Friday, April 30, 2010

Questionaire for Postgrad Students in VIC

My letter to vmpga members- published on vmpga's website at http://vmpga.org
Jika ada pembaca blog saya yang belajar di VICTORIA, boleh tolong isikan form questionaire tersebut ya..
_____________

To

All Malaysian Postgraduate Students

In Victoria

Australia

28 April 2010

Assalamualaikum wbt and Greetings,

RE: QUESTIONAIRE: "BULLY SUPERVISION".

In relation to the shocking report on the ‘PhD students suffer from bullying Supervisors’ as reported in the The Australian on April 21, 2010, VMPGA as a formal body representing Malaysian Postgraduate Students in Victoria is obliged to come forward to collect the information regarding bullying problems amongst our Malaysian students who are currently doing research in the Victorian Universities. We hope the finding can be forwarded to the relevant bodies such as KPT, MSDA as well as CAPA for them to know the true experience undergone by our Malaysian students.

VMPGA would like to request assistance and coordination from ALL Malaysian Postgraduate students from all Universities in Victoria to fill in the form. Please allocate some of your time to answer all questions. We have altogether 13 questions. If you don't have any problems with your Supervisor and the supervision given, it may just take 3-5 minutes only. For students with "supervisory bullying" problems please feel free to explain further in the space provided in the questionnaire form.

Please cllick here;
https://spreadsheet s.google. com/viewform? formkey=dFNXUXE0 Vnd5OS1BWkV1UVJl UDB3NWc6MQ


To all respondents, VMPGA would like to extend our gratitute and we hope the result could bring positive inputs for us all.

Thank you.

Regards

Nurhidayah Muhd Hashim

President

VMPGA 2009/2010

Hasil Tangan Abah..

Family..

Sekarang ada Aisyah dan saya saja di rumah. Abah dah balik Mesia beberapa hari lepas. Semenntara beberapa hari ini, saya meneruskan perjalanan PhD seperti biasa..Pencapaian terkini adalah, bibliografy saya dalam ENDNOTEX3 dah selesai setakat ini, 290 bahan. Alhamdulillah dan AGLC saya berjalan dengan baik.

1-Saya masih di La Trobe. Berpindah bilik lagi di saat-saat kecedaraan ini.. [hehe..] bilik saya di Law School is going to have a beautiful renovation. Katanya nak letak carpet baru, letak rak buku baru, letak meja baru dan semuanya baru.. We have to make the room empty. So barang-barang saya masuk dua kotak dan di letak di bilik stor. Sekarang saya got a new room di Martin Building (transit). Sebilik dengan seorang pelajar dari Vietnam, sorang dari Bangladesh (2 males), Sandra dari Canada dan saya sorang lagi- total is four. Semalam saya baru kenal DUY dari Vietnam, tak pernah kenal sebelum ni. Namanya dibaca DUWI. Baik orangnya tapi suara dia besar dan kuat. hehe... Semalam saya bersembang sambil cerita pasal keluarga, buku-buku, EndNoteX3 dan lain-lain, tiba-tiba bilik kena ketuk dari sebelah... Upsss... kuat sangat ker.. ada orang marah.. kena diam.. syyyyy...

2-Semalam, saya berjumpa dengan LAS Staff, cek English Bab 1 saya, alhamdulillah selesai separuh. Next week saya akan jumpa sekali lagi. Sekarang saya tengah menulis Bab 2 dan bab 3. Saya perlu jalan terus.....jangan stop...

3-Abah dah balik Mesia. Saya dan Aisyah kembali sunyi. Jadual hantar dan jemput Aisyah dari sekolah perlu saya ambik kembali. Begitu juga hantar Aisyah ke Teakwondo. Kelam kabut juga, tapi manageable.. Alhamdulillah..

4-Hasil tangan Abah.. Saya terima youtube ini dari Abah pagi tadi. Dia kata, malam tadi dia buat benda ni.. tanda ingatan kami sekeluarga..
Semoga perjalanan berbaki di bumi Kangkaroo akan diberkati Allah. Semoga saya dapat buat PhD dan berjaya nanti dalam tempoh diberi.
Saya akan berusaha.. sekeras yang terdaya..
insya Allah..

Jom kita tengok...

(p/s Ada dua orang kanak-kanak comel dalam youtube ni, sorang tu Aisyah.. sorang lagi nama dia Aliya, masa kita orang naik boat jelajah Yarra River dulu..)


Wednesday, April 28, 2010

Perkembangan

Insya Allah..

Saya dapat berita petang semalam, ada perubahan pada permohonan pertukaran universiti saya.. Mudah2an dengan berkat doa Ma saya, doa saya dan doa kawan-kawan yang sudi doakan saya, minggu depan insya Allah saya dapat jawapan formal terhadap perkara tersebut.
saya akan berpindah...
insya ALlah dengan izin Allah..

Semoga perpindahan ini adalah hijrah yang baik untuk saya...
Ke arah kecemerlangan..
Itulah doa saya.. amin ya rabbal aa'lamin

Tuesday, April 27, 2010

Kata-kata Hikmah Ford

Renung kata-kata Henry Ford ini:

"Whether you think you will succeed or not,
you are right."


So think positive!

Monday, April 26, 2010

Perjalanan..

Langkah Demi Langkah..

Pengajian PhD saya tidaklah laju seperti yang saya gambarkan. Walaupun saya pernah membuat tesis di UM dahulu, dah jadi supervisor untuk kerja projek pelajar tahun akhir di UiTM dan dah buat macam2 research dalam tempoh 5 tahun ini, apa yang saya lalui di Australia sangat jauh dari yang saya gambarkan.

Setakat yang saya kenal diri saya, saya tak pernah bersikap over-confident. Apa-apa perkara dalam hidup ini, saya biasa-biasa saja.. Yakin diri tapi berkadar-kadar. Kadang-kadang saya agak pesimist, tapi cepat-cepat saya berikan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Saya ingin melalui hidup yang indah. PhD adalah salah satu dari jalanan hidup saya. Matlamat saya adalah keredhaan Allah dan semua laluan hidup saya adalah jalan menuju akhirat.

Allah telah beri saya banyak peluang dan saya akan berusaha sebaik mungkin meraikan semua peluang yang Allah berikan. Kata-kata hikmah Pak HAMKA selalu saya ingat dan tanamkan dalam diri saya.

Buya HAMKA berkata,
'Hidup akan menjadi indah bagi orang yang ada cita-cita. Karnanya Orang yang ada cita-cita pastinya akan selalu bekerja keras dan berusaha'- HAMKA

Apabila ALlah uji di sini, Dia berikan nikmat di tempat lain. Dia beratkan yang ini, Dia ringankan yang sana. Ada timpal balik supaya kita selalu kembali pada Dia. Bila saya renungkan, ALlah bagi saya sangat banyak; rumah tangga yang baik, kerjaya yang baik, keluarga yang baik, saya sihat setakat ini, saya dapat naik jawatan walau pun saya bukanlah sangat terbaik dalam bidang saya. Saya ada kehidupan yang baik, dapat makan yang best-best, dapat duduk hotel best-best, dapat berjalan ke mana-mana saya nak. Semuanya mesti saya syukuri.

Timpal balik, mesti ada ujian di sana sini untuk saya tempuhi. Ujian saya sudah tentu tak sama dengan orang lain. Sekarang, sebenarnya laluan PhD saya tidak seperti yang saya plan sebelum saya datang ke sini. Saya diuji tapi saya yakin diri- saya insya Allah mampu mengatasinya. Insya Allah...Kerna Allah tidak akan menguji sesuatu di luar batas kemampuan kita. Itu janji Allah dalam al-Quran. Layukallifuallahunafsan illa wus a'ha.. Itulah juga mesej yang kawan-kawan saya pernah berikan untuk saya sebelum ini.

Sebenarnya, yang berlaku sebelum ini adalah saya jadi seolah-olah weweng dengan kaedah supervision yang saya terima. Saya membuat kajian perbandingan Syariah dan Civil, tetapi Supervisor nak saya sentuh Civil sahaja dan mencadangkan dalam research nanti supaya Mesia menggunakan satu sistem undang-undang iaitu Civil System sahaja dan melihat dari kaca mata feminisme legal research, itu yang menjadi titik perbezaan pendapat antara saya dan Supervisor saya. Dan ada lagi yang lain-lain lagi...

