Sunday, February 27, 2011

Study Circle - untuk rekod

Study Circle..

Ini adalah email yang dikirim oleh Nafisah selaku AJK Kerohanian ynag menyelenggara program Study Circle Kaum Ibu di Desa Bundoora. Setiap dua minggu sekali program ini dianjurkan. Apabila saya berkesempatan, saya akan mengambil bahagian dalam program ini. kadang-kala rakan2 yang lain akan mengambil bahagian.. Kadang-kadang kehadiran mencecah 30 orang. Semoga majlis sebegini akan terus dijalankan.

Beberapa hari sebelum majlis berlangsung, nafisah akan membuat reminder dalan yahoogroup tempat saya berada.

Ini adalah contoh email bercolourful yang dikirimkan. Saya melihatnya sebagai satu creativiti yang bagus, berwarna warni menarik perhatian.. Colorful sebegini mula dibuat oleh Zulie yang mula-mula menjadi AJK, kemudian diteruskan oleh AJK baru..Saya masukkan entry di sini untuk tujuan rekod saya sendiri.


--------------------
Email Pemberitahuan..


Assalamualaikum wbt

InsyaAllah Program Study Circle Muslimah (PSCM) 2011 kita pada minggu ini akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh/hari : 18 Februari 2011 (Jumaat)
Tempat : 3 Botanic Court, Bundoora ( Pn Nani)

Masa :
6.30 petang
Program : *
Bacaan Ya'asin Berjemaah
*Sembang Petang bersama Ustazah Hidayah ( Fadhilat Solat)
*Solat Maghrib Berjemaah

*
Jamuan ringan (potluck dari ahli program)

Kedatangan semua muslimah adalah dialu2kan. Bagi yg mempunyai anak kecil dan anak perempuan, bawalah bersama anak2 anda ke program ini. Kaum bapa diharap sudilah menghantar isteri masing2 menghadiri program ini.



Ribuan terima kasih kepada muslimah2 yg sudi menjadi tuan rumah bagi PSCM yg seterusnya untuk tahun 2011.

Tarikh2nya

4 Mac : 36 Cabernet Crescent, Bundoora (Pn Azida)
18 Mac :
1 April :
15 April :
29 April :

Untuk tarikh2 yg belum ada host, muslimah boleh booking semasa program dijalankan. Sekiranya muslimah ada masalah/hal lain pada tarikh yg telah muslimah book, bolehlah maklumkan kepada pengendali program untuk dicari host ganti.

Dialu2kan sebarang cadangan/buah fikiran dari muslimah2 untuk PSCM seterusnya, sudilah hubungi mana2 pengendali program, email (
mhnafisa@y7mail.com; tiena_s@hotmail.com; sis_selangor@yahoo.com).

Wassalam



_________________

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah, Program Study Circle Muslimah (PSCM) 2010 telah diadakan dengan jayanya sebanyak 23 kali. Terima kasih kepada Pn. Zulie Ibrahim yang bertindak sebagai pengendali PSCM 2010 dan semua ahli program yang telah sama-sama menjayakannya. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan keberkatan dr Allah S.W.T.

InsyaAllah, PSCM akan diteruskan pada minggu ini dan tahniah kepada Pn. Mimi kerana menjadi host pertama dan pembuka bagi PSCM 2011.

PSCM 2011 akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh/hari : 7 Januari 2011/Jumaat
Tempat : 131 Dunne Street, Kingsbury (Pn Mimi)
Masa Berkumpul : 6.30pm
Program : * Bacaan Ya'asin Berjemaah
*Sembang Sihat bersama Dr. Rafidah - CPR (Teori & Praktikal)
*Solat Maghrib Berjemaah
*Jamuan ringan (potluck dari ahli program)

Kedatangan semua muslimah adalah dialu2kan. Bagi yg mempunyai anak kecil dan anak perempuan, bawalah bersama anak2 anda ke program ini. Kaum bapa diharap sudilah menghantar isteri masing2 menghadiri program ini.


Ribuan terima kasih kepada muslimah2 yg sudi menjadi tuan rumah bagi PSCM yg seterusnya untuk tahun 2011.

Tarikh2nya

21 Jan : 1/2 Lane Crescent, Reservoir (Pn Norsuhaily/Pn Tasha)
4 Feb : 13 Hampstead Court, Thomastown (Pn Nurzahida)
18 Feb : 3 Botanic Court, Bundoora (Pn Nani)
4 Mac : 36 Cabernet Crescent, Bundoora (Pn Azida)
18 Mac :
1 April :
15 April :
29 April :

Untuk tarikh2 yg belum ada host, muslimah boleh booking semasa program dijalankan. Sekiranya muslimah ada masalah/hal lain pada tarikh yg telah muslimah book, bolehlah maklumkan kepada pengendali program untuk dicari host ganti.

