Friday, July 31, 2009

Luah perasaan..

Diary...

Pernah ada diary tak? Saya pernah ada dulu-dulu masa kecik-kecik. Saya tulis tah apa-apa. Masa saya masuk sekolah tingkatan 1-3, saya ada jugak diary, tu pun tulis tah apa-apa.. Saya ingat masa tingkatan 4 kat sekolah Wilayah, saya ada diary berkunci , dah besarkan.. jadi macam-macam saya tulis dalam tu.. tempat luah perasaan...

Tetiba satu kali tu, pagi hari Jumaat inspection, Pengawas-pengawas ni tah apa-apa.. [jahat sungguh- pegi buka semua diary orang.. opss sorry..]- saya punya pun termasuk.. isyyy daripada hari tu, saya takde diary dah..saya malu, sebab dalam diary tu saya cite saya benci sapa, saya suka sapa.. hehe.. adoi.. kelakar bangat!

--------

Diary Maya

Saya tulis dalam blog ni, sebab saya rasa ia menarik. Saya buleh bukak kat mana-mana internet no matter where and when. Saya suka juga sebab saya buleh tulis apa saja yang saya nak dan buleh letak gambar, buat tulisan color-color.. buleh simpan lama dan yang penting, Aisyah buleh baca cerita dia masa kecik-kecik bila dia besar nanti.. [tu pun kalau blog ni masih wujud le]

Hari ni saya nak luahkan perasaan saya..

Saya pokai betul bila duit KPT tak masuk-masuk lagi.. Saya dah email KPT, Cik Arni yang jaga tu baru reply kata, KPT akan selesaikan dalam masa terdekat, sebab berlaku kesilapan akaun Bank.. Saya dah maklumkan 10 Jun hari tu lagi saya tukar akaun bank dan dah tutup pun Wespac Bank tu, pesal ler depa tak update cepat-cepat maklumat akaun saya.. sekarang saya jugak yang merana.. Nasib baik ada kawan-kawan penyelamat, saya pinjam ler sekejap duit, nanti duit KPT dah masuk, saya akan bayar segera.

Lepas tu saya pergi jumpa Hazel, tanya pasal rumah saya yang lama dulu. Ada ke orang masuk ganti tempat saya? Sebab undang-undang kat sini, disebabkan saya punya lease sampai Nov 2009 dan saya keluar dari rumah tu bulan Jun, jadi saya kena bayar semua sewa bulan Jun AUD1300 (lebih kurang) dan juga bulan Julai kalau tak ada sapa-sapa masuk rumah tu. Alhamdulillah.. kata Hazel, ada orang ganti rumah tu pada 20 June, so saya takyah bayar bulan July.. Kemudian saya akan dapat balik bond saya yang berjumlah AUD500.. Alhamdulillah..

Bayangkanlah, saya bayar nak masuk rumah baru:
1- Bond AUD 1200
2-Sewa Jun AUD1200
3- Sewa Jul-Ogos- AUD 2400
4-Sewa Rumah lama- AUD 1300
4-Tu belum masuk segala bils... huhu...
Nasihat saya untuk saya sendiri... jangan kuar rumah lagi sebelum habis lease.. merana badan.. [dalam sedih tu, saya rasa kelakar jugak..hehe...]

Bila takde duit camni, saya dapat rasa setiap sen adalah mahal..
[saya rasa macam I can feel how orang susah rasa.. Justeru, saya sangat bersyukur dengan semua rezeki yang Allah telah kurniakan kepada saya sebelum ini, sekarang dan akan datang. insya Allah.. Semoga kita semua selalu menghargai setiap sen yang Allah rezekikan.. amin..]

p/s 1 -duit gaji kat Mesia, saya tak boleh bawak sini, sebab itu untuk bayar hutang lain kat sana..lagipun sekarang pertukaran wang sangat tidak memberangsangkan. 1 Dollar Australia bersamaan dengan 3 Ringgit Malaysia.. mahalnyer......
p/s 2- Aisyah ni sangat memahami.. Bila saya cite kita tak boleh beli ikut suka sebab kita kena jimat duit, dia kata..'Ok Umi, nanti Aisyah akan ingatkan Umi kalau Umi nak beli benda-benda yang tak penting.. Aisyahkan lawyer Umi...' hehe..

Thursday, July 30, 2009

Tetiba Teringat...

Kehidupan Yang Indah...

Jan 2008 dulu, kami ke Tganu, stay kat Primula Hotel 4 hari.. berjalan-jalan ke Tganu dan balik Kelantan.. Tetiba teringat, bila tengok gambar rasa bestnyer Malaysia.. no matter what people want to offer me, I still want my Malaysia....

Berenang-renang kat pool di primula hotel.. boleh pakai tudung dan baju tutup aurat..


Dua orang anak dara yang paling cun iaitu Aisyah and Amirah..

Inilah kenangan yang terindah.. Umi patutnya jaga budak dua orang tu main pasir, tetapi yang jadinya budak dua orang tu yang jaga Umi sebab memang saya tidur sungguh-sungguh atas pasir tu.. hehe...uhhh indahnye Mesia..



Wednesday, July 29, 2009

Aisyah dan cita-citanya..

Ustazah Aisyah..

'Umi, best tak Umi jadi Ustazah?'

'Umppp.. entah ler.. best jugak. napenye?'

'Saja jer.. kalo best, Aisyah rasa Aisyah nak tambah ler cita-cita Aisyah..'

'Nak tambah apa? tak paham ler Umi'

'Aisyahkan hari tu bagitau Umi, Aisyah bila besar nak jadi Doktor, Vet, polis, lecturer, cikgu Art, hari ni Aisyah rasa Aisyah nak tambah lagi ler ler Umi.. boleh tak Umi?'

'Banyaknya Aisyah nak jadi.. Aisyah nak tambah apa pulak?'

'Aisyah rasa, Aisyah nak tambah jadi Ustazah, pastu Penyanyi nasyid sekali dengan Hafal Quran...Umi rasa Aisyah boleh tak jadi semua tu?'

'Umpphh.. boleh.. insya Allah.. tapi kena belajar betul-betul ler.. Aisyah nak jadi Penyanyi nasyid apa?'

'Aisyah nak nasyid My Mum is Amazing, pastu lagu yang ada dalam blog Umi tu, Kembara Ilmu, pastu lagu kanak-kanak...'

'hehe... pasal apa nak jadi Ustazah pulak?'

'Sebab Aisyah suka tengok Umi cakap kat study circle, Aisyah suka baca buku, jadi boleh ler Aisyah cerita pada orang cerita yang Aisyah baca tu..'