Tapi saya akan yakin diri dengan laluan ini. Saya tidak akan bersusah hati sehingga tak lalu makan, tak lalu tidur, terhoyong hayang dan lain-lain. Saya akan selalu buka minda dan hati saya, merangka dan merancang, dan saya sangat yakin,'Barang siapa yang bertakwa, Allah akan memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..' (ayat seribu dinar)

Saya adalah seorang pengusaha... seorang pengusaha yang sedang berusaha mendidik diri, berusaha bersabar, berusaha menjadi orang bertakwa.. semoga dengan belas ihsan Allah, Dia sudi menunjukkan jalan, membuka ruang demi ruang untuk saya.. memberi jalan penyelesaian, dari jalan yang tidak saya sangka-sangkakan...
amin ya rabbal alamin.
_______________-

Sabtu 24 April

Melapangkan kepala saya, saya ke garage sales.. Habis 8 rumah kami jejaki dan dapatlah sikit barang.. Lepas balik rumah jam 12.30tgh, lepas zohor kami ke akikah anak Azah dan Martin. Saya baik dengan Azah dan martin selepas kami berjumpa, berkenalan di ILIM, dan mereka datang ziarah ke rumah kami dan kami juga sudah bertandang ke rumah mereka sebelum ini. Akikah anak lelaki yang baru lahir. Tahniah untuk Azah dan Martin.

Ahad 25 April

Paginya jam 9.30pg- kami ke ILIM, Aisyah mula kelas agama, bayar yuran, saya bersembang dengan Kak Min, kak Syidah, dan ramai lagi kawan-kawan di ILIM. Lepas selesai, dalam jam 11.20 pagi, kami keluar untuk ke majlis di rumah Rami, perbincangan ahli qaryah tempat saya duduk di Bundoora ini. Pemilihan baru Penghulu dan AJK Kampung. Alhamdulillah semua berjalan baik. Jam 1pm, kami ke ILIM semula untuk jemput Aisyah balik sekolah.

Lepas balik, jam 3pm saya ke Kg Vic, kaum ibu minta saya bawa perbincangan study circle mereka. Katanya majlis study circle /usrah di KgVic untuk kaum bapa sangat ramai, tapi kaum ibunya hanya 5-10 orang. Hari ini dimulakan plan baru untuk mengadakan sesi untuk kaum ibu supaya lebih ramai yang datang. AJKnya hubungi saya minta saya hadir. Saya bersetuju w/p kesibukan sangat mendesak. Alhamdulillah ramai yang datang. rasa saya boleh capai 25 orang-jumlah tertinggi setakat ini. Saya katakan buatlah majlis agama, sekali dalam dua minggu atau sekali dalam sebulan kita allocatekan masa 2 jam, insya Allah ada ganjaran dan manfaat. Kita hadir dapat dengar ilmu demi kebaikan kita, bawak anak-anak perempuan sekali macam yang kami buat di Bundoora. Saya akan cuba tolong untuk 2 sesi terawal, lepas ni mungkin saya terpaksa menolak semua jemputan untuk saya.

Saya balik jam 6pm- Aisyah dan Hana sudah siap dengan baju berenang. Saya ke swimming pool lepas maghrib dan balik rumah jam 8.45mlm. Skill berenang saya sudah semakin baik. Saya boleh berenang terus 2 kali ulang alik tanpa henti. Wahh ini pencapaian yang baik.. Mereleasekan ketegangan minda saya, menceriakan saya di samping beriadah membuang toksid-toksid negatif..
Alhamdulillah..

Saturday, April 24, 2010

PhD...

Hari ni keluar cite menggemparkan mengenai cabaran pelajar PhD di Australia.
Saya akan kupas kemudian jika berkesempatan...
________________


PhD students suffer from bullying supervisors



MIDWAY though her PhD, the anxious research student found herself on the receiving end of an unexpected - and unwelcome - level of interest from her supervisor, a departmental professor.

"I'll help you all I can but you have to play ball," he said before inviting her for a meal on Valentine's Day at a very expensive restaurant, "as a treat for all your good work".
"I need a way out," she cries on her anonymous blog.
The exchange, recounted in a conference paper this week, is one of eight de-identified cases that University of Queensland researcher Suzanne Morris labelled "supervisory bullying".


Dr Morris unearthed the examples by trawling the net using the key words "doctoral bullying supervisor". She cut identifiers such as country, discipline and net address as she put together what she believes is the first report on how doctoral students experience bullying at the hands of their supervisors.

The power relationship with a supervisor was a big critical determinant of success for a graduate student, she said.
Postgraduates, estimated to perform 70 per cent of university research, say supervisors have the power to make or break them.


But Monash University's deputy vice-chancellor Max King defended supervisors, saying his surveys showed 90 per cent of postgraduates to be satisfied, 5 per cent neutral and 5 per cent not satisfied.
"Being a supervisor is a bit like being a parent and parents aren't always the best parents," Professor King said.
He said some students could misread as bullying what was intended as constructive criticism or "a rev up" for a poorly performing student.
Meanwhile, the federal innovation department is studying a worrying decline in higher degree starts as part of its emerging research workforce strategy.


That paper was prepared for the department by the Council of Australian Postgraduate Associations after a research students' workshop exposed bullying and other issues.
"Student comments suggest that supervisors were directly responsible for both the very best and the very worst of what the research training experience has to offer," it says.
CAPA president Tammi Jonas told the HES bullying could often stem from the misguided efforts of some academics to earn publication points from their students' research, especially in the sciences.


"It's not rife, but we have clear examples that it's a regular occurrence on campus, if not a common one; but [it's] devastating for the student involved," she said.
Bond University anti-bullying campaigner Amy Kenworthy said there was a belief the doctoral process had to be exceptionally difficult to produce high-quality academics. "That, coupled with the power-dependency issue, is like putting gasoline and fire together," Professor Kenworthy said.


Whistleblowers Australia vice-president Brian Martin estimated "a significant proportion of students [would be] experiencing bullying at any one time and a larger proportion at some time during their studies".
"Even if the figure is 5 per cent, it's a lot of people and a lot of damage done," he said.

Friday, April 23, 2010

Saya dan dia..

Saya dan Dia..
Serupa tapi tak sama..


Saya dan Dia..
Dia adalah kecintaan saya...
Darling Aisyah, semoga menjadi anak comel yang solehah.. amin

Strategi..

Perjalanan yang panjang..



Gambar strawbery ni sangat cantik. Diambil oleh kak Yah masa pergi strawberry picking baru-baru ini. Cantiknya strawberry ini mengambarkan Maha Bijaknya Pencipta yang menjadikan buah secomel ini. Ia juga melakarkaan sebuah perjalanan yang panjang..

Sebelum sampai ke tahap buah secomel ini, tuannya perlu menyediakan tapak semaian yang baik, menjaga dan memberi baja, menutup pokok-pokok untuk keselamatan dan juga ketika sejuk. Jika cuaca baik, buahnya besar dan manis. Bila agak sejuk, buahnya tidak berapa manis dan kecil-kecil saiznya. Menjaga batas-batas pokoknya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Memetik dan membungkus dan menjual adalah satu perjuangan yang menarik. Apabila ada pembeli termasuklah pelawat yang melihat, memuji, memetik strawberry dan membayar harganya, hati berbunga dengan kejayaan yang dicapai..

Ia satu perjalanan..
Kesungguhan dan kesusahan..
Kesabaran dan kepayahan, kejayaan diakhirnya..

Begitulah kehidupan ini..
Mencari ilmu, ada kalanya seronok dan ada kalanya sakit.
Tapi dengan niat kerana Allah, kita tidak boleh berpaling ke belakang..
Jalan dan terus berjalan..

Saya sedang merancang dan melancarkan strategi baru untuk saya depani selepas ini.
Apa perlu saya buat..
Bagaimana perlu saya buat..
Siapa perlu saya cari untuk minta bantuan..
Apa plan seterusnya..

Ye.. sesuatu yang berlaku adalah cabaran.
Dan cabaran itu lah yang mendewasakan kita.
Sekaligus menjadikan kita lebih tabah.
insya Allah..

Saya bersyukur atas semua ujian dan nikmat.
_____________________________
Tetamu di rumah kami..

Membaca manuskrip yang ditulis oleh Abang Kamel membuka mata saya dengan lebih luas.
Abang Kamel dan Kak Rodiah adalah jiran Mak Bangi. Abang Kamel mengajar di UPM dan membuat PhD di New Zealand atas belanja sendiri. Beliau sedang menulis buku dan memberi saya baca satu dari manuskrip yang akan diterbitkan bertajuk Membuat PhD Dalam Kekangan. Sangat menarik.. Saya teruja membacanya..

