Tuesday, March 31, 2009

Science dan Math in English

Menerima v Membangkang..

Ramai yang membangkang pengajaran Sains dan Math dalam Bahasa Inggeris, sehingga dibuat demonstrasi dan melawan habis-habisan keputusan Kabinet meneruskan pengajaran dalam Bahasa Inggeris.

Masing-masing mempunyai hujah tersendiri. Yang menyokong memberi hujah a,b,c,d. Yang membangkang penggunaan BI melawan dengan memberi hujah e,f,g,h-z. Sapa yang benar sebenarnya? Apakah ada yang benar secara mutlak dalam isu ini?

Saya berbeza pandangan walaupun kawan-kawan saya yang mengatakan mereka pejuang bangsa menolak pengajaran dalam BI. Saya menyokong pengajaran dalam BI, bahkan saya merasakan ia adalah tindakan bijak untuk survival bangsa Melayu demi masa depan bangsa dan agama....

Selalu kawan-kawan saya menggunakan alasan, 'Tengok Jepun.. tengok Korea.. mereka membangun walaupun menggunakan Bahasa ibunda mereka.. Tak ada langsung BI dalam sekolah mereka. TV pun dialih bahasa ke Bahasa ibunda walaupun asalnya cerita ditayangkan dalam bahasa Inggeris...'

ummmpp.. I beg to differ...
Wrong analogy..
Qiyas Maal Farid..

Kalau ada masa, dapat baca Dr Mahathir tulis ni bagus jugak.. untuk membuka minda kita..
_____________________

Dr Mahathir's view...


1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.


4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

--

Grading Teakwondo Aisyah 28 March 09

Gembiranya Aisyah....

Sebenarnya masa kat Sekolah ISSA, Aisyah dah belajar dan sempat masuk Yellow Belt 1. Tapi masa tu kelam kabut jadi tak ada cetificate dan belt pun belum sempat ambik. Bila sampai sini, majlis grading dah berlangsung, jadi Aisyah pun terus sambung dari Yellow 1 to Yellow 2 tapi menggunakan white belt..


Aisyah sangat bersemangat belajar Teakwondo ini..

Majlis kali ini adalah yang pertama bagi Aisyah di sini, disamping mendapat Yellow Belt tu sendiri, dia juga akan naik ke Yellow Belt Level 3. Dua tiga hari asyik berlatih dengan Abah - menghafal terms dalam Bahasa Korea dan langkah-langkah/step2 yang perlu diambik..Abah pun pandai jugak ler, sempat belajar masa muda-muda dulu sampai Yellow Belt 3. Lepas tu dia stop.

Majlis diadakan di State Netball Hockey, Parkville near Melbourne Zoo, Off Elliot Avenue. Ramainya yang terlibat.....

Monday, March 30, 2009

Anak Ayah 3

Kisah Silam

Selepas beberapa minggu, saya lihat Ayah sudah bersemangat kembali dan mula menerima hakikat dan sudah boleh ketawa bila bercerita. Tetapi saya dapat rasa hati Ayah sangat sedih dan ralat sebab tak dapat menyelamatkan barang-barang berharga..

Tapi apa kita buleh buat, semuanya ditentu Ilahi..

Tidak ada 'Kalaulah saya tak pergi ambik wudhu'..' kalaulah ayah solat kat rumah...' 'Kalaulah hari tu tak black out...' 'Kalaulah kita tahu ada kebakaran, boleh kita angkat barang dulu...' 'Kalaulah ini...' dan 'Kalaulah itu....' . Tidak ada lagi 'Kalaulah'. Fullstop!. Tidak ada yang boleh mengubah peristiwa yang telah berlaku..

Selepas seminggu, Ayah sewakan sebuah rumah bersebelahan dengan rumah kami. Rumah tersebut sangat kecil dan ada satu bilik sahaja. Ayah dan Ma tak mahu balik kampung kerana terlalu ramai saudara mara dan sahabat handai Ma dan Ayah yang nak berziarah selepas mengetahui kebakaran besar yang menghanguskan rumah kami.. Kata Ayah, kalau balik kampung, nanti orang yang datang menziarah rasa terkilan kerana tak dapat jumpa Ma dan Ayah..

Semuanya berubah sekelip mata!

Masa itu ramai orang memberi bermacam-macam derma kepada kami sekeluarga.. Ada yang bagi duit, ada yang bagi baju, ada yang bagi makanan, bermacam-macam.. Apatah lagi apabila semua orang tahu saya akan ke UIA dan semua barang persediaan saya sudah hangus terbakar.. Kerana simpati, ramai yang memberi saya baju-baju..

Saya tak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku. Dulu, saya selalu susun, lipat baju-baju kami sekeluarga yang tak dipakai dan sedekah kepada orang miskin. Kadang-kadang tiga bulan sekali Ma akan sedekahkan baju kepada orang dan sekarang kami pula berada di pihak yang menerima.. Saya masa tu tak boleh terima langsung..

"Ayah.. tak boleh lah nak pakai baju orang kasi.. Tak boleh..Tak gamak nak pakai..' Saya menolak semua baju yang diberikan untuk saya. Saya rasa kerana saya selalu memberi, tidak boleh jadi penerima. Saya rasa saya terlalu miskin ketika itu, sehingga terpaksa memakai baju orang..

Secara ikhlas, saya terpaksa mengaku, masa itu saya belum matang, hati saya belum kuat, penerimaan saya juga belum mantap.. kerana saya beranggapan saya bukan miskin, saya bukan orang susah, saya memberi bukan menerima..

Tapi selepas dipujuk, saya hanya mengambil cadar, kain batik, selimut untuk saya bawa ke UIA. Saya tak boleh pakai baju orang.. Hati saya tak boleh terima..Wallahua'lam.

Akhirnya Kak Za balik dari KPP dengan barang-barangnya dan saya memang menunggu barang-barang dari kakak saya.. Ketika itu, semua barang-barangnya yang tidak akan dibawa ke US seperti baju kurung dll, saya bawa ke UIA. saya akan pakai baju kakak-kakak saya sahaja, bukan baju orang lain..

Itulah yang berlaku.


Ayah pula setiap hari mula bekerja bersama-sama beberapa orang kawan-kawannya, membersihkan tapak rumah, membuang semua puin-puin peninggalan ujian hebat itu. Bahkan Ayah saya bekerja seolah-olah 24 jam sehari, kerana malam-malam pun beliau masih mengangkat dan membuang kayu-kayu yang terbakar. Saya selalu tengok kadang-kadang jam 11 malam, Ayah saya masih bekerja..