Dialu2kan sebarang cadangan/buah fikiran dari muslimah2 untuk PSCM seterusnya, sudilah hubungi mana2 pengendali program, email (mhnafisa@y7mail.com; tiena_s@hotmail.com; sis_selangor@yahoo.com).

___________________

Assalamualaikum wbt

InsyaAllah Program Study Circle Muslimah (PSCM) 2011 kita pada minggu ini akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh/hari : 21 January 2011 (Jumaat)
Tempat : 1/2 Lane Crescent, Reservoir (Pn Norsuhaily/Pn Tasha)

Masa : 6.30 petang
Program :
*
Bacaan Ya'asin Berjemaah
*Sembang Petang bersama Ustazah Hidayah ( Pendidikan Anak-anak)
*Solat Maghrib Berjemaah
*Jamuan ringan (potluck dari ahli program)

Kedatangan semua muslimah adalah dialu2kan. Bagi yg mempunyai anak kecil dan anak perempuan, bawalah bersama anak2 anda ke program ini. Kaum bapa diharap sudilah menghantar isteri masing2 menghadiri program ini.



Ribuan terima kasih kepada muslimah2 yg sudi menjadi tuan rumah bagi PSCM yg seterusnya untuk tahun 2011.

Dialu2kan sebarang cadangan/buah fikiran dari muslimah2 untuk PSCM seterusnya, sudilah hubungi mana2 pengendali program, email (
mhnafisa@y7mail.com; tiena_s@hotmail.com; sis_selangor@yahoo.com).

Wassalam
____________________

Saturday, February 26, 2011

Perjalanan ...

Ma Balik Mesia..

Selepas 10 hari di Melbourne, Ma, Ree sekeluarga balik ke Mesia pada 23 Feb 2011. Saya rasa sedih juga sebab tak sempat melayan Ma saya sungguh2..Ma dah balik, sunyi rumah rasanya... Aisyah pulak miss Umairah. Umairah asyik berkepit dengan Aisyah jer..


Saya sibuk sungguh, sibuk yang saya pun tak tahu macamna nak solve. Kadang2 saya rasa sangat letih dengan laluan yang saya lalu sekarang. Terlalu banyak kerja, tak berkesusahan.. Lagi banyak saya baca, lagi rasa rasa PhD ni susah. adoiii .. Tolonglah saya ya Allah.

Apapun, langkah perlu saya teruskan... Saya akan terus berusaha melangkah..
Take life as it is.. Kuat semangat, rajin, letih, penat, lelah, lemah jiwa bersilih ganti..

-------------------

Qualitative Workshop..

Saya hadir workshop ni di Monash Uni, Caufield Branch selama 5 hari. Mula 23 Feb sampai 2 Mac. Mula sehari lepas Ma balik mesia.. Ia sangat bagus, menolong saya banyak sangat...membuka mata saya bahawa banyaknya ilmu yang belum saya tahu...

Saya rasa kepala saya nak pecah, letih sangat dengar ceramah dari 9 pagi straight sampai 5.00 pm. Letihnya.........

Dalam saya berfikir2 ia sangat bermanfaat, ia juga menyebabkan saya rasa... ooo banyaknya saya kena buat...

Rabbi, yassir wa la tua'ssir.

Saturday, February 19, 2011

Ma

Aisyah baca Quran depan Tok Ma..


Lepas maghrib, Ma ajar Aisyah ngaji..

Sepanjang datang sini, Ma ikut Ree berjalan-jalan.. takde pun tak rumah. Mereka naik satu kereta 5 orang, dan ke Philip island, tido sana, then ke Great Oceon tidur sana dua hari, then ke Balarrat tidur sana lagi.. tapi tak de gambar dengan saya, sebab semuanya dalam kamera Ree..
Nanti saya ambik dan uploadkan later..

Friday, February 18, 2011

Letihnyer...

Letihnyer....Mesin Rumput


Seumur hidup saya... belum pernah mesin rumput ..
Bukan saja mesin rumput, tapi mesin sebagus ni.. hehe...
Sebab rumput dah panjang sangat, Abah pulak kat Mesia. Pelawat2 yang datang rumah saya berjalan2 ke Great Oceon, pastu malam ni ada study circle, mesin tu kena passkan pada Kak hada lepas study circle sebab dia nak mesin rumah dia pulak week end ni.. so saya kena buat jugak..


