Sunday, January 31, 2010

Mornington Peninsula

Kebesaran Pencipta..

Ada yang risau bila baca blog saya seolah-olah saya sekarang berada dalam masalah besar yang tidak terungkai. Apakah saya sudah patah semangat, lemah longlai.. bahkan ada yang marah saya kenapa saya lembek sedangkan semua ustaz-ustaz dan tok guru-tok guru kita mengajar kita menjadi kuat.. bukannya mengalah pada ujian yang menimpa..

Saya kuat insya Allah..
Dan akan terus berusaha menjadi kuat..insya Allah..
________

Mornington Peninsula..

Masa hari Ahad ke Frankston 24 jan 2010, ada 6 keluarga berssama-sama kami...
Bergerak jam 10pg dan balik rumah jam 10.00 malam..
Punyaler letih tapi bagus..
Kita dapat melihat kebesaran ALlah, disamping dapat release sekejap...






Ada Maze bersimpang siur.. takut jugak kalau sesat sorang-sorang dalam rumput tinggi yang berpusing-pusing ni...
Sand castle di frankston Waterfront
Aisyah dan Hana dan Aiman buat sand castle sendiri...
Airnya sejuk sangat tapi bebusak ni macam allrite jer..

Sebelum pergi, berkumpul dulu dan baca doa sebelum bertolak..
Abah merenung air laut.... panas, silau dan berangin..

Kita berjaya mencari jalan pulang selepas masuk dalam Maze tu.. yeaaaa...

Frankston Waterfront.. Bridge ni kira macam landmark tempat ni..
Anak-anak keletihan tapi sangat gembira..
Siapakah dua orang ini?? mereka kabarnya nak jadi lifeguard masa anak-anak mandi di pantai..
Berbincang mencari jalan merujuk pada peta yang ada...

Umi dan Abah... Aisyah oo Aisyah.. Aisyah kat mana??

Alhamdulillah... kami berenti makan di Ashcombe.Yang dewasa solat jama' qasar diimamkan oleh ustaz Khairul, yang budak-budak pulak solat jama qasar jugak diimamkan oleh anak ustaz Khairul.. alhamdulillah..
Mandi-manda... saya seronok melihat Aisyah seronok..
Malamnya lepas sampai rumah jam 10.00 mlm, Aisyah meneruskan perjalanan hidupnya yang penuh keseronokan.. Aisyah dan Iman akan sleep over di rumah Hana pulak sampai hari Selasa 26 Jan pulak...

Saturday, January 30, 2010

Frankston Waterfront



Saya merenung air laut dengan pandangan berkaca-kaca..
'Wahai Allah..
Tuan empunya laut seluas ini..
Saya hanya ingin mencari setitis dari ilmuMu..
Tolonglah mudahkan laluan saya..
Kasihanilah saya wahai Allah..
PhD yang saya kejar sekarang hanya setitis kecik dari lautan ilmuMu yang Maha Hebat..
Saya tidak ada daya melainkan apa yang Engkau izinkan..
Bantulah saya wahai Allah..
Tuhan Seru sekelian alam..'


____________

Thursday, January 28, 2010

Perjalanan..

Menggali.....

Tak tahu bagaimana saya nak gambarkan kesibukan dan kesusahan yang saya alami beberapa minggu ini. Dalam sibuk dan takut dengan perjalanan PhD saya, saya perlu juga memberi masa untuk keluarga tersayang. Sempat juga saya ke Franston, pusing-pusing pantai, pergi ke Sand Castle dll. Lepas tu sempat juga saya ke City masa Australia Day...

Sambil berjalan saya berfikir.. sambil berfikir, saya berjalan... entah ler....

Apa yang saya buat sebenarnya tak betul...
'Jangan Bermain-main Masa Bekerja.. Dan Jangan Bermain-main Masa bermain..'
Sepatutnya saya perlu asingkan compartment dalam fikiran saya, tapi saya tidak begitu berjaya..

Malam tadi saya solat hajat sebelum tidur, saya sangat takut dan rasa masa sangat suntuk mengejar saya. Setahun berlalu di Melbourne dan saya tidak berpuas hati dengan pencapaian keilmuan dan research saya..

Ya Allah.. tolonglah saya..
Bagilah saya nampak jalan yang perlu saya ikut..
Mudahkanlah kajian PhD saya..
Saya ingin habiskan belajar saya..
Mudahkanlah laluan saya..
Mudahkanlah Wahai Allah Tuhan Seru Sekelian Alam...

Malam tadi, saya tak tahu macamna..
Apa yang berlaku dalam mimpi saya..
Tetiba saya bangun pagi tadi untuk solat subuh..

Saya berkata-kata..
'SESIAPA MENGGALI, DIA AKAN BERJUMPA..'

Saya recall mimpi saya malam tadi.. apa berlaku?

Malam tadi, saya bermimpi saya berada di kalangan kelompok yang ramai..
Ada seorang di tengah-tengah sedang menyampaikan ucapan..
Dia katakan pada saya kalimah tadi..
'Sesiapa Menggali, dia akan berjumpa..'
Saya tak tahu sapa bagitau, tapi saya tahu orang itu adalah seseorang yang terkenal..

Wallahua'lam..

Tapi saya akan ingat sampai bila-bila..
Jika saya menggali dan terus menggali , saya akan pasti bertemu dengan izin ALlah..
Saya akan terus menggali..
Apakah yang saya gali?
Menggali ilmu
Menggali hikmah
Menggali kebaikan, cahaya, kebenaran, kekuatan, ketabahan dan ketakwaan...
Dan saya akan terus menggali....Insya ALlah dengan izin Allah

Friday, January 22, 2010

Saya dan mereka..

Perjalanan...



Saya dan Sham sedang mendengar pembentangan...


bersembang dengan Prof di Melbourne Uni semasa menghadiri Seminar Islamic Law di Law School Melb Uni pada 26 Dec 2009..



