Sunday, December 30, 2012

Sri Lanka











Dunia academia

Ahli akademik..

Bca artikel Prof ni membuatkan saya terduduk, termenung, dan terfikir tentang wahhh macam-macam boleh terjadi dalam dunia akademi..Saya rasa takut bila baca artikel ni..
Saya berdoa semoga saya termasuk dalam orang-orang yang jujur, menjadi penulis bersama yang memang berkongsi  membuat penulisan yang ada..
Semoga kita semua menjadi ahli ilmu yang baik, jujur dan beramanah kepada ilmu.. insya allah..

wallahu a'lam
__________________


ARKIB : 16/11/2011

Integriti dalam dunia akademik

LUMRAHNYA golongan akademik adalah komuniti yang dianggap kudus, berintegriti, berakhlak tinggi, serta boleh dipercayai dari segi menjana dan mengukuhkan khazanah ilmu. Hanya akhir-akhir ini komuniti tersebut telah dicemari dengan unsur-unsur negatif yang berpunca daripada pelbagai faktor, sama ada kerana permainan ranking atau faktor-faktor lain, sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja 'kecurangan akademik' demi mengejar pangkat dan kedudukan.
Istilah 'kecurangan' atau 'jenayah akademik' merujuk kepada perilaku segelintir pensyarah universiti yang melanggar etika dan amalan baik profesion perguruan tinggi melalui penyelewengan kuasa atau membuat dakwaan palsu.
Jenayah akademik dapat dibahagikan kepada tiga jenis: pertama, pembohongan dalam penulisan biodata; kedua, penipuan dalam penerbitan; ketiga, salah laku dalam tugas pengajaran, penyeliaan dan penyelidikan.

Biodata yang sangat hebat
Etika asas penulisan Curriculum vitae (CV) ialah kejujuran dan keikhlasan, tetapi penyelewengan maklumat di dalamnya sering berlaku dengan memasukkan apa yang disebut dalam bahasa Inggeris half truth.
Maklumat yang dimuatkan kadang-kadang tidak tepat dan boleh mengelirukan. Satu contoh klasik ialah bagaimana seorang pensyarah membuat dakwaan palsu bahawa beliau pernah menjadi penyelia Phd di sebuah universiti terkenal di England.
Pensyarah berkenaan kebetulan menjadi pelawat selama enam bulan di universiti tersebut. Dalam tempoh tersebut beliau telah dikunjungi oleh seorang pelajar Phd yang ingin mendapatkan pandangannya.
Apabila pensyarah itu pulang ke tanah air beliau telah mengemaskini CVnya dengan memasukkan maklumat bahawa beliau telah dilantik sebagai penyelia Phd di universiti tersebut. Sungguh hebat!
Pengakuan "separuh benar" itu sangat menarik. Pertama, beliau berbuat demikian kerana terdesak. Permohonan menjadi profesor menghendaki seseorang itu menjadi penyelia Phd terlebih dahulu. Maka dirangkumnya pelajar di England itu sebagai calon Phd di bawah seliaannya.
Kedua, nak dipanjangkan cerita, siasatan telah dibuat oleh pihak dekan. Terbukti berlakunya pembohongan terang-terangan dalam CV berkenaan. Bahkan calon Phd yang dikatakan diselianya itu telah membuat pengakuan bertulis menafikan bahawa pensyarah itu adalah penyelianya.