Selepas 2 bulan kalau tak silap saya, Ayah mula membina rumah baru di atas tapak rumah yang sama. kawan baik Ayah yang kaya-kaya ada yang memberi hadiah kayu-kayu, dan ada yang memberi batu-bata merah.. Ayah mula membeli simen dan semua kelengkapan membina rumah. Masa tu yang buat rumah adalah kawan Ayah, Ayah tak pandai buat rumah, dia pandai buat perabot...

Tidak lama selepas itu, rumah kami naik kembali. Tetapi sudah tentu tidak seperti yang asal. Tidak secantik yang asal tetapi bagi Ayah, dia mesti buat cepat kerana Ayah tidak mahu Ma dan anak-anaknya duduk di rumah lain..
Dengan izin Allah rumah kami siap akhirnya...
Masa tu saya sudah berada di UIA..
Kak Za dah fly ke US...

Sebenarnya kebakaran inilah yang mengubah saya dan memberi kesan sehingga sekarang...

Saya mula berubah dan menilai hidup ini dari perspektif berbeza selepas kebakaran ini. Saya mula belajar menilai erti hidup dan kedudukan kaya miskin selepas kebakaran ini. Saya mula berubah menyayangi adik-adik saya dengan lebih baik sedangkan sebelum ini saya sangat garang dengan mereka- Saya mula menilai bahawa saya adalah anak yang mesti memberi dan membantu dalam apa daya yang ada...

Dari situ, saya mula mengorak langkah...
Mencari diri saya sendiri..
Berfikir untuk keluarga..
Saya mesti mencapai cita-cita saya....
Saya mesti kuat...
Kerana saya adalah Anak Ayah!

Sunday, March 29, 2009

29 March 2009

Clayton ..

Hari ini, Ahad 29 March 2009..Saya diminta menyampaikan ceramah di Clayton, berdekatan dengan Dendeenong dekat dengan Monash Uni sempena gathering keluarga pelajar Post Grad di sana. Hanif dan Anang, students saya di NCUK dulu adalah orang kuatnya dan sangat mendesak supaya saya dapat hadir ke tempat mereka.. Saya memenuhi panggilan mereka..

Oleh kerana hari ni hari Ahad, Aisyah ada kelas agama di ILIM, maka on the way ke ILIM, Abah hentar saya ke rumah ustaz Razak di Preston. Saya akan ke Clayton dengan Ustaz azak dan Gie isterinya (Gie masak nasi beriani untuk majlis nanti)

Semasa menunggu Ustaz dan Gie bersiap, kami berbincang mengenai PhD say, Ustaz Razak banyak memberi input dan nasihat serta pendangannya ke arah memantapkan kajian saya.. Rasa macam cerah sikit selepas mendapat input dari Ustaz, berdasarkan pengalamannya di Melbourne Uni.

Sepanjang jalan ke Clayton, kami bersembang macam2, dari mula kehadiran Ustaz dan Gie ke Melbourne, Mesian Hall, program agama di Melbourne, cerita keluarga masing-masing dan macam-macam lagi...Akhirnya kami sampai jam 12.30 tgh..

Selepas BBQ kambing dan ayam dan makan nasi beriani, Anang membuat pengumuman majlis ilmu akan disampaikan oleh lecturer lamanya mengenai keluarga ... Sambil membuat joke tentang Hanif dan Anang, saya memulakan bicara petang tadi dengan menceritakan mengenai keluarga, isteri bekerja, isteri sambung belajar dan suami yang sudi ikut menemani isteri dan menjaga anak-anak sehingga sanggup cuti tanpa gaji dan ada yang sanggup berhenti kerja.. Saya sentuh siket mengenai niat belajar mengambil iktibar hadis berkaitan niat dalam kitab Hadis 40. Saya ceritakan apakah hasrat di hati isteri2 yang belajar yang meminta sokongan dari suami, membantu dan memudahkan urusan pembelajaran disamping jangan meninggalkan urusan menjaga agama dan mendidik solat dan mengaji anak-anak w/pun berada di sini...Semoga ada sedikit kebaikan dari perkongsian tadi..

Saya rasa kehadiran tadi dalam 60 orang agaknya.. saya berjumpa ramai kawan-kawan baru dan di situ juga saya berjumpa Dr Ruziaton, Kak Mai, Balqish, Zu isteri Hanif, Sal isteri Anang dan ramai lagi termasuklah Dr Tuty yang baru sampai dari Mesia.

Saya seronok dengan pertemuan dan mengenali ramai kawan baru.. bertambah networking akan bertambah meriah hidup ini..
___________

Prof Madya Ghazali Sulaiman atau Ayah Lie..
Pensyarah
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Shah Alam Selangor....

Semasa saya nak mula bagi talk tadi, saya dapat mesej dari Kak Zah, kawan satu opis dari Mesia. SMS ringkasnya tertulis ' Ayah Lie telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi..' Astaghfirullah... Ayah Lie tak ada....Inna Lillahiwainna Ilaihi Rajiuun..Saya rasa sedih, terkejut dan tetiba rasa kehilangan...

Saya terus teringat pada Ayah Lie, seorang pensyarah- officemate saya yang sangat saya hormati dan selalu memberi nasihat kepada saya dalam menjalani hidup ni.

Dalam entry sebelum ini, saya ada menulis mengenai Ayah Lie, yang sempat saya ziarahi di hospital semasa saya balik Mesia bulan lepas. Tadi, bila saya buka email, Mama Nuha kawan saya turut menghantar email memaklumkan ketiadaan Ayah Lie..Terima kasih pada Kak Zah dan Mama Nuha kerana teringatkan saya untuk memberitahu mengenai berita ini...

Coretan saya semasa saya menziarahi beliau di Hospital Kelang baru-baru ini..

Saya bersama Aisyah datang dari Bangi pada pagi tersebut dan terus ke rumah Sarah di Shah Alam, meninggalkan Aisyah bermain dengan Sarah dan saya menjemputnya pada jam 1 pm. Kemudian saya ke restoran makan nasi kerabu dengan Aisyah, singgah ke kedai beli biskut dan air kotak, yang saya niatkan sebagai buah tangan semasa melawat Ayah Lie.. Dari sana, saya terus ke hospital.

Semasa saya berada di ward, saya memberi buah tangan yang saya bawa kepada Kak Susi.. Saya duduk di sana, berdoa dan bercakap-cakap mendengar kisah dan apa yang berlaku terhadap Ayah Lie dari isterinya Kak Susi..

