Sunday, May 31, 2009

Rumah Baru

Syukur...

'Umi.. ni ker rumah kita?'
'Yelah.. Aisyah rasa cantik tak?'
'Cantik jugak'..

Saya rasa rumah baru yang saya sewa ni macam hotel. [hehe..]
Melampau sangat.. macam tak percaya jer..
Betul!
Tapi tengokler hotel apa? ada hotel De Palma, ada hotel Yap Ah Loi, ada hotel Sheraton, ada yang sangat power macam Swiss Garden... Tu belum masuk hotel tercanggih 7 bintang kat Dubai tu..


Saya bersyukur sungguh dapat rumah ni. Rumah ni pada mata saya cangat cantik, saya bagi 3 bintang tiga suku...atas siket dari De Palma.. hehe..


Ada 3 bilik jadi bilik depan sekali saya buat bilik study, bilik tengah adalah bilik Aisyah dan bilik hujung yang dekat dengan dapur adalah bilik kami.. [Selingan.. kat sini saya selalu rasa lapar, kadang-kadang cam kebulur.. ops... hehe.. dah makan malam kol 7 pm, kol 11 saya kebuluran lagi.. saya selalu makan roti dua keping kol 11 atau jam 12 malam sebelum saya dapat tidur. Kadang-kadang saya dah nak tidur pun, tetiba perut saya berbunyi.. grupp... grupp..issyy.. apesal lapar saja ni.. orang lain pun macam saya ker? Jadi kalau bilik saya dekat dengan dapur, senang saya mencari rezeki malam-malam...hehe..]
____________

Pindah


'Kak, masa datang Australia hari tu, akak bawak berapa beg?' Khafiz tanya saya sambil ketawa.
'4 jer..tapi sekarang beg tu dah beranak pinak...hehe..'

'Wah.. ini baru 6 bulan, dari rumah fully furnished ni.. Kalo 3 -4 tahun, berapa banyak agaknya kak?' Cik Din pulak tanya sambil ketawa..
'Tak tahu ler Din... akak rasa 3 tahun nanti Tarago tak muat dah.. Mahu 3 trailer kot nanti.. hehe...'

Banyak betul barang saya.. Entah apa-apa..

Hari Sabtu 30 May, jam 11 pagi, beberapa orang kawan-kawan telah sudi datang membantu kami pindah. Jutaan terima kasih yang setinggi-tingginya kami ucapkan pada seluruh kawan-kawan dan ahli keluarga yang telah sudi datang membantu kami pindah.. Semoga Allah memberi pahala yang besar untuk kawan-kawan semua.. amin..

Khafiz , Niza dengan Taragonya, Zafiri, Cik Din, Gee dan anak-anak, Neezam dan Julie, Ibrahim dan Ina, Hamzah dan Fizah, Idham, Azida, Umi Salwa dan Fiza dan lain-lain, terima kasih yer..

Sekali angkut dah selesai, tapi penuh sepenuh-penuhnya barang kita orang..


Orang-orang kuat.. movers..

Penuh...

Movers gak ni.. wanita hebat abad ni... hehe..



Cik Din kata..'Khafiz, beli kete besar lagi ler.. Tarago tak cukup besar, barang-barang Kak Dayah tak muat ni..' [acah jer, dia tak cakap cam tu.. saya yang reka..hehe..]

Terima kasih yer semua yang sudi membantu..

p/s Terima kasih jugak pada Gee atas masakan dan Su dan Chef Aris kerana datang bawak mee..TQ gak pada Sham yang sudi datang isi borang condition record tu yer..

Friday, May 29, 2009

Pindah Rumah

Dapat Kunci

Hari ini 29 May, saya dapat kunci untuk masuk rumah baru. Jadi tengahari ni, saya akan ke tempat Agent, ambik kunci, masuk dulu, mop dan lap mana-mana patut. Baca beberapa ayat dan doa yang saya mampu dulu sebelum duduk rumah tersebut..insya Allah

Barang-barang akan diangkat esok pagi jam 11 pagi. Barang-barang saya tak ada yang besar, tapi bila saya masukkan dalam kotak, rupanya banyak betul barang-barang yang 'entah apa-apa' [hehe..] Barang mainan Aisyah saja dah berkotak-kotak. Buku-buku saya berpuluh kotak.. banyaknyer..

Esok insya ALlah kawan-kawan akan datang tolong angkat barang. Saya mintak tolong ramai jugak, mudah-mudahan bagi yang free esok, dapat datang dan kalau ramai datang dan banyak kereta, sekali angkut maybe dah selesai..
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih pada semua yang dapat hadir esok.. insya Allah.

Saya tak sabar nak masuk rumah baru..
Eiiyyyy seronoknyer..hehe..
Semoga rumah ni lebih baik untuk saya sekeluarga.. amin

Wednesday, May 27, 2009

Ziarah Orang Sakit

Adab-adab ziarah

26 May 09 jam 6.00 pm, saya dan Abah ke Austin Hospital ziarah suami Kak Sal. Paginya Dr dah bagitau dia serius, dan mintak Kak Sal panggil semua family kerana kesihatannya sangat lemah. Tetapi petangnya suami Kak Sal atau dipanggil sebagai Abang Theo telah mula recover. ALhamdulillah.

Suaminya orang Greece, namanya Theo Gyftakis berumur 60+. Orangnya baik dan peramah. Katanya dia mengalami beberapa masalah kesihatan. Kerana terlalu banyak makan ubat, dia mengalmi kesan sampingan sehingga hatinya bengkak, buah pinggang bermasalah dan lain-lain yang tak sempat saya nak ingat masa Kak Sal ceritakan..

Masa kami sampai Br Rahmat dan isterinya Ana ada, Nor dan suaminya pun ada di sana. [Nor adalah cikgu Sekolah ILIM]. Saya berjumpa Kak Sal, peluk sambil mengucapkan kata-kata 'Kak Sal, sabar yer.. we pray may Allah help your husband'.. Kak Sal pun bercerita perubahan suaminya dan ucap terima kasih kerana sudi datang. Saya juga bagitau bahawa kat tempat kami sekarang ada majlis study circle dan ramai sahabat2 baca yasin dengan doa ALlah sejahterakan suami Kak Sal, insya Allah..

Ini kali pertama saya ke Bahagian ICU di Austin Hospital. Sebelum ni saya ke sana ziarah Mila isteri Azma masa dapat baby baru-baru ni.

Lepas Nor keluar dari bilik pesakit, Kak Sal ajak kami berdua masuk ke dalam dan bagitau tatacara memakai baju apron, sarung tangan dan maklumkan peraturan hospital yang lain semasa melawat pesakit di ICU.

Antara adab melawat pesakit yang saya ingat dan mesti diikut adalah,

-Jangan lama-lama melawat pesakit
-Jangan bercakap benda2 tak berkenaan
-Jangan letihkan pesakit dengan percakapan kita
-Baca doa sambil beri kata-kata perangsang
-Bagi kata-kata semangat pada isteri/anak-anak pesakit
-Cepat keluar supaya orang lain juga dapat melawat pesakit

Kami pun masuk, Abang Theo [Saya tak tahu nak panggil apa, jadi saya tak panggil nama ler..] rancak bercerita dan kami maklumkan bahawa kami orang Malaysia, kawan wifenya Kak Sal dan we were there helping the wedding anak dia hari tu.. Dia seronok mendengarnya..

Lepas dia bercakap, Abah pun kata, 'Is that ok if we touch you and recite some doa..Can my wife touch your feet' Dia sangat gembira dan berkata..'Yes please brother. Please sister..I feel so happy that you want to read doa for me..'

Abah letak tangan kat dadanya dan baca beberapa ayat syifa' dan selawat syifa' beberapa kali. Suami Kak Sal memang ada selimut menutupi badannya, dia juga ada banyak wayar2 berselimpang kat tangan dan okiogen di hidungnya..Saya pula dengan memakai sarung tangan plastik dan saya pegang kakinya..

Saya bacakan fatihah, selawat syifa', saya baca beberapa kali ayat-ayat syifa' dan tiup siket kat kakinya.. Dengan doa yang Rasulullah ajar, kami bacakan kepada beliau sebagai ikhtiar setakat yang mampu.. Dia sangat gembira...

Lepas dari tu, kami minta izin nak keluar dan dia ucapkan terima kasih..

Sebelum kami keluar, dia siap tanya apakah saya dan Abah plan nak mintak PR kat Australia. Kalau nak mintak PR nanti, datang ke rumahnya, dia ada banyak rumah dan kami boleh duduk di rumahnya.. Saya dan Abah ketawa saja sambil ucapkan terima kasih..