Penulisan dalam percetakan

Satu contoh lagi ialah bagaimana seorang pensyarah dilantik menjadi profesor kerana dalam CVnya terdapat tajuk buku yang sangat berwibawa. Sewaktu ditemuduga beliau telah menunjukkan kulit buku yang kononnya masih dalam percetakan.
Namun demikian, bukunya itu tak keluar-keluar setelah sekian lama. Maka terkenallah profesor itu di kalangan rakan seangkatannya sebagai "profesor kulit buku," Yang lain memanggilnya unbooked profesor.
Selain buku, makalah dalam percetakan juga tidak terkecuali daripada disenaraikan dalam CV sebagai usaha untuk menunjukkan jumlah penerbitan. Petua umumnya ialah kita jangan mudah percaya dengan bahan yang masih dalam percetakan.
Taktik lain adalah mengumpul beberapa kertas kerja yang diformat semula dan dijilid seolah-olah seperti buku, lalu dipersembahkan sebagai karya akademik bertaraf buku.
Dalam amalan akademik, kertas kerja yang dikumpul dan dijilid dipanggil prosiding. Untuk menjadikannya buku tidak salah, tetapi prosesnya memerlukan penyuntingan dan penilaian yang ketat oleh pakar bidang. Kalau kertas kerja itu dijilid mentah-mentah tanpa suntingan rapi sebaik sahaja berlangsungnya seminar, maka integriti orang yang menjadi penyunting 'buku' itu boleh dipersoalkan.

Bayi tunggal bidan sepuluh
Kita pernah mendengar fenomena pembonceng gratis dalam bentuk penulis bersama. Amalan ini bukan perkara baru dalam dunia akademik, tetapi akhir-akhir ini kita sering melihat karya akademik yang mempunyai terlalu ramai penulis bersama, ada yang sampai sepuluh orang. Setelah diteliti ternyata bukan semua sepuluh orang itu pakar dalam bidang berkenaan, tetapi nama-nama mereka dimasukkan dengan tujuan menambahkan jumlah penerbitan setiap orang.
Fenomena yang seakan-akan sama juga berlaku dalam penulisan kertas kerja bergabung. Kertas kerja yang dimaksudkan itu adalah hasil kerja berpasukan tetapi pembahagian tugasnya sangat menarik. Salah seorang akan menjadi penulis. Seorang lagi akan menaja perbelanjaan ke luar negara untuk menghadiri seminar. Mungkin ada seorang lagi yang akan menjadi pembentang kertas kerja tersebut. Setelah pulang, ketiga-tiga orang itu akan menyenaraikan dalam CV masing-masing satu lagi kertas kerja antarabangsa.

Menciplak tugasan pelajar
Demi memperbanyakkan jumlah penerbitan ada pensyarah yang menciplak tugasan pelajar terutama sekali hasil kerja pelajar sarjana dan Phd. Tugasan pelajar diedit semula dan diterbitkan dalam bentuk artikel tanpa sebarang pengiktirafan kepada pelajar berkenaan.
Bukan setakat itu, ada pensyarah yang mengguna keringat dan titik peluh pelajar untuk menjalankan penyelidikan peribadi mereka dengan alasan bahawa itu adalah sebahagian daripada kerja kursus pelajar. Hasil penyelidikan itu digunakan oleh pensyarah berkenaan sebagai penerbitan asalnya, sementara pelajar berputih mata kerana langsung tidak diberikan sebarang ganjaran ataupun pengiktirafan.
Kewajaran yang digunakan oleh golongan ini ialah sebagai penyelia, mereka berhak ke atas hasil kerja pelajar kerana merekalah yang mengeluarkan idea asal dan bimbingan - satu lagi bentuk pentakrifan semula etika akademik yang mungkin tidak akan berlaku di Barat.
Sibuk dengan penyelidikan
Penyelidikan merupakan salah satu kriteria yang diambil kira dalam kenaikan pangkat. Jenayah akademik yang melibatkan penyelidikan berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya pengurusan dana yang penuh dengan penipuan, sama ada dalam bentuk tuntutan perjalanan, perbelanjaan runcit, pembayaran kepada pembantu penyelidik 'hantu' serta penggunaan keringat pelajar secara percuma.
Selain itu terdapat mereka yang menjalankan kerja-kerja perundingan secara diam-diam tanpa memaklumkan kepada universiti tetapi mereka ini rakus pula menggunakan kemudahan universiti dan tenaga kakitangan sokongan pada waktu pejabat dengan dakwaan itu adalah tugas rasmi.
Pensyarah golongan ini biasanya banyak membatalkan kuliah dan tutorial atau mengajar tidak cukup jam. Ada pula yang menyuruh 'keldai akademik' melakukan kerja-kerja pengajaran bagi pihaknya. Keldai tersebut terdiri daripada pensyarah muda yang menaruh harapan kepada pensyarah kanan dan yang berpengaruh itu.

