Monday, December 9, 2013

Sistem Pendidikan Negara kita..

Bagaimana kita tidak rasa sedih melihat perkembangan yang ada. Malaysia berada di tahap dua tercorot berbanding negara lain.. Astaghfirullah.. Bagaimana mungkin jika kita prihatin terhadap masa depan anak generasi kita, kita tidak rasa sesak dada... Saya rasa sangat sesak dada saya.....







Sistem pendidikan M'sia di tangga 2 tercorot 

Malaysiakini...1:12PM Dis 4 2013

 Sistem pendidikan Malaysia kini menduduki tangga kedua terkebelakang di kalangan negara-negara Asia Tenggara menurut penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Menurutnya, kedudukan Malaysia yang corot di belakang Vietnam tidak dapat diterima kerana negara itu pernah melalui zaman perang dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.




Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah. "Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain," kata Rafizi (gambar atas, kedudukan tengah) dalam kenyataannya.


Menurut Rafizi, PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. Ubah sukatan pelajaran Dalam penarafan tersebut Malaysia berada di belakang Singapura, Vietnam, dan Thailand dengan mata yang diperolehi bagi matematik sebanyak 421 mata, 398 mata bagi membaca, dan 420 mata bagi sains. Purata mata bagi ketiga-tiga aspek yang dinilai itu adalah 494 (matematik), 496 (membaca) dan 501 (sains). Menurut Rafizi, beliau menerima penjelasan rasmi Kementerian Pendidikan yang menggariskan sebab kecorotan itu. Alasan diberikan adalah sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.

 "Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan atau naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek," katanya. Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.

Sunday, December 8, 2013

Menjaga dan mendidik anak dan budak-budak..

Saya menerima soalan bertanyakan mengenai pendidikan anak-anak..

Saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa, dan juga bagi guru-guru dan pensyarah, didiklah anak-anak kita, budak-budak anak jiran kita, begitu juga anak-anak murid di sekolah. walaupun mereka anak orang lain dengan penuh kasih sayang. Marah bila sesuai dan bertempat dan jangan marah membabi buta.. Apatah lagi kepada budak kecil yang tidak faham erti hidup..



Wednesday, December 4, 2013

UPSR Aisyah

Aisyah..

"Umi.. takutlah Aisyah dapat berapa A ya?.." Ini kata-kata Aisyah masa nak pergi sekolah hari keluar result UPSR hari tu. Hari Khamis 14 Nov 2013. Abah kasi Aisyah bawak handphone ke sekolah sebab cikgu benarkan jika ada sesiapa nak cek result UPSR melalui handphone kat sekolah. So Aisyah pun bawaklah..

Abah hantar Aisyah setiap hari ke sekolah ISSA dalam jam 7.40pg. Saya pula bertugas untuk menjemputnya jam5pm. Hari tersebut, lepas kelas jam 10.30am, saya ke ISSA untuk mengambil result Aisyah. Ramai parents dah ada..

Bila saya sampai, Aisyah dan kawan2 baiknya dah tahu pun berapa mereka dapat, sebab semuanya cek result melalui hp Aisyah.. :-)

Saya bersyukur kerana seorang SUtaz sekolah mereka, namanya Ustaz Safwan selalu memberi nasihat yang lebih kurang dengan nasihat saya kepada Aisyah dan rakan-rakannya.. Aisyah menceritakan kepada saya, Ustaz tersebut menasihati budak2 dengan berkata.."Berapa pun yang kamu dapat, kena bersyukur kepada Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu. Kamu dapat 5A pun bagus, dapat 4A pun bagus, dapat 1 A pun bagus.. Yang penting exam ini macam kamu belajar naik basikal, jatuh jatuh.. nanti lepas ni ada banyak lagi kamu akan belajar.. jadi bukannya naik basikal ni terus habis. Jadi exam ni macam kamu naik basikal.. Lepas ni ada exam lain bila kamu dah belajar banyak.. Bagi Ustaz, kamu semua pandai, tak kira berapa banyak A kamu dapat.."

Dan saya memanjatkan syukur pada Allah kerana nasihat sebegitu diberi kepada anak-anak..

Saya bagitau Aisyah.."Aisyah dapat berapa A pun tak apa.. Yang penting Aisyah belajar kerana Allah, nak jadi pandai kerana Aisyah nak jadi Khalifah Allah yang baik, dan boleh menjaga alam ini.. Kita belajr kerana Allah, bukan sebab nak jadi riyak, sombong sebab dapat banyak A.."

Dan darling saya, Aisyah dikurniakan ALlah 4 A 1 B. ALhamdulillah atas semua nikmat... Dan saya memeluknya dan mengatakan, " Aisyah sujud syukur ya... sebab Allah dah bagi banyak A pada Aisyah.. Syukur pada ALlah.." Dan Aisyah sujud syukur selepasnya...

______________ 

pada 8-10 Nov, sekolah Aisyah membuat Camp Ukhuwwah di Bangunan Restu, Keluang untuk semua budak darjah 6. Dan saya bagi salah satu talk pengisian pada malamnya. Tajuk saya adalah "Menjadi Anak soleh solehah.." Saya bersembang dengan mereka, menceritakan mengenai kisah Umar dan budak pengembala kambing yang takutkan Allah dan tidak mahu menjual kambing tersebut kerana tidak mendapat kebenaran tuannya. Saya ceritakan mengenai anak gadis yang tidak mahu mencampurkan air ke dalam susu yang ingin dijual walaupun disuruh ibunya kerana takutkan Allah yang melihat apa yang dilakukan.. Saya ceritakan kisah2 ini menunjukkan bagaimana iman kepada ALlah, kepada malaikat yang kita tidak nampak sangat penting untuk kanak-kanak dan semua orang.