Saya taknak duduk sini, saya nak balik Mesia..
Tanah air tumpah darahku..insya ALlah
Tapi kalau PR bagus jugak yer.. hehe..

Tuesday, May 26, 2009

Santapan Rohani

Santapan..

Minggu lepas, Khamis malam Jumaat 21 May 09, majlis Santapan Rohani bagi kaum bapa dibuat di rumah kami. Ustaz Nushi yang lead bacaan yasin di samping memberikan tazkirah berkenaan tugasan sebagai ibu bapa dan kepentingan mencari sakinah dalam hidup. Ramai yang hadir, dalam 30 orang jugak..

Majlis ini diadakan dua minggu sekali dan tempat berubah-ubah mengikut rumah siapa yang bersedia menjadi tuan rumah. Pada masa yang sama, dibuat jamuan makan selepas majlis dengan berkonsepkan pot luck. Semua bawa sikit-sikit akhirnya jadi bukit..

Banyak makanan yang dibawa oleh bapa-bapa hasil masakan mak-mak di rumah (hehe..) dan lepas majlis semuanya makan dengan penuh berselera. Ada bawak nasi goreng, nasi minyak, cekedok, caramel, kek cheese dan yang paling bestnya Idham jiran kami bawak kari kambing siap dengan kualinya sekali.. hehe..

Semua makanan licin...

Lepas makan, ramai bersembang-sembang dan Abah buat pengumuman bahawa kami akan berpindah dan mintaklah adik-adik, kawan-kawan dapat tolong kami pindah barang ke rumah baru.. Semuanya bersedia dengan terago dan kereta masing-masing... hehe..

Kiranya ni majlis Santapan Rohani yang terakhir la bagi kami jadi tuan rumah di rumah ini..
Insya Allah kat rumah baru, kami sentiasa bersedia menjadi tuan rumah jugak lepas ni..

Gambar-gambar akan di uploadkan kemudian..

p/s Hari ni Selasa 26 May ada Study Circle Kaum ibu pulak di rumah Nani di Reservoir. Awalnya saya plan nak ke sana, tapi bila dapat mesej dari Ana isteri Rahmat kata suami Kak Sal masuk ICU, saya pergi hospital dululah.. Nanti Ummi Salwa akan lead study circle hari ni disamping buat solat hajat beramai-ramai sempena nak periksa beberapa minggu lagi.. TQ ye Mie..

Monday, May 25, 2009

Terkini..

Settle Dah..

Tadi saya dengan Abah telah ke Sydney Road, berdasarkan cadangan kawan-kawan, kami telah mencari barang second hand untuk keperluan asas di rumah baru.

1- Peti sejuk besar diletak harga AUD 370
2-Mesin Basuh 6kg diletak harga AUD 360
3-Dryer diletak harga AUD199

Semuanya berharga AUD 929.00

Selepas keneng-keneng, bodek-bodek, hehehe... akhirnya kami berjaya mendapat 3 barang penting ini dengan harga semua sekali AUD780..

Wah.. ini berita baik ni.. barang akan dihantar terus pada Jumaat petang.
Saya bayar cash AUD500, balance pada hari barang dihantar.
Mudah-mudahan janganlah tokey tu tak hantar pulak...

Makna kasarnya, dah kira lengkap ler untuk hidup di rumah baru, barang-barang yang lain menyusul kemudian ler..Sama ada melalui kawan-kawan kasi, atau melalui garage sale, atau melalui Trash and Treasure atau melalui cara jumpa tepi jalan... opsss...hehe...
---------
p/s Malam tadi saya telah mengirim dua artikel ke Berita Harian. Tengoklah kalau editor Cik Puan Hasliza berkenan, dia akan siar ler tu nanti..Kalau tak.. maknanya dia tak berkenan ler tu..

1- Tajuk 1 adalah 'Belajar di Luar Negara'
2-Tajuk 2 adalah 'Selepas Sambutan Hari Ibu'.

Sunday, May 24, 2009

Kisah Demi Kisah..

Kisah 1- Pencarian Diteruskan..

Hari ini beberapa offer diterima dari kawan-kawan untuk dijual dengan harga murah;

1-Microwave confirmed beli

2-Tilam double- akan ditengok esok before decide

Ada ramai yang emaikan beberapa tempat dan kedai untuk kami tengok.. terima kasih kepada yang telah memberitahu kami seperti Tasha Aleh, Fadz, Neezam, Sham, Zafiri dan kawan-kawan yang lain..

Insya Allah esok petang kami plan nak ke kedai-kedai yang jual barang-barang dengan harga murah terutama nak beli fridge, mesin basuh dan dryer..

Harapnya semua barang dapat dicari dalam minggu depan..
Insya Allah dengin izin Allah..
Semoga dipermudahkan Allah.. amin.
______________

Kisah 2 - Azida Sampai

Kawan saya di UiTM Shah Alam iaitu Azida dari Fakulti Sains Komputer, suami dan 3 anaknya telah selamat sampai ke Melbourne pagi tadi dengan ditunggu di airport oleh Pak Tam, Sham dan lain-lain. ALhamdulillah selamat semua dan perjalanan berlangsung dengan baik.

Tadi dari rumah Pak Tam, mereka satu family datang ke rumah kami selepas saya balik dari ILIM jam 4 pm. Ramai yang meraikan mereka dengan siap masak dan bekalkan untuk kami makan malam. Terima kasih pada Nor isteri Pak Tam yang masak macam-macam, pada Gie isteri Cik Din yang bekalkan kueh-mueh, Sham dan Jumie sekeluarga..Rupanya Azida adalah kawan sekolah dengan Jumie dan juga kawan Azida adalah ipar Pak Tam.

Sementara Azida dapat rumah betul, mereka akan transit kat rumah kami..
Esok kami dan kawan2 yang lain akan tolong Zida daftar di Univ, buka akaun bank dan lain-lain.
Malam, kami sekeluarga makan malam dengan makanan yang dibekalkan tadi. Jiran terdekat sebelah rumah iaitu Neezam dan Idham juga kami panggil makan bersama..

Sedapnya..
alhamdulillah.
___________

Kelas Tajwid Pertama di ILIM

Hari ini hari Ahad, Aisyah ada kelas agama di ILIM. Hari ni juga Kak Sal, kakak-kakak serta kawan-kawan Singaporean memulakan kelas Tajwid atau Study Circle di ILIM bermula 10-11 pagi. Kak Sal menghubungi saya minggu lepas meminta saya memimpin kelas tersebut. Ibu-ibu termasuklah guru-guru kelas agama sekolah Aisyah turut hadir. Alhamdulillah hari pertama tadi ada lebih 10 orang.

Saya seronok melihat kesungguhan mereka. Hari ini saya belum masuk kepada ilmu Tajwid, tapi saya buat pengenalan kepada ilmu kemanusian, spritual dan fizikal, sedikit ilmu perubatan Darus Syifa' dan ilmu aura yang saya pelajari serta keperluan membaca beberapa ayat sebagai amalan dan benteng diri kita semua. Kemudian baru kami bincang tentang al-Quran dan bagaimana kelas ini akan dijalankan. Kelas akan dibuat dua minggu sekali. Saya akan mulakan dengan teori hukum 5 Tajwid, makhraj huruf dan kemudian membaca surah al-Naba' bergilir-gilir dalam 5 ayat seorang. Kemudian kami akan mencari hukum tajwid dari ayat-ayat yang dibaca. Semua sangat berminat dan saya seronok berkongsi setakat yang saya mampu. Insya Allah..

Kat kelas tu juga, saya isytihar saya nak pindah awal June nanti. Kakak-kakak ni sangat baik, sepertimana kawan-kawan saya di Bundoora juga. Kak Sal siap kata, 'Ok nanti Hidayah, kita akan buat list, sapa nak contribute apa untuk Hidayah. Hidayah tulis apa yang dah ada, kami akan tengok barang-barang kami, apa yang kami akan kasi pada Hidayah.'

Segannya saya...

Kak Min pulak kata, 'Hidayah, Kak Min ada sofa yang boleh buka jadi katil. Kak Min akan kasi Hidayah. Tak payah datang ambik. Nanti Kak Min hantar. Kettle elektrik, bantal, pinggan dah ada dah? nanti kami akan kasi....'

