Thursday, June 24, 2010

Julia Gillard

24 June 2010

Saya menulis setelah lama tidak menitipkan apa-apa ke dalam blog ini. Perkembangan politik Australia menyentuh hati saya. Saya sangat kesiankan Kevin Rudd. Bila tengok gambar dia, tetiba air mata saya mengalir.
Cepatnya sesuatu nikmat diberi dan sekelip mata ALlah bisa mengambilnya..

___________

24 June 2010
Kevin Rudd Gets Dumped by Labor Party
By HANNAH BEECH Hannah Beech – 30 mins ago

What a difference six months make. At the start of this year, Australian Prime Minister Kevin Rudd, whose Labor Party won a landslide election in 2007, was still regarded as the poster child for a new Australia. Like a blond superman, he flew around Australia - and the world - tirelessly working to help his nation avert the global financial crisis that had tainted other major economies; wooing foreign companies to invest in his homeland's natural resources; and bonding on the world stage with his political soulmate Barack Obama in their effort to combat climate change. In due course, the center-left leader was rewarded with the highest popularity figures in Australian history. Was there anything K-Rudd couldn't do? Yes, it turns out - keeping his own party loyal when the tide turned.


On June 24, Rudd's own party unceremoniously dumped him for his deputy Julia Gillard, turning the former political wunderkind into Australia's shortest-serving Prime Minister in almost four decades. Labor's change of heart, though, had less to do with Australia's shifting priorities than a feeling that Rudd had neglected to safeguard the ideals he so strongly advocated during the campaign and the start of his term. Rudd was branded a flip-flopper on key issues like the environment. His steadfastness in other arenas was increasingly perceived as mule-headedness. Loyalty to his inner circle began to look disturbingly like a failure to consult with other party elders.(See pictures of Australia.)


At first, Rudd seemed like he could do no wrong. As a killer drought parched Australia and big industry contaminated the land and air, he vowed to punish polluters and become a global leader in the fight against climate change. Rudd's first order of business as Prime Minister was to ratify the Kyoto Protocol, the international treaty against global warming that his conservative predecessor John Howard had neglected to sign.


At a time when China had emerged as Australia's biggest trading partner, Rudd could say with confidence that he knew how to handle the Chinese. After all, he was the first foreign leader to speak fluent Mandarin, having served as a diplomat in the People's Republic during the 1980s. His university thesis centered on a Chinese democracy activist - a sure sign that Rudd would not compromise his nation's political ideals in the face of a flood of Chinese investment.(Read "A New Face for Australia.")


Best of all, despite his own lily-white pallor, Rudd, like Bill Clinton in the United States, had the rare gift of making every Australian - whatever color or creed - feel like they belonged. Just weeks after he took office, he issued a historic apology to the so-called "stolen generation" of Australian Aborigines who had been taken from their homes and placed with white families or in institutions.(See pictures of the day Rudd apologized to the stolen generation.)


Then came the missteps. Some were personality driven, like the doomed efforts to humanize a man who at his worst could sound like a particularly finicky professor. Although a few genuine displays of emotion, like his teary response to the fatal Australian wildfires, resonated with the public and made Rudd seem less an aloof bureaucrat, tales of his explosive temper weren't quite as endearing.


The policy lapses were even more damaging. Despite his China expertise, Rudd didn't seem to have any more success than other leaders in dealing with Beijing. His inclusive reputation was dented when he took a tough stance against foreign asylum seekers. Some of his most ardent supporters, particularly young voters, were horrified when Rudd began abandoning his commitment to being green. Most damaging was an announcement this April that he would shelve an emissions-trading scheme that had secured him many votes back in 2007. The environmental backtracking was followed by a suddenly announced and poorly explained mining tax proposal that left voters even more confused. Who exactly was Kevin Rudd and what did he stand for? Now, with a party coup executed in just hours, Australians won't have to know.

_______________

Even though it is about Australia, I feel deeply sorry for Kevin Rudd.


Today's Poll (@ yahoo.com.au)

8569 votes since Jun 24 2010
Do you feel sorry for Kevin Rudd?
Yes 71% 6118 votes
No 29% 2451 votes
(I am one of the voters for yes)

Monday, June 7, 2010

Blog Berehat..



Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,
blog ini akan bercuti dalam
jangkamasa yang lama-insya Allah berjumpa nanti

wallahua'lam.

Sunday, June 6, 2010

Man and Woman

Nabi-nabi..

Ahad malam minggu lepas, Aisyah keluarkan semua buku agama dan buku catatan yang dia belajar di Sekolah ILIM. kat sini ramai yang panggil Sunday class. Saya panggil kelas agama ILIM. Dalam tu ada buku cerita nabi. Aisyah tunjuk buku tersebut..
Saya kata, 'Why not you read out loud the story of Nabi Ibrahim..'

Aisyah pun apa lagi..
'ooo ok.. Umi want me to read this? Bestnya.. Umi listen yer..'

Dia pun baca page by page..

'Ibraheem alaihi salam lived in Ur, a small town in iraq. The people of ur worshiped stones and statutes. Ibraheem did not like that at all. He knew that these idols could not speak, hear or see. They could not do any good or any harm. They could not feed the hungry or help the sick.. One day, Ibraheem asked his father, 'Why do you worship these stones that you have made, father?' Azar became angry and did not give a good answer. One day......'

"Umi, Nabi Ibrahim was a brave man kan Umi.. He smashed the idol. Can a woman be a prophet?"

Saya jawab, 'No, man only can be a prophet. All of the prophets are men.'

"Why? Aisyah rasa kalau woman boleh jugak jadi prophet. Sebab prophet tu kan dia teach people to be good, so woman also can teach people, bagi ceramah. Kenapa Allah tak kasi perempuan jadi prophet?"

humppp.. soalan sister in islam ni..[ uppps... hehe..]

Saya jawab siket jer..

'Being a prophet is not only to bagi ceramah. Aisyah read Nabi Ibrahim was put in fire. Prophet Muhammad also faced the same thing. People wanted to kill him.People who did not want to follow Nabi-nabi wanted to kill the prophet, macam-macam.. So it's not a simple job. The prophets had to go here and there sebab nak ajar orang masuk islam, banyak sangat kerja... Woman can not be prophet because of many other reasons, but Allah is the one who decides, kita kena accept what Allah had decided..'

Aisyah tak puas hati..

'But... Aisyah rasakan... bla bla..'

Jadi malam tu saya bercerita pasal man and woman in Islam.

To one and only audience i.e Aisyah..

It was a tough job though..hehe..

Thursday, June 3, 2010

Bersangka baik lah selalu..

Bersangka baik pada setiap ketentuan Allah..

Bersangka baik maknanya kita melihat apa sahaja yang Allah tentukan untuk kita ada hikmahnya, sama ada kita mampu melihat hikmah positifnya atau pun tidak. Mungkin Allah tentukan sesuatu nampak payah, rumit, meyakitkan, meletihkan, menyesakkan jiwa tapi dengan bersangka baik, kita akan pasrah dan redha. Jika tidak, kita mungkin akan memberontak, marah-marah, benci dengan kehidupan ini, marah pada Allah yang menguji kita satu demi satu.. Dan akhirnya mungkin kita jadi berputus asa dengan rahmat Allah yang maha luas ini. Dengan kita bersangka baik, jiwa kita akan lebih tenang. Mungkin ada kebaikan untuk kita melalui ujian yang menimpa..

Saya teringat masa baca akhbar tentang volcano baru-baru ini, kerana terlalu kuatnya abu maka semua kapalterbang stop. Semua perjalanaan tergugat, tapi pada masa yang sama pula, apabila kapal terbang tidak berterbangan, keretapi menjadi tumpuan. Maju perkhidmatan keretapi kerana musibah berlaku pada perkhidmatan kapal terbang.. In english, ada proverb berbunyi 'Every cloud has a silver lining'. itulah maknya lebih kurang. Disebalik setiap kesusahan, ada kemudahan..

Kita pun begitu, jika susah di sini, mungkin senang di sana.. Jika susah sekarang, mungkin senang di masa depan. Bersakit dahulu, bersenang kemudian..Namun jangan berhenti berusaha.. Berusaha dan bertawakkal datang bersama-sama..

Mari kita baca satu kisah sebagai tauladan..
[Saya terima dari mailinglist, terima kasih ye kepada pengirimnya...kalau kisah ni tak betul, baca jugakler.. harap-harap betul]..