Aduhhhhhh letihnyer...
Berpeluh-peluh saya..
habis satu halaman saya kerjakan..

Tara.....



Cantikkan.... habis saya kerjakan rumput depan rumah saya..

ini depan rumah tepi jalan... pokok tu selalu jadi mangsa anjing2 poo poo.. orang puteh sini almost tiap petang bawak anjing jalan-jalan.. sampai depan rumah saya, dia akan poo poo kat pokok tu.. isyy isyy... saya kena hati2 nak mesin kat situ..


Kejayaan teramat tinggi untuk saya hari ni!
Berjaya bubuh minyak dalam mesin rumput, berjaya hidupkan mesin selepas hampir 20 kali saya tarik tali dia.. uhhh... lepas tu berjaya mesin seluruh rumput.. Bangga nye....hehhe..

Inilah mesin rumput tu...
________

Moral of the story..

Kejayaan bagi kita, mungkin perkara biasa bagi orang lain.
namun oleh kerana pencapaian itu adalah suatu yg besar bagi kita,
maka haruslah kita rasa seronok dan bersyukur.. amin

Wednesday, February 16, 2011

Maulid Nabi



Semoga Allah cucuri rahmat ke atas Baginda

dan semoga kita dapat bersama-sama

berusaha menjadi pengikut nabi yang baik..
amin...

Creative thinking.. umphhh

Jokes..
Jom kita baca..release tension buat PhD

1) Put about 100 bricks in some particular order in a closed room with an Open window.
2) Then send 2 or 3 candidates in the room and close the door.
3) Leave them alone and come back after 6 hours and then analyze the situation.

The Result & Solution

If they are counting the Bricks
Put them in the accounts Department

If they are recounting them
Put them in auditing

If they have messed up the whole place with the bricks
Put them in engineering

If they are arranging the bricks in some strange order
Put them in planning

If they are throwing the bricks at each other
Put them in operations

If they are sleeping
Put them in security.. : -)

If they have broken the bricks into pieces
Put them in information Technology

If they are sitting idle
Put them in human resources.. :-)

If they say they have tried different combinations, yet not a brick has been moved
Put them in sales

If they have already left for the day
Put them in marketing

If they are staring out of the Window
Put them on strategic Planning

And then last but not least.

If they are talking to each other and not a single brick has been moved
Congratulate them and put them in Top Management


hehehehe

Tuesday, February 15, 2011

Website Peguamsyarie

Website..

Saya dulu adalah pengendali kepada blog/website Persatuan Peguam Syarie Malaysia, masa saya jadi salah sorang dari Exco Committee tahun - Julai 2006 sampai April 2009. Lepas tu saya dah lepaskan pada orang lain.. Domain dan hosting kami bayar pada Syarikat Mercumaya secara tahunan.

Saya pun tak tahu kenapa, saya dah cuba sedaya upaya -setakat kapasiti saya dari Australia dealing dengan syarikat mercumaya, email macam2.. dan AJK yang baru saya pun tak tahu setakat mana usahanya.. tiba-tiba Mercumaya menutup website tersebut atas alasan tak bayar yuran tahunan.

Sedih betul saya rasa.. sangat sedih.. sebab semua bahan dalamnya hilang begitu saja. saya yang usaha sungguh2 memindahkan bahan2 dari blog peguamsyarie yang lama ke website yang baru.. tetiba2 semuanya hilang..Begitu jugabanyak bahan2 baru yang diupload oelh AJK baru dalam tu.. semuanya hilang!

Nasib baik saya belum delete blog peguam syarie yang lama, so ada ler bahan2 yang sempat tersimpan dalam blog free tersebut.

Sekarang, sesiapa yang click di http://peguamsyarie.org akan keluar entah apa2 benda..
sedih sangat..

Tapi benda dah berlaku..
Tak dapat di gostan balik. Mercumaya pun tak ada pertimbangan lagi..
semuanya gone with the wind..

Saya dengan rasminya pada hari ini 15 Februari 2011, mengeluarkan laman web http://peguamsyarie.org dari link blog sekadar pendapat ini.
Yang tinggal adalah blog free yang lama dulu iaitu http://peguamsyarie.blogspot.com

RA

RA..(Research Assistant)

Allah kasi rezeki pada saya bila Supervisor saya suruh saya isi borang jadi RA dia..Alhamdulillah
Jadi masa saya hampir 3 minggu baca manuskrip dia, betulkan, buat review harap2 dapat ler duit... :-)
katanya, 'You can buy something for your daughter..'
insya allah...

