Sunday, August 31, 2008

Aku Seorang Guru

Tell me about yourself....

'By profession, I am a lecturer in UiTM, one of the public universities located in Shah Alam. I have been there for more than 10 years. To be a teacher is one of my ambitions since I was small. To be honest, I love my profesion very much....'


____________

Cerita 1

Selalunya saya ajar 3 kod setiap semester. Semester ini saya ajar Undang-undang Keluarga untuk pelajar Lepasan Ijazah Guaman Syarie (DLSA), Islamic Legal Maxims untuk Pelajar Islamic Banking dan juga Hubungan Etnik untuk pelajar Undang-undang Part 2. Semester lepas saya ada ajar Islamic Jurisprudence tapi semester ini tak perlu ajar, sebab ada pensyarah baru yang mengambil paper tersebut.

Setiap semester saya akan berjumpa dengan pelajar2 yang baru.. Ada kelas yang pelajarnya riuh dan suka bercakap dan bertanya. Ada ketikanya saya mendapat kelas yang senyap, sepi dan semua orang macam berbisik sesama sendiri.. Kalau dapat yang senyap, saya rasa 'adoii peningnye kelas ni...'

Ada kalanya saya dapat kelas yang majoriti pelajarnya macam baik-baik dan cenderung kepada agama dan ada kalanya kelas saya didominasi oleh pelajar yang 'rock' dan macam-macam lagi...

Kalau tanya saya, saya lebih seronok kelas yang lebih dari 25 orang, jangan kecik sangat macam 10 orang ker.. sebab kalau kelas kecik, ada 2 orang datang lambat, 2 orang buat muka toya, 2 orang masam mencuka.. saya pun blank.. ia akan mengusik emosi saya sebab saya tak tahu mana nak pandang... Tapi kalau kelas ramai, saya ada banyak muka-muka yang boleh saya pandang, jadi kalau ada sorang dua yang takde mood, boring dengan kelas saya, jadi saya ada lagi alternatif muka2 lain untuk saya pandang.. Bagus tak analogi saya?

Beza saya dengan guru sekolah adalah saya mengajar orang-orang besar dan saya tidak perlu menulis plan of teaching untuk seminggu macam cikgu sekolah. Banyak juga perbezaan lain termasuklah mengenai waktu kerja, waktu cuti dan juga mengenai gaji.. hehe..
______________

Cerita 2

Last week, I had a class Islamic Legal Maxims for Islamic Banking students in the computer lab in level 3. The class should finish by 10.30am. After 10.00 am I did not have anything more to teach.. hehe.. laju betul saya ajar kali ni..

Jadi saya pun membuat satu usaha baru iaitu saya suruh my students surfed for Islamic Legal Maxims in the internet.. Seronok betul nampaknya mereka bermain-main deng data dari internet tu.. saya suruh mereka pergi ke web Zaharuddin.net, web al-Qaradhawi, islam-net dan lain-lain..

Ada satu cite yang agak lucu.. Saya telah membuat sesuatu yang lecturer lain tak pernah buat.. Apa tu... .. Saya telah menulis alamat blog saya di board dan suruh semua orang pergi ke sana.. . Jadi semua komputer di lab telah menunjukkan gambar Auisyah yang comel itu dan masing-masing dok ketawa baca cerita pasal Aisyah.. hehe..

Ada yang siap kat...'Hii cantiknya Aisyah..' 'Bestnya baca cerita Aisyah yer.. Bijaknya Aisyah yer..' dan macam-macam remarks lagi.. Sebenarnya saya bukan nak isytiharkan blog saya, sebenarnya saya nak ajar anak murid saya yang comel-comel dan handsome-handsome tu buat blog dan masukkan apa sahaja kisah yang mereka ingin abadikan dalam blog..

Bukan main seronok semua pelajar-pelajar tu membuat blog masing-masing... Siap tanya saya pulak nak letak nama apa untuk blog mereka.. Saya kata buatlah.. Luahan hatiku ker.. apa-apa jer ler janji menarik.. Ini belajar free jer buat blog ni..

Akhirnya, Sham ketua kelas 5A telah ada blog muhasabah.blogspot.com, dan Yana ada blog Yana Yang Cun... hehehe.. Tahniah yer sebab semua dah dapat ilmu baru..
_____________

Cerita 3

Saya pun tak tahu pelajar-pelajar saya ni sebenarnya minat atau boring dengan kelas saya.. Tetapi selalunya setiap kali semester saya akan dapat kelas yang berebut-rebut nak bersalam setiap kali habis kelas.. Saya suka mereka meraikan guru-guru yang memberikan ilmua.. Semoga semua anak murid saya akan menjadi insan mulia di kemudian hari..

Selalunya sebelum kuliah berakhir setiap akhir semester, di samping borang evaluation yang disediakan oleh Jabatan/Fakulti, saya juga akan benarkan semua pelajar menulis surat luahan hati mereka untuk saya tanpa perlu menulis nama mereka. Saya juga berjanji pada diri saya bahawa saya tidak akan cari siapa penulisnya kecuali jika dinyatakan sendiri..

Ada yang tulis sangat positif dan ada yang tulis dengan negatif.. Nanti saya akan sambungkan cerita ini dengan upload gambar2 surat2 pelajar yang ditujukan kepada saya..Sudah tentu yang best2 lagi banyak.. percaya tak??

Sambung lagi...

Merdeka dan Ramadhan

Hari ini 31 Ogos 08.. Hari kemerdekaan 51 negaraku tercinta.. Malaysia yang indah dan permai..

Melihat perkembangan politik di negara ini, saya gusar sebenarnya.. Apakah yang akan terjadi selepas ini.. Antara BN dan Pakatan Rakyat. Antara dua pihak yang mendominasi dua pertembungan pemikiran dan pendekatan berbeza di mana majoriti kedua adalah Muslim.. Apakah yang akan terjadi? Bagaimana Malaysia selepas ini?? Saya takut sebenarnya.. Semoga Allah akan menyelamatkan kita semua dari kecelakaan, perang saudara, perang dingin, berbalah sehingga negara menjadi bermasalah...

Melihat Thailan dengan PMnya Samak yang ditentang habis-habisan oleh rakyatnya juga menakutkan saya.. Melihat rakyat Selatan Thai yang selalu berbunuh-bunuhan antara bukan Islam dengan orang Islam menggerikan saya.. Melihat Sudan, Palestin, Georgia, Kashmir dan seluruh dunia yang semakin kacau memberi saya satu kesan bahawa di manakan keamanan?? Bagaimana orang Islam di tempat sana melalui hari-hari mereka di bulan Ramadhan? Apakah mereka bahagia dan tenteram hidupnya??

Doa yang selalu bermain di minda saya..

'Wahai Allah.. selamatkanlah kami semua..
Terima kasih atas keamanan yang diberi..
Pertahankanlah kesejahteraan kami di sini..
Lindungilah kami dari segala mara bahaya..
Izinkanlah kami menyambut Ramadhan dengan hati yang murni
Merasai keperitan hidup saudara kami di negara lain
yang tertindas dan menderita..
Semoga kami dapat mengisi kebesaran Ramadhan yang datang dengan sebaiknya...'
Amin Ya Rabbal Alamin..

'Selamat Hari Merdeka!!!

dan

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak'

Kepada diriku dan seluruh orang Islam di seluruh dunia..

Thursday, August 28, 2008

Kelas Darus Syifa'

Setiap hari Isnin, saya selalu menunggu-nunggu waktu petangnya untuk ke Bangi.. Setiap minggu saya akan rasa seronok dan teruja untuk berada dalam majlis zikir dan seterusnya belajar ilmu perubatan Islam dari Ustaz Harun Din.

Sebenarnya, saya sentiasa melihat diri saya seperti PDA yang saya ada. PDA yang selalu saya gunakan untuk membuat call, menulis sms pada orang-orang yang terdekat dengan saya, menaip dalam word dan excellnya, mengambil gambar dan video dan macam-macam lagi. Setiap hari PDA saya perlu dicaj baterinya, selalunya saya akan caj dari jam 12 malam dan saya akan tutup pada jam 6 pagi masa saya nak solat Subuh. Jika baterinya tidak dicaj, PDA saya akan kong dan tak boleh digunakan lagi..

Saya selalu menggambarkan saya seumpama PDA tersebut. Seluruh baterinya akan hilang selepas digunakan dan ia perlu dicaj kembali. Justeru itu, saya sentiasa menunggu-nuggu hari Isnin dengan penuh perasaan teruja dan bersemangat..

Jadual saya, setiap hari Isnin saya akan balik ke rumah jam 4.30 petang sedangkan hari lain saya balik jam 6.30 petang. Selepas balik, saya akan bersiap untuk solat Asar dan menyediakan beg peralatan pelajaran saya. My husband akan balik dari ofisnya jam 5 petang dan menjemput Aisyah dari nursery. Selalunya dia balik jam 7.00 malam.

Selepas solat Asar, dalam jam 6 petang kami bertiga akan bertolak ke Bangi. Sama ada ke rumah Atok Jalil atau ke rumah Cikgu Ani, untuk Aisyah duduk sekejap sementara habis kelas. Kami gilir-gilir, minggu ni Aisyah ke rumah Nenek, minggu depan Aisyah ke rumah Cikgu Ani dan bermain dengan Hanan.. Terima kasih yer Ani..

Selalunya kami akan sampai ke Darus Syifa' jam 7 malam. Tapi yang paling selalunya kami sampai jam 7.30 malam.. Berkejar-kejar takut tak sempat berjemaah Maghrib.

Bermula dengan solat Maghrib, selepas solat Ustaz Harun Din akan mengetuai solat Hajat berjemaah. Selepas solat Hajat, semua akan membaca Yasin dan diikuti Asas 10 dan zikir. Majlis tersebut berterusan sehingga jam 8.30 dan diteruskan dengan solat Isya' berjemaah.

Inilah yang saya maksudkan dengan caj bateri. Saya selalu berasa aman, tenang dan sangat seronok dengan majlis zikir tersebut. Ia seumpama memberi satu kekuatan tersendiri untuk saya. Zikir-zikir yang dibaca sangat dalam maksudnya dan semua orang menghayati dengan penuh tenang dan tersusun.

Kadang-kadang (banyak kali sebenarnya), saya tersengguk masa baca yasin, tapi saya akan tersedar dengan penuh segar masa bacaan zikir terutamanya zikir Allahu Allah Haq... Saya sangat suka dengar alunan zikir yang dibacakan..

Malam Isnin lepas 25 Ogos adalah kelas ke 31. Maknanya dah 31 minggu kelas berjalan dan saya dah dua kali ponteng kelas bermula dari 20 Januari 2008. Peraturan belajar di Darus Syifa' ini agak ketat. Setiap pelajar tidak boleh ponteng, maxima tak datang adalah 3 kali. Uiii .... saya cukup takut dengar ayat-ayat kena marah dari pimpinan Darus Syifa'.. Kecut perut campur merah telinga..

Saya tak datang sekali dulu sebab saya pergi melancong ke Padang, Sumatera. Lagi satu sebab saya balik kampung. Oleh kerana iu saya tak boleh ponteng lagi..

Bulan lepas, saya telah tertinggal kad pelajar dalam kereta Sentra sedangkan saya ke Darus Syifa' pakai kereta MyVi, bila sampai kami perlu 'punch in' dan nak balik perlu 'punch out'.. Alamak.. saya tak ada kad.. macamna ni yer.. Kalau saya biarkan nanti AJK DS ingat saya dah tiga kali ponteng.. Akhirnya saya tulis surat alamatkan pada Tuan Hj Rahman, Pengerusi DS maklumkan saya tertinggal kad di dalam kereta yang lain.. Tetapi.. fuyooo saya disuruh mengadap Ketua Bhg Disiplin... punyaler kecut perut saya.. Nasib baik ada seorang AJK Perempuan, Ustazah Siti, katanya... 'Takpe.. kasi surat tu pada saya, nanti pandailah saya kasi pada Ustaz yang jaga bahagian kedatangan pelajar..' Nasib baik.. ALhamdulillah..