Apabila saya nak balik, saya pusing ke belakang membuka purse saya dengan niat untuk memberi sedikit lagi dari saya. Tetapi rupanya semua duit cash saya sudah habis, tinggal RM5 bersama AUD20 di dalamnya. Saya tetap ingin memberi walaupun sedikit, jadi saya katakan kepada Kak Susi, 'Kak, saya dah niat nak kasi sikit dari saya untuk Ustaz, tapi saya tak perasan duit Mesia dah tak ada. Akak terima yer saya kasi duit Australia 20 Dollar ni. '

Kak Susi mengambil dan membuka duit tesebut..saya melihat Kak Susi sangat gembira sambil berkata..

'Ini duit Australia ni? Akak tak pernah tengok pun.. Macam ni rupanya. Tak per, akak terima.. Akak tak nak tukar pun nanti ke duit Mesia. Nanti bila Ustaz sedar, akak nak tunjukkan pada Ustaz, Hidayah datang ziarah Ustaz dari Australia dan dia tinggalkan untuk ustaz tengok macamana rupa duit Australia..Tentu Ustaz suka'

Tetiba saya rasa sangat sedih... Apakah sempat Kak Susi menceritakan mengenai kehadiran saya dan apakah sempat Ustaz melihat duit Australia tersebut?

Wahai Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa orang yang baik ini
Ayah Lie yang saya hormati..
Tempatkanlah dia di tempat orang-orang yang baik
Orang yang soleh dan orang yang Engkau kasihi..
Amin...

Al-Fatihah untuk Ayah Lie...

Saturday, March 28, 2009

Anak Ayah 2

Kenangan Silam..

Bilik saya tidak lah besar sangat..hanya ada satu katil bujang, tempat baju, ada sejadah untuk solat muat dua orang berdiri dan di sebelah bantal saya ada radio dan satu barisan buku dan di hujung kaki saya ada tali Ayah saya gantung sebagai tempat saya jemur baju dan tuala. Bilik saya di tingkat 3 tersebut adalah tempat saya beristirehat-tempat saya tidur, tempat saya solat, tempat saya baca buku, tempat saya dengar radio.... it was everything for me..

Hari yang ditentukan di Ilahi...

Pada hari itu, hari hujan rintik-rintik dan petangnya black out. Elektrik mati. Masa tu Ayah ke masjid untuk solat Maghrib dan Ma masih dalam pantang selepas melahirkan adik saya Hafiz (sibongsu yang comel). Rumah saya tak ada telaga sebab ayah pakai pam yang tarik air dari dalam tanah ke dalam tangki. Jadi apabila tak ada elektrik, kami terpaksa berjimat air kerana menggunakan baki yang ada dalam tangki atau berhadapan dengan ketiadaan air secara total.

Masa tu, dalam jam 7.30 malam, saya ke rumah Mak Yah, jiran belakang rumah untuk tumpang ambik wudhu' menggunakan telaga kat rumah Mak Yah. Di rumah saya masa tu hanya ada adik-adik dan Ma sahaja. Kakak-kakak saya semua tak ada. Kak Nik kerja di USM. Kak Ros tak ada, Kak Za di KPP Shah Alam dan dia akan fly ke US dalam masa dua minggu lagi... Adik saya Uya rasa saya berada di asrama.. Yang tinggal adik-adik yang kecil-kecil...

Dalam gelap tersebut, tiba-tiba saya ternampak api yang besar dari luar rumah Mak Yah.

'Api apa tu? Sapa bakar sampah malam-malam ni..' saya tanya..
'Tak tahulah aku..Macam dekat jer..' itulah jawapan yang saya dapat..

Rupa-rupanya bukan orang bakar sampah..
Tapi rumah jiran kami seorang Doktor Gigi berbangsa China sedang terbakar..

Rumah Doktor gigi tersebut hanya selang 3 rumah dari rumah saya. Rupanya anaknya menggunakan lilin semasa black out dan jatuh atas tilam di tingkat atas tetapi semua orang tak perasan sehinggalah dinding tingkat atas terbakar.

Subhanallah..

'Ya Allah...
Apa jadi ni...
Ya Allah..
Ma, adik-adik saya...'
Saya terus lari lintang pukang dari rumah Mak Yah ke rumah saya tanpa sempat mengambil wudhu; berlari ke rumah mencari Ma dan adik-adik saya.

Saya berharap dan berdoa agar Bomba sempat sampai dan janganlah rumah kami, syurga kami terbakar nanti...
Apabila saya sampai ke rumah, saya berlari naik ke tingkat 2, dalam gelap saya menjerit memanggil nama dan berlari ke bilik Ma, tetapi semua orang dah tak ada. Masa tu api belum sampai ke rumah saya..Saya memanggil sekuat hati.."Ma.. Ma...Ree, Tie, Die.. mana semua ni..' sambil menangis..

Saya berlari ke bawah dan ada orang bagitau, Ma dan adik-adik ada orang dah selamatkan. Saya berlari ke tempat Ma.. Ma pegang saya dan kata, 'Adik, ambik sijil, nanti nak daftar UIA'.. Subhanallah... Saya akan daftar UIA lagi dua minggu.


Saya berlari semula ke rumah saya, masa tu Pakcik-pakcik jiran saya dah tolong angkat sebahagian barang yang ada.. Saya ditahan oleh jiran saya dari lari naik ke atas sebab takut api akan menyambar rumah saya bila-bila masa saja. Tapi saya dapat meloloskan diri dan lari ke tingkat 3, masuk bilik saya mengambil sijil-sijil yang telah tersusun dalam file. Saya grab clear folder. Dalam panik, saya sempat mengambil telekong solat dan saya terus turun ke bawah. Bukan dalam keadaan turun biasa, saya terjun sebenarnya...

Masa tu saya panik, tak sempat nak ambik apa-apa.. Tapi saya masih ingat sampai sekarang, masih jelas tergambar depan mata saya, rupa bentuk tingkat 3 dan tingkat 2 rumah saya.. Semasa saya terjun turun, api sudah membakar rumah jiran sebelah. Saya glanced through lihat bilik tidur Ayah dan Ma, dapur, ruang tamu, pinggan mangkuk Ma yang cantik-cantik dalam almari tepi pintu bilik Ayah..