Kita nak jadi baik kerana ALlah sayang kepada orang yang baik. Dan saya tanyakan cita2 mereka.. dan saya mengikuti nasihat Prof Muhaya yang menceritakan mengenai 'skrip kehidupan' untuk didedahkan keapda kanak-kanak remaja.. Saya meminta mereka menulis apa yang mereka nampak akan terjadi 10 tahun akan datang. Ramai yang menulis mereka adalah seorang Doktor yang hafiz/hafizah.. Subhanallah.. Dan saya kata, "Jika kita nak jadi doktor yang hafizah, kita kena pergi sekolah yang bagus..." Akhirnya sebhagaian besar, saya rasa 2/3 nak naik tingkatan 1 di sekolah ISSA yang sama. termasuklah Aisyah...

Semoga mereka semua membesar menjadi mukmin yang baik sebagai generasi akan datang yang menjadi tunggak alam ini.. insya ALlah.. ameen...

Thursday, November 28, 2013

Gaji.. Isu belum selesai..

Gaji Pensyarah...




Apabila ada pihak membangkitkan isu gaji, selalunya ada beberapa tanggapan dari orang lain yang mengetahuinya; sama ada ditafsirkan sebagai orang yang mata duitan, tak pernah cukup dan tidak bersyukur, atau dianggap prihatin dengan nasib mereka yang terlibat.


Saya berpendapat bahawa isu gaji adalah isu besar. Ia berkaitan dengan Hadith Nabi yang mengatakan antara lain, 'Berilah upah sebelum kering peluhnya..' Ia merujuk kepada besarnya kedudukan upah, ganjaran yang setimpal mengikut hasil kerja yang dibuat, dan mengikut konteks di mana kerja tersebut dibuat, dalam keadaan bagaimana, kualitinya setinggi apa, dan apakah hasil kerja yang dibuat.


Jadi, ia isu bukan kecil, dan tidak wajar diperkecilkan. Gaji, atau upah, atau ganjaran, atau apa bentuk perkataan yang diguna  dianggap hak seseorang yang berhak mendapat bersesuaian dengan apa yang dikerjakan. Jadi ia perlu diperhatikan sebaiknya, agar orang yang berhak mendapat RM100 (contohnya), wajar dibayar RM100, tidak boleh dibayar kurang, kecuali sekiranya konteks berubah.

Tas dasar itu, saya selalu risau jika ada orang meminta sesuatu khidmat tetapi tidak bertanyakan berapakah upah yang dikenakan. Ia boleh menjadi sebab rosak sesuatu hubungan. Contohnya, Aminah mempunyai anak kecil baru lahir, meminta jirannya Mak Limah  tolong menjaga babynya semasa dia bekerja. Baby dihantar tetapi Aminah  tidak bertanyakan berapa sebenarnya Mak Mah kenakan. Bila cukup bulan, AMinah memberi Mak Limah RM200. Sedangkan bayaran setempat mengikut konteks pada ketika itu adalah RM350 untuk seorang baby. Mak Limah akan kecik hati dan mungkin mengumpat di belakang Aminah, dengan mengatakan Aminah kedekut, tidak bertimbang rasa dan lain-lain. Apabila Aminah dapat tahu, dia pula akan marah, dan cuba mempertahankan diri bahawa Mak Limah sendiri yang diam tak sebut berapa upahnya. Atau mungkin juga AMinah bertanya, tapi mak Limah menjawab "Beberapa yang patut".. Akhirnya hubungan keduanya yang asalnya baik, menjadi renggang..

Contoh tersebut memberi petunjuk kepada beberapa perkara:
1-Berapa upah adalah penting.
2-Ia perlu diputuskan sebelum khidmat diberi/dibuat.
3-Ia perlu bersesuaian mengikut konteks (kemampuan pembayar dan bayaran semasa di dalam masyarakat)
4-Ia perlu dibincangkan dengan baik, jika ada  kekeliruan berlaku..

Begitulah pendapat saya mengenai gaji pensyarah.. Sekarang berlaku  masalah dan kekeliruan, maka wajarlah Menteri mengambil tahu, membuka mata, membuka telinga dan berbincang...

Saya melihat isu ini untuk semua, terutama pensyarah muda, adik-adik saya yang sedang berusaha  untuk mendapat tempat yang lebih baik dalam kerjaya sebagai pensyarah... Saya sendiri, buat masa ini, sudah lebih dari bersyukur, takda lagi nak dikejar.. Saya hanya ingin memberi kepada ummah.. itulah doa dan harapan saya..

Namun begitu, jangan kita lupa, bersyukur kepada ALlah adalah satu kemestian.
Syukur kita ada kerja, syukur kita ada rezeki, syukur dan menggunakan duit yang diperolehi untuk bergerak ke arah agamaNya.. Itu adalah prinsip kehidupan yang tidak boleh berubah!

 Sila baca surat di bawah.. Ianya sangat baik dan saya menghormati penulisnya (yang saya tidak tahu siapa dia..)...
Saya postkan artikel ini dalam fb saya.. ada beberapa pendapat yang menarik..

  • Hamzah  menyuarakan apa yang perlu bukan bermakna pensyarah tidak 'bersyukur' akan tetapi ianya sebagai satu saranan untuk menambah baik sistem yang ada. Moga ada pembelaan yang sewajarnya agar kerjaya sebagai 'cikgu universiti' menjadi antara pilihan utama generasi akan datang.

