Monday, February 23, 2009

Mesia

Tanah Air Tumpah Darahku..

Saya sebenarnya balik ke Mesia..
Ada beberapa perkara yang saya nak sempurnakan..
Ada berkait dengan urusan peribadi..
Dan ada yang berkait dengan urusan pengajian..

Bestnya.. balik..
Saya sekarang berada di rumah my in-laws kat Bangi..
Nanti saya akan uploadkan bebwerapa entry selepas ini..

Sepanjang 2 minggu ini....

Saya akan ke UiTM jumpa Boss dan kawan-kawan..
Saya berurusan untuk dapatkan Co-Supervisor dari Mesia untuk PhD saya..
Saya ke UPENA uruskan buku baru saya dengan Hj Zainul dan En Isa yang baru diterbitkan..
Saya ke IRDC pasal research saya hari tu..
Saya nak tahu perkembangan permohonan saya ke Prof Madya DM54 hari tu..
Saya ke Klinik gigi..
Saya nak visit Ayah Lie..
Saya akan ke Klinik Dr Alfi..
Saya membeli belah di Sogo...
Saya ke Sunway Pyramid..
Saya balik kampung ke KB visit my parents..
Saya akan visit Makcik Dah di Hospital Penang..
Saya akan ke tempat tok guru saya yang ajar Aura..
Saya akan ke kelas tok guru saya di Darus Syifa'..
Saya akan berpusing-pusing di tanah air tempat darah tumpah darahku...


Aisyah pun gembira..
Dan saya lagi ler gembira..
Bestnye balik Mesia..
Lepas ni saya akan balik semula ke Melbourne 7 March..

Thursday, February 19, 2009

Esok 20 Feb..

Jumaat 20 Feb..

Mulai esok blog ini akan bercuti untuk seketika..
kerana tuannya akan mengembara..

Babai Ostolia

Yang benar
Aisyah and Umi

Makasih KPT

Leganya ...

Saya tengah pokai, hari ni nak kena bayar duit sewa rumah...
Minggu lepas saya dah buat transfer sebanyak Rm4K, dapatlah dalam AUD16++..

Tetapi Allah dah longgarkan masalah saya.. amin ya Rabal a'lamin..

1-Minggu lepas, saya ber-ym dengan my darling adik yang MERCY tu, dia kata dia kesian sangat kat anak sedaranya si Aisyah sebab takde duit, jadi dia akan kasi duit elaun untuk Aisyah.. kuwa kuwa... Mekasih ye Ayah Die... hehe..

2-Lepas tu saya buka akaun e-banking semalam, saya tengok ada dalam tu ada kemasukan sebanyak AUD3786.00.. Banyaknyer.. Duit apa tu? Duit KPT (Kementerian Penganjian Tinggi kasi Elaun Sara Hidup ker??)

Saya tanya kawan-kawan katanya duit tu untuk 3 bulan punya sara hidup..
Malam tadi dalam jam 11 malam waktu Ostolia, saya pun email kepada Ck Arni orang KPT, dan CC kepada Bossnya En Hussin, maklumkan pengesahan telah terima duit yang dikirim dan ucapkan terima kasih. Pastu saya tanya soalan, sebenarnya duit tu untuk apa yer?? Untuk Mac, April dan Mei atau apa yer...

Dan pagi ni saya terus dapat jawapannya..

Canggih ler KPT..
Saya sangat tabik dan ucapkan terima kasih..
________________

Jawapan dari En Hussin KPT

Salam,

Elaun bulan mei kami tak bayar lagi. Elaun berkenaan sehingga april (selepas pendahuluan) termasuk elaun buku dan perkakas. Penyata boleh disemak di web KPT dari semasa ke semasa untuk mengetahui pecahan bayaran dan jumlah sebenar.

Wassalam
Hussin Mahmud
MOHE (Ministry of Higher Education/KPT)
___________

Alhamdulillah syukur puji pada Allah..
Atas segala rezeki yang dikurniakan ini..
Seronoknye saya... Yeaaaaaaaaaaa....

Wednesday, February 18, 2009

Sakit v Ujian

Sakit..

Kita selalu sakit.. Sakit mata, sakit perut, sakit kepala, sakit dada, sakit kaki, sakit lutut, sakit belikat dan macam-macam lagi.. Dan saya juga selalu sakit..semalam saya sakit kepala, habis 2 biji panadol.

Sakit tu pula ada banyak tahap..
Sakit sikit jer, sakit sangat, sakit sangat-sangat tapi masih dapat tahan.. dan ada juga yang sakit sangat-sangat yang tak dapat ditahan lagi.... itulah hidup ini..

Saya dapat tahu bahawa Makcik saya sakit dan sekarang dirawat di Hospital Penang. Makcik Dah, she is the only younger sister of my Mother. Saya rasa sangat sedih dengar dia sakit sangat-sangat.. Beberapa tahun lepas, Makcik Dah buat operation mata di Tun Hussin Onn Hospital kat PJ. Lepas tu sihat. Kemudian Makcik Dah dapat kencing manis, darah tinggi, dan bawak kepada sakit-sakit lain di bahagian organ dalamannya.

Anak-anaknya hampir semua bekerja di KL dan ada yang jadi jururawat (ketua jururrawat) di Hospital Penang. Namnya Sah (Hafisah). She is my close cousin sebab kami sebaya dan selalu bercerita hal masing-masing. Khabarnya Makcik Dah perlu ditahan di Hospital USM Kubang Kerian tapi Sah berusaha membawa ibunya ke Hospital Penang supaya dekat dengannya dan dia dapat menjaganya dengan baik.

Saya sentiasa berdoa semoga Makcik cepat sihat dan kembali ceria selepas ini. Insya Allah bila kami balik, kami akan visit Makcik Dah.. insya Allah..
_________

Saya juga baru dapat tahu kata Ayah Lie sakit dan sedang koma di Hospital Kelang. Sedihnya saya dengar.. Nama penuhnya Prof Madya Ghazali Sulaiman, ada yang panggil Ustaz Ghazali tapi kami semua panggil dia Ayah Lie.


Orangnya sangat segak, berpakaian kemas dan saya selalu menyakat beliau setiap kali saya bertembung dengannya di pejabat. 'Ayah Lie ni segak sungguh.. macam pelakon. berapa umur Ayah lie yer..' Dan dia akan ketawa sambil jawab dengan jawapan yang joke-joke..'Umur dah tua.. tapi tengoklah sapa yang jaga kita kat rumah..' Beliau selalu bagi credit pada isterinya dan kami semua akan ketawa beramai-ramai..

Saya teringat kalau dia bertemu dengan saya depan pejabat, selalunya masa tu saya tengah tulis sms atau tengah bertelefon guna PDA saya.. Kalau saya tengah tulis sms, saya akan guna pen PDA dan dia akan menyakat saya dengan kuat....'Isy isy anti ni.. tiap kali ana jumpa.. dok tulis dalam komputer kecik dia.. canggih sungguh..hehe..'

Beliau selalu memberi nasihat kepada saya dan yang lain..Ayah Lie adalah seorang yang ditua-tuakan dalam pejabat kami. Dia seorang yang paling tenang setakat yang saya pernah jumpa.. Bila ada masalah saya kadang-kadang bersembang dengan dia..ayat saya selalunya. 'Ayah Lie, saya nak tanya satu masalah.. macamna saya nak buat kalau macam ni... bla..bla..' Dan dia dengan ketawa kecik, riang gembira akan selalu menjawab..'isy isy anti ni.. tu kecik jer tu.. masalah ni macam asam dan garam jer.. senang jer nak selesai.. bla bla....'

Bila saya tahu dia sakit, saya rasa sangat sedih.. Semoga Allah membantu beliau dan memberi kesihatan yang baik kepadanya..

Doa saya untuk Ayah Lie dan Makcik Dah..
'Ya Allah.. berilah bantuanMu, sihatkanlah mereka berdua..amin ya Rabbal A'laim..'

Tuesday, February 17, 2009

Jumpa Supervisor 17 Feb 09

Hemmmpp...

Saya baru keluar dari bilik My Makcik Supervisor..
Dia tak puas hati dengan proposal saya.. tapi bukanlah tak puas hati banyak.. sikket jer..

Dia nak saya buat introduction to dual systems of law kat Mesia, in one chapter.. dan kasi dia lepas ni.. mahunya dalam sebulan kot..

Saya sebenarnya tak tahu sangat ..
betol ker saya berada di atas jalan yang lurus ni... hehe..

Sebab sekejap dia kata.. ok
Sekejap dia kata tak ok..
Mana satu ni..
isy isy..

Saya mintak nak proposekan Co-Supervisor dari Mesia.. Dia suruh saya finalise dan inform dia lepas ni..

Pastu dia tanya saya kenapa Mesia ada dua sistem, boleh tak tukar jadi satu jer macam Ostolia..no Syariah Court for the Muslim, just one court for all...
Saya kata...'emmpp....I dont think we can change.. It has been there for more than 50 years. I want to study how Child Support for children after divorce can be formed under the two legal systems but it woks for both muslim and non muslims..'

Then dia kata, 'I want you to elaborate further on the two systems, what are the philosophy, principles underpining the system..with critical analysis...'

'uh mmp ok .. I'll submit it soon.. Do you want me to submit chapter by chapter?'
"Ok.. whatever you have, just submit then I'll read it ...'

Hummmpppp....

So sekarang saya akan bermula langkah..
searching, surfing, digging, collecting, printing, binding, filing...
tapi readingnyer bila yer
pastu writingnya bila pulak... adoiiiiii...

Monday, February 16, 2009

Almond Chocolates

Sedapkan chocolate..kat sini saya selalu makan coklat sebab murah..
Sekarang saya tengah boring buat kerja, jadi bila boring buat kerja,
bacaler jokes..nanti kita akan riang semula...hehe..
________________

ALMOND & GRANNY

A guy goes to visit his grandmother and he brings his friends with him.

While he's talking to his grandmother, his friend starts eating the
peanuts on the coffee table, and finishes them off.

As they're leaving, his friend says to his grandmother,
"Thanks for the peanuts."

