Wednesday, January 26, 2011

For the Rest of My Life..

Maher Zain versi baru... hehe...



Cheer Up..

Cheer Up Aisyah....





Aisyah dah kurang siket bersedih lepas abah call dan said something to her..
Apa abah cakap yer??

Abah kata, 'Aisyah jagan nangis, Abah balik sekejap je. Nanti Umi nak balik collect data kat Mesia, Abah tunggu Aisyah dan Umi kat airport. Lepas tu kita sama-sama balik Melbourne lepas tu. Aisyah jangan lupa baca buku, hafal surah Sajdah yang abah ajar tu dan pergi teakwondo. Nanti Abah call lagi, kita skype yer..

Akhirnya Aisyah dah ok siket..

Aisyah tanya,'Umi, is it normal to feel sad if we miss someone?'

Umpppp...
Saya pun bagi advice siket..'Memangla kita sedih.. Like Aisyah felt sad after coming back from Sydney, because you missed Mira, Hana, Effa and your friends. Sebab Aisyah happy masa kawan-kawan in Sydney. After sometimes, Aisyah will get used to it. Then masa tu Aisyah akan kurang sedih. Sama lah juga dengan Abah. Sebab Abah baru balik ke Mesia, Aisyah feels sad. After a few days, Aisyah kurang sedih.. insya ALlah..'

'But Aisyah always remember Abah..'

'Yes, it is good, but don't cry. You are a strong girl. So anak yang baik, dia doa kat parents dia.. Aisyah doalah banyak2 yer, bagi Abah sihet, Abah dapat business banyak, Aisyah dapat jumpa Abah, Umi habis PhD.. camtu ler yer..

Then Aisyah nampak semakin kurang ler sedih..

Hari isnin, AIsyah ikut saya ke Melb Uni jugak..sampai jam 5.30pm baru balik. Saya bawa notebook untuk Aisyah guna sementara saya guna komputer Univ. Saya tengah isi borang Ethics untuk balik interview beberapa orang penting untuk tujuan research saya. Semoga cepat diluluskan..

Hari Selasa, saya bawa Aisyah lagi sekali ke Melb Uni. sampai jam 4.30pm baru balik. Then pergi ke BigW sebab Aisyah nak beli hadiah untuk kawannya..

Itu ler siket sebanyak yang terjadi ....

_________________

Cheer up...

Saya terharu dapat lukisan di atas..
Siapakah pelukis yang hebat itu?
Ia adalah student saya Fadhilah, seorang karikatur muda berbakat besar.

Saya ketawa melihat lukisan comel ini.. Aisyah pun ketawa dan gembira..
Thank you ye Fadhilah..
Gambar awak lukis Aisyah naik scooter dulu, Aisyah print dan tampal kat pintu bilik dia, sebelah gambar dia dengan Abah.. kami menghargai kepakaran anda.. teruskan berkarya yer..

To Fadhilah, awak buat ler komik cerita Aisyah .. lukis cantik2 jadikan komik yer.. yang baik boleh jadi contoh... Saya bagi sokongan 100%.. buat yer.. dah siap jual kat saya tau..

Tuesday, January 25, 2011

Sedih dan Sunyi..

Abah balik..

Selepas beberapa bulan di sini, abah balik Mesia semalam, pagi hari Ahad 23 Januari 2011. Lepas hantar Abah di airport jam 10pagi, saya bawa Aisyah ke Melbourne Uni naik train. Aisyah tak nak balik rumah dari airport. Aisyah beritahu saya, 'I don't want to go home le Umi. Abah takda tak best!'.. So saya pun bawak Aisyah ke Uni. Kami berada di Law School sampai jam 7.30pm. Sampai di Melbourne Central, saya bawak Aisyah makan nasi di EsTeller, nasi udhu' yang Aisyah suka.

Sampai di rumah jam 8.15malam, bila buka pintu, masuk dalam rumah tengok rumah gelap, saya rasa sangat sunyi dan hiba. Tetiba hati dibuai rasa sedih yang mendalam. Sunyinya..