Pastu saya juga disuruh isi borang extra fund untuk balik Mesia nanti..
Supervisor saya dapat grant 2 juta dari Kjn Australia untuk buat research pasal Islam, pelaksanaan islam di negara-negara Asia..
Hope saya dapat ler extra dalam $ 2K ker.. top up yg sy claim dari fakulti untuk field work..
harap2 lepas duit belanja saya...

amin..

Monday, February 14, 2011

Ma in Melbourne


My Mother..and My Father..


'Tuan Haji... ni nak tanya ni...macamana buleh jatuh tangga tuan haji? kaki macamana lo ni? Tuan Haji kena jaga diri tu.. jange naik tangga lagi lepas ni tuan haji deh...'


Saya call ayah saya dan buat joke.. Ayah saya ketawa kik kik kik... :)

"Ni Tuan Haji, Mak Hajjah ni rindu ke tuan haji.. Dia nangis ni.. Dia kata rindunya ke tuan haji.. Dia tanya makan apa malam ni? sapa jaga..? Dia nak cakap dengan tuan haji ni..'

Ayah saya ketawa lagi.. kik kik kik...
'ooo rindu apa....' ayah saya jawab.. :-)

Lepas tu ayah bercerita sapa ada kat rumah.. sapa datang, makan apa.. sapa anak menantu dia yang balik.. ayah tak dapat gi kedai kopi, orang kedai kopi datang hantar makanan ke rumah.. orang masjid datang bersilih ganti ziarah ayah jatuh tangga..bla bla...sambil ketawa..kik kik kik

Then saya pun pass tepon ke Ma..
My Ma and my Ayah bersembang-sembang..
cerita cerita..
ketawa ketawa..


Semoga Ayah cepat sihat kakinya..amin..



Ni le Ma saya... masa di airport Air Asia nak fly ke Melbourne.. hari Khamis 11 Feb.
Depan tu Ree tengah tolak umairah..

Wednesday, February 9, 2011

Aisyah lagi..

PhD..

Lepas solat maghrib jemaah beberapa hari lepas, saya berstory kat Aisyah pasal PhD. Saya kata, PhD ni susah... sebab banyak sangat benda kena buat. Nak isi borang tu, isi borang tu, kena cari tu, cari ni, baca tu, baca ni, lepas tu kena faham ni, kena faham tu... lepas dah faham, kena tulis tu, kena tulis ni.. Susah sangat...

Saya kata kat Aisyah, 'Umi tak sangka PhD Umi buat macam ni punya susah.. Umi harap sangat Allah please mudahkanlah bagi Umi siap PhD ni..'

Aisyah kata,

'Umi.. before Abah balik Mesiakan, Abah kan told me a story about nabi punya perang Khandak tu.. It happened that semua orang Islam susah sangat.. kena had to dig the big hole, tak da makanan.. Abah kata susah sangat life masa tu.. Semua orang minta Allah tolong. They said, 'Allah help us.. ALlah help us..' Tapikan Nabi kata, we have to work hard, the hardest pssible.. then Allah pun tolong orang islam..'

umphhhh...

'So Umi, Umi pun kena work as hardest possible.. lepas Umi work hard then Allah tolonglah Umi nanti.. Umi kena be strong and sabar ya..'

umphhh... betullah ..
pandainya anak Umi ni..

'May ALlah help me... amin....'
____________

Berita Gembira dan kurang gembira...

Ooo ada berita gembira..
My mother and my sister Ree satu family akan datang ke Melbourne hari Jumaat 11 Feb ni sampai.. selama 11 hari dan mereka akan melawat Melbourne dan sekitarnya..
Semoga perjalanan ma dan semua berjalan lancar.. amin..

Tapi ada berita kurang gembira..
Ayah jatuh dari tangga tiga minggu lepas, kaki Ayah retak sikit, tapi katanya dah baik siket. Sian Ayah... Tapi Ayah kasi Ma datang ke Melbourne sebab Ayah memang tak nak datang w/pun sihat sebab Ayah tak boleh tinggalkan kampung halamannya..;)
Ayah kasi Ma datang sebab tiket dah beli beberapa bulan yang lepas. Mujur Aa dan anak-anaknya serta Hafiz my youngest brother ada di rumah, teman ayah..
Semoga Ayah dan Ma sihat sejahtera kedua-dua hendaknya...

Tuesday, February 8, 2011

Jokes..

Saya rasa nak pecah perut baca ni..
Jom join saya..
mereleasekan ketensionan yang ada...hehe..
____________

Open Letter

To: Bill Gates of Microsoft
From: Banta Singh of Punjab
Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was unable to trace.. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine.. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?