Aisyah... Aisyah...
Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. amin..

p/s
1-Sekarang sangat sibuk kena siapkan chapter nak diserahkan pada Supervisor.. poning rasanya..
2-Masa AGM VMPG, saya dipilih jadi Exco.. apa agaknya saya boleh buat yer.. poning rasanya..
3-Seminggu ni dok siapkan kertas kerja bertajuk Hak Anak selepas Ibu atau Bapa Masuk Islam: Perspektif Syariah dan Perlembagaan Negara. Kertas kerja ini asalnya tulisan kawan saya, saya upgrade jer, tambah bahagian Syariah lebih terperinci siket, edit dan tambah nilai menjadi makalah undang-undang tulisan bersama untuk dihantar ke MLJ.. harap-harap diterima.. baru lepas submit untuk proof-read.. poning jugak buat tu...
4-KPT baru bubuh duit Elaun tapi duit saya sangkut, sebab tukar akaun dari Wespac ke Commonwealth Bank.. jadi saya sorang tak dapat lagi.. kena tunggu beberapa hari KPT nak clear semula..poningnye rasa..

Banyaknya poning.. hehe....

Monday, July 27, 2009

Cantiknye Kangaroo

Kangaroo.. cantiknyer awak..


______________


Clayton dan Wallan..

Hari Sabtu 25 Julai, kami sekeluarga ke Clayton, Dandenong paginya saya menghadiri study cricle kaum wanita diadakah di rumah Nisy. Sementara menunggu Umi habis program, Abah bawa Aisyah meronda-ronda ke sebuah park dekat dengan Clayton. Dalam study circle tersebut, kami berbincang mengenai banyak perkara, lepas tu kami baca buku Fiqh Wanita, bincang-bincang dan soal jawab. Kat sini, first time saya jumpa Kak Laili, isteri En Ropidi tuan punya blog Salam Monash. Sampailah jam 12.15 tg/h program habis. Makan bihun kuah Nisy buat. Lepas tu Abah dan Aisyah join makan dan kami solat zuhur jemaah di rumah Nisy, jam 1.30 pm , kami semua bertolak ke Wallan, rumah Kak Min..

Aisyah depan sign board Karkarook Park.. sejuk betul..


Wallan

Kami ke Wallan dengan dua hajat, satu nak ziarah, satu lagi nak tengok kangaroo.. bestnyer.. Kak Min ni, dah jadi macam kawan rapat sangat walapun saya baru kenal selepas saya involve di Sekolah ILIM. Kak Min dan suaminya Abang Man adalah antara orang kuat Singaporeans yang menggerakkan sekolah Agama hari Ahad di ILIM. Bangunan sekolah tersebut kepunyaan ILIM, tetapi Sekolah hari Ahad tersebut dinamakan Madrasah Muhajirin. Mereka mengambil pendekatan Madrasah di Singapore. Anak Kak Min ada 5 orang dan yang namanya Nasuha adalah kawan sekelas Aisyah di sekolah agama tersebut.

Cantik sungguh pemandangan nak ke Wallan... suburb yang agak jauh dari bandar, masih banyak pokok2 dan hidupan liar. Sampai sana jam 4.30, lepas solat asar, kami makan nasi dulu, lepas solat maghrib kami keluar nak tengok kangaroo.. tapi dapat tengok sikit jer sebab dah gelap.. sedih sungguh..

Plan bertukar..

Akhirnya..
Aisyah dapat sesuatu yang sangat diimpikan.. iaitu sleepover rumah kawan.
Aisyah tidur rumah Kak Min, seronok betul melompat-lompat Aisyah, Uwa dan Hanis. Kak Min dan Abang Man akhirnya membawa kami ke rumah Julina dan Suradi (kawan Singapore Kak Min), rumah baru Julina di Hidden Valley, Wallan. Subhanallah, rumahnya sangat besar, ada 6 bilik dua tingkat.. kawasannya.. ohhh besarnya...

Umi dan Abah balik ke rumah dalam jam 10 mlm. Esok dari rumah Kak Min, Aisyah akan ke sekolah agama sementara saya akan ke Mesian Hall, menghadiri AGM VMPGA (Victoria Malaysian Post Graduate Association)..Aisyah akan balik sekolah agama dengan Kak Min juga ke Wallan, dan Umi dan Abah akan terus ke sana dari Mesia Hall... Petang Ahad tu, akan ke rumah Kak Min sekali lagi, tak puas hati.. musti kasi habis hajat kedua... hehe..

Berenti kete tepi jalan dalam kawasan Hidden Valley, nampak kangaroo satu
kumpulan.. isyyy takjubnye.. subhanallah.. wild life..





kangaroo dalam habitat mereka, bukan dalam kandang ke zoo ker..cantiknyer...

Hidden Valley..

Kak Min belum beli rumah lagi kat sini, tapi mereka sekeluarga membawa kami melawat Hidden Valley, satu penempatan baru, lembah yang tersembunyi.. Tanah belum diterokai dan pemaju sedang mencari pembeli berpotensi. Harga lot banglo 2300 kaki persegi adalah $127,000.00 dan harga sebuah rumah average adalah $450,000.00 ke atas. Ahhh.. bestnye kalo saya dapat beli.. hehe..


Kami berada di puncak Hidden Valley.. sejuk sungguh.. angin kuatnye, macam nak terbang ditiupnya... ..

Jalan masuk ke Hidden Valley... cantiknye rumah-rumah baru di situ...

Cantiknyer...




Cantik sangat!




Bayangkan, rumah di atas adalah rumah orang Singapore... uhh.. dalam Hidden Valley ini saja, ada 4 buah rumah kepunyaan orang Singapore dan 1 kepunyaan rakyat Malaysia.. bayangkan betapa banyaknye duit mereka.. Kehidupan lebih cerah di Australia berbanding di Singapore bagi mereka...

Saturday, July 25, 2009

Sapu Stokin

Khuf..

Saya juga ditanya, boleh tak sapu stokin saja masa wudhu' masa winter?

Jawapan saya; Ada banyak pendapat. Ada kata boleh dan ada kata tak boleh. Kalau kita yakin dengan hujah yang kata boleh, kita boleh buat. Kalau kita yakin dengan hujah kata tak boleh, kita jangan buat. Tapi kita kena faham betul-betul apa makna khuf, apa syarat yang perlu kita penuhi, apa jenis buatan alat yang dinamakan khuf. Apakah stokin tebal masa winter diqiaskan dan diterima sebagai khuf?

