Monday, August 29, 2011

Ramadhan Berakhir

Ramadhan 2011..

Rasa sayu menyelubungi  jiwa saya semasa solat jemaah terawikh di masjid preston tadi.
air mata bercucuran keluar dari pipi saya, hati saya bercampur baur..

Imam membacakan surah yang panjang, surah tentang balasan syurga dan neraka bagi mereka yang beriman dan juga yang tak beriman. memahami sebahagian dari ayat tersebut bersama dengan doa di hati menjadikan saya sangat sayu dan hiba..

Wahai Allah, telah tiba hari terakhir Ramadhan yang mulia
Malam ini malam terakhir saya solat terawikh untuk tahun ini
lailatul qadr yang mulia apakah saya termasuk dalam  barisan nama hambaMu yang diberkati

Wahai Allah
mungkin  malam ini adalah kali terakhir ramadhan saya di australia
mungkin juga malam terakhir ramadhan untuk saya dalam hidup ini

Wahai Allah
Saya memohon
keampuanan dari Mu untuk diriku yang hina dan lemah
untuk  suami yang saya kasihi
untuk ma dan ayah yang sangat saya sayangi
untuk anak saya
adik beradik dan keluarga mereka
mak dan abah mertua saya
seluruh keluarga suami saya
dan seluruh muslimin dan muslimat

berilah kami petunjuk wahai Allah
agar kami terus berada di jalan yang lurus

ampunkanlah kesalahan dan dosa yang aku lakukan

Wahai Allah
puji dan syukur untuk Mu atas semua yang Kau berikan
Aku bersyukur ya Allah
atas semua nikmat yang Engkau berikan
melimpah ruah di hadapanku ya Allah

Aku bersyukur kerana Engkau masih hidupkan aku hingga ke hari ini
Aku bersyukur ya Allah Kau berikan aku kehidupan yang baik
terima kasih ya allah atas keluarga yang bahagia yang kau berikan
terima kasih ya Allah kerana kau sudi berikan aku nikmat mencari ilmu
terima kasih ya Allah kerana nimatMu, aku sampai ke bumi australia
satu tempat yang jauh tidak pernah aku terfikir untuk berada di sini
terima kasih ya Allah atas harta dan wang ringgit yang Kau berikan
terima kaisih wahai Allah atas semua nikmat yang aku terima
tidak terhitung untukku kira semuanya wahai Allah

Wahai Allah
mudahkanlah laluan hidupku
berkatilah setiap urusanku
tunjukkan aku jalanMu yang lurus

Wahai Allah
izinkanlah aku bertemu RamadhanMu yang akan datang..
izinkanlah wahai Allah..
Wahai Tuhan seru sekelian alam..
amin ya rabbal alamin

Saturday, August 27, 2011

Melbourne Madinah

Qiyam di Melbourne Madinah Jumaat 26 Ogos 2011..

Subhanallah.. hanya puji syukur saya mampu luahkan ke hadrat Allah atas kurniaanNya yang amat banyak. Melihat hampir beratus muslimah yang qiyam di Melbourne Madinah memberikan saya nikmat yang tidak terucap. Alhamdulillah..

Friday, August 26, 2011

Geography dan Melb Madina

Geography fail..

Saya punya Geography memang weak sungguh.. tak tahu macamana orang lain boleh terer dan saya tak terer.
Saya ketawa sendirian, napa ler lemah sungguh saya ni...:-)

Tadi saya pergi buka puasa di University La Trobe. Lepas iftar ringkas, kami solat maghrib berjemaah. Lepas makan, saya dan rakan-rakan tolong kemaskan makanan iftar. Saya tolong siket jer, ada rakan yang tolong vacuum, ada yang kemaskan alas makan, ada yang sapu, ada yang buang sampah dan ada yang basuhkan pinggan besar bekas lauk. Rakan-rakan Malaysia yang selalunya memeriahkan iftar di la Trobe. (termasuklah saya jugak..:-))

Masa kat bilik air basuh pinggan, saya bertegur sapa dengan seorang pelajar luar negara (kita orang Mesia kat sini pun dikira international students jugak, tapi dia ini dari negara bukan Mesia..). Saya bersembang-sembang,  buat kursus apa kat sini, dah tahun berapa, datang dengan keluarga ker, dah kahwin ker, bla bla..

Bila dah siap sembang, baru saya kata..'I'm sorry, forgot to introduce myself.. My name is Hidayah, I'm from Malaysia.' Then dia punya dengan senyum salam dengan saya, dia jawab..'I'm ........ I'm from Colombia..'

Saya pun sembang lagi.. 'It's very far from here.. .. bla bla...'

Dia pun menjawab dengan gembira..

Tapi dalam hati saya berfikir-fikir.. 'Napa dia datang dari negara tu, tapi tak nampak macam orang putih....'

Tapi tak pa ler... kira habislah perbualan tu..

Lepas dah balik baru saya pikir balik...

'Laaaaaaaa... dia cakap dia datang dari Colombia.. Kepala saya terus terbayang California..
isyyy punyaler jauh... geografiku.. alangkah dhaifnyer...:-)
--------------

Lepas tu, abah, saya dan aisyah serta niza dan rizal konvoir ke tempat baru di City untuk solat terawih. Kami ke sebuah tempat baru yang dipanggil 'Melbourne Madinah' di 36 La Trobe Street, melbourne West. Ramai yang bercerita bestnya solat terawih dengan imamnya di Melb madinah ni, akhirnya kami sampai juga. Alhamdulillah.......