Pelajar yang dah habis belajar tak perlu datang lagi ke DS setiap Isnin. Tetapi kalau nak datang juga, tiada halangan tapi tak boleh naik tingkat dua.. perlu duduk di tingkat bawah sahaja. Ada kawan baik saya dah lulus tahun sebelumnya, sekarang dah jadi perawat DS yang hebat.. Walaupun dah habis, boleh kata dia selalu jugak datang.. Sebenarnya dia kena datang sebab dia salah seorang pimpinan DS.. Orang kuat Darus Syifa'..Bagus betul dia..
Kalau saya dah habis belajar, saya tak sure saya datang lagi atau tidak..

Sekarang saya tengah menghafal Asas 10 sebab jadual Tasmi' telah dikeluarkan. Saya akan ditasmi' pada 13 Sept ini.. Takutnya saya.. Apaka ayat-ayat yang saya perlu hafal yer..

Asas 10 Pertama terdiri dari 10 ayat asas yang perlu ada pada diri pelajar Darus Syifa'. Ia adalah:

1- Al-Fatihah

2-Ayat Kursi

3-Ya Bari'

4-Kaf Ha Ya Ain Sad...

5- Selawat Syifa'

6-Selawat Tafrijiyyah

7-Lau Anzalna

8- Doa hindari Syaitan-- Azu' zubikalimatillahi tammah, Min kulli aduwwin wa hammah..

9-Salamun Ala Sulaiman

10-Doa benteng Sulaiman..

Lepas hafal tu, kena hafal Asas 10 Kedua pulak..

Jadi sekarang, saya sedang menghafal ni.. Sebab tu saya perlukan masa untuk menghafal.. Tapi yang paling menariknya, Abah dah hafal lama dah, dan Aisyah yang comel 7 tahun tu juga telah hafal kesemua Asas 10 yang pertama.. Ini satu cabaran yang sangat besar untuk saya... Macamana Aisyah dapat hafal dulu dari Umi ni....

p/s Sepanjang bulan Ramadhan, kelas tak ada.. cuma kena hadir untuk ujian hafalan sahaja atau dipanggil tasmi'.. Semoga pembelajaran saya di DS mempunyai keberkatan yang banyak.. amin

Wednesday, August 27, 2008

Sambungan cerita IELTS..

IELTS..

Oleh kerana ramai yang tanya berapa saya dapat, nampak gayanyer tak boleh ler saya diamkan yer.. hehe..

My respected friend, Dr Fisol adalah salah seorang yang telah bertanyakan result saya.. Saya ketawa betul bila mendengar remarksnya yang sangat bagus. Katanya..'You dah tulis you pergi exam IELTS, tapi tak bagitau result dapat berapa.. tak boleh ler..Saya masuk blog you beberapa kali nak tahu you dapat berapa...Macam baca novel tak habis.. mestilah tak best...' Hehe.. Dr Fisol ni seorang yang hebat, pandangannya selalu ke depan dan he is among pensyarah yang sangat savvy internet.. Macam-macam dia advice saya tentang blog, tentang nak belajar PhD dan sebagainya... Oleh kerana menghormati pandangannya, saya kena inform ler result saya yang tak ceria ni.. hehe..

Saya telah ke British Council untuk mengambil markah saya, deng deng deng... dapat berapa yer...Seperti telah dirancang-rancang, saya masih dapat Band 6.5.. Tapi saya tak sedih langsung dah.. Apa nak katakan.. saya dah usaha, soalannya susah pulak, pastu saya tersalah jawab essay tu pulak.. Walaupun dalam hati kecik saya merasa sedih tapi saya boleh terima.. My husband kata.. 'Alaa relax ler Umi...' So saya relax ler ni... hehe..

Saya telah menghubungi Supervisor saya di Melb Uni maklumkan perkara ini. Kalau dia tak sibuk nanti dia balasler tu.. Kalau dia sibuk, takde ler balas. Tapi selalunya dia balas.. Hari tu saya ada hantar emel maklumkan mengenai bidang dan tajuk kajian saya, dia balas dengan ayat yang sangat diplomasi pada pandangan saya, Dia tulis lebih kurang.. 'Your research topic is very interesting, and I am more than happy to be your Supervisor...' Best ler jawapan macam tu.. betul2 memberi motivasi pada saya..

Dalam masa yang sama, saya membuat plan B. Saya telah menghubungi my friend Fadhlina untuk tolong tengokkan Jabatan Undang-undang La Trobe Uni. Nampaknya ada seorang Asso Prof yang mendalami tajuk Family Law and Management.. Saya akan hubungi beliau kemudian.. Saya telah menghantar emel kepada International Department La Trobe Uni, katanya Band 6.0 sudah memadai untuk memohon di uni tersebut, untuk kemasukan Feb 09. Saya juga telah menghubungi Puan Sapiah, Jabatan Biasiswa, bertanyakan jka ada kesulitan yang tidak terjangka, apakah biasiswa saya boleh dibawa ke tahun depan. Beliau menyuruh saya menulis surat dan maklumkan proses-proses yang saya lalui serta masalah berbangkit dan mohon kemasukan sesi Feb 09. Saya akan membuatnya kemudian..I need to do that since the offer letter has stated clearly that the validity of the scholarship is until Dis 08 only..

Opss.. apa kata my Respected Boss.. Saya cukup menghormati beliau atas keperihatinannya terhadap saya.. My Bos menyarankan saya untuk mengambil sekali lagi IELTS dan berusaha untuk dapatkan Band 7.0 kerana dia akan tetap membantu saya untuk ke Melb Uni. Katanya..'Rugi you tak pergi ke Melb Uni ni.. Prof Saeed tu is a respected figure in Australia, dia dah setuju nak supervise you..pastu Melb Uni is among the Top University in Australia..You try lagi sekali yer' Saya sangat terharu atas keprihatinnya.. Ada tak orang lain dapat Bos macam ni.. rasa saya tak der kot.. Tabik untuk my Boss.. (Dia tak baca blog saya, jadi saya boleh jer tulis ikut suka saya.. hehe..)

Nanti saya fikirkan sama ada nak take another attempt or not..

One of my good friends telah memberi nasihat yang mengetuk hati saya.. Bila saya bagitau bahawa macam-macam berlaku, menyebabkan semuanya lari dari plan asal saya..Asalnya saya plan nak enroll untuk sesi July-Nov 08 (tak kisahlah sama ada masuk Ogos, Okt ataupun Nov 08)..

Katanya..' Mana tau kalo awak pegi cepat nanti Supervisor tu not in good mood, dia bagi awak faill pulak...' hehe.. betul jugak yer.. pandainya dia bagi saya lebih ceria dan positive..

Who knows something that we cannot see.. Only Allah the Allmighty who knows everything.. May He help me always.. throughout this long journey..

Habis ler cerita mengenai IELTS..

Friday, August 22, 2008

Hari Jumaat

IELTS

Ramai jugak yang sms bertanyakan result IELTS saya... Terima kasih sebab menunjukkan ke'concernan' (perkataan baru- DBP tak iktiraf..hehe..) anda semua..

Ada salah seorang student saya mengirim email dan mengutarakan bahawa dia mengirimkan doa agar saya dapat melalui cabaran demi cabaran dengan tabah.. Terima kasih yer Nurul. Doakan lagi yer.. mudah-mudahan ada kebaikan dan kemudahan di sepanjang perjalanan ini..

Yang ni kita cerita kemudian yer..
_____________

Perhimpunan Keluarga

Hari ini hari Jumaat, 22 Ogos. My mother ada di rumah saya kerana kami akan menghantar my younger sister Siti Khadijah @ Aa untuk menyambung pelajaran ke Jambi, Indonesia. Penerbangannya dijadualkan pada jam 3 petang Isnin nanti iaitu pada 25 Ogos 08. Jadi rumah saya penuh dengan ramai orang dan Aisyah sangat gembira apabila ramai kanak-kanak keangkatan dengannya sama-sama bermain di rumahnya dan di biliknya..

Kak Za satu family dari Johor pun turun. My elder sister Kak Za @ Dr Siti Zaiton adalah Pensyarah Kejuruteraan Komputer di UTM Skudai. Suaminya Dr Razali aka Abang Lie iaitu Pensyarah Electrical Engin di UTM juga. Semua datang dan tidur di sini. Aisyah asyik main sepanjang masa dengan Abang Firdaus, Abang Fahmi dan Kakak Tasnim. Tasnim ni suka baca buku, malam tadi dia tidur di bilik study rumah kami sebab semua bilik telah penuh.. Rasanya mesti dia berjaya menghabiskan beberapa buah buku yang tebal-tebal termasuklah buku Hamka dan buku berkenaan Barrack Obama..

Kak Nik, my eldest dan keluarga pun datang, tapi tak tidur sebab rumahnya juga di Shah Alam, Seksyen 19. Jadi penuhlah rumahku dengan suara riuh rendah Adik Afif, Syahmi, Abang Amir dan Kakak Nadia..

Adikku Ree yang tinggal di Puchong, Zura dan Na yang tinggal di Pandan Indah tak dapat datang sebab terpaksa kerja pada hujung minggu ni..

Aa dan suaminya Muez juga tidur di rumahku. Ulya asyik ikut kakak Aisyah pegi sana, pegi sini, baca buku, nyanyi pastu tengok TV.. Ulya ni asyik pakai tudung saja walaupun baru berumur 2 tahun.. bagus betol..

Adikku Aa sebenarnya lepasan Diploma KUIS dan menyambung untuk satu tahun ke Uni Jambi dan insya Allah dapat transfer credit untuk menghabiskan Degree Usuluddinnya dalam masa setahun di sana. Hari tu dia ke Mesir mengikut suaminya Muez menamatkan pelajaran ijazah Usuluddin di al-Azhar Uni.. Kami semua doakan semoga Aa berjaya.. Jadi sepanjang ibunya belajar, Ulya akan berada dengan Tok Ma di Kota Bharu nanti.

Saya ada ramai adik beradik, 11 orang dan yang paling specialnya, ada 5 orang bekerja sebagai pensyarah, 1 orang guru dan 3 orang Executive Syarikat. Kak Nik pensyarah UTM KL, Kakak kedua Kak Ros guru di Trengganu, Kak Za di UTM JB, saya di UiTM Shah Alam, Siti Hajar pensyarah UNITAR dan Idi pensyarah Kolej Baitulmal. Tapi sekarang dah bertukar sebab Siti sambung Master, Idi ke Sudan bersama MERCY. 3 orang yang lain adalah Auditor JTop, Officer Glomac dan sorang lagi HR EON. Tapi lepas ni bertukar lagi tu..

Adikku Aa adalah kedua bongsu dan the youngest brother sedang ambil Diploma Mechanical Engin di Politeknik Trengganu.
______________

Ufm

Tadi jam 10.45 hingga 11.45 saya dijemput untuk menjadi tetamu di Radio UiTM atau disebut Ufm di frekuensi 93.6 fm. Tajuk diberikan adalah 'Remaja dan Cabaran'. Slot ini adalah slot kerjasama CITU (my office) dengan Radio UiTM dengan nama slotnya adalah 'CITU ON AIR' ke udara setiap Jumaat selama 1 jam. Kali ini adalah turn saya. DJ bertugas namanya Anim.. (Anim adalah DJ part time, dia pelajar Accounting)

Bagi saya berbincangan sangat baik dan menarik kerana ia berbentuk santai, tidak serius dan Anim banyak mengutarakan soalan yang terlintas di kepalanya. Sebelum pergi ke sana, saya menyediakan 6 soalan dan Anim telah mengolah kembali dengan kesesuaiannya serta apa yang dia sendiri lalui..

Anim memulakan perbincangan dengan bertanyakan 'Puan, kita selalu dengar remaja banyak masalah, dikaitkan dengan yang negatif sahaja.. sebenarnya siapakah yang dikatakan remaja dalam pandangan Islam'. Sekejap Anim ni panggil Puan, sekejap Ustazah, kadang-kadang dia tersebut Puan Ustazah.. apa-ape jer ler.. Saya tak kisah..