Saya sedang berbincangd engan Fareed, Presiden Persatuan PostGrad Perth, West Australia semasa kedatangannya ke office saya baru2 baru ini...


Muhasabah Cinta

Sakit Yang Ku Rasa..
Biar jadi penawar Dosaku...



Saya telah membuat satu tindakan yang berani..
Tapi ianya sakit..
Beban berfikir dan membuat adalah berat..
ia satu ujian..

Saya berdoa..
Ya Allah, mudahkanlah semua laluan pengajian saya di Australia ini...



Tuesday, January 19, 2010

Pesanan Saya

VMPGA

Dalam yahoogroup vmpg ada banyak perbincangan mengenai isu kalimah Allah, politik dll, walaupun saya secara peribadi mempunyai stand yang sangat strict terhadap isu kalimah Allah tetapi saya terpaksa melihat banyak perkara dalam vmpga. Akhirnya saya menulis stand di bawah ini untuk semua members vmpga. Yahoogroup yang baru untuk semua ahli akan dilancarkan minggu depan.. Saya buat setakat yang mampu sebelum berakhir term saya July 10 nanti..

Sekarang saya sangat sibuk dengan beberapa perkara yang berlaku... Inilah perjalanan sebuah PhD. Proses untuk setiap pelajar tidak sama. Ada yang smooth berlalu dan ada yang diuji. Saya pula di mana? Wallahua'lam..Masa semakin suntuk, saya perlu bergerak lebih pantas dan mula meninggalkan sedikit demi sedikit perkara yang kurang penting. Mungkin blog ini bermula minggu ini akan saya isikan entrynya sekali sahaja seminggu..

Selamat belajar untukmu hidayah...
____________________

Mesej saya untuk vmpga..
18 Jan 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua ahli VMPGA dan juga subscribers kepada vmpgyahoogroups,

Kita telah dikejutkan dengan beberapa perkara berlaku di Malaysia terutama isu terbaru iaitu permohonan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, isu-isu politik dan lain-lain melibatkan negara Malaysia. Terdapat banyak perbincangan melalui yahoogroups ini dan ramai memberi pandangan yang berbeza. Ramai juga yang menghubungi VMPGA bertanyakan pendirian VMPGA sebagai sebuah persatuan pelajar yang berdaftar dengan MSDA tentang isu ini.

Mewakili VMPGA, suka ingin saya memaklumkan beberapa perkara iaitu:

1- Merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah, isu ini adalah satu isu sensitif yang melibatkan agama dan kaum. VMPGA pula dianggotai oleh pelajar dari pelbagai agama dan keturunan. Memandangkan perkara ini sekarang berada di peringkat tertinggi negara, PM dan TPM untuk mencari jalan penyelesaian, kami berpendapat bahawa biarlah isu ini diselesaikan oleh mereka yang berwajib di Malaysia .

2-Kami juga ingin memaklumkan bahawa vmpg@yahoogroups. com adalah satu yahoogroups yang telah dibina oleh pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Victoria pada tahun 2004 untuk kegunaan sesama pelajar ketika itu. Sehingga kini, keahlian yahoogroups ini telah bertambah dan mencapai ratusan ahli. Hakikatnya, ia bukanlah yahoogroups rasmi kepunyaan Persatuan Pasca-siswazah Malaysia di Victoria (VMPGA). Cuma sebelum ini dan sekarang juga, pengumuman VMPGA disalurkan di yahoogroups ini kerana ramai pelajar menjadi subscriber dan ini adalah satu-satunya saluran komunikasi yang ada di antara VMPGA dan ahli yang ada. Oleh itu, sebarang email yang dihantar di yahoogroups ini, pihak VMPGA tidak mempunyai bidang kuasa untuk menapis dan menghentikan apa-apa kerana yahoogroups ini adalah milik individu. Justeru itu, apa-apa perbincangan yang dijalankan adalah tanggungjawab individu dan setiap pengirimnya. Mewakili VMPGA, saya ingin memaklumkan bahawa VMPGA tidak bertanggungjawab di atas apa-apa email yang dikirim atau perbincangan yang diadakan di dalam yahoogroups ini.


2- Dengan tujuan memudahkan urusan dan menyelaraskan banyak perkara, VMPGA memutuskan untuk mempunyai yahoogroups rasmi yang diletakkan di bawah bidangkuasa VMPGA sebagai saluran perbincangan untuk semua ahli yang berdaftar dan membayar yuran keahlian. Untuk pengetahuan semua, kami sedang dalam proses mengemaskini semua ahli yang berdaftar yang membayar yuran untuk diselaraskan di bawah yahoogroups yang baru nanti. InsyaAllah ia akan dilancarkan pada 25 Januari nanti. Pengumuman rasmi berkenaan perkara ini akan dibuat oleh Setiausaha tidak berapa lama lagi.

3- Namun begitu, walaupun yahoogroups ini bukan kepunyaan rasmi VMPGA, kami sentiasa menyokong dan menggalakkan perbincangan sihat mengenai apa-apa isu di kalangan semua pelajar, pasangan dan semua subscriber yahoogroups ini. Perbincangan yang positif membuka minda, diharap dijalankan dengan baik, tertib dan berlapang dada, disamping tidak menyerang mana-mana pihak dan individu tertentu terutama apabila melibatkan isu-isu sensitif. InsyaAllah sebagai pelajar matang, kita semua akan dapat melakukan yang baik demi kesejahteraan semua.

Sekian. Terima kasih.

PM Nurhidayah Hashim
Presiden VMPGA 2009/2010

Sila layari http://www.vmpga.org

Friday, January 15, 2010

Isu Kalimah Allah

Saya berdoa, berharap dan melihat dengan gusar..

Stand Saya Secara Total: Kalimah ALlah hanya untuk orang Islam.

Saya menyokong penuh usaha semua NGO Islam ini...