10. You provide 'My Network Places'. For God sake please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

Last one to Mr Bill Gates :

11. Sir, how is it that your name is Gates but u are selling Windows?

Regards,

Banta

hehehee.....

Monday, February 7, 2011

Aisyah..

Hadith Nabi...

Aisyah ikut saya ke Melbourne Univ dan saya bawa dia ke surau di Pelham St untuk solat Zuhur. Dia baca semua notis-notis yang ditampal di surau tersebut.
Tertiba dengan muka gembira teramat sangat, Aisyah kata,
'Umi, do you know that Allah will forgive all of our sins?? woww.... I did not know that before..'

Saya tanya, 'apa aisyah kata tu?'

'Umi, sekejap yer, Aisyah baca for Umi yer..
Kat sini, ada tulis,
'Prophet said, 'If you recite Subhanallahil azim 100 times, Allah will forgive your sins..'

'So if Aisyah read 100 times, and I am not baligh yet, so Allah will forgive you and Abah kan Umi.. bestnyer..'

Then Aisyah baca sambil bilang guna jari dia yang comel tu..
Masa keluar dari surau, dia kata,'Alhamdulillah I finished 100 times subhanallah.. bestnya sebab ALlah will forgive my parents..'

'But Umi, what should we do if like Aisyah want to finish baca subhanallah, but ada orang asks me questions or apa-apa la.. Allah still consider our subhanallah ke Umi, or we have to recite without talking to other people.. like we continue until 100 times then baru kita cakap dengan orang... Macammana tu Umi..'

'Tak per.. you can read 20, then talking to Umi, then you continue for another 30, stop then continue again.. Semua boleh. but it would be better if Aisyah ada masa, you recire 100 times continuously..'

'oooo.. mulai hari ni kan Umi, Aisyah nak baca 100 kali Subhanallah.'

amin....

p/s tapi masalahnya Aisyah baca beberapa hari jer.. lepas tu dah ghalit, lupa dah... gitu lah manusia.. melayu mudah lupa...' hehe..

Friday, February 4, 2011

Masjid Melayu Melbourne

Masjid...


Hj Hamid minta saya tolong dan saya tolong dengan besar hati. Akhirnya artikel sudah siap, saya dah emailkan pada Berita Harian tadi 4 Feb 2011..

____________________

Masjid Melayu di Melbourne

Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Masjid adalah syiar Islam, menjadi tempat tumpuan dan pertemuan masyarakat Islam. Sejarah menunjukkan pada zaman Nabi dan para sahabat, selain menjadi tempat solat berjemaah, masjid menjadi institusi setiap aktiviti masyarakat Islam, sama ada urusan melibatkan kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi, riadah, dan sebagainya. Masjid menjadi pemangkin kepada aktiviti harian masyarakat.

Jika di Malaysia, kita tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencari masjid. Hampir setiap daerah, kampung, taman perumahan mempunyai masjid atau surau untuk kegunaan ramai. Kita tidak susah untuk mendapatkan tempat bersolat, dan tempat pertemuan sesama ahli masyarakat.

Walaupun terdapat beberapa perbahasan mengatakan masjid-masjid di Malaysia masih belum dimaksimumkan penggunaannya untuk kebajikan sejagat, namun terdapat beberapa buah masjid yang berusaha ke arah itu, menjadi hub atau pusat pembangunan masyarakat. Contohnya dengan membina perpustakaan yang dibuka untuk awam, mengendalikan kuliah agam secara sistematik, mempunyai ruang bermain untuk kanak-kanak, mengadakan kursus berbentuk perkhemahan sempena cuti sekolah dan lain-lain.

Di dalam buku ‘Muslim in Australia’, Profesor Abdullah Saeed menyatakan bahawa bancian 2006 menunjukkan Melbourne mempunyai 103,000 Muslim dengan lebih 30 masjid. Masjid yang ada kebanyakannya dinamakan sempena negara dan bangsa seperti masjid Albania, masjid Somalia atau masjid Turki. Masyarakat Melayu di Melbourne, Victoria turut mempunyai cita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah masjid yang dapat digunakan untuk tujuan kebajikan semua.

