Wednesday, January 28, 2009

Hari ini Dalam Sejarah

Hari ini 28 Januari 2009

Hari ini adalah ulang bulan ke dua (bukan ulang tahun..ni perkataan baru, DBP belum iktiraf.. hehe..) ) keberadaan saya di Australia. Kadang-kadang saya masih tak percaya bahawa saya sekarang berada di bumi yang jauh dari Mesia. Kadang-kadang saya terfikir-fikir..'Saya dok di Ostolia sekarang ni.. isy..'

Kadang-kadang saya macam tak percaya bahawa.. saya sekarang bukan di Shah Alam, bukan lagi membuat kerja-kerja rutin saya di UiTM, bukan lagi terlibat kena bagi talk2 di Shah Alam, bukan lagi berkejar-kejar untuk siapkan artikel untuk Slot Peguam Syarie Menulis setiap Rabu.. Semuanya telah berubah..

Bila kenangkan balik, semua ini sungguh-sungguh perjalanan yang Allah aturkan untuk saya, dan semuanya agak berbelit belit di awalnya. Saya berdoa agar ianya tidak berbelit tetapi lurus sahaja selepas ini sehinggalah saya berjaya mencapai amanah mendapat ilmu dan PhD nanti.

Sekadar mengingat kembali sambil berfikir kebesaran Allah..

Awalnya saya berjumpa Prof Abdullah Saed semasa Seminar Hak Asasi anjuran Jabatan Peguam Negara di KL. Prof membentang kertas kerja dan saya hanya sebagai peserta Seminar mewakili UiTM. Semasa saya makan tengahari bersama Azlena Khaled, tetiba he came and sat beside me, bersembang-sembang dengan kami dan saya ada tanya sambil bergurau, 'Sir, If I want to apply to Australia for my PhD, will you be my Supervisor?' Dan dia menjawab, 'Yes, for sure. I am more than happy to be your Supervisor'.,

Kemudian tawaran biasiswa dibuka. Saya meletakkan namanya sebagai Proposed Supervisor bersama nama Prof Madya Dr Najibah UIA. Saya berhasrat untuk buat PhD di UIA dan setahun di bawah Prof Saed atas nama split study. Kemudian akhirnya Bos dan Prof Abu Bakar Majid menyokong saya sepenuhnya ke Australia, instead of split study, ditambah dengan cadangan untuk collaboration antara CITU dan Centre fro Asian Study di Melbourne Uni.

Kemudian saya mengambil IELTS, semuanya sayadapat Band 6.5 dan Melbourne Uni menawarkan Masters leading to PhD yang ditolak oleh KPT dan UiTM. Prof Saed sendiri telah membuat rayuan bagi pihak saya. Tapi masa yang sama, UiTM minta saya bawa alternatif tempat kedua sebagai plan B. Saya kemudiannya berjumpa Datuk Dollah sebagai agent di Cyberlinx untuk dapatkan tempat alternatif untuk saya.

Saya ingat 6 Nov, KPT akan mesyuarat dan UiTM nak bawa kes saya dalam meeting tu. Hari Khamis sebelum tu saya ada solat hajat dan mohon Allah tunjukkanlah kat mana tempat yang baik untuk saya. Fly pun boleh, buat kat Mesia pun boleh..saya tak kisah.

Esoknya hari Jumaat, pagi tu saya ada visit kawan saya yang sakit dan saya telah halalkan hutang dia kepada saya sebanyak RM3K kerana dia sudah tidak mampu bayar dan dia juga sakit-sakit. Saya mintak dia doakan untuk saya...Kemudian dia menangis dan menyebut, 'Ya Allah, murahkanlah rezeki Hidayah. Bagilah dia dapat tempat belajar dengan baik dan bagilah dia berjaya..' Balik dari rumahnya, Eliza Cyberlinx telefon, saya dapat tempat, tawaran dah keluar untuk PhD dan perlu berada di sana 28hb untuk mendaftar 1 Dis08. Ohhh...Dalam hati saya, inilah agaknya tempat yang baik untuk saya, berkat hari Jumaat, berkat doa kawan saya tersebut dan berkat solat hajat malam sebelumnya.

Akhirnya 6 Nov, UiTM membawa nama saya dengan tawaran dari Uni yang saya berada sekarang dan surat tawaran dari KPT pun keluar.. Semua urusan berkaitan dengan visa, sekolah Aisyah semuanya diuruskan oleh Eliza dari Cyberlinx .... Akhirnya 27 Nov saya telah fly meninggalkan Mesia dan meninggalkan Shah Alam..

Saya juga berjaya menamatkan pengajian di Darus Syifa'.. sesuatu yang saya tidak tahu apa perkataan untuk saya ucapkan..Alhamdulillah terima kasih wahai Allah..

Bila saya kenangkan..
Sungguh benar saya perlu panjatkan doa dan syukur pada Allah..
Nikmat apa lagi yang ingin kamu dustakan...