____________________

Isu ‘Allah’: NGO gesa Majlis Raja-Raja bersidang January 14, 2010



Muzakarah pemimpin 30 NGO Islam hari ini menggesa Majlis Raja-Raja supaya membuat keputusan muktamad bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

Ia adalah antara resolusi yang diputuskan dalam muzakarah itu, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan tersebut.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata wakil gabungan NGO itu akan memohon untuk mempersembahkan sendiri resolusi tersebut kepada Seri Paduka.

“Hari ini semacam ada permuafakatan oleh wakil-wakil yang datang bahawa resolusi ini telah diluluskan dan kita akan segera menghubungi pejabat pemegang mohor Majlis Raja-Raja Melayu bagi menentukan tarikh kita boleh menghantar (resolusi).

“Tapi kita akan memohon untuk mengadap sendiri Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat,” katanya kepada media selepas selepas forum yang dihadiri lebih 200 orang itu.

TERAS merupakan salah sebuah daripada kira-kira 30 NGO yang menyertai forum tertutup itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Turut berucap forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Mohd Azmi menjelaskan 12 resolusi diluluskan yang secara umumnya menyatakan penggunaan kalimah Allah merupakan hak eksklusif orang Islam sahaja.

“Isinya ialah kita pertegaskan bahawa kalimah Allah ini adalah eksklusif kepada orang Islam dan kita tidak mahu ketegangan ini berterusan.

“Kita memohon dan merayu sungguh-sungguh supaya Raja-Raja Melayu mengambil peranan yang muktamad, tidak membiarkan ini berlarutan dan kami bersetuju supaya pihak Katholik menarik balik niatnya untuk menggunakan Kalimah Allah.

Bagaimanapun, katanya, resolusi tersebut tidak boleh didedahkan buat masa ini, sebelum ianya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga berkata muzakarah itu menyatakan kebimbangan atas ketegangan yang kini timbul di kalangan masyarakat berikutan perkembangan isu tersebut yang semakin berlarutan.

“Kita bimbang bukan sahaja tentang keputusan mahkamah, tapi juga sentimen masyarakat, ianya sangat-sangat rapuh.

“Jika dibiarkan lebih lama, keadaan akan menjadi bertambah panas, ada orang akan ambil peluang untuk berbuat sesuka hati mereka,” tambahnya.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah presiden MACMA Datuk Mustafa Ma, yang menyuarakan seruannya kepada masyarakat Katholik.

“Kita merayu, khususnya kepada saudara Katholik kita, supaya menggunakan pengaruh mereka bagi meminta (penerbit mingguan Katholik, Herald ) untuk menggunakan perkataan Tuhan (bagi menggantikan kalimah Allah yang kontroversi),” katanya.

Tuesday, January 12, 2010

Aisyah lagi..

Cahaya Hati ..

Bila saya tension, kegembiraan saya adalah menulis dalam blog. Dan yang paling saya gembira bila saya bercerita tentang my princess Aisyah.

Tadi saya sebut pasal Auntie Ina yand dapat baby ketiga.. Aisyah memberi response..[cakap macam orang dah besar dah.. kelakar je dengar ayat Aisyah...]

'Ooo dah bersalin yer.. bagus tu..'
Then she said, 'Umi, why is actually Auntie Ina balik Mesia? to collect data ke Umi?'..
[Saya ketawa.. mana Aisyah dapat word collect data ni?? hehe...]

Aisyah tanya lagi.. ''Macamana Auntie Ina nak buat PhD kalau ada baby Umi..susahnya nak jaga.' [ aduii ayat macam orang besar..]
___________

Baca Quran

Lepas solat tadi baca Quran. Aisyah sekarang baca al-Baqarah 177. Ayatnya panjang. Masa dia baca, saya bagitau maknanya..
'Aisyah baca ni.. Allah kata orang yang baik tu orang yang kuat iman, percaya Allah, pastu dia solat, bayar zakat, tunaikan janji bila berjanji dengan orang.. semua orang-orang ni Allah kata orang muttaqin... orang bertaqwa..Maknanya kalau kita nak Allah sayang kita, kalau janji dengan orang kena buatlah..'

'Macamna tu Umi.. janji apa?' tanya sicomel Aisyah..

'Macam, kalau kita janji, 'Nanti birthday awak, saya kasi hadiah yer..Kenalah kasi, kalau tak kawan kita tunggu jer.. sian ler dia.. Allah tak suka ler kita janji tak buat. Janji nak pakai tudung masa umur 8 tahun, kena buatlah tu...'

'Can I ask one question Umi? What if someone ada plan B?'

'Plan B tu apa?' Saya tanya balik..

'Maksud Aisyah, dia not actually tak nak buat yang dia janji, tapi ada masalah sebab tu tak dapat buat janji dia.. Like someone janji nak kasi hadiah, tapi masa dia pergi rumah orang yang birthday tu, dia terlupa bawak..Kalau macam tu orang tu orang bertaqwa tak Umi..Itulah maksud Aisyah plan B'

'Humppppp..... pandai betul Aisyah tanya soalan ni.. Kalau terlupa tak per, tapi kalau dah ingat, need to give apa yang kita janji...'

'Ok Umi, I can understand now..'

________________

Reckon

Aisyah punya English bawah siket dari saya kot... hehehee..
Sekarang kerja dia adalah membetulkan English saya dan abahnya..
Sebelum ni Abah hantar email pada dia dan tulis ayat, 'Aisyah, how your journey?'[tertinggal was]

Dia balas email abah dan tulis.
'Abah, the sentence is supposed to be like, 'how was your journey?'.. was is for past tense...' hehehe... tak larat saya..

Kadang-kadang kerja dia betulkan ayat saya...
'Umi... we should pronounce like this.. writt en.. silent t..'
Umi... Miss Jap pronounce like this..
Umi... let's check the meaning dalam dictionary...

Aisyah Aisyah...canggiss....