Ada satu artikel yang amat bagus dan terperinci untuk kita baca mengenai khuf ini di blog Ustaz Mazlee UIA. Alamat blognya adalah :
http://maszleemalik.blogspot.com/2007/09/menyapu-khuf-rukhsah-di-musim-sejuk.html


Tapi kalau tanya saya, selagi saya rasa belum sampai masyaqqah (hardship) pada nilaian saya memerlukan rukhsah tersebut, saya tak buat. Saya rasa ia tidak mendesak, sejuk di sini hanya sampai 7-8 darjah, ada air panas, ada heater, khuf bersifat kulit saya tak pakai walaupun saya boleh beli, stokin yang tebal saya selalu pakai dan buka sama ada di rumah dan dipejabat, maka saya tidak beramal dengan sapu stokin. Cumanya bila winter di sini, saya tidak basuh kaki bersungguh-sungguh macam basuh di paip, saya hanya menggunakan air sedikit sahaja dan lalukan/lap ke seluruh kaki ke buku lali sampai rata. Begitu juga masa musafir, masa dalam flight, saya buka stokin dan berwudhu' seperti biasa, bahagian kaki saya hanya ambik sedikit saja air dan lalukan ke seluruh kaki ke buku lali dengan rata sebaiknya, lepas tu saya lap dengan tisu secepatnya.

Saya yakin begitu. Maka itulah yang saya amalkan.

With due respect, saya tidak mengatakan orang yang beramal dengannya sebagai salah. Saya baca dengan terperinci banyak tulisan kitab terdahulu, kitab terkini, tulisan Ustaz-ustaz contemporary, cuma saya memilih untuk beramal seperti yang saya lalui sekarang. Mungkin pendapat saya akan berubah jika keadaan mendesak. Wallahua'lam

Thursday, July 23, 2009

Najis...

Pendapat Saya..

Ada yang tanya saya sama ada boleh atau tidak lap saja air kencing atau buang air besar kat tandas guna tisu kering. Atau guna tisu yang digulung-gulung jadi bulat besar, pastu basahkan dan lap saja masa buang air. Boleh ker tu?

Saya berpegang pada tak boleh!Kecuali darurat.

Sebab najis mutawassitah (najis pertengahan) perlu dibasuh ain dan hukumnya dengan air mengalir. Saya memang sangat perihatin mengenai najis dan cara penyucian. Saya sangat menjaga..wallahua'lam setakat yang terdaya. Tapi tidak sampai sangat menyusahkan..

Air kencing, buang air besar, muntah, jeluak budak kecik, air mazi, air madi, darah haid- semuanya perlu dibasuh dan dilalukan air.
Justeru, kalau di tandas di sini, pada saya pilihannya adalah:

1-Bawa botol air mineral kecil setiap kali kita ke tandas. Saya menerimanya sebagai satu perjuangan .. Ajar anak kita bawak botol kecik bersama mereka setiap kali mereka berhajat.
2-Jika tak ada botol, maka ambik tisu basahkan banyak-banyak sebanyak dua bijik, jadikan yang pertama untuk lap dan yang kedua untuk lalukan air perah sikit-sikit untuk sucikan diri dan tangan.
3-Kalau tak ada sangat, barulah pakai hukum beristinjak dengan alatan lain apabila tiada air.

Masalah jika lap dengan tisu basah satu gulung, jika digunakan untuk lap najis di tandas, maka najis tersebut sudah berpindah dari tisu tersebut ke tangan. Lepas tu kita pegang seluar atau baju dan keluar dari tandas.. Sebab itu kena ajar anak kita kaedah penyucian yang paling mudah tetapi meyakinkan.. Ada huraian nilaian keprihatinan terhadap najis yang perlu dihuraikan dengan terperinci di sini.

Tapi kalau najis tumpah atas tempat yang sukar dibasuh seperti carpet, tilam besar dan berat, maka gunalah kaedah lain..- buang atau lap najis tersebut untuk buangkan ainnya, pastu ambik kain basah lap atas carpet. Kemudian ambik kain kering lapkan pulak. Pastu ulang sekali lagi, ambik kain lain yang basah dan kemudian lap pula dengan kain lain yang kering.. mudah-mudahan selesai hukumnya. Saya akan jirus air siket sebelum lap lagi sebanyak tiga kali.

Jangan ambik mudah pasal bersihkan najis, kerana saya sangat takut dengan hadis Nabi iaitu;
La tuqbalu solatun bi la tuhur. (Allah tak terima solat tanpa suci. ) Saya memahami hadis ni merangkumi orang tidak menjaga hukum mandi wajib, tidak rata berwudhu', tidak betul bersuci, mengambil mudah hukum najis dan sebagainya.

Kaedah fiqh yang berkaitan juga adalah;

Al-Masyaqqah tajlibu al-taysir
(Masyaqqah akan menyebabkan kemudahan)
Kesukaran akan membawa kemudahan..

Bila kita berdepan dengan kesukaran, Islam akan membuka ruang yang lebar dan memudahkan kita dengan rukhsah. Dengan kata lain, Islam agama yang mudah, bila bertembung dengan kesukaran dalam melaksanakan amalan agama, maka hukum rukhsah (keringanan/kelonggaran/flexibility) akan datang membantu. Kalau tak ada air, kita boleh bertayamum. Kalau tak ada air langsung untuk bersihkan najis di tandas, maka hukum keringanan datang.

Tapi masyaqqah maksudnya hardship yang kuat. Kalau ada jalan lagi, kita perlu usaha. Kalau ada jalan kena cari air, kalau tak ada selepas diusahakan, barulah hukum dilonggarkan.. macam tu ler lebih kurang...

Ringkasnya; saya berpegang kepada play safe, bersusah sedikit adalah lebih baik, daripada cepat mengalah tetapi akhirnya ibadah kita affected dan hati kita akan rasa tak sedap dan tidak yakin dengan ibadah kita..

p/s Pendapat saya mungkin berbeza dengan sebehagian yang lain. Tapi inilah yang saya pegang dan beramal dengan yakin

Wednesday, July 22, 2009

Study Circle

Study Circle..Niza

Semalam Selasa 21 Julai, study circle diadakan di rumah Shahrul Niza di Marrilend Road. Reservoir. Alhamdulillah Umi dan Aisyah sampai jugak walaupun lambat siket. Sebabnya saya rasa lapar sangat jadi lepas solat maghrib, makan dulu siket, pastu jam 6.25 pm baru pergi rumah Niza.

