah. Abah benarkan, jadi saya pun benarkanlah...

Seronoknya aisyah ikut kawan-kawan ke Mt Buller dan bermalam di sana.

Dan saya tinggal di rumah sorang-sorang..

Aisyah pesan, 'Umi... are you sure that you can stay alone? If Umi takut, Umi please ask sapa-sapa tidur sini ye Umi.. Aisyah risau kalau Umi tidur sorang. Anything happens, aisyah takda nak jaga Umi..'

Esok, anak saya yang sangat saya sayangi akan balik ke rumah dari Mt Buller..

Friday, July 22, 2011

Puasa Menjelang..

Ramadhan..

Menunggu Ramadhan, terasa sangat cepatnya masa berlalu..
Puasa yang mulia akan menemui kita tidak berapa hari lagi..

Menunggu Ramadhan, bulan yang besar akan hadir menemui kita..
saya berdoa semoga saya dapat mengisinya dengan ibadah yang mulia..

Menunggu Ramadhan, dengan tugasan yang sangat banyak, saya rasa gusar..
Semoga dipermudahkan Allah...

Menunggu Ramadhan, jauh dalam hati saya..
saya sangat berharap abah ada kat sini..
Tapi saya perlu hormati kerjaya dia..
Dia berusaha di Malaysia, memenuhi cita-citanya menjadi businessman..
sebagaimana dia hormati dan benarkan saya memenuhi kehendak kerjaya saya..
saya juga perlu berikan yang sama pada dia..

Insya Allah abah akan sampai tak lama lagi..

Tiket Abah Air Asia ...

D72724 Kuala Lumpur (KUL) Melbourne (MEL) Sun, Aug 14 13:40



Ramadhan..
semoga menjadi madrasah membina iman dan amal..

Wednesday, July 20, 2011

Kata-kata yang baik...

Bapak Tim


Saya dapat email dari bapak Tim pasal saya present dalam kelas dia.
Mari kita tengok bagaimana orang-orang yang baik menggunakan kata-kata berhemah yang membina. Saya selalu berharap agar ilmuan Islam, para ibu bapa, senior2 berilmu mempunyai PR yang bagus dan selalu menjaga kata-kata yang baik membina.. Saya akan berusaha mengamalkannya.. insya Allah..

PR..
PR adalah perkara penting dalam membina networking sesama para ilmuan.. dan juga sesama insan..


19 July 2011

Nurhidayah yang baik,
I'm writing to thank you again for the excellent lecture you presented to my Melbourne Law masters class 'Islam, Law and Politics in Asia' on Islam and women in Malaysia.

Your lecture was very well-received by the students and made a very important contribution to the teaching of the course.

I would be grateful if you could submit your usual timesheet, with 5 hours claimed to cover preparation and delivery of your lecture. We will arrange payment to your usual account as quickly as possible.

Thank you again for your much-valued support for our work.

Hormat saya,


Prof Tim
........





BTW... nanti saya dapat gaji.. :-)
agak-agak berapa ya...
koman-koman boleh lah saya bawak Aisyah makan kat KFC Halal lepas ni..
or makan nasi Arab kat Roza Restaurant ke.. hehe..

Tuesday, July 19, 2011

Sewa Rumah

Sewa Rumah...


Saya bayar sewa rumah kat sini dua bulan sekali. Jadi kalau untuk bulan Jul 2011, saya dah bayar sekali dengan bulan Ogos. Setiap kali dapat duit bisiswa dari KPT, first sekali saya akan bayar sewa rumah..

Saya bayar AUD2346.00 untuk dua bulan.
Maknanya sebulan, sewa rumah saya adalah AUD 1173.00

Mahal sungguh rasanya....

Sunday, July 17, 2011

kenangan..

Kenangan..