She says, "Yeah, since I lost my dentures I can only suck the
chocolate off 'em."

______________

hehe..
Kalau pegi rumah orang sebab tu kena jaga adab, jangan masuk kalau dia tak jemput masuk dan jangan makan kalau tuan rumah tak jemput makan..
if not jadi ler macam mamat ni... yakkk...hehe..

ILIM dan Swimming

Pagi Ahad... ILIM

Setiap Ahad jam 9.30 Aisyah ke kelas Agama di Dallas.. Masa first time saya bagitau Aisyah , saya kata.. 'Aisyah, Aisyah kena pergi kelas agama kat Dallas, jauh tu kat Amerika.. kena naik airplane'..
[Saya ingat cerita DALLAS tu.. favourite saya zaman budak-budak.. pelakon jahat yang hebat tu dalam cerita tu nama dia Jr, sapa dah isteri dia, lupa dah...]

Aisyah percaya.. hehe..

'Ye ker Umi.. macamna Aisyah nak pergi, pukul berapa kena naik flight. Sapa nak teman Aisyah naik flight tu.. taknak ler Umi kalau kena pergi sendiri.. Aisyah takut sesat...'

Sian Aisyah kena kelentong...hehe..

Tapi walaupun Dalass ni bukan kat Amerika, kami tetap sesat..
Walaupun guna Tom Tom (GPS), sesat jugak.. Apa ler GPS ni, tunjukler betol-betol.. Ini asyik kata.. 'After 200 meters, take the round about second exit...' Pastu kata lagi...'After 100 meters, take the round about first exit..' Banyak sangat round about..pening kepala saya..

[Kat sini, ada dua cara untuk bawa kereta. Bagi yang terer baca peta, boleh beli buku map, atau print jalan dari google. Tapi kalau tak pandai geografi, susah baca peta maka kena beli GPS.. Saya masuk kategori kedua..geografi fail]

Kat sekolah ILIM, saya mula mencari kawan-kawan baru..
[Prinsip saya, berkawan ler dengan seramai mungkin orang yang nak berkawan dengan kita.. Kalau orang tak nak berkawan dengan kita, nak buat macamna.. biar je ler..]

Hari ini ada sesi teachers-parents. Lepas sesi tersebut, saya berkenalan dan bersembang dengan orang-orang kuat di sebalik pengendalian kelas Agama tersebut. Hampir 3/4 adalah orang Singapore dan mereka semuanya mempunyai hubungan keluarga.

Saya mula kenal Kak Min, Noriza, Noraini, Kak Sal, Kak Halimah, Suriati, Jun semuanya biras or ipar, adik beradik dan dll. Mereka lah penggerak kepada sekolah agama Muhajirin tersebut, sebijik menggunakan konsep Sekolah Agama Masjid kat Singapore...Mereka semua mencari kehidupan baru di bumi Australia (atau Ostolia dalam bahasan Aisyah) dan memohon PR serta akan berusaha mendapat citizenship selepas ini.. Saya ucapkan tahniah atas kesungguhan mereka , semuanya infaq. Setiap Ahad dari jam 8 pagi hingga 3 petang, mereka menghabiskan masa di Sekolah tersebut untuk memberi ajaran agama kepada anak-anak orang Islam. Dan semuanya FOC. Saya doakan Allah mengurniakan mereka semua pahala yang banyak..

Saya berbincang apa bantuan yang saya boleh bagi untuk sekolah ini. Akhirnya kami sepakat, saya dengan Kak Sal, Kak Min dan Jun sepakat untuk membawa baju-baju Muslimah dari Malaysia bawa ke sini untuk dijual, alternatif kepada wanita Islam dan anak-anak Muslim seperti yang saya dan Aisyah pakai. Baju2 tersebut akan dimasukkan di bawah Satu Projek dan sebahagian hasil keuntungannya akan dimasukkan dalam dana madrasah ini..

Alhamdulillah.. Saya rasa seronok dapat berjumpa mereka dan dapat turut sama memberi tenaga dan masa untuk Allah dan agamanya. Kerja saya sekarang mencari baju-baju Muslimah yang labuh dan sesuai dengan persekitaran kat sini..

Saya juga memberi commitment bahawa bila saya agak selesa nanti (apabila perjalanan research PhD saya berjalan baik nanti..insya Allah..) saya akan tolong mengajar kat sini pula insya Allah dengan izin Allah...

[Itu ler yang ustaz Nushi sebut-sebut minggu lepas... Ustaz Nushi sendiri volunteer mengajar budak-budak kat sini. Nanti saya akan tolong insya ALlah..-Kali ni juga saya sempat berjumpa dengan isteri Ustaz Nushi dan anak-anaknya sekali...]
_______________

Swimming

Petang jam 6, kami naik kereta 4 orang ke swimming pool.. women only swimming kat Reservoir Leisure Centre. Aliya dan Aisyah punya seronok mandi.. Hari ni first time bagi Aliya dan Mamanya.. teruja sakan princess Aisyah dan Aliya mandi manda hari ini..

Swimming ni seolah-olah dah jadi perjumpaan tak formal untuk kami semua. Semalam, kita 8 orang dengan anak-anak berenang...Best sungguh.

Pastu kami ke ke jacuzzi, sauna.. masuk kolam air panas, masuk kolam kanak-kanak, pastu masuk kolam yang dalam... Secara keseluruhan.. Ia sangat best dan sangat puas hati.. Dapat 2 jam guna facilities dengan bayaran AUD4 per person.. ok ler pada saya..

Dah berenang...
'Jom balik.. lapar.....'

p/s Masa berenang sebenarnya kita kena niat kerana Allah, berenang menyihatkan badan dan mengambil ajaran sunnah demi kesejahteraan badan. Dari segi aura, kita boleh absorb aura air kolam atau air sungai atau air laut sebab semunya makhluk Allah.. insya Allah..

Saturday, February 14, 2009

Sketch

Cuba Teka...

Sapa agaknya kat bawah ni...
hehe.. betol..
Inilah Aisyah dan Umi...


Vic Market v Msian Hall

Shopping and Majlis Ilmu

Hari ini Sabtu, 14 Feb, saya telah membuat dua perkara yang berguna..

1- Jam 10.00 pagi- saya, Ina , Umi Salwa dan Ros naik bas ke Melbourne City. Aisyah duduk rumah Aliya. Kita orang ke Victoria Market meronda-ronda sesama wanita hari ini..... best sungguh berjalan-jalan sesama gender ni.. hehe..

Pusing kanan, pusing kiri, pusing lagi, pusing lagi pastu saya telah membeli belah beg, fridge magnet dan dan lain-lain.. Semua tu saya beli untuk sorvenir orang-orang terdekat dengan saya..

Lepas pusing-pusing, perut pun dah lapar..kita orang pun ke restoran Lazzat orang Singapore.. Saya makan Mee Hong Kong, Ros makan claypot rice, Ina dan Umi makan Mee Kuah Mama.. Berapa markah nak kasi? Rasanya dalam 7/10 ler.. tapi cendul dia.. huu sedapnye.. itu dapat 8/10... Bestnya..

2- Lepas jam 1.45 pm, Saya dengan Ina ke Mesian Hall untuk hadir Forum Discussion on Proposal Presentation.. (Yang lain tu pergi sambung shopping... hooo abis ler duit... hehe..) Kat Mesian Hall, Victoria Malaysia Postgraduates Assoc (VMPGA) buat majlis ilmu, hari ini Hafilah dan Ina present Proposal masing-masing dalam bidang Law dan Anang pula present dalam bidang IT. Yang Law tu saya bagi input, soal dan bagi cadangan tapi yang IT tu saya tak paham.. so saya diam jer la..Anang present pasal server network, database.. itu saya tak berapa nak tangkap ler..

Perbincangan ini sangat bagus apatah lagi Dr Ali (Consul, Consulate of Malaysia) pun hadir sama, dia pun bagi pandangan dia macamana tentang methodologi, kenapa tajuk tu begini, kenapa tidak begitu, bagaimana nak defend research dll..

Masa Filah present tajuknya mengenai Islamic Administration in Malaysia, Coordinated Federalism and State Power.. (lebih kurang: I cant remember the topic..), banyak feedback yang dia dapat . For me, the topis is good but it needs a lot of field work.. Nak kena interview JAKIM, JKSM, AG dan lain-lain.. But she can do it.. insya Allah

Ina present jugak, about Mediation in Malaysia..
the presentation was good..
and so cool... hehe.. Dia pun dapat banyak jugak feedback.

Dr Ali pesan (yang saya sempat tangkap..lebih kurang macam ni he advised),
'As PHD student, we must have a critical mind, when we read articles or listen to a talk, always ask questions and try to answer them. If we do not have any questions, then ask our friend to ask us questions. When we always read and keep asking questions, our mind will become more critical day by day.. That is the meaning of being a scholar ..'

It was so impressive....
It was a very fruitful discussion..
I enjoyed it very much..
And for sure I learnt a lot from the forum..

And from the shopping also.. I learnt alot about jalan-jalan cari makan..
Umi dgn Ros ni boleh tahan bab geografi melbourne ni... tabik ler.. hehe..

ALhamdulillah....
_______________________

Hanif Presiden dan Anang AJK VMPGA

Subhanallah.. ini lagi satu cerita..

Mereka berdua rupanya pelajar saya di NCUK (Northen Consortium UK) tahun 1996 dan 1997.. Masya Allah.. selepas 10 tahun lebih, akhirnya jumpa kat sini.. Subhanallah..

Dulu saya ajar Hanif masa tu dia lepas A-Level, lepas tu dia fly ke UK untuk degree, balik jadi pensyarah kat UPM, pastu sambung Master dan sekarang sambung PhD kat RMIT.. Anang pun di NCUK tapi lepas tu dia sambung local U..

Kelakar betol cara Hanif introduce dirinya pada saya....

Saya tengah duduk atas kerusi, tetiba dia datang berdiri belakang saya..
Lepas tu panggil nama saya dan kata,
'Ustazah, familiar tak muka saya?'

Terkejut saya.. Dalam hati sapa ni ..

