Sunday, February 1, 2009

Ambik Upah Ajar Agama?

'Boleh ke kita ambil upah ajar agama?'

Satu soalan yang menarik ditanya kepada saya suatu hari dahulu.. lama dah..

'Apa maksud awak tu?' tanya saya.

Jawab adik yang tanya tu, 'Macam kalau kita ajar budak-budak ngaji, boleh tak kita letakkan harga seperti RM50 sebulan untuk 3 kali seminggu? Atau orang suruh kita buat something yang ada unsur-unsur agama, tapi kita kata service kita bayarannya macam ni macam tu? Teruk tak kalau kita buat macam tu?'

'Lagi..' saya tanya lagi..

'Macam saya nak jaga budak-budak masa cuti sekolah, nak buat tuisyen, ajar fardhu ain, teruk sangat tak kalau saya kata, bayarannya macam ni macam ni.. Atau saya patut kata ikut sajalah berapa-berapa nak bayar.. Mana satu lagi elok yer?'

'Pada saya.. semua boleh. Mana yang awak prefer, semuanya boleh. Nak kata bayaran saya begini begini pun boleh. Nak kata bayarlah ikut suka pun boleh. Nak kata tak payah bayar - saya buat free jer pun boleh.. takde masalah..' Senang jer saya jawab..
Agaknya dia tak puas hati..

____________

Kenapa tak boleh letak harga?
Kita pulak macamna sebagai penerima service?
Kita suka tak orang letak harga?

Bila kita nak hantar anak belajar Teakwondo, kita ok saja kalau pengajar tu kata sejam RM10. Jadi sebulan 4 kali feenya RM40, pendaftaran RM20, Uniform RM50. Jadi semua sekali RM110.. Ok jer.. tak de tawarpun. Kita hantar anak ke tuisyen Math, English, Piano, Science, Ballet, Berenang semuanya kita tak de masalah dengan bayaran.. Berapa dia letak, kita ok saja. Nak hantar kita hantar, kalau rasa mahal, kita tak yah hantar. Tapi kita tak pernah kutuk kata cikgu tu jual ilmu yang Allah kasi pada dia.. Tapi kenapa bila berkaitan hal berunsur agama, kita rasa pelik untuk letak harga dan rasa pelik sangat kalau orang meletak harga?

Pada saya.. ok jer semua tu..Letaklah harga sebagaimana urusan yang lain. Tetapi mungkin dengan sedikit cara yang lebih bersesuaian dan berhikmah..COntohnya dikatakan, 'Saya ikut uruf yang dah berjalan kat kawasan kita, mengaji Rm50, kalau fardhu ain RM70, Kalau jaga anak saja RM100 dan lain-lain'.. Mungkin itu lebih berhikmah. Sebenarnya lagi susah kita sebagai penerima service, bila tak dinyatakan berapa perlu kita bayar.

Ikut suka adalah suatu jawapan yang ambiguous, kelabu, tidak jelas dan sukar diteka. Bagi yang bijak, akan buat sedikit homework, tanya orang sekeliling, berapa agaknya yang patut. Bagi yang tak bijak, ikut suka jadi bayar je lah RM2 sebulan ker, sebab ikut suka aku.. Bahaya sungguh!

Dalam apa cara dan apa method sekalipun, kita tak boleh menjual-beli ilmu yang ada dalam kepala dan hati seseorang yang Allah anugerahkan. Yang kita bayar adalah service, tenaga, sumbangan masa dan tempat dan sumbangan pemikiran yang diberikan untuk kita dan anak kita.. Itu yang kita hargai dan nilaikan dalam bentuk mata wang. Sapa boleh beli ilmu yang ada dalam kepala seseorang? Nobody..

Dalam kitab al-Majalle ada dihuraikan prinsip fiqh 'Al-adah Muhakkamah'- uruf boleh mengikat' atau custom is authoritative. Disentuh contohnya Sseorang bapa menghantar anaknya berguru, berapa perlu dibayar kepada guru tersebut hendaklah mengikut bayaran semasa setempat pada ketika itu. Jika orang ramai selalunya membayar RM___ bagi khidmatnya, maka kita juga terikat untuk membayar sebanyak itu kecuali jika dikatakan sebaliknya oleh guru tersebut.

Bagi pihak guru, saya berpendapat bahawa masanya, tenaganya dan kesungguhannya serta segala yang berkaitan adalah suatu yang wajar dinilai dengan sepatutnya. Jika dia memberi anak kita 2 jam dari masanya, sedangkan dalam dua jam itu berbagai perkara lain dia buleh buat jika tidak diallocatekan untuk anak kita, maka bukankah wajar kita bayar khidmatnya? Jika mengajar Math dibayar RM100 seminggu, bayarlah guru yang mengajar fardhu ain anak kita juga sebanyak itu.. Itulah adilnya...

Saya sendiri memang sangat berharap supaya semua masjid dan surau dan mana-mana tempat mempunyai allocation yang bersesuaian dan semasa. Jika dulu penceramah lepas maghrib kita bayar RM50, sekarang tidak boleh lagi apatah lagi jika penceramah tersebut tidak mempnyai kerja khusus tetapi sepenuh masa sebagai penceramah, pengajar al-Quran, mengajar fardhu ain dan sebagainya. Bayarlah yang bersesuaian dan munasabah...

Sebenarnya saya juga menghadapi masalah yang sama.. Kalau tempat yang jemput saya berceramah dulu-dulu bertanya solan mengenai bayaran, saya selalu susah hati. Kalau Jabatan Kerajaan, memang tak ada masalah sebab kita tertakluk kepada polisi kerajaan. Ada peruntukan yang jelas mengikut Gred Gaji, DM52 berapa sejam, DM54 berapa sejam, itu senang cerita.

Yang susah cerita apabila melibatkan surau, masjid atau NGO: 'Boleh tak kami tahu berapa yang pihak kami patut allocatekan untuk ceramah puan?' Bila saya ditanya solan begitu, selalunya saya cuma jawab, 'Beberapa yang selalu pihak tuan bayar pada penceramah lain. Saya takde masalah, cover minyak saya pun dah ok'.

Sebenarnya saya ada jawapan terperinci dari dua guru yang saya belajar..

Ustaz Harun Din melarang sama sekali meletak harga apabila mengubat orang di bawah kaedah Darus Syifa' sedangkan guru Aura saya berpendapat sebaliknya... Dia serupa dengan saya.. Bagi saya mana-mana adalah ok.. Nak letak ok, tak nak letak pun ok, nak kata free of charge pun also ok.. Hanya Allah pemberi ganjaran yang sebaik-baiknya..