Saturday, January 28, 2012

Halwa Telinga..

Sambil buat kerja, boleh pasang ni..
Dengar, lihat sambil fikirkan maksudnya..

Lagi banyak kita berfikir, lagi kuat dan sihat otak kita..
insya ALlah.........


Program

Program.. diprogram.. memprogram..

Mana satu yang betul?
saya memprogramkan hidup harian saya..
saya telah terprogram...
Macam-macam orang buat nak programkan saya..
Saya tidak dapat tidak terprogram dengan pelbagai program yang dijalankan...

Saya tak suka diprogramkan.
dan tak suka memprogramkan..
Saya ingin bebas dari semua program..

AKhirnya..
Siapakah saya??
_____


Apa tu yang kat atas ni? :-)
Cuba fikirkan ya..:-)

Apakah boleh kita tidak memprogramkan hidup kita?
Hidup sesuka hati..
Bangun tidur sesuka hati..
Tak boleh..
Sebab setiap masa yang ada adalah saham umur kita.
Kita tidak boleh bebas sesuka hati kerana dengan programlah hidup kita tersusun.
MInda berfikir macamna nak memenuhi program yang disusun.
Akhirnya masa terisi dan otak berfikir..
Neutron otak semakin hidup dan jadilah kita khalifah yang bermakna..


Kalau kita lalu hidup seharian tanpa program atau jadual, kita seumpama kapal belayar bebas di lautan tanpa apa-apa persediaan.. belayar melulu di laut dalam, tak tahu mana nak pergi..
nampak tanah berenti.. tapi tak tahu nak duduk berapa hari..takda program..
 ada gelombang besar, tak sempat nak sedia apa-apa
maklumlah tak da programdan tak suka memprogram..

Tak boleh macam tu..
Kita kena susun nak buat apa, lepas ni apa, esok nak buat apa, minggu depan nak buat apa..
apa sahaja yang bermanfaat,
nak baca buku apa, nak habiskan tulis apa.. nak pergi mana..

Itulah yang saya belajar dari buku yang saya baru saja habis baca.
buku tu tajuknya..
NAK KE TAK NAK
Dr HM Tuah..

 'Ramai orang menyangka mereka sedang berlari laju, tiba-tiba terperanjat mendapati mereka hanya berlari setempat ..'

Cuba fikirkan apa agaknya makna dia..

Thursday, January 26, 2012

Australia Day

National Day..

'Apasal takda kete kat parking ni..
Selalunya penuh..'
Saya berbisik sendirian..

'Peliknya.. '
Bisik hati kecik saya lagi..
'Sekarang dah jam 9 pagi, kenapa tempat parking ni kosong? Selalunya waktu ni dah kena parking tepi jalan ni.. Peliknya...'
Bisik saya sendirian.. sekali lagi..

Alhirnya saya mendapat jawapan...

'ohhh patut la takda worang..hehe..
Hari ni Hari Austalia Day rupanya.. cuti umum la kan..'
Ketawa saya...... hehe..

Hari ni cuti rupanya. National Day rupanya. Saya tengok ilan di tram stop tapi tak compute hari ni adalah 26 Jan. Tadi saya ke university, bawak kereta sampai train station, pastu naik train ke univeristy..

Kat University, ada 4 orng datang walaupun cuti...
Dan saya balik ke rumah jam 8 malm..

Sambil berjalan, saya berdoa..
'Wahai ALlah.. Izinkanlah saya menamatkan kerja PhD ini..
Saya nak balik Malaysia..
Ya ALlah.. tolonglah saya...'

Tuesday, January 24, 2012

Buku Islamic Jurisprudence

 Buku..
ALhamdulillah..
Syukur pada ALlah kerana memberi izin buku bertajuk Islamic Jurisprudence berjaya diterbitkan. ALhamdulillah..
Buku ini adalah gabungan usaha kami berempat iaitu Dr Sabri, Dr Faigah, Ustaz Sidek dan saya sekali.
Insya Allah ia adalah buku saya yang keenam.
ameen..

Saya berdoa semoga ALlah menerimanya sebagai amal soleh di sisiNya.. ameen..
Doa saya..
..
'Ya ALlah, jadikanlah buku ini sebahagian amal solehku untuk agamaMu.
Sekiranya di sisiMua terdapat pahala atas usaha ini, sampaikan pahalanya untuk ibu dan ayah ku tersayang, datuk nenek dan seluruh keluarga kami.. '
amin ya Rabbal alamin..

