Wednesday, September 29, 2010

Kata-kata Menarik Berhikmah

Perjalanan..

Peluang yang Allah beri hari ini, laluilah dengan baik, ceria dan gembira. Ujian dan cabaran adalah penguat kepada jiwa setiap insan. Seumpama kaca, lagi digilap, lagi diuji, lagi bersinar dan bercahaya..

Ingat nasyid Nazrey Raihan dulu-dulu?

'Apa yang ada..
Jarang disyukuri..
Apa yang tiada..
Sering dirisaukan..
Nikmat yang diberi..
baru kan terasa..
Bila tiada di dalam genggaman..'

Nikmati semua nikmat Allah..
Dalam Iman dan Syukur..
Setiap yang ada semuanya baik belaka..

Ada duit, berbelanja dengan baik
Ada ilmu, ajarilah mana yang berkehendak
Ada kelebihan, berkongsilah dengan orang lain
Ada harta, bersedekahlah selalu


Nikmati hari ini..
kerana ia adalah hadiah dari Allah..

Kata-kata ni bagus untuk direnungi..

Yesterday is a history.
Tomorrow is a mystery...
and today? ?
Today is a gift...
Thats why we call it the 'PRESENT'.

Saturday, September 25, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya...


Walaupun dah lambat, kami sekeluarga ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Semoga Allah menerima semua amalan puasa dan ibadah kita.. amin..


____________


Hari Raya Jumaat 1 Syawal 1431H


Kali ini kami sekeluarga berhari raya kali kedua di sini. Hari Raya jatuh hari Jumaat.
Awal pagi, kami ke Masjid Preston untuk solat hari raya. Orangnya teramatlah ramai.. penuh semua ruang dalam masjid. Di luar masjid diletakkan tikar tetapi disebabkan hujan turun walaypun tidak lebat, tapi ia menyebabkan basah habis tikar. Jadi semua orang berpusu-pusu ke dalam ruang solat.


Jam 11 pagi, kami beraya di rumah Irniza/Rezal, then lepas lepas solat Jumaat, kami convoy dua kereta beraya di St Albon, rumah Dr Zaharuddin Sani.

Sabtu, kami join sambutan hari raya di Bundoora dan juga Kg Vic. Lepas tu kami ke rumah rakan-rakan Singapore di Dallas, rumah Sila/Bukhari, rumah Kak Ros Lazzat, then kami ke hospital Epping melawat Abang Man Kak Min (sahabat Singapore juga) yang dimasukkan ke hospital atas masalah jantung.


Di Hospital, ada satu bilik disediakan oleh hospital-dipanggil bilik inter-faith. Dalam bilik tu semua agama boleh guna. Disebabkan orang agama lain tak guna bilik tu, maka Muslim utilise sungguh2 untuk solat. Kalau di Malaysia disediakan bilik inter-faith (kaedah pluralism agama) sudah tentu tak boleh.. Sebelum kami balik, Aisyah tulis ucapan terima kasih pada hospital kerana sediakan bilik tersebut.



Ahad, kami join majlis beraya lagi di beberapa buah rumah. Rakan Singapore dan juga rakan2 Malaysia. Alhamdulillah.. Semuga semua berbahagia dan ceria selalu..


Bersama sahabat2 dari Kg Vic -Penghulunya Ustaz Khairul- bergambar semasa kami join Kampung Vic meraikan hari raya..


Bersama rakan-rakan Singapore di Dallas..



Beraya di Wallan- rumah kawan-kawan SIngapore, rumah Kak Min/Abang Man- selepas Abnag Man keluar dari hospital.. (semua orang tengah dengar cerita Siti.. "cite apa tu Tie?? bersungguh2 betoi.. hehe..."
Rumah June/Azman (kawan SIngapore-penggerak madrasah Muhajirin tempat Aisyah sekolah AGama hari Ahad- Rumahnya di Hidden Valley.. cantiknya rumah June dan cantik sungguh pemandangan dari rumah beliau.. Tengoklah dari tingkat dua, we can see the whole hidden valley..


Di rumah June, ruang tamu bersama Niza sekeluarga dan ibu kepada Azman/June..

