Sunday, January 11, 2009

Pakai Baju Tulis Carlsberg

Baju Tulis Carlberg..

Saya banyak kali bertembung dengan orang yang pakai baju bertulis Carlberg, Planet Holywood, Anchor dan lain-lain. Secara peribadi walaupun saya tak tengok dari sudut hukum, saya sangat tak suka tindakan pakai baju bertulis perkara tersebut. Sebabnya benda-benda tu tak bagus, berkait dengan arak, disco, tempat orang bercampur baur dengan arak dan lain-lain.

Kadang-kadang ada yang saya tegur, kalau students yang pakai, saya tegur direct jer... Selalunya saya tegur in a polite way..'Napa pakai baju tulis ni.. toksahlah yer.. tak bagus, nanti kita macam promote barang-barang tu pulak..' Ada yang senang ikut dan ada yang tak nak ikut.

Selalunya orang dewasa ler yang jawab power2 siket cam kata....'Baju jer ni.. bukan apa pun.. bukan tunjuk botol arak pun... Tak kan itu pun tak boleh..'..


Untuk memberi kita sedikit ilmu, mudah2an kita jelas, lain kali boleh kita jawab pada orang yang tanya pulak.. Kalau ada ler yang tanya...

____________

Jabatan Mufti Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998


Soalan:

Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan 'Carlsberg' pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan .


Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.
Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya.

Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu 'alaihi wasallam:عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.


Maksudnya: "Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).


Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.

Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:

ولا تعاونوا على الأثم والعدون

Tafsirnya: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. "(Surah Al-Maidah: 2)

Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu.

Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.

Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.