Dan dia sungguh sangat suka membaca buku..
Semenjak bulan Jun sampai ke bulan Dec lepas, dia sudah meminjam 250 buah buku cerita dari Library Darebin. Saya nak tulis artikel tentang user friendly library di sini pada anak-anak dalam Berita Harian tapi tak sempat-sempat.. Setiap kad keahlian boleh meminjam 40 buah buku selama 2 minggu. Boleh bawak beg dan troley. Boleh buat macam-macam dalam library..
Aisyah setiap kali pergi, penuh satu troley...
Dan kami akan pergi setiap 2 minggu sekali..

Semalam, dia bersembang dengan saya..
Tengah-tengah bercerita, tetiba dia sebut..'Umi, don't you reckon?'
Saya terkejut.. amboi Aisyah.. What did you say just now? Reckon?? Do you know what is the meaning of reckon?'
'Tahu Umi.. maknanya ingat.. Like' Don't you think so?.. we can say..'Don't you reckon? atau like kita kata, 'I reckon it's going to rain...''

Humpppp.... pandai anak Umi ni..[nasib baik saya dah tahu makna reckon, kalau tak tau kang malu.. hihihi.....]
Tapi sebab Aisyah ni smart, maka dialah sekarang lawan saya untuk speaking english kat rumah..
English..- my second language..Bahasa malaysia ..- always nombor 1.. Arabic...- dah lupa sangat dah.. vocab bahasa arab banyak dah hilang..

Gumbira...

Perasaan gumbira..

Kami dua orang hari ini tak keluar rumah. Berada di rumah kerana cuaca sangat panas. Saya pening berada di bawah panas matahari kebelakangan ini. Jadi saya buat kerja di meja study seperti beberapa hari yang lepas..

Hari ni kami rasa gumbira dan happy..[beza ke tu..hehe..] ..
Aisyah sangat gembira sebab malam esok (Wed's night) Abah akan datang dari Mesia..dia dah listkan tempat-tempat nak pergi melawat.. Sebab semua yang dia mintak, saya jawab..'Wait till Abah is here..' Jadi sudah tentu dia gembira sebab dapat berjalan-jalan nanti..

Saya pulak menunggu-nunggu barangan hadiah yang saya kirimkan.. bestnyer...
Apa tu? perencah adabi, ikan kering tenggiri, gula melaka, spek mata saya, mushroom soup maggy dan banyaaaaakkkk lagi... hehe..

p/s Walaupun saya gembira, tapi saya sedih mendengar perkembangan ada perselisihan antara dua pihak yang saya kenali. Dua jenis perubatan islam seharusnya complement each other.. Saya tidak mahu berpihak. ..

Monday, January 11, 2010

Panasnya dan 6G

Ujian cuaca dan internet broadband..

Subhanallah... Panas nya hari ini. Tak tahu nak bayangkan..


Pagi saya tak pergi pejabat, duduk rumah dengan Aisyah.. buat kerja di meja study saya [yang penuh buku dan berserabut ni..]
Petang baru pergi pejabat.. Sebab saya nak pergi beli internet boradband yang baru..
Panasnya ya ALlah....Hari ini 43 degrees..
Saya rasa macam berada dalam oven dibakar sehingga kepala saya pening sangat..

Ia mengingatkan kita kepada kebesaran Allah..
Allah Maha berkuasa menjadikan apa sahaja yang DIA ingini..
Aisyah asyik mengomel..'Umi.. panas nyer.. tak tahannye.. Umi, tak larat ler..'
Kesian saya tengok Aisyah tapi apa nak kata..'Aisyah tahan yer.. we have to bear.. This is ujian Allah...'
Di dunia sangat panas, semoga Allah memberikan kita semua perlindungan di padang mahsyar nanti dari kepanasan yang tidak terperi.. amin

___________

Perkembangan negara saya tak dapat nak ikuti sangat kerana terpaksa berkira-kira tentang penggunaan internet. Sebabnya saya pakai 2G dengan AUD29 sebulan. Saya tak boleh nak bukak banyak sangat sebab takut kena caj mahal..

Malam ni saya sangat seronok.. Saya telah membeli AUD39 untuk 6G bermula hari ni.. Sekarang sambil saya tulis blog ini saya boleh buka Buletin TV3 dan boleh baca banyak blog dan websites untuk mengetahui apa terjadi di Malaysia.

Kisah gereja kena serang..
kisah demostrasi keputusan kalimah ALlah..
dan macam-macam lagi yang berlaku di dunia ini..

Tadi saya sign yang ada promosi contract 24 bulan. Selama 6 bulan saya hanya bayar AUD19.50 sahaja. Lepas bulan ketujuh baru kena bayar AUD39..
Alhamdulillah saya dapat AUD39 sebulan untuk 6G.

Sunday, January 10, 2010

Jodoh..

Anak-anak zaman sekarang..

Masa budak-budak tiga orang tu sleepover, saya ajar ngaji dan bercerita tentang ashabul kahfi.. Pastu ada satu incident kelakar tapi mengejutkan saya..

Semua budak-budak ni umurnya hampir sebaya.. Aisyah 8th, Hana 9 thn dan Iman 10thn. Masa makan malam, saya suruh semua buat kerja, Aisyah ambik pinggan, Iman ambik air, Hana ambik sudu dll. Saya buat statement..'Semua orang kena tolong Umi kemas meja, angkat nasi. Kalau dapat tolong masak lagi bagus. Nanti dah besar karang nak kawinkan.. jadi kena rajin masak..hehe..'

Semuanya berminat tanya solan..
'Umi, how do we know that orang tu jodoh kita?' Opssss... terkejut saya dengan soalan Hana..

'Ye lah Umi.. Aisyah pun always think about that. Can we go and ask mana-mana boy 'can you be my jodoh? Macam tu ke Umi...' Wahhh lagi saya terkejut dengan soalan Aisyah pulak..