Isy isy.. Segannya saya...
Yang basic sangat macam pinggan tu saya dah ada..
Tapi kalau nak kasi, buleh jugak.. hehe..

Dalam hati saya... Alhamdulillah
Mudahan2 ALlah permudahkan semua urusan saya.. amin

Saturday, May 23, 2009

Meneruskan Pencarian

Barang-barang..

Kami tak ada pengalaman mencari barang-barang second hand untuk rumah. Sebabnya masa masuk rumah sekarang, semuanya fully furnished. Tapi rumah yang akan kami masuk minggu depan adalah 'zero funished', jadi saya sebenarnya pening memikirkan barang yang perlu dibeli/dicari/ untuk masuk rumah baru nanti.

Beberapa hari lepas, atas cadangan kawan-kawan saya menghantar email ke vmpgs yahoo group (victoria malaysian post graduate) mengoffer sesiapa daripada vmpg members yang nak let go barang-barang (sama ada sebab dah habis belajar dll), dan nak jual murah barang rumah mereka, silalah email saya. Rasa segan jugak buat macam tu.. Tapi apa nak buat.. hehe..

Adalah beberapa email response saya terima.. Tapi semuanya jauh, tak berbaloi pulak untuk saya berjalan sejauh 58km semata-mata nak beli tilam murah.. Tengoklah macamana minggu depan..

Tadi kami daftar diri dalam e-bay. E-bay adalah saluran secara maya untuk jual beli barang-barang second hand. Sesiapa nak menjual menawarkan dalam e-bay dan bid dibuka selama 6 jam. Jika kita berminat, kita boleh meletakkan bid tertinggi dan barang yang ditawarkan akan dijual kepada kita. Tadi saya tengok ada beberapa buah mesin basuh dan peti sejuk kecik berumur 1-2 tahun dioffer dengan harga AUD250 tapi saya belum bid apa-apa lagi. Saluran e-bay ini sangat berguna untuk membeli secara online tetapi kalau nasib tak baik, barang ditawarkan tak baik kualiti. Kenaler kita repair pulak.. Inilah masalahnya.

Petang tadi kami pusing-pusing ke Sydney Road mencari factory outlet barang-barang murah.. Tapi tak jumpa pun..

Kat sini, barang baru mahal sangat bagi saya. Tak mampu dengan kemampuan kewangan kita yang ditaja ini. Contohnya tilam AUD700, katil AUD300, sofa AUD1500.. Manaler mampu..Lainler kalau saya orang kaya..hehe..

Lagipun kita bukan nak guna lama, setakat lama mana kita belajar di sini..insya Allah antara 3-4 tahun dan bukannya nak buat balik Mesia barang-barang tu.. Jadi beli yang second hand pun dah bagus dah.. Janji ia masih boleh digunakan..

Basically, kami perlukan,

Peti sejuk
Mesin basuh
Dryer
Katil dan tilam
Meja study
Rak buku
Meja Makan
Sofa
Carpet
Microwave

heiii banyaknye...
mana nak cari ni..

Friday, May 22, 2009

Aisyah Darling


Aisyah..

'Umi. I have a great news..'
'What is that?'
'Close your eye first, tara......

Apa benda tu..
Rupanya Aisyah bawak Buletin Sekolahnya..
'Apa yang great newsnye Aisyah?'

'Umi turn to page 2'
'Tara...'

'Ohhhh congratulation darling Umi..'
'At last, Aisyah dapat jugak yer..'

'I feel so happy Umi..'
'Umi tau tak, pagi tadi Aisyah said to Miss Jap.. Thank you Miss Japp for choosing me..'
'Aisyah say thank you ALlah.. Aisyah always pray, hopefully one day Mis Japp will choose Aisyah.. happynyer...'

Apa benda yang jadi tu...

Sebenarnya sekolah Aisyah setiap hari Khamis akan mengeluarkan Buletin Sekolah.. Sesuatu yang Sekolah di malaysia juga wajar mencontohinya.. Di sebalik mengeluarkan surat berkala daripada Pejabat kepada Ibu bapa, baik jika sekolah di Malaysia mengeluarkan Buletin seminggu sekali atau dua minggu sekali seperti di sekolah Kingsbury ini.

Pada setiap minggu juga, guru kelas akan memilih seorang pelajar yang bagus sebagai Pupil of the week, dan nama yang terpilih akan dimasukkan dalam Buletin dan semasa perhimpunan hari Junaat, pelajar tersebut akan dipanggil ke pentas dan menerima lencana 'Pupil of the Week'..


Aisyah sangat teruja..
Yang bergaris tu adalah nama Aisyah...

Thursday, May 21, 2009

Dakwah

Kata-kata Hikmah

Saya terpegun membaca kata-kata hikmah Abdul Qadir Audah ini.. Semoga saya selalu berada dalam kelompok yang sentiasa hidup dan mati bersama dakwah..Berdakwah dengan lidah, dakwah dengan tangan, dakwah dengan tulisan dan dakwah dalam apa sahaja cara yang bersesuaian.. insya Allah..

_____________________________

"Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun".

~ Abdul Qadir Audah

Wednesday, May 20, 2009

Darling Aisyah

Aisyah..

'Umi, do you like cooking?'
'Not really.. Why?'
'I love cooking..'
'Is it? Good, can you cook for Umi and Abah. I have a lot to do. I want to sit beside my computer. Aisyah cook for Umi please..'
'But I am still small.. I want to cook for you and Abah when I grow up. After Aisyah married, Aisyah want to cook for my husband, if I have children, I want to cook for my children...'
'Ooo.. ok.. good ambition..'
---------

My darling Aisyah malam tadi pulak said something..
'Umi, can you teach me how to make karipap?'
'Haa karipap.. oo it's quite difficult..'

Nape ler pulak nak karipap?
Umi tak pernah buat karipap, beli karipap adaler..
Terpaksalah cari resipi..hehe..
Nasib baik ada kawan-kawan yang tau, Tasha dah kasi resipi buat karipap...
_____________

'Umi, I love you very much..and I also love Abah very much..'
'Umi.. Happy mother's Day. Thank you for your love, you cook for me, you buy me cloth.. I love you very much..'
''Umi also love you very much..'
'Aisyah love Umi banyak mana?'
'Seratus ribu empat ratus juta juta juta Amerika Dollar..'

'hehe...ada pulak'..

----------------

Beberapa hari lepas, my friend Niena Areena dari Manchester dah email dan bagitau cara-cara nak buat gambar frame cantik-cantik macam dalam blog dia..Thank you banyak-banyak Na..
Maka my first attempt adalah gambar my darling Aisyah..

"Now, I present to you..
My beautiful beloved darling princess Aisyah... yeaaaa....."





Aisyah dalam surat khabar....


Aisyah dalam surat khabar jugak.. berjaya main kasut roda...

Aisyah kat Jaya Jusco... hehe...


Tuesday, May 19, 2009

Rumah Lagi...


Rumah..

Kenapa rumah?
Kenapa penting sangat rumah ni?
Kenapa kita perlu duduk dalam rumah?
Kenapa tak duduk bukan dalam rumah??

Kenapa soalan di atas berbelit-belit?
hehe...

Rumah sangat penting bagi insan. Tempat kita berehat, beribadat, tempat kita menyimpan rahsia, tempat kita bermesra dengan anak dan keluarga tersayang. Rumah adalah segalanya di dunia ini. Umpamakan kita tinggal 100 km dari office. Berulang alik dari rumah ke office tidak meletihkan.. berada setiap hari dalam jam boleh diteruskan. Bila sampai jer kat rumah, kita rasa betapa seronoknya dah sampai!..

Kenapa yer?
Kerana dalam hati kita telah ada satu nilai.. privacy, belonging.. Kita dah set dalam mind bahawa kita ke pejabat mencari rezeki dan destinasi akhir adalah balik ke rumah. Walaupun kita boleh saja tidur di rumah orang, rumah saudara mara, tetapi jiwa kita tetap tidak settle. Kita tetap nak balik rumah, nak tidur kat rumah.. Kat katil sendiri, dalam bilik sendiri, makan di dapur sendiri, guna toilet sendiri, basuh baju di mesin basuh sendiri dan semuanya di rumah sendiri..

Ini kawasan rumah kita.. sekarang

Ada kepuasan di situ. Sebab itu orang berlumba-lumba membeli rumah. Lagi besar rumah, lagi puas hati.
Semoga rumah kita di dunia ini cantik dan sejahtera, dan semoga kita juga tidak lupakan rumah yang bakal kita duduki di akhirat sana.

