Monday, August 7, 2017

Tuesday, January 24, 2017

Buku Baru

Syukur...



Alhamdulillah buku terbaru telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) . Ia hasil perbincangan Penulis pertama iaitu Dato' Zainul Rijal dengan pihk ITBM. Saya bersyukur di atas nikmat ini.


Ia bertajuk:  
KEISTIMEWAAN ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA

Penulis:
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR & NURHIDAYAH MUHAMMAD HASHIM

Saya bersyukur.. Alhamdulillah..

Dalam buku ini, ada prakata daripada YAA Dato' Dr Naim Mokhtar.





Jika ada yang berminat bolehlah email saya di puan.hidayah2@gmail.com

Wednesday, January 11, 2017

Hubungan Suami Isteri

Suami dan Isteri.. 


Saya mencari sesuatu dalam internet, mencari perkataan yang sesuai untuk buku perkahwinan yang sedang saya tulis. Tiba2 saya terjumpa kisah ini dan ia sangat meyentuh hati saya..

---------------- 

Di sebuah pasaraya seorang suami bertengkar dgn isterinya dan menyuruh isterinya pergi masuk ke dlm pasaraya sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama...ia diperhatikan oleh seorang pakcik yg dlm umur 60'an. Pakcik itu menghampiri suami tadi sambil bertanya:"Apa masaalah ni nk marah2 pd isteri, maaf pakcik bertanya".

"Tkde apa pakcik. Isteri sy ni ajak masuk dlm pasaraya ikut dia cari2 barang. Sy malas la pakcik letih dan bosan la dgn perangai org pompuan ni". Pakcik tu tersenyum sambil berkata: " Nak pakcik dulu dgn isteri pakcik pegi kemana2 berdua. Tapi isteri pakcik baru 5 bulan meninggal.

Kami lebih kurang sebaya. Kami guru. Bila bersara kami ke Mekah bersama. Kami tinggal berdua di rumah sb anak2 kami 6 org semua dah kawin tinggal di rumah masing2. Isteri pakcik malangnya mengidap kencing manis dan darah tinggi. Tiap2 hari kena makan ubat. Dia selalu tk berapa cergas dan pakcik la yg menjaganya.

Kini dia telah tiada pakcik terasa amat keseorangan. Siang pakcik rasa terlalu panjang dan malam terlalu sunyi. Tiap2 satu benda kepunyaan arwah mengingatkan pakcik pd nya. Sebak dan sedih melihat ubat2 yg masih belum dimakannya.

Ada nombor handphone dia tpi pakcik tau dia tidak  akan jawab panggilan pakcik dan message whatsapp kpdnya  pun dia tkkan baca...dulu pakcik tidur dikatil disebelah bahagian sb dia ada disebelah...tpi skrg pakcik tidur sorang2 di tengah2 katil...bila ke dapur skrg pakcik sorang2 buat sarapan tiada dia lg menyediakannya...tiada lg kami ke surau bersama...bayangkan nak..kami punyai sorang satu kereta skrg kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali pakcik pandu..oleh itu nak sementara isteri anak masih ada hargai la dia dan sayangi la dia...kita hidup sementara di dunia ini...pakcik hari2 ke pusaranya dan pakcik selalu berkata di pusaranya...."kau pegi la dulu abg akan ikut kemudian..."

Maaf pakcik balik dulu" Si suami terpegun terus bangun masuk ke pasaraya mencari isterinya.