Dan sungguh.. solat berjemaah di sana sangat seronok. Semoga ALlah menerima amal ibadah kami, terutama di akhir-akhir Ramadhan ini... amin..









Tuesday, August 23, 2011

Pause and Ponder

Tazkirah..

What is our goal in this life? 
Phd is one of our journeys but not the goal of everything. 
My goal and your goal is to get the blessing of Allah, 
as for Him alone we act and struggle. 
For Him alone we learn, for Him alone we work
for Him alone we try to accomplish our mission
to be His extraordinary Caliph on earth. 
For Him alone we submit ourselves... 
whole heartedly..

My friend sent this beautiful tazkirah...

Come together we pause and ponder..


----------------------

Let us  asked ourselves

What are some of the secrets of success in life?

We  may find the answer right  there in our own room....

The Fan ( or air con) said -   Be cool.

 The Roof said -                  Aim high.
 
The Window said -        See the world.

 The Clock said -            Every minute is precious.

The Mirror said -              Reflect before you act.

The Door said -                Push hard for your Goals.
 
Opps ... 

And don't forget, look at  the Carpet on the floor 

The  carpet  said-         Kneel down & Pray to Allâh (SWT).. 

Let's double our  amal and Ibadah  in this Ramadhan month...
May Allah Bless all of us accordingly...

Monday, August 22, 2011

Asian Law Centre Faculty of Law, Melbourne Uni

Asian Law Centre

Nama saya dimasukkan dalam website Asian Law Centre, Supervisor saya adalah Pengarahnya. Hari tu saya dimintak tolong dia, dan dapat siket bayaran, maka saya dikira sebagai Assistant Researcher..
Untuk tengok website Asian Law Centre, sila click di sini..
I feel honoured.. alhamdulillah..




Mrs Nurhidayah Muhammad Hashim

Hidayah is currently enrolled as a PhD candidate in the Asia Institute and Law Faculty under the supervision of Prof Abdullah Saeed and Prof Tim Linsdsey. By profession, she is a lecturer at University Teknologi MARA (UiTM), Malaysia and also a Shariah Lawyer in Selangor, Malaysia. She graduated with LL.B (Hons) in 1992 and LL.B (Shariah)(Hons) in 1993 from International Islamic University Malaysia (IIUM) and Master in Shariah & Law in 2001 from University of Malaya.

Hidayah’s research interests include family law, comparative legal studies, Islamic jurisprudence and also Islamic civilisation. She has written a few books relating to Shariah and the practice in Malaysia and has had several articles published in the Shariah Law Report (Lexis Nexis Malaysia) and other journals in Malaysia.

Ayah Saya..

Ayah..

Saya telepon Ayah tadi.. sembang-sembang dengan Ayah yang disayangi. Ayah dah 72 tahun tahun ni. Semoga Allah panjangkan umur Ayah dan Ma dalam kesihatan yang baik. Amin... Saya suka dengar Ayah cerita..

Ayah cerita pasal Sultan kelantan pergi berbuka puasa di masjid Melor, dan Ayah dengan AJK Masjid, makan dalam kumpulan orang besar-besar..:-) Ayah seronok Sultan Faiz datang, dan bersalam, senyum dengan semua orang..

Ayah cerita pasal tanah di Gua Musang, pasal Kakak Za nak buat rumah di tanah Ayah di Melor, pasal Mek Aa adik saya, pasal Hafiz adik saya yang bongsu, pasal Ma saya dan macam-macam..

Ayah saya masa dulu-dulu seumpama Ayah dalam cerita 'Under One Roof', dalam cerita bersiri Singapore tu, Ayah dia suka bercerita.. Ayah pun sama, dia suka cerita dan banyak Ayah cerita masa kita orang nak makan nasi, kadang2 saja-saja duduk.. ayah pun cerita. Tapi dalam keadaan lain, ayah saya akan duduk diam saja, kalau tak de mood, dia jadi pendiam..

tak sedar, saya dengar Ayah cerita dari satu story ke satu story, rupanya saya dah bertelepon selama 59minit. hehe..

Ma dah tido tadi, balik dari masjid, letih sangat agaknya, so ayah ler layan saya... hehe..

Dulu-dulu, beberapa tahun lepas, ada banyak cerita ayah saya cerita dulu-dulu yang saya masih ingat. Cerita berpengajaran yang dia story secara selamba..

Nanti saya akan tuliskan dalam entry akan datang..

__________________


Hari ini Ahad 21 Ramadhan..

Hari ni saya sekeluarga berbuka di rumah kawan. Lepas tu kita orang gi solat terawih di ICV (Islamic Council of Victoria) di Jeffcot St, Melbourne. Ramai orang dan Imamnya baca sangat sedap. Subhanallah.. Satu juzuk satu rakaat. Kami sampai jam 8mlm, baru mula solat isyak jemaah dan terus sambung ke terawih sampai jam 10.05mlm.

Balik rumah, saya sambung kerja d bilik study.
Abah bercerita kisah Nabi dengan Aisyah, sementara Aisyah nak tidur.

Dan saya pula berada dalam bilik study saya...

Saturday, August 20, 2011

Buku Amazon

Amazon Books..