Aisyah pegang GPS, Umi drive, abah duduk rumah buat kerja. Walaupun dah pergi rumah Niza banyak kali, tapi malam tadi sesat jugak.. hehe.. ape ler nak jadi... lemah betul bab jalan raya ni..

Sampai sana, Niza kata.. semua orang takut saya tak datang.. hehe... Saya jawab..'Datang datang.. mesti datang punya.. mana buleh tak datang, umah kawan baik kita..hehe..' Mula-mula, kami solat Isyak dulu.. mulanya tak ramai tapi lepas jam 7.00 malam makin ramai ada terutama dengan kehadiran adik-adik single dua kereta tu..Faliq and the geng.. Seronok saya tengok ramai sampai tak muat ruang tamu rumah Niza untuk solat Isya' jemaah. Agaknya ada kot semua plus kanak-kanak dalam 30 orang.

Malam tadi, lepas solat Isyak, kami terus baca yasin.. Saya juga bawakan buku doa Amalan Asas 10 Ustaz Harun Din bagi yang berminat. Dalam setiap pembelian tersebut, saya allocatekan sebahagiannya untuk derma ke Madrasah ILIM tempat Aisyah sekolah agama. Nanti Ahad ni saya akan kasi sebahagian sebagai infaq ke sana.. Ramai yang beli dan saya cuma kata bahawa saya sekadar share sahaja apa yang Ustaz Harun ajarkan pada kami, jadi bagi yang berminat dan berkeperluan, bacalah selalu doa-doa yang ma'thur yang ada dalam tu..

Lepas tu, tazkirah hari ni berkaitan Najis dan bagaimana menyucikannya.. Anak-anak pun ramai yang bertanya terutama berkenaan sucikan air kencing kat tandas kat sini yang tak ada air, boleh ker lap saja.. Macamna nak buat kalau kencing anak atas carpet dan sebagainya.. Next week sambung pasal period pulak terutama melibatkan anak-anak dara yang comel-cmel seangkatan Aisyah.. mereka mesti diberitahu tentang kesucian dan penyucian dalam Islam..

Makan banyak sepertimana biasa..
bab soru.. no problema.. hehe.. licin!
____________

Melbourne Uni 22 Julai 09- Human Right

Hari ini saya memecahkan rekod sendiri.. fear factor! hehe...
Pagi tadi buat kali pertama semenjak saya berada di sini, saya sorang-sorang- [ulangan sorang-sorang..] naik train dari Reservoir ke Flinders pastu jalan keluar dari Flinders Station, naik tram ke Melbourne Uni..
uhhh.. tak percaya rasanya bahawa saya boleh ke sana sorang. takjub lak rasanya... hehe..

Saya ke sana untuk attend Conference Human Right. Yang jadi saya berminat nak attend:

1- Saya nak tengok cara Melb Uni conduct conference.. sempoi habis.
2-Saya nak bina networking-- saya dapat berkenalan dengan sorang PhD student dari Canberra.. saya suka sangat cara dia present. Bersembang-sembang dengan dia, pastu ambik contact. pasni saya akan melebarkan jaringan saya insya Allah..
3-Saya nak tahu apa content presentation petang pandangan kumpulan Researcher dari NSW berkenaan Hak Asasi di Malaysia, peranan SUHAKAM dan pandangannya terhadap kepimpinan negara. Ada tajuk tu dlm sesi petang.
4-Saya nak test diri saya sendiri.. sampai tak agaknya ke Melb Uni sorang-sorang..

Saya berjaya mencapai matlamat.. amin
Balik rumah jam 5.30pm.. letihnya...

Tuesday, July 21, 2009

Comment Time

Any Comment?

'Umi, lain kali Umi tak boleh sebut.. er.. er...nanti tak best jadi ceramah Umi..'

'Pastu kalau Umi ceramah, Umi kena tengok orang yang ada depan Umi tau, baru best..'

'Oooo.. lagi'

'pastu kalo Umi ada cerita tauladan dalam ceramah Umi, lagi ler best.. Aisyah suka sangat.. Aisyah ingat cite yang Umi sebut dalam ceramah Umi.. Kalo Umi cakap serius jer, tak best..'

'Ooo.. cam tu ker? Lagi...'

'Kalo Umi kena bagi talk in English, Umi kena cakap macam orang Australia.. kena cakap cepat, tak boleh pikir, kena cakapp jer... kalo tidak, tak jadi macam Oz..'

'hehe.. pandai ler Aisyah ni..'

Saya mempunyai seorang 'commentator' yang brutal tapi tulus dan telus setiap kali saya buat apa2 presentation. Sapa agaknyer??
Sapa lagi kalo bukan my darling Aisyah..

Setiap kali Aisyah ikut Umi pergi study circle or apa-apa program yang Umi kena kasi talk, balik jer dari majlis tu, dia akan sebut..

'Ok Umi... comment time..'

Pastu satu demi satu dia akan comment.. kutuk pun ada gak..hehe..

Balik dari Program Kutipan Dana Beli masjid semalam, Aisyah memberi komen..

"Umi, tadikan, Umi kasi talk bagus. Aisyah suka cerita yang Umi bagitau tu.. pastu Umi berjaya sebab masa ceramah tu, Umi ceria, pastu Umi ketawa siket, pastu Umi tak ada er.. er..tu bagus tu..'

Hehhe.. kelakar ler Aisyah ni, tapi bagus jugak ada tukang comment ni..

thank you yer Aisyah..

Sunday, July 19, 2009

Penuh..

Program yang penuh..Ahad 19 Julai 09

1- Hari ini kelas Agama Aisyah berlangsung di ILIM, Dallas. Kami hantar Aisyah jam 10 pagi dan kemudiannya saya bersembang dengan 'anak-anak murid' saya sampai jam 11 pagi. Kelas tajwid tak ada hari ini tapi saya bawakan buku Tajwid dan Buku Bacaan Asas 10 Ustaz Harun Din yang mereka kirim. Buku tersebut dibeli dari Darus Syifa', Bangi dengan kebenaran Ustaz yang jaga pejabat tersebut (b/p AJK DS). Kalau dia tak izin, saya tak berani nak bawa buku amalan yang Ustaz Harun Din ajar tu... Tapi Ustaz tu kata, 'Macam yang Tuan Guru ajar, orang biasa boleh baca asas 10 tu tapi jangan claim jadi anak murid Ustaz ler..' Sebab ramai yang minta dan tanya Bacaan Asas 10 tersebut, jadi saya pun bawak ler ke Australia ni.. [Saya dan Abah memang belajar di Darus Syifa' tapi belum ditauliah lagi.. harap2 kami dapat balik masa majlis tauliah akan datang diadakan...insya ALlah..]