"Rasa macam pernah tengok.. kat mana yer.. '

"Saya ni student Ustazah NCUK 97 .. Saya sama dengan Zaki Yamani, junior Rahim, Redhuan..Ustazah ingat tak saya...'

'Subhanallah.. isyy awak ker.. Ya Allah.. ..Lamanya... Dulu saya ajar awak yer , sekarang awak jadi Senior saya buat PhD kat sini.. terernye..' Dan kami bersembang bla bla...

Hanif kata dia rasa guilty that he did not know that saya akan datang sini. If dia tahu earlier bahawa lecturernya nak datang Melbourne, dia akan tunggu saya di airport..
Saya kata..'takper.. no big deal..'

Bila saya kata tak payah ler panggil saya Ustazah kat sini.. Panggil ler saya Kak Hidayah pun boleh..Saya kata, 'Awak dah at par dah dari segi jawatan, dah jadi lecturer bahkan mungkin lebih tinggi dari saya ..'

Jawab Hanif, 'Isyy mana boleh.. walau macamna tinggi pun saya, dah jadi Profesor ker nanti.. Ustazah adalah tetap Ustazah saya.Tak akan berubah...Tempat kita orang mengadu masalah dulu.. dan tempat mencari jodoh' hehe..

Saya rasa sangat terharu.. and so kelakar.. sebab masa saya ajar kelas dia orang dulu, ramai yang bermasalah perasaan, jadi saya ler tempat mengadu masalah cinta2.. maklumler masa tu saya ni masih muda belia... hehe..

Deep in my heart..
I'm so proud for having such excellent and polite students..
Tahniah ye Hanif dan Anang..and many others who have achieved their goals in life...

Friday, February 13, 2009

Study Circle 6

Study Circle 6 on 12 Feb 09

Semalam, majlis berlangsung di rumah Lin dan Sya rumahnya dalam bangunan yang sama dengan Azra last week. Cantik rumahnya..

Saya rasa berminat juga rumah macam ni, kecik dan tak sejuk.. rasa warm jer dalam rumah dia compare dengan rumah saya, asyik sejuk manjang.. rasanya because of the bricks kot.. agak jer ler.. Tapi sewanya boleh tahan, mahal lagi dari rumah saya sekarang. Sekarang saya duduk 3 bedrooms sewanya dalam AUD1200 (plus minus). Rumah tu dua bilik dalam AUD 1500 sebulan...
umphhh kena pikir banyak kali ni... apa kata poket saya yer? hehe...

Malam tadi pun ramai.. ALhamdulillah..
Lepas baca yasin, kami bincang buku Syeikh Daud Fatani lagi sambung mengenai bab batal wudhu' dan mengenai sama kerana terkena anjing dan babi..

Banyak kami diskus..

1- Kita wajib berusaha menjaga agama kita, ibadah dan menjaga hukum sedaya upaya kita.. Najis perlu diperhatikan dengan sebaiknya dan apa yang perlu disamak perlu disamak dengan cara sepatutnya.

2-Macamna kita nak bersihkan tuala wanita, bagaimana dan kenapa? Soalan ditanya oleh remaja kita umur 14 tahun.. Anak Mie..Bagus soalannya..

3-Boleh tak kita baca yasin dan niyatkan pada ayah kita seorang supaya pahalanya tidak terpecah. Kalau kita niat pada semua orang Islam, apakah pahala ayah kita jadi sikit kerana perlu share? Bagus soalannya..

4-Boleh tak kita baca quran masa uzur (period) sebab kalau tak baca quran kita rasa macam jiwa kosong dan jauh dari Allah..

Saya jawab setakat terdaya tentang perbezaan pendapat antara fuqaha' yang rigid dan fuqaha' yang flexible.. Serta bagaimana penggunaan kaedah fiqh (legal maxims) dalam menyelesaikan kekeliruan dalam hidup kita...

Kami juga dah sepakat bahawa oleh kerana kelas sesi semester baru akan bermula dengan rasmi pada 3 March, maka majlis Study Circle akan dibuat dua minggu sekali, instead of once a week like sekarang ni..Saya takde bangkangan, bagus jugak supaya semua orang tak terganggu jadual kelas dan projek masing-masing...

DI bawah ini adalah gambar-gambar majlis berkenaan...




Antara para hadirin yang bersemangat waja...


Masa sampai... dua orang princess duduk diam jer...
Pastu jumpa 'baby...' habis ler....




Aisyah dengan semangat waja mendokong 'baby' .... besar sangat toy tu macam real jer...hehe..


Bila sampai bab makan...
oh oh oh....
bestnyer...
banyaknyer...
sedapnyer....





Habis....
Kenyang...
ALhamdulillah..
Lepas solat maghrib berjemaah, kami pun bersurai...
Jumpa lagi in two weeks time..insya Allah

Proposal

Haahhh letihnyer..

After a few days struggling to finish the draft... haahhh leganya finally I can email her (my makcik Supervisor) on time ie 12 Feb 2009.. To be exact at 2 am Australian hour to her mail box at the university....

Haaah leganya....

Semuanya hanyalah berjumlah 11 muka surat saja.. tak penuh pun lagi hanya sebahagian besar saja.. Literature Review tak buat sepatah pun lagi....

Sebelum dia tegur saya tak buat dalam masa dia nak, biarlah saya sacrifice tidur saya... Dahler sekarang ni sejuk.. dalam 14 degree rasanya.. Bila dah di-email pada dia, barulah saya rasa ngantuk...

Ngantuknya...zzzzz

Wednesday, February 11, 2009

Birthday Orang-orang Baik..

Happy Birthday To You...


PDA saya dah crash.. jadi semua birthdates orang-orang penting dalam hidup saya semua crash bersama-sama crashnya PDA saya tu.. Sebelum ini, saya akan masukkan sekali jer birthdate sapa-sapa then bila sampai tarikh tu setiap tahun, PDA saya akan menyala...
dan berbunyi... ting ting ting... oo ada birthday somebody hari ni.
Then I will send sms wishing happy birthday...
tapi semuanya sekarang dah takde..


Yang ada hanyalah beberapa orang saja yang saya sempat ingat...


Antaranya..

8th Feb is the birthdate of my beloved darling younger sister.. Zuraida Hashim... she is 36 now.. huuuu dah tua yer... hehe.... Happy Birthday darling Uya.


My darling Aisyah informed me that her teacher, Mrs Jap punya birthday hari ni. ..
Aisyah said she has told her teacher..'I have something surprise for you.. I will bring it tomorrow..'
Ayoyo... sudah janji, apa mau kasi...
Akhirnya..

Tadi, saya ke Coles lepas Aisyah habis kelas teakwondo, tak tahu apa nak beli, akhirnya
beli ini....

Buku recipe dengan coklat.. hehe...





Inilah rupanya bila lepas dibalut.. Aisyah gembira sakan, kerana dia mempunyai hadiah untuk guru kesayangannya......



Sapa comel ni? Oooo dua orang princess... Aisyah dan Wawa... sesi baca buku cerita petang tadi lepas mengaji Quran..

Maybank di hatiku

Cepatnyer...

Semalam saya baru buat tt dari Maybank ke Commonwealth Bank sebanyak RM4000 bersamaan AUD 1621.40.. hari ni dah masuk dah.. cepat sungguh..terernye..

Saya rasa dia punya charge dalam AUD 10 jer.. ok ler tu.
Saya juga ingat dalam 4 hari.. rupanya 1 hari.. bestnyer..

Masalahnya duit tu kena di allocatekan untuk bayar sewa rumah March sebanyak AUD 1200 (lebih kurang), due sewa on 3 March, jadi yang tinggal untuk saya berbelanja hanyalah
AUD 400..
ciputnyer....

Nampak gaya saya kena upah orang jadi Financial Consultant ni..
'Aisyah, Aisyah boleh tak jadi financial consultant Umi??'
'Tak boleh.. takperlah... Nanti Umi tanya Auntie Ina pulak...' hehe..

p/s masalahnya Auntie Ina pun menghadapi situasi dengan sama dengan Umi ni... hehe...

Tazkirah Kawan

Kawan..

Saya selalu dapat offline mesage dari seorang yang saya tak kenal. Atau mungkin saya kenal tapi sebab guna nama glamor saya pun jadi tak kenal.. Anyway..pagi tadi saya dapat lagi. Kali ini isinya agak bagus untuk dipikir-pikirkan.. Jadi saya qoute dan bubuh dalam blog ni..

Sapa-sapa berminat boleh ler copy.
_______________________

Kawan

Apabila kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kita akan menjauhinya....

Andai kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kita akan membencinya....

Andai kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin mencari kawan
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kita juga tidak sempurna….

_____________

p/s Boleh tahan juga kata-kata hikmah ni.. saya pun tak tahu saya kat mana..harap-harap saya adalah kawan yang baik kepada semua kawan-kawan saya di atas dunia ini.. insya Allah

Tuesday, February 10, 2009

Jokes..

Ni jokes ni...
(ubat release tension..hehe..)


Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Ramai orang kerumun ler sebab mesin tu canggih sangat. Tetiba ada seorang budak pompuan remaja masukkan RM 1.00.. Mesin komputer tu pun menjawab: " Anda berat 47 kg!" Seronok ler remaja tu, sebab berat yang ideal..

Kemudian kawannya pulak letak RM1.00 dan naik atas mesin tu, dan mesin komputer menjawab: " Anda pulak berat 52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang sangat montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer tu pun jawab...

"Janganlah naik ramai-ramai. Naik sorang-sorangler weii…!
__________


ketawa sakan saya baca joke ni...hehe..
tanpa merujuk kepada mana-mana yang hidup atau yang mati yer..

Parcels

Parcels from Mesia..



Hari tu dua minggu lepas kami fly, my sister pos 1 kotak makanan dan buku guna air mail. 10 kilogram kena RM400 (lebih kurang). Yang tu dah terima lama dah on 5 Jan 2009. Pastu dia poskan dua buah kotak buku-buku guna jalan laut. Dalam tu pun penuh dengan buku-buku dan ada baju dan hadiah Aisyah..


