Thursday, August 26, 2010

Ujian Hidup..

Test..

Aisyah tanya, 'Umi, Aisyah read dalam Quran, ALlah kata Dia kasi test sebab Dia sayang pada orang yang Dia kasi test tu.. betul ker Umi?'

Saya tahu Aisyah maksudkan ujian yang berlaku pada kami sekeluarga. Pada pengajian saya yang sudah tentu adalah ujian pada kehidupan Aisyah dan Abah sekali gus.

Saya jawab, 'Ya Sayang.. Allah gives a test, small or big to those yang Dia sayang. Sebab Allah nak tengok kita sabar ke tak.. kita marah-marah Allah or kita selalu doa may Allah help kita.. Aisyah ingat tak Umi story Nabi Ayub hari tu..?'

'Ingat.. Nabi Ayub dapat skin illness, he became weak, his children died and many more tests.. Tapi Allah tak kesian ke kat Nabi Ayub Umi? Nabi Ayub kan orang baik.. '

'Allah sayang kat Nabi Ayub, that's why ALlah kasi test tu. Tapi Nabi Ayub sabar jer, dia tak berenti minta ALlah tolong dia, sampai last-last Allah tolong Nabi Ayub jadi sihat. Sebab Allah nak orang baik tu selalu berdoa pada ALlah. Allah suka kalau kita selalu mintak Allah tolong kita. Kita pun kena selalu mintak doa dengan Allah ya.." Saya jawab lebih kurang cam tu..

Aisyah meluahkan isi hati dia..'Aisyah selalu fikir, like what happened to kita. Aisyah selalu solat hajat... tiap kali lepas solat zuhur kat sekolah AIsyah slat hajat, Aisyah mintak ALlah tolong kita. Tiap kali doa, Aisyah doa 'Ya Allah kasi lah Umi dapat pergi Melbourne Uni. Allah, kasilah Abah dapat banyak duit business. Ya ALlah tolonglah kabulkan doa Aisyah. Tapi Allah belum kabulkan lagi la Umi? Bila ALlah nak tolong kita ya.. '

'Kita doa ya Aisyah. Sebab kalau kita doa, lama-lama nanti jadi macam Nabi Ayub, lepas lama lepas tu, Allah kasi Nabi Ayub sihat. Kita pun cam tu insya Allah. Aisyah doa ya nak'.

'Umi.. tapi kalau ALlah test kita, sebab Allah sayang kat kita, Aisyah rasa tak pa lah Umi.. sebab kalau Allah sayang kita, nanti kita dapat masuk syurga..'

'Insya ALlah .. Aisyah ni baiklah.. '

___________

Ramai yang bertanyakan ppakah kesudahan ujian yang menimpa saya..
Apakah saya boleh terus berada di Australia atau saya kena balik Malaysia dan sambung tesis saya di Universiti di Malaysia?

Sebenarnya saya pun belum ada jawapan lagi..

Tapi ada beberapa perkara penting yang menjadi pengajaran..

Saya menghadapi masalah, tapi kerja saya berjalan terus. Saya telah membuat draf 4 chapter dari 8 bab yang saya propose dalam tesis, dan saya telah hantar kesemua maklumat, 4 bab dalam bentuk PDF pada Umaira, saya maklumkan saya mohon berpindah dan meneruskan kajian yang sama, bukan memulakan kajian baru. Tapi yang berlaku, kes saya dibentangkan dalam mesyuarat tanpa menyebut saya meneruskan kajian sama, dan saya dah buat 4 bab, dan saya dah deal dengan bakal Prof baru. Kes saya hanya dibentangkan, saya ingin bertukar universiti dan membuat kajian baru. Ia menyebabkan baki masa yang tinggal sudah tentu tidak akan membolehkan saya siap. Justeru, saya diputuskan NO TRANSFER AND GO BACK!.

Di mana silapnya?
Apakah surat permohonan saya salah tulis? Apakah email saya kirim tak sampai? Apakah attachment saya tak dapat dibuka? Apakah peagawai bertugas tu memang tak faham fakta kes saya? Apakah pegawai bertugas memang buat kerja macam tu? Apakah itu.. apakah ini...Saya tidak tahu..

Itulah sebabnya kenapa saya sanggup appeal dan I will try to fight. Kerana saya yakin kes saya telah salah dibentangkan.

Saya selalu berdoa semoga jangan ada sekelumitpun rasa sesal di hati saya terhadap ujian yang Allah berikan. Allah adalah Tuhan saya dan Tuhan semua. ALlah berhak dan mempunyai kuasa untuk menguji saya dan semua orang dengan ujian apa yang Dia suka. Saya akan sabar, tabah dan saya akan mengalah selepas semua usaha, doa dan ikhtiar saya telah buat.

'pantang undur sebelum ajal!'

Namun jika sudah takdir kita kalah, maka kita redha pada Dia yang memegang seluruh jiwa dan jasad kita.

Hanya pada ALlah saya serahkan semua urusan hidup..

Monday, August 23, 2010

Autralia's Election


Election..