--------------------------
 Saya menerima mesej dari Nurul..
Nurul adalah Pensyarah tempat saya bekerja yang ditempatkan di UPENA. 
Sekarang diberi nama baru UiTM Press.
 
utk makluman Puan Hidayah & Sharifah Faigah , buku The Concise Book of Islamic Jurisprudence telah pun selamat diterbitkan, dgn harga pasaran rm25,,alhamdulillah dan tahniah, maaf byk2 sbb sgt lewat,,ada beberapa perkara yg d luar bidang kuasa saya.
January 11 at 1:36pm ·


    • Puan Hidayah Nurul.. ooohh ini berita gembira yang menyerikan kerja2 tugasan akak yang bertimbun ini.. what a happy news. terima kasih ya nurul atas bantuan. semoga buku ini dpt menjadi pahala jariah kita semua, menyebarkan ilmu ALLah disamping membantu pelajar2 yg ambik paper ni.. insya allah.. p/s nurul, buleh ker tolong upload nak tengok muka depan buku ni please.. tqvm
      January 11 at 3:21pm · · 1

    • Nurul Himmah Kassan kak,,nampaknya akak & faiqah dpt hadiah tahun baru seiring dgn phd yg bakal digenggam, bertuah betul,,,pasal upload tu, nanti sy cuba ye sbb sy pun x tenguk lagi memandangkn sy dh x de d uitm press lagi :)
      January 11 at 3:32pm · · 1

    • Puan Hidayah subhanllah.. mudah2an berkatlah doa nurul himmah yang banyak berjasa ni.. ameen thumma ameen.. time kasih sekali lagi ya nurul
      January 11 at 3:34pm · · 1

Sunday, January 22, 2012

Aisyah

Teringat kat Aisyah...


Saturday, January 21, 2012

Martial Art

Martial Art- Membela Diri..

Saya baca kisah sedih seorang wanita berumur 24 tahun dirogol, dikurung dan diambil gambar tanpa seurat benang di Shah Alam dengan perasaan sedih dan sangat simpati kepada mangsa. Hanya ALlah yang dapat memahami apakah yang dilalui dan dirasai oleh gadis tersebut. Bukannya di tempat sunyi. Dia sedang parking kereta di tempat parking Commuter Shah Alam Sek 19. Tempat tu tempat orang ramai, kalau nak banding tempat parking Padang jawa atau di Batu Tiga Shah Alam. Tapi masa tu jam 6 pagi. sunyilah ketika itu. Saya sangat takut dengan kesselamatn diri kita, anak2 kita, adik2 kita dengan kejahtan manusia yang  berperangai binatang. Subhanallah..Semoga ALlah kuatkan hati gadis tersebut.  Allah tolonglah kami semua..

Masa yang sama, saya rasa sekolah kat Mesia dan juga ibu bapa kena ajar, bawa belajar atau suruh orang ajar anak2 perempuan kita martial art untuk bela diri bila berkeperluan. Saya selalu tengok budak lelaki diajar silat, teakwondo, dll tapi anak perempuan dibagi belajar piano, berenang, mengait dll. Saya tak setuju. Sebab apa? Sebab dunis semakin rosak, orang semakin jahat. Yang perlukan jadi kuat tenaga fizikal dan tahu apa nak buat dalam bahaya adalah anak perempuan, bukan anak lelaki. Setuju tak dengan saya?

Belajarlah sesuatu yang boleh bela diri kita bila berada dalam bahaya. Ibu bapa bawalah anak-anak perempuan belajar apa benda martial art supaya mereka kuat untuk melawan secara fizikal. Jika ada yang kata belajar martial art jadi lasak macam lelaki , tak Islamic, Nabi tak suruh,  perempuan tak perlu ini semua, saya menolak alasan tersebut. Belajarlah berenang dll, tapi cari jln juga untuk belajar martial art.

Kita berdoa ALlah selamatkan kita dan anak2 kita. Tapi kita perlu juga mengambil tindakan luaran, bagilah alternatif yang membina keyakinan diri, minda mereka supaya dapat berfikir dalam keadaan panik dan tahu apa perlu dibuat jika berada dalam bahaya..Ajarlah anak anda. Dia boleh jaga keselamatan dia bila perlu. Masa yang sama, semoga dia boleh tolong kita sendiri bila keadaan mendesak.

Itulah salah satu sebab saya selalu pujuk, desak, minta, puji, marah, suruh, discus kepentingannya dengan Aisyah supaya dia terus bersemangat habiskan teakwondo. Ia bukan saja-saja buang duit, tapi untuk satu tujuan dan persedian yang lebih besar. Saya selalu kata pada Aisyah, 'Aisyah belajar sampai pandai. Nanti boleh tolong Umi atau sapa2 kalau ada orang jahat kacau. Kita tak tahu sapa jahat. Kita pun tak tahu sapa orang jahat nak kacau. Aisyah belajar ya..' Semoga ALlah selamatkan Aisyah   dan semoga Aisyah boleh menjaga dirinya dan semua yang berada di kellingnya apabila keadaan yang memerlukan..

 insya Allah..

-------------------

Aisyah..

Aisyah insya allah akan sambung teakwondo di Malaysia nanti. insya Allah..

Di baju teakwondo  tertulis nama AISYAH FAIRUZ dan juga logo sekolahnya HALL TEAKWONDO..
Satu kenangan manis Aisyah di Australia..