Saya menyebut bahawa perbincangan pakar psikologi, pakar kemanusiaan dan sebagainya meletakkan umur 8 tahun dan belasan tahun sebagai remaja dan remaja akhir dirujuk kepada awal 20an. Islam tak menolak nak bahagikan ikut umur sebegitu tapi yang penting dari perspektif Islam adalah perbezaan antara mumayyiz dan baligh. Bila baligh kita mula ada tanggungjawab, dengan pergolakan jiwa yang membara, dengan semangat nak tahu, nak rasa, nak cuba dan berbagai lagi semangat keremajaan, remaja boleh jadi aset dan boleh jadi liabiliti..
sama ada pada ibu bapa, masyarakat, bangsa dan juga agama kita. Itu yang penting kita kupas..

Saya membawa contoh dalam akhbar Harian Metro hari ini disiarkan seorang remaja umur 15 tahun menghantar 6 sms maki hamun dan menghina ibu bapanya sendiri.. Ini suatu yang menggerunkan kita..

___________
Selitan.. kisah disiarkan Harian metro

SMS maki ayah, ibu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah

KUALA LUMPUR: Hanya kerana dinasihat meninggalkan tabiat buruk dan kembali ke jalan Allah swt, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang gemar meneguk arak dan ponteng sekolah tergamak menghantar `SMS derhaka’ memaki-hamun ibu bapanya sendiri.
SMSnya berbunyi.. `untuk pengetahuan kau, aku kaki mabuk! tak nak halau aku keluar dari rumah ke?’ Malah, dia mendakwa semua dosa dilakukannya di bawah tanggungan kedua-dua orang tuanya, Remaja terbabit menghantar mesej berbunyi “kau sayang aku? buang masa kau sayang setan ini! aku keluar dari rumah sekarang dan tak payah cari aku. Aku berjanji tak akan jejak kaki di rumah kau lagi.”
____________

Kita selalu dengar kata-kata hikmah,'Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncangkan dunia ini..' Pemuda tu boleh saja orang muda berumur 20an, dan boleh jadi remaja berumur belasan tahun..


Remaja ni boleh jadi penambah nilai, permata yang bergemerlapan dan remaja juga boleh jadi liabiliti (beban) yang menyusahkan seumpama kaca-kaca yang menyepahkan, menyakitkan dan membebankan seluruh orang yang ada disekitarnya..

Anim bertanya lagi 'Jadi.. apa sebenarnya ciri seorang ramja yang Islam nak yer..?'


Saya jawab..'Kita tengok apa kata Hasaan al-Banna.. Ciri yang patut ada, dan kita harapkan ada pada remaja kita adalah, akidah yang sejahtera..

Yakin dan kental iman pada Allah, Tuhan yang kita tak nampak.. Seumpama penyanyi realiti, berusaha keras dia menyanyi.. belajar menari dan memberi persembahan yang sangat baik.. sebab nak tunjuk pada sapa.. Apa kesan pada orang yang ditunjuknya itu? Jawabnya sebab dia yakin sungguh2 penonton yang tengok tu yang beri markah pada dia. Penganalisa tu pulak akan tegur, marah atau puji dia jika dia perform well.. Kalau dia tak perform, jatuhlah undian dia.. Kita tukarkan pandangan itu, ini sekadar analogy mudah saja.. Kita bayangkan jika kita yakin dalam hidup ni bahawa Allah melihat, beri markah, buat catatan, lepas tu serahkan markah tu pada kita, tanya pulak kenapa tak perform well.. Lepas tu bagi kita keputusan.. Mesti kita kecut perut untuk buat tak tentu arah sebab keyakinan kita kuat pada Allah Pemberi keputusana kelak.. Macam tu ler lebih kurang kita bandingkan.. '

Lagi satu remaja perlu jaga ibadah terutama yang asas jangan sama sekali tinggal. Ibadah sahihah. Perlu belajar supaya ibadah yang dibuat tidak sia-sia seperti mana rukunnya dan sebagainya. Jika kita jaga solat, kita menjaga keseluruhan agama. Jika kita tinggal solat, kita meruntukan agama kita sendiri.

Saya bawakan perumpamaan..

'Katakan ada layang-layang, angin tengah kuat, jadi layang-layang tu akan terbang tinggi dan tinggi.. Tuannya pula akan lepas kan tali sikit demi sikit.. Tapi tuannya tidak lepaskan semua tali tu, bila terlalu tinggi, tuannya akan tarik tali tu sikit demi sikit.. akhirnya kembali pada tuannya.. Macam tu ler kita.. kalau remaja jaga solat, kita ada tautan dengan Allah.. Bila kita buat apa-apa yang silap, jauh kita terlajak, Allah akan cetuskan rasa bersalah dalam hati kita, macam tali layang-layang tadi, tuannya masih pegang.. Tapi kalau remaja tinggal solat, kita yang lepaskan diri dari Allah. Bila layang-layang putus tali, apa jadi? Terbang setingginya selagi ada angin, lepas tu jatuh ke tanah.. tapi tak ada value apa2 lagi.. Kita pun macam tu la dengan Allah. Kalau kita jauh dan putuskan diri dengan Allah, solat kita tinggal, macam-macam nanti maksiat demi maksiat kita akan buat.. Sampailah kita mati dan hati kita pun telah dikunci mati.. Nauzubillah..


Perbincangan lebih seronok lagi bila Anim tanyakan ada kawan-kawannya yang sangat kuat bercinta dan ada yang sanggup buat macam-macam untuk dapatkan cinta, termasuklah sanggup serahkan diri pada pasangan .. macamana yer pandangan Islam..'

Saya cuma jawab bahawa, remaja dengan cinta memang ibarat kuku dengan isi ler, mana nak lari.. sebab media pun asyik kisah tu yang diulang-ulang. Lagu cinta, kisah cinta, putus cinta, kawin lari, cinta suami orang, lari ke Thailand dll.. Lepas tu pulak ditunjuknya sapa tak ada pasangan, maknanya dia tak laku.. tak der harga.. Sebab tu kena ambik tindakan..

Tindakan apa nak ambik?

'Anda kesepian?? Dial ler 338899 On Cinta..'

Anim ketawa jer bila saya buat joke tu.. Sebab itu remaja kita asyik sungguh dengan cinta.. bila kita tengok pasangan kita tu paling berharga.. maka jadilah apa yang Anim sebut tu..

Saya tambah.. 'Kita tak boleh macam tu.. Ingat apa yang Nabi pesan... Nanti akhir zaman, kamu akan ikut amalan orang lain syibran bisyibrin, ziraan bizirain.. sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal.. Sahabat tanya, sapakah depa tu? Jawab Nabi Yahudi dan Nasrani.. Kita kena lari dari masuk golongan yang Nabi sebut tu, ikut cara hidup orang bukan Islam, tidur sebelum kawin, berpelukan tanpa malu dan segan depan orang.. '

Banyakler Anim tanya, ringkasnya selepas 1 jam, habis ler bicara tersebut. Anim ni kata, 'Saya seronok dengan perbincangan tadi, boleh tak kita buat Siri Remaja 2 pulak nanti... Masa tu kita bukak talian, tadi tu menyala-nyala talian kita, ada pendengar call, tapi kita tak angkat...'

Saya cuma jawab.. 'Insya Allah ye Anim, kalau saya free, nanti kita bincang ok..'

Semoga radio UiTM akan meneruskan rancangan 'CITU ON AIR' ini seterusnya dengan perbincangan dengan pensyarah lain yang lebih ilmiah lagi, semoga ada manfaat kepada pendengar yang ada di luar sana..


Wednesday, August 20, 2008

Perkembangan Tawaran PhD

Tadi aku bersembang dalam telefon dengan salah seorang kawan baikku Niza berkenaan tawaran PhD ini. Niza dapat tawaran ke Sweden dan dia masih sepertiku juga- dalam proses menyelesaikan beberapa urusan melibatkan tempat, Supervisor dan lain-lain.

Kami bersembang hampir 40 minit. Niza ingin memohon pertukaran dari Sweden ke Australia.. dan aku mencadangkan ke Melb Uni... Banyak juga input baru yang kami kongsi.. Semua orang tahu bahawa Melb Uni sebenarnya tempat yang tinggi rangking-nya dan boleh dikatakan antara universiti terbagus di Australia. Sebab itu agaknya depa ni banyak songel kot.. hehe..

Sebenarnya setiap kami yang dapat tawaran biasiswa melalui proses yang pelbagai-bagai. Ada yang mudah dan cepat seperti kawanku Fadhlina dan Hamizah. Begitu juga dengan Jaizah.. Dan ada juga yang melalui perjalanan yang berbelit-belit.. contohnya aku dan beberapa yang lain.

Tapi Niza ni seorang yang positif dan aku sangat suka dengan kelebihan dirinya.. Dia seorang yang ceria, sentiasa bermotivasi dan sangat berpandangan jauh. Katanya.. 'Kita tak boleh tengok semua masalah yang kita lalu tu sebagai masalah.. Tapi sebagai cabaran.. Cabaran itu yang bagus, menjadikan kita kuat mintak tolong dengan Allah..' Betol ler Niza.. Saya setuju sangat..

Niza siap buat cadangan..'You tulis ler macam-macam mengenai cabaran yang dilalui, sebelum, sepanjang dan selepas.. pastu buat buku... mcam Prof Kamil, dia tulis buku, 'PhD kecil tapi significant..' You tulislah buku 'PhD kecil tapi significant 2' dari perspective you sendiri..'
'Wahhh power ler cadangan awak ni Niza.. Nanti saya buat yer..insya Allah dengan izin Allah..'

Kesimpulannya..
Kita perlu berlapang dada, berfikiran positif, yakin diri dan sentiasa ingat bahawa Allah akan memberi bantuanNya setiap kali kita memohon padaNya.. Ingatlah sama-sama yer.. Bila kita cuba mendekati Allah sejengkal, Allah akan menghampiri kita sehasta.. Dan sesungguhnya apa yang kita lalui sepanjang perjalanan ini perlu dilihat sebagai cabaran, bukannya masalah..

__________________


Jadi apa yang aku lalui adalah :

  • Cabaran 1- Mendapatkan Band 7 untuk IELTS
  • Cabaran 2- Mendapatkan tawaran yang dipersetujui oleh UiTM, MOHE dan Univ di sana..
  • Cabaran 3- Menyelesaikan tugasan dan permasalahan di sini sebelum ditinggalkan nanti...Seperti rumah sapa nak duduk, kereta bila nak jual, motosikal Abah sapa nak pakai. Rumah-rumah sewa yang lain sapa nak jaga.. (kalau ada ler rumah sewakann..). Begitu juga kerja PGSM nak passkan pada sapa, bila dan bagaimana.. Begitu juga dengan kerja-kerja di UiTM, sekarang aku tengah siapkan buku teks untuk Islamic Legal Maxims untuk pelajar Islamic Banking UiTM. Mesti siap minggu depan... masuk UPENA bulan depan. Buku-buku lain yang berada dalam pipe-line UPENA..
  • Cabaran 4- Mencari dan mendapatkan tempat tinggal, tempat belajar dan kawan sekeliling di sana yang baik dan membantu..
  • Cabaran 5- Apa-apa yang lain selepas ini..

Semoga perjalanan kita dimudahkan Allah..

Monday, August 18, 2008

AISYAH VISITS MAHA 2008


Hari Ahad 17 Ogos 2008, Aisyah, Umi dan Abah telah pergi ke MAHA 08.
Aisyah sangat seronok pergi ke sana sebab Aisyah dapat tengok perkara yang menarik.. Apa yang Aisyah buat kat sana yer..

Inilah cerita Aisyah..

Aisyah pergi sana naik kereta, Abah yang drive. Pergi sana pukul 11 pagi. Orang ramai sangat. Abah parking kereta dekat tempat atas bukit sikit.

Mula-mula Aisyah pergi tengok Camel dengan Gajah. Aisyah teringat Nabi Muhammad naik camel masa zaman dulu. Camel tu besar, ada dua ekor. Kat belakang dia ada benjol tempat isi makanan. Aisyah suka sangat tengok camel tu tapi taik camel dengan taik gajah tu besar dan busuk..

Umi dengan Aisyah depan camel.. camel tu letih.. tengah rehat..