Rumah saya kembali senyap apabila Boss saya dan isteri balik ke Malaysia tengahari tadi.
Semoga journey to Melbourne menjadi kenangan manis untuk Ustaz da Kak Tie.. [isteri Boss saya org lain panggil Kak Husni, tapi saya panggil Kak Tie sebab saya dah kenal dia lama dulu. Kak Tie batch pertama UIA. Bila saya masuk UIA (sy batch ke 6, dia dah jadi tutor di UIA before pindah ke UiTM, dia ajar saya subject islamic studies, dulu dipanggil CFK.. kira cikgu saya la ..:-)]

Hari Isnin- Kak Tie dan ustaz ikut saya ke Melbourne City jam 8.30pg. Aisyah masih sleep over rumah Zafiera. Saya tinggalkan kereta di Reservoir Station. Sampai Flinders, kami semua berjalan menyusuri jalan Swanston to Bourke St sebab mereka nak ke Melbourne Convention Centre naik tram 96 depan Supermarket Target. Sepanjang jalan, saya tukang ambik gambar mereka berdua.. klik klik klik... hehe...

Lepas mereka naik tram, saya puna naik tram menghala ke University Melbourne. Malamnya kami bertemu di Flinders jam 6.48mlm untuk naik train ke Reservoir. Ustaz belanja cappucino di Flinders.. itu ler first time saya minum coffee kat Flinders... teruk betul saya ni..hehehe..

Hari Selasa, mereka berdua ke Melbourne Convention Centre juga. Tapi petangnya Ustaz dan kak Tie berjalan-jalan di Bandar Melbourne, beli macam-macam.. sampai Reservoir Station, saya jemput dan kami ke Sydney Road makan kat Restoran Roza.. Ustaz belanja.. :-) Lepas makan, saya bawak ustaz dan Kak Tie ke K Mart Campberwel yang bukak 24 jam. Balik rumah jam 11 malam.. ngantuknyer..

hari Rabu, peserta conference ada berjalan2 anjuran organiser, so hari ni saya pun tak pergi pejabat, tapi menjadi pemandu pelancong ke Queensliff, naik feri ke Sorento. Best sanngat. Ustaz drive, kak Tie jadi co-pilot, saya dan Aisyah dok belakang, jadi GPS dan penunjuk jalan.. :-)

Jangan laju....70kilo jer..[Ustaz suka bawak laju.. hehe..]
Seat belt ya.. seat belt...
Lagi 200 masuk kanan.. signal signal...
Jangan tukar-tukar lane... signal signal...
Depan nanti 60kilo.. jangan laju- laju...
Round about, take the third left...

Ustaz berjaya membawa kereta ddi Melbourne dengan jayanya... hehe..


Akhirnya kami sampai ke Queensliff...naik feri.
Ustaz dan Kak Tie belanja kita orang tiket.. thank you ya..

Pastu dalam feri, dapat coffee free lagi dibelanjai.. hehe...

Atas feri ni....pusing-pusing..


Saya suka gambar ni.. sangat cantik... hehe.. [takpa ler nak pujikan.. :-)
Ada feri kat belakang kita orang, duduk kat tingkat atas feri.. berangin dan sejuk..
alhamdulillah cuaca cantik..



Dah sampai Sorrento...
Masalahnya kita orang ni .. sorang pun tak terfikir bawak kereta ke Sorrento. Kita orang pergi tinggal kereta kat Queensliff, jadi dapat pusing dekat-dekat jer la kat Sorento dan kena balik naik feri lagi ke Queensliff.. :-)

Balik dari Queensliff jam 4pm, kami lalu highway Hume dan terus ke DFO Essendon. Ustaz dan Kak Tie nak beli Corelle.. fuyoooo byanyaknya mereka meemborong corelle.. sampai dekat AUD500.00 :-)

malamnya kami dinner di rumah Azma Mila. Ada 4 family kat situ, bersama-sama meraikan ustaz dan Kak Tie.. Kami makan, then buat mesyuarat siket.. bincang-bincang pasal masalah dan cabaran PhD masing-masing..
Jam 11 malam, kami pun balik rumah...

adoiiiiiiiiii letihnya badan...

Hari Khamis, saya ke Uni, siapkan semua paper work untuk apply extension. Saya nak kirimkan melalui ustaz dan nak bincang serta mendapatkan panduan dan bantuan beliau..Balik rumah petang, sebab nak bawak Aisyah ke kelas teakwondo. Kak Tie dan Ustaz lepas conference pusing-pusing bandar Melb lagi.. Malamnya kami dinner di rumah Mizah Ghani di Glenroy.

Khamis, saya ke Melb Uni dan Ustaz dan Kak Tie ke conference- kak Tie presented her paper sebelah petang.