Dalam bulan 4 nanti, certificate dari Korea akan sampai, tertulis nama
AISYAH FAIRUZ - BLACK BELT HOLDER WORLD TEAKWONDO FEDERATION  (WTF).






Ini adalah kenangan silam, semasa Aisyah grading nak naik dari tali merah ke tali hitam...Nov 2011.

Wednesday, January 18, 2012

Anak Dengarlah ..

Untuk yang bergelar anak

Bacalah dan dengarlah ...


Pangkat oo pangkat..

 Tersedu dan terkedu..

Saya baca Berita Harian hari ni, beritanya di bawah. Dalam hati saya berfikir. Betul ke cerita ni? Jika tak betul kesian dia satu dunia baca kisah dia di bawa ke mahkamah kerana isu naik pangkat. Kalau betul, saya rasa sangat kesiannya pada dia. kenapa sampai begitu jadinya.. 

Pangkat ni berkait dengan duit. Betolkan? Tak ada orang yang pohon jawatan tapi tak nak gaji. Tapi kerana pangkat dan gaji, orang boleh lalai dan lupa diri. Kerana nak duit banyak, orang sanggup mencuri, mencuri dalam banyak bentuk.. mencuri duit orang, mencuri harta intelek orang, mencuri idea orang, mencuri tesis orang, mengupah orang buat tesis dan kita dapat PhD sedangkan bukan idea kita itu mencuri ler jugak. dan termasuklah mencuri pangkat orang lain dan diletakkan nama kita..

Saya rasa sangat sedih dan kesian jika kisah ini betul. Apakah yang telah berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini??? Apatah lagi orang Islam seperti saya..

_____________________

 Bekas pengarah veterinar dituduh menipu naik pangkat


2012/01/18

Datuk Dr Soeraya Norsham
Datuk Dr Soeraya Norsham
SEREMBAN: Bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Soeraya Norsham, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan memalsukan dokumen kenaikan pangkat dan gred sejak 2009.

Tertuduh, 38, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan empat pertuduhan bersama tiga pertuduhan pilihan di depan Hakim Nursinah Adzmi.
Tiga tuduhan berkenaan adalah menyerahkan dokumen palsu Surat Arahan Kenaikan Pangkat dan Pengesahan Jawatan Pegawai Veterinar Gred G48, Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 Khas Untuk Penyandang (KUP) dan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 kepada seorang Pembantu Tadbir jabatan yang diketuainya.
Perbuatan itu masingmasing didakwa dilakukan pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai di sini, bagi tujuan pelarasan gaji dan elaunnya.

Melalui tiga perbuatan itu, tertuduh yang kini bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya, didakwa memperoleh pendapatan keseluruhan berjumlah RM50,315.58 secara salah.

Bagi tiga pertuduhan berkenaan, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan mengikut yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan bagi tiga pertuduhan berkenaan, iaitu didakwa mengikut Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan keempat, Dr Soeraya didakwa menggunakan dokumen palsu Surat Keputusan Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54 yang didakwa tulen bagi menipu Pembantu Tadbir sama di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, pada 12 April 2011.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fairuz Johari, memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, tetapi peguam Muhammad Faiz Fadzil memohon dikurangkan kepada RM3,000.

Nursinah berpendapat jumlah pengurangan itu tidak munasabah, menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala sebutan semula kes pada 22 Februari depan.

Friday, January 13, 2012

Meluahkan Marah..

Luahan Rasa..

Hati manusia memang berwarna warna. Ketika hati itu ceria, maka seluruh anggota badan, dari kepala, muka bibir, tangan ke kaki semuanya ceria dan seronok. Tapi bila hati marah, sedih, gundah gundala maka semuanya terlibat sama.Itulah kuatnya kedudukan hati.

Ia bertepatan sungguh dengan apa yang Nabi terangkan bahawa, 'Bila baik ia, baiklah seluruh tubuh. iza fasadat fasadah jasadu kullu (bila buruk ia, teruk ia, jahat ia, tidak baik ia, maka tidak baiklah dan rosaklah seluruh badan.) Dan Nabi berkata, fahiya al-qalb. Itulah hati kita.

Hati menjadi raja dan akal menjadi queennya. Bila hati marah dan benci, akal mengiyakan dan mencari jalan melepaskan apa yang dirasai oleh hati. Tidak ada orang yag boleh mengubah cara kita menangani hati kecuali diri kita sendiri.

Bila ada orang marah, maka berbagai cara diluahkan marahnya.
Aa orang meluahkan marah melalui facebook, twitter dan macam2 lagi..

Kita perlu berhati-hati  kerana setiap tulisan adalah seumpama bercakap. Al-Kitab kal-khitab. maksudnya , apa yang ditulis adalah sama peranan dan statusnya seperti diluahkan oleh mulut. Kita marah, mecarut, menyumpah, menghina dan lain2 akan dijawab oleh orang yang kita tujukan.
Jika ia membalas, maka berlakuklah perang secara maya. cuma tidak bersua muka tetapi perang itu lebih tajam kerana ia bertulis. Ia dianggap bahan bukti jika di bawa ke mahkamah dan setiap tulisan kita bisa diinterpret dengan pelbagai maksud.

