Wednesday, December 31, 2008

Palestin Oh Palaestin

Palestin

Sabda rasul saw ..
' Hampir tiba suatu masa d mana bangsa2 dari seluruh
dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan org2 yg
hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka'

sahabat pun bertanya...
'Apakah kami pada ketika itu sedikit?'

rasul saw bersabda...
'Bahkan kamu pada ketika hari itu banyak sekali,
tetapi kamu seumpama buih d waktu banjir , dan
allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari
musuh2 kamu , dan allah akan mencampakkan
ke dlm hati kamu penyakit ' WAHAN'

seorang sahabat bertanya...
'Apakah 'WAHAN' itu wahai rasul saw?'

jawab nabi saw ....
'CINTA dunia dan takut mati....'

( Hadith ini riwayat ABU DAUD )
___________________


Sambut Tahun Baru 2009

Satu artikel yang baik untuk dibaca, semoga dapat manfaat bersama.

__________

Peguam Syarie Menulis:
Biar ada objektif sambut tahun baru, perbaiki kelemahan
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar



2009 pasti menjadi pertaruhan sekiranya tiada usaha bersungguh-sungguh merubah keadaan MINGGU ini adalah minggu yang penuh bermakna. Tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertukar pada minggu ini.

Dua hari lalu umat Islam meraikan tahun baru Hijrah ke-1430. Perayaan ini lebih dikenali sebagai Maal Hijrah yang membawa maksud bergerak bersama hijrah. Esok pula tahun Masihi yang baru akan muncul.

Tahun 2009 Masihi seperti biasa akan disambut oleh segenap lapisan masyarakat. Pelbagai program dibuat bagi menyambut tahun baru ini. Bukanlah tujuan penulis ingin menyanggah program sambutan tahun baru, tetapi sambutan itu biarlah berpada-pada dan mempunyai maksud yang jitu. Sambutan Maal Hijrah dan tahun baru sepatutnya dibuat dengan objektif memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada tahun ini dan tidak mengulanginya pada masa akan datang.


Kemunculan tahun baru ini seharusnya menjentik minda kita memikirkan apakah yang berlaku sepanjang tahun dan bagaimana pula kita akan menghadapi tahun baru nanti. Segala suka dan duka yang berlaku hendaklah dijadikan teladan dan sempadan kepada kita. Tiada gunanya tahun berlalu tanpa sebarang manfaat yang kita peroleh.

Tiada manfaatnya tahun berlalu tanpa kita memperbaikinya untuk masa akan datang. Apa yang berlaku sudah tercatat sebagai sejarah. Tiada siapa dapat mengubahnya. Sejarah itu pasti berulang. Itulah lumrah alam. Oleh yang demikian, kita tidak dapat lari daripada memikirkan apa yang berlaku kepada kita.

Jika kita menyorot apa yang berlaku sepanjang tahun, tentu banyak perkara yang akan merungkai minda kita. Bersama-samalah kita meneliti kembali apa yang berlaku dan mencari jalan bagaimana mengatasinya. Umpamanya alam bersuara kerana kerakusan manusia melakukan pembangunan yang langsung tidak mengambil kira panduan yang diberikan agama.

Walaupun al-Quran menegaskan gunung ganang itu adalah pasak bumi, ketamakan manusia mengatasi panduan ini kerana mereka memusnahkan pasak yang akan mengelakkan tanah runtuh dan malapetaka. Itulah sebabnya Allah memberi amaran kepada kita dengan mendatangkan musibah.

Namun, ternyata Allah masih sayangkan kita kerana musibah yang melanda masih kecil berbanding musibah yang terpaksa ditempuhi orang lain di tempat lain. Ramai juga yang menanam keazaman tatkala muncul tahun baru. Namun, azam itu kebanyakannya hanya tinggal azam tanpa mendatangkan hasil. Inilah yang menjadi masalahnya kerana tiada kesungguhan di dalam merealisasikan keazaman masing-masing.

Penulis mengharapkan tahun mendatang ini akan menjadi lebih baik khususnya berkaitan perkembangan agama Islam di tanah air. Walaupun bibit penambahbaikan itu mula dirasai, ia bukannya suatu jaminan agar umat Islam berasa selesa dan menghentikan perjuangan.

Walaupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disemai, masih banyak perkara yang perlu diperkukuhkan antara NGO Islam. Walaupun keputusan beberapa kes di mahkamah berpihak kepada Islam, peguam Islam perlu menghadapi lebih banyak kes yang mencabar kedaulatan Islam pada tahun depan.

Melihat kepada cabaran akan dihadapi nanti, sebenarnya sudah tiada masa untuk umat Islam berseronok dan terkinja-kinja menyambut tahun baru. Tahun baru mesti disambut dengan penuh keazaman dan komitmen agar Islam diletakkan di tempatnya. Bukan caranya menyambut tahun baru dengan pesta liar yang langsung tidak menggambarkan adat ketimuran budaya bangsa dan agama.

Bagi anak yang mula melangkah ke alam persekolahan tentulah 2009 menjanjikan kelainan kepada pelajar. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Begitu juga bagi pelajar lain yang bercuti lebih sebulan akan memasuki semula sekolah masing-masing. Sudah pasti ketika cuti sekolah pelbagai aktiviti dilakukan bagi memanfaatkan cuti sekolah mereka.

Rutin harian persekolahan akan kembali mewarnai hari persekolahan. Penulis juga mengharapkan perpecahan di kalangan umat Islam akan dapat diperbaiki. Perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam pula akan dapat ditingkatkan di samping saling menghormati antara satu sama lain sejajar prinsip Rukun Negara dan Keluhuran Perlembagaan dan kedudukan istimewa Islam di negara kita.

Apa yang penting ialah kita menelusuri sejarah dan berpegang dengannya. Jangan sesekali mengherdik orang lain seperti kita sendiri tidak mahu diri kita diherdik. Jangan memperlekehkan orang lain seperti kita tidak mahu diri kita diperlekehkan. Perubahan minda sebegini amat penting bagi mengharungi 1430H/2009M ini. Tanpanya sudah pasti kita akan berada di takuk lama dan tidak akan menjadi contoh teladan kepada orang lain. Anjakan minda sebegini akan menjadi pemangkin kepada kita menggapai kecemerlangan pada 2009.

Perjuangan tidak akan berhenti. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Perjuangan masih belum selesai. Oleh itu, setiap umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing bagi menegakkan syiar Islam. Setiap orang penting dan perlu menggalas tanggungjawab masing-masing. Besar atau kecil, Allah yang menentukannya.

Walaupun 2008 menyaksikan pelbagai cabaran dan dugaan yang menguji kesabaran dan perpaduan masyarakat, 2009 pasti akan menjadi pertaruhan sekiranya tiada usaha mantap memperbetulkan keadaan yang berlaku. Untuk itu pihak kerajaan, -badan bukan kerajaan, institusi dan individu perlu sedar hakikat sebenar dan tidak mementingkan diri sendiri saja.

Moga tahun baru ini memberi harapan ke arah memartabatkan agama Islam di samping memelihara perpaduan rakyat pelbagai bangsa. Bagi pihak Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), penulis mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru kepada semua ahli PGSM, pembaca ruangan Peguam Syarie Menulis dan Hak Muslim serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Bagi yang bukan Islam PGSM mengucapkan selamat tahun baru. Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengukir sebuah penghargaan kepada pengurusan Berita Harian termasuk pengarang dan wartawan yang menjadi sahabat kepada PGSM dan memperuntukkan ruangan kepada PGSM. Moga pertautan erat sebegini akan dapat diperkukuhkan tahun depan dan seterusnya. Semoga keimanan kita makin bertambah.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Tuesday, December 30, 2008

Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H.

Kami sekeluarga berada di rumah sambil menyelesaikan beberapa perkara pagi 1 Muharram. Mengikut peristiwa serangan dan perang di Palestin dari News Ten di Melbourne TV. Sambil membaca tulisan demi tulisan response mengenai Palestin. Saya ke web Dr Asri Zainal Abidin, (Mantan Mufti Perlis), membaca komentar Us Zaharuddin UZAR, membaca komentar Saiful Islami dalam web mereka masing-masing dan macam-macam web lain yang saya surf.

Seluruh dunia mengutuk Israel tetapi mereka tetap dengan tindakan rakus yang jahat. Saya menonton TV Ten berita temuramah dengan Menteri Luar Israel yang menyebut, 'We have to make sure the safety of our people...' Menjadikan safety of their people as the justification to kill Palestenians.. Ya Allah, selamatkanlah kami dan hancurkanlah mereka..

Saya cuba beberapa kali untuk transfer duit ke dalam akaun Maybank Aman Palestin dan juga JIM untuk Palestin tapi tidak berjaya.. malam tadi saya benar-benar rasa kecewa kerana usaha saya gagal. Tindakan terakhir adalah saya akan transfer dari Australia ke dalam akaun adik saya dan mintak dia di sana uruskan. Saya akan usahakan secepat yang terdaya.

