Thursday, January 1, 2009

Darling Aisyah

Aisyah sudah dapat menyesuaikan diri...

Sekarang adalah musim cuti sekolah. Lama betul..
Sekarang Aisyah sudah mula menerima cuaca, suhu dan persekitaran yang ada di sini..
Kadang-kadang dia berpeluh bila tidur sedangkan suhu adalah 18 degree..
Ini adalah satu perkembangan yang bagus..

Sekarang Aisyah asyik bermain dengan beberapa orang kawannya..
Semalam kami ke Bundoora Park bersama family Aliya dan family Arash..
Ada kangkaroo. tapi semuanya kurus dan tak ada satu pun yang ada poket..

Aisyah sibuk bertanyakan mana poket kangkaroo macam dalam TV tu..
Penjaga Park menjelaskan.. 'we have to wait until winter. You can see that during winter..'
Oooo ye ker.. masa winter ada poket.. masa summer poket hilang.. hehe..

Aisyah sangat terkejut tengok babi..
Ada seekor babi yang sangat besar, gemuk seperti dua ekor kerbau..
Itulah first time kami semua tengok babi in person.. hehehe...

Ada banyak lagi binatang2 yang Aisyah lihat..

Nanti kita uploadkan gambar-gambar Aisyah dengan kawan-kawannya yer..


Nak Masuk kena beli tiket dulu, $20 untuk satu keluarga..

Lepas bayar tiket, kita masuk dan cari tempat nak makan..Sebelum tengok binatang, kita kena makan dulu.. Umi buat sandwich, Untie Ina buat spaghetty goreng dan Untie Su buat cekedok..

best makan sambil tengok burung merak dan ayam datang dekat dengan kita masa makan tu..

Nak tengok animals kena naik tractor.. hehe.. kelakar sangat, duduk atas jerami makanan kuda-kuda tu semua..

Semua gambar di bawah ni adalah Abah, Uncle Ibrahim, Uncle Syed, Untie Su, Untie Ina, Arash, Aliya, Uwais, AIsyah dan Umi sedang tengok binatang kat sini..





Arash pun berjaya bagi makan kat binatang yang comel tu, binatang ni asyik sembur air liur dia jer bila kita pegang belakang dia.. apa entah nama dia..tak ingat dah..


Abah bermesra dengan sicomel yer.. hehe





Aisyah gembira dapat bagi makan pada animal tu..




Slide dia besar dan tinggi.. Orang besar pun boleh main.. Umi sepatutnya tengok AIsyah naik slide, tapi lepas tu Umi pun main jugak.. hehe..



Inilah babi atau khinzir yang Aisyah ceritakan tu.. besar sungguh..
Tengok cara dia makan.. pastu bunyi bising masa makan.. Umi cakap orang Islam haram makan babi sebab tu kita kena hati-hati kat sini pasal makanan..




Inilah kangkaroo tu tapi semuanya kurus saja.. ada banyak sebenarnya dalam tu.. Nanti Umi dan Abah janji nak bawak Aisyah lagimasa winter nak tengok poket kangkaroo tu..


Kami semua balik jam 4.30 peang sebab Abah dan Umi dan semua orang nak balik solat Zuhur kat rumah. Best jugak tengok animals ni.. Nanti Aisyah cerita lagi ye..