Kalau sempat, saya edit sekali dan plan nak beri sedikit isi tambahan kepada manuskrip tersebut.

Inilah Abang Kamel dan Kak Rodiah..dengan sicomel Aisyah..


Abang Kamel sedang mencurahkan ilmu-ilmunya.. Berbincang tentang PhD saya, tentang penulisan buku, penerbitan buku beliau, nasihat untuk saya fokus kepada pengajian dan teruskan perjuangan.. Terima kasih atas nasihat yang diberi. Saya sangat menghargainya..

Wednesday, April 21, 2010

Jawapan..

Fate..

Akhirnya jawapan yang saya tunggu-tunggu sudah tiba. Saya tidak berjaya dalam permohonan ini.. Ohhh.. sangat sedih..
Tapi apa buleh saya buat?
I have to submit to the fate.
Only Allah who knows what is the best for me..

Permohonan saya untuk bertukar University tidak berjaya.
Disebabkan result tersebut, maka tiada perubahan kepada pengajian dan penempatan saya..
Saya akan masih di sini, di La Trobe University dan masih menyewa di suburb ini..

Ma saya di Melor, setiap malam solat hajat untuk saya..Mohon Allah mudahkan laluan perjalanan PhD saya.. Moga saya berjaya dalam permohonan ini.. Tak terucap betapa sayu hati saya apabila mengetahuinya..

Insya Allah ada hikmahnya. Saya akan sentiasa bersangka baik pada Allah atas setiap apa yang diputuskan untuk saya.. Dulu, kini dan akan datang..

Subhanallah.. Maha besar Engkau, Tuhan seru sekelian alam..
Hanya padaMu tempat aku berserah..

Tuesday, April 20, 2010

Lelaki dan Wanita.. Setaraf atau tidak?

Sekadar Pendapat saya...
mengenai Perjuangan Memperjuangkan Persamaan Taraf Lelaki dan Wanita


(termasuklah sebahagian agenda tersilap dalam Kelompok Kesamaan Gender Sister in Islam di Malaysia ...)

Pada 4 April 2010 yang lepas, satu kumpulan pejuang hak wanita telah berarak di Portland, USA tanpa baju mendesak layanan sama taraf antara lelaki dan wanita dalam berpakaian. Wanita seramai lebih 20 orang berjalan tanpa baju di bandaraya Maine mendesak supaya masyarakat melihat wanita dan lelaki sebagai setaraf. Isunya jika lelaki boleh keluar di jalanan dengan hanya berseluar sahaja tanpa baju, semua orang melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi kenapa apabila wanita berjalan tanpa baju, semua orang memandang pelik, melihat dengan nafsu dan mentertawakan mereka? Ini adalah satu ketidak adilan, mereka mendesak layanan adil antara lelaki dan wanita.


Apakah yang sebenarnya yang ingin dibawa oleh golongan pejuangan kesamaan gendre ini?


Isu mendesak persamaan taraf antara lelaki dan wanita memang berkembang dengan agak pesat di seluruh dunia. Golongan mendesak kesamaan ini menggelarkan diri mereka sebagai pejuang keadilan wanita, kesamaan taraf, feminisme, female liberation, women emansipation, melawan ketidakadilan gender dan sebagainya. Perjuangan ini secara hakikatnya mengetengahkan apa-apa isu yang dianggap menjatuhkan taraf wanita dan membezakan antara wanita dengan lelaki.



Ia sebenarnya bermula lama dahulu di barat apabila golongan ini bangun membantah layanan buruk di mana wanita tidak diberi hak mengundi, tidak mendapat gaji setaraf kaum lelaki, tertakluk kepada suami dalam semua urusan melibatkan harta sehinggakan nama keluarga perlu ditukar kepada nama keluarga suami apabila berkahwin. Mereka berjuang meninggikan taraf wanita dan mendesak pihak berkuasa melayan mereka dengan adil sepertimana lelaki. Perjuangan kemudiannya melebar kepada kesamaan hak dalam ekonomi, pendidikan, politik dan juga sosial. Perjuangan mereka didasarkan atas apa yang difikirkan wajar dalam nilaian semasa dan pemikiran akal mereka. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat banyak kesan positif hasil perjuangan tersebut.



Di Malaysia, perjuangan meninggikan taraf wanita dan meminta wanita dilayan dengan baik digerakkan sebelum kemerdekaan melibatkan isu pendidikan wanita bagi mengelakkan buta huruf. Kemudian berkembang kepada bidang pentadbiran, politik dan sebagainya. Ia kemudiannya memasuki aspek melawan eksploitasi wanita dari segi seksual, perdagangan manusia, diskriminasi, prejudis dan lain-lain perkara yang menjatuh taraf wanita dan mendesak perubahan kepada sistem undang-undang, ekonomi dan sosial masyarakat.


Kita mesti berusaha memertabatkan wanita supaya tidak tertinggal dan dilayan secara tidak adil. Namun begitu, usaha memertabatkan wanita dan meletak wanita ditempat yang selayaknya adalah berbeza dengan perjuangan kesamaan gender atau feminisme keterlaluan sehingga membantah peruntukan agama suci Ilahi. Tidak semua yang lelaki dapat, maka wanita juga perlu mendapat yang sama. Tidak semua yang lelaki buat wanita juga perlu mendesak untuk melakukan yang sama. Allah mencipta lelaki dan perempuan berbeza dari segi kemampuan, sistem badan dengan perbezaan tanggung jawab dan juga tuntutan.


Perjuangan memartabatkan wanita Islam akan tersasar sekiranya melancarkan kesamaan gender tanpa mengambil kira nilai agama, fitrah kejadian manusia dan budaya setempat. Kejahilan pada agama akan menyebabkan golongan pejuang wanita berjuang melawan dasar kepada agama itu sediri. Dalam Islam, terdapat nas qatie (mutlak) dalam agama yang memperuntukan sesuatu perkara dan itu adalah hak Allah yang tidak boleh kita pertikaikan. Ia berbeza dengan peruntukan bersifat zanni (spekulatif) yang terbuka kepada ijtihad, pendapat baru dan perbezaan pendapat. Peruntukan jelas seperti pusaka, bilangan talak, kewajipan wali, kewajiban menutup aurat perlu difahami dengan baik sebelum kita membuat andaian negatif terhadapnya.





Apabila Allah memberikan lelaki peruntukan harta pusaka berbeza dengan wanita, Allah meletakkan tugas dan tanggung jawab berbeza wajib ditanggung oleh lelaki. Kegagalan melaksanakannya membawa risiko kemurkaan Allah yang lebih besar kepada mereka. Lelaki dibenarkan berkahwin empat dengan pertanggungjawaban yang besar dengan tuntutan mampu dari segi nafkah dan juga berlaku adil. Menzalimi isteri dan anak-anak semuanya dinilai Allah dan membuka ruang dosa dan azab yang besar atas kecuaian melaksanakan tanggung jawab tersebut.



Kejahilan segelintir lelaki dalam memahami perkaitan antara perkahwinan, pusaka, tanggungjawab dan beban pertanggungjawaban Allah terhadap mereka di akhirat menyebabkan mereka memandang mudah urusan wanita dan perkahwinan. Dari situ timbulnya amalan buruk melayan isteri dengan kasar dan ganas, mendera isteri, menampar, menggantung isteri tanpa diceraikan, meninggalkan isteri tanpa nafkah, berkahwin ramai tapi tidak bertanggung jawab, tidak memberi nafkah kepada anak-anak, mendiskriminasi layanan antara anak lelaki dan anak perempuan dan banyak lagi yang negatif. Amalan ini memburukkan nama baik Islam sehingga masyarakat awam beranggapan Islam yang mengajar layanan tersebut kepada wanita.


Pejuang wanita perlu berjuang memartabatkan wanita supaya mereka tahu apa hak mereka sekiranya dilayan dengan buruk, apa perlu dibuat dan kemana perlu dituju. Memberi pendidikan supaya wanita berpendirian tegas terhadap maruah diri dan hak mereka dengan mengambil kira dasar agama. Perjuangan memertabatkan wanita menjurus kepada meningkatkan keilmuan wanita, membetulkan pengamalan salah dalam masyarakat dan membantah perlakuan buruk lelaki terhadap wanita.