Doa saya, 'Wahai Allah, saya tidak ada kemampuan lain, selain berdoa dan memberi sedikit derma yang saya mampu... Semoga Allah menilai bahawa saya juga turut berusaha... amin..'

_________________

Menyambut Maal Hijrah

Pak Tam mengadakan majlis Maal Hijrah di rumahnya di Thomastown dan kami semua dijemput beramai-ramai. Ada bacaan yasin, baca doa akhir tahun, ada makan-makan, ada doa awal tahun, ada tazkirah dan ada solat maghrib berjemaah.

Pak Tam adalah Dr Kamal dari UPM, sedang membuat Profesional Doctorate. Beliau tinggal dengan isterinya Ros dan anak-anak di Thomastown. Saya dan Abah tumpang kereta Syed dan Aisyah naik kereta Untie Ina.

Cerita pasal kereta, kami belum beli kereta lagi. Buat masa ni tak jadi beli sebab Insya Allah akan pakai kereta Niza, lecturer UPM yang akan balik collect data selama setahun. Dia akan balik 10 Jan dan akan datang sini Jan 2010. Jadi di samping pakai, kami macam kira tolong jaga keretanya jugak lah. Saya cuma bayar road tax sahaja di samping mengawal selia mana-mana patut. Bila dia datang sini nanti tahun akan datang, barulah saya akan beli kereta betul-betul. insya Allah. Terima kasih pada Niza atas kepercayaan yang diberi. Jadi buat masa sekarang, saya masih menumpang Ina lagi kalau nak ke mana-mana.

Di tempat kami ada tiga orang Ustaz sebenarnya, agak jauh jugak dari rumah yang kami duduk. mereka adalah Ustaz Razak dari UKM, Ustaz Nushi dari UIA dan Ustaz Khairul dari USIM. Ustaz Razak dan Ustaz Nushi adalah calon PhD di Uni Melbourne dan Us Khairul adalah calon PhD di UM, berada di sini mengikut isterinya membuat PhD di uni Melb juga. Malam tersebut, Ustaz Khairul yang mengetuai bacaan yasin, doa dan menyampaikan tazkirah. Ramai yang datang, hampir 60 orang dan penuhlah rumah Pak Tam di setiap penjuru rumahnya.

Rumah pak Tam sangat cantik, di halaman rumahnya ada pokok-pokok pelam dan apricot. Halaman belakang rumahnya juga luas, hampir 20 kaki ke belakang dan ada 3 pokok besar apricot, lemon dan macam2 lagi. Sewanya pun murah berbanding dengan rumah2 lain, sekitar $250 seminggu atau $1000 sahaja. Cantiklah pada pandangan mata saya.

Kami balik dalam jam 9.20 malam. Lepas solat Isyak jam 10.50 malam, saya terus tidur keletihan.

Bercerita mengenai masa solat, kat sini waktu solatnya jauh berbeza dengan Mesia, saya masih lagi tidak begitu berjaya menguruskan dengan baik.. Isyak masuk jam 10.38 malam, subuh pula jam 3.20 pagi. Matahari pulak naik jam 5.50 pagi dan jam 6 pagi sudah cerah selalunya.

Di Mesia saya selalu tidur jam 1-2 pagi, dan bangun jam 6 pagi untuk Subuh. Abah akan ke masjid jam 6.05 untuk berjemaah dan balik ke rumah lepas wirid sekitar jam 6.45 pagi. Bebrbeza sungguh dengan waktu di sini.

Ada dua kali saya tersedar jam dah pukul 5.50 dan hari sudah cerah, Subuh dah habis.. Sedih sungguh saya rasakan. Saya tak sedar langsung... Jadi tindakan yang saya buat sekarang adalah; Jika tidur mesti tidur awal, jam 11 lepas solat isyak terus tidur dan bangun jam 4 pagi untuk solat, dan buat kerja. Kalau ter-carried away atau terghalik sangat buat kerja sampai jam 1.30 pagi, baik jangan tidur, terus buat kerja sampai jam 3.30 pagi, lepas solat Subuh baru tidur.. Itulah yang saya buat sekarang..

Oppss.. apa azam tahun baru saya yer..??

Saya telah mendaftar diri dalam PTS Mentor Penulsi En Fauzul Naem dan telah menerima email darinya yang menyuntik semangat supaya kita menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Saya rasa sangat teruja membaca emailnya. Jadi azam saya kali ini adalah saya ingin bersungguh-sungguh belajar untuk PhD saya, dan pada masa yang sama saya berhasrat untuk menulis sekurang-kurangnya satu buku sepanjang saya belajar. Buku biasa seperti pengalaman berada di Australia ker, pengalaman buat PhD ker.. Saya tengah berfikir sebenarnya ni...
Jika dizinkan Allahh dua buah buku.. Who knows.. I will try my very very best..
Insya Allah and Amin...

_______________

Monday, December 29, 2008

Palestin Oh Palestin

Bumi Palestin berdarah lagi..

Kesiannya Palestin..
Sedihnya..
Palestin berdarah lagi..
Bermula tahun baru Hijrah 1430
Palestin basah lagi dengan darah..
Apakah nasib Palestin..

Wahai Allah tolonglah Palestin
Tolonglah Islam di palestin
Tolonglah umat Islam di Palestin
Tolonglah seluruh umat Islam di seluruh dunia..

Tolonglah kami supaya dapat bersatu..
Membela Palestin


_______________

Membaca news mengenai Palestin diserang habis-habisan, kenyataan Ismail Haniyyeh dan laporan yang menceritakan apa telah terjadi di Palestin, hati saya menangis dan sangat sedih.. Sudah tentu hati semua yang perihatin akan bersedih..

Sedih mengenangkan nasib Islam dan umatnya..
Sedih melihat betapa lemahnya kita
Ramai tapi suka berpecah belah
Ramai tapi lemah
Ramai tapi sikit


Sedihnya kita
Apakah usaha kita
Dengan tangan?
Dengan lidah?
Dengan hati???

Wahai Allah, kami hanya mampu berdoa..
doa untuk saudara kami di Palestin..
Selamatkanlah mereka di dunia dan di akhirat.. amin...

Bagi yang prihatin, berdermalah untuk Palestin melalui NGO-NGO antaranya AMAN Palestin http://www.amanpalestin.org

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah 1430H

Nak Masuk tahun Baru Islam...

Alangkah cepatnya masa berlalu.. pejam celik pejam celik... rupanya kita semakin tua, hari berlalu pergi, masa meninggalkan kita dan semuanya berlepas tanpa boleh di U-turn lagi..

Hari ini 28 Disember 2008 adalah hari akhir untuk tahun Hijrah 1429H. Hari ini adalah 29 Zulhijjah 1429H, esok kita akan menjejakkan kaki ke athun baru Islam iaitu 1 Muharram 1430Hijrah.

Jika dibandingkan dengan tahun lepas, kita menyambut 1 Muharram pada 10 Januari, bermakna tahun ini kita laju beberapa hari berbanding tahun sebelumnya, dan begitulah pergerakannya setiap tahun.

Semoga hari esok menjanjikan cahaya yang berkilauan dan bercahaya untuk kita semua, untuk seluruh keluargaku dan orang yang aku sayang dan juga untuk seluruh umat Islam semua. Untuk umat islam di palestin dan di seluruh dunia ini. Semoga Islam akan terus berkembang mekar hari demi hari meniti saat-saat di penghujung zaman ini.

Ada yang bergaduh sama ada wajar atau tidak kita baca doa akhir dan awal tahun? Katanya biad'ah, tidak diamalkan Rasulullah, tak ada apa-apa maslahah atau kebaikan... wahabi, salafi dan lain-lain...
Saya selalu rasa hairan dengan perangai sesetengah orang Islam, katanya atas dasar mempertahankan kesucian agama dan menyelamatkan diri dari bid'ah...

Pendapat saya adalah:
Kenapa perlu bergaduh? Perkara ini bukannya perkara qatie.. Bacalah doa, apa-apa doa sahaja pun boleh. Dengan harapan agar Allah akan memberi kita petunjuk, semoga selalu mengingati berakhirnya tahun demi tahun, ia mengingatkan kita bahawa kita akan meningkat umur ke tahun yang baru, kita semakin tua! Kita mohon dan berharap agar kita akan dapat memulakan dan meneruskan sepanjang tahun mendatang dengan baik dan dengan penuh kejayaan..