Selepas mengembara melepasi laut China Selatan, menyusuri Sulawesi dan Laut apa lagi yer... akhirnya pada 9 Feb 2009 barulah dua buah kotak tersebut sampai ke Melbourne.. Letihnye dia berjalan...

Ini kotak yang pertama, kotak ni masih handsome.. tak de calar.. dia berjaya mengawal dirinya..


Ini kotak kedua.. dia gagal menjaga kehansomannye.. habis calar balar.. hancur berkecai.. sian dia..

Disebabkan saya tak ada semalam, maka saya dapat sekeping kad suruh ambik parcels di Pejabat Post. Ni sekarang jam 12.30 tgh 10 Feb waktu sini, saya baru balik dari pejabat pos ler ni...

Beratnyer....
Happynyer saya.. tak terkata....
Akhirnya yang ditungu-tunggu sudah menjelang tiba....

Ada rehal untuk Aisyah ngaji. Rehal ni hadiah kawan Aisyah untuk dia masa nak datang sini.. Kopi Eman dgn ovaltine 3 dalam 1 pun ada.. hehe.. patutnye kirimler Milo 3 in 1 .. lagi best... hehe..

Thank you Na tolong poskan kotak-kotak tu...
Semua sekali kali ni posnya berharga dalam RM200..
Mahal sungguh pos barang ke sini..

Kalo naik Air Asia dari KL ke Melbourne dalam RM650,
Balik Melbourne ke KL dalam RM650..
Totalnya dalam RM1300.. boleh balik rumah campur bawak barang 20 kg..

umppp mana lebih berbaloi..
Pos kotak-kotak atau balik sendiri ambik kotak tu
Tepuk dada tanyaler poket... hehe...

p/s Bersamaan dengan kahadiran kotak-kotak ini, saya sudah kering kontang.. Biasiswa akan masuk hujunh bulan March, maka saya takde pilihan lain, melainkan membuat t.t dari account Maybank kat Shah Alam ke account Bank Commonwealth kat sini.. Baru selesai transfer RM4000 bersamaan AUD 1621.40.. ni ambik masa empat hari ni nak clear ni...adoii... duit oo duit..di mana kau duit..hehe..



Sekolah Agama

Mula Kelas..

Aisyah sekolah pagi di Public School dan sekolah agama setiap hari Ahad jam 10-2pm. Hari Ahad hari tu hari pertama dia ke sekolah agama. Jauh juga dari rumah sampai sesat-sesat lah kita dibuatnya.. Tapi akhirnya Alhamdulillah sampai jugak akhirnya...

Lepas buat test, teacher kata masuk grade 1 dulu and jika ada changes, dia akan letak Aisyah accordingly. Lepas hantar Aisyah, Umi bersembang dengan Kak Sal, seorang Johorian yang dah 18 tahun menetap di sini dan kawin dengan orang Greak Aussie. Anaknya 7 dan semuanya macam muka orang Albania siket.. cantik..

Sekolah ni ramai dihadiri oleh Malaysians and SIngaporeans. Yurannya AUD 50/term. Termnya hanya 3 bulan sahaja.

Kat sini, saya berjumpa Ustaz Nushi lecturer UIA yang sambung belajar di Melbourne Univ.. Dah lama saya mencari, akhirnya baru bertemu.. Alhamdulillah.. Ustaz Nushi ni kawan Dr Rahimi, my Boss. Kami berbincang-bincang mengenai banyak perkara, saya sampaikan salam Dr Rahimi pada beliau, bersembang mengenai belajar di sini, macamna Proposal Ustaz, proposal saya, apa nak buat dalam proses pembelajaran, program kesatuan, bagaimana program keagamaan orang-orang di sini dan banyak lagi..

Alhamdulillah akhirnya saya ketemu juga dengan Ustaz Nushi..Sebelum saya datang ke Melbourne, saya banyak kali bertanya beberapa soalan melalui email dan telefon tapi tak kenal orangnya.. Akhirnya baru berjumpa.. Jumpa kat sekolah agama yang jauh tu..... Subhanallah..

Akhirnya jam 1.30 petang kami pun balik rumah..

Opss.. petang ni tak pergi swimming sebab Aisyah luka kat sikunya, berdarah, kulit tercabut, daging melecet sebab jatuh scooter... Tak boleh kena air jadi no swimming..

Perak

Saya nak sangat beri pendapat..

Saya rasa politik Perak tu pelik, ajaib, menghairankan dan menakutkan..
Ia adalah reflek politik Mesia keseluruhannya
Hari-hari saya ikuti perkembangan dari jauh...
Kenapa ler jadi macam tu..
Kenapa ler semua orang pelik bin ajaib..
Kenapa ler tak jadi macam lain...

Tapi saya tak boleh bagi pendapat..
Kerana saya seorang yang marhain
Pendapat saya hanya tinggal sekadar pendapat sahaja...

Monday, February 9, 2009

Kenangan Luna Park

Luna Park, Melbourne

Hari tu saya kata nak upload gambar saya naik roller coaster kat Luna Park, iniler gambarnyer..
Abah tak nak naik, so Abah duduk bawak jaga kanak-kanak comel iaitu Aisyah, Aliya dan Uwais..

Sebenarnya, saya bukan ler nak naik sangat.. tapi saja... nak feel... hehe..

Akhirnya saya naik dengan Ina dan Ibrahim..
hehe.. kelakar bangat...
Saya asyik menjerit jer.. waaaaaa... waaaaaaaa... macam budak-budak...

Tapi sebenarnya naik roller coaster Luna Park ni tak ler seteruk yang saya naik kat Juradong Park dulu.. Roller coaster Luna Park ni dah berumur, kecil dan sudah tua... tapi historic tu yang mahal.

Masa kat Jerudong Park, Brunei, saya menjerit ketakutan, tak berenti-renti menjerit masa naik roller coaster sampai tercabut kasut.. hehe.. buat malu sungguh! Tapi tu dah lama dah..



Gambar ni bukan kita yang snap. 'Camera is prohibited in this area..'.. Yang ni depa yang snap, kita nak, kena beli 12 Dollar sekeping... Dahler tiket 20 Dollar sorang.. Mahalkan? Tapi boleh ler....

p/s Asalnya saya tulis Lupa Park, dah dibetulkan jadi Luna Park.. Sebab dah lama, saya pun dah lupa apa nama dia.. Saya ingat Lupa Park.. hehe..

Kabakaran Besar di Victoria

Bushfires..

Teruk sangat kebakaran yang berlaku di Victoria.. PM Rudd sangat marah kerana polis syak ada somebody who had started the fire, we call as arsonist. Maybe dia mula bakar sampah atau bakar rumahnya sendiri and it ended with a huge bushfire..

Sebab tu kat Mesia saya sangat marah kalau nampak ada orang buat pembakaran terbuka, bakar sampah ke bakar daun-daun ker, bakar kertas etc kat depan rumah dia, ia bukan sahaja buleh membawa air pollution but at the same time.. it can lead to a big flame..

Pada saya orang yang buat pembakaran terbuka ni orang yang rendah tahap pemikirannya.. tak pikir kesannya.. Samalah dengan orang yang buang sampah dalam sungai.. [Sebab saya pernah nampak depan mata saya orang buat benda2 ni kat Shah Alam..] Teruk betul orang2 macam ni..
Alhamdulillah kat tempat saya tinggal sekarang tak ada berlaku bushfires.. Alhamdulillah.. if not, I can not imagine what will happen to me... Subhanallah..

____________________

Australia's deadly bushfire kills 108

WHITTLESEA, Australia (Reuters) - Australia's deadliest bushfire crisis eased on Monday, but the death toll kept rising with at least 108 people killed as families searched for scores of missing in the twisted, charred ruins.

Australian Prime Minister Kevin Rudd said the bushfires, some of which police believe were deliberately lit, constituted "mass murder," with media reporting the death toll could reach 170 as authorities searched hundreds of burned-out homes.

"This is of a level of horror that few of us anticipated. There are no words to describe it other than mass murder," Rudd told Australian television. "These numbers (dead) are numbing...and I fear they will rise further."

The previous worst bushfire tragedy was in 1983 when 75 people were killed in the "Ash Wednesday" fires. A massive bushfire tore through several small towns north of Melbourne on Saturday night destroying everything in its path. Many people died in cars trying to flee the inferno, others were killed huddled in their homes, yet some miraculously escaped by diving into pools and farm reservoirs or hiding in their cellar.

"It was a most horrible day. It's going to look like Hiroshima, I tell you. It's going to look like a nuclear bomb. There are animals dead all over the road," survivor Dr Chris Harvey told the local media.

More than 750 houses were destroyed and some 78 people, with serious burns and injuries, are in hospital. Thousands of firefighters continued on Monday to battle the fire and scores of other blazes across the southern state of Victoria, as well as fires in New South Wales state.

While cooler, less windy, conditions helped firefighters, 10 major fires remained out of control in Victoria. The bushfires have burned out more than 330,000 hectares in Victoria.

Wildfires are a natural annual event in Australia, but this year a combination of scorching weather, drought and tinder-dry bush has created prime conditions for blazes to take hold. Green lawmakers have been urging stiffer climate-change policies to reduce the risk of more such summer disasters.

The Victorian bushfire tragedy is the worst natural disaster in Australia in 110 years. In 1899, Cyclone Mahina struck Australia's northern Cape York, killing more than 400.

PLEAS FOR MISSING
As dawn broke in the town of Whittlesea, near Kinglake where most people died, shocked residents wandered the streets, some crying, searching for loved ones still missing.
"The last anyone saw of them, the kids were running in the house, they were blocked in the house," cried Sam Gents who had not heard from his wife Tina and three young children, aged 6, 13 and 15, since an inferno swept through Kinglake.
"If they let me up the mountain I know where to go (to try and find them)," Gents sobbed.

Authorities sealed off Kinglake as bodies were still being recovered.
Handwritten notes pinned to a board in the Whittlesea evacuation center told the same sad story, with desperate pleas from people for their missing family and friends to contact them.