Saya beli 3 buah buku dari Amazon bulan lepas, dan ianya sangat murah kerana AUD63. Plus postage AUD19, so jadi semua sekali dalam AUD 82.

saya buleh dapat 3 buah buku iaitu :
1-Maqasid Al-Shariah as Philosophy of Islamic Law tulisan Jasser Auda
2-Treaties on Maqasid al-Shariah tulisan Ibn Ashur
3-Towards Realization of the Higher Intents of Islamic law - Maqasid al-Shari'ah a functional Approach tulisan Gamal Eldin Attia

Saya order 28 July dan sampai ke rumah saya di Reservoir, Melbourne pada 9 Ogos 2011. Cepat sangat..
Sapa-sapa berminat nak beli buku agama boleh beli di bawah..






Encyclopedia of Islamic Jurisprudence (25 Books)

Khatam QuranKhat

Khatam Quran Ramadhan Tahun ini..

Muslimat Desa Bundoora berpakat-pakat membaca al-Quran, AJKnya nama Siha dan Fisah, membahagikan kepada 6 kumpulan.. Insya Allah esok majlis khatam akan diadakan sebagai meraikan tamatnya usaha kami untuk kali ini. Insya Allah, semoga usaha mentilawah al-Quran akan terus kita sama-sama teruskan, tanpa mengira masa dan waktu.. insya ALlah..

_______________

Pengumuman oleh AJK untuk program esok..

Salam Ramadhan Kepada Seluruh Warga Desa..

Alhamdulillah, Setelah berbincang dengan Ustazah & juga rakan-rakan muslimah DB atas beberapa pertimbangan yang telah dipersetujui ramai, maka Majlis Khatam Al-Quran Muslimah 2011 akan diadakan seperti maklumat yang tertera di bawah:

Majlis Khatam Al-Quran Muslimah Desa Bundoora 2011
Tarikh/Hari
21 Ogos 2011 (Ahad)
Masa
10 am  - 12.30 pm
Tempat 
36, Cabernet Crescent, Bundoora.
(Rumah Pn Azida/ En. Afendi)
Tentatif Program
 * Majlis Khatam Al Quran( Bacaan Surah-surah dan Doa Khatam Al Quran)
 * Tazkirah Ringkas oleh Ustazah Hidayah  : "AMALAN BAIK DI BULAN RAMADHAN"
 * Solat Zuhur Berjemaah
 * Bersurai.
 Semoga rakan-rakan muslimah diberi kelapangan waktu untuk menghadiri majlis ini. 
Mudah-mudahan aktiviti kita di bulan Ramadhan yang mulia ini juga mendapat keberkatan olehNya.

Sekian Terima Kasih.








Perjalanan PhD

PhD...

Perjalanan PhD saya tak serupa dengan orang lain. Saya bermula dengan macam-macam kisah, ada sedih dan susah, ada gembira dan riang.... dan saya berharap dan beerdoa agar di penghungnya adalah kesenangan dan kejayaan.. insya Allah..

Kadang-kadang, saya termenung mengingat laluan hidup PhD saya ini. Bermula dari tahun 2008 sampailah sekarang, hari ini 19 Ogos 2011, bersamaan 19 Ramadhan.. macam-macam saya lalu.


Saya tak boleh bandingkan dengan orang lain, kerana orang lain tidak melalui jalanan yang sama seperti saya. Ada kawan saya yang bermula indah, dan berakhirnya juga indah. Mendapat tempat dan Supervisor yang baik dan perjalanan PhDnya tidak ada sebarang masalah.. Ada kawan saya yang telah berjaya mendapat PhD dalam 2 tahun 6 bulan, ada yang 2 tahun 8 bulan.

Namun masa yang sama, ada kawan-kawan saya yang selesai PhD dalam tempoh 3 tahuan cukup, ada yang 3 tahun 2 bulan, ada yang 3 tahun 6 bulan, ada yang 4 tahun, ada yang 4 tahun 3 bulan, ada yang 5 tahun dan bermacam-macam..

Saya berapa tahun ya... entah la.. belum tentu!

Kata-kata yang selalu saya pegang adalah,

'Allah menguji sesiapa yang Dia mahu
Allah memberi nikmat kepada sesiapa yang Dia mahu
Allah membuka rezeki yang luas kepada sesiapa yang Dia mahu
Allah juga menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang Dia mahu..

Justeru, saya bersyukur dalam setiap onak dan duri
bertawakal di atas setiap usaha dan azam
dan berlapang dada atas setiap ketetapan Allah..

Dengan cara itu, kita akan selalu bersangka baik atas setiap apa yang Dia putuskan..

Saya akan terus berusaha..

Setapak demi setapak..

Kerana seperti kata hikmah orang dulu-dulu,
'Perjalanan seribu batu, bermula dengan satu langkah'.

Justeru....kita jangan berhenti melangkah! Terus melangkah...

------------------

Extension..

Saya terima surat KPT bertarikh 11 Ogos 2011, tiba di Reservoir Victoria Australia pada 18 Ogos 2011. Saya bersyukur pada Allah...Alhamdulillah...
Permohonan extension saya diluluskan oleh KPT untuk 6 bulan berbiasiswa-dari 1 Dec 2011 sehingga 30 Mei 2012.

Saya akan berusaha menamatkan larian dalam tempoh diberikan.. insya ALlah..