'Umi.. Iman pun nak tanya.. Macamana kita tau dalam ramai orang laki-laki, orang tu yang jadi jodoh kita.. pening ler pikir..Macamna Umi tau Abah tu jodoh Umi.'.. isyyy isyyy Iman pulak..

Sensasinya soalan-soalan...hehe..

Wahhh anak-anak zaman sekarang.. sangat ler advance..
Jadi malam tu saya berstory pasal jodoh kepada audience berumur 8 thn, 9 thn dan 10 thn... adussss...

Saturday, January 9, 2010

Kalimah Allah

From my humble Point of view...

Saya memang sedih dengan perkembangan orang Kristian nak guna nama Allah dalam bible dan akhbar atau buletin atau apa nama sahaja yang dikeluarkan dalam bahasa Melayu. Sekian lama menggunakan God the father, god the son and holy spirit.. yang kemudian didakwa menjadi 3 in 1 berada dalam diri god the son dan akhirnya bila berdoa semua kristian memanggil nama God.. apakah Jesus yang dituju? ataukah God the father? or Holy Spirit?

Sebenarnya 3 hari lepas, saya dan beberapa orang Ustaz yang saya beri nama Ustaz 1, Ustaz 2 dan Ustaz 3 telah berbincang pasal Kristian dengan seorang muslim yang mengaku hatinya sangat cenderung pada Kristian dan dia ingin meninggalkan Islam dan masuk Kristian. Dalam perbincangan tersebut yang kami cuba buat sebaik mungkin, tak ada ayat meninggi suara, tak ada marah dengan tindakannya ke gereja dll. Ustaz 1 bertanya pada dia pasal Siapa sebenarnya God dan dia menjawab 3 dalam 1. Ustaz 2 cuba bawak kemukjizatan Isa tapi sebagai Rasul sebelum Nabi Muhammad, bukannya sebagai anak Tuhan. Budak ni tak ambik kisah pasal nak panggil Allah ke God sebab dia guna English memang God. God mereka bukan Allah..

Ustaz 2 dan ustaz 3 saling tanya soalan. Saya terdiam melihat..
Kemudianya saya baru bersuara. Saya katakan ' Buleh tak saya tanya like this, saya curious nak tau apa awak paham.. if kristian kata god the father yang buat baik pada manusia, sanggup korbankan anak dia Jesus, dan anak dia tu mati disalib, ayahnya tak selamatkan sedangkan masa nak disalib, Jesus tu kata 'kenapa tinggalkan aku' . Ayahnya buat semua tu sebab sayangkan manusia. Kemudian lepas disalib Jesus naik duduk sebelah kanan ayahnya. Lepas tu semua bersatu jadi 1, maknanya 3 entity menjadi 1, sapa sebenarnya yang dapat nama? Kenapa orang kristian bila sembah call Jesus, bila puji Jesus, susah panggil Jesus, kenapa tak puji ayah dia yang berkorban hantar anak dia, sehingga biarkan anak dia mati... Sepatutnya pujilah god the father bukannya god the son.. betul tak?'

Dia jawab tak tahu...

Ustaz 2 dan 3 ceritakan tentang agama terakhir, tiang kepada agama is belief dan belief mesti menasabah dan tidak bercanggah dgn akal.. kita tak boleh ambik nabi jadi tuhan, nabi is the mesenger.. dia kata nanti dia tanya paderi..Ustaz 1 bercerita tentang Saul yang jadi Paul. dia tanya, 'You baca old or new?' dia kata suka baca new testament and rasa hati gembira dan tenang bila baca tu..

Sebelum kami balik, saya katakan pada dia, 'Nanti saya minta awak buka google, carikan perkataan COUNCIL OF NICEA tahun 375 yer.' Dia tanya saya kenapa? Saya kata kalau belief itu akar pada agama, dia kena datang dari founder. Kalau Jesus ajar Kristian, kenapa masa council tersebut, berlaku pertembungan antara Arius dan Anastasius tentang sama ada Jesus tu Mesenger or God? Masa tu semua pengikut ajaran Isa kata Jesus adalah messenger dan semua kena bunuh. Kemudian diisytiharkan Jesus adalah anak tuhan.. Nanti awak cari dan fikirkan baik-baik... Kalau Nabi Muhammad thn 571M baru dia lahir, ini 375 mereka bergaduh pasal tuhan, maknanya Paul yang ajarkan kata Jesus tu anak tuhan, bukannya Jesus.. Awak baca baik-baik.. Saya doakan awak kembali pada Islam, kalau ada apa-apa contact saya yer..'

Wallahua'lam..
Islam tercabar... di mana-mana...
Siapakah yang akan bercakap untuk islam? Kitalah.. Siapa lagi yang Allah amanahkan?
Ramai orang boleh bercakap mengenai Islam, tapi ramaikah yang ingin bercakap untuk Islam.. Kawan saya kata, 'Many can speak about Islam, but not many who can speak for Islam.'
We have to try.. speak for Islam! to defend and uphold Islam...

______________

Mari kita baca jawapan Syed Naquib al-Attas..
Saya tersentuh membaca jawapannya...

On December 13, 2009, during the Worldview of Islam Seminar organized by the Assembly of Muslim Intellectuals or Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), there was a question being posted to Professor Al-Attas regarding the polemical usage of the word "Allah" by the non-Muslims.


Below is the transcript of his brief-but-yet- concise enlightening remarks. As a word of caution, though, one must not only rely on this brief transcript alone to understand the whole spectrum of Prof. Al-Attas' view about this theological matter. Further thorough elucidation of his thought can be found in numerous works of this great Muslim scholar of this age, such as Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Islam and Secularism, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu and A Commentary on Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri.



Prof. Wan Mohd Nor and Prof. Al-Attas during the special lecture in the seminar last year.



Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country
Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

They said “we going to pray in Bahasa Malaysia

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate).. .whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.