Lepas tu Aisyah tengok kuda. Ada banyak ekor kuda. Lepas tu Aisyah pergi tengok kuda kecik-ponny. Nama dia Mata Biru, umur dia 5 tahun. Ada satu tu umurnya 21 tahun.

Lepas tu Aisyah pergi tengok arnab..

Best sangat Aisyah bagi makan arnab, Aisyah pegang belakang arnab. Aisyah angkat arnab tu, dia tak lari sangat.. Aisyah bagi makan sekali pada arnab tu.. Abah ambik gambar Aisyah tengah bagi makan arnab..

Abah dengan Aisyah tengah main-main dengan arnab.. Nak masuk dalam ni kena bayar RM3.00 setiap orang..

Lepas tu Aisyah pergi tengok lembu dan kambing. Ada banyak sangat.. Ada satu kambing tu dari Turki, Aisyah pegang kulit dia lembut sangat, macam selimut..bulu dia kerinting sangat.. best betul dapat pegang bulu dia..

Ni ler kambing yang Aisyah pegang tu.. tak sama dengan kambing kat tempat kita..

Lepas tu Aisyah naik tram dengan Umi dan Abah pusing-pusing seluruh tampat MAHA tu.. cantik sangat tempatnya..

Dah pukul 3 petang, Aisyah dengan Abah dan Umi pun keluar dari MAHA dan pergi ke Bangi visit Nenek.. Semua orang ada kat sana..

Bestnya main dengan kakak Aisyah besar, kakak Afiah, Hanan, Abang Irfan, Zuhair, Abang Ehsan, Abang Emir, Huzaifah, Adik Emran.. best sungguh main kat bilik air-cond tu.. Uncle Syam pun main sama-sama..

Lepas kol 7 Aisyah dengan Abah dan Umi balik ke Shah Alam sebab lepas Isya', Abah ada mesyuarat di Surau pasal nak sambut Ramadhan.. Bestnya balik Bangi, nenek kasi macam-macam... ada nasi, lauk daging, kuah kuning kegemaran Aisyah dan banyak lagi... Aisyah rasa macam nak stay je kat Bangi sebab ramai kawan-kawan.. tapi tak boleh sebab Umi dah nak balik..

Lain kali pergi rumah nenek lagi yer..

Yang benar,

Aisyah

PGSM on Forum Memeluk Islam

Temubual ini disiarkan dalam Mingguan Msia pada 170708..Sangat baik untuk bacaan bersama..

Majlis Peguam perlu adil
Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.


PADA 9 Ogos lalu, Majlis Peguam mengadakan forum ‘Memeluk Islam’. Tindakan majlis berkenaan dikatakan menimbulkan kemarahan umat Islam. Lanjutan itu, lebih 1,000 orang berkumpul membantah penganjuran forum tersebut yang disifatkan sengaja mahu mencemarkan imej Islam.

Mengulas perkara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar menyifatkan tindakan Majlis Peguam tersebut hanya akan mewujudkan tafsiran bahawa majlis berkenaan sememangnya anti Islam.

Bercakap dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HERMAN HAMID, beliau menganggap Majlis Peguam tidak bertindak jujur apabila mengadakan forum seumpama itu.

Ini kerana kata beliau, Majlis Peguam sengaja mempertikaikan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan biarpun majlis itu acap kali membuat kenyataan bahawa Perlembagaan harus dihormati dan diletakkan di tempat tertinggi serta tidak boleh dipertikaikan.

Bagi beliau, isu sensitif melibatkan agama seharusnya dibincangkan secara tertutup kerana ia boleh mencetuskan perbalahan.

Dalam pertemuan tersebut juga, Zainul Rijal turut meminta Majlis Peguam agar bertindak jujur dan ikhlas dalam tindakan mereka serta tidak terus melakukan provokasi dengan menganjurkan forum-forum yang dilihat hanya bertujuan memburukkan Islam. Contohnya, kata beliau walaupun kerajaan dan pelbagai pihak membantah forum tersebut namun Majlis Peguam tetap berdegil dengan meneruskannya.

‘‘Semua ini adalah satu tindakan provokasi yang boleh menimbulkan tafsiran bahawa majlis itu anti Islam dan ini pastinya boleh membangkitkan kemarahan orang Islam,’’ katanya.
Menurut beliau yang juga seorang peguam sivil, jika Majlis Peguam ikhlas mereka seharusnya menganjurkan forum tertutup bagi memberikan kefahaman kepada bukan Islam mengenai perkara-perkara berkaitan Islam. Tetapi malangnya kata beliau, Majlis Peguam tidak berbuat demikian. Mereka sebaliknya seolah-olah hanya mencari keburukan apabila seseorang memeluk Islam.

MINGGUAN: Apakah motif Majlis Peguam mengadakan forum ‘Memeluk Islam’ pada 9 Ogos lalu?
ZAINUL RIJAL: Sebenarnya Majlis Peguam mempertikaikan banyak perkara, tetapi dalam masa yang sama mereka berkata Perlembagaan Persekutuan adalah paling tinggi dan mesti dihormati serta tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi apa yang kita lihat apa-apa perkara mengenai kelebihan Islam dan kedudukan orang Melayu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan seolah-olah dipertikaikan. Ini jelas apabila mereka menganjurkan forum ‘Kontrak Sosial’ pada Jun lalu serta terkini forum ‘Memeluk Islam’.

Begitu juga dalam beberapa kes melibatkan hal ehwal Islam, majlis itu menghantar peguam pemerhati. Mereka bukan sahaja memerhati tetapi juga terlibat sama berhujah. Semua ini memberi gambaran di kalangan orang Islam seolah-olah Majlis Peguam anti Islam.
Pada hal Majlis Peguam mengatakan memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan. Jadi mereka mempunyai pendirian yang berbeza satu masa kata macam ini, satu kata macam lain pula. Ini yang kita tidak boleh terima.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan mesti mengakui hakikat bahawa ada perbezaan antara Islam dan juga agama-agama lain. Tetapi soal ini tidak diketengahkan oleh Majlis Peguam.

Apakah kesannya jika majlis berkenaan terus bertindak demikian?
ZAINUL RIJAL: Kesan segera yang kita dapat lihat ialah pada 9 Ogos lalu apabila umat Islam berkumpul di hadapan Pejabat Majlis Peguam di mana berlangsungnya forum ‘Memeluk Islam’.
Ia menyaksikan bagaimana orang Islam bangkit. Hakikatnya, orang Melayu Islam tidak mudah ‘naik semangat’ tetapi apabila betul-betul marah barulah tercetus suasana seperti mana kita lihat itu. Kita tidak mahu apa yang berlaku pada tahun 1969 berulang, ia tidak baik untuk negara.

Namun bagi orang Melayu apabila mereka melihat kedudukan agama dihakis barulah mereka bangkit. Begitulah juga apa yang berlaku pada 9 Ogos lalu apabila Majlis Peguam dilihat mempertikaikan agama Islam, barulah orang Melayu bersatu.

Secara terperinci apa bahayanya forum seumpama itu?
ZAINUL RIJAL: Pada mulanya saya berpendapat ia hanya satu forum, jadi saya tidak ada masalah. Saya yakin wakil orang Islam di dalam forum berkenaan boleh memberikan perspektif Islam yang betul. Tetapi apabila saya melihat kepada surat jemputan forum berkenaan yang turut tertera mereka yang memeluk Islam dijemput memberi pandangan tentang masalah yang dihadapi, saya mula terfikir mengenai tujuan forum berkenaan. Adalah jelas ia bertujuan untuk mengatakan apabila orang bukan Islam masuk Islam, ia akan ada masalah dan ini seolah-olah ingin menggambarkan memeluk Islam adalah satu kesalahan sedangkan ada ramai lagi yang memeluk Islam tetapi tidak ada masalah.

Namun malangnya Majlis Peguam tidak menjemput golongan yang tidak bermasalah tersebut walaupun mereka memahami bahawa dalam prinsip undang-undang, keadilan harus dilihat dilaksanakan.

Majlis Peguam tidak pernah berusaha untuk menunjukkan kebaikan mereka yang memeluk Islam. Kalau mereka mahu bertindak adil sepatutnya mereka jemput dua peserta yang berbeza iaitu seorang ada masalah apabila memeluk Islam dan seorang lagi tidak ada masalah. Oleh itu maksud sebenar majlis berkenaan mengadakan forum seumpama itu adalah untuk melakarkan bahawa memeluk Islam salah.

Apabila perkara seumpama itu ditimbulkan berkali-kali ia akan menimbulkan tafsiran bahawa tindakan memeluk Islam akan ada masalah. Ini agendanya. Ia akan menghalang orang bukan Islam daripada memeluk Islam. Inilah bahayanya jika kita membenarkan forum seumpama itu diadakan secara terbuka.

Di dalam forum itu mereka menjemput golongan yang memeluk Islam menghadapi masalah, adakah ia wajar?
ZAINUL RIJAL: Kita tidak kata semua orang yang memeluk Islam itu mempunyai niat yang baik. Kita tidak tahu niat orang. Mungkin ada satu dua kes yang dia hendak melarikan diri daripada undang-undang. Tetapi sebenarnya untuk kes seperti itu, orang berkenaan sendiri tidak faham undang-undang Islam kerana berpendapat apabila memeluk Islam dia tidak perlu membayar nafkah isteri dan anak-anaknya yang bukan Islam. Sedangkan jika ikut undang-undang Islam, tanggungjawab dia tidak terputus. Undang-undang Islam mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.

Apakah mungkin tindakan orang Islam yang bercerai dengan mualaf menyebabkan Islam dilihat tidak adil?
ZAINUL RIJAL: Saya pernah cadangkan kepada pihak yang berkuasa bahawa sebelum kita hendak hukum orang yang mahu keluar daripada Islam, kita patut hukum orang Islam yang menyebabkan mualaf itu bertindak demikian.

Sebagai contoh, ada satu kes seorang wanita saudara baru bertunang dengan orang Islam. Belum sempat berkahwin mereka menjadi rakan kongsi dalam perniagaan bagaimanapun si lelaki meninggal dunia. Jadi wanita mualaf itu tidak boleh mewarisi harta yang ditinggalkan si mati kerana mereka baru bertunang. Walaupun ada insurans dan perniagaan, si wanita saudara baru ini tidak mendapat apa-apa kerana dihalang oleh keluarga lelaki. Padahal mereka tahu yang perniagaan diusahakan ialah secara bersama.

Malah dalam afidavit di mahkamah, keluarga lelaki itu menuduh wanita itu bukan Islam. Jadi wanita ini marah kerana dia memeluk Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Lalu wanita itu kata orang Islam hanya menunjukkan dia jalan keluar daripada Islam, tetapi orang bukan Islam termasuk keluarganya yang bukan Islam sanggup mengalu-alukannya kembali. Jadi dalam kes ini kalau wanita itu mahu kembali ke agama lamanya macam mana.

Siapa yang salah? Tentulah orang Islam yang zalim kepada wanita itu yang salah. Sebab itu saya cadang sebelum ini jika ada kes macam ini kita hukum orang Islam berkenaan. Ertinya, kalau ada permohonan keluar Islam, kita siasat siapa orang Islam yang menyebabkan orang itu mahu keluar Islam. Kita tuduh dia di mahkamah kerana menyebabkan seseorang keluar Islam kerana seolah-olah orang itu reda kepada orang lain keluar Islam.

Dalam membincangkan masalah sensitif seperti soal memeluk Islam ini, benarkah hujah yang mengatakan tidak ada saluran lain untuk berbuat demikian selain forum terbuka?
ZAINUL RIJAL: Perkara-perkara sensitif seperti itu sudah banyak kali dibincangkan secara tertutup sebelum ini pun saya sudah menghadiri dialog tertutup yang bertajuk ‘dialog kehidupan’. Kami berbincang tidak ada masalah dan cuba memahami permasalahan yang ditimbulkan.

Dialog yang saya maksudkan ialah dialog antara agama dan bukannya seperti mana dilakukan oleh Majlis Peguam yang hanya menyaksikan pandangan satu pihak sahaja. Tindakan mereka seolah-olah menyuruh bukan Islam menunjukkan kepada orang Islam apa yang sepatutnya dilakukan jika ada orang memeluk Islam. Sedangkan dalam hukum Islam semua perkara itu sudah dinyatakan.