  • Iza perbincangan ke arah kenaikan gaji memang menarik... cuma saya kira perbandingan yang dibuat antara gaji guru dan pensyarah tidak wajar (not comparable). DS45 adalah tangga permulaan bagi pensyarah, sedangkan DG48 adalah selepas kenaikan pangkat guru -- selalunya selepas 10 tahun. Pensyarah boleh naik ke DS52 sebagai tangga kedua (ramai kwn2 dah naik hanya selepas 4-5 tahun berkhidmat), sedangkan untuk guru ke DG52 selalunya selepas lama berkhidmat. Setahu saya ramai guru pencen dgn DG48 shj. Cuma point tentang bekas guru bertukar karier menjadi pensyarah, tidak dikira pengalamannya sebelumnya, saya juga setuju perlu dipertimbangkan.
  • Saya pulak berpendapat begini: Ada beberapa perkara yang saya sangat setuju, dan ucapkan terima kasih kpd penulis kerana sudi dan sanggup 'bercakap' mewakili pensyarah2. Ianya bab penulisan artikel ilmiah dalam SCORPUS dan ISI.. Penyarah Art Stream spt Pendidikan Islam, Bahasa Arab, bahasa Melayu, Pendidikan Tamadun, Melayu dll memang sgt sukar nak masuk dalam journal2 taraf tersebut. Pensyarah Sains, engine, medical mungkin lebih senang. Jadi bila publish kat tpt2 tersebut jadi dasar naik pangkat, memang kita berlaku zalim kepada mereka yg tidak dapat jalan untuk publish ke situ. (Ini terutamanya untuk junior lecturers..) Saya setuju sepatutnya journal fakulti2 uni diupgrade dan diterima. Sbb nak tulis artikel susah sangat... Tapi saya kurg setuju bila banding dengan gaji guru. Sy memang sgt sokong gaji guru naik sbb tugasan sekolah2 skerg sgt memeningkan dan sgt banyak... Kita tidak perlu bandingkan berapa ringgit beza antara skim ini dan itu.. tapi point besarnya adalah untuk keadilan kpd pensyarah2, maka kerajaan perlu buat reform.. susun semula struktur gaji dan mudahkan kenaikan pangkat tanpa jadikan kekangan besar pada pensyarah melalui SCORPUS ISI bagai...



http://www.beritaterkini.my/surat-profesor-jusa-b-gaji-guru-vs-gaji-pensyarah
__________________ 

Surat Profesor Jusa B : Gaji Guru Lebih Lumayan Berbanding Gaji Pensyarah. Sedangkan Tugas Pensyarah Lebih Berat Daripada Guru!

Gaji Pensyarah
Gambar Hiasan
Keluhan seorang Profesor Jusa B, bekas Dekan dari sebuah IPTA
SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.
Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernah menyandang jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya berpendapat bahawa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.
Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (Key Performance Indicator – KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan “rangking dunia,” maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (SCOPUS dan ISI).

KPI Pensyarah Malaysia Mengikut ketentuan Kuasa Barat?

Masalah ini kian parah apabila jurnal SCOPUS dan ISI ini turut menjadi syarat wajib untuk permohonan kenaikan pangkat. Persoalannya di sini ialah, siapakah yang menentukan pengiktirafan SCOPUS dan ISI ini? Seperti yang dimaklumi bahawa pengiktirafan SCOPUS dan ISI ini adalah di bawah bidang kuasa penerbitan yang bernaung di Barat. Hal ini bermakna juga bahawa KPI pensyarah-pensyarah ini berada di bawah ketentuan kuasa Barat. Bukankah aneh, seorang kakitangan kerajaan Malaysia, prestasinya dinilai atau ditentukan oleh negara Barat? Dan, hal ini tidak berlaku kepada kakitangan awam Malaysia yang lain.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang kakitangan awam Malaysia, KPInya ditentukan oleh kuasa Barat? Lebih malang lagi nasib ini menimpa kepada pensyarah yang berada dalam bidang sains sosial yang kajian dan penyelidikan mereka benar-benar terbatas kepada mempertahankan maruah dan nasib bangsa, agama, bahasa, sejarah, sastera dan kebudayaan Melayu yang kita sedia maklum tidak pernah dihargai atau mendapat pengiktirafan kuasa penjajah.
Gaji Pensyarah 2013Jika hal ini berterusan, maka tidak hairanlah pada hari ini jawatan pensyarah bukan menjadi pilihan golongan muda. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak KPT ialah memberi pengiktirafan kepada jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh universiti mahupun institusi tempatan yang lain. Perkara yang paling penting ialah budaya penulisan jurnal dapat berkembang hebat dan budaya penulisan penyelidikan dapat terus subur dalam negara. Menerbitkan jurnal bukanlah semudah yang disangkakan.


Sekirannya hal ini masih dipandang sebelah mata, maka adalah malu seorang pensyarah yang kelulusan sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan bekerja di universiti tempatan, markah KPInya berada pada bawah paras “malas” atau “sakit” sedangkan mereka mempunyai dedikasi yang tinggi dalam pengajaran dan melakukan tugas-tugas rasmi universiti seperti membentang kertas kerja, menghadiri seminar, menjadi perunding kepada beberapa organisasi kerajaan dan sebagainya.
Perkara kedua ialah tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.

Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (pra-universiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.

Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaik taraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.