2- Jam 11.45 kami berangkat ke Dewan Ambross tempat Program Kutipan Derma Beli Gereja untuk buat masjid diadakan. Orang sudah mula ramai. Lepas solat, saya dipanggil ke atas pentas utnuk bagi sedikit tazkirah mengenai 'Amal Jariah'. Mula-mula saya puji usaha AJK yang bersungguh-sungguh membaut gerak kerja mencari dana membeli gereja untuk tujuan membina masjid. Saya ssangat takjub dengan usaha mereka. Semoga ALlah membantu dan memberi kekuatan dan pahala besar untuk mereka. Kemudian masuk pasal mal jariah, apa beza sedekah jariah dan amal jariah dan amal soleh...Saya sentuh hadis Nabi mengenai terputusnya amal anak Adam kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan doa anak yang soleh. Termasuk juga tentang kisah sahabat bersedekah. Kedudukan niat bila beramal, jangan riyak, jangan inginkan pujian. Tapi jika dapat pujian dll, itu hanya sekadar bonus. Tapi niat kita dalam beramal, mestilah bulat semata-mata kerana Allah. Saya juga sentuh tentang kaedah fiqh iaitu, al-umuru bimaqasidiha (amalan dibalas mengikut niat), al-ghayah la tubarriru al-wasilah (matlamat tidak menghalalkan cara). Kisah Robbin Hood, tiga orang beramal tapi tidak ikhlas dan akhirnya mereka gagal masuk syurga iaitu dermawan, ilmuan dan pejuang. Kerana semuanya beramal bukan kerana ALlah tetapi hendaklah gelaran, pujian dan nama semata.. Semoga tazkirah tersebut ada manfaatnya dan semoga saya dan semua selalu ikhlas dalam beramal. amin..

3-Jam 5.30 pm, kami sekeluarga ke rumah Azida di Bundoora. Beliau menjemput beberapa keluarga makan malam. Sedap sungguh Zida masak..

4-Balik jam 8.00 malam, ada tetamu datang ke rumah kami, satu keluarga yang berhajat mendapatkan pandangan mengenai kesnya yang akan dibawa ke Family Court atas tuntutan Child Support dan hak visit sebagai bapa selepas berlakunya perceraian, sebelum dia berkahwin lain. Ini melibatkan kes warganegara Australia yang Muslim. Saya belum fasih mengenai perkara ini, jadi saya akan bawa pada perbincangan dengan kawan-kawan dan pensyarah di law school berkenaan isu ini.

Sekarang jam 12 malam.. saya dah letih sangat dah..zzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Saturday, July 18, 2009

Iklan Program Kutipan Derma Masjid

Iklan Badan Ehsan untuk program esok..


SALAM EHSAN!

Allah Ta’ala berfirman:

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”.

[Al Baqarah-2: 261]



Suatu fakta yang anda perlu ketahui sekiranya anda warga komuniti Muslim di Melbourne,

“Segolongan masyarakat Muslim yang mencintai Islam ingin bersama-sama membeli sebuah gereja di Pascoe Vale yang bernilai 1.2 juta untuk membangunkan sebuah masjid di situ.

Ini bermakna kita dalam rangka menyebarkan lagi dakwah Islamiah menerusi kewujudan Masjid Melayu Pertama di Victoria!!!”

Dari Osman, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang membina sebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah swt, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah (mahligai) di syurga”

[Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim]

Anda mahu bersama kami menyumbang ke arah kebaikan demi Islam tercinta agar terus subur gembur mekar di bumi Melbourne yang dicintai?

Mari bersama Komuniti Melayu Singapura, Badan EHSAN, FAMSY, VMPGA, KUAM , PetroVic dan MASCA menjayakan….


PASAR RIA SATAY AMAL

sempena ISRAK MIKRAJ 1430H

di

St. Ambrose’s Hall,3 Dawson Street,Brunswick

pada

Ahad, 19 Julai 2009

dari 11.30 pagi hingga 5.00 petang

TRAM : No 19 / Perhentian 21

KERETAPI : Jewel Station


BAGAIMANA INGIN MEMBANTU?

1. Pelbagai gerai akan dibuka dan sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh akan disalurkan ke dalam dana pembangunan masjid ini!

2. Anda boleh masukkan sendiri derma anda seberapa banyak "pelaburan jangka masa panjang" yang anda mahu ke dalam tabung dana yang akan disediakan kelak!


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini:http://ehsanvictori a.blogspot. com/2009/ 07/pasar- ria-satay- amal-isra- mikraj-1430- h.html

Friday, July 17, 2009

Bulan Rejab

Bulan Islam

Sekarang kita berada di bulan Rejab dan kemudiannya akan masuk ke bulan Sya'ban dan kemudiannya ke bulan Ramadhan yang penuh berkat. Mulai sekarang ada yang telah mula berpuasa sunat. Bagi yang belum sempat qadha puasa terdahulu, baguslah dimulakan dan dihabiskan dengan secepat yang mungkin.

Saya baru mula untuk berpuasa sunat dengan teratur Isnin minggu depan. Insya Allah..
Kami sekeluarga akan berpuasa minggu depan dengan lebih kerap lagi sehingga masuknya bulan Ramadhan. Insya Allah.

_____

Program Isra' Mi'raj dan Amal Jariah untuk Pembinaan Masjid Melayu

Ahad 19 Julai ini, diadakan program Amal Jariah dan Isra' Mi'raj sempena pengumpulan derma untuk membangunkan Masjid Melayu di Victoria.
Program ini akan diadakan di St Ambrose's Hall, 3 Dawson Street, Brunswick.

Program bermula jam 11.30 pagi dengan jualan pasar ria dan Satay.
Jam 12.15 katanya ada persembahan bakat penduduk Melayu.
Kemudian solat Zuhur berjemaah.

Saya diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk Amal Jariah selepas solat Zuhur iaitu jam 1.20 pm sehingga 2.20 pm.

Kemudian diikuti oleh Persembahan bakat oleh Pelajar Malaysia.
Selepas solat Asar berjemaah, ceramah kedua bertajuk Isra' Mikraj akan disampaikan oleh Br Adli Musa sehingga majlis ditutup pada jam 5 pm.

Mudahan-mudahan usaha penganjur berjaya dan usaha mencari dana untuk pembinaan masjid melayu dimudahkan Allah..

Thursday, July 16, 2009

Balik Mesia - Melbourne

Inilah calon-calon wanita hari tu...

Temuduga Prof Madya

Saya dah balik ke Melbourne semula.