Tiba-tiba bergelar Dr.
Pada zaman dahulu peluang untuk mendapatkan Phd adalah sangat sukar kerana prosedur penilaian yang sangat ketat. Apa yang berlaku sekarang ialah ramai orang yang mendapat Phd dengan begitu mudah, terutama sekali di kalangan ahli perniagaan dan ahli politik. Hampir tidak percaya -- bila masa pula mereka ini mengikuti pengajian di peringkat Phd?
Ada beberapa kelompongan yang terdapat dalam proses mendapatkan gelaran Dr. Kalau di luar negara ada Phd yang 'boleh dibeli' terutama sekali daripada universiti yang integritinya diragui, di Malaysia caranya agak berlainan.
Proses asas memperolehi Phd melibatkan tiga tahap; penyelidikan, penulisan dan penilaian. Nampaknya akhir-akhir ini ada beberapa kes di mana tahap pertama dan kedua itu boleh 'diswastakan' mengikut kadar bayaran yang boleh dirunding. Maka muncullah penyelidik upahan dan penulis hantu - satu industri hiliran baru dalam dunia akademik.
Penilaian tesis Phd di universiti luar negara biasanya melalui proses yang sangat ketat dengan pemeriksa yang dilantik secara objektif mengikut bidang kepakaran masing-masing. Bahkan penyelia tidak boleh campur tangan dalam pelantikan tersebut.

Di Malaysia siapa yang akan menjadi penilai 'bisa diatur' dengan pemeriksanya merangkumi daripada kalangan kawan-kawan baik penyelia tesis. Yang menariknya ialah apabila kawan-kawannya itu mempunyai pelajar Phd yang hendak dinilai, maka penyelia ini akan dilantik pula sebagai pemeriksa. Maka wujudlah lingkaran 'hutang budi' yang sangat merbahaya.
Perkembangan akademik yang tidak sihat ini sedikit sebanyak merosakkan persepsi dunia luar terhadap integriti akademik Malaysia. Biarpun seseorang itu mempunyai CV yang sangat impresif, namun dunia di luar sana sudah lama mengetahui tentang permainan kotor segelintir golongan akademik di negara ini.

Seseorang mungkin bergelar Dr. atau profesor, tetapi kalau proses perolehannya diragui maka tak akan ke mana komuniti akademik kita di persada antarabangsa.
Yang menariknya jenayah akademik bukanlah jenayah yang boleh dikenakan tindakan mengikut hukum kanun negara. Maka berleluasalah pelanggaran etika akademik dalam pelbagai bentuk dewasa ini.
Prof. Dr. Mohamed Yusoff Ismail Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Terbuka Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm#.UN1sbuaTXHN.facebook#ixzz2GSmGvvuz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, December 20, 2012

Kenangan...

Perjalanan yang menjadi kenangan... 

Hari terakhir di Melbourne..

Lepas saya serahkan tesis, saya tidak terus balik untuk tidur walaupun badan saya sudah hampir collapse keletihan. Sebabnya hari saya serahkan tesis adalah 30 November hari Jumaat. Dan saya akan balik ke Malaysia (dikehendaki balik untuk bertugas) esoknya, iaitu 1 Dec hari Sabtu, flight jam 1pm. Banyak lagi kerja di Uni yang saya tak sempat buat.


Lepas serahkan tesis, jam 2.30pm, saya ke Law Building semula, selesai solat, saya perlu uruskan serahan semua 16 buah buku yang saya pinjam dari library. Kemudian kemaskan meja tempat saya belajar, buang sampah, ksoongkan drawer, dan macam-macam lagi..Lepas semua selesai, barulah saya balik ke rumah dalam jam 6pm.