Doaku,'Wahai Allah, apa sahaja yang kami lakukan sepanjang tahun ini semoga ianya baik dalam pandangan-Mu. Apa sahaja yang baik dan berguna, kurniakanlah kami keredhaan dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah kami keberkatan atas segala apa yang kami lalui. Berkatilah rumah tangga kami, luaskanlah rezeki kami. Permudahkanlah semua urusan kami, sama ada urusan dunia dan akhirat..Wahai Allah, apa sahaja yang jahat dan buruk yang kami lakukan sepanjang tahun ini, ampunilah kami, maafkanlah kesilapan dan kelemahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami menguruskan hidup kami sendirian tanpa pimpinan-Mu. Bantulah kami di sepanjang laluan hidup kami. Bahagiakanlah kami di dunia dan bahagiakanlah kami di akhirat. Semoga tahun baru yang akan datang akan membawa sinar bahagia dan kekuatan untuk kami supaya lebih tabah berjuang dan redha menerima ujian yang ada... Wahai Allah, pimpinlah kami untuk terus teguh berada di atas landasan-Mu...amin..''

Saturday, December 27, 2008

Ketam, Aura dan Doa

Kisah Ketam dan Aura


Pernah dengar tak kisah ketam? Ada dua kumpulan ketam, satu kumpulan ketam Merah, satu lagi ketam Kuning. Ketam-ketam ni semua duduk dalam dua basket yang berasingan. Ada 2 basket semuanya.

Dalam kumpulan ketam Merah, ada ler sekor yang kata, 'Kita kena tuju ke depan. Kita kena pakat-pakat keluar dari basket ni.. Tapi camna yer...'

Pikir punya pikir, akhirnya ketam yang bijak tu kata, 'Ooo saya ada satu jalan.. Kita pakat-pakat pegang tangan, jangan lepas tau. A, B, C, D awak semua pegang tangan kuat-kuat. Lepas tu E, F,G,H.. awak panjat atas depa tu.. Lepas tu pegang tangan kuat-kuat tau. Lepas tu I,J,K,L awak pulak buat macam tu, naik atas depa-depa tu, pastu pegang tangan kuat-kuat yer... Lepas tu saya akan panjat atas setiap orang sampai saya sampai atas sekali, dan saya akan lompat dari basket ni. Lepas saya keluar, saya akan cari jalan macamna nak bawak semua keluar dari sini..'


Lepas tu semua ikut. Tapi lepas tu, masing-masing kata... 'Apasal awak yang naik, awak pun patut duduk sama kita orang.. 'Jadi berbalah ler semua ketam-ketam itu, last sekali ketam yang bijak cuba selesaikan, dia naik panjat atas sekor demi sekor.. tapi sebab masing-masing dah buat keputusan, jadi semua orang pakat tarik ke bawah ketam yang bijak tu...


Maka jadiler cerita bahawa tak de satupun yang dapat keluar, masing-masing dok tarik menarik, maka berakhirlah semua kumpulan ketam2 tu..


Ketam yang kumpulan Kuning ni guna pendekatan sama, tak de pulak rasa nak marah sebab sekor naik dulu, bahkan masing2 tolak ke atas lagi supaya satu-satu dapat panjat dan keluar dari basket tu....
___________

Itu ler cite ketam....
Mesti pernah dengarkan..?

Sebenarnya semalam saya sedang baca buku catatan tentang dua ilmu yang saya belajar... Saya buka buku catatan kelas Darus Syifa' dan saya juga baca buku catatan kelas Aura yang saya attend.

Menggunakan kiasan kes ketam ini... saya nak kongsikan sedikit perkara, semoga ada beberapa pengajaran yang boleh kita dapat...

1- Dalam satu-satu keadaan yang ada ramai insan-insan, mesti ada seorang atau lebih yang Allah berikan kelebihan dan mempunyai jiwa ketua, mampu berfikir dan mampu merancang.. Berfikir ke depan dan melihat lebih jauh berbanding dengan yang lain. Tapi tak boleh ke mana kelebihan tersebut jika tiada sokongan dari mereka yang berada di sekitarnya.


2- Kita mungkin berada dalam keadaan sebagai orang bijak tadi dan mungkin juga tidak.

Di mana pun kita, kita perlu berfikir bukan untuk diri sendiri, mesti fikirkan untuk maslahah masyarakat lebih utama dari maslahat diri sendiri.

3- Jika kita di atas, kita perlu sokongan yang lain, tapi kadang-kadang kita didengki, dikeji, orang hasad dengan kita, kita disangka buruk dan mungkin ke tahap ingin 'dibunuh' supaya jangan terus ke depan. Ketahuilah juga, ia adalah asam garam kehidupan..

4-Jika kita di bawah, jangan dengki, jangan mencari jalan merosakkan orang lain. Apabila kita tidak berjaya membantu, lebih baik kita berdiam diri.

Justeru, dalam alam ini, kita mungkin berjumpa pelbagai jenis manusia. Ada yang baik, sering menyokong kita, membantu bila kita perlu dan memberi pertolongan tanpa minta balaasan.

Ada juga yang dengki, selalu melihat kita dengan pandangan marah, sangat benci dengan kita, selalu mencari kelemahan kita, suka memburuk-burukkan kita, selalu menghina kita dalam ayat-ayat yang digunanya, berusaha memalukan kita di hadapan ramai dan dan sangat gembira melihat kita kecundang...


Dari sudut ilmu Aura, orang sebegini sebenarnya merosakkan dirinya sendiri. Aura badannya akan jatuh, menjadi hitam dan penuh dengan aura negatif. Dari sudut perubatan Islam, kebenciannya dan pandangan matanya yang penuh kedengkian, boleh merosakkan kita, ia dipanggil ain.

Mari kita cek diri kita, jika kita mempunyai sifat dan akhlak buruk sedemikian, kikislah dari diri. Ia merosakkan kita, menjatuhkan aura badan kita, menyusahkan hidup kita di dunia dan di akhirat. Rasulullah saw menyebut, 'hasad itu seumpama api membakar kayu api'.. Hilang pahala kita, yang tinggal jadi abu.. Buang dan berdoa pada Allah supaya membantu kita membersihkan jiwa dari hasad kepada orang lain.

Jika kita adalah mangsa yang didengki, bersabarlah...

Dalam ilmu aura, ada dua cara perlu kita buat.
Satu- berusaha meninggikan aura diri kita supaya penuh dengan aura positif sehingga mampu memindahkan aura positif yang kita ada pindah ke dirinya, supaya aura positif yang dipindahkan akan menolak aura negatifnya hilang sedikit demi sedikit.
Kedua- jika aura kita juga lemah, tidak cukup kuat untuk melawannya, maka baiklah kita jauhkan diri dari dia.

Dari sudut perubatan Islam, mengelakkan diri dari bahaya orang yang hasad adalah satu tugasan kita. Itulah salah satu bacaan dalam Asas 10 yang Ustaz Harun ajarkan. Ustaz Harun pesan dalam kuliahnya, 'Saudara jangan tinggal baca Asas 10, sebagai pendinding untuk Saudara...Baca setiap hari...' Itulah pesan beliau dalam kuliah terakhir di darus Syifa' sebelum saya berangkat ke Melbourne...

Marilah kita selalu membaca doa ini..

Doa ke 8 dalam Asas 10..

'Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelekaan, juga daripada setiap syaitan dan pandangan mata (ain) yang tercela. Aku berlindung dengan Allah yang Esa lagi Mulia daripada setiap musuh dan orang yang hasad. Juga dari pada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah terhadap hambaNya dengan firmanNya, "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian.'

Friday, December 26, 2008

Tugasan Tertunggak Hampir Selesai

Tugasan Tertunggak dari UiTM
(Unfinished Business)


I came here on 28th Nov 2008 with few works from UiTM which were not settled yet. For the past few nights I slept very late to settle them as soon as possible..

I planned to settle them right after I arrived here. But it could not be materialised.

For the first 7 days, I was in Malaysian Hall... It was quite difficult for me actually to cope with the new weather and new temperature. For me, it was too cold when the degree was 13-15 Celcius. At the same time, we were very busy, runing here and there to buy basic things to live here such as soap, shampoo, rice, vegetable, halal meat etc because we did not bring them from Malaysia. I also need to enroll myself at the university on 1 Dec 2008, so need to concentrate on my proposal, and prepare myself as well on how to face my Supervisor..



For the second week, I was too busy doing the inspection for the house, tried to settle the registration for health insurance here, registration for schooling, tried to understand the location and the map of the University and my place of living. Running here and there to find things for the new house such as the quilt, electrict blanket, normal blanket, cooking materials, study utensils etc etc...Plus all the visits to the city..

After the third week then, I can say that I have settled down. And after the period, I can only start doing my job properly. Thanks to Allah for the strength he has bestowed upon me.. Alhamdulillah


Back to my jobs..

First- I owed Ketua Jabatan DLSA four OBE files for the paper that I thought ie Islamic Family Law. I should submit that earlier but due to so many things that need to be settled I failed to prepare them on time. OBE is 'Outcome Based Education' , something like ISO but it's more detail.. more 'renyeh' and more boring to complete that. Need to complete the course information, lesson plan in detail.. very-very detail...The marks and credit given.... erghhh...
But Alhamdulillah.. thanks to Allah..
It is settled now.
I will email her tonight.