Dengan tujuan merealisasikan hasrat mempunyai masjid sendiri, masyarakat Melayu terdiri daripada rakyat Singapura dan Malaysia bergabung menubuhkan Malay Education & Cultural Centre of Australia (MECCA) pada akhir 2009. Selain mereka yang telah mendapat status penduduk tetap, rakyat Malaysia termasuk pelajar pascaijazah turut sama menjadi sukarelawan bersama-sama menggerakkan MECCA ini. Antara tujuan utama adalah ingin mencari dana bagi membeli tanah dan bangunan sebagai masjid untuk kegunaan masyarakat Melayu di sini. Pada masa yang sama, MECCA berhasrat menyediakan perkhidmatan dan membantu masyarakat awam dalam banyak aspek termasuklah aspek sosial, kebudayaan, menjaga kebajikan, pendidikan, latihan dan program keagamaan untuk masyarakat Melayu di Melbourne.

Dalam rangka mewar-warkan kewujudan MECCA, mencari derma serta sokongan ramai ke arah penubuhan masjid Melayu di Melbourne, Jawatankuasa MECCA merancang pelbagai aktiviti. Antaranya adalah majlis ‘Jualan Sate Ria’ pada 19 Julai 2009, ‘Kulcher Foodfest’ pada 12 Disember 2009, ‘Sarapan Amal untuk Masjid Melayu’ pada 27 Disember 2009, Majlis Ramah Mesra MECCA’ pada 9 Januari 2010, MECCA & SAS Fundraising Dinner’ pada 3 Julai 2010, ‘Harmony Market Festival’ pada 10 Oktober 2010 dan Family Fun Day Fundraising’ pada 5 Disember 2010.

Pada 26 Januari 2011 yang lepas, MECCA melancarkan laman web terbaru iaitu www.binamasjid.com.au dalam pertemuan keluarga bersama beberapa pertubuhan di Melbourne. Antara yang hadir memberi sokongan adalah Pertubuhan Pembangunan Komuniti Muhajiroon (MCDA), Kampung Utara Melbourne (KUM), Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia Victoria (VMPGA), Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan (Ehsan), Ikatan Muslimin Malaysia – Victoria (Isma- Victoria), Kelab Umno Australia Melbourne (KUAM), Suara Melayu Melbourne (3ZZZ) dan juga perkumpulan penduduk pelajar Malaysia di Kampong Vic, Desa Bondoora dan juga Komuniti Bahagian Tenggara (SEFC).

Dalam pertemuan tersebut, ditekan dan disepakati bahawa, usaha membina masjid pertama kelolaan Melayu adalah satu keperluan bersama dan semua pihak akan sama-sama memberikan sokongan padu menjayakan perlaksanaannya, dan bersetuju agar usaha penerusan mencari dana dijalankan oleh MECCA sebagai badan induk ke arah mencapai objektif tersebut.

Menurut Tuan Hj Abdul Hamid Ashari, Pengerusi Jawatankuasa MECCA, harga hartanah di Melbourne yang tinggi menyebabkan usaha membina masjid Melayu Melbourne memerlukan dana yang cukup tinggi. Keseluruhan kos pembelian tanah dan bangunan dianggarkan AUD 3.4 Million. Setakat ini, AUD30 Ribu telah berjaya dikumpulkan hasil derma orang ramai, termasuklah derma beberapa orang pembesar dan kerabat diraja di Malaysia. Antara usaha susulan adalah mendekati dan mendapatkan derma dari negara-negara lain seperti Brunei dan sebagainya.

Adalah menjadi harapan MECCA dan semua orang agar Masjid Melayu Melbourne berjaya direalisasikan. Namun begitu, perkara penting yang turut menjadi pertimbangan adalah keprihatinan kepada masjid yang bakal dibina dan bagaimana cara untuk memakmurkannya. Masjid ini sudah pasti memerlukan komitmen yang tinggi daripada penduduk Melayu Melbourne untuk memeriahkannya. Ia diharap menjadi institusi masjid yang memenuhi ciri-ciri masjid seperti yang dibangunkan pada zaman Nabi, sebagai pusat ibadah, tempat pendidikan sama ada ceramah agama, tuisyen untuk kanak-kanak, perpustakaan, tempat perbincangan, pusat ekonomi dan sudah pasti mesra kanak-kanak, keluarga dan orang tua.

Pihak MECCA mengharapkan bantuan dan derma daripada rakyat Malaysia yang sudi berderma ke arah menjayakan projek ini. Sila layari laman web MECCA di www.binamasjid.com.au dan menghubungi Jawatankuasa untuk tujuan tersebut. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran Allah dan diharapkan ia berjaya direalisasikan.

Penulis adalah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam, sedang melabjutkan pelajaran di Melbourne, Australia.

Wednesday, February 2, 2011

Mesir dan Hosni Mubarak

Mesir Bergolak ..