 

 Ini kereta saya di Melbourne... YKL 426. Kenangan saya di sana..

Saya drive hari tu.. Dalam perjalanan balik ke rumah, saya hampir terlelap keletihan. Nasib baik saya dapat sembang dengan Adli yang bertanyakan mengenai kisah saya hantar tesis.. jadi bila saya bercakap, mata saya tidaklah tertutup.. Jika tidak, saya tak tahu apa jadi dalam perjalanan tersebut.. Ngantuk yang tak terucap...


Sampai rumah, sembang sekejap dgn kawan2 serumah, makan sekejap....

Saya nak tidur tapi tak boleh tidur..
sebabnya, saya tak kemas barang apa-apa lagi untuk balik. Sebahagian dah diletakkan dalam 6 buah kotak untuk shipping. Tapi sebahagiannya belum bubuh lagi dalam beg. bersepah-sepah bilik saya..

Inilah rumah yang saya duduk di Kingsbury, bersama Sherry dan Elia.. dulu ada Azwan dan Sha, selepas saya keluar dari rumah lama di 1/69, Dumbarton St, Reservoir. Gambar ni saya ambik on the way nak ke airport, sebagai kenangan meninggalkan jejak terakhir dirumah ini. Rumah ini beralamat 1/1 Cash St, Kingsbury 3083 Vic..

_________________

Malamnya ...


 Ini adalah malam terakhir untuk saya di Melbourne..
Saya tak boleh tidur lagi sebab jam 7.30m;m ada study circle dan saya dimintak bagi tazkirah terakhir dalam study circle muslimat, sebelum saya balik for good...Dan saya dengan besar hati memenuhi permintaan kawan2 saya.



.


Kawan-kawan saya berikan saya hadiah .. terima kasih ya..


__________________

Jam 10mlm..
Lepas study circle dan makan2 di rumah Nafisah, saya bersalam2an mohon maaf dgn kawan2 yang baik dengan saya, sepanjang saya berada di Melbourne. Saya balik untuk kemas barang pulak... jam 12 tengah malam, saya dah tak sanggup dah... ALlah.. ngantuknya saya.... terus saya tidur lepas solat Isya'.

Letihnya ya ALlah... selepas beberapa hari yang sangat derita.. ALlahuakbar.. tak tidur badan yang letih, kepala letih, mata letih, semuanya letih....sampai nak bercakap dgn orang pun rasa letih...

________________

HARI LAST....Hari Sabtu 1 December 2012..

Saya sebenarnya punya kelam kabut sebelum balik Mesia hari tu.. rupanya semua baju2 saya dan tudung2 dah masuk kotak.. jadi akhirnya tudung biru ini saja yang menjadi pakaian saya beberapa hari ni.. hehe..

Alhamdulillah... saya balik ke Mesia bersama Kak Hada dan anaknya. Sham, Azwan dan Nor tolong hantar kami ke airport..
Terima kasih semua ya ...

Semoga ada rezeki berjumpa lagi.. di Malaysia kelak.. ameen
 




 Saya dan Sham..








Melbourne yang kutinggalkan....





Dan Malaysia tanah airku... Saya kembali ke tanah air...


Di KLIA...
______________________________

Gambar2 d bawah pula adalah kenangan saya di New Zealand.. 14 hingga 18 Nov 2012


Kenangan di New Zealand..


















Tuesday, December 18, 2012

Kenangan Perjalanan Penyerahan Thesis

Perjalanan Saya.. Apabila saya melihat gambar-gambar hari-hari terakhir saya di Melbourne yang menjadi kenangan paling berharga dalam hidup saya, saya teringatkan Pak Tim yang baik. Yang mana dua minggu sebelum tarikh penyerahan tesis telah memberi sepenuh masanya untuk saya sebagai pelajar. Dia membaca semua tulisan saya dengan penuh teliti, membuat perubahan perkataan dan membuat joke yang masih kuat dalam ingatan saya..