********

Semalam, saya mendapat email dari sesorang kawan. Ia menceritakan benda lain, tapi dalam tu ada link ke mstar yang menceritakan mengenai artis. Saya telah menekan link tersebut dan membaca apa yang ada dalam mstar tersebut.

Ianya mengenai artis, walaupun kisah artis saya tidak  tahu banyak,  tapi yang saya ingin kupas adalah mengenai perbalahan maya. Ohhh ia sungguh memalukan... dan juga menakutkan..apatah lagi perbalahan dan luahan rasa mengenai orang terdekat, adik beradik, ibu bapa, suami isteri , rakan sejawat dan sebagainya..

Saya banyak membaca status facebook yang sebegini.
Seorang isteri meletakkan status difacebooknya mengenai suaminya yang bergaduh dengannya. Dan dia meluahkan rasa marah dan geramnya kepada suami.
Seorang suami menulis mengenai perbalahannya dengan isteri. Marahnya dia sampai tak nak balik ke rumah..
Seorang isteri menceritakan marahnya terhadap adik beradik suaminya sebab tak dengar kata.
Seorang ibu meletakkan status tentang salah laku anaknya..
Seorang kawan menulis betapa bencinya dia kepada kawannya yang lain.
Seorang pekerja menulis betapa menyampahnya dia kepada bossnya..

Apakah tidak mungkin orang yang dimaksudkan mengetahui apa yang ditulis? Boleh jadi dia juga friend yang boleh access facebook itu, boleh jadi dia disampaikan oleh orang yang mengetahuinya.. Dari tidak berperang menjadi berperang. Silaturrahim boleh putus. Suami isteri boleh bercerai berai..
Apakah pulak bila ada friend lain bertanya dan memberi comment, maka penulis akan menghuraikan dan lebih kuat meluahkan rasa marahnya...

Jadi, dalam meluahkan rasa marah, hati-hatilah selalu..
jangan membuat status tak tentu kat facebook kita. Twitter ke apa benda..

Kita saja yang boleh mengubah diri kita..
Status facebook dan twitter kita.. kita yang punya.
Mari kita  renung-renungkanlah..
Orang yang mencurah minyak ke api, ia memberi peluang kepada maraknya api tersebut..


----------

Inilah yg sy baca..
pengaruh service di alam  maya.. twitter dan facebook..


PETALING JAYA: Bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.



Inilah entri Rita Rudaini yang ditulisnya pada petang Selasa menyelar individu tertentu.


Perbalahan antara mereka tercetus apabila masing-masing dilihat mengeluarkan kenyataan sinis melalui laman sosial tersebut walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.



Zaquan Adha meluahkan perasaan marah dalam Twitter miliknya pada entri petang Selasa.


------------------------------------

Facebook, Twitter dan apa lagi...
Berhati-hatilah menggunakan kemudahan tersebut.
Tersilap langkah, kita merana..
Akhabar ni pun suka bawa cerita tak bagus sebegeni. Tetapi surat khabar ini adalah refleksi kepada org yg berada di sekitar kita.. Jika jadi macam ni, orang lain mungkin tidak menasihati kita, kerana kawan yang baik sahaja yang memberi nasihat, yang lain mungkin suka, bahkan mencari jalan melihat kita jatuh...

Wallahua'lam

Tuesday, January 10, 2012

Perjalanan..

Berlalunya 2011..

Masa berlalu sepantas kerlipan mata. Pejam dan celik silih berganti dan hari demi hari ditinggal pergi. Tahun 2011 berakhir beberapa hari yang lepas. Ini bermakna Allah telah mengurniakan kami sekeluarga peluang dan rezeki yang besar bermukim sementara di bumi Melbourne. Genap sudah 3 tahun 2 bulan kami berada di sini. Bermula 28 Nov 2008 sehingga 28 Nov 2011 adalah 3 tahun cukup.

Cepatnya masa berlalu..
Subhanallah..
Semoga ada kebaikan yang kami cekup dan juga semoga ada kebaikan yang kami berikan sementara kami berada di sini. Melalui sebuah kehidupan di tanah orang, belajar mengenali budaya dan bahasa serta mengutip kebaikan dan manfaat.

Semoga ALlah redha..

Gambar-gambar sebelum berakhirnya tahun 2011..


Aisyah, Muaz dan Najah di hadapan Sekolah Kingsbury tempat Aisyah bersekolah selama 3 tahun..