Sambil berlari saya menangis, air mata berlinang .. saya berkata pada diri saya..
'Ayah Ma, tak sempat nak ambik barang.. '

Masa saya turun di bawah, ayah saya sedang dipegang oleh 3 Pakcik jiran-jiran saya sebab Ayah nak naik juga dalam rumah. Ayah saya baru sampai dari masjid, dia nak redah masuk ke dalam rumah tapi dihalang oleh jiran-jiran saya..
Saya terus lari kepada Ayah dan Ayah tanya, 'Ma mana?'

Saya berdoa sepenuh hati..'Ya Allah.. cepatlah Bomba datang, janganlah terbakar rumah kami..' Akhirnya Allah menguji kami.. rumah kami yang cantik, besar, syurga kami di dunia ini telah hilang sekelip mata.. Doa dan harapan saya tidak dikabulkan Allah ketika itu..
Bomba sampai agak lambat, dengan tekanan air yang agak rendah, elektrik tiada..Api hanya berjaya dipadamkan selepas rumah kami habis terbakar.


Bunyi kayu-kayu rumah terbakar begitu hebat sekali.. Saya dapat dengar dan lihat dengan jelas sejelasnya depan mata saya, bagaimana api dari rumah sebelah (Rumah Kak Sah), pergi ke rumah saya, mula-mula bumbung tingkat 3 terbakar dan jatuh ke lantai.. "Dum' berderap bunyi.. kemudian kayu-kayu dinding tingkat 3 terbakar dan jatuh ke tingkat 2.. "Dum' berderap sekali lagi sehingga habis semuanya jatuh ke tanah.. Kawasan persekitaran terang benderang dengan api yang begitu marak..Masa tu ada jiran saya yang azan sekuat hati.. Saya menangis teresak-esak melihat rumah saya yang sangat saya sayangi terbakar di depan mata..

Saya lihat Ayah menangis dan ditenangkan oleh Pakcik-pakcik jiran kami.

Ayah bercerita pada saya..

Masa tu Ayah saya sedang azan di masjid. Bilik bilal mengadap ke rumah kami. Semasa sedang baca 'Hayya Alassolah..' Ayah saya nampak api besar.. Hati Ayah berdebar- debar.. 'Api apa tu..?'

Bila ada orang bagitau ada rumah terbakar.. Ayah terus berlari kenjang setakat yang dia terdaya.. Dalam hati dia..'Ya Allah.. Rumah aku ker..'
Sampai di depan rumah, Ayah bagitau dia nak naik ke atas, tapi semua Pakcik-pakcik jiran menahan dan dengan kuat menjerit memberitahu..' Sin, Semua dah keluar. Kak Cek dan budak-budak ada kat rumah X...' ((Sin adalah nama panggilan my Ayah dan Kak Cek adalah nama panggilan My Ma kat kampung)

Tanpa sedar, Ayah bagitau saya air mata keluar berlinang dari mata Ayah..
Dia terkedu, terperanjat, tidak percaya, hilang kata-kata dan dia hampir terjelupuk ke tanah. Sehingga katanya ada seorang kawannya, Cikgu Hassan memeluk Ayah dan kata..'Sin, harta boleh kita cari balik, tapi anak-anak tak boleh cari..'
Lepas dari tu, Ayah kata barulah dia dapat bertenang dan dapat control dirinya..

Malam tersebut dan seminggu lamanya selepas itu, kami sekeluarga menumpang di rumah Imam masjid, dia menjemput kami dan mendesak kami sekeluarga tidur di rumah mereka...Kami semua ke sana kecuali Ayah.
Setiap malam, Ayah tak tidur dan dia tak dapat tidur, dia akan duduk dalam kereta depan rumah kami, melihat puin-puin halus kesan terbakar. Ayah benar-benar terkesan.. Segala jerih penatnya untuk Ma dan anak-anak hancur dalam sekelip mata.

Bagi saya, Ayah saya seolah-olah hilang separuh dari semangatnya..
Dan sebagai anak ayah, saya turut merasai seluruh kesan kesedihannya...
Apatah lagi Ma sedang dalam pantang... Alangkah hebatnya ujian ini..


Bersambung

Friday, March 27, 2009

Sambungan... Anak Ayah

Anak Ayah...

Saya masih ingin bercerita apa yang saya lalui dulu...

Apabila saya masuk Sekolah berasrama, lagilah saya tak pandai menguruskan urusan rumah tangga. Lagilah saya tak pandai masak... Tapi Ayah saya kata, 'Tak de masalah, tak pandai masak, kita beli orang lain masak. Kalau kita tak beli, kesian orang yang jual tu.. letih-letih masak, tak de sapa nak beli.. sebab semua orang pandai masak!' hehe.. jawapan yang kelakar sangat...

Masa saya kecil, Ayah saya ketika itu adalah pembuat dan penjual perabut yang hebat. Ayah selalu bawa saya ke tempat dia kerja (di belakang rumah- penuh dengan mesin kayu..), suruh saya teman masa Ayah hantar barang yang diorder. Perniagaan Ayah bagus masa tu, sehingga Ayah ada pekerja sampai 8 orang ..

Tahun-tahun tersebut adalah our golden ages....

Masa tu juga Ayah berjaya membuat sebuah rumah yang sangat cantik dan selesa untuk kami adik-beradik..

Sebuah rumah tinggi 3 tingkat dengan 6 buah bilik, dan bilik saya di tingkat 3, hujung sekali. Sebelah bilik saya bilik kak Ros, kak Za dan kak Nik. Kat tingkat 3, kami adik beradik duduk, berkawan sama sendiri, main badminton kat tingkat 3, tengok TV kat tingkat 3 dan macam-macam. Kat tingkat 3 ada ada tandas, ada TV, kerusi set dan di beranda ada buaian untuk kami bermain. Tingkat 2 bilik Ayah dan Ma dan adik-adik dan tingkat 1 tempat Ayah letak barang-barang perabut yang dah siap untuk dipamerkan dan juga untuk dihantar ke rumah orang..

Masa saya masuk tingkatan 2, saya dah mula tak bergaul lagi dengan kawan-kawan yang main police sentry, lari-lari kat kebun getah dan sebagainya. Mungkin sebab saya dah besar, dah mula rasa malu dan juga mungkin kerana rumah kami luas, kami boleh main macam-macam dalam tu..

Semasa saya selesai SPM, saya balik dari asrama dan duduk di rumah membantu Ma dan Ayah. Bulan Mac/April. result keluar dan saya berjaya mendapat result yang bagus.. Saya tahu Ma dan Ayah bangga tapi sebenarnya semua kakak-kaka saya juga mendapat result yang bagus. Alhamdulillah..