Malangnya, semua usaha yang dilakukan oleh pensyarah bagi melonjakkan impian Malaysia untuk menjadi pusat pengajian ilmu terbaik Asia tidak pernah dihargai. Inilah kelemahan bekas Menteri Pengajian Tinggi, iaitu YAB Dato’ Khalid Nordin yang tidak pernah memikirkan nasib dan kebajikan pensyarah IPTA berbanding YAB Tan Sri Mahyudin Yassin yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh membela nasib guru.
Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah pelawat di Amerika, hal-hal sebegini tidak berlaku. Penilaian prestasi (KPI) seseorang pensyarah dinilai kepada sebanyak mana mereka menyumbangkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat. Sumbangan mereka menulis untuk penerbitan berkala, akhbar, majalah mahupun buku cerita kanak-kanak amat dihargai kerana para pensyarah itu dikatakan milik masyarakat.

Penerbitan jurnal berwazit dan bertaraf SCOPUS dan ISI hanya satu hambatan penerbitan untuk tujuan mendapatkan bonus tahunan. Hal ini bermakna, pensyarah yang berada di Barat itu amat rapat hidupnya dengan masyarakat dan mereka amat dihormati jiran tetangga atau masyarakat setempat. Situasi ini tidak berlaku di negara kita. Oleh sebab ingin mengejar penerbitan SCOPUS dan ISI, mereka seperti menjadi makhluk asing di taman perumahan atau menjadi kera sumbang yang mementingkan diri sendiri.

Demi kerana mengejar “rangking” dunia universiti, adakah ini yang diinginkan oleh KPT? Kita perlu sedar bahawa untuk menandingi atau menyaingi Univesiti Havard, Oxford, Yale, Cambrige atau mana-mana universiti terbaik dunia bukan satu usaha mudah. Kita sepatutnya berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu jangan tergila-gila merebut status universiti terbaik dunia tetapi berfikir bagaimana untuk menjadi fakulti yang ada di dalam sesebuah universiti itu boleh menjadi fakulti terbaik dunia dengan menggunakan sepenuh tenaga dan kepakaran yang ada.

Universiti of Tokyo misalnya mempunyai Fakulti Kejuruteraan Automobil ketiga terbaik di dunia tetapi universiti ini berada dalam kelompok ke-100 dalam “rangking” dunia. Hal ini sepatutnya boleh berlaku kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi menjadi Pusat Tamadun Melayu Dunia seperti Universiti of Leiden, Belanda atau juga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengambil alih fungsi Universiti Al-Azhar, Mesir. KPT tidak berfikiran sedemikian sebaliknya yang difikirkan ialah “kegilaan” mengejar “rangking” dunia tanpa pernah mengukur pakaian pada badan sendiri.

Tugas Pensyarah Lebih Berat Daripada Guru , Tetapi Gaji Guru Lebih Lumayan!

Kepada KPT, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama universiti tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke universiti swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.

Adilkah mereka dibayar dengan gaji yang setara upahnya dengan guru jika beban tugas yang terpaksa dipikul itu lebih berat? Beberapa bulan lalu, dalam ruangan “Surat Pembaca” Berita Harian, jawapan oleh Unit Komunikasi Koprat terhadap keluhan seorang Profesor Pencen amat melucukan. Jawapan itu menunjukkan bahawa pegawai di KPT hanya memikirkan perut sendiri. Cuba kita bayangkan, wajarkah seorang pensyarah Gred DS45 (tanpa PhD) boleh menjawat jawatan profesor atau pengarah di universiti?


Tangga Gaji Pensyarah 2013

Apakah ertinya pengalaman 15 tahun bergelar guru, 5 tahun bergelar pensyarah dengan kepakaran yang dimiliki jika tidak dihargai oleh universiti? Jawapan-jawapan mereka yang merujuk juga kepada universiti mempunyai kuasa autonomi hanya satu jawapan bodoh dan menolak prinsip kemanusiaan. Ingin saya bertanya juga kepada KPT, sejauh mana kuasa autonomi KPM yang diberikan kepada IPTA?

Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.
Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPT berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya menginsafi falsafah Melayu “kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan” perlu difahami sebaik-baiknya.

Gaji Pensyarah Malaysia VS Gaji Pensyarah Warga Asing?

Wajarkah rakyat Malaysia membayar gaji yang lumayan kepada pensyarah warga negara asing yang berkelulusan sarjana dan tidak menyumbangkan apa-apa dalam dunia penerbitan? Fikirkan kebajikan dan nasib pensyarah-pensyarah warga tempatan ini, khususnya pensyarah-pensyarah muda yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan banyak penambahbaikan dalam mengangkat martabat guru, sepatutnya hal yang sama juga berlaku kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPT dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Sunday, November 17, 2013

Artikel Pemberian Hadiah Kepada Anak..

5A.....UPSR..

Jom baca..
Tulisan ini sangat baik dan membuka mata hati..
ia melambangkan ketinggian ilmu penulisnya dan saya sangat menghormatinya....
___________________________

Pelajar 5A UPSR Dapat Hadiah Kereta – Antara Kejahilan Bapa Dan Kedengkian Masyarakat







Pelbagai berita tentang reaksi masyarakat selepas keputusan UPSR diumumkan baru baru ini. Isu hadiah Mini Cooper ini menjadi hangat mengiringi kejayaan seorang anak seorang peniaga ayam yang mendapat 5A di Kota Bharu. Walaupun telah banyak diulas di media sosial dan akhbar, namun pembaca tetap meminta kami memberikan ulasan kami kerana kononnya ulasan kami selalunya berbentuk ilmiah yang adil dan lain dari yang lain.