____________

Kisah Tauladan...

Jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral

Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...

“Ketika Allah memberimu, Dia memperlihatkan kepadamu belas kasih-Nya. Ketika Dia menolak memberimu, maka Dia memperlihatkan kepadamu kekuasaan-Nya. Dan dalam semua itu, Dia memperkenalkan diri-Nya kepadamu dan menghadapmu dengan kelembutan-Nya.”

Wednesday, June 2, 2010

810...

ke 810...

banyaknya.. dah lama rupanya saya jadi blogger.. hehe..

Ini adalah entry yang ke 810 semenjak penubuhannya beberapa tahun lepas. Masya Allah..
Kalau dapat ditukar ke thesis PhD.. alangkah baiknye.. dah ada 810 mukasurat..hehe..

Semoga blog Sekadar pendapat saya ini akan terus hidup. Dalam kesibukan yang ada, saya mencelah mencari masa mengisi apa-apa yang terlintas di hati, selalunya setengah jam sebelum saya tidur.. kadang-kadang bila saya boring tak kira masa..

Saya berdoa semoga ada kebaikan untuk mereka yang sudi membacanya..
Disamping ada kebaikan untuk saya sendiri sebagai kenangan hidup di muka bumi indah pemberiaan Allah ini.
Alhamdulillah syukur puji untuk Allah Tuhan seru sekelian alam..

terima kasih pada seorang visitor blog ini yang telah membuat JPEG di atas. Saya menghargainya.. Beliau email maklumkan suka melihat gambar Aisyah solat tepi jalan.
terima kasih yer..

Terima kasih juga kepada semua yang sudi melawat blog Sekadar Pendapat ini..

Tuesday, June 1, 2010

Abuya Arqam Siri 2

Arqam.. Sambung cerita..

Pertama kali saya ikut kawan-kawan Arqam ke Sungai Penchala, saya tidur kat sana bersama mereka. Diasrama wanita. Malamnya ada ceramah, orang sangat ramai dan saya rasa sungguh takjub melihat ramainya dan meriahnya Sungai Penchala masa tu.

Lepas Isya' ada ceramah, dan penceramahnya saya tak tahu siapa. kawan-kawan saya menyalin sungguh-sungguh semua isi kandungan ceramah. Kepelikan pertama yang saya jumpa adalah dalam ceramah tu, Penceramah tu sebut that ulama' zaman dulu sangat menjaga hubungan suami isteri. Kalau ada yang solatnya tak kusyu', dia akan muhasabah hubungannya dengan isteri dan masa itu kalau solat tak kusyuk, adalah silap apa yang isteri buat. Sebab itu ulama2 dulu esoknya kawin lain kalau malamnya solat tak kusyuk dan isteri yang bertanggungjawab. pastu dia sebut Saidina Ali kawin 15 orang, alasan sebab solat kusyuk tak kusyuk, dan cerai dan kawin.

Saya pelik... Mana dia dapat maklumat tu? Tak pernah saya dengar. Saya terus tanya kawan2 saya. Saya kata dengan dia orang tolong pergi tanya Ustaz tu, mana dia dapat info tu. Boleh tak saya nak tengok kitab yang dia rujuk kata Ali kawin berbelas orang pastu ada ulama' kawin cerai sebab solat tak kusyuk. Kalau isteri solat tak kusyuk, nak salah kat sapa pulak?

Peliknya kawan-kawan saya kata apa yang ustaz tu cakap semuanya betul sebab kita tak boleh rasa tak yakin pada tuan guru. semuanya benar tak ada lain selain benar belaka.. umpphh pelik tu!

Pastu masa yang lain, kawan Arqam saya cerita- ustaz cerita dalam kuliahnya kata Rusia ada peluru berpandu, semua tempat tak berkecuali semuanya ada dalam sasaran mereka kecuali Sungai Penchala.. umphhh saya jawab lebih kurang, 'Apa benda ustaz tu cakap ni.. mana dia dapat maklumat ni... tak munasabah langsung!. Buleh tak kalau kita pergi jumpa ustaz-ustaz yang buat statement pelik-pelik ni..'