Bersama-sama Mr Tyas, guru kelas Aisyah dan Muaz. She wrote a letter to Mr Tyas, 'Mr T, you are the best teacher I ever had. You're the first teacher and the last teacher  for me in Australia..'
Maknanya masa Aisyah sampai belum umur 7 tahun, dia masuk kelas Prep dalam 1 bulan, masa tu Mr T jadi guru kelas dia. Bila Aisyah masuk Grade 4, Mr T juga guru kelas dia..so the first and the last...


Ini masa hari train cuti.. 25 Dec 2011, kita orang naik train free 3 keluarga dari Reservoir ke Fitzroy Garden, Sally dan Kak Che Nor.. makan-makan dan balik semua ke rumah.. hehe.. sekadar  bawak budak2 jalan-jalan.. tapi letihnya on the back, train rosak.. lama ler jadi perjalanan kita..

Aisyah dan Najah di Fitzroy garden..

Aisyah di hadapan rumah, pada 23 Dec 2011...


Bye bye  2011..

Semoga ALlah membuka jalan dan pintu rezeki dan memberi kami smeua petunjuk dalam melalui hari-hari mendatang di tahun 2012..

Semoga ALlah redha..

Sunday, January 8, 2012

SBPA lagi..

SBPA..lagi

Saya letakkan berita hari ini di sini bahawa bagi yang berminat untuk naik pangkat, SBPA adalah pilihan yang bagus. Senang untuk naik pangkat bila seseorang pekerja bekerja keras dan berpotensi dan berkualiti..

Walaupun ganjaran pangkat dan gaji adalah menarik hati insan, tapi niat ikhlas bekerja mencari rezeki untuk diri dan tanggungan jangan sama sekali dilupa. Jika kita dapat lebih, banyaklah memberi, tapi jangan hidup dan mati hanya berfikir untuk mengejar dunia dan pangkat. kerana dunia ini seumpama air laut; lagi diminum bertambah masin, lagi diminum lagi dahaga. Lagi dahaga, lagi diminum. tidak berkesudahan...


Saya menonton youtube Prof Muhaya baru-baru ini. Ia sangat menarik dan membuatkan saya berfikir. Beliau menyebut beberapa kali bahawa tujuan hidup adalah mencari makna, jika kita bermakna kepada agama dan alam, maka adalah makna kepada kewujudan kita. Dan yang paling penting, beliau ada memberi kata-kata hikmahnya yang menarik bahawa, 'Bila kita mencari Allah, dunia mencari kita. Bila kita mencari keredhaan Allah dan membuat kebaikan atas nikmat yang diberi, pangkat dan ganjaran mengejar kita, bukan kita yang mengejar pangkat..'

Semoga kita berada dalam orang-orang yang bermakna dan memberi makna kepada agama, manusia dan alam..

Justeru itu, sama-samalah kita
menjadi anak yang bermakna
kakak dan abang yang bermakna
isteri dan suami yang bermkna
pekerja yang bermakna
jiran yang bermakna
dan sudah tentu jadilah hamba Allah yang bermakna!
insya allah..
________________


SBPA tawar kenaikan pangkat istimewa


2012/01/08 
PUTRAJAYA: Pegawai awam berprestasi tinggi dan berpotensi mengisi jawatan strategik akan dipertimbangkan kenaikan pangkat secara istimewa menerusi sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata kenaikan pangkat secara istimewa itu ialah pegawai dinaikkan pangkat bagi mengisi jawatan kosong dalam tempoh lebih cepat daripada pegawai lain sama ada ke satu gred lebih tinggi atau secara pelangkauan gred.
"Kenaikan pangkat secara istimewa membolehkan Ketua Perkhidmatan mempersiapkan pegawai dengan kompetensi sesuai dengan jawatan strategik yang dikenal pasti iaitu dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional," katanya dalam surat pekeliling yang dimuat naik dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kelmarin.
Beliau berkata, pertimbangan kenaikan pangkat secara istimewa berasaskan kriteria penilaian ditetapkan yang akan dibangunkan Ketua Perkhidmatan dan kriteria itu perlu dikemuka kepada JPA untuk mendapat kelulusan sebelum dilaksana.

Abu Bakar berkata, peningkatan gred gaji pula akan diberi kepada pegawai diiktiraf sebagai SME, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi serta pengalaman luas dalam sesuatu bidang khusus yang memenuhi kriteria ditetapkan dan boleh dijadikan sumber rujukan kepada pegawai dari dalam dan luar organisasinya.

Beliau berkata, pegawai yang layak bagi dipertimbangkan untuk diiktiraf SME adalah Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memenuhi syarat termasuk berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam skim perkhidmatan semasa atau berada di gred 1-4; memenuhi kriteria penilaian kepakaran ditetapkan dan mendapat perakuan panel penilai kepakaran.

Katanya, Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab membangunkan kriteria penilaian dan menetapkan petunjuk prestasi utama SME mengikut skim perkhidmatan.
“Kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan semasa, layak dipertimbangkan kenaikan pangkat mengikut syarat ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

“Bagaimanapun, kaedah ini tidak terpakai bagi skim perkhidmatan disediakan kenaikan pangkat secara ‘time-based’. Pegawai dinaikkan pangkat mengikut kaedah ini terletak di bawah penyeliaan pegawai atasannya mengikut struktur perjawatan walaupun gred pegawai setaraf dengan pegawai penyelianya,” katanya

Saturday, January 7, 2012

English oo English..