So just imagine that I also need to carry few materials regarding the work in my bag hari tu.. my bag berat dgn buku2 saja..


Second-I also owed UPENA (Pusat Penerbitan UiTM) a book (manuscript) that they asked me to be the proof-reader (editor) which would be published by the UPENA, UiTM soon. The book is quite thick.. Alhamdulillah, I have almost finished reading the manuskript . Based on the letter from UPENA, I should submit the book with my remarks as the editor before I left, but I was not able to submit on time. Alhamdulillah there's only less than 10 more pages to go. I have promised myself that I will submit the manuscript with the report to UPENA before end of Dec 2008. Insya Allah...


Third, i have to finish a research with IRDC, UiTM before 31 Dec this year. Need to work for it next week and email to Eva before the due date.

So need to do siket jer lagi.. after that.... I would feel like.... yeaaaaaa... selesai!

Thursday, December 25, 2008

Prenuptial Agreement

Prenuptial Agreement....

Hemm.. apa tu yer? Masa saya ajar pelajar Diploma Lanjutan Guaman Syarie (DLSA) sebelum ini ada seorang pelajar yang berhujjah bahawa prenuptial agreement ni sepatutnya diterima dalam Islam sebab ia bertujuan menyelamatkan kaum wanita dari ditindas oleh lelaki-lelaki buaya yang jahat... (Pelajar DLSA ni maknanya mereka dah habis belajar Degree Undang-undang atau LL.B atau BLS dll yang sewaktu dengannya, patu plan nak ambik Diploma Guaman yang membolehkan mereka menjadi Peguam Syarie yang beramal dan bertauliah nanti.)

Eemmmm... lelaki buaya yang jahat?? Ada ker tu? Pastu kalo ada, kenapa nak juga pada lelaki buaya yang jahat ni?

Saya kata tak boleh, mana boleh dalam Islam buat perjanjian awal sebelum kahwin. Dia tak puas hati dan bagi opinion yang lain to support pandangan dia... Saya suka student cam tu..Itu satu ciri lawyer yang bagus. suka berhujah...

Salah satu hujahnya adalah jawapan Sister in Islam dalam Utusan Malaysia (tarikh dah lupa) yang mengatakan prenuptial agreement ni boleh dan wajar dilaksanakan, bahkan mereka meletakkan contoh prenuptial agreement dalam Utusan masa tu..

Tak kena jawapan mereka sebenarnya, sepatutnya draf ler perjanjian tersebut sebelum nikah, tapi lepas akad nikah, sign ler perjanjian tu.. baru ler betul.

Jadi, jika nak tahu lebih lanjut mengenai isu ini sebagai pengetahuan umum untuk kita, bacalah artikel di bawah ini. Satu artikel yang bagus tulisan Presiden PGSM disiarkan dalam berita Harian. Mana ler tahu, lepas ni ada orang tanya kita apa hukumnya buat prenuptial ni? Kita dah tahu jawapannya...
___________________________

Peguam Syarie Menulis: Islam tidak iktiraf perjanjian praperkahwinan
(Disiarkan dalam Berita Harian 24 Disember 2008)


Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

AKHBAR tempatan berbahasa Inggeris memetik berita dari Associated Press (AP) Sabtu lalu mengenai penghakiman mahkamah tertinggi wilayah di Britain yang memutuskan perjanjian antara pihak sebelum perkahwinan bertentangan dengan polisi awam. Mahkamah itu juga memutuskan perjanjian yang dimeterai sebelum perkahwinan tidak boleh dilaksanakan dan tidak mengikat.

Keputusan Majlis Privy dalam kes Roderick dan Marcia Macleod itu bagaimanapun mendapat cemuhan peguam dan pengamal undang-undang di Britain.

Sejak kebelakangan ini menjadi amalan ramai membuat perjanjian sebelum perkahwinan. Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Russia dan Jerman mempunyai undang-undang mengiktiraf perjanjian sebelum perkahwinan yang lebih dikenali sebagai prenuptial agreement.

Penulis tidak berhasrat mengupas keputusan kes Majlis Privy, namun lebih berminat membuat perbandingan dengan kedudukan perjanjian seperti itu dalam Islam. Di Malaysia juga ramai pasangan yang mula membuat perjanjian sebelum pernikahan.

Sebagai peguam syarie, penulis sering disoal pasangan yang ingin berkahwin berhubung perkara itu. Ada juga perjanjian praperkahwinan yang disediakan bukan peguam syarie yang ingin dilaksanakan di Mahkamah Syariah.

Keputusan Majlis Privy itu agak sesuai dengan amalan rakyat Malaysia khususnya orang Islam. Perjanjian seperti itu bukan asing bagi pasangan Islam di Malaysia. Ada juga badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang mencanangkan undang-undang Islam mengiktiraf perjanjian praperkahwinan itu.

Penulis ingin menjelaskan kedudukan perkara itu di sisi undang-undang Islam dan apa sebenarnya yang boleh dilakukan pasangan Islam bagi mendapat penyelesaian yang diharapkan. Perjanjian praperkahwinan sebenarnya bertujuan menyelesaikan permasalahan mengenai hubungan suami isteri, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh suami atau isteri, perancangan keluarga, kedudukan harta ketika dan selepas perkahwinan serta beberapa perkara lain yang dipersetujui bersama sebelum pernikahan.

Sebenarnya semua perkara sudah digariskan undang-undang Islam dengan jelas, ini bermakna perjanjian berkenaan hanya bersifat mengetepikan hak berkaitan sesuatu perkara oleh orang itu sendiri. Undang-undang Islam tidak melarang seseorang mengetepikan haknya selagi tidak menimbulkan kemudaratan kepada dirinya atau orang lain.

Namun, persoalan yang timbul dalam perjanjian praperkahwinan ialah sama ada individu itu memiliki hak yang hendak diketepikan. Persoalan itu mesti dijawab dalam bentuk negatif disebabkan kedua-dua pihak masih belum berkahwin ketika perjanjian dimeterai. Oleh kerana setiap pihak belum memiliki hak itu, pihak yang tidak berkeupayaan mengikut hukum syarak mengetepikan hak itu.

Oleh itu, Islam tidak mengiktiraf perjanjian praperkahwinan melainkan jika perjanjian itu dipersetujui selepas pernikahan. Jika perjanjian itu dimasuki selepas pernikahan disahkan, maka keadaannya berbeza.

Contoh paling mudah ialah lafaz taklik yang dilafazkan suami selepas pernikahan adalah sah dan mengikat kerana suami sudah mempunyai hak sebagai seorang suami selepas akad nikah tersebut sah. Sedangkan bakal suami tidak mempunyai keupayaan untuk menggugurkan haknya sebelum perkahwinan.

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah dalam Islam, perkahwinan bukan hanya kontrak yang mempertautkan dua hati. Ia adalah ikatan suci berasaskan agama. Itulah sebabnya seseorang yang berkahwin sering dikatakan sudah membina masjid.

Masjid adalah simbol ibadah bagi orang Islam. Dalam hal ini, tidak wajar sebelum mendirikan masjid pasangan membincangkan bagaimana pula hendak meruntuhkan masjid yang dibina itu. Apatah lagi perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Berbalik kepada penghakiman Majlis Privy, penulis mendapati keputusan mahkamah di Britain mula mendekati falsafah perundangan Islam walaupun tidak menamakannya.

Kes dilaporkan bukan pertama yang selari dengan undang-undang Islam. Beberapa kes diputuskan sebelum ini juga selari dengan kehendak undang-undang Islam. Namun, segelintir NGO dan orang Islam tidak menyedarinya dan masih mengagungkan undang-undang Barat.

Natijahnya, orang Barat akan menjadi Timur dan orang Timur akan terus kebaratan. Kita sering melihat kepada orang lain apabila ingin menyelesaikan sesuatu perkara tanpa menginsafi bahawa penyelesaian sebenarnya ada dalam diri kita.

Penulis masih ingin berbicara dengan beberapa NGO yang mendesak undang-undang Islam mengiktiraf perjanjian praperkahwinan. Contoh yang sering dipetik ialah negara Barat tidak mempunyai masalah melaksanakannya.

Kes yang dilapor di atas jelas menafikan dakwaan NGO itu. Biasanya syarat sering dimasukkan sebagai terma dan waad perjanjian praperkahwinan ialah larangan kepada suami berkahwin lain, bilangan anak dan juga pembahagian harta.

Bukan hasrat penulis ingin mencampuri urusan suami isteri tetapi terma dan waad sebegitu boleh dimasuki selepas pernikahan. Rujuk kepada peguam syarie bagi mendapatkan nasihat sebenar dan mendapat gambaran betul berkaitan perkara di atas.