Namun tahun 1987 adalah tahun yang mempunyai sejarah yang besar, sesuatu yang tidak terjangka, tidak pernah terfikir dalam hidup saya..
Sungguh menyedihkan dan memberi kesan yang sangat berpanjangan...

Bersambung...

Membaca Kenangan Orang..

Kenangan..

Malam tadi selepas saya selesai mencari data menggunakan kaedah informit yang diajar oleh Dennis Librarian, saya membuka satu demi satu blog orang membaca apa yang ditulis. Bermula dengan blog my hardworking friend Fadzlina, I then moved to blog Prof Kamil. Beliau menulis mengenai kisah silam yang dilalui oleh isterinya Roza. Then I chose to visit Roza's blog...

Saya terpegun juga membaca begitu sukarnya laluan dan begitu banyaknya tanggung jawab yang Roza buat semasa dia kecil. Saya pernah bekerja dengan Roza semasa di UiTM Seksyen 17 dulu-dulu. Saya jadi Pengerusi Jawatan Kuasa Peperiksaan PPP (Pusat Pendidikan Persediaan) dan dia mewakili Pusat Sains (kalau tak silap). Mungkin dia pun dah tak ingat saya tapi that is not the issue.

Menurut Roza, dia memasak, menjaga adik-adik, mencari pucuk paku dan menjual buah-buahan untuk mendapat duit dan kemudian membeli makanan mentah untuk dimasak, tidak mempunyai peluang bermain seperti orang lain, bekerja mencari duit dan lain-lain... Semuanya itu mengajar nilai tanggung jawab dan kesungguhan yang sangat tidak ternilai..

Semuanya terbalik 400 darjah dari hidup yang saya lalui..

Minda saya juga berpusing ke belakang mencari saya semasa saya kecil.

Saya tidak pernah merasai susah macam tu, bermain adalah kerja utama saya.. Saya ke sungai mandi dengan kakak-kakak saya, saya ke kebun getah, bukan mencari pucuk paku untuk dimasak, tapi sekadar bermain dengan kawan-kawan, main police sentry, main baling buah getah atas kayu, main kejar-kejar, main mak-mak, dan bila jumpa buah2 yang pelik, kita orang makan...

Seingat saya, ada sekali saya main police sentry dalam kebun getah Maksu Jah (jiran kami yang paling baik merangkap Mak Angkat Ayah- setiap kali kami adik beradik balik rumah, mesti jumpa Maksu Jah, dia dah jadi seperti grandmother untuk kami) dan kami tengok ada banyak cendawan/kulat atas pokok getah yang dah tumbang, masa tu kami berebut-rebut ambik, bubuh dalan T-shirt yang kami pakai sebagai bekas, pastu bawak balik bagi Ma (my mother). Tapi bukan sebab saya kena cari makanan untuk dimakan, tapi sebab saya nak main-main saja.. nak tau kulat tu boleh makan ke tidak.. Kadang-kadang saya ke padang dengan kawan-kawan tangkap belalang, juga bukan sebab saya kena cari makanan untuk dimakan, tapi sebab suka-suka nak rasa belalang tu sedap ke tak..

Kadang-kadang kami main dalam kebun getah ramai-ramai sampai maghrib, lupa nak balik, makan pun lupa.. sembahyang pun lupa...sampai Ma datang maghrib tu cari sambil pegang kayu kat tangan, siap nak cubit.. selalunya tempat kena cubit adalah kat paha... adoii sakitnya...Dan kita orang pun berebut balik dan berebut mandi.. (bestnya kenangan silam..)

Saya tak pernah fikir untuk masak sebab nak bagi adik-adik makan.. Adik-adik yang fikir untuk saya adalah kot.. hehe.. Dalam keluarga, Ma dan Ayah panggil saya "Adik'.. Jadi saya selalu menang dan dimenangkan apabila bergaduh.. Ayah pula selalu memperkenalkan saya sebagai 'Anak Ayah'. Secara tak langsung, saya selalu jadi jurucakap kalau ada adik beradik nak apa-apa dari ayah saya..

Petang balik sekolah, kalau ada orang jual ais krim datang, saya yang mintak duit dari ayah untuk beli ais krim, beli untuk saya dan adik-adik sekali. Kalau kakak-kakak saya nak apa-apa dari ayah, selalunya saya yang jadi tukang mintak, dan tak pernah tak dapat seingat saya.. Kadang-kadang ayah saya suruh saya ambik duit sendiri dari poket seluar dia....
Masa saya kecik, saya selalu jawab 'sayang ayah' kalau orang tanya.. walhal saya sayangkan Ma dan Ayah- dua-dua sekali..

Saya hanya makan apa yang Ma masak. Saya tak masak masa saya kecik, kecuali goreng keropok adaler..Tu pun minyak panas terpercik kat muka saya, sampai susah payah Ma dan Ayah cari ubat.. hehe .. Naik sekolah menengah pun saya hanya tolong sikit-sikit, saya tak boleh masak sendiri sebab tak tahu nak letak apa dan apa mengikut turutan supaya jadi sedap..

Dalam adik beradik saya, masa kita kecik, Kak Za dan Kak Ros yang rajin masak, adik saya Uya pun suka masak. Begitu juga adik saya Aa.. yang lain lebih kurang dengan saya jer....

Berbeza dengan Roza, dia berfikir dan juga dia memasak untuk adik-adiknya.. Kesian saya baca life dia..

Dia mendapat ilmu dari kesusahan yang dia lalui. Saya pula mendapat ilmu dari apa yang saya lalui dalam keadaan mudah...

Wallahua'lam..

Pada saya, semua yang kita lalui ada hikmah dan nikmatnya dan saya sangat mensyukuri semua nikmat yang Allah kurniakan..amin

Thursday, March 26, 2009

Nak Masak Tak?

Jom kita Masak Nasi Goreng Special..

Mula-mula mesti masak nasi. Nasi tu mesti puteh dan sejuk..dan peroi, jgn berketul atau lembik.Pastu siapkan bahan-bahan iaitu:

A:
bawang merah
bawang puteh
ikan bilis
cili padi/cili besar

B: lauk- i.e. ikan masin or sotong or udang or lauk2 kering yg x abis semalam laa,


-Tumbuk A, kalau x de lesong, blend je..(Saya kat sini takde lesong, jadi saya ambik alternatif B.. blend jer semo...)
-masuk minyak sket, tumis A sampai naik bau atau bawang garing jangan hangit
-masukkan lauk tadi, gaul2
-masukkan kunyit sket, garam, sayur campur ke..
- masuk nasi gaul sampai mesra alam
- tolak ke tepi sket, pecah telur, kacau2 telur dan masak, gaul semua ngan nasi

Kakak saya pesan,

Lepas buat, try cuba test ..kalau dah sedap.. makan daa..
Tapi kalau tak sedap, try la buat lagi sampai 100 x sampai dia jadi sedap ….hehe

Wednesday, March 25, 2009

Buat apa sekarang?