Kami ucapkan terima kasih dan bersyukur kehaderat Allah atas penilaian positif yang diberi. InsyaAllah akan kami kongsikan ulasan kami secara akademik Islam berdasarkan pertimbangan sunnah dan fitrah sebagai seorang Muslim semampunya. Bagi yang belum membaca berita tersebut, ada kami paparkan di blog kami. Sila klik link berikut.  http://prihatin.net.my/v3/2013/11/16/murid-cemerlang-upsr-terima-hadiah-kereta/


WASATIYYAH CARA HIDUP ISLAM

Sebagai ketua keluarga, ingin kami nasihatkan. Berbuat sesuatu biarlah mengikut fitrah dan sekadarnya. Amalkanlah budaya Islam yang menganjurkan kita sentiasa bersederhana.

Memberi hadiah sebagai reward ke atas kejayaan yang dicapai oleh anak tidak salah, malah digalakkan. Namun bagi seorang anak seusia itu meminta hadiah sebegitu rupa dan dituruti oleh ibu bapa adalah satu kesilapan yang sangat besar. 

Meletakkan sesuatu biarlah kena pada tempatnya. Jika tidak tunggu sajalah kehancuran. Demikian pesan baginda junjungan SAW. Itu titah yang harus di junjung. Jangan kita hanya menjunjung dibibir saja.

Boros dan membazir pula amalan syaitan dan pelakunya adalah kerabat-kerabat syaitan. Itu firman Allah. Jadi jika kita mengatakan Allah itu besar, maka besarkanlah Allah dengan menjunjung titah perintah Nya. Jangan hanya mengatakan Allah itu besar hanya dibibir sahaja. Jika kita sering menyebut sodaqollah, benarlah kata-kata Allah baka ikutilah nasihatNya dalam kehidupan harian kita.

Surah Al-Israk:26-27, "Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (harta mu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu ialah saudara-saudara syaitan dan SYAITAN itu adalah SANGAT INGKAR kepada Tuhannya".


KEJAYAAN DAJJAL BERMATA SATU

Dajjal adalah makhluk yang dikatakan bermata satu. Analogi mata satu ini ialah apabila kita memandang sesuatu itu hanya dengan sebelah mata sahaja. Inilah prinsip tidak apa… biarkan saja… ikut aku punya suka..

UNTUK MELAWAN DAJJAL ini ialah dengan menanam jiwa prihatin kepada anak. Ajar anak agar melihat sesuatu dengan dua belah mata. Ajarkan anak untuk hidup bertimbang tara dan bertimbang rasa. Ajar anak untuk hidup bersederhana, walaupun kita kaya raya. Tapi bagaimana ia boleh berlaku jika ibu bapa sendiri sudah lama memandang dengan sebelah mata?

DAKYAH FREEMASON telah sangat berjaya merasuk masyarakat kita. Itulah budaya menyembah berhala harta (al-Uzza)… tahta (al-Latta) dan wanita (al-Manna). Dalam isu ini, si anak telah buta hati dengan tergamak meminta hadiah sebegitu. Ibu pula tidak mampu menasihati anak agar tidak keterlaluan. Yang paling malang sekali bila si bapa selaku Abal Hakam (penentu hukum) dalam keluarga seperti hilang kewarasan memikir, wajarkah anak perempuan seumur ini diberi hadiah sebegitu rupa? Tambahan diwar-warkan dihalayak ramai dan media.

GEJALA HUTANG DAN RIBA yang sangat dilarang oleh Allah nampaknya sangat berjaya menembusi iman masyarakat, sehingga kita semua sudah tidak langsung merasa akan dosanya. Pengalaman berpuluh tahun rata-rata menunjukkan peniaga ayam banyak hutang terhadap pembekal mereka. Ada antara hutang pembekal yang tidak dibayar pun hingga menjadi hutang lapuk. Pembelian rumah dan kereta juga banyak menggunakan pinjaman yang berunsur riba. Jika kereta ini mampu dibeli tunai sekalipun, berapa banyak riba lain yang masih dipikul dalam keluarga itu? Tidakkah lebih baik itu dikurangkan dahulu?

Inilah kejutan budaya terhadap manusia bernama Melayu dan Islam saat ini. Hati sudah terlalu jauh dari Allah. Kerana itu prinsip dan cara hidup telah dikuasai oleh nafsu yang ditunggang oleh fahaman jahat syaitan dan kuncu kuncunya. Perintah Allah tolak tepi belaka, dilihat hanya sebelah mata.

Sebiji sawi riak boleh menghapus segala amal. Dalam kes ini kelihatan ia bukan lagi sebiji sawi. Semua pihak dapat tempiasnya. Pihak pembekal kereta mahu nama, pihak sekolah mahu nama, pihak ibu bapa juga terang-terang mencari nama, dan yang paling menyedihkan ialah si anak yang malang ini. Kita hanya boleh bersangka baik apabila si ibu katakan tujuan dimuat naik ke facebook untuk kenangan keluarga, dan akhbar utama turut mensesasikannya. Marilah kita sama-sama beristighfar.

Sekali lagi kami mengajak pembaca belajar membaca tanda. Nak hujan ada tanda, nak masuk Ramadhan ada tanda, nak raya ada tanda, nak kiamat juga ada tanda. Sikap manusia juga menjadi ukuran tanda. “Kamu kenal mereka dari kata-katanya”, “kamu kenal mereka dari perbuatannya”, kata Allah. Orang berilmu, beriman dan takutkan Allah ada tandanya. Orang marah ada tanda, orang suka ada tanda, orang zuhud dan tawaduk ada tanda dan orang RIAK pun ada tandanya juga.