Amir Zuhri, anak Kak Nik- my kakak sulong sekarang berada di Mesir. Dia ambik Syariah. Saya tak tahu apa berlaku pada dia. Risau juga mendengar macam2 keadaan negatif di Mesir. Semoga dia selamat. Tasnim, anak Kak Za, my kakak berada di Jordon. Dia ambik Medic. Saya juga tak tahu apa berlaku pada dia. Tapi Jordon tak terlibat dengan kekelatan yang berlaku sekarang.

Baru beberapa minit lepas, dapat bercakap dengan Kak Za:
Katanya Tasnim dah call. Jordon tak da apa-apa.. Keadaan berjalan lancar.

Bagaimana dengan Zuhri?
Katanya Kak Nik dapat telefon ke Mesir, bercakap dengan Zuhri petang tadi (Rabu 2 Feb 211).
Alhamdulillah Amir Zuhri sihat. Akan dipindahkan ke Jeddah esok atau lusa dan akan dibawa balik terus ke Malaysia.

Semoga semuanya siselamatkan Allah.. amin..
_________________

Tugasan..

Sekarang saya tenagh buat beberapa benda..


1-Reviews manuskrip Supervisor saya.- kena hantar esok (Khamis 3 Feb) ke IB Taurus Publisher di UK.

2-Hj Hamid (MECCA) minta tolong saya hantar berita Masjid Melayu Melbourne (MECCA) ke Berita Harian Malaysia. Saya sedang tulis ni. Malam tadi Hj Hamid bercakap dengan saya melalui telefon maklumkan beberapa data untuk dimasukkan dalam artikel.

3-Ethics Application di Melb Uni- saya dah siapkan semua dokumen tapi tak dapat nak diserahkan tadi sebab saya nak try apply budget untuk field work, kena siapkan beberapa lagi dokumen dan kena serahkan sebelum 17 Februari. Mesyuarat Ethics 21 Febr ni.

4-Ada lagi banyak tertunggak..

Aisyah demam semalam dan hari ni. Tadi kuat tapi malam ni lemah balik.. kesian dia. Tadi dah pergi klinik ambik anti biotik. Lepas tu saya bawak Aisyah ke rumah Arisya main-main dan saya ke Melb Uni..Terima kasih Syidah tolong jaga Aisyah yer.

Bila Aisyah demam, bertembung dengan banyakkkkkkkkkkkkk sangat benda2 kena buat.. saya selalu rasa.. 'How I wish if Abah was here...I am over my head' ...

Alangkah banyaknya kerja, dan tak cukup masa dan tenaga..
Semput rasanya..

Proofread

Akhirnya..

Rasa tak larat sungguh, sampai dah terkoyak2-koyak dah sebahagian kertas tu saya bawak/angkat/kelek ke hulu ke hilir..) manuskrip tulisan Penyelia saya yang sangat tebal sebanyak 600 mukasurat, akhirnya saya kena siapkan laporan review dan kirimkan pada penerbit buku tersebut di UK.
Tajuk manuskrip tersebut adalah
'Islam, Law and State in Southeast Asia'..

Isi kandungannya sangat besar, bermacam2.. Perbincangan mengenai Malaysia dari dulu sebelum merdeka sampai sekarang, perbandingan PAS dan SIS, Mahkamah Syariah dan JAKIM, dan macam-macam lagi.. Kemudian perkembangan di Brunei, dulu dan sekarang..
Ada banyak yang saya kurang setuju tapi saya tak tahu macamna nak buat, sebab hubungan saya dengan Penyelia menjadikan saya perlu berhati-hati.. sebabnya saya perlu lulus PhD ini, dan saya kena bermain dengan ombak supaya saya tidak terlalu mengikut tetapi tidak terlalu membantah...

Oohh agak sukar kedudukan saya ini..

Bagaimanakah bermain dengan ombak ini??

Tuesday, February 1, 2011

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa tak boleh lepas tangan tugas didik anak
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

2010/12/31

Keperibadian kanak-kanak banyak dipengaruhi hasil didikan, teladan daripada orang tua

KISAH seorang ayah sanggup melempar bayinya yang menangis sehingga koma menyentak hati. Begitu juga laporan ibu bapa bercerai dan membiarkan anak tanpa kasih sayang, bapa tidak memberi nafkah, kisah anak didera dan bermacam lagi. Kepincangan institusi kekeluargaan kian membimbangkan dan menimbulkan tanda tanya, apa yang berlaku dalam masyarakat.

Anak adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai, yang perlu dijaga sebaiknya dan diberi perlindungan serta pendidikan. Jiwa mereka perlu diisi dengan ilmu kerohanian supaya berjaya menjadi perisai kepada segala cabaran di sekeliling mereka.