Labour dengan Liberal seri..
Dua-dua tak boleh bentuk kerajaan di Australia.
Secara tiba-tiba, 4 orang independent politicians yang menang menjadi terkenal, sebabnya..
melalui mereka salah satu parti akan boleh menjadi kerajaan baru.. untuk mencukupkan 76 kerusi.

Saya mengikuti politik Austalia dengan penuh minat..

Dalam pemerhatian saya, sepanjang beberapa minggu kempen pilihanraya di Melbourne:

1-Tak ada perang poster macam di malaysia.
2-Leaders both parties memberi hujah apa plan mereka untuk rakyat dan sapa lebih meyakikan akan dapat undi dari rakyat.
3-Mereka lawan parti dengan parti, calon kurang terserlah.. maknanya yang menjadi isu perbincangan, siapa yang anda sokong? Julia Gillart or Tony Abbot? Labour or Liberal? Ada satu dua poster diletak di depan rumah masing-masing, tapi tak ada di jalan raya, di pokok-pokok macam Mesia.
4-Masa hari pengundian, Sabtu lepas, saya pusing-pusing ke beberapa polling centre- tak ada pondok panas merayu undi saat-saat akhir, tak adapolis mengawal keamanan.. memang aman sepanjang jalan.

Saya masuk ke poll Akhbar the age tadi:

Poll: What was the biggest blow to Labor's campaign?




Poll form


Please select an answer.







  1. View results

jawapannya...


Cabinet leaks controversy- 8%


Labor Right mismanagement- 39%


The 'Real Julia' farce- 14%


Kevin Rudd's assassination- 40%


Total votes: 1031.


Poll closes in 3 days.


Saya secara peribadi, berdasarkan firasat saya ler .. - ramai rakyat masih kesiankan Kevin Rudd dan ia menyebabkan rakyat menilai, bahawa labour party tidak mempunyai semangat loyal to leaders.. jadi kemungkinan besar juga jika Julia Gillard naik, dia akan mengalami nasib sama seperti Rudd. Maka ramai yang swing kepada Tony Abott.


Aisyah tanya soalan, 'Umi, if you can vote, who you will go for? Julia Gillard or Tony Abott Umi?'


Saya tanya, 'Aisyah tahu ke sapa Julia Gillard, Tony Abott tu?'


Dia jawab..' Yes. kat sekolah lepas recess kita kena tengok news dalam bilik tv. Everybody is talking about Julia Gillard. Umi will you vote for Julia Gillard Umi?'


'I think so.. I will vote for Labour instead of Liberal. Tony Abott memang terang-terangan support Israel, at least Julia Gillard had never expressed publicly any support to Israel..Umi will go for Julia Gillard..'


'Yes! kita sama ler Umi.. Aisyah pun will go for Julia Gillard. I don't like Tony Abott..'


Kita tengok nanti sehari dua, apa kesudahan election Australia ni..

Friday, August 20, 2010

Ramadan di Melbourne

Artikel Berita Harian

Liza, Editor Ruangan Agama Berita harian email saya mintak saya tuliskan artikel ramadan di melbourne. Masa tu belum pun seminggu kita berpuasa. Jadi untuk memenuhi permintaan beliau, saya tuliskan sedikit apa yang saya lalui di Melbourne, Ramadhan tahun lepas dan juga setelah seminggu Ramadan di sini tahun ini.. Oleh kerana mereka nak gambar, saya kirimkan beberapa gambar yang telah ada.. Disebabkan dalam berita harian online tak nampak ada gambar atau tidak, saya pun tak tahu apakah gambar tadarus disiarkan atau tidak.

Malam tadi, Liza email kata, artikel saya dia akan siarkan hari ini, Jumaat 20 August 2010.
__________



Jumaat , 20 Ogos 2010

Agama



Tazkirah, tadarus al-Quran subur di Melbourne
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim di Melbourne, Australia

2010/08/20



RAMADAN bulan mulia tiba dengan ribuan rahmat yang ditawarkan untuk insan. Masyarakat Islam di Melbourne terutamanya bangsa Melayu Malaysia, Singapura, Indonesia, Arab, Turki dan Somalia semuanya meraikan ketibaan bulan penuh barakah ini.

Australia terkenal negara pelbagai rumpun bangsa. Selepas 1970-an, apabila kerajaan Australia menerima polisi multibudaya, ribuan penghijrah termasuk beragama Islam datang dan mendiami bumi kangaroo ini.



Profesor Abdullah Saeed dalam bukunya Muslim in Australia menulis, Muslim di Australia berasal dari lebih 70 negara, antaranya Turki, Pakistan, Bangladesh, Somalia, Vietnam, Croatia, Somalia, Singapura, Indonesia dengan jumlah 281,572 pada 2001. Bilangan itu semakin bertambah apabila bancian 2006 menunjukkan jumlah Muslim di seluruh Australia mencapai 340,000.



Melbourne sendiri dianggarkan mempunyai hampir 103,000 Muslim dengan pelbagai budaya dan adat resam.
Kepelbagaian ini dizahirkan pula melalui masjid yang dibina mewakili budaya dan rumpun masing-masing. Ada lebih 30 masjid dan kebanyakannya dinamakan sempena negara seperti masjid Albania, masjid Somalia atau masjid Turki.