Begitu juga orang Islam, kalau kita hendak berdialog, kita tidak boleh mempertikaikan soal agama lain seperti tuhan mereka dan sebagainya. Apa yang boleh kita lakukan ialah menjelaskan sesuatu yang menimbulkan keraguan di kalangan bukan Islam mengenai Islam.

Atas sebab itulah kita tidak boleh menerima penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kerana mereka yang bukan Islam pun boleh jadi pesuruhjaya di dalamnya dan boleh membuat keputusan untuk pihak Islam.

Bagaimana satu hari nanti IFC ini dapat aduan contohnya, solat Jumaat itu menyusahkan bukan Islam kerana menimbulkan kesesakan lalu lintas dan IFC membuat keputusan tidak perlu solat Jumaat. bolehkah orang Islam terima? Jadi semua pihak perlu memahami sempadan masing-masing dan bukannya melepasi sempadan berkenaan.

Bagaimana pula dengan pandangan sesetengah peguam Islam sendiri yang menegaskan forum ‘Memeluk Islam’ itu perlu dibenarkan kerana ia bertujuan membincangkan masalah yang timbul apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk Islam?
ZAINUL RIJAL: Memang permasalahan itu diakui. Namun bolehkah forum itu menyelesaikannya? Yang boleh atasi adalah pihak berkuasa. Sebenarnya masalah-masalah yang dikatakan itu tidak akan wujud sekiranya mereka bersedia untuk ke Mahkamah Syariah. Isunya sekarang mereka tidak mahu. Jadi ini yang jadi masalahnya. Mahkamah Syariah mempunyai mekanisme untuk menentukan soal nafkah, hak penjagaan dan isu-isu lain yang timbul selepas seseorang memeluk Islam.

Kalau setakat anjur forum sampai 20 kali pun, masalah tak akan selesai. Sebab itu yang penting semua pihak mesti beri kerjasama dengan mahkamah. Beri keterangan apabila diminta. Jangan hanya pandai menyalak. Dalam banyak kes, orang bukan Islam enggan ke mahkamah syariah.

Apakah tindak tanduk Majlis Peguam menyinggung perasaan peguam Islam?
ZAINUL RIJAL: Ada kalangan peguam Islam yang bertanya tidakkah ada cara bagi membolehkan mereka keluar dari Majlis Peguam. Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang dilakukan Majlis Peguam khususnya penganjuran forum 9 Ogos lalu.

Tetapi masalahnya undang-undang kita hanya membenarkan satu sahaja Majlis Peguam. Kalau kita keluar Majlis Peguam, kita tak boleh jadi peguam pula kerana kita bukan di Britain yang ada beberapa badan statutori peguam.

Itulah dilema yang kita hadapi. Kalau diikutkan memang ramai yang hendak keluar kerana tidak sehaluan. Malah dalam hal ini peguam syarie pun sedang berjuang menubuhkan Majlis Peguam Syarie tetapi sehingga hari ini belum terlaksana lagi. Jika ia dapat diwujudkan ia setidak-tidaknya dapat mengimbangi pandangan Majlis Peguam walaupun ia hanya untuk peguam syarie.

Apakah nasihat kepada Majlis Peguam supaya mereka menjaga sensitiviti orang Melayu dan Islam?
ZAINUL RIJAL: Sensitiviti masyarakat paling utama. Kalau kita gagal memahami sensitiviti masyarakat, negara akan kucar-kacir. Justeru kena faham dan hormat budaya masyarakat Malaysia. Pada saya, Majlis Peguam boleh buat perbincangan secara tertutup termasuk adakan dialog untuk satu-satu isu.

Sebagai contoh hendak tentukan jenazah orang Islam, kita boleh duduk berbincang. Sebenarnya Mahkamah Syariah hendak pastikan yang orang itu Islam atau tidak pada saat kematiannya. Itu sahaja. Dalam kes yang digembar-gembur seperti kes Moorthy, masalahnya pihak keluarga bukan Islam tidak mahu pergi ke Mahkamah Syariah. Mereka abaikan sapina.

Jadi bagaimana mahkamah hendak buat keputusan yang adil tanpa keterangan daripada keluarga mangsa. Dalam kes Nyonya Tahir, seluruh keluarga tampil ke Mahkamah Syariah dan kemuka keterangan yang Nyonya Tahir tak pernah amalkan Islam. Jadi Mahkamah Syariah putuskan yang Nyonya Tahir bukan seorang Islam di saat kematian. Selesai masalah, ini cara yang paling baik. Tapi oleh kerana orang bukan Islam tak menghormati Mahkamah Syariah, ini jadinya.

Orang bukan Islam perlu faham hukum Islam bahawa adalah satu kesalahan atau dosa kepada orang Islam untuk kebumikan orang bukan Islam ikut cara Islam dan satu kesalahan juga biarkan orang Islam dikebumi cara bukan Islam. Bukan kita hendak rebut semua orang meninggal dunia. Cuma bila ada keterangan prima facie yang si mati pernah peluk Islam melalui perakuan, maka Mahkamah Syariah perlu tentukan sama ada di saat kematiannya, si mati itu Islam atau tidak.

Maka bantulah beri keterangan kepada Mahkamah Syariah. Kalau si mati ada pergi ke gereja atau kuil, beritahu mahkamah. Dan jika ini berlaku, mahkamah puas hati yang memang betul si mati tidak Islam, mahkamah akan benarkan keluarga bukan Islam tuntut si mati. Tapi ini tidak berlaku dalam banyak kes cuma segelintir kes sahaja seperti Nyonya Tahir.

Di Selangor, ada juga kes di mana jabatan agama berjumpa keluarga si mati memaklumkan yang si mati telah memeluk Islam melalaui perakuan sijil. Walaupun mayat telah dimasukkan dalam keranda, namun keluarga si mati benarkan untuk mayat itu diuruskan mengikut Islam. Namun mereka letakkan syarat supaya majlis pengkebumian dapat dibenarkan keluarga yang bukan Islam hadir. Jabatan agama tidak mempunyai masalah. Keluarga bukan Islam dibenarkan lihat dari awal proses sehinggalah ke liang lahad. Tidak timbul masalah, keluarga si mati itu berpuas hati bagaimana jenazah itu disempurnakan dengan penuh hormat.

Apa yang menjadi masalah jika keluarga tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa Islam. Sepatutnya inilah yang perlu dilakukan oleh Majlis Peguam iaitu memberikan fahaman kepada bukan Islam. Tetapi malangnya mereka bertindak sebaliknya sehingga dilihat lebih gemar mencari keburukan Islam. Justeru Majlis Peguam seharusnya adil dalam memperkatakan soal Islam.

Sunday, August 17, 2008

MAWD Petaling

Aku telah melakukan satu kesilapan yang sungguh tak patut.. Tapi masa dah terlepas, dan tidak boleh direverse kembali... isyyy macamna aku buleh lupa ni..

Pada 15hb Ogos, petangnya aku ke KL, mesyuarat Persatuan Peguam..balik ke rumah dalam jam 6.20 petang. Selepas solat maghrib, kami sekeluarga telah keluar dan makan yee mee sizzling di Giant, lepas tu masuk ke Giant membeli belah dan kemudian ke TESCO Extra pulak sehingga jam 11 malam..

Sampai ke rumah, baru aku teringat.. Astaghfirullahal azim.. Malam ni lepas maghrib ada MAWD iaitu Mesyuarat Agong Wanita Daerah untuk JIM Daerah Petaling.. Aku dah janji dengan Ketua Wanita bahawa aku akan hadir ke mesyuarat tersebut.. tapi betul-betul lupa jadinya...

Ya Allah... awatnya teruk betul aku ni.. Pasal tak ada dalam PDA tulis aktiviti tu yer... Oo rupanya sebab aku tukar ke PDA baru, jadi semua jadual dan aktiviti dari PDA lama telah hilang dan perlu diisi kembali ke dalam PDA yang baru.. Aku pulak belum sempat isikan semua benda-benda tu, jadi dalam PDA aku tak ada apa-apa aktiviti malam tu... Dasyat betul aku ni..
Minta maaf banyak-banyak yer Kak Wan Ketua Wanita dan semua AJK Wanita JIM Petaling...

Apapun saya akan hadir ke MAD Mesyuarat Agong Daerah Petaling pada 23 Ogos ini.. Yang ini laporan perjalanan semua sekali, lelaki dan perempuan, aku perlu hadir kerana sebelum meletak jawatan pada Jun 08, aku adalah Ketua Unit Dakwah bagi JIM Petaling dan diambil alih oleh Brother Zuraidi..

Moral of the story..
Aku rasa selain guna Personal Digital Assistant (PDA), kita kena juga ada Diary .. sebab kalo aktiviti yang penting tak der dalam PDA, masih ada dalam Diary.. Tapi sangat kalut ler bagi mana-mana orang yang tak der dua-dua tu... PDA tak pakai, Diary pun tak pakai, pakai main ingat dalam kepala jer.. ini sangat ler bahaya..... Sebab otak senang lupakan.. apatah lagi Melayu ni mudah lupa..Jangan buat macam tu yer..

Saturday, August 16, 2008

Mesyuarat

Pada 15 Ogos 2008, aku hadir ke pejabat Persatuan untuk mesyuarat bulanan seperti biasa..Selepas berbincang isu-isu berkaitan dan masuk kepada isu hal-hal lain, kawanku Presiden membawa perbincangan tentang hasratnya untuk tidak bertanding dalam pemilihan PGSM tahun hadapan- dalam bulan April 09 selepas tamat 1 penggal ini iaitu 06/09.

Masing-masing berbincang dan meluahkan pandangan sama ada setuju dengan keputusannya, kurang bersetuju, tidak bersetuju atau neutral sahaja..

Secara tulus, aku melihat PGSM naik dengan adanya sumbangan dan hasil kerja yang sangat bersungguh-sungguh dari beliau, dibantu oleh beberapa orang Exco yang komited.. Masyarakat mengenali PGSM melalui usaha-usaha ini. Hubungan Presiden dengan badan-badan luar juga sangat baik. Apatah lagi sekarang ini amat banyak peristiwa dan kes-kes yang berlaku melibatkan dua pertembungan perudangan dan Presiden banyak terlibat dalam isu-isu sebegini...Semua itu memberi kesan kepada Persatuan. Kesungguhan beliau memang aku tahu dan sangat aku sedari.. Tentang urusan dalaman, hanya Allah yang menilainya...

Aku tidak setuju sebenarnya dia tidak akan bertanding lagi.. Tapi sama ada aku setuju atau tidak setuju tidak mempengaruhi apa-apa... Apatah lagi aku akan mula bercuti (dengan izin Allah, jika semuanya berjalan lancar... ), aku akan meninggalkan PGSM yang aku sayangi tidak lama lagi.. Aku sendiri akan gone with the wind...tidak ada lagi di sini untuk membantu..

Cuma doaku agar PGSM tidak akan menjadi lebih rendah dari yang ada sebelum ini apabila sahabatku Presiden benar-benar tidak akan menjadi Presiden PGSM lagi selepas ini..

Ucapanku pada beliau..
Jika telah nekad, janganlah lagi taraddud..
Saya akan menyokong apa sahaja yang terbaik...

Sesiapapun yang mentadbir, semoga membawa PGSM lebih gemilang dan terbilang..

Friday, August 15, 2008

Hadiah

Kemarin dulu Aisyah kata..'Umi.. Umi dah tak sedih lagikan.. Sebab Umi sedih hari tu, Abah dengan Aisyah nak kasi Umi hadiah...'
'Hehe.. idakler sedih sangat.. siket-siket jer.. Apa hadiah tu..?'

Rupa-rupanya Abah kasi hadiah PDA baru.. hehe..
Ada jugak paedah rasa sedih hari tu.. dapat PDA baru..

Semenjak tahun 2002, dah 3 PDA aku bertukar silih ganti.. nanti kita upload gambar PDA yang ada yer..