Terima kasih kepada Boss saya yang mempercayai bahawa saya mampu. Beliau menyokong permohonan saya dan memajukan permohonan saya kepada Jabatan Biasiswa UiTM. Akhirnya dimajukan ke KPT. Terima kasih dan Alhamdulillah!

Thursday, August 18, 2011

Buang Sampah


Sekadar Pendapat Saya Pasal Pelupusan Sampah Tersusun..

Saya baca pasal buang sampah dalam Berita Harian online kemarin, terfikir tentang kaedah pembungan sampah di sini yang memang menarik hati saya dari dulu lagi. Saya punya seronok tiap kali lori sampah datang, saya akan tunggu dan tengok 'tangan' lori tersebut ambik sampah. Ia menakjubkan pada saya. Bahkan saya banyak kali ambik gambar lori-lori ni tengah pungut sampah. Saya berharap suatu hari nanti, keadaan sebegini akan berlaku di Malaysia.

Saya tulis artikel di bawah, send ke Berita Harian tadi, tak tahu lah editornya suka ke tak..
If suka, ia akan keluar dalam Berita Harian, kita tengok nanti.
Kalau tidak, ia keluar kat sini, dalam blog saya..

kerana ia adalah Sekadar Pendapat Hidayah...

Pembuangan Sampah: Belajar dari Australia

Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim







Malaysia akan mula bergerak ke arah sistem pelupusan sampah sarap yang lebih teratur. Laporan Berita Harian bertarikh 12 Ogos mengenai usaha kerajaan memperkenalkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 adalah suatu usaha yang sangat bagus dan harus disambut baik. Kesungguhan pihak berwajib menangani isu ini akan membuatkan masyarakat kita secara otomoatik menjadi bangsa yang prihatin terhadap alam sekitar (environmental conciousness). Kementerian juga dilaporkan akan mengadakan pelbagai program bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab masing-masing.

Akta tersebut dilaporkan mempunyai peruntukan yang mewajibkan orang ramai mengasingkan bahan-bahan sisa pepejal dan bahan kitar semula dan mereka yang tidak berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun begitu, masyarakat diberi dua tahun untuk berusaha dan membiasakan diri sebelum undang-undang tersebut dikuatkuasakan seperti disebut dalam kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ahli masyarakat digesa mula mengasingkan sampah sarap di rumah masing-masing, antara sisa pepejal dengan hasil bungan yang boleh dikitar semula.

Negara-negara maju seperti Australia, Jepun, dan lain-lain sangat mengambil berat isu pembungan sampah kerana ia berkait rapat dengan kebersihan alam sekitar, kepanasan ozon dan kelestarian hidup manusia. Ia juga adalah amalan baik yang digalakkan dalam Islam. Sebagai perbandingan, pengalaman penulis melihat bagaimana kerajaan tempatan di Melbourne, Australia menguruskan sistem pembungan sampah mereka adalah sangat menarik untuk dibandingkan.

Usaha menangani pembuangan sampah dimulakan dengan pendidikan dan juga penguatkuasaan. Di sini, setiap rumah mempunyai 3 tong sampah plastik dengan warna yang berbeza, iaitu penutup hijau gelap untuk sampah buangan sisa pepejal seperti barangan dapur, makanan, bahan kaca yang pecah dan lain-lain. Sampah ini perlu diikat dalam plastik untuk mengelakkan tumpah. Tong sampah penutup kuning untuk sampah yang dikitar semula seperti bekas air minuman, kotak, surat khabar, botol dan aluminium. Manakala tong sampah penutup hijau muda untuk bahan organik seperti dedaunan, bunga dan juga rumput. Setiap rumah dibekalkan pamplet kaedah pembuangan sampah dengan tarikh-tarikh lori pemungut sampah bertugas di kawasan tersebut.

Tong sampah plastik tersebut disediakan oleh pihak perbandaran tempatan dengan nombor rumah ditanda di setiap tong tersebut. Ini memudahkan penguatkuasaan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada yang tidak meletakkan sampah dengan betul. Setiap rumah perlu mengeluarkan tong sampah dan meletakkannya di tepi jalan sebelum jam 5.00 pagi untuk memudahkan lori pemungut sampah yang akan datang dalam waktu tersebut. Sekiranya sampah yang diletakkan tidak tepat seperti diletakkan surat khabar kitaran semula dalam tong sampah sisa pepejal, atau diletakkan berlonggok di tepi jalan, sampah kita tidak akan dikutip dan besar kemungkinan kita menerima teguran, saman dan sebagainya.

Sampah dikutip seminggu sekali untuk bahan sisa pepejal dan dua minggu sekali secara bergilir untuk bahan kitar dan juga bahan organik. Contohnya jika sampah dikutip setiap hari Jumaat, maka Jumaat minggu pertama adalah untuk tong sampah sisa pepejal bersama dengan tong sampah bahan kitaran. Manakala Jumaat minggu seterusnya adalah tong sampah sisa pepejal dengan tong sampah bahan organik. Begitulah seterusnya setiap minggu.