As survivors returned to the twisted remains of their homes on Monday they described a desolate, blackened, smoldering landscape. "The ground is white hot," said Norm Beaman.
Aerial vision of the fireground showed towns that looked like they had been bombed, with flattened and ash remains of houses dotting the landscape. But bushfires are indiscriminate killers and pockets of green trees survived between burned-out homes.

Victoria state Police Deputy Commissioner Kieran Walshe said the speed at which the fire took off indicated it might have been deliberately lit. "These things have to have some sort of human intervention...they can't start from the natural elements," Walshe told ABC television.

Rudd said it would take years to rebuild the devastated rural towns some 80 km (50 miles) north of Melbourne and has announced a A$10 million ($6.8 million) aid package.
"That's why we have deployed the army, that's why we will be deploying every possible resource," said Rudd. "Everyone should dig deep. It's not just the next day or two, it's the next year or two, the rebuilding of these communities."
(Writing by Michael Perry; Editing by Mark Bendeich)

Sunday, February 8, 2009

Study Circle 5

Study Circle di Rumah Auntie Asra..

Khamis petang 5 Feb 09, kami semua ke rumah Auntie Asra untuk sesi Study Circle ke 5. Kali ni ramai Auntie-auntie dan kakak-kakak yang datang, rasanya hampir 20 orang. Alhamdulillah..

Rumah Auntie Asra ni sangat cantik, macam hotel. Aisyah dengan Aliya apa lagi.. main saja...




Cantikkan macam hotel Hilton kat Mesia...



Inilah Auntie-Auntie dan kakak-kakak yang hadir...


Kusyuknya Auntie-auntie ni semuakan... Aisyah dengan Aliya dok main jer..


Kali ni Umi baca buku hadith 40, Kakak tengah baca terjemahan hadith pertama mengenai niat dan Auntie Asra, tuan rumah sedang tengok tu.. (Auntie Asra yang tudung coklat tu..)


Aisyah dan Aliya suka ikut pergi study circle ni sebab makanannya banyak dan best-best.. Itulah yang Aisyah dengan Aliya tunggu-tunggu, dapat makan best... hehe..
Ni sekarang masa makan... yeaaa...

Kari Ketam Dr Fisol

Sedapnya Kari Ketam Dr Fisol..

Saya baru tahu bahawa semalam semasa saya angkat kain tu dalam jam 4.30pm rupanya suhu kat sini adalah 46 degree. Patutlah panas sangat. Subhanallah...

Semalam saya masak kari ayam guna rempah Adabi yang my sister kirim. Sedapler pada lidah saya.. hehe...

Tetiba saya teringat pada kari ketam special Dr Fisol. Hari tu saya plan nak masukkan entry about him and his special recipe kari ketam tapi saya terlupa sungguh… Dr Fisol ni seorang yang suka bahan-bahan ilmiah, sangat academic but at the same time pakar masak memasak.. canggih betul.

Sedapnya kari ketam tu.. menjilat jari..

Hari tu, beberapa hari before saya fly, Dr Fisol jemput kami sekeluarga bersama dengan another friend, Rafeah sekeluarga makan malam kat rumahnya. Kata Dr Fisol, meraikan orang nak sambung belajar... Rafeah buat PhD di UIA dan saya pula akan berangkat ke sini. Baiknya Dr Fisol.. Thank you yer..

He cooked kari ketam, his signature... his special recipe.. sedapnya sampai kami makan bertambah-tambah.. Makan dengan ulam cicah kuah khusus, dengan udang goreng, ayam goreng.. huhh terangkat! Kata Dr Fisol, kaedah memasak kari ketamnya berbeza dengan masakan biasa.. Patutler sedap!

Aisyah sampai balik rumah (lepas makan malam tu) asyik sebut, "Pandainya kawan Umi masak kuah ketam tu yer Umi, tak pedas pun. Aisyah makan banyak sangat tadi...". Saya pulak lupa nak mintak recipenya.. Kalau Dr Fisol kasi recipe tu lagi bestkan , buleh saya belajar buat kat sini..hehe..

Saturday, February 7, 2009

Panasnye Melbourne..

Sangat Panas Melbourne sekarang.

Sebelum ni, saya tak pernah rasa panas sangat selain dari masa kat Mekah dulu. Masa tu tahun 2002 (Awal 2002), saya dan suami ke Mekah. Masa di Madinah, cuacanya sejuk sampai kita kena tutup hidung sebab udara sejuk mencucuk hidung terutama masa Subuh tetapi di Mekah pula cuacanya sangat panas .


[Saya surfed gambar kaabah di internet, banyak rupanya gambar orang bergambar berlatar belakangkan kaabah.. masa saya pergi dulu, kerajaan Saudi haramkan kamera dan handphone yang boleh ambik gambar di dalam masjid. Dalam gambar di atas, tempat solat ada banyak tingkat. bawah sekali yang selaras dengan Kaabah, tempat tu sangat susah nak masuk, orang sentiasa penuh. Ground floor naik sikit ke atas, lepas tu tingkat 1, then tingkat atas sekali yang tidak berbumbung.. Sekarang sekeliling masjidil haram sudah berwajah baru kerana perubahan pembinaan yang sangat rapid.]

Masa di Mekah, saya duduk di sebuah hotel (tak ingat dah namanya), saya akan sembahyang lima waktu di masjidil haram. Sedaya upaya saya akan cuba dapat tempat dalam masjid dan cari tempat tepi kipas. Kecuali ada satu hari saya terlambat untuk solat zohor. Masa tu orang sangat ramai, dalam 2 juta umat Islam dari seluruh dunia datang menunaikan haji. Semua tempat dah penuh, tingkat bawah, tingkat 1 jadi saya cuba naik ke tingkat atas yang tak berbumbung sebab imam dah angkat takbir. Masa tu ada ramai yang naik ke atas..


Panasnya hanya Allah yang tahu.. saya rasa nak pitam, mata berpinar-pinar, rasa macam dalam oven, rasa panas sangat-sangat dan nak tumbang.. Lepas tu I was collapsed.. Lepas dari hari tu saya akan pergi awal untuk solat zuhur dan asar untuk dapat tempat di bahagian bawah. Tapi bila magrib dan Isya' saya akan cari tingkat atas sebab best sangat solat kat atas..



Sekarang di Melbourne saya rasa lebih panas lagi dari tu...


Hari ni saja saya dengar 5 kali siren bomba yang lalu depan rumah saya. Dalam keadaan panas begini, banyak bushfire berlaku dan bomba menjadi orang paling sibuk sekarang. Panas sangat kat sini sampai semua coklat yang saya beli dan letak dalam almari, semuanya cair.. Jadi semua coklat sekarang duduk dalam fridge.


Panasnya kat sini sampai padang telah bertukar jadi kuning.. sebelum ni rumput warna hijau, tetapi sekarang separuh hijau, separuh dah berubah warna..





This is the field between the library and my office. Kesian pokok-pokok, rumput dan semua binatang..


Tadi jam 11 pagi, saya basuh kain dan jemur kat luar. Masa tu saya dah mula rasa panas dan rasa macam berapi-api.. Subhanallah panasnya ya ALlah..

Bila saya nak angkat kain pulak dalam jam 4.30 petang, masa tu pulak sangat windy, angin bertiup sangat kuat, pokok bergerak-gerak ditiup angin, daun melambai-lambai.. cantiknya pemandangan tetapi semua tiupan angin itu datang bersama kepanasan. Saya rasa macam berada dalam oven.


Saya rasa tadi tersangat lah panas.. kepala saya terus rasa pening tapi kena terus jalan sebab nak angkat kain.. Masa angkat kain tu saya rasa macam the sun was just only a few meters above my head.. Panasnya ya Allah..


On the way back, saya terserempak dengan seekor possum duduk bawah pokok, panas sangat agaknya dia.. tried to find some protection... sian sangat.



Ini possum dalam internet, bukan yang saya snap..

Masa panas sebegini juga, lalat pun datang dan kerumun muka kita. Lalat yang kat bawah ni telah menceroboh masuk dalam rumah saya, tapi dia mati sendiri, tak sempat saya bunuh dia.. Saya ambik gambar untuk menjadi bahan bukti betapa besarnya dia. Jika dibandingkan dengan lalat di Mesia, kat sini lagi besar dan ada yang warna merah...Hebatnya ciptaan Allah..




Lalat.. Bacalah ayat al-Quran di mana Allah nyatakan bahawa jika ada tuhan lain selain Allah, suruhlah dia buat seekor lalat.. Nescaya mereka tidak mampu untuk mencipta walau seekor lalat yang kecil sekali pun.. Maha benar ALlah Tuhan seru sekelian alam..Lalat adalah satu dari bukti Maha Bijaksananya Ilahi, Tuhan Rabbul Jalil..

Friday, February 6, 2009

Perak

Apa yang terjadi?

Saya rasa sangat takut apabila dengar cerita tentang Perak. apa yang terjadi sebenarnya? Subhanallah saya sangat risau kalau Perak jadi huru hara dan bawa ke negeri lain. Saya membuka dan membaca satu demi satu laman web, bermula dari Berita Harian sampai ke blog sapa-sapa yang menulis tentang perkembangan di Perak..

Semoga Allah selamatkan bumi Malaysia dari huru hara.. amin

Sambungan Geramnye..

Aisyah Kena Marah..

Dalam news paper ada interview with Lily Allen, an actress that I myself have no idea sapa dia.. its stated, 'She has a very fixed idea of the future family she imagines for herself. She'll often say, almost rhapsodically, things such..'I want to take my kids to school and make breakfast and packed lunches and having the dinners round the table and everybody being happy...' something that she herself did not manage to get since the parents divorced when she was 4 years old...

Kesian dia, she imagines to have..hopefully oneday she can have that..

Apa kaitan dengan cerita Aisyah?
Takde kaitan.. saje jer.. hehe..

Kat sini, sekolahnya takde buku, satu pun tak pernah Aisyah bawak buku balik rumah.. Saya pening tengok kaedah pembelajaran kat sini.. learning is fun and fun... berbeza dengan Mesia.. beg punyalah berat. Lebih berat dari badan budak yang bawak beg tu.. Sian kan? Kat sini dalam beg hanya ada makanan dan minuman.. Itu saja.. kelakar tak?