_______

Di bawah ni..
Siapakah yang bergaya tu??? hehe...

Siapa lagi.. kalau bukan Aisyah sekeluarga..
Selamat Hari Raya dari Kami semua..
Mohon Maaf atas segala silap..

Di mana ni? Dalam studio ke??
No.... ini di Hidden Valley, depan siket dari rumah June..




Musafir Kelana..

Masa yang sama, hari raya ni juga dua orang anak sedara saya berangkat ke luar negeri.
Tasnim ke Jordon, anak sulong my sister Kak Za, lecturer UTM Skudai, melanjutkan pelajaran menjadi Doktor.. amin...


Yang tengah tu Tasnim... (Saya curik gambar ni dari facebook tasnim).. .. Tasnim, jangan mare yek..


Sorang lagi anak sedara saya, namanya Zuhri, anak sulong Kakak Solong saya (Kak Nik-lecturer UTM KL) melanjutkan pelajaran Syariah di Al-Azhar, Mesir.
(Gambar Zuhri belum ada lagi. nanti saya carik dari facebook dia yer.....)

Semoga mereka berdua selamat, dimudahkan urusan, berjaya dalam pengajian, dilindungi Alah dan selalu menjadi dan berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin

Monday, September 20, 2010

Ilmu Baru.. Belajar di Adelaide

Perkembangan ..

Saya ni seorang yang simple.. plus sempoi.. hehe..
Saya ada tulis dalam entry dulu-dulu bertajuk 'siapa saya?', saya ni sempoi, pakai ambik apa yang nak, pakai apa yang saya suka (asalkan tutup aurat.. guna apa yang ada jer.. jadi bersesuaian dengan kesempoian saya, saya tak tahu sangat perkembangan semasa yang kawan-kawan saya semua pakar dalamnya..

Apa tu?

Ilmu Corelle.. (hehe..)
Saya belajar ilmu baru, jauh 750km dari Melbourne. Di Adelaide rumah Wan Satirah dan Sayuti serta kawan-kawan Wan, saya belajar pasal Corelle.. Pinggan mangkuk Corelle, Jag Corning,jenis-jenis bunga Corelle.. wow.. pencapaian baru dalam hidup saya.. hehe..

Saya teruja tengok Wan dan rakan-rakan Adelaide semuanya pakai Corning, Corelle dan rumah mereka penuh dengan peralatan mangkuk pingganbunga-bunga sejenis, nama itu, nama ini.. semuanya tak pernah saya ambik pot sebelum ni.. saya rasa kelakar pulak sebab kenapa yer selama ni saya tak minat benda2 ni, tapi sekarang saya jadi minat sangat pulak dah.. hehe..

Yang jokenya, saya beli Corelle 2 kotak dari BigW Adelaide (kirim pada Liza Adelaide kawan Wan) dan beli jag Corning dari Wan dan bowl besar Corning dari Wan jugak.. Bahkan saya dah cuba mempengaruhi Abah.. 'Bah, kita beli Corelle nak tak?' hehe...

Saya dan Abah juga ikut Wan dan Sayuti ke Garage sale di kawasan rumah mereka awal pagi Sabtu, before balik ke Melbourne, nak cari Correlle dan Corning second hand.. haha..- terkejut saya sebab ramainya orang berkumpul depan rumah Garage Sale walaupun tuan rumahnya belum buka pun lagi Garagenya.. Pengalaman baru untuk saya jugak ni.. Selalunya saya ke Garage Sale di kawasan rumah saya dalam jam 10.00 -11.00pagi. Kena pergi awal ni, jam 8,00 pagi dah kena ada depan rumah- lagi bagus kalau rumah tu offer Garage Sale deceased estate or moving house.

Sumbangan besar dari Wan dan Sayuti ni.. ilmu baru tentang Corelle shingga saya jadi nak pakai Corelle dah sekarang ni. Dan juga ilmu baru tentang garage Sale ttempat mencari Correlle dan Corning second hand.. seronoknya..hehe..

_______________________

Kawan-kawan baru di Adelaide..