Kita jangan terpengaruh sampai ke tahap mencari kesamaan gender sehingga melawan semua nilai-nilai dalam agama kita. Golongan kesamaan gender tanpa dasar agama mendesak sesuatu yang melampaui sehingga keadilan wanita tidak berbaju, keadilan seks bebas, kebebasan melakukan maksiat sehingga semua nilai agama dipandang negatif.


Kita membantah perlakuan buruk lelaki melayan wanita secara kasar dalam isu keganasan rumahtangga tetapi tidak menafikan kaharusan berkahwin dan peruntukan talak dalam Islam. Kita mendesak lelaki melaksanakan konsep sebagai penjaga yang bertanggungjawab tetapi bukan mendesak supaya dibuang konsep wali dalam islam. Kita membantah amalan lelaki tidak bertanggungjawab dalam poligami tetapi kita tidak menafikan keharusan peruntukan poligami.

Perjuangan memertabatkan wanita terutama wanita Islam memang perlu diteruskan. Mendesak layanan yang baik, diberikan hak apa yang mereka berhak mendapatkannya adalah satu usaha murni. Namun jangan sampai melampaui batas melawan ajaran Allah dan membabi buta mengikut pengaruh feminisme Barat.


Nurhidayah Hashim
Melbourne

Saturday, April 17, 2010

Kahwin dan Cerai..

Sekadar Pendapat saya mengenai kahwin dan cerai..


Hampir setiap minggu akhbar dan majalah hiburan menyiarkan kisah percintaan, perkahwinan, pergaduhan dan kemudiannya perceraian di kalangan mereka yang dikenali atau celebiriti dalam masyarakat. Kisah sebegini pula selalu menarik minat masyarakat awam. Mereka ingin tahu siapa pilihan hati celebriti yang diminati, bagaimana perlaksanaan majlis perkahwinan, berapa hantarannya dan bagaimana mereka berpakaian semasa majlis tersebut. Jika bergaduh dan bercerai pula, masyarakat ingin tahu berapa lama perkahwinannya bertahan, kenapa pula mereka bercerai, siapa orang ketiganya dan pelbagai soalan lain.




Kesukaan masyarakat ini dimanfaatkan pula oleh media untuk menayangkan dalam ruangan yang besar isu-isu berkenaan. Isu-isu sebegini sebenarnya boleh menyebabkan masyarakat menerima hakikat kahwin dan kemudiannya bercerai adalah perkara biasa di kalangan artis sepertimana berlaku di Barat. Apabila ia diterima dalam pemikiran masyarakat bahawa kahwin cerai adalah suatu yang lumrah, ia secara tidak sedar boleh menghakis perasaan dan kesungguhan di dalam hati masyarakat untuk berusaha menjaga ikatan perkahwinan sedaya upaya yang mungkin.



Apabila berlaku sedikit perselisihan dan perbalahan, cerai akan menjadi pilihan terawal kerana ia sudah dianggap perkara biasa. Penilaian bahawa ikatan nikah adalah suatu yang suci dan tinggi serta kedudukan perceraian sebagai suatu tindakan tidak disukai Allah akan luput sedikit demi sedikit. Apatah lagi dengan statistik perceraian yang tinggi, keadaan ini merupakan perkembangan yang sangat tidak positif dan membimbangkan.


Perkahwinan dalam pandangan Islam adalah satu perkara suci dan tinggi nilainya. Ia adalah saranan Allah kepada manusia bagi meraikan fitrah kejadian manusia ciptaan-Nya. Allah SWT mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.



Oleh itu, semua orang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Namun begitu, sekiranya seseorang belum mampu untuk berkahwin, hendaklah berusaha menahan hawa nafsu sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Perkahwinan dalam islam didefinisikan sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'




Para ulama’ membincangkan dengan panjang lebar kedudukan akad nikah dan juga hak dan tanggungjawab antara suami dan isteri.

Secara ringkas, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan oleh kita semua melibatkan perkahwinan dan perceraian dalam Islam.

Pertama, perkahwinan adalah ikatan menyatukan dua insan dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait dengan perjanjian antara insan dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan sesama mereka selepas akad dilaksanakan. Seorang lelaki apabila menerima akad, berjanji menerima seseorang perempuan sebagai isterinya dan berjanji menjaga kebajikan dan menyayangi isteri dengan nama Allah. Begitu juga seorang wanita melalui akad tersebut sebenarnya berjanji dengan nama Allah untuk mentaati dan menyayangi suaminya. Oleh itu, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang perkahwinan berlangsung.

Kedua, perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Islam mengharamkan hubungan sesama muhrim seperti anak dan bapa, adik-beradik , anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Akad nikah dalam Islam juga membawa nilai pengiktirafan bahawa perkahwinan adalah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina, lelaki berkahwin dengan lelaki atau wanita berkahwin dengan wanita. Perkahwinan gay tertolak sama sekali tanpa sebarang pengecualian di sisi Islam. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan atau pun perempuan yang bertukar menjadi lelaki.




Ketiga, melalui akad nikah, wujudnya apa yang dipanggil hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk menunaikannya. Manakala hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk menunaikannya. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu pula menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk menunaikannya. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Jika gagal dipikul dengan baik, maka individu itu perlu menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian itu.


Keempat, bagi pasangan yang sedang bercinta atau bertunang, adalah jelas bahawa belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka.
Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Melanggar peraturan tersebut contohnya melakukan zina merupakan dosa besar di sisi Allah dan membawa hukuman dalam perundangan Islam.



Justeru, semua individu sama ada orang biasa, celebriti, artis, pemimpin negara atau siapa sahaja wajar berusaha sebaik mungkin untuk memelihara ikatan perkahwinan yang dibina. Akad nikah bukan sahaja ikatan suci yang menggabungkan dua insan, tetapi juga dua keluarga dan juga dua keturunan. Perceraian seharusnya dilihat sebagai jalan terakhir selepas segala daya dilakukan untuk menyelamatkan ikatan rumah tangga tidak berjaya. Perceraian bukan jalan pintas yang menjadi pilihan. Semoga dengan itu nilai kemuliaan kepada satu akad yang dipandang mulia dalam Islam akan terus dipertahankan.



Nurhidayah Hashim
Melbourne

Friday, April 16, 2010

Apple Picking

Sabtu 10 April, jalan-jalan lagi..

Kali ini 5 keluarga ke tempat apple and strawberry picking..
Bestnya..

Nak beli tak apple ni? Saya tengah kutip ni... RM 3 sekilo... hehe..

Aisyah dengan Hana ketawa sakan.. apa sembang budak dua orang tu??

Lepas Apple, kami ke strawberry pulak..

Gembiranya kanak-kanak ini...

Subhanallah... first time saya tengok pokok strawberry.. keciknya pokok dia.. Yang ada dalam gambar tu tangan saya ler.. tengah petik buah strawberry...

Kami keluar jam 10.45pagi, dan pergi beberapa tempat, ambik apple, berhenti makan di Park, bagi kanak-kanak main kat play ground. Lepas tu solat jemaah sama-sama.. Lepas makan, pegi kutip strawberry. Jam 5.40 ptg, kami balik rumah masing-masing.

Alhamdulillah...
Terima kasih pada ALlah atas segala nikmaat dalam hidup ini..

p/s Setiap kali berjalan-jalan, malamnya saya akan tidur jam 2 pagi, cover balik masa untuk belajar yang saya luangkan untuk berjalan dengan Abah dan Aisyah.. belajar dan terus belajar.. mudahkanlah wahai Allah..

Thursday, April 15, 2010

Perjalanan



Berjalan .. Belajar Dari Sejarah dan Alam...

3 April Sabtu, kami tiga keluarga ke Geelong. Keluarga Aisyah, Hana dan Iman.
Sampai Geelong dah pukul 11 pagi, terus ke Museum kereta Ford and lepas tu ke Museum Wool.
Banyak kisah sejarah Ford bertapak di Australia dengan gambar dan design lama..
Tiket masuk AUd30 satu keluarga..
Dalam tu.. boleh ler belajar sejarah..
Menarik juga..




Abah tengah berbincang dengan Din..
'Macamana kita nak buka kilang kete kat Mesia yer..?
humpp payah nak jawab tu...'
Tapi kalo bukak jugak, kita kena buat kete sepecial.. yang orang lain tak buat lagi..'
hehehe...






Lepas tu kami ke Museum wool pulak.. Ada mesin buat carpet berumur 200 tahun. Pakcik ni tengah buat demo.. Canggih betul..











