Friday, November 30, 2012

Alhamdulillah...

Perjalanan PhD saya..

Tidak ada kata yang mampu saya luahkan..
Air mata saya laju menuruni pipi..
Hanya pada Allah saya panjatkan setinggi-tinggi syukur dan terima kasih..

Terima kasih Wahai Allah yang Maha Baik...
Terima kasih pada Pak Tim yang sangat saya hormati..
Begotu juga Pak Lah..

Terima kasih pada Ma dan Ayah
Terima kasih pada Abah dan Aisyah
Terima kasih pada Mak dan Abah

Terima kasih semua yang sudi mendoakan saya...

 Alhamdulillah..
Saya berjaya menyiapkan tesis dan menyerahkan thesis saya tadi.

HARI JUMAAT YANG INDAH
30 NOVEMBER 2012
JAM 2.30PM

Saya telah serahkan tesis saya ke MSGR Universiti of Melbourne..


Tuesday, November 27, 2012

Melbourne

 Berjalan...


Jalan kaki... Hari Ahad semalam 25 Nov, saya ke uni, print draft dan letak depan pintu opis Pak Tim. DIa suruh saya letak sebab dia nak ambik petangnya on the way to Canberra. Saya serahkan 7 chapter draft terakhir.. dia akan serahkan hari rabu ni.. Semoga kuranglah kesalahannya, supaya dapatlah saya selesaikan repair repair mana patut sebelum saya balik ke Msaia.



Hari Ahad terakhir saya di bumi Melbourne..
Lepas saya tinggalkan document depan opis Pak Tim, saya keluar dari Law School berjalan menyusuri jalan tepi bangunan menuju ke Vic Market..

Saya rasa ini kali pertama saya berjalan dengan penuh perasaan sebagai seorang yang 'berjalan.'
Saya tengok setiap kedai, baru saya nampak ooo rupanya ada kedai vietnam kat sini, ada kedai jual barang mainan, ada kedai jual motor..
sebab sebelum ini saya berjalan tanya jiwa..
berjalan laju nak sampai ke uni, dan dari uni berjalan pula balik ke rumah..
apa kedai2 di tepi jalan elizabeth saya tak perasan langsung..

Saya sms Adli, 'adik saya' kat Uni vermlbourne..
Dia jadi adik saya sebab 'ayah' kita orang sama..:-)
Ayah kita orang Pak Lah, so Adli ni kira adik saya la..
Dia tempat rujukan saya.. semua kedai makanan halal kat melbourne dia tahy..
Dia juga pembantu saya dalam kerja PhD saya..
Saya tanya kat mana kedai makan halal kat Vic Market?
Dia jawab tak de, yg terdekat Kedai Mamak.. so saya pun berjalan ke kedai mamak..

Sepanjang jalan, saya ambik gambar.. pusing sana pusing sini..
Saya rasa seperti release beban yang berat atas bahu saya..

Dalam saya berjalan, tiba-tiba saya dibuai rasa sayu..
Rasa sayu yang mmenuhi ruang hati saya..
Saya telah berada di Melbourne 4 tahun,
dan saya akan meninggalkan bumi Melbourne yang cantik ini.
Saya sukakan Melbourne.
Saya suka menghirup udaranya..
Saya suka melihat jalan rayanya dan kereta2nya..
Saya suka melihat kebersihannya.
Saya suka melihat bangunan2nya..
Saya suka melihat cashier mereka, dalam semua kedai peramah dan friendly..
Saya suka rumah yang selamat, tanpa pagar..
Saya suka pasar Preston yang kering..
Saya suka hampir semua yang ada di sini..

Saya melihat nilai Islam pada penduduknya, walaupun mereka umumnya tidak Islam..

Dan selepas beberapa hari lagi, saya akan meninggalkan bumi Melbourne..
Saya rasa sangat sayu....

Air mata saya rasa hampir mengalir turun..

Wahai ALlah, terima kasih kerana memberikan saya peluang yang sangat bernilai ini..

Bumi Melbounrne, selama empat tahun saya sini..
Saya akan merinduimu....

Ini antara gambar yang saya snap..
Laicester St, sebelah Law School.. Saya menyusuri jalan ini..
Dari kejauhan selepas meninggalkan Law School, saya toleh ke belakang melihat Leicester St yang akan saya tinggalkan...
Bangunan yang ada...
Inilah jalan Leicester St.. Ia kenangan untuk saya...


Saya melintas jalan dari Leicester St to Elizabeth St, saya lalu depan Vic Market.. Saya akan pasti merindui Vic Market..
Ini Keretapi laama yang ditukar menjadi restoran...





Vic Market... antara kedai basah yang tidak ada air.. kering sekering2nya... sepertimana kedai basah yang lain, jual ikan, ayam, daging tapi kering... Gambar ini saya ke tempat jual sayur..





Vic Market....
Kedai Pakcik CIna yang pandai cakap Melayu... Saya membeli belah barang2 untuk bawa balik...


Saya menapak balik  dari Vic Market ke Law School.. Melihat bangunan Law School dari jauh..
University of Melbourne.. Bangunan Fakulti Undang-undang..
Saya akan merindui bangunan dan meja tempat saya buat kerja..



Bangunan Law School...
University of Melbourne...
Bandaraya Melbourne..
Saya bersyukur pada Allah atas semua nikmat yang diberi..
Semua kenangan laluan hidup saya... 
adalah indah belaka...

Friday, November 23, 2012

Completion seminar 23 Nov 12

Perjalanan PhD saya..

 Tadi saya present completion seminar..

Semoga Allah izinkan saya menamatkan perjalanan ini dengan jaya.. in sya allah.. ameen..



Inilah dua orang yang sangat saya hormati..
Pak Tim sebelah kanan, sebelah kiri saya adalah Pak Lah..
Semoga Allah rahmati perjalanan pencarian ilmu saya ini...ameen.

Thursday, November 22, 2012

Kata-kata semangat..

Semangat.. semangat..

Kenapa kita selalu guna perkataan semangat?
Bila ada musibah, kita nasihatkan kawan kita, "Kuatkan semangat yer.."
Kita nasihatkan anak-anak kita, "Tabah selalu, jangan patah semangat.."
Kita kata kat diri sendiri, "Jangan mengaku kalah, pertahan semangat juang yang ada.."

Kenapa semangat? dan apa peranannya dalam diri kita?

Saya sebenarnya masih terfikir-fikir pasal ni..
Kuatnya peranan semangat, sepertimana kuatnya peranan kata-kata pemberi semangat.

Semangat adalah pushing factor yang ada dalam jiwa kita.
Ia tertanam sama ada kita berusaha menanamnya, atau kerana ia diberi masuk ke dalam diri kita oleh orang lain. Ia boleh jadi kerana berlaku sesuatu yang mendesak kita untuk menanamkan semangat itu menjadi kuat, atau kerana ada orang lain yang selalu memberi kita kata-kata semangat dari luar.

Kita boleh jadi lemah semangat, hilang semangat juang, tak ada rasa nak ke depan, tak ada perasaan nak maju membaiki diri, kerana kita sendiri tidak berikan kata-kata yang baik untuk semangat kita. Jiwa halus kita yang akan malap apabila dibiarkan begitu sahaja.

Seorang doktor gigi, tidak boleh mencabut giginya sendiri walaupun dia tahu kat mana gigi yang sakit. Dia perlukan doktor gigi lain untuk mencabut giginya.  Seorang 'kita', saya dan anda, apabila berdepan dengan masalah, selalunya kurang berjaya memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri, kita perlukan orang lain untuk memberi kata-kata semangat. Ini  membuktikan kita adalah manusia ciptaan Allah yang lemah. Kita ini lemah, kerana itu perlukan bantuan- dari orang lain, apatah lagi dari pencipta kita.

Kata-kata semangat adalah multi-vitamin yang kita perlukan. Saya, anda, anak-anak kita, pasangan kita, pelajar kita, kawan-kawan kita.. semua orang perlukan kata-kata semangat dari orang lain.

Jadi
Jangan berhenti berjuang,
sepertimana jangan berhenti memberi kata-kata penguat semangat juang.

_______________

Kata-kata pemberi semangat untuk saya dan anda..

There is no such word as TRY
There is only DO or DID NOT DO!


Always be BRAVE
even if you're not,
pretend to be
No one can tell the difference...

Jangan biarkan pemikiran negatif membunuh semangat kita...
teruskan memberi positif input, kata-kata penguat semangat..
jalan ke depan akan terus bercahaya... insya Allah..

Wednesday, November 21, 2012

80 words

80 words... Saya baru hantar 80 words abstract yang dikehendaki oleh Graduate school. Semoga saya berjaya menghantar thesis saya soon.. Ya ALlah.. mudahkanlah untuk saya.. Ya Allah.. ameen..



Sunday, November 18, 2012

Kata-kata semangat..

Aisyah..

Aisyah tulis untuk saya kata-kata hikmah dia ...

UMI,
IF YOU WANT TO SEE THE RAINBOW
YOU GOT TO PUT UP WITH THE RAIN..

Keep trying Umi....


 insya Allah.. I will try to keep trying.. bi iznillah...

Monday, November 12, 2012

Happy Birthday..

Happy Birthday to me...28 Oct

and Happy birthday to my darling Aisyah .. 11 Nov..

Semoga ALlah selalu bersama kita, memayungi kita dengan rahmatNya, InanyahNya, kasih sayangNya dan mendorong kita menjadi orang solehah, hambaNya yang taat pada suruhan dan laranganNya, dan menjadi umat Nabi Muhammad yang baik. Semoga kita diberi hidayah selalu.. dan menjadi penghuni syurga di akhirat kelak...

Wahai Allah, terima kasih di ats semua nikmat yang Engkau telah kurniakan... ameen...

Saturday, November 10, 2012

Letihnya............

Letihnya....

Saya tak tahu nak cerita betapa letihnya badan saya, dan letihnya kepala dan otak saya sekarang ini. Masa yang mengejar saya seperti tak cuku- masa untuk saya tidur dan berehat. Saya tidur 4 jam sehari, dan terus membetulkan tesis ini, refine and refine.. Subhanallah.. hanya Allah yang tahu betapa sukarnya..

Saya jumpa Pak Lah, banyak dia suruh tambah terutama mengenai perbahasan Muslim scholars.. yang ada sekarang belum cukup dalam, masih shalow.. Mencacau saya cari buku. Nasib baik saya ada Adli..[lecturer UIA yang juga anak murid bawah Pak Lah, kami dua orang saja budak Mesia bawah supervision Pak Lah]. Dia tolong saya carikan buku2 Arab kat mana dan download mana2 ebook kitab Arab untuk saya tambah dalam Chapter 4 yang pak Lah suruh..

Saya rasa macam nak tumbang bila baca comments Pak Lah. .. Saya email Pak Tim, mengadu.. [ adoii macam anak-anak saya rasa saya sekarang ni. Mengadu pada ayah yang baik atas masalah yang saya lalui.. ] dan Pak Tim dengan baik hati membalas email saya.."Hidayah yang baik, do not worry, I will call him and discuss with him. Finish your work and do not worry.." .. Terima kasih ya Pak..

Susah hati saya tak tahu lah macamana nak cakap...
Air mata saya mengalir sendirian.."Ya Allah tolonglah saya ni... kesihankanlah saya ya Allah..Saya nak siapkan tesis ni, saya nak balik Mesia ya ALlah.. tolonglah saya.."

Adli yang baik ni orangnya kelakar.. Bila dia tahu saya sedih, dia hantar sms tulis,
"Don't cry for me Argentina.."
 adoiii saya ketawa dan kurang siket rasa sedih..

Subuh pulak masuk awal dan habis awal. Saya terpaksa adjust waktu dengan baik. Dulu saya tidur jam 2 pagi, dan bangun jam 6 pagi tak apa sebab Subuh habis jam 7.30 pagi. Tapi sekarang subuh masuk jam 4.30 pagi dan habis jam 6pg. Kalau saya tidur jam 2 pg, saya takut tak terbangun.. Jadi saya terpaksa adjust lagi jadual saya, sama ada saya tidur jam 10.30 mlm dan bangun jam 2 pg atau 3pagi. Atau terus buat kerja, lepas solat subuh dalam jam 7pg baru tidur sampai jam 11 pagi.. Kelam kabut betul life saya.. Nak cerita kat orang pun tak reti dah. Kalau nak jumpa saya pun dah tak boleh sekarang ni, kerana masa saya, hanya untuk solat, makan sekejap dan semuanya di meja. Saya berada di meja hampir 17 jam sehari..

Ya Allah, berilah bantuanMu dan berilah pahala untuk semua yang saya buat.

Pak Tim tanya saya semalam,"Hidayah, tell me about your health?"
Saya jawab.."haaaa..what do you  mean Pak?"
Dia kata, "Just answer, bad or worse.."
Saya jawab.."I think worse.."

Dan Pak Tim ketawa.."Ok.. it is a good sign. It means you are doing your PhD. If you are ok, and sleep 8 hours a day, you won't get your PhD. PhD itu kesukaran, keletihan, kesusahan.. no pain no gain.."

"ooo.. baik Pak... Thank you Pak.. I want to continue my work, be in the gubuk derita seorang pelajar PhD..."

-----------------------


Tuesday, November 6, 2012

Buku dan Meja Studyku..

Buku-bukuku...

Saya sekarang adalah pelanggan kepada Better World Books- belian buku second hand secra online tanpa sebarang caj penghantaran. Alamat websiteny adalah
http://www.betterworldbooks.com/cart.aspx

Saya dah habiskan banyak dollar dah sepanjang saya berada di Melbourne ini. Barang diorder dapat dalam masa seminggu.

Ini adalah buku-buku yang saya baru order dan baru dapat. Harga sebuah second hand sangat berbaloi..satu dalam AUD9, AUD12, AUD7, AUD14 dan lain-lain.. Yang terbaru saya dah dapat hampir 11 buah buku..

Tapi sebab saya kesuntukan masa untuk siapkan tesis, semua buku-buku ini saya akan baca bila dah balik Malaysia nanti. Insya Allah..

Saya selalu berdoa mudah2an Allah memberikan saya akal yang cerdas, suka baca buku, suka berfikir, dan semoga setiap yang saya baca memberi saya ilmu-ilmu baru, dan semoga dengan adanya ilmu, ALlah izinkan saya untuk memberi sumbangan keilmuan sebagai amal jariah kepada dunia.. insya Allah.. dan saya juga selalu berdoa yang sama untuk Aisyah, semoga anak Umi akan menjadi ilmuan Islam yang solehah di masa-masa akan datang..ameen..









Inilah rupa meja study saya sekarang ini...
Yang besar terpampang depan meja saya warn biru itu adalah motivasi saya....
            
THE SKY IS THE
           LIMIT

Saturday, November 3, 2012

VMPGA Melbourne Australia..

 VMPGA

VMPGA stands for Victoria Malaysian Postgraduates Association. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 yang mana Presiden pertama adalah Ustaz Nushi. Kemudia berkembang menjadi persatuan yang diiktiraf oleh Malaysian Student Department (MSD) dan menjadi wadah rasmi pelajar PhD terutamanya untuk berurussan dengan Kementerian dan sebagainya. Alamat websitenya adalah http://www.vmpga.org/past-vmpga-committee.

Saya sebenarnya dah lama tak tengok website VMPGA, apatah lagi sekarang ini, apabila masa semakin suntuk untuk kembali kesepenuhnya ke Malaysia. Baru tadi, tetiba saya teringat kepada vmpga dan menjengah ke laman webnya. Rupa-rupanya Committee vmpga telah letak list nama AJK VMPGA semenjak penubuhannya. Ia adalah infomasi penting menjadi kenangan untuk saya.. 

Apatah lagi ada nama saya di antara nama-nama mereka.. Semoga pada ketika saya memberi khidmat, semua masa dan tenaga yang saya curahkan diberi ganjaran pahala oleh ALlah yang Maha Kaya..

  

VMPGA Committee 2007/08

President: Nushi Mahfodz
Vice President: Vacant
Secretary: Basyariatul Fathi Othman
Asst. Secretary: Vacant
Treasurer: Norizan Mohamad
Asst. Treasurer: Vacant
Academic & Human Development: Muhamad Razak Idris
IT & Communication: Anang Hudaya Muhamad Amin
Social & Welfare: Mohd. Khairul Hilmi
Special Tasks: Mohd. Hanif Yaacob
Ex-Committee Members:
  1. Noorihsan
  2. Wan Fauziah
  3. Chong Tsu Tsuey
  4. Mahazan Mutalib
  5. Istas F. Nusyirwan
  6. Ema Izati


VMPGA Committee 2008/2009

President: Mohd. Hanif Yaacob
Vice President: Muhamad Razak Idris
Secretary: Anang Hudaya Muhamad Amin
Treasurer: Norizan Mohamad
Academic Development & Research Networking: Nurhafilah Musa
Welfare & Accommodation Support: Roslan Seman
Membership Affair: Nancy Soo Wan Ling
IT & Publications: Raja Azlina Raja Mahmood

Communication & External Affairs: Rohani Mohamad
Social & Recreation: Shafriza Nisha

VMPGA Committee 2009/2010

President: Prof Madya Hjh Nurhidayah Hashim
Vice President: Khairul Azami Sidek
Secretary: Haslaile Abdullah
Treasurer: Nurhafilah Musa
Academic Development & Research Networking: Mohd Adli Musa
Welfare & Accommodation Support: Zaihan Othman
IT & Publications: Dr Rahana Hashim
Social & Recreation: Umar Hayyat Abd Kahar


VMPGA Committee 2010/2011

President: Khairul Azami Sidek
Vice President: Mohd Fauzi Kamaruddin
Secretary: Abdul Jabbar Abdullah
Treasurer: Murshamsul Kamariah Musa
Academic Development & Research Networking: Mohd Fauzi Kamaruddin
Welfare & Accommodation Support: Sallehudin Harun
IT & Publications: Mohd Zulfaezal Che Azemin / Syahril Said
Social & Recreation: Yusli Yaakob

VMPGA Committee 2011/2012

Presiden: Shamsul Nizam Bin Kachi Mohideen
Timbalan Presiden: Nazura Mohamed Sayuti
Setiausaha: Nurul Nuha Abdul Molok
Penolong Setiausaha: Wan Suriyani Faliq Adeeba Wan Ibrahim
Bendahari: Murshamsul Kamariah Musa
Penolong Bendahari: Ku Azizah Ku Daud
Biro Pembangunan Akademik dan Rangkaian Penyelidikan: Dr Asreenee Ab Razak
Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan: Muhammad Rusdi Ahmad Rusmili
Biro Sukan dan Rekreasi: Asrol Afendy Mohamad Ali
Biro Kebajikan dan Sosial: Sallehudin Harun
Biro Publisiti dan Seranta: Nazura Mohamed Sayuti
Biro Wakil Universiti: Arif Fahmi (Victoria University)/Wahida Ahmad (La Trobe University)/Nazura Sayuti (RMIT University)