Aisyah sangat terasa ketiadaan Abah. Masuk rumah, dia terus tanya soalan, 'Umi.. Abah gi mana?' Saya jawab..'Abahkan balik Mesia. tadikan kita hantar Abah gi airport..' Dia jawab..'Aa yelah Aisyah lupa.. sunyi la takda Abah..'

Kami solat maghrib berjemaah. Saya ajar Aisyah ngaji Quran dan lepas solat Isya', saya suruh dia tidur. Aisyah kata, 'Umi.. I miss Abah.. Tonight is my first night I sleep without dengar cerita abah. Tonight is the first night without Abah..' Dan my darling Aisyah terus menangis.. meleleh-leleh air matanya...

Setiap malam, selepas Aisyah baca doa nak tidur yang panjang, Abah akan cerita pasal tauhid, pasal kisah Nabi Adam sampai Nabi Muhammad, perang Badr, perang Uhud, perang Khandak, kisah Abu Jahal, kisah Amar, Bilal, Abu Bakar dan macam-macam pada Aisyah sebelum Aisyah tidur. Abah akan cerita sampai Aisyah ngantuk dan lelapkan mata. Selalunya 20mt sebelum Aisyah lelap..

Aisyah sangat miss Abah, kesian sangat saya tengok dia..

Aisyah tulis kertas besar dan tampal di pintu bilik tidur dia.

.Gambar Aisyah dan Abah ni diprint dan ditampal di pintu bilik Aisyah. kat tepi tu ada perkataan 'Ausie, Ausie Ausie...'


Saya pujuk Aisyah, peluk dia dan kata,
'Abah balik Mesia sebab Abah ada kerja ya. nanti kita jumpa Abah lagi..Abah kena jaga business Abah kat Mesia. Umi dengan Aisyah kena belajar kat sini. Nanti lepas ni kita jumpa Abah ya..'

Kesiannya Aisyah... air matanya mengalir dengan deras, tak berhenti-henti..
Saya turut merasa sangat sayu dan sedih...

Tetiba saya teringatkan budak-budak yang sangat rapat dengan ayah dan tetiba kehilangan ayahnya, dan ayah tak kembali ke rumah sama ada kerana hilang, mati atau bercerai. Sudah tentu lagi sedih perasaan anak-anak sebegini. Tetiba saya teringatkan blogger 'pause to reflect', seorang pelajar di UK yang kematian suami di UK kerana cancer. Arwah suaminya adalah classmate saya masa tingkatan empat dan lima di sekolah Agama Persekutuan di PJ (SMAP). Tetiba saya jadi sayu teringatkan dia dan anak-anaknya..

Hari kedua tanpa Abah, Aisyah masih lagi sedih dan sunyi..
Malam tadi dia menangis lagi..
'Ohhh anak Umi.. kesiannya Aisyah..'

Aisyah tulis di tisu betapa dia sangat miss Abah..

Friday, January 21, 2011

Musafir Sydney Trip

Perjalanan 6hb Jan..

Kami singgah di beberapa tempat, melihat kebesaran ALlah dan meninjau kecantikan bumi Australia..

Mari kita sama-sama bermusafir ya..



Di Lake Enterance..


Ni Aisyah, Hana dan Effa bergembira sakan di Kiama...


Kami satu keluarga, camera Rasul ni... di Kiama.. melihat satu tempat canik, bila air keluar, bunyi buumm... kuat sangat terutama bila air pasang..

Amboiii sapa actress ni, tengah berguling-guling macam pelakon hindustan.. hehe...

Inilah lubang besar Kiama.. airnya naik bunyi buuum.... naik ke ats dan mengeluakan bunyi yang kuat..Subahanallah...




Sampai masa waktu solat, kami solat jemaah di tanah lapang.. ini lepas berhenti makan ramai-ramai... tak muat tikar, jadi kami sembahyang dua trip.. yang perempuan ikut saya, yang lelaki iku Ustaz Khairul..
p/s Mira kata belakang tu buat apa tu Mira??/ napa tak solat?? ooo tunggu kain dari kakak dia Effa rupanya..

Berhenti di Eden... Hana, Aisyah dan Aiman berposing lepas baca banyak mengenai whale di museum killer whale di Eden..