Ni kete kita orang... hehe.. budak kecik tu namanya Iffah, adik Hana.. Dia pun nak bergembar jugak..


Tengok lah kete RACV zaman dulu... pakai kete Ford lagi..

Saya kata kat Aisyah..'Aisyah, which one do you like? If you take a photo beside the car, nanti dah besar Aisyah akan dapat kete tu..' joke jer.. hehe...

tara....


Inilah Aisyah dengan ketenya .. cun kan?


Lepas tu pegi tempat kolam tu.. budak2 apa lagi... bruuuuu mandi dan kami makan-makan kat sana. Dah petang, budak-budak dah letih, kami ke Warribee solat jamaq qasr di masjid kat sana..
ALhamdulillah.. berjalan-jalan melihat alam ciptaan Allah, dan membaca tentang sejarah mereka yang berjaya.. Ford.. hebat sejarahnya!

Tuesday, April 13, 2010

Promosi Buku Isu Syariah 2

Promo...

Saya ingin mempromosikan buku Syariah Siri 2.




ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA SIRI 2



'Tunang putuskan pertunangan sedangkan majlis kami sudah dekat. Saya sangat malu atas tindakannnya. Apakah saya boleh tuntut di Mahkamah Syariah? Suami pukul saya sehingga lebam, mendera saya sedangkan saya tak ada sesiapa melihat penderaan tersebut. Apa patut saya buat? Bolehkah saya ke Mahkamah? Saya mempunyai banyak masalah rumah tangga melibatkan undang-undang, ke mana perlu saya pergi mencari penyelesaian?..'

Buku ini insya Allah dapat memandu anda mengetahui hak anda di sisi undang-undang Syariah di Malaysia...

......

Jika ada yang berminat mendapatkannya ,

sila Layari: http://jualbukuonline.blogspot.com

Promosi Buku Isu Syariah Siri 1

Promo....

'Isteri dipukul suami? Suami tidak membayar nafkah? Rumah tangga berkonflik? Bergaduh sepanjang hari? Apa seharusnya isteri lakukan? Patut berdiam diri merenung dan pasrah pada nasib atau bangun mencari keadilan dan menyelamatkan diri dari terus dizalimi dalam rumah tangga yang bergolak?'


Buku ini ada menunjukkan jalan untuk anda....

.

Jika ada yang berminat mendapatkannya , sila layari http://jualbukuonline.blogspot.com/

Perjalanan..

Seminggu ini..

Antara dua kertas kerja tersebut, sepanjang minggu ini dan minggu lepas, saya hanya mengkhususkan kepada Endnote dan AGLC. Hari Rabu 7 April, saya dan Sham pergi mengadap Dennis, librarian Law sebab kami ada masalah AGLC. AGLC version ke tiga rupanya baru dilancarkan dua minggu lepas, dan buku panduan perlu dibeli di Melbourne Uni Bookshop. Saya juga baru berjaya download AGLC version 3 dari Univ Queensland dan Dennis dah tolong betulkan masalah technical untuk link kan antara EndNote dan style AGLC dalam notebook saya.

AGLC adalah Legal Citation yang perlu kami guna dalam thesis di sini. Austalian Guide to Legal Citation, yang hanya dipakai untuk tulisan Law di Australia. Di Malaysia kita pakai kaedah biasa saja. Universiti di Malaysia ada kaedah citation sendiri. UKM dengan kaedah UKM, UM ada sendiri, USM ada sendiri, UiTM saya rasa ikut UM boleh, UKM boleh... Sebab saya belajar di UM masa Master, maka setiap kaali saya menulis berkaitan Law, kaedah citation dan bibliografi saya akan ikut cara UM yang saya dah biasa. AGLC ni memeningkan sebenarnya..

Sepanjang minggu ini, saya melengkapkan ENdNote yang juga berubah ke version X3. habis masa betulkan rujukan buku jer..

Sangat meletihkan...

Sekarang saya baru selesai 179 buah buku rujukan yang sempat dibetulkan dalam EndNote dan banyak lagi perlu dibuat. PC di pejabat masih version lama lagi dan ada masalah AGLC jugak. So sekarang saya hanya buat kerja menggunakan komputer riba saya. setiap kali ke mana-mana saya terpaksa mengusung notebook saya.. kalut jugak.

Semoga cepatlah selesai kerja-kerja saya ini.. amin..

Monday, April 12, 2010

Paper NUS

Custody and Maintenance..

Paper ni Ina yang buat banyak, saya tengok2 mana yang perlu diubah, susunan subtopic dan add isi siket2 jer.. Dalam buat kertas kerja, saya pegang pada prinsip that kerjasama buleh dalam proportion yang unik, boleh 50:50, boleh 40:60, boleh 30:70 dan boleh juga 20:80. Tengok keadaan dan kesesuaian. Kat Mesia sebelum ini, ada kala saya buat 70, kawan saya 30, ada kala 50, ada kala 60. Dengan Sham hari tu, saya rasa saya buat dalam 40%, dalam kertas kerja dengan Ina ni, saya rasa saya buat dalam 30% jer kot. Time kasih dan tahniah pada Ina, nanti dia nak pergi present di Singapore ni.. Good luck yer..
_________________


Child Custody and Maintenance Decisions:

A Case Study of Selected High Court Judgments in Malaysia from 1998-2008 [1]

Nor Fadzlina Nawi [2]

nfnawi@students.latrobe.edu.au

Nurhidayah Muhammad Hashim [3]

nmuhammadhashim@students.latrobe.edu.au

ABSTRACT

The determination of physical custody and maintenance arrangement for children is among the most difficult decisions that must be made in marital dissolution process. From a legal point of view, the current determining standard of the ‘best interest of the child’ is a vague principle of law. The application of the legal principle or standard is claimed to be usually “indeterminate” and “speculative” due to the fact that the court needs to make a prediction of what will be the best custodial and maintenance arrangement for the child. This requires the court to make an evaluation based on the facts of the case and can be eventually shaped or influenced by the trial judge’s own personal values and discretions in making the decisions. The discretionary nature of the application of the principle, along with different sets of values in the assessment may lead to assumptions of adjudicator bias and discrimination and thus encourage re-litigation. Even when courts increase the use of their resources in assessing the best arrangement for the children, they remain an outside party to these relationships. This and the fact that relationships are being assessed by courts at times of abnormal stress mean that the reliability of any decision made is usually questionable. However, in most contested custody cases, the courts have to come to a final decision.

This study traces a collective of high court’s judgements in Malaysia for the past ten years concerning child custody and maintenance determination, in order to reveal what is the pattern of judgment employed by judges in Malaysia. This article presents the findings of an exploratory case study...


[1] Presented at the Marital Dissolution in Asia Conference & Workshop, 6 - 7 May 2010 organized by the Asia Research Institute, National University of Singapore, Bukit Timah Campus, SINGAPORE.

[2] Law Lecturer with Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, MALAYSIA. Possesses LL.B (Hons) IIUM 2001 and Master of Comparative Laws, 2002. Currently pursuing her PhD at Latrobe University, Melbourne, AUSTRALIA.

[3] Associate Professor at Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, MALAYSIA. Possesses LL.B (Hons) IIUM 1992, LL.B Syariah (Hons) IIUM 1993, Master in Syariah & Law UM 2001 and Diploma in Syariah Law and Practice (DLSA) UiTM 2005. Currently pursuing her Ph.D at La Trobe University, Melbourne, AUSTRALIA.

Saturday, April 10, 2010

Aisyah

Aisyah darling..

Malam tadi Aisyah said something regarding my statement nak jadi kaya..

'Umi... last time Umi said we have to be rich kan sebab kalau kita kaya baru kita buleh makan-makan yang best-best kat restorankan..'

'Yes.. why?'

'Aisyah rasalah kan Umi, we don't have to be rich untuk dapat makan makanan best tu..'

'Dah tu?..' saya tanya..

'Aisyah rasalah, kita need to have money je Umi.. No need to jadi kaya, ada duit je dah buleh makan best-best..'

'Umppp.. apa tu Aisyah..'

'Maksud Aisyah, kita still boleh makan best-best kalau ada duit, tak jadi kaya pun tak apa Umi..Betul tak Umi.. Kaya tu ada banyak sangat duit, kalau kita ada duit tak banyak sangat pun still boleh makan best-best.. Kan Umi..'