Pastu waktu rehat sekolahnya pelik. Masuk sekolah jam 9, berhenti rehat jam 11 pagi and the teacher will make an annoucement, 'fruit time' so everybody has to eat fruit.. or eat what ever food you have with you. Then on 1.30pm, there will be another recess period, 'lunch time' so you have to eat again, normally lunch is in the class itself, with all the friends and the teacher to monitor you. Then continue to study till 3.30pm before the bell ringing.
Ding dong... yeaaa... balik....

For sure, there is no halal food in the canteen like Msia. Kat Mesia ada nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang, cekodok, nugget dan lain-lain yang sewaktu dengannya. The only halal in the canteen here is 'keropok' -$1 each. So everyday, Mak-mak kena prepare and provide food, drink etc and etc for the kid. The same principle goes to Aisyah.

Every night before I go to sleep, I have to think and make a decision..
'Esok nak bubuh apa yer dalam tupperware Aisyah..'
'Esoknya nak bawak apa pulak yer...' pening kepala pikir pasal makanan..hehe..

Jadi semalam, saya geram sebab saya dah letih-letih buat sandwich telor with salad, cheese and chili sos. Pastu bungkus cantik-cantik letak dalam beg. Lepas tu put botol air mineral yang 500ml untuk air minum, botol yang 150ml tu untuk pergi toilet basuh wee wee..Tetiba tak makan....

Dia tak makan sandwich tu masa lunch..buah pun tak makan. Dahler tak beli keropok halal, instead dia pergi makan mee hun goreng kawan dia bawak.. Mestilah tak boleh sebab Mak kawan tu mesti bagi dalam tupperware cukup-cukup untuk anak dia sorang .


Apa lagi.. Umi pun marah lah..

'Nape Aisyah tak makan? If you do not want to have your own food, then I don't have to prepare it anymore. You just go to school and find your friend, ask food from them. Is that ok for you? blabla..... Saya marah ler...

Meleleh air mata.. siannyer..

Tak habis lagi..
Umi marah lagi, tapi kali ni suara dah baik sikit...

'Cuba Aisyah pikir, Aisyah kan selalu main mak-mak dengan Aliya. Aisyah main mak-mak tu Aisyah ada babykan. Kalau baby tu dah besar, Aisyah masak untuk dia tapi dia tak nak makan.. Aisyah sedih tak?'

'Sedih ler Umi.. ..'

Tak habis lagi..

'Cuba Aisyah pikir jugak, Umi ni sibuk, nak pergi pejabat lagi, nak buat kerja lagi, nak buat tu nak buat ni.. pastu masak nasi untuk kita makan, buat bekal sebab kat sini mana ada canteen jual halal food.. buat letih-letih, then anak tak makan yang Umi masak.. Mestilah Umi sedih.. Lain kali Aisyah promise Aisyah makan yer.. Aisyah ingat tak budak Palestine? They are very poor, no food, no drink, ada yang parents meninggal.. Sebab tu Aisyah kena syukur, jangan buang2 makanan yer, sebab tu semua rezeki...'

'Umi.. Umi... Aisyah nak mintak maaf.. Sorry yer Umi..Lepas ni Aisyah tak buat lagi...'

'Ok good girl Umi..Dah, lain kali jangan buat lagi yer ..'
'Lain kali kalau nak makan orang punya, share-share.. I take yours, you take mine... baru betul..'


Itu jer ler yang berlaku...
Tak de besar mana pun.. hehe..

Esok saya nak bubuh apa pulak dalam tupperware dia yer??

----------------

Jadual Aisyah selalunya
6.00 bangun solat subuh.. tidur balik bangun jam 7.30 mandi.. Kadang-kadang dia solat lepas bangun jam 7.30 pagi..
8.30 ke sekolah, sebelum ke sekolah makan sikit, roti atau cornflakes
balik rumah jam 3.50, lepas tu solat zuhur dan prepare ke teakwondo.. pastu balik solat asar, ngaji dan main..dan makan malam dan solat maghrib, isyak dan tidur..

Esok pulak pergi sekolah lagi dan bawak tupperware lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi............

Thursday, February 5, 2009

Geramnye...

Aisyah Kena Marah...

Saya rasa geram sangat dengan Aisyah..
Sebabnya bukanlah besar sangat, tapi sebab ia berlaku kat Ostolia.. jadi saya rasa marah dan sangat geram..

Bila saya tahu jer, saya pun marah lah Aisyah..
Dan dia pun apa lagi.. meleleh air mata sedih sebab kena marah...

Kalau kat Shah Alam saya tak rasa marah rasanya.. tapi kat sini lain sikit..

Suspennya...
Aapa yang Aisyah buat tu.. teruk sangat ker?

Tak ler teruk pun, nanti lepas ni saya sambung...

Sekarang nak keluar pergi rumah Asra, Study Circle minggu ni Asra offer buat kat rumah dia.. Saya nak keluar lah ni....kol 6pm..

Saya dan Darus Syifa'

Darus Syifa'

Saya baru saja masuk web Darus Syifa' tadi dan baru baca mengenai laporan pengijazahan Darus Syifa' kumpulan ke 20.. Saya dan my husband adalah salah seorang dari kumpulan ke 20 ler..
Teringatnye saya dengan kelas Darus Syifa'..
Teringat sangat-sangat...

Majlis pengijazahan tersebut telah diadakan pada 13 Disember lepas, masa tu kami dah sampai ke Melbourne. Jadi saya dan my husband termasuk dalam orang yang layak diijazahkan tetapi telah lesap dari majlis tersebut.. Kami tidak hadir lah pada hari tu..
Tapi saya dah hantar surat dan dah jumpa Ustaz Zul bagitau nak berangkat ke Australia dan minta dibenarkan tangguh pengijazahan ke satu tarikh yang sesuai nanti.. Saya harap mudah-mudahan kami dapat hadir untuk pengijazahan kumpulan baru lepas-lepas ini... insya Allah..

_________________

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN KE-20 (SESI 2008)KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ PUSAT (BANDAR BARU BANGI)
TARIKH: 13HB. DISEMBER 2008

TEMPAT: EL-AZZHAR CAMP, Morib Banting, Selangor
WAKTU: 2:00 PETANG ~ 5:00 PETANG



Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar pengubatan Islam Darussyifa’ Pusat Kumpulan ke-20 yang telah diijazahkan pada 13hb. Disember 2008 bersamaan 15hb. Zulhijjah 1429H. Oleh kerana graduan yang diijazahkan agak ramai maka buat pertama kalinya Darussyifa’ Pusat mengadakan Majlis Pengijazahan di luar Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Majlis Pengijazahan bagi Kumpulan ke-20 ini telah diadakan di El-Azzhar Camp, Morib Banting Selangor.

Kira-kira setahun yang lepas, pada 20hb. Januari 2008, seramai 380 pelajar telah mendaftarkan diri untuk menyertai Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 305 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan. Bagaimanapun hanya 336 orang pelajar sahaja (262 Muslimin, 74 Muslimat) telah memenuhi syarat kelayakan untuk diijazahkan.

Di antara syarat utama pengijazahan ialah pelajar tersebut telah lulus ujian tasmek bacaan asas 10 pertama, kehadiran kuliah yang mencukupi serta telah menjelaskan semua yuran.
Walaupun 336 pelajar yang layak diijazahkan, namun pada hari pengijazahan hanya 301 orang pelajar sahaja (238 Muslimin, 63 Muslimat) yang dapat menghadirkan diri.


Aturcara Majlis Pengijazahan

2:15 ptg – 2:30 ptg : Graduan dan Semua AJK Darussyifa’ mengambil tempat.
2:30 ptg – 2: 35 ptg : Ketibaan Tuan Guru ke dalam dewan
2:35 ptg – 2: 40 ptg : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Ustaz Abdul Razak Mahdi
2:40 ptg – 2:45 ptg : Bacaan al-Quran oleh Ustaz Mohamad Zulkifli Ramli
2:45 ptg – 2:55 ptg : Ucapan Pengerusi Darussyifa’ Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad
2:55 ptg – 3:00 ptg : Ustaz Abdul Razak Mahdi mempersilakan Tua Guru Dato’ Dr. Haron Din untuk menyampaikan amanat. Bagaimanapun Tuan Guru memberikan isyarat bahawa beliau tidak boleh bercakap kerana keuzuran suara.
3:00 ptg – 3:15 ptg : Tasmek Bacaan Asas 10 beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Najib Nubhan bin Khairudin.
3:15 ptg – 4:10 ptg : Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengijazahkan setiap graduan dengan Ijazah Pengubatan Islam.
4:10 ptg – 4:30 ptg : Penyampaian Cenderahati kepada Tenaga Pengajar & Tuan Guru
4:30 ptg – 4:35 ptg : Bacaan Doa oleh Ustaz Zulkifly Dahlan
4:35 ptg – 4:45 ptg : Sessi Bergambar bekumpulan
4:45 ptg – 5:30 ptg : Solat Asar

p/s My friend Cikgu Ani Kaunselor telah selamat diijazahkan dalam majlis tersebut.. dah tu dia dapat pula bergambar exclusive dengan Ustaz Harun Din dan anak bongsunya Hana... bestnye Ani...hehe..

Wednesday, February 4, 2009

English Moden..

Bahasa Inggeris zaman baru..

Saya ketawa sungguh bila baca newspaper cerita pasal bahasa inggeris berubah sebab budak-budak yang ubah ikut suka.. Asalnya jadi bahasa komputer, kemudian bahasa SMS, kemudian jadi bahasa betol.. hehe..

Saya ingat kat Mesia dulu sibuk pakar bahasa marahkan anak-anak muda yang merosakkan tulisan bahasa mesia dengan cara tulis pendek-pendek dalam sms.. sampaikan lari langsung ejaan dengan bahasa mesia betol...

Kalo tulis sms pendek2, orang yang 'skima' sure tak leh baca..
tapi saya sangat suka sms yang word pendek2..

Contohnye.. 'Awk pe kabo? watpe?ngjr ke? katne? Tlg p c2 bik brg kt..(Tolong pergi situ ambik barang kita).. bezakan... hehe..