Masjid di sini turut meraikan Ramadan dengan mengadakan hari terbuka masjid seperti dianjurkan Masjid Preston di utara Melbourne, 8 Ogos lalu. Masyarakat bukan Islam turut dijemput pada majlis itu bagi memperkenalkan agama Islam kepada mereka. Masyarakat bukan Islam dijemput masuk melihat ruang solat dan bertanyakan apa saja soalan mengenai Islam kepada imam serta ilmuwan Islam. Rakyat Malaysia turut terbabit menjayakan program ini.




Ramadan di Melbourne kali ini disambut ketika musim sejuk menjadikan waktu berpuasa agak singkat berbanding di Malaysia. Waktu sahur berakhir jam 5.40 pagi dan berbuka jam 5.45 petang. Suhu sejuk antara tujuh hingga 10 darjah Celsius menjadi cabaran untuk kanak-kanak bangun bersahur.

Walaupun jauh beribu batu dari bumi sendiri, rakyat Malaysia di Melbourne dianggarkan seramai 7,000 tetap berusaha menjalani ibadat Ramadan sebaiknya. Persatuan pelajar dengan kerjasama beberapa pihak tidak ketinggalan membuat pelbagai program untuk menyemarakkan rasa kebersamaan dalam masyarakat Malaysia.

Majlis berbuka puasa dianjurkan di Malaysia Hall Melbourne setiap hujung minggu dan diserikan dengan majlis ceramah bersama pakar, tazkirah, tadarus al-Quran yang dipimpin oleh ustaz jemputan daripada pelajar.




Majlis di Malaysia Hall..


Program solat jemaah Isyak dan sunat Tarawih diadakan bergilir-gilir dari rumah ke rumah oleh komuniti Malaysia di sini. Selepas Tarawih, diadakan tadarus al-Quran dan tuan rumah menyediakan moreh ringkas.


Tadarus lepas terawih



Bagi yang ingin merasai pengalaman berbeza di rantau orang, ada yang mengerjakan solat Tarawih di masjid berbeza. Di samping melihat kepelbagaian kaum, kita dapat memanjangkan silaturahim dengan bangsa lain di sini.

Masyarakat Melayu di Melbourne turut mengadakan bazar Ramadan pada setiap hujung minggu. Antara yang menarik perhatian ramai adalah sate, kuih ketayap, lepat pisang, bubur lambuk, qasidah, rendang tok dan pelbagai lagi kuih tradisional Melayu. Walaupun tidak sehebat bazar Ramadan di negara kita, bazar di sini tetap meriah dan menjadi tempat melepaskan rindu mendapatkan kuih tradisional di samping merapatkan jalinan persahabatan sesama anak Malaysia di perantauan.

Menjadi perkara biasa majlis buka puasa diadakan di universiti oleh Persatuan Islam Universiti masing-masing. Ia bersifat antarabangsa kerana pelajarnya dari pelbagai negara. Pelajar Malaysia juga tidak ketinggalan menjayakan majlis iftar dengan makanan Malaysia seperti nasi minyak, nasi ayam dan kuih ondeh-ondeh. Keadaan bertambah ceria apabila pelajar negara lain asyik bertanyakan nama dan kekaguman mereka dengan makanan Malaysia.




Majlis Iftar Pelajar Malaysia taja di La Trobe Univ Ramadan lepas (tahun ni belum buat lagi..)



Ada juga majlis buka puasa anjuran sekolah agama tempat anak rakyat Malaysia belajar dan disertai Muslim dari Singapura serta Indonesia. Majlis ini selalunya diadakan di dewan dilengkapkan dengan ceramah, persembahan kanak-kanak dan berakhir dengan solat Tarawih.



Solat terawih bersama-sama selepas iftar sekolah agama madrasah hari ahad di dewan



Keindahan persaudaraan dalam Islam terserlah melalui pembabitan dalam program kemasyarakatan di sepanjang bulan berkat ini. Ramadan yang mulia ini boleh menjadi ruang menyemarakkan semangat beribadah serta keakraban rakyat Malaysia di sini.

Penulis ialah pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam, kini melanjutkan pelajaran di Australia

Tuesday, August 17, 2010

Tazkirah

Tazkirah pada diri dan mereka..

Hari ini kami sekeluarga solat Terawih di masjid Fatih Coburg. Bacaan Imamnya membawa saya seolah-olah berada di Mekah. Alunannya yang merdu, tartil, menyebabkan air mata saya turun semasa solat, terutama ketika bacaan ayat yang dibaca sempat saya tangkap isi dan maknanya.. Subhanallah..
Saya rasa nak ke sana lagi malam-malam selepasnya.. insya Allah..

Saya terima email ini semalam. Sebelumnya saya dah terima dan dah masukkann dalam blog ini beberapa lama dahulu. Tapi kali ini saya letakkan kembali, sebagai tazkirah sempena Ramadhan mulia untuk diri dan semua yang sudi membacanya..
______________

NEED TO REMEMBER THIS MORE OFTEN.

When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar..and the 2 cups of coffee...