Aisyah .. Aisyah... dia berfikir-fikir ke statement saya yang main-main tu.. isy isy..
Saya pun mengiyakan je ler..

'Betul jugak ye.. tak kaya pun kita boleh pergi restoran kan.. pandai Aisyah ni...hehe..'
_________________

Kahwin

Masa ramai-ramai sleepover kat rumah saya hari tu, saya tanya soalan cepumas...

'Aisyah, Iman, Hana, nanti when you grow up, nak kahwin tak?'

Hana yang jawab dulu..

'Eii tak nak ler kahwin.. Hana nak duduk dengan Mama dan Babah'

Iman pulak, 'Iman nak kahwin.. sebab semua orang dah besar kena kahwin..'

"umphhhh.. ye ker Iman.. Sebab apa kena kahwin?'

Aisyah memberikan buah fikiran ilmiahnya..

"Hana, we can't say that we don't want to get married tau.. We have to get married bila besar.. Sebab.. kalau kita dah get married, baru kita dapat anak. kalau kita tak married, tak dapat anak. Kalau kita tak get married, tak dapat anak, tak boleh sebab macamana human nak jadi ramai kalau tak ada anak..."

Hump... terkedu saya..
Aisyah Aisyah...

______________

Umur

Hari tu Aisyah on the way to school tanya soalan kat saya dalam kete.

'Umi, why some children, they are 8 years old but kadang-kadang dia tak faham mak dia marah. Dia tak dengar.. Aisyah pelik, tak kan 8 tahun can't understand apa mak cakap..'

Susah jugak nak jawab..

Saya kata,
'Some people, Allah gives them mind to think earlier than others. Ada yang umur 8 tahun but they can think like a 10 or maybe 12 year-old kid. Ada orang Allah tak bagi mind tu lagi. Lambat dia faham what people say, nanti dah besar baru dia paham..'

Apa saya cakap tu yer... saya pun tak paham.. hehe

Tapi Aisyah paham pulak..

Dia jawab,

'Ooo kalau like that, tak boleh lah kita marah sangat sebab Allah belum kasi dia mind lagi kan Umi.. kalau Umi tell something secret, Aisyah tak cerita pada orang, means that I can understand what is secret and what is not. Maknanya Allah kasi Aisyah mind awal siket le ye Umi ye..'

"ye lah .. pandai Aisyah sebab paham umi cakap..'

kadanag-kadang mati kutu saya dengan Aisyah.. advance sangat. hehehe..
semoga jadi anak yang soleh di masa depan dengan kelimuan yang tinggi dan akhlak yang mulia.. amin

Friday, April 9, 2010

Baru clear..

Yang ni ok,
gambo tak le kecik sangat..
Fifah dan jep ni pengantin baru. Tapi saya dengan Sham pengantin tak baru..hehe..



Ni gambar kaki.. Saya terjumpa kat internet.. reflexology.. subhanallah.. kat kaki kita semuanya ada kaitan dengan perut dan organ badan.. Bijaksananya Maha Pencipta.. Tuhan seru sekelian alam.. Apa kaitan dengan gambar di atas? Takde apa-apa sebenarnya, tapi boleh juga untuk kita renungkan kejadian ALlah. Kita selalu menjaga muka supaya kemas, cantik, letak bedak dan macam-macam lagi untuk jadi cantik dan dipandang cantik, kadang-kadang kita lupa bersyukur pada kejadian lain di badan kita yang juga perlu kita jaga.. Walaupun kaki kita selalunya kurang cantik siket, tapi kat kaki ada macam-macam.. Jadi kena jaga kaki kita elok-elok..

Kaya..

Nak Kaya tak ??

'Aisyah.. Umi rasa kan kita kena jadi orang kaya ler..'

'Why Umi?'

'Sebabnya Umi suka makan kat kedai, yang best-best.. semua tu mahal.. sebab tu kita kena jadi orang kaya...'
'Lagi satu, kalo kaya, kita pun boleh tolong orang Palestin, orang susah-susah..'

'.. Aaa ler Umi...'

Saya menyepoilkan anak saya ker?
entahler.. tapi yang sebenarnya, saya memang suka tengok makanan best-best..
tengok My Kitchen Rules, tengok program masak-masak..
Tapi saya tak suka masak.. .. Itu ler masalah saya..
Masak mudah-mudah tu boleh ler.. tapi kalo nak bukak restoran, tak boleh ler...

Macamana nak buat yer? Nampak gaya ada satu je pilihan.. kena jadi orang kaya..

Orang kaya yang baik ler maksud saya...

Saya baru balik Sydney Road, baru lepas perabis $40 di Alamaro..isy isy...
Makan tadi tak sama macam kat Mesia.
Mesia memang syurga makanan..

Kat Mesia, kalau ada benda2 berlaku menggembirakan saya, kita akan pi makan seafood kat Muara Seafood kat Pelabuhan Kelang.. huihhh sedapnyer.. rindunye saya...

Bila teringatkan makanan, saya rasa nak balik Mesia.
Tapi bila teringatkan research saya , hilang selera makan.. adusss..

Thursday, April 8, 2010

Keciknye gambo..

Kecik sungguh gambo..



Saya pun tak tahu napa jadi kecik sungguh gambo tu yer..
Semua ni gambo masa Bundoora Park hari tu..
Gambar atas sekali Abah tengah main,
gambar tengah saya tengah main.
gambar bawah sekali saya dengan sham dan juga Fifah (isteri Jep)

Time kasih pada Jep sebab saya copy gambo-gambo ni dari facebook dia.
Sebelum ni saya copy dari facebook azizi, ayob dan lain-lain..
time kasih ye semua..
_______________

TEKA-TEKI..

Joke...

Saya ketawa terkikik-kikik dengar Abah dengan Aisyah dok main teka-teki..

'Aisyah..
Kambing bin apa?'

Ternganga mulut Aisyah..
'Hahh kambing? bin apa?
'Ada bin ke dia Bah?'

'Alaaa Aisyah teka ler..'

'Kambing bin Ahmad..'

'hehe...Salah!

'Aisyah give up tak?
ye..

Jawab dia adalah..
Kambing bin Atang

Apa benda tu Bah?
tak paham ler..
Kambing kan binatang..
so kambing bin atang ler..


ka ka..ka..

Wednesday, April 7, 2010

Isu Sebat Kartika

Sebat

Ramai yang bersuara- menyokong dan melawan keputusan sebat pada Kartika. Yang terbaru Raja Pahang menukar penghakiman dari sebat kepada khidmat awam. Saya sangat terkejut, terkedu, tergamam, sedih.. Kenapa jadi macam ni. Kenapa raja campur tangan dalam judiciary? kenapa Raja menurunkan sampai ke tahap tersebut. Ia sangat menyedihkan.. Bukan saya sedih pada Kartika, saya sedih pada perkembangan perundangan Syariah di Malaysia.. Kehakiman tidak bebas bertindak, apa akan jadi pada perkembangan Syariah di Malaysia?? Kuasa lain boleh menukar-nukar penghakiman... Sedihnya saya... sangat sedih!

__________
Saya copy statement kawan-kawan saya ...

PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Isu: Peringanan Hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor

Untuk Siaran Semua Media

PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) menzahirkan perasaan amat dukacita dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang yang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Kartika Sari Dewi Sukharnor dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.

Titah perintah ini langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie atas kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya. Kartika juga telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi masih cekal mahukan undang-undang Islam dilaksana ke atasnya.

PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah. Hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.

Di samping itu pula undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak. Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada Hukum Syarak.

PPMM juga musykil peringanan hukuman tersebut dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman tersebut sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.

Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diampuni pekenan oleh DYMM Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah. Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan Hukum Syarak. Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini.

PPMM juga menyelar ahli-ahli politik termasuklah menteri-menteri, ketua pembangkang dan NGO-NGO lain yang membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka demi mengaut keuntungan politik atau populariti dalam isu ini.

PPMM menegaskan setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.