Pihak kerajaan tempatan yang memungut sampah juga datang dengan tiga lori yang berbeza. Lori pemungut bahan sisa pepejal tidak akan mengambil bahan kitaran semula, begitu juga dengan bahan organik. Tong sampah yang sama besar, disediakan oleh pihak kerajaan tempatan sebenarnya berkait rapat dengan penggunaan lori pemungut sampah. Mereka menggunakan lori yang canggih, mempunyai ’tangan’ memungut tong sampah yang sama saiz tanpa menggunakan tenaga manusia. Hanya ada seorang pemandu sahaja bertugas dalam satu masa. Ia sekaligus mengurang kebergantungan kepada tenaga buruh dan sudah tentu sangat cepat, cekap dan bersih. Setiap rumah hanya mengambil masa 2-3 saat sahaja.

Perlaksanaaan undang-undang denda di sini juga ketat dan tidak ada ruang belas ihsan. Maksud saya, contohnya jika kita melakukan kesalahan pembuangan sampah yang bercampur aduk, mereka tidak akan mengutipnya. Sekiranya ada saman dikeluarkan, tidak ada alasan untuk kita berikan seperti tidak tahu jenis sampah dan sebagainya. Ia sekali gus mendidik masyarakat dan menjadikan mereka peka dengan sistem pembuangan tersusun.

Pembuangan sampah yang tersusun, kemas dan sistemastik akan memberi kelesaan hidup kepada kita semua. Justeru, usaha kerajaan ini harus disambut baik. Namun begitu, ia juga seharusnya datang dengan persediaan yang baik dari semua sudut. Setiap rumah di Malaysia perlu ada paling tidak dua tong sampah untuk sampah sisa pepejal dan juga bahan kitaran semula. Usaha memisahkan sampah di rumah tanpa persediaan tong sampah yang sesuai akan melemahkan semangat ahli masyarakat untuk bertindak. Apatah lagi jika bahan kitaran semula perlu dibawa ke tempat lain seperti tempat kitaran berpusat juga tidak menarik minat masyarakat. Usaha membina masyarakat menjaga pembuangan sampah perlu bersifat memudahkan ahli masyarakat mengambil tindakan. Begitu juga dengan persediaan lori pemungut sampah, jika satu lori memungut dua atau tiga jenis sampah sekali gus, usaha pengasingan sampah juga akan bermasalah.

Apabila semua aspek bergerak selari dengan dikuatkan dengan penguatkuasaan undang-undang yang baik, usaha membina masyarakat yang peka dengan isu pelupusan sampah tersusun di negara kita akan berjaya dilaksanakan.

Monday, August 15, 2011

Abah dah sampai

Sampai di Melbourne..

Selepas hampir 2 bulan setengah abah balik Malaysia, abah akhirnya datang ke Melbourne. Aisyah gembira sangat-sangat, kerana dia dah lama tunggu Abah. Malam tadi 14 Ogos jam 11.50malam, kami berdua ke airport menjemput abah.


Sebenarnya saya sendiri sangat tertunggu-tunggu suami saya datang..:-)

Bila Abah ada, banyak perkara akan menjadi lebih senang.

1-Aisyah sudah sangat rindukan Abah. Perangainya menjadi agak cranky, cepat merajuk, suka buat perkara yang saya marah.. contohnya saya suruh mandi, tapi dia taknak..saya kata mengaji sekarang, dia nak mengaji lepas sahur.. saya kata pergi tidur sekarang, sibuklah nak minum air milo, nak buat tu, nak dengar cerita ni.. kadang-kadang saya akan marah dan dia menangis.. aduhhh.. saya selalu bayangkan isteri yang suami tinggalkan tanpa berita, menghilang diri, ceraikan isteri, berkahwin lain dan tidak adil atau suami mati. Sudah pasti siisteri perlu menguruskan semua urusan hidup, apatah lagi kalau ramai anak-anak dan semuanya berada di bahu seorang ibu yang lemah.. ohhhhhh sukarnya...Kedatangan Abah di sini memang saya tunggukan.. Abah adalah tulang belakang saya.


2-Saya dapat tukar shift atas semua urusan rumah tangga.. Saya capek!. Sekarang, saya di bilik study dan Abah tengah baca buku cerita pada Aisyah. dan saya dengar dari bilik saya sekarang, jam 10.5 mlm, aisyah tengah bercerita itu dan ini pada Abah.. dan ketawa terkekek-kekek.. saya tersenyum sendirian..:-)

3-Aisyah akan naik tali pinggang hitam tekwondo September nanti. Dia perlu ke kelas tekwondo dan berlatih di rumah. Ada test bertulis yang Aisyah perlu duduki. Abah akan ambik alih semua tugasan itu. Alhamdulillah..

4-Abah akan hantar dann jemput Aisyah ke dan juga dari sekolah setiap hari. Saya boleh lebih focus pada penulisan tesis saya. Abah akan ke pasar dan membeli belah, saya tak perlu pikir pasal barang dapur lagi.. bestnye..

Tadi lepas berbuka di rumah, Abah bawak Aisyah ke kelas teakwondo. lepas tekwondo, ke masjid Coburg untuk terawih.

Balik dari terawih, Aisyah dengan gembiranya bertanya..

'Aisyah nak ambik order ni.. Abah, what do you want to drink? milo or nescafe? Umi nak apa?'

Aisyah dah pandai buat air panas... hehe..
Dah boleh diharap dah untuk dapat segelas nescafe 3 in 1, dia tambah sesudu kecik gula dan susu segar siket, maka jadilah air untuk Umi dan Abah. ..

Lega....