Bagaimana rumah kita di akhirat?
Perjalanan yang panjang kita lalui di dunia ini adalah sebagai bekalan untuk membeli rumah di akhirat. Sibuk memerah tenaga membayar hutang rumah besar kita di dunia, bagaimana pula mencari saham untuk membayar rumah kita di akhirat..
Semoga Allah mengizinkan kita mendapat rumah cantik dan sejahtera di dunia dan begitu juga semoga kita juga mendapat rumah besar dan sejahtera di akhirat. Amin..

Rabbana atina fiddunya hasanah
Wafil akhirati hasanah
Waqina azabannar..

Wahai Allah.. berilah kami sejahtera di dunia.
Dan berilah kami sejahtera di akhirat..
Dan jauhkanlah kami dari azab api neraka..
amin..

_______________

Rumah di Melbourne

Masa kami sampai 28 Nov 08, kami duduk di Mesian Hall seminggu. Lepas tu kita orang duduk di rumah sekarang selama 6 bulan.. Dan sekarang saya akan berpindah lagi..[ macam nomad jer.. hehe..]

Hari ini saya sangat gembira. Dari petang tadi, saya asyik ter senyum memanjang... hehe...
Jumpa orang rasa nak tegur semuanya...[bahaya ni..hehe..]

Sebenarnya tadi saya jam 3 pm, saya telah call Agent yang saya submit permohonan untuk sewa rumah.
Saya call..
'Hello, I'm Nurhidayah. I sent my application yesterday for the house no 69. I want to ask about that. Is my application successful?'
'What is your surname?'
'Muhammad Hashim'
'Oooo.. ok.. you are accepted..'
'Haah. are you sure? Are you sure I get the house? Oo.. I feel so happy. Thank you God.. Thank you also yo you.. thank you very much.. What is the next step? I'll go to your office right now. Give me 15 mt, I'll be there as soon as possible...'

Alhamdulillah syukur pada Allah..
Allah telah kabulkan permohonan kami..
Rumah kedua yang cantik tu dapat kat kami..
Masa buat inspection hari u, ada beberapa family yang sama-sama tengok..
Akhirnya dapat kat kami..
Alhamdulillah..

Kami inspect dua rumah dan dapat yang ini.. Alhamdulillah..
Dan ini merupakan rumah persinggahan kami di Melbourne yang ketiga. mudah-mudahan ianya baik untuk kami dan dapat kami duduki sehingga saya habis belajar..
Insya Allah..

Kami akan berpindah 1 June nanti.

Ni petang tadi.. tetiba ada posum tengah dokong anak dia duduk depan rumah kami.. Cantikkan?


p/s Pada 26hb May nanti, kawan saya Norazida Pensyarah UiTM Shah ALam akan menyambung pelajaran di Univ yang sama dengan saya. Insya Allah dia akan transit di rumah saya sehingga 15 June sehingga dia dapat rumah. Itu agaknya hikmah di sebalik perancangan Allah. Saya dapat jawapan rumah baru sangat cepat dan dapat pindah sangat cepat, dan juga rumah saya sekarang dapat dimanfaatkan oleh rakan saya Azida. Semoga ada kebaikannya..
Dulu saya sampai saya duduk di Mesian Hall, saya memang plan nak duduk di Mesian Hall supaya saya senang berjalan-jalan di Melb City dan ada pengalaman duduk hostel. Saya sangat seronok duduk Mesian Hall kerana dapat berjumpa dan kenal baik dengan Ustaz Zul, Dr Ali Attachee dan ramai lagi yang sama-sama transit dengan saya masa tu di Mesian Hall. Masalah sekarang, Mesian Hall tengah dalam proses pembaikan, sebab itu rumah transit sangat diperlukan untuk pelajar baru.

Palestin

Perjuangan Palestin.. Memperingati Nakbah (Catastrophe)

Di Papan-papan tanda di Universiti saya penuh dengan tampalan mengenai Palestin.. Terdapat majlis diadakan di Melbourne City berkenaan perkara ini tetapi saya tak dapat hadir. Untuk mengetahui isu Palestin, marilah kita baca tulisan Pengarah PACE dari Malaysia yang saya copy dan bawa ke blog ini..(Saya tak mintak izin, harap Dr Hafidzi benarkan...)


________________________

MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 61

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza.

Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang.

Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 61. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan.

Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.



Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka.

Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.



Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan.

Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.



Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan.

Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.

Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949.

Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.

Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949.

Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.




Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia. Apabila tirai 2008 berlabuh bermulalah serangan paling biadap ke atas Gaza yang tidak perlu lagi diulas kerana liputan media yang meluas.



Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2009 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE

Palestine Centre of Excellence

18 Mei 2009

Monday, May 18, 2009

Ayat-ayat Syifa'

Syifa'..

Syifa' maksudnya sembuh- penyembuhan- penawar... Sakit itu datangnya dari Allah, maka hanya Dia sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kita wajib berusaha, tapi kesan akhir usaha kita yang membawa penyembuhan adalah pada kuasa Allah segala.

Hari tu saya telah uploadkan ayat-ayat Asas 10 pertama Darus Syifa', bagi yang bertanya dan mungkin ada yang berminat, sila click atas ayat tersebut dan gambar tu akan jadi besar. Printlah.. Senang nak print dan dibaca bila dia besar..

Bacalah selalu semoga ia menjadi ubat yang mujarab untuk kita..


p/s Nanti saya akan uploadkan terjemahannya soon.

Sunday, May 17, 2009

Rumah Oo Rumah Siri 3

Rumah Sewa..

Best jugak mencari rumah dan membuat inspection ni.. hehe..
Pengalaman baru yang saya jumpa di sini.

Di Malaysia Allah rezekikan saya mampu memiliki beberapa buah rumah. Sementara saya ke sini, saya tak tahu apa terjadi kepada rumah yang saya sewakan. Mudah-mudahan penyewa-penyewa menjaganya dengan baik dan jika ada rosak, repairlah apa sepatutnya dan tolaklah dari harga sewa rumah tersebut..

Saya banyak menyerahkan atas nama kepercayaan.. percaya dan berharap!

Di Australia ini tak ada istilah percaya dan berharap. Semuanya law, bertulis dan di tanda tangan dan ianya mengikat dan boleh dibawa ke Mahkamah jika perlu bila-bila masa sahaja. Ada Undang-undang khusus berkaitan tenancy di sini dan ada Union untuk menjaga isu sewa rumah ini. Namanya Victoria Tenant Union. Jika tenant ada apa-apa masalah, ditipu atau apa-apa sahaja, boleh hubungi Union ini. Saya rasa perkara ini wajar diperkenalkan di Malaysia.. mungkin suatu hari nanti..

Masa saya nak cari penyewa untuk rumah saya, saya tak pakai Agen, hanya letak kertas keras, kotak coklat yang saya ambik kat kedai, saya potong dan tulis besar-besar kat kadboard tu..
'RUMAH UNTUK DISEWA.
Berminat hubungi no tel XXXXXXXXXXX'.

Pastu saya gantung kat tingkap. Pagi saya gantung, petang saya dah dapat banyak call dan saya akan jumpa mana yang sangat serius nak duduk, saya dapat dengar cara dia masa dia telefon, menunjukkan kesungguhan dan keperluannya terhadap rumah tersebut.

Pastu bila saya jumpa, saya ceritakan pantang larang saya.. Bagi rumah flat saya, students perempuan yang duduk.. Saya akan cakap terus terang, 'Tak boleh bawak masuk teman lelaki, jangan terlibat dengan maksiat, jaga rumah saya elok-elok, jiran satu flat ni semuanya kawan saya, jadi kalau ada apa-apa kamu boleh pergi mintak tolong kat mereka dan kalau mereka complaint pasal kamu, maka saya akan datang segera. Kalau complaint berasas seperti kamu ada bawa masuk lelaki bukan mahram, jadi saya akan mintak awak semua keluar.. Kalau setuju dengan syarat2 saya, nanti awak siapkan duit deposit, dan kita akan sign satu agreement untuk awak pegang..'

Dalam agreement tu, saya tuliskan syarat2 macam yang saya sebut tu dan beberapa terma yang common dalam tenancy agreement biasa. Pastu saya akan ambik semua salinan kad pengenalan dan kad pelajar mereka serta nombor telefon semua penyewa. Saya akan lantik seorang jadi ketua.

Perjanjian tu saya bagi satu copy pada ketuanya dan satu copy saya pegang..