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, wordlessly, he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous "yes."

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.

"Now," said the professor, as the laughter subsided, "I want you to recognize that this jar represents your life. The golf balls are the important things-your God, family, your children, your health, your friends, and your favorite passions -- things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house, and your car. The sand is everything else -- the small stuff.

"If you put the sand into the jar first," he continued, "there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you. Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children. Take time to get medical checkups. Take your spouse out to dinner. There will always be time to clean the house and fix the disposal."

Take care of the golf balls first -- the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand."

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented. The professor smiled. "I'm glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend."

________

Saya pernah tanya students saya dulu, saya kata,

'Nabi pesan, carilah isteri/pasangan yang bergama, nescaya kamu akan selamat.' Apa agaknya maksud beragama kat sini yang awak semua agak?' Students yang rajin menjawab menyuarakan apa yang mereka faham. 'maknanya kita tak boleh kawin dengan orang bukan islam, kita hanya dibenarkan kawin dengan orang agama islam saja.'

Sebenarnya bukan itu jawapannya..
Seorang lelaki dan perempuan beragama dalam hadis ni merujuk kepada seorang Muslim yang baik. Bukan setakat beragama Islam tapi menjalani hidup sebagai orang beragama. Ramai yang beragama Islam minum arak. Orang Islam yang berzina, buang anak, buat maksiat pegang tangan, cium, peluk sedangkan belum kawin, hampir sebahagiann perempuan terlibat pakai tudung, lelakinya sembahyang. Ada suami pukul isteri, ada wanita tak tutup aurat. Ada tak sembahyang. Dan mereka semua adalah beragama Islam.

Saya pernah ke masjid dan lihat ada dua orang perempuan dalam umur 20an solat maghrib di masjid. Imam sedang duduk tahiyyat awal. Dua orang budak tadi terus sembahyang, berdiri, rukuk, sujud cepat-cepat dua rakaat dan terus duduk tahyat bersama imam. Bila imam bagi salam mereka pun bagi salam. Bila saya tanya kenapa buat macam tu, makmum masbu' bukan macam tu cara masuk dalam jemaah. Mereka kat mereka tak tahu, dan kata itu yang dia orang buat selama ni, takda sapa tegur pun.. Mereka cuba beramal tapi dalam keadaan salah dan sudah tentu ianya tertolak.

Tazkirah di atas mengatakan bola golf yang penting adalah peruntukkan masa untuk Tuhan dan lain-lain. Meletakkan prioriti dalam hidup kita untuk Allah memberi maksud yang besar. Memperuntukkan sebahagian masa untuk Tuhan adalah berusaha memahami agamanya, memberi masa beribadah untukNya, cuba belajar dari mereka yang tahu tentang isi kandungan QuranNya, memahami apa yang Allah suka dan Allah tak suka, takut pada azab yang Allah siapkan untuk orang yang melakukan maksiat. Hidup sebagai seorang yang beragama.

Dalam hidup kita sekarang, kita kekurangan orang beragama. Kita perlu sama-sama meletakkan azam untuk menjadi seorang pengusaha. Seorang pengusaha yang berusaha menjadi baik, berusaha untuk takut pada azabNya, berusaha untuk menjadi hambaNya yang baik. semoga Allah mempermudahkan laluan kita mengharungi hidup sebagai hamba yang baik.. amin..

Justeru, sebagai mukmin yang ingin menjadi soleh, - keutamaan dalam hidup kita adalah: Mencari redha Allah dalam apa jua perkara dan memberi khidmat kepada agama dan masyarakat sebagai KhalifahNya yang baik. Hidup indah pada memberi dan menerima. Kita bukan hidup untuk kita sendiri tetapi untuk Allah, agamanya dan alamnya..

Monday, August 16, 2010

Tazkirah

Tazkirah pada Diri..

Kadang-kadang saya terfikir banyak benda mengenai hidup dan kehidupan.
Apa yang saya lalui sepanjang perjalanan yang panjang ini. Ada lancar, ada berliku, ada sukar, ada senang, ada seronok, ada sedih, ada malu, ada segan, ada gembira dan ada berduka..

Kadang-kadang saya bercakap dengan diri saya..
Bila seorang doktor gigi mengalami sakit gigi, walau pun dia pandai cabut gigi tapi dia tak mampu untuk cabit gigi dia sendiri. Kesakitan yang dia alami memerlukan doktor gigi lain yang tolong cabutkan gigi dia.

Begitu lah hidup dan kehidupan ini.. Kita perlukan orang lain untuk membantu ketika mana kita buntu. Perlu orang lain untuk memberi bahu untuk kita bersandar. Perlu orang lain untuk memberi telinga mendengar luahan masalah kita. Kita perlukan orang lain dalam hidup ini.. Kerana kita adalah manusia yang lemah.
Saya bersyukur dan berterima kasih pada semua insan mulia yang berada di keliling saya, kerana mereka, saya bertambah kuat!

kadang-kadang saya berkata sendirian..
Dalam hidup ini, ada perkara diluar kemampuan kita yang sering kita gusarkan. Ia di luar bidang kuasa kita sebenarnya. Jadi sepatutnya, mana yang kita tidak ada kemampuan, maka tidak wajar kita gusarkan. Kita usaha, doa dan tawakal. Apa yang di luar kemampuan kita, biarlah Allah yang menentukan..