Saya tanyakan Pak Tim, "Pak, do you think that I need to appoint any proofreader Pak?" Dan dia menjawab dengan seriusnya.."Yes, you must ask somebody to proofread your thesis.." Then dia ketawa sambil berkata, "That somebody is me..hehe.."



Malam terakhir saya di Melbourne Uni, saya tak tidur tetapi berjaga sepanjang malam di Asia Institute dengan kawan-kawan. Adli yang baik, Alwani yang solehah dan Romola yang kelakar. Mereka belanja saya makan makam di restoran Block M, dan kemudian jam 12 malam, membelikan saya air kopi supaya saya tak tidur. Supaya saya dapat fokus membetulkan dan membaca word demi word, dari muka satu ke muka akhir..

Jam 11 malam, Pak Tim sms saya.. Seperti seorang bapa yang sangat baik, dia menulis mesejnya kepada saya: "Hidayah, I know you can make it. No pain, no gain! Victory is close at hand. Go for it.."
 Terima kasih Pak...


 Saya tidak tidur sampailah ke pagi.. Saya solat subuh di Asia Institute jam 4.10ppagi Jumaat yang indah 30 November 2012. Saya baca surah sajadah sendirian, sujud sajadah sendirian sambil air mata mengalir laju membasahi pipi. Sepananjang saya sujud, doa dan syukur saya tidak pernah putus.. "Wahai Allah.. tiada perkataan yang dapat mengambarkan kesyukuran saya kepadaMu.." Kemudian Wani solat di belakang saya. Selepas solat, Wani balik ke rumah, naik tram jam 5.30apgi. Adli sudah balik ke rumahnya lebih awal dan Romola sambung tidur.. Saya terkesima melihat mereka yang baik, sudi menemani saya di opis.


Selepas jam 5.30 pagi, saya keluar dari Asia Insitute dan menuju ke Law School untuk ke carrel tempat saya belajar di Tingkat 8. Ada lagi dua chapter saya belum habis baca word demi word, melihat ejaan, margin, footnote, endnote reference dana lain-lain lagi. Mata saya sudah terdaya lagi.. Jam 7pagi, saya tak mampu bertahan. Tidak tidur hampir dua hari. Tak tahu nak pikir apa-apa lagi, saya buat something yang saya tak pernah buat sebelum ini..:-) Saya menyusup bawah meja dan baring sesungguhnya atas carpet. Dalam hati saya, saya berdoa, "Ya Allah.. saya nak tutup mata dalam 20 minit. Saya mengantuk sangat ya Allah... Tolonglah kejutkan saya selepas 20 minit dan berilah saya tenaga. Saya perlu siapkan tugasan ni hari ini jugak..Tolonglah saya.."


7.30 pg saya bangun, sambung kerja.. Tak makan apa-apa dan perut saya sudah sangat lapar. berbunyi berkeroncong.. my tummy was rumbling, I felt so hungry, like a horse. Tapi saya tak boleh keluar, masa sangat suntuk.. saya perlu habiskan kerja ini..


 Jam 11.30 pagi...
 Saya hampir melompat kegirangan.. 
Yeaaaaaaaaaa... saya berjaya menamatkan baca satu demi satu, cek semuanya dan selesai untuk dihantar ke printing.. 
Alhamdulillah...


 Saya berlari ke printing unit di Bangunan MSGR. Pegawai bertugas kata it will take 2.30 hours. Maknanya jam 1.30 ke atas baru siap. Dan saya perlu bayar AUD95 untuk 4 copies.. Selepas saya serahkan softcopy thesis thesis untuk printing, perut saya sudah tidak dapat tahan lagi laparnya. Saya berlari pula ke Bangunan Student Union untuk cari makan. Sepanjang jalan saya macam floating.. rasa terapung-apung.. rasa tak percaya bahawa tugasan sepanjang 4 tahun ini akhirnya sampai ke penghujungnya.. Saya rasa nak menangis..