Rumah yang saya sewa pada keluarga atau orang yang dah kahwin, perjanjiannya tak adalah saya tulis terperinci macam saya sewakan pada orang bujang..
[Double standard ker......]
{Bukan double standard sebenarnya.. tapi lebih berhati-hati kerana students atau anak-anak bujang selalunya (tak semua) lebih senang terdedah kepada maksiat, ada pasangan belum berkahwin dan ada (tak semua) yang melebihi batasan agama seperti selalu berdua2an, berpegang tangan, berpelukan, membawa pasangan ke dalam rumah dan lain-lain.. Dari segi jagaan rumah juga berbeza, yang dah kahwin selalunya lebh mengambil berat mengenai gardening, kebersihan dan kekemasan..}

Saya buat mudah jer.... Kat sini, berbeza sungguh!

Bagus jugak saya belajar sesuatu yang baru di sini..
Hari demi hari, saya mengumpul pengalaman baru..
Alangkah indahnya hidup kurniaan Allah ini..
amin

Saturday, May 16, 2009

Rumah Oo Rumah Siri 2

Inspection Rumah

Hari ni saja saya dah inspect 2 buah rumah. Satu tu sewanya AUD265/week dan satu lagi AUD255/week. Semuanya 3 bilik dengan ducted heating. Saya berminat dengan dua-dua tapi kalau dilihat dari perspective lain, saya nak yang kedua.

Rumah pertama lebih kecik, ruang tamunya sangat comel, jadi sangat susah jika kami nak buat majlis ilmu, Study Circle atau buat majlis makan. Letak sofa dah habis semua ruang. Tapi yang cantiknya semua rumahnya ada carpet wall to wall.. Kurangnya pulak belakangnya berterabur, tak cantik garden tak jaga sangat.

Rumah kedua lebih besar, jauh sikit dari Univ, ruang tamunya lebih besar, belakang pun ada ruang dah disimen untuk jemur baju, sesuai untuk Aisyah main scooter. Ruang tamunya agak besar jadi sangat sesuai nak buat majlis, ramai orang oleh duduk..Cuma kurangnya dia tak wall to wall carpeted. Ada ruang simen di seluruh dapur. Tapi itu boleh diusahakan dengan ditutup dengan carpet.

Saya nak rumah nombor dualah..
Aisyah pun nak rumah nombor dua..
Abah pun nak rumah nombor dua..

Masalahnya kita kena serahkan borang dengan segala dokumen terperinci, pastu kita kena compete dengan orang lain yang ramai-ramai datang buat inspection sekali dengan kita tadi... Agent rumahnya bagi masa 15 mt jer, 10.55 - 11.10 mt saja, kalau kita lambat, tak dapatlah inspect. Kalau tak pergi inspect, kita tak boleh isi borang renting sebab law kat sini, isi borang hanya selepas inspect.. dalam seminggu dapat result dapat ke tak dapat...

Tadi Umi ajar Aisyah supaya sama-sama buat solat Hajat, semoga Allah akan bagi kita dapat rezeki rumah yang cantik, sesuai, sejahtera zahir dan batinnya, dan jiran-jiran biarlah baik serta kita dapat duduk sampai habis Umi belajar nanti.. Insya ALlah dan amin..

Saya harap sangat dapat rumah nombor dua tu..

p/s Saya belum pernah ada pengalaman cari rumah sebab sekarang saya duduk di accomodation kepunyaan universiti. Saya dah book dari Mesia before datang sini lagi.. Sebab tu saya tak tahu susah jugak kawan-kawan nak dapat rumah sewa di Melbourne ini..

Friday, May 15, 2009

Rumah oo rumah.....

Mencari Rumah di Melbourne...

Saya telah submit borang untuk keluar dari rumah yang saya duduki ini semalam. Saya jumpa Hazel, Staff incharge dan isi borang vacant, paling minimum mesti 4 weeks prior to the date.. Cancelation fee sebab breach contract kena charge AUD250.. Pastu kena tulis alasan dengan terperinci kenapa nak keluar dan tulis cadangan untuk perbaiki. Jika ada yang best duduk rumah ini pun kena isi..

Pelik betul procedure nak cari rumah sewa di sini, jauh berbeza dengan tempat kita di mesia. Macam langit dan bumi.. Saya tulis alasan sebab saya nak cari rumah yang lebih warmer dengan ducted heating dan ada proper garage.. Itu jer alasan yang saya nampak, nak kelentong sebab bagus-bagus tak pandai sangat..

Saya tengah susun pengalaman mencari rumah untuk saya tulis dalam artikel Berita harian nanti.. Saya sekarang akan mula kembali aktif untuk menulis rencana dalam Berita harian.. Hasliza editor Berita Harian dah jadi kawan saya, dia ada email tanya kenapa tak kirim artikel.. Insya Allah saya akan cuba menulis kembali ..insya Allah semoga saya berjaya..

Lama saya tak tulis artikel dalam surat khabar, nanti saya jadi lupa macamna nak start karangan, ayat nak susun macamana.. nak tutup karangan macamna...susah jugak yer..

Saya perlu menyusun waktu agar saya berjaya menulis artikel dengan baik disamping tugas hakiki saya .. membaca untuk kajian PhD yang baru bermula..

Minggu depan saya akan dipanggil mengadap Supervisor saya... huhu...
Kecut perut saja tiap kali nak mengadap Makcik Supervisor saya..ayooo

Tapi yang penting saya kena buat inspection rumah dengan kadar segera.. mungkin dalam 10 buah rumah sebelum saya dapat rumah yang akan menjadi rezeki saya sekeluarga..
Bukan untuk saya beli.. Saya cuma nak sewa jer.. Banyak betol procedure kat sini..

Negara orang.. tidak sama dengan negara sendiri!

Thursday, May 14, 2009

Wow.. or Wau...


Main Wau

Mana satu betul? Wau or Wow???
Bagi saya dua-dua betul, nama benda tu wau, bila dia naik tinggi, kita pun jerit wow... hehe...


Masa kat balik Mesia dulu, Aisyah, abah dan Umi pernah pergi ke tempat orang main wau kat kat tepi highway dari Batu Caves ke Shah Alam. Apa entah namanya, lupa pulak...Tempat tu dah digazzet sebagai tempat main wau. Best sungguh tengok orang main wau, ada bermacam-macam warna dan rupa paras wau yang ada. Hari tu saja, dalam 120 wau berada di awan biru..



Ramainya orang..Seronoknya...



Abah dengan Aisyah tengah main .. bestnyer...

Ini wau Aisyah.. mermaid..




Ini Umi pulak... tarik tarik!... lepas lepas!.. heiii bestnyer..
Masa main tu,
Aisyah menjerit..
Wau, I want to be like you..
floating on air..
bestnyer..


Ni Aisyah main buai kat sana..

Bagi yang dekat dengan Batu Cave, pergi lah sana, bawak anak-anak main wau.. best dan sangat seronok tengok ramainya orang berbagai bangsa dan rupa.. orang arab, orang melayu, orang cina, orang india semuanya main wau..
Kenangan yang indah..


Kita ada bawak dua buah wau datang sini tapi tak dapat main pun..
walaupun angin kuat tapi wau tak naik lah.. tak tau sebab apa..
Agaknya sebab angin kuat tu sejuk kot, jadi wau pun sejuk jugak dan dia boikot tak nak terbang.. hehe..

Swimingsuit

Perjuangan Seorang Muslim Woman..

Saya membaca article ini dengan hati dan perasaan..
Semoga Allah memudahkan semua urusan kita..
Semoga kita dapat beramal dengan agama kita dengan mudah di sini, sepanjang kita berada di bumi Australia ini...
amin..

________________


'I felt more welcome in the Bible belt'

Manal Omar had used her five-piece 'Islamic-style' swimsuit for years - in Rio, Washington and Kuala Lumpur - and it had never brought her more than a curious glance. Then she went for a dip in Oxford ...


Manal Omar/ Islamic swimsuit

Manal Omar in her Islamic swimsuit



One Sunday last month I went for my afternoon swim at my local David Lloyd's fitness club wearing the Islamic-style swimsuit I have been wearing for years. The swimsuit has recently been celebrated by media outlets from Newsweek to National Geographic as an innovative way for Muslim women to become more active. As an American-Muslim woman, I have always been determined to be active without compromising my faith. I have been swimming in capital cities across the world from Rio de Janeiro to Washington DC to Kuala Lumpur, and now London. Although I get curious stares, I have never had any awkward moments when I head out for a swim.

That is, until I came to Oxford.