Bila fikirkan pasal kasi hadiah untuk orang sedih ni, I think ini satu perkara yang bagus... Orang tengah sedih kita gembirakan dengan kasi hadiah.. Sebab dulu-dulu aku pernah berbincang2 dengan beberapa orang sahabat yang terlibat dengan Undang-undang Keluarga dan Kaunselor2..

Ada idea yang keluar di kalangan kami bahawa kita sepatutnya tukar trend dan norms hidup ni, tiap kali orang kawin kita kasi hadiah.. Kita kasi pinggan mangkuk ler, rice cooker ler, mixer ler.. macam-macam ler...sedangkan orang tu tengah gembira dan mind setnya dah ada bahawa lepas ni dia akan berdua dan mengisi kehidupan bersama-sama.. Sepatutnya kita kasi lah hadiah pada orang yang bercerai.. sebab dia tengah bersedih dan masa depan masih belum pasti, apa dan bagaimana.. Macam kasilah rice cooker pada orang yang bercerai, dengan kata-kata perangsang bahawa life has to go on.. think positive, move forward..Dont be Sad ker etc etc..

Betul ler idea tu..

Abah dan Aisyah bagi hadiah pada Umi masa Umi tengah sedih ni.. bagus sangat ler.. hehe..

Thursday, August 14, 2008

Response - Forum Memeluk Islam

Di bawah ini adalah article written by my Respected President regarding 9th August's Forum.. Very interesting and informative article.. Please read in order to understand what was actually happened on that particular day.. Published by Berita Harian on 13 August 08...
_____________

Peguam Syarie Menulis:
Dialog terurus rungkai kemusykilan agama
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


Tindakan Majlis Peguam anjur forum cetus provokasi kesabaran Melayu MASYARAKAT Islam prihatin dan tersinggung dengan tindakan Majlis Peguam yang tetap meneruskan forum 'Memeluk Islam' Sabtu lalu. Forum itu sebenarnya boleh disifatkan sebagai satu provokasi terhadap kesabaran masyarakat Melayu, selain mengundang keresahan dan rasa tidak tenteram orang Islam di negara ini.

Kekecohan yang berlaku pagi Sabtu itu mendapat liputan meluas media. Kejadian di bangunan Majlis Peguam itu hendaklah menjadi iktibar kepada semua. Walaupun sudah dinasihatkan beberapa menteri, parti politik berteraskan Islam dan Melayu, Majlis Peguam tetap berkeras mahu meneruskan forum berkenaan.

Asalnya forum itu akan menampilkan tiga tokoh pada pihak Islam, iaitu Dr Mohd Naim Mokhtar daripada Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Dr Wan Azhar Wan Ahmad dari Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Mohamad Haniff Khatri Abdullah peguam yang mengendalikan beberapa kes mempertahankan kedudukan Islam.

Namun, Dr Mohd Naim dan Dr Wan Azhar terpaksa menarik diri selepas Majlis Peguam membuat publisiti dilihat agak negatif kepada umat Islam. Pada sesi awal forum, didedahkan beberapa orang yang mendakwa mengalami masalah disebabkan seorang ahli keluarga mereka memeluk Islam.

Memang tidak dapat dinafikan pertukaran agama, bukan saja daripada agama lain kepada Islam, malah antara agama lain juga suatu perkara besar dan kadangkala mengundang polemik. Tiada kajian menyeluruh dibuat ke arah itu. Namun, persoalan timbul ialah berapa ramaikah yang memeluk Islam saban tahun di Malaysia dan berapa ramai menghadapi masalah mengenai hal ini? Ia kelihatan berat sebelah terhadap pemelukan Islam dan digambarkan seolah-olah memeluk Islam itu suatu kesalahan.

Kenapa pula tidak dipanggil contohnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah yang menceritakan pengalaman manis ketika ingin memeluk Islam. Keluarga beliau langsung tidak menentang hasratnya, walaupun dibesarkan dalam keluarga Katolik yang taat kepada agama mereka. Malah, bapa beliau sendiri menjemput kadi yang ingin meng-Islamkan beliau makan malam di rumah mereka.

Begitu juga dengan Toh Puan Dr Aishah Ong, yang memeluk Islam tanpa sebarang masalah. Apakah motif Majlis Peguam hanya memanggil sebelah pihak saja? Bukanlah prinsip asas undang-undang hendaklah mendengar daripada kedua-dua belah pihak?

Perbincangan perkara sensitif sebegini tidak seharusnya mendapat liputan luas media dan dibuat secara terbuka kerana ia hanya akan mengundang kegusaran pihak terbabit saja. Dialog perbandingan agama perlu terus digalakkan, tetapi tidak bermakna sehingga kita boleh menghina atau mencerca agama lain.

Majlis Peguam seharusnya lebih bijak menangani keadaan ini apatah lagi mereka baru saja menjalankan forum kontrak sosial yang juga mendapat bantahan orang Melayu/Islam. Apabila diketahui sekali lagi Majlis Peguam ingin mengadakan forum mengenai pemelukan Islam, sudah tentu umat Islam sudah tidak boleh bersabar lagi.

Gambaran dilakarkan Majlis Peguam sendiri pada mata masyarakat Islam ialah Majlis Peguam tidak prihatin terhadap sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Ia dihasilkan kerana tindak tanduk Majlis Peguam dalam penyertaan berat sebelah terhadap kes Lina Joy, Subahsini, Shamala dan lain lagi.

Diburukkan dengan kenyataan dikeluarkan Majlis Peguam beberapa tahun ini. Apa yang cuba dibawa seolah-olah orang bukan Islam di negara ini sentiasa ditindas dan orang Islam mendapat apa saja yang mereka mahukan. Ini tidak benar. Banyak keperluan orang Islam masih tidak dapat dipenuhi atas pelbagai alasan. Jika orang Hindu mengadu kuil mereka dirobohkan pihak berkuasa, ketahuilah ada banyak surau dan masjid dirobohkan atas pelbagai alasan.

Bagi umat Islam pula, penulis mengucapkan kesyukuran kerana tindakan mereka berjaya menghentikan forum lebih awal. Setiap tindakan hendaklah bertepatan dengan undang-undang. Jangan sesekali membuat sesuatu di luar batasan yang dibenarkan undang-undang.

Penulis percaya orang Islam yang kuat agamanya sudah tentu tidak akan terjebak kepada tindakan di luar lingkungan undang-undang. Penulis juga dimaklumkan beberapa tindakan dilakukan seolah-olah tidak menggambarkan akhlak Islam sebenar.

Dalam memperjuangkan Islam, kita jangan sesekali lupa akhlak Islamiah yang wajib digalas setiap masa, walaupun dalam keadaan tegang. Jika kita mahu orang lain mengikuti Islam tunjukkanlah akhlak yang mulia. Secara umumnya kedua-dua belah pihak perlu akur, kita perlu berdialog bagi memahami antara satu sama lain.

Dialog terurus perlu digiatkan dari masa ke masa ke arah itu. Keikhlasan penting dalam berdialog dan sudah semestinya ia diadakan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada Islam di Malaysia. Susun atur masyarakat majmuk sudah lama dibina dan janganlah kita cuba menukar susun atur itu kerana mungkin ia tidak akan dapat disusun kembali selama-lamanya.

Majlis Peguam seharusnya lebih prihatin kepada sensitiviti umat Islam yang menjadi tunjang masyarakat di Malaysia. Malah peguam beragama Islam membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan peguam berdaftar dengan Majlis Peguam. Majlis Peguam tidak pernah membuat kaji selidik sama ada peguam Islam berkongsi hasrat dengan apa diperjuangkan Majlis Peguam ini.

Malah, ketika ini ada cakap-cakap di kalangan peguam beragama Islam, mereka agak terkilan dengan tindakan itu, namun apakan daya kehendak undang-undang tidak memberikan pilihan kepada mereka untuk keluar daripada menjadi ahli badan peguam itu. Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Majlis Peguam dan cuba mengusulkan supaya sebuah badan peguam alternatif bagi peguam sivil diwujudkan bagi mengimbangi Majlis Peguam sekarang.

Beberapa negara lain mempunyai lebih daripada satu badan peguam seperti di England. Apatah lagi di kalangan peguam syarie, Akta Guaman Syarie yang diharapkan menjadi wadah kepada peguam syarie untuk bersuara masih belum diluluskan, walaupun sudah diperjuangkan sekian lama. Hal seperti ini memberi natijah Majlis Peguam adalah badan guaman statutori tunggal di Semenanjung Malaysia. Badan lain tidak dapat menyaingi Majlis Peguam dan menyebabkan monopoli pada pihak Majlis Peguam. Segala keputusan Majlis Peguam selalunya tidak dapat dibantah melainkan di bawa ke mahkamah untuk diputuskan.

Berbalik kepada forum itu, bukanlah tujuan penulis untuk menghentikan semua dialog agama. Penulis sendiri banyak menghadiri dialog antara agama yang diadakan dari masa ke masa. Namun dialog sedemikian perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam dan dibuat dalam kerangka undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

Dialog sedemikian juga hendaklah tidak menyentuh inti pati hukum atau aturan sesuatu agama, tetapi hanya ke arah memahami agama itu sendiri.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

INTIPATI:
Kelemahan forum
· Forum 'Memeluk Islam' sebenarnya boleh disifatkan sebagai satu provokasi terhadap kesabaran masyarakat Melayu, selain mengundang keresahan dan rasa tidak tenteram orang Islam di negara ini.
· Perbincangan perkara sensitif sebegini tidak seharusnya mendapat liputan luas media dan dibuat secara terbuka kerana ia hanya akan mengundang kegusaran pihak terbabit saja.
· Gambaran dilakarkan Majlis Peguam sendiri pada mata masyarakat Islam ialah Majlis Peguam tidak prihatin terhadap sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.
· Apa yang cuba dibawa seolah-olah orang bukan Islam di negara ini sentiasa ditindas dan orang Islam mendapat apa saja yang mereka mahukan. Ini tidak benar.
· Dalam memperjuangkan Islam, kita jangan sesekali lupa akhlak Islamiah yang wajib digalas setiap masa, walaupun dalam keadaan tegang. Jika kita mahu orang lain mengikuti Islam tunjukkanlah akhlak yang mulia.
· Susun atur masyarakat majmuk sudah lama dibina dan janganlah kita cuba menukar susun atur itu kerana mungkin ia tidak akan dapat disusun kembali selama-lamanya.
· Badan lain tidak dapat menyaingi Majlis Peguam dan menyebabkan monopoli pada pihak Majlis Peguam. Segala keputusan Majlis Peguam selalunya tidak dapat dibantah melainkan di bawa ke mahkamah untuk diputuskan.
· Dialog perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam dan dibuat dalam kerangka undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

Birthday Ayah Die di Sudan

13 of August is my brother's birthday..
Idi the dearest..
The handsome guy..
He is still in Sudan under MERCY

Today he is 28.. dah ada orang ker ni?
Bila nak kawin adikku ini..May Allah bless you always..
Nanti Umi uploadkan gambar Ayah Die yer..

Sunday, August 10, 2008

Perjalanan Baru Bermula

Pada hari Sabtu 9 Ogos, berlaku banyak peristiwa di negara ini..

Pertama isu forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Dilaporkan dihadiri lebih 100 orang dan hampir ribuan muslim membuat demo di hadapan Bangunan Bar Council membantah pengajuran tersebut.

Kedua, konvensyen Saudara Baru di Masjid Wilayah yang dianjurkan oleh Jabatan Agama WP., Khabarnya dihadiri oleh hampir 2000 Saudara Baru dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri. PGSM ada membuka booth sempanjang Konvensyen tersebut dan aku sendiri tak tahu siapa yang menjaga booth tersebut selain Sazila.

Tetapi kedua program tersebut tidak ada dalam plan yang aku perlu hadiri.
Kerana pada 9 Ogos adalah hari peperikaan Engish-ku iaitu IELTS di British Council..
___________________

Perjalanan Baru Bermula

(Asalnya aku dah tarik balik entry ini... tapi I have repharased a bit and republish.. This is part of my journey. I think let it be here..sebagai kenangan perjalanan yang terpaksa aku lalui..)