Jangan biarkan emosi dan kedangkalan ilmu mengawal diri. Sudah tentu keadaan menjadi kelam kabut apabila kita merujuk perjanjian yang tidak sah di Mahkamah Syariah kelak. Pada masa itu sudah agak terlewat dan mahkamah tidak bersimpati atas kegagalan kita.

Pihak yang sudah memasuki perjanjian praperkahwinan dinasihatkan memeterai semula perjanjian yang baru selepas pernikahan. Tidak ada gunanya kita menyesal kemudian hari. Keputusan Majlis Privy di Britain itu jelas mengaplikasi undang-undang Islam. Ia adalah manifestasi bahawa undang-undang Islam sesuai sepanjang zaman dan di serata tempat. Walaupun tidak menamakan Islam, sudah memadai falsafah dan undang-undang Islam itu diterapkan dalam penghakiman mahkamah.

Mahkamah sivil di Malaysia juga harus mencontohi Majlis Privy dalam penghakiman. Dengan cara itu undang-undang lazim (common law) Malaysia dapat digarap tanpa lagi bergantung kepada undang-undang Inggeris. Sudah tentu undang-undang lazim Malaysia bercirikan jati diri negara yang berasaskan kepada undang-undang Islam dan adat Melayu.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Wednesday, December 24, 2008

Dinner at Alamaro Rest

Alamaro Rest at Coburg

Sedap..
Tapi kureng garam pada saya..
Lidah orang sini saya rasa sure terangkatler masakan chefnye...
Besarnya pinggan dia...
Besarnya gelas dia...
Banyaknya makanan dia...
Satu pinggan takleh nak habis sorang makan ni...
Spaghettynya banyak sangat..
Besarnya steak dia...
Sedapnya mushroom dia....
Kesimpulannya memang sedap....

Itulah remarks untuk makanan kat Alamaro!

Malam tadi, (sebenarnya tak malam lagipun..), jam 7.30 malam hari Khamis kami sekeluarga telah menjamu selera di Rest Alamaro. Dengan penuh rasa besar hati kami men-treat Ina sekeluarga.

Sebelumnya saya dan suami dah banyak kali berbincang bahawa kami nak treat mereka satu family tapi tak tahu kat mana yang special. Sebenarnya kami sekeluarga ingin memberi token of appreciation atas bantuan mereka yang sangat banyak semenjak kami sampai ke sini.

Apabila saya recall semula semua perjalanan saya sekeluarga ke sini sehingga ke hari ini, sebenarnya kami sangat bertuah kerana Allah telah memudahkan laluan kami, bermula dari sebelum datang, saya asyik beremail -email bertanyakan pendapatnya, kemudian bertolak ke Melbourne, sampai ke Mesian Hall, dapat rumah, urusan mendaftar diri di Universiti, urusan membeli belah barang-barang rumah masa mula-mula masuk, urusan membeli belah brg2 dapur setiap minggu dan macam-macam lagi...

Bagi kami yang baru, yang tak biasa dengan jalan raya dan sistem di sini, apatah lagi dengan tak ada kereta sangat rumit sebenarnya... Tetapi hampir semuanya selesai dengan lancar dengan bantuan Ina sekeluarga. Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada mereka sekeluarga..


Belanja makan ini tidak bertujuan membalas jasa mereka, hanya sekadar token of appreciation.. Apatah lagi sebenarnya makan ramai-ramai ini lagi seronok... tengok perangai dan gelagat anak-anak... the many the merrier..

Bagi mereka yang suka makan resepi Itali seperti steak, spaghetty, lasagna, milkshake dll-- ini memang tempatnya. Dengan resepi yang sangat banyak dan sangat bermacam-macam sehingga kita pun tak tahu nak order apa.. Silalah datang sini...Anda pasti sukakannya..

Library Is Closed For Christmas

Christmas is here..

Our library is closed starting today until 5 Jan 2009.. So whatever we want to settle need to be done before 23 Dec. For instance if we need to pay anything or need to borrow something or whatever dealings that involved University, we have to settle them earlier. For me, this is really a very long holiday-nearly 15 days.. owshh..

Yesterday, Tuesday 23 Dec, I went to the library and borrowed 23 books...I had to carry that 23 books out from the library.. Eikkk ..it was a very heavy bag fulled with books..

Among the titles were The Child Support Act, Children's Right, Speak for Your Child, Who Pay the Child After Divorce, Art of Arbitaration in Divorce Cases and many more. I also borrowed books written by Hashim Kamali entitled Syariah Law: an Introduction, Principles of Islamic Jurisprudence and a book written by a Uni lecturer in Indonesia regarding Islam entitled 'Islam Beyond Conflict: Indonesian Islam and Western Political Theory'...

Hopefully within this few weeks, I can do something good ... to read the books, to upgrade my proposal, to add the bibbliographies as well as to come with a draft for the content outline. My supervisor said she is free only in the fourth week of January, but I wish to email the draft by 10 Jan 09.

oppss.. I also managed to get Endnotes CD from the IT department. Thanks to Ina for the info. This is also another big issue... till date, I do not know how to use Nednotes properly...Aiyyooo...

Monday, December 22, 2008

Aisyah lagi..

Victoria Market Ahad 21 Dec

Aisyah berjalan lagi.. ini kali kedua pergi ke Victoria market kat Melbourne City. Abah kata, Umi belum sibuk lagi sekarang, jadi bolehlah kita berjalan-jalan. Kalau ada saudara atau kawan-kawan dari Malaysia datang ke sini, boleh kita tunjuk tempat kalau kita dah tahu..


Kita pergi ke Melb City hari Ahad naik satu bas sahaja, berenti kat depan QV Store, lepas tu naik tram ke Victoria Market. ramai orang hari Ahad. Dalam Victoria market ada banyak jualan seperti daging dan buahan-buahan. tapi kita tak singgah situ, jalan terus masuk ke dalam sebab Vic Market ni besar, ada macam-macam dalam tu. Ada banyak jual barang-barang boleh buat hadiah pada orang. Ada jual baju-baju murah-murah, pastu ada juga jual buku dan barang cantik-cantik seperti alas meja, cadar, dolls dan banyak lagi.


Hari tu Umi dah belikan Aisyah kotak tempat letak gelang, hari ni Umi dengan Abh belikan Aisyah baju sejuk yang ada tulis Australia depan baju, pastu beli T Shirt untuk Abah dan Aisyah. Ada Santa dalam tu kasi hadiah pada budak-budak.

Abah benarkan Aisyah pergi dekat dengan Santa tapi Abah pesan, Santa ni sebenarnya untuk Krismas. Orang Islam tak boleh sambut Krismas, tapi kalau ada kawan2 kelas Aisyah kata Merry Chrismas, boleh lah jawab untuk mereka saja, tapi tak boleh wish kepada orang Islam sebab kita kena ingat, kita orang Islam.


Abah beli topi kat Victoria Market


Lepas tu, kita pergi ke satu taman dekat Vic market namanya Flagstaff Gardens. Cantik sungguh tempat tu.. Masya Allah.. Banyak burung dan ramai orang berparty kat situ. Kita orang makan bekal yang dibawa dari rumah. Lepas tu Abah teman Aisyah main buaian, slide dan main kuda gali pasir. Besat sungguh macam Bob The Builder jer..



Jam dah pukol 3, Abah kata nak cari masjid dekat situ, di Jalan Jafscott ada masjid.. Jalan dalam 10 minit sebelah taman ni baru jumpa Jalan tersebut. Kami jalan terus untuk cari bangunan masjid, Alhamdulillah jumpa.

Masjidnya 3 tingkat, tingkat 1 tempat orang lelaki solat dan ada kedai untuk beli makanan dan buku-buku, Tingkat dua tempat prempuan solat. Lepas tu, Aisyah dan Umi naik tingkat atas untuk solat Zuhur. Masjid ni sangat kemas dan bersih. Ramai orang datang pada masa tu, ada 2 taxi drivers berhenti untuk solat. Mereka bagi salam pada Aisyah. Masjid kat sini tak sama rupanya macam kat Malaysia. Aisyah lagi suka bangunan masjid kat Malaysia sebab bila tengok saja, kita dah tau itu masjid. Kat sini rupanya sama macam bangunan pejabat, tak ada kubah dan sebagainya.


Ini Aisyah depan papan tanda Masjid.


Dalam masjid..


Ini adalah bangunan masjid tersebut.

Kat sini sangat special bila ada jualan depan tempat solat lelaki di tingkat bawah, kita boleh beli apa sahaja dan letak duit dalam kotak, tak ada penjual pun. Aisyah share dengan Umi makan pasta harganya $5. Abah makan kebab lamb harganya $5 juga. Lepas tu kami beli air 3, harganya $7.50. Tadi dah makan, tapi nak makan lagi.. Kat sini Aisyah selalu rasa lapar. Alhamdulilllah kenyang lagi...

