Tuesday, January 27, 2009

Selesai hutang 2,3,4

Selesai Hutang Lain --- Hutang 2,3,4...

Hutang 2-Saya dah hantar laporan advancement duit IRDC yang saya claim untuk research IRDC sebelum saya datang sini hari tu. Tarikh akhir penyerahan pelarasan adalah pada 6 Februari nanti.


Hutang 3-Saya dah hantar semua hasil kajian IRDC berkaitan manskrip Melayu Sullamu al-Mubtadi tulisan Syeikh Daud al-Fatani sebanyak hampir 250 muka surat dari Bab 1 hingga Bab 4 kepada Kak Pah untuk diprint out dan diserahkan kepada IRDC dan juga kepada Perpustakaan Negara.

Bab 1-Berkenaan Kajian tersebut
Bab 2- Pengenalan mengenai manuskrip dan penulis manuskrip iaitu latar belakang Syeikh Daud Abdullah Fatani dan buku-buku yang telah diterbitkan. Bayangkan bagaiman ALlah memberi kekuatan dan keikhlasan kepada beliau di mana sepanjang umur beliau menghasilkan hampir 100 buah buku dalam tulisan tangan dan kajian mengesahkan, beliau mengeluarkan dua buah buku setiap tahun atau dua buah terjemahan kitab dalam setahun. Semoga Allah memberi pahala yang tinggi kepada tokoh terbilang Syeikh Daud Fatani atas sumbangan menyebarkan ilmu kepada kita semua.
Bab 3- Penukaran Aksara kepada manuskrip tersebut dari Jawi lama kepada Rumi.
Bab 4-Analisa Isi kandungan manuskrip dan rumusan

Alhamdulillah.. Kalau sempat disiapkan satu kertas kerja berkenaan kajian ini, sempatlah Kak Pah present di CSSR UiTM Mac nanti. Saya plan untuk menyiapkan 2-3 artikel /kertas kerja berkenaan kajian ini selepas ini. Mungkin bila saya kurang sibuk dalam tahun ini atau tahun depan..Insya Allah..


4-Saya juga sudah menghantar laporan sebagai EXCO Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang bertanggungjawab memegang Jawatankuasa Penerbitan dan ICT untuk tindakan Setiausaha sebelum AGM April 2009 ini.

Tugasan saya sebagai EXCO PGSM yang bertanggungjawab menjaga urusan penerbitan dan juga sebagai WEBMASTER laman web PGSM dan Moderator exco_pgsm yahoogroup akan berakhir secara rasmi pada April 2009 semasa AGM nanti walaupun saya sudah berada di sini sekarang ini.. Dan saya akan melepaskannya dengan baik kepada Exco Penerbitan dan ICT yang baru selepas ini.

Semoga Allah memberi saya ganjaran yang baik atas apa yang saya usahakan.. amin lillahi taala..

Alhamdulillah.. Barulah saya boleh concentrate dengan kerja saya di sini..
Alhamdulillah..
Syukur pada ALlah..

opsss.. ada lagi satu hutang.. Saya dan Dr Sabri serta 2 lagi pensyarah lain telah membuat satu buku bertajuk 'Islamic Jurisprudence' untuk kegunaan pelajar Islamic Banking dan pelajar halal Food di UiTM. Buku tersebut sudah siap 95% dan tugas saya adalah menyediakan preface dan introduction kepada buku tersebut sebelum UPENA terbitkan. Pada masa yang saya perlu dapatkan Prakata dari my Boss untuk buku tersebut..
Lupanya saya.. bila due date nya yer..