Lepas tu masa malam Jumaat, mereka selalu baca yasin dan zikir aurat Muhammadiah mereka. Satu kali saya dijemput ke majlis wanita, saya pergilah lepas maghrib. Masa tu ketuanya yang sepatutnya mengetuai amalan malam tu baru saja uzur (period) . Lepas maghrib dia mandi wajib, pakai telekong dan mengetuai bacaan yasin, dia baca yasin sama-sama, dan terus kepada amalan zikir tersebut. Peliknyer.. Saya tanya, 'setakat yang saya belajar, uzur is uzur, kecuali darurat je buleh baca Quran. mana buleh uzur pergi mandi wajib, baca yasin then sambung uzur balik. tak pernah ada dalam kitab fiqh'. Dia jawab, boleh sebab nak baca zikir mereka, itu sangat penting dan biasa dibuat.

Saya diianggap pelik sebab asyik question semua benda.. Mereka cuba berhujah menggunakan alasan ketaatan kepada tuan guru adalah perkara besar. Saya tak da banyak ilmu, tapi saya banyak question kot.. [hehe...] Sebab itu lepas banyak kali pergi dan pergi ke Penchaala, saya dibawa berjumpa isteri-isteri Abuya mereka untuk berbincang agaknya, supaya saya dapat diyakinkan.. Tapi tak juga dapat diyakinkan. Bahkan saya lagi banyak suarakan kepelikan saya. Saya sebenarnya lebih kepada memerhati dan menilai..

Kemudian saya tengok kawan-kawan saya pakai badge gambar Abuya Arqam di tudung mereka, di beg mereka, letak dalam locker mereka, di buku-buku letak gambar Abuya. Saya tak puas hati, saya suarakanlah kepelikan saya..Kenapanya kena letak gambar Abuya kata tudung, beg semua ni.. dari letak gambar dia, baik ler letak tulisan Lailahaillah ker, nama Muhammad Rasulullah ker.. Kalau semua kiri kanan, atas bawah gambar Abuya, ini bukan sayang lagi tapi dah jadi puja ni..

Banyaknya kepelikan yang saya jumpa dan saya bersuara.. akhirnya mereka pun tak suka dengan saya kot.. lepas tu tak ajak dah ke Penchala lagi. [hehe..]

Saya buat kesimpulan saya sendiri lepas melihat dan memerhati..

Ramainya orang Arqam mula mengenali agama dan amalan selepas terlibat dengan Arqam. Dan mereka meletakkan kepercayaan 600% kepada Arqam sebagai jemaah yang akan membimbing mereka menjadi insan soleh dan kamil. Apa sahaja yang diberikan diterima sebulat hati dan dijunjung dengan sebaiknya. Sedangkan latarbelakang pendidikan agama adalah tidak begitu kuat. Ilmu agama asas maksud saya. Maka apa yang diterima dianggap seolah-olah pertama kali diketahui dan dijunjung. Bagi mereka, Jemaah Arqam adalah satu-satunya penyelamaat bagi mereka dan Abuya adalah segala-galanya bagi mereka.

Selepas saya tamat UIA, kemudian berlakulah pelbagai peristiwa dalam Arqam sehingga membawa kepada penangkapan Abuya, dikenakan tahanan rumah, Sungai penchala ditutup, semua program mereka diharamkan dan Majlis fatwa mengisytiharkan Arqam dan amalan Aurat Muhammadiyah meenyimpang dari islam dan diharamkan..



Sehingga yang terbaru, Khadijah Am isterinya mengatakan Abuya tidak mati, akan bangkit menjadi ketua dibumi..

Bagi saya..
Perkembangan di dalam Arqam memang sangat pelik..
Sungguh pelik..


Justeru, saya punya kesimpulanan, kenali agama hendaklah lebih awal dibuatoleh seseorang sebelum daripada kenali jemaah. waimma jemaah apa sekalipun. Tidak ada yang perfect, jika silap, kita wajar gunakan akal dan ilmu asas yang kita ada. Jangan mengikut secara taklid membuta tuli.. Timbanglah sesuatu dengan neraca akal yang waras dan ilmu agama yang jelas.
bertanyalah kepada yang tahu apa-apa yang kamu tidak tahu..

'Fas alu ahla alzikr inkuntum la ta'lamun..'
Allahumma faqqihna fiddin..

selesai..