Lepas tu kami pun balik ke rumah. Alhamdulillah..
__________________________________

Sabtu Petang 20 Dec


Petang kol 6.30 lepas balik dari St Kilda Beach, Aisyah sekeluarga dengan Aliya dan Untie Ina ke rumah Arash, dia sambut birthday 7 tahun. Arash ni jadi kawan Aisyah masa di Malaysian Hall. Lepas tu dia sekeluarga pindah ke rumah yang cantik.


Arash yang baju putih tu tengah potong kek.


Masa nak pergi sana, Aisyah cakap dengan Umi nak pakai baju cantik macam Princess yang Sundus, Istabra' dengan Hawra' kawan Aisyah Sekolah ISSA bagi hadiah masa Birthday Aisyah hari tu. Aisyah tak pernah pakai lagi baju ni... jadi Aisyah rasa sangat happy sebab dapat pakai baju Sundus hadiahkan pada Aisyah ni. Aisyah suka sangat baju Sundus kasi ni. Sundus kata baju ni dari Yaman. Terima kasih ye Sundus..




Kawasan rumah Arash cantik sangat. Cuba tengok belakang gambar Aisyah dengan Aliya ni.. Cuba tengok baju Aisyah jugak, cantik sangat.. labuh sampai kaki, macam baju Princess dan ada manik-manik dan bunga-bunga.. Aisyah suka sangat hadiah Sundus kasi ni..

Aisyah dan Aliya lagi...

Sunday, December 21, 2008

St Kilda

Berjalan-jalan ke St Kilda Beach

Kali ni Aisyah yang bercerita yer..
Semua orang baca baik-baik yer..
Terutama kawan-kawan Aisyah di Shah Alam...
Inilah pengalaman hidup Aisyah kat Melbourne ni...
______________

Hari Sabtu, 20 Dec 2008, Aisyah dengan Umi dan Abah pergi ke St Kilda kat bandar Melbourne. Best betul. Kita pergi sekali dengan Aliya, Uwais dan Untie Ina dan Uncle Ibrahim.



Ni bergambar kat depan St Kilda, Luna Park.. Abah yang ambik gambar..


Bila dah masuk dalam Luna Park, kita orang cari tempat duduk dulu.. alhamdulillah dapat. Masa sampai tu panas, cantik sangat..

Lepas tu kita orang makan dulu kat situ.. Umi masak behun goreng, Untie Ina pulak bawak sandwich.. best betol makan kat situ... kenyang..

Ini salah satu permainan yang ada dalam Luna Park tu..

Aisyah, Aliya dan Uwais naik kuda pusing-pusing.. best sangat!


Abah, Aisyah dengan Aliya depan Tram St Kilda dalam tu.
Tram tu bukannya betol berjalan, dia jadi tempat makan, macam restoran gitu..

Umi, Untie Ina dan Uncle Ibrahim pergi naik roller coaster yang pusing-pusing tu.. Nanti lepas ni kita uploadkan gambar.. Umi kata takut, asyik menjerit tiap kali roller coaster tu turun bawah... hehe.. Abah pulak tanak naik sebab sakit kepalaa, jadi Abah ler yang jaga Aisyah, Aliya dan Uwais kat bawah masa tu...

Lepas tu kita orang keluar dari Luna Park berjalan ke Beach pulak.. Bestnyer..Cuaca panas tapi kadang2 ada angin yang sejuk.. sebab tu Umi masih pakai baju sejuk Umi tu...

Kat pantai ramai orang. Umi kata jangan pandang tempat orang yang baring-baring tu..

Tapi Aisyah dengan Aliyaa nak main sand castle..

Umi yang jaga kita orang buat castle tu.. Diamond Castle macam dalam cerita Barbie tu..

Tengah sedap-sedap buat castle, Umi kata kena balik sebab nak solat Zuhor.. Aliya taknak balik.. tengok muka dia.. dia nangis.. sian dia..

Aisyah tak nangis sebab takut Umi marah..

Lepas tu kita orang pun balik kke rumah.. Best betol pengalaman hari ni.. Nanti Aisyah cerita lagi yer..

_____________

Yang gambar bawah ni, Aisyah ikut Umi pergi ke pejabat Umi hari Jumaat lepas..Jalan tepi jalan...Sejuk sungguh...Pejabat Umi ada komputer, pastu ada tempat minum air. Tandas kat sini takde air.. Itu memang Aisyah tak suka..kena bawak air mineral tiap kali masuk tandas sebab Umi kata najis kena basuh betol-betul..

Sekian dari Aisyah

Thursday, December 18, 2008

Second Opinion

Ask for Second Opinion

I have started to take the first step regarding my studies..

First, I followed Ina to see Dr Simon, her Co Supervisor. Dr Simon asked me about my research. What, how and why I want to do the research….

I then explained to him about my area and my plan. Patiently, he evaluated my topic and offered me with a very good advice. He also asked me to think again and again during this Christmas holiday on the topic that I chose and let him know if I need his help. He is really a kind man. Thank you very much. Thanks to Ina too ... She has provided me with thousands of assistance..


After the discussion, we walked to the tram station nearby ---- proceed with our second plan to go to Australia Institute of Family Study (AIFS) in the Melbourne City. We hoped to search for any relevant research and books which might be relevant for my research.

The institute is located at level 20, Building 450 at la Trobe Street. It’s a very huge building, with a sophisticated elevator and for sure with a spectacular view from level 20. We can see the whole area of the city. So wonderful!


We did not make any appointment earlier. Main redah jer pergi… The receptionist entertained us well and said, ‘I think the best person you should meet is Carol, the librarian here.’ Carol then has provided us with a lot of materials and allowed us to use the PC to search for the relevant materials. Thank you very much Carol.

Ni tengah baca nota dalam bilik AIFS tu ler..

With Carol infront of AIFS...


I tried to find Dr Jeniffer McIntosh, one of the Mediators here, she is a friend of my good friend tapi tak dapat. Dr Jeniffer rupanya pernah wrote an article for AIFS but she did not work there. She has her own firm somewhere in Melbourne. I'll try to meet her one day.

Tengah merenung masa depan... hehe... di dewan bawah Bangunan AIFS..


From there we walked to BISMI, the halal restaurant at the Elizabeth Street. Yang ni sesat- sesat siket sebab tersilap baca peta. After pusing-pusing, naik tram turun tram.. (pengalaman yang best gak) dengan bawak beg yang berat, sebab ada banyak buku free plus all the pamphlets about AIFS, domestic violence, child support, etc.. .. Adoiii..sakitnya bahu saya bawak beg tu… Akhirnya, we found the restaurant..

Uhhhh… bestnya makan nasi beriani ayam goreng, kenyang betoi.. Ina makan tosai dengan kuahnya. Pastu beli bekal untuk Aisyah dan Abah iaitu nasi beriani ayam almond and lamb, semuanya berharga $32. Kadang-kadang saya rasa nak convert ke Mesia Ringgit, tapi kadang2 saya rasa takyah ler convert.. sebab lagi convertkan currency, lagi rasa .. “Mahalnya semua benda kat sini…’ hehe..

Lepas tu kami pun balik ler rumah dengan buku-buku dan pamphlets yang banyak untuk dibaca…

Wednesday, December 17, 2008

Yang Saya paling Miss

Saya sangat miss rumah saya di Seksyen 7.

Saya sangat teringat pada bilik study tempat saya bertapa... setiap malam saya akan duduk dalam tu... Inilah rupa bilik study saya...

Lagi satu dapur saya...
Inilah dapur saya tempat saya menunjukkan kepakaran saya yang seposen ni .. hehe









Darling Aisyah Dan Kenangannya

Aisyah dan Birthday ke 7

'Umi, bila Umi nak masukkan gambar Aisyah birthday hari tu, pastu hadiah-hadiah yang kawan-kawan Aisyah kasi tu? Penting tu, jadi kenangan Aisyah. Aisyah rindu kat semua kawan-kawan Aisyah ler....'

'Ala...Tak sempat ler hari tu, nanti Umi uploadkan yer..'
__________________

Masa 16 Nov, kami ada buat majlis siket untuk sambut birthday Aisyah dengan doa selamat serta meraikan saudara mara, jiran-jiran dan sahabat terdekat sebelum berangkat ke Melbourne.

Inilah gambar ramai-ramai orang Surau Seksyen 7 datang ke rumah hari tu..

Lepas tu Aisyah pulak tiup lilin atas kek yang Cik Na belikan. Ramai yang datang, ada Amirah, Huzaifah, Adik Imran dan kawan-kawan...


Happy Birthday Aisyah. Semoga Aisyah menjadi anak yang soleh selalu.. amin

Ramai kawan-kawannya dari ISSA datang, antaranya Khaleeda, Anis, Hanis, Anis Sofea, Sundus, Adrina, Ardani, Irdina dan ramai lagi yang Umi pun tak ingat nama mereka... Aisyah dapat banyak hadiah.. Bila malamnya, Aisyah pun bukak ler hadiah yang dia dapat...
Kata Aisyah, 'Umi, Aisyah dah tulis semua hadiah tu sapa yang kasi. Aisyah nak ucapkan terima kasih. Pastu Aisyah janji akan bawak semua hadiah ni ke Australia. Umi mesti bawak yer.. '

'Ok...'