Lepas makan, saya berjalan sendirian, pusing Uni of Melbourne, saya tak pernah pun lalu jalan2 dan lorong tersebut. Saya pusing lalu dekat Faculty of Land, then lalu depan hospital Royal Melbourne.. lintas jalan ke Coop Uni Melbourne. Saya singgah di Coop dan beli jacket yang tulis University of Melbourne, beli buku dan alain-lain. Hari terakhir nak balik, yang kelakarnya, hari ni baru saja jadi ahli Coop.. haha.. sebab nak dapat 15% discount.


 Jam 1.30pm, Asian Law Centre yang Pak Tim jadi Director ada membuat majlis makan di Tingkat 9 Law School, som sort like party hujung tahun. Saya ke sana.. bukan nak makan sebab perut dah penuh. Tapi nak jumpa Pak Tim dan Tessa PA dia. Sampai ke atas, Pak Tim tengok saya, dia buat muka terkejut..'Oh its you Hidayah.. how's everything? Have you submitted your thesis. We want to celebrate your big day..." Bila saya ceritakan saya perlu ambik 4 copy dari printing unit jam 2 pm. Pak Tim sangat gembira dan dia suruh saya snap gambar masa saya serahkan tesis kepada staff MSGR dan send to him, Dia kata, 'Supaya hati saya tenang that my student has submitted her thesis.." hehe.. Then saya serahkan hadiah yang saya belikan untuk Pak Tim.. Dia gembira.. :-) Sebuah pen yang bertulis nama Tim Lindsey atas pen tersebut..Tessa saya kasi selendang..Tanda terima kasih saya atas sokongan moral dan bantuan yang diberikan..


Akhirnya saya berjalan laju ke printing unit jam 2pm. Lepas ambil 4 copies, saya menapak ke counter MSGR dengan hati yang sukar untuk digambarkan.. Saya masih rasa badan saya terapung2 ... keriangan..


 Akhirnya...





Akhirnya.... Tesis saya diserahkan....
Dan gambar di atas saya sendkan pada Pak Tim..
Saya tulis, "Pak.... saya sudah submit. yeaaayyyy.. Alhamdulillah. Tq Pak"

Dan Pak Tim balas sms saya,
"Well done Hidayah! We are all very proud of u!
Now enjoy a long, well-deserved sleep and safe flight home. Selamat!"

Alhamdulillah... puji syukur pada Allah..
Yang menjadikan sesuatu dengan penuh kebaikan..
Subhanallah.
Alhamdulillah..
Wallahuakbar.

p/s Ketiga-tiga kawan2 saya tidak dapat menemani saya masa menyerahkan thesis. Adli, Imam Muda yang baik kena jadi Imam dan baca khutbah Jumaat di Prison Melbourne, untuk prisoners.. Wani, hari ni mereka sekeluarga angkat barang ke kontena untuk bawa balik ke Malaysia dan Romola pula, ada majlis harijadi ibu saudaranya hari ni..Tapi mereka beriga telah menyinari hidup saya di Asia Institute.. Thank you friends..





Saturday, December 15, 2012

Keluarga saya..

Perjalanan..


 Saya tak jadi bercerita mengenai laluan sukar PhD saya. Ia menjadi sejarah yang membuktikan betapa besarnya bantuan ALlah yang telah diberikan kepada saya. Saya adalah salah seorang dari insan-insan yang mencari ilmu yang melalui sakitnya proses pengumpulan dan pemprosesan ilmu yang digali, serta proses menterjemahkan ilmu yang dijumpai dalam bentuk tulisan, yang kritis, ilmiah, menarik dan membina.. Ia sukar tapi berbaloi.. Dan dalam setiap inci laluan tersebut, setiap saat dan detik, adaah tanda-tanda wujudnya Allah dan pemurahNya Dia dalam membantu hambaNya yang sangat lemah ini..Semua itu menjadi memori indah dalam hidup saya. Dan semoga Allah membantu saya untuk membawa perubahan melalui kajian saya kelak. ameen.

