Friday, January 2, 2009

Perubahan Hidup

Sebulan di Melbourne

Kami sudah sebulan berada di sini.

Kehidupan saya sebenarnya berubah 180 darjah berbanding dulu..
Kadang-kadang saya rasa sangat-sangat boring..

Kalau kat sana, saya boleh bersembang dengan ramai orang, kalau boring boleh call my good friends Siti, Kak Pah, Kak Zah sembang berjam-jam. Kadang-kadang sembang dengan Mar, sembang dengan Kak Ram dll. Boleh sembang dengan kakak saya Kak Za, adik-adik saya.. Boleh sembang dengan kawan2 opis, dengan Aisyah Chua, Ita dan Azlena lecturer UiTM..

Kadang-kadang boleh duduk luar rumah petang-petang tengok Aisyah main sambil saya sembang-sembang dengan jiran-jiran ie dengan Nor mama Harith, dengan Daing mama Sarah, dengan Fazlun mama Mai, dengan Kak Zie mama Ezlin dan ramai lagi kawan-kawan surau..dengan Kak Faridah, Kak Bai, Noriah, dengan Kak Siti dan lain-lain...

Kadang-kadang saya akan basuh kolam ikan, basuh filter ikan, potong rumput kat halaman rumah atau kat belakang tempat jemur kain tu.. Ada jugak ler peluh keluar walaupun siket.

Walaupun saya rindukan dapur saya, sebenarnya saya masak yang mudah2 jer kat sana. Kalau kerja banyak dan balik lambat, saya akan pergi restoran beli satu lauk, balik rumah saya goreng ayam ker, buat ayam kicap ker, masak sayur siket dan masak nasi.. Kadang-kadang saya beli nasi beriani gam kat Seksyen 19. Kadang-kadang saya beli nasi kerabu dan laksam kat Restoran Ayam Kampung.

Kadang-kadang saya beli nasi ayam kat Restoran Lontong Klang atau Rest Ayam Mengcongkam. Kadang2 saya beli chow keuw teau (macamana eja yer..) kat Restoran Jayati. Kadang-kadang beli tomyam dengan daging masak merah kat kedai Thai.. Kadang-kadang beli lauk dari restoran Hatinee, Azeera dan restoran-restoran yang ada sekitar Shah Alam.. Kadang-kadang pergi pasar malam..Bestnyer...Semuanya saya rindu sangat-sangat..

Lagi satu, kalau boring masak, boleh call my eldest Kak Nik, kata nak gi makan rumah dia. Kadang-kadang boleh makan ikut suka rasa kat Supermarket.. Domino ker, Shakee ker, Nando ker, Pizza Hut ker, KFC ker, Manhattan Fish Market ker.. Kenny Rodgers ker.. Prown Lemon Rest ker, Rest Johny ker dan macam2 lagi..Tapi kat sini, restoran halal ada tapi tak banyak sangat , mahal pulak tu. Yang ada kat sini walaupun sedap, asyik2 jumpa kebab ... kalau nak beli lauk macam kat Mesia tak jumpa punya ..

Jadi kat sini, semua orang kena ler masak tiap2 hari ... My friend kata, 'Kalau tak masak, tak makan.. Nak tanak kena ler masak...' hehe.. Kadang-kadang saya dah habis resipi.. macam-macam resipi saya dah buat.. Tu baru sebulan.. nak buat camtu untuk 3 tahun.. adoi... Tapi seronoknya bila tengok Aisyah dan Abah makan apa yang Umi masak..
Oppsss.. Aisyah dah naik 3 kilo dalam 1 bulan ni.. hehe..


Lagi satu, saya sangat miss sms yang saya terima tiap hari.. dari semua kawan-kawan saya. Kalau saya boring, boleh sms kacau orang sebab sms murah kat sana. Kat sini, saya nak kacau sapa? Kawan saya ada beberapa orang jer kat sini.. asyik kacau Ina jer, kesian dia.. Kat sini pulak semua orang cuti belajar. Nak kacau tak tentu masa tak boleh jugak. Pastu bila nama cuti belajar, semua orang baca buku, baca artikel, baca buku, baca artikel.. baca buku, baca artikel.. adoi.. Nak kacau tak boleh....

Saya pun baca buku jugak.. tapi kadang-kadang rasa kehilangan..
Kadang-kadang saya rasa terlalu amat sunyi.. boring..
Semuanya hilang dah sekarang.. tak tau apa nak buat..

Kat sini, saya pakai tepon NOKIA dan guna line 3. Sini pelik betol.. Guna line 3 dan mesti beli telefon dari 3 jugak. Saya ambik pack $29 sebulan jer kat sini dan dapat telepon NOKIA sekali.

Jadi PDA saya tak guna dah sekarang. Saya tak boleh guna line Celcom sebab mahal... Nak call selalu dari sini pun mahal. Nak sms kacau kawan-kawan saya pun tak dapat lagi.. Nak call my mother pun seminggu sekali atau dua minggu sekali jer..Begitulah yang saya lalui sekarang...

Tapi saya perlu sabarkan..
Saya perlu bukak minda saya...
Saya perlu pujuk diri saya sendiri..
Saya perlu tahan..

Semoga saya berjaya...

p/s Tadi saya dah mendaftar diri untuk involve dalam Muslim Melbourne Association dan ISNA punya program hujung minggu.. ALhamdulillah.. Kalau ada kereta nanti, panjang siketler langkah saya..