Friday, August 12, 2011

Buku ke 6


Buku..

Diam tak diam, saya dah buat buku baru.. hehe..
Tapi buku ini tak ada sebarang merit.
Saya buat sendiri jer, dalam beberapa minit ja dah siap.. hehe...

nanti saya uploadkan isi kandungan buku terbaru saya..

Taraaaa...........

Inilah buku terbaru saya..

Tajuknya adalah: Aisyah's Journey in Australia













Caranya macamana?

Senang saja..
Mula-mula, saya masuk dalam website supermarket BigW
ada offer, satu buku berharga AUD19, untuk 20 mukasurat..

Jadi dalam tak sampai beberapa minit, siap buku saya...hehe..


Wednesday, August 10, 2011

Berita Malaysia

Akidah Orang Islam


Di Malaysia, perkembangan berita menakutkan bila sekumpulan orang islam berbuka puasa di gereja, mendapat biaya bulanan dari gereja, JAIS hadir dan menjumpai bahan bukti meragukan..


Menjadi seorang Muslim yang teguh seumpama memegang bara api yang panas. Suasana sekitar, tanggungan diri dan masalah kejiwaan, support system, kawan-kawan dan mereka yang prihatin, semuanya memberi kesan dan mempengaruhi.

Ia menakutkan...


Monday, August 8, 2011

Puasa

Puasa Tahun ini..

kali ini kami berpuasa di bumi Melbourne untuk tahun ini. Mungkin ini kali terakhir kami berpuasa di bumi kangaroo.. hanya Allah yang tahu.

Saya dan Aisyah seperti yang lain, berpuasa, berbuka, bersahur dan bertarawikh.. Merata-rata saya dan Aisyah pergi. Hari pertama 1 Ogos lepas, kami berbuka di surau Univ la Trobe. mengenangi kenangan saya tahun sebelumnya.. saya rindukan suasana lama.. tapi Allah menggantikan dengan suasana yang baru.. Hanya Dia pemilik segala perjalanan hidup insan.

Di surau, ramai rakan2 Mesia berbuka di sana. Selepas berbuka, saya dan Aisyah keluar untuk ke kelas tekwondo Aisyah. Kisah tekwondo juga adalah perjalanan yang menarik. Kelas AIsyah ditukar ke hari Isnin dan Rabu jam 6.20 - 7.20pm, selepas berbuka. Aisyah kena berlatih serius siket untuk tekwondo untuk naik ke tali pinggang hitam September nanti. Maknanya malam kelas tekwondo, saya perlu menyusun jadual supaya dapat berterawih di surau la Trobe atau solat di rumah sahaja. Saya hanya buat 8 rakaat sahaja.

Malam kedua, saya dan Aisyah ke surau LA Trobe juga. Bertemu dengan Sister Kamilia yang mempunyai anak hafiz seramai 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Semuanya menghafal quran dan menjadi imam di masjid2 semasa tarawikh. Subhanallah.. Mengenali beliau adalah satu rahmat yang besar untuk saya. Ia membuka nilai baru dalam diri saya, betapa hebatnya usaha beliau berbanding usaha saya. Sister kamilia berasal dari Itali, seorang katolik dan memeluk islam, berkahwin dengan seorang Sudan. menetap di Bundoora, mempunyai 5 anak, dan semuanya menghafal quran.. Masya Allah..

Malam ketiga, saya dan Aisyah ke Masjid Preston. Subhanallah... mengalir air mata saya mendengar imamnya baca Quran. Rasa macam solat di majidil haram..

Rindunya saya untuk ke Mekah. Semoga ada rezeki. Saya bagitau Aisyah,
'Aisyah... nanti bila Umi dah dapat habiskan PhD ni, Umi dengan Abah nak bawak Aisyah ke Mekah. Kita buat umrah ya.. kita bawak Tok Ma dan Tok Ayah, Atok dan Nenek. semua sekali kita pergi umrah..insya ALlah..'

Aisyah gembira sangat..'Ye ker Umi.. Aisyah dah tak sabar nak tengok kaabah.. eiii bestnya... Umi cepat2 lah habis PhD, nanti kita pergi Umrah..'


Insya Allah... saya berdoa di bulan yang mulia ini..

'Ya Allah, mudahkanlah urusan hidup kami, di dunia dan di akhirat..
Mudahkanlah saya habiskan urusan PhD ini..
amin..

Saturday, August 6, 2011

Awaken

Maher Zain..

Saya menonton youtube maher zain kat rumah dengan aisyah..
Saya buka nasyid Insya Allah yg dinyanyikan kat Stadium Shah Alam..

Aisyah punya seronok... Dia kata, 'Alaaaaa it's not fair.. orang Malaysia boleh tengok Maher Zain.. I also want to be there..'

Lepas tu dia kata, 'Umi, how much do you reckon for the ticket?'

'Maybe more than RM 100. I'm not sure..'

Dia buat analisa..


'But, I think it's ok kan Umi... RM 100 pun boleh sebab concert tu bukan dengar lagu tak soleh.. semua lagu pasal Allah kan.. so takpalah seratuspun.. Tapi kalau concert tu lagu tak soleh, tak boleh pergi, nanti Allah marah..'

'humpp.. pandai anak Umi ni...'