Peranan ibu dan bapa tidak boleh dipandang mudah kerana akan dipertanggungjawabkan Allah di hari perhitungan kelak. Atas dasar itu, ibu bapa perlu berilmu dan tahu tanggungjawab yang digalas.

Setiap ibu bapa perlu berusaha keras menanam nilai Islam kepada anak ketika mereka masih kecil. Ketika itu jiwanya masih kosong, suci dan senang menerima apa yang diajarkan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap anak dilahirkan atas fitrah (kesucian agama yang sesuai dengan naluri), sehingga lancar lidahnya, maka kedua orang tuanya yang menjadikan dia beragama Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (Riwayat Tabrani dan Bayhaqi)
Islam memandang berat dan menuntut ibu bapa memberi perhatian dalam usaha mencorakkan kehidupan anak mereka. Namun, ada kalanya kita terlepas pandang dan kurang mengambil berat urusan menanam teras kepada anak hingga mereka mencari sendiri.

Ada ibu bapa menyerahkan anak kepada orang gaji sepenuhnya tanpa mengambil kisah pengisian diberikan, menghantar ke rumah pengasuh tanpa memikirkan aspek spiritual dan keselamatan anak.

Sebenarnya, tanggungjawab ibu bapa memastikan anak berjaya dalam bidang ilmu fardu kifayah dengan merancang kejayaan mereka seperti menghantar ke kelas tuisyen, melihat kerja sekolah, membantu ketika musim peperiksaan serta menerapkan semangat jati diri yang kuat.

Semua ini perlu selari dengan kecemerlangan agama, ketinggian akhlak, menghormati guru dan orang tua, mentaati ibu bapa serta taat kepada ajaran agamanya.

Ibu bapa penentu kejayaan anak dan bagi tujuan itu mereka perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan, mengetahui pendekatan mendidik dan pada masa sama, menjaga keperibadian supaya sentiasa sabar membesar serta mendidik anak.

Pujangga Islam berkata ‘orang yang fakir, tidak mampu memberi’ sangat berkaitan dengan ibu bapa kerana jika mereka miskin ilmu, akhlak, peribadi dan nilai tentunya tidak boleh mendidik anak menjadi insan berguna dan berakhlak.

Apabila anak menghadapi masalah, mereka tidak tahu cara menangani masalah itu. Maka, ibu bapa perlu berusaha memahami karakter anak mereka supaya mudah berkomunikasi serta menjalin hubungan rapat.

Persekitaran rumah tangga turut mempengaruhi pembesaran anak kerana budaya positif diamalkan di rumah akan melahirkan insan yang berfikiran positif. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Bukanlah musuhmu itu orang yang apabila engkau bunuh dia, bererti kamu menjadi menang dan kalau kamu mati terbunuh maka kamu akan masuk syurga. Tetapi musuhmu itu terkadang adalah anak yang lahir daripada tulang rusukmu sendiri. Kemudian musuhmu yang paling berat lagi ialah harta benda yang kamu miliki.” (Hadis riwayat Tabrani)

Oleh itu, ibu bapa perlu melihat tugasan mendidik anak sebagai tugasan mulia yang perlu dilaksanakan tidak kira bagaimana cabarannya. Andainya, berhadapan masalah, mereka perlu berusaha mencari jalan penyelesaian.

Selepas berusaha mendidik serta membesarkan mereka, ibu bapa perlu berserah kepada Allah serta berdoa semoga usaha mereka mendidik anak menjadi insan berguna akan diberkati Allah dan anak akan menjadi anak yang berjasa kepada agama, ibu bapa, masyarakat dan negara.

Aisyah dan bahasa

Sakit Tekak....

Aisyah sakit tekak. Selalu saya akan buat 'air ubat', (saya panggil air ubat ), iaitu air masak, campur madu dan beberapa bijik bunga cengkih. Pastu baca doa dan selawat syifa' kat air dan kasi dia minum.

Semalam dia buat sendiri. Lepas dia minum, Aisyah kata,
'Umi.. macamna nak buat ni. cengkerik ni asyik masuk dalam milut Aisyah..'

Saya terkejut le..
'Cengkerik mana Aisyah? mana ada cengkerik kat rumah kita?'

'Ni cengkerik yang Umi selalu letak dalam air ubat ni...'

hehhehe....hehehe...
adoii aisyah .. aisyah.. tu bukan cengkerik ler.. itu cengkih..

cengkerik tu binantang, yang bunyi bising malam-malam tu..
yang aisyah letak tu, tu makanan, nama dia bunga cengkih.. hahaha...