English oo English....


Translate perkataan demi perkataan jadilah seperti di bawah.

_________________

All abuzz over ‘Ethical Clothing’

By JOSEPH SIPALAN and JOSEPH KAOS Jr
newsdesk@thestar.com.my


PETALING JAYA: If you are working at the Defence Ministry, be sure not to wear “clothes that poke eye”.
This was one of the many colourful descriptions of “Ethical Clothing” (etika berpakaian) that is acceptable within the ministry's standards.
Netizens on social networking sites were literally ROFL, which is cyberspeak for “rolling on the floor laughing”, as they shared the link to the ministry's amusing English translation of the staff dress code on its official website.
Lost in translation: The amusing English translation of the staff dress code on the Defence Ministry website.
“Clothes that poke eye” is a literal translation of pakaian yang menjolok mata, which is supposed to mean revealing clothes in Bahasa Malaysia. Other finds included: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three”, which, in Malay, is berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga.
Baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia, meanwhile is translated as “long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia”.
There was also “shine closed”, which was translated from kasut bertutup, or closed-toe shoes.
Another was the brief summary of the ministry's history on the website, which read: “After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”
The actual summary in Bahasa Malaysia read: Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.
The ministry took down the English translated version several hours after it went widespread on Twitter and Facebook.
A ministry spokesperson said a clarification has since been posted on the website, adding that page hits shot up remarkably yesterday.
The clarification on the website said corrective action was being taken on the related software to ensure translations were accurate.

Friday, January 6, 2012

Hail..

Hujan air batu..

Inilah kali pertama semenjak saya berada di sini dapat melihat hujan air batu..
Subhanallah...
Ia berlaku sekejap saja, masa petang Krismas 25 Dec 2011 lepas.
Saya dengan Aisyah kat rumah Faliq, di Regent dan dapat tengok kat belakang rumah Faliq..




Kesihatan

Kurang Sihat..

Saya berada dalam tiga perkhabaran yang tidak menggembirakan.
Saya berdoa agar Allah sudi mendengar doa saya dan mengabulkan hasrat dan harapan saya.

1- Adik saya yang sangat dikasihi, Idi, dirawat di hospital ampang kerana denggi.
'ya Allah, tolonglah selamatkan dan sembuhkan adik saya.. ya ALlah, berilah keampunan kepada adik saya Idi dan sembohkanlah dia ya ALlah.. '
Air mata saya berlinang mengenangkan saya jauh di sini tidak dapat berjumpa dengannya.

2- Makcik saya, adik kepada ibu saya yangs aya panggil Makcik Dah senang sakit kuat di kampong. Saya tidak dapat melawatnya. Sekali lagi air mata saya mengalir laju. Ya Allah, berilah kesihatan dan kebaikan kepada Makcik Dah. Ampunkanlah dosa dia dan tetapkanlah yang terbaik di sisiMu.. Ya ALlah..

3-Saya sendiri bukanlah kuat mana. Saya balik dari Klinik pagi tadi, berjumpa doktor dan mendapat keputusan pemeriksaan darah yang saya jalankan. Kolesterol saya tinggi melepas tahap kesihatan sepatutnya. Vitamin D untuk tulang juga sangat jauh rendah dari kesihatan yang sepatutnya. Saya boleh dapat osteoporosis jika keadaan tidak diubah dan berubah. Tekanan darah saya juga rendah. Bulan lepas, kiraan bahagian bawah adalah X/50, sangat rendah dan saya selalu rasa nak pitam. Tiga hari ni saya mengalami yang sama.. kali ini naik sedikit dari sebelumnya. Saya sekarang X/70. Saya dikehendaki memberi penekanan lebih kepada kesihatan diri saya. Insya ALlah.. semoga Allah mudahkan saya..

Dalam masa yang sama, saya sangat rindukan anak saya Aisyah..
Aisyah...
Umi miss sangat Aisyah..

SBPA lagi..

Maklumat terkini..


Ada beberapa pendapat disekitar perubahan  skim SSM ke SBPA.
Ada yang setuju dan ada yang tidak.
Ada yang kata gaji naik tak selaras.
Ada naik banyak dan ada naik siket.

Apa pendapat saya?
Saya berpendapat, kita tunggu dan lihat.

Tetapi oleh kerana kita disuruh opsyen dan saya dulu sebenarnya dah buat opsyen dari bersara 56 ke 58, jadi kali ini saya kekalkan kepada bersara wajib pada 58 tahun. Lagi beberapa belas tahun akan datang. Masa tu saya pun tak tahu apakah saya masih kuat, masih bermanfaat dan apakah saya sudah tiada di muka bumi ini.. Hanya Allah yang tahu.