 ---------------  

 Sebenarnya, semasa saya tengah kalut menulis, Aisyah dan Abah datang ke Melbourne pada 12 November sebab kita orang nak ke New Zealand. Sebenarnya saya bukan yakin sangat nak ke New Zealand, berbolak balik hati saya. Kawan2  saya yang tahu plan saya bagi dua pendapat berbeza :-) ada yang tak kasi saya pergi.. dia kata, 'habiskan menulis dulu, dah selesai baru pergi'. Ada pulak kawan saya kata, 'pergi jangan tak pergi.. balik dari New Zealand, pulun kasi habis, jangan tidur sampailah tarikh akhir 30 November.. '

Hati saya berbolak balik.. 'Taraddud' kalau dalam bahasa arab. Fikir punya fikir..Dalam kelam kabut dan tak cukup tidur, saya kata kat diri saya sendiri, 'Pergi jugaklah..' Saya  nak juga ke New Zealand. Sebab saya rasa kalau tak pergi masa saya masih di Australia, mungkin saya tak da kesempatan untuk saya ke New Zealand selepas ini. Tiket dari Melb ke New Zealand tak semahal tiket Mesia ke sana.

Jadi lepas Aisyah mula cuti sekolah, dan selesai persembahan Muhammad al-Fateh di sekolah ISSA pada 11 November, Aisyah dan Abah naik Air Asia from KL to Melbourne. 11 November juga birthday Aisyah, so Abah kata kira hadiah untuk Aisyah, untuk ke New Zealand. Sampai di Melbourne, duduk sehari, kami ke Auckland. Best jugak, tapi sebab kepala saya tak kosong masa tu, siang hari kami berjalan, malamnya saya tetap buka notebook saya dan terus menulis, menulis dan menulis. Esok berjalan, malamnya menulis dan menulis.. Kiranya macam tak rasa sangat berjalan tu...:-) tapi bolehlah...






Kami naik cabel car...dan naik luge..


Best juga... rasa release tension!.

Saya tak kenal Mamat yang berlumba sebelah saya ni..out of nowhere, tetiba dia ada dan masuk pulak dalam gambar yang disnap.. Gambar ni bukan kita yang snap, Syarikat tu yang snap, nak beli kena bayar AUD15.. Mahal.


Pastu kami tengok orang-orang Maori, dan juga tengok orang cukur kulit biri-biri..






Ini dalam flight from Auckland to Melbourne.. Aisyah ni sebenarnya sangat takut tiap kali naik flight. Dia akan genggam tangan Umi dan Abah sungguh-sungguh sambil baca doa setiap kali flight naik dan turun. tangan kanan hold tangan Umi, and the other hand holds tangan Abah. Bila dah flight dah stabil, dan tanda buleh buka tali pinggang keluar, Aisyah akan terus baring, sama ada atas Umi atau atas Abah. Ini maknanya setiap kali naik flight, dia akan sentiasa dapat tempat istimewa.. iaitu duduk tengah-tengah antara Umi dan Abah..:-)

Bermusafir melihat kebesaran Allah di Auckland menemukan saya dengan seorang kawan baru yang bersemangat waja. Namanya adalah Syaliza, dia tengah buat PhD di Univ di Hamilton. Dia mengenali saya melalui blog ini..:-) Dan kami memanjangkan silaturrahim dengan memenuhi jemputan beliau mengajak kami sekeluarga makan nasi di rumahnya di Hamilton. Alhamdulillah, nasi kerabunya dengan ayam bakarnya  sangat best. Terima kasih ya pada Syaliza dan suaminya Wan dan anaknya Sarah for the hospitality. We enjoyed your food very much..:-) Semoga Allah memudahkan urusan Puan Syaliza dalam proses menyiapkan penulisan tesisnya dan dapat submit thesis beliau secepat mungkin..ameen..