Jadi ada hadiah yang dapat masuk beg, ada yang terpaksa dipos oleh Cik Na melalui kapal terbang bersama-sama dua buah kotak buku..' Sekarang pun belum sampai lagi..




Ni hadiah dari Cikgu Ju
Ni hadiah dari Qistina


ini hadiah dari Cik Ree Dan Cik Na kasi..


Ini adalah hadiah dari Teacher Nida, ustaz faizal dan Insyirah


Ini pula Barbie hadiah Ardani.. Inilah yang Aisyah pegang masa datang sini, sampai Pakcik2 kat Airport kata..'Woo you have something special..' hehehe


Ini adalah hadiah beg dari Adrina.. sekali dengan surat. Aisyah nak surat tu di-scan dan dimasukkan sekali. Jadi Umi uploadkan kat sini surat Adrina yer..


Surat Adrina

Ini adalah hadiah dari Khaleeda.. Aisyah bawak pegi jalan-jalan sekarang ni

Ni Razin yang kasi..

Inilah gambar kenangan Aisyah bersama Khaleeda dan Raudhah.. Semoga semua sihat sejahtera selalu..
Aisyah kata.. 'Aisyah sangat rindu kat semua orang..'
'Terima kasih kepada semua yang telah beri hadiah pada Aisyah yer..


Inilah orang-orang kuat belakang kenduri hari tu.. Yus, Sue, Huda, Ju dan ada lagi iaitu Kak Ina (kakak yang dtg tiap hari clean rumah saya tu).. Yang baju coklat tu ler Razin, jiran sebelah rumah...Terima kasih byk2 yer...
Ada lagi banyak hadiah yang tak dapat di siarkan.. hadiah makcik Zah kasi, Teacher Ram, Cik Zan dan banyak lagi...TQ semua yer..

Tuesday, December 16, 2008

Perjalanan Hidup

Hari ini Selesa 16-12-08 saya dengan Fazdlina pergi ke rumah dua orang sehabat baru saya di sini.

Pertama rumah Wan sebab nak pulangkan periuk besar yang dipinjam untuk masak sup kambing sabtu hari tu. Rumah dia cantik, lengkap dengan pelbagai perkara-perkara yang dibeli di sini. Dia beli peti sejuk dengan mesin basuh sahaja harganya $800 bersamaan dengan RM 2000 duit kita. Banyaknyer...

Lepas tu kami ke rumah Noi pulak.. sebab apa yer?? Sebabnya dia ada supply kicap manis cap kipas udang.. hehhe... mencacau cari kicap kat supermarket.. nasib baik ada yang jadi importer rupanya... power sungguh..

Saya beli satu carton.. hehhe bersamaan dengan 12 botol besar kicap bersamaan dengan $42 bersamaam dengan RM 100.. hehhe.. habis duit beli kicap je ler...

Esok jam 10 pagi saya plan nak pergi beli kete, budget tak lebih dari $3000 sahaja.. lebih kurang dalam RM 8,000 duit kita. Sebenarnya saya nak sangat beli kete yang bagus tapi tau tau jer ler... kita datang sini nak belajarkan, duit pun bukannya banyak.. Lainler kalo saya ni loyer cam kawan saya tu.. dia banyak duit... hehe..

Kete kat sini terutama kete Jepun murah sangat berbanding dengan kat Mesia. Kete Toyota Camry 2007 (satu tgn ler, bukan brand new) dijual dgn harga $ 18-24 Ribu bersamaan dengan RM45,ooo duit kita. Murahkan..

Esok jugak jam 2 pm, saya kena mengadap Supervisor.. namanya Asoc Prof Dr Kerry Peterson.. Jadi malam ni saya kena buat kerja, saya dah buat table pergerakan thesis saya, dalam bentuk graf, apa nak mula, pastu nak buat apa.. dll.. Sebenarnya Dr Kerry tak berapa setuju dengan tajuk asal research saya, jadi saya kena suit dengan kehendak dia, itu yang saya tengah pening ni..

Kalau saya pening, ada dua jer cara nak selesaikan pening saya, sama ada saya gi tido atau saya gi window shopping.. Baguskan? hehe...

Semalam saya dah tidur lambat, sebab berfikir macamana saya nak suitkan kajian saya supaya kehendak UiTM/CITU tidak jauh lari dari kehendak Supervisor saya..

Esok saya akan tablekan depan Dr Kerry apa plan saya, kita tengok nanti apa kata dia esok yer..

Sekian laporan untuk hari ini..

Opps.. saya nak beli kete apa yer??
Kete Ford Thn 1996 rasanya..

Sunday, December 14, 2008

Hari Raya Haji Gathering Plus House Warming

Rumah kami diserikan lagi dengan tetamu dari Seksyen 7 Platinum Shah Alam yang
datang bercuti di melbourne iaitu Hj Khairuddin (tepi kiri sekali0 dan isterinya Amy serta 2 anak mereka). Gambar ini adalah gambar orang-orang Seksyen 7. Dari kiri Hj Khairuddin, sebelahnya Ghani (suami Hamizah), Abah, Umi, Amy, Hamizah dan Shimah. Hamizah dan Ghani dah dtg sini bulan 7 lagi..


Aisyah dan kawan-kawannya sedang makan lamb BBQ dan ayam BBQ di tepi
jalan masuk ke ruang tamu..

Inilaah kawan-kawan Aisyah yang ada sekarang ini iaitu dari kanan Pan, kakak sulungnya Farah, lepas tu Yasmin 7 thn dan juga Aliya. (Aisyah selalu kata Yasmin tu adalah seperti Sarah untuknya.. sebab cara bercakap dan gayanya macam Sarah...)


Inilah ruang tamu rumah kami dan semuanya penuh dengan tetamu...


Jamuan

Alhamdulillah, berkat dua ekor kambing korban saya dan Fadhlina, kami berdua dengan kerjasama Kak Hada dan Nani telah berjaya mengadakan jamuan hari raya haji bersekali dengan house warming sekali pada hari Sabtu petang jam 5.30 - 7.30 petang. Ramai yang datang termassuklah yang telah kami kenal sebelum ini di UiTM dan sahabat2 baru yang telah lama berada di sini.

Masakannya sangatler power... hehe.. Kitaa orang buat lamb BBQ dan ayam BBQ- bakar di 4 rumah guna oven berbeza2 sebab nak buat BBQ di luar tak boleh kerana hujan dan terlalu windy. Saya masak kuah sup kambing dua periuk besar gak.. (power tau.. hingga menjilat jari... huuuippp sedapnyer.. kita masak, kita ler puji kannnn.. hehehe..) Pastu ada salad dan juga water melon. Sedapnye...

Mula-mula Abah mulakan dengan ucapan ringkas sebagai tuan rumah. Lepas tu buat tahlil ringkas dan baca doa selamat. Ramai betul yang datang, sampai tak muat rumah kami. Sampai bilik tidur ke tiga dan bilik tidur Aisyah kami buka untuk jadi tempat makan. Kerana ruang tamu tak muat.

Dari hati yang tulus, kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir...
________________

Kambing Korban

Ina dan saya telah menyerahkan duuit 80 Dolar kepada Mar di Mesian Hall untuk menyempurnakan korban bagi pihak kami. Murah sungguh seekor lamb di sini hanya berharga 80 Dollar bersama RM200 sahaja sedangkan di Mesia, sekor kambing koman-koman kena RM400 -Rm500. Beza betul!

Hari Khamis saya dan Abah pakai kete Ina ke Mesian Hall untuk mengambil daging bahagian kami. Dua ekor lamb yang telah siap dilapah dan dipotong secara slice untuk dibakar. Alhamdulillah cantik sungguh. Tugas kami cuma basuh dan campur dengan bahan-bahan penting untuk dimarinate. Kat sini, bahan marinate yang halal sangat senang didapati. Kedai-kedai bias, kedai2 Arab dll semuanya ada bahan2 tersebut. Nak perap kambing? Nak perap ayam? Nak perap apa, cakap saja.. semua ada... perap orang jer takde.. hehe..

Abah bawak kete sesat ler sikit tapi Ina ni seorang yang cekap, dia siap print peta dan bagi kami untuk jadi panduan. Kalau nak lagi senang belilah GPS, ini lagi senang untuk pandu kita berjalan-jalan di sini.

Lepas bawak dari Mesian hall, lamb tu disimpan dirumah Nani sebab peti sejuknya besar , sebab hari Jumaat petang baru kami nak campur sebagala bahan-bahan marinate tu...
Alhamdulillah semuanya dimudahkan Allah.. dan akhirnya kenduri yang kami isytiharkan sebagai jamuan hari raya haji, house warming dan sekaligus memperkenalkan beberapa orang pelajar2 Phd dari Mesia yang baru datang telah berjaya dilaksanakan...
Amin..