We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way…

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn..

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims. .that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

Wednesday, January 6, 2010

Perjalanan..

Aisyah Dan Rakan-rakannya..

Sabtu 2 Jan, Aisyah ke rumah Iman dari pagi sampai ler petang dan berakhir dengan kelas Ayah Cik yang dibuat jam 3 pm. Saya jemput jam 5 pm. Lepas ambik Aisyah saya ke Pasco Vale berbincang pasal research PhD saya dengan As, pelajar RMIT. Banyak saya bincang mengenai Supervisor dan kaedah supervision. Akhirnya saya balik rumah jam 10.30mlm. Perbincangan ini adalah sambungan dari discussion saya dengan Filah Rabu 30 Dec 09 lepas. Kami berbincang detail dari 3.00 - 6.00pm kat rumah Filah.

Ahadnya 3 Jan pulak, jam 7.30 pagi saya hantar Aisyah ke rumah Hana. Hari ni Aisyah akan ikut Hana sekeluarga ke Fairy Park. Ramai yang pergi, keluarga sham, pak tam dan lain-lain. Aisyah sangat gembira... melompat-lompat tak sabar..hehe.. Saya masak spaghety satu bekas besar untuk bekalan mereka.. sekadar top up makanan yang Mak Hana dan Mak Iman masak..

Saya tak join ke Fairy Park sebab pergi Mesia Hall attend kelas Perubatan Islam anjuran PISANG yang diajar oleh Ust Trimizi untuk Siri 1. PISANG tu Profesional Islamic Medical & Nurturing Group.. (entahler.. saya pun tak berapa ingat PISANG tu stand for apa)..
Kali ni saya ikut kelas Siri 1. Dari jam 8.30pg sampai jam 9 mlm kat Mesia Hall bersama ramai lagi kawan-kawan...Hari tu saya ikut siri 2.. Terbalik kot.. Sepatutnya Siri 1 dulu diikuti siri 2.. Tapi sebab saya ni terer sangat saya masuk Siri 2 dulu pastu baru Siri 1.. hehehe...

Saya belajar banyak perkara...
Disamping saya dapat melihat perbandingannya dengan ilmu yang saya sedia ada..
Puji syukur kembali pada Allah..
ALhamdulillah
_________

Sleepover..

Ahad malamnya dalam jam 10.30mlm, Ayah Hana namanya Hamdan datang hantar tiga orang princesses ke rumah kami untuk sleepover selama dua hari. Saya anggap ini adalah pendekatan mudah setia kawan. Mereka memberi saya menerima dan ada kala saya memberi mereka menerima. Mereka menjaga Aisyah semasa saya sibuk dan saya menjaga anak mereka semasa saya kurang sibuk. Semoga ia menjadikan persahabatan lebih baik. insya Allah.

Gembira tak dapat nak digambarkan kepada tiga orang princesses ini..
Saya buat jadual:
'This is not a normal sleepover. all of you have to follow and obey the rules decided by Umi. First, you have to sleep before 11.30pm and wake up for Subuh prayer. After prayer you can choose either to watch tv or back to sleep until 8am. After clean up your body, you need to take breakfast, doing your colouring and drawing till lunch. after lunch all of you have to recite quran and memorise some surah. Then continue with other stuff and then play outside for 1 hour. ...bla blabla...'

Ini adalah kerja keraftangan yang mereka buat di bawah supervision saya.. hehehe..
Beg Aisyah letak nama Aisyah, Hana letak nama Hana dan Iman letak nama Iman... Semua gembira melompat2..yeaaaaa....

Aisyah tengah habiskan hafalan surah al-Mutaffifin.. tinggal siket lagi.. Saya pun tengah menghapal jugak sekarang.. ayat2 yang ada dalam Asas 10 Kedua Ustaz Harun Din ajar dulu dan juga ayat2 yang ustaz Tirmizi ajarkan..

Masa mereka main dan buat hal budak2, saya buat kerja di meja depan mereka. Saya sedang siapkan 2 kertas kerja untuk dihantar Seminar Asia Law Studies (ASLI) di UIA bulan May nanti.

Mereka semua bersurai lepas saya hantar ke rumah Hana pada hari Selasa 5 Jan 2009. Selepas hantar mereka, saya dan Aisyah ke Pasco Vale pulak, ada perbincangan siket..

Monday, January 4, 2010

Perkembangan di Malaysia

Pengunaan Kalimah Allah..

Perkembangan di Malaysia sekarang ini.. Hakim Mahkamah seorang bukan Islam membuat keputusan mengenai kedudukan penggunaan kalimah Allah dalam bahan bertulis mereka. Saya risau, bimbang dan gusar.

Mari kita sama-sama baca tulisan kawan saya di Berita Harian hari ini 4 Jan 2010.
p/s Tahniah pada The Learned Lawyer Zainul Rijal atas pemilihan sebagai Presiden Persatuan Peguam Muslim. Hari tu saya dah isi borang keahlian Persatuan ni, tapi mana perginya borang saya tu? Sampai sekarang belum lulus lagi ni..

Persatuan Peguam Muslim lain dengan Persatuan Peguam Syarie. Persatuan Peguam Syarie lebih kepada menaungi Peguam Syarie yang beramal di Mahkamah Syariah. Boleh juga peguam sivil dan pensyarah. Persatuan Peguam Muslim pula menjaga Peguam yang beragama Islam. Keahliannya adalah orang lepasan Undang-undang, beramal di Mahkamah Sivil dan/atau di mahkamah Syariah atau lepasan Undang-undang jadi Pensyarah macam saya... Macam lebih kurang tapi sebenarnya lain pengkhususannya...
________________________

Penghakiman hakis keistimewaan Islam

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
zainul.rijal@abubakar.my

Keputusan mahkamah benar gereja guna kalimah cetus kegusaran, kekeliruan masyarakat

KEPUTUSAN Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember lalu yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly adalah suatu tamparan hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai 'agama rasmi.' Masyarakat Islam arus perdana melihat penghakiman ini sebagai suatu perkara yang akan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan umat Islam.