Apa yang berlaku kat sini lebih kurang dengan Mesia rupanya..

'With the summer holidays fading into a fond, distance memory, the children of Victoria have returned to the schoolyard for another year of ultra-competitive, virtuoso linguistic gymnastics...'

Apa yang baru tu?

'CBF' is short for 'can't be bothered', kemudian ditulis ceebs (pronounces 'seebs' from the initials CBF so the new sentence would be like this.."I ceebs doing my homeworks tonight."

When you think something is funny, then you just type 'LOL' which refers 'laugh out loud' and another energetic cousin is 'ROFL' which means 'Roll on the floor laughing'.

Yang paling kelakarnya a new word is obama- which means cool ..
How it works?
'That is so obama!'..
'She is obama....'
Hehe...

Tuesday, February 3, 2009

Kawan

Kawan Baik & Kawan Yang Baik

Apa beza kawan baik dengan kawan yang baik?
Aisyah masih berfikir tentang Naji..
Sian dia...

'Umi, kenapa Naji kena pindah yer?
Aisyah selalu kena macam ni..
Baru nak kawan lepas tu dah berpisah...
Macam kat sekolah ISSA, Aisyah tengah best kawan dengan Khalidah, Ardina, Irdani.. pastu Aisyah kena datang sini..
Macam dengan Sarah.. Aisyah dah lama tak jumpa Sarah..
Sekarang dengan Naji pulak.. Kenapa macam tu Umi..
Kesian dengan Aisyah.'

Inilah Naji.. ibunya orang Thailand dan ayahnya orang Perth

'Kenapa yer.. Nanti Umi pikir kejap..'

'Umi rasa memang macam tu ler bila kita duduk atas dunia ni..
Kita kawan dengan orang, lepas tu orang tu pindah atau kita yang pindah.. jadi kita terpaksa berpisah lah. nak buat macamana ..
Kadang-kadang kita kawan dengan orang ni, Mak dia nak pindah, jadi dia kenalah ikut, macam Naji..
kadang-kadang kita tak nak kawan tapi orang nak kawan dengan kita..
kadang-kadang kita kawan, pastu bergaduh..
Kadang-kadang kita nak kawan tapi orang tak nak kawan dengan kita..
Kita nak buat macamana..
Kita sabar je lah ye Aisyah..'

'Insya Allah kalau kita kawan baik-baik lepas tu berpisah, kawan kita tu akan selalu ingat kita..macam Aisyah dengan Sarah.. Aisyah dengan Khalidah, Irdina, Ardani, Adrina.. Macam Aisyah dengan Naji, nanti Naji pun ingat Aisyah bila dia main scooter kat tempat baru..Semua akan ingat dengan kawan masing-masing..Insya Allah nanti kalau ada rezeki, kita jumpa balik kawan-kawan kita yer..'

Buai Tinggi-tinggi...

Pernah naik buai tak?

Saya suka naik buai... Aisyah lagi ler suka naik buai..
Sambil naik buai, saya akan nyanyi lagu kanak-kanak..

Buai tinggi-tinggi..
Sampai hujung atap..
Belum tumbuh gigi..
Sudah pandai baca kitab..


Kenapa agaknya pantun ni sebut pandai baca kitab sedangkan belum tumbuh gigi?
Mesti ada cerita disebaliknya.

Saya berpendapat..
Ulama dulu-dulu termasuklah orang Melayu lama sangat suka ilmu dan keilmuan. Kitab adalah refleks kepada ilmu sama ada yang ditulis orang dan kita membacanya atau kitab yang kita adalah penulisnya..

Justeru, ajarlah anak-anak kita supaya suka baca buku, suka jadi pandai.. Bila banyak baca, mesti banyak soal, jadi mesti banyak tanya.. jadi secara tak langsung kita banyak ilmu..
Dengan ilmu sahaja kita boleh naik. Dengan ilmu kita boleh ke depan. Dengan ilmu juga kita boleh menggapai awan..




Ini adalah barisan kitab-kitab yang saya tengah baca sekarang ni.. best sangat isinya..



Ini pulak kawan saya tengah beli kitab.. Kitab Ihya Al-Ghazali AUD 60 sebuah.. Mahalnya.. Baca tu yer na.. jangan tak baca.. pastu cite kat akak apa isinya yer..hehe..

Belum tumbuh gigi pun dah pandai baca kitab..

Boleh tak kita kata..
Lepas tumbuh gigi ilmu jadi banyak.. hehe.. Boleh jadi!
Atau orang berilmu giginya cantik..Boleh jadi jugak!
Atau orang berilmu takde gigi.. entahler!
Atau orang berilmu pakai gigi palsu.. Boleh jadi!

Apa pun yang penting mesti ada gigi...
Dan mesti jaga gigi baik-baik..
Kat sini sakit gigi tu adalah nightmare!
Satu gigi tampal boleh berharga AUD200.
Ada yang buat RCT (mati akar gigi) kena dalam AUD1000 sebatang... adoii..

Saya sekarang sakit gigi sebelah kiri.. geraham saya terbuka tampalannya.. Tak boleh kena sejuk.. isyy..Pastu hari tu saya ada buat bridge.. Nampak gaya kalau sakit gigi kat sini, kena balik repair kat Mesia ni.. hehe..

Apa-apa pun marilah kita sama-sama baca kitab yang ada..
Dan jaga gigi masing-masing dengan baik..

p/s Malam tadi Aisyah tidur mengigau..Dis menjerit agak kuat ..'Naji.. Don't go that side.. Naji..' Saya terus peluk dia, baca ayat Qursi dan tiup kat ubun-ubunnye.. Siannye anak Umi ni teringat main scooter dengan Naji agaknya..Semoga Allah gantikan kawan yang baik untuk Aisyah lepas ni.. amin

Monday, February 2, 2009

Gembira V Sedih

Gembira..

Hari ni hari pertama Aisyah sekolah untuk semester ini. Saya gembira melihat betapa gembiranya Aisyah, teruja, ceria dan bersemangat untuk menempuh alam persekolah selepas bercuti hampir 1 bulan lebih.


Aisyah dalam kelas.. semua kelas tak lebih dari 20 orang..




Saya menghantarnya ke sekolah jam 8.30 pagi dan menunggu sehingga tamat perhimpunan. Bukan setakat tunggu, bahkah saya telah meminta kebenaran dari guru kelasnya untuk duduk sekejap dalam kelas..'Mrs Jap, is it ok for me to be here for 10 to 15m.. just to see Aisyah for a while..' Oh.. please.. it's ok.. I dont mind..'


Semasa perhimpunan, semua pelajar berbaris mengikut nama guru kelas, saya bersembang sekejap dengan ibu Laura, rakan sekelas Aisyah. Selepas itu Mrs Jap datang dan dia memperkenalkan diri sebagai guru kelas Aisyah untuk semester ini. Rupanya dia orang Indonesia yang telah menjadi guru di sekolah ini lebih dari 10 tahun..Dia tegur saya, 'Ibu orang Malaysia? Saya Meselina, boleh dipanggil Ibu Meselina atau Mrs Jap..' Kami pun ketawa sambil buat joke dalam bahasa mesia... Baik orangnya, peramah, suka senyum dan Aisyah suka pada guru barunya itu..


Petang selepas ambik Aisyah habis kelas, saya ditemani Ina dan Aliya ke Coburg untuk mencari Sekolah Agama lain untuk Aisyah. Hari tu plan nak hantar ke ILIM di Dallas, kemudian fikir lebih baik di Coburg sebab lebih dekat dengan bandar.. Alhamdulillah dapat bersembang dan bercerita dengan Imamnya sendiri tetapi dia tak dapat buat keputusan kerana terlalu ramai waiting list. Saya akan cuba merayu untuk Aisyah dapat place if possible..


Ini banner depan CIC-Coburg Islamic Centre



Dalam CIC ada kedai buku, yang jual adalah Br Firdaus, orang Singapura.. baik orangnya dan kami pun bersembang dalam bahasa Mesia je ler..
Umi, Aisyah dan Aliya depan kedai buku..


Lepas selesai di CIC, kita orang ke McD Halal di Coburg. Saya tak pernah pergi tapi ramai yang bercerita bahawa ada satu McD halal di Coburg.. Sampai juga akhirnya..






________________

Sedih...



Apabila saya sampai di rumah, saya terserempak dengan Oo dan Naji. Rupanya Naji sekeluarga nak pindah petang ni ke Tasmania kerana ayahnya akan belajar di sana. Dulu memang mereka di Tasmania sebelum duduk sini. Masa kami sampai rupanya Oo dah call taxi dan barang-barang dalam rumahnya semua dah clear. Dia tak sempat nak jumpa saya sebelum ni nak bagitau dia nak pindah..



Saya dan Aisyah rasa sedih sangat Naji nak pindah.. Naji dah jadi kawan baik Aisyah.. Dia umur 6 tahun. Dulu dia sangat pendiam, tak nak tegur kita dan tak nak jawab bila kita tanya, tapi akhirnya dia dah baik dengan kami sekeluarga.

Almost tiap hari Naji akan panggil Aisyah.. 'Aisya, can we play scooter outside?' Kadang-kadang ibunya yang Aisyah panggil Untie Oo akan teman mereka berdua bermain sampai berjam-jam di taman. Kadang-kadang saya yang temankan Aisyah dan Naji main scooter bila ibunya ada kerja di rumah..



Bila tahu dalam keadaan tergesa2 mereka nak pindah, saya rasa sangat sedih... Aisyah lagi sedih..

Masa mereka naik taxi, Naji sempat kata..'Aisya, I will miss you alot.' Saya peluk Oo dan saya jugak kata pada dia.. 'I feel so sad that you are going back to Tasmania. We will miss you and Naji very much.. take care ok.. see you..' Saya juga pegang pipi Naji dan cium adiknya Yona. Air mata saya nak menitik tadi..



Lepas taxi yang bawa Naji pergi, Aisyah kata pada saya..