Hari Jumaat, saya attend seminar human rights kat melbourne Uni. Ustaz dan kak Tie datang ke Melbourne Uni lepas tu, solat Jumaat di surau Melb Uni dan lepas tu saya bawak pusing-pusing building law School. Ustaz jumpa Prof Abdullah Supervisor saya kat sini, sembang sekejap dan kami naik ke tingkat atas, pusing-pusing..dan ambik gambar...

Gambar di atas ni kat Tingkat 8 ni..

____________


Sabtu saya ke opis, Aisyah saya hantar ke rumah hana..
Saya kena kejar siapkan semua keperluan untuk apply extension sebab mereka dah nak balik hari Ahad.

Saya balik ke rumah jam 6pm dan malamnya ramai kawan-kawan datang rumah. Kami makan bihun goreng yang dibuat oleh Kak Tie, kami bersembang dan berbincang serta meraikan ustaz dan kak Tie yang nak balik dah ke Mesia esoknya..

Sepanjang minggu ni, Aisyah ada beberapa sleepover sementara cuti sekolah nak habis ni. Isnin depan, sekolah starts balik. Malam ni Aisyah sleep over di rumah Alifah pulak.
________

Ahad 17 Julai.. jam 11.45pg, kami bertolak ke airport.
Ustaz drive kereta ke airport untuk kali tearakhir di jalan raya di Melbourne sebelum bertolak balikke Malaysia jaam 3.00pm..

________

Sampai rumah dari airport..

Ohhh... rumah saya kembali senyap dan sunyi..

Dan life saya kembali kepada rutin biasa....

Belajar ke Universiti dan ke rumah....

Wednesday, July 13, 2011

Birthday ...

Birthday ke ??? :-)

Ketika saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja pelajaran yang menyesakkan kepala,
tulang belakang saya tiada di samping saya..
Bertembung pula dengan cuti sekolah Aisyah, maka saya lagi sesak..
berkejar ke sana ke sini menguruskan urusan hidup di bumi orang ini..
Kadang-kadang memang rasa aduhhh stressnya..
tapi saya akan terus sabar ..
dan terus akan berusaha..

humpppp.. kemanakah tulang belakang saya menghilang?

Jauh sangat...
tulang belakang saya sedang mengembara
ke negeri Chieng Ho..
negeri Jacky Chan..
negeri Yap Ah Loy...

Tulang belakang saya pergi ke China sebenarnya..;-)
untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air untuk keluarga..
Sambil mencari sesuap nasi, dia mengelilingi China rupanya.. :-)
Usahanya yang gigih akan saya sokong..
dan saya akan terus menyokong sampai bila-bila..


Pada 9 Julai 2011 adalah birthday tulang belakang saya..

Tapi sebab dia jauh di mata,
saya hanya terima gambar sajalah.. :-)

Happy Birrthday ya...
Yang keberapa tu?
walaupun dia nampak awet muda, sebenarnya dia dah berumur ya..
Happy Birthday ke 43 tahun ya Bah...

Semoga Allah memberi abah rezeki yang luas
dan menjadi penggerak kepada ekonomi orang Islam
dan menjadi orang kaya dermawan yang kuat iman seperti Abdul Rahman bin Auf yang kaya dan pemurah..

amin ya rabbala'alamin



Taraaaa..............
Bandar apa tu kat China ni..



Abah ke sana mengahdiri pameran international mesin-mesin buatan China. then dia juga mencari mesin-mesin untuk diniagakan di malaysia...
Siapa yang ingin mennjadi pengusaha makanan seperti pemilik restoran, caterer dll, dan mencari mesin silalah klik di sini...

Sunday, July 10, 2011

Tetamu

Tetamu Malaysia..

Boss saya iaitu Dr Rahimi dan isteri Kak Husniyati sekarang berada di Melbourne. Mereka ada conference 5 hari dan duduk di rumah kami di sini. Saya jemput mereka di airport malam tadi jam 8pm dan pagi tadi saya bawak mereka berjalan-jalan.

jam 11pgi, kita orang ke Savers, beli baju sejuk dan jaket, seluar panjang dll..
Banyak jugak pilihan hati Ustaz dan Kak Tie ni.. habis AUD100 .. hehe..