Tak jumpa hala tuju ker? hehhe... nasi baik ada GPS dan map.. Semua orang tulis alamat yer.. nak pergi lepas Eden..kita ke kabin untuk berehat..

Aisyah tak dapat tahan dah... merengek-rengek.. 'Umi, AIsyah tak tahan dah.. I can not wait any more.. letih sangat berjalan-jalan di selepas melihat war museum di Canberra.. Muka pun dah sepeet dah tu...'I want to take a rest Umi'..
Abah di war museum.. ada Malaya... Abah dan Malaya tercinta..

Inilah war museum...banyak yang menarik mengenai perang, penglibatan askar Australia dalam perang dan macam-macam lagi..

Gambar poskad dari kami sekeluarga dari Canberra with love..

Ini pulak kat mana yer... dah lupa la saya...menara Celcom kot? hehe...Ini di Canberra jugak, menara tinggi, ingat nak naik tapi tak jadi.. sebab dari sini nak ke Sydney, plan sampai Malaysia Hall Sydney kol 8.00pm.. tapi lambat sampai.. jam 9.30pm baru sampai, dalam hujan renyai di Sydney..

Ini pulak di Blue Mountain.. bayar $2 boleh tengok guna benda tu..

Kiuk Kiuk...

Kiuk Kiuk Kiuk...

Bunyi apa tu? hehhe..
Pernah pijak something dan dia bunyi camtu?? cam lantai lembut..
Bunyi cam tu ler bila kita lari atas dia..
Subhanallah Maha Besar Allah
Saya takjub sunggu dan berlari-lari macam budak, sebab sangat pelik dan sangat gembira..

Saya tunduk pada kebesaran Allah...

Di manakah bendanya ini?

Ianya berada di Wilsom Prom.. pantainya bernama Squeky Beach..
pasirnya sangat puteh dan bila kita berlari, ia mengeluarkan bunyi kiuk kiuk.. tapi dalam bahasa omputeh dipanggil squeak squeak... Dalam perjalanan dari Sydney, kami berhenti di situ..


Cuba tengok sapa yang lari??
semua orang lari termasuklah cameraman... hehe..

video

Sunday, January 16, 2011

Positive or Negative??

Saya terima artikel ini, pada saya, ia mempunyai kesan tersendiri... kita adalah seorang yang positif, jika kita memilih untuk melihat sesuatu dengan positif..

___________
Subject:
Are you a Positive or Negative?




John is the kind of guy you love to hate. He is always in a good mood and always has something positive to say. When someone would ask him how he was doing, he would reply, 'If I were any better, I would be twins!'

He was a natural motivator.


If an employee was having a bad day, John was there telling the employee how to look on the positive side of the situation.


Seeing this style really made me (the writer) curious, so one day I went up and asked him, 'I don't get it!'


'You can't be a positive person all of the time. How do you do it?'



He replied, 'Each morning I wake up and say to myself, you have two choices today. You can choose to be in a good mood or...you can choose to be in a bad mood. I choose to be in a good mood.'


Each time something bad happens, I can choose to be a victim or...I can choose to learn from it. I choose to learn from it.



Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or...I can point out the positive side of life. I choose the positive side of life.


'Yeah, right, it's not that easy,' I protested.


'Yes, it is,' he said. 'Life is all about choices. When you cut away all the junk, every situation is a choice. You choose how you react to situations. You choose how people affect your mood.


You choose to be in a good mood or bad mood. The bottom line: It's your choice how you live your life.'





--------------


Attitude, after all, is everything .


Therefore do not worry about tomorrow, for tomorrow will worry about itself.. Each day has enough trouble of its own.


After all today is the tomorrow you worried about yesterday

Saturday, January 15, 2011

Nombor Cantik..

15 Jan 2011..

Saya baru buka blog saya tadi..
dan tengok bilangan pelawat yang ada tertulis 51111.
Apa kena mengenanya yer?? tak da apa sebenarnya.. hehhe..
sekadar rasa terpegun sebab cantik sangat nombornya, comel pulak dengan tarikh hari ni..
saya abadikan dalam entry ini..