-------------

Then kami dengar nasyid Awaken ni pulak, analisa Aisyah memang ler power.. hehe...
terdiam saya..
sebab lagu ni asalnya saya pun tak berapa paham bila dengar..
Baca lirik baru paham
Saya diskus sambil nak dengar pendapat dia..
Aisyah kupas, saya jadi lagi paham.. hehe..

Soalan saya tanya Aisyah,
'Aisyah apa isi song awaken ni sebenarnya?'

'This is my favorite song Umi.. memang best. Ya lah sebab dia cakap, kita selalu ingat kita bagus, buy new things and go to good places, we feel satisfied, but it's not our feeling that we should see, but what Allah says about us? Allah satisfied tak dengan kita? kita donate not because we want to help sincerely, but because kita tak tahan dengar orang mintak, kita pun kasi.. We have to ask whether Allah satisfied tak dengan kita.. Itulah lagu tu Umi..'

'Oooooo... then what should we do? what does the song want from us?'

'Kita have to change la Umi... instead of thinking about us, buy new stuff, buy cars, go shopping, go to new countries.. we should ikut ALlah, bukan ikut kita je Umi.. That's why dia kata awaken..'

'Ooooooo.. then why should maher zain say lower our head? why?'

'Yelah... sebab kita dah tak tengok Is Allah satisfied or not.. when we realize, we feel ashamed of ourselves.. then kita tunduk la.. macam ni Umi.. jalan tunduk jer sebab dah malu buat salah.. macam tu ler Umi...'

'Ooooooooo.........'

Aisyah aisyah...

_______________




Ini adalah lirik lagu Awaken


AWAKEN

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Kisah Mamat..

Mamat..

Saya cite kat Aisyah..

'Once upon a time, there was a boy. Umur dia 10 tahun. People used to call him Mamat. Satu kali bulan Ramadhan, mak dia tiap-tiap pagi kejutkan dia sahur. Tapi dia tak nak bangun. Dia selalu kata kat mak dia..'Tak sukalah puasa Mak.. letih sangat, tak boleh main bola, tak boleh minum air..tak sukalah bangun sahur.. benci betul!'.. Jadi dia selalu tak nak bangun sahur. Bila tak bangun, dia kata kat Mak dia masa nak pergi sekolah..'Yeaaa hari ni saya tak bangun sahur, jadi saya tak payah puasa..boleh makan kat sekolah..'

Esoknya Mak dia kejut kejut kejut dia nak sahur.. tak bangun jugak. Pastu Ayah dia pulak kejut. Ayah dia dia marah baru dia bangun. Bila kat sekolah pula, dia selalu pergi toilet dan basuh muka. Orang tak tahu, rupanya dia minum air masa kumur-kumur kat sink toilet.

Aisyah diam jer.. [menghayati cite mamat ]

Pastu esoknya macam tu jugak. Kat sekolah dia minum air masa dalam toilet. Masa tu dia tak realize ada another boy dalam toilet, nama dia Ahmad.. Rupanya AHmad dapat tengok dia minum air kat sink..

Bila balik sekolah, Ahmad pun bagitau Mak Mamat, 'Makcik.. tadi saya nampak Mamat minum air kat sink kat toilet sekolah kita.. Mamat tak puasa Makcik..'

Mak dia jawab..'Ya ker.. kenapa Mamat buat macam tu..Terima kasih Ahmad bagitau Makcik ya.. nanti Makcik nasihatkan Mamat..'

Lepas solat maghrib, Mak dan Ayah Mamat pun panggil Mamat..
Mak dia kata, 'Mamat, Mamat tak puasa ke kat sekolah? Kita tak boleh buat macam tu, sebab puasa tu Allah yang suruh. Kalau Mamat minum air, batal puasa, Mak tak tahu tapi Allah tengok. Nanti Malaikat tulis, hari ni Mamat minum air kat sink kat sekolah, mamat tak puasa, dia main-main macam puasa.. Nanti Allah marah. '

Mamat diam jer...

Lepas lama lepas tu, Mamat pun jawab,..'Tapi Mamat letih bila puasa..kawan-kawan Mamat ada tak puasa. Dia pun orang islam jugak..Mak Ayah dia tak marah pun..'

Ayah dia jawab, ''Mamat nak masuk syurga tak? Allah kasi kita syurga kalau kita sabar, tahan siket jer, lepas tu dah boleh makan dah bila maghrib.. Allah nak kita jadi orang islam yang baik, bukan jadi orang islam yang tak baik.. Mamat paham tak Ayah cakap..'

Lama lepas tu, Mamat pun jawab..'Mamat nak jadi orang baik.. Mamat minta maaf ya Mak, Ayah..nanti Mamat tak nak dah minum kat sink. Mamat nak masuk syurga..'

Then lepas tu Mamat pun puasa betul2.. dia sembahyang Zuhur kat sekolah, sembahyang Asar kat rumah dia, lepas buka puasa, dia sembahyang maghrib, lepas tu dia ikut Mak Ayah dia pergi sembahyang Isya' dan terawih kat masjid..Dia dah tak nak main-main lagi.. Sebab Mamat nak jadi orang Islam yang baik..

The End...