'Umi.. Aisyah rasa sedih sangat Naji pindah. Aisyah dahler takde kawan. sekarang Naji pulak pergi..Kenapa Naji kena pindah Umi?.Tiap-tiap hari Naji akan panggil nama Aisyah ajak main scooter.. Pastu kalau Aisyah ajak dia main opis-opis, Aisyah kata, 'Naji, can we play office-office. you sit here and I sit here..' Naji selalu jawab..'Ok..' Dia tak pernah lawan Aisyah.. Aisyah rasa sedih sangat Umi Naji pindah.Bila dia balik sini.Sapa nak main scooter dengan Aisyah lepas ni..'



Kesiannya Aisyah..


Sabar yer Aisyah...


Semoga Naji, Oo sekeluarga selamat menetap di Tasmania nanti..Ada peluang kita jumpa lagi yer Naji..

Belajar di Universiti

Kena Bayar Tak Masuk Universiti?

Jawapannya kena bayar!

Di Mesia, setiap kita yang masuk Universiti kena bayar banyak duit. Ada duit pendaftaran, duit peperiksaan, bayaran hostel dan lain-lain. Dulu kala, kita ada biasiswa, kakak-kakak saya pergi oversea semuanya dapat biasiswa. Dah kerja gaji besar pun tak perlu bayar apa-apa.. bestnye..

Bila masuk zaman saya ke UIA, saya dapat pinjaman JPA sebanyak RM16000 (lebih kurang). Itu tahun 1988. Lepas saya keluar UIA tahun 1992 dengan L.LB (Honours) Second Class Upper, saya buat permohonan pada JPA mengenai bayaran balik duit pinjaman. Akhirnya saya cuma kena bayar 25% dari jumlah pinjaman kerana dapat Second Upper. Sapa yang dapat Second Lower dan Third Class kena bayar semua jumlah pinjaman. Bagi yang bijaksana dan dapat First Class, semua pinjaman akan ditukar kepada biasiswa. Saya bersyukur sebab kena bayar 25% sahaja dan saya dah habis bayar selepas 4 tahun masuk bekerja di UiTM. Itu pun saya bayar melalui postal order RM200 sebulan.

Selepas zaman saya, pinjaman PTPTN diperkenalkan dan jumlah pinjaman pun ditambah lagi.. yuran Universiti pun semakin mahal. Lepas tu saya dengar masalah demi masalah berkaitan PTPTN.. KAdang-kadang saya rasa kesian dengan generasi baru yang berdepan dengan masalah ini. Adik saya masuk UIA tahun 2003 kena apply PTPTN dan saya tak pasti dia dah bayar atau belum lagi hutang tu.. Nasihat saya, hutang kena dibayar yer supaya generasi baru dapat guna untuk belajar lepas ni..

Kenapa saya tulis mengenai pinjaman ni?
Ahad petang, masa saya mandi di kolam renang, saya berkenalan dengan Puan Faizah, warganegara Singapura yang dah duduk Melbourne 30 tahun dan bekerja di sini serta ada 3 anak, semuanya sudah besar dan ada seorang sedang belajar di RMIT. Bila saya tanya berapa dia perlu bayar untuk anaknya masuk Universiti, katanya AUD1000 sahaja setahun. Dan anaknya ditanggung oleh Kerajaan kerana mereka warganegara dan katanya apabila anaknya bekerja, dia perlu bayar kembali kepada Kerajaan tetapi jumlahnya sangat kecil. Tidak membebankan..

Takjubnya saya dengar..
Alangkah baiknya jika kat Mesia pun macam tu kan.....

p/s Tak boleh nak stop menulis dalam blog, rasa macam dah ketagih... Sibuk pun masih mencari jalan juga menconteng apa-apa dalam blog ini.. Sekadar melepas perasaan.. hehe..

Sunday, February 1, 2009

Ambik Upah Ajar Agama?

'Boleh ke kita ambil upah ajar agama?'

Satu soalan yang menarik ditanya kepada saya suatu hari dahulu.. lama dah..

'Apa maksud awak tu?' tanya saya.

Jawab adik yang tanya tu, 'Macam kalau kita ajar budak-budak ngaji, boleh tak kita letakkan harga seperti RM50 sebulan untuk 3 kali seminggu? Atau orang suruh kita buat something yang ada unsur-unsur agama, tapi kita kata service kita bayarannya macam ni macam tu? Teruk tak kalau kita buat macam tu?'

'Lagi..' saya tanya lagi..

'Macam saya nak jaga budak-budak masa cuti sekolah, nak buat tuisyen, ajar fardhu ain, teruk sangat tak kalau saya kata, bayarannya macam ni macam ni.. Atau saya patut kata ikut sajalah berapa-berapa nak bayar.. Mana satu lagi elok yer?'

'Pada saya.. semua boleh. Mana yang awak prefer, semuanya boleh. Nak kata bayaran saya begini begini pun boleh. Nak kata bayarlah ikut suka pun boleh. Nak kata tak payah bayar - saya buat free jer pun boleh.. takde masalah..' Senang jer saya jawab..
Agaknya dia tak puas hati..

____________

Kenapa tak boleh letak harga?
Kita pulak macamna sebagai penerima service?
Kita suka tak orang letak harga?

Bila kita nak hantar anak belajar Teakwondo, kita ok saja kalau pengajar tu kata sejam RM10. Jadi sebulan 4 kali feenya RM40, pendaftaran RM20, Uniform RM50. Jadi semua sekali RM110.. Ok jer.. tak de tawarpun. Kita hantar anak ke tuisyen Math, English, Piano, Science, Ballet, Berenang semuanya kita tak de masalah dengan bayaran.. Berapa dia letak, kita ok saja. Nak hantar kita hantar, kalau rasa mahal, kita tak yah hantar. Tapi kita tak pernah kutuk kata cikgu tu jual ilmu yang Allah kasi pada dia.. Tapi kenapa bila berkaitan hal berunsur agama, kita rasa pelik untuk letak harga dan rasa pelik sangat kalau orang meletak harga?

Pada saya.. ok jer semua tu..Letaklah harga sebagaimana urusan yang lain. Tetapi mungkin dengan sedikit cara yang lebih bersesuaian dan berhikmah..COntohnya dikatakan, 'Saya ikut uruf yang dah berjalan kat kawasan kita, mengaji Rm50, kalau fardhu ain RM70, Kalau jaga anak saja RM100 dan lain-lain'.. Mungkin itu lebih berhikmah. Sebenarnya lagi susah kita sebagai penerima service, bila tak dinyatakan berapa perlu kita bayar.

Ikut suka adalah suatu jawapan yang ambiguous, kelabu, tidak jelas dan sukar diteka. Bagi yang bijak, akan buat sedikit homework, tanya orang sekeliling, berapa agaknya yang patut. Bagi yang tak bijak, ikut suka jadi bayar je lah RM2 sebulan ker, sebab ikut suka aku.. Bahaya sungguh!

Dalam apa cara dan apa method sekalipun, kita tak boleh menjual-beli ilmu yang ada dalam kepala dan hati seseorang yang Allah anugerahkan. Yang kita bayar adalah service, tenaga, sumbangan masa dan tempat dan sumbangan pemikiran yang diberikan untuk kita dan anak kita.. Itu yang kita hargai dan nilaikan dalam bentuk mata wang. Sapa boleh beli ilmu yang ada dalam kepala seseorang? Nobody..

Dalam kitab al-Majalle ada dihuraikan prinsip fiqh 'Al-adah Muhakkamah'- uruf boleh mengikat' atau custom is authoritative. Disentuh contohnya Sseorang bapa menghantar anaknya berguru, berapa perlu dibayar kepada guru tersebut hendaklah mengikut bayaran semasa setempat pada ketika itu. Jika orang ramai selalunya membayar RM___ bagi khidmatnya, maka kita juga terikat untuk membayar sebanyak itu kecuali jika dikatakan sebaliknya oleh guru tersebut.

Bagi pihak guru, saya berpendapat bahawa masanya, tenaganya dan kesungguhannya serta segala yang berkaitan adalah suatu yang wajar dinilai dengan sepatutnya. Jika dia memberi anak kita 2 jam dari masanya, sedangkan dalam dua jam itu berbagai perkara lain dia buleh buat jika tidak diallocatekan untuk anak kita, maka bukankah wajar kita bayar khidmatnya? Jika mengajar Math dibayar RM100 seminggu, bayarlah guru yang mengajar fardhu ain anak kita juga sebanyak itu.. Itulah adilnya...

Saya sendiri memang sangat berharap supaya semua masjid dan surau dan mana-mana tempat mempunyai allocation yang bersesuaian dan semasa. Jika dulu penceramah lepas maghrib kita bayar RM50, sekarang tidak boleh lagi apatah lagi jika penceramah tersebut tidak mempnyai kerja khusus tetapi sepenuh masa sebagai penceramah, pengajar al-Quran, mengajar fardhu ain dan sebagainya. Bayarlah yang bersesuaian dan munasabah...

Sebenarnya saya juga menghadapi masalah yang sama.. Kalau tempat yang jemput saya berceramah dulu-dulu bertanya solan mengenai bayaran, saya selalu susah hati. Kalau Jabatan Kerajaan, memang tak ada masalah sebab kita tertakluk kepada polisi kerajaan. Ada peruntukan yang jelas mengikut Gred Gaji, DM52 berapa sejam, DM54 berapa sejam, itu senang cerita.

Yang susah cerita apabila melibatkan surau, masjid atau NGO: 'Boleh tak kami tahu berapa yang pihak kami patut allocatekan untuk ceramah puan?' Bila saya ditanya solan begitu, selalunya saya cuma jawab, 'Beberapa yang selalu pihak tuan bayar pada penceramah lain. Saya takde masalah, cover minyak saya pun dah ok'.

Sebenarnya saya ada jawapan terperinci dari dua guru yang saya belajar..

Ustaz Harun Din melarang sama sekali meletak harga apabila mengubat orang di bawah kaedah Darus Syifa' sedangkan guru Aura saya berpendapat sebaliknya... Dia serupa dengan saya.. Bagi saya mana-mana adalah ok.. Nak letak ok, tak nak letak pun ok, nak kata free of charge pun also ok.. Hanya Allah pemberi ganjaran yang sebaik-baiknya..