Hari ini 15 Julai, saya balik ke sini menaiki Air Asia jam 1.30pm dan sampai di Melbourne jam 11.30 malam. Saya balik Mesia hari Jumaat 10 Julai, 12.45 malam dan sampai Mesia esoknya jam 7.30 pagi.

Duduk sekejap di Bangi, saya kemudiannya ke Shah Alam, mencari semua bahan-bahan untuk temuduga. Terima kasih Kak Zah yer sebab tolong saya.

Isnin 13 Julai, saya ke Pejabat Canselori jam 8 pagi membawa beg besar dipenuhi buku-buku, jurnal, tesis dan research yang telah berjaya saya sempurnakan. Besarnya beg saya. Rupa-rupanya beg saya paling besar.. hehe.. malunya..

Sementara menunggu turn, saya menerima beberapa sms mengucapkan good luck. Terima kasih pada semua yang sudi doakan saya.

Kak Ram mesjnya berbunyi..
'Good luck Prof..Semoga Allah mudahkan.. '
[Kak Ram ni dari dulu kala lagi asyik panggil saya Prof jer.. hehe..]

Ada yang tulis: 'Good luck, jawab power-power, jangan gabra..semoga berjaya..'

Ada yang lagi tulis; 'Nak interview 54 yer? good luck yer..'

Ada juga yang tulis: 'Luck is always be with you. So I don't have to wish u. it will be redundant..'

Abah mesej: 'Insya Allah Umi boleh.. good luck'

Saya ucapkan terima kasih pada semua yang telah sudi wish saya good luck dan mendoakan saya..
__________________

Dipanggil

Semua sekali ada 14 orang calon dari 4 fakulti UiTM Shah Alam.
Ada dari Fakulti Pendidikan, Business, Accounting dan dari tempat saya Centre for Islamic Thought 4 orang iaitu Sifu Ezani, Mat Noor, SSS Salehudin dan saya sendiri.

Ini pulak calon dari office saya.. dari kiri- Sifu Ezani, Din, Noor dan saya sendiri..

Sepanjang menunggu, kecut perut sungguh saya.. bukan saja rasa ada butterfly in my tummy, tapi rasa cam butterfly tu menari-nari jer.. hehe.. saya sakit perut saja hari tu..

Saya dapat nombor 11.
Bila nama saya dipanggil...

Saya bawa beg yang besar tu ...
Untuk elakkkan gabra, saya kata something... [buleh ker yer.. entahler..]

Saya masuk dalam bilik mesyuarat dan kata, 'Assalamualaikum Prof.. beg saya besar ni, sebab baru balik Australia.. ]
Pastu semua orang ketawa. Saya berhadapan dengan 4 orang Prof.. iaitu Prof Mus, Prof Azni, Prof Kamal dan Prof Bakar Majid.

Pastu Prof Kamal pulak kata:'
'Baru balik Melbourne yer.. kita kena jauh-jauh ni.. dah screen ke ni? takut saya..'
Pastu semua orang ketawa.

Saya kata sambil ketawa,
'Dah.. dah .. Prof, dua kali saya screen, saya sihat .. alhamdulillah..'

Lepas tu Prof Mus mulakan..
'Kalau macam tu, boleh lah kita mula temuduga..'

Saya ditanya beberapa perkara..
1-Ada berapa buah buku yang telah diterbitkan oleh UPENA?
2-Ada berapa banyak artikel saya disiarkan dalam refereed journal?
3-Macamna artikel saya dalam jurnal bukan refereed boleh diangkat taraf dan dihantar ke refreed journal?
4-Apa saya buat kat Australia? Tajuk apa, apa kaitan dan sumbangan pada UiTM dan negara?
4-Sejak bila saya mula buat reseacrh dan saya termasuk dalam kelompk pakar atau tidak dalam bidang perundangan Syariah di Malaysia?

Prof Mus kemudia buat joke, 'Saya nak tanya ler satu soalan. Kenapa Mahkamah Syariah asyik tolong orang pompuan jer, hak suami sapa nak pertahankan?' Pastu semua orang ketawa. Prof Azni pulak jawab sambil ketawa juga, 'Kita kena pertahan hak wanita. orang lelaki ni ramai yang dayus. betul tak puan?' Prof Mus pulak kata sambil tengok pada Prof Kamal dan Prof Bakar, 'Tapi kita kat sini tak dayus kan?' Kemudian semua ketawa..

Saya pun jawab ler setakat mana ingat, saya rasa macam temuduga ni tak formal, rasa macam bersembang saja. Tapi tak tahuler macamna nanti resultnya..

Permohonan ke DM 54 atau Prof Madya melalui beberapa peringkat:
1- Saya apply dengan CV setebal 50 muka surat. Lampiran setebal hampir 1000 muka surat.
2-Dinilai di peringkat Fakulti
3-Selepas diputuskan layak oleh Fakulti, dinilai di peringkat Zon
4-Kemudian apabila markah mencapai tahap dikehendaki, semua bahan dihantar ke Prof luar dari UiTM seramai 3 orang sebagai Penilai luar.
4-Dipanggil temuduga.

Keputusannya akan diperolehi bulan depan..
takutnyer....
_____________
Apapun saya sangat yakin dengan janji Allah..
'Apa yang menjadi rezekimu, tiada yang mampu menahannya..
Apa yang bukan ditetapkan menjadi rezekimu, tidak ada orang yang mampu memberinya padamu..'
Semoga ada rezeki saya di sisi ALlah...

Thursday, July 9, 2009

Salji, Study Circle dan Temuduga


Main Salji..

Akhirnya tercapai hasrat di hati Aisyah nak tengok salji. Alhamdulillah.. pada hari Selasa 7 Julai, kami satu keluarga ke Mount Baw Baw.. Bertolak jam 8.30 pagi dan balik rumah jam 8.00 malam.






Sebenarnya plan bertukar-tukar beberapa hari ni..


Aisyah cuti sekolah sehingga 10 Julai 09. Dia sibuk nak main salji sebab kawan-kawannya semua pergi main salji kat Mount Buller. Jadi akhirnya kami pun buat plan tergempar.. pergilah jugak sebab nak kejar habis cuti sekolah tapi tak nak pergi masa weekend, sebab ramai orang.. Akhirnya kami satu keluarga jer Melayu kat Mount Baw Baw hari tu.. jadi berkawanlah dengan satu family Singapore dan juga orang-orang puteh semua.