Saya sekeluarga sangat seroonok dengan layanan Wan, Sayuti dan anak-anak mereka, Syakirin, Aqilah dan Yaya. Aisyah juga sangat seronok bermain, bercerita dan tidur dengan Aqilah dan Yaya. Kami bertolak ke sana jam 7.40pagi Selasa sampai jam 7.30 malam. Terus dibawa ke dinner jemputan Raya rumah Ayu/Khairul. Jumpa ramai kawan-kawan baru postgrad di sana.


Ini dalam perjalanan ke Adelaide, kami singgah tepi jalan ambik gambar- banyak pokok-pokok warna kuning, menjadikan pemandangan yang sangat cantik.. Subhanallah..



Border antara negeri Victoria dan masuk ke dalam negeri South Australia


Ni tengah jalan ke Adelaide, kami berhenti sekejap, mencari tandas, menggeliat siket dan ambik gambar.. ada building cantik di belakang kami tu...Sejuk sangat!


Esoknya, Abah dan Sayuti uruskan urusan penting kereta. Tapi nampak gaya urusan kereta tersebut tidak berjaya diselesaikan. Kena cari jalan lain pulak. Plannya kami nak berjalan-jalan dengan kereta baru di Adelaide, tapi ia tak kesampaian.

Khamis, Sayuti dan Wan sudi membawa kami berjalan-jalan ke Mt Lofty, pusing-pusing bandar, pusing ke Adelaide Uni, UniSA dan kami pergi makan di restoran Mangkuk Hayun (Swinging Bowl) di bandar kepunyaan budak Kelantan. Makanannya boleh tahan. Malamnya kami semua dinner di rumah Liza, rakan Malaysia PR di Adelaide. Rumahnya penuh dengan Correlle jugak.. hehe.. cantik..



Sayuti dan Abah.. di Handorf (kawasan penempatan German di Adelaide)-
bangunannya sangat cantik..


Hari Jumaat, kami pan nak balik paginya. Tapi tukar plan baru. Sayuti bawak kami sekeluarga dan juga Abang Zul (suami kak Ros) ke bandar Adelaide, Wan ke pejabat, kami pulak ke jeti yang cantik nama kawannya Gelenegt. Cantik sungguh pemandangannya.. Subhanallah.. Lepas tu kami ke masjid solat Jumaat, saaya dan Aisyah pun ikut sekali. Malamnya kami dibawa dinner lagi, jemputan rumah kak Ros/Abang Zul pulak. Kat sini bertambah lagi cerita-cerita tentang Correlle.. hehe..


Aisyah... cunnya anak Umi ni..
takpakan kita puji anak kita..hehe..

Di Glenegh, berangin kuat dan sangat sejuk.. tengokla kain pun bertiup macam ada kipas di bawahnya..


Cantiknya... Alhamdulillah kami sampai ke Adelaide..



Sejuknya.. menggigil..




Kami masuk ke Bangunan Universiti Adelaide, disebelahnya Univ of South Australia
(UNiSA).. ada lambang Uni Adelaide di belakang saya tu.


Handorf.. perkampungan German.. memang cantik sangat..


Bersama Wan Satirah, dan Aisyah... belakang adalah bangunan di Handorf





Mt Lofty.. atas bukitnya, kita boleh tengok seluruh Adelaide..


Nampak tak anak bulan Syawal tu? hehe.. Sayuti membawa
peralatan melihat anak bulan.. canggih


Sabtu, kami ke Garage Sale dengan Wan dan Sayuti.. (yang saya cerita kat atas tadi tu..). Saya suka tengok cara Sayuti tawar barang.

Lepas tu, dengan berbekalkan macam-macam makanan yang Wan bagi untuk kami makan di sepanjang jalan nanti-nasi goreng, kek, air dll- kami bertolak ke Melbourne yang 11.pg. dan sampai rumah jam 11.30mlm. Tengah jalan kami berhenti di The Biggest Rocking Horse, ke Mannum dan terus ke Melbourne melalui Highway Princess.

Letihnya...
Ops.. ada berita besar berlaku.. tengah jalan kami ditahan polis- kat Arrarat- Tapi Alhamdulillah dia cek lesen memandu saja dan kami lepas.. Alhamdulillah..