BAGAIMANA MENDIDIK ANAK JADI PRIHATIN

Umur 12 tahun adalah saat peralihan pembentukan jiwa remaja. Untuk melawan fitnah Dajjal bermata satu, kita harus hidupkan fungsi kedua-dua belah mata si anak. Inilah hakikat prihatin yang bakal melawan dajjal yang sengaja buat degil. Yang Allah larang Dajjal hasut agar kita langgar, yang Allah suruh juga dajal suruh kita pandang sebelah mata saja. Jika gagal kita bentuk seumur ini, maka kerosakan akhlak yang kekal biasanya berlaku. Waktu itu kecemerlangan akademik tiada gunanya.

Ada lebih baik jika kita didik anak kita untuk bernazar. Antaranya ajak anak nazar puasa sunat, ajak anak ziarah ke kubur nenek dan membacakan doa kesyukuran. Bawa anak ke Mekah yang hanya memerlukan beberapa ribu Ringgit sahaja jika kita terlalu kaya. Belikan anak senaskah Quran dengan terjemahan Per Kata. Ajak anak ziarah rumah fakir miskin, didik anak menyerahkan sendiri wang sedekah kepada fakir miskin agar ia belajar hidup bertimbang rasa.

Hadiah seperti ini akan memberikan keberkatan luarbiasa. Inilah perlakuan atas NAMA ALLAH. Ini yang disarankan oleh pengatur alam yang mana kita dan anak kita adalah sebahgian dari isi alam yang diatur olehNya.  Inilah awal niat dan dasar amal degan berBASMALLAH. Anak akan terdidik untuk menambah ilmu dan tarbiah yang bersifat Uluhiyah. Ibu bapa dan anak sebegini akan dihormati dan disayangi rakan taulan dan masyarakat yang sanggup mempertahankan keselamatan mereka. Berhasad dengki jauh sekali.

Sedekah itu gambaran tasdiq dihati. Itu tanda kita mensiddiq seruan Allah dan nabi. Alangkah baiknya jika kesyukuran atas kejayaan anak itu dikongsi dengan mereka yang tidak bernasib baik. Doa-doa dari mereka yang tertindas ini akan menambahkan kejayaan dan menyuburkan jiwa. Itu kaedah sedekah sebagai membenarkan kesyukuran atas kejayaan yang diterima.


APA KESAN BURUK DARI HADIAH MINICOOPER?

Pada hari yang sama kita semua juga membaca berita anak cacat yang terpaksa pulang ke rumah dengan didukung oleh bapanya, seorang buruh kasar. Kita juga pernah dengar kisah Nik Nurmadiha yang berjaya dengan hidup miskin dan terpaksa berpuasa. Jauh dari itu, kita ada ramai lagi anak yang makan nasi dengan berlauk garam, yang hidup dalam kegelapan dan rumah yang basah dek hujan. 

AKIBAT MENGIKUT HASUTAN DAJJAL, anak juga bakal terdidik untuk menjadi orang yang riak dan tidak berjiwa prihatin.  Anak akan sukar mengenal erti hormat, erti kasih sayang dan tolong menolong. Kita semua sanggup berhutang dan menelan riba yang menjadi bara neraka, yang nabi kata lebih teruk dari dosa zina. Ramai ibu bapa yang masih sanggup menipu, mencuri, rasuah, menindas dan sebagainya hanya untuk memenuhi tuntutan NAFSU. Anak pasti akan ikut habit ibu bapa ini. Habit ini juga  bakal membentuk budaya amal saudagar, beramal hanya kerana upah, bukan kerana Allah.

TABIAT RIAK ini akan menambah jurang pengkastaan masyarakat. Janganlah buat-buat tidak tahu bahawa gelagat ini mengguris hati mereka yang tidak ampunya, yang hidup papa kedana, yang berlapar ditinggalkan bapa dan keluarga. Mungkin anda boleh lihat dalam gambar untuk membayangkan apa isi hati anak berbaju merah yang menggigit jari. Cuba anda pergi ke pasar di Kelantan, lihat betapa besarnya gelang emas penjual ayam. Anda lihat berapa besar rumah dan kereta pembekal dan penternak ayam. Sila buat kajian berapa banyak hutang lapuk mereka? Riba mereka? Zakat mereka? Ini bukan andaian, tetapi ini kenyataan berdasarkan pengalaman yang lama bersama mereka.

JANGAN DIPANDANG REMEH GEJALA ini. Jika kita tidak sedar sekarang, jurang yang semakin jauh akan menyuburkan penyakit hati dan ini akan mengundang jenayah. Bagi kami, jika sekalipun keluarga ini melakukannya dengan senyak-senyap, ia masih tidak wajar atas dasar kesan buruk dari pembangunan psikologi anak ini. Apatah lagi dengan mewar-warkan sampai bawa kereta ke sekolah dan disiar meluas begini. Inilah salah satu undangan kepada kes culik, rogol, rompak dan sebagainya. Inilah kejayaan Dajjal yang menjadikan kita sebagai mangsanya.

Berjayanya kita yang dahulunya hidup susah adalah jauh lebih baik dan bererti daripada kejayaan anak yang dimanjakan dengan pelbagai gajet, dengan limpahan ringgit, dengan tuisyen dan seribu satu macam kemanjaan. Anak dapat 5A, tapi ramai yang tidak tahu memasak dan membelah kayu api, tak tahu menghormati datuk nenek, ibu bapa saudara atau mereka yang lebih tua. Saudara mara bertandang ke rumah pun tidak tahu menyapa dan bersalam mesra, asyik sibuk dengan buku, internet dan tablet mereka. Ini semua telah menjadi gejala yang sangat berleluasa dalam masyarakat kita.


APA BEZANYA 5A DENGAN 4A1B ATAU 2A3B?