Thursday, December 11, 2008

Aisyah dan Sarah

'Wahhh sukanya die....'

'Ye lah sebab Aisyah dapat cakap dengan Sarah..' hehehe.. 'Best Umi dapat sembang dgn Sarah. Sarah selalu ingat kat Aisyah.. Aisyah pun sama.. rindu sangat dengan Sarah..'

________________

Semalam 9 Dis kat Australia jam 10.30 mlm, kat Mesia jam 7.30 mlm, Aisyah kata kalao ikut biasa., sekarang ni Sarah dah habis main basikal kat luar rumah..Mestti dah balik rumah. Dia nak bercakap dengan Sarah, jadi Umi call no Mama Sarah tapi takde angkat.

Abah kata cuba try nombor Papa Sarah pulak, then kita call tak angkat jugak. Lepas tu try lagi baru dapat..
Terkejut mama Sarah sebab Aisyah yang bercakap...

'Untie, ni Aisyah ni...'

'Aisyah ker... Sarah kat rumah neneknya. Lagi 30 minit Aisyah call yer, Untie nak pergi sana ni..'

'Ok.. Umi kirim salam pada Untie..'


Lepas tu, Aisyah asyik tanya, 'Umi, dah 30 minit tak'

'Belum.. baru 15 minit..'

Sekejap tu tanya lagi....
'Umi, dah 30 minit tak. jom kita call nanti Sarah tunggu..'

Akhirnya Umi call telefon mama Sarah tapi tak angkat. Masa tu dah jam 11.10 kat sini. Umi kata jap lagi kita call, tapi rupanya dia tertidur dah.. sebab selalunya dia tidur jam 10 mlm.

Tetiba telefon berbunyi...
'Assalamualaikum.. Daeng yer.. Apa khabar? Ok semua? Kami ok..Sarah ada ker? Alamak.. Aisyah dah tidur..nanti kejap yer..

Bila saya kejut Aisyah kata Sarah call.. terus mata dia bulat dan ceria..
''Yer ker Umi Sarah call.. mana mana mana.....' hehhee..

Akhirnya dua orang anak comel Aisyah dan Sarah telah bersembang sekejap dan saling bertanya,
'Awak buat apa tu? Kita kat sini sejuk, takde kawan pulak tu.. Awak main basikal tak petang-petang? Kita teringat kat awak ler Sarah... bla bla...'

Akhirnya perbualan mereka tamat..
Aisyah rasa sangat seronok ...
Lepas bercakap dengan Sarah, dia terus tidur balik..
Katanya malam ni Aisyah nak mimpi main masak-masak dengan Sarah ler...
Kalau lah mimpi boleh diset awal-awal.. bestnyer... hehhe..

Umi pun nak ler mimpi pergi tempat best-best...
buat benda best-best..
makan makanan best-best...

Koman-koman nak jugak mimpi pergi Disneyland Hongkong ker.. boleh tengok mickey mouse..katanya best sangat sana sampai ada orang gi sana tiap-tiap tahun... hehe..

Monday, December 8, 2008

Laungan merdeka

video



Apa cite budak dua orang ni sebenarnya?
Apasal gi nyanyi lagu merdeka bulan Disember ni.. isyy...

Sebenarnya masa cruise tu, ada bendera Australia kat boat tu, bendera tu panjang dan hujungnya masuk dalam air dan basah. Jadi saya tarik bendera tu bagi Aisyah dan Aliya pegang.. Aliya siap kata..'Merdeka basah..'

Apa maknanya merdeka basah ni..

'Oooo... rupanya merdeka tu refer ke flag..' hehe..

Dapat jer bendera, Aisyah apa lagi, terus ingat lagu Sudirman, Merdeka 31 Ogos, nyanyi ler dua-dua orang sicantik manis ni.. dan Abah pun tape ler..

Sungguh hebat jati diri dan semangat ke Malaysiaan anak-anak ni..
MASALAHNYA TERSALAH BENDERA... hehehe...

hari raya di melbourne




















SELAMAT HARI RAYA HAJI 1429H
Kepada semua Tok Ma dan Tok Ayah yang sangat disayangi, Atok dan nenek di Bangi, semua saudara mara, kawn-kawan sekelian, kami di sini mengucapkan selamat menyambut hari raya haji. Mohon maaf zahir batin atas kesilapan yang ada. Semoga semua riang dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang luas, kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup di sunia dan di akhirat. amin...

Pagi Isnin 8 Dis, bersamaan 10 Zulhijjah 1429H, kami sekeluarga berhariraya di Malaysian Hall. Kami naik bas lebih kurang1 jam, bertolak jam 7.40pg dan sampai 8.50 pagi. AAlhamdulillah solat sunat belum mula lagi. Semua orang sedang bertasbih bertakbir raya dan kemudian solat dimulakan dengan diimamkan oleh Ustaz Zul Timb Warden Malaysian Hall.

Ramai yang datang, hampir 100 orang rasanya. Menurut Dr Ali, Konsulat Melbourne, mereka tidak menjangka ramai yang datang kerana sekaranag tengah cuti semester dan ramai pelajar balik ke Malaysia.

Ustaz Zul membaca khutbah menceritakan mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim dan dikaitkan dengan haji sekarang ini. Alhamdulillah tahun ini walaupun di tanah orang, kami sekeluarga dapat juga menjalankan solat sunat hari raya haji yangs angat digalakkan ini. Syukur pada Allah..

Di Malaysian Hall, kami berjumpa ramai pelajar Mesia terutama yang Post Grad. Dari UitM pun ramai.. Kat sana, saya berjumpa dengan Baya tengah buat Master, Syimah PhD Engin.. Kelakarnya bila Syimah kata, 'Ustazah ingat tak saya, saya dulu student ustazah ajar masa KPP, A Level dulu...' ;'Ye ker.. wahhh bila tu? Ya Allah, saya tak ingat ler.. sekarang dah buat pHd awak yer.. bagus sungguh. nanti datang rumah yer Syimah..'

Saya jumpa ramai lagi.. Antarranya juga saya jumpa dengan Hafilah, isteri Ustaz Zul yang sedang buat pHD Law di Melb Uni. Satu rahmat yang besar Allah mudahkan jumpa dia, sebabnya?? Rupanya dia member research group di bawah Puan Aziah UKM yang did a reseach on anak tak sah taraf di Malaysia.. it would be very helpful for my area.. Ahamdulillah..

Tapi raya kat sini tak best macam raya kat Malaysia. Tak de rasa raya langsung. Tak tahu nak gi visit rumah sapa, sebab Atok nenek semua tak ada kat sini, jadi kami buat plan sendiri ler.. Visit Sungai... hehehe...

Semalam 9 Zulhijjah sebenarnya sunat puasa, tapi saya dan Abah tak puasa sebab saya tak kuat lagi dengan keadaan di sini. Siangnya sangat lama, Subuh masuk 3.30 pagi, maghrib masuk 8.30 malam.. Jadi puasa berjumlah 17 jam.. Lamanya.. masya allah

Pusing-pusing bandar

Selepas makan-makan nasi dengan ayam kari ramai-ramai, Kami sekeluarga dengan keluarga Ina bergerak ke CITI naik tram.. berkejar2 dengan stroller, angkat2 stroller lagi masa nak naik tram, kelakar sungguh..

Mula-mula naik cruise menyeberangi sepanjang kanan dan kiri Sungai Yaraa.. cantiknya subhanallah...Tambang semua adalah 78 Dollar.

Di sini, ada satu kecantikan peraturannya di mana student dapat discaount tapi kita kena tanya ler.. Saya tanya mamat yang jaga tiket, 'Is there any discount for students? We are students here..' 'Yes, you will get less 2 Dollars per person.'
Bagus jugak, sebenarnya tiket 20 Dollar orang, jadi kami dapat 18 Dollar sorang dan Aisyah kena 5 Dollar. Ok sangat tu.. sebab 2 jam round atas sungai... Bestnyer......Sungguh menarik melihat pemandangan di tepi sungai. Penuh orang sedang berpicnic, naik basikal, jogging, duduk-duduk... summer is coming!..

Sekejap panas, sekejap sejuk.. panas tapi windy.. sejuknyer.....Dan saya sangat tak tahan sejuk sangat.. Tapi ia pengalaman baru untuk saya dan Aisyah, (kecuali Abah).. bestnyer..

Lepas pusing-pusing, kami naik tram keliling City... Saya dengan Aisyah tidur atas tram, tak tengok pun pemandangan menarik sebab letih sangat.. heheehe..

Balik rumah sampai jam 4.20.. terus sembahyang zohor. Zohor habis jam 5.15 petang.
Pengalaman menarik untuk kami semua.

Alhamdulillah...