Terimakasih pada Wan, Sayuti, anak-anak dan semua rakan-rakan baru yang kami baru kenali di Adelaide kerana sudi melayan kami dengan baik di sana. Syukran jazilan.. It was a wonderful journey.

Wednesday, September 15, 2010

Do Not Quit

Adelaide..

Saya sekeluarga di Adelaide sekarang, untuk beberapa hari (Selasa - Jumaat)- berjalan dan menyelesaikan beberapa urusan. Kami bermusafir dan duduk beberapa hari di rumah Wan Satirah. Semalam, kami join jamuan raya postgrad di kawasan Adelaide sini. Esok kami plan berjalan-jalan mencari tempat menarik di sekitar Adelaide ini. Jumaat kami akan balik ke Melbourne. Tadi saya ke Univ South Australia (UniSA) tempat Wan belajar, pusing-pusing melihat persekitaran. UniSA tidak sebesar la Trobe atau Melbourne Uni tapi keadaan sekitarnya cantik pada saya.

Semasa berada di bilik tidur di rumah Wan, saya menggantung tuala saya di tepi dinding. Tetiba saya perasan ada satu poster kecil yang Wan tampal di tepi sudut dinding bilik tetamunya ini. Saya membaca dengan penuh minat, baris demi baris, ayat demi ayat.. Tulisannya sangat baik dan cantik sekali.

Ia bertulis:

DON'T QUIT..

When things go wrong, as they sometimes will
When the road you're trudging seems all uphill
When the funds are low, and the debts are high
And you want to smile, but you have to sigh
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but don't you quit

Life is queer with its twists and turns
As everyone of us sometimes learns
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out
Don't give up
Though the pace seems slow
You may succeed with another blow

Success is failure turned inside out
The silver tint of the clouds of doubt
And you never can tell how close you are
It may be near when it seems so far

So stick to the fight
When you're hardest hit
It's when things seem worse
that you must not quit..

Don't Quit...

_______________

Dalam perjalanan ini..kita perlu kuat, tabah, melihat dengan positif terhadap hidup ini. Di sebalik rasa ubat yang tak sedap, ia menjanjikan kesihatan untuk kita. insya Allah.
Di sebalik kepahitan ada kemanisan. Jadi, saya dan anda semua yang saya hormati, Never give up!. Don't Quit From the Journey that we have started.. Move on and hold tightly to the rope of Allah..amin..

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan dan Peristiwa..

Ramadhan..

Cepat masa berlalu meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Ramadhan yang mulia akan berlalu meninggalkan kita. Apakah ini Ramadhan terakhir untuk kita? Apakah kita dapat berjumpa lagi Ramadhan tahun depan? Pelbagai peristiwa satu demi satu berlalu pergi meninggalkan saya dan kita semua. Semua yang berlaku sama ada baik atau tidak (dalam pandangan kita) seharusnya dilihat baik kerana semuanya datang dari Allah. Yang baik kita syukuri, yang sakit dan pedih kita tabah dan terima dengan sabar.

Semoga Allah menerima semua amalan baik kita di sepanjang bulan besar ini.
Doa saya selalunya sama setiap kali selesai solat..
dan dalam sujud yang panjang, saya sering memohon yang sama..

'Ya Allah, ampunkanlah semua dosa yang saya lakukan.
Ampunkanlah dosa ibu bapa kami, adik beradik dan semua yang saya sayangi.
Maafkanlah kesilapan saya.
Selamatkanlah kami dalam perjalanan hidup di dunia ini dan selamatkanlah kami di akhirat nanti. Ya Allah, mudahkanlah laluan kami di sepanjang hidup ini. Mudahkanlah rezeki kami. Jika rezeki kami di langit, saya merayu padaMu, turunkanlah ia ya Allah. Jika rezeki kami di dasar bumi, saya merayu agar keluarkan ia ya Allah. Wahai Allah, jika rezeki kami jauh, tolonglah dekatkan. Jika rezeki kami terhalang, saya merayu tolonglah angkat hijabnya ya Allah. permudahkanlah kami dalam semua urusan hidup kami.. urusan dunia dan urusan akhirat..
Engkaulah Tuhan kami, Seru sekelian alam..
Tolonglah kami untuk menjadi hambaMu yang soleh. amin ya rabbal alamin..'