Lepas tu saya bawa mereka round-round La Trobe Universiti tempat saya belajar dulu.
Drive keliling Universiti dan saya tunjukkan surau La Trobe dan bangunan Law School yang saya belajar dulu. [La Trobe yang cantik adalah pengalaman yang sangat berharga untuk saya. Jika saya tidak menghadapi masalah dengan Dr Kerry di La Trobe, sudah tentu saya tidak akan mendapat peluang berhargal berada di bawah Prof Tim dan Prof Abdullah.. Maha Besar Allah atas ketentuanNya.]

Lepas tu kami ke rumah Hana ambik Aisyah yang baru balik dari sleepover di rumah Fiera 2hari (Jumaat sampai Ahad).

Lepas tu kami semua ke Library Mill Park, ambik buku yang kami order nak pinjam. Aisyah pun pinjam buku dan tunjukkan pada Ustaz dan Acik Tie macamana kat sini punya advance library awam dia.. senang sangat.. alangkah jika ia dapat dilaksanakan di Malaysia.

Kita dapat pinjam 30 buah buku sekali gus, kalau buku berada di library lain, kita boleh order suruh bawak ke library yang kita nak, then kita boleh datang library main komputer game, main Wii dan lain-lain..

Then pinjam buku pun budak2 senang buat sendiri..
lalu jer atas mesin dia, semua selesai..



Aisyah tengah tunjuk pada tetamu kami bagaimana dia pinjam buku kat sini..

Ini depan Library... sebelah kiri adalah pintu masuk..

Inilah Boss saya yang dihormati, Prof Madya Dr Rahimi dan isterinya Puan Husniyati
(Lecturer Business School UiTM)

Lepas solat zuhur, saya bawa ustaz dan kak Tie ke rumah Sham di lalor. Sham buat jamuan birthday Iman anak perepuannya. Ramai yang datang dan semua meraikan ustaz dan wifenya..
Aisyah saya tinggalkan sleepover rumah Sham Iman pulak, ramai-ramai pakat tidur kat situ. Esok jam 7pm baru saya gi ambik Aisyah lepas balik dari University Melbourne.

Lepas solat maghrib, jam 6.30pm kami semua ke rumah Nazura pulak, kawan lecturer Business. Zura call Kak Hada, Mizah dan Sherry dan keluarga masing... riuh betul kami bersembang-sembang, berbincang macam-macam ddi samping meraikan Kak Tie dan Ustaz. Kaum lelaki di ruang tamu bersembang macam-macam dan kaum ibu pulak dimeja dapur, bersembang macam-macam jugak..

sekarang jam 10.30 mlam baru balik dari rumah Zura..

Esok mereka akan menghadiri conference di Melbourne Convention Centre selama 5 hari (isnin ke Jumaat).

Friday, July 8, 2011

Pencil and Parents



Tazkirah Pendek...

Pencil: I'm sorry....


Eraser: For what? You didn't do anything wrong.


Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)



_________



Ini kawan saya email kat saya..



Parents are like the eraser whereas their children are the pencil.
They're always there for their children, cleaning up their mistakes.
Sometimes along the way...
they get hurt,
and become smaller (older, and eventually pass on).
Though their children will eventually find someone new (spouse),
but parents are still happy with what they do for their children,
and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....

Mari kita ingat pada ibu dan bapa kita..
mereka berkorban sehabis daya memberi kehidupan yang baik untuk kita.
Selalu mengalah pada kelemahan kita..
Semoga kita selalu ingat.
memberi kepada mereka sebahagian dari rezeki yang Allah berikan..
selalu menghubungi dan menziarah mereka.. Semoga kita menjadi anak yang baik pula untuk ibu dan ayah kita..

_____________

p/s hari ni saya di melbourne university. saya ke surau tadi nak solat zuhur, rupanya students lelaki tak buat solat jumaat di sport centre tapi di surau.jadi saya pun dapat ikut sekali. Ini adalah kali pertama sepanjang saya di melbourne, saya dapat solat jumaat 2 rakaat di sini. Khatibnya memberi khutbah bertajuk DO not Lie...

facebook

Facebook..

Siapa yang ada account facebook sila angkat tangan?
ooohh.... semua angkat..
ooo maknaya hampir semua orang ada account facebook yer...hehe..

