Wednesday, April 27, 2011

Let Others, But Not Me..

Poem..

Beberapa hari lepas, saya ke kedai adik ipar saya, adik my husband di Batu caves, namanya Faizah, kedainya adalah Kedai Iwani Frozen Food... [Iwani adalah kedai adik beradik suami saya. Abangnya Fauzi jaga Iwani cawangan Taman Melati, Faizah di batu Caves. Suami saya ada kedainya sendiri..- semoga Allah memberi rezeki yang berkat untuk mereka dan saya juga..]

[Pesanan penaja...
kepada pembaca blog ni , jemput la ke kedai mereka ya.. sambil membeli boleh membantu perniagaan Muslim..]


Lepas sembang-sembang, cerita-cerita, saa tumpang solat dalam surau kat kedai dia. Dalam surau dihias cantik dengan ayat-ayat tazkirah. Dan salah satunya tertulis poem ini. Saya membacanya satu-satu.. menghayati dan berfikir tentang isinya..

Let Others...

Let others lead small lives, but not me
Let others argue over small matters, but not me
Let others cry over small hurts, but not me
Let others leave their future in other people's hands, but not me

For I know
That I was born a perfect 10
That I was born to succeed
That I have what it takes to succeed

Now I demand my birthright
I will do whatever it takes
I will do my best and ALlah will do the rest...


----------

Kita perlu jadi orang yang besar cita-cita, bak kata Hamka, hidup ini akan jadi indah bagi orang yang mempunai cita-cita besar. kalau ada orang sekeliling yang selalu melemahkan semangat kita, kita perlu menjauhi orang sebegini.. Biarkan mereka berfikir sesuatu yang kecil, kita terus maju ke depan. Kalau kita lemah semangat juang, hidup kita akan tidak ada erti. Selalu negatif pada hidup adalah ciri orang lemah. Saya tidak mahu menjadi orang lemah. Bisikan-bisikan melemahkan kita perlu kita lawan.. Saya ingin menjadi generasi HAMKA, befikir besar, beramal besar, bercita-cita besar dan memberi sesuatu yang besar untuk Allah, islam dan umatnya.. Begitu juga anda!..

insya Allah..

Wednesday, April 20, 2011

Kisahnya..

Shariah law Reports (ShLR)

Article Honour Killing written by Sham dan saya (Sham did more 60:40) has been published by Malayan Law Journal in the Shariah law Reports (ShLR) 2011. ShLR is considered as a refereed journal that carries high credit. The Editor in charge (Raz) emailed me regarding the article. Thanks to all who have involved from A to Z. Alhamdulillah.

ShLR March 2011..


________

Kawan saya dah dapat Datuk..


Hari ni saya nak cerita siket pasal kawan saya ZR yang dapat Datuk dari Sultan Perak. Jadi sekarang saya kena panggil dia Datuk..:-)

Sejarahnya, kita adalah lepasan Law Univ Islam Antarabangsa LLB grad 1992 dan juga sama lepasan DLSA UiTM tahun 2004 . Kemudian saya terlibat dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) semasa beliau menjadi presiden.

Semasa dalam PGSM, slot Peguam Syarie Menulis di Berita Harian setiap Rabu diamanahkan kepada PGSM untuk mengisinya. Hasil penulisan yang kita orang siarkan dalam akbar Berita Harian setiap Rabu di bawah slot "PEGUAM SYARIE MENULIS' dibukukan dan diterbitkan oleh UiTM Press (UPENA) atas tajuk Isu-isu Syariah 1 (muka depan ada di sisi blog inidan dijual di blog jualbukuonline). Kemudian satu lagi hasil tulisan kami serta seorang lagi iaitu En Isa dibukukan dan diterbitkan oleh UPENA atas tajuk Isu-isu Syariah 2 (muka depannya ada di sisi blog ini juga dan dijual di blog jualbukuonline.)

Ada dua buah buku lagi hasil tulisan saya dan beliau yang saya tengah usahakan untuk diterbitkan. Ia bermula sebelum saya ke Australia, tetapi atas kesibukan tugasan belajar yang padat, saya letak tepi dulu usaha membukukan buku tersebut. Saya plan untuk menyiapkannya selepasa saya selesai PhD ini. Insya Allah..

