Friday, January 30, 2009

Tumpang Rumah dan Hak Tetamu

Study Circle 4-Khamis, 29 Jan

Study Cirle 4 diadakan di rumah Nor, Pak Tam di Thomastown.. Semalam suhu sangat panas, mencecah 44 degree masa petangnya. Subhanallah.. dari pagi berubah-ubah.. sekejap 41, sekejap 43, sekejap 41 balik, rupanya suhu di sini bersilih tukar ganti dan kata kawan-kawan yang dah lama di sini, ini antara tertinggi... terlalu berbahang dan rasa berapi-rapi..

ALhamdulillah perancangan berjalan juga dan ramai yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis ilmu muslimat.
Gambar diambil oleh Aisyah.. bergegar-gegar jadi tak clear sangat.. Tapi Well done Aisyah.. lain kali ambik cantik2 yer..


Ini masa majlis berbincang berlangsung. Kita masih guna kitab Sullamul Mubtadi Syeikh Daud Fatani. Kali ni kita masuk bab Huquq- (Hak-hak) mengenai hak sahabat, hak jiran, hak ibu bapa, hak suami isteri, hak anak, hak tetamu dan menyentuh isu semasa di dalam yahoogroup pelajar di sini sekarang iaitu mengenai isu pelajar baru menumpang rumah pelajar lama, apa hak mereka, apa hak tuan rumah dari pandangan Islam. Ramai yang beri pandangan menarik..



Kami bincang sama ada ikhlas atau tidak bila kita letakkan harga pada mereka yang baru datang untuk duduk rumah kita? Apakah kita hilang pahala bila kita tak layan mereka sungguh2 sebab kita perlu ke opis dan menyiapkan anak sekolah, tugasan belajar dll.. Apa pandangan Agama...



Saya berpendapat..



Dalam kitab Tanbih al-Ghafilin dan Kitab Ihya Ulumuddin ada dihuraikan mengenai iman hamba, iman saudagar dan sebagainya. Iman hamba adalah orang yang buat suruhan ALlah semata-mata kerana Allah suruh, tanpa ingat nak dapat syurga atau neraka. Iman saudagar pula meminta sesuatu seperti minta diberi syurga dan sebagainya. Bahkan ada satu contoh dihuraikan dalam kitab tersebut tentang orang yang pergi haji dengan membawa barangan untuk dijual, apakah ia ikhlas naik haji atau pun tidak? Jawab penulis kitab, ia masih berada dalam lingkungan ikhlas kerana asas niatnya adalah kerana dan untuk Allah. Tujuan menjual barangan bukan niat mutlak dia ke mekah, kecuali kalau memang qasad hatinya untuk duit dan keuntungan, maka lainlah keadaannya..

Bagi saya, ia relevan dalam kes yang berlaku ini di mana ada orang yang membantu mereka yang perlu semata-mata kerana patuh ajaran agama dan tidak mengharapkan apa2 pun. Dan masa yang sama, ada yang membantu kerana Allah dan mengharapkan syurga, harap Allah membantunya apabila dia susah suatu hari nanti dan sebagainya.

Pada saya semua itu masih berada dalam lingkungan ikhlas.

Ia juga berkait pula dengan kaedah fiqh 'al-umur bi maqasidiha' 'whateven done is judged by its intention'..Ia relevan di mana apabila kita membantu orang yang menumpang dan meletakkan bayaran, bukan bermakna hilang keikhlasan dan hilang pahala kerana niat asasi adalah kerana Allah tetapi dalam keadaan tertentu bayaran dikenakan atas sewa, makanan, elektrik dan utilities lain adalah sesuatu yang munasabah dan acceptable.

Pendapat saya juga...



Orang yang datang menumpang perlu faham bahawa kita sama-sama hidup atas ehsan duit biasiswa, perlu ada give and take di samping membayar harga ditetapkan dan menjaga amanah duduk di rumah orang selama mana diizinkan oleh tuan rumah. Dalam keadaan tertentu, dua-dua pihak ada give and take.



Pada masa yang sama, orang yang baru datang selalunya tidak boleh bayangkan apa harus dibuat, apa harus dibeli dan rumah apa perlu disewa, maka mereka sudah tentu mengharapkan panduan dan bantuan dari tuan rumah yang menumpangkan mereka. Jadi saya berpendapat, perlu juga bagi tuan rumah allocatekan masa sehari dua untuk orang yang baru untuk menunjuk jalan, menolong daftar universiti, menolong bawa kereta untuk inspection rumah,

Duduk rumah orang juga boleh melibatkan aqad amanah terutama melibatkan pelajar baru masuk rumah kosong (with full facilities) di mana tuan rumah balik Mesia (dalam kes yang balik collect data) . Dalam kes sebegini, tuan rumah telah memberi kebenaran untuk mengguna pakai rumahnya dengan kelengkapan yang ada, maka wajarlah dibayar mengikut sepatutnya. Dan orang yang menumpang perlu pula menjaga rumah tuan punya atas nama amanah, sebagai mana dia masuk rumah, begitulah juga semasa dia keluar.. sama sahaja.

Barulah hubungan sesama insan akan harmoni dan baik selalu..
Kita memberi orang merasa, kita berbudi orang berbahasa..


Ini masa awalnya, kami baca yasin sama-sama..


Yasin... wal quranil hakim...




Inilah buku yang saya maksudkan.. sudah habis dalam pasaran bahkan khabarnya penerbitnya pun dah tak ada buku ni lagi.. Tetapi saya berjaya mencarinya melalui internet di State Library Australia dan membuat permohonan interlibrary loan melalui khidmat document delivery.. Inilah bukunya yang mengisahkan siapakan ulma' kita bernama Syeikh Daud Abdullah Fatani.. ilmuan bijaksana yang karamah pada tahun 1252Hijrah bersamaan 178 tahun sebelum ini... Al-fatihah untuk semua ulma' yang telah berjuang menyebarkan Islam untuk kita semua..

__________________