Pihak Persatuan Pensyarah meminta Kerajaan mengkaji balik kerana ada unsur tidak adil dalam kenaikan gaji tersebut. Ia berlaku terutama kepada pensyarah Gred 54 atau Prof Madya ke atas. (Saya termasuk dalam tu sebenarnya, tapi saya tak berapa memikirkannya..Saya hanya menerima apa yang dibincangkan..)

Isu itu berlaku contohnya saya bagi kes study sebegini..

Katakan Dr Mohd Ali (nama samaran dan gajinya pun samaran jugak) sekarang adalah Prof Madya DS/DM54.
Beliau berada di tangga gajinya P1T5 dan gaji pokok adalah RM5000.
Dia dah jadi Prof Madya selama  5 tahun.
Dalam SPBA, gaji pokok tangga gaji pertama DS/DM54 adalah RM5300.
Jadi Dr Ali selepas sign SPBA akan terus berganjak gajinya ke  gaji terdekat dengan gaji semasa beliau, maknanya RM5300. Kekananannya iaitu dia sudah berada di tangga T5 tidak diambil kira.
Jadi dia akan dapat  gaji selepas ini adalah tangga pertama bagi Prof Madya dalam skim SBPA
- yang merupakan atas siket dari gaji beliau sekarang.  
Jadi dia naik gaji RM300 atas perubahan skim ini.

Katakan Mohd Amin pula adalah Pensyarah Kanan Gred DS/DM52.
Beliau telah berada dalam jawatan tersebut selama 5 tahun dan berada di  tangga gaji  P1T5 
dengan gaji pokoknya adalah RM3300. Dia memohon untuk kenaikan DS/DM54 ke Prof Madya.
Beliau berjaya dan dengan perubahan skim SPBA, tangga gaji pertama beliau sebagai Prof Madya DS/DM54 bermula sebanyak RM5300.
Dengan itu beliau mendapat kenaikan gaji sebanyak RM 2000.

Justeru, pendapat yang berbeza akan diperolehi jika kita melihat dari dua sudut,  kaca mata Ali atau kaca mata Amin.

Bagi Ali- beliau sudah berada di jawatan itu selama 5 tahun. Dia sudah senior,  keluarga juga besar, anak-anak perlukan belanja lebih besar, sedangkan Amin baru masuk  jawatan tersebut, belum buat apa-apa lagi dan gaji mereka sama.. maka itu tidak adil untuk Ali, walaupun sangat baik untuk Amin.

Wallahua'lam..

Saya berlapang dada, tak da rasa apa-apa..
Jika saya jadi Amin, saya syukur, jika saya adalah Ali, saya juga bersyukur..
Tapi jika perkara tersebut adalah sesuatu yang terlepas pandang semasa penggubalannya, sangat baik jika kerajaan ambik tindakan alternatif, apa-apa saja yang terbaik untuk semua orang..
Tapi untuk pengetahuan semua, inilah kedudukan terkini isu SBPA yang berlaku sekarang di kalangan pensyarah yang terlibat..

Apapun, bagi saya dan anda juga, yakinlah selalu dan berlapang dada bahawa rezeki kita Allah tentukan...
bersyukur pada Allah dan membahagikan rezeki yang ada dengan sebaiknya.. Disetiap rezeki kita,  ia ada hak untuk anak isteri, ibu bapa, anak yatim, orang susah, Palestin, NGO Dakwah dan sedekah jariah.


Itulah sekadar Pendapat Saya... 
_________________________________

Mari kita baca berita di bawah..

PUTRAJAYA: Majlis Persatuan Kakitangan Akademik (MPKA) Malaysia yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah gred 54 ke bawah di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula pelarasan gaji mengikut Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat meminggirkan mereka.
Pengerusi MPKA Malaysia, Prof Madya Dr Razli Che Razak, berkata kajian semula itu perlu kerana peralihan tangga gaji dari Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA untuk kakitangan akademik bergred DS54, DM54, DU54 dan DUG54 ke bawah didapati meminggirkan prinsip kesarjanaan dan kekananan seseorang kakitangan akademik di IPTA.
Beliau berkata, MPKA melihat pelarasan gaji berkenaan sepatutnya mengambil kira aspek kesarjanaan dan kekananan seseorang pensyarah dalam pelaksanaan SBPA supaya ia adil kepada semua pihak.

“Jika kita lihat kembali pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam mesti antara tujuh hingga 13 peratus daripada gaji mereka mengikut SSM, tetapi ia tidak berlaku kerana hasil analisis mendapati peningkatannya (mengikut SBPA) hanya kira-kira tiga peratus.