 Selepas tu, kami balik ke Melbourne. Aisyah dan Abah balik ke KL semula esoknya  pada 19 November, dan saya kembali sendirian, berperang dengan jiwa dan kesuntukan masa untuk menamatkan larian penulisan saya. .. Alhamdulillah.. Allah juga yang memudahkan semua urusan insan. Saya gembira dalam setiap laluan hidup saya. Alhamdulillah!

Wednesday, December 5, 2012

Perjalanan Berakhir Sudah..

Perjalanan PhD saya..

Saya meninggalkan bumi Australia pada 1 December 2012, hari Sabtu jam 3pm, flight MAS 148 Melbounre -Kuala Lumpur. Tarikh ini menjadi titik noktah berakhirlah perjalanan jihad ilmu saya di bumi kangkaroo. Habislah apa yang saya lalui sebelum ini, dan bermulalah kisah laluan yang baru, kembali ke tanah air dan meneruskan hidup sebagai hamba Allah di tanah asal tercinta. Walaupun saya sukakan Melbourne, cintakan hampair kesemua yang saya lalui, (cuma kadang2 sy tak tahan sejuk) tapi ia adalah tempat saya bermukim. Saya akan kembali ke tanah asal selepas tamat tempoh permusafiran saya.


Seumpama orang belajar dengan kapal, meninggalkan tanah asal, belayar dan belayar, kemudian berhenti di satu pulau. Duduk di pulau tersebut sebagai tempat rehat, duduk seketika sebelum meneruskan pelayaran. Pelayar yang bijak akan melihat, mengexplore, mencari, mengutip, mengumpulkan semua kebaikan yang ada di tempat yang mereka singgah-melihat apa kebaikan tempat tersebut, mencari mutiara2 yang boleh di bawa balik ke tanah asal. Selepas beberapa ketika perjalanan diteruskan.

Saya ingin menjadi pelayar yang bijak. in sya ALlah.. semoga setiap laluan saya di Australia ini membri saya pengajaran yang sungguh bernilai dan bermakna dalam membina diri saya sebagai insan dan khalifah Allah di muka bumi Begitu juga untuk Aisyah dan Abah.

Bermula permusafiran kami di Melbourne pada 29 November 2008, kami explore perpustakaan awam di tempat kami tinggal. Saya dan Abah membawa Aisyah ke library awam hampir setiap minggu, dan meminjam 30 buah buku sekali pergi. Saya sangat cintakan sistem perpustakaan mereka. Kami sekeluarga menjadi ahli dan menjadi pengunjung tetap empat buah library awam, Perpustakaan Reservoir, Perpustakaan Thomastown, Perpustakaan Lalor, Perpustaakaan Mill Park dan juga Perpustatakaan Negeri di bandar Melbourne.

Kami berkelah dengan kerap di park permainan mereka, buat BBQ, panaskan lauk, main biau dan lain-lain. Kami explore apa yang mampu, mengenali dan membina hubungan baik dengan Muslims Singapore yang bermastautin di sini, mengenali dan selalu berkunjung ke Wallan, rumah Kak Min dan Abg Man. Begitu juga rakan-rakan lain yang menjayakan Madrasah Muhajirun di Ilim untuk anak-anak Melayu.

Kami pergi kutip buah, pergi ke tempat bersejarah mereka, melihat kebesaran Allah melalui kajidian alam yang sangat indah di Melboure.. dan banyak lagi...

Masa yang sama, perjalanan PhD saya tidak sesmooth orang lain. Laluan jihad ilmu saya sangat bersimpang siur, lintang pukang dan sangat sukar untuk dilukiskan atau dilakarkan dalam bentuk ayat. Hanya satu perkataan menggambarkan isi hati saya.. Ianya adalah SUKAR!.

Masa yang sama, saya bersangka baik pada Allah pencipta kita, apa pun yang Dia tentukan semuanya baik untuk saya..

Kisah laluan bersimpang siur saya akan bersambung lagi...