Buat Apa tu?

Saya sekarang tengah buat Article Malaysian legal System, tak siap lagi, baru dapat 7 muka surat. My Makcik Supervisor suruh submit tapi sebab saya tak siap, saya lari-lari ler dari jumpa dia. Nanti ler saya nak email bila dah siap..

Tadi saya masuk kelas Family law, hari ni belajar Family Violence. Tajuk dia best, isi lecture pun banyak, tapi sebab syarahan tu kol 3-5pm, cikgunya mendatar jer, takde joke langsung.. tentu boleh agak apa berlaku pada saya kan? Saya telah hilang daya tahan maka 'ngantuknya macam nak terbalik tadi...' hehe..

Nasib baik saya duduk sebelah budak Sri Lanka, namanya Desyana.. comel sungguh budaknya, tulisan dia cantik, neat and tidy, tulisan saya pulak.. besar bagak dan caca marba.. macamna saya nak buat tulisan cantik yer.. Tapi kalau pergi klinik, tulisan Doktor lagi tak cantik, ok ler tu...

Ceritanya, saya sembang-sembang siket untuk hilangkan ngantuk..Dia datang ke Australia masa umur 2 tahun. Ayahnya kerja kat sini dan dia ada twin sister. Dia dah dapat kerakyatan dan dia cakap dah tak bunyi Sri lanka langsung, bunyi macam orang Sri Melbourne terus..

Sebelah kanan saya budak pompuan jugak, lupa tanya nama dia.. Dia bawak notebook.. saya tanya 'Dan ker awak taip semua cikgu ngajar tu?' (Dalam Bahasa omputeh ler..) Dia jawab..'Not really'..
Tapi masa saya ngantuk tadi, saya tengok dia tulis email.. hehe.. (sebab dia pakai broadband)

Sekarang saya akan sambung siapkan article yang disuruh oleh Makcik Supervisor saya.. Malam ni saya akan email dia.. Jumaat ni saya jumpa dia.. mudah-mudahan semuanya mudah dan dimudahkan Allah.. amin..

opsss lupa lak, hari ni Aisyah pergi traffic excursion.. belajar bawa basikal, lintas jalan dan sebagainya.. Cikgu sekolah yang anjurkan. Nak attend tu kena bayar AUD17. Lepas subuh tadi, saya siapkan 5 biji nugget ayam yang dibeli di Halal Meat dengan burger (pun beli kat halal meat jugak),. jajan dan juga coklat..

Kat sini letih menyiapkan makanan bekal sekolah. Kalau kat Mesia, buleh suruh jer..'Karang singgah kedai Jayati beli nasi ayam yer..'. atau pun 'Aisyah beli nasi lemak je kat makcik depan simpang tu yer..' Semua tu tak de kat sini..

Nak makan, masak ler sendiri..

p/s My darling Kak Za (kakak saya yang kat JB tu) dah kasi resipi buat nasi goreng yang best.. nanti saya nak bubuh dalam blog ni esok... time kasih ye kak..nanti bagi resipi lain pulak yer.

Tuesday, March 24, 2009

Blog Saya Sudah Berat

Beratnya...

Blog saya sudah berat. Bila berat dia jadi lambat nak bukak. Kenapa dia jadi berat? Sebab saya banyak bubuh gambar dan juga lagu dari youtube. Macamana sepatutnya saya buat? Sepatutnya saya ubah gambar yang saya ambil sebelum saya upload dalam blog. Dah lama dah my husband ajar supaya ubah suai supaya blog tak jadi berat. Tapi saya malas nak buat.. Bila saya nak upload gambar, saya terus upload tanpa ubah-ubah apa2.. Sebab saya malas, maka sekarang saya dapat kesannya... Blog saya dah lambat nak bukak..

Tapi takkan saya nak buka setiap entry dulu-dulu dan buang gambar atau edit semula gambar-gambar tu? Itu dah terlambat. Lagi ler saya malas nak buat..

Jadi apakah kesimpulannya?
Kesimpulannya kalau sapa-sapa bukak atau terbukak blog saya, memang dia lambat, harap maap ler.. Tapi lepas ni saya akan ubah suai sepatutnya untuk entry akan datang dan seterusnya..Sekarang saya dah rajin dah...

Kita Orang Melayu

Melayu Oh Melayu..


Saya orang Melayu. Saya selalu berfikir tentang Melayu, tentang bangsa Melayu, tentang kemelayuan dan masa depan orang Melayu. Di sini, saya sering bersembang dengan kakak-kakak dari Singapore - bertukar-tukar pendapat tentang kedudukan sebagai orang Melayu yang mereka lalui di Singapore. Sekarang Melayu di Malaysia sangat ketara berpecah dan saya takut melihat perpecahan ini. Tanpa merujuk keapda mana-mana parti politik, saya sangat berharap agar Melayu bersatu dan menjadi kuat di negara tercinta.

Sambil membaca ucapan Dr Mahadhir, ada yang saya setujui dan ada yang saya kurang bersetuju, minda saya berfikir-fikir...Saya sayangkan negara dan bangsa saya.. Saya sangat sayangkan agama saya. Justeru sebagai Melayu, saya turut berkongsi kegusaran, kebimbangan, ketakutan dan cemas dengan kedudukan Melayu di Malaysia.

Bacalah ucapan ini bersama-sama..
_______________________

UCAPAN OLEH YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA

DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR

PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009


1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.

3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.


11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.

13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.

14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.


15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.


19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.

20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.

21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.

22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.


23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.

24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.


25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.

26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.


28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.

29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.

30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.

31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.

32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.

33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.


34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.

36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.


37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.

38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.

39. Kata orang Kedah “Terkerempun- kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.


41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.

43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.

44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.


45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.

46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?

47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.


48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.

49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.

50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.


51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.

52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.


54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.

56. Itulah kenyataan yang sebenar.

57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali” .


58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.


60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?

63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.


64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.

67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.

69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.


70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.

72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.


75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.

76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.

77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.

78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.