Entry kali ini saya buat penghormatan untuk beliau,

Tahniah kepada Datuk Zainul Rijal Abu Bakar..
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Thursday, April 14, 2011

Gambar kenangan

Tengok gambar kenangan..

Letih salin interview dari MP3 ke word, saya curi masa tengok2 gambar lama2..

Ini sebahagian gambar kenanangan saya sekeluarga..



Inilah saya sekeluarga dalam bot ..
kisah menakutkan ke Pulau perhentian. Tapi yang gambar atas ni dari Pulau perhentian nak balik ke darat. Pergi balik naik bot laju..

Senja Bay yang kita duduk tu cantik sangat. Saya recommend tempat tu kalau sapa2 nak pergi Pulau Perhentian. Yang belakang kita orang tu ler Senja Bay. Saya duduk yang harga Rm170 sehari. Dia tinggi siket mengadap laut.

Ini kenangan masa ke Sydney.. Saya dan Aisyah berehat selepas penat berjalan.

Pernah tengok miracle of Allah punya youtube tak? dalam tu ada gambar pokok rukuk. Exactly clear. Subhanallah kami mengucap dan memuji Allah. Pokok ni berada di Sydney, dalam hutan jugakler, kena parking kete dan jalan jauh ke dalam pokot-pokok.. Ini pun masa kami travel ke Sydney baru2 ni.

Ini gambar zoom kita orang di atas jeti ... ALhamdulillah kami selamat dari bahaya yang sudah berada di depan mata.. Masya Allah...dan syukur masih selamat. Semoga ada rezeki kami ke sana lagi, nak snorkling tengok ciptaan Allah di bawah laut.. Maha Suci Allah..

Wednesday, April 13, 2011

Perkembangan field work

Perjalanan yang perlu diteruskan..

Kadang-kadang datang lintasan tak baik dalam pikiran saya, 'Buat apa ler susahkan diri buat PhD. Banyak benda lagi boleh buat nak cari ilmu, tak payah Phd pun tak apa, baca buku banyak2, dapaat gak ilmu..' Bisikan jahat seperti ini banyak kali juga menyerang saya. Sebagai insan dhaif, saya terdedah kepada banyak cabaran dan ujiaan.. APa perlu saya buat ya..

Saya kadang2 kalah juga. Kadang-kadang saya balaas balik hasutan tadi dengan bersetuju dgn bisikan tersebut..'Yalah.. sy kadang2 sakit kepala bila perjalanan PhD ini penuh kesulitan dan kesukaran.. buat apalah aku buat benda ni..adoi..'

Tapi kadang2 saya berjaya pujuk hati saya...'Allah yang putuskan perjalanan hidup insan. Kita usaha Allah memberi. Allah yang hantar dan beri keazaman untuk sy buat PhD. ini jihad ilmu, untuk berbakti kepada agamaNya, demi anak bangsa dan negara.. buat sampai habis hidayah...'

Kerana itu, saya teruskan langkahan kaki saya..

Semalam saya sembang dengan suami saya. Dia tanya soalan apa entah ya.. lebih kurang pasal perkembangan ilmu saya lepas buat PhD ni..

Saya kata..'rasa bukan makin clear, makin blur je .. baca buku methodology, makin dibaca makin sakit kepala... entah ler..' adoii..

Tapi field work yang saya buat byk menggembirakan saya walaupun ada yang menyedihkan juga..

1- Saya jumpa ramai org berilmu.. bersembang dan berbincang adalah kecintaan hidup saya.

2- Saya ke sana ke sini naik kereta.. release tension saya jugak, plus menambah tension pun ada.... banyak kali saya sesat.. lebih banyak sesat dari tak sesat.. hehe.. terutama dalam Putrajaya. Konon nak cepat sampai Bangi dari Shah Alam, rupanya saya ambik laluan ke Dengkil, jadi saya terpaksa melalui bandar dengkil dan cari jalan keluar ke Bangi.. Dari Bangi nak masuk highway Putrajaya, teermasuk highway LDP, ada sekali termasuk laluan ke Hgway Seremban. masa yang sepatutnya 1jam jadi 1.40mt.. Saya dah pandai speed dah.. Hgway Putrajaya KLIA tu, sepatutnya 110, saya bawak 120-130km..Mudah2an saya tak kena saman...