Pada 15 Jan 2011 (150111) jam 11.00 malam waktu Melbourne, bilangan pelawat adalah 51111.. cantikkan?? hehe...
Terima kasih kepada semua yang sudi menziarahi blog sekadar pendapat saya ini..




kisah Sydeny, Canberra bersambung lain kali ..

Thursday, January 13, 2011

Bermusafir...

Bermusafir..




Ingat tak nasyid rabbani alunan allahyarham Asri.
Nasyid ini sangat saya minat dan saya hafal senikatanya..

Mari kita nasyid sama-sama..

Berjalan..bermusafirlah..
Melihat keagungan ALlah..
Meninjau..
Menitilah..
Rahsiah ciptaan Allah..

Marilah bermusafir..
Bermusafir..
Berkelana..
melihat kebesaran Allah..


Saya sekeluarga bermusafir selama 7 hari ke Sydney minggu lepas, mulai 6 hab Jan dan balik ke rumah 12hb Jan. Betolak meninggalkan rumah jam 9pagi dan kembali ke rumah jam 9.30mlm.. Kami bercuti sempena cuti tahun baru, cuti sekolah Aisyah dan juga membuka fikiran dan menenangnya jiwa. Mencari kebahagiaan bersama keluarga. Kami ke sana konvoi 5 keluarga,iaitu keluarga kami, Ustaz Khairul, Rasul, Pak Tam dan juga Hamdan.

Alhamdulillah..
Aisyah sangat gembira..
Saya dan Abah turut gembira melihat kegembiraan our darling Aisyah..


Sydney....



di Canberra.. depan Parlimen, di belakang adalah bangunan apa yer.. lupa la pulak..


ke Miniatures di canberra.. cantik dan sangat menarik



Wagga Wagga... akhirnya kami sampai di tempat adik saya Cik Ya
belajar accounting dulu-dulu.. Wagga Wagga... cantik tempatnya..

banyak lagi gambar.. nanti saya upload yer..

Wednesday, January 5, 2011

Berjalan

Berjalan Sambil Bekerja..or Bekerja sambil berjalan..

Mana satu yang betul yer? Saya rasa yang betul adalah yang kedua. Kita hidup untuk bekerja dan dalam bekerja kita mencari masa untuk berjalan mengisi keperluan emosi- mereleasekan ketegangan hasil dari bekerja..Bekerja tu banyak maksudnya- mencari rezeki membanting tulang, mencari ilmu, keluar membantu orang, keluar berdakwah, keluar menjalankan ibadah haji, keluar ke pantai mencari ilham menulis buku, berfikir menylesaikan masalah orang, memerah otak mencari ayat sesuai untuk menulis tesis, keluar menebual responden untuk research, keluar mencari kebesaran Allah, keluar menyambung silaturrahim dan berziarah, ...semua itu bekerja dan bertujuan...

Kat bawah ni apa pulak?
Bukan ker berjalan ni??
Ni berjalan ler ni..
tapi niat kerana ALlah..
menyambung silaturrahim, berbincang, menenangkan hati dan tegangan hasil kerja yang mendesak, melihat kebesaran Allah ..




Ni 10 Dec 2011. Aisyan naik Belt Merah calit 2. Ada lagi beberapa calit untuk naik ke Belt hitam.




Abah mesin rumput dengan penuh semangat...
semangat abah sama tinggi dengan semangat rumput yang naik dengan cepatnyer.. hehe..

1/1 2001, hari tahun baru, semua australia cuti, saya dan beberapa kawan2 berjalan ke Brighton.. pantainya cantik, ada rumah berwarna warni.. rumah tukar baju berharga dalam AUD200,000 sebuah yang dipanggil 'bathing boxes' dijual oleh pihak Council kepada mana-mana pihak berminat. Tahun lepas saja dilaporkan Kerajaan mendapat lebih kurang 1.8 juta dengan menjualnya 6 buah sahaja. Sungguh kreatif dan sangat menarik langkah yang dibuat. Kenapa agaknya Kerajaan kita tak ambik pendekatan sebegini? terutama yang ada pantai cantik seperti negeri2 di pantai timur..