As I was getting ready to head home from my Sunday swim, I heard a loud voice from a man stating that he needed to speak to the manager about dress code. I picked up on it, but didn't really give it too much thought, until I heard him yelling about "that woman over there" who was wearing the "burkini", the gist of what he was saying seemingly being that it was inappropriate. What the hell is that? The burkini? I could feel a rising indignation at the man's audacity in singling me out in this way. Who had died and declared him the pool police? There were several lifeguards on duty who had seen me swimming there over the previous six months, and none had objected to the swimsuit. It's been nearly a year since I moved to Oxford, and frankly, I had had enough of the anti-Muslim rhetoric in British political life. Now that I was in the middle of it, I refused to stand on the sidelines.

I walked up to the burly, middle-aged man who had been pointing at me a minute before and asked, "Are you guys talking about me?"



He turned towards me, and waved a dismissive hand: "This has nothing to do with you."

"Are you talking about me? Because if you are, this has everything to do with me."

He then confirmed he was indeed talking about me, but not talking to me. He was talking to the manager.

By this time I was irate, and the fact that he was using his dirty shoes as a pointer while he was yelling at me didn't help the situation. "But you have just singled me out in front of everyone, and in a voice loud enough for me to hear. How can this have nothing to do with me?"

At this point he referred to me as a "silly little girl", which I found amusing, considering that I am a 32-year-old, 5ft 10in, professional senior manager for an international NGO. This man was clearly a closed-minded bigot and a sexist to boot, and there wasn't much I could do to change that.



This turned my focus of anger towards the manager. His response should have been quick and succinct: "We have lifeguards who determine what is appropriate. If you have a concern, please do not single out one of our members, but put it in writing and we will send you an explanation." But he did not. Instead, he allowed this man to go on publicly challenging my choice of clothing, while publicly humiliating me.

Now, I realise that my swimsuit stands out a bit. And I know it's quite unusual: the week before last I lost my swimsuit and I did feel a bit awkward answering the receptionist's question - one piece or two pieces? "Well, actually, it's a five-piece," I said. The woman across the desk stared back at me in disbelief. I described it as a long wetsuit with a very short mini-dress on top. (It turned up a few days later.)



I admit, it's different. Some people might think it's overkill. But it's my choice. I choose to wear the hijab in my daily life, and it has never stopped me from being active, and this Muslim swimsuit was the perfect solution. I was so excited when I saw it for sale online.

Previously, there had always been a sort of unspoken agreement between me and my fellow swimmers that my swimsuit didn't really matter - we were all there to swim and relax. I was not forcing my swimsuit on them, and they were not forcing their choice on me. In fact, my choice of swimwear has been quite a success globally - it's one of the bestselling items for PrimoModa.com, where I bought it. It's made of ordinary swimsuit material and the Boston Globe recently praised it, among many other papers, in an article headlined, "High-tech fabrics keep Muslim women in the swim."



Yet that's not how the journalist at the local newspaper in Oxford, the Oxford Mail, decided to approach the issue. Her article was titled "Row over fully dressed woman in sauna". The main interview in the article was with Ian Caldwell, the man who verbally attacked me in the lobby. There was no attempt to find out the full story. A so-called "Muslim community leader" called Taj Hargey called it "political correctness gone crazy".



At no point had the journalist contacted me. She seemed to have decided to take a similar approach to the man in the swimming pool - talking about me, not to me. As did David Lloyd's, which had backed up his story without consulting me. At no point did they bother to inform me, a paying member, that such an article was being written. I contacted the Oxford Mail, offering them my side of the story. I never heard back.



Of course, that would have destroyed the theme of the article. Nobody in Oxford would be interested in new swimming suits with hi-tech material, but a crazy Muslim woman jumping into a pool fully clothed and potentially suffocating in the sauna was much more interesting. Since when have facts been important to journalists covering stories involving Muslims?



Needless to say, I was shocked to find out a week later that my swimming habits had caused not only a "row", but a huge online debate. Perhaps the most daunting part of the experience was the strong reactions from those who read the article. It was the website's "most viewed article" even two weeks after the incident.

The comments ranged from attacks on me (from both Muslims and non-Muslims) to full xenophobic attacks on all immigrants in Europe. At no point did any of the readers question Caldwell's version of events; nor did the majority of readers question his motivation for highlighting the issue. There was a blind acceptance that some random Muslim woman had done something, as one commentator described it, "a bit stupid". British Muslims piped up in apologetic tones, and everyone else openly attacked.



My routine visit to the gym had suddenly sparked a crisis: it was all about immigration, asylum! As one person commented, "This multicultural society is now becoming a multidirectional mess." Another commentator went as far as to write, "All the time people seem to be burying their heads in the sand and allowing our once great country to be taken over by others. I hope you one day will wake up when all our beautiful churches are being demolished and mosques built in their place." A tad drastic for a woman taking a swim, don't you think? (Mind you, it's all relative. I had one email from a woman in Sweden saying she found it disgusting that people in Britain went swimming wearing any clothing at all.)



Nobody saw how ridiculous the article itself was. Nobody except for one man. His nickname on the online board was Mr Town, but I would probably have nicknamed him Mr Angel. He posted a comment explaining, "I saw this woman swimming at DL and it was not dangerous or offensive. She wore a full-length suit, like the Aquablade they wear in the Olympics with a tabard type thing over it with a short hem bit that went into a skirt . . . This man obviously has some other motive."

The fact that only one person responded in such a way was more traumatic than the public humiliation Caldwell had subjected me to on the morning of March 4.



It is at this point that I get a bit perplexed by what exactly the British public wants. On the one hand, they are always complaining about Muslims refusing to integrate and be part of the "mainstream" community. On the other hand, it's become painfully clear that when we do come out into the mainstream, we make them uncomfortable. Granted, my swimsuit may not blend in, but the refusal by people like Caldwell to allow Muslim women to create a middle ground of interaction in the UK forces them into the extremes.



The online debate has created in me a sense of fear, and as a result I have not been back to the gym in the past month, even after assurances from the general manager at David Lloyd's Oxford branch that his management team would do their best to ensure I had safe access. The general manager agreed with me that things had spiralled out of proportion, and after I showed him my swimsuit, not only stated that it met swimsuit standards, but that it was now being offered for purchase at all David Lloyd's clubs throughout the UK. But Caldwell's actions had the desired effect: I stayed at home.



Having spent my entire life in the United States, as a veiled Muslim woman I am no stranger to discrimination. In fact, as a child, I grew up in the hardcore territories of the south in the US, known as the Bible belt. Although I faced comments and questions, my personal lifestyle and space never felt invaded. In fact, the churchgoing community I lived in as a child welcomed me, and after my experience in the UK I want to go back to the local priest and kiss him on the forehead for not only preaching about respect but putting it into practice.



Looking back, what disturbed me the most about the debate was that my very identity was reduced to a cluster of cliches about Muslim women. I was painted in broad strokes as an oppressed, unstable Muslim woman. I was made invisible, an object of ridicule and debate, with no opinion or independent thoughts. The fact that I had dedicated the past 10 years to working on women's issues on a global level, led a delegation of American women into Afghanistan in 2003, and put my life on the line in Iraq struggling for women's constitutional rights were clearly beyond anyone's imagination. The part of my life where I had the opportunity of meeting leading women from Queen Rania of Jordan to Hillary Clinton was erased.



When I chose to wear the headscarf nearly 15 years ago, I promised myself it would never hold me back from my two passions: travel and sport. Neither my mother nor my sister had worn the headscarf, and my family raised us with the gift of freedom of choice. To this day my sister and I enjoy the outdoors, each never giving a second thought to our choice of dress - her bikini or my "burkini". It strongly disturbs me that I was disregarded as an individual, and demeaned to a one-dimensional stereotype. For many of those involved in the debate, the fact that I covered my head and my body seemed to make them forget that I had a brain.



The truth of the matter is that as a Muslim woman living in the US - and I was in Washington DC on September 11 2001 - I never felt so isolated and discriminated against as I have these past few weeks in Oxford. Given that this is supposed to be one of the great seats of western civilisation, that should give British citizens something to chat about.


____________

Kadang-kadang kita berdepan dengan keadaan yang sukar seperti kita ditanya kenapa pakai tudung, kenapa tak boleh peluk dan salam bukan mahram, kenapa tak boleh makan babi dan sebagainya. Jika soalan ditanya secara baik, mungkin kita tak berapa terasa.. Kita jawab secara baik setakat yang kita tahu, atau koman-koman kita boleh sekadar senyum dan kata,'we will discuss later' pun ok jugak.