Semoga Allah tidak akan jemu menaburkan rahmatNya kepada saya dan semua yang saya kasihi.
______________

Perjalanan saya..

Allah telah buka laluan untuk saya. Alhamdulillah.
Pada 28 Ogos, saya terima financial affidavit dari KPT dan surat kelulusan KPT untuk bertukar tempat pengajian. Pada 31 Ogos, sempena hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia, saya telah withdraw dari La Trobe dan menghantar borang untuk pendaftaran di Melbourne Uni. Semoga saya berjaya mencapai apa yang saya hajati. Terima kasih atas semua bantuanMu ya Allah.. Permudahkanlah pencarian ilmu saya.. Dan terima kasih pada rakan-rakan yang sudi mendoakan saya.

Ada sahabat-sahabat yang tidak jemu memberi saya semangat, kata mereka, saya sudah mempunyai kedudukan yang baik dari segi kerjaya. Saya sudah mempunyai pangkat dengan gaji yang tinggi. Saya sudah mendapat pangkat Prof Madya, jadi kalau tak dapat PhD ni pun tak lah sedih sangat. Saya ucapkan terima kasih atas semua sokongan dan nasihat. Memang benar, saya sangat bersyukur atas semua nikmat yang ALlah berikan. Saya mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan. Saya syukur atas pangkat dan gaji yang Allah berikan. Saya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang selalu menyokong dan mendoakan saya. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang menjadi nadi perujuangan saya- Abah dan Aisyah- merekalah yang selalu bersama saya, menjadi tempat saya meluahkan isi hati, memberi saya semangat demi semangat, doa demi doa dan selalu membangunkan saya ketika saya hampir jatuh. Namun begitu, saya sudah memulakan langkah pencarian ilmu ini, maka saya bertekad untuk menamatkannya dengan baik. Saya hanya mampu mencuba. Saya akan terus melangkah, berjalan dan terus berjalan.. apakah saya akan sampai ke penghujungnya? Hanya Allah pemutus kata. Saya akan terus menapak selaju yang saya terdaya... Insya Allah..

____________

Islam diuji dan dihina..

Ketika kita menyambut Ramadhan, bersedia dengan berbuka, bertarawih dan bertadarus. Islam terus diuji dan dihina di mana-mana.

Islam-phobia semakin hebat. islam dikutuk hampir setiap hari di dada akhbar. Umat islam dipanggil pengganas, pengotor, suka mengamuk, bengis dan bermacam-macam lagi. Islam dihina dan dilancarkan gerakan membakar Quran di Amerika. Masa yang sama, saya menonton dokumentari wanita Islam dirogol di Afghanistan, wanita islam dipukul, dipotong telinga dan hidung oleh suami mereka di pakistan. Saya membaca mengenai honor killing, wanita islam dibunuh oleh abang kerana menjadi mangsa rogol ayah mereka di palestin. Saya membaca betapa kotornya pekan dan bandar di pakistan dengan najis manusia dan kencing di sepanjang tembok jalanan. Saya melihat keburukan demi keburukan yang digambarkan berada dalam kelompok orang islam.

Sedih.. sangat sedih..


Wed Sep 8, 12:14 pm ET

Even pastor’s old church condemns Quran-burning

It's increasingly looking as though the only spiritual or political figure who will not denounce Florida pastor Terry Jones' plan to commemorate Sept. 11 by burning copies of the Quran is Jones himself. Wednesday brings the news that even the church Jones founded in Germany in the 1980s is condemning the upcoming Quran-burning at his small place of worship in Gainesville, Fla.

"We are surprised and shocked at the extreme radicalism being displayed [by Jones] right now on this issue," Stephan Baar of the Christian Community of Cologne told the Associated Press. The 60-member church kicked out Jones in 2008. Jones' estranged daughter says the eviction arose from her father's reported penchant for dipping into the church's till to pay his own expenses.

Jones' wish to burn hundreds of copies of the Islamic holy book has drawn a wide chorus of protests. Gen. David Petraeus said on Monday the action could hurt U.S. troops, while hundreds of Afghans protested in Kabul and burned Jones in effigy. The Gainesville Fire Department has denied Jones a permit for the event -- but the pastor says he plans to go ahead with it anyway.