Kami dalam rangka pengkajian mendalam untuk module pendidikan dunia. Apa yang kita tanamkan belum cukup baik untuk memanusiakan manusia. Anak ini berkata, semuga hadiah ini menjadi pendorong kepada kejayaan seterusnya. Masih ingat kisah Anakku Sazali? Jika terlupa kami ingatkan anda sebagai saudara.  Semuga ada kesedaran agar anak ini dapat dididik agar terus belajar kerana Allah, walaupun tanpa hadiah Mini-Cooper.

5A pertanda kemampuan menghafal, penggunaan otak kiri anak ini sangat hebat. Yang tidak penuh 5A namun masih dapat A dan B bagi kami harus kita ucap tahniah. Ada kemungkinan anak ini banyak guna masa untuk mendalami agama, menjaga adik, atau menolong ibu bapa. Anak sebegini mungkin banyak menggunakan masa dan otak kanan untuk berfikir tentang nasib keluarga dan negara. Anak begini tiada kurangnya kerana mereka masih ada kemampuan ‘membaca’ dan ‘mengira’. Dengan furqon mereka tidak mustahil mereka akan lebih cemerlang dari kita.

Terimalah hakikat alam di mana kebanyakkan orang yang berjaya melangit adalah orang yang sederhana tapi pandai ‘membaca’ dan ‘mengira’. Itulah kemampuan ‘iqra’ dan furqon’ namanya. Bukan yang berjaya dengan menghafal dan mengharapkan ganjaran sahaja. Isu ini menampakkan anak dan ibu bapa ini tidak pandai ‘membaca’ dan ‘berkira-kira’. Ini sebenarnya menjadi gejala bangsa.


KESIMPULANNYA.

Tahniah kepada anak yang dapat 5A semuanya. Tahniah kepada yang masih mampu dapat walaupun 1A 4B atau seumpamanya. BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH kerana itu sudah jauh lebih cukup untuk membuktikan anda ada kemampuan akal untuk mendapat 5A. Kami doakan pelajar semua mampu membangun diri menjadi insan yang bukan mendapat 5A kerana inginkan hadiah harta, tapi kerana ingin membuktikan Islam itu tinggi dan anda bakal jadi insan prihatin, menjadi pembela agama untuk menolak angkara Dajjal durjana.

Untuk keluarga ini, tahniah dari kami. Kami ikut mengulas kerana kami sayang anda dan anak anda sebagai saudara seagama kami. Jauh sekali kerana hasad dan dengki, atau untuk mencaci. Jika tidak kita sebagai saudara, nak harap siapa lagi? Kerana agama itu NASIHAT. WATAWASAU BIL HAQ, WA TAWASAU BISSOBR (dan yang menasihati dengan perkara yang haq, dan menasihati dengan kesabaran). Itu perintah Allah dan pesan nabi saw.

Hasil Bacaan dan Perkiraan
WARGA PRIHATIN" class="img" height="378" src="https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1394128_10152372118502786_1750440450_n.jpg" style="left: -42px;" width="569" />

Tuesday, November 12, 2013

Paper yang kita tulis...

 Artikel ini sangat menarik pada saya. Ia boleh menjadi panduan kepada kita dalam menulis dan menghantar kepada penerbit..

 http://www.elsevier.com/connect/8-reasons-i-rejected-your-article

'Eight reasons I rejected your article'

A journal editor reveals the top reasons so many manuscripts don’t make it to the peer review process

When a manuscript is submitted to a high-quality scholarly journal, it goes through intense scrutiny  — even before it's seen by the editor-in-chief and selected for peer review. At Elsevier, between 30 percent to 50 percent of articles don’t even make it to the peer review process. As Editor-in-Chief of Carbonthe international journal of the American Carbon Society, Peter Thrower, PhD, experiences this situation first-hand. His advice to authors: "By avoiding these pitfalls, you will save reviewers, editors and staff time and frustration, and ensure that your work is judged by its scientific merit, not mistakes."

1. It fails the technical screening.

Before they even go to the editor-in-chief, articles are checked for technical elements. The main reasons they are rejected are:
Peter Thrower, PhD Peter Thrower, PhD, is Editor-in-Chief of Carbon, the international journal of the American Carbon Society, and Professor Emeritus of Material Sciences and Engineering at Penn State University.
  • The article contains elements that are suspected to be plagiarized, or it is currently under review at another journal. (Republishing articles or parts of articles, submitting to one or more journals at the same time or using text or images without permission is not allowed. See our ethical guidelines.)
  • The manuscript is not complete; it may be lacking key elements such as the title, authors, affiliations, keywords, main text, references and all tables and figures).
  • The English is not sufficient for the peer review process,
  • The figures are not complete or are not clear enough to read.
  • The article does not conform to the Guide for Authors for the journal it is submitted to.
  • References are incomplete or very old.

2.  It does not fall within the Aims and Scope.

  • For the journal Carbon, the material studied may contain carbon, but is not carbon.
  • The study uses a carbon material but the focus is on something different.
  • There is no new carbon science.

3.  It’s incomplete.

  • The article contains observations but is not a full study.
  • It discusses findings in relation to some of the work in the field but ignores other important work.

4.  The procedures and/or analysis of the data is seen to be defective.

  • The study lacked clear control groups or other comparison metrics.
  • The study did not conform to recognized procedures or methodology that can be repeated.
  • The analysis is not statistically valid or does not follow the norms of the field.

5.  The conclusions cannot be justified on the basis of the rest of the paper.

  • The arguments are illogical, unstructured or invalid.
  • The data does not support the conclusions.
  • The conclusions ignore large portions of the literature.