Tapi kalau soalan bersikap menghina, memalukan kita depan orang ramai, ia sesuatu yang sangat sukar. Seperti Islam ajar keganasan dll ... Awak tak boleh pakai tudung kalau nak kerja sini dan lain-lain...Bagi yang berani, mungkin akan bangun menegakkan hak, namun berapa ramai yang berani? Ada yang yang menarik diri dan terus mengasingkan diri dan ada yang berubah menjadi orang baru..'If I cant beat them, I'll join them..' Kalau pakai tudung menimbulkan banyak masalah, kita ikut sajalah cara pakaian mereka... Itulah yang sangat kita takutkan.. Semoga umat Islam mempunyai jati diri berpegang kepada prinsip agama dan berani mempertahankan hak... Insya Allah...Saya harap saya berada dan akan terus berada dalam golongan yang bangun mempertahankan hak.. insya Allah.. amin

Wednesday, May 13, 2009

Peninggalan Bushfire

Wittlesea..King Lake

Ahad 10 Mei 09, Aisyah ke ILIM untuk sekolah agama hari Ahad. Balik dari sekolah lepas solat zuhur, kami ke Wittlesea kawasan yang terlibat dengan Bushfire hari tu. Sekadar melihat kesan peninggalan kebakaran besar yang meragut nyawa ribuan Australians..

Kami berhenti tepi jalan di King Lake, bersembang dengan tuan punya kuda-kuda ini, dia menceritakan pengalamannya lari menyelamatkan diri semasa kebakaran hutan tersebut.. Sungguh trajis

Laluan ke King Lake, sangat cantik dengan pepohon di sepanjang jalan.. Saya rasa jika tidak ada kebakaran, sure pemandangan di sini cantik sekali...dengan dedaun berlainan warna.. musim autumn ini..


Ini adalah sebuah rumah yang terbakar.. Semasa kami ambik gambar tak ada sapa tegur, tetapi bila kami masuk dalam pagar dia, tuannya datang dan menegur..'Hello, excuse me.. You can't enter this area, this is private property...' .. Terus saya angkat tangan..'Opss... We're very sorry.. ..' hehe.. ingat cam Mesia, sini semuanya main law.. mujur tak kena saman sebab trespass..

Masa tu dah jam 5pm, asar dah nak habis, tak tahu mana nak tuju untuk solat asar, jadi solat tepi jalan sajalah... Gambar di atas, Umi tengah ajar Aisyah ambik wudhu' dengan air yang sangat sikit, hanya lap dan lalukan air, bukan basuh.. Aisyah berjaya mengambil wudhu' menggunakan 1/3 dari botol mineral tersebut...

Kemudian Aisyah tunaikan solat Asar......
Suasana sangat cantik, dan sangat sejuk...
Subhanallah...

Tuesday, May 12, 2009

Hayya Ala Solah Siri 2

Program Solat Sekolah

Alhamdulillah program solat zuhur di Sekolah Aisyah berjalan dengan baik, kadang-kadang 12 orang datang, kadang-kadang 10 orang.. Sebagai permulaan membiasakan budak2 ni dengan solat, itu dah kira baik dah tu.. Solat diadakan di perpustakaan kerana sekolah tidak ada bilik kosong untuk dijadikan tempat solat.

Oleh kerana asar masuk 3. pm, budak-budak ni tak akan sempat solat kat rumah kerana habis sekolah jam 3.30 dan selalunya balik rumah sampai jam 3.45pm. Sebab itu sekarang mereka solat masa rehat jam 1.40-1.50 pm sahaja dan sambung rehat sampai jam 2.30pm.

Yang jadi Imam kami lantik di kalangan budak lelaki yang grade 4. Setakat ini ada 3 orang boys yang selalu bergilir iaitu Hadi, Fuad dan Zaki. Budak-budak lain jadi makmum walaupun kadang-kadang berebut2 nak jadi Imam jugak terutama Irfan dan Arash yang umur 7 tahun..

'Auntie, saya buleh jadi Imam.'
'Auntie, saya pun buleh jadi imam, saya nak jadi imam esok..'
hehe... kelakar ler budak-budak ni..

Di kalangan ibu bapa ada yang datang sukarela to monitor budak2 ni solat. Ada jadual monitoring antara kami, ibu bapa yang terlibat.

Guru Besar pula selalu ada di belakang budak-budak ni solat dan melihat macamna perkembangan serta siapa ibu bapa yang turun membantu. Saya rasa segan juga tengok cara dia.

Semoga lepas ni, program ini akan berjalan lancar dan kami akan semakin kurangkan supervision, mudah-mudahan budak-budak ni akan berjaya melaksanakan solat sesama mereka selepas ini. Tapi ada ramai yang tak hafal lagi ayat-ayat solat, hanya ikut jer, saya tengah plan nak print bacaan solat dan doa, semoga berjaya..


Sorang akan qamat dan sorang jadi Imam. Budak lelaki di depan dan girls di belakang. Tepi sekali adalah Aisyah dan sebelahnya Hana..

Sujud..


Zaki yang jadi Imam.. tengah baca tahyat akhir... kemudian selesai, Aisyah selalunya jadi tukang baca doa, kadang-kadang tukar dengan Fuad dan lain-lain...

Semoga anak-anak ini akan membesar dengan kekuatan iman dan amal dan mempunyai jati diri sebagai Muslim yang kental...Seumpama ikan di laut, tetap tawar walau di kelilingi air laut yang masin.. Begitulah harapanku terhadap anak-anak ini, semoga tetap mempunyai jati diri Islam walaupun di kelilingi amalan masyarakat bukan islam dan cabaran modenisasi yang hebat.. amin...
_______________

Teruja..

Ni apa pulak ni?
Gen 2....

Sebenarnya masa saya ke parking lot University, saya nampak kereta Mesia Gen 2.. Saya rasa sangat teruja.. seronoknya...
Siapakah empunyanya?
Tak tahu ler pulak, masa saya ambik gambar tu, Abah siap kata, 'Sudah-sudah ler tu, karang tuan dia datang kena sue pulak..' hehe..


Yang hitam tu Gen 2, yang hijau tu kete yang kita orang pakai sekarang...

Monday, May 11, 2009

Hayya A'la Solah

Perubahan Waktu Solat dan Cuaca

Sungguh berbeza dan sangat takjub saya sekarang ini mengenai perubahan waktu solat, siang dan malam di Australia sekarang ini.

WAKTU SOLAT

Subuh masuk jam 5.32 pagi
Zuhur masuk jam 12.17 tgh
Asar masuk jam 3.02 petang
Maghrib masuk jam 5.23 petang dan
Isya' jam 6.51 petang..

Jam 4.45 dah macam jam 6.30 kat Mesia dan bila saya balik dari office ke rumah jam 6 petang, hari sudah masuk malam..

Malam sangat panjang sekarang ini dan siangnya sangat pendik. Ini belum masuk musim winter. Kalau nak berpuasa, sekarang adalah waktu yang baik untuk membuat puasa sunat.. Saya rasa nak puasa khamis ni. insya Allah.

Cuaca...

Sekarang pula cuaca semakin sejuk..

Minggu lepas rupanya Melb turun sehingga 3 degree...
heiii sejuknya..

Dan saya sekarang dalam proses berusaha mencari rumah baru, kerana saya tak tahan sejuk, rumah sekarang tak ada ducted heating. Yang ada hanya satu heater besar di ruang tamu dan saya telah membeli beberapa heater kecil untuk diletakkan dalam bilik tidur.

Usaha kami sekarang adalah membuat pencarian dan membuat inspection untuk rumah lain sekitar tempat saya tinggal dengan kadar munasabah dan ada ducted heating.. Saya berharap ianya dekat dengan sekolah Aisyah supaya perpindahan ini tidak memberi kesan kepada perjalanan persekolahan Aisyah.

Semoga dengan adanya ducted heating, saya akan rasa lebih warm semasa winter nanti.

Mudah-mudahan Allah permudahkan kami mendapat rumah lain dan semoga ia membawa kebaikan untuk saya sekeluarga. amin...

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

To my mum and my mum- i-n law..
kepada Ma di KB
dan juga Mak di Bangi

Selamat Hari Ibu
Semoga Berbahagia Selalu
Dan Bahagia dunia dan akhirat

Begitu juga kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia..
Selamat Hari Ibu

Ingatlah kata-kata yang sangat penting ini

Syurga berada di bawah kaki ibu..
Ibu adalah madrasah..
Jagalah kaum ibu jika anda mahu seluruh masyarakat selamat..
Ibu yang baik akan berusaha menjadikan anaknya solehan..
Di belakang kejayaan kaum bapa, ada kaum ibu di sisinya...