Lepas tu Aisyah pun kata,


'Umi... thank you for the beautiful story... The best story I've ever had..Umi, Aisyah rasa Aisyah pun macam Mamat juga le Umi.., mula-mula Aisyah rasa Aisyah grup satu, Aisyah rasa 'Alaa.....kena puasa ker....letih la kalau tak boleh minum air...' Masa Aisyah grad 2 masa kelas Miss Jap, Aisyah makan masa lunch, buah yang teacher kasi, tapi aisyah tak cakap kat Umi.. sorry ye Umi... tapi lepas tu Aisyah tak nak dah jadi macam tu. Aisyah nak jadi grup 2. Tapi susah tak Umi nak jadi grup 3?'

'Insya Allah... kita kena usahalah.. sebab orang yang buat baik, Allah sayang sangat kat dia. Aisyah pun macam tu yer......'

Yang paling penting adalah...rupanya Aisyah paham yang saya sebut pasal tiga grup orang beberapa malam sebelumnya.. Subhanallah..

p/s beberapa hari lepas tu, Aisyah tanya lagi..'Umi.. boleh tak Umi cite pasal Mamat lagi.. cita lain pulak tapi pasal mamat..[kena pikir le pulak... cite apa pulak yer...:-)]

Wednesday, August 3, 2011

Kisah Mamat..

Mamat...

Sapa Mamat ni?

Mamat ni sebenarnya takda sapa2.. :-)
saya tiba2 reka sebab Aisyah asyik suruh story masa dia nak tido..
Saya pun story, kisah Mamat..

Apa yang menarik pasal mamat ni? Nanti saya cite esok ya..

Sebelum tu, satu hari sebelum puasa, sebelum Aisyah tidur saya ceritakan pasal puasa ramadhan.

Saya kata, 'Ada 3 jenis orang puasa, satu, org yang tak suka bulan puasa. bila masuk Ramadhan dia kata..alaaa tak bestnya la kena puasa, nanti tak boleh minum air..orang ni dia selalu cari sebab tak nak puasa, sakit perut la, sakit mata ler, sakit tekak ler...'

Yang nombor dua pulak, dia tak la tak suka, tapi dia biasa-biasa ja.. puasa jugak tapi tak la semangat sangat. dia puasa tapi dia buat jugak yang lain, macam tengok tv banyak, suka dengar lagu.. puasa juga tapi tak la bagus sangat..

Yang ketiga pulak, dia suka bila puasa, dia baca quran, suka pergi terawih, tak dengar lagu2 nanti pahala puasa dia jadi siket..orang no 3 tu yang paling baik. bila malam, dia sembahyang hajat, sembahyang tahajud minta doa dengan Allah..'


Aisyah angguk2 jer.. entah paham entah tidak...

________

So malam tadi, dia sibuk suruh saya cite sebelum dia tido..
Saya tak da idea, tapi layanla jugak..
Tetiba saya dapat ilham..

saya pun cite ler pasal Mamat..:-)

bersambung...

Insya Allah

Maher Zain ..

Saya ingin mendengar nasyid Maher Zain dan membuka youtube mencari nasyidnya. Semuanya sangat sedap dan mempunyai isi kandungan yang sangat menyentuh dan menarik. Ada seorang penyanyi membawa lagunya dalam versi Melayu. Namanya ditulis Fadly padi, tapi saya tak pernah dengar pun nama ini dan tak tahu siapa dia.. Walau bagaimana pun, nasyid ini sangat baik untuk hiburan kita..

Saya jumpa youtube di Stadium Shah Alam ini.. tak sangka begitu ramainya yang hadir ke Stadium Shah Alam semasa Maher Zain ke KL..

Sungguh ramai..

Insya Allah..
Apabila kita bersa resah dan gelisah..
Atas semua masalah dan cabaran hidup..
jangan berputus asa..
Yakinlah selalu...

Ada Jalannya...




Tuesday, August 2, 2011

Ramdhan Kareem

Ramadhan..


Kami mula berpuasa hari Isnin 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan. Alhamdulillah berjumpa lagi dengan bulan mulia ini. Semoga kita dapat menjalani ibadah yang terbaik dalam kapasiti kita yang sibuk ini. Semoga ALlah memberi rahmatNya atas semua perkara baik yang kita lakukan.. amin..

Ada satu email menarik ucapan Ramadhan yang saya terima dari Perth. Ianya sangat bermanfaat dan memberi ingatan kepada kita untuk beribadah sebaik mungkin. Terima kasih ya pada Mr Azman from perth kerana sudi mengirim ucapan ini. Saya abadikan di blog ini untuk kita semua...

-------------------





Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Bulan yang ditunggu-tunggu, Ramadhan, penghulu segala bulan, kini kembali! Diucapkan selamat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna di sepanjang bulan yang penuh berkat ini. Semoga kita semua mengambil kesempatan bonus berganda yang ditawarkan pada bulan yang mulia ini untuk rajin-rajin beribadat, tanpa mengenal penat lelah, untuk mencapai sasaran Ramadhan masing-masing.

Solat fardu berjemaah setiap waktu

Mengaji 1 juzuk Al-Quran setiap hari

Solat tarawikh 20 rakaat berjemaah setiap malam

Qiamullail setiap peluang

Zikrullah dan beristighfar setiap ketika

Beriktiqaf setiap masa

Semoga kita semua bertemu malam Lailatul Qadar. Selamat menjalani "latihan di universiti" Ramadhan dan semoga kita semua mencapai "kepujian kelas pertama". Mudah-mudahan ibadah kita diberkati Allah dengan kejayaan yang sebenar.

Amin.