Bertarikh pada 1 April 2010

Abdul Halim Bahari
Setiausaha Agong
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

__________________

PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM)

Jumaat, 02 April 2010 bersamaan 17 Rabiulakhir 1431H


KENYATAAN AKHBAR
PRESIDEN PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM)
MOHAMAD ISA ABD RALIP

ISU UBAH HUKUMAN SEBATAN SYARIE TERHADAP KARTIKA SARI OLEH SULTAN PAHANG, SULTAN AHMAD SHAH

PGSM dengan ini mengeluarkan kenyataan tentang pendirian PGSM sebagaimana berikut:-

1. Tidak menyokong sepenuhnya tindakan perlaksanaan hukuman khidmat masyarakat ke atas Kartika bagi menggantikan perlaksanaan hukuman sebat. Ini adalah kerana sebagai peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah kami menyatakan bahawa sebagai Ketua Agama Negeri, Baginda Sultan mempunyai kuasa ekslusif untuk mengurangkan atau meringankan, menambah atau mengubah apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Kuasa ekslusif ini terbahagi kepada 2 keadaan berikut iaitu pertama apabila pesalah itu membuat permohonan rayuan kepada Baginda Sultan dan kedua apabila Baginda Sultan sendiri berkenan memberi pengampunan walaupun tidak dirayu atau dipohon oleh pesalah.

2. Keadaan pertama : Mengikut enakmen pentadbiran Agama Islam Pahang di bawah seksyen 209, sultan boleh mengurang, menambah atau mengubah hukuman dengan syarat tertuduh kena melalui rayuan terlebih dahulu hingga selesai kes mahkamah rayuan. Dalam kes Kartika ini, dia tidak membuat sebarang rayuan. Keadaan Kedua : Seksyen 133 tatacara jenayah Pahang pula mengatakan sultan atas nasihat mufti berkuasa meringankan hukuman dengan ganti kepada hukuman yang lebih ringan walaupun tak dirayu atau dimohon oleh pesalah dengan menggantikan drpd sebat kepada penjara atau penjara kepada denda. Itu sahaja kuasa sultan dari sudut perundangan, tiada disebutkan ganti kepada khidmat masyarakat. Tambahan ikut jumhur ulama’ kesalahan minum arak adalah termasuk dlm hukuman hudud dan hukumnya adalah disebat sekurang-kurangnya 40 rotan.

3. PGSM berpandangan bahawa hukuman sebatan adalah kesalahan yang berbentuk kesalahan hudud.

4. Penggantian hukuman sebat kepada hukuman khidmat masyarakat menggambarkan seolah-olah Sultan mengatasi undang-undang syariah walaupun sultan mempunyai kuasa esksekutif.

5. PGSM menimbulkan persoalan samada nasihat mufti telah diperolehi terlebih dahulu selari dengan peruntukan Seksyen 133 tatacara jenayah Pahang yang mengatakan sultan atas nasihat mufti berkuasa meringankan hukuman dengan ganti kepada hukuman yang lebih ringan walaupun tak dirayu atau dimohon oleh pesalah dengan menggantikan drpd sebat kepada penjara atau penjara kepada denda.

6. Pengumuman tersebut mengejutkan pengamal undang-undang syarie dan ianya memberi kesan kepada pandangan orang ramai terhadap Mahkamah Syariah sebagai institusi keadilan Islam memandangkan kepada hukuman yang telah dijatuhkan dan perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim sebelum daripada ini serta pendirian Kartika Sari sendiri yang sudah bersedia untuk menjalani hukuman tersebut sebelum ini.


Sekian, untuk siaran.

MOHAMAD ISA ABD RALIP
Presiden PGSM

Tuesday, April 6, 2010

Perjalanan..

Daylight Savings

Pada 4 April jam 3 pagi hari Ahad, jam ditukar awal sejam. Back to normal. Daylight saving ends. Saya bangun pagi tu jam 4 pagi, jadi agak terpinga-pinga sebab subuh masuk sejam awal. PDA saya rupanya berbunyi awal sejam le kan. Terlupa rupanya pagi ni jam dah berubah. Subuh masuk 5.12pg.

Jadi mulai hari ni beza kita dengan Mesia hanya dua jam je lah. Kalau Melbourne kol 9 pagi, kat Mesia kol 7 pagi lah.

Di sini cuti pajang Easter holiday. Jumaat cuti,, Isnin cuti, Selasa pun cuti..

Hari Ahad, ramai kawan-kawan ke Bendigo. Sham, Ja, Nor dan ramai lagi nak berjalan ke Bendigo, Mereka ajak kami join sekali. Abah dan Aisyah nak sangat pergi tapi saya tak dapat. Saya dah janji nak jumpa Ina kat pejabat hari Ahad, nak discuss mengenai paper Singapore. Abah pulak tak nak pegi dengan Aisyah saja, nak Umi ikut.. humppp .. susah jugak.
Tapi akhirnya saya terpaksa pujuk dua-dua orang.. hehe.. Lain kali kita gi Bendigo yer. . Esok kita pergi office Umi yer.. sian pulak rasanyer..
_________

Lepas hantar saya ke opis di opis Ina, Abah dan Aisyah ke Trash and Treasure, beli barang-barang.. Dah petang lepas baru saya balik rumah.
___________

Isnin 5 April, saya ke opis jugak. balik petang jugak..
Abah dan Aisyah duduk di opis jugak.
Tak kemana-mana hari ni..
sian sungguh dengan Aisyah dan Abah

___________

Selasa 6 April, hari ini hari melawat.
Plan tertunggak visit kawan-kawan yang dapat baby dan operation.
Jam 11 pagi- visit Rami dan new born baby
Jam 12.30 tgh - visit Zida dan new born babynya

Balik rumah makan tengahari. Lepas solat Asar ke rumah Cik Din- visit Cik Din yang lepas operate mata hari tu.

Lepas tu pergi Coles, pergi Fruit shop.. dan balik rumah jam 6.45 mlm. Terus solat Maghrib dan isya'.

Sekarang waktu solat sudah awal sejam;
Subuh- 5.12 pg
Zuhur - 12.24 tgh
Asar - 3.36 pm
Maghrib - 6.09 pm
Isya'- 7.31 pm

Kalau nak puasa, bagus jugak sebab awal buka puasa, tapi kalau berjalan-jalan kurang ceria sebab malamdah jadi cepat dah..

Sunday, April 4, 2010

Perjalanan..

Jumaat 2 April

Kampung tempat saya duduk sekarang ini, sepanjang permusafiran kami di bumi Down Under mengadakan majlis perhimpunan dan makan-makan bersama La Trobe Association MSA pada hari Jumaat 2 April. Kami sekeluarga datang. Alhamdulillah ramai yang hadir memeriahkan. hari ni saya tak bawak makanan, tapi saya bawak 3 kilogram ayam yang saya buat BBQ, bakar kat oven kat rumah.. Tu paling mudah, senang dan sangat ler sedap...habis cepat... hehe..

Khamis 1 April
Malamnya Study Circle kaum lelaki dibuat di rumah Hana-jam 7pagi-9mlam. Saya di pejabat dengan Sham siapkan paper ASLI. Lepas habis kerja, jam 8.30 mlm, saya dan Sham ke rumah Hana -kawan Aisyah(Mamanya Ja, Ayahnya Hamdan). Kita orang makan ler apa lagi.. lapar like a crocodile... hehe...Lepas makan, Aisyah tak balik rumah, sleepover kat rumah Hana..
Seronok melompat-lompat ler main Hana dan Aisyah dan Iman tu..

Maknanya, Pagi Jumaat makan-makan tu, saya dan Abah jemput budak-budak tiga orang dari rumah Hana ke BUndoora Park. Lepas makan-makan Bundoora, kami ke rumah Hana semula. Aisyah dan Iman dan Hana masih tak puas main, jadi sleepover lagi hari ni. Maknanya Aisyah, Hana dan Iman ni bergembira sakan-sakan sebab dapat sleepover 2 hari..

Sabtu 3 April

Pagi Sabtu jam 10pg kami tiga keluarga berjalan-jalan pulak ke Geelong..

Di Geelong, kami visit Museum Ford, then Museum Wool, lepas tu ke Water front bagi budak-budak ni mandi...
Gembira ler semua orang.. especially tiga orang princesses tu..
Kami solat jama' di Masjid Warribee..
Balik rumah jam 9mlm

Di bawah gambar Bundoora Park...


Gambar copy dari facebook Azizi. Hari tu kami terlupa bawak kamera, so semua copy paste dari facebook orang..{upsss cite pasal facebook ni, hari tu saya tutup facebook saya sebab letih banyak sangat nak reply add add add... letih rasa.. hehehe..tapi sebab ramai tanya, napa tak boleh tag gambar, kak dayah dah tutup facebook ker?? so saya bukak kembali sebab nak tag dan copy gambar2 ni..gitu ler adanye...harap maklum.. hehehe..}

Ini sapa lak ni? Oooo tiga dara pingitan... hehe... Sham, Suzana dan saya ler tu...