3-Bila saya sesat, saya pun mengomel2 ler kepada suami saya..'Abah, kenapa jalan nak ke Bangi tu tulis semuanya ke Ipoh, Seremban, tapi bila masuk, keluar jalan tu rupanya sampai ke Subang..' Suami saya yang paham ler agaknya saya ni tengah berserabut kepala menjawab dengan muka serius..'Ye ker.. jalan tu tak betul ker sign board dia. Nanti Abah call Samy Vellu, suruh buat sign board banya-banyak.. Samy Vellu, kenapa tak buat sign board detail2, banyak2, kesian isteri saya ni.. sesat dia sebab tak de sign board, dia ni tengah buat PhD, kepala berserabut, jalan raya pulak takda sign board ni.. ..' hehe...

4- Saya berdoa supaya saya dapat selesaikan research ini. Saya tak larat dah sebenarnya...

Sekian.. itu saja ler luahan hati saya... :')

Sunday, April 10, 2011

Palestin

Memperbaharui Azam..

Kita kadang2 tahu sedikit saja mengenai palestin. Selain dari ia kiblat pertama umat Islam, kita tak berapa ambik tahu perjuangan mereka. Mari kita baca artikel di bawah. Ditulis oleh dr Hafizhi Pengarah Centre of Palestin, mengenai perjuangan rakyat palestin dan kejahatan Zionis, mari kita teruskan doa untuk sahabat2 kita di bumi Palestin. saya merancang untuk hadir ke Malam Palestin di UiTM Convention Centre, Intekma pada 29 April ini. Ada program anjuran Aqsa Syarif. tapi tak sure lai dapat ke tidak..

Programnya adalah:

MAKAN MALAM AMAL PALESTIN: KRISIS TIMUR TENGAH DAN PEMBEBASAN PALESTIN.

Ucaptama: Dr Azzam Tamimi, Pengarah Institut Pemikiran Islam (London, UK)

Pada: Jumaat 29 April 2011, Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Shah ALam (8.00 mlam - 11.00 mlm)

Satu kerusi RM150.

Jika berminat: hubungi Halim Esa: 013-212 9468

masdiana 013-281 4699

___________________

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia memperingati tragedi Deir Yassin - 9 April 1948

Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

ada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya , beliau melihat sendiri bagaimana adek perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.

Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya. Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak dibunuh secara kejam begini. Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga. Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama-sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampong halaman mereka meski terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu, British dan negera-negara Eropah. Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortas. Dengan pelbagai senjata ini mereka menceroboh kampong halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa. Kemuncaknya ialah pembunuhan yang berlaku di Dier Yassin pada 9 April 1948.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh tak lain dan tak bukan Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya, lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin. Para doctor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan meniris mangsa dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.

Menachem Begin kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia yang dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini dikongsi bersama Anwar sadat hasil dari perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan Negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina di seluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya ‘Selamat dating ke Jerusalem, ibu Negara abadi Israel’. Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya Negara Arab yang mempunyai kekuatan yang standing dengan Israel bertukar menjadi kambing yang dikebirikan. Sejak tahun 1978 hingga tumbangnya Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah symbol berdirinya Negara haram Israel di atas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya ‘The Revolt’ dengan bangganya mengatakan, “Tanpa apa yang dilakukan di deir Yassin maka tidak akan wujud Negara Palestin. Dia menambah; ketika Haganah menjalankan beberapa operasi yang Berjaya di medan-medan lain…orang-orang Arab menyelamatkan diri mereka dengan disertai panic sambil menjerit ketakutan ‘Deir Yassin!’

Menachem Begin dan semua pepimpin Israel yang dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang membunuh rakyat palestin tanpa sedikitpun merasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa ‘modus operandi’ mereka tidak akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitul maqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan ke atas Masjid al-Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat palestin yang diperlukan bagi memastikan Negara haram Israel terus kekal dan lestari.