_________________

Kata-kata Mujarab...

The most useless thing to do................ Worry (for something which is beyond our power)

The greatest Joy.............................. Giving. (to those who need our help)

The greatest loss .......................... Loss of self-respect.

The most satisfying work .................... Helping others.

The ugliest personality trait.................. Selfishness.

The most endangered species.............. Dedicated leaders.

The greatest "shot in the arm".............. Encouragement.

The greatest problem to overcome.......... Fear.

The most Effective sleeping pill............ Peace of mind.

The most crippling failure disease........ Excuses.

The most powerful force in life............. Love.

The most dangerous pariah.................. A Gossiper.

The world's most incredible computer..... The Brain.

The worst thing to be without............... Hope.

The deadliest weapon........................... The tongue.

The two most power-filled words.......... "I Can".

The greatest asset.................................. Faith.

The most worthless emotion................. Self-pity.

The most prized possession.................. Integrity.

The most beautiful attire........................ A Smile.

The most powerful channel of communication...... Prayer.

The most contagious spirit................... Enthusiasm.

The most important thing in the life....... ALLAH.

Thursday, August 12, 2010

Selamat Berpuasa..

Aisyah..



Malam tadi saya dan Aisyah solat terawih di rumah saja sebab Aisyah batuk dan demam. Sebelum Isya', saya baca Quran dan baca terjemahan pada Aisyah sambil saya terangkan maksud ayat-ayat tersebut. masa tu saya guna terjemahan Yusuf Ali in English, surah Hajj ayat 22. Kisah orang masuk neraka dan ayat 22 tu maksudnya, 'Every time they seek to get away therefrom, from anguish, they will driven back therein, and (it will be) said to them: 'Taste the torment of burning!'.

Nauzubillah..

Then Aisyah mula tanya soalan power, satu demi soalan,

'Umi, if some people, they do not do bad things like killing people, or drinking arak but they also do not perform what Allah asks like solat, fasting, zikr, cover aurah, can they go to syurga? maybe they have like equal dosa and pahala. Allah will allow them to go to syurga or to neraka Umi?'

Umppp tingginya soalan..

Saya jawap, 'It depends to Allah. But we have to remember, when Allah asks us to do compulsory things such as solat, covering aurah, fasting and many more, if we do that, we will get pahala. But if we do not perform that, Allah will give us dosa. So that kind of people you ask, even though they do not do bad things like killing people, gambling but they still get dosa for not doing the solat and other stuff. Means that, they do not have equal dosa and pahala, they have more dosa than pahala...'

'But Umi, if they do not do bad things, Aisyah rasa Allah still will send them to syurga sebab Abah said, anybody believes in Allah, can go to syurga.'



Umppp.. tinggi juga tu...

'If we do good things, Allah will love us and we pray may Allah allow us to go to syurga. But if we have more dosa then pahala, it's more difficult to go to syurga. However, Allah is most merciful, He can do whatever he wants..'

'Umi, can the pahala remove the dosa of our own?'

Umphhh..

'How about if some people, they are nice people but they do not want to solat and do wajib stuff, Umi rasa Allah benci tak people like that?'

Ummppphh..

'Umi, Aisyah kan selalu fikir, why people do not feel afraid of Allah, Allah kan Tuhan kita, Allah yang create kita, tak kan kita nak lawan Allah yang create kita.. Umi rasa sebab apa ya..?'

Ummppphh..

Then banyak lagi soalan demi soalan dari Aisyah yang tak tertulis saya..

Semuanya saya akan jawab, dalam ayat yang mudah supaya Aisyah dapat digest dan comprehend dengan baik. Bercakap dengan budak sudah tentu berbeza dengan berbincang dengan orang besar..

Semoga Allah memberi Aisyah ilmu yang bermanfaaat dan menjadi seorang scholar who will speak for Islam in the future. amin ya Rabbal a'lamin.


____________



Ucapan Dari kami..



Kepada semua sahabat, kawan dan rakan-rakan serta saudara-mara,

Kami ucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan.

Semoga Puasa dan ibadah kita diberkati Allah..






Monday, August 9, 2010

Ramadhan Kareem

Ramadhan

Insya Allah kita berjumpa lagi dengan ramadhan yang mulia. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk beramal soleh, mengisi bulan besar ini dengan doa dan solat serta tadarus al-quran. Semoga doa yang kita pohon dikabulkan Allah..

Ya Allah..
Permudahkanlah semua urusan kami..
Urusan dunia dan juga urusan akhirat..
Amin Ya Rabbal A'lamin

________________

Ma dan Ayah di Mekah

Semoga Allah sihatkan Ma dan Ayah serta sejahterakan mereka selalu di tanah suci Mekah Madinah. amin

Ni gambar di KLIA, 6 Ogos masa adik beradik saya menghantar Ma dan Ayah serta Mok Tganu menunaikan Umrah.