6.  It’s is simply a small extension of a different paper, often from the same authors.

  • Findings are incremental and do not advance the field.
  • The work is clearly part of a larger study, chopped up to make as many articles as possible.

7.  It’s incomprehensible.

  • The language, structure, or figures are so poor that the merit can’t be assessed. Have a native English speaker read the paper. Even if you ARE a native English speaker. Need help? We offer language services.

8.  It’s boring.

  • It is archival, incremental or of marginal interest to the field (see point 6).
  • The question behind the work is not of interest in the field.
  • The work is not of interest to the readers of the specific journals.
For more advice, check out the step-by-step guide How to Publish in an Elsevier Journal or the Publishing Connect Author Training Webcasts.

Pembentangan

Kertas Kerja..

Saya berdoa semoga usaha yang saya buat diberi pahala oleh Allah.

Pada12-14 Nov 2013 juga ada satu conference anjuran UIA juga berkenaan pendidikan, iaitu International Conference on Teacher Education in the Muslim World (ICTEM 2013) di Royale Bintang Hotel, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Oleh kerana saya merasakan pendidikan sekolah rendah di Malaysia sangat berbeza dengan Australia, dan juga saya merasakan ia tidak baik untuk kebajikan anak-anak, maka saya bekerjasama dengan dua orang kawan menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam conference tersebut. 

Paper kami akan dibentangkan oleh Mohd Fauzi, ia bertajuk

EDUCATIONAL EXPERIENCES OF MALAYSIAN PRIMARY STUDENTS: LEARNING FROM THE AUSTRALIAN SCHOOL SYSTEM


Nurhidayah, Muhammad Hashim1

MohdFauzi Kamarudin2

CheNoraini Hashim3


 ABSTRACT
Numerous studies (see, for example Yanhong and Kaye (1998)) have explored international students' experiences on various aspects of education which explores the perspective of overseas students who have attended tertiary education in other counties. Nevertheless, there is a dearth of research exploring specifically the perspectives of Malaysian students who have had the experience attending overseas primary schools. The present study intends to address this gap in the literature. The main aim of this study is to explore the experiences and challenges faced by Malaysian children who have returned home after attending Australian primary schools. This study utilises the qualitative research approach using a case study research design. A self-developed semi structured interview was used to get the insight views of the respondents. This paper seeks to present the views, experiences and reflections of both parents and students with the objective of providing a useful description of the Australian school system, as well as constructing meaning towards issues and common themes of primary school education. Employing the Purposive Sampling method, 15 people were interviewed. They consisted of 8 Malaysian children who attended the Victorian primary schools, their parents (Malaysian postgraduate students) and selected two senior Australian teachers who taught them at respective schools in Australia. The result of the study reveals several important lessons useful for Malaysian educationists and policy makers to improve the Malaysian primary school education system. Among the emerging themes in this study are educational approaches and objectives, teachers’ pedagogy, class size, class activities and classroom organization. This paper ends with several suggestions in the context of implementing change for the improvement and advancement of the Malaysian education system.

Keywords: Educational research, primary education, school transition, school is fun.

_________________________________________________________________________
1 Associate Professor Dr, a lecturer at the Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2 Lecturer at the Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),  mohdfauzi@utem.edu.my
3Associate Professor Dr,  Head of Research, Institute of Education (INSTED), IIUM, cnoraini@gmail.com

Bentang Kertas kerja..

Pembentangan..

Saya akan ke UIA hari Selasa dan Rabu (12-13 Nov 2013) untuk menghadiri seminar Hak Asasi anjuran UIA- National Conference on Human Rights in Islam: Issues and Challenges
Insya Allah saya akan bentangkan satu paper bertajuk Hak Anak untuk Nafkah: Analisis Kes yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Peper ini dalam BI, sebahagian dari tesis saya. Saya siapkan, Pak Tim edit dan saya hantar letak dua nama. Alhamdulillah..

Mudah2an ia akan berjaya dipublish kelak..

Abstractnya seperti di bawah:


The Best Interests of the Child?
An Analysis of Malaysian Syariah Court Cases on
Maintenance for Children after Divorce


Nurhidayah, Muhammad Hashim[1]
Tim Lindsey[2]

Abstract:

The term ‘child maintenance’ refers to an amount of money paid by the parents to cover the needs of their children. The right to receive proper maintenance is embedded in the United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) 1989 and has long been recognised by scholars of Islamic law. In Malaysia, several pieces of legislation have been enacted to regulate the provision of maintenance for children after divorce. In recent years, however, child maintenance awards by the Syariah courts have been subject to complaint. The amounts granted in most cases are said to be relatively small and insufficient to cover the needs of children after divorce, especially those living with a full-time housewife mother. In addition, decisions in child maintenance cases often lack consistency and do not reflect the non-custodial parent’s ability to pay. This study investigates how Syariah judges decide child maintenance cases and what criteria they rely upon in determining amounts of maintenance for children. By referring to reported and unreported cases (2002 to 2010), and information received from interviewees, we found a range of differing, and sometimes conflicting, approaches taken by the courts that lead to the small and inconsistent amounts awarded. This paper recommends that specific guidelines be introduced to assist judges to assess and determine maintenance in ways that will better protect the interests of children of divorcing parents.

Keywords: child maintenance, Syariah courts, Malaysia


[1] Assoc. Professor Nurhidayah is a lecturer  at the Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
[2] Professor Tim Lindsey is Director of the Centre for Indonesian Law, Islam and Society in the Law School at the University of Melbourne, where he is also Malcolm Smith Professor of Asian Law.