Aqsa Syarif mengajak umat islam dan rakyat Malaysia sempena ulang tahun tragedy pembunuhan Deir Yassin supaya memperbaharui tekad dan keazaman untuk membela rakyat Ralestin dan berjuang berganding bahu untuk memerdekakan rakyat dan bumi Palestin yang terjajah.Luka Deir yassin masih berdarah meski sudah berlalu 63 tahun. Satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka yang amat pedih yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini ialah dengan berjuang untuk mengembalikan maruah saudara kita di Palestin.

Ayuh! Bersama Aqsa Syarif mempergiat usaha untuk membantu perjuangan pembebasan Palestin.

Thursday, April 7, 2011

Field Work

Menemu bual..

Saya dah dapat 12 orang pakar2 yang berkaitan dengan research saya. selepas menemu bual mereka, saya rasa banyak input baru yang saya pelajari. Alhamdulillah..

Majority di antara mereka membenarkan saya menulis nama mereka dan bukannya samaran/psedonym dalam thesis nanti. Sangat bagus dan sungguh berwibawa.

Saya kagum dengan mereka dan sangat hormat atas kepakaran dan kebaikan yang diberikan..

Saya enjoy berjumpa mereka. namun begitu terdapat beberapa orang lagi yang sangat pentng yang saya belum berjaya mendapatkan tarikh interview. Saya sangat berharap berjaya menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang diberikan.. amin..

Tuesday, April 5, 2011

Cuaca dan Perasaan...

Cuaca..

'Dunia sudah hampir tua, uzur dan tidak keruan lagi perjalanannya.' Kata kawan saya seorang Dr di klinik panel UiTM yang saya pergi tadi. Saya ke klinik bawa Aisyah yang mula batuk-batuk, ada kahak dan block nose. Dia memang Dr kkeluarga kami.. saya mula ke klinik dia sejak 6 tahun lepas. Dr ni peramah, baik dan suka sembang..

Dr sangat happy tengok Aisyah, after nearly 2 years dia tak tengok..
'Oo this is Aisyah.. how are you Aisyah.. you are very much taller than before..hehe..'

Aisyah tersipu-sipu..

'Kenapa Dr kata gitu?' tanya saya.

'Ya.. cuba akak tengok. cuaca become so different.. tsunami sampai begitu teruk di negeri Jepun. then you see what happen in Thailand, banjir. . gempa kat mana2.. North states got flood.. adverse. I think this is the end of the world. Saya rasa macam nak kiamat ja kak..'

'Wallahua'lam Dr. whatever happen, we still have to work hard, do whatever we have to settle, the best possible. if the kiamat is close to us, we could not do anything.. hope Allah save us.' kata saya.

Di KL sangat panas bagi saya sekarang. badan berpeluh tak sampai lima minit lepas mandi. Saya mandi sampai 4-5 kali sehari..Subhanallah..

Jika kiamat sudah terlalu hampir, Nabi menyuruh kita tetap melakukan amal pekerjaan yang kita tengah usahakan.. 'Walaupun sudah kiamat, jika di tanganmu ada sebiji benih kurma, letakkan ia ke tanah..' Kepada semua kita, saya dan pembaca blog ini, marilah kita jaga solat kita dengan baik, jaga aurat, jaga pergaulan, jaga makanan dan jaga semuanya.. tidak ada masa untuk kita buang masa, mengutuk sesama kawan atau mencari salah orang lain. Marilah kita melihat kekurangan diri, mencari salah diri sendiri dan berusaha menguatkan ibadah dalam tempoh usia yang Allah berikan..

amin..

After checking the weather forcasts in Melbourne, saya rasa so surprised to know that Melbourne is now in a cold state, as if this is winter already.. Allahua kbar..
Current Temperature:7.8°C
Partly cloudy with rain

Sejuk dan panas sudah lari dari perjalanan biasa bumi kita.
hanya pada ALlah kita berserah diri..

Melbourne...
Saya akan balik ke sana 10 May nanti. insya Alla