79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

83. Malu kata mereka.


84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.

86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.


88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.

93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.

98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.


99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.



Sunday, March 22, 2009

Solat Tiang Agama

Gambar ni tak berkait dengan cerita yer.. ni Aisyah tengah call Nenek..hehe..

Masjid kat sini..Ini adalah masjid Alabania dekat dengan Resevoir, Abah solat Jumaat kat sini pada 20 March. Masjidnya besar dan cantik, tetapi orang tak berapa ramai yang datang solat Jumaat kat sini...

Sesuatu yang saya pelik masa awal-awal sampai adalah mengenai waktu solat. Dalam surat khabar dan dalam kalendar tahun 2009 yang meletakkan waktu solat, mereka membahagikan waktu solat mazhab Syafei dan juga mazhab Hanafi.. Sesuatu yang tak pernah kita lalui di Malaysia..

Masuk waktu bagi 4 waktu adalah sama, tetapi waktu Asar berbeza di mana bagi mazhab Hanafi adalah satu jam lebih lambat dari waktu Syafei.. contohnya Asar masuk jam 5.05 bagi Syafei dan jam 6.05 bagi mazhab Hanafi.. Sesuatu yang pelikkann..Kalau saya tak silap, orang-orang Albania ikut mazhab Hanafi dan mereka akan solat Asar sejam selepas masuk waktu bagi Syafei.
______________

Masjid Dallas
Ahad 22 March, saya dan Abah solat zuhur kat Masjid Dallas..

Cantikkan masjidnya, sangat bersih, tandas wanita juga sangat bersih dan disediakan dua helai tuala bagi sesiapa yang ingin menumpang mandi.. Tak pernah saya jumpa di Malaysia..


Sebenarnya kami sedang tunggu Aisyah habis kelas agama jam 1.50pm. Sementara tunggu masuk waktu zuhur , kita orang makan nasi dulu... Umi tengah makan depan masjid, ada padang besar dan cantik...

Dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, terasa begitu nyaman dan terbuai.. Sampaikan abah pun tertidur... Bestnye dia tido...


Dalam ruang solat orang perempuan hanya ada saya seorang.. tempat perempuan solat di tingkat dua seperti masjid Negeri Selangor. Jadi saya boleh tengok makmum lelaki di bawah. Ramai yang hadir... dalam anggaran kasar saya lebih 100 orang termasuklah kanak2 satu saf. Sebelum mula solat, ada seorang Pakcik yang membetulkan saf kanak-kanak, dia letakkan budak yang kecik di belakang yang besar dan buat tangan kat mulut maksudnya jangan bising. Pakcik yang sama menunjukkan saya kat mana bilik air dan tempat wudhu', bahkan dia siap menunggu saya di luar tempat wudhu' wanita.. Bila saya keluar jer, dia dah ada depan pintu dan bagitau saya, ' solat upstairs, shoes here..' Agaknya dia Tok Siak le tu..

Imam solat seperti biasa, selesai saja solat, seorang budak lelaki dalam 10 tahun pegang mikrofon dan baca,
'ALlahumma Anta salam, wa minka salam...'
Habis jer budak tu baca, semua makmum bersurai kecuali yang nak solat sunat. Tidak ada zikir dan tak ada doa beramai2 dengan imam..

Masjid di sini kepunyaan orang-orang Turki. Semua makmum lelaki wajib pakai stokin masa solat. Ada kenyataan di papan tanda ruang solat semua kena pakai stokin. Pakai seluar pendek bawah lututpun ramai, tapi mesti pakai stokin. Abah kata dia pelik dan tanya saya ada ker mazhab yang wajibkan lelaki tutup kaiki @ pakai stokin masa solat? Emmpp.. setahu saya tak ada, tapi nanti saya cari lagi..

Saturday, March 21, 2009

Visiting Hours

Visit Niza..

Niza dan suaminya Hafiz dan anak-anak mereka 4 orang yang comel-comel dah settled down, dah dapat rumah, cantik rumahnya di Merryland Road dalam 20 minit rasanya dari tempat kita orang duduk. Niza ni pensyarah Finance di UiTM Shah Alam, tinggal di Seksyen 18 Shah Alam merupakan kawan baik juga kepada our beloved Kak Ram. Malam tadi kami sekeluarga menziarahi mereka, meraikan kedatangan mereka ke Melbourne ini. Bast ler spaghetty kari version Melbourne yang depa buat untuk kami.. Bukan makan mee kari tapi makan dengan spaghetty.. Abah siap tambah dua kali.. hehe..




Niza dan sibongsu Ibrahim Adham.. comelnya dia.. Dah 9 bulan umurnya..


Bersama keluarga mereka di ruang tamu rumahnya.. rumahnya best..
p/s Untuk beloved Kak Ram, gambar ini kita orang kirimkan khususkan untuk Kak Ram yer..
--------------------------

Visit Garage Sale..

Kat sini setiap Sabtu Ahad, banyak betul garage sale. Nak let go barang lama dan kadang-kadang barang masih elok lagi dengan harga yang murah. Pagi tadi jam 9 pg Sabtu 21 March, kita orang ke Garage Sale. Dekat jer, dalam 10 minit dari rumah.

Selepas gedek-godek, pegang, test, acu, cuba, try ... apa ler segala..
Akhirnya kami beli kasut roda untuk Aisyah berharga AUD10 dan basikal untuk Abah AUD30. Helmet Abah AUD5 dan helmet Aisyah free. Semuanya berharga AUD45.




Ini gambar apa pulak..


Aisyah ler ni.. ada pulak ambik gambar Umi terlelap masa dengar ceramah.. hehe..

Friday, March 20, 2009

Makanan...

Makan..dan terus makan...

Dalam hidup ini, selagi kita bernama manusia, kita perlu makan..
Tak boleh berhenti makan, jika tidak tumbesaran kita tak berlangsung dengan baik..
Kita akan cacat, kurang sihat, dan tentunya tidak mampu memberi sebarang sumbangan kepada agama, negara dan bangsa..
Justeru, kita mesti makan..
Makan dan terus makan...
________________

Makanan Rohani..

Majlis ilmu dan membaca serta mentelaah adalah makanan rohani.. Jika tidak, batin dan rohani kita kelaparan, tidak kuat semangatnya dan lemah pertahanan diri..