Indeed, so many high-profile people have spoken out against the plan that they may now outnumber the fringe church's 50-member congregation, raising the question of whether the condemnations are magnifying the cause of a very small group of extremists.

Here's a partial list of people who have condemned the planned bonfire:

  • "It could endanger troops and it could endanger the overall effort," top commander in Afghanistan Gen. David Petraeus told the media. "It is precisely the kind of action the Taliban uses and could cause significant problems.
  • As "an act of patriotism," the media should not cover the burning, Secretary of State Hillary Clinton said. She also said, "It's regrettable that a pastor in Gainesville, Florida, with a church of no more than 50 people can make this outrageous and distressful, disgraceful plan, and get the world's attention":
  • The terrorist attacks of 9/11, says the Vatican, "cannot be counteracted by an outrageous and grave gesture against a book considered sacred by a religious community."


  • "I do not think well of the idea of burning anybody's Koran, Bible, Book of Mormon or anything else," Mississippi Gov. Haley Barbour told reporters. "I don't think there is any excuse for it. I don't think it's a good idea."
  • "Any type of activity like that that puts our troops in harm's way would be a concern," White House spokesman Robert Gibbs said Tuesday.
  • "I appeal to people who are planning to burn the Quran to reconsider and drop their plans because they are inconsistent with American values and, as General Petraeus has warned, threatening to America's military," Connecticut Sen. Joe Lieberman said in a statement.

_____________-

Indonesia mengamuk..

Kenapa rakyat Indonesia (segelintir) dari mereka tapi mendapat liputan meluas oleh media melancarkan Ganyang Malaysia. Kenapa mereka menjadi begitu biadap sedangkan kita adalah orang islam, serumpun dan seagama. Dunia sudah tidak aman lagi untuk kita..

Apakah mereka ingin kita berperang? menjadi mangsa sehingga semua umat islam berttebaran kehilangan nikmat hidup yang selamat. Semoga Allah selamatkan bumi malaysia. tanah air tempat tumpahnya darahku. Saya sangat mencintai malaysia.

Setiap kali saya membaca tentang perkara sebegini, hati saya menangis.
Wahai Allah, tolonglah islam, tolonglah umat Islam di seluruh alam ini.. amin.

Thursday, September 2, 2010

Iftar di RMIT Bundoora

Iftar

Hari Rabu 25 Ogos 2010- kami sekeluarga berbuka di La Trobe Uni, ada grand iftar anjuran Islamic Society, ramai sangat yang datang, sisters saja rasanya lebih dari 100 orang. makanan macam2, ada nasi arab, nasi somalia, roti turki, baklava dan macam-macam lagi.

Malam tu ada persembahan dari galoh, pelajar dari Indonesia yang deaf-pekak dan hanya boleh memahami percakapan melalui melihat gerak bibir kita. Galoh, sister from Indonesia yang gigih dan sekarang berada di tahun akhir pengajiannya mengenai bahasa isyarat untuk orang-orang pekak. Saya sangat kagum dengan kesungguhan beliau. Beliau berazam untuk menjalankan projek menterjemah dalam bahsa isyarat al-Quran, kisah Nabi, kisah sahabat kerana sehingga kini rupanya tiada bahan agama untuk golonga ini. Saya rasa sedih sangat mendengar kisah penceritaannya. Dia menghuraikan betapa Kristian mendekati orang-orang pekak dan bisu dengan menterjemahkan dalam bahsa isyarat semua kisah agama mereka sedangkan orang islam tidak melakukan yang sama. Kesian mereka. Saya memberi sokongan padu pada projek Galoh.

Semoga Galoh berjaya..amin.
Dan itu adalah tanggungjawab kita semua, bukan galoh seorang saja.

____________-

Khamisnya (26 Ogos 2010) saya sekeluarga berbuka di RMIT Bundoora pulak.

Jumpa Seyme kawan Turki yang saya kenali dan menjadi rapat melalui majlis iftar di la Trobe tahun lepas. Happynya melihat ramainya berbagai bangsa..



Ramadhan Kareem..