Ma dan Ayah.. tepi tu adik saya Aa, hujung tu Ma Pasir Mas (in law Kak Nik), dan yang duduk mencangkung tu pulak Adik saya Fitri..


Berkelah ramai-ramai di KLIA yer... yang berdiri pakai tudung pink tu kakak saya Kak Za, yang belakang tu adik saya Ree, (Bendahari Dana keluarga saya yang brutal tu..hehe)

tu ada budak comel pakai tudung tu namanya Ulya, anak Aa... Ulya ni peramah, cakap banyak.. masa saya balik hari tu, Ulya asyik tanya soalan..'Kak Aisyah duduk kat mana? Kak Aisyah tak balik ke? Ulya rindu kat kak Aisyah la..' hehe.. pandai Ulya ni..

Sunday, August 8, 2010

Semua Allah yang punya..

Apa Kita Punya?

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita..
Semuanya yang ada..
Allah yang punya..
Tidak ada kita punya..
Kita hanya mengushakan saja..
Apa yang kita dapat..
Allah sudah sediakannya..

Kita Allah yang punya...
Setiap hembuasan nafas adalah untuk Allah..

Hidup ini Allah punya..
Kita hanya kerjakan apa yang ALlah punya..
Setiap cabaran adalah ujian..
Allah ingin menguji, sejauh mana kita sabar dan tabah..

Apa yang kita punya?
Tidak ada..
Semuanya ALlah punya..

Semoga kita selalu mengingat hakikat kejadian diri kita yang lemah..

Saturday, August 7, 2010

Shariah Law Report 2009

Shariah Law Report [2009] 3 ShLR

Masa saya balik Mesia baru ni, saya tengok ada Journal yang MLJ hantar ke Bangi. Journal ini adalah terbitan Malayan Law Journal (MLJ), LexisNexis sebuah Journal yang dikira refereed di Malaysia. Journal ini adalah edisi July-Sept 2009 tapi diterbitkan pada Feb 2010. (kalau tak silap saya..)

Walaupun ada rasa sedih atas ujian menimpa, tapi melihat Journal ini sangat menggembirakan hati saya. Di dalamnya (yang paling atas sekali, ada artikel bertajuk 'Kedudukan Kebajikan dan Hak Anak Bukan Islam apabila Ibu atau Bapa Memeluk Islam: Pendekatan Perundangan Syariah dan Perlembagaan Malaysia' oleh Zainul Rijal Abu Bakar dan Nurhidayah Muhd Hashim.

Journal yang dikirim ke Bangi dianggap sebagai hadiah dari MLJ kepada penyumbang artikel.

Terima kasih pada kawan saya, Peguam yang handal Zainul Rijal kerana sudi berkongsi dengan saya buat artikel ni. Artikel ini Zainul yang buat banyak, saya buat siket jer, plus saya tukang edit, proofread, betulkan reference, footnoting dll.

Dalam artikel tersebut- perbincangan mengupas apabila ada pasangan bukan Islam dan salah seorang masuk islam, maka untuk mencari penyelesaian pembubaran perkahwinan mereka hendaklah ke mahkamah syariah, bukan mahkamah sivil. Sekali gus alternatif pindaan kepada Seksyen 51 Akta Membaharui Perkahwinan yang dicadangkan bukanlah pilihan yang baik. Tetapi pindaan kepada seksyen 51 sepatutnya dibuat juga tetapi bukan memberi peluang kepada yang muslim memohon pembubaran di mahkamah sivil tetapi memberi peluang kepada yang muslim membuat permohonan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil perlu menerima keputusan mahkamah syariah jika ada. Anak itu pula hendaklah tetap di bawah tanggungjawab nafkah ayah sama ada ayah masuk islam atau ibu masuk Islam. Dari segi jagaan pula, jika ibu layak menjaga terutama anak yang masih kecil, maka anak itu mesti diberi kepada ibu tetapi dengan perhatian dan seliaan jabatan agama untuk memmastikan tiada perlanggaran kepada peraturan islam yang diterapkan..

Panjang huraiannya.. jika berkesempatan, dapatkanlah ShLR ini dan baca artikel tersebut. Secara peribadi, saya puas hati dengan artikel tersebut. Sangat puas hati..


Apapun, terima kasih pada MLJ kerana sudi menerbitkan artikel ini.







--------

Perjuangan perjalanan saya diteruskan lagi..

Sepanjang hari ini saya tengah siapkan keseluruhan revised edition article 'honour killing' JV saya dengan Sham (yang telah dibentangkan di UIA end of May baru-baru ini. Saya baca balik, upgrade balik, tengok citation, betulkan margin, proofread dll sebab nak hantar untuk terbitan refereed Journal di USA. Harap dapat publish tahun ni. amin..

p/s Dari segi kerja, saya sudah mencapai piawaian saya untuk tahun 2009 dan 2010. Artikel ShLR ni dikira tahun 2009. Saya tengah tunggu sebuah buku yang akan diterbitkan oleh UPENA hasil tulisan saya dan empat lagi pensyarah yang bertajuk ' A Simple Introduction to Islamic Jurisprudence' sebagai buku text untuk pelajar Islamic Banking UiTM. Buku tersebut masuk UPENA hujung tahun 2009. Mudah2an diterbitkan tidak lama lagi. Dua artikel yang dibentangkan dalam ASLI dan Marital Conference di Singapore tu kira KPI tahun 2010. Alhamdulillah..

