Wednesday, January 14, 2009

Manuskrip Melayu Lama

Selesai Sudah Research IRDC Manuskrip Melayu


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana saya berjaya menyelesaikan research yang terhutang dengan UiTM sebelum saya ke sini.

Saya telah berjaya menyelesaikan proses menukar aksara dan membuat analisa ke atas manuskrip Melayu hasil tulisan tokoh terbilang Syeikh Daud al-Fatani..
amin ...

Kajian ini didaftarkan di bawah IRDC UiTM mendapat gran FRSG. Saya membuatnya bersama dua orang kawan iaitu Kak Pah dan Nurul dengan dibantu oleh Eva. Selepas membahagi tugasan, saya sebenarnya membuat proses penukaran aksara sebahagiannya, kemudian semua orang mengrimkan kepada saya untuk dibuat pruf-read, membetulkan setiap perkara, memastikan sususan tersusun mengikut kehendak IRDC dan memastikan ia boleh diserahkan kepada pihak UiTM.

Memang sangat letih. ....
Tapi saya sangat teruja membuat kerja ini..

Saya fokus membuat perkara ini dalam 2 minggu ini dan beberapa kali saya tidak tidur untuk menyelesaikan nya. Semua kerja pembacaan untuk belajar saya tolak tepi dulu. Akhirnya dengan izin Allah saya berjaya menyempurnakannya .. Syukur

Membaca buku ini membawa saya meneroka ke zaman datok neneek moyang kita terdahulu. Hebatnya ilmu mereka dan bersungguhnya mereka ingin menyebar ilmu dengan menulis tangan. Kita hari ini ada komputer, boleh fotostat berapa copy kita nak, sedangkan dulu... bayangkanlah kesungguhan mereka.. Kerana kesungguhan dan pengorbanan mereka, kita mendapat cahaya islam di Tanah Melayu..

Buku tersebut selesai ditulis oleh Syeikh Daud Fatani pada Hari Isnin 13 Rejab 1252H dan saya telah selesai menukar aksara, membuat analisa dan menyusun dalam bahasa rumi pada hari ini Rabu 5 petang waktu Australia iaitu 14 Januari 2009 bersamaan 17 Muharram 1430H.

Bayangkan...
Buku tersebut yang ada di tangan saya sekarang ini berumur 178 tahun..
Semoga Allah memberi pahala sebesar-besarnya kepada Syeikh Daud Fatani atas peninggalan kitab besar ini.. Dan semoga saya juga diberi Allah pahala dan mendapat percikan keberkatan dari Syeikh berjasa ini. amin

amin thumma amin..
_____________

Siapakah Daud Fathani? Apakah isi kandungan tulisan tangannya itu?
Saya akan ceritakan dalam entry selepas ini..




Ini adalah muka depan manuskrip tersebut yang bertajuk Sullamul Mubtadi..


Muka surat tengah... Saya tunjukkan juga gambar MAMEE yang menemani saya masa buat kerja ni... MAMEE ni boleh dibeli di kedai Vietnam kat sini, tulispun tulisan Rumi untuk dijual di Malaysia. Saya makan MAMEE nya saja, perencahnya saya buang... (saja nak maklumkan.. hehe..)





Inilah muka akhir manuskrip tersebut....
Seronoknya saya..
Hanya Allah yang tahu..
p/s Ujian Cepumas..
Jika anda ingin tahu tahap keboleh bacaan jawi lama anda, klik atas tulisan buku tersebut. nanti dia akan jadi besar. Jika anda boleh baca, maknanya jawi anda ok. Jika tak boleh baca, kena masuk kelas jawi semula macam cerita P Ramlee Bujang Lapuk..