Kawan-kawan kat tempat kami buat rombongan ke Mount Buller. Asalnya kami nak ke sana juga dan plan nak tidur sana, akhirnya dua-dua tak menjadi. So plan bertukar ke Lake Mountain, kata kawan-kawan takde salji pulak. Nak cari yang dekat, akhirnya ke Baw Baw..







Main sungguh-sungguh ler kami sekeluarga..
Main tobaggan sampai sakit seluruh badan, terentak banyak kali kat slope tu.. sakitnyer... tapi Aisyah main non-stop ... seronok sangat. Kami sewa kasut dan seluar snow dari kedai berhampiran. Sewa chain, seluar, kasut, tobaggan, bayar sewa kereta, tiket parking kereta, tiket main tobaggan.. semuanya hampir AUD150. Boleh tahan jugak..

Masa main tak ingat sejuk, tapi masa nak solat jama' zohor dan asar, menggigil-gigil ambik wudhu' dan solat kat sana. Saya teringin nak ambik wudhu dengan air salji tapi tak gamak.. sejuk sangat-sangat, jadi pegi toilet ambik wudhu'... sejuk jugak.. macam air batu beku.. sejuknyer...

Terasa benar kebesaran Allah. Salju adalah satu jenis dari air mutlak, tapi sejuknya hanya Allah yang tahu, macamna orang bersuci dan angkat hadas menggunakan air salju.. entah ler..








Insya ALlah ada rezeki kita pergi tempat lain pulak lepas ni.. insya Allah..

________________

Study Circle

Saya baru balik dari Study circle mlm ini yang dibuat di rumah Julie. Mulanya tak ramai datang, tapi lepas jam 7 pm, makin ramai sehingga penuh sungguh ruang tamu rumah Julie.. ALhamdulillah.. saya memang seronok melihat bilangan yang ramai datang. mudah2an Allah beri kita semua pahala yang banyak..

Saya mulakan dengan mintak tiga anak dara comel baca surah yang dihafalnya.. Mula-mula Iman dulu, lepas tu Hana, lepas tu Aisyah.. seronok betul melihat mereka bersemangat. Semoga dengan diraikan begitu dengan semua orang bertepuk tangan memberi semangat, kanak-kanak akan lebih teruja dan lebih bersemangat nak menghafal.. Saya selalu ingin berusaha menjadikan amalan bersifat agama bukan sesuatu yang lesu, malap dan tidak menggembirakan. Maksud saya, selalunya hafalan dikaitkan dengan susah, duduk mengadap quran, kena tengking bila salah dll..Saya ingin menjadikan anak-anak ni seronok bila bercerita tentang agama mereka. seronok menghafal sehingga menampakkan Islam adalah suatu yang cantik, menggembirakan. Serta menghafal dan beramal dengan alquran adalah sesuatu yang membahagiakan dan menyeronokkan.. Tapi bukanlah sampai membuat sesuatu yang dilarang agama..

Malam ni saya bwa perbincangan tafsir dan pendekatan surah al-Naziaat. Dalam majlis ni juga, saya minta adik-adik yang ada turut mendokan saya..
Semoga saya balik ke Mesia dengan selamat dan tidak sakit, dijauhkan dari sebarang penyakit dan semoga Allah memudahkan semua urusan temuduga saya nanti..
insya Allah.. dengan berkat doa dari semua..

Lepas jam 8 pm, saya dan Aisyah balik cepat ke rumah, kerana malam ini kami buat dinner meraikan Ustaz Razak dan Gie yang akan balik for good pada 15 Julai nanti. Tak sempatlah kami merasa makanan pot luck yang sodap-sodap tu.. hehe..
______________

Temuduga..

Akhirnya email/surat yang saya tunggu-tunggu tiba juga beberapa hari yang lepas.
Timbalan Pendaftar mengirim email memaklumkan saya dikehendaki untuk menghadiri temuduga pada Isnin 13 Julai nanti dengan membawa semua bahan-bahan berkaitan..

Dalam email kedua, beliau memaklumkan bahawa, mereka baru diberitahu saya berada di Australia, dan jika saya tidak balik untuk temuduga, maka saya perlu menunggu mana-mana Timb Naib Canselor yang datang ke Australia atas urusan rasmi yang lain, dan kemudian menemuduga saya. Atau saya balik tetapi tidak boleh menuntut bayaran tiket.

Saya membalas email beliau memaklumkan saya akan balik untuk menghadiri temuduga tersebut dan saya tidak akan menuntut perbelanjaan pergi balik untuk tujuan ini.

Insya ALlah saya akan ditemuduga untuk jawatan Prof Madya pada 13 Julai nanti.
Semoga ada rezeki saya di situ.. insya Allah..
Semoga juga kawan-kawan yang membaca blog saya, sudi mendoakan saya.. amin
Sempena saya out station ini, blog ini juga akan bercuti seminggu dua..

Sunday, July 5, 2009

Aisyah Dan Kawan-kawannya

Gembira ria..

Aisyah tidur di rumah Iman Makcik Sham hari Khamis dan petang Jumaat Umi plan nak jemput sebelum malam. Tapi petang Jumaat, kami ke tempat Universiti buat Trash & Treasure 4.30-5.30 pm setiap petang Jumaat minggu pertama setiap bulan. Ramainya orang menunggu..

Kami dapat beberapa buah kerusi cantik macam kerusi kerani, dan juga meja study.. semuanya dapat dimanfaatkan dengan baik. Banyak sangat barang sampai mata jadi kelabu asap.. Orang puteh, orang vietnam, china, jepun dll semuanya datang nak ambik. Semuanya free.. Touch & Take.. Pegang dan angkat.. free saja, dan semua barang Univ nak let go sebab tambah barang baru dll.. Saya suka melihat kaedah Universiti membuang barang-barang yang nak di let go..

Kalau lah kat Mesia di praktik cam ni kan bagus. Uni bagi free pada pelajar dan staff. Saya berpendapat, kat Mesia banyak lagi perkara boleh di improvekan. Kat sini, macamna mereka let go barang-barang yang mereka tak nak lagi sangat menarik jika dapat dibawa ke Mesia. Daripada buang, depa bagi pada Outlet Savers, Salvos dll, dia orang bersihkan dan jual dgn harga murah. Kebanyak Secondhand outlet ni ada yang bersifat derma kepada badan amal seperti orang susah, gereja mereka dll.. Mesia patut juga beramal dengan pendekatan sebegini, untung bagi pada masjid, badan amal, anak yatim dll...

Balik pada ambik barang yang Univ nak let go..
Sham dapat punyalah banyak.. hehe...[Sham, ko nak buat garage sale ker?? hehe...] beberapa buah meja study, meja makan 8 kerusi, kerusi 8 bijik, meja komputer dll. Jumi pun dapat yang sama. Kak Hada lagi banyak.. Azni lagi ler banyak.. siap dapat sofa panjang, rak buku, meja study dll..