Back to my thesis. Walau apa terjadi, selagi Allah bagi kudrat, saya akan cuba habiskan.. Jika baik di Australia, semoga saya terus berada di sini sampai habis. .. Allah is the one who knows the best. Amin ya rabbal alamin

Friday, August 6, 2010

Ma dan Ayah

Terkabul Doa..

Ma dan Ayah yang sangat kami kasihi akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah sebulan Ramadhan. Kami doakan semoga Ma dan Ayah selalu sihat, kuat dan dapat beramal seperti yang dicitakan. Mereka bertiga (seorang lagi akan ikut sama iaitu Mak Tganu (mak mertua Kak Za (my kakak)) akan berada di Tanah Haram bermula esok (6 Ogos) dan insya ALlah kembali ke Malaysia pada 8 September 2010.

Akhirnya Allah kabulkan doa Ma dan Ayah...
Ma dan Ayah akan berpuasa, solat tarawikh dan beramal di sepanjang bulan besar ini di tanah suci Mekah. Semoga Ma dan Ayah sihat dan kuat selalu.. amin ya rabbal a'lamin.

Ya Allah.. selamatkanlah Ma dan Ayah kami..

_____________

UMRAH DENGAN MALAYSIA AIRLINE
SEBULAN RAMADHAN
Tarikh Pelepasan : 06 August 2010
KOTA BHARU / KUALA LUMPUR / JEDDAH / MADINAH

Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Penerbangan dijangka berlepas pada jam 6.45 pagi dan tiba di KLIA pada jam 7.40 pagi. Dijangka berlepas ke Jeddah dengan Malaysia Airlines pada jam 03.15 petang , pesawat Malaysia Airline . Dijangka tiba pada jam 07.00 malam. Selepas pemeriksaan Immigresen dan Kastam Saudi, terus bertolak ke Madinah dengan bas yang disediakan.

Setibanya disana, terus ke hotel untuk mendaftar masuk. Bermalam di Madinah.

HARI 02 MADINAH – Ziarah Dalam & Luar Masjid.

07 Aug 2010

Ø Acara bebas Ziarah dalam Masjid (Makam Nabi & Raudhah) dan kubur Baqi’

Ø Selepas sarapan pagi. jam 07:00 pagi Ziarah ke tempat-tempat sejarah di sekitar Madinah, Masjid Quba,Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma

HARI 03 MADINAH

08 Aug 2010

Ø Acara bebas untuk beribadat

HARI 04 MADINAH / MAKKAH

09 Aug 2010

Ø Dijangka bertolak ke Bir Ali untuk berniat Ihram kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Suci Mekkah.

Ø Dijangka tiba di Makkah dan check in hotel. Rehat untuk seketika sementara menunggu untuk mengerjakan umrah secara berkumpulan.

HARI 05 MAKKAH

10 Aug 2010

Ø ACARA BEBAS dengan aktiviti ibadat sendirian.

HARI 06 MAKKAH – ZIARAH

11 Aug 2010

Ø Dijangka jam 06.30 pagi Ziarah ke Kota Makkah, Muzdalifah, Mina Arafah Jabal Nur dan Jaaranah untuk niat Ihram (Kepada yang ingin mengerjakan Umrah sila bawa pakaian ihram)

HARI 07- 32 MAKKAH

12 Aug – 6 Sept

Ø ACARA BEBAS dengan aktiviti ibadat sendirian.

HARI 33 MAKKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR

07 Sept 2010

Ø ACARA BEBAS untuk beribadat sendirian.

Ø anda diminta melakukan TAWAF WIDA’ (TAWAF Selamat Tinggal).


Penerbangan pulang ke Kuala
Lumpur pada jam 9.0 malam dengan pesawat MALAYSIA AIRLINE.


HARI 34 KUALA LUMPUR

08 Sept 2010

Dijangka tiba di KLIA jam 10.55 pagi dengan selamat….Insyallah

Thursday, August 5, 2010

Tindakan Seterusnya

Sokongan..

Terima kasih atas semua sokongan moral yang diberikan kepada saya. Rakan-rakan yang mengetahui dan sudi menadah tangan memohon Allah membantu saya dalam menyelesaikan urusan ini.

Ayah saya memberikan kata-kata hikmah yang sangat dalam maksudnya. Saya ceritakan apa yang berlaku pada Ayah dan Ma, dan saya minta maaf sebab menyebabkan mereka sedih pasal saya. Ayah saya kata, 'Apa nak sedihnya. Yang hantar anak Ayah gi Australia tu Allah.. Kalau kena balik, yang panggil balik itu pun Allah.. tak da sedih-sedih.. '

Ma saya setiap malam solat hajat untuk saya. Begitu juga Mak Bangi, berdoa semoga Allah membantu saya. Terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan nasihat..