Semoga Allah selalu menganjari pahala yang besar atas keupayaan anda, kaum ibu dalam menjayakan tugasan sebagai ibu yang solehah...amin

Friday, May 8, 2009

Autumn In My Heart

Autumn.. Subhanallah

Pernah tengok cerita Korea Autumn in my heart tak? Cite tu dah lama, saya tengok sebab adik saya Cik Na tu kaki cite Korea. dia asyik cite kat saya, maka akhirnya saya pun tengok ler ..

Sedih cite dia, pasal orang yang bertukar anak. Anak orang kaya bertukar masa kecil dengan anak orang miskin tetapi anak tersebut membesar dengan perangai yang sangat nakal. Manakala anak yang miskin berada di tangan orang kaya dan membesar dengan perangai yang baik dan cantik. Pelakon cite tu pun memang cantik sungguh ler...

Akhirnya bila besar, barulah mereka ditukarkan kembali dan abang yang anak orang kaya tersebut sangat sayang dan jatuh cinta dengan 'adik perempuan' yang tertukar tadi..

Pusing-pusing cite dia, akhirnya mati sebab sakit..
Sedih sungguh..

Tapi cite tu tak berkait dengan entry ni..
Saja jer cite... hehe...

Melbourne sekarang berada di hujung-hujung Autumn dan di depan bilik study saya, daun pokok yang menutupi tingkap saya telah bertukar dari hijau ke oren.. Masya Allah sangat cantik dan penuh keindahan.. Puji syukur pada Allah atas kebijaksanaan Allah mentadbir alam ini..

Gambar di atas adalah gambar dedaunan pokok depan tingkap saya ler tu.. cantiknya..

Dan inilah work station saya..... Setiap hari saya akan bertapa di sini...



Ini pulak pokok lain di depan tingkap bilik Aisyah.. cantikkan


Saya ingat nak keluar berjalan-jalan juga esok iaitu Sabtu 9 May..
Melihat keindahan penciptaan Allah..
Bukti hebat wujudnya Tuhan Maha Mencipta, Maha Mentadbir dan Maha Menjaga alam ini dengan sebaiknya..

Semoga sambil melihat keindahan alam, kita turut memuji kebesaran Allah..

'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan dan pertukaran malam dan siang, adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang terbuka hatinya...'


p/s Tadi saya telah membentangkan proposal saya depan Dr Judith dan rakan sekelas. Saya tak berapa puas hati.. entah apa-apa saya cakap, laju sangat tapi boleh ler.. saya bagi markah 5/10 jer.. harapnya lain kali saya dapat improve lagi...insya ALlah

Buku Isu-isu Syariah Siri 2

Buku Saya ke 5

Alhamdulillah...
Buku terbitan UPENA (Pusat Penerbitan UiTM) hasil tulisan kami bertiga iaitu Hj Zainul Rijal, En Isa Ralip dan juga saya berjaya diterbitkan walaupun ia telah agak lari jauh dari masa yang sepatutnya..

Saya memang rasa gembira, rasa teruja dan sangat seronok melihat buku ini berjaya diterbitkan..

Apakah isi kandungannya?

Isi kandungan buku ini adalah soal jawab berkaitan isu-isu Syariah di Malaysia,
bermula dengan soalan berkenaan tak jadi berkahwin, putus tunang, benci perkahwinan, nak kahwin dengan muallaf, perkahwinan tanpa restu ibu bapa, kahwin di Siam, suami kaki pukul, kena dera, tidak dapat nafkah, ke mana nak dituju dan pelbagai soalan lain berkaitan isu-isu Syariah di Malaysia. Semua soalan ini ditanya oleh orang awam dan kami menjawabnya dengan menyediakan jawapan dari sudut Syariah, dalil dari Nas Al-Quran, Hadith, peruntukan undang-undang, kes yang berlaku di Mahkamah Syariah serta juga pendapat ulama terkini.

Ia adalah koleksi hasil slot Persatuan Peguam Syarie sepanjang tahaun 2007 dan 2008 yang telah disiarkan dalam Berita Harian. Saya telah mengolahnya kembali, menyusun ayat dan membuat ayat-ayat baru agar lebih sesuai dengan tema buku ini.

Alhamdulillah...

Buku ini kami jual kepada umum dengan harga diskun iaitu RM38 sahaja.
Harga di UPENA adalah RM46 sebuah.

Jika ada yang berminat boleh menghantar email kepada saya di alamat puan_hidayah@yahoo.com

Inilah muka depan buku tersebut.

Thursday, May 7, 2009

Keropok di Melbourne

Business di Melbourne..

Saya asyik berfikir-fikir apa agaknya yang saya boleh jual kat Melbourne ni..
hehe.. Ini namanya jiwa business Siti Khadijah..

Akhirnya saya kata kat my husband,
'Apa kata kita jual Kopok Keping.. mesti best ni, mana nak ada kat Melbourne ni..'

Abah kata..'Ada ke orang nak beli..'

Aisyah pulak kata..'Mesti ada Bah. kita jual jer apa-apa pun, mana tahu ada rezeki kan Umi.. Kita kena cari rezeki...'

Bagus anak umi ni .. selalu memberi moral support untuk Umi..

Akhirnya kami membawa 100 keping keropok keping Kelantan ke Melbourne..
Jauh betul keropok-keropok ni berjalan..
Dari Kelantan ---> ke KL
Dari KL --------> ke Melbounrne..
Semangat!

Akhirnya sekarang kami jadi penjual keropok..
Hari ni dan semalam saja kami dah berjaya jual 23 bungkus dah...

Harga Satu AUD 4
Tapi jadi AUD 10 for 3 bungkus..

Sapa berminat boleh ler email kita orang..
Kopok kopok... Sedap.. Rangup.. Special...

Ini kulit depan keropok tu..


Ini belakangnya.. keropok keping yang panjang-panjang ni sedap dimakan dengan nasi kerabu, boleh juga dimakan begitu saja.. (cam roti gardenia... hehe..)

Wednesday, May 6, 2009

Sangka-sangka

Jump To A Conclusion..

Pernah dengar nama Susan Boyle?

Malam tadi, selepas hampir dua minggu saya tidak menulis dalam blog ini, saya telah melayari internet mencari kisah Susan Boyle yang diperkatakan oleh ramai orang termasuklah dalam berita hiburan..

Apa yang menarik tentang dia?
Tak ada yang sangat menarik tentang Susan, saya tidak kenal dia dan saya juga tidak tahu lagu-lagu orang puteh. Yang menarik saya untuk mencari youtube mengenai beliau adalah kerana sesuatu perkara lain.. tentang nilai !

Menonton kisah beliau membuka minda saya berfikir tentang suatu nilai dalam hidup insan bahawa ..
Manusia sering melihat yang luaran..
Membuat andaian demi andaian..
Membuat judgment walaupun belum tahu apa kisah berlaku..

macam dalam sajak yang pernah saya baca dulu..
Orang diam disangka berlagak..
orang masam disangka sombong..
orang zuhud dikata miskin..
dll...


Seperti Susan Boyle..
Semua orang ketawa mengejek melihat dia berada di pentas..
Nampak macam tua, tak tahu apa-apa..
Memberi pandangan mengejek dan menghina..
Kemudian semua orang terkedu melihat kelebihannya..

Kita suka bersangka-sangka dan sering kali membuat keputusan atas apa yang belum kita pastikan..Sering jump to a conclusion walaupun belum tahu asal usul perkara.


Jom kita tengok Susan Boyle..

http://www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY

Boleh juga tengok lirik lagu tersebut.

I dreamed a dream in time gone by
When hope was high,
And life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving.

Then I was young and unafraid
When dreams were made and used
And wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung,
No wine untasted.


But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they tear your hopes apart
As they turn your dreams to shame.

And still I dream he'll come to me
And we will live our lives together
But there are dreams that cannot be
And there are storms
We cannot weather…..

I had a dream my life would be
So different from this hell I'm living
So different now from what it seems
Now life has killed
The dream I dreamed.
______


Semoga kita selepas ini jangan suka bersangka dan membuat andaian..
Apabila datang sesuatu perkara, nilailah dahulu dengan mata hati, kemudian barulah kita buat keputusan..