Ni bila lak gambar saya diambik ni.. isy isy...

Saturday, April 3, 2010

Artikel Hak Anak



Hak kanak-kanak amanah orang dewasa
Bersama Nurhidayah Muhd Hashim

Disiarkan dalam Berita Harian Ruangan Agama -Sabtu 2010/04/03

Ibu bapa, waris wajib menyediakan keperluan supaya anak membesar dengan sejahtera

DEWASA ini ramai yang memperkatakan hak kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dilayan dengan baik kerana itu hak mereka. Kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal dengan siapa selepas ibu bapa bercerai kerana itu hak mereka. Mendera kanak-kanak adalah jenayah dan ia melanggar hak kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu diberi nafkah kerana itu hak mereka dan sebagainya. Kerajaan juga prihatin dengan hak kanak-kanak di Malaysia. Apakah sebenarnya yang dikatakan hak kanak-kanak? Soalan paling asas yang perlu difahami ialah apakah kanak-kanak mempunyai hak terhadap sesuatu dalam hidup ini?

Ramai ahli teori berbeza pendapat sama ada kanak-kanak ini sebenarnya ada hak atau tidak. Mereka berbeza pendapat dalam menilai hak anak dan hubung kait dengan kebajikan, kepentingan, tanggungjawab dan hukuman. Perbincangan seperti bolehkah kanak-kanak mempunyai hak sedangkan mereka sendiri perlukan orang lain untuk mendapatkan hak itu?


Bolehkah kanak-kanak mempunyai hak jika mereka sendiri sangat muda dan tidak mampu untuk membuat sesuatu yang menunjukkan balasan kepada hak dan tanggungjawab sendiri?

Pemikir liberationists contohnya Halt, percaya kanak-kanak tanpa mengira usia mesti dilayan seperti orang dewasa. Mereka berhak kepada semua perkara seperti orang dewasa.

Contohnya mereka mempunyai hak untuk memilih, mengundi, untuk bekerja, mendapat duit hasil kerja, menjual beli, memilih pendidikan dan sebagainya.
Pendapat ini sangat liberal dan melihat kanak-kanak seperti orang dewasa, yang berhak melakukan apa saja dalam hidup. Bahkan sebagai orang dewasa, kita perlu membiarkannya dan menghormati apa saja kehendak dan pilihan kanak-kanak.

Pada masa sama, ada aliran pemikiran yang berlawanan mengatakan kanak-kanak tidak mempunyai sebarang hak. Mereka tidak mampu untuk membuat pilihan dan tidak mampu melaksanakan apa yang dikatakan kemampuan memilih dan melaksanakan hak. Justeru, ia bermaksud kanak-kanak tidak mempunyai sebarang hak dan orang dewasa yang berkuasa mutlak menentukan, menyediakan serta membuat keputusan untuk kanak-kanak.

Islam menyentuh isu hak kanak-kanak sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Pendekatan diambil oleh Islam sangat unik dan ia adalah jalan pertengahan di antara dua teori yang dibincangkan terdahulu. Islam mengiktiraf bahawa kanak-kanak adalah makhluk Allah yang mempunyai hak tertentu dalam hidup ini dan meletakkan tanggungjawab pada orang dewasa untuk melaksanakan dan menjayakan agar hak kanak-kanak diberikan kepada mereka.

Islam menyuruh bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak, menyediakan makanan sesuai, memberi nama yang baik, mendidik mereka dengan adab yang baik, mengajar ilmu agama adalah gambaran kepada pengiktirafan Islam terhadap hak kanak-kanak.

Bahkan, seorang profesor dari Yaman, Dr Saleh al-Dhubyani, menyebut bahawa apabila ibu mengandung diberi keringanan untuk berbuka puasa, dilarang daripada mengambil ubat-ubatan yang membahayakan kandungan atau menggugurkan kandungan tanpa alasan dibenarkan syarak, adalah bukti walaupun kanak-kanak belum lahir, Islam sudah meraikan hak mereka.

Teori hak ini dikembangkan dan akhirnya diraikan dengan rasmi melalui konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) pada 1989. UNCHR 1989 membincangkan apakah hak kanak-kanak yang perlu dipertahankan.

Negara kita Malaysia menandatangani konvensyen ini pada 28 Disember 1994 dan mengguna pakai pada 7 Februari 1995.

Antara peruntukan besar dalam UNCHR seperti Artikel 27 ialah ibu bapa atau sesiapa saja yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak dalam kemampuan dan kapasiti mereka untuk menyediakan satu kehidupan yang wajar untuk perkembangan kanak-kanak.

Peruntukan ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk dibesarkan dalam suasana keluarga dan ibu bapa mesti memperuntukkan sebahagian kewangan untuk menjayakan hak berkenaan kepada kanak-kanak.

Ibu bapa wajib menyediakan dalam kemampuan mereka, membelanjakan pada tahap kemampuan kewangan mereka membiayai hidup kanak-kanak supaya mereka dapat membesar dengan sejahtera. Itu adalah antara hak kanak-kanak. UNCHR juga melihat keluarga sebagai kelompok terpenting tempat kanak-kanak hidup dengan selesa dan dapat membesar dengan baik. Hak anak diiktiraf dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan ia dilaksanakan dengan baik.

Pada masa sama, apabila ibu bapa gagal menjaga kesejahteraan kanak-kanak, gagal memberi bantuan kewangan menjayakan tumbesaran dan kehidupan yang baik untuk kanak-kanak, maka kerajaan perlu campur tangan dan membantu menjayakan hak kanak-kanak itu.

Ia dapat dilihat melalui Artikel 27.3 yang menyebut antara lain bahawa kerajaan perlu membantu ibu bapa untuk menunaikan hak kanak-kanak itu terutama membabitkan bantuan material dan makanan, pakaian dan penempatan. Tanggungjawab kerajaan adalah membantu apabila ibu bapa gagal menyediakan kerana tidak berdaya, tidak berupaya dan bukan mengganti tugasan ibu bapa.

Isu yang berlaku di negara kita membabitkan kebajikan kanak-kanak adalah perkara besar yang mesti diketengahkan.

Tuntutan nafkah kanak-kanak selepas ibu bapa bercerai dinafikan oleh bapa yang lari daripada tanggungjawab dan statistik kanak-kanak luar nikah yang tinggi lahir di Malaysia adalah isu besar kerana hak kanak-kanak.

Hak mereka untuk mendapat kehidupan yang baik dinafikan dan mereka mungkin akan terabai dalam menghadapi tumbesaran yang sesuai. Kita perlu bangun untuk menyediakan ruang yang baik untuk hak kanak-kanak ini.

Penulis ialah Profesor Madya di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam, sedang melanjutkan pengajian PhD bidang Undang-Undang Keluarga di La Trobe University, Melbourne, Australia

Friday, April 2, 2010

Muka depan ASLI

Law in a Pluralist Asia: Challenges and Prospects
7th Asian Law Institute Conference
Tuesday and Wednesday, 25 and 26 May 2010, Kuala Lumpur, Malaysia


VIOLENCE AGAINST WOMEN: ANY HONOUR IN HONOUR KILLING? - A QUERY
Murshamshul Kamariah Musa &
Assoc Prof Nurhidayah Muhd Hashim
La Trobe University, Melbourne
mksham.musa@gmail.com

puan_hidayah@yahoo.com

ABSTRACT

The international concern on the violence committed against women has been given due recognition through an international declaration, Convention on the Elimination of Discrimination against Women or CEDAW which was adopted by the United Nations General Assembly in 1979. Women have become victims to many types of crimes sometimes just due to their gender. Among the types of crimes or violence committed against a woman, which is gender bias, is the practice of honour killing – prevalent in some countries in the Middle East such as Jordan and Lebanon and in India, Pakistan, and Bangladesh. Unfortunate women have become victims when their family claim that the family honour is taint due to their actions or demeanours. As a result, the male actors in the family are deem responsible to protect and cleanse the family's honour by punishing the ‘misbehaved’ female member of the family - by murdering her. Research done shows that even though such violence has been condemned and highlighted especially under CEDAW as being against the tenets of the universal protection for women, the killing still goes on. This paper will try to analyse the historical background and concept of honour killing and how Islam perceives the concept of killing in order to protect the honour. The discussion will also focus on the legal provisions and cases decided in few countries in order to evaluate the trends of the killing.