Penghakiman ini juga dilihat menghakis keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Saya sendiri mendapat banyak panggilan telefon, e-mel dan surat bertanyakan kesan penghakiman itu terhadap kedudukan agama Islam di Malaysia khususnya. Dalam beberapa hari saja penghakiman berkenaan dikeluarkan, keluhan dan ketidakpuasan hati umat Islam ini dizahirkan di dalam media arus perdana dan media alternatif.

Sebenarnya pendirian umat Islam bukanlah hendak memadam kalimah Allah di dalam kitab suci agama lain tetapi hanyalah berkisar di sebalik undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini jelas kerana agama Sikh umpamanya yang menggunakan kalimah Allah di dalam bahasa asal kitab suci mereka tidak pernah dihalang daripada membaca atau mengamalkan ajaran di dalam kitab asal mereka.

Malah pendirian diambil oleh umat Islam bukanlah 'peperangan antara kitab suci' tetapi lebih kepada memberi makna dan tafsiran jelas kepada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan yang disanjung oleh segenap warga negara Malaysia. Permasalahan yang timbul ialah penerbitan majalah Herald-The Catholic Weekly ini boleh digapai oleh orang ramai termasuk orang Islam. Ia sudah tentu diedarkan dan tiada jaminan ia tidak akan sampai kepada orang Islam.

Walaupun usaha beberapa majlis Islam negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), gagal mencelah di dalam kes ini, usaha itu haruslah diberi penghargaan tinggi kerana khususnya majlis agama sudah menjalankan tanggungjawab statutori mereka di dalam mempertahankan agama Islam dan MACMA adalah NGO tunggal berbuat demikian.

Namun persoalan lain pula, di manakah Majlis-Majlis Agama Islam negeri lain? Adakah mereka juga bersekongkol dan bersetuju kalimah Allah ini boleh digunakan oleh pihak gereja di dalam penerbitan mereka? Majlis agama mempunyai tanggungjawab statutori menasihati Sultan di dalam hal ehwal agama malah menjaga agama juga diletakkan di bawah tanggungjawab majlis agama. Hanya Islam satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tiada agama lain disebut secara khusus di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan hanya disebut sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara. Ini adalah jaminan perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4), iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Umat Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Malaysia. Makna 'boleh diamalkan dengan aman dan damai' ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama rasmi Persekutuan, iaitu Islam. Inilah kedudukan istimewa Islam.

Kedudukan istimewa Islam ini bolehlah difahami kerana wujud peruntukan lain yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, antaranya:

a) Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam;

b) Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan Persekutuan diberi kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembangunan syiar Islam;

c) Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan kerajaan negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam;

d) Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes dan persoalan mengenai agama Islam dan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah.

Penghakiman Lau itu memberi kesan ketara terhadap orang Islam. Ini bermakna orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka selagi ia diedarkan di kalangan orang bukan Islam. Persoalan yang timbul pula apakah jaminan ia tidak akan diedarkan kepada orang Islam?

Penerbitan itu bukan hanya diedarkan di gereja. Kenapakah pihak gereja begitu terdesak mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tidakkah dengan menggunakan kalimah Allah ini akan menggugat kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan? Malah kewujudan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) juga tidak mempunyai signifikan secara realitinya.

Enakmen yang wujud di beberapa negeri sejak berpuluh-puluh tahun masih tidak dilaksanakan. Malah ada negeri yang meluluskan enakmen ini masih tidak mewartakan dan memberi tarikh pelaksanaannya. Empat negeri pula, iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak belum menggubal undang-undang sama walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika menjadi Perdana Menteri, berjanji dan mengarahkan negeri terbabit menggubal undang-undang berkenaan.

Sememangnya kepentingan agama Islam sering kali dipinggirkan ketika membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak. Kenapa kita terlalu mengabaikan perkara ini? Dalam keadaan yang agak tegang ini, saya meminta kerajaan segera memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim itu, serta memohon menggantung perintah dikeluarkan.

Saya juga menyeru kerajaan melaksanakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam dan bagi negeri yang belum menggubal undang-undang terbabit, hendaklah segera berbuat demikian.

Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri juga perlu membuat ketetapan tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa. Malah Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan juga boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi pentafsiran Perkara 3 itu.

Perkara 13 berkenaan menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal mengenai kesan mana-mana peruntukan perlembagaan ini yang sudah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya mengenai apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

Oleh yang demikian, jika Yang di-Pertuan Agong merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan isu ini, mungkin akan meredakan ketegangan dihadapi umat Islam sekarang. Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang gereja menggunakan kalimah Allah kerana KDN sebagai sebuah badan kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang di-Pertuan Agong ketika menaiki takhta, iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa.

Oleh itu segala tindakan dibuat kerajaan perlu sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam. Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri Paduka Baginda (seperti tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan). Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan itu mencabul ikrar yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

KDN perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia membabitkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah tertinggi dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my

Selamat Maal Hijrah dan Tahun Baru

Ini saya tulis untuk Persatuan VMPGA yang disiarkan dalam website VMPGA.
____



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli VMPGA,


Pepatah Arab mengatakan ‘Masa itu Pedang, jika anda tidak memotong, anda akan dipotong’. Masa berlalu dengan begitu pantas. Sekarang kita sudah meninggalkan tahun 1430Hijrah/ tahun 2009 dan mula melangkah meniti tahun baru. Masa yang berlalu menyaksikan ramai di kalangan kita yang balik menamatkan pengajian dan ada pula yang baru datang menjejak kaki ke Victoria. Ada pula yang sedang berjuang bersungguh-sungguh di pertengahan tahun pengajian.


