Monday, August 22, 2016

Turki lagi..

Jumpa akhirnya..
Saya tak tahu apa makna lagu ini.. dan akhrinya baru sya jumpa..

Ini rupanya maksud lagu tersebut..



Semoga Turki kembali menjadi gagah seperti di zaman dulu.
Semoga ALlah selamatkan seluruh dunia Islam ....


Wednesday, August 17, 2016

Turki dalam Doaku..


Ketika  generasi muda di negara lain sibuk bermain pokemon go.. dunia di Turki sedang membara naik mebina kekuatan rakyat dan jati diri bangsa..

Saya selalu berdoa untukmu Turki...


Saturday, August 13, 2016

Pokemon Go

Pokemon Go

Ramai orang bermain pokemon Go.. tangkap pokemon kat mana-mana yang dijumpai. Ada yang jumpa dalam rumah, ada jumpa atas bumbung, ada jumpa atas jalan raya dan merata-rata.... Macam meriah jer main tu...

Tibe-tiba timbul Dr Zul al-Bakri Mufti Wilayah bagi pendapat mengataan ia tak elok, hendaklah dijauhi, menimbulkan mudarat dan lain-lain. Ramai yang membantah dan mengatakan Ustaz Zul ni rigid sangat..Akhbat-akhbar melaporkan Dr Zul kata main tu haram. Jadi marahlah peminat game ini...


Kemudian Dr Zul buat penjelasan, dia tidak sebut haram, dia sebut elok dijauhi, tidak bawa manfaat dan sebagainya..

Sebenarnya asalnya memanglah harus. main apa2 game yang tidak berlawan dengan Syariah semuanya harus. Tapi bila berlebih-lebihan, banyak masa terbuang, jadi ketaguh, lupa buat benda lain, asyik main main main... maka yang harus boleh bertukar kepada makruh dan buleh bertukar kepada haram dengan melihat keseriusan impak benda tersebut.

Bila baca di USA, ada accidentlanggar pokok sebab sibuk nak tangkap pokemon, ada yang terjun  dalam sungai nak tangkap pokemon,maka apa maknanya tu...

Orang dah tak perasan apa berlaku disekitar,lintas jalan tapi otak tak berada di jalan, tapi berada di sekitar jalan nak cari pokemon... maka ia sesungguhnya menimbulkan banyak mudarat..Bahkan mencari pokemon juga bukan jadi bermain lagi... tapi jadi hati jahat sebab nak dapat kuasa dan nak lawan dengan orang lain... Ia merosakkan jiwa.. Tujuan bermain adalah untuk relax otak, bukan jadi lebih parah.. dan jadi lebih jahat jiwa sebab nak jadi power power dan lebih power....



Saya setuju jika ia membawa banyak bahaya, hilang jati diri insan, semua jadi lupa diri maka mainan itu menjadi sangat tidak elok dan berubah menjadi haram hukumnya ke atas kita....


Tuesday, August 9, 2016

Turki

Saya jatuh cinta dengan Turki..
Dan saya bersyukur ALlah izinkan saya dapat menjejak kaki ke Turki.
Saya berdoa untuk Erdogan dan rakyat Turki..
Semoga mereka selamat dan dilindungi ALlah..

Saya mengikuti semua perkembangan Turki selepas cubaan rampasan tentera 15 Julai 2016. Dan sentiasa mencari2 kisah Erdogan. Semoga negara saya juga suatu hari nanti mendapat pemimpin seperti Erdogan...ameen..




Thursday, August 4, 2016

Turki yang indah
















Saya jadi Giant.... Giant sudah mari... tapi sebenarnya Giant tu duduk atas bukit, dan orang2 tu duduk bawah bukit.. macam kena pijak dgn Giant je semua.. hehehe..

Wednesday, August 3, 2016

Istanbul di hatiku

Istanbul Turki

Apabila  mendengar berita rampasan kuasa tentera di Istanbul saya rasa sangat sedih. Ini kerana saya sekeluarga baru sahaja melawat Turki pada Bulan April yang lepas. Masa tu cuti semester dan kami berada di sana selama 10 hari 12 malam. Alhamdulillah.. Saya sangat gembira dan bersyukur dapat melawat Turki yang sudah lama berada di hati saya.

Kami sekeluarga sempat ke sana bersama kumpulan Jejak Uthmaniyah. Salah seorang daripada staf Jejak UThamaniyah (JU) adalah Zayd yang menjadi pemandu pelancong dan banyak bercerita tentang Istanbul dan tentera al-Fateh.

Hari-hari yang dilalui sangat menarik walaupyn amat letih.

Salah seorang staf Jejak Uthmaniyyah bernama Muzammil dipanggil Menk telah membuat video ini untuk diletakkan dalam youtube dan  facebook JU.

Dalam video ini banyak keluar saya, abah dan Aisyah... Ramai yang kami jumpa. Semuanya baik-baik dan peramah. Melawat Turki adalah pengalaman yang sangat menarik ... 

Syukur tidak terhingga ...