Kat sini, lepas saya balik dari Msia, ini adalah sambungan majlis ilmu yang dianjurkan oleh adik2 di sini. Saya hanya sekadar menjadi penyampai dan berkongsi sedikit ilmu yang ada..Tidak mengajar tetapi ingin membentuk daya fikir bersama, mudah2an ada gerakan dari dalam untuk lebih berusaha mendalami ilmu Allah ini.. Maksud saya, untuk saya dan untuk mereka semua juga.. insya Allah..



Kali ni buat kat rumah Su..
Ramai yang datang..
Mula2 dalam jam 7pm, ada dalam 18, kemudian datang lagi sehingga rasa saya dalam 25 orang muslimat yang hadir. Kak Hada dan Zura orang Business School UiTM Shah Alam pun turut hadir kali ini.. Semakin ramai termasuk adik2 undergrad yang baru masuk semester baru..
Saya rasa sangat seronok melihat mereka semua.


Sue tuan rumah yang tudung hitam tu bersimpuh comel tu, lecturer TESL USIM.

Orang baru yang turut hadir adalah Sham (yang tudung berbunga tu), my classmate kat UIA. Dia buat PhD mengenai Intelectual Properties.



Ini lagi sorang yang baru datang dari Mesia, my good friend Shahrul Niza (tudung merah tu).. seorang yang sangat kelakar, peramah, bersemangat waja dan pastinya selalu menyakat saya dengan macam2 joke dia.. Saya sangat seronok dia dah ada kat Melbourne dan sudi datang w/p duduk agak jauh. Manakala yang sebelahnya tu pun orang baru di Uni kami, Zanita orang JPA.

Kali ini kami bincang Hadis no 2 mengenai Islam, iman, ihsan dan Tanda Kiamat.

Umi Salwa baca matan dan terjemahan. Saya kupas dan syarah hadis tersebut dalam 1 jam. Lepas tu soal jawab, solat maghrib dan baca yasin. Kemudian, kami semua makan bersama2..
Merapatkan ukhuwwah dan sekaligus meraikan makanan rohani kami.. amin..

________________________



Makanan Tak Rohani Pulak..



Yang ini makanan isi perut, berbentuk fizikal. Kita perlu makan juga, jangan tak makan. Nanti kurus. Semenjak dok sini, saya dah naik 2 kilo.. oppsss... hehe.. Abah dan Aisyah pun dah semakin bulat. Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah..




Tempat kegemaran kami adalah Preston Market. Abah tengah berjalan mencari-cari.. 'Apakah yang aku nak beli untuk anak bini ni yer'... hehe..

Beli pisang jer ke Bah? ..
Yang baju merah tu bukan pembeli, tapi tukang jual..



Pasar Preston selalu sibuk. Dibuka hari Rabu-Ahad. Semua yang ada kat Mesia ada kat sini.. cuma mahal lah.. Serai AUD1 sebatang. Mahalkan? Tapi nak buat macamana? Nak buat tomyam, kena bubuh serai..


Orang ramai membeli belah. Tempat ramai sekali adalah kedai Vietnam.. Sebelah Preston Market ada Halal Meat, nak beli ayam, lamb, daging, sosej, nugget ayam yang halal semua ada..
Alhamdulillah makanan halal senang nak dapat kat sini..


Dah habis mencari, bubuhlah dalam kereta, lepas tu baliklah rumah...

Semoga kita selalu menjaga rohani kita seperti mana kita menjaga fizikal kita..
Dua-dua perlu makanan, dan sudah tentu makanan rohani lebih penting kerana jika rohani yang sakit, jauhlah kita dari rahmat Allah..

Wednesday, March 18, 2009

Kelas Family law

Kelas Family Society and Law

Tadi kali kedua saya masuk kelas.. Minggu lepas saya dok belakang, minggu ni saya dok depan sekali. Masalahnya cikgu kat sini sangat kurang buat joke, jadi kalau kita seorang yang kurang daya tahan, mesti kita akan rasa mengantuk..Perbincangan lecturer kat sini mendatar sahaja..

Dewan besar dalam 100 orang tetapi tak pakai mikrofon. Yang canggih kat sini, which I don' think I can find in Mesia adalah 2/3 dari pelajarnya menulis nota terus ke dalam notebook masing-masing. Sepanjang jalan tepi laluan dewan tu, berselirat dengan wayar komputer ke plug tepi2 dinding. Bahkan yang dasyatnya, most of them dah hafal menaip dengan tak payah tengok keyboard. Mata tengok lecturer tapi tangan menaip setiap patah ayat yang keluar dari mulut pensyarahnya. Macam-macam rupa notebook mereka, baik student perempuan atau setudent lelaki.. I really enjoyed watching them..

Hari ni tajuk Registration of marriage in Victoria, cases of fraud, reasons for divorce, separation etc.. Next week lecturer tu kata 'We will discuss domestic violence next week..' Wow my favourite tajuk tu...

Tadi belakang saya ada seorang budak lelaki, tak berenti menaip. Dalam hati saya, 'Lajunya Mamat ni taip..heran sungguh.' Lagi satu tu mereka suka tanya soalan. Agak berbeza dengan pelajar kita kat Mesia. Kat sana pelajar kita selalu patuh jer.. bila lecturer tanya, 'Do you understand? Any question?' Semua tunduk jer... hehe.....

Tadi saya pun tanya satu soalan dalam lecture, semua orang heran agaknya sebab saya sorang Muslim dalam kelas tu, dan the only yang pakai tudung.. pastu saya gak paling tua ler for sure..

Saya kena beli buku text esok, harganya AUD120. Mahalnye.. Saya tengah mencari-cari kalau ada yang nak jual murah second hand book.. Esok saya akan cari second hand dulu, Kalo takde, terpaksalah kena beli..

Lepas kelas, ada lagi students jumpa lecturer tu.. Minggu lepas, saya tunggu lecturer tu habis bersoal jawab dan saya berjalan ke bilik bersama dia. Tapi minggu ni, saya cuma ke depan berjumpa dia sekejap saya. Saya kata, 'Lee Ann, how are you today. Just to saya thank you and today's discussion is very interesting. ' Dia jawab,' I'm fine. Do you enjoy the class today?' Then saya jawab..'Yeaa..' Dia kata.. 'Good' Lepas sembang sikit-sikit pasal notes and told her that I have a few other questions to ask, maybe I'll go to her room next time... bla bla..


Melihat keadaan ini sudah cukup menggembirakan saya, mengingatkan saya saat-saat manis masa saya belajar Law di UIA.. Tapi masa tu saya tak bersungguh-sungguh macam orang lain... Rugi ler kenapa dulu saya tak belajar sungguh-sungguh yer..