Kepada semua sahabat-sahabat yang telah berjaya menamatkan pengajian dan kembali ke tanah air, VMPGA mengucapkan TAHNIAH dan semoga kejayaan akan menjadikan saudara semua lebih bersemangat ‘memberi’ kepada anak bangsa di Malaysia serta menjadi pendorong kepada yang tinggal. Kepada yang semua yang sedang berjuang, didoakan semoga Allah SWT akan memudahkan semua urusan pengajian kita dan memberi kita kekuatan meneruskan perjuangan. Manakala kepada yang baru datang diucapkan SELAMAT DATANG dan marilah bersama-sama menyambung silaturahim di Melbourne ini.


Pada tahun 2009 yang lepas, VMPGA telah berjaya mengadakan beberapa aktiviti dengan tujuan menjaga kebajikan, silaturahim dan membina jaringan dan akademik ahli-ahli dan pelajar pasca siswazah bersama. Antara yang telah berjaya diadakan adalah Majlis Perbincangan Akademik / Coffee Table Discussion untuk menjadi medan perjumpaan dan perbincangan ke arah menyemarakkan semangat ‘sharing and caring’ sesama kita dalam menjayakan kajian PhD dan Masters masing-masing. Pada 29 Nov 2009 pula, VMPGA dengan kerjasama perkampungan pelajar telah berjaya menjayakan Hari Keluarga Sempena Sambutan Aidil Adha untuk pelajar pasca siswasah, pasangan dan keluarga seluruh Victoria. Pada akhir bulan Disember pula, VMPGA juga telah menjadi ‘host’ menjayakan khidmat ‘pembaharuan pasport’ oleh pihak Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dari Canberra untuk pelajar-pelajar dan warga emas. Sehari selepasnya VMPGA mengadakan perbincangan dengan Pegawai-pegawai MSDA tentang beberapa perbincangan ke arah menjaga kebajikan kita semua.



Pada tahun 2010 ini, VMPGA mempunyai beberapa perancangan untuk sama-sama direalisasikan untuk kebajikan dan kebaikan semua pelajar pasca siswazah, pasangan dan keluarga masing-masing. Program bersifat Akademik akan diteruskan di samping meningkatkan proses menawarkan khidmat sokongan urusan transit dan homestay untuk pelajar baru. VMPGA juga akan mengeluarkan kad keahlian dan insya Allah dan ahli VMPGA akan mendapat keistimewaan potongan harga di beberapa buah ‘outlet’ sebagai insentif untuk kita semua. Pengumuman baru akan disiarkan secara berkala oleh barisan pimpinan VMPGA selepas ini.



Sempena kehadiran Tahun Baru 1431Hijrah dan 2010, kami, seluruh barisan pimpinan VMPGA sesi 2009/2010 mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU dan semoga tahun baru ini akan membawa kejayaan yang besar dalam semua urusan kehidupan kita semua.

Yang benar

PM Nurhidayah Hashim

Presiden VMPGA 2009/2010

Sila visit http://www.vmpga.org

Friday, January 1, 2010

Anniversary

Selamat Pengantin Baru..

Sebenarnya kan hari anniversary kami berdua diraikan di seluruh dunia...
Ye ker?
Ye ler....
Sebab apa?
Sebabnya anniversary kami adalah pada 1 haribulan 1 setiap tahun... hehe...

Malam 1 Jan, dalam TV tunjuk firework kat Sydney dan membilang jam 9,8, 7, 6, 5 bla bla,....Saya tak berapa minat dah tengok bunga api ni..

Cerita kenangan saya dulu-dulu.. saya memang sangat suka sungguh tengok bunga api, tapi lama-lama dah jadi boring.. Masa Aisyah kecik, kakak saya Kak Za dan Abe Lie saya balik belajar Masters dari UK, dia beli kete merce. Lepas dia pakai 2 tahun, dia nak sambung PhD ke UK pulak so dia nak let go kete Merce dia, kita orang beli kete Merce tu.. (sebelum dijual dan kami pun pakai Nissan Sentra). Salah satu sebab saya suka Merce tu sebab dia boleh bukak bumbung..

Apa kaitan dengan bunga api?
Kaitannya setiap kali ada majlis bunga api kat Shah Alam KL ke kat mana-mana, tahun baru atau hari kebangsaan, malam-malam buta pun pergi nak tengok firework. Aisyah akan duduk berdiri bukak bumbung kereta nak tengok bunga api sambil ketawa riang..
yeaaa yeaaa cantiknye.. cantiknye...cantiknya... cantiknya...


Sekarang saya tak suka sgt dah, rasa tak de apa-apa rasa tengok bunga api ni... rasa membazir jer kerajaan buat bunga api ni.

Jadi back to my anniversary, tahun ini, saya mendapat ucapan secara online dari my husband nun jauh di Malaysia..
kelakar...Tapi allright ler..
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mawaddah dalam setiap langkahan perjalanan rumah tangga kami.. amin...
______________

2010 Contract

After serious & cautious consideration... Your contract of marriage has been renewed for the New Year 2010!hehe..

My Wish for You in 2010

May peace break into your home and may thieves come to steal your debts.

May the pockets of your jeans become a magnet for
$100 bills.

May love stick to your face like Vaseline and may laughter assault your lips!

May happiness slap you across the face and may your tears be that of joy

May the problems you had, forget your home address!

May Allah bless us and 2010 be another good year of our marriage life!!!



Happy New Year

Selamat Maal Hijrah & Happy New Year

Kepada semua yang mengenali saya, Selamat Tahun Baru dan Selamat maal Hijrah.. KIta akan terus berhijrah dan berazam untuk menjadi lebih baik, lebih berjaya, lebih rajin dan lebih soleh dari tahun ke tahun.. amin..


SEMOGA HIDUP KITA JADI LEBIH BERMAKNA
MENCARI DAN MEMBERI ADALAH SATU KEPUASAN HIDUP SEBAGAI INSAN SOLEH..insya allah