Saya balik ke Melbourne dan berjumpa 'Bakal Supervisor' saya di Melbourne Univ iaitu Prof Tim. Dia sangat terkejut mendengar keputusan yang saya ceritakan dan dia sudi menulis untuk menguatkan rayuan saya.

Ini adalah surat Tim menyokong rayuan saya..



Tim tulis;

I am writing to confirm my strong support for Nurhidayah's PhD research on child maintenance in Malaysia and what Malaysia can learn from the practice of child support in Australia. Nurhidayah has been given an unconditional offer to transfer her PhD candidature to this University, where her research will be supervised by me and Prof Abdullah Saeed. She has already completed drafts of four out of the eight chapters proposed, and is well advanced in research and writing for her revised topic. Her proposed research here is a direct continuation of her existing research at her current Univeristy, La Trobe. It does not constitute new research and none of her work at La Trobe will be wasted by reason of her transfer. Specifically, Nurhidayah's research at Melbourne will examine child support in Australia as a comparison to the situation under Malaysian law. In doing so, it is necessary for her to do research and fieldwork here in Australia to ensure access to the relevant agencies that administer child support, and the policy-makers who designed the current scheme. In these circumstances, I strongly urge support for Nurhidayah's plan to transfer to this University. ....

Prof Tim Linsdsey
Federation Fellow
Director, Asian Law Centre
Director, Centre for Islamic Law and Society
Law School
The University of Melbourne

Semoga laluan saya semakin cerah..
Amin ya Rabbal A'lamin

Wednesday, August 4, 2010

Usaha dan Doa..

Balik Mesia..

Lepas saya dapat email dari Puan Umaira bahagian biasiswa, saya terus call Boss di Mesia. Boss sangat terperanjat dan dia kata akan tanya bahagian biasiswa kedudukan kes saya.

Pada 12 Julai, saya balik Mesia untuk appeal...Yang murah masa tu hanya Emirates AUD450 satu hala ke KL. Terpaksa juga beli sebab itulah yang paling murah masa tu.. Alhamdulillah orang tak ramai, saya duduk sorang sahaja untuk barisan tiga kerusi tersebut. Sepanjang perjalanan, saya melihat keluar tingkap, melihat langit dan awan yaang hitam pekat. Yang nampak hanyalah lampu sayap kapalterbang. Air mata saya mengalir sepanjang jalan dan saya hanya mampu berdoa, mohon simpati pada ALlah agar saya kuat menerima ujian ini.

'Ya Allah.. hidupku dan matiku semua milikMu..
saya datang ke Australia atas izinMu..
Saya di sini untuk mencari ilmu Mu..
Saya adalah ibnu sabil wahai Allah..
Tidak ada daya selain yang Engkau berikan..
Tolonglah mudahkan perjalanan ku ya Allah..'


Esoknya, saya sampai, Atok jemput di airport.
Selepas rehat sekejap, petangnya saya ke Shah Alam..
ke rumah saya di Seksyen 7. (rumah Kak Zah sekarang..)

Selepas maghrib saya ke rumah Peah dan Dr Azam, bercerita dan berbincang tindakan yang perlu saya ambil.

Lepas isyak, saya ke rumah Boss, membawa surat rayuan yang saya draf dan semua file tesis saya..

Saya bersyukur mempunyai sahabat-sahabat, rakan-rakan dan Boss yang prihatin dan baik dengan saya. Syukur pada ALlah..

Esoknya, saya ke pejabat untuk print dan compile semua bahan-bahan untuk rayuan yang diaddress pada Timbalan Naib Canselor Akademik.

Boss telah buat appointment dengan Prof Azni pada hari Jumaat 16 Julai, jam 7.45 pagi. Boss suruh saya tunggu di pejabat Canselori. Boss dan Dr Huzaimah will do the talking for me tapi saya kena tunggu dengan semua dokumen di depan pejabat Prof Azni. Lepas mereka table kes rayuan saya, maka saya akan dipanggil masuk.

Ya Allah.. mudahkanlah laluan saya...
amin ya rabbal alaimin..


Di pejabat, saya berjumpa ramai sahabat-sahabat. Mereka yang dah tahu keputusan Jawatankuasa Biasiswa melihat saya dengan pandangan simpati. Ramai yang memeluk saya dengan kuat, sambil saya berusaha menahan air mata dari tumpah. Mereka memberikan saya nasihat agar saya tabah dan sabar. Saya sangat meraikannya..
terima kasih yang tidak terhingga.

Saya dapat bersembang dan story dengan baik dengan semua orang, tapi sebelum saya nak balik dari pejabat, Dr Pisol nampak saya dan dia terus panggil saya. Bila berdepan dengan Dr Pisol, saya tak dpt tahan... terus menangis depan dia.. Tetiba saya rasa sangat sedih..dia tanya satu je soalan, terus air mata saya mengalir laju. Saya tetiba terasa macam baru beberapa hari lepas saya dinner di rumah ustaz pisol (saya ceritakan dalam blog ini sebelum saya berangkat ke Australia pada Nov 2008). Terasa baru semalam Dr Pisol bagi nasihat buat phd baik-baik, tetiba saya dipanggil balik. Air mata saya tidak dapat ditahan lagi...