Sebagai manusia biasa yang lemah.. ada masa aku kuat, dan ada masa I'm not.. especially when so many things to do and thousands of things to think about..

Kadang-kadang aku terfikir tentang perjalananku untuk belajar ini, rasa letih buat macam-macam perkara.. Hari Sabtu 9hb Ogos, on the way back from KL to Shah Alam, aku berfikir dan berfikir dan felt like crying.....

Laluanku..

1- Aku ditawarkan ke Australia untuk pengajian PhD. Untuk ke sana aku perlu membuat beberapa perkara iaitu mendapat tempat di Universiti di sana, menghadiri BTN di Ulu Sepri untuk 5 hari, menghadiri kursus Methodologi PhD selama 5 hari, mengambil IELTS, membuat perjanjian dan stamping untuk 4 salinan, membuat translation untuk semua dokumen dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris dan disahkan oleh Badan-badan yang diluluskan oleh Australia High Commisioner, membuat medical check-up, mencari sekolah untuk anak di sana dan kawasan untuk diduduki.. Ada yang perlu diawalkan dan ada yang boleh dilambatkan..

2-Aku telah membuat sebahagiannya- mencari tempat di Melbourne Uni dan aku hanya ingin ke Melbourne Uni untuk berada di bawah Prof Saeed. Apatah lagi ia berkait dengan kerjasama tempatku bekerja (CITU) dengan CILS, Melbourne Uni.

Aku telah periksa IELTS baru-baru ini dan mendapat Band 6.5. Tetapi Melbourne Uni nak Band 7 dan tidak ada kompromi. Aku terpaksa mengambilnya sekali lagi sehingga berjaya mendapat Band 7. Akhirnya aku mendapat conditional offer letter dengan syarat aku perlu mendapat Band 7 IELTS.


IELTS ini sungguh merupakan satu bentuk tekanan untukku... Dengan harga setiap kali exam yang sangat mahal iaitu RM580, lepas tu dengan masa diperlukan untuk belajar dan akhirnya masih tidak mencapai tahap yang diperlukan.. Apatah lagi apabila bertembung dengan tugas harianku yang melimpah ruah..


Aku bertembung dengan satu masalah teknikal apabila pihak Law Fac di Melbourne Uni melihat Masterku yang diperolehi dari UM on coursework basis - sebagai satu sebab untukku ditawarkan Master of Art leading to PhD.. Atas alasan keupayaan research dan methodology semasa belajar di UM..

Aku terpaksa call ke Australia beberapa kali, berjumpa dengan Puan Sapiah dari Jabatan Siasiswa beberapa kali..UiTM tidak menerima istilah tersebut dan meminta tawaran diberikan atas tiket direct to PhD.. Melbourne Uni bertegas dan UiTM juga bertegas... Apakah yang terjadi padaku..

Kemudian peperiksaan IELTS pada 9 Ogos pula menyaksikan satu perkara lain.. Kenapa soalannya payah sangat... Aku telah berusaha menjawab soalan writing sebaiknya tetapi lepas exam, masing-masing bercerita.. rupanya aku dan beberapa kawan-kawan yang lain rasanya telah tersilap memahami kehendak soalan...I felt like crying.. Ya Allah aku tak pernah rasa sedih macam ni bila berdepan dengan peperiksaan sebelum ini..

______________

Balik ke rumah. Aku telah termenangis di hadapan suamiku.. (nangis sikit jer.. bukan teghiak..sesekali rasa lemah dan sedih adalah manusiawi dan tabi'ie kann..)

'Abah, I feel very sad with what happen to me..kenapa susah sangat ni..
Kenapa soalan IELTS macam ni.. orang lain sekali ambik je dah dapat Band 7. Sedihnya Umi..
Pastu tawaran Melbourne Uni macam tu, UiTM pulak nak ayat macm lain.. Pening ler .. Susah-susah kita mintak Universiti lain ler, Adelaide ker, La Trobe ker. Ataupun susah-susah Umi belajar kat UIA jer la Bah..'

And my husband adalah counselor terbaik I ever have.. Katanya..

'Sedih tu normal tapi tak boleh lama.. sejam dua cukup ler.. tapi kalau satu hari sedih manjang, you can spoil your life. What is done is done.. Kalo Umi tak dapat Band 7 kali ni, periksa lagi sekali. Bukannya end of the lane, inikan baru permulaan. Orang lain tak sama macam kita.. Mungkin Allah bagi ujian susah dulu, tapi sepanjang belajar semuanya mudah. Mungkin Umi boleh siap kajian lebih awal dari orang lain.. Who knows what will happen in the future. Kita tak tengok how we start, but we want to see how we end our life.. Umi jangan sedih lagi yer.. Let Dr Rahimi campur, maybe he has another alternative. Kalau tak dapat Melbourne, kita pergi tempat lain. Kalau tak dapat tahun ni, kita pergi tahun depan. It's just a matter of time.. Kalau semuanya tak dapat, baru buat kat UIA.. Orang lain tak tahu apa yang kita lalu.. Apa yang kita lalu tak sama jugak dengan apa yang orang lain lalu... Dah yer...Umi jangan sedih lagi yer..'

Alhamdulillah... Saya dah ok sekarang..

Ya Allah, forgive me for being lemah semangat.. Whatever terbaik di sisiMu adalah terbaik untukku.. permudahkan laluanku demi pencarian ilmu ini.. tetapkanlah yang terbaik untukku.. amin..

___________________

Perkembangan terkini..

My Boss will do the talking with UiTM, and He himself will see the TNC Akademik regarding my offer.. Thank you Allah for showing me the way out.. with a very responsive and considerate Boss.. Thank you Bos for trying to defend my case..

Resultnya.. kemudian dapat..

Wednesday, August 6, 2008

Perjalanan Hidup Aisyah

Dua minggu lepas, Abah ke China bersama dengan Papa Uji dan Mama Haz membawa bersama 20 orang pengedar barang-barang untuk membeli barang di China dan menjualnya di Malaysia. Projek ini di bawah Syarikat Iwani dan Butik Dang Anum. Mama Haz tu tuan punya butik dan pengeluar baju berjenama Dang Anum, HQnya adalah kedai di Tingkat 3 Supermarket SACC Shah Alam, satu lagi outlet di Giant Melawati dan beberapa outlet lain.

Kat sana, abah telah membeli hadiah untuk Umi dan Aisyah. Untuk Aisyah sebuah boat bateri yang agak besar macam dalam gambar ni..

Abah sampai hari Sabtu petang, hari Ahad pagi, Aisyah dah bersiap-siap nak main di Tasik Shah Alam dekat Masjid Negeri..


Inilah kisah Aisyah..

Ini adalah boat yang dihadiahkan oleh abah saya..

Pegang elok-elok dan letak dalam air..

Sekarang boat berada dalam air, boleh mula tekan suiz supaya dia bergerak.. zooommm
_________________________
Ahad 3 Ogos 2008
Di bawah ini pulak adalah perjalanan hidup Aisyah pada hari Ahad 3 Ogos, macam biasa ke Taman Tasik Shah Alam untuk exercise dan juga main boat Aisyah..


Aisyah dan Umi sedang duduk tepi tasik, bagi ikan makan roti sementara tunggu Abah ambik bateri AA dari kereta untuk boat Aisyah.. Kejap lagi kita masukkan boat dalam air yer..

Sementara tu, Aisyah ikut Umi yer.. kita bertafakur.. Dalam bahasa Inggeris dipanggil meditation.. Kita baca Al-Fatihah, pastu Aisyah baca selawat syifa' dan selawat tafrijiyyah. Pastu kita fokus doa pada Allah supaya aura positif kita bertambah dan kita absorb aura dari alam ni yer.... Amin..


Lepas tu kita jalan-jalan lagi.. Dan Abah adalah cameraman yang sangat bagus.. Hidup Abah!

Ajaran Sesat

My article published in Berita Harian 6 August under Slot Peguam Syarie Menulis

Umat Islam Perlu Jauhi Ajaran Sesat
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim


Ajaran sesat yang berlawanan dengan pegangan agama yang diiktiraf sering kali mengganggu ketenteraman dan keharmonian hidup setempat. Walaupun sesuatu ajaran itu bersifat pelik dan menyeleweng dari apa yang biasa kita pelajari, tetapi masih ada segelintir umat Islam yang terpengaruh dan menjadi sebahagian dari pengikut ajaran-ajaran sebegini. Antara ajaran yang telah difatwakan sesat dalam negeri Selangor adalah ajaran Qadiani, fahaman Syiah, ajaran haji Banuar Roslan, ajaran tarikat Samaniah Ibarahim Bonjol, a-Arqam, ajaran Martabat Tujuh, ajaran zikir Hasan anak Rimau dan sebagainya.

Terdapat juga di kalangan pengikut ajaran sebegini tidak tahu bahawa apa yang dipegang dan dipertahankan itu adalah sesat dan menyimpang dari ajaran Islam. Justeru itu ilmu tentang asas agama sangat perlu kita pelajari supaya dengan akal dan iman yang waras, kita dapat mengenali bahawa sesuatu perkara baru yang diberitahu kepada kita adalah sesat ataupun sebaliknya.

Apakah yang dikatakan sesuatu ajaran itu sesat dan menyeleweng? Sesuatu ajaran sesat sebenarnya merujuk kepada ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan ia bercanggah dengan isi kandungan al-Quran dan al-Sunah.

Ajaran sesat ini sebenarnya mempunyai beberapa ciri yang perlu kita fahami agar kita dapat menyelamatkan diri. Antaranya ciri ajaran sesat adalah:
-Mencemarkan kesucian al-Quran dan hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikai atau membuat satu tafsiran menyeleweng terhadap al-Quran dan hadis. Contohnya mengatakan bahawa ayat al-Quran mengenai sembahyang tidak ada dan telah dimansuhkan. Atau mengatakan bahawa Nabi Muhamad adalah bukan seorang yang terpuji, bukan Nabi terakhir dan ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad.


-Mengubah prinsip asas dalam akidah Islam seperti ajaran yang menggabungkan Islam dengan agama lain sehingga menjadi satu ajaran yang sangat pelik dan terasing. Atau mengatakan semua agama tidak berbeza dan sama taraf serta datang dari Tuhan yang sama.

-Memuja dan mendewakan ketua ajaran sehingga ke tahap mengatakan ketuanya suci dari dosa, menjadi Nabi, menjadi jelmaan Tuhan di dunia ini dan boleh mencipta dan membuat mukjizat seperti Nabi terdahulu. Apabila sampai ke tahap memuja, pengikut akan berusaha melakukan segala perkara untuk ketuanya sehingga kepada memberikan keseluruhan harta, mencium kaki, meminum air basuhan kaki pemimpin, meminta syafaat dari pemimpin serta pelbagai perkara yang tidak ada dalam ajaran Nabi Muhammad.

-Menolak perkara yang mutlak (qat’ie) dalam Islam. Contohnya mengatakan berkahwin secara batin tanpa saksi adalah sah, ketua ajaran dan pengikutnya boleh berkahwin dengan seberapa ramai yang dikehendaki. Ketua dan ahlinya sudah bebas dari hukum-hakam agama dan tidak perlu mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. Atau pun mengajarkan bahawa solat tidak perlu mengerjakan dengan perbuatan, sebaliknya memadai dilakukan dengan niat sahaja.

-Mengubah konsep pahala dan dosa seperti memberi kuasa pengampunan dosa kepada ketua ajaran. Ketua boleh memberi pahala dan menjamin pengikutnya masuk ke syurga atau pun semua yang mengikutnya tidak akan dihisab amalannya di akhirat kelak.
Mendakwa boleh melakukan sesuatu yang pelik yang bersangkutan dengan perkara ghaib. Contohnya ketua ajaran mengatakan dia boleh bercakap dengan Tuhan, boleh memanggil roh simati termasuklah boleh berinteraksi dengan Nabi, Malaikat atau pun mengatakan syaitan tidak berani menggodanya kerana maqamnya terlalu tinggi dan sebagainya.