Lepas tu, kita orang pun ke rumah Sham nak jemput Aisyah.. Punyaler lapar.. perut saya dah berbunyi-bunyi...Kami berenti kat kedai Mr Pizza kat Lalor.. Order dua bijik large- satu ayam, satu lagi hawaii..Tunggu dalam 10 mt, siap! Pizza tu pun dibawak ke umah Sham. Nampak macam sedap..

Sampai jer, saya tak dapat tahan dah... Saya terus meluru ke dapur Sham, 'Iman, bagi Umi pisau, Umi nak potong pizza ni, laparnya.. jom kita makan ramai-ramai...' Sup sup sup... semua makan...habis licin ... hehe..

Din suami Sham pun terkejut..hehe..
sorry ye Din..

{Promo.. kalo sapa nak makan pizza sedap Halal di Lalor, depan siki dari Plaza Lalor tu.. sedap sangat, beli ler yang chicken atau perasa marinara.. yang tu sedap, Harganya pun ok. Large $9.00. tapi marinara $11.. Alamat dia Mr Pizza, 263 High Street Thomastown. Trading hours- Everyday 4pm-11pm, closed on tuesday}

Jam 9 pm cam tu, baru kami balik rumah. Aisyah sangat gembira dapat sleepover kat rumah Iman. Asyik bercerita apa yang dia orang bertiga buat kat rumah Iman. Main-main, makan-makan, baca-baca, main-main, tengok CD, makan-makan, main-main...Aisyah bercerita semua berjanji nak sleepover lagi lain lagi..

Ok ye Aisyah.. Nanti lain kali Aisyah sleepover lagi yer..

Thursday, July 2, 2009

Feedback From Dr Judith

ESL Class..


Hari tu dalam entry sebelum-sebelum ni, saya tulis pasal Dr Judith, English Lecturer for all international students. Masa saya present proposal saya hari tu, saya rasa sangat tak best. Daripada 10, saya bagi markah 5 jer..


Tapi pelik bin ajaib..

Ngapa Dr Judith bagi credit bagusnya kat saya ni..

Feedback ni dihantar ke Supervisor kita dan cc kat kita.

Bau terima petang ni..

isyy musykil le kawe....

Betoi ke aku punya ni? hehe...


_______________



FEEDBACK ON ORAL PRESENTATION

Muhammad Hashim Nurhidayah

FLUENCY

Very clear, could slow down a little.

NON VERBAL FEATURES

A confident presentation and explanation clear.

VOCABULARY

Using the academic discourse associated with the field well.

STRUCTURE

Good

PRONUNCIATION

Good

SLIDES

Slides were for the most part uncluttered, clear and in a logical order.

The introductory slides was a little too long.

Better to use bullet points for questions.

No need for the “Thank you” on the last slide

OTHER

Overall, a very interesting and lucid presentation. You engaged the audience and answered the questions well.

__________


Anyway, Thank you very much Dr Judith..

Nanti saya nak pi bilik dia ler minggu depan, nak bawak coklat ke satu bar..as a present...


Wednesday, July 1, 2009

Girls' Winter Camp

Dari Kiri- Iman, Aisyah dan Hannah


Gambar ni semua orang tasmi' dengan Umi hafazan masing-masing..

Winter Camp..For Girls? umppp...

Hari ni Aisyah sangat gembira.. gembira sangat sampai melepas tahap beku..[hehe..]
Sebabnya? Sebabnya kat rumah kami sekarang ada 4 orang girls. Saya dengan Abah plan buat 2 hari program untuk Aisyah dan kawan-kawannya. Saya namakan Winter Camp..

Tapi idakler macam camp betol..
Sebenarnya saya nak Aisyah hafal surah An-Naziaat, jadi memanfaatkan cuti sekolah, saya pun panggil lagi 3 orang sebayanya untuk buat hafazan sekali. 3 orang tu adalah Iman (anak Sham), Hana (anak Farizal) dan Shahira (anak Wan). Semuanya Grad 2/3)

Saya harap nak ajak ramai tapi tak boleh kawal nanti kalo ramai. Lagipun ini first time, nak tengok boleh buat ke tidak..Saya yakin kalau saya bagitau ramai orang, agaknya mungkin ramai nak hantar anak mereka. Apatah lagi sekarang cuti sekolah..

Yang jaga sebenarnya Abah, saya pergi opis dan balik petang...

Kisahnya...

Hari 1

Pagi- datang, main-main
Tengahari- Lunch, Solat Zuhur jemaah, baca quran, hafal mengikut tahap, dan solat Asar
Petang- main-main, baca buku
Malam-Solat maghrib dan Isya' jemaah, hafalan, dinner
Pastu tengok CD Barbie sambil makan pop corn

Hari 2


Pagi-Solat Subuh, Hafazan, showe dan minum pagi
Lepas tu pergi library Preston dan solat Zuhur kat Masjid tepi library
Balik makan tengahari, teruskan hafazan dan test surah dihafal
Petang-belajar, main, buat craft, tulis jawi dan solat Asar
Jam 6.00 bersurai..


Setakat satu hari pertama ni, tak tercapai matlamat.. banyak main dari hafal.. tapi boleh ler..hehe..
_________

Hari kedua..

Hari kedua berjalan lancar.
Petang lepas solat maghrib, Umi yang jadi Tukang test..
Alhamdulillah..
Hanah- berjaya menghafal Al-Takathur tapi tak ingat 2 ayat terakhir, sangkut-sangkut..
Iman-berjaya menghafal keseluruhan tanpa gagap surah Al-Bayyinah
Aisyah- berjaya menghafal keseluruhan surah An-Naziaat..

Sebagai meraikan dan memberi semangat, Umi kasi hadiah..
Hanah dapat $ 1
Iman dapat $ 1.50
Aisyah dapat $ 2.50 sebab panjang sangat, dekat 40 ayat..
Semua melompat-lompat kegembiraan..

Shahirah tak join hari kedua, jadi tinggal 3 orang sahaja..

Jam 6.20 malam pulak, semua tiga orang dengan pakaian lengkap 2 hari, bertolak untuk sleepover kat rumah Iman pulak.. Esok jam 5 Umi akan jemput Aisyah..

Aisyah sangat gembira..
Iman sangat gembira
Hanah juga sangat gembira..
Umi dan Abah juga sangat seronok melihat matlamat tercapai.. amin