Belakang kami itulah yang dipanggil bathing boxes.. Semuanya ada 82 buah dengan warna warna sangat menarik, terang dan memikat. Kotaknya tidak ada letrik, tidak ada air, hanya kotak sahaja tapi mahalnya...(hari ni panas, dalam 28 darjah. Kami pakai topi sebab panas)


Ini adalah saya.. Mula-mula say berjalan ke sekeliling Bathing Boxes.. Lepas tu tengok Aisyah main air di pantai dengan Iman, hana dan lain-lain. Lepas tu saya duduk di pandai sambil merenung air laut. Saya baca ayat2 tentang kebesaran Allah dari surah ali Imran.. Lepas 30 minit...



tara.....

Saya tidur dengan sesungguh hati. Ambik topi tutup muka, saya pun baring depan saya AIsyah mandi di pantai.. Saya tidur dengan sangat tenang. matahari sangat panas di atas.. Namun begitu, saya tidur dengan tidak bergerak selama 30mt..hehe..

hanya pada ALlah saya memuji.. nikmat sungguh tidur atas pasir, bawah matahari.. tutup muka dengan topi..Subhanallah...

Monday, January 3, 2011

Anniversary

Anniversary..

Awal tahun setiap tahun adalah Anniversary kami berdua. 1 January adalah tarikh penting untuk kami sekeluarga. Tahun ni kami masih di Melbourne. Tengok bunga api tahun baru dalam TV saja.. melihat bagaimana bunga api berwarna warni, canggih dan sangat menarik di Sydney.

Pada 1 January 2011, hari pertama tahun ini, kami bersama-sama dengan beberpa keluarga kawan-kawan ke Brighton. Melihat pemandangan, melihat anak-anak bermain air di pantai, memuji Allah melalui keindahan alam dan langit ciptaanNya.

Saya bersyukur di benarkan hidup hingga ke saat ini, merasai nikmat demi nikmat. Syukur tidak terhingga. amin..

Sempena anniversary ni, saya dapat email dari Abah.. Walaupun dia ada di Melbourne tapi dia emailkan kad ucapannya. Ia sangat menyentuh hati saya.. Terima kasih ya bah.
Dan terima kasih padaMu ya Allah. Semoga semua laluan hidup kita diberkati Allah..

Doa saya untuk saya, ibu bapa dan juga anda semua..

Ini email ucapan dari suami saya.. [Jangan keliru ye.. Umi tu saya, Abah tu dia..hehe..]


My Dearest Umi Nurhidayah,


Life is a gift.

Never regret a day in your life,

good days give you happiness

but bad days give you fruitful experiences,

both are essential.....

May your inner light shine brighter

while stepping towards a new milestone.

Wishing you a year-long well-being ---

safe, good health, joy

and Happy New Year!

and

Happy 16th Anniversary

1905543sden0prxpk.gif                               picture by zubia_20091905543sden0prxpk.gif                               picture by zubia_2009
with every good wish

:Abah Fairuz



Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru

Azam Baru..

Tahaun 2010 berlalu pergi meninggalkan pelbagai kenangan, manis dan pahit, suka dan duka.
Laluan setiap insan tidak sama, tapi semuanya tertulis di Lauh mahfudz dan tersimpan kemas dalam catatan amal baik dan buruknya. Di mana kita sepanjang tahun 2010? Apakah banyak baik yang kita lakukan atau sebaliknya. Tahun baru Hijrah atau tahun baru Masehi bermakna berlalu pergi setahun umur kita dan bermula hari-hari baru sebagai insan yang lebih tua dari sebelumnya.

Orang yang esok lebih baik dari semalam adalah insan yang beruntung. Saya ingin berada dalam kelompok orang yang beruntung. Semoga anda juga..amin..

Apakah azam tahun baru saya?
Azam tahun baru saya adalah ingin menjadi Muslim yang lebih baik dari sebelumnya..
dan berjaya melepasi ujian jihad ilmu yang saya tempohi ini..
Semoga dipermudahkan Allah..

Happy New Year to All...

Selamat Datang 2011..