-Mendewakan sesuatu yang lain selain Allah atau mensyirikkan Allah dengan sesuatu sembahan yang lain. Ini termasuklah meminta bantuan bukan daripada Allah tetapi menyeru nama-nama jin, makhluk halus dan sebagainya. Menolak hadis Nabi serta membenci semua yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad.

Apabila sesuatu ajaran bertentangan dengan prinsip asas dalam Islam, maka setiap kita yang beriman perlu menjauhinya dan berusaha menyelamatkan orang yang dikenali dari terpengaruh dengan ajaran sebegini.

Terdapat beberapa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkenaan kesalahan ajaran sesat. Contohnya Seksyen 4 (1) memperuntukkan kesalahan melibatkan memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara menyalahi Hukum Syarak.

Seksyen 7 Enakmen yang sama pula memperuntukkan mengenai mana-mana orang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara bertentangan dengan Hukum Syarak dan fatwa yang berkuat kuasa sama ada di tempat sendiri atau di tempat umum boleh disabitkan denda tidak lebih RM5000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak lebih 6 kali sebatan.

Apakah yang boleh kita lakukan jika kita mendapat tahu ada ajaran sesat yang berlaku dalam kawasan kita? Kita perlu membuat aduan kepada Pegawai Penguat kuasa Agama (PKA) di tempat kita berada memaklumkan terdapat satu ajaran yang disyaki bertentangan dengan Islam. Selepas aduan dibuat, pihak PKA akan mengadakan siasatan ke atas aduan tersebut.

Seksyen 54 dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 memperuntukkan cara-cara seseorang awam boleh membuat aduan. Pengadu perlu memberi aduan bertulis dengan mengisi borang tertentu, mencatat dengan terperinci apa dan di mana perkara disyaki tersebut berlaku. Borang tersebut perlu ditandatangani dan maklumat tentang diri pengadu juga perlu disertakan. Ini bertujuan menjaga pertanggungjawaban pengadu terhadap aduan yang dibuat. Jika aduan diberi secara lisan, ia juga perlu dipindahkan kepada bentuk bertulis.

Walaupun pada dasarnya PKA akan bertindak apabila ada aduan, tetapi dalam keadaan tertentu berdasarkan Seksyen 57 Enakmen yang sama, PKA boleh juga terus bertindak dan menangkap walaupun tanpa aduan dari orang awam jika terdapat sebab untuk mensyaki perlakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap berlaku. Contohnya kes yang sudah dihebohkan dalam media, PKA boleh terus bertindak melakukan siasatan kerana jika menunggu laporan dari orang awam terlebih dahulu, mungkin masa sudah menjadi terlalu lambat dan pihak bersalah juga mungkin berjaya melarikan diri. Ini perlu diperhalusi antara kes melibatkan kesalahan boleh tangkap, kes umum dan kes yang dikecualikan.


Demi untuk menyelamatkan masyarakat kita dari terjerumus dalam ajaran sesat yang dibawa oleh mana-mana pihak, kita mengharapkan supaya:

1- Semua orang Islam perlu berusaha mencari ilmu melibatkan ajaran Islam dari pihak-pihak yang diketahui berilmu atau dari badan-badan yang diiktiraf agar tidak terpengaruh dengan ajaran pelik yang terasing.
2- Kita juga perlu memantapkan kefahaman tentang perkara asas dalam Islam sehingga berjaya membezakan antara ajaran yang tepat dengan ajaran yang menyeleweng.
3- Membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab atau PKA di tempat kita berkenaan apa-apa ajaran yang disyaki menyeleweng.
4- Memohon pihak Kerajaan menambah bilangan PKA yang profesional dan mahir dalam kaedah siasatan dan tangkapan di setiap negeri dan kawasan agar mampu menangani permasalahan dan kesalahan berbentuk agama yang bertambah.
5- Memohon setiap ajaran yang dikenal pasti sesat dan menyeleweng disegerakan fatwanya oleh pihak berwajib dan diwar-warkan kepada orang awam dengan seberapa segera.


Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Tuesday, August 5, 2008

Family Day CITU

Hari Keluarga CITU pada Ahad 27 Julai

Pada hari Ahad 27 Julai, my ofis telah mengadakan hari keluarga di Batang Kali, dekat dengan Rawang.. Majlis ni di bawah seliaan Ustaz Taqi, Ketua Unit Kebajikan CITU dan AJK-AJKnya yang sungguh bersemangat, Kak Timah, Kak Che Zahrah, Kak Liza dll..

Kawan-kawan termasuklah staff ofis pakat kata, 'Hidayah, you kena pegi ni, kira family day tahun ni yang last before you fly ni..Nanti lambat lagi 3-4 tahun baru boleh join family day CITU lagi..' 'Allright, saya hadir.. Set!'

Majlis diadakan dalam kawasan Dusun dan lepas tu pergi ke rumah rehat, lepas permainan, semua pergi mandi di sungai tempat air terjun... oooo best betul...

Sapa nak naik bas tunggu di ofis tapi Umi, Abah dan Aisyah guna kereta sendiri. Kami telah keluar dari rumah jam 8 pagi, plan nak sampai sana jam 9.30 pagi. Sepatutnya breakfast disediakan dan kami akan makan sama-sama di dalam Dusun buah-buahan kepunyaan salah seorang kawan Ustaz Taqi. Dengan berpandukan peta yang diberi (peta tu tak berapa sharp ler.. merewang-rewang kita cari, sampai tanya 3 orang kat stesen petronas.. how to get to Kolam Air Panas Batang Kali...)

Akhirnya kami sampai.. lepas tunggu cukup korum dalam jam 10 pagi, kita pun pergi ke Dusun untuk breakfast.. Banyaknya makanan... ada nasi lemak, kueu tiau goreng, mee goreng, bihun goreng, kuah durian dengan pulut, kueh dan macam-maam ada.... tak larat nak makan... Pastu ada buah durian, rambutan dan manggis..


Wah.. ramainya anak-anak sedang makan dengan ibu bapa masing-masing..
Lepas dah makan, kita ke rumah rehat untuk telematch.. Aisyah masuk game pecahkan belon.. hehe.. dapat nombor tiga. Pastu ada game untuk suami isteri, bawak belon dari belakang, tapi tak boleh pegang belon... Umi dan Abah pun masukla.. tapi malunya.. hehe... tergolek jatuh sebab tak balance... Aisyah kata.. 'Umi, ala napa jatuh.. kalau tidak Umi dengan Abah dapat nombor satu...' aisay.. apa nak buat...
Aisyah bergambar dengan pemandangan di belakangnya yang sangat menarik.. budak-budak tengah lari-lari macam betul-betul berpesta.. hehe..
Lepas main, kita semua pegi ke sungai... Adoiiii airnya cukup sejuk, mengalir terus dari air terjun... Umi cakap kata Aisyah, ' Sebelum masuk dalam kawasan hutan, sungai dan air terjun mesti baca doa Sulaiman..bunyinya..'Salamun a'la Sulaimana fil aa'lamin'.. Aisyah pun baca, dia dah hafal sebahagian doa2 dalam asas 10 yang diajar oleh Ustaz Harun Din..

Baca doa dulu yer..
Ramainya turun mandi...

Aisyah dengan Huda mandi.. wahhh bestnya..
Umi pun apa lagi...Mandi sungguh2 punya... ayooo bestnyer... Mulanya Abah ambik gambar duduk tepi sungai.. tapi bila dah tengok semua orang bermain air dengan penuh riang gumbira, Abah pun tak tahan.. terus salin baju dan mandi... Bestnyer mandi air direct dari gunung..
Tak lepas peluang.. Umi pun turun jugak.. tengok airnya bukan main deras..wah bestnya.. Menurut ilmu Aura, air sungai mengalir mempunyai aura dan energy yang tinggi.. jadi sebelum masuk kena baca sesuatu ayat doa dan berusaha absorb auranya.. Which I did, so do Aisyah and Abah..
Bila dah letih , naik ler semua orang... Tunggu toilet kena ikut giliran.. lama betul.. Lepas mandi, tukar pakaian, kami solat zuhor dan makan tengahari. Ustaz Kamaruddin masak sup tulang.. adoiii sedapnya Cik Din.. habis saya hirup kuah satu mangkuk...
Lepas makan nasi, makan buah durian pulak.. Aisyah asyik bermain dengan Huda dan Izzati saja.. sampai lupa Umi dan Abah kat mana.. rupanya tiga orang tu dok main bawah pokok manggis.. penuh kesan gigitan nyamuk.. hehe..
Lepas tu ada majlis bagi hadiah..


My respected Boss with Ustaz Taqi sedang menyampaikan hadiah kepada semua yang berjaya.. Gambar tu Boss tengah kasi hadiah pada Aisyah tu yang dapat nombor 3 game pecah belon. Semua yang hadir dalam majlis ni pun dapat hadiah.. Jadi Umi pun dapat jugak hadiah walaupun tak menang apa-apa.. menang main air jer ler..hehe ..
Lepas tu, kita semua kemaskan barang-barang... then bersiap-siap jam 4.30 kami pun balik ler ke Shah Alam.. Terima kasih pada Ustaz Taqi dan AJK-AJK yang telah berusaha mengadakan Majlis Hari Keluarga CITU..
_____________
Moral of the story

Jom back to nature.. See the beauty of the creations and always remember Allah is the Creator..

Sunday, August 3, 2008

Blog Dah Ok

Alhamdulillah my blog dah boleh dibuka kembali.. adoii punye ler susah hati bila dia kong, sebab dah lama sangat disi, apatah lagi ada banyak kisah dan gambar aisyah.. itu yg paling penting untuk Umi.. nanti kita upload lagi kisah2 menarik yer...

Saturday, August 2, 2008

Blog Tak Dapat dibuka

I dont know why and what happen to my blog. I cannot open using Internet Explorer (IE), but can open using mozila firefox only.. Apa dah jadi ni.. Please anybody who know- what should I do and how to solve this problem???

Friday, August 1, 2008

Papa.. Baca Kuat-kuat Yer..

Ada yang kirim emel mengenai kisah ini..
Dari mana kisah ni datang.. tidak dapat dikesan..
Apakah ini kisah betul atau kisah rekaan.. tidak dapat dikesan..
Di manakah ia berlaku... juga tidak dapat dikesan..
Tapi.. bacalah semoga ada sesuatu yang baik untuk ibu-ibu dan bapa-bapa sekelian..

______________________

Papa.. Baca Kuat-kuat Yer..

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.

“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. “Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek! Serena enggan mengalah.

“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.
“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!”

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
“Mama dah baca, seronok papa,” kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba Serena bertanya. “Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai di ribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
“Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. “Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut.

Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.

Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

“Papa..nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu. Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

_____________

Ulasanku

Kadang-kadang kita sering kesuntukan masa, terlalu banyak urusan hakiki dan tidak hakiki yang perlu kita selesaikan.. Dan kadang-kadang kita terlupa ada banyak hati-hati lain yang terkesan di atas kesibukan kita. Kita sering terlupa ada hak orang lain yang kita lupa tunaikan..

Kitasemua sibuk. Suami sibuk. Isteri sibuk.. Ibu bapa sibuk.. Anak-anak membesar juga, tapi masa terpenting tumbesaran anak, kita gagal isikan dengan baik..Kita tiada masa untuk tengok jadual waktu dan kerja sekolah anak. Tidak ada masa untuk melihat anak-anak pandai setakat mana baca quran, betul ke bacaan wajib solatnya, betul ker dia basuh najisnya..dia sembahyang atau tidak lima kali sehari. Ada ke dia masalah dengan kawan-kawan di sekolah...

Selalunya manusia tesedar bila dah terkena..
Sudah terantuk baru tengadah..
Bila dah hilang baru terasa kehilangan...
Masa ada tidak terfikir betapa berharganya ia..

Justeru...

Anak yang ada, jagailah dia dengan baik.
Isteri yang ada, berilah masa dan layanan dengan baik..
Suami yang ada, layani dan hormatilah dengan saksama..
Ibu bapa yang masih ada.. selalulah telefon dan menjenguk mereka..

Kerana apabila semua sudah hilang dari tangan..
air mata darah tidak mampu mengembalikan sejarah dan kenangan..