Saya pun ada jugak.
Tapi dah dua minggu saya deactivatekan facebook saya,
kononnya sebab saya ni tak dapat kontrol masa, asyik baca orang punya update..
pastu gatal tangan nak menyampuk..
pastu saya suka tengok gambar yang kawan2 upload..

baca macam-macam..:-)

kawan gi mesyuarat ker..
gi shopping ker..
jumpa supervisor ker..
dah hantar thesis ker..
dah makan nasi ker..
makan nasi kat mana..
sedap ke tak..
pergi sorang ke pergi ramai..
naik apa..
berapa jam nak sampai..
best ke tak...hehe..

lama-lama saya rasa tak boleh jadi ni..
asyik baca orang punya..

Saya pun deactivate ler..
kononnya nak activate balik bila thesis siap..
bila siap agaknya..
entah ler...
tak lama lagi....

tapi..
sekarang saya rasa teringin ler pulak nak baca update kawan-kawan saya..

nak activate ke tak nak ni???

Wednesday, July 6, 2011

Response

Presentation..

Hari tukan.. saya present dalam kelas Master Law Supervisor saya, Prof Tim...

Saya tak tahu bagaimana saya nak luahkan pendapat saya mengenai kebaikan dan kecantikan pendekatan beliau. Saya melihat Supervisor saya mewakili grak kerja dan pendekatan orang barat, yang sangat sukar untuk dijumpai di kalangan orang-orang kita. ie orang islam, orang melayu, dan orang malaysia..

Apabila kita present sesuatu di tempat kita, jarang sangat orang2 senior, pakar2 bidang memuji dan memberi galakan kepada pelapis2 bawahan. kadang-kadang ada rasa 'competition/persaingan' yang tidak baik dalam hati orang-orang kita. jarang kita mendengar cerita yang senior memuji yang junior, memberi semangat sebagai menyambung legasi orang-orang lebih senior.


Saya akan mencontohi pendekatan Supervisor saya apabila saya balik nanti. Insya Allah..

I will try my very best, to show whatever positive that i learn from here..
to be shared with my friend, juniors, students and all my society.. insya Allah...

Antara nilai positif Bapak Tim adalah selalu memuji dan memberi galakan yang tidak putus2 kepada saya. Saya berazam dan berjanji akan melakukan yang sama kepada orang lain kelak... insya allah..

________________

Ini email beliau...
July 5th 2011

Dear Hidayah,

Thank you again for your presentation, which was clear and comprehensive, and very well-received the members of the class. It was excellent, and very much appreciated! I will be in touch again soon to organise payment for you for this.


I hope your work is progressing well.

Salam hangat,

Tim
------------


p/s nanti saya nak dapat payment...
itu pun sesuatu yang best jugak..:-)
menghargai dan dihargai....amin
kemarin saya dah terima nombor Tax dari Australia taxation Office. sekrang saya ada nombor tax.. hehe.. tak pernah terpikir saya nak ada nombor tax kat negara orang, dan sekarang saya dah ada.. nombor tax saya di bumi kanggaroo ini adalah 356-226-003...

Tuesday, July 5, 2011

Aisyah..


Aisyah punya grading... sangat gembira sikecik aisyah sebab berjaya dapat Belt Cho dan Bo.

Dan yang paling power lagi, Asiyah dapat Pass with Distinction lagi!

BRAVO Aisyah....


Nak tengok Aisyah grading?
Sila tengok video ni...
tapi dalam teakwondo, aisyah tak pakai tudung..
Aisyah kata dia tak mampu nak pakai sebab takda orang Islam dalam tu. Ada sorang budak lelaki Islam. Tapi insya ALlah lepas ni, Aisyah akan pakai dalam teakwindo sebagaimana Aisyah berlatih pakai secara consistent dalam semua waktu2 yang lain..

video

Monday, July 4, 2011

Kata-kata Aisyah

Aisyah's kata-kata hikmah...
[hikmah ker??? hehe... boleh ler :-)



'Umi...
we can't buy award,
we have to earn it..'

_____________

'Umi..
Why can't you sleep at 10.00pm and wake up at 2 am or 3 am?
then you can continue your writing..
If you sleep at 3am and wake up at 6.00 am,
you don't have enough sleep, then you will be stress out..'

____________________

'Umi...
Why can't people in this world be like a kid?
Kids play and fight..
today we fight but tomorrow we forget and play together again..'

_____________

'Umi...
Why can't we stay in Australia for ever,
and do not have to go back to Malaysia?
I love schooling here, learning is fun..
But in Malaysia..urghhh
the bag is heavy..
the school has no big space for girls to play..
the library is small..
learning is so hard and serious in malaysia..
i don't want to feel like that...

Sunday, July 3, 2011

Tazkirah Minda Positif

Dalam Hidup Penuh Pancaroba..

Hidup kita ini satu cabaran. Allah meletakkan depan kita jalan berliku untuk menguji siapa yang tabah. Ada orang laluan hidupnya bersih, cantik, tiada ombak yang melintang arus hidupnya- itu rezeki dia. Tapi percayalah bahawa apa yang kita perolehi dengan kesusuhan akan lebih bermakna dalam diri kita. Bila kita susah untuk mendapat duit, setiap sen adalah berharga. Bandingkan dengan anak orang kaya yang setiap hari dia diberi duit begitu saja oleh ayahnya, maka duit tidak ada harga pada dia. Orang sebegini tidak pandai menilai erti sesuatu barang.

Untuk bina fikiran yang positif, mari kita lapangkan hati. Ujian yang tiba adalah bukti ALlah masih memberi kita peluang untuk berusaha, sekali gus mencari pahala atas kesabaran dan usaha gigih yang kita buat.

Jangan buang masa dengan berfikir kedudukan orang lain. Dan jangan buang masa berfikir sama ada aku perlu buat atau tidak perlu buat sesuatu usaha..

Jalan terus...
Melangkah dan melangkah..

hargai setiap saat yang ALlah beri ..
Kerana iatulah erti kehidupan..


Bila lihat orang lebih, jangan jeles. Kita harus belajar untuk menerima dan redha atas ketentuan Allah.. Seperti nasihat nabi; lebih kurang bermaksud, 'Jika lihat urusan dunia, (kekayaan, letinggian darjat, harta dll), lihat mereka yang lebih rendah dari kamu, supaya kamu bersyukur. Jika lihat urusan akhirat, kebaikan dan pahala ALlah, lihatlah pada orang lebih baik dari kamu, supaya kamu lebih berusaha keras.'

Saya letakkan dua nasihat dari pakar motivasi (non-Muslim), dia memberikan kita sedikit panduan mengenai mencari ketenangan hati... Ini katanya...

Do Not Be Jealous:

We all have experienced how jealousy can disturb our peace of mind. You know that you work harder than your colleagues in the office, but sometimes they get promotions; you do not. You started a business several years ago, but you are not as successful as your neighbor whose business is only one year old. There are several examples like these in everyday life. Should you be jealous? No. Remember everybody's life is shaped by his/her destiny, which has now become his/her reality. If you are destined to be rich,nothing in the world can stop you. If you are not so destined, no one can help you either. Nothing will be gained by blaming others for your misfortune. Jealousy will not get you anywhere; it will only take away your peace of mind.


Do Not Procrastinate And Never Regret:

Do not waste time in protracted wondering " Should I or shouldn't I?" Days, weeks, months, and years may be wasted in that futile mental debating. You can never plan enough because you can never anticipate all future happenings. Value your time and do the things that need to be done. It does not matter if you fail the first time. You can learn from your mistakes and succeed the next time. Sitting back and worrying will lead to nothing. Learn from your mistakes, but do not brood over the past. DO NOT REGRET. Whatever happened was destined to happen only that way.

Kita yang Msulim sudah tentu lebih kuat perlu percaya bahawa Allah adalah penentu seluruh perjalan hidup kita. Tapi Allah juga memberi kita akal fikiran untuk berfikir dan memberi kita badan dan tenaga untuk berusaha. Jika kita berdepan dengan masalah dan asyik menghabiskan masa mengenang kisah silam, menangisi nasib diri dan tidak berbuat apa-apa.. maka kitalah yang rugi..

Jika perlu berusaha, buatlah tindakan segera..
Jangan pikir2 sehingga tak buat apa-apa..


Why cry over spilt milk?
Jalan terus...
Melangkah dan terus melangkah..

Kura-kura yang lambat, sampai juga ke garisan akhir kerana ia berjalan terus!