“Malah, jika dilihat dari segi gaji permulaan pensyarah gred DS45 mengikut SSM dan SBPA, kenaikan hanya RM3.90 iaitu daripada RM2,546 kepada RM2,550. Bagi kenaikan gaji gred 52 dan 54 pula tidak mengambil kira aspek kekananan dan tempoh perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil MPKA dari seluruh negara di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, MPKA mendesak JPA melantik sekurang-kurangnya tiga wakilnya menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan tanpa kekangan gred dan tidak mengira sama ada mereka dari kumpulan profesional atau bukan.
Selain itu, Razali berkata, JPA perlu mempertimbangkan pemberian insentif baru kepada kakitangan akademik berdasarkan status universiti atau kepakaran seperti Universiti Penyelidikan atau Universiti APEX menerusi pelaksanaan pemberian insentif di bawah SBPA pada 2013.

“Kita juga berharap JPA akan mengkaji semula dan mengubah frasa opsyen dalam surat tawaran SBPA yang bertulis ‘muktamad’ kerana ia dilihat sebagai paksaan dan tidak membenarkan rundingan,” katanya.

Berikutan itu, MPKA bercadang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagi membincangkan masalah itu.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, yang turut hadir berkata, beliau menyokong tindakan MPKA itu dalam menyuarakan pandangan mereka kerana ia mampu menjamin kebajikan kakitangan akademik di negara ini.

“Kebajikan kakitangan akademik amat penting kerana mereka memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan dan melahirkan tenaga kerja berkualiti di Malaysia.

“Justeru, CUEPACS berharap JPA turut mengambil kira desakan dan pandangan kakitangan akademik di IPTA dalam perbincangan mereka tidak lama lagi,” katanya. 

Sunday, January 1, 2012

Sepi..

Hati yang sepi..

Saya balik dari airport. Menghantar Aisyah puteri kesayangan saya balik Malaysia sepanjang cuti sekolah ini. Insya Allah Aisyah dan Abah akan datang ke sini selepas cuti sekolah nanti. Insya ALlah..Abah dah balik Malaysia dua minggu lepas. Aisyah kali ini balik bersama Kak Nor dan anaknya Muaz.

Mengingat Aisyah, air mata saya mengalir membasahi pipi.. Saya rindukan suranya yang lunak. kata-kata hikmah yang selalu keluar dari mulut comelnya dan joke dan teka teki yang selalu menjadi bahan sembang selepas balik sekolah.

Aisyah...

Seminggu ini, saya melayannya dengan sepenuh hati. Menggembiranya dia dengan memberi waktu malam untuk 'family time' yang selalu dimintanya. Selepas solat maghrib, saya mendengar ceritanya, memandang ke dalam matanya dan memberi reaksi kepada semua percakapannya. Lepas solat Isya' berjemaah, saya duduk di katil sebelahnya, melihat dia menulis jawi, membaca Quran, dan  menonton cerita 'Kungfu Panda 2' dalam I Pad1 (yang saya beli dari seorang rakan, sekarang menjadi kepunyaan Aisyah). Berbincang iktibar dan moral dari movie kung fu panda 2 dan mendengar pendapat seorang kanak-kanak seusia 10 tahun.

Aisyah..

Selalu sangat Aisyah memberi pendapat yang menyebabkan saya terdiam dan merenung sendirian.
Apabila dia melihat saya berada di meja study di waktu malam, Aisyah akan datang bertanya soalan dan memberi kata-kata positif penguat jiwa saya.

'Umi, which chapter of your thesis that you are up to now?'
'Not much progress sayang. I'm doing my chapter 3, and half of chapter 4....'
'How many chapters all together Umi?'
"I'm not sure yet. Maybe 6 and maybe 7... Aisyah doa ya, I really want to finish this job.'
'It means you are doing well Umi. Just another 3 or 4 more chapters, then you can submit your thesis.'
'Insya ALlah.. Umi really hope so..'

"Umi.. if Umi rasa susah buat PhD. Umi ingat ya, that you are a coffee bean. you are not a carrot and you are not an egg. Coffee bean can accept challenges, change the environment but remain as a coffee bean. You must be like that Umi.  You can finish your PhD. Allah has given Umi a second chance after you transferred to Melbourne Uni, you can do it Umi.. I believe in you. ..'

Aisyah..
How I miss your voice..

Saya bertukar tempat tinggal dan berpindah ke rumah yang 'uzur dan buruk' pada pednapat saya. Dan saya rasa sangat sedih kerana berpindah. Tapi Aisyah, selalu memberi buah fikiran yang penuh berhikmah dan mendalam.. saya melihat betapa besarnya penciptaan Allah dalam diri seorang Aisyah.

Bila saya mengadu saya tak berapa suka rumah baru.
'Umi, you don't think about the house ya. Abah said, if you have a place to study, a room to rest, a place to sleep, then dah bagus dah Umi.. Umi concentrate on your research ya Umi. Bila dah siap, rumah kita kat Shah Alam best abah dah repair.. so kalau rumah kat Australia tak bagus pun takpa Umi.. Umi jangan sedih